Sunday, September 30, 2012

Tekad rampas Pulau Pinang


NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia 2012, di Menara PGRM, Kuala Lumpur, semalam.-UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

Kata beliau, dengan cara itu Gerakan mampu membuktikan parti itu merupakan sebuah rakan kongsi yang baik dan berguna kepada Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Gerakan serta parti komponen BN yang lain tidak perlu takut memasuki gelanggang dan bertarung berhabis-habisan pada pilihan raya umum nanti demi memastikan kejayaan BN.

Jelasnya, usaha itu perlu disertakan dengan strategi yang baik serta kerja keras dan kerjasama di dalam parti serta dengan komponen BN lain.

"Cabaran bukan waktu kita senang, tetapi cabaran sebenar dan terbesar apabila kita bangkit ketika dalam keadaan tertekan dan itulah yang akan kita lakukan," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan, di sini hari ini.

Seruan Najib merangkap Pengerusi BN itu disambut dengan tepukan dan sorakan bersemangat kira-kira 1,800 perwakilan Gerakan yang hadir.

Katanya, usaha merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP boleh dilakukan berdasarkan rekod cemerlang Gerakan dan BN memerintah negeri itu sebelum 2008.

Jelasnya, operasi pelbagai syarikat multinasional seperti Western Digital dan Motorola di negeri itu bermula semasa era pentadbiran BN manakala ada sesetengahnya berkembang secara kebetulan ketika negeri itu diperintah DAP selepas 2008.

Dalam pada itu, Najib memberi jaminan Pulau Pinang akan kembali ditadbir Gerakan sekiranya BN menang sekalipun jika strategi memerlukan calon UMNO ditampilkan melebihi calon Gerakan pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita telah lama mempunyai persefahaman itu dan akan terus memegang kepada persefahaman tersebut," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 9.23 am on Oktober 01,2012.

Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan Datuk Dr Rahman Ismail terus menerus melakukan program mendekati rakyat.


Kaum ibu India sedang khusyuk mendengar taklimat(dalam bahasa Tamil) yang sedang diberikan oleh Timbalan Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Encik S.Krisnan Morty di majlis itu di dalam Dewan Sekolah JK Tamil,di Batu Caves,Selangor.


Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Oktober 01,2012.

Datuk Dr Rahman Ismail
Sesungguhnya,Badan Gabungan Ngo-Ngo Gombak, di bawah pimpinan Datuk Dr Rahman Ismail, selaku Persiden badan gabungan tersebut.

Secara aktif,boleh dikatakan dengan tidak jemu-jemu,secara terus menerus,telah,kini dan sedang melakukan program-program mendekati rakyat akar umbi,di kawasan Parlimen Gombak.

Program-program ini telah dilakukan pada setiap minggu iaitu,di hari Sabtu dan Ahad ataupun di hari-hari cuti umum.Ada-ada sahaja program mendekai rakyat telah dilakukan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Sebagai contoh iaitu pada jam 9 malam,bertempat di Dewan Pangsapuri Amaniah,Batu Caves, pada tanggal 22hb.September 2012,badan gabungan tersebut telah mengadakan program majlis bersama 200 belia dari Kelab Belia 1 Malaysia Daerah Gombak.

Majlis tersebut adalah anjuran bersama Gabungan Ngo-Ngo Gombak,pimpinan Datuk Dr Rahman Ismail bersama Majlis Permaufakat Parlimen Gombak.

Sementara pada jam 7.30 malam,bertarikh 25/09/2012 bertempat di Kuil Sri Ramar,telah berlangsung satu majlis penyerahan sumbangan kepada Jawatankuasa Kuil Sri Ramar,Selayang Baru (belakang Dewan Siantan).

Puteri-puteri dari Ngo DHRRA sedang menemu duga pesertanya.


Majlis Penyerahan Sumbangan itu telah disampaikan oleh YBhg.Dato Dr Mohd Shafie Abdullah, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia.

Disebabkan penulis tidak begitu sihat ketika program-program itu dilangsungkan.Maka tidaklah penulis dapat membuat laporan diportal ini, berhubung dengan  program-program itu untuk dijadfikan bahan tatapan oleh penyokong-penyokong badan Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Akan tetapi,penulis difahamkan bahwa kedua-dua majlis tersebut telah dihadiri oleh ribuan para penduduk di sekitar Batu Caves dan Selayang Baru.Ianya amat berjaya.

Seperti telah ditentukan iaitu pada jam 2 tengah hari (Ahad) pada tanggal 30/09/2012 Gabungan Ngo-Ngo Gombak mengadakan majlis pendaftran perkahwinan khas untuk  kaum India.

Acara kedua ialah,Majlis Permohonan Bantuan Kebajikan oleh rakyat-rakyat miskin di sekitar Batu Caves dan juga di sekitar Selayang baru.

Sementara Acara ketiga pula ialah, Majlis Taklimat Keselamatan oleh PDRM ( IPD) Gombak. Taklimat tersebut disampaikan oleh ASP Karunanithy  A/L Nagappan.Taklimat telah disampaikan oleh beliau lebih kurang setengah jam lamanya.

Disebabkan  hadirin yang hadir ke dewan Sekolah JK Tamil itu adalah merupaka hampir seratus peratus kaum lelaki dan kaum ibu India. Maka taklimat keselamatan itu telah diberikan oleh ASP Karunanithy dalam bahasa Tamil.
ASP Karunanithy

Hadirin dilihat begitu tertarik hati mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh ASP Karunanithy itu hinggakan dewan Sekolah JK Tamil,di Batu Caves itu jadi sunyi sepi.Mereka dilihat begitu khusyuk mengikuti taklimat yang disampaikan oleh ASP Karunanithy itu.

Semantara acara pendaftaran perkahwinan oleh kaum India? Ianya telah diurus dan dilakukan oleh sekumpulan muda/muda dari badan Ngo DHRRA.

Gambar kiri di atas, kelihatan Cik Vicky dan Cik Chitra Perumal,petugas dari badana Ngo DHRRA sedang menemu duga salah seorang peserta Pendaftaran Perkahwinan dari kaum India si sekitar Batu Caves.

Berhubung dengan acara Permohonan Bantuan Kebajikan dari rakyat-rakyat miskin kepada Kementeriasn Kebajikan Masyarakat? Para petugas dari Kementerian Kebajikan Masyarakat,Bahagian Gombak telah hadir di dalam majlis permohonan itu.

Para petugas dari Kementerian Kebajikan Masyarakat Gombak yang hadir di Dewan Sekolah JK Tamil,Batu caves itu diketuai oleh Puan Ayu dan Puan Maslinda.

Mereka inilah yang bertugas melakukan "temu-duga" secara rasmi terhadap segala permohonan dari rakyat miskin untuk mendapatkan sedikit bantuan dari kerajaan menerusi di Kementerian Kebajikan Masyarakat untuk di majukan kepada pegawai atasan mereka untuk membuat keputusan sesuai dengan kelayakan dan sesuai dengan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang begitu perihatin dengan nasib-nasib malang yang dideritai oleh rakyatnya.

Pada acara inilah dilihat begitu ramai rakyat yang hadir memenuhi dewan untuk memajukan permohonan mereka dalam konteks untuk mendapatkan sedikit bantuan dari Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia. Penulis  berdoa dan mengharapakan agar setiap yang memohon itu akan menemui hasil yang mereka harap-harapkan.

SEBELAH PAGI ADA ACARA LAIN DI BATU 10, GOMBAK UTARA.

Biasanya jika tiba hari Sabtu dan Ahad,boleh dikatakan program Datuk Dr Rahman Ismail,mantan (MP)
Ahli Parlimen Gombak dari UMNO bagi penggal 2004-2008 ini,punya program yang sangat padat.Beliau terpaksa menghadiri majlis-majlis kenduri kahwain jemputan para sahabat beliau yang beliau kenali semasa beliau jadi Ahli Parlimen Gombak dulu.

Cikgu Sham Pengerusi tetap PKR & mantan (MP) Umno Datuk Dr Rahman bertemu mesra
Kini, walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan (MP) Gombak?

Namun perhubungan silaturrahim antara beliau dengan para pengundi dan para penyokongnya didalam Parlimen Gombak itu tetap dijaga oleh beliau dengan sebaik-baiknya dan dengan erat seerat-eratnya.

Sekaligus beliau tetap menjaga perhubungan silaturrahim itu walau pun beliau punya program-program yang begitu padat.

Beliau dilihat semacam sekalip-kali tidak mahu para penyokongnya itu terasa hati justeru tidak menerima jemputan mereka. Beliau berpendapat,jika kita tidak jaga hati orang lain. Maka sudah tentu orang-orang pun tidak jaga hati kita. Jika ada ubi,tentu ada batasnya.Jika kita berbudi? Mesti anda akan dapat balasannya.

