Wednesday, April 30, 2014

Lawatan tiga hari Obama luar biasa-Tun Mahathir

Tun Dr.Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR 30 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang berakhir Isnin, sebagai satu lawatan yang luar biasa.

Katanya, tindakan Obama meluangkan masa melawat Masjid Negara dan Makam Pahlawan dalam lawatannya telah menggambarkan Obama begitu diplomatik dan pandai mengambil hati.

``Dia (Obama) sangat diplomatik dan pandai ambil hati orang. Sebab itu dia menang (sebagai Presiden AS),'' kata Dr. Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan buku `A UN Chronicle' tulisan diplomat terkemuka Tan Sri Razali Ismail bersama Sharifah Shifa al-Attas di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini hari ini.

Dr. Mahathir menambah, selepas Presiden Lyndon B.Johnson melawat Malaysia hampir 50 tahun lalu tidak ada presiden AS yang melawat negara ini.

``Tetapi Obama pilih untuk buat lawatan. Lawatan ini dapat dedahkan kepada Obama tentang Malaysia. Mungkin Obama pun selama ini hanya banyak dengar tentang Malaysia namun tidak tahu apa-apa,'' katanya.
Obama, Presiden ke-44 AS mempunyai jadual kerja yang padat ketika berada di negara ini. Pada hari pertama tiba Obama diberikan sambutan rasmi permaidani merah di Dataran Parlimen.

Pemimpin kuasa besar dunia itu dirai dalam jamuan negara bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada Sabtu.

Pada hari kedua lawatan, Obama bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan mesyuarat dua hala di pusat pentadbiran Malaysia di Putrajaya.

Selain itu, Obama turut menghadiri sesi perjumpaan tidak formal dengan pemimpin belia dari Asia Tenggara yang berlangsung di Universiti Malaya.

 Aturcara hari terakhir lawatan Obama adalah menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan Amerika bernilai US$2 bilion (RM6.53 bilion) dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans. - BERNAMA (Utusan online-Berita terkini).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 1658 hrs on April 30,2014.

Catuan bekalan air di Selangor dan Kuala Lum pur berakhir

KANGAR 30 April - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur akan pulih seperti sediakala esok apabila catuan ditamatkan hari ini. 

Pengerusinya, Datuk Ismail Kasim berkata, catuan bekalan selama lebih dua bulan itu akan berakhir hari ini dan pengguna boleh menikmati bekalan seperti biasa mulai esok.

Katanya, penamatan catuan itu susulan penarikan semula pengagihan air berjadual peringkat satu, tiga dan empat di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkuat kuasa hari ini.

Dalam sidang akhbar di sini hari ini, Ismail berkata, keputusan itu susulan permohonan kerajaan negeri Selangor supaya pengagihan air berjadual itu ditarik balik.

\Beliau yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang berada di sini untuk menghadiri penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis.

Persidangan dua hari itu berakhir hari ini. SPAN juga menerima permohonan penarikan balik semua peringkat pengagihan air berjadual dari Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) selaku operator agihan susulan permohonan penarikan balik pengagihan berjadual itu oleh kerajaan Selangor itu, katanya.

Menurut Ismail, kerajaan negeri Selangor juga memaklumkan jika paras Empangan Sungai Selangor susut semula hingga ke tahap kritikal termasuk apabila tiba musim kering mulai Jun hingga Oktober ini, kerajaan negeri akan mempertimbangkan semula langkah mengurangkan pelepasan air dari empangan yang menjurus kepada catuan.

Pelaksanaan pengagihan air berjadual peringkat satu di Selangor dan Kuala Lumpur mulai 27 Feb lepas berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi akibat paras ammonia dari sumber air mentah melebihi paras yang dibenarkan.

Keadaan itu menyebabkan SPAN meluluskan Pengagihan Air Berjadual dua, tiga dan empat, masing-masing bermula 2 Mac, 10 Mac dan 4 April 2014.

Pengagihan air berjadual peringkat dua hingga empat itu diambil susulan keputusan kerajaan negeri Selangor untuk mengurangkan pelepasan dari Empangan Sungai Selangor secara berperingkat sebanyak 200, 500 dan 1,000 juta liter sehari (JLH) selain pelepasan dari Empangan Klang Gates sebanyak 30 JLH.

Ismail berkata, tindakan memberhentikan catuan air itu hasil peningkatan paras dan simpanan air di Empangan Sungai Selangor kepada 40.23 peratus pada Selasa lepas berbanding 36.39 peratus pada 29 Mac ekoran hujan sekitar akhir Mac.

Menurutnya, sebarang keputusan untuk melanjutkan pengagihan air berjadual dibuat bergantung kepada paras empangan dan kecukupan kapasiti air mentah.

Bagaimanapun, hujan lebat sejak kebelakangan ini meningkatkan paras sungai di lima loji rawatan air utama di Selangor yang memungkinkan operator rawatan mengeluarkan air terawat lebih banyak berbanding catuan, katanya.

Ismail berkata, SPAN juga mendapat jaminan kerajaan negeri Selangor bahawa penamatan catuan air tidak akan menjejaskan usaha meningkatkan paras empangan.

Dalam perkembangan lain beliau berkata terowong sepanjang lebih 70 kilometer (km) menghubungkan Sungai Semantan di Pahang ke Langat, Selangor yang membekalkan air ke Projek Loji Rawatan Air Langat 2, sudah siap dibina.

Katanya projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang ditandatangani oleh Selangor dan Pahang pada November 2007 adalah inisiatif untuk mengatasi krisis air khususnya di Selangor dengan sumber air dari Pahang. - BERNAMA(Utusan online-Berita terkini).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1646 hrs on April 30,2014.

Tuesday, April 29, 2014

Hudud semakin hampir jadi kenyataan

NIK Abdul Aziz Nik Mat memperkatakan sesuatu kepada Asyraf Wajdi Dusuki di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Irwan Majid 

KOTA BHARU 29 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini semakin hampir menjadi kenyataan.

