Wednesday, July 31, 2013

Suspek bunuh Hussain dicam

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ 
pengarang@utusan.com.my 

LELAKI berkaca mata yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh Hussain Ahmad Najadi di sebuah tokong di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 31 Julai - Polis mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati selepas keluar dari sebuah tokong di Jalan Ceylon di sini kelmarin.

Difahamkan, lelaki yang digelar sei ngan chai atau lelaki berkaca mata itu berjaya dikesan selepas polis menahan seorang pemandu teksi yang dikatakan membawa suspek menaiki kenderaannya selepas kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek berusia lingkungan 30-an dikesan sering berada di sekitar Taman Maluri, Cheras.

"Setakat ini, suspek belum ditangkap. Hasil penahanan pemandu teksi itu dia mendakwa, suspek merupakan pelanggan tetapnya dan sering kelihatan di kawasan Taman Maluri.

"Selepas menaiki teksi itu, suspek dikatakan telah turun di Jalan Alor," katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, Allahyarham Hussain, 75, dan isteri, Cheong Mei Kuan, 49, yang baru keluar dari sebuah tokong di situ selepas berurusan perniagaan dengan seorang rakan telah ditembak secara rambang oleh seorang suspek.

Hussain yang merupakan pengasas Bank Arab-Malaysia, kini dikenali sebagai AmBank Berhad meninggal dunia di tempat kejadian akibat dua das tembakan manakala isterinya yang juga terkena tembakan turut mengalami kecederaan.

Mengulas lanjut, Chin Wah memberitahu, pemandu teksi berusia 44 tahun itu ditahan di sebuah kedai kopi di Sri Petaling.

"Polis masih menyiasat hubungan sebenar suspek dan pemandu teksi terbabit dan apa tujuan dia berada di lokasi kejadian ketika pembunuhan itu. Pemandu teksi itu ditahan reman sehingga 6 Ogos ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Dalam sidang akhbar itu, polis turut mengedarkan gambar suspek yang berjaya dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kuil itu.

"Lelaki itu dirakam ketika mundar-mandir di hadapan tokong itu dipercayai sedang menunggu mangsa. "Polis berharap orang ramai atau sesiapa sahaja yang mengenali lelaki ini supaya berhubung dengan pihak berkuasa untuk menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Dalam perkembangan sama, Chin Wah berkata, polis akan memanggil seorang rakan Hussain yang dikatakan berbincang dengan mangsa dalam sebuah tokong ketika kejadian dan rakan mangsa itu akan dipanggil dalam tempoh terdekat.(Utusan online-Jenayah).Posted by abnmulya / Bakar Ningggal.blogspot.com.at 5.55 am on Ogos 01,2013.

Individu rakam video bersama anjing ditahan

Oleh AZRAI MOHAMMAD 

KUALA LUMPUR 31 Julai - Maznah Mohd. Yusof, jurulatih anjing yang dipercayai terlibat dalam rakaman video menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' ditahan polis petang ini.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan di Bukit Beruntung kira-kira pukul 3 petang sebelum dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE-JENAYAH (Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1922 hrs on July 31,2013).

Cahaya cinta baharu

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI 
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN Ilias menyarungkan cincin perkahwinan ke jari Ras Adiba sambil disaksikan Umar. 

PERSONALITI televisyen yang tidak asing dalam dunia penyiaran tempatan, Ras Adiba Mohd. Radzi yang kini berusia 45 tahun akhirnya menamatkan zaman jandanya setelah bertemu dengan bekas rakan sekolah sewaktu menuntut di St. John's Institution.

Jelasnya, setelah lebih 14 tahun kembali solo, dia tidak pernah menyangka dirinya akan kembali menemui cinta, apatah lagi seterusnya melangsungkan perkahwinan dalam bulan Ramadan yang juga merupakan hari ulang tahun kelahiran dirinya.

"Sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan kembali bergelar isteri, apatah lagi dengan situasi saya sekarang tetapi ternyata, jodoh dan pertemuan itu berada di tangan Tuhan dan hari ini, saya sudah berkahwin. 

"Pastinya saya sangat bersyukur kerana majlis perkahwinan ini dijalankan serentak dengan sambutan tarikh lahir saya selain sewaktu umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadan yang mulia," katanya yang ditemui sejurus selesai majlis tersebut di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Tanggal 27 Julai lalu, tepat pada pukul 6.10 petang, personaliti televisyen itu melangsungkan pernikahan dengan individu seusia dengannya, iaitu Ilias Yaakop yang merupakan seorang instruktor penyelam dan juga penasihat kewangan.

Dengan tiga kali lafaz, pasangan tersebut sah menjadi suami isteri apabila ayah kepada Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, sendiri menikahkan anak perempuan sulungnya itu. Dalam majlis tersebut, pihak lelaki memberi RM99 sebagai mas kahwin dan wang hantaran pula berjumlah RM10,000 selain turut memberi sejumlah lima dulang hantaran.

Pihak perempuan membalas dengan memberikan tujuh dulang hantaran yang antaranya merupakan senaskhah al-Quran, sepasang telekung, sebentuk cincin, jam tangan, minyak wangi, manisan, kasut dan juga sirih junjung.

Ras Adiba sebelum ini pernah mencipta nama sebagai salah seorang penyampai televisyen popular sebelum terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang daripada membuat liputan bola sepak Piala Malaysia 1996.

Kerana kemalangan tersebut juga, wanita yang mesra dengan panggilan Dib itu mengalami nasib yang lebih malang apabila pada pertengahan tahun 2002 yang lalu, dia menjadi lumpuh separuh badan dari pinggang ke kaki.

Tambah wanita ini lagi, setelah 14 tahun menyambut kedatangan Aidilfitri sebagai wanita solo, kini sambutan pada tahun ini pasti terasa lebih meriah dengan kehadiran suami di sisi, di samping anak tercinta, Umar Ras Engel Abdullah, 6.

"Saya gembira dengan kehidupan yang telah dilalui sebelum ini, tetapi pastinya dengan pernikahan ini suasana dan sambutan Syawal akan menjadi lebih meriah.

"Percaya atau tidak, perasaan saya kini tidak ubah seperti seorang gadis muda yang baru melangsungkan perkahwinan buat pertama kali," katanya yang bercadang untuk bercuti dengan suami dan anak mereka awal tahun hadapan.

Majlis pernikahan yang berlangsung sederhana itu dihadiri kira-kira 150 orang dan turut disertai oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta rakan selebriti antaranya Abu Bakar Atan dan Zakiah Anas.

Terpikat dengan sifat dimiliki Ras Adiba 

Sungguhpun kedua-dua individu ini pernah bersekolah bersama, tetapi mereka sebenarnya tidak pernah bertemu pada waktu itu sebaliknya mereka berdua berkenalan pada majlis pertemuan semula yang diadakan pada bulan April lalu.

Jelas Ilias, mereka sendiri tidak pernah kenal antara satu sama lain sebelum ini melainkan bertemu pada bulan empat lalu dan bermula daripada situ, hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat.

"Pada mulanya kami berhubung hanya sebagai teman, tetapi setelah mengenali hati budinya dan melihat pada ketabahannya menjalani kehidupan seharian, hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri.

"Saya tertarik dengan sifatnya yang amat merendah diri walaupun dengan status dimiliki sebagai seorang selebriti, dia juga seorang wanita yang kelakar," katanya yang merupakan seorang duda anak satu.

Selain daripada tertarik dengan perwatakan dimiliki Ras Adiba, Ilias juga mengakui mereka mempunyai minat bersukan yang sama antaranya sukan menyelam.

"Perkara-perkara tersebut merupakan antara sebab mengapa saya tertarik dengannya dan saya bersyukur, majlis hari ini dapat berlangsung dengan lancar," katanya.

Pasangan tersebut juga tidak menolak sekiranya perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata tetapi tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut kerana masing-masing selesa dengan kehidupan yang dijalani kini.(Utusan online-Hiburan).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1913 hrs on July 31,2013.

Tindakan persenda Islam jangan sampai cetus ketegangan-TPM

TPM Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh bersama ketua-ketua kluster Majlis Profesor Negara (MPN) selepas sesi dialog bersama ahli MPN di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, semalam. Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad (dua, kanan) dan Pengerusi MPN, Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Zakri Abdul Hamid (kanan). - BERNAMA 

PUTRAJAYA 30 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap gejala buruk menghina agama Islam yang sedang melanda masyarakat di negara ini tidak sampai ke tahap tercetusnya situasi kacau-bilau seperti yang berlaku di sesetengah negara Islam termasuk Syria dan Mesir.

Beliau berkata, tindakan menghina agama Islam sudah mula berlaku dalam masyarakat dan hal sedemikian menunjukkan tidak ada persefahaman dan pengertian mendalam tentang keharmonian berasaskan agama dan kaum di negara ini.

Tegasnya, apa yang berlaku di Malaysia ialah penganut agama Islam tidak mempersendakan agama lain, namun di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam ini, orang bukan Islam memperlekeh dan mempersendakan Islam.

''Ini telah mengganggu ketenteraman jiwa masyarakat Islam dalam negara kita, adakah ini manifestasi dan tanggapan sesetengah pihak bahawa kita ini lemah, mudah diperkotak-katikkan atau pun tidak tegas dan berani untuk bertindak ke atas perkara yang mencemarkan kesucian agama kita.

"Atau sengaja mereka ini adalah orang yang bodoh dan tidak faham dengan nilai agama dan kehormatan kepada agama lain, apa yang berlaku kepada agama Islam di Malaysia ialah penganut Islam tidak mempersendakan agama Kristian, Hindu dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama 70 anak-anak Rumah Amal Kasih Bestari anjuran Eden Inc. Berhad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam ini. 

Dalam hubungan ini, Timbalan Perdana Menteri mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa mengambil tindakan segera berhubung beberapa kejadian mempersendakan Islam di laman sosial sejak akhir-akhir ini.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1854 hrs on July 31,2013.

