![]() |
| Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak |
Perdana Menteri Malaysia telah memberi pesanan kepada seluruh anggota RELA se Malaysia agar pasukan RELA sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia.
Pesan ini telah dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak,pada petang ini, ketika beliau berucap di dalam majlis peresemian Program Sambutan Perdana Ulang Tahun RELA Malaysia genap 40 tahun usianya, diDewan Maeps, Serdang,pada petang ini (Ahad) tanggal 29 hb Jan,2012.
Seramai 35,000 orang anggota RELA dari seluruh negeri di Malaysia telah hadir di dalam majlis perdana tersebut, Ini merupakan satu majlis RELA yang paling meriah dan satu kehadiran anggota RELA yang terbesar sekali dalam program menyambut ulang tahunnya masuk ke tahun yang ke 40 usianya.
Datuk Dr Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak, penggal 2004 hingga 2008 dan merankap selaku Pengerusi Gabungan Ngo-Ngo Gombak,di antara para pegawai RELA yang turut hadir di dalam majlis program menyambut ulang tahun RELA di padang Serdang itu
(Gambar atas:Dari kiri nombor empat bertopi Datuk Dr Rahman yang berpngkat Kononel Kehormat RELA)..
Dalam RELA Datuk Dr Rahman Ismail merupakan pegawai RELA yang berpangkat Kolonel Kehormat dan sekaligus beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Pegawai-pegawai Kehormat RELA Daerah Gombak.
![]() |
| Datuk Dr Rahman Ismail bergambar dengan kawan-kawannya. |
Beliau dilihat akan mencampuri apa sahaja badan-badan kebajikan dan sentiasa cergas mendamping rakyat di ceruk-ceruk rantau kampung dan desa, khasnya pada rakyat di Gombak terutama kepada rakyat-rakyat yang miskin yang sentiasa ingin menerima segala bentuk bantun dan tunjuk ajar serta nasihat dari tokoh-tokoh pemimpin masyarakat yang mengamalkan sifat-sifat yang mulia iaitu sifat-sifat mesra rakyat.(Posted by abnmulya at 1840 hrs on Jan,29,2012).



0 comments:
Post a Comment