Friday, February 28, 2014

Bekas Presiden Ukraine muncul

Beberapa lelaki bersenjata berkawal di sekitar lapangan terbang di Simferopol, Crimea, semalam. - REUTERS SIMFEROPOL,

Ukraine 28 Feb. - Bekas Presiden Ukraine yang digulingkan, Viktor Yanukovych akhirnya muncul hari ini dalam satu sidang akhbar di Moscow, menyatakan bahawa beliau akan terus ‘berjuang untuk negaranya’. 

Selepas meninggalkan Ukraine pada hujung minggu lalu dan lima hari menghilangkan diri, Yanukovych menegaskan beliau bukan disingkirkan tetapi terpaksa meninggalkan Kiev selepas merasakan nyawanya terancam.

"Situasi di Ukraine kini huru-hara dan tidak terkawal. Saya meminta maaf kepada semua rakyat Ukraine kerana tidak mempunyai kekuatan untuk bertahan," katanya ketika ditanya adakah beliau tidak malu dengan apa yang berlaku di negaranya.

Yanukovych yang digulingkan seminggu selepas keganasan politik yang meragut hampir 100 nyawa dan kini hidup sebagai pelarian, menganggap dirinya masih memegang jawatan Presiden Ukraine.

Beliau dikehendaki atas dakwaan terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan apabila mengarahkan pihak keselamatan menggempur lokasi bantahan antikerajaan kira-kira seminggu lalu. 

Sementara itu, Pejabat Pendakwa Raya Ukraine hari ini menyatakan bakal meminta Moscow mengekstradisi pemimpin tersebut selepas beliau disahkan berada di Rusia.

Ukraine hari ini turut memberi amaran kepada Rusia berhubung tindakan Moscow mencampuri konflik terbaharu di wilayah autonomi Crimea.

Kerajaan Barat menyuarakan kebimbangan tentang situasi berbahaya di Crimea selepas sekumpulan lelaki bersenjata pro-Rusia merampas bangunan kerajaan Crimea dan menggesa Rusia agar tidak memburukkan lagi keadaan.

Semalam, Presiden Rusia, Vladimir Putin mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ketenteraan bagi menyelesaikan konflik di Ukraine yang berlanjutan sejak tiga bulan lalu.

Namun Presiden sementara Ukraine, Oleksandr Turchynov membalas kenyataan Putin dengan berkata, sebarang tindakan tentera Rusia yang beroperasi di Laut Hitam di Crimea akan dianggap sebagai tindakan ketenteraan.

Sekumpulan lelaki bersenjata berpakaian tentera turut merampas sebuah lapangan terbang di Crimea, awal hari ini.

Saksi yang memberitahu agensi berita Interfax berkata, kira-kira 50 lelaki bersenjata itu memakai pakaian yang sama seperti kumpulan yang merampas bangunan kerajaan dan Parlimen Crimea kelmarin. - REUTERS/AGENSI( Utusan opnline-Luar Negara). Posted by abnmulya.blogspot.com at 10.50 am on Mac 01,2014.

Muka macam saya tapi bukan saya

WAN Muhammad Azri Wan Deris (dua dari kanan) yang didakwa pemilik blog www.papagomo.com, keluar dari mahkamah selepas keputusan kes saman fitnah Anwar Ibrahim terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF 

KUALA LUMPUR 28 Feb. - "Muka macam saya. Tapi bukan saya." Itu reaksi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarang KL Pos Media & Production Sdn. Bhd., Wan Muhammad Azri Wan Deris selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000.

Wan Muhammad Azri berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop membuat keputusan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap beliau.

Anwar memfailkan saman itu pada 21 Mac 2013 kerana mendakwa Wan Muhammad Azri, 31, adalah pemilik blog, www.papagomo.com yang menyiarkan artikel dan paparan video seks sejenis secara berturut-turut dari 16 Mac hingga 20 Mac tahun lalu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa Wan Muhammad Azri, secara nyata atau tersirat menyatakan individu di dalam imej-imej dalam artikel yang disiarkan itu adalah beliau.

Sambil mempersoalkan mengapa Anwar, 67, sehingga hari ini tidak menyaman ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Wan Muhammad Azri menegaskan, persoalan tersebut seharusnya ditanya oleh masyarakat kepada Anwar.

Shazryl Eskay adalah bekas Konsul Kehormat Diraja Thailand di Langkawi merupakan salah seorang daripada 'Trio Datuk T' yang mendedahkan rakaman video seks dikatakan mirip pemimpin pembangkang dengan seorang wanita.

Dengan menyifatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai pembohong bersiri, Wan Muhammad Azri meminta agar Anwar bertaubat. Katanya, beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut akan mengemukakan rayuan.

Sementara itu peguam, Jasbeer Singh Kaura yang mewakili Wan Muhammad Azri berkata, pihaknya akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan, Isnin ini dan akan memohon supaya pelaksanaan penghakiman itu ditangguhkan.

Anwar selaku pihak plaintif, dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Wan Muhammad Azri, yang dinamakan sebagai pihak defendan telah memfitnah beliau dengan mengeluarkan perkataan yang membawa maksud beliau, seorang tidak bermoral dan tidak layak menjadi pemimpin politik.

Dalam alasan penghakiman setebal 35 muka surat, Rosilah berkata, pernyataan fitnah tersebut merujuk secara peribadi kepada Anwar dan umum mengetahui siapakah plaintif, isteri dan anak perempuannya. 

Pernyataan fitnah yang merujuk kepada plaintif itu, bagi Rosilah adalah melampau, terlalu menjijikkan, lucah dan mahkamah berpendapat, laman web atau blog tersebut dibuat khusus untuk memfitnah plaintif.

Mengenai gambar lelaki yang dirakam oleh penulis blog Perisik Rakyat, Mohd. Fauzi Mohd. Azmi yang memberi keterangan sebagai saksi plaintif, Rosilah mendapati gambar tersebut kelihatan sama seperti pihak defendan.

Setelah meneliti keterangan pihak defendan secara menyeluruh Rosilah berkata, kenyataan fitnah yang disiarkan di dalam internet telah tersebar luas dan boleh diakses hingga ke seluruh dunia dan akan mencemarkan reputasi Anwar.

Plaintif yang kini berada di Jepun diwakili peguam, N. Surendran dan Latheefa Koya.(Utiusan onine- Mahkamah).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at `10.48 am on Mac 01,2014.

Wednesday, February 26, 2014

'Sudah terlewat buat Hadi'

KUALA TERENGGANU 25 Feb. - Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin menegaskan soal menarik balik saman sebanyak RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah terlewat.

Menurut Mohd. Shamsul, dia tetap dengan pendirian itu kerana baginya, dakwaan pemimpin Pas itu berkait 'calon pil kuda' dalam Pilihan Raya Umum lalu cukup serius kerana secara tidak langsung melibatkan maruah, nama baiknya dan keluarga.

Beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menyulitkan keadaan pemimpin Pas itu atau menjejaskan hubungan antara parti tetapi didorong untuk membersihkan maruah yang tercemar.

"Kalau betul nak berbaik, sepatutnya boleh buat dari dahulu lagi (sebelum kes difailkan di mahkamah).
Jumpa saya, kita bincang elok-elok. Saya dah beritahu dulu. Tapi, bila jadi macam ini (perintah saman dikeluarkan), dah tak gunalah sebab dah jadi kes mahkamah.

"Saya pun tak nak cakap banyak. Biarlah mahkamah yang uruskan. Apa-apa hal selepas ini, saya kena rujuk peguam dahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam satu kenyataannya semalam mempersoalkan sikap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terhadap Abdul Hadi.

Dakwa Zaid, jika kes ini diteruskan dan Anwar tetap mengambil pendekatan berdiam diri, ia hanya menunjukkan keangkuhan PKR dalam menyelesaikan kemelut yang melanda parti pembangkang ketika ini. Dalam pada itu,

Mohd. Shamsul menyifatkan, saman yang difailkannya ke atas pemimpin Pas itu tidak akan mengeruhkan hubungan yang sedia terjalin di antara PKR dan Pas.

Tindakan saman itu dibuat Mohd. Shamsul selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Mohd. Shamsul yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Sementara itu, peguam Mohd. Shamsul, A. Vasudevan ketika dihubungi memberitahu, saman malu itu tidak boleh ditarik balik, namun peguam defendan boleh memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar tersebut.

 "Hakim kemudian akan buat keputusan sama ada membenarkan permohonan itu atau tidak," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.AT 1637 HRS ON fEBRUARY 26,2014.

Tuesday, February 25, 2014

KENAPA (RBA) BEGITU KEBAL?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
 pengarang@utusan.com.my 

Shen Yee Aun
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Red Bean Army (RBA), tentera siber propembangkang muncul semula. Kali ini dengan tindakan lebih berani apabila melakukan ugutan bunuh ke atas Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia yang juga pengasas blog SYA For The Nation, Shen Yee Aun.

Yee Aun yang juga kolumnis Mingguan Malaysia menerima ugutan itu berikutan tulisan beliau dalam akhbar tersebut bertajuk, Laman Penyokong RBA ditutup' Ahad lalu.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama beliau menerima ugutan seumpama itu tetapi persoalannya kenapakah sehingga ke hari ini kumpulan yang dianggap cukup biadab itu terlalu sukar untuk dibawa ke muka pengadilan?

Apakah mereka begitu kebal? RBA cukup terkenal dengan propaganda dan perbuatan kurang ajar mereka menyerang pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kerajaan semasa, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Namun begitu apa yang lebih bahaya, RBA tidak mempunyai sedikit pun perasaan hormat kepada institusi negara. Sebutlah apa sahaja, institusi raja-raja, badan kehakiman, jabatan kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu semuanya pernah menjadi sasaran serangan RBA.

Lebih biadab lagi RBA turut menghina agama Islam. Walaupun tindakan RBA dianggap boleh menghancurkan negara sebagaimana pandangan pelbagai pihak, namun sehingga sekarang kumpulan ini masih terus dengan kerja-kerja kotor mereka.

Siapa sahaja yang menyentuh atau menyerang RBA akan diserang balas dengan pelbagai kata-kata kesat dan diancam termasuk ugutan bunuh seperti dialami oleh Yee Aun.

RBA bagaikan 'hantu' yang mengganggu dan mengancam rakyat Malaysia tetapi tiada siapa boleh menghalang mereka.