Tujoh NGO lapor polis video hina Islam

KUALA LUMPUR 31 Julai - Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung satu lagi klip video yang dikatakan menghina Islam di laman Youtube bertajuk 'Video Menghina Islam 1 hari di Hari Raya'.

Pertubuhan berkenaan ialah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Sekretariat NGO Negeri Selangor, Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Badan Amal Tarbiah Sejagat Malaysia (BATAS), Pak Long Nusantara, Cahaya Haluan Amanah Insan Malaysia dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRENE).

Kesemuanya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini sekitar pukul 11.40 pagi hingga 2.45 petang. Bercakap kepada pemberita kemudian, Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, klip video itu menyinggung perasaan ramai umat Islam dan meminta polis menahan individu yang terlibat di sebalik pembikinan klip video itu.

"Kami rasa sangat marah dan terhina dengan klip video itu. Ia seakan-akan menyamakan kaedah mengambil wuduk dengan cara membasuh kaki anjing, sedangkan ramai tahu bahawa anjing itu adalah najis dalam Islam," katanya.

Pengerusi BATAS, Mazni Abdul Ghani, dalam pada itu pula menggesa agensi relevan seperti polis menyiasat perkara berkenaan hingga ke akar umbi bagi membanteras lebih banyak individu melakukan tindakan serupa di masa depan.

"Sepatutnya kita yang tinggal di negara majmuk harus sensitif dengan isu yang boleh membangkitkan perasaan marah...kita kena hormat sesama sendiri tanpa memburuk-burukkan agama lain dan pegangannya," katanya.

Klip video itu memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman selama 1 minit 44 saat itu, turut menunjukkan individu itu yang memakai baju hitam mengambil wuduk sebelum menghidangkan kuih raya kepada anjingnya.

Sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee didakwa di mahkamah mengikut subseksyen 4 (1)(C) Akta Hasutan 1958 kerana mempersenda Ramadan dengan memuat naik hidangan khinzir Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo yang menyentuh sensitiviti umat Islam. - BERNAMA(Utusan online-Jenayah).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.Blogspot.com.at 1847 hrs on July 31,2013.

Tuesday, July 30, 2013

Berlian tokong berusia 200 tahun dijumpai semula

GEORGE TOWN 30 Julai - Sebutir berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin, Jalan Masjid Kapitan Keling di sini yang dilapor hilang petang semalam, dijumpai semula hari ini.


Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Ismail Idris berkata, berlian itu dijumpai pengurusan tokong di dalam sisa pecahan almari kaca ketika kerja pembersihan dilakukan pagi tadi.

"Berlian itu telah diletakkan kembali di dahi patung dewi berkenaan dan polis tidak menyiasat secara terperinci mengenai kehilangannya kerana semasa pemeriksaan dibuat berlian itu tidak dijumpai di badan suspek," katanya ketika dihubungi.

\Beliau berkata, suspek yang cedera pada bahagian kepala akibat dipukul penjaga tokong kerana cuba mencuri berlian itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan berada dalam keadaan stabil. 

Dalam kejadian 1 petang semalam, suspek berusia 35 tahun itu memecahkan almari kaca yang menempatkan patung Dewi Kuan Yin dan cuba melarikan berlian yang terletak di dahi patung berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatannya itu disedari beberapa orang awam dan suspek dipukul sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. - BERNAMA(Utusan online-jenmayah).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1640 hrs on July 30,2013.

Pelantikan menteri,timbalan menteri gagal dicabar di mahkamah

Pelantikan menteri, timbalan menteri gagal dicabar di mahkamah

KUALA LUMPUR 30 Julai - Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran hari ini gagal untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pelantikan dua menteri dan tiga timbalan menteri sebelum mereka mengangkat sumpah sebagai senator adalah tidak sah dan batal serta tidak berkuat kuasa.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof menolak permohonan Kula Segaran bagi kebenaran semakan kehakiman terhadap pelantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan P. Waythamoorthy, Dr. Loga Balan Mohan Jaganathan dan Datuk Ahmad Bashah Hanipah sebagai Timbalan Menteri.

Zaleha dalam keputusannya berkata, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang pelantikan sebagai anggota Dewan Negara sebelum mereka (menteri dan timbalan menteri) mengangkat sumpah sebagai Senator.

"Saya merujuk kepada undang-undang. Pada pandangan saya selepas membaca Perlembagaan Persekutuan, dilantik dan mengangkat sumpah adalah dua perkara berbeza," katanya.

Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan Kula Segaran dan hujahan bertulis difailkan kedua-dua pihak. Pada 19 Jun, Kula Segaran memfailkan permohonan menamakan dua menteri dan tiga timbalan menteri itu sebagai responden, mendakwa pelantikan mereka bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili responden manakala pemohon diwakili peguam R. Kengadharan dan A.Sivanesan.


Zaleha juga berkata, seorang menteri boleh dilantik tetapi mengikut Klausa 6, Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, beliau (menteri) tidak boleh menjalankan tugasnya sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan.

"Sepertimana yang saya katakan, alasan bagi permohonan ini adalah responden-responden belum mengangkat sumpah sebelum pelantikan mereka. Jadi, berdasarkan ini, saya bersetuju dengan responden-responden, bahawa tidak ada kes untuk dipertikaikan dalam permohonan ini," katanya.

Oleh yang demikian, Zaleha menolak permohonan kebenaran itu tanpa mengeluarkan sebarang perintah mengenai kos.

Kula Segaran dalam permohonannya memohon perintah bagi diisytiharkan kelima-lima responden tidak berhak di sisi undang-undang untuk memegang jawatan menteri dan timbalan menteri mengikut Perkara 43 dan pelantikan mereka pada 15 Mei tahun ini adalah tidak sah dan batal.

Anggota Parlimen itu yang juga Naib Presiden DAP, memohon semua emolumen, keistimewaan dan manfaat kewangan lain yang diperoleh responden, dikembalikan dalam masa tujuh hari mulai tarikh mahkamah mengeluarkan perintahnya.

Kula Segaran juga memohon mendapatkan relif bahawa semua tindakan yang dilakukan atau atas perintah atau melalui kuasa setiap responden, diisytihar sebagai tidak sah dan batal.

Bagi menyokong afidavitnya, beliau menyatakan bahawa mengikut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, seseorang menteri mesti dilantik daripada kalangan anggota Dewan Negara atau Dewan Rakyat dan perkara sama terpakai bagi timbalan menteri mengikut Perkara 43A(1).

Sebaliknya, kata beliau, semua responden dilantik tanpa terlebih dahulu mengangkat sumpah sebagai mana-mana anggota Dewan itu pada 15 Mei.

"Walaupun responden mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri, mereka bukan anggota Dewan Negara ketika mereka menerima pelantikan pada 15 Mei kerana mereka belum mengangkat sumpah sebagai senator sebelum pelantikan masing-masing," katanya.

Bercakap kepada pemberita, Kengadharan berkata, beliau menimbangkan untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini kerana ia melibatkan isu perlembagaan. - BERNAMA( Utusan online- Mahkamah).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 161 hrs on July 30,2013.

Monday, July 29, 2013

Umno Selangor mahu Akta Hasutan terhadap penyebar gambar SK Pristina di Facebook

OLEH MD IZWAN 

JULY 30, 2013 Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang melawat Sekolah Kebangsaan Seri Pristana hari ini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas penjaga murid yang mecetuskan isu makan di tandas di bawah Akta Hasutan.
Datuk Seri Noh Omar,Pengerusi P/Umno Selangor

Noh mengecam tindakan ibu bapa terbabit yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat tanpa melakukan soal selidik terlebih dahulu, penggunaan bilik persalinan itu kerana kantin yang terlalu kecil.

"Kalau ibu bapa ada masalah, boleh rujuk kepada PIBG, bukan besarkan isu seperti ini. "Ibu bapa terbabit baru pindah ke sekolah ini seminggu lalu dan mahu tunjuk pandai. Sudah tentu dia tidak tahu apa-apa," kata Noh dalam sidang media di kantin SK Seri Pristana yang menyatakan penggunaan bilik persalinan itu bermula sejak Mac lalu.

Noh kemudian diberitahu bahawa guru besar Mohamad Nasir Mohd Noor tmembuat laporan polis terhadap penjaga yang memuat naik gambar dalam laman Facebook kerana cuba mencetuskan keteganga
"Saya minta polis siasat laporan yang dibuat oleh guru besar, sekiranya tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan," katanya.

Noh berkata, beliau akan menghantar surat kepada balai polis Seri Saujana, tempat guru besar membuat laporan polis, supaya siasatan dilakukan dengan segera ke atas penjaga terbabit.

"Saya akan hantar surat kepada pihak polis untuk menyiasat perkara ini," katanya. SK Seri Pristana memiliki seramai 1,373 pelajar, manakala pelajar bukan Islam ialah 32 orang.

Dalam sidang media sama, Noh juga mengumumkan pemberian dana bantuan sebanyak RM20,000 kepada sekolah yang ketika ini dalam proses pembesaran kantin sekolah. - 30 Julai, 2013.(Dari The Malaysian Insider).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.43 am on JULY ,2013.

Muhyiddin bimbang polarisasi kaum

IPOH 29 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddian Yassin melahirkan kebimbangannya terhadap trend mutakhir yang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini yang semakin berani menyentuh isu-isu hubungan antara kaum sehingga menimbulkan polarisasi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin,TPM., Malaysia

Beliau berkata, masyarakat kini dilihat terlalu sensitif sehingga menjadikan usaha baik yang dirancang kerajaan seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025 dimanifestasi sebagai syak wasangka yang menyentuh bab perkauman.

''Saya dimaklumkan perhimpunan konvensyen yang diadakan Dong Zhong semalam juga membuat resolusi menghalang apa yang kita buat dalam PIPP 2013-2025. Perkara selama 13 tahun itu dilihat sebagai usaha untuk menghapuskan bahasa ibunda mereka dan berbaur perkauman.

''Sedangkan hampir dua tahun telah kita gunakan untuk mengumpul input supaya selari dengan Akta Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa anjuran Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di kediaman rasmi di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan beberapa Exco kerajaan negeri.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan berupa kurma, air zam zam, kain pelikat dan jubah kepada pengerusi dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid di seluruh daerah negeri itu.