Penulis yang sudah jadi"warga Emas" ini? Terus terang penulis akui, yang penulis semacam tidak larat untuk mengikuti beliau ke sana kemari menemani beliau mendekati rakyat-rakyat akar umbi di kawasan Partlimen Gombak.

Kadang-kadanag terpaksa penulis angkat bendera putih kerana keletihan. Tidak mampu mengikuti program-program beliau yang padat itu.Almaklumlah penulis ini kini dah jadi "warga Emas".Tenaga tidak segagah asemasa muda remaja dulu.

Selaku seorang doktor pakar yang telah punyai banyak pengalaman.Beliau dilihat sangat  faham tentang kudrat yang penulis miliki selakau seorang "warga emas".

Di Rumah Lan Lemang yang letaknya di Batu 10 di Gombak Utara itu.Penulis dan Datuk Dr Rahman tiba di majlis perkahwinan Lan Lemang yang menikahkan anak perempuan sulongnya Cik Normazlina binti Mazlan,kira jam 12.10 pagi.

Di dalam majlis itulah makanya pertemuan di antara Pengerusi Tetap  PKR Cikgu Sham dengan Datuk Dr Rahman Ismail,mantan (MP) Umno Gombak bagi penggal 2004-2008 dan kini beliau merangkap memegang jawatan sebagai Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak (badan bukan kerajaan) yang punya sebanyak 138 buah badan-badan Ngo Gombak yang kedcil-kecil yang telah pun bergabung di dalamnya.

Perkenalan yang dulunya jauh-jauh... kini dah jadi dekat... dan dah mula bermesra-seraan walau mereka punyai anutan politik yang berlainan.Satu itek dan satu lagi ayam pula. Bunyi suara dan cara-cara jalannya pun tidak sama.Tapi kadang-kadang,selalu kita lihat,sang itek dan sang ayam begitu mesra berkawan.

Begitulah sifatnya ahli-ahli politik yang matang.Minyak dan air tidak boleh dicampur-campurkan. Jika dicampurkan hancur leburlkah masyarakat kita.Tapi masih ada juga orang-orang politik di zaman ini masih dungu. Baru lihat Datuk Seri Najib duduk bersama  YB Nasharuddin Mat Isa,bekas Timbalan Presiden PAS?

Maka jadi heboh dan berkokolah mereka riuh rendah sekampung. Akan tetapi anih bin ajaib? Bila demo lihat Guan Eng dan Tresa Kok,kerabat baik demo? Berhari Raya di Kediaman Perdana Menteri, di Putra Jaya,di hari raya pertama tahun ini?

Demo jelas kelihatan jadi sunyi sepi. Mereka didapati tidak buat komen apa-apa. Jika jarum sebatang jatuh ke lantai pun boleh didengar akibat dek kesunyian itu. Kenapa begitu jadinya? Nak katakan dungu? Tapi demo sentiasa mendabik dada kononnya demo ni mertupakan golongan pandai-pandai belaka. Heh...heh..heh..Mat Jenin terjun dengan labu-labunya.. (Posted by abnmulya at 1.o8 am on Oktober,01,2012.).

PM : BERWASPADA DENGAN SENJATA PEMBANGKANG.

SEREMBAN, 30 Sept —  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu rakyat berwaspada dengan tiga “senjata” iaitu kutuk, hasut dan janji yang digunakan pembangkang untuk memenangi hati mereka.

“Dia mesti kutuk (kerajaan), mereka mesti tentang (kerajaan).

“Selepas itu, mereka mesti hasut dan kemudian mereka menabur janji. Seperti yang saya telah katakan, mereka akan menjanjikan bulan, bintang dan waima cakerawala,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, hari ini.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata rakyat perlu berfikir tentang janji-janji manis yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang akhirnya terserlah sebagai racun berbisa buat mereka.

Najib berkata rakyat perlu berfikir tentang janji-janji manis yang ditabur oleh pakatan pembangkang. — Gambar file


“Adakah ia benar-benar baik untuk rakyat atau akan membawa musibah kepada Negara? Inilah rakyat mesti fikir, sebab nak jadi pembangkang senjatanya ada tiga — kutuk, hasut, janji.” Najib berkata untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dalam sistem Parlimen, mereka perlu memenuhi beberapa syarat asas, satu daripadanya ialah menggunakan satu simbol sahaja.

“Pendek kata, anda perlu berdaftar sebagai sebuah parti. Tetapi Pakatan Rakyat bukan berdaftar sebagai sebuah parti atau mereka mempunyai satu simbol bersama.”

Perdana Menteri berkata BN telah menggunakan satu simbol sahaja, dengan semua calonnya bertanding di bawah simbol atau lambang BN pada pilihan raya.

“Kami pergi berjumpa dengan rakyat sebagai BN, tetapi pembangkang akan pergi berjumpa rakyat dengan simbol berbeza (simbol parti masing-masing).

“Simbol tak sama... kita tak pasti sama ada mereka akan bentang manifesto yang sama,” katanya dan menurutnya malah pergaduhan berhubung hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang juga telah berlaku secara terbuka.

Najib berkata ini menunjukkan yang mereka tidak mempunyai pendirian bersama dan dasar bersama mengenai bagaimana negara ini akan ditadbir urus, dan ini diperkukuhkan lagi dengan kegagalan pembangkang mengisytiharkan “kabinet bayangan” mereka.

Najib berkata negara tidak seharusnya diperintah oleh pakatan pembangkang yang berterusan menabur janji yang tidak mampu ditunaikan.

Beliau berkata 75 peratus janji dibuat oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat masih tidak ditunaikan manakala BN terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pimpinan DAP.

Perdana Menteri juga berkata seorang pemimpin perlu adil dan saksama, sikap yang tidak terdapat pada diri ketua pembangkang yang telah cuba menghalang seorang pegawai kanan pelajaran yang kompeten di Pulau Pinang daripada dinaikkan pangkat satu ketika dahulu.

“Bila saya semak perkara itu, saya sanggup mengambil risiko.

“Dia (ketika itu) Timbalan Perdana Menteri, saya pula Menteri Pendidikan...saya kata ‘tidak’, pegawai itu mesti diberikan jawatan Pengarah Pelajaran. Dan saya bersedia menghadapi akibatnya demi menegakkan prinsip.

“Seorang pemimpin perlu bersikap adil dan saksama,” katanya.
Beralih kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan beliau pada Jumaat, Najib berkata mantera falsafah kerajaan dalam penyediaannya adalah mendahulukan rakyat dan segala langkah yang dibuat adalah untuk rakyat.

“Belanjawan ini adalah mengenai rakyat serta untuk menggerakkan ekonomi. Anda tidak boleh hanya bercakap mengenai rakyat tanpa menggerakkan ekonomi, tanpa menarik pelaburan asing, pelaburan domestik, inovasi dan produktiviti.

“Terdapat 111 inisiatif atau touch points dalam Belanjawan 2013. Bacalah satu persatu-satu,” katanya. — Bernama.(The Malaysian Insider).Posted by ab nmulkya at 1946 hrs on Septeember 30,2012.

Saturday, September 29, 2012

Jangan tertipu dengan DAP- Tunku Aziz.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim

KEMESRAAN jelas terpancar pada air muka TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM semasa menyambut ketibaan kami pada petang Khamis lalu di kediamannya. Kehadiran kami pada petang itu juga menamatkan penantian sekian lama iaitu sebelum beliau bertindak keluar DAP lagi, dalam usaha mendapatkan mewawancara eksklusif bersamanya.

Namun sosok tubuh yang dilahirkan pada tahun 1934 di Alor Setar ini nyata bersikap terbuka dalam banyak perkara tetapi apabila melibatkan beberapa pemimpin dalam DAP sikapnya bertukar sinikal.

Pengalaman hidupnya penuh integriti dan karisma. Pernah menjadi penasihat di Bank Negara, Pengarah di Sekretariat Komanwel di London, ahli lembaga di Institut Etika Awam Antarabangsa serta Penal Penasihat Program Pembangunan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah beliau pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Anan dalam membantu menubuh Pejabat Etika (Office Ethics) di sana.
Namun beliau mengakui akhirnya adalah satu kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai politik apatah lagi DAP.

Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik.

Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar," katanya kepada wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID dan KASTHURI JEEVENDRAN.

Selain itu beliau turut mencurah segala isi hatinya tentang DAP sejak awal kemasukannya hinggalah peranannya yang dilihat tidak lebih seperti simbol untuk menunjukkan bahawa orang Melayu yang juga berketurunan raja juga boleh menyertai DAP.