Atas sebab itulah, banyak pihak bertanya apa yang berlaku kepada siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang pada 3 Julai 2013 menyatakan akan mengumumkan keputusan siasatan mengenai kewujudan RBA.

Sehingga ke hari ini siasatan itu entah ke mana. Sebenarnya, pihak berkuasa amat memahami betapa bahayanya RBA kepada perpaduan rakyat dan keselamatan negara, tetapi mereka seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa sehingga wujudnya pandangan RBA ini terlalu kebal .

Apakah mereka ini benar-benar kebal sehingga sukar dikesan biar pun setiap hari memuat turun pelbagai propaganda yang boleh mencetuskan huru-hara dalam negara atau terdapat kelemahan dalam agensi yang bertanggungjawab mengendali tentera siber seumpama ini?

Tetapi anehnya, apabila ada kes-kes tertentu yang melibatkan penghinaan kepada kaum bukan Islam atau bukan Melayu, begitu pantas sekali pihak berkuasa bertindak.

Justeru adalah wajar ugutan bunuh yang diterima oleh Yee Aun dijadikan asas untuk pihak berkuasa kembali agresif memburu RBA sehingga ke lubang cacing.

Kelompok biadab dan tidak tahu menghormati undang-undang ini tidak harus dibiarkan bermaharajalela seolah-olah tiada siapa mampu menghalang kerja jahat mereka.

Oleh itu tindakan yang benar-benar tegas dan serius perlu diambil untuk menangani RBA termasuklah mengetahui siapa dalang yang menggerakkan mereka kerana tanpa sokongan kewangan sudah pasti RBA tidak ke mana dan tidak sekebal sekarang?(Utusan online-politik).Posted by abnmulya/Bakar Ninggal. blogspot.com.at 9.45 am on February 26,2014.

Monday, February 24, 2014

Tarikh baharu jatuh hukum Karpal 11 Mac

KUALA LUMPUR 24 Feb. - 11 Mac ditetapkan sebagai tarikh baharu untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman terhadap peguam Karpal Singh selepas didapati bersalah mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.

Karpal yang juga Pengerusi DAP mengesahkan tarikh itu kepada Bernama ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 7 Mac untuk menjatuhkan hukuman. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, beliau dimaklumkan secara lisan tarikh baharu itu oleh timbalan pendaftar hari ini memandangkan hakim perbicaraan Datuk Azman Abdullah yang bertugas di Mahkamah Tinggi Kota Baharu, Kelantan tidak dapat hadir pada tarikh awal itu.

Karpal, 74, didapati bersalah pada Jumaat lalu, mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009 bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Karpal menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi tempoh setahun.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.( Utujsan online-Mahkamah).Posted by aabnmulya /Bakar Ninggla.blogspot.com.at 1410 hrs on February 25,2014.

Sunday, February 23, 2014

Soal kuasa Allah : Polis belum terima aduan

MUAR 23 Feb. - Polis masih belum mengambil tindakan terhadap seorang wanita Melayu yang mempersoal kuasa Allah di akaun laman sosial Facebooknya, 'Murtad in Pantai Timur' kerana tidak menerima sebarang aduan mengenainya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, jika terdapat aduan, siasatan akan dimulakan kerana perbuatan tersebut boleh menjejas keharmonian antara kaum di negara ini.

"Kita percaya wanita berkenaan kini berada di luar negara. Malaysia mempunyai agensi yang boleh menjalankan siasatan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan biarlah agensi berkenaan menjalankan penyiasatan.

"Bagaimanapun jika siasatan mendapati ia di bawah bidang kuasa polis, tindakan akan kita diambil," katanya.
Mohd. Bakri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan wanita itu di laman sosialnya sejak seminggu lalu yang menimbulkan kemarahan orang ramai terutama orang Islam.

Beliau ditemui dalam sidang akhbar pada Majlis Perhimpunan Pesara Polis Sempena Memperingati Tarikh Serangan Balai Polis Bukit Kepong, di Muzim Polis Bukit Kepong, di sini hari ini.

Yang turut hadir, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Dalam pada itu, Mohd. Bakri mengingatkan semua pihak supaya menghindarkan diri daripada membincangkan isu-isu agama dan perkauman secara melampau kerana ia boleh menjejas keharmonian kaum serta memporak-perandakan negara.

Tegas beliau, kebanyakan negara porak-peranda berpunca daripada isu agama dan perkauman yang dibangkitkan oleh rakyatnya dan pihaknya tidak mahu perkara itu berlaku di negara ini.

Sementara itu, Hanif pula membidas tindakan pihak bukan Islam yang mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang disifatkannya sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau bimbang jika perbuatan itu dibiarkan, ia akan menjadikan kaum-kaum di negara ini berpecah belah dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang kukuh akan terjejas.

"Kalau tidak mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam, mengapa buat komen pasal Islam? Kalau ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan kita berpecah belah. Negara kita belum cukup kukuh, itu patut menjadi matlamat kita sebagai bangsa Malaysia.

"Dahulu kalau ulama mengeluarkan fatwa, bangsa lain tak sentuh kerana itu adalah fatwa untuk orang Islam. Jadi mengapa pula ada orang bukan Islam nak komen pasal agama Islam," ujarnya.(Urtsan online-Jenayah).Posted by abnmulya .blogspot.com .at 9.55 am on February 24,2014.

'TMJ CALON TERBAIK'

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
Sukan @ utrusan.com.my
Tunku Ismail Sultan 
KUALA LUMPUR - Presiden Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim disifatkan sebagai antara calon terbaik untuk mengisi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila mesyuarat pemilihan badan induk bola sepak itu berlangsung 25 Mei.

Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Tunku Ismail sebagai individu yang komited dan terlibat secara langsung dalam aktiviti sukan itu untuk melayakkannya dipilih bagi menerajui kepimpinan bola sepak negara ini.

Selain Tunku Ismail, beliau juga percaya jawatan itu boleh diisi oleh Presiden Bolasepak Sabah (Sabah FA), Datuk Seri Musa Aman; Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman dan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Astaman Abdul Aziz.

“Saya fikir presiden bola sepak Johor (Tunku Ismail) boleh, presiden bola sepak Sabah, Negeri Sembilan boleh... mereka komited. Johor memang komited kerana terlibat secara langsung dalam bola sepak. “

Saya tidak boleh bertanding sebab saya masih digantung sampai Oktober ini, kalau pemilihan bulan enam atau bulan tujuh pun, saya boleh tengok sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi The Red Warriors untuk kejohanan Piala AFC di sini semalam.

Annuar berkata, jawatan Presiden FAM merupakan jawatan yang dipertandingkan tetapi ramai calon yang takut untuk menawarkan diri sebaliknya lebih suka bercakap di belakang apabila seseorang individu itu gagal berkhidmat dengan baik.

Beliau berkata, sekiranya terdapat calon yang berpotensi, mereka perlu diketengahkan untuk membantu melonjakkan bola sepak negara ini ke tahap lebih baik.

Saya berharap badan gabungan ada keberanian, tidak memadai kita mengeluh sepanjang masa.

Kita bercakap sudah lama, banyak yang sudah kita lalui tetapi sekiranya pemilihan kali ini sama macam sebelum ini maka tidak akan ada perubahan juga.

“Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) sudah banyak memberikan sumbangan kepada bola sepak tanah air tetapi bola sepak memerlukan anjakan dan saya rasa baginda bersedia untuk membuka laluan kepada calon-calon baharu untuk jawatan itu. “

Secara peribadi saya berharap akan ada perubahan secara dinamik dalam bola sepak tanah air kita kerana pada waktu ini kedudukan Malaysia di tangga ke-160 adalah tidak sesuai, kita perlu berada sekurang-kurangnya dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar menyasarkan Kelantan sekurang-kurangnya dapat menempatkan diri ke pusingan suku akhir Piala AFC. (Utusan online-Sukan temepatan).Posted by abnmulya.blogspot.com.at 9.35 am on February 24,2014.

Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta

KUALA TERENGGANU 23 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Dalam masa sama, Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.

Prosiding berlangsung hampir 30 minit di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Menurut wakil peguam plaintif, V. Saravanan, penghakiman itu dibuat selepas pihaknya menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang telah diterima oleh pihak defendan pada 16 Januari lalu.

Sehubungan itu katanya, plaintif telah memfailkan afidavit penyampaian dan perakuan ketidakhadiran defendan ke mahkamah sehari kemudian yang telah diluluskan oleh pihak mahkamah pada hari yang sama. 

"Sekiranya defendan ingin membantah atau menentang penghakiman itu, maka, dia kena failkan permohonan kepada mahkamah. Itu terpulang kepada peguam dia.

"Jika tidak ada maklum balas daripada defendan, kami akan hantar salinan termeterai penghakiman yang meminta pembayaran saman plaintif iaitu sebanyak RM2 juta bersama faedahnya sekali.

"Sekiranya masih tidak ada apa-apa jawapan, kami akan teruskan dengan pelaksanaan saman. Kami akan failkan penghakiman ini secepat mungkin dan sebaik sahaja mahkamah telah keluarkan salinan termeterai, kami akan serahkan kepada defendan untuk tuntut jumlah penghakiman," katanya ketika ditemui.

Plaintif melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co., pada 5 Disember lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau mendakwa difitnah oleh pemimpin Pas itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.(Utuysan nonline-Mahkamah).Posted by abnmulya.blogspopt.com.at 9.14 am oln Februsry 24,2014.

Friday, February 21, 2014

BN kerja keras,beri sokongan tinggi kepada Mei Fun-Najib

 NAJIB Tun Razak ceria sambil diperhatikan oleh Muhyiddin Yassin (kiri) dan beberapa Ahli Tertinggi UMNO pada sidang akhbar selepas mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR 

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, sokongan tinggi akan diberikan kepada Naib Presiden MCA, Datuk Chew Mei Fun yang dipilih sebagai calon bagi merampas kerusi itu walaupun beliau seorang calon bukan pilihan atau 'under dog'.

Menurut beliau, segala cabaran dalam menghadapi PRK itu akan cuba ditentang melalui apa jua cara dengan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"Kita akan sokong (Mei Fun sebagai calon) dan doakan beliau yang terbaik dan kita akan cuba sehabis baik walaupun calon kali ini 'under dog'.

"Walau bagaimanapun BN akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan dan akan menghadapi apa jua cabaran," katanya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mei Fun dipilih sebagai calon BN bagi menghadapi PRK DUN Kajang untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding selepas kerusi itu dikosongkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang itu.