Beliau turut menghadiri majlis tahlil serta menunaikan sembahyang maghrib, isyak dan tarawih berjemaah yang dipimpin oleh guru al-Quran Masjidilharam, Sheikh Osama Mohammad Iqbal.

Muhyiddin berkata, trend yang berlaku itu tidak langsung membantu memupuk semangat perpaduan, justeru umat Islam mesti sedar dan tiada pilihan lain, selain memperkukuhkan jemaah.

Katanya, perkara itu tidak mungkin berlaku sekiranya masyarakat Islam tidak dilihat sebagai umat yang lemah sehingga memberi ruang kepada badan politik yang lantang mencabar agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu.

''Perkara ini sepatutnya boleh membangkitkan kesedaran kita. Kalau kita tidak bersatu, kita akan menghadapi masalah lebih besar pada masa akan datang.

''Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ada tanggungjawab baharu supaya berani tampil ke depan berjuang dalam satu saf bersama kepemimpinan negara dan jangan berbalah sesama sendiri. Semua ini harus difikirkan bersama," katanya.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.23 am on July 30,2013.

Tian Chua,Sivaras dicabar sangkal pendedahan Jasbir

KUALA LUMPUR 29 Julai - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa yang menjadi 'arkitek' memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembelian kapal selam Scorpene, dicabar menyangkal pendedahan yang dibuat oleh Jasbir Singh Chahl baru-baru ini.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, Tian Chua dan Sivarasa yang berterusan memfitnah Perdana Menteri apabila mengaitkan pembelian Scorpene dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, perlu tampil membuat kenyataan akhbar bagi menyangkal pendedahan Jasbir.

Beliau seterusnya mencabar Tian Chua dan Sivarasa membuat akuan bersumpah pernah bertemu Altantuya di Malaysia atau Perancis kerana Jasbir mengesahkan model Mongolia itu tidak terlibat dalam pasukan rundingan selain tidak mengenali mendiang.

"Tian Chua dan Sivarasa perlu buat kenyataan akhbar dengan segera dan mengemukakan segala bukti yang selama ini mereka dakwa Altantuya terlibat dalam pembelian Scorpene di Perancis bagi menyangkal segala pendedahan yang dibuat Jasbir.

"Ini kerana kedua-dua pemimpin kanan PKR ini sejak dari awal sehingga sekarang telah banyak menabur fitnah terhadap Perdana Menteri dalam isu Scorpene demi agenda politik pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Jasbir yang merupakan pihak bertanggungjawab dalam urus janji pembelian Scorpene dalam satu temu bual bersama sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan mengesahkan Altantuya tidak terlibat dalam pasukan rundingan tersebut.

Malah, beliau memberitahu, dokumen rasmi dari Perancis menjelaskan bahawa polis negara itu mengesahkan model Mongolia tersebut yang dibunuh kejam pada 2006 tidak pernah memasuki negara berkenaan dari 1999 hingga tarikh kematiannya dilaporkan.

Jasbir juga menyangkal tuduhan pembangkang kononnya pembiayaan RM452 juta (115 juta euro) sebagai komisen kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd, sebaliknya beliau menjelaskan bayaran tersebut adalah kos khidmat pengurusan penempatan dan latihan.

Dalam pada itu, Anuar menggesa pihak polis membuat siasatan mengenai hubungan antara Tian Chua, Sivarasa dan beberapa personaliti tertentu dalam pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan Altantuya bagi merungkai motif sebenar fitnah tersebut.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.16 am on JUly 30,2013.

Didakwa merusuh depan Parlimen

Oleh MARZITA ABDULLAH 
pengarang@utusan.com.my 

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegubard (kiri) membuat bising di dalam mahkamah bersama individu lain yang didakwa atas tuduhan merusuh dan menganjurkan perhimpunan haram di hadapan bangunan Parlimen bulan lalu di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI 

KUALA LUMPUR 29 Julai - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Chegubard dan 32 individu lain dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merusuh dan menyertai perhimpunan haram di jalan masuk bangunan Parlimen, bulan lalu.

Kesemua tertuduh termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin, 35 yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) didakwa bersama-sama aktivis propembangkang, Adam Adli Abdul Halim, 25; Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang, 24; Sekretariat SMM, Ekhsan Bukharee Badarul, 22, serta 13 individu lain.

Mereka didakwa atas dua pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 143 kanun sama atas dakwaan menyertai perhimpunan haram.

Tertuduh didakwa telah melakukan rusuhan di Jalan Parlimen kira-kira pukul 11.25 pagi, 24 Jun lalu dan seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan perhimpunan itu ialah untuk melakukan mudarat awam di tempat sama, antara pukul 9.15 pagi dan 11.25 pagi, tarikh yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, 16 lagi individu turut didakwa atas tuduhan sama mengikut Seksyen 143 kanun berkenaan di mahkamah tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd. Salleh mencadangkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang tertuduh dengan alasan mereka telah menyebabkan kesusahan kepada orang awam.

Katanya, jika jumlah jaminan kurang daripada jumlah tersebut dikhuatiri semua tertuduh tidak mengambil serius pertuduhan tersebut.

Sebaik sahaja mendengar jumlah jaminan yang dicadangkan itu, sebahagian penyokong kumpulan itu yang memenuhi galeri awam mula membuat bising namun berjaya ditenangkan oleh rakan yang lain.

Peguam, Eric Paulsen memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM1,000 setiap seorang dengan alasan jumlah tersebut terlalu tinggi kerana 11 daripada tertuduh termasuk dua warga emas adalah peniaga kecil manakala 11 lagi pekerja swasta, sembilan yang lain pula adalah pelajar dan dua lagi adalah suri rumah. 

"Mereka tidak mampu untuk membayar jumlah yang tinggi, jika dapat dikurangkan kepada RM1,000 pun mereka terpaksa meminjam lagipun hari ini adalah bulan puasa, bulan yang baik justeru kami harap mahkamah dapat mengurangkan jumlah jaminan itu," katanya.

Mat Ghani membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Mendengar jumlah jaminan yang diputuskan, para penyokong kumpulan itu sekali lagi membuat bising dan melaungkan takbir semasa prosiding masih berlangsung.

Dalam pada itu, para tertuduh turut diwakili peguam, Mohd. Razlan Jalaluddin dan PG Cyril. Sebelum itu, ketika menunggu kes tersebut didaftarkan di kaunter pendaftaran Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, kumpulan terbabit turut membuat bising di lobi kompleks itu dengan berteriak sesama mereka dan menyanyi.
Memetik laporan akhbar, pada 24 Jun lalu, kumpulan penyokong parti pembangkang telah merusuh dan merempuh masuk ke bangunan Parlimen ketika majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat sedang berlangsung.(Utusan online-Mahkamah).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11,52 am on July 30,2013.

Umno Selangor kukuh perpaduan antara ahli-Noh

TANJONG KARANG 29 Julai - Badan Perhubungan UMNO Selangor akan menumpukan usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan para pemimpin dan ahli di peringat bahagian hingga ke akar umbi bagi memastikan kekuatan parti dapat dikekalkan.
Datuk Seri Noh Omar

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya sudah turun padang melakukan dialog dan mendengar pandangan daripada para pemimpin dan ahli di 20 UMNO bahagian negeri ini.

"Setakat ini kita lihat semangat ahli-ahli UMNO masih kuat dan kita perlu mempertingkatkan perpaduan. Langkah pertama kita ialah hendak rapatkan hubungan di semua peringkat.

"Ini agenda kita, tidak ada kejayaan tanpa kekuatan dan tidak ada kekuatan tanpa perpaduan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di kediamannya di sini semalam.

Jumaat lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Noh mengambil alih tempat beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri manakala jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dipegang oleh Ketua UMNO Bahagian Selayang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukur Idrus.

Noh berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberikan kepercayaan kepadanya menerajui UMNO negeri.

"Saya sedar dan insaf bahawa tugas ini bukan satu perkara yang mudah untuk dijadikan satu kebanggaan atau glamor tetapi perkara itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang berat.

"Kerajaan negeri pun sudah dua penggal dipegang oleh parti pembangkang, sudah tentu pengaruhnya sudah mula berkembang, ibarat pokok, akarnya sudah meresap ke bawah. Ini adalah satu cabaran kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya. - Utusan online-Politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1.00 am on July 30,2013

Pertandingan terbuka satu transformasi politik

JOHOR BAHRU 28 Julai - Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 5 Oktober ini yang dilaksana berdasarkan perlembagaan baharu parti merupakan satu transformasi politik sekali gus menggalakkan persaingan sihat dan terbuka antara pemimpin yang bertanding.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pemilihan secara terbuka itu juga bukti bahawa UMNO sememangnya sebuah parti yang berlandaskan demokrasi dan bukan sekadar cakap kosong.

“Tetapi kalau UMNO cakap soal demokrasi, sekurang-kurangnya kita buat dan kita buktikan melalui tindakan kita. Bukan macam segelintir parti yang tahu bercakap, namun tidak diaplikasikan, nak kira undi pun boleh silap, nak bertanding pun tak digalakkan dan tak panggil ahli pergi mesyuarat.

"“Bagi ahli UMNO, saya rasa semua sudah cukup matang dalam membuat keputusan dan yang penting siapa kalah terima kekalahan dengan terbuka dan siapa menang jangan pula menindas yang kalah," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman Facebooknya yang menyatakan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berdasarkan perlembagaan baharu parti bakal menjadikan UMNO lebih terbuka, demokratik dan inklusif.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru ditemui selepas menyampaikan bantuan Ramadan Parlimen Johor Bahru di sini hari ini.

Pindaan perlembagaan UMNO yang diluluskan pada 2009 antara lain meningkatkan jumlah perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan di peringkat bahagian, selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti.

Lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti tahun ini, berbanding hanya 2,500 sebelum ini.