Tanpa berselindung, beliau menaruh keyakinan tinggi hudud bakal dilaksanakan ekoran menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak mengenai undang-undang Islam itu sejak akhir-akhir ini. “

Dalam sehari dua ini, berita-berita baik sedang dirasai oleh jiwa saya. “Masyarakat, insya-Allah akan terima (hudud) dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pertemuan selama sejam itu merupakan sebahagian daripada program lawatan Asyraf Wajdi untuk bertemu tokoh-tokoh terawal yang pernah memimpin Yadim, termasuk Nik Abdul Aziz yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang pertama.

Kelmarin, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut melahirkan rasa gembira apabila menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Pulau Melaka, di sini.

Mengulas mengenai cadangan Muhyiddin supaya sebuah jawatankuasa teknikal khas di peringkat kebangsaan diwujudkan bagi membincangkan hudud dengan terperinci, Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau menyambut baik saranan itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak mahu terlibat dengan jawatankuasa tersebut dan menyerahkan urusan itu sepenuhnya kepada kepimpinan negeri yang baharu. “Saya pandang baik (cadangan), saya berasa gembira sehari dua ini memandangkan hudud sebelum ini ditentang," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.48 am on April 30,2014.

Sunday, April 27, 2014

Imam rayu hebnti penindasan masyarakat Islam

Barack Obama diiringi Imam Besar, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad (kanan) dan Pegawai Perhubungan Awam Masjid Negara, Abdul Rasyid Md. Isa ketika melawat masjid itu di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA 

KUALA LUMPUR 27 April - Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad merayu Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama supaya menghentikan penindasan terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.

Beliau mengambil peluang untuk menyuarakan hasratnya kepada Obama semasa mengiringi Presiden AS itu dalam lawatan ke Masjid Negara dan Makam Pahlawan di Jalan Perdana di sini hari ini.

Obama dalam jawapannya kepada permintaan itu berkata "doakan saya," kata Ismail kepada pemberita selepas lawatan Obama ke kedua-dua monumen terkenal itu di sini.

Beliau berkata, Obama juga berkata bahawa setiap hari apabila bangun dari tidur, beliau sentiasa berusaha untuk menghentikan penindasan dan konflik membabitkan masyarakat.

Ismail, 70, juga melahirkan keterujaannya tentang pertemuan bersejarah dengan Obama iaitu yang kedua bagi beliau dengan seorang Presiden Amerika Syarikat yang memegang tampuk kuasa.

Pertemuan pertama ialah dengan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966, kira-kira 48 tahun lalu apabila beliau baru berusia 22 tahun dan menjadi pelajar tahfiz.

"Saya tidak menyangka bahawa saya akan menemui seorang lagi Presiden Amerika Syarikat dalam hidup saya selepas hampir 50 tahun," kata beliau.

Ismail juga kagum dengan kebolehan Obama untuk memahami bahasa Malaysia apabila beliau kadang-kadang bertutur dalam bahasa itu dengan Presiden Amerika Syarikat.

Di sebalik perbendaharaan kata yang terbatas, Obama kerap kali menjawab "Insya-Allah" dan "Terima Kasih," katanya.

"Memang baik baginya walaupun beliau tidak boleh banyak bertutur dalam bahasa Malaysia tetapi beliau memahami apa saya memberitahu kepada beliau," kata Ismail sambil tersenyum.

Lawatan Obama ke Masjid Negara merupakan aturcara pertama pada hari kedua lawatannya ke Malaysia dan lawatan ke masjid berkenaan menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini yang majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.

Obama, yang tiba semalam untuk lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia, diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selaku Menteri Pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama Islam, Rashad Hussain.

Selepas lawatan Obama, Ismail mengadakan pertemuan singkat dengan Rashad yang menyentuh tentang perbankan Islam, program pembangunan usahawan Muslim dan hab halal. Ismail berkata, Rashad melahirkan rasa kagum Amerika Syarikat terhadap sistem perbankan Islam yang dilaksanakan di negara ini dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. - BERNAMA (Posted by abnmultya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.20 am on aPRIL 28,2014.

Obama,Najib ulas isu Anwar dan hak asasi manusia

KUALA LUMPUR 27 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini turut menyentuh hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di negara ini.

Jelas beliau, agenda itu sentiasa menjadi keutamaan beliau dalam mana-mana lawatan dilakukan memandangkan masih banyak ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan.

"Saya tidak bertemu dengan Datuk Seri Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya juga tidak bertemu dengan banyak orang lain tetapi ini tidak bermakna saya tidak menitikberatkan (isu hak asasi manusia).

"Apa yang saya telah kongsikan dengan Perdana Menteri Najib adalah prinsip asas sebuah masyarakat yang menghormati perintah undang-undang, kebebasan bersuara, hak untuk membangkang walaupun tidak menyenangkan, kebebasan berhimpun dan rasa hormat terhadap anggota masyarakat yang berbeza agama serta pendirian politik, ini semua adalah ukuran masyarakat yang berjaya pada abad ke-21," katanya dalam sidang akhbar yang turut disertai Najib di Seri Perdana di sini hari ini.

Obama menjawab soalan seorang wartawan media asing yang bertanya sama ada beliau menitikberatkan atau tidak isu hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di Malaysia apabila memutuskan tidak bertemu dengan Anwar.

Sementara itu, menurut Najib, Malaysia adalah antara negara yang terkehadapan dalam menegakkan prinsip hak asasi manusia apabila memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menggubal Akta Perhimpunan Aman.

Dalam kes liwat melibatkan Anwar, beliau berkata, di sisi undang-undang, semua individu mempunyai hak keadilan yang sama walau sekecil atau sebesar mana kedudukannya, tidak elok untuk saya ulas lebih lanjut kes yang masih berada dalam proses mahkamah," katanya.

Terdahulu, dalam meraikan kehadiran Obama, Najib berkata, Malaysia telah banyak berubah sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada tahun 1966 dan negara majoriti muslim serta pelbagai etnik ini sedang pesat menuju kemodenan.