Pemilihan Mei Fun, 50, yang juga bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar mengenai PRK berkenaan di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, Mei Fun merupakan calon paling sesuai untuk menggalas cabaran BN di kerusi itu berdasarkan kewibawaan dan pengalamannya termasuk pernah berkhidmat dalam kerajaan.

Mei Fun mempunyai rekod dan pengalaman politik yang luas dengan pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk sebagai Ketua Wanita MCA, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal.

Beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA dan timbalan menteri disandangnya pada April 2010 bagi menepati janjinya untuk berbuat demikian jika Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dipilih sebagai Presiden MCA pada pemilihan parti masa itu.

Mei Fun bagaimanapun membuat kemunculan semula apabila bertanding pada pemilihan MCA penghujung tahun lalu dan memenangi jawatan Naib Presiden Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Chin Cheh menang dengan majoriti 6,824 dalam pertembungan enam penjuru, melibatkan calon BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 11 Mac ini sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 23 Mac.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com at 10.55 am on February 22,2014.

Mengapa DAP pertikai kekayaan Melayu?

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Sikap pembangkang khususnya DAP yang sering mempertikaikan kedudukan kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary termasuk beberapa bilionair Melayu dan bumiputera lain dilihat sebagai berat sebelah apabila 'limpahan' kekayaan yang dikecapi kaum lain seakan 'dilindungi'. 

Persoalan itu ditimbulkan penulis blog, sematan ke lawas (http://www.sematankelawas.com) yang merujuk reaksi tidak puas hati pembangkang termasuk kaum lain terhadap kekayaan yang dimiliki orang Melayu dan bumiputera.

Malah apa yang menghairankan, jelas penulis blog itu, pertikaian berhubung kekayaan yang dimiliki Syed Mokhtar dikaitkan pula dengan rasuah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Rasa tidak puas hati ini sering kali disuarakan (oleh pembangkang). Tan Sri (Syed Mokhtar) menjadi sasaran utama dan akan sentiasa dicemuh dalam bentuk hasutan politik.

"Namun apa yang ingin dipersoalkan adalah mengapa kekayaan beliau (Syed Mokhtar) dipertikaikan sedangkan beliau cuma orang keenam terkaya di negara ini?

''Mengapa orang paling kaya seperti Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri T. Ananda Krishnan, Tan Sri Teh Hong Piow, Tan Sri Lee Shin Cheng dan lain-lain tidak pernah disebut dan dipertikaikan hasil atau punca kekayaannya?," soal penulis blog itu seperti dipetik dalam blognya hari ini.

Baru-baru ini, majalah perniagaan utama, Malaysian Business melaporkan senarai 10 orang terkaya di Malaysia yang didahului Robert Kuok dengan kekayaan RM54.48 bilion diikuti Ananda (RM33.19 bilion). 

Syed Mokhtar berada pada kedudukan keenam dengan kekayaan berjumlah RM11.07 bilion, jatuh satu anak tangga berbanding kedudukan kelima sebelum ini.

Penulis blog itu menambah, dalam ceramah politik pembangkang terutama DAP, mereka sering mengatakan kerajaan BN sebagai berat sebelah dalam memberi projek-projek besar kerajaan.

"Tetapi fakta dan hakikat yang sengaja disembunyikan adalah jumlah orang Cina yang kaya hasilnya daripada kontrak projek kerajaan. "Kenapa tidak pernah dipersoalkan dari mana hasil kekayaan mereka di negara ini?. Kenapa tidak dipersoal aset-aset yang dimiliki mereka?," soalnya lagi.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Bakar NInggal.blogspot.com.at 10.12 am on Fewbruary 22,2014.

Hukuman 7 Ma ini

Oleh SUWARNI MOKHTAR 
pengarang@utusan.com.my 

KARPAL Singh diiringi oleh isterinya, Gurmit Kaur ketika hadir bagi mendengar keputusan berhubung akta hasutan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, semalam. 

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, lima tahun lalu. 

Hakim Datuk Paduka Azman Abdullah memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Bagaimanapun, hukuman terhadap peguam berpengalaman itu hanya akan diketahui pada 7 Mac ini selepas peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili bapanya itu memohon sedikit masa untuk menyediakan rayuan bagi meringankan hukuman termasuk dokumen sokongan seperti rekod kesihatan Karpal.

''Selepas meneliti pembelaan tertuduh dan saksinya dan meneliti semula keseluruhan keterangan yang ada termasuk penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 20 Januari 2012 serta hujahan kedua-dua pihak, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

''Dengan kata lain, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya tanpa sebarang keraguan munasabah. Mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan seperti mana pertuduhan ke atasnya,'' ujar Hakim Azman.

Sebaik sahaja selesai hakim tersebut membacakan penghakiman ringkasnya, galeri awam yang dipenuhi penyokong Karpal dan juga beberapa pemimpin pembangkang seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat tergamam dan hanya mendiamkan diri. 

Yang turut memberikan reaksi sama ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Selain Gobind, Karpal, 74, turut diwakili peguam-peguam bela yang juga anak-anaknya, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh.

Turut mengiringi Karpal ialah isterinya, Gurmit Singh dan seorang lagi anaknya iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar Desa dan Perumahan Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo.

Pendakwaan pula dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Azlina Rasid.

Pada 17 Mac 2009, Karpal mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebut kata-kata hasutan membabitkan Sultan Perak pada satu sidang akhbar antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009 di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co, No.67, Jalan Pudu Lama, Dang Wangi, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada 11 Jun 2010, Karpal dilepas dan dibebaskan oleh Hakim Azman daripada pertuduhan tersebut tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati kenyataan akhbar yang dibuat ahli politik veteran itu termaktub di bawah pengecualian Seksyen 3(2)(a) Akta Hasutan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Ogos 2009, seramai 20 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan termasuk beberapa wartawan media cetak dan elektronik, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak dan Gagasan Melayu Perak serta anggota polis dari Kuala Kangsar, Perak. 

Namun pada 20 Januari 2012, Mahkamah Rayuan memerintahkan Karpal dipanggil membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Maarop yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Alasan lain ialah Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa perkataan-perkataan yang diucapkan oleh peguam tersebut mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap Sultan Perak.

Hal demikian disebabkan perkataan-perkataan itu cenderung untuk merendah-rendahkan Sultan Perak dengan mempertikaikan kuasa prerogratif (hak istimewa) baginda yang termaktub di bawah perlembagaan. 

Pada peringkat bela diri yang mengambil masa tujuh hari bermula 2 November 2012, selain Karpal yang memberi keterangan secara bersumpah, pihak pembelaan hanya memanggil seorang saksi iaitu S. Baradidathan yang merupakan Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas).(Utusan online-Mahkamah dan Jenayah).Posted by abnmulya/Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.02 am on Februarfy 22,2014.

Mei Fun calon Barisan Nasional

Oleh Mohd. Shariza Abdullah, 
Maisara Sheikh Rahim dan 
Mohd. Asron Mustapha 

MUHYIDDIN Yassin mengumumkan Chew Mei Fun (tengah) sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. 

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Naib Presiden MCA, Datuk Chew Mei Fun bagi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 23 Mac ini.
Bekas Timbalan Menteri wanita Mei Fun,50
dari MCA diangkat oleh Barisan Nasional
menentang Anwar Ibrahim di ( PRK)Kajang,
pada Mac 23,2014.

Pemilihan Mei Fun, 50, yang juga bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar mengenai PRK berkenaan di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Mei Fun merupakan calon paling sesuai untuk menggalas cabaran BN di kerusi itu berdasarkan kewibawaan dan pengalamannya termasuk pernah berkhidmat dalam kerajaan.

Beliau berkata, BN yakin Mei Fun yang juga bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dapat memberi sepenuh tumpuan dan masa untuk membela nasib pengundi di DUN Kajang jika diberi kepercayaan menjadi wakil rakyat di situ.

"Tradisi BN adalah membela rakyat dan memberi perkhidmatan sepanjang masa. Kita yakin calon yang dipilih ini adalah paling sesuai untuk bertanding di DUN Kajang," katanya.

Yang turut hadir, pemimpin parti komponen BN termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel; Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas serta Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Parti rakan BN seperti Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding mewakili parti itu turut hadir.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pucuk kepemimpinan BN mengadakan beberapa siri perbincangan terutama dengan MCA dan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuk pengundi di Kajang yang berpendapat parti berkenaan harus bertanding di kerusi itu.

Beliau berkata, meskipun pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu BN kalah dengan majoriti lebih 6,000 undi di situ namun parti tersebut memutuskan untuk meletakkan calon yang dikemukakan oleh MCA.

Kata beliau, dalam sistem demokrasi di negara ini dan sebagai sebuah parti berwibawa, BN menawarkan peluang kepada pengundi di DUN Kajang untuk membuat pilihan apabila berlaku kekosongan kerusi.

"BN bertanding untuk mencapai kemenangan walaupun mengetahui bakal menghadapi tentangan hebat.

"Kita anggap ini satu peluang dan ruang untuk BN menawarkan seorang calon yang berwibawa dalam menawarkan khidmat kita walaupun ada pelbagai pendapat sama ada wajar bertanding atau tidak," katanya. 

Dalam pada itu, Muhyiddin menafikan BN mengambil masa untuk mengumumkan calonnya kerana amalan biasa parti itu untuk berbuat demikian adalah dua hari sebelum tarikh penamaan calon ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, pengumuman calon BN pada hari ini iaitu kira-kira dua minggu sebelum hari penamaan calon PRK DUN Kajang adalah tempoh masa yang sesuai selepas mengutip pelbagai input.

Ditanya apakah BN mempunyai ‘senjata istimewa’ dalam PRK kali ini, beliau berkata, apa lebih penting adalah parti itu mengatur strategi kerana menyedari mungkin pihak pembangkang atau siapa sahaja bertanding akan menggunakan kesempatan platform PRK Kajang untuk melakukan pelbagai perkara terhadap BN.

"Jika BN tidak bertanding, mungkin semasa berkempen nanti pelbagai isu dibangkitkan yang dikaitkan dengan BN, siapa hendak jawab.

"Setidak-tidaknya ini adalah peluang yang baik untuk menggunakan PRK ini sebagai platform membuat penjelasan. Tidaklah pengundi disogok dengan maklumat satu pihak sahaja," ujarnya.