Shahrir berkata, pemilihan tersebut juga akan mengubah persepsi segelintir masyarakat terutama golongan muda tentang parti yang seringkali dilabelkan oleh pihak pembangkang sebagai sebuah parti yang diktator dan jahat.

Ditanya sama ada beliau berhasrat bertanding merebut sebarang jawatan tertinggi parti, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu mengakui tidak berminat untuk bertanding dan lebih suka memberi tumpuan sepenuhnya kawasan Parlimen Johor Bahru.(Utusan online-politik ).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com. at 2124 hrs on July 29,2013.

Batu marmar ditukar untuk keselesaan jemaah

Sebahagian pekerja giat menjalankan kerja-kerja menukar batu marmar yang tidak menyerap haba di kawasan masjid Masjidilharam, Mekah. - Agensi 

MEKAH 28 Julai - Pihak pentadbiran Masjidilharam di sini sedang giat memasang batu marmar tahan panas di kawasan halaman masjid tersebut bagi memberi keselesaan kepada jemaah untuk mengerjakan haji dan umrah.

Akhbar Saudi Gazette melaporkan, pihak berkuasa memilih batu marmar dari Kepulauan Thassos, Greece yang tidak menyerap haba dan mengekalkan suhu sama pada waktu siang dan malam.

Kerja-kerja pemasangan batu marmar putih tersebut sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja.

\"Pemasangan batu marmar ini akan membolehkan jemaah berjalan tanpa memakai kasut di kawasan masjid walaupun cuaca panas atau sejuk melampau,'' kata pihak berkuasa tersebut.

Terdahulu, pihak berkuasa Arab Saudi meningkatkan persediaan mereka untuk menerima berjuta-juta jemaah dari seluruh dunia yang mahu menunaikan umrah dan mengerjakan solat tarawih di Masjidilharam sempena 15 hari terakhir bulan Ramadan.

Jawatankuasa Pusat Haji yang di pengerusikan oleh Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal telah menilai semula persediaan yang dibuat sebelum ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah.

Beliau turut menggesa orang awam dan agensi swasta memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah.

Kira-kira lima juta jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi dianggarkan membanjiri Masjidilharam untuk menunaikan umrah ketika bulan Ramadan ini. - AGENSI(Utusan online-Luar Negara).Posted  by abnmulya /Bakar Nigal.blogspot.com. at 2110 hrs on July 29,2013.

Sunday, July 28, 2013

Kapal terbesar dunia Maersk Line berlabuh di PTP

 GELANG PATAH 28 Julai - Maersk Mc-Kinney Moller, kapal kontena terbesar dan kapal kelas Tiga-E pertama dunia, membuat pelabuhan pertamanya di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini.

Kapal tersebut adalah satu daripada 20 yang ditempah oleh Maersk Line daripada Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering dari Korea Selatan selepas pemeteraian kontrak AS$1.9 bilion pada Februari 2011.

Kapal Tiga E (EEE - skala ekonomi, cekap tenaga dan mesra alam) mempunyai kapasiti 18,000 unit bersamaan 20 kaki (TEU). Kapal itu, bernilai US$190 juta, berukuran 400 meter panjang, 59 meter lebar dan 73 meter tinggi.

Ia digunakan untuk perkhidmatan AE-10 (Asia-Eropah) Maersk Line. Pengurus Negara Maersk Line untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, Bjarne Foldager berkata, syarikat itu teruja melihat ketibaan pertama kapal itu. Beliau berkata empat lagi kapal Tiga E akan dihantar tahun ini pada 2014 dan 2015.

"Selain memberikan skala ekonomi berikutan saiznya, kapal Tiga E adalah kapal paling cekap tenaga di dunia," katanya pasa satu sidang media hari ini.

Ketua pegawai eksekutif PTP, Glen Hilton, berkata ketibaan Maersk Mc-Kinney Moller adalah satu berita gembira buat pelabuhan itu.

"PTP mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kapal Tiga E dan sedang melabur dalam prasarana dan peralatan baharu yang direka cipta khas untuk generasi kapal kontena baharu 18,000 TEU dan lebih," katanya.

Pada persinggahan pertamanya di PTP, Maersk Mc-Kinney Moller dimuatkan 4,800 TEU. Kapal itu akan meninggalkan PTP pada tengah hari esok untuk ke Eropah Utara melalui Terusan Suez, dengan Rotterdam sebagai pelabuhan Eropah pertama yang akan disinggahinya. - BERNAMA (Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya/ Bakar Ningal,blogspot.com at 224 hrs on July 28,2013.

UMNO Sabah perlu bekerja keras

MOHD. Shafie Apdal (kanan) bersalaman dengan Najib Tun Razak pada mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah di Kota Kinabalu, semalam. 
KOTA KINABALU 27 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan barisan kepimpinan parti di negeri ini supaya terus bekerja keras bagi memastikan Sabah kekal sebagai 'deposit tetap' yang memberi sumbangan besar kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Perdana Menteri turut memberi nasihat dan pandangan beliau kepada barisan kepimpinan UMNO Sabah dalam usaha mengukuhkan lagi peranan badan perhubungan di negeri ini.

Katanya, selain memberi amanat dan pesanan agar terus setia kepada parti, Najib turut memberi peringatan agar memilih barisan kepimpinan UMNO yang terbaik pada pemilihan parti hujung tahun ini.

"Pada perjumpaan antara Perdana Menteri dan Badan Perhubungan UMNO negeri hari ini, Presiden UMNO juga menzahirkan penghargaan secara peribadi kepada barisan kepimpinan UMNO Sabah yang telah banyak membantu parti terutama pada pilihan raya umum lalu.

"Beliau meminta UMNO Sabah terus bekerja keras memastikan negeri ini kekal sebagai 'deposit tetap' kepada BN, sekali gus mengekalkan kemenangan besar yang diperoleh pada pilihan raya umum lalu," katanya yang ditemui selepas menghadiri perjumpaan itu di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Timbalannya, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan barisan kepimpinan sayap UMNO termasuk Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, sumbangan besar yang diberikan oleh BN dari Sabah dan Sarawak kepada kejayaan parti memenangi pilihan raya umum lalu telah dibalas oleh kerajaan dengan melantik ramai pemimpin dari dua negeri tersebut bagi memegang jawatan dalam kementerian.

Menurutnya, perkara itu dibuat selari dengan sumbangan dan kerja keras yang diberikan oleh barisan kepimpinan dua buah negeri itu dalam memastikan BN terus menerajui negara.

Sehubungan itu katanya, barisan kepimpinan BN harus terus berkerja keras untuk mendekati rakyat dan melaksanakan janji yang telah diberikan kepada mereka pada PRU lalu.

Selain itu katanya, Presiden UMNO turut mengucapkan tahniah atas kerjasama dan sumbangan gerak kerja yang diberikan oleh Badan Perhubungan UMNO Sabah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut baru-baru ini dengan menghantar rombongan bagi membantu calon BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Seberang Barat.

Jelasnya, pendekatan mendekati masyarakat yang dilaksanakan oleh UMNO Sabah ternyata membantu calon BN untuk mencatatkan kemenangan di PDM tersebut dengan majoriti yang baik.(Utusan online-politik).Posted bya abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com. at 2233 hrs on July 28,20113.

Saturday, July 27, 2013

Lapor jika Alvin-Vivian masih muat naik kenyataan

 KUALA TERENGGANU 27 Julai.  Orang ramai disaran membuat aduan kepada pihak berwajib jika terlihat pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang masih memuat naik gambar atau apa-apa kenyataan berbaur hasutan di laman sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata masyarakat juga boleh memantau perkara itu dan jika berulang boleh membuat aduan.

Sehubungan itu, beliau berharap pasangan terbabit mematuhi syarat yang ditetapkan oleh mahkamah dengan tidak mengulangi perbuatan itu.

"Dalam hal ini, saya minta supaya orang awam turut memantau apa yang dilakukan oleh pasangan ini dalam blog mahupun laman sosial mereka agar perkara yang sama tidak berulang.

"Tidak semestinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang boleh memantau perkara ini, orang ramai juga boleh memantau dan jika ternampak boleh buat aduan terus kepada pihak berwajib," katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin membenarkan Alvin dan Vivian dijamin RM30,000 seorang berserta empat syarat iaitu pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah; melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan; dilarang memuat naik artikel, komen, gambar lucah serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman; serta dihalang menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ’Alvin and Vivian - Alvivi’ di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Dalam perkembangan lain, Jailani berkata SKMM hanya akan bertindak jika menerima aduan berhubung penyalahgunaan internet atau laman sosial termasuk blog-blog.

Bagaimanapun beliau berkata dalam kebanyakan kes, kehadiran SKMM lebih kepada membantu siasatan memandangkan kes-kes itu akan dirujuk kepada pihak yang berkaitan terlebih dahulu.

"Sebagai contoh, penyebaran ajaran Syiah di internet adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama manakala isu kantin sekolah yang kecoh sebelum ini di bawah Kementerian Pendidikan.

"Dalam hal ini, SKMM akan membantu apa yang perlu termasuk dari segi pemantauan. Jadi, sebab itulah saya rasa kita perlu wujudkan kawalan kendiri bagi mengatasi masalah ini. Mana-mana orang awam yang ada maklumat mengenai perkara ini, mereka boleh buat laporan terus kepada kami," katanya. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1340 hrs on July 28,2013.

Pengakuan Jasbir bukti Suaram,pembangkang tabur fitnah

Kiri Ng Lum  Yong,Azwanddin,Anuar Shaari
KUALA LUMPUR 27 Julai - Pengakuan 'orang tengah' bagi perolehan kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl berhubung isu-isu berkaitan kapal selam tersebut serta model Mongolia, Altantuya Shaariibuu jelas membuktikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan pihak pembangkang melakukan penipuan terancang untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Perkara itu ditegaskan beberapa pihak ketika memberi maklum balas terhadap pengakuan Jasbir yang berani bersumpah bahawa beliau tidak pernah berjumpa dan mengenali Altantuya selain model itu tidak terlibat atau berada di Perancis sepanjang proses rundingan pembelian Scorpene.

Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, perancangan untuk 'meruntuhkan' kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui fitnah isu Altantuya serta Scorpene sememangnya telah dirancang pihak-pihak tertentu sejak 2005.

''Ketika itu saya masih dalam PKR, saya faham perancangan ini (fitnah) telah diatur dengan cukup tersusun dan profesional. Ini melibatkan portal berita propembangkang dan pemimpin pembangkang dan perancangan itu berterusan sehingga kini.

''Pengakuan Jasbir sudah cukup membuktikan fitnah-fitnah ini adalah tipu terutama apa yang didakwa Suaram,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, Jasbir mengakui tidak mengenali Altantuya, malah model tersebut tidak terlibat dalam pasukan rundingan perolehan Scorpene.

Laporan itu turut menyebut dokumen rasmi dari Perancis menjelaskan polis negara itu mengesahkan Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari 1999 hingga 2006.

Jasbir juga memberikan penjelasan lanjut berhubung isu utama dalam perolehan Scorpene iaitu komisen terutama pembayaran RM452 juta kepada Perimekar Sdn. Bhd., syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Lum Yong berkata, fitnah mengenai Scorpene dan Altantuya pernah dirungkai oleh bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin yang mengakui pernah diarah Ketua Pembangkang itu untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan Altantuya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari meminta Peguam Negara bertindak segera dengan membawa Suaram ke muka pengadilan kerana menyelewengkan fakta serta menyebarkan fitnah. 

"Suaram ternyata berbohong serta berniat jahat apabila memesongkan fakta sebenar mengenai urusan pembelian kapal selam Scorpene.

"Kerajaan perlu membetulkan persepsi salah yang selama ini disemai oleh Suaram," katanya. Dalam pada itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mendesak Suaram dan pembangkang untuk memberikan penjelasan di sebalik pengakuan Jasbir.

''Saya juga desak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang membuat fitnah ini walhal ia terbukti tidak benar. Pihak-pihak ini ada agenda besar dan jahat untuk meruntuhkan institusi kerajaan.

 ''Sedangkan Naib Presiden PKR, Tian Chua pernah direkodkan mengakui perkara itu tidak benar seperti terkandung dalam penyata rasmi Parlimen,'' katanya.( Utusan online-Dalam Negeri)..Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1331 hrs on July 28,2013.

CEC DAP: KMPP gesa ROS bertindak.

PULAU PINANG 27 Julai - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP, mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak lagi 'bermain tarik tali' dalam siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.

Presidennya, Rahmad Isahak berkata, masa yang terlalu panjang untuk menyiasat akan membuka lebih banyak ruang kepada kepimpinan DAP mencetuskan pelbagai 'sandiwara' demi menagih simpati daripada rakyat.

Menurutnya, kegagalan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memenuhi notis bertarikh 17 April lalu yang dikeluarkan oleh ROS sepatutnya diambil tindakan segera.

"Sudah lebih tiga bulan permintaan dan arahan ROS gagal ditunaikan oleh DAP. Sehubungan itu diharap Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang tidak lagi mencipta sandiwara untuk mengalihkan perhatian umum terhadap isu pemilihan CEC.

"Jangan cuba buat provokasi bahawa parti mereka akan diharamkan bukan mengikut undang-undang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng hari ini seperti dilaporkan portal berita, Malaysiakini, yang telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji apa yang didakwanya 'pembohongan terbaharu' Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman.

Peguam itu juga diarahkan untuk mengkaji kemungkinan memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Rahman dan akhbar The Star kerana didakwa berbohong yang DAP menyimpan hasrat untuk menubuhkan sebuah parti baharu. 

Rahmad sekali lagi mencabar Guan Eng atau Kit Siang supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC), Father Augustus Chen jika benar mereka difitnah.(Utusan online-politik).Posted  by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com. at 1317 hrs on July 28,2013.

Fahaman Syiah wujud dalam kalangan ahli Pas-Hasan Ali

KUALA LUMPUR 27 Julai - Pas sukar untuk menafikan bahawa fahaman Syiah tidak wujud di dalam parti itu dan antara puncanya adalah kegagalan pucuk pimpinan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang berita atau aduan mengenai penglibatan pemimpin serta ahlinya di dalam fahaman tersebut.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali( gambar kanan) berkata, selama ini sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat pemimpin tertinggi Pas mengamalkan fahaman Syiah. Pemimpin itu ujarnya, dikatakan tidak menunaikan solat Jumaat, melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.

"Apa yang ingin saya tonjolkan di sini, pemimpin tertinggi Pas dikatakan tidak mempunyai taring dan keberanian politik untuk mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin atasan tersebut yang selama ini secara terang-terangan menyalahi undang-undang tubuh Pas.

"Undang-undang tubuh Pas mengharamkan ahli-ahlinya menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah negara ini terutama di utara tanah air.

Selain itu Hasan berkata, terdapat juga berita mengenai adanya pemimpin tertinggi Pas telah dipanggil bersemuka dengan Majlis Syura Ulama untuk mengiya atau menafikan penglibatannya di dalam kegiatan Syiah.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, ada dakwaan mengatakan kekalahan beberapa calon utama Pas di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu seperti di Kedah disebabkan wujudnya faktor Syiah di dalam parti itu.
"Seingat saya setiap kali datangnya tahun pemilihan di dalam muktamar tahunan Pas, isu pemimpin Syiah dalam parti sering dijadikan bahan kempen untuk memenang dan menewaskan seseorang calon yang merebut kerusi kepimpinan parti," katanya.

Walau bagaimanapun ketika menjawab satu soalan, beliau meminta maaf kerana tidak dapat menentukan secara definitif keseriusan fahaman Syiah di dalam Pas.

"Yang jelasnya isu ini telah kerap ditimbulkan sejak dari awal lagi penyertaan saya di dalam Pas iaitu pada era Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

 "Walau apa pun, maklumat yang ada pada saya selari dengan apa yang dipaparkan di dalam media. Bagi saya soal penglibatan pemimpin-pemimpin kanan itu serius dan perlu diberi perhatian serta tindakan tegas dan menyeluruh," katanya.

Mengenai penglibatan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dalam fahaman Syiah, Hasan berkata, beliau tidak dapat mengesahkannya secara pasti.

"Namun, seperti yang terdapat di dalam sebuah portal di internet ada menyebut pimpinan PKR di salah sebuah negeri di Semenanjung dikatakan seorang penganut ajaran Syiah," ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, antara kenyataan yang sukar dinafikan bahawa wujudnya fahaman Syiah di dalam kepimpinan politik pembangkang ialah terdapatnya lambang-lambang dikaitkan dengan Syiah khususnya berkaitan Ayatollah Khomeini ditampil secara terbuka kepada umum oleh mereka.

 "Ini juga bermakna kewujudan Syiah dalam kalangan pimpinan dan penyokong parti politik bukan sesuatu yang tersembunyi sebaliknya ditonjol dengan megah di saf hadapan," katanya lagi.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com. at 12.53 am on July 28,2013.

Jasbir tangkis propaganda

Jasbir Singh Chahl
 KUALA LUMPUR 27 Julai — Propaganda yang kerap digunakan sesetengah pihak berhubung pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan dakwaan kaitannya dengan pimpinan negara, ditangkis hari ini apabila arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl, antara lain mendedahkan model Mongolia itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu.

Bercakap buat kali pertama mengenai urus janji itu, Jasbir juga bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu.

"Saya bersedia bersumpah atas buku suci (agama) saya, Guru Granth Sahib bahawa saya tidak kenal orang ini, bahawa dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan, tak pernah jumpa dia, bahawa dia tidak pernah berada di Perancis semasa keseluruhan masa kami cuba untuk memuktamadkan urus janji itu.

"Saya hanya tahu tentang dia apabila membaca akhbar pada 2006 bahawa mereka telah menjumpai mayatnya," katanya kepada The New Straits Times dalam laporan khas bertajuk Scorpene: The Untold Story, yang diterbitkan di sini hari ini.

Jasbir juga menjelaskan jika Altantuya bertindak sebagai penterjemah bagi Abdul Razak Baginda, seorang bekas penganalisis politik tempatan yang membantu beliau menjadi orang tengah dalam urus janji itu, dia sepatutnya hadir pada semua mesyuarat dari tahun 2000.

Sebaliknya, dalam satu dokumen rasmi Perancis yang diberikan kepada NST, polis Perancis menyebut dengan tegas bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari 1999 hingga 2006, tahun di mana dia meninggal dunia.

Ia juga menyebut bahawa semua mesyuarat berlangsung di Perancis dengan sebahagiannya di Malaysia dan semuanya dalam bahasa Inggeris.

"Ini apa yang saya katakan sekarang, anda faham. Inilah apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis," kata Jasbir.

Abdul Razak, yang merupakan rakan rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menonjol namanya pada 2006 apabila didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya, 28, selepas dia cuba mengugutnya $500,000 daripada urus janji itu.

Beliau dibebaskan pada 31 Oktober, 2008 apabila Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia mendapati tiada kes prima facie ke atasnya walaupun dua anggota polis terbabit dalam pembunuhan itu didapati bersalah. 

Menurut keterangan Abdul Razak di mahkamah, dia hanya bertemu Altantuya pada akhir 2004, sementara urus janji Scorpene yang memasuki peringkat rundingan pada 2000 selesai pada 2002.

\Menjawab satu soalan berhubung keperluan melantik Altantuya sebagai penterjemah Abdul Razak, memandangkan beliau kerap dirujuk terutama melalui laman blog, Jasbir secara sinis berkata:

"Anda tanya saya kenapa blog-blog ini asyik menjaja bahawa gadis ini penterjemah Razak. Anda patut ajukan soalan itu kepada blog-blog itu." Laporan khas itu menimbulkan keraguan mengenai keperluan mengambil Altantuya sebagai penterjemah, apabila semua fakta menunjukkan bahawa rundingan dengan syarikat Perancis dikendalikan dalam bahasa Inggeris.

Sebenarnya, pasukan Perancis, pada awalnya diketuai seorang lelaki Inggeris, Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis, kata laporan itu.