Saya dan Karpal sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP," kata beliau sambil merenung jauh memikirkan sesuatu.
MINGGUAN: Bagaimana Tunku boleh terlibat dengan politik terutama dalam DAP sedangkan latar belakang Tunku sangat menarik?

Tunku Aziz
TUNKU AZIZ: Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik. Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar.

Pada pendapat saya, sebagai rakyat di negara ini, kita tidak boleh hidup sebagai satu kaum sahaja. Kita harus hidup dalam berbilang kaum dan belajar menerima setiap kaum yang berbeza dengan seadanya. Integrasi nasional adalah sangat penting.

Kita tidak akan sesekali dapat hidup di bawah satu bumbung tanpa bertolak ansur dengan setiap kaum di negara ini. Ketika itu, saya merasakan DAP lebih sesuai dengan jiwa saya. Apatah lagi mereka telah berjanji untuk memberikan saya platform untuk memerangi rasuah.

Itulah kerjaya saya seumur hidup iaitu memerangi rasuah. Tawaran tersebut membuatkan saya menyertai mereka. Tetapi biasalah, mereka cakap lain tapi lain yang mereka buat. Apabila hampir dua bulan saya masuk, saya sudah sedar ini bukan tempat saya iaitu politik mahupun DAP.

Saya mengambil keputusan untuk keluar parti pada tahun 2009 selepas dua bulan bersama mereka. Tetapi tindakan ini tidak disenangi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau telah memujuk saya supaya jangan keluar. Demi seorang sahabat, Kit Siang pada saya merupakan seorang pejuang yang telah berjuang bermati-matian selama berpuluh tahun. Saya kenal Kit Siang sudah berpuluh tahun juga.

Saya tidak kembali kepada DAP kerana saya telah dijanjikan sebarang habuan oleh mereka. Saya masuk kembali kerana pujukan seorang kawan lama yang saya hormati.

Jadi tidak timbul isu bahawa Tunku dijanjikan habuan dan sebagainya?

TUNKU AZIZ: Saya tidak pernah minta apa-apa dan mereka juga tidak berjanji apa-apa untuk saya. Saya sendiri sudah berumur, saya tidak mempunyai niat untuk memegang apa-apa jawatan atau kerusi untuk bertanding. Kecuali jika mereka mahu saya bertanding untuk parti, mungkin saya akan lakukan.

Tetapi saya tidak pernah masuk DAP untuk jawatan atau habuan lain. Saya bukan mahu berbangga diri tetapi saya telah berjaya dalam hidup saya sehingga dikenali di seluruh dunia. Itu bukan kerana DAP tetapi kerana penglibatan saya dalam kerjaya saya sepanjang hidup saya terutamanya dalam bidang rasuah dan integriti. Apa yang DAP boleh beri kepada saya? Walaupun saya minta, apa yang mereka ada.

Mereka itu pembangkang. Apa yang mereka boleh beri sebenarnya? Saya hanya masuk ke dalam parti itu kerana rasa ‘tertipu’ dengan agenda mereka sebagai parti pelbagai kaum. Kononnya mereka itu parti untuk semua. Kononnya perjuangan mereka itu untuk seluruh rakyat Malaysia.

 Perjuangan untuk kaum Melayu, untuk kaum Cina dan kaum India. Tetapi itu cuma retorik sahaja. Sehingga ini pun, apa yang telah mereka perjuangkan untuk orang Melayu dan orang India, selain beri RM100 sekali seumur hidup kepada mereka.

DAP pun sekiranya mereka bijak, sudah tentu mereka jadikan saya duta dalam hal berkaitan etika. Agaknya mungkin mereka sendiri tahu jika lantik saya duta dalam hal ehwal etika dan integriti, mereka adalah sasaran kritikan saya yang utama.

Mengapa Tunku tidak memilih PKR atau Anwar Ibrahim sebagai platform politik dan sebagai kawan?

Tunku Aziz
TUNKU AZIZ: Sebenarnya, saya tidak pernah berasa selesa dengan Anwar sejak mula lagi. Saya tidak pernah berniat dari mula untuk berkenalan dengan beliau. Sama seperti kita memilih kawan, kita akan berhati-hati ketika memilih kawan.

Saya lebih berasa selamat dan selesa dengan Kit Siang dan Karpal Singh. Anwar sungguh berlainan. Saya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap beliau.

Mengapa Tunku meninggalkan DAP?

TUNKU AZIZ: Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya, saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran. Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara.

Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berhadapan dengan realiti, mereka tidak lakukan apa yang mereka cakap sebelum ini. Itulah parti DAP. Lihat sahaja contoh Datuk Mansor, kononnya kebebasan bersuara adalah dibenarkan dalam DAP.

Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan. Mungkin Mansor juga mula sedar realiti tersebut. Saya tinggalkan DAP kerana kenyataan saya telah menyusahkan dan mengundang rasa tidak gembira di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Tetapi seingat saya, saya bukan pemimpin atau ahli PKR atau Pas.

Apa yang telah menggores hati mereka? Kit Siang datang ke rumah saya selepas kejadian tersebut, beliau mengadu kepada saya bahawa kenyataan itu telah membuatkan saya dalam bahaya. Tetapi saya telah ingatkan beliau, apa yang telah saya katakan kepadanya beberapa tahun dahulu tentang parti tersebut yang kononnya demokratik dan mengamalkan kebebasan bersuara.

Tetapi apabila saya meluahkan apa yang rasa betul, Kit Siang tidak sesekali membela saya. Katanya mereka memperjuangkan kebenaran dan kebebasan. Apa wujud kebebasan bersuara di situ? Saya tidak nampak. Beliau telah mengecewakan saya sebenarnya.

Melalui kejadian ini juga saya membuat keputusan, pemimpin-pemimpin dalam parti ini tidak boleh dipercayai. Itu adalah sebab mengapa saya membuat keputusan muktamad untuk keluar.

Sekarang ini mereka kata pula Tunku pengkhianat dan sudah dibeli kerana dilihat menyokong transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri?

Tunku Aziz
TUNKU AZIZ: Kini terdapat segelintir manusia yang tidak tahu hujung pangkal bertindak mengkritik saya selepas keluar DAP. Kata mereka, saya keluar kerana tidak mendapat habuan seperti yang dijanjikan oleh mereka sehingga menjadi orang UMNO.

Apa sebenarnya yang saya minta dari DAP hingga tidak dapat? Jika benar saya berminat dengan sebarang habuan, ketika masih muda lagi saya akan menyertai UMNO. Mereka yang memerintah. Kenapa pula selepas saya sudah berumur dan mencapai pelbagai kejayaan barulah saya berminat dengan UMNO.

Kononnya Tunku Aziz sudah dibeli mereka. Jawatan Senator ini pun, bukan saya minta dan ia diberi kepada saya. Selepas penggal pertama, Kit Siang dan anaknya, Guan Eng yang memperbaharui penggal baru jawatan tersebut. Saya tidak pernah mengemis jawatan kepada mereka.

Saya tidak pernah mengemis atau dalam erti kata lain, tidak ada sesiapa yang boleh ‘membeli’ saya. Sebenarnya, saya hanya mempunyai masalah dengan cara parti tersebut dipimpin oleh beberapa orang. Prinsip parti itu telus tetapi kepimpinan itu yang salah.

Apakah pandangan Tunku terhadap Lim Guan Eng? Bagaimana hubungan Tunku dengan beliau?

TUNKU AZIZ: Guan Eng memang pandai pusing memusing. Saya kata dengan beliau, saya tidak dapat menerima jika sesuatu perkara itu melanggar undang-undang. Tapi beliau kata lain kepada umum, tukar cerita kata Tunku Aziz sebenarnya menentang Bersih.

Perkara sebenar beliau senyapkan. Orang ingat saya anti hak asasi manusia. Itu tidak benar. Guan Eng telah putar belit cerita demi kepentingan beliau berhubung perhimpunan Bersih. Saya tidak nampak mana salah saya yang menyatakan tidak mahu sesuatu perhimpunan yang melanggar undang-undang.

Tidak cukup dengan itu, apabila akhirnya saya membuat keputusan muktamad keluar DAP, Guan Eng mempergunakan orang lain untuk berhubung dengan saya. Beliau mahu saya menarik kata-kata saya berhubung isu Bersih, manusia apa dia ni? Saya tidak akan sesekali menjatuhkan maruah diri sendiri untuk manusia seperti itu.

Pada pandangan Tunku apakah perkara sama yang berlaku kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman?

TUNKU AZIZ: Perkara sama terjadi kepada Datuk Mansor. Walaupun TV3 ada bukti rakaman audio yang jelas malah kita semua tahu suara itu milik Mansor, namun dia masih enggan mengaku. Jika anda seorang pemimpin, anda haruslah mengaku jika anda fikir tidak betul.