Tambah beliau, pencalonan wakil MCA juga merupakan satu kesempatan yang baik untuk melihat penerimaan terhadap kepemimpinan baharu parti itu walaupun bukan ujian mutlak.

Ditanya mengenai peluang BN, Muhyiddin berkata, parti itu masuk bertanding PRK DUN Kajang untuk menang dan mengetahui berdepan ujian besar.


Mengenai calon pakatan pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa tidak semua perkara menyebelahi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Ada fakta jelas yang menunjukkan dalam kalangan pakatan pembangkang, ada elemen yang tidak secocok dengan hasrat Anwar untuk bertanding.

"Sama ada itu akan membantu kita mendapat jumlah undi, wallahualam. Tetapi kita akan bekerja keras untuk dapatkan undi.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.42 am on February 22,2014.

 

Thursday, February 20, 2014

Robert Kuok,Ananda Krisshnan terkaya di Malaysia

Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas. 

Teh, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari.

Ia melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat kepada RM217.82 bilion pada 18 Jan 2014 atau 11.73 peratus daripada RM194.86 bilion tahun lalu.

Semasa majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan jumlah aset mereka sebanyak RM41.7 bilion, dengan Robert Kouk Hock Nien berada di tempat teratas.

Majalah itu berkata tempat keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM14.11 bilion tahun ini.

Tempat ke-5 ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari kedudukan keenam tahun lepas, mengatasi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang jatuh ke tempat keenam.

Kekayaan Lee tahun ini berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56 bilion tahun lalu. Syed Mokhtar berada di tempat keenam walaupun kekayaan beliau meningkat sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada tahun lepas.

Ketua Genting Group Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, mengekalkan kedudukan mereka, masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan.

Kekayaan Lim meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion manakala Lee meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM7.47 bilion.

Datuk Mokhzani Mahathir melalui SapuraKenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion.

Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini.

Malaysian Business berkata antara fakta menarik ialah sejak 2002, 81 usahawan menyertai senarai 40 individu terkaya di Malaysia dan 15 berjaya kekal di atas secara berterusan.

Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan mereka boleh dikaitkan dengan sumbangan prestasi pasaran dan harga inflasi, dengan kekayaan mereka sebahagian besarnya berasaskan kepada pegangan masing-masing.

Ia juga menggambarkan prestasi syarikat-syarikat mereka dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif dalam tempoh 12 tahun.

Tahun ini terdapat 33 jutawan dalam senarai harta mencecah angka bilion, lebih dua daripada tahun lepas dan 29 daripada 40 dalam senarai merekodkan lebih tinggi daripada tahun lepas. 

Daripada jumlah itu, 20 individu mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.

Dua individu kembali memasuki senarai tahun ini, Datuk Tony Tiah dari TA Enterprise di tempat ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail dari Puncak Niaga Holdings memasuki senarai 40 Teratas dengan RM543.74 juta.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 Teratas dinilai berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat tersenarai pada 18 Jan 2014.

Malaysian Business majalah perniagaan utama di negara ini diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd.(Dari Malaysiakini).Posted by abnmulya.blogspot.com at 10.22 am on February 21,2014.

Tony Pua sengaja cetus provokasi hina Islam perlu didakwa

ISMAIL MINA
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua perlu didakwa di bawah Akta Hasutan kerana sengaja melakukan provokasi menghina Islam apabila mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung larangan umat Islam menyambut Hari Kekasih.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, umat Islam tidak perlu menagih permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya itu disebabkan keceluparan ditunjukkan, tetapi perlu mengheretnya ke mahkamah.

"Kita perlu dakwa dia di mahkamah dengan segera sebagai langkah pencegahan kerana sebenarnya dia sedang menguji kesabaran orang Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam beberapa mufti mendesak Tony Pua menarik kembali kenyataannya yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung larangan umat Islam menyambut Hari Kekasih seperti dinyatakan melalui laman sosial Facebook baru-baru ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Tony Pua tidak berhak mencampuri urusan berkaitan agama Islam sehingga mengundang suasana tidak harmoni di negara ini.

Mengulas lanjut Ismail Mina berkata, kenyataan bersifat provokasi tersebut sengaja dikeluarkan kerana percaya umat Islam tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan lemah akibat perpecahan.

"Muafakat berpendapat Tony Pua sebagai seorang intelek, pemimpin politik, sebenarnya memahami perkara-perkara yang sensitif dalam kumpulan masyarakat dan agama.

"Muafakat berpendapat perkara ini sengaja dicetuskan untuk menimbulkan provokasi," katanya sambil menambah kelemahan orang Melayu sehingga ada dalam kalangan mereka sendiri sanggup menjadi ejen DAP.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengingatkan Tony Pua tidak angkuh dan bongkak hingga berani mencampuri urusan agama Islam.

"Dia sudah lupa asas penubuhan negara ini yang dibina dengan dasar persefahaman dan saling hormat-menghormati. Ingatlah tahap kesabaran orang Melayu ada hadnya," katanya.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, Tony Pua sewajarnya belajar semula asas-asas untuk menghormati orang lain terutama di negara ini yang dihuni oleh berbilang kaum dan agama.( Utrusan online-politik).Posted by abnmulya .blogspot.com at 9.53 am on February 21,2014.

Wednesday, February 19, 2014

Tony Pua perlu minta maaf,tarik balik kenyataan berkaitan Islam dan Hari Kekasih

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua diminta menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung larangan kepada umat Islam menyambut Hari Kekasih.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga perlu memohon kepada seluruh umat Islam kerana beliau tidak berhak untuk mencampuri urusan berkaitan agama Islam sehingga boleh mengundang suasana tidak harmoni di negara ini.

Jelas beliau, sebagai seorang wakil rakyat, beliau sepatutnya tahu mengenai kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sekali gus agama lain boleh diamalkan secara harmoni di negara ini.

"Pembahagian Mahkamah Syariah juga tidak dikuatkuasakan terhadap bukan Islam, bermakna amalan-amalan atau pandangan yang dikeluarkan Majlis Fatwa tentunya untuk umat Islam sahaja.

"Jadi, apa pula masalah orang lain nak campur tangan mempertikaikan fatwa yang hanya dikhususkan untuk amalan orang Islam?.

"Negara ini sudah memberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing, maka beramallah secara harmoni, janganlah keharmonian ini diganggu gugat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis Fatwa Kebangsaan membidas tindakan Tony yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu melalui laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini dengan memuat naik satu kenyataan yang didakwa menyentuh larangan pihak berkuasa agama Islam di negara ini yang mengisytiharkan sambutan Hari Kekasih sebagai haram.

Dalam pada itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, orang bukan Islam tidak ada kena mengena dengan setiap fatwa yang dikeluarkan yang hanya dikhususkan untuk umat Islam.

Oleh sebab itu, jelas beliau, mereka tidak ada sebab untuk berasa terancam dengan setiap larangan yang telah digariskan dalam agama Islam.

Kata beliau, sekiranya orang bukan Islam tidak memahami berhubung perkara berkaitan agama Islam, mereka sepatutnya meminta pandangan atau merujuk dengan mereka yang arif tentang Islam.

"Fatwa yang dikeluarkan memang hanya untuk umat Islam supaya mereka tidak terikut dengan budaya masyarakat bukan Islam.

"Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu berasa bimbang kerana mereka tidak ada halangan untuk melakukan perbuatan itu, jika tidak faham minta pandangan mereka yang tahu tentang Islam," katanya.(Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya .blogspot.com.at 9.42 am on Februry 20,2014.

Tuesday, February 18, 2014

ERRA-EMRAN SAH CERAI TALAK SATU

Oleh MARZITA ABDULLAH dan
AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN
pengarang@utusan.com.my 
Dari kiri: Erra Fazira,Engku Emra
SHAH ALAM 18 Feb. - Desas-desus perceraian dan kemelut rumah tangga pelakon Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang digembar-gemburkan pelbagai pihak sejak kebelakangan ini akhirnya terjawab hari ini apabila pelakon itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Hakim Syarie Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz cerai secara baik oleh Engku Emran, 39, terhadap Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40.

Semasa prosiding tersebut, pasangan itu juga bersetuju hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, diserah kepada Engku Emran manakala hak bersama bermalam diserahkan kepada Erra. 

Mereka turut memperoleh hak cuti persekolahan dan perayaan secara bergilir-gilir manakala tuntutan nafkah, idah dan mutaah digugurkan, setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Engku Emran yang memakai kot kelabu dilihat sebak dan terhenti seketika semasa melafazkan talak tersebut manakala Erra kelihatan tenang.

Sebelum itu, Erra yang diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib Johari dan Engku Emran diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak mengesahkan telah tinggal secara berasingan sejak setahun enam bulan lalu.

Erra memfailkan dokumen permohonan cerai dan hak penjagaan anak semalam mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pelakon itu yang berjubah moden dan bertudung juga berwarna kelabu serta memakai topeng penutup mulut dan Engku Emran yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV, hadir di mahkamah kira-kira pukul 12 tengah hari.

Erra yang kini merupakan pengacara bersama rancangan bual bicara Primadona hadir ditemani rakan baiknya, Datin Paduka Umie Aida dan suami; pengarah filem, Erma Fatima; serta seorang lagi rakan wanitanya manakala Engku Emran ditemani rakan lelaki.

Pasangan itu bernikah pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail dan Engku Aleesya merupakan anak tunggal mereka sepanjang hampir tujuh tahun usia perkahwinan mereka.


Sebelum ini Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Sebaik sahaja prosiding selesai, Erra dan yang lain bergegas meninggalkan bangunan mahkamah bagi mengelak sebarang pertanyaan pihak media namun terpaksa mengalah setelah gagal melepasi pintu lif. 

Setelah diasak dengan pelbagai soalan akhirnya dia berkata, kini semua spekulasi tentang rumah tangganya sudah terjawab dan terlerai.

"Alhamdulillah perceraian ini berlaku secara baik, tidak timbul soal anak, saya berharap semua orang berhenti bertanya saya tentang hal ini dan mendoakan yang terbaik untuk saya," katanya.

Sementara itu ketika ditemui selepas rakaman program Primadona di sini petang ini, Erra mengakui bukan mudah baginya untuk menghadapi perceraian ini.