Sebagai tambahan, dalam keterangan kepada pihak berkuasa Perancis pada 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS bagi Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu para penyiasat bahawa tiada keperluan bagi seorang penterjemah memandangkan rundingan itu dijalankan dalam bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu, kata laporan itu.

Jasbir hairan kenapa tiada seorang pun mempersoal kewibawaan tokoh pembangkang yang mengaku menghasilkan gambar kononnya menunjukkan Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, di sebuah restoran di Paris.

"Dengan pengakuannya, keseluruhan hubungan ini adalah hal peribadi antara (Abdul) Razak dan Altantuya. Perjanjian beliau dengan wanita itu tidak ada kaitan langsung dengan urus janji Scorpene.

"Agak malang kerana ia berlaku serentak dengan tercetusnya isu urus janji kapal selam. Razak satu-satunya orang yang ada kaitan dalam perkara ini," katanya.

Jasbir adalah bekas kakitangan Thomson-CSF International (M) Sdn. Bhd, anak syarikat Thomson-CSF (sekarang Thales) Malaysia, dalam projek kapal ronda pesisir pantai (OPV) Tentera Laut Diraja Malaysia, SHORAD (sistem pertahanan udara jarak dekat) dan projek lain kepada Thomson-CSF dan anak syarikatnya.

Pengalamannya yang luas dalam bidang ini menyebabkan Thales meminta beliau untuk menganalisis, menilai dan membangunkan satu cadangan bagi membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menghasilkan pembelian Scorpene, kata laporan itu. — BERNAMA(Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.Blogspot.com. at 12.38 am on July 28,2013.

Penentu masa depan Mohd Najib telah terjawab pada (PRK) di DUN Kuala Besut.Kepimpinannya masih menyerlah.....

Perdana Menteri Malaysia ke-6,Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berucapa di Parlimen.





Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Sabtu,July 27,2013. at 4.06 pm

Tepat pada jam 10.00 malam,pada tanggal 24 hb.July 2013 semua orang di Malaysia telah dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya,oleh En.Rahim Jusoh,di Pusat penjumlahan rasmi,di Dewan Majlis Daerah,Gong Gemuntong,Jertih, menerusi TV bahawa Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut,di Terengganu yang dikuasai berterusan sejak 2004 memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada pagi hingga jam 5.00 petang di hari tersebut.
Tengku Zaihan Che  Ku Abd.Rahman

Keputusan yang sekali lagi dibuat oleh pengundi,di kawasan majoriti
Melayu itu memberikan signal dan makna yang amat besar bagi Umno-BN untuk kembali mengstabilkan pemerintah negeri Terangganu dengan kelebihan kerusi (17-15).

Dengan keputsan itu sekaligus menutup rapat peluang PAS yang mengharapkan pengundi di Kuala Besut memenangkan PAS untuk mencipta sejarah untuk menjadikan DUN Terengganu tergantung tidak bertali apabila jumlah kerusi dapat disamakan melalui kempen 16-16 dan memaksa pilihan raya Negeri Terangganu diadakan.

Ini adalah ketentuan Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui dan Maha Adil.Harapan PAS itu tidak direstuiNya. Pasti ada hikamhNya disebalik keputusan itu kenapa Allah s.w.t.menyebelahi Umno-BN.

En Endot @Azlan Yusof 
Calon BN,seorang profesional muda,Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37,memperolehi sebanyak 8,288 undi dan pencabarnya seorang ahli perniagaan,Endot @ Azlan Yusof,48,(Che Long) memperolehi 5,696 undi yang menyaksikan peningkatan undi oleh Umno-BN daripada 2,343 undi kepada 2,592 manakala sebanyak 125 undi rosak.

Apa yang lebih menggembirakan Umno-BN kerana  telah memenangi di semua pusat daerah mengundi (PDM) termasuk di Kampung Nangka dan Bukit Puteri yang tewas sebelum ini.

Pada (PRK) di Kuala Besut yang telah berlangsung pada 24 hb.July,2013  (BN) telah mencatatkan sedikit pertambahan majoriti yang dikaitkan dengan penurunan peratus keluar mengundi daripada 87% pada PRU-13 pada 5 hb.Mei 2013 yang lalu kepada 80% pada (PRK) 24 hb.July 2013.

Sebanyak 16,534 pengundi termasuk 55% daripadanya merupakan pengundi-pengundi muda telah menunaikan tanggungjawab mereka di (PRK) Kuala Besut itu.Sebelum itu iaitu pada hari Sabtu,sebanyak 1,148 orang pengundi terdiri daripada anggota tentera udara dan isteri-isteri  mereka telah mengundi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut diadakan akibat kematian Dr.Rahman Mokhtar,pada 26 Jun 2013 yang mewakili Umno-BN pada PRU-13 yang lalu. Semasa Allah Yarham mempertatahankan kerusi yang disandang oleh beliau sejak PRU-12,pada tahun 2008 dengan majoriti 2,434 undi untuk menewaskan calon PAS,Napisah Ismail.

Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman,dijulang tinggi oleh penyokong-penyokong Umno kerana kemenangan gemilang yang telah diperolehi oleh beliau dan Umno di DUN  Kuala Besut,di Terengganu,pada 24 hb.July 2013.
Allahyarham yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan Wanita dan Masyarakat negeri telah mendapat undi 8,809 berbanding pencabarnya hanya mendapat 6,375 undi dan undi rosak 144.

ULASAN OLEH PARA BLOGER

Menjelang tibanya hari mengundi pada 24 hb.July,2013,lazimnya boleh dikatakan begitu ramai pengulas-pengulas politik tanah air telah membuat ulasan.Ada yang bersifat posotif dan ada yang bersifat negatif terhadap Umno-BN.

Dari tulisan-tulisan yang begitu banyk itu, penulis lihat terlalu sedikit yang membuat ulasan yang positif bahawa Umno-BN akan dapat mempertahankan kerusi penting DUN di Kuala Besut itu.Demi mengelakkan agar tiodak terjadi kerusi DUN Negeri Terengganu itu tergantung jadi (16-16).

Penulis 2 hari sebelum tiba hari mengundi pada (PRK) di Kuala Belut itu? Penulis dengan tegas telah menulis di blog penulis,dengan tajuk:

 Wanita-wanita perayu undi dari Umno dan Pas sebelah menyebelah sahaja berdiri di kaki jalan merayu para pengundi yang akan berjalan di depan mereka. Walau pun jadi penyokong berlainan idelogi politik tetapi mereka tetap berdiri sebaris bergesel bahu penuh dengan kasih mesra.
"Mengikut hukum akal sukar PAS nak menang di Kuala Besut."  Penulis telah kemukakan banyak alasan-alasan yang lojik kenapa penulis begitu berani menulis begitu? Silalah rujuk tulisan penulis itu,pada tanggal July 22,2013 di blog ini, jika anda belum sempat membacanya.

Setelah keputusan (PRK) di Kuala Besut itu menyaksikan Umno-BN menang dengan majoriti yang bertambah.Banyak kawan-kawan politik penulis dan para pembaca yang sentiasa mengikuti  tulisan-tulisan penulis di blog penulis telah mengucapkan tahniah bersabit dengan ketepatan ulasan yang penulis buat itu.

ULASAN YANG BERSIFAT PERANG PSIKOLOGI

Jika diteliti segala ulasan-ulasan yang pro PAS di Harakah Daily on line? Rata-rata kita lihat ulasan-ulasan yang mereka buat itu tidak lojik sama sekali,tidak berpijak di bumi nyata.

Hujah-hujah yang mereka paparkan itu, rata-rata bersifat "perang psikologi" untuk menyedapkan hati pengikut-pengikut PAS itu sendiri agar bekerja dan terus bekerja kuat menjalankan kempen-kempen politik mereka di (PRK) Kuala Besut itu hingga tiba hari mengundi dan jangan mudah berputus asa.

Macam-macam ulasan politik yang negatif telah dilemparkan oleh para pemimpin PAS terhadap Umno-BN pada kempen PRK di Kuala Besut itu.Sehinggakan projek yang  bernilai ratusan juta ringgit untuk membangunkan beberapa projek yang bakal akan dilakukan oleh Umno-BN dituduhnya semua resuah belaka.

Isu majoriti yang Umno-BN perolehi sebanyak 2434 undi yang Allahyarham Dr.Abdul Rahman Mokhtar miliki pada PRU-13 akan dapatkah mereka kejar? Langsung tidak disentuh dan diperkatakan oleh pemimpin besar PAS?

Jumlah majoriti sebesar itu bukan senang hendak dikejar? Salah-salah kejar akan tersungkur kerana kepenatan yang tidak dapat ditanggung oleh anggota tubuh badan.

PENENTU MASA DEPAN MOHD NAJIB TELAH TERJAWAB PADA (PRK) KUALA BESUT.

Sebenarnya penulis tidak mahu mengulas tentang keputusan rasmi berhubung dengan (PRK) di Kuala Besut,di Terengganu ini.

Ia disebabkan ulasan penulis yang mengatakan "Menurut hukum akal sukar PAS nak menang pada PRK di Kuala Besut," itu telah jadi kenyataan. dan Umno-BN telah menambah majoriti kemenangan di Kuala Besut.

Yang membuat penulis terpanggil untuk menulis dan membuat ulasan di sini ialah disebabkan bertitik tolak dengan sebuah tulisan oleh penulis blog dan wartawan tempatan yang terkenal yang pernah bekerja di akhbar Straits Times dan Berita Harian suatu masa dulu.

Tulisan beliau itu tidaklah diketahui semada disengaja atau tidak sengaja?Yang nyata dalam tulisan itu beliau dilihat semacam tidak begitu tertarik dengan mutu kepimpinan Datuk Seri Najib.

Dalam isu Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut pula?Beliau dilihat tidak merasa begitu optimis bahawa Umno-BN akan menang pada (PRK) di Kuala Besut.

Beliau sedar bahawa majoriti yang di sandang oleh Allahyarham Dr.Abdul Rahman Mokhtar,dari Umno, adalah besar dan sudah pasti susah bagi penetangnya(PAS) akan dapat mengatasinya.Majoriti yang dimiliki oleh arwah Dr.Rahman bukan berjumlah 10 undi,100 undi atau 500 undi.Bahkan lebih dari 2000 undi.

Apatah lagi kawasan DUN di Kuala Besut itu telah dirampas oleh Umno-BN sejak PRU pada tahun 2004 dan pada PRU 2008 pada PRU-13 pun telah dimenangi oleh Umno-BN yang di wakili oleh Dr.Abdul Rahman Mokhtar sebagai calonnya.

Dengan kata lain kawasan DUN Kuala Besut adalah merupakan kubu kuat Umno yang sukar hendak diganggu gugat oleh PAS.Kawasan DUN Kuala Besut itu termasuk di dalam Kawasan Parlimen Besut,dimana Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Ketua Bahagiannya.

Semua orang tahu bahawa pengundi-pengundi di dalam kawasan Parlimen Besut dan di Dun Kuala Besut sangat hormat dan sayang pada Datuk Seri Idris Jusoh yang merupakan panglima besar yang berjaya merampas semula kuasa politik dari PAS di Terengganu pada PRU-2004 dulu.

Keputusan yang dicapai  oleh Dr.Abdul Rahman Mokhtar dengan majoriti 2434 tidak boleh di samakan dengan isu UMNO-BN di Kuala Terengganu pada PRU-2008,Ahli Parlimen Umno-BN,Razali Ismail, meninggal dunia. Allah Yarham menang pada PRU-2008 dengan majoriti 628 undi saja.

Pada ( PRK) di Kuala Terewngganu itu Wan Farid Wan Salleh,calon Umno-BN kalah kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan defisit undi sebanyak 2,631.Menurutnya tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 hb.July 2013 akibat penyandang kerusi DUN Kuala Besut,Dr.Abdul Rahman Mokhtar meninggal dunia.

Kejadian itu tidak sesiapa pun menafikan ianya telah terjadi? Tetapi harus diingat bahawa senario politik di tahun 2008 itu sangat berbeza denagn senario politik di hari ini.

Pada tahun 2008 adalah merupakan tahun tsunami politik telah melanda Malaysia akibat angin reformasi laungan Anwar Ibrahim berada di kemuncak kegemilangan., Dan dasar dan konsep perjuangan parti PAS pada masa itu masih tulin iaitu PAS berjuang bersama Islam.

Kewibawaan tokoh-tokoh parti-parti  dalam "Pakatan Rakyat" ketika itu masih belum diuji pada tindakan dan kebolehannya?Dari segi pidato sahaja mereka dilihat hebat dan pempesonaka terutama dengan krisma Anwar Ibrahim yang pakar berpidato.

Tetapi setalah diuji oleh Allah S.W.T. kebolehan mereka di 4 negeri yang mereka kuasi  pada PRU-12,pada tahun 2008? Ternyata mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai mentadbir negeri selicin dengan pentadbiran oleh Umno-BN.

Setelah diuji oleh Allah s.w.t. denagn diberi kuasa politik pada 4 negeri.Di Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan di Kelantan? Mereka di dalam Pakatan Rakyat ini? Nyata hanya indah khabar dari rupa. Kosong melopong. Pakatan Rakyat hilang kuasa politik di Kedah pada PRU-13. Umno menambah kemenangan kerusi di Parlimen dan di DUN di Kelantan.

Ini membuktikan rakyat Kedah telah menolak PAS  dan Pakatan Rakyat akibat tidak cekap menguruskan kepentigan rakyat Kedah itu sendiri?

Parti PAS pula kini dasarnya telah berubah lebih pentingkan rakan kompononnya dari isu yang penting-penting PAS dilihat mutakhir ini telah mengambil sikap membisu. Contohnya? Pada isu Morino,Duta Vatican City ke Malaysia dan juga tentang isu Alvin dan Vivian? PAS dilihat mengambiul sikap membisu 1000 bahas.

Selaku parti yang berkonsepkan "berjuang bersama Islam" seharusnya PAS mesti mengeluarkan kenyataan yang tegas mengkutuk keras bersabit dengan kedua isu itu. Bukan dengan cara mengambil sikap membisu pada soal yang paling asas dan penting pada penganut agama Islam di Malaysia yang sudah ada golongan asing berani memperkecil-kecilkan kedaulatannya?

JanganlahPAS berfikir bahawa sikap membisu yang telah dipamirkan oleh PAS itu tidak akan menggoreskan hati-nurani umat Islam di Malaysia? Penyokong Melayu Islam tidak sebodoh apa yang dianggap oleh PAS.Mereka sentiasa mengikuti dan meneliti segala gerak geri PAS dari masa ke masa.

Pada hemat penulis jika PAS terus bersikap demikian rupa? Percayalah! Penyokog-penyokog PAS yang beragama Islam secara perlahan-lahan akan menjauhkan diri dari PAS dan keyakinan orang Melayu yang beragama Islam akan terhakis.

Justeru PAS harus ingat kemenangan yang mereka dapat di Selangor?  Adalah disebabkan undi Cina semuanya mengundi PAS dan PKR.Begitu juga terjadi di kawasan-kawasan lain di lain-lain negeri di dalam Malaysia.

Jika Umno akan bekerja kuat menambah dan mendaftarkan undi Melayu dengan serius di kawasan-kawaan yang Pakatan Rakyat menang itu untuk mengatasi undi Cina?  Insya Allah! Umno akan dapat merampas semula kuasa politik di kawasan-kawasan tersebut.

Undi-undi orang-orang Melayu telah kembali mengundi Umno-BN. PKR/PAS hanya mendapat undi DARI pengundi Melayu di kawasan Bandar,di Selangor setakat 30% sahaja. Contohnya! Di (PRK) di Kuala Besut?

Kawasan yang  kurang pengundi Cina? Maka tewaslah PAS dewngan teruknya. Ini harus direnungkan oleh PAS secara detail dan secara teliti.  Kini rakyat tidak lagi boleh dibodohkan retorik-retorik yang palsu.

Rakyat akan menghakim PAS/PKR/DAP berdasarkan apa yang anda cakap dan kemudiannya menghitung apa pula yang anda telah lakukan.Adakah anda menepati segala janji-janji anda?

Anda jangan mengira bahawa anda boleh menipu rakyat sepanjang masa. Orang boleh tertipu hanya sekali. Tidak mungkin untuk kedua dan ketiga kalinya. Soprrylah.....beb....

ULASAN PM DAN TPM TERHADAP KEMENANGAAN (PRK) DI (DUN) KUALA BESUT.

Kemenangan Umno-BN pada (PRK) di (DUN) Kuala Besut itu adalah merupakan penentu masa depan bagi Mohd Najib masih menyerlah dan segala kesangsian oleh orang-orang tertentu tentang kewibawaan Mohd Najib selaku pemimpin Umno yang agung sekaligus telah terjawab.

Diharapkan pada orang-orang yang ragu-ragu tentang kewibaan Perdana Menteri kita, eloklah mengubah persepsinya itu. Jika  dilihat PM kita agak tersasar pada isu-isu tertentu? Marilah sama-sama kita tegur dan meminta beliau membaiknya.Janganlah kerana sedikit kesilapan? Maka kita mahu segera mahu menukar pemimpin parti Umno-BN.

Suasana politik di dunia mutakhir ini, boleh dikatakan begitu kronik sifatnya.Walau pun kita berjaya menukar para pemimpin negara? Ia belum pasti keadaan politik dunia dan negara kita tidak bergolak? Keamana yang kita harapkan?

Sebaliknya keadaan politik yang tidak menetu pula yang akan menimpa negara kita.Lihatlah apa yang telah terjadi di banyak negara di dunia mutakhir ini? Sepeerti di Mesir,di Syria,di Tunisia,di Libya dan sebagainya.

Setelah mereka berjaya menukar para pemimpnnya? Bukan keamanan politik dan kestabilan ekonomi dapat diujudkan di negara mereka? Sebalik hura hara menjadi bertambah serius.Rakyat jadi sengsara. dan merana. Kita tidak mahu keadaan huru hara dan ekonomi yang tidak stabil itu terjadi di negara kita di Malaysia ini.

KEKUATAN UMNO MASIH MENYERLAH

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengulas kemenangan yang telah dicapai oleh Umno-Bn di DUN Kuala Besut itu? Beliau berkata, bahawa kemenangan Umno-BN pada (PRK) di DUN Kuala Besut itu merupakan bukti nyata bahawa kekuatan Umno masih menyerlah.

Sementara Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan bahawa kemenangan Umno-BN pada ( PRK) di DUN Kuala Besut itu merupakan manifestasi sokongan dan kepercayaan rakyat berterusan terhadap segala usaha yang diracang dan dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN. ( Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot,com at 1606 hrs on July 27,2013).

Friday, July 26, 2013

Kaedah baharu pemilihan UMNO

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan 
FAEZAH IZZANI pengarang@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 26 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin proses pemilihan parti itu yang bakal berlangsung tahun ini bukan sahaja menjadikan parti terbesar orang Melayu tersebut lebih kuat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah lebih berorientasikan rakyat.

Jelas beliau, dengan pemilihan barisan kepimpinan parti bakal ditentukan seramai 150,000 ahli yang layak mengundi selaras dengan perlembagaan baru, UMNO bukan sahaja lebih terbuka dan demokratik tetapi percaya lebih ramai pemimpin yang bakal dipilih nanti merupakan tokoh yang diterima rakyat.

Hasil transformasi ke atas UMNO katanya, ahli-ahli parti itu berupaya memilih pemimpin yang dapat meletakkan parti teras dalam Barisan Nasional (BN) itu di atas asas lebih kukuh dan pada masa yang sama menjadikannya sebagai wadah yang bukan sahaja diterima baik, malah menjadi pilihan rakyat.

"Inilah yang paling penting sekali. Kita bukan sahaja mahu pemimpin berjaya dalam parti tetapi turut berjaya dalam pilihan raya. Sebagai parti pilihan rakyat kita mesti mengetengahkan pemimpin yang disenangi rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta kesemua ketua sayap parti.