"48 tahun lalu, seorang Presiden AS telah memijakkan kakinya di tanah Malaysia, ketika itu televisyen adalah hitam putih, kumpulan The Monkees menjuarai carta lagu AS dengan lagu 'Last Train to Clarksville dan filem 'The Sound of Music' memenangi Anugerah Akademi. 

"Hari ini, Tuan Presiden, anda tidak melihat pokok-pokok getah sebagaimana Lyndon B. Johnson saksikan tetapi pencakar-pencakar langit yang melambung tinggi, ini adalah petunjuk transformasi yang berlaku di Malaysia," katanya.( Utusna online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya ./Bakar Ninggal.blogspot.com.at12.12 am on April 28,2014.

Friday, April 25, 2014

PAS tidak perlu "restu" orang bukan Islam

KUALA LUMPUR 24 April - Pas tidak perlu meminta 'restu' orang bukan Islam termasuk sekutu-sekutunya dalam pembangkang sebelum melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, penganut-penganut agama lain tidak boleh campur tangan kerana pelaksanaan hukum hudud adalah urusan agama Islam.

Menurut beliau, mereka seharusnya sedar umat Islam di negara ini tidak mencampuri urusan agama lain atas dasar menghormati hak kebebasan beragama.

“Sama ada Pas hendak beri penjelasan atau tidak, itu soal nombor dua. Yang penting, orang bukan Islam tidak boleh masuk campur.

“Kalau orang bukan Islam boleh memperjuangkan hak mereka, umat Islam pun berhak memperjuangkan hukum hudud," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyatakan, tiada kefahaman yang jelas tentang hukum hudud menjadi salah satu punca pelaksanaan undang-undang itu di negeri berkenaan mendapat tentangan pelbagai pihak terutama orang bukan Islam.

Aminuddin menambah, Pas juga wajar meninggalkan sekutu-sekutunya dalam pembangkang sekiranya ahli-ahli Parlimen DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beragama Islam tidak menyokong usul rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Samsul Adabi Mamat memberitahu, orang bukan Islam bersikap prejudis terhadap hukum hudud kerana mereka tidak menerima gambaran sebenar tentang pelaksanaannya. 

Beliau berpandangan, Pas sendiri telah mencetuskan ‘renjatan’ dalam kalangan bukan Islam apabila parti itu bertekad untuk melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang dikuasai.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 8.45am on April 26,2014.

Tuesday, April 22, 2014

Anwar tarik diri jawtan Presiden

Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR 22 April - Sebagaimana dijangka, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti itu Mei ini.

Perkara itu yang dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Johari Abdul seperti dipetik dalam portal KeadilanDaily. com. mengesahkan ramalan banyak pihak sebelum ini bahawa pencalonan Anwar sememangnya dirancang bagi mengelakkan kedudukan Presiden PKR ditandingi oleh calon lain.

Berikutan keputusan Anwar itu ia membolehkan isteri beliau, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismil mengekalkan jawatan tersebut yang disandangnya sejak 1999 tanpa bertanding. Johari memberitahu, JPP menerima surat penarikan daripada Anwar yang menyatakan keputusannya itu minggu lalu.

Bagaimanapun Anwar seperti biasa menerusi akaun Twitter miliknya mendakwa UMNO menggunakan mahkamah bagi menghalang `Langkah Kajang' dan keputusannya untuk bertanding jawatan presiden.(Utusna online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.46 am on April 23,2014.

Daim sifatkan Anwar 'kaki goreng'

Oleh Fauzi Jaafar pengarang@utusan.com.my

Daim Zainuddin (kiri), bercakap pada program Bicara Petang yang bertemakan Ekonomi Bandar Malaysia. Adakah Bandar Melayu?. Turut kelihatan Moehamad Izat Emir di MIDA, Plaza Sentral, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR 22 April - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘kaki goreng’ kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang penyelewengan yang beliau lakukan di luar negara.

Katanya, jika Ketua Pembangkang itu mempunyai bukti berhubung perkara itu, Anwar sepatutnya membuat laporan terperinci kepada pihak berkuasa dan bukannya memperbesar-besarkan isu yang tidak sahih.

"Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan Presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya. Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya?

"Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini ‘kaki goreng’," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Bicara Petang yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud, Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir dan Pengerusi Biro SME Perdasama, Datuk Norizan Bakar.

Daim diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa beliau mempunyai akaun di luar negara hasil penyelewengan semasa beliau dalam Kabinet.

Daim menjelaskan, pada tahun 1999 ketika Anwar dalam Kabinet, Ketua Pembangkang itu pernah membuat laporan dan melakukan siasatan ke atasnya.

"Siasatan berdasarkan salinan surat-surat yang saya serahkan padanya. Tetapi, dia potong nama saya, dan dia kata memperoleh surat itu sendiri. Saya telah dua kali disiasat tentang pemilikan aset.

"Masa tu dia (Anwar) Menteri Kewangan dan juga pengerusi tentang rasuah. Kenapa tak ambil tindakan? Lepas kena buang daripada parti UMNO, semua dia kata tak betul," jelas beliau.

Beliau juga mempersoalkan dakwaan Anwar yang menyatakan mempunyai beberapa kotak mengandungi dokumen penyelewengan oleh tokoh-tokoh politik. "Tetapi sehingga kini tidak ada apa yang didedahkan oleh ketua pembangkang itu," katanya.(Utusan onl;ine-politik)./Posted by abnmulya /Bakar Ninggal blogspot.com at 10.37 am on April 23,2014.

Monday, April 21, 2014

Tayar peceh pounca patah balik

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH dan THOMAS CHONG pengarang@utusan.com.my Beginilah keadaan tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan pesawat MH192 yang pecah, semalam yang mengakibatkan juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di KLIA. 

SEPANG 21 April - Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangalore, India terpaksa membuat pendaratan cemas di sini pagi tadi selepas salah sebuah daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

Pesawat jenis B737-800 yang dijadualkan tiba pada pukul 11.35 malam semalam di Bangalore itu terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas dimaklumkan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATC) bahawa terdapat serpihan tayar ditemui di landasan.