Ini tidak, kita juga telah saksikan ketika sidang akhbar berhubung perkara tersebut, Guan Eng menulis sesuatu dalam kertas dan memberikan kepada Mansor supaya membacanya di hadapan media. Apakah Mansor tidak menggunakan otaknya sendiri?

Itulah sikap sebenar seorang pemimpin yang lemah. Saya telah berhadapan dengan Guan Eng dengan berani. Apa yang hendak ditakutkan dengan beliau?

Tidakkah ini menunjukkan Guan Eng begitu berkuasa? Apakah Tunku bersetuju bahawa Guan Eng adalah seorang pemimpin yang bongkak dan hanya mementingkan parti sendiri dalam Pakatan Rakyat?

Tunku Aziz
TUNKU AZIZ: Guan Eng adalah seorang manusia yang bukan sahaja bongkak dan sombong malah merupakan seorang yang suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Beliau mengaku dan menerima pujian untuk kemajuan yang berlaku di sana.

Dengan perbuatan sebegitu, apakah beliau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu yang sudah tentu melibatkan warga Pulau Pinang sendiri? Apakah Pulau Pinang hanya maju di bawah DAP dan Guan Eng? Pulau Pinang memang sudah lama maju sebelum zaman Guan Eng lagi.

Apa yang ironinya, Guan Eng sendiri bukan dari Pulau Pinang tapi bercakap seolah-olah dia lahir dan membesar di sana. Kemudian dia menggambarkan apabila menjadi Ketua Menteri, barulah Pulau Pinang itu wujud dan mula maju.

Tapi adalah menjadi amalan beliau untuk mengambil semua pujian manakala kesilapan pula melibatkan orang lain. Itu bukan sesuatu yang bijaksana tetapi hanya mementingkan diri sendiri. Beliau juga jenis yang tidak boleh menerima kritikan dan suka menyalahkan orang lain.

Sehingga hari ini, sekiranya ada perkara yang tidak disenangi oleh masyarakat Pulau Pinang, dengan segera beliau menyalahkan Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Koh Tsu Koon. Jika tidak menyalahkan seseorang, maka beliau bukan Guan Eng. Adalah sudah menjadi kebiasaan, untuk menyaman dan mengkritik orang lain.

 Lihat sajalah bagaimana beliau mahu menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kepada Lapangan Terbang P. Ramlee? Ada kena mengenakah? Bukankah kita sudah ada nama Jalan P. Ramlee? Kita juga ada muzium untuk beliau. Mengapa mahu tarik seniman agung seperti beliau dalam arena politik?

Sekiranya dia benar-benar ikhlas, saya cadangkan kepada beliau untuk membantu keluarga P.Ramlee yang dihambat kemiskinan. Bantu mereka. Berilah wang pencen kepada anak-anak mereka yang miskin itu. Bantulah keluarga mereka yang masih hidup.

Beliau mempunyai peluang untuk menukar nama tersebut empat tahun dahulu tetapi beliau sebenarnya sengaja mahu memalukan kerajaan Malaysia. Itulah agenda beliau. Jika benar beliau ikhlas tolonglah bantu keluarga P. Ramlee baru masyarakat akan menghormati Guan Eng kerana berjiwa rakyat bukan dengan mempolitikkan semua perkara.

Apakah orang Melayu boleh berharap kepada DAP untuk membela nasib mereka?

Tunku Aziz
TUNKU AZIZ: Sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka, anda memang salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang mereka telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.

Mengapakah agaknya DAP berminat untuk mengambil Tunku bersama mereka?

TUNKU AZIZ: Mereka hanya berminat dengan kemelayuan saya. Saya hanyalah dianggap sebagai simbol bagi masyarakat Melayu manakala Karpal Singh simbol untuk kaum India. Saya dan Karpal sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP.

Mereka berminat mempergunakan saya untuk memancing undi orang Melayu. Secara hakikatnya, saya sendiri tidak pasti apakah peranan saya selain menjadi alat untuk agenda tersembunyi mereka.

Sama keadaannya apabila saya berminat untuk membantu DAP membawa masuk orang Melayu pada awal kehadiran saya dalam DAP, mereka kemudian seolah-olah sengaja melengah-lengahkannya. Mereka sebenarnya tidak berminat untuk membantu saya memperjuangkan orang Melayu.

Cukuplah saya seorang sebagai simbol untuk terus mendapatkan sokongan tanpa saya melakukan apa-apa. Kerana itulah, saya telah dua kali membuat cubaan keluar daripada parti tersebut. Kali ketiga, keputusan saya sudah muktamad.

Siapa pada pendapat Tunku lebih berkuasa, adakah Kit Siang atau Guan Eng? Bagaimana pula dengan peranan Karpal Singh?

Tunku Aziz
TUNKU AZIZ: Sudah tentu jawapannya adalah Kit Siang. Kit Siang yang lebih berkuasa dan dominan dalam membuat percaturan politik dalam parti manakala anaknya, Guan Eng akan mengikut rentak bapanya kerana Kit Siang memang bijak.

 Kuasa sepenuhnya masih milik Kit Siang. Kebanyakan keputusan berkaitan akan diambil oleh Kit Siang dan bukannya Guan Eng. Selalunya dalam mesyuarat, Kit Siang akan lebih berminat untuk menjadi pemerhati daripada membuka mulut. Beliau akan bersikap rendah diri. Dinasti Lim sangat berkuasa dan berpengaruh dalam DAP.

Karpal juga tidak memainkan apa-apa selain menentang hudud bagi pihak dinasti Lim. Tetapi Karpal adalah seorang pemimpin yang berkaliber. Apa yang beliau katakan satu ketika dulu akan sentiasa diulang, tidak ada sebarang manipulasi. Tetapi adalah menyedihkan kerana beliau tidak mempunyai kuasa dalam parti tersebut.

Ada ramai lagi pemimpin yang sungguh berkaliber dan berpotensi dalam parti tersebut yang saya tidak dapat nafikan. Cuma saya tidak akan sesekali berkompromi dengan melanggar undang-undang. Saya sesekali tidak akan bersetuju dengan perkara tersebut.(Utusan on line-Rencana).Posted by ab nmulya at 10.59 am ao SXepteember 30,2012.

Rakyat berterima kasih


Datuk Seri Najib Tun Razak mengusap kepala seorang kanak-kanak yang dijulang oleh bapanya pada pada Program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Negeri Sembilan, semalam.- MINGGUAN/ MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

 KUALA LUMPUR 29 Sept. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan Bajet 2013 kali ini adalah yang terbaik dan komprehensif kerana mengambil kira keperluan semua lapisan masyarakat.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, Bajet 2013 memberi tumpuan kepada semua golongan terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Pemberian bantuan kepada golongan bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah menjadi antara contoh keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Bajet ini juga membuktikan kerajaan mengambil berat mengenai sektor pendidikan khususnya di kawasan luar bandar. Saya yakin rakyat sudah faham mengenai komitmen kerajaan yang sentiasa menepati janji," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam.

Bajet 2013 melibatkan peruntukkan berjumlah RM251.6 bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Dalam pada itu, Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berpendapat, bajet kali ini adalah sangat bertanggungjawab dan selaras dengan tema ‘Janji Ditepati’.

Saya agak terkejut apabila Perdana Menteri mengumumkan projek untuk mengindahkan Sungai Klang berjumlah RM500 juta sedangkan ia berada di bawah tanggungjawab kerajaan pembangkang.

Ini membuktikan kerajaan hari ini berjiwa besar untuk membangunkan negara. Saya pasti pihak pembangkang terpukul dengan bajet ini kerana ketika mereka terkial-kial mahu menunaikan janji pilihan raya umum lalu, kerajaan dengan segak dan bergaya telah melaksanakan apa yang dijanjikan sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah, Bajet 2013 dapat membantu golongan usahawan dan peniaga kecil khususnya menerusi skim perlindungan insurans berkelompok sehingga RM5,000 kepada golongan tersebut.

Kami yakin ia memberi banyak manfaat kepada mereka, cuma pelaksanaannya perlulah dipastikan menyeluruh," katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, golongan belia merupakan antara kumpulan yang mendapat banyak manfaat daripada pembentangan bajet kali ini.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM738 juta untuk Kementerian Belia dan Sukan," katanya.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 10.27 am on Sept.,30,2012.

BAJET PEMBANGKANG PENUH IDEA KITAR SEMULA

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar kanan) menyifatkan bajet bayangan yang dibentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai mengecewakan dan tidak realistik.

Menganggap tiada apa yang istimewa tentangnya, beliau yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) membidas pembentangan bajet itu kerana terlalu banyak menciplak idea yang sudah atau sedang diusahakan pemerintah.