Menurutnya, walaupun dia tampak tenang sewaktu mendengar lafaz cerai daripada Engku Emran namun dalam hatinya tiada siapa yang tahu. Erra berkata, hatinya tidaklah sekuat apa yang terpancar di wajahnya. 

"Saya tidaklah sekuat mana dan jangan ingat saya tiada perasaan tatkala menerima dugaan ini. Tiada siapa tahu apa yang bergelodak dalam hati saya. 

"Takkan saya hendak rebah depan mak, keluarga atau rakan-rakan," kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu.

Engku Emran ketika ditemui di pekarangan mahkamah enggan memberi sebarang kenyataan berhubung perceraian tersebut serta gagal dihubungi.(Utusan online-Mahkamah).Posted by abnmulya.bl.ogspot.com at 10.52 am on February 19,2014.

Yingluck bakal didakwa

BANGKOK 18 Feb. - Suruhanjaya Antirasuah Nasional Thailand (NACC), hari ini membuat keputusan untuk mendakwa Perdana Menteri, Yiingluck Shinawatra berhubung peranannya dalam kegagalan skim subsidi harga beras.

Jurucakap NACC, Vicha Mahakul berkata, panel suruhanjaya itu meminta beliau hadir di mahkamah untuk didakwa pada 27 Februari ini.

Keputusan untuk mendakwa Perdana Menteri Thailand itu dibuat selepas panel tersebut merumuskan Yingluck sebagai Presiden Jawatankuasa Polisi Beras Nasional bersalah apabila gagal menghentikan skim yang dibelenggu penyelewengan dan tidak membawa keuntungan.

Polisi subsidi harga beras tersebut merupakan antara polisi yang dibawa oleh Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck yang membolehkan beliau menang pada pilihan raya umum Thailand pada 2011.

Skim tersebut yang memberi jaminan kepada petani bahawa harga beras mengatasi harga pasaran, menjadi pencetus kemarahan penunjuk perasaan antikerajaan yang mendakwa ia menggalakkan penyelewengan, menyusutkan kewangan negara dan menyebabkan bekalan beras tinggi tidak dapat dijual.

 Seorang pakar undang-undang, Verapat Pariyawong berkata, Yingluck boleh dipecat jika didapati bersalahdalam kes tersebut. - DPA(Utusan on line-Luar Negara).Posted by abnmulya .blogspot.com at 10.37 asm on February19,2014

'Mahu kawal bajet kaum India'

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.Menteri Berlia dan Sukan.

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Pengerusi Barisan Bertindak Hak- Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy dibidas berikutan tindakannya menuding jari kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya gagal melakukan perubahan terhadap masyarakat India di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Waythamoorthy sebaliknya perlu menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal bekerja sebagai satu pasukan dan tidak efektif dalam membawa perjuangannya ketika diberi peluang menganggotai Kabinet.

Khairy mendedahkan, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertindak menuntut kesemua bajet kerajaan melibatkan masyarakat India untuk diletakkan di bawah kawalannya.

"Waythamoorthy ingin mengawal semua transaksi kewangan dan membelakangi kementerian-kementerian dan agensi kerajaan. Kerajaan tidak beroperasi sebegini. Apabila beliau tidak mendapat perkara tersebut, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," katanya dalam akaun Twitternya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Waythamoorthy hari ini yang mengambil jalan mudah menyalahkan kerajaan terhadap kemunduran masyarakat India di negara ini.

Meskipun pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini disifatkan pelbagai pihak sebagai sia-sia, Waythamoorthy tetap berusaha menegakkan benang basah apabila mendesak Perdana Menteri pula meletakkan jawatan.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan, semua perkara yang dikemukakan Waythamoorthy kepada Perdana Menteri selama ini telah diselesaikan termasuk isu perumahan masyarakat India.

Beliau menambah, walaupun tanpa Waythamoorthy, kerajaan tetap komited dalam memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu-isu kaum tersebut termasuk pendidikan dan kemiskinan.

"Saya tahu Waythamoorthy tidak mahu perkara ini didedahkan tetapi apabila dia menyalahkan Perdana Menteri secara tidak adil, saya tiada pilihan. Ini adalah tanggungjawab bersama Kabinet," katanya.

Dalam sidang akhbar di sini, Waythamoorthy terus memainkan sentimen kononnya Najib enggan bekerjasama dengannya dalam usaha meningkatkan kebajikan kaum India, namun pada masa sama mengakui Perdana Menteri memberi peluang kepadanya mengutarakan cadangan sejak lapan bulan lalu melalui lebih 16 siri pertemuan.

Apa yang menimbulkan tanda tanya, Waythamoorthy seolah-olah 'baling batu sembunyi tangan' apabila menegah pemberita daripada bertanya sebarang soalan menyebabkan sidang akhbar itu menjadi berat sebelah dan 'syok sendiri'.

Tindakan yang tidak demokratik itu memaksa beberapa pemberita mendapatkan beliau selepas sidang akhbar tersebut namun kecewa apabila Waythamoorthy tetap enggan menjawab sebarang soalan.(Utusan online-politik).Posted  by abnmulya.blogspot.com.at 10.17 asm on February 19,2014.

Jangan pandang rendah MCA-Kok Chung

KOTA BHARU 18 Feb. - Pelbagai pihak terutama pembangkang diingatkan supaya tidak memandang rendah keupayaan MCA untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil akan datang.

Naib Presiden parti itu, Datuk Hou Kok Chung berkata, walaupun belum diumumkan secara rasmi, beliau yakin calon daripada MCA bakal dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) memandangkan DUN Kajang sebelum ini memang diperuntukkan kepada pihaknya.

"Jangan pandang rendah kekuatan MCA kerana kami tidak pernah berputus asa. Malah sebelum ini, apa sahaja keputusan pilihan raya, kami terus bekerja untuk rakyat kerana semangat ini sentiasa ada dalam diri setiap ahli parti.

"Untuk PRK DUN Kajang, kami akan menggerakkan semua jentera parti di seluruh negara dan cuba berjuang berhabis-habisan. kami serius dalam hal ini," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Badan Perhubungan MCA Kelantan Bersama Media, semalam.

Difahamkan, dua nama yang disenarai pendek oleh MCA untuk dipertimbangkan sebagai calon BN ialah Naib Presiden parti itu, Datuk Chew Mei Fun dan Ketua Pergerakan Pemuda, Chong Sin Woon selain nama Timbalan Presiden, Datuk Dr. Wee Ka Siong juga disebut-sebut.

Ditanya pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa BN mempunyai peluang 50-50 dalam PRK DUN Kajang, Kok Chung yang juga Pengerusi Perhubungan MCA negeri berkata, MCA sememangnya mempunyai peluang.

Katanya, situasi sekarang sudah banyak berubah, malah tinjauan pihaknya mendapati ramai pengundi di Kajang merasakan PRK tidak sepatutnya berlaku memandangkan isu utama, iaitu konflik dalaman yang dikatakan mahu memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor agak aneh.

"Sekarang calon belum diumumkan, namun buat masa ini, perkara paling penting adalah memenangi hati rakyat. "Kita pernah kalah, namun kekuatan kita masih kukuh dan kini, kita ada barisan pemimpin baharu yang secara tidak langsung memberi lebih keyakinan kepada rakyat Kajang khasnya pengundi Cina," katanya.( Utusan online-politik).Posted  by abnmulya.blogspot.com at 10.06 am an February 19,2014.

Anwar dibidas sentuh isu kalimah Allah di gereja

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengecam sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyentuh isu kalimah Allah ketika berceramah di sebuah gereja di Kajang kelmarin.

Sambil merujuk kepada pandangan ulama, Datuk Dr. Siddiq Fadhil dan tulisan pemikir Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) seperti Syed Ali Tawfik al-Attas sejak 2008 mengenai isu kalimah Alllah, beliau menyifatkan Anwar sebagai cukup terdesak untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Kata beliau, kalangan cendekiawan dan ahli fikir dihormati dalam negara ini sudah hampir sepakat bahawa isu kalimah Allah adalah satu perkara yang tidak wajar dipermainkan oleh mana-mana pihak.

''Tidak molek hanya atas niat untuk mendapatkan undi, Anwar seakan-akan 'menjual' pendirian peribadi berbanding keperluan merujuk kepada pandangan ulama dan cendekiawan Malaysia yang lebih faham dengan konteks sebenar permasalahan kalimah Allah ini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, tindakan menggunakan pentas gereja untuk mendapatkan populariti politik adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab dan memalukan.

Kata beliau, Anwar sepatutnya lebih bijaksana dalam menilai keperluan untuk menyantuni pendirian dalam kalangan cendekiawan Malaysia yang tegap dan tegas dalam isu kalimah Allah.

''Saya sama sekali tidak melihat Anwar sebagai 'hero' dalam isu kalimah Allah, malahan dia sudah memberikan pengesahan bahawa di atas nama politik, apa sahaja boleh disandar dan dipermainkan. 

''Tindakan melakukan lawak jenaka murahan di dalam isu sebesar kalimah Allah adalah satu perbuatan yang culas dan tidak boleh dimaafkan,'' tegas beliau.(Utrusan online-politik).Posted by abnmulya.blogspot.com.at 10.00 am on February 19,2014.

Tony Pua serlah kejahilan

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my

Kalau tidak melibatkan dirinya, janganlah bising sebab semua ini adalah dari sudut agama Islam Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Majlis Fatwa Kebangsaan membidas tindakan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang mempertikaikan keputusan majlis itu melarang umat Islam menyambut Hari Kekasih. 

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin turut menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu supaya tidak menyerlahkan kejahilannya dalam isu berkaitan agama Islam.

Katanya, fatwa berkaitan Hari Kekasih adalah berdasarkan sudut Islam yang hanya terpakai kepada umat Islam sahaja justeru, tindakan Tony itu dilihat seolah-olah cuba memperlekeh fatwa berkenaan.

"Tindakan ini tidak kena dan dia (Tony) tidak memikirkan sensitiviti umat Islam. Ini adalah negara majmuk dan dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak tahu kesan terhadapnya kelak.

"Kalau tidak melibatkan dirinya, janganlah bising sebab semua ini adalah dari sudut agama Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tony melalui laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini memuat naik satu kenyataan ketika berada di London bersama isterinya.

Kenyataan itu didakwa menyentuh larangan pihak berkuasa agama Islam di negara ini yang mengisytiharkan sambutan Hari Kekasih sebagai haram.

