Wednesday, July 20, 2011

Tengku Razaleigh Hamzah:Akan lancarkan NGO"Angkatan Amanah Merdeka"

Mantan Menteri Kewangan Malaysia,
merangkap Ahli Parlimen Umno kawasan Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan melancarkan sebuah NGO baru yang dinamakan 'Angkatan Amanah Merdeka' (Amanah).

Majlis pelancarannya akan di adakan di Dewan Aditorium Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj,di Jalan Dato Onn,Kuala Lumpur,pada jam 9.30 pagi,hari Jumaat ini,pada tanggal 22/07/2011.

Datuk Kamal Amir,orang kepercayaan Tengku Razaleigh, yang menjadi salah seorang Jawatan Kuasa Penajanya telah memaklumkan kepada penulis tentang majlis itu.

Menurut Datuk Kamal Amir, majlis perasmian tersebut dijangka akan dapat sambutan yang hebat dan dijangka akan ramai yang hadir terutama golongan Umno yang sudah tidak begitu sebulu dengan dasar-dasar Najib memerintah Malaysia.
\
Melalui percakapan di telepon Datuk Kamal Amir tidak pula sempat untuk menerangkan kepada saya apakah matlamat badan NGO itu. "Kalau awak nak tahu dasar-dasar dan matlamat perjunagan 'Angkatan Amanah Merdeka' silahlah datang ke majlis tersebut."katanya, sambil ketawa kecil.(Posted by abnmulya.blogspot.com at 2054pm on July 20.2011).

1 comments:

Abik Lah said...

How can we joint in..? This can be a influenttial thir force for malaysian politics. With Anwar may be in the jail, some prominent leader is needed to round up PR and with no doubt KuLi can be the one.