Antara idea yang ditiru tegasnya ialah penubuhan Lembaga Perumahan Nasional bertujuan membina rumah mampu milik untuk masyarakat bandar iaitu sesuatu yang sedang dijalankan kerajaan melalui Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

"Contoh kedua, kononnya mereka mahu menguatkuasakan undang-undang antipersaingan. Tidakkah mereka sedar Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sudah diluluskan di Parlimen bagi memastikan tiada unsur monopoli dalam industri strategik?

"Contoh ketiga, pembinaan Lebuh raya Pan Borneo bagi memancing undi rakyat Sabah dan Sarawak. Perkara itu juga sudah dicadangkan BN dan kini sedang diusahakan pembinaannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Hotel Seri Pacific di sini hari ini mengenai Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) yang bakal berlangsung di Dataran Senawang bermula Sabtu depan.

Turut hadir pengerusi penganjur karnival, Nazir Hussin Akhtar Husin, Pemangku Pengurus Besar Jobs DB Malaysia Sdn. Bhd., Steven Seek dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REDtone International Bhd., Lau Bik Soon.
Khairy berkata, pembangkang jelas cuba mengaburi mata rakyat dengan menjanjikan perkara yang memerlukan perbelanjaan besar tanpa menjelaskan dari mana datangnya wang untuk menjadikan mimpi itu sebagai kenyataan.

"Mereka kononnya hendak hapuskan duti eksais, tol serta menurunkan harga minyak. Dalam perkiraan saya bajet mereka memerlukan sebanyak RM200 bilion.

"Dari mana mereka hendak dapat dana? Ada mereka jelaskan? Anda tunggu penjelasan saya mengenai perkara ini di Parlimen nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan Anwar agar lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan meskipun jika benar-benar 'terdesak' untuk menyenangkan hati sekutunya di barat.

"Berhubung kenyataan Anwar seperti dilaporkan akhbar The Scotsman, saya rasa tindakan dilakukannya itu tidak betul. Kadang-kadang saya tengok beliau keterlaluan untuk menyenangkan hati dunia barat.

"Pas pun berdemonstrasi dalam isu penghinaan terhadap Rasulullah tetapi pemimpinnya diam pula apabila Anwar membuat kenyataan sebegini. Apa kita boleh buat?" soalnya sinis(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 12.23 am on Sept.,30,201`2.

Harga minyak sawit dijangka naik semula.

PUTRAJAYA 29 Sept. - Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi percaya peruntukan Bajet 2013 sebanyak RM432 juta untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit mampu melonjakkan kembali harga komoditi itu di pasaran antarabangsa.

Timbalan Menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, ini kerana dengan peruntukan tersebut sudah pasti mampu memberi impak yang besar kepada aktiviti huluan dan hiliran industri tersebut.

Katanya, ditambah pula dengan adanya beberapa perayaan dan festival utama dalam tempoh terdekat ini, sudah pasti permintaan terhadap minyak masak sawit akan meningkat.

``Harga minyak sawit mentah (MSM) mengalami penurunan kerana kelembapan ekonomi negara-negara pengimport, khususnya di benua Eropah dan juga peningkatan pengeluaran minyak soya di Amerika Syarikat (AS),'' katanya kepada pemberita selepas menyertai program Berjalan Untuk Kesihatan anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di sini hari ini.(UTUSAN ONLINE-TERKINI).POSTED BY ABNMULYA AT 12.07 AM ON SEPTEMBER,30,2012.

Sarawak terima peruntukan RNM740juta pembangunan infrastruktur

KUCHING 29 Sept. - Sarawak akan mendapat peruntukan sekurang-kurangnya RM740 juta bagi pembangunan infrastruktur daripada keseluruhan peruntukan yang diterima Kementerian Kerja Raya di bawah Bajet 2013, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng.

Beliau berkata, kementeriannya diperuntukkan RM3.7 bilion untuk pelaksanaan projek tahun depan yang hampir separuh daripadanya adalah untuk Sabah dan Sarawak.

"Sekurang-kurangnya 20 peratus daripada peruntukan akan pergi ke Sarawak dan 20 peratus lagi untuk Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bagi projek tokong Persatuan Chung Hua di sini hari ini. - BERNAMA(Utusan online).Posted bya abnmulya at 12.03 am on September 30,2012.

MCA kata bajet 2013 'bajet mesra rakyat'

Oleh Nomy Nozwir
September 29, 2012

 KUALA LUMPUR, 29 Sept – MCA hari ini mengatakan Bajet 2013 adalah ‘bajet mesra rakyat’ yang meliputi semua sektor dan masyarakat menurut presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.(gambar kanan).

Katanya, bajet kali ini memperincikan banyak perkara dan mengambil kira semua kebajikan masyarakat secara keseluruhannya.

“Pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.5 ke 5 peratus dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu, dan seperti yang dijanjikan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, defisit dapat dikurangkan kepada 4 peratus dari 4.5 peratus.

“Sementara itu ada peruntukan sebanyak RM10 billion untuk industri kecil dan sederhana, jadi ini adalah langkah persediaan untuk menghadapi gaji minima tahun hadapan,” kata Dr Chua (gambar) dalam kenyataan yang dikirim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Katanya lagi, perbelanjaan sebanyak RM500 juta untuk peruntukan guru-guru dalam bidang tertentu seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik diberikan pada masa yang tepat.

Beliau juga berterima kasih kepada perdana menteri kerana menyediakan RM100 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan menunjukkan bahawa kerajaan masih mengiktiraf pendidikan Cina di negara ini.

“Selain itu, peruntukan untuk usahawan muda yang berjumlah RM50 juta diharap dapat membantu golongan tersebut menceburi bidang perniagaan.

“Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar untuk mereka yang berusia 21-30 tahun juga dapat menggembirakan golongan muda.

“Dan pembinaan 123,000 unit rumah mampu milik diharap dapat menyelesaikan masalah kekurangan rumah di kalangan masyarakat yang semakin meruncing,” kata Dr Chua.

Dr Chua juga memuji langkah kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia kali kedua (BR1M 2.0) untuk golongan yang berpendapatan rendah, disamping diperluaskan kepada golongan muda kerana ini yang diperjuangkan oleh MCA selama ini.

“Yang paling penting ialah kerajaan meluluskan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) untuk dipasang bagi memastikan kejadian jenayah dapat dikurangkan.

“Selain itu, kesediaan kerajaan menyediakan unit peronda bermotorsikal diharap dapat mengurangkan jenayah di kawasan perumahan yang kian berleluasa,” kata presiden MCA itu lagi.

MCA juga berharap perbelanjaan kali ini tidak ada ketirisan, sebaliknya perbelanjaan ini dibelanjakan dengan berhemah, serta rasionalisasi subsidi harus dilihat agar tidak membebankan pengguna.(The Malaysian Insider).Posted by abnmulya at 2352 hrs on September 29,2012.

Noh Omar yakin BN menang 32 kerusi ADUN di Selangor

Oleh Nomy Nozwir
September 29, 2012

SELAYANG, 29 Sept – Datuk Seri Noh Omar(gambar kanan) yakin Barisan Nasional BN) akan menawan semula Selangor dengan memenangi 32 kerusi.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, masyarakat di Selangor mulai sedar bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu memerintah negeri.

“Saya tidak mahu mendahului takdir, tetapi Insya-Allah saya yakin BN mampu kembali menawan Selangor, sekurang-kurangnya 32 buah kerusi,” katanya selepas merasmikan hari terbuka FAMA di sini hari ini.

Menurut Noh yang juga menteri pertanian, calon menteri besar adalah tidak penting, kerana kemenangan adalah menjadi perkara yang utama.

“Semasa tahun 2008, mereka (Pakatan) pun tak tahu siapa calon menteri besar untuk mereka, jadi adalah lebih baik untuk BN memberi fokus untuk kemenangan untuk menawan kembali Selangor,” katanya dalam temubual bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.

Kerusi-kerusi di negeri Selangor dikatakan merupakan kerusi panas kerana negeri ini mempunyai pengundi baru yang ramai disamping merupakan negeri yang paling kaya dan maju di Malaysia.

Pada 8 Mac 2008, gabungan tiga parti iaitu PKR, Pas dan DAP memenangi 36 daripada 56 buah kerusi dewan undangan negeri Selangor, menewaskan kerajaan BN terdahulu dengan 20 buah kerusi.

Noh juga menolak kemungkinan beliau akan menjadi menteri besar Selangor walaupun desas desus mengatakan beliau dicalonkan sebagai jawatan tertinggi di negeri tersebut.

“Seperti yang saya katakan, saya tidak mahu mendahului takdir, saya masih lagi ahli parlimen Tanjung Karang, tetapi semuanya bergantung pada pucuk pimpinan.

