PRU KE :13:Membahayakan(Pakatan Rakyat) harimau sedang lena tidur dikejutkan ...

Oleh: Haji Abu Bakar bin Ninggal
Jan 10,2012 at 1.20 am
(Siri Pertama).
Sesungguhnya di sebalik kekalahan Umno-BN dalam PRU ke:12 pada 8 hb Mac,2008 dulu itu, ianya merupakan satu hikmah yang amat besar dari Allah SWT pada Umno-BN.

Orang-orang Umno-BN sejak mencapai kemerdekaan tanah air hingga pada tarikh 8 hb Mac,2008, tidak pernah mengalami kekalahan yang amat teruk sepertimana yang terjadi di dalam PRU ke:12.
Umno-BN bukan sahaja telah hilang kuasa politiknya pada 5 negeri iaitu P.Pinang,Kedah,Perak,Selangor dan Kelantan, tapi lebih parah lagi ialah telah hilang suara dua per tiga kerusi dalam Parlimen Malaysia di tangan parti "Pakatan Rakyat"pada Pilihanraya Umum itu.
Sedangkan pada PRU ke:11,pada tahun 2004, Umno-BN di bawah pimpinan Pak Lah juga telah mendapat kemenangan besar dan telah memecahkan rekod dan sekaligus telah mengalahkan dan mengatasi rekod-rekod kemenagan yang dimiliki oleh Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.
Itulah ketentuan dari Allah SWT yang Maha Berkuasa.Tidak sesiapa pun dapat menahannya. Apa yang telah diberikannya kepada hamba-hamba-Nya. Ketika Allah SWT menghendakinya, pada bila-bila masa sahaja boleh ditariknya semula.

Harimau sedang tidur lena dikejutkan..
Justeru Umno amat terkejut, panik dengan tsunami politik yang telah melanda Umno-BN itu.Peristiwa itu tidak ubah ibarat seekor harimau garang, ganas yang sedang tidur dengan lenanya,tiba-tiba kepalanya diketuk kuat hingga dia merasai sakit yang amat sangat lantaran dipukul oleh orang dengan benda yang amat besar dan berat pula.
Justeru harimau ganas dan garang yang diketuk kepalanya itu tidak terus mati,masih hidup lagi itu, sudah tentu rasa terpingga-pingga dan terperanjat beruk.
Akibatnya ? Harimau itu rasa amat marah sekaligus akan bertindak balas dengan lebih ganas lagi disebabkan bukan sahaja marah disebabkan kepalamya terasa amat sakit diketuk oleh orang, bahkan hingga tidur lenanya berserta dengan mimpi-mimpi indahnya itu juga terganggu.
Selaku raja pada segala binatang di rimba raya maka sudah tentu raja rimba itu merasa malu Terhadap rakyatnya kerana telah diaibkan begitu rupa.. Lantas dia berazam akan menebus kembali maruah keaiban yang telah dipalitkan ke mukanya dengan apa cara pun.
Pada mulanya penulis tidak begitu setuju Pak Lah berundur terlalu awal disebabkan kekalahan itu lantas beliau menyerahkan tugas-tugas yang amat berat itu pada Timbalannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setelah difikir-fikirkan dengan sehalus-halusnya, maka akhirnya saya bersetuju dengan tindakkan Pak Lah itu. Kekalahan teruk Umno-BN itu semasa tampuk kekuasaan negara berada di dalam tangannya. Maka sudah semestinya sebilanagn besar orang-orang Umno telah menyalahkan beliau.
Dengan kata lain? Bolehlah disimpulkan bahawa Pak Lah dan regimnya tertidur lena akibat kemenangan besar yang diperolehi oleh mereka dalam PRU ke:11 dan para perisiknya politiknya terlalai dan salah baca tentang pergerakan politik pembangkang.