MAS dalam kenyataannya berkata, pusat kawalan trafik dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada 10.25 malam, kira-kira 16 minit setelah pesawat itu berlepas bagi memaklumkan kerosakan yang berlaku.

"Pesawat ini yang berlepas dari KLIA ke Bangalore pada pukul 10.09 malam semalam, selamat mendarat semula di lapangan terbang yang sama pada pukul 1.56 pagi tadi, membawa 159 penumpang dan tujuh krew pesawat.

"Pesawat ini terpaksa berpatah balik selepas pihak ATC memaklumkan terdapat serpihan tayar di landasan dan dengan segera OCC dimaklumkan berhubung keadaan itu.

Berikutan keselamatan penumpang menjadi keutamaan pihak MAS, pesawat ini diarahkan untuk berpatah balik," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, semua penumpang dan krew pesawat selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua penumpang kemudian telah dibawa ke hotel berdekatan sebelum menaiki pesawat berikutnya dari KLIA ke Bangalore pada pukul 3.30 petang hari ini.

Dalam pada itu, jelas kenyataan tersebut, sebaik sahaja pesawat itu diarahkan berpatah balik, Unit Menyelamat Kebakaran Lapangan Terbang (AFRS) telah dikerahkan bagi langkah berjaga-jaga.

"Pihak MAS memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi oleh penumpang pesawat ini.

"Semua penumpang telah dibawa ke tempat penginapan berdekatan sementara menunggu penerbangan MH192 yang dijadualkan semula untuk berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang ini dan dijangka tiba pukul 5 petang pada hari sama," katanya.

Pesawat itu diterbangkan oleh juruterbang, Kapten Nor Adam Azmi bersama pembantu juruterbang, Prakash Kumar.(Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya.blogspot.com at10.49 am on April 22,2014.

14 Laporan polis Surendran hina mahkamah

KUALA LUMPUR 21 April - Sebanyak 14 laporan polis dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Rakyat Marhein (Geram) di seluruh negara terhadap kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran yang mempersoalkan kredibiliti sistem kehakiman negara, baru-baru ini. 

Kesemua laporan itu dibuat serentak oleh wakil-wakil Geram di seluruh negara, pada pukul 11.30 pagi ini, agar tindakan tegas dikenakan terhadap Surendran.

Di ibu negara, laporan polis dibuat oleh Presiden Geram, Norafiq Mohd. Noor di Balai Polis Setapak. 

Beliau berkata, pihaknya menggesa siasatan segera dijalankan ke atas pemimpin pembangkang itu, berikutan tindakannya yang memperlekehkan sistem penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

"Jika satu masa dahulu, mereka boleh menggunakan undang-undang terhadap pihak yang mempertikaikan kemenangan kes saman Anwar ke atas Utusan Malaysia, jadi kali ini kami melihat Surend­ran sebagai seorang yang hipokrit kerana beliau turut memperlekeh dan mempersoalkan keputusan pengadilan mahkamah," katanya di sini hari ini.

Sementara itu di KUANTAN, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini oleh Penyelaras Geram negeri, Ezad Zainal.

Ezad ketika ditemui berkata, laporan itu dibuat supaya pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas Surendran kerana didapati cuba menghasut rakyat untuk mempersoalkan kredibiliti sistem kehakiman negara.

"Kita boleh lihat sikap pilih kasih beliau apabila tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes sama yang membebaskan Anwar.

"Kenapa apabila keputusan ti­dak memihak kepada Anwar di Mahkamah Rayuan barulah beliau hendak persoalkan, perkara ini tidak wajar dan pihak polis perlu ambil tindakan segera," katanya.

Di SEREMBAN, Geram mahu pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap Surendran yang juga Naib Presiden PKR itu ekoran kenyataannya yang sengaja mencabar institusi kehakiman negara.

Wakil Geram negeri, Rommi Suhendra Norsal berkata, sebagai seorang ahli Parlimen, beliau sepatutnya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh hakim apatah lagi Surendan adalah seorang pengamal undang-undang.

"Dalam kenyataan media yang dibuat oleh Surendran, ia jelas sekali bertujuan mengkritik dengan niat jahat dan curang menghina integriti serta kebebasan panel hakim selain badan kehakiman negara.

"Jadi kenyataan seperti ini, sebenarnya mengajak rakyat untuk sama-sama mempertikai serta memperlekeh selain menghina kredibiliti badan kehakiman di negara ini," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, dekat Seremban 2, di sini hari ini.

Di JOHOR BHARU, kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang berniat menghasut orang ramai untuk tidak menghormati mahkamah.

Wakil Geram negeri, Anizam Wan Hassan berkata, mana-mana individu yang mempertikaikan hu­jah penghakiman dibuat pihak Mahkamah Rayuan berhubung kes liwat Anwar mempunyai niat tidak baik.

"Oleh itu, tindakan Surendran yang mempertikai hujah dibuat pihak mahkamah, berniat menghasut dan menghina institusi kehakiman negara.

"Kami menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu seperti itu kerana boleh menggugat perpaduan dalam kalangan rakyat," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru, di sini hari ini.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar N inggal.blogspot.com.at10.36 am on April 22,2014.

Friday, April 18, 2014

Kerajaan Persekutuan tidak halang hudud Kelantan

Oleh KAMIL MASLIH

KUALA LUMPUR 18 April - Kerajaan Persekutuan tidak akan menghalang hasrat Kerajaan Pas Kelantan membawa rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, Kerajaan Persekutuan tidak menghalang mana-mana kerajaan negeri yang telah pun membuat persediaan mengangkat kedudukan undang-undang Islam.

"Di peringkat Kerajaan Persekutuan, kita sedang mempertingkat dan memperkemaskan Mahkamah Syariah, kita tidak halang bagi mereka (kerajaan negeri) yang sudah bersiap sedia," kata kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Peguam Syarie Malaysia kali ketiga di Bangi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE-Dalam Negeri.Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1.23 am on April 19.2018.