“Yang penting kita gerakkan jentera parti untuk memenangi negeri ini, soal siapa menteri besar tidak penting,” katanya lagi.Bekas menteri besar, Datuk Seri Mohammad Khir Toyo juga menolak dari bertanding dalam pilihan raya akan datang, setelah mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes pecah amanah.(Malaysian Insider). Posted by abnmulya at 1734 hrs on Sept.,29,2012.

Isa Samad : FELDA akan bina rumah pasang siap untuk generasi kedua

September 29,2012.

LANGKAWI,29 Sept--FELDA akan membina rumah pasang siap sebagai rumah mampu milik untuk generasi kedua langkah itu lebih cepat dan murah,kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Samad.

Rumah pasang siap ini ada beberapa model dan kita akn pilih model yang sesuai berdasarkan keluasan tanah.Paling lewat kita boleh laksana Januari tahun depan dan kita juga mampu bina lebih 4,000 unit setahun,"katanya pada pemberita malam tadi.

Mohd Isa (gambar)berkata pada masa ini terdapat kira-kira 40,000 generasi kedua FELDA yang telah berkeluarga dan tidak berminat keluar dari tanah rancangan serta masih menumpang di rumah ibu bapa.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung ketiga Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), diminta mengulas mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen semalam.

Menerusi belanjawan itu, FELDA antara lain diberi tanggungjawab membina 20,000 unit rumah untuk generasi baharu dalam tempoh lima tahun dan diperuntuk RM60 juta bagi membaiki rumah tradisi di bawah program “Kasih FELDA”.

Mengenai program Kasih FELDA, Mohd Isa berkata sebanyak 100 unit rumah telah siap diperbaiki dan lebih 600 lagi dalam proses untuk dilaksanakan.

Katanya FELDA membelanjakan lebih RM650 juta kepada peneroka menerusi pinjaman sehingga RM40,000 masing-masing, bagi membina atau membaiki rumah.

FELDA residence hot spring
Mohd Isa juga yakin FELDA berupaya melaksanakan tanggungjawab yang diberi kerajaan menerusi Belanjawan 2013.

Mengenai MBFM, beliau berkata badan itu merupakan pertubuhan belia paling aktif dan berjaya di negara ini.

Mesyuarat itu dihadiri 180 perwakilan dari 317 rancangan FELDA seluruh negara dan antara agenda ialah memilih jawatankuasa baharu bagi penggal 2012/2014. — Bernama(Posted by abnmujlya at 1705 hrs on September 29,2012).

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013 peruntuk RM251.6b

Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin menunjuk isyarat bagus buku isi kandungan Bajet 2013 sambil diperhati oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai di bangunan Parlimen, semalam. - utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

 KUALA LUMPUR 28 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2013 melibatkan peruntukan berjumlah RM251.6 bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Tahun lalu, sebanyak RM232.8 bilion diperuntukkan iaitu RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Bertemakan''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati' Bajet 2013 bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Najib yang juga Menteri Kewangan memulakan ucapannya pada pukul 4.05 petang, menggariskan lima fokus utama iaitu merangsang aktiviti pelaburan; memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi, meningkatkan produktiviti; konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan awam dan mensejahterakan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, Bajet 2013 yang merupakan bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 digubal dengan fokus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

''Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2013 ternyata menggembirakan golongan penjawat awam apabila Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji bagi mengurangkan beban para penjawat awam.

Najib turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh apabila mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gelombang kedua kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan sebagai tambahan, kali ini BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dengan bayaran sebanyak RM250.

Bajet kali ini dilihat menyeluruh dan komprehensif apabila menyentuh secara langsung semua golongan masyarakat termasuk petani dan nelayan dengan memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi yang memberi kemudahan perlindungan kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar dan dijangka dapat memanfaatkan 172,000 pesawah.

Najib turut mengumumkan tambahan RM1 bilion bagi Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, khusus untuk membaik pulih sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

Kerajaan juga tidak melupakan golongan pesara apabila mengumumkan akan menyelaraskan semula pencen pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820. Pelarasan ini mengambil kira bayaran bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan 50,371 pesara.

Bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, kerajaan bersetuju menambah baik skim ATM, meningkatkan peluang kenaikan pangkat melalui kaedah kenaikan secara time-based dan insentif khas dengan kadar RM200 sebulan kepada semua pegawai dan anggota ATM seramai 125,708 orang.

Sementara itu, bagi memberi akses kepada golongan belia kepada lebuh raya maklumat, Pakej Komunikasi Belia diperkenalkan dengan rebat RM200 akan diberi secara sekali bayar bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G dan ia terbuka kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Kerajaan juga komited memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki rumah sendiri dengan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah dengan harga berpatutan yang akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad dan Jabatan Perumahan Negara.

Di samping itu, Perdana Menteri turut menyatakan komitmen kerajaan untuk meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan prauniversiti dengan nilainya ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250 untuk manfaat seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara.

Di akhir ucapan Najib, ahli-ahli Parlimen pembangkang mengangkat buku belanjawan alternatif pakatan pembangkang yang dibentangkan Rabu lalu.
Pada masa yang sama penyokong kerajaan pula bangun dan bersorak sambil menjulang buku laporan bajet yang dibentang Perdana Menteri.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at9.36 am on Sept.,29,2012.

Bajet 2013: BRIM 2.0 merangkumi individu bujang.


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

"Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini.

BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang membabitkan peruntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmuilya at 1.33 am on September 29,2012.

Bajet 2013: Diskaun mudahkan bayaran PTPTN

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata insentif pertama adalah diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Okt 2012 hingga 30 Sept 2013.

"Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri turut mengingatkan para peminjam bahawa hukum membayar hutang adalah wajib dan pinjaman PTPTN merupakan satu amanah.

"Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan," katanya.

Sehingga Februari lepas, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 1.95 juta pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, membabitkan peruntukan lebih RM44 bilion.

Daripada jumlah itu, kira-kira 70 peratus daripada peminjam tabung itu telah melunaskan pinjaman masing-masing berikutan pendekatan PTPTN yang memperkenal kaedah bertolak ansur dan memujuk untuk membayar hutang.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan cadangan untuk memansuhkan keseluruhan PTPTN adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Beliau mempersoalkan cadangan itu dan bertanya siapakah yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN jika ia ingin dimansuhkan.

"Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia? Bertanggungjawabkah kita yang berhutang, masyarakat yang menanggung? Itulah persoalannya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata kerajaan turut mencadangkan pelepasan cukai sedia ada kepada ibu bapa yang mempunyai anak di institusi pengajian tinggi daripada RM4,000 seorang kepada RM6,000 seorang mulai tahun taksiran 2013.

Katanya langkah itu diambil kerana kerajaan prihatin dengan bebanan kos pendidikan tinggi anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa, selain merupakan satu pelaburan untuk meningkatkan tahap pendidikan generasi muda yang akan memberi manfaat kepada negara di masa depan.

Bagi menggalakkan sikap menabung untuk pendidikan.Perdana Menteri berkata pelepasan cukai sebanyakRm 3,000 bagi skim simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sedia ada juga akanm dinaikkan kepada RM 6,000-BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 12.56 am on Sept., 29,2012.

Bajet 2013: Felda bina 20,000 rumah generasi baharu.

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Felda akan menyiapkan projek perumahan generasi baharu sebanyak 20,000 unit untuk tempoh lima tahun di atas tanah seluas 2,023.4 hektar (5,000 ekar) dalam kawasannya, membabitkan belanja RM1.5 bilion.

Ini antara program yang akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi, sebagai menyokong usaha kerajaan merancakkan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata selain itu Felda juga memperuntukkan RM60 juta bagi membaiki rumah-rumah kampung tradisi di sekitar rancangan, di samping berbelanja RM100 juta setahun untuk program pendidikan dan latihan kemahiran serta biasiswa kepada 5,000 anak generasi baharu.

Menurutnya 30 peratus atau 2,000 orang daripada jumlah itu terdiri daripada anak-anak dari luar Felda.
"Kerajaan berharap pihak swasta, badan korporat serta syarikat berkaitan kerajaan akan dapat memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat melalui CSR," katanya. - BERNAMA Utusan online-dalam negeriu) Posted by abnmula ata 12.50 am on Sept.,29,2012.

Bajet 2013: 170,000 Individu tak perlu bayar cukai pendapatan

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan berikutan penurunan kadar satu mata peratusan bagi golongan tersebut mulai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penurunan kadar cukai itu akan menguntungkan kumpulan dengan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.

Beliau berkata langkah itu akan turut memberi manfaat kepada pembayar cukai sedia ada untuk menikmati penjimatan bayaran cukai mereka.

"Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan telah menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang sahaja yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang.

Pada masa ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif iaitu antara kosong peratus hingga 12 peratus ke atas pendapatan bercukai RM2,500 hingga RM50,000. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at12.36am on Sept 29,2012.

Thursday, September 27, 2012

TPM: Pakatan tiada lokus standi bentang belanjawan

  • Abdul Rahim Sabri
  • 7:31PM Sep 27 2012
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah Pakatan Rakyat mengumumkan belanjawan alternatif hanyalah bertujuan untuk meraih keuntungan politik.

Sedangkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai locus standi untuk membentangkan belanjawan bertemakan "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat" itu, katanya.
NONE"Dia tak ada lokus standi. Tawar untuk menang pilihan raya untuk dapat keuntungan politik.

"Tetapi kerajaan memberi penekanan kepada semua perkara mengikut prinsip perbelanjaan... (Mengikut) perkara yang dikehendaki oleh rakyat jelata.
Katanya lagi, Pakatan boleh "janjikan bulan dan matahari", namun belanjawan sebenar adalah yang dibentangkan kerajaan.
 
"Mereka bukan kerajaan... Banyak komen daripada pakar ekonomi (yang mendakwa) bahawa bajet (mereka) tidak realistik," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Festival Bahasa dan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini.

Tambahnya, kandungan belanjawan Pakatan itu juga bukan satu perkara baru kerana tawaran memberi kenaikan imbuhan dan gaji telahpun disentuh dalam manifesto Buku Jingga.
Beliau turut memfokuskan rancangan Pakatan untuk menghapuskan bayaran tol dan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya memberikan implikasi dan melibatkan jumlah wang besar.

NONE"Sebab itu kerajaan wujudkan dan peruntukannya lebih RM42 billion, yang mendapatkan faedahnya lebih daripada sejuta pelajar.

"Jadi mungkin mereka yang dapat pinjaman mendengar tawaran yang dibuat (Pakatan) itu amat menarik, tetapi kalau itu berlaku, apa akan jadi kepada pelajar yang akan datang.

"Sumbangan yang hendak disediakan jumlahnya agak besar. Kalau (pinjaman) ini hendak dihapuskan, tak payah bayar balik, jadi di mana sumber baru yang kita hendak cari," soalnya.

Beliau menyimpulkan bahawa cadangan berkenaan "nampak menarik" namun menjadi bebanan kepada kerajaan dan rakyat.

"Mungkin kenyataan saya bersifat politik, tetapi yang mustahak apa analisis yang boleh dibuat oleh pakar-pakar ekonomi, yang berwibawa, apakah belanjawan mereka itu realistik, asas yang dikemukakakan itu asas yang lestari, atau satu gimik atau tawaran dalam pilihan raya," katanya.

Selain rancangan untuk menghapuskan PTPTN, kandungan belanjawan alternatif yang diumumkan Pakatan Rakyat semalam antara lainnya memperincikan tindakan afirmatif yang tidak berasaskan kaum dan juga sasaran untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).(Malaysiakini).Posted by abnmulya at 12.23 pm ON sEPT.,28,2012.

Saman Fitnah 3 Pemimpin PKR Diperintah Bayar GabntiRugi.




  • Bernama
  • 7:45AM Sep 28 2012
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memerintahkan tiga pemimpin PKR masing-masing membayar gantirugi RM30,000 kepada bekas ketua Wanita PKR negeri ini, Aminah Abdullah, dalam satu saman fitnah.
  
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk GV Varughese membuat keputusan itu selepas mendapati ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutung Jab Samad dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong Anuar Kamaruddin mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Aminah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei tahun lepas.
  
Pada 15 Jun 2011, Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta terhadap semua defendan berkenaan serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah Mohd Sabri Said, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan PAS.
  
Bagaimanapun, pada prosiding hari ini, Aminah diarah membayar RM15,000 sebagai kos kepada Mohd Sabri, Ahmad Lutfi dan PAS selepas mahkamah menerima pembelaan mereka.

Dalam penyataan tuntutan, Aminah mendakwa laporan akhbar itu, antara  lain, bermaksud beliau seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno, termasuk dituduh menggesa  Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau mendakwa pada sekitar 20 hingga 21 Mei 2011, ketiga-tiga pemimpin PKR, dalam satu sidang akhbar di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib, menjatuhkan maruah, nama baik dan reputasinya.
     
Sementara itu, Aminah, yang ditemani anggota keluarga serta rakannya, ketika ditemui di luar mahkamah, melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan itu.
  
"Kak Min rasa bersyukur... apa yang penting ialah moral dan maruah, Kak Min mahu kemenangan sahaja," katanya.
  
Aminah diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala defendan oleh peguam VS Raveentharan- Bernama (Malaysiakini) .Posted by abnmulya at 12.12 pm on Sept.,28,2012.

Chong Wei rampas takhta No: 1

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

Lee Chong Wei kembali merampas kedudukan No. 1 dunia daripada musuh tradisi, Lin Dan dalam ranking terbaru, semalam.

KUALA LUMPUR - Kekecewaan Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Olimpik London sedikit terubat apabila dia merampas kembali takhta No. 1 dunia daripada musuh tradisi, Lin Dan semalam, malah dijangka mengekalkan kedudukan tersebut sehingga penutup 2012.

Kejayaan menjuarai Siri Super Terbuka Jepun, minggu lalu memberi 9,200 mata ranking buat jaguh perseorangan negara itu, sekali gus memintas Lin Dan dengan kelebihan tipis 1,505. Chong Wei mengumpul 93,298 mata keseluruhan, manakala Lin Dan 91,793.

Chong Wei, 29, yang menumpaskan Boonsak Posana 21-18, 21-18 ketika merangkul gelaran ketiga Terbuka Jepun mampu mengekalkan kedudukannya sehingga akhir tahun memandangkan Lin Dan tidak akan beraksi pada dua kejohanan utama di Eropah bulan depan, Siri Super Premier Terbuka Denmark (16-21) dan Siri Super Terbuka Perancis dari 23-28.

Selepas menerajui takhta No.1 dunia selama 191 minggu, Lin Dan memintas Chong Wei pada ranking 21 Jun dan mengekalkan kedudukan selama 14 minggu. Dia juga mengecewakan Chong Wei dalam perebutan pingat emas Olimpik, bulan lalu.

Bagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, kejayaan melonjak kembali ke takhta No. 1 merupakan motivasi terbaik buat Chong Wei, apatah lagi jika kedudukan itu dapat dikekalkan sehingga musim baru 2013.

Begitupun beliau mengakui, cabaran terbesar anak didiknya itu kini adalah mengekalkan prestasi.

"“Saya tidak terkejut dia merampas takhta No. 1 kerana prestasinya masih di tahap terbaik.Malah, saya gembira dia melakukannya ketika sedang berada dalam mood relaks.

Kejayaan menjuarai Terbuka Jepun dan naik No. 1 memberi motivasi Chong Wei sebelum memulakan tahun baru. Tempoh tiga bulan terakhir ini dianggap tempoh relaks kerana bebannya sudah hilang sebaik Olimpik berakhir.

Jadi, sebelum tirai 2013 dibuka, bagus jika dia dapat mengukuhkan kedudukan kerana sebaik musim baru bermula, dia bakal berdepan cabaran lebih besar kerana Kejohanan Dunia bakal menanti," ujar Seu Bock.

Selain Terbuka Denmark dan Perancis, empat lagi kejohanan yang bakal menanti Chong Wei adalah Siri Super Premier Terbuka China (13-18 November), Siri Super Terbuka Hong Kong (20-25 November),

Grand Prix Emas Terbuka Macau (27 November-2 Disember), selain Siri Super Masters Akhir di Shenzen 12-16 Disember.

Sementara itu kejayaan menjuarai Terbuka Jepun turut membolehkan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melonjak ke ranking terbaik dalam karier mereka. Pasangan muda negara itu naik dua anak tangga ke kedudukan kelima.

Kenaikan turut dialami Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, yang melonjak satu anak tangga ke No. 6, berterima kasih kepada kejayaan muncul naib juara di Jepun.

Empat pemain China berada dalam kelompok 10 terbaik perseorangan lelaki, diketuai Lin Dan (2), Chen Long (3), Chen Jin (4) dan Du Pengyu (9).

Selain Chong Wei, tiada pemain Malaysia lain berada dalam kedudukan 25 terbaik.
Chong Wei Feng yang naik enam tangga tangga menghuni kedudukan ke-27, manakala Liew Daren 28 (naik satu tangga).