Dia harus bertanggung jawab untuk menyerahkan tugas-tugas beliau itu pada orang lain disebabkan beliau didapati nyata telah gagal untuk mempertahankan kuasa dan maruah Umno-BN.
Pilihan yang ada pada beliau ialah dengan cara beliau mesti menyerahkan tugasnya itu kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pula, selaku Timbalan Presiden Umno ketika itu.
Penyerahan ini dilakukan dengan harapan yang menggunung tinggi, agar Datuk Seri Najib akan dapat menebus kembali maruah Umno-BN yang telah ternoda itu.
Sesungguhnya langkah Pak Lah segera berundur diri dari terus memegang kuasa disebabkan kekalahan Umno-BN pada PRU ke:12 itu harus diberi pujian.
Mereka akan segera meletakkan jawatan mereka andainya parti-parti yang dipimpinnya itu telah mengalami kekalahan teruk di dalam sesuatu pilihanraya umum di negeri mereka.
Datuk Seri Najib PM yang punya stail sendiri
Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, sebaik sahaja beliau telah dinobatkan selaku Perdana Menteri Malausia yang ke :6, beliau telah menonjolkan karisma politiknya selaku Perdana Menteri Malaysia dengann stylenya sendiri. Tindak tanduk politiknya tegas,berani dan melemahkan pihak lawannya.
Tindakkan yang tangkas,tegas dan cepat yang diambil oleh Datuk Seri Najib merampas Perak dan menumpaskan projek Anwar Ibrahim 16 Sept 2008 itu, merupakan satu tindakan yang amat berani dan beliau semcam sudah bersedia menepuh segala resikonya.Syukur alhamdulillah dia berjaya menggagalkan projek Anwar 16 Sept,2008 itu.
Strategi politik pintar & licin
Kejayan ini berkait rapat dengan strategi politik Datuk Seri Najib yang pintar, licin dan tersusun rapi. Ini menunjukkan kepintaran Datuk Najib melakukan sepak terajang politik selaku Presiden Umno-BN, dan sekaligus selaku Perdana Menteri Malaysia yang berwawsan telah memberi kesan yang positif dalam usaha beliau memporak peranda kestabilan politik Pakatan Rakyat.
Kisah berikutnya pula, sebanyak 6 orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah keluar meningalkan Pakatan Rakyat dan menjadi ahli paerlimen bebas di dalam Parlimen Malaysia.Ini menjadikan suara Pakatan Rakyat di dalam Parlimen semakin mengecil.

Walaupun ahli-ahli parlimen ini telah menjelaskan pada umum bahawa mereka semua adalah selaku ahli parlimen bebas, namun nada suara mereka bila membuat sesuatu kenyataan politik,jelas mereka semacam senada dengan apa yang sering-sering diperkatakan oleh Datuk Seri Najib.
Ini bererti segala polisi dan dasar-dasar politik yang sedang dan akan diimplementasikan oleh Datuk Seri Najib untuk kepentingan rakyat disetujui oleh mereka yang telah melompat itu.
Pukulan yang hebat pada parti (PR)
Sikap yang demikian ianya telah memberi makna yang ketara pada Datuk Seri Najib dan menjadi satu pukulan yang kuat pada imej Pakatan Rakyat yang berangan-anagan hendak ke Putra jaya pada PRU ke :13.
Mungkin pihak Pakatan Rakyat tidak membahagikan kek-kek kemenangan di negeri-negeri yang mereka perintah itu dengan adil dan saksama. Tidak saksama membahagi-bahagikan kek-kek kemenangan PR pada tokoh-tokoh politik yang melompat itu, sedangkan tokoh-tokoh inilah yang telah menyokong PR secara bertungkus lumus tapi hasilnya kosong.
Yang dapat nikmat hanya kroni-kroni PR yang bersedia tunduk kepala dan sering mengatakan yes boss...yes boss...Pucuk pimpinan PR telah lupa bahawa semua orang punya penghidupan sendiri.
Yang dapat nikmat hanya kroni-kroni PR yang bersedia tunduk kepala dan sering mengatakan yes boss...yes boss...Pucuk pimpinan PR telah lupa bahawa semua orang punya penghidupan sendiri.
Semua orang punya penghidupan dan penghidupan itu mesti di isi. Ada orang bekerja makan
gaji untuk menampung penghidupan keluarganya. Begitu juga dengan orang yang menceburkan diri mereka berjuang dalam dunia politik.Mereka mengharapkan jika parti-parti yang selama ini yang mereka telah korbankan fikiran dan tenaganya itu telah berjaya memerintah beberapa negeri di dalam Malaysia,seperti yang
telah dicapai oleh Pakatan Rakyat?
Mereka mengharapkan Kek-kek kemenangan politik itu mestilah di agih-agihkan dengan adil dan dibahagi sama rata terutama terlebih dahulu kepada pengasas parti,AJK-AJk parti,yang mana mereka itulah yang nerupakan mata dan telinga dan merupakan tenaga-tenaga kerja yang bertungkus lumus memenangkan parti hingga berkuasa.
Kek-kek kemenangan PR bukan untuk pemimpin-pemimpin atas sahaja
Fikiran,tenaga,wang ringgit yang telah mereka korbankan untuk perjuangan dan kemenangan parti, bukan faedahnya hanya untuk pucuk pimpinan parti yang telah jadi MP atau ADUN sahaja yang merasai nikmatnya serta memboncitkan perutnya. Orang yang di bawahnya pun perlukan nikmat-nikmat itu. Ini harus difahamkan.
Ada pucuk pimpinan parti setelah berkuasa di Selangor, penulis difahamkan beliau tubuhkan berbelas-belas buah syarikat perniagaan yang mana ada orang yang khas yang ditugaskan untuk mengelolakannya.
Tujuannya syarikat-syarikat itu ditubuhkan semata-mata untuk merebut segala tender-tender yang barga sekecil-kecil dari dua puloh ribu hingga berjuta-jutaan semua di kebas habis.
Seorang tokoh kepercayaannya ditugaskan untuk menjaga kepentinag beliau itu. Sudah kaya hendak tambah kaya lagi. Mereka ini mengira tingkah laku mereka tidak ada mata yang mengawasinya?