Wednesday, April 16, 2014

Karpal Singh maut kemalangan

Oleh SYUKRI SAARI

TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez. Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - UTUSAN ONLINE -Dalam Negeri).Posted by abnmulya at 11.01 on April 17,2014.

Tuesday, April 15, 2014

Krisis di Ukraine meruncing

Penunjuk perasaan pro-Rusia yang memakai topeng gas, menyerbu sebuah balai polis ketika penunjuk perasaan lain menyediakan bom petrol di bandar Horlivka, timur Ukraine berhampiran Donetsk, kelmarin. - AFP 

KIEV 15 April - Anggota pemisah pro-Rusia mengabaikan kata dua supaya meninggalkan bangunan-bangunan kerajaan Ukraine yang ditawan di bahagian timur negara ini, sebaliknya terus merampas beberapa bangunan lain.

Keadaan itu sekali gus memperlihatkan kegagalan operasi antikerajaan oleh Ukraine sejak krisis itu bermula awal bulan ini.

Kumpulan bersenjata itu hari ini terus berkawal di sekurang-kurangnya sembilan buah bangunan di timur negara ini selain menggempur sebuah balai polis di Horlivka.

Tindakan itu dibuat selepas Ukraine mengugut untuk melancarkan tindakan ketenteraan sekiranya kumpulan tersebut enggan berundur daripada bangunan yang ditawan mereka sebelum pukul 2 petang, semalam. 

Dalam satu perbualan telefon malam tadi, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menggesa rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin untuk mendesak kumpulan-kumpulan pro-Moscow meletak senjata dan meninggalkan bangunan yang ditawan mereka. 

“Obama menekankan bahawa kumpulan pemisah pro-Rusia di Ukraine perlu meletak senjata dan beliau menggesa Putin menggunakan pengaruhnya supaya mendesak anggota bersenjata itu meninggalkan bangunan yang ditawan mereka," jelas White House dalam satu kenyataan.

Kremlin bagaimanapun menafikan sebarang pembabitan atau pengaruhnya ke atas kumpulan-kumpulan itu. 

Putin menegaskan, bantahan di Donetsk, Lugansk, Kharkiv, Slavyansk dan bandar-bandar lain di tenggara Ukraine berlaku akibat kurangnya kesungguhan dan ketidakmampuan kerajaan Ukraine mengambil kira kepentingan Rusia dan masyarakat etnik Rusia di situ.

Dalam perkembangan berasingan, pihak ketenteraan AS melaporkan bahawa sebuah jet pejuang Rusia berlegar-legar berhampiran sebuah kapal perang AS di Laut Hitam selama lebih 90 minit, Sabtu lalu di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu.

Jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren berkata, jet jenis Sukhoi Su-24 itu membuat sebanyak 12 lintasan dan terbang pada ketinggian 900 meter dari atas kapal pemusnah USS Donald Cook selain terbang pada ketinggian kira-kira 150 meter dari paras laut.

Katanya, kapal perang AS mengeluarkan beberapa pertanyaan radio dan memberi amaran menggunakan litar kecemasan antarabangsa bagaimanapun jet itu langsung tidak memberi sebarang maklum balas. 

“Tindakan provokasi Rusia itu tidak selaras dengan protokol antarabangsa dan persetujuan sebelum ini tentang interaksi profesional di antara kedua-dua pihak," katanya. - AGENSI/AGENSI(Utusan online- Luar Negara).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.12 am on April 16,2014.

Hudud : PAS ketepikan DAP,PKR- Abdul Hadi Awang

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan
RADHUAN HUSSAIN utusanterengganu@utusan.com.my 

Abdul Hadi  Awang
KUALA TERENGGANU 15 April - Pas tidak akan mempedulikan bantahan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebaliknya akan tetap mengemukakan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara tegas menyatakan, tiada sebarang perjanjian dalam pakatan pembangkang yang boleh menghalang Pas daripada berbuat demikian.

Oleh itu tegas beliau terpulang kepada PKR dan DAP untuk membantah kerana itu tidak akan menggugat pendirian Pas yang konsisten untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Bercakap kepada pemberita ketika sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini, Abdul Hadi juga menarik perhatian langkah bagi melaksanakan hudud yang diperjuangkan Pas sudah bermula sebelum kewujudan pakatan pembangkang lagi.

“Yang pertama, kita sokong kerajaan Kelantan (untuk laksanakan hukum Hudud). Kedua, isu hudud di Kelantan telah mendahului Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) sejak awal 1990-an lagi. “

"(Masa itu) tak ada lagi pakatan pembangkang. Ini benda (hukum hudud) yang terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (rang undang-undang persendirian bagi laksanakan hudud)," katanya.

Beliau mengulas penentangan keras yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP berhubung hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, parti itu akan mematuhi perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan pada 2011 yang antara lain tidak akan melaksanakan hudud demi menghormati penentangan konsisten oleh DAP.

DAP pula menegaskan, kesemua 38 ahli Parlimen parti itu telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat Jun ini.

Ditanya adakah pendirian Pas itu akan menjejaskan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi berkata: “

"Itu terpulang kepada mereka. Kita konsisten dan kita menyokong kerajaan Kelantan (laksana hudud)".(Utusan online-politik).Posted by abnmulya  /Bakar Ninggal.blogspot.com at 9.45 am on April 16,2014.

Monday, April 14, 2014

Hudud : Sultan Brunei tangkis kritikan antarabangsa

BRUNEI DARUSSALAM 14 April - Ketua negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah menangkis kritikan antarabangsa berhubung pelaksanaan hukum hudud di negaranya dan menafikan bahawa tindakan itu satu langkah ke belakang.

Laman web, Mail Online melaporkan Mac lalu, Sultan Hassanal bertitah, semua bangsa perlu bersatu di bawah undang-undang syariah dan baginda menyifatkan kod panel baharu itu merupakan kejayaan besar Brunei.

Hukum hudud yang memperuntukkan hukuman sebat dan rejam sehingga mati bagi kesalahan tertentu, mula dilaksanakan bulan ini.