 Mengulas lanjut, Abdul Shukor menegaskan, sebagai pemimpin bertaraf wakil rakyat, Tony sepatutnya mempunyai kesedaran sivik, saling menghormati dan bertanggungjawab terhadap segala kenyataannya. 

"Saya fikir semua rakyat terutama yang berada di bandar mengetahui berhubung sensitiviti ini. Saya percaya umat Islam tidak akan sampai ke tahap itu untuk membuat provokasi agama," tegasnya.(Utrusan online-politik).Posted by abnmulya.blogspot.com at 9.51 am on Fewbrury 19,2014.

Kes Nurul Izzah tuntut cerai masih on.....akan disebut semula di mahkamah 11 Mac

Dari Agenda Daily
Oleh Wartawan Agenda Daily 
Se\lasa,Mac 18,2014.11.30 am.

Kes permohonan membubarkan perkahwinan (fakash) yang dibuat oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur 11 Mac ini.

Hakim Syariah Ab Malek Awang membuat keputusan tersebut selepas mendengar permohonan peguam kedua-dua pihak di dalam kamar.

Menurut Peguam Nurul Izzah, Normawaddah Ramli, prosiding penceraian masih diteruskan di bawah Seksyen 47 Akta 1984 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan). Tetapi kedua-dua pihak sedang membincangkan penyelesaian terbaik.

BACA JUGA Rekod mahkamah Nurul Izzah fail fasakh, tapi dia nafi...

Difahanmkan dalam bahasa mudahnya, permohonan Nurul Izzah untuk membatalkan perkahwinan itu masih diteruskan, cuma kedua-dua pihak sedang merundingkan terma-terma penyelesaian.

Suami Nurul Izzah, Raja Ahmad Shahrir (GAMBAR) hadir di mahkamah pagi ini namun Ahli Parlimen lembah Pantai itu tidak kelihatan.

Kes tersebut pertama kali di dengar di mahkamah rendah syariah ini pada 22 Januari lalu. Kini selepas tiga minggu, nampak gayanya, masih belum selesai lagi berunding.

Permohonan membubarkan perkahwinan (fasakh) di dalam Islam bermaksud si isteri minta cerai selepas suami enggan menjatuhkan talak.

Ketika sebutan pertama kes itu Raja Shahrir telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003. Upacara perkahwinan mereka diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun.-18/2/2014(Dari Agenda  Daily (Posted by abnmulya  /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1636 hrs on February 18,2014.

Friday, February 14, 2014

Apakah DAP akan menyebelahi PAS berbanding dengan Anwar dalam isu Menteri Besar Selangor?


Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
February 15,2014 at 7.06 pm.

Sebaik sahaja secara rasmi penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri  (DUN) Kajang,dari parti (PKR) En. Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 hb.January 2014 dan umum difahamkan bahawa motif tindakan yang diambil oleh Lee itu dilihat semacam memberi laluan kepada big boss-nya iaitu penasihat parti PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di DUN tersebut. Anwar dan  PKR mesti punya motif tertentu berbuat begitu.
Mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan
 Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar  Ibrahim,
bakal Menteri Besar Selangor, selepas PRK Kajanag
pada Mac 23,2014?

Maka para pemimpin PAS Selangor yang menjadi kerabat di dalam komponan parti-parti "Pakatan Rakyat"di lihat terkejut beruk dan paling cepat melenting dan latah dengan senario politik yang baru ujud  di DUN Kajang itu.

Justeru  lantas mereka membuat komen-komen yang melampau,bernada semacam menghina Anwar Ibrahim yang mana segala komen-komen itu dilihat boleh mengguriskan dan melukakan hati nurani Anwar Ibrahim khasnya dan sekaligus kepada seluruh anggota PKR di seluruh Malaysia.

Akibat dari komen-komenm yang bersifat negatif yang telah dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim oleh tokoh-tokoh politik dari kerabat Pakatan Rakyat itu sendiri?

Suka atau tidak suka? Sudah tentu boleh membawa padah kepada keutuhan gabungan (PR) itu sendiri bukan sahaja di Selangor,malah di seluruh nunsantara Malaysia umumnya.

PAS tanpa berdiplomasi dilihat semacam begitu berkeberatan untuk menerima Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Menteri Kewangan Malaysia itu menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Datuk Seri Khalid Ibrahim.

Krisis yang terjadi di Selangor itu adalah akibat ujudnya krisis politik dalaman PKR itu sendiri bertitik tolak oleh kemelut politik yang berterusan antara regim Azmin Ali terhadap regim Khalid Ibrahim.

Akibatnya dari  kemelut yang berterusan itu?Tidak mustahil  ia boleh menghancurkan Parti Keadilan Rakyat itu sendiri di Selangor khasnya dan gabungan Pakatan Rakyat itu sendiri amnya.

Negeri Selangor,merupakan satu-satunya negeri yang terkaya raya di Malaysia yang telah dibangunkan oleh kerajaan Umno-BN berpuloh-puloh tahun lamanya dengan memakan ongkos wang ringgit berbillion banyaknya,tetapi akhirnya Umno-BN kalah ditangan parti pembangkang pada PRU-12 dan PRU ke -13.

Kekalahan yang telah menimpa Umno-BN di Selangor itu,boleh dikatakan adalah disebabakan kelemahan oleh Umno-BN itu sendiri. Merobohkan kota pertahanan Umno-BN dilanggar roboh oleh parti-parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim yang berjaya mengajar DAP memujuk pengundi Cina menyokong parti-parti yang berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat .

Akhirnya secara mendadak pengundi kaum Cina menolak Parti MCA dan beralih kiblat mereka menyokog DAP dan parti lain yang berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat bermula pada PRU ke-12 yang telah diadakan pada 8 Mac 2008.

Demi untuk membangunkan Selangor terlalu cepat. Umno-BN secara rakus langsung tidak menjaga kekebalan (geo-politik) bangsa Melayu di Selangor. Membangun Selangor secara terus menerus dari satu Menteri Besar ke Menteri Besar yang bertukar ganti, hinggalah ke tangan Dr.Khair Toyo tanpa memberi tumpuan (geo-politik) bangsanya sendiri.

Penduduk-penduduk setinggan yang kebanyakannya bangsa Melayu yang berselerak di sekitar Selangor yang  menjadi penyokong kuat pada Umno-BN tanpa belas kasihan, rumah-rumah mereka telah ranapdirobohkan oleh kerajaan Umno-BN di bawah kuasa Khir Toyo kononnya atas alasan untuk menjadikan (setinggan sifar)di Selangor.

Banyak kawasan taman-taman perumahan baru dibuka di Selangor dengan (QOTA) pembelian diberi kepada kaum lain hingga 70%. Sementara kaum Melayu hanya diberi qota membeli hanya 30% hingga menenggelamkan bilangan pengundi Melayu di kawasan Taman-taman baru itu di dalam negeri Selangor bila tiba piliha raya setiap 5 tahun.

Ujung-ujungnya  Umno-BN tewas teruk pada PRU ke-12 pada tahun 2008 dan kalah teruk sekali lagi di Selangor pada PRU-ke 13 pada 05hb.Mei 2013. Kekalahan-kekalahan itu adalah berakibat kesalahan sendiri oleh para pemimpiun Umno-BN di Selangor.

Disebabakan terlalu cepat dan mabuk sangat untuk membangun di Selangor? Akhirnya Umno-BN hilang kuasa politik di Selangor.Pak kaduk menang sabung ayam tetapi kampung tergadai.

Pakatan Rakyat berkuasa di Selangor bermula pada tahun 2008 pada PRU ke-12 dan mengulangi sekali lagi kemenangan  mereka pada PRU ke-13,pada 05 hb Mei 2013.  Kini berazam kuat kalau boleh untuk terus berkuasa di Selangor buat selama-lamanya.

Untuk itu, jika krisis antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali dilihat masih berterusan? Anwar Ibrahim selaku seoarang ahli politik yang berwibawa cepat dapat merasakan bahawa parti gabungan Pakatan Rakyat pasti tidak mampu hidup lama dan kekal berkuasa di Selangor jika phenomena itu terus dibiarkan.

Menyedari hakikat ini.Maka Anwar Ibrahim cepat mengorak langkah politik baru untuk jadi calon PKR di dalam PRK Kajang dan kemudiannya jika beliau menang beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor, menggantikan Khalid Ibrahim demi untuk menstabilkan semula kekuatan politik PR di Selangor.

Anwar sedar Khalid Ibrahim memang kurang dihormati oleh sebahagian besar ADUN-ADUN dari PKR di Selangor berbanding dengan Anwar. Dengan kata lain?Jika Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar  baharu di Selangor? Keadaan politik (PR) di Selangor akan jadi mantap semula.

Bukan setakat Azmin Ali sahaja tentu tidak berani membuat komen-komen yang celupah dengan cara sewenang-wenangnya.Hatta tokoh-tokoh politik dari parti-parti gabungan Pakatan Rakyat di Selangor itu sendiri pun menjadi segan dan silu( malu bahasa) ketika berhadapan dengan Anwar Ibrahim  tokoh politik tersohor di Malaysia.

Apakah motif sebenarnya ada di antara beberapa orang pemimpin PAS di Selangor dan pemimpin PAS pusat dilihat begitu tega menolak Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor tidak difahami?

Hanya Allah swt.Yang Maha Mengetahui dan para pemimpin-pemimpin PAS di perengkat pusat dan di perengkat negeri Selangor yang dapat menghuraikan apa yang sebenmarnya yang tersirat di hati nurani mereka di sebalik bantahan-bantahan itu?

Di antara tokoh-tokoh PAS Selangor yang paling gopoh,celupar dan paling tangkas membuat komen ialah, tokoh-tokoh besar PAS Selangor.

Mereka telah menegaskan melalui mass media arus perdana bahawa PAS Selangor, belum menetapkan sebarang persetujuan berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu meletakan Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sekiranya penasihat Parti Keadilan Rakyat itu menjadi Menteri Besar Selangor.
Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim

Pendirian itu telah dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Selangor dan juga Setiusaha PAS Selangor dan kemudiannya diikuti pula oleh Yang Dipertua PAS Kuala Langat,Dr.Ahmad Yunus Hairi.

Menurut Dr.Ahmad Yunus,dalam konteks berhubung dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Anwar itu?

PAS negeri Selangor akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan parti di perengkat pusat mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim itu.

"Setakat ini,PAS hanya memberikan tumpun terhadap urusan kempen dalam pilihan raya kecil Dewan Negeri  (DUN) Kajang.