Tidak perlu terus disokong
Pemimpin macam inikah perlu terus anda sokong dan serahkan taat setia anda secara membuta tuli? Sedarlah kamu telah dibodoh-bodohkan oleh mereka selama ini. Apa lagi mahu di tunggu-tunggu? Ikutlah jejak-langkah 6 orang MP yang telah cabut lari itu.
Mereka ini semacam sudah lupa bahawa para penyokong yang mengangkat mereka jadi MP dan ADUN itu, adalah manusia biasa juga macam mereka juga. Manusia biasa, macam pucuk pimpinan Pakatan Rakyat juga.
Perlu hidup dan perlu menanggung kehidupan kelaurga mereka. Kalau hal-hal serupa ini tidak dijadikan bahan pertimbangan pada pucuk pimpinan parti? Dari aspek apa lagi yang menjadi fokus pucuk pimpinan parti Pakatan Rakyat pada para penyokongnya yang telah bertungkus lumus memenagkan parti mereka?
Lompat melompat parti perkara biasa
Bilah terjadi MP dan ADUN mereka melompat jadi wakil bebas? Cepat-cepat mereka menyalahkan dan sekaligus mereka menggelar yang melompat meninggalkan parti

mereka itu kononnya adalah si katak lompat dan kononnya penderhaka terhadap parti.
Apakah salah mereka melompat? Tentu tidak salah.Mereka hanya melompat dari parti ke parti lain kerana keperluan kehidupan mereka dalam jangka pendek dan jangka panjang. Yang salah kalau mereka tukar agama dan murtad.
Kalau mereka melompat dari satu parti ke parti lain? Jawabnya 100% tidak salah.Itu hanya tindakkan biasa dan lumrah sekali. Tidak hairan dan tidak pelik. Orang yang otaknya beku dan taksub saja kata pelik.
Mereka yang melompat itu punya hak untuk menetukan nasib penghidupaan mereka.Tindakan mereka itu sama sahaja semacam orang-orang yang berhenti bekerja dari satu syariakt ke satu syarikat yang lain.
Mereka yang melompat itu punya hak untuk menetukan nasib penghidupaan mereka.Tindakan mereka itu sama sahaja semacam orang-orang yang berhenti bekerja dari satu syariakt ke satu syarikat yang lain.
Disebabkan syarikat yang baru itu berjanji memberi gaji yang lebih lumayan dan berbagai-bagai kemudahan yang lain pula akan diberikan kepada mereka dan keluarga mereka yang boleh menjamin masa depan mereka.
Itu sahaja sebabnya.Manusia mana di dalam dunia ini yang tidak mahu hidup senang lenang dan lumayan? Orang-orang yang gila sahaja tidak mahu hidup senang lenanag. Orang-orang yang telah jadi kaya raya pun masih banyak yang cenderung nak ceburkan diri mereka dalam
Itu sahaja sebabnya.Manusia mana di dalam dunia ini yang tidak mahu hidup senang lenang dan lumayan? Orang-orang yang gila sahaja tidak mahu hidup senang lenanag. Orang-orang yang telah jadi kaya raya pun masih banyak yang cenderung nak ceburkan diri mereka dalam
dunia politik.
Dunia politik ialah dunia glamour dan jika salah bawa akan jadi dunia sengsara. Bukan orang yang hidup sederhana sahaja yang berminat hendak jadi orang politik?
Dunia politik ialah dunia glamour dan jika salah bawa akan jadi dunia sengsara. Bukan orang yang hidup sederhana sahaja yang berminat hendak jadi orang politik?Tapi banyak juga oarang-orang yang dah kaya-raya dan berpendidikan tinggi pula, dilihat cenderung juga hendak ceburkan diri mereka dalam dunia politik.