Muhammad Hafiz Hashim di tangga ke-38, Tan Chun Seang (39), Mohd. Arif Abdul Latif (52), Misbun Ramdan Misbun (70), Chan Kwong Beng (76), Zulfadli Zulkifli (80), Goh Soon Huat (97) dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin, 99.(Utusan online-berita utama).Posted by abnmulya at 10.12 am on Sept.,28,2012.

Kesejahteraan bertterusan




Najib Tun Razak memasukkan dokumen Belanjawan 2013 ke dalam beg semasa melakukan tinjauan persiapan belanjawan di Kementerian Kewangan di Putrajaya, malam tadi. Bersamanya (depan, dari kiri) ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang. - Bernama

PUTRAJAYA 27 Sept. — Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas, demikian menurut para pegawai yang arif mengenainya.

Kata mereka, belanjawan itu akan lebih kepada "pengembangan sedikit tetapi lebih berhemat" bagi memastikan perkembangan sosial yang mampan, selain mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemat.
Perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit berbanding RM229 bilion pada tahun ini bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.

Para pegawai itu menegaskan, walaupun ada pihak yang akan cenderung melabelkan Belanjawan 2013 sebagai "belanjawan pilihan raya" berikutan programnya yang lebih berpusat kepada rakyat dan pilihan raya umum yang semakin hampir tetapi harus diingat bahawa usaha memperbaiki kehidupan rakyat telah menjadi seruan lantang Najib sejak memegang jawatan pada April 2009.

Belanjawan itu, tegas mereka, adalah seiring dengan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang akan mengambil kira aspirasi rakyat untuk kehidupan yang lebih baik.

Najib sebagai "game-changer" dalam transformasi politik dan ekonomi negara, kata mereka, akan memastikan Belanjawan 2013 akan menangani kebimbangan para pembayar cukai kelas pertengahan bandar yang pendapatan antara RM5,000 dan RM10,000 sebulan.

Sudah banyak didebatkan yang belanjawan sebelum ini lebih tertumpu kepada kemiskinan luar bandar sementara penduduk bandar kelas pertengahan kerap kali diketepikan.

Namun, kesejahteraan komuniti secara keseluruhannya termasuk penduduk luar bandar, wanita, belia, kakitangan awam dan perniagaan akan turut diberi perhatian.

Ini bermakna kesinambungan dasar adalah perlu bagi merancakkan lagi ekonomi domestik, yang telah menyaksikan pertumbuhan yang agak menggalakkan tahun ini.

Pelaksanaan beberapa Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) turut memberikan banyak rangsangan kepada ekonomi tempatan, selain pengembangan pasaran modal tempatan.

Kata para pegawai berkenaan, kerajaan juga dijangka memperhebatkan lagi insentif untuk pasaran modal sebagai pemboleh kepada pertumbuhan ekonomi.

Mengenai isu pengurusan kewangan berhemat, para pegawai itu berkata, kerajaan akan kekal komited untuk terus menurunkan defisit fiskal kepada sekitar 4.0 peratus pada 2013 daripada 4.5 peratus pada 2012 dan 3.0 peratus menjelang 2015.

Ucapan Najib juga seharusnya menjuruskan kepada menyemak semula industri automotif negara kerana lebih 500,000 rakyat yang dikaitkan dengan industri itu berhadapan risiko. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 9.53 am on Sept.,2012.

Pengerusi Google pertahakan You Tube

Pelajar-pelajar Indonesia membakar tayar di luar premis Kentucky Fried Chicken di Kendari semasa mengadakan protes terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims, semalam. -


 AFP SEOUL 27 Sept. - Pengerusi Eksekutif Google, Eric Schmidt, hari ini mempertahankan tindakan YouTube menyiarkan filem anti-Islam yang mencetuskan rusuhan ganas di seluruh dunia.

Schmidt berkata, jawapan kepada isu itu ialah apabila kebebasan disekat, maka lebih banyak lagi perkara seperti itu akan berlaku dan bukannya dengan pengharaman.

Google yang merupakan pemilik YouTube, telah menyekat penyiaran filem Innocence of Muslims di beberapa negara, termasuk di India, Mesir dan Arab Saudi kerana dianggap tidak sah.

Namun, Schmidt menekankan bahawa filem bajet rendah itu menepati kriteria asas sebagai bahan yang boleh dipos di laman perkongsian video itu dan sebab itulah sehingga kini ia masih boleh diakses di beberapa negara.

"Google mempunyai pandangan yang jelas berhubung perkara ini yang kami percaya bila kebebasan disekat, perkara seperti itu tetap akan berlaku dengan lebih berleluasa.

"Kami juga tidak menyokong penggunaan filem atau idea ini untuk mencetuskan kebencian dan keganasan, tetapi kami lebih percaya pengharaman bukanlah satu penyelesaian," katanya kepada wartawan di Seoul, Korea Selatan, hari ini.

Sementara itu, mahkamah Turki semalam membenarkan pihak berkuasa negara itu menyekat penyiaran filem itu di Internet.

Binali Yildirim, menteri yang bertanggungjawab dalam komunikasi dan pengangkutan memberitahu televisyen kerajaan, TRT, injunksi itu membenarkan pihak berkuasa teknologi maklumat dan telekomunikasi menyekat penyiaran filem tersebut.

Tindakan itu dibuat sehari selepas sebuah lagi kementerian menyatakan bahawa Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan mengarahkan pegawai mencari jalan untuk menyekat filem itu.

Di Thailand, beratus-ratus orang berhimpun di luar Kedutaan Amerika Syarikat dan ibu pejabat Google di negara itu hari ini sambil memegang sepanduk dan memekik 'kenakan hukuman bunuh ke atas sesiapa yang menghina Islam'.

Kira-kira 300 orang menyertai perhimpunan bantahan itu yang diadakan di daerah perniagaan Bangkok. - AFP/AGENSI(Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya at 9.38 am on Sept 28,2012.

Malaysia bakal catat lebih banyak terbitan instrumen Renminbi dalam pasaran bon dan sukuk.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata bahawa Malaysia akan mencatatkan lebih banyak terbitan instrumen dalam pasaran bon dan sukuk. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Lebih banyak terbitan instrumen dalam pasaran bon dan sukuk di Malaysia dijangkakan pada masa akan datang, memandangkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan syarikat tentang potensinya, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, di sini hari ini.

“Ya, memang ada banyak lagi dalam perancangan. Sekarang sudah ada kesedaran yang lebih tinggi tentang potensi mengumpul dana dalam nilai renminbi, terutamanya bagi pelaburan di China, kerana kegiatan pelaburan rentas sempadan dua hala berlaku di antara China dan Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada seminar bertajuk “Pelunasan Perdagangan dan Pelaburan Renminbi di Malaysia serta Prospek Masa Depan”, di sini hari ini.

Ditanya sama ada terbitan-terbitan itu akan dilaksanakan tahun ini, beliau berkata ia bergantung kepada kelulusan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

“Tetapi, bagi syarikat-syarikat yang ingin mengumpul dana, mereka akan mengkaji perkembangan pasaran dari segi kesesuaian masa,” katanya.

Setakat ini, sudah ada dua terbitan sukuk luar pesisir dalam renminbi di luar Malaysia dan satu terbitan bon dalam renminbi oleh syarikat Malaysia.

Mengenai penggunaan yuan sebagai pelunasan perdagangan, Zeti berkata pengimport dan pengeksport Malaysia perlu mempunyai kesedaran yang lebih tinggi tentang kemudahan yang ada untuk menjalankan transaksi perdagangan dan pelaburan mereka dalam renminbi.

“Ini adalah sesuatu yang telah diperkenal dalam sistem kewangan kita sejak 2009 dan dilaksanakan beransur-ansur dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, kita menyaksikan pertumbuhan ketara,” katanya.
Zeti berkata pada masa ini, jumlah RMB180 bilion di bawah perjanjian Persetujuan Swap Mata Wang (CSA), mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran kewangan domestik dan bank pusat itu akan mengkajinya dari semasa ke semasa.

Pada awal 2009, Bank Negara Malaysia menandatangani perjanjian CSA dengan Bank Rakyat China, yang diperbaharu dalam tahun ini, dan jumlahnya dipinda daripada RMB80 bilion pada mulanya.

Mengenai satu perkara lain, Zeti berkata bank pusat itu berkemampuan untuk memantau semua aliran keluar masuk kewangan negara ini.

“Seperti yang kita sedia maklum, selepas krisis kewangan, kita meningkatkan keupayaan pengawasan kita,” katanya.

Zeti berkata demikian bagi menjawab soalan tentang sama ada Bank Negara mempunyai kemampuan untuk memantau pengaliran masuk dana, termasuk dana asing ke dalam organisasi tempatan. — Bernama (The Malaysian Insidert).Posted by abnmulya at 12.12 am on Sept.,28,2012.