Bagi soal jawatan Menteri Besar,kita akan bincangkan di perengkat PAS pusat nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini dan komen-komennya itu telah pun di siarkan oleh Utusan Malaysia on line pada 12/02/2014 pada ruangan politik portal itu,

Sebelum itu,Ketua Dewan Pemuda PAS,Suhaizan Kait, juga secara terbuka menolak Anwar sebagai Menteri Besar Selangor dan menyifatkan polemik DUN Kajang itu tidak perlu mengheret pakatan pembangkang bagi membincangkan jawatan Menteri Besar Selangor.

MB SELANGOR BUKAN MILIK EKSKLUISIF (PKR)

DALAM konteks berhubung dengan isu Anwar Ibrahim akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas PRK Kajang yang akan berlangsung pada Mac 23,2014? Jika kita membuat analisa politik di antara sikap DAP dan sikap yang ditunjukkan oleh PAS?

Maka sudah terang lagi disuloh! Hanya Parti PAS dilihat seolah-olah memberi isyarat bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh sewenang-wenangnya menggantikan Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor,jika Anwar Ibrahim menang sebagai (ADUN) Kajang dalam PRK yang akan berlangsung pada bulan Mac 23, 2014 yang akan datang ini.
DatukTuan Ibrahim Tun Man

Ini terbukti apabila di hari ini iaitu, pada tanggal 15/02/2014( hari Sabtu) Utusan Malaysia online-di ruangan politik portal blog tersebut telah menyiarkan kenyataan politik yang terbaru (terkini) yang telah dibuat oleh tokoh besar PAS Naib Presiden PAS,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan sebagai berkata, sebarang rancangan pemilihan atau pertukaran bagi jawatan Menteri Besar Selangor hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan semua parti didalam pakatan pembangkang.

Oleh itu beliau menegaskan jawatan itu bukan hak eksklusif atau menjadi milik automatik mana-mana parti sebaliknya ditentukan menerusi kesepakatan.

"Soal Menteri Besar perlu kepada maufakat,bukan hak eksklusif," katanya kepada pemberita selepas meyampaikan kuliah mingguan di hadapan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri, di  Kota, Bharu, Kelantan pada 14/02/2014.

Pandangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu bolehlah ditafsirkan sebagai memberi amaran kerpada Anwar Ibrahim dan PKR .

Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Naib Presiden PAS memang boleh dan bebas memberi pandangannya baik yang bersifat amaran atau apa-apa pun atas nama pribadi beliau sendiri atau pun atas nama parti atau atas arahan pemimpin PAS yang lebih tinggi jawatan dari beliau.

Kepada Tuan Ibrahim ingin penulis memmajukan pertanyaan sejauh ini, pernahkah Tuan Ibrahim membaca kenyataan Anwar Ibrahim yang ada mengatakan bahwa isu Menteri Besar Selangor hak eksklusif PKR dan tidak perlu dirundingkan? Sejauh yang penulis tahu Anwar tidak pernah berbuat begitu?

Jadi, kenapa tanpa sebab-sebab yang munasabah? Tuan Ibrahim dan para pemimpin PAS Selangor secara gila-gilaan mengorbitkan isu Menteri Besar itu dengan  riuh rendah dan secara terbuka pula sedangkan  hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang itu masih jauh lagi?

Hari penamaan calon di PRK  Kajang telah ditetapkan oleh SPR hanya pada tanggal 11 hb.Mac,2014. Sangat lama lagi.

Kenapa PAS dilihat begitu takut dengan bayang-bayang sendiri? Selaku Naib Presiden PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man,harus lebih matang lagi berpolitik dari anak-anak buahnya yang baru  belajar berpolitik terutamanya di Selangor yang semacam takut hilang kuasa jika Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar yang baharu di Selangor.

Mereka amat sedar bahawa Anwar Ibrahim tidak boleh ditepuk-tepuk bahu seperti mereka lakukan pada Khalid Ibrahim.

Seelok-eloknya,Tuan Ibrahim Tuan Man janganlah turut sama beremosi dengan budak-budak PAS yang masih hingusan di dalam arena politik di Selangor.

Janganlah  rendahkan mertabat Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku Naib Presiden PAS pusat. Kerusi Naib Presiden yang anda sandang itu merupakan mertabat yang tinggi di segi politik.Jangan direndah-rendah mertabat itu oleh tangan anda sendiri.

ISU PERUBAHAN (MENTERI BESAR) SELANGOR? HUJAH-HUJAH TOKOH POLITIK PAS  JADI BAHAN KETAWA RAKYAT.

Penulis dah lama dah telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat tidak mempunyai keyakinan lagi pada kewibawaan para pemimpin PKR dan sekaligus kepada para pemimpin (Pakatan Rakyat) yang menurut penulis hanya pandai berjanji pada rakyat tetapi tidak serupa bikin.

Berjuang dalam politik untuk tombolok sendiri.Rakyat dijadikan boneka untuk mencapai tujuan mereka mendapat kuasa politiknya.

Sejak ujud krisis politik di Selangor antara Menteri Besar Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali, hinggakan tersiar pula berita bahawa ADUN Kajanag.En.Lee Chin Cheh dari PKR secara tiba-tiba sahaja telah mengumumkan meletakkan jawatan sebagai ADUN dari PKR.

Maka panorama ini memang memeranjatkan banyak orang dan sekaligus telah berjaya menarik perhatian pemerhati dan penganalisa-penganalisa politik tanah air.

Kemudiannya, heboh pula dengan berita-berita bahawa Anwar Ibrahim akan bertanding sebagai calon PKR di situ dan jika beliau menang? Maka nama beliau disebut-sebut akan jadi Menteri Besar Selangor yang baharu bakal menggantikan Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak digemari oleh regim Azmin Ali.

Dalam isu siapakah yang akan bertanding di DUN Kajang dan siapakah yang akan jadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim akibat kekosongan di DUN Kajaang itu.

Ia dengan cepat telah menjadi polemik di dada akhbar dan juga di portal blog-blog tempatan secara meluas sekali oleh penganalisa-penganalisa politik tanah air dan juga di kalangan parti-parti politik yang menjadi kerabat di dalam gabungan Pakatan Rakyat itu sendiri.?

PENULIS RASA TERPANGGIL..

Penulis sebenarnya dah lama dah menetukan sikap "Aku tidak kisah"atau"Adakah aku kisah" terhadap senario politik yang telah berlaku di tanah air. Sikap yang penulis ambil ini ia disebabkan sudah begitu meluat melihat permainan sandiwara politik mainan tokoh-tokoh politik Malaysia yang umumnya banyak yang hypokrit dan munafikun.

Mereka ini,rata-rata,dilihat sering  memperbodohkan rakayt dengan isu yang sengaja diada-adakan untuk kepentingan politik mereka yang rakus dan gelojoh untuk berkuasa. Mereka  hanya pandai berjanji,tetapi tidak serupa bikin.

Tetapi sebaik sahaja setelah melihat sikap yang ditunjukkan oleh setengah-tengah pemimpin PAS di Selangor secara melampau dan secara terbuka menghentam Anwar Ibrahim akibat Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk bertanding di DUN Kajang dan berkemungkinan akan mengambil alih jawatan (MB) Selangor dari Khalid Ibrahim.

Komen-komen dari pemimpin-pemimpin PAS di Selangor,pada hemat penulis dilihat mengandungi nada semacam menghina Anwar Ibrahim sekaligus tidak merestui Anwar jadi Menteri Besar Selangor.

Masakan sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Menteri Kewangan Malaysia, dilihat oleh PAS tidak layak jadi Menteri Besar Selangor?Anih bin  Ajaib. Sungguh anih...kenapa PAS begitu takut pada Anwar Ibrahim?

Untuk itu,penulis rasa terpanggil menegur sikap PAS menerusi tulisan ini,sekaligus menentanag sekuat-kuatnya untuk menegur sikap melampau yang telah diorbitkan oleh setengah tokoh-tokoh PAS yang penulis lihat semacam tidak begitu Arif tentang amalan demokrasi di Malaysia.Harus di beri kuliah rengkas.

Mereka  ini dilihat semacam tidak menyedari bahawa komen-komen yang mereka hadapkan terhadap Anwar Ibrahim (Ketua Umum) PR berunsur nada menghina dan sudah tentu akan melukai hati nurani Anwar Ibrahim dan para pengikutnya.

PAS sejak dulu-dulu hingga kini, secara  terbuka dilihat di padang orang dia hendak berkubang bebas tetapi di padanganya sendiri mereka dilihat bertenjet-tenjet agar rumput rampai  yang tumbuh subur di padangnya itu tidak mati dipijak.

Sikap ini dilihat telah melampau batas sekaligus telah melanggar roboh etika gabungan "Pakatan Rakyat"itu sendiri.

ISU (PRK) KAJANG JADI PANAS

Walau pun tanpa angin tanpa ribut.Tidak semena-mena,baru sahaja jadi ADUN Kajang belum sampai 10 bulan usianya,maka ADUN Kajang,En.Lee Chin Cheh dari PKR mengambil keputusan mendadak letak jawatan untuk memberi laluan pada Anwar Ibrahim bertanding di situ .

Tidakan En.Lee itu dilihat memang tidak normal... tetapi beliau tidak melanggar sebarang undang-undang Malaysia.Di dalam politik panorama semacam itu sebenarnya tidak menghairankan.Itulah politik. Fungsinya boleh sentiasa berubah-ubah mengikut isu dan keadaan semasa. Orang yang bijaksana semacam Anwar Ibrahim sahaja yang mampu melakukannya.

Ekoran dari itu,maka nama Anwar Ibrahim disebut-sebut akan jadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim yang ternyata tidak habis-habisan terus berkrisis dengan Azmin Ali.

Akibat dari panorama itu? Tokoh-tokoh dari parti PAS terutamanya di Selangor,yang tidak dapat menagkap silat pencak politik mainan Anwar Ibrahim,dilihat cepat menjadi panik.

Baik dari golongan yang memegang jawatan yang layak dipanggil sebagai tokoh-tokoh besar PAS dan juga tokoh muda sekecil nyamuk,di Selangor,dilihat cepat jadi riuh rendah,berkokok-kokok,melenting tak tentu pasal berhubung dengan keputusan ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR)Kajang letak jawatannya.