Mereka memilih dunia politik disebabkan mereka mempunyai niat yang khas dan berazam menjadikan dunia politik itu sebagai satu wadahnya(alat) agar mereka dapat membantu rakyat secara meluas dan berkesan dengan ada ilmu di dada mereka.
Kalau tidak ada ilmu di dada mana bisa mereka boleh jadi orang kaya raya? Kalau tidak punya ilmu di dada dan tidak pintar dalam dunia perniagaan mana boleh akan jadi orang kaya? Orang kaya semacam ini harus diberi peluang menceburkan dirinya dalam politik.
Mereka menceburkan diri dalam dunia politik semata-mata mahu menghambakan diri mereka untuk kebajikan rakyat dengan cara mudah dan meluas lagi.
Pilihlah winnable & capable candidates
Orang macam ini tentu benar-benar ikhlas untuk menolong rakyat, tidak terima rasuah disebabkan mereka sudah punya banyak wang ringgit yang tidak habis dimakan oleh seluruh keluarganya dari hasil perniagaagaannya yang telah dan sedang berjalan dengan lancar dan jenis perniagaan mereka itu merupkan jenis perniagaan yang bertaraf nasional dan international.
Pilihlah winnable & capable candidates
Orang macam ini tentu benar-benar ikhlas untuk menolong rakyat, tidak terima rasuah disebabkan mereka sudah punya banyak wang ringgit yang tidak habis dimakan oleh seluruh keluarganya dari hasil perniagaagaannya yang telah dan sedang berjalan dengan lancar dan jenis perniagaan mereka itu merupkan jenis perniagaan yang bertaraf nasional dan international.
Punya rumah besar.Punya gedung perniagaan besar dan punya tenaga pekerja di gedung perniagaannya hampir ribuan orang.Punya banyak kereta-kereta mewah yang bernilai juta-jutaan ringgit dan banyaknya kereta mereka ini tidak habis dipakai walaupun semua keluaraganya menggunakan tiap-tiap seorang satu kereta.
Orang yang semacam ini akan memberi manfaat yang amat besar pada Datuk Seri Najib andainya Datuk Najib menrerima mereka di dalam Umno-BN kerana mereka punya kelulusan yang tinggi dan punya banyak pengalaman mentadbir dan pengalaman perniagaan yang mana kebijaksanaan mereka ini boleh di tranformasikan untuk membangun ekonomi Malaysia.
Justeru itu barisan para pemimpin Datuk Najib dalam PRU ke :13 akan digerun oleh pihak lawan. Maka usaha Datuk Najib hendak menawan semula Selangor dan lain-lain negeri yang telah di rampas oleh Pakatan Rakyat dalam PRU:12 itu akan menjadi mudah dan akan disokong oleh rakyat. Suara majoriti di dalam Parlimen akan melebihi "dua per tiga" Insya Allah.(Posted by abnmulya at 1.20 am on Jan,10,2012).
Orang yang semacam ini akan memberi manfaat yang amat besar pada Datuk Seri Najib andainya Datuk Najib menrerima mereka di dalam Umno-BN kerana mereka punya kelulusan yang tinggi dan punya banyak pengalaman mentadbir dan pengalaman perniagaan yang mana kebijaksanaan mereka ini boleh di tranformasikan untuk membangun ekonomi Malaysia.
Justeru itu barisan para pemimpin Datuk Najib dalam PRU ke :13 akan digerun oleh pihak lawan. Maka usaha Datuk Najib hendak menawan semula Selangor dan lain-lain negeri yang telah di rampas oleh Pakatan Rakyat dalam PRU:12 itu akan menjadi mudah dan akan disokong oleh rakyat. Suara majoriti di dalam Parlimen akan melebihi "dua per tiga" Insya Allah.(Posted by abnmulya at 1.20 am on Jan,10,2012).
0 comments:
Post a Comment