Sultan Hassanal turut bertitah, pihak luar perlu menghormati sebarang keputusan Brunei sama seperti negara ini menghormati keputusan pihak lain.

Kelmarin, jurucakap Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rupert Colville mengkritik pelaksanaan hukum hudud oleh Brunei yang dianggap menyalahi undang-undang antarabangsa.

Jelas Colville, pihaknya memandang serius pelaksanaan undang-undang Islam tersebut yang turut memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan seperti merogol, berzina dan meliwat.

Colville berkata, negara Islam itu sepatutnya tidak melaksanakan langkah tersebut kerana undang-undang antarabangsa menyatakan hukuman rejam sehingga mati misalnya dikategorikan sebagai kejam dan penyeksaan serta tidak berperikemanusiaan, sekali gus diharamkan di bawah perjanjian-perjanjian hak asasi manusia.

Brunei tidak melaksanakan hukuman mati sejak 1957 dan turut mengharamkan penjualan serta pengambilan minuman keras dalam kalangan penduduk Islam negara ini.(Utusna online-Luar Negara).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12,12 am on April 15,2014.

Wujudkan Blue Wave Army lawan fitnah jahat RBA

Ahmad Maslan (depan, tengah) beramah mesra dengan ahli UMNO Cheras sambil diperhatikan oleh Syed Ali Alhabshee (belakang, tengah) pada Konvensyen UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur, semalam. 

KUALA LUMPUR 13 April - Barisan Nasional (BN) bercadang mewujudkan unit tentera siber, Blue Wave Army (BWA) dalam usaha melawan fitnah dan tohmahan jahat Red Bean Army (RBA).

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, unit tentera siber itu akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.

Jelasnya, konsep itu sememangnya telah lama wujud dalam rangkaian-rangkaian media sosial BN dan peluasan peranan BWA itu diserahkan tanggungjawabnya kepada Jabatan Unit Sosial parti yang diketuai Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Namun begitu, kita jangan terikut-ikut cara mereka (RBA) memfitnah, kita ceritakan kebenaran termasuk 11 hakim yang mensabitkan Anwar bersalah dalam kes liwat, jelaskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak membebankan dan semua perkara lain yang juga perlu dijelaskan.

“Dalam masa sama, jika RBA menyerang kita, kena jawab semua itu dan jangan biarkan serangan tidak berjawab.

Sudah ada jabatan yang bertanggungjawab dan biarlah mereka buat apa bentuk tindakan sekalipun. “Yang penting, kita jangan menipu, mengelirukan dan memfitnah (seperti RBA)," katanya kepada pemberita pada Konvensyen UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu, kerajaan memperuntukkan RM150 juta untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat-syarikat kecil dalam mengaplikasikan perisian GST sebelum pelaksanaannya pada 1 April 2015.

“Kita bantu RM1,000 kepada setiap PKS yang mana mereka boleh dituntut semula melalui rebat. Ada 55 syarikat pengedar dan akan ditambah dari masa ke semasa. “

Perisian berkenaan bertujuan memastikan sistem perakaunan semua pihak tepat dan memudahkan urusan perniagaan," katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan, kerajaan tidak akan menoleh ke belakang dalam melaksanakan GST pada tahun depan meskipun terdapat suara-suara sumbang daripada pihak pembangkang yang mendesak agar ditangguhkan.

Jelas beliau, semua pihak mempunyai masa untuk bersedia selama 11 bulan yang dilihat mencukupi sebelum pelaksanaannya tahun depan. “Kita tidak akan tangguh sebab kita sudah tangguh sejak tahun 1988, 1993, 2004, 2009 dan 2013 kita beri masa yang panjang untuk GST dilaksanakan pada 1 April 2015," katanya.(Utusan online-politik).Posted  by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1800 hrs on April 14,2014.

Friday, April 11, 2014

Annuar sedia melobi sokong hudud



KOTA BHARU 11 April - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan sedia melobi pemimpin-pemimpin UMNO lain bagi menyatakan sokongan kepada Kerajaan Pas Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 atau hudud di negeri ini.
Tan Sri Annuar Musa,
Ahli Parlimen Ketereh,Kelantan

Annuar berkata, sokongan itu akan ditunjukkan ketika ahli Parlimen Pas mengemukakan usul rang undang-undang persendirian tentang hudud dalam Dewan Rakyat tidak lama lagi. “

Saya difahamkan, Pas akan membawa usul rang undang-undang persendirian, maka kita mengalu-alukan hasrat tersebut.

“Kita akan menyokong hudud dilaksanakan di Kelantan dan pemimpin UMNO juga tidak mempunyai sebarang masalah tentang isu ini memandangkan wakil rakyat kita kebanyakannya adalah beragama Islam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelepasan Anak Ikan sempena Program Mesra Siswa Perdana Parlimen Ketereh 2014 di Khatam Putra, Kampung Chengal di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rak-yat akan datang bagi melaksa-nakan hukum hudud di negeri ini menjelang 2015.

Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.

Tambah Annuar, pelaksa-naan hudud ini tidak seharus-nya dipolitikkan memandangkan ini adalah tuntutan syariah bagi mereka yang mampu me-laksanakan hukum tersebut. “Rakyat tidak harus keliru dengan Kerajaan Persekutuan kerana mereka tidak pernah menolak hudud.

Ini kerana undang-undang Islam itu perlu dilihat berdasarkan keupayaan pelaksanaannya. “Di Kelantan, segala-galanya telah memenuhi syarat.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah meluluskannya, umat Islam menyokong dan parti politik yang terlibat juga menyokong, jadi kita sama-sama membantu untuk melaksanakannya," katanya.(Utusan online-politik0.Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.41 am on Aperil 12,2014.

AMK HORMATI HASRAT kERAJAAN pAS kELANTAN

KUALA LUMPUR 11 April - Sewaktu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang, sayap pemudanya pula mengambil pendekatan yang berbeza.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, pembangkang menghormati keputusan Kerajaan Pas Kelantan yang mahu membahaskan usul tersebut. “

Kita menghormati keputusan Kerajaan Pas Kelantan tetapi di sini kita perlu realistik kerana hudud bukan sahaja menjadi kemahuan Kelantan bahkan (Kerajaan Pas) Terengganu sebelum ini juga mahukan hudud. 

