Kelihatan Tuan Hj.Abd Rahim Kamarudin,Ketua Umno Bahagian Gombak, sebelah (kiri) sedang berjabat tangan ketika hendak menerima borang-borang untuk menyertai Umno Gombak dari wakil kumpulan seramai 102 orang Sdr Mohd Jais Ismail (kanan)bekas Ketua Cawangan PAS Kg.Kerdas 2 malam tadi.
Hj.Abu Bakar Ninggal
Jan,15,2012 at 2.30 pm.
Pada hari Krismis tahun lalu tanggal 26/12/2011 Ketua Umno Bahagian Gombak Hj Abd Rahim Kamarudin telah meletupkan bom politiknya terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak dengan mengumumkan sebanyak 500 orang anggota AMK(KEADILAN) di Hulu Kelang telah keluar dari parti tersebut dan mnyerati Umno Gombak.
Pada malam tadi kira jam 9.30 malam tanggal 14.01.2011 Hj.Abd Rahim Kamarudin telah meletupkan bom politiknya yang kedua terhadap parti PAS Gombak pula dengan membuat mengumumkan seramai 102 orang anggota parti PAS di Kampung Kerdas,Gombak telah keluar dari PAS dan menyertai Umno.
Kumpulan yang keluar itu diwakili oleh Sdr Moha Jais Ismail menyerah
kan borang-borang untuk menyerati Umno kepada Ketua Bahagian Umno Gombak Hj. Rahim Kamarudin dalam satu majlis pengistiharan di suatu padang, di tepi Sungai Kg Kerdas,Gombak.(Gambar atas: Sebahagian wanita Umno yang hadir malam tadi).Sdr Jais berkata, selain beliau dan kawan-kawannya telah hilang kepercayaannya terhadap kepimpinan PAS di semua peringkat,maka keputusan mereka meninggalkan PAS secara sukarela tanpa dipengaruhi apa-apa hasutan.
"Kami meninggalkan PAS semata-mata berdasarkan pertimbangan kami sendiri bahawa Umno sahaja yang mampu dan berkebolehan untuk membela nasib bangsa Melayu,agama,Raja dan sebagainya",katanya ketika mengistiharkan beliau dan kawan-kawannya meningalkan PAS dalam majlis peristiharan itu.
Ketika menjawab satu soalan Mohd Jais menegaskan,"Saya dan kawan-kawan saya pernah dipujuk agar menartik balik niatnya untuk meninggalkan PAS,tapi kami tetap dengan keputusan kami,"sambungnya lagi.
Ketika menjawb satu pertanyaan yang lain,Mohd Jais menegaskan,"Kami tidak puas hati dengan prestasi perkhidmatan yang telah diberi oleh wakil rakyat(PR) baik dari wakil rakyat DUN mahupun wakil rakyat(MP)mereka di Parlimen Gombak.
"Mereka ini tidak perhatian dengan keperluan rakyat dan tidak turun padang menemui kami.Kata tidak serupa bikin,janji-janji mereka tidak ditepati" katanya.
Tuan Hj.Abd Rahim Kamarudian Ketua Umno Bahagian Gombak dalam ucapannya di majlis menerima seramai 102 orang menyertai umno itu. Selain beliau merasa amat gembira dan berterima kasih kepada Sdr Mohd Jais dan kawan-kawannya yang mempunyai keprcayaan kepada Umno,beliau juga telah menerangkan kepada hadirin yang hadir lebh kurang 500 orangmalam tadi tentang hal yang sebenar.
(Gambar kiri: Sebahagian lagi hadirin yang hadir menyaksikan majlis peristiharan kemasukan orang-orang PAS menyertai Umno pada malam tadi)."Sebenarnya Sdr Mohd Jais Ismail dan beberapa orang kawan-kawan telah menemui saya pada tanggal 28/12/2011 di sebuah restauran di Hulu Kelang.
"Dalam pertemua itu beliau dan kawan-kawannya telah menyatakan hasrat mereka hendak menyertai Umno," tegasnya.
"Ketika itu Hasan Ali masih safe and sound.Beliau belum ada krisis dengan pucuk pimpinan PAS dan Hasan Ali masih belum dipecat lagi.
" Niat Sdr Jais hendak menyeratai Umno tidak ada kena mengena dengan Hasan Ali. Mohd Jais Ismail dan kawan-kawannya merupakan tokoh politik yang berani berubah.
"Beliau adalah merupakan WIRA yang bijak menetukan pendiriannya. Umno bangga dengan sikap Mohd Jais ini,"katanya mengakhiri ucapannya di majlis tersebut.(Posted by abnmulya at 1430 hrs on Jan,15,2012).
0 comments:
Post a Comment