Tuesday, October 30, 2012

Pemuda Umno setuju BN umum calon PRU lebih awal di kawasan tertentu....




Selasa, 30 Oktober 2012-Ada dua perkara penting dalam sidang media selepas mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO di PWTC petang Selasa.

Pertama, ketuanya Khairy Jamaluddin mengumumkan keputusan sebulat suara Pemuda UMNO mendesak kerajaan tangguh perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang jadi rungutan ramai dan kedua pihaknya berharap pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihanraya Umum ke 13 lebih awal boleh dipertimbangkan bagi kawasan tertentu tetapi bukan setiap kawasan.
Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa bukan setiap kawasan bersedia untuk diumumkan calon awal disebabkan faktor dalaman dan sebagainya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kawasan tertentu dimana pada pendapat pimpinan parti calon-calon berkenaan dilihat boleh diterima oleh kebanyakkan masyarakat dan juga BN maka tidak menjadi masalah untuk diumum lebih awal.

Menurut beliau, pengumuman calon itu tidak terlalu lama sebelum pilihan raya, ianya mungkin boleh diumumkan dua minggu atau sebulan lebih awal. Kata Khairy, “kalau ada risiko masalah dalaman parti perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum umumkan calon, hanya kawasan-kawasan yang tidak ada masalah sahaja diumum lebih awal.”

Ditanya samada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membuat tuntutan jumlah calon muda ditonjolkan pada PRU akan datang, Khairy berkata, “kita minta tapi tidak tuntut peratusan atau jumlah sebab yang lebih penting penilaian 'winnerable candidate' daripada Pengerusi BN.”

“Kita minta lebih daripada jumlah sebelum ini tetapi akhirnya penilaian perlu dibuat oleh pucuk pimpinan parti,” tambahnya. Menjawab soalan tentang persiapan pemuda negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, Khairy menerangkan tumpuan terkini pada Lapuran Ketua Audit Negara yang melibatkan isu-isu penyelewengan oleh negeri-negeri dikuasai pembangkang.

Beliau meminta pimpinan pemuda negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor memberi tumpuan dengan menonjolkan isu-isu tersebut dengan membuat lapuran polis, SPRM dan sidang akhbar supaya dapat memberi tekanan agar rakyat tahu terdapat banyak penyelewengan telah berlaku di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang itu.

Bagi menarik minat pengundi muda menyokong BN dalam PRU akan datang, Khairy bersetuju agar beberapa tawaran penting diberikan pada golongan muda selain faktor 'winnerable candidate' dan tidak sabotaj parti.

“Perlu ada tawaran yang 'special' untuk pengundi muda, saya sarankan kepimpinan BN setiap negeri menawarkan sesuatu khas untuk pengundi muda dalam manifestonya sebagaimana belanjawan Perdana Menteri dimana ada beberapa program khas untuk orang muda,” katanya.

“Dalam manisfesto kita mesti ada komponen yang khas untuk orang muda lebih-lebih lagi negeri yang kita kalah yang mana pengundi muda menjadi penentu bagi kejayaan negeri tersebut,” tambah beliau.

Sebelum itu Khairy mengumumkan keputusan sebulat suara mesyuarat Exco Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mendesak kerajaan untuk menangguhkan dan mengkaji semula perlaksanaan penggunaa AES kerana terdapat banyak rungutan orangramai.

 Menurut Khairy, terdapat banyak rungutan orang awam mengenai lokasi kamera tersebut tidak mencerminkan keberangkalian berlakunya kemalanagan seperti kawasan hitam atau tidak selamat.

“Ada juga yang anggap kedudukan kamera itu tidak praktikal dari had lajunya dan jarak kamera yang terlalu dekat dengan kawasan terlalu mudah melepasi had laju,” katanya.

Pada kesimpulannya, Kata Khairy, “terlalu banyak kelemahan pada sistem tersebut, bukan tidak setuju kerana pada dasarnya adalah satu ssistem yang baik tetapi sebulat suara supaya tuntut dan mendesak kerajaan persekutuan supaya menangguhkan perlaksanaan AES ini dan kaji semula.”

Beliau berharap mesyuarat jemaah menteri akan datang supaya dapat membincangkan isu tersebut dan mengeluatkan keputusan atas permintaan serta desakan Pemuda UMNO.

 Mesyuarat itu juga Khairy mengumumkan Pergerakan Pemuda UMNO dengan sukarela akan membantu dalam proses pendaftaran penerima BR1M kepada golongan bujang yang tidak tersenarai sebagai penerima BR1M pertama.

Menurut Khairy setiap pemuda bahagian akan diagihkan lebih 2000 borang di mana 'Skuad Utusan Pemuda' akan turun ke bawah seperti kawasan kilang dan tumpuan ramai golongan muda untuk mengagihkan borang.

“Sekiranya perlu kita akan kutip borang itu untuk dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi memudahkan proses. Pemuda UMNO akan mainkan peranan yang proaktif kearah membantu orang muda bujang untuk daftar sebagai penerima BR1M 2.0 itu,” ujarnya.-30/10/2012.( Oleh Lukman Abdullah) Agenda Dailya.(Posted by abnmulya at 11.53am on October 31,2012.


TAUFAN SANDAY MENGGANAS DI AMERIKA SYARIKAT(AS).


Taufan Sandy mengganas di AS Ombak besar dibawa Taufan Sandy menghempas pantai di Shinnecock Hills, New York, kelmarin. - Reuters

NEW YORK 30 Okt. - Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh di tujuh buah negeri apabila Taufan Sandy mengganas, membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), awal hari ini menyebabkan lebih sejuta penduduk di beberapa negeri terpaksa dipindahkan.

 Antara negeri yang mencatat kematian termasuklah New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina apabila taufan itu melanda AS sejak pukul 8 malam tadi (8 pagi waktu Malaysia hari ini, menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.

Kira-kira sejuta penduduk yang terjejas teruk turut dipindahkan. Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh dengan bandar raya New York paling teruk terjejas.

Presiden AS Barack Obama mengisytiharkan dekri kecemasan di New York & New Jersey.
Presiden Barack Obama mengisytiharkan dekri kecemasan di New York dan New Jersey, selepas taufan tersebut mengakibatkan kira-kira 13,500 penerbangan di seluruh negara dibatalkan semalam dan hari ini.

Bandar raya New York lumpuh apabila sistem pengangkutan kereta api bawah tanah terjejas teruk, terburuk dalam tempoh 108 tahun, sementara kira-kira tujuh juta penduduk di seluruh negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.

Satu kebakaran besar di kawasan penempatan di New York City yang banjir, menyebabkan 50 buah rumah musnah, namun hanya dua orang mengalami kecederaan ringan.

Suasana di sekitar pusat bandar Manhattan turut panik apabila banjir setinggi 3.9 meter menenggelamkan terowong-terowong dan stesen kereta api bawah tanah, selain menyebabkan pelancong serta pesakit-pesakit di hospital terpaksa mencari tempat berlindung.

Dalam perkembangan berkaitan taufan gergasi itu, dua buah loji kuasa nuklear masing-masing di New Jersey dan New York ditutup awal hari ini, namun operator loji menyatakan, ia tidak mendatangkan risiko terhadap keselamatan awam.

Pusat Taufan Kebangsaan menyatakan, Sandy yang berubah lemah kini bergerak ke kawasan pedalaman, namun masih mampu menghasilkan angin kencang serta banjir di sepanjang pantai timur.

Sejak membadai Caribbean beberapa hari lalu, taufan tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa. Firma pengurusan bencana, Eqecat meramalkan, Sandy boleh menjejaskan kira-kira satu perlima atau 60 juta penduduk AS dan mengakibatkan kerugian berjumlah AS$20 bilion (RM60 bilion). - AGENSI(Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya at 10.12am on October 31,2012.


Saturday, October 27, 2012

Setiap Tahun "Ibadah Korban" Di Masjid Al-Khairiyah,Di Taman Sri Gombak,Terus Menerus Meningkat Pesertanya.

Masjid Al-Khairiyah ini telah dibina dengan ongkosnya lebih 7 juta ringgit di ketika Selangor di bawah kuasa kerajaan Umno-BN.

Sumbangan yang terbesar ialah dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan telah dirasmikan pada (
hari Jumaat),tanggal 21 Jamadilawal 1425 Hijrah,bersamaan  9 HB.Julai 2004.

Majlis perasmiannya oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Aziz Shah Alhaj,Sultan Selangor Darul Ehsan. Masjid Al-Khairiyah ini terletak di Pasa 7, di Jalan SG.7/1,Taman Sri Gombak, 68100,Batu Caves,Selangor Darul Ehsan.


                
      
Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
October 28,2012 at 5.54pm.

Sesungguhnya,pada awalnya, penulis bermaksud untuk memaparkan kisah dan gambar-gambar berhubung dengan detik-detik peristiwa yang menyeronokkan ketika petugas-petugas Ibadah Korban di antara Masjid Al-Khairiyah,di Taman Sri Gombak dengan Surau Al-Ehsan,di Kg.Baru, Batu Caves,yang dilangsungkan pada pagi Sabtu, tanggal 27/10/2012 itu di dalam satu tulisan sahaja.
Tuan Imam 2, Masjid Al-Khairiyah,Tuan Imam Abdullah bin Musa yang memimpin program Ibadah Korban pada hari tersebut kelihtan sedang melapah kulit kepala lembu korban itu, kemudian dipotong-potong kecil untuk diagih-agihkan kepada para peserta korban dan pada petugas ibadah korban dan juga orang awam yang mendapat agihan kopon.

Disebabkan penulis merasa badan terlalu letih dan rasanya semacam tidak larat untuk terus menulis.Maka penulis mengambil keputusan untuk menulis detik-detik dan memaparkan gambar-gambar berhubung dengan detik-detik peristiwa petugas-petugas ibadah korban  Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak,pada hari yang berikutnya iaitu,pada tanggal 28/10/2012 pada hari ini,iaitu pada hari Ahad.

Syukur Alhamdulillah!Dengan tersiarnya tulisan ini,di portal Abnmulya.blogspot.com. Ia,bererti hasrat penulis itu telah dizinkan oleh Allah s.w.t.dan diharapkan anda pembaca yang dihormati merasa puas hati dengan tulisan ini.Jika  ada yang salah dan silap harap dimaafkan.


Sebahagian timbunan daging tulang ibadah korban dari jumlah 14 ekor lembu yang telah disembelih pada Hari Raya Haji tahun ini dalam konteks aktiviti-aktiviti ibadah korban oleh Masjid Al-Khairiya,Taman Sri Gombak.
Khasnya,kepada para penduduk disekitar masjid Al-Khairiyah yang berminat mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti melakasanakan amalan ibadah korban oleh AJK masjid Al-Khairiyah dan kepada petugas-petugas ibadah korban,dalam konteks melakukan amalan ibadah korban yang disyariatkan oleh agama Islam, bermula tahun kedua Hijrah dan korban itu yang hanya dibolehkan ialah binatang ternakan seperti unta,lembu,kerbau,kambing dan kambing biri-biri.


Yang duduk di tengah itu ialahKetua Petugas Ibadah Korfban pada hari tersebut.
 Agama Islam mensyariatkan ibadah korban itu sebagai salah satu cara diri kita yang beragama Islam mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana sering kita ikrakan di dalam sembahyang kita: "Sesungguhnya sembahyangku,ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah SWT.

Ibadah korban juga,adalah sebagai melahirkan rasa syukur kita kepada Allah SWT di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan-Nya.
4 orang tuan-tuan haji yang memakai T-Shirt warna sedondong di atas itu ilah petugas sukarela yang membahagikan kopon-kopon kepada orang ramai dari qariah masjid Al-Khairiyah,di Taman Sri Gombak,mengikut pasa-pasa untuk diagih-agihkan daging-daging ibadah korban lembu-lembu yang sebanyak 14 ekor.

PENULIS TIBA LEWAT DI MASJID AL-KHAIRIYAH.

Sebenarnya penulis memang sudah berniat untuk membuat liputan di kedua-dua program Ibadah Korban di antara Msjid Al-Khairiyah,Taman Sri Gombak dan Ibadah Korban oleh Surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves,Selangor. Kerana di kedua-dua masjid yang akan melakukan Ibadah Korban itu sangat penting buat penulis untuk membuat liputannya.
Sdr Mustaza,sahabat penulis,petugas ibadah korban, pendudk dari pasa 4 sedang mengangkut daging korban untuk diagih-agihkan kepada petugas lain untuk dipotong kecil-kecil untuk agihan kepada peserta ibadah korban , petugas ibadah korban dan sekaligus untuk orang ramai,di qariah Masjid Al-Khairiyah itu sendiri.
Masjid Al-Khairiyah,Taman Sri Gombak, masjid yang terletak di dalam kawasan tempat permastautin penulis sekeluarga, di Jalan SG,6/14 di Taman Sri Gombak,iaitu tempat kami bersolat 5 waktu,solat Jumaat,bersolat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dan juga ibadat-ibadat lain,dah lebih 08 tahun lamanya,sebaik sahaja masjid Al-Khairiyah telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, pada  9 hb. Julai 2004 bersamaan pada 21 hb.Jamadilawal 1425 Hijrah.


Berkupiah putih sedang bercekak pinggang dengan parang trsisip di pinggang ala-ala penglima yang siapa sedia bertempur itu ialah Encik Baharuddin, pemastautin Taman Sri Gombak, di Pasa 6 dari Jalan SG.6/9 selaku salah seorang peserta Ibadah korban dan sekaligus jadi petugas Ibadah Korban di hari tersebut.

Sebelumnya,iaitu dari tahun 1990 hingga 2004,iaitu selama 14 tahun lamanya, kami beribadat di Surau Ittifiqiah yang kjecil sahaja,yang terletak di Pasa1,di Jalan SG.1/24 dan Jalan SG.1/26 Taman Sri Gombak. 

Kini surau tersebut telah pun dinaikkan tarafnya,iaitu dari sebuah surau ke sebuah Masjid,dengan nama yang sama juga iaitu, Masjid Ittifiqiah,oleh JAIS Selangor,di bawah kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat ,sebaik sahaja PR menang dalam PRU Ke:12,pada tahun 2008.

Sesudah dinaikan tarafnnya selaku masjid.Maka mereka dah punya IMAM sendiri dan bolehlah para penduduk disekitarnya melakukan berbagai-bagai aktiviti program agama,melakukan ibadah solat Jumat berjemaah bersendiri,tidak lagi tertakluk dengan masjid  Al-Khairiyah.

Tetapi infrastrukturnya tetap sama dengan gaya dulunya juga.Tidak ada bantuan dari kerajaan Pakatan Rakyat untuk memperbahruinya bentuknya dan sebagainya seperti Masjid Al-Khairiyah,di pasa 7 itu, yang dibina tersergam indah dan menjadi kebanggaan para penduduk Taman Sri Goimbak di sekitarnya dengan ongkos membinanya lebih RM7 juta. Ia telah di bina oleh kerajaan lama iaitu,semasa Umno-BN berkuasa di seluruh Selangor sebelum 3 hb Mac,2008.

Surau Al-Ehasan,Kg.Baru,Batu Caves,merupakan surau yang termasuk di dalam qariah Umno Taman Selayang,yang di Ketuai oleh Datuk Dr Rahman Ismail,satu-satunya tokoh politik yang merupakan sahabat karib penulis yang paling akrab.
Di tengah-tengah yang memakai tudung warna rose itu ialah Hajah Yom,penduduk pasa 6 dari  Jalan SG.6/14 di Taman Sri Gombak,kelihatan sedang nak mengacau kari daging lembu korban itu.

Penulis telah dimaklumkan bahawa Datuk Dr Rahman pun menjadi salah seorang peserta Ibadah Korban dengan menyumbangkan 3 ekor lembu korban dalam program amalan Ibadah Korban Surau Al-Ehsan, Kg.Baru, Batu Caves,Selangor.D.E.

Justeru itu,maka pagi-pagi lagi iaitu,hampir jam 8 pagi penulis sudah tiba di Surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves,di Taman Selayang,untuk membuat liputan di blog kepunyaan penulis.Ketika penulis tiba di sana,penulis dapati sebanyak 6 ekor lembu korban telah sealmat di sembelih.
Disebelah kanan anak kecil yang berbaju hijau itu ialah Haji Rahim,jiran tetangga penulis,pemastautin pasa 6 dari Jalan SG.6/14 di Taman Sri Gombak merupakan sebagai salah seorang petugas ibadah korban Masjid Taman Sri Gombak pada tahun ini.

 Walaupun telah tiba di sana pada jam 8 pagi? Penulis pun dikira terlewat juga dan tidak dapat menyaksikan Ibadah Korban lembu pertama di sembelih,di Surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves itu. Agaknya pada jam 7 pagi mereka dah memulakan kerja-kerja Ibadah Korban itu.

 Penulis segera mengambil gambar daging-daging sembelih ibadah korban itu berserta dengan suasana di sekitar lokasi,di mana Ibadah Korban itu dilangsungkan. Penulis berada di sana hingga lembu korba nombor 10 selamat di sembelih.
Dari kanan: Bersongkok hitan itu ialah Naib Pengerusi Persatuan Penduduk pasa 6 Haji Sahimin Hj.Ghazali pemastautin Taman Sri Gombak,di pasa 6 dari Jalan SG.6/1 sedang menikmati sop panas tulang lembu ibadah korban di hari tersebut.

Tulisan berhubungan dengan program  amalan Ibadah Korban di Surau Al-Ehsan, Kg.Baru, Batu Caves itu telah pun diposkan di portal Abnmulya,blogspot.com., pada hari Sabtu,iaitu semalam.

Kemudainya penulis bergegas ke lokasi di Masjid Al-Khairiyah,di Jalan 7/1,Taman Sri Gombak dan penulis tiba di Masjid Al-Khairiyah,Taman Sri Gombak,kira-kira pada pukul 10.15 pagi


Kalau hati sudah suka? Semuanya indah belaka. Kalau perut sudah lapar di mana pun duduk tidak mengapa.Yang penting perut lapar perlu diuatamakan oleh para petugas program amalan ibadah korban Masjid Al-Khairiyah,di Taman Sri Gombak. Mereka kesemuanya berpakaian T-Shirt warna sedondong ketika menjalnkan tugas-tugas mereka yang muliua itu.

 Sebaik sahaja penulis tiba di lokasi penyembelihan itu,penulis dapati acara penyembelihan sebanyak 14 ekor lembu korban itu sudah pun usai(selesai).Justeru itu penulis segera masuk ke dalam lokasi lapah melapah daging di dalam kawasan di depan masjid,di bawah beberpa buah kanopi yang besar dan redup yang telah dipasang dengan rapinya.

Walupun hari itu boleh dikatakan terasa juga sedikit panas akibat sinaran sang mathari yang begitu galak memancarkan cahayanya ke sudut-sudut kanopi itu? Namun petugas-petugas yang  berkerja dengan sukarela kerana Allah itu,dilihat semacam tidak terasa bahang panas oleh panahan sang matahari yang terik itu.

Sambil mereka terus bekerja,dan dilihat mereka tetap berbual-bual dan bergurau senda sesama mereka tanpa topik yang tertentu tidak habis-habisnya.

Petugas-petugas ibadah Korban masing-masing dilihat begitu tekun menyumbangkan tenaga mereka secara bergotong royong,secara sukarela dengan peranan yang diserahka kepada mereka di hari yang mulia itu iaitu, di hari di mana mereka sedang melakukan kerja-kerja sukarela dalam konteks untuk menjayakan kerja- kerja melakukan amalan ibadah korban yang amat disukai oleh Rasulullah SAW itu agar berjalan dalam keadaan yang baik dan sempurna.


Masjid Al-Khairiyah yang tersergam indah ini letaknya di Jalan SG.7/1, di Taman Sri Gombak, di dalam Daerah Parlimen Gombak.
 Yang bertugas memotong tulang-tulang lembu dengan menggunakan mesin pemotong tulang yang menggunakan kuasa tenaga eletrik(TNB). Beliau jelas dilihat begitu tekun menjalankan tugas beliau menjadi mesin operator pemotong itu,sehingga daging-daging dari tulang-tulang sebanyak 14 ekor lembu korban itu, dalam masa yang singkat  sahaja dah selesai di potong dalam size yang kecil-kecil semuanya sebelum waktu zohor.

Di samping itu,para kaum ibu pula,dilihat begitu sibuk bergotong royong melakukan tugas-tugas menyediakan minuman dan kuih muih untuk sarapan pagi dan masak memask gulai lembu itu dan juga sop dari daging dan tulang-tulang lembu ibadah korban itu untuk jadi juadah makan tengah hari, bagi para petugas Ibadah Korban,lelaki dan perempuan yang telah bekerja keras secara bergotong royong, pada hari Sabtu,iaitu sejak pagi-pagi lagi mulai jam 7 pagi.


Yang sedang hendak mengkacau-kacau kari lembu ibadah korban yang hampir dah nak masak itu ialah Hajah Noriah, binti Kassim pemastautin pasa 6,dari Jalan SG.6/14,di Taman Sri Gombak, secara sukarela bergotong-royong menyertai program amal ibadah korban pada tahun ini.
Alhamdulillah! Petugas-petugas Ibadah Korban di Masjid Al-Khairiyah itu dapat dihidangkan makanan sebelum tiba waktu zohor. Mereka penulis lihat begitu seronok menghirup sop panas dari daging dan tulang lembu ibadah korban itu secara beramai-ramai.

Dengan kata lain? Mereka ketika itu,dilihat semacam telah jadi segar semula dan segala penat lelah mereka semasa melapah dan memotong daging-daging dan tulang lembu ibadah korban itu telah hilang,akibat begitu teruja dan begitu seronak menikmati hidangan kari dan sop panas dari daging dan tulang lembu-lembu korban yang fresh  (benar- benar segar) yang dimasak oleh kaum-kaum ibu secara bergotong royong,di dalam kanopi yang didirikan sementara di kawasan masjid itu.

Sesudah semua petugas dan orang ramai selesai dijamu dengan makan tengah hari dengan kari,sop panas dari dgaing ibadah korban itu? Maka tibalah pula pada acara utama dengan mengagih-agihkan daging dan tulang lembu ibadah korban itu,


Daging-daging ibadah korban yang telah dimasukkan di dalam plastik merah ini ialah daging-daging yang akan diagih-agihkan kepada petugas-petugas ibadah korban dan juga kepada orang ramai dari qariah di Taman Sri Gombak.
 Lebih kurang sekilo setiap orang terutama kepada qariah-qariah Masjid Al-Khairiah, di Taman Sri Gombak, pada petugas-petugas ibadah korban yang bertungkus lumus bekerja dan juga kepada para peserta Ibadah Korban itu sendiri.

Ketika menerima agihan itu? Mereka dilihat dengan wajah yang berseri-seri,tanda amat gembira,telah menerima daging-daging agihan Ibadah Korban itu dengan hati yang amat bersyukur dan teruja.Kerana daging-daging dan tulang sop yang mereka terima itu,bukanlah daging lembu biasa sepertimana yang dibeli mereka setiap minggu di pasar awam.

Tetapi daging ibadah korban di bulan haji yang mereka boleh dapat hanya setahun sekali iaitu hanya di Hari Raya Aidiladha.

Di dalam hati nubari mereka semacam mereka berkata,"Semoga di tahun hadapan,kita akan berjumpa lagi,jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT."

Program aktiviti-aktiviti melakukan kerja-kerja Ibadah Korban pada setiap tahun oleh Masjid Al-Khairiyah ini,boleh dikatakan para pesertanya setiap tahun meningkat jumlah yang menyertainya.Harganya pun boleh dikatakan meningkat juga setiap tahun bagi setiap bahagian dari 7 bahagian untuk seekor lembu korba itu.
Sementara daging-daging yang telah dimasukkan dalam plastik putih ini,ialah daging-daging ibadah korban yang akan diagih-agihkan khusu kepada para peserta Ibadah Korban dari 14 ekor lembu korban itu.
Pun begitu? Difahamkan bahawa para pesertanya,boleh dikatakan tidak begitu merasa tertekan demi untuk menjalankan Ibadah Korban yang merupakan amalan yang sangat-sangat disukai oleh Rasulullah SAW. Dan sekaligus memandangkan bahawa  Ibadah Korban ini mempunyai banyak hikmah dan kelebihannya.

DALIL PENSYARIATAN

*Firman Allah S.W.T. dalam  surah Al-Kautsar ayat:2:

Maksudnya : Maka kerjakanlah sembahyan kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".
 

 *Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah Al-Haj ayat 37:

"Maksudnya : "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

 *Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu".(Hadis riwayat Tirmidzi).

FADHILAT IBADAH KORBAN.

Fadhilat yang diperolehi daripada Ibadah Korban amat besar antaranya:


* Menambah amal kebajikan. Sabda Rasulullah S.A.W.:

   
Maksudnya : "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan." ( Hadis riwayat    Tirmidzi,Ibnu Majah dan Al-Hakim).

* Sebagai penebus dosa. Sabda Rasulullash S.A.W. kepada Sayyidatina Fatimah:


Maksudnya : "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban). 

*Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.


Sabda Rasulullah S.A.W.

Maksudnya : "Wahai manusia,sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya,bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani).
Daging-daging dari ibadah korban sebanyak 14 ekor lembu itu,ia sudah tentu memerlukakan  petugas-petugas sukarela yang ramai jumlahnya untuk menyelesaikan program amalan ibadah korban itu menghasilkan sasarannya.
* Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

Maksudnya : " Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah ( meneyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya,bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi,maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadis riwayat Tirmidzi).


Justeru,sudah sewajarnya, kita semua umat Islam merebut peluang ini,pada setiap tahun,dengan melakukan ibadah korban, pada setiap Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Haji).Amin Yarabbalalamin.(Posted by abnmulya. blogspot.com) at 1754 hrs.on October 28,2012.

Pada Hari Raya Haji ke:2 Ibadah Korban Dilakukan Di Serata Tempat Di Daerah Gombak.


Disebabkan Hari Raya Haji pada tahun ini,jatuh pada hari Jumaat (26/10/2012) maka kebanyakan masjid dan surau di Daerah Gombak melakukan Ibadah Korban pada hari raya ke:2. 

Surau Al-Ehsan,di Kg.Baru, Batu Caves dan Masjid Al-Khairiyah,di Taman Sri Gombak telah melakukan Ibdah Korban pada pagi hari Sabtu,tanggal 27/10/2012.

Surau Al-Ehsan telah menyembelih 18 ekor lembu. Semenatra Masjid Al-Khairiyah,diTaman Sri Gombak telah menyembelih sebanyak 14 ekor lembu pada tarikh yang sama juga.



Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
October 27,2012 at 11.16pm.

Sesunmgguhnya ibadah korban disyariatkan oleh agama Islam bermula tahun kedua hijrah dan korban yang hanya dibolehkan ialah binatang ternakan seperti unta,lembu,kerbau dan kambing.
Lembu yang telah disembelih di Surau  Al-Ehsan,di Kg.Baru,Batu Caves menunggu giliran untuk dilapah.

Islam mensyariatkan ibadah korban itu sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala,sebagaiman sering kita ikrarkan dalam sembahyang :"Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Ibadah korban juga adalah sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan-Nya. Manakala di antara hikmah persyariatan ibadah korban itu pula:
Petugas Surau Al-Ehsan dilihat sedang giat melapah daging lembu itu dengan tekunnya.

Pertama:  Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban,akan tetapi Allah menggantikan dengan seekor kibasy.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam,dia berkata :Para sahabat Rasulullah SAW bertanya wahai Rasulullah,apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud:

"Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim.Mereka bertanya lagi: Apakah yang kami perolehi daripadnya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.Mereka bertanya lagi: Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya."

Kedua : Melatih dan membentuk kaum muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

Ketiga : Memupuk sikap pemedulian dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.

Keempat : Menyemai dan menanam sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan  dan rasa cinta kepada Allaha Subhanahu Wata'ala

Memandangkan ibadah korban itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang amat banyak,maka sudah sewajarnya kita  semua umat Islam merebut peluang in derngan melakukan klorban pada setiap hari raya haji paqda setiap tahun selagi hayat dikandung bada sebelum kita dipangil pulang oleh sang pencipta Allah SWT.

Lembu tersebut di atas mula dilapah oleh petugas surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves.
Sama-samalah kita berdoa semoga dimurahkan rezeki dan dapat melakukan ibadah korban.Mudah-mudahan segala amal kebajikan yang kita lakukan atas dasar keikhlasan dan keimanan itu akan diterima Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda.Amin Ya Rabbal'alamin.

Allqah SWT berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 dengan maksudnya:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah. Tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.  Demikianlah ia memudahkan binatang binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya.Dan sampaikanlah berita gembira dengan balasan yang sebaik-baiknya kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.".
Datuk Dr Rahman sentiasa senyum

Dalam konteks untuk turut sama melakukan ibdah korban yang disyariatkan oleh agama Islam sejak tahun ke dua hijrah terhadap pengikutnya,maka dari jumlah 18 ekor lembu yang telah dikorbankan oleh Surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves itu.

Maka,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak, bagi penggal 2004-2008 Datuk Dr Rahman Ismail telah melakukan ibdah korban pada pagi Sabtu ini sebanyak 3 ekor lembu korban dan ia diuruskan oleh AJK Surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves,Selangor Darul Ehsan.


Boleh dikatakan setiap tahun ketika menyambut hari raya haji? Datuk Dr Rahman tidak pernah tinggal jadi peserta ibadah korban yang merupakan amalan yang sangat disukai oleh Rasululla s.a.w.di mana baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadah korban.

Ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Umno Gombak dulu semasa empat tahun lebih lamanya,penulis difahamkan bahawa beliau telah menyumbangkan lembu-lembu untuk dijadikan ibadah korban oleh para pemimpin Umno di Cawangan-cawangan di dalam bahagian Gombak itu sendiri.

Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak ( yang berdekatan dengan rumah kedimana penulis) sering mendapat sumbangan lembu ibadah korban dari Datuk Dr Rahman Ismail.Penulis difahamkan oleh Pak Alang yang ketika itu jadi Nazir masjid al-Khairiyah,Taman Sri Gombak.
Jamuan makan tengah hari telah diadakan oleh Datuk Dr Rahman Ismail,Ketua Umno,Cawangan Taman Selayang, pada tengah hari ini dipejabat cawangan Umno di Taman Selayang. Dari kiri kelihatan Datuk Dr Rahman sedang menghirup sop lembu korban.Sebelah kiri beliau ialah Tan Seri Datin Zaleha Ismail,penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan mantan Menteri Kebajikan Masyarkat Malaysia.

Datuk Dr Rahman Ismail, pada masa ini sedang memegang jawatan  Ketua Cawangan Umno, Taman Selayang,sekaligus Surau Al-Ehsan,Kg.Baru,Batu Caves itu, adalah termasuk di dalam bidang kuasa Umno cawangan Selayang.

Kini, Datuk Dr Rahman Ismail adalah selaku Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang punya 138 badan Ngo-Ngo Gombak yang kecil-kecil bergabung di dalam  Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan beliau.

Di antara begitu banyak badan-badan Ngo-Ngo di Selangor ini? Maka Gabungan Ngo-ngo Gombaklah yang paling aktif mendekati rakyat akar umbi 1 Malaysia. Dalam satu minggu sekurang-kurangnya ada 2 program untuk mendekati rakyat anjuran oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Dalam gerakan-gerakan itu boleh dikatakan penulis diajak terlibat sama oleh Datuk Dr Rahman Ismail membantu beliau terutama dari segi penerangan. Penulis sangat seronok bekerjasama dengan Datuk Dr Rahman Ismail.

Beliau walaupun seorang jutawan tapi dia begitu humble dan menghormati semua lapisan masyarakat.Tidak kira miskin atau pun kaya

"Kaya atau miskin sama sahaja.Mereka merupakan hamba Allah. Yang Maha Kaya itu?  Ialah Allah SWT yang menguasai 7 petala langit dan 7 petala bumi." katanay dengan senyum.

Kemudian penulis dan Datuk Dr Rahman Ismail menghadiri majlis rakyat yang diadakan oleh Sdr Omar Manan,bekas Ketua Penerangan Umno Bahaghian Gombak ,di Era Datuk Ahmad Ujang jadi Ketua Bahagian Umno Gombak sekaligus selaku YB Umno,DUN Hulu Kelang bagi penggal 2004-2008.

Kami berada di rumah Sdr Omar Manan lebih 1 jam.Kemudian penulis dan Datuk Dr Rahman pergi melawat seorang Ketua Cawangan Umno,di Hulu Kelang yang masuk hospital swasta yang baru, di Taman Ibu Kota,Daerah Wangsa Maju. 

Syukurlah Alhamdulillah! Sahabat Datuk Dr Rahman Ismail itu sudah pulih dari sakit yang dideritainya 3 hari yang lalu.Esok penulis akan sambung kisah Ibadah Korban yang dilakukan oleh Masjid Al-Khairiyah,di Taman Sri Gombak pula.Iaitu masjid tempat yang tidak jauh dari kediaman penulis.Berjalan kaki 5 minit dah sampai.Laungan Azan dari masjid tersebut jelas kedengaran. (Posted by abnmulya blogspot. com. at 11.16 pm on October 27,2012.)

Thursday, October 25, 2012

JEMA'AH HAJI WUKUF DI ARAFAH

Seorang jemaah haji lelaki yang kurang upaya mengayuh basikal menggunakan tangan di sebatang jalan di Padang Arafah menjelang wukuf, semalam. - AFP 

PADANG ARAFAH 25 Okt. - Lebih dua juta jemaah haji dari 189 buah negara mula berkumpul di Padang Arafah awal pagi ini bagi menyempurnakan ibadah wukuf. Sesetengah jemaah tiba di Padang Arafah sejak semalam dan bermalam di khemah-khemah yang disediakan di situ, namun ada juga jemaah yang tiba ketika subuh.

Selepas sembahyang subuh, jemaah bergerak menuju sebuah bukit kecil 'Jabal Rahmah' sambil berdoa. Kawasan yang terletak antara dua bukit berbatu besar itu juga merupakan tempat Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhirnya sebelum baginda wafat.

Pengawal mengarahkan jemaah agar tidak mendaki tangga bukit berbatu yang licin itu menggunakan pembesar suara, "Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah mendaki bukit itu," tegas arahan itu.

Bagaimanapun, ada jemaah yang ingkar dengan mendaki bukit tersebut. Kumpulan jemaah dari Syria dilihat membawa bendera besar dengan lambang kumpulan pemberontak, sebagai simbol menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

Selepas matahari terbenam, jemaah akan bergerak menuju Muzdalifah yang terletak antara Mina dan Arafah, mengumpul batu kerikil untuk dilontar di Jamratul Aqabah esok, acara akhir bagi menyempurnakan Rukun Haji dan menandakan tibanya Aidiladha.

Selepas itu, umat Islam akan melakukan ibadah korban yang dituntut dalam Islam sebagai lambang pengorbanan yang pernah dilakukan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Ketika menyempurnakan baki tiga hari ibadat haji, jemaah masih meneruskan upacara melontar batu sebelum melakukan tawaf wida', tawaf selamat tinggal sebelum pulang ke negara masing-masing. - AFP(utusan online-luar negara).Posted by abnmulya at 2.25am on October 26,2012.

HUKUM IBADAH KORBAN & HIKMAH- HIKMAHNYA



 
Susunan oleh: 
Hj.Abu Bakar Ninggal
October 26, 2012,at 1.25am.

Sesungguhnya bahawa Ibadah Korban itu merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah s.a.w. di mana baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadah korban.

Ini memandangkan ibadah korban itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihan-kelebihan yang memberi kebaikan pada diri kita,agama dan masyarakat.

Oleh yang demikian sebagai umat Islam yang mampu,seharusnya mengambil ikhtibar terhadap galakan Rasulullah s.a.w. kepada sahabat-sahabat baginda untuk berbuat baik. Terdapat banyak hadis yang menganjurkan ibadah korban antaranya di mana Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak ada amalan yang dilakukan  oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban).Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya,kuku-kuku, dan bulu-bulunya ( dan diletakkan di atas timbangan).

"Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu,ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu". 
(Riwayat Imam at-Tirmizi,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina 'Aisyah r.a.).

Maksudnya: Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadah korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.

HUKUM IBADAH KORBAN

Hukum korban ialah sunat muakkad ( iaitu sunat yang amat digalakkan oleh agama) bagi orang yang memenuhi syarat-syarat berikut.

1.Muslim
2.Baligh dan berakal
3.Bebas/merdeka
4.Ada kemampuan iaitu,memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah diri dan orang-orang di bawah tanggungan merangkumi makanan,pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya Aidil adha dan hari-hari tasyriq. 

Iaitu bermula 10 Zul Hijah iaitu setelah selesai melakukan solat hari raya haji dan seterusnya pada hari-hari tasyriq bermula11,12 dan 13 Zul Hijah.

Ibadah ini terbuka kepada semua orang Islam yang memiliki kemampuan,sama ada orang bandar ataupun orang kampung pendalaman.Orang dalam musafir atau berada di dalam negeri dan termasuklah kepada jemaah haji di Mina.

Terdapat riwayat dalam Soheh Imam Bukhari dan Muslim yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. melakukan korban di Mina bagi isteri baginda dengan menyembelih lembu.( Riwayat dari Saidatina Aisyah r.a.,).

Dimakruhkan meninggalkan ibadah korban ini bagi orang yang memenuhi syarat-syarat di atas.Berkata Imam as-Syafi'ie: "Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya". ( yakni Imam as-Syafi'ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang yang mampu).

HIKMAH DARI PENSYARIATAN IBADAH KORBAN ITU PULA:

Pertama : Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih puternya Nabi Ismail a.s. sebagai korban. Akan tetapi Allah menggantikan dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaki bin Arqam,dia berkata:

"Para sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya,wahai Rasulullah,apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabda yang maksudnya: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya".

Kedua : Melatih dan membentuk kaum muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

Ketiga  : Memupuk sikap pemedulian dan prihatin terhadap masyarakat iaitu,dengan mengagih-agihkan sebahagian daging-daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.

Keempat : Menyemai dan menanam sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. dan sifat kedua-duanya yang mengutamakan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maksudnya menurut Imam al-Minawi,"Binatang korban itu berada di tempat penerimaan yang tinggi iaitu,ia diterima oleh Allah sejak mula diniatkan untuk dikorbankan sebelum ia disaksikan oleh orang-orang yang hadir ketika ia disembelih.

SYARAT-SYARAT BAGI BINATANG YANG DIJADIKAN KORBAN.

 1.Hendaklah dari unta,lembu,kerbau,kibasy,kambing dan kambing biri-biri.

2.Cukup umur iaitu:

a.Untuk cukup umur lima tahun masuk enam tahun.
b.Lembu,kerbau, kambing biri-biri cukup umur dua tahun masuk kepada tiga tahun.
c.Kibasy cukup umur satu tahun masuk dua tahun atau telah bersalin dua gigi hadapan.

3.Sejahtera daripada 'aib yang mengurangkan sesuatu daripadanya untuk dimakan,tiada memadai terlalu kurus,terkerat ekor,terputus telinga,tempang,terpotong lidah dan lain-lain.

4.Berniat korban pada ketika menyembelih.
(Posted by abnmulya,blogspot.com., at October 26,at 1.25am).


Wednesday, October 24, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA ( HARI RAYA HAJI,HARI RAYA KORBAN) 10 Z.HIJAH 1433.

Secara bergotong royong mereka sedang melakukan "Ibadah  Korban" menyembelih lembu sempena menyambut Hari Raya Korban,Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini,pada tanggal 10hb. Z.Hijah 1433 bersamaan dengan 26 hb. Oktober 2012.


Hj.Abu Bakar Ninggal
October 24,2012 at 10.12pm

Pada hari Jumaat ini,iaitu ( lusa ) pada tanggal 10 hb. Z.Hijah 1433 bersamaan dengan tanggal 26 hb.Oktober 2012,kita semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Adha dan akan melakukan Ibadah Korban pada tahun ini.

Dikesempatan ini saya sekeluarga dengan rendah hati melafazkan ucapan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha' dan selamat menlakukan 'Ibadah Korban' kepada seluruh umat Islam Malaysia khasnya dan sekaligus kepada seluruh umat Islam,baik di mana sahaja anda berada di seluruh pelusuk dunia ini.

Disamping itu,izinkan saya menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha(Hari Raya Korban) kepada semua peminat blog "Abnmulya.blogspot.com"baik di mana sahaja anda berada.Tanpa anda siapalah saya? Semoga pengorbanan kita akan mendapat redha dari Ilahi,InsyaAllah.

 Barisan belakang kiri:Hj.Abu Bakar Ninggal dan isteri Hajah Roslina binti Husin.Barisan depan dua orang puteri dan seorang putra kami.Kesemuanya masih menuntut di IPTA. Dari kiri:Siti Marsita,Lokman Hakim al-Hafiz dan Siti Hajar binti Hj.Abu Bakar.

Dikesempatan ini juga kami sekeluarga  ingin mengucapkan "Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha" kepada semua bakal-bakal haji dan bakal-bakal  Hajah yang kini berada di Tanah Suci Mekah yang sedang melakukan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima yang diwajibkan sekali seumur hidup.

Mengerjakan ibadah haji merupakan kesempatan terbaik untuk bertaubat dan meminta keampunan Allah. Malah ibadah haji itu sendiri,jika dilaksanakan dengan sempurna,tidak dicampuri dengan perbuatan yang keji, maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya sehingga ia suci bersih seolah-olah baru lahir kedunia ini.

Rasulullah s.a.w., bersabda: Siapa yang melakukan ibadah haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji,tidak berbuat fasik,dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya.( Bukhari Muslim).

Justeru itu, izinkanlah kami mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Haji"yang merupakan rukun Islam yang kelima yang diwajibkan sekali seumur hidup.Semoga anda akan mendapat "Haji Yang Mabrur".Tiada balasan baginya kecuali syurga.

Semoga anda akan selamat pulang ke tanah air menemui semula sanak saudara yang telah lama anda tinggalkan.  (Posted by abnmulya.blogspot.com) at 2212 hrs on October 24,2012.

Monday, October 22, 2012

Surat Yusuf Qaradawi buat Anwar tertekan


Yusuf Al-Qaradawi
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini sering 'menjual' nama Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi dikatakan cukup tertekan selepas tokoh ulama terkemuka itu mengutus surat memuji kerajaan sedia ada dalam membantu rakyat Palestin.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, lebih menjadi 'malapetaka' adalah pujian itu dibuat ketika Anwar sendiri pernah membuat kenyataan kontroversi apabila menyokong keselamatan Israel.

"Saya dikhabarkan Anwar berada dalam keadaan cukup tertekan selepas mengetahui tokoh ulama terkemuka itu mengutus surat memuji kerajaan dalam membantu rakyat Palestin. Perkara ini ibarat satu malapetaka kepada Anwar kerana beliau pernah menyokong keselamatan Israel.

"Pada masa yang sama juga satu tamparan kepada tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang menerima dana asing daripada individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai pertalian dengan Yahudi," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.( utusan online-berita utama).Posted by abnmulya at 12.59am on October 23,2012.

Siap siaga sebelum 'berperang'

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan
KAMIL MASLIH pengarang@utusan.com.my

NAJIB Tun Razak diiringi Chua Soi Lek bersalaman dengan para perwakilan MCA selepas merasmikan Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. - 

BERNAMA KUALA LUMPUR 21 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera serta parti komponen Barisan Nasional (BN) berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata, adalah penting bagi seluruh jentera dan komponen BN membuat persiapan terbaik termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku agar setiap gerakan berupaya dilaksanakan tanpa rasa ragu.

"Kita mesti membuat persiapan terbaik dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung MCA Ke-59, di Wisma MCA, di sini hari ini.

Dalam menegaskan perkara tersebut, Najib memetik falsafah seorang ahli falsafah Islam bahawa pihak yang mempunyai perancangan teliti boleh mengalahkan pihak kurang melakukan perancangan walaupun yang kurang membuat perancangan itu adalah di pihak yang benar.

Perdana Menteri turut menyatakan rasa kagum dengan kebangkitan dan semangat baharu MCA yang disifatkannya sudah bersedia untuk 'berperang', sekali gus memastikan kemenangan besar BN dalam pilihan raya umum akan datang.

 Menurut beliau, MCA di bawah kepemimpinan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bukan sahaja berpadu dalam satu pasukan tetapi turut memperlihat sikap tidak gentar kepada pakatan pembangkang khususnya DAP apabila berani berdepan dan membongkar kelemahan mereka.

"Persidangan MCA kali ini ada kelainan dan keistimewaannya. Saya lihat ahli MCA begitu bersemangat dan sudah bersedia untuk berperang. MCA bukan sahaja tidak takut kepada pembangkang tetapi sekarang ini lebih berani untuk berdepan dengan mereka.

"Semangat ini saya yakin bukan sahaja mampu mendokong BN (menang majoriti besar) tetapi mampu 'mengkaramkan' pembangkang yang berhasrat mahu menawan Putrajaya," katanya. Namun pada masa sama,

Najib mengingatkan seluruh kepemimpinan dan ahli MCA, walaupun parti itu sudah bersedia berperang dalam pilihan raya umum, tetapi untuk memastikan kemenangan, mereka harus mempunyai hati dan pemikiran yang sama sebagaimana diasaskan BN.

Jelas Perdana Menteri, sebagai sebuah parti, BN dan MCA perlu mempunyai persediaan serta perancangan terbaik agar keputusannya nanti bukan sahaja berpihak kepada kerajaan tetapi tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Tanpa persediaan serta perancangan tersebut kata beliau, parti mungkin boleh terperangkap, walaupun hakikatnya pakatan pembangkang banyak menipu dan berbohong kepada rakyat.

Beliau turut menyelar pakatan pembangkang yang mendakwa bersedia untuk menawan Putrajaya, sedangkan perkara asas seperti bertanding di bawah simbol yang sama sebagaimana BN, masih gagal dilaksanakan.

Tegas Perdana Menteri, rakyat tidak boleh menaruh keyakinan kepada parti yang hanya mahu menawan Putrajaya tetapi tiada kesatuan bagaimana untuk membangunkan negara ini kerana jika tersilap memilih, Malaysia boleh ranap dalam sekelip mata.

"Ingat lagi krisis ekonomi pada 1997? Siapa Menteri Kewangan pada masa itu? Siapa yang naikkan kadar faedah sehingga 24 peratus? Siapa ambil jalan mudah nak serah negara ini kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) walaupun bererti menyerah kedaulatan negara.

"Siapa pula yang selamatkan negara ini jika bukan BN di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebab itu rakyat mesti pilih kerajaan yang mempunyai pengalaman dan rekod perkhidmatan cemerlang selain telah banyak berjasa," katanya(utusan online-politik).Posted by abnmulya at 123.47am on October 23,2012.

Sunday, October 21, 2012

Pemuda PAS Kuala Kedah buat laporan polis

ALOR SETAR 21 Okt. - Pemuda Pas Kuala Kedah mahu siasatan lanjut dijalankan terhadap penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan perumahan awam kos rendah di negeri ini sepertimana dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Sehubungan itu, Ketuanya Mohd Azizi Abdullah hari ini membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

"Salinan laporan itu telah dihantar kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Ahmad I'zzat Mohd Shauki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk tindakan lanjut.

"Kita tidak mahu sebarang penyelewengan berlaku di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat tidak diambil tindakan. Jika penyelewengan itu berlaku tindakan undang-undang patut diambil dan jika tidak, satu mekanisme untuk membetulkannya perlu dikenal pasti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini mendedahkan kerajaan PAS Kedah dikesan membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah sepanjang 2010 hingga 2011.

Khamis lalu, Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim mendakwa unsur rasuah berlaku kerana kerajaan negeri mengeluarkan sumber kewangan yang banyak walaupun beberapa projek tidak siap dan wujud penipuan dalam tuntutan pembayaran di tujuh buah kawasan perumahan terbabit. - BERNAMA(urtusan online-dalam negeri).Posted bya abnmulya at 11.50pm on October 21,2012.

KELANTAN CIPTA SEJARAH

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dan TAN MING WAI
sukan@utusan.com.my

Pemain pasukan Kelantan meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan ATM 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi. 

SHAH ALAM - Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam babak akhir, semalam.

Indra Putra Mahayuddin layak dijulang selaku wira The Red Warriors apabila jaringannya pada masa tambahan pada minit ke-96 hasil serangan pantas, menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia edisi kali ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.

Jaringan kemenangan daripada Indra itu seolah-olah mengesahkan kata-kata pengendali Kelantan, Bojan Hodak pada sidang media pengurus pasukan kelmarin, yang mengatakan ATM tidak dapat bertahan sehingga penghujung perlawanan kerana terdiri daripada ramai pemain berumur.

Berpunca daripada gerakan pantas Shakir Shaari dan Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya yang tidak dapat dibendung pemain ATM, Indra pantas mencari ruang kosong sebelum melepaskan rembatan menarik ke arah sebelah kanan pintu gol.

Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dua kali meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-44 dan 50, namun dapat disamakan sebanyak dua kali oleh ATM melalui Rezal Zambery Yahya pada minit ke-49 dan Marlon Alex James pada minit ke-62.

Kekalahan ATM bermakna tiada lagi magis Hairuddin Omar dalam penampilan final kelima Piala Malaysia apabila buat pertama kali pemain berusia 33 tahun itu gagal membawa pulang trofi keagungan bola sepak negara bersama pasukan yang diwakilinya selepas melakukannya empat kali sebelum ini bersama Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan.

 Dalam aksi akhir yang disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra serta kira-kira 80,000 penonton itu, kedua-dua pasukan berjaya menampilkan permainan menghiburkan tetapi diselangi kekecohan di babak terakhir perlawanan ekoran keputusan pengadil yang mengundang kontroversi.

Malah, hampir terjadi pergaduhan ketika perlawanan tinggal lima minit untuk ditamatkan selepas pemain ATM bertindak meneruskan perlawanan ketika Indra mahukan Shakir yang cedera diberikan rawatan namun pengadil, Nafeez Abd. Wahab pantas membendung insiden lebih buruk daripada terjadi.

Barisan tengah ATM dilihat cukup pincang pada babak pertama biarpun dibarisi pemain berpengalaman seperti Rezal Zambery Yahya dan Bruno Martelotto apabila gagal merencanakan sebarang gerakan menarik. Christie Jayaseelan dilihat sedikit gugup pada penampilan pertama di final selain Marlon Alex James dapat dirantai kemas oleh Obinna Nwaneri.

Situasi itu bijak dieksploitasi oleh Kelantan sepenuhnya yang mempamerkan rentak penuh bertenaga dengan sekurang-kurangnya empat percubaan tepat dengan salah satunya menembusi gawang ATM pada minit ke-44.

Kesilapan Farizal Harun yang tidak menangkap kemas rembatan Mat Yo yang menerima umpanan Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya membuka tirai jaringan Kelantan, ketika perlawanan separuh masa pertama hanya menunggu masa untuk ditamatkan.

Pengendali ATM, B. Sathianathan bagaimanapun ternyata mempunyai percaturannya tersendiri pada separuh masa kedua dan pasukannya hanya menunggu masa selama empat minit sebaik permainan bermula untuk menyamakan kedudukan melalui Rezal Zambery hasil sepakan leret dari jarak 25 meter.

Kegembiraan ATM bagaimanapun hanya bertahan selama seminit apabila Norshahrul sekali lagi membuktikan bisanya belum hilang menerusi serangan balas pantas dan memperdaya K. Reuben sebelum melepaskan sepakan yang tidak diselamatkan Farizal.

Namun, semangat juang ATM sama sekali tidak padam, percaturan bijak Sathia memasukkan dua pemain gantian, Venice Elphi Danny Kaya dan Mohd. Fitri Omar mengambil alih peranan sayap kiri pada minit ke-60 ternyata membuahkan hasil mengkucar-kacirkan benteng Kelantan.

Selepas Venice dijatuhkan berhampiran kotak penalti di sebelah kiri pintu gol Kelantan, Marlon melonjak tinggi menanduk masuk ke dalam gawang bagi gol penyamaan ATM pada minit ke-62. Kelantan bagaikan berada dalam lamunan kira-kira 15 minit perlawanan selepas ATM dapat menyamakan kedudukan tetapi tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan sehingga memaksa perlawanan diheret masa tambahan.(UTUSAN ONLINE-SUKAN) POSTED BY ABNMULYA AT 1-.22PM ON OCTOBER 21,2012.

Thursday, October 18, 2012

Awasi anak guna pelan telefon mudah alih

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Ibu-ibu yang ingin menghubungi anak-anak atau anak-anak yang ingin menghubungi ibu bapa yang sudah berusia secara mudah di rumah kini tidak perlu bimbang kerana mereka kini dapat melaksanakannya dengan menggunakan telefon mudah alih mengenakan bayaran hanya RM8 sebulan.

GAMBAR HIASAN SAHAJA.
 Ini merupakan tawaran terbaharu yang disediakan oleh REDtone Mobile Sdn. Bhd. dengan kerjasama CELCOM - pengendali telefon mudah alih perdana negara ini. Pelanggan hanya perlu memohon talian pasca bayar dengan komitmen bulanan hanya RM8 dan boleh menikmati panggilan percuma bagi kawasan diliputi rangkaian REDtone di seluruh negara, kata Pengarah Pemasaran dan Teknikal Hussein Resources Sdn. Bhd., Adnan Sajad Hussein.

Sebagai contoh, seseorang ibu yang ingin mengetahui perkembangan anaknya di sekolah boleh melanggan pelan RM8 bagi dirinya dan anaknya dan boleh berhubungan secara percuma setiap hari. Anak-anak bekerja juga boleh melakukan perkara yang sama dengan ibu bapa mereka yang berusia.

"Ia sama seperti walkie talkie," katanya. Beliau memberi keyakinan bahawa pelan itu bukan satu muslihat jualan tetapi terbukti dari ribuan yang telah menikmati perkhidmatan itu pada masa ini.

Adnan berkata, matlamat dan tarikan lain pelan itu, antara lain, para pelanggan boleh mengekalkan nombor telefon mudah alih sedia ada masing-masing, komitmen bulanan boleh dikongsi dalam satu kumpulan, hanya satu kadar sepanjang hari jika digunakan membuat panggilan ke rangkaian lain.

Pakej korporat juga tersedia dan boleh diberikan kepada pekerja serta keluarga dan rakan-rakan masing-masing pada kadar rendah, panggilan percuma dan penjimatan.

Adnan berkata, Hussein Resources, agen yang dibenarkan bagi memasarkan pelan itu di Lembah Klang, kini memasarkan secara agresif pelan itu yang menyediakan peluang perniagaan bagi usahawan yang ingin menubuhkan pusat kutipan di bawah syarikat itu.

Katanya, perbadanan, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan lain yang ingin mengurangkan bil telekomunikasi masing-masing boleh melanggan perkhidmatan itu. - BERNAMA(utusan online-dalam negeri),Posted by abnmulya at 12.01pm on October 19,2012.

Warga emas dikecualikan caj pendaftaran

PUTRAJAYA 19 April –

Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pengecualian caj pendaftaran sebanyak RM5 di Jabatan Pesakit Luar Pakar di hospital dan klinik kerajaan bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Beliau berkata, pengecualian itu yang berkuatkuasa pada 1 Mei adalah tambahan kepada pengecualian caj pendaftaran pesakit luar sebanyak RM1 di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia yang diumumkannya tahun lalu.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pengurangan caj sebanyak 50 peratus daripada kadar caj pesakit Kelas Tiga hospital kerajaan dengan caj maksimum sebanyak RM250 sahaja bagi setiap kemasukan.

"Pengecualian tambahan itu adalah sebagai menunjukkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan warga emas,” katanya semasa berucap merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia di sini hari ini.

Pusat itu yang ditubuhkan menerusi kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Hospital Putrajaya hanya melibatkan kos kurang daripada RM12 juta yang merangkumi kos-kos perolehan peralatan perubatan, bukan perubatan dan kenderaan serta pengubahsuaian bangunan. - BERNAMA(utusan online-terkini).Posted by abnmulya at 11./22am on October 2012.

Agenda BN lebih baik berbanding pembangkang-Najib

TELUK INTAN 18 Okt. - Agenda pembangunan negara untuk memberi manfaat lebih besar kepada rakyat oleh Barisan Nasional (BN) adalah lebih baik dan unggul daripada apa yang dikemukakan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak .


Datuk Seri Najib Tun Razak

Perdana Menteri berkata pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman dan trek rekod, turut gagal membuktikan pakatan mereka lebih utuh dan kukuh daripada BN yang telah diuji sejak 50 tahun.

"BN sebagai kerajaan, memahami bahawa dalam menunaikan tanggungjawab ini, perlu ada rasa "kemanusiaan" dan "tawadduk" untuk memahami aspirasi rakyat, merasai denyut nadi rakyat," katanya ketika berucap di hadapan hampir 10,000 masyarakat pelbagai lapisan pada program Sepagi Bersama Perdana Menteri di Arena Square di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun zaman telah berubah, namun prinsip BN sebagai kerajaan tetap sama. "Zaman berubah. Dulu "stail" lain tetapi prinsip (BN) tetap sama, stail sahaja berubah. Kalau dulu bertongkat dan berpakaian bush jacket, sekarang berkemeja 1Malaysia, simple dan tidak mahal.

Kerajaan perlu ada kesinambungan sebab kalau tidak ada, kerajaan tidak dapat membuat perancangan jangka masa panjang," katanya. Najib berkata bertukar kerajaan bukan seperti menukar menu makanan kerana ia tidak akan menguntungkan negara dan rakyat.

"Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, yang mempunyai masa depan, kita memerlukan kesinambungan, kita perlukannya bukan semata-mata mahukan kuasa tetapi rakyat akan mendapat manfaat lebih besar di bawah BN," katanya.

Beliau berkata pembangkang menghasut supaya rakyat membenci kerajaan namun demokrasi bukan berkisar soal kebencian sebaliknya demokrasi adalah mengenai agenda siapa lebih baik dan ia memberi keyakinan kepada BN untuk meneruskan matlamat membangunkan negara serta rakyat.

Katanya seperti Belanjawan 2013 yang dibentang baru-baru ini, di mana ia berteraskan keadilan sosial dengan bersifat inklusif dan lengkap yang mengambil kira semua keperluan lapisan masyarakat.

Beliau turut menolak dakwaan yang ia "belanjawan pilihan raya" kerana jika benar sepatutnya kerajaan sedia memberi lebih daripada yang dibentang.- BERNAMA(urtusan online-dalam negeri).posted by abnmulya at 1.08am on October 19,2012.

Wednesday, October 17, 2012

Sekolah Rusia larang murid perempuan Islam pakai tudung

Presiden Rusia Vladimir Putin
MOSCOW 16 Okt. - Beberapa keluarga Islam tidak membenarkan anak perempuan mereka belajar di sekolah-sekolah di selatan Rusia selepas pihak sekolah melarang pemakaian tudung.

Mufti wilayah Stavropol, Muhammad Rakhimov semalam berkata, beliau menerima banyak aduan daripada beberapa keluarga yang mendakwa anak perempuan mereka tidak dibenarkan memakai tudung di sekolah. Katanya, isu tersebut menemui gagal diselesaikan selepas ibu bapa murid dan pihak sekolah enggan mengalah, menyebabkan beberapa murid perempuan tidak hadir ke sekolah selama dua minggu.

"Ibu bapa murid perempuan tidak membenarkan anak mereka ke sekolah dan situasi itu boleh menyebabkan agensi kebajikan kanak-kanak campur tangan," jelasnya. - AFP(utusan online-luar negara).Posted by abnmulya at 2131 hrs on October 17,2012.