“Jadi kita perlu tunggu dan lihat bagaimana ia boleh dibahaskan di Dewan Rakyat kerana perkara itu bergantung kepada kesesuaian Perlembagaan Persekutuan," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kesediaan Kerajaan Pas Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu yang akan membawa usul tersebut di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.

Sementara itu, Shamsul Iskandar bagaimanapun berkata, Kerajaan Pas Kelantan perlu berjumpa dengan majlis kepimpinan utama pembangkang sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Katanya, hal demikian kerana Pas masih terikat dengan perjanjian awal yang dibuat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP melalui majlis kepimpinan tersebut.

“Kita perlu ingat yang Pas masih berpegang teguh kepada majlis kepimpinan pembangkang, jadi untuk isu hudud dibahaskan di Dewan Rakyat perlu dibawa ke pengetahuan PKR dan DAP secara rasmi.

Bermakna perlu bincang dengan pimpinan utama pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang. “Perlu ada perbincangan yang formal sebab kita risau Pas akan terjerat dengan permainan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam isu ini," katanya.(UTUSAN ONLINE-POLITIK).POSTED BY ABNMULYA / BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 10.12 AM ON APRIL 12,2014.

DAP,PKR tiada hak campuri dasr Pas



KUALA LUMPUR 11 April - Tahaluf siyasi antara pembangkang bukan alasan untuk menghalang Pas daripada membentang usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat kerana kerjasama tersebut hanya bersifat politik manakala urusan dasar perjuangan adalah hak mutlak setiap parti. 

Menurut bekas Timbalan Pre-siden Pas, Nasharudin Mat Isa, pembentangan rang undang-undang tersebut tidak akan menjejaskan kerjasama politik antara Pas de-ngan sekutu pembangkang walaupun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sahaja lantang menentang tetapi mahu menggagalkan hasrat berkenaan. 

Beliau menegaskan, DAP serta PKR juga tidak boleh mencampuri, memaksa apatah lagi menghalang agenda perjuangan Pas untuk memartabatkan hukum hudud de-ngan menggunakan alasan bukan sebahagian daripada persetujuan pembangkang kerana hukum tersebut adalah dasar Perlembagaan Pas.

“Membentang usul rang undang-undang persendirian Kanun Jenayah Syariah Islam (hudud) tidak akan menjejaskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik Pas dengan parti komponen pembangkang manakala tahaluf siyasi juga bukanlah penghalang untuk Pas membentang rang undang-undang ini di Dewan Rakyat. 

"“Tahaluf siyasi adalah kerjasama politik dan bukan kerjasama dasar perjuangan, fikrah, ibadah atau akidah.
Ia kekal menjadi parti yang berbeza dengan sempadan masing- masing tanpa sesekali melibatkan dasar atau perjuangan parti yang diperjuangkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan terbaharu Nasharudin itu dibuat kurang 24 jam selepas beliau meminta Pas tidak tunduk kepada penentangan DAP atau PKR kerana Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat itu berpendapat sekarang adalah masa paling sesuai untuk membentangkan rang undang-undang tersebut kerana mendapat sokongan UMNO.

Gesaan itu segera disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub apabila beliau menegaskan Kerajaan Pas Kelantan tidak akan berganjak daripada pendirian membentangkan usul tersebut walaupun mendapat tentangan sekutu pembangkang.

Kelmarin DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang. 

Sebelum itu, bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, lantang memberi ingatan kepada Dewan Rakyat agar jangan membenarkan usul tersebut diluluskan dengan alasan bertentangan de-ngan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Nasharudin menjelaskan, hudud adalah kanun jenayah syariah Islam yang adil lagi bijaksana kerana bersumberkan Allah dan hukum tersebut wajib ditegakkan oleh mereka yang diberi amanah.

“"Hudud adalah juzuk Islam yang tidak boleh diperkecilkan. Ia adalah penyelesaian kepada isu nasional yang sekian lama gagal ditangani oleh undang-undang sedia ada. Ini adalah masa terbaik untuk Pas mengemukakannya dan Ahli Parlimen Islam wajib menyokong kerana ia undang-undang Allah," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.25 am on April 12,2014.

Ahli Parlimen Islam wajib sokong

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 11 April - Ke-semua ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira parti wajib menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan Pas di Dewan Rakyat bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 atau hudud di negeri itu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sokongan itu perlu sebagaimana ditunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN). “

"Usaha Pas untuk melaksanakan hudud di negeri ini telah mendapat sokongan penuh ADUN BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini dan semua pihak ter-utamanya beragama Islam wajib mengikut jejak yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi me-laksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.

Bagaimanapun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang. 

Mengulas tentang tentangan tersebut, Nik Abdul Aziz yang merupakan bekas Menteri Besar Kelantan berkata, beliau mengakui perkara itu, namun yakin penerangan berterusan akan membuatkan mereka lebih memahami biarpun proses tersebut memerlukan masa sebagaimana sejarah dakwah Rasulullah SAW. 

“(Pemahaman) kita akan terbuka sikit demi sikit, itulah kelebihan politik Islam, syaratnya kita mesti kukuh akidah, orang lain nak buat apa pun biarlah, lama-lama dia akan faham. “Nabi Muhammad SAW (berdakwah) makan masa 23 tahun, Allah tidak beri kejayaan dalam sehari tetapi sedikit demi sedikit,’’ ujarnya.

Tambahnya, beliau yakin pimpinan DAP akan menyokong. “

Kalau dia fikir jauh sampai ke akhirat, tentang balasan syurga ne-raka, bagaimana nak masuk syurga, jika tidak melalui Islam.