Bila sudah letak jawatan secara rasmi? Akibatnya sudah tentu satu Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang akan diadakan dimana Anwar Ibrahim,Ketua Permbangkang (PR) di sebut-sebut akan jadi calon PKR di DUN tersebut.

TIAP-TIAP PARTI GABUNGAN ADA KAWASAN (DUN)DAN (MP) SENDIRI...

Mereka dari PAS sebenarnya dah tahu  lama dah... bahawa DUN Kajang itu,merupakan kawasan PKR pada PRU ke-13 dulu.Ini bererti segala sesuatu yang berlaku di DUN Kajang itu sendiri? Ia merupakan urusan rumah tangga PKR.

Orang lain tak perlu sibuk-sibuk nak campur semangkuk kerana orang luar tidak punya hak turut campur walaupun parti-parti itu adalah di antara kerabat gabungan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Pun begitu?Tokoh-tokoh PAS yang kurang arif dan jahil tentang  politik yang melibatkan hak-hak orang lain? Dilihat begitu tega buat komen kenapa calon di DUN Kajang yang ditentukan oleh PKR tanpa berunding terlebih dahulu dengan PAS?

Ini merupakan soalan yang jahil politik dan kurang arif tentang hak masing-masing dalam (PR).Apakah lojik soal dalam kain PKR dan urusan rumah tangga PKR harus diberi tahu dan diajak PAS/DAP berunding?

Jawabnya tidak perlu kerana isu politik yang timbul di Kajang itu? Ianya merupakan isu rumah tangga Parti Keadilan Rakyat (PKR). Orang luar tak perlu campur tangan.Lihatlah sahaja dari luar dengan penuh hemah.

Dalam isu ini PAS dilihat kurang arif membuat tafsiran berhubung dengan batas-batas hak setiap parti yang bergabung di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri.

Batu sermpadan ini harus dikenali oleh tokoh-tokoh PAS terutama kepada tokoh-tokoh muda PAS di Selangor yang baru belajar berpolitik,agar komen-komen mereka yang kurang bijak itu tidak jadi bahan ketawa rakyat dan ianya boleh dilihat semacam menghina Anwar Ibrahim dan sekaligus pasti melukai hati nurani Anwar Ibrahim serlaku seorang ahli politik tanah air yang tersohor.

ISU MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU?

Semua orang yang menjadi rakyat Malaysia dah lama tahu ....sejak parti pembangkang menang PRU ke-12,pada tahun 2008 dulu,maka kemudiannya parti PKR/DAP/PAS telah menubuhkan satu pakatan longgar apa yang dinamakan (Pakatan Rakyat).

Walaupun tiga parti ini, berada di dalam satu pakatan,namun hakikat yang perlu difahami oleh kerabat-kerabatnya ialah, bukan semnua isu harus dimaufakatkan terutama dalam isu rumah tangga parti masing-masing. Masih ada batas-batas yang memagarnya agar orang lain tidak boleh ikut campur.

Dalam isu perubahan Menteri Besar Selangor ini? Jika mengikut sistem demokrasi? Parti-parti yang mempunya suara majoriti berhak punya kuasa politik di Selangor.

Lim Kit Siang dari DAP
Pada PRU ke-13 dulu.PKR menang 14 kerusi.DAP menang 15 kerusi.PAS menang 15 kerusi.Jumlah kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat ialah 44 kerusi di dalam Dewan Undanga Negeri Selangor.Sementara Umno-BN menang 12 kerusi DUN.

Demi untuk menunjukan semangat perpadua di dalam parti-parti Pakatan Rakyat? Maka Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim telah dipersetujui sekali lagi diangkat sebagai Menteri Besar selepas PRU ke-13 walaupun PKR hanya menanag 14 kerusi DUN Selangor.

Tolak ansur ini telah berlaku di Perak sebaik sahaja selesai PRU ke-12 (tahun 2008)di mana wakil rakyat PAS lebih kecil bilangannya dari PKR di DUN Perak,tetapi ADUN PAS Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaluddin telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Tolak ansur yang telah dilakukan oleh PKR itu semata-mata memandangkan kewibawaan calon PAS (Mohammad Nizar) itu lebih layak dari calon PKR dari segei kelulusan akademiknya.PAS dah lupakah...? Janganlah mudah sangat lupa ustaz....masih muda-remaja dah jadi nyanyuk ke?

Begitu juga telah berlaku di dalam Parlimen Malaysia, di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah di lantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia,sedangkan kerusi parlimen parti DAP lebih banyak dari parti PKR.

Hal ini dilakukan? Semata-mata bertitik tolak bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim,bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu terbukti dilihat selaku tokoh politik antarabangsa( international politician),lebih berwibawa berbanding Lim Kit Siang dari DAP itu sendiri.

Semuanya boleh diatur dan boleh diselesaikan dengan ukuran kaca mata politik yang lebih luas demi perpaduan dan kelangsungan Pakatan Rakyat itu sendiri di arena politik Malaysia.Tidak dinilai dari kaca mata ukuran seperti golongan "katak di bawah tempurung"

TIADA ADA CACAT CELANYA..... JIKA ANWAR IBRAHIM JADI MENTERI BESAR SELANGOR? 

Setelah selesai Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kajang pada tanggal, Mac 23, 2014 nanti? Jika Anwar Ibrahim berjaya  memenangi kerusi PRK Kajang itu?

Maka jika DAP dan PAS bersetuju Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor? Maka jadilah Anwar Ibrahim diangkat jadi Menteri Besar yang baru di Selangor.

Jika PAS tidak setuju? Tetapi DAP yang ada 15 kerusi DUN di Selangor dan berpakat dengan PKR yang ada kerusi DUN sebanyak 14 kerusi itu?

Maka kerusi PKR 14 itu di campur dengan kerusi DAP 15 kerusi.Maka jadilah semua kerusi antara PKR dan DAP 29 kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Maka berjayalah juga Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor yang baru..Jika PAS mahu keluar dari Pakatan Rakyat pun tidak jadi masalah ( no problem)?

Maka dengan kerusi sebanyak 29 kerusi yang merupakan simple majoriti di DUN di Selangor itu? Maka PKR dan DAP boleh memerintah Selangor tanpa PAS hingga tahun 2018 nanti...

PAS akan menggigit jari, jika terlalu banyak karenah dan tidak pandai hormat pada orang lain? Ketika membuat komen politik ikut sedap mulut sahaja..bersikap semacam.buta diplomasi di dalam berpolitik dan dilihat semacam tidak tahu mengenang budi orang lain.

Apakah PAS mahukan keadaan itu ujud di Selangor jika terus-terusan menentang Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor? Para pemimpin PAS yang luas pandangan? Penulis yakin tentu tidak mahukan senario itu ujud?.

Jika ditinjau dari segi  popular dan kewibawaan pula? Anwar Ibrahim adalah merupakah tokoh politik antarabangsa ( International politician),bukan tokoh politik kampungan. Anwar Ibrahim memang layak jadi Menteri Besar Selangor.Kelayakannya tidak boleh dipertikaikan.

Beliau adalah mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Menteri Kewangan Malaysia.Punya banyak pengalaman dari segi mentadbir negara dan punya  banyak pengalaman tentang tendang terajang politik tanah air.

Golongan yang baru hendak belajar berpolitik di Selangor, segeralah sedar. ...tak usah mimpi cuba-cuba nak tunjuk pandai dan cuba-cuba hendak mengatasi Anwar Ibrahim.Anda baru hendak melangkah...tapi Anwar Ibrahim dah samapa ke  distinasinya.

Apakah PAS dah lupa? Dengan adanya kebijaksanaan Anwar Ibrahim lah parti DAP sanggup menerima PAS sebagai kerabat Pakatan Rakyat.PAS dapat merasa berkuasa di Kedah pada Pru ke-12(tahun 2008 hingga 2013).

Kemudiannya kalah pada PRU ke-13.Kenapa kalah? Ia bertitik tolak tak cekap memerintah di Kedah... ujung-ujungnya dirampas semula oleh Umno-BN pada PRU-13 ( 5 hb.Mei 2013).

Kini PAS masih berkongsi kuasa politik di Selangor dan telah banyak juak-juak di kalangan  ustaz-ustaz PAS dah dapat merasa nikmat ekonomi Selangor, sebaik sahaja Pakatan Rakyat berkuasa di Selangor sejak tahun 2008 hingga kini 2014.Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan oleh Allah swt itu.Tak usah tamak dan haloba...

Justeru itu DAP sudah tentu akan memihak Anwar Ibrahim dalam soal perlasntikan Menteri Besar Selangor yang baru demi memikirkan masa depan politik DAP itu sendiri berbanding denagn tokoh-tokoh politik PAS yang ada di dalam DUN Selangor.

Tindakan menolak Anwar Ibrahim dengan kata-kata yang melampau boleh mengguriskan hati nurani Anwar Ibrahim itu sendiri.

Sekaligus adalah silap,tindakan itu boleh dikira sebagai tindakan kebudak-budakan dan merupakan kesilapan besar yang telah dilakukan oleh setengah-tengah pemimpin PAS. Sedangkan hari penamaan calon di (PRK) Kajang belum pun berlangsung.

Tetapi kata nista terhadap Anwatr Ibrahim telah dihamburkan dan ianya tidak boleh ditarik balik.Dah jadi hak angin lalu membawanya ke mana -mana sesuka hati sang angin.

Tetapi secara terbuka dan secara melampau Anwar Ibrahim telah dihentam dari berbagai-bagai sudut. Apakah ini adil dan apakah ini setiakawan namanya? Harus diakui tanpa Anwar Ibrahim ? Gabungan Pakatan Rakyat akan hancur dan akan mati secara perlahan-lahan.Percayalah....saya bernani bertaruh....

Anwar Ibrahim ini bukan calang-calang tokoh politik Malaysia. Anwar Ibrahim mampu menukarkan bau yang busuk hapak kepada harum semerbak...tokoh-tokoh muda PAS yang baru belajar politik janganlah angkoh dan sombong bongkak?

Dr.Mahathir pun pernsh betrkata ."Anwar Ibrahim itu...dengan syaitan pun dia mamapu mempengaruhinya,"

Siapakah ente tokoh-tokoh baru di Selangor tu? Tak ada orang pun yang kenal pada ente! Terjunlah enteh dengan labu-labu enteh itu....ujung-ujung akan menggigit jari dah...(Posted by abnmulya.blogspot.com.at 1906 hrs on February 15,2014.