Dalam pada itu, Najib percaya pada pemilihan yang bermula 7 September dan berakhir pada 5 Oktober nanti lebih ramai muka baru akan terpilih, namun keputusan akhir katanya terletak pada tangan ahli kerana mereka bertanggungjawab memutuskan siapa bakal diangkat sebagai barisan kepimpinan UMNO. 

Menurutnya, pendaftaran calon bagi semua jawatan bermula 7 September sebelum disusuli persidangan serta pemilihan sayap pergerakan yang akan dibuat pada 28 September, manakala persidangan perwakilan bahagian serentak dengan pemilihan Majlis Tertinggi pula berlangsung pada 5 Oktober.

"Mereka yang berminat bertanding MT, bahagian dan sayap pergerakan parti boleh mendaftar sebagai calon di Badan Perhubungan UMNO negeri pada 7 September ini.

"Tarikh Perhimpunan Agung UMNO pula akan berlangsung mulai 2 hingga 7 Disember iaitu dari hari Selasa hingga Sabtu," katanya.

Mengenai keahlian terbaru UMNO, Najib berkata, terdapat penambahan 113,959 ahli baru dari 1 Januari hingga 22 Julai tahun ini menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 3,441,946 ahli.

Sementara itu Najib turut mengumumkan pelantikan enam pengerusi baharu Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Timbalannya bagi Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor yang diputuskan dalam mesyuarat MT hari ini.(Utusan online-politik).Posted bya abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.27 am on JULY 27,2013.

Dua pemimpin sebuah parti politik penyokong Syiah

KUALA LUMPUR 26 Julai - Dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di negara ini terutama di utara tanah air.

Sumber memberitahu, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu telah sekian lama terlibat dalam gerakan Syiah dengan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengaburi orang ramai dan pihak berkuasa.

Malah sumber sama menjelaskan, parti yang dianggotai oleh mereka sebenarnya mengetahui kedua-dua pemimpin tertinggi itu menganuti fahaman Syiah, tetapi tiada sebarang tindakan diambil disebabkan kepentingan politik.

"Kedua-dua pemimpin ini mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh Syiah Iran dan salah seorang daripada mereka juga dikesan pernah mengunjungi Syria selain aktif memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di Malaysia.

"Kedua-dua pemimpin tertinggi ini juga dipercayai telah bertanggungjawab secara langsung menyebabkan fahaman Syiah menular dalam parti tersebut sehingga mencetuskan kebimbangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sedia mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa pemimpin kanan sebuah parti politik kerana bertanggungjawab menyebarkan fahaman Syiah di negara ini.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa mempunyai maklumat lengkap mengenai penglibatan pemimpin kanan parti tersebut dalam gerakan Syiah dan mengingatkan mereka supaya tidak berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu Utusan Malaysia, salah seorang daripada dua pemimpin kanan tersebut pernah dipanggil mengadap Majlis Syura Ulama bagi tujuan mengia atau menafikan beliau terlibat dalam gerakan Syiah.

Bagaimanapun, kata beliau, walaupun dikesan mengamalkan beberapa ajaran Syiah dalam kehidupan seharian, pemimpin tersebut tetap bertarkiyah (berpura-pura) apabila menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah kepada Majlis Syura Ulama. (UTUSAN ONLINE-POLITIK).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.16 am on July 27,2013.



Nur Misuari ugut serang Sabah

Oleh NORAZRIN MARZUKI
dan ILAH HAFIZ AZIZ pengarang@utusan.com.my
Nur Misuari

KUALA LUMPUR 26 Julai - Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari mengugut untuk melancarkan serangan ke atas Sabah jika kerajaan Filipina menghalang cita-citanya untuk memerdekakan sebahagian wilayah di selatan negara itu sekali gus dilantik sebagai Presiden Bangsamoro dan Perdana Menteri yang memerintah Mindanao.

Menurut sumber, Misuari masih berdegil untuk meneruskan rancangannya memerdekakan beberapa wilayah iaitu Pulau Basilan, Kepulauan Sulu, Tawi-Tawi, Mindanao dan sebahagian dari kepulauan Borneo dalam satu majlis yang berlangsung di Jolo, Kepulauan Sulu petang semalam walaupun telah beberapa kali cuba dihalang pihak berkuasa negara itu.

Sumber itu berkata, bagaimanapun penduduk Sabah tidak perlu bimbang dengan ancaman ugutan tersebut kerana buat masa ini Misuari dikesan masih berada di Bandar Zamboanga berikutan sekatan dan kawalan ketat yang dilakukan pihak berkuasa Filipina dan Malaysia.

Sumber berkata, malah pemimpin MNLF itu sendiri dilaporkan gagal muncul pada majlis tersebut dipercayai bimbang akan ditangkap pihak berkuasa Filipina.

"Mengikut perancangan Misuari, dia sepatutnya hadir dalam majlis tersebut untuk menabalkan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri di wilayah Mindanao.

"Bagaimanapun hasrat itu tidak kesampaian apabila dia tidak muncul dalam majlis sambutan yang dijadualkan berlangsung pada petang semalam disebabkan sekatan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa dan kerajaan Filipina ke atasnya bagi mengelakkan dia memasuki kepulauan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut sumber lagi, kelmarin, kira-kira 3,000 pengikut Misuari dengan sebahagian daripada mereka membawa senjata api sudah pun berhimpun di Jolo untuk memberi sokongan terhadap pelantikannya. 

Sumber memberitahu, pada 13 Julai lalu, Misuari dilaporkan telah menganjurkan perhimpunan khas di Lampaki dan Talipao bagi meyakinkan pengikutnya yang rata-rata terdiri dari umat Islam Moro kononnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi persetujuan untuk membantu memerdekakan Mindanao.

"Misuari telah diberi amaran keras oleh kerajaan Filipina supaya membatalkan rancangannya serta mengarahkan pengikutnya tidak memasuki kepulauan tersebut dengan membawa senjata.

"Difahamkan pihak berkuasa negara itu juga telah menambah jumlah kekuatan anggota dan pegawai di sekitar Patikul, Indanan, Maimbung dan beberapa lagi kawasan di selatan Filipina bagi mengelakkan penyokong Misuari khususnya kumpulan bersenjata daripada masuk ke Kepulauan Sulu," jelasnya.(Utrusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 6.17 am on July 27,2013.

'Karpal bukan pejuang rakyat'

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN 
pengarang@utusan.com.my 

Tan Tuan Tat (kiri) bersama bekas Bendahari DAP Balakong, Yap Kon Ming berbincang selepas selesai sidang akhbar berhubung sikap sebenar Karpal Singh di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Julai - Pengerusi DAP, Karpal Singh dibidas kerana 'menutup mata dan telinga' dalam semua dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam partinya walaupun sering menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat.

Justeru, Karpal dicabar untuk bersikap lebih telus dan mengotakan slogan retoriknya dengan tampil menjawab setiap dakwaan beserta bukti kukuh. Bekas Ketua Cawangan DAP, Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, Karpal seolah-olah bersikap pilih bulu dengan 'membela' penyelewengan serta dakwaan penipuan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Disember lepas tanpa siasatan rapi.
"Baru-baru ini Karpal tampil membuat dakwaan bahawa buku hasil karangan Father Agustus Chen itu sebenarnya satu penipuan yang boleh menjatuhkan DAP. Apa bukti beliau berkata demikian?

"Bagaimana pula dengan dakwaan seramai 547 perwakilan haram telah hadir mengundi pada CEC lepas? Kita tidak harus lupa, Karpal pernah mengakui kesilapan pengiraan undi itu sebenarnya perkara paling memalukan parti. Mengapa tiada apa-apa tindakan daripada parti atau Karpal selepas itu?," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar berhubung perkara itu di sini hari ini. Menurut Tuan Tat, Karpal hanya pandai bercakap bahawa parti dan dirinya memperjuangkan agenda rakyat namun jika dilihat dengan mata kasar, ia seolah-olah bersifat peribadi. 

"Mengapa Karpal tidak berbuat apa-apa dengan dakwaan ahli DAP sendiri mungkin terdapat unsur penyelewengan dalam pemilihan parti? Microsoft Excel dipersalahkan kerana terdapat salah kira undi, mengapa tidak pernah ada sebarang penjelasan?

"Bagaimana pula dengan dakwaan terdapat 753 ahli sah yang layak mengundi telah dinafikan hak mengundi pada hari tersebut? Adakah Karpal pernah membuat sebarang penyiasatan berhubung dakwaan itu? Juga adakah beliau benar-benar mendapat undi ketiga terbanyak dalam pemilihan itu," soalnya.

Jelasnya, DAP begitu teruja memainkan isu penipuan undi Pilihan Raya Umum (PRU) lepas seperti isu terdapat 40,000 pengundi warga Bangladesh dan blackout tetapi penipuan dalam pemilihan parti 'disenyapkan' begitu sahaja.

"Isu Red Bean Army juga langsung tidak disentuh oleh Karpal. Juga pemecatan ahli DAP demi kepentingan segelintir berkepentingan seperti membabitkan Jenice Lee dan A. Ashogan? Namun mereka sungguh lantang dalam menuding jari mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) kononnya punca penyelewengan itu terjadi. Jika mereka tuding jari dan persoal tidak apa, jika UMNO BN persoal, maka mereka salah. 

"Mengapa perlu bersikap dwistandard? Jika begitu, janganlah bermegah dengan slogan hebat seperti anda bersikap adil dan bersih. Bersihkan dulu kekotoran dalam parti anda sebelum bercakap tentang orang lain," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Tat juga mencabar Karpal untuk segera tampil jika beliau benar-benar mempunyai integriti tinggi dan bermaruah supaya segera menyelesaikan setiap dakwaan yang telah dibuat ahli DAP sendiri.

"Karpal juga harus 'berani' berdepan dengan anak beranak Dinasti Lim iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng supaya segera mengadakan pemilihan semula CEC daripada terus menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS)," cabarnya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 5.57 am on July 27,2013.