"“Kebangsaan tidak boleh, demokrasi pun tidak boleh, demokrasi ini manusia yang buat, kapal terbang kita (MH370) hilang, muat 300 orang, kalau bas perlu guna tujuh buah, kapal terbang muat orang seramai ini kita tak jumpa cari, inikan pula akhirat, lebih lagilah tidak jumpa cari kalau tidak melalui Islam, kena fikir begitu," katanya.( Utusaan online-Politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 10.06 am on April 13,2014.

Thursday, April 10, 2014

Akhbar Rusia dakwa MH370 kini di Kandahar

TEHERAN 10 April - Sebuah akhbar Rusia tampil dengan teori mendakwa pesawat berkenaan dirampas dan disembunyikan di wilayah Kandahar, Afghanistan berhampiran sempadan Pakistan.

Akhbar Moskovsky Komsomolets yang memetik sumber agensi perisikan Rusia turut melaporkan bahawa kedua-dua juruterbang pesawat berkenaan tidak bersalah dalam insiden tersebut.

"Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang bersama anak kapal dirampas. Kedua-dua juruterbang itu tidak bersalah, pesawat itu dirampas oleh beberapa pengganas yang tidak diketahui.

"Kami tahu nama pengganas yang memberi arahan kepada juruterbang adalah 'Hitch'. Pesawat itu berada di Afghanistan, tidak jauh dari Kandahar berhampiran sempadan Pakistan,"lapor akhbar itu yang mempunyai edaran kira-kira 1.1 juta.

Menurut laporan akhbar itu, pesawat itu berada di sebuah jalan raya berhampiran kawasan pergunungan dan sayap kapal terbang itu patah.

"Mungkin pesawat itu mendarat dalam keadaan tidak lancar, namun semua penumpang dalam kapal terbang itu selamat, mereka hidup tanpa makanan,"katanya.

Bagaimanapun, sumber atau agensi perisikan dalam laporan itu tidak dinamakan. Malah, dakwaan akhbar itu juga tidak dilaporkan dalam mana-mana media arus perdana di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia. 

Akhbar itu turut melaporkan, beberapa pakar dalam pesawat itu telah dibawa ke sebuah tempat persembunyian di Pakistan.

"Seramai 20 pakar Asia ditahan. Malah, terdapat seorang rakyat Jepun dalam kalangan mereka,"katanya yang mungkin merujuk kepada pekerja Freescale Semiconductor.

Pihak berkuasa Malaysia berkata, pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi dan operasi pencarian untuk mengesan serpihan kapal terbang itu sedang dijalankan.

Pada 16 Mac lalu, akhbar The Independent turut melaporkan beberapa khabar angin bahawa pesawat tersebut telah terbang ke 'sebuah kawasan yang dikawal oleh Taliban', kira-kira seminggu selepas MH370 hilang.

"Pesawat MH370 yang hilang itu mungkin diterbangkan secara sengaja melepasi radar ke kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan, isu ini mungkin wujud berikutan pihak berkuasa berkata, mesej terakhir yang diterima dari kokpit selepas sistem transponder pesawat itu dimatikan.

"Namun, dakwaan ini dibuat sebelum pihak berkuasa Malaysia mengumumkan MH370 hilang di suatu tempat di Lautan Hindi,"katanya.

Pihak berkuasa Australia sedang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pesisir pantai Perth yang terletak di barat negara itu. - AGENSI (Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya /Bakar NInggal.blogspot.com.at 11.14 on April 11,2014.

Hudud : Pas Kelantan tidak berganjak

Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob
KOTA BAHARU,10 April - Kerajaan Pas Kelantan tetap akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

Pendirian itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang turut memberi gambaran jelas bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan tersebut.

"Keputusan (untuk membentangkan rang undang-undang) kita sudah buat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat daripada Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini hari ini.

Ahmad sebelum itu ditanya tentang kenyataan para pemimpin DAP yang menegaskan parti terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tersebut tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas.

Malah, nada sama turut dinyatakan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan jelas berhubung isu hudud pada 2011.

Tentangan tersebut timbul selepas Ahmad mengumumkan hasrat kerajaan negeri membentangkan usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Parlimen akan datang bagi mendapat kebenaran melaksanakan hudud di negeri itu menjelang 2015.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat KPKK, Mohd. Adnan Mohd. Zin mendedahkan bahawa Ahmad ketika pertemuan tersebut menegaskan kepada mereka bahawa beliau tetap akan melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu.

"Dalam pertemuan kita tadi, Menteri Besar kata, by hook or by crook (dengan apa cara sekali pun), apa halangan apa rintangan, kita tetap berusaha ke arah itu. "Biar kita dihalang daripada menjalankan hukum Allah, masa itu kita akan tahu siapa yang hendak buat (hudud) dan siapa yang menghalang," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.02 am on April 11,2014.

Jangan tunduk kepada DAP,PKR

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan
SOFIAN BAHAROM pengarang@utusan.com.my
Nasharudin Mat Is 

KUALA LUMPUR 10 April - Pas mesti meneruskan hasrat membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Parlimen dan tidak sesekali tunduk kepada penentangan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya demi menjaga hati pakatan pembangkang.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, perjuangan untuk menegakkan hukum Islam adalah cita-cita tertinggi penubuhan parti itu dan usaha ber-kenaan tidak seharusnya dikendurkan atau digagalkan hanya kerana tentangan daripada DAP dan PKR.

Menurutnya, sekarang adalah waktu terbaik untuk Pas membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat bagi membolehkan Kerajaan Negeri Kelantan mendapat kebenaran melaksanakan hukum hudud kerana Kerajaan Persekutuan dan UMNO sendiri sudah menyatakan sokongan.

"Hudud merupakan antara teras perjuangan Pas yang telah lama kita perjuangkan kerana itu tuntutan syariah. Saya harap matlamat pelaksanaan syariah lebih diutamakan daripada sebarang percaturan lain yang bersifat politik. Pas perlu pastikan jadi realiti kerana inilah yang ditunggu oleh orang Islam.

"Sekarang masa paling sesuai sebab ada keterbukaan daripada Kerajaan Pusat dan UMNO tetapi penghalangnya adakah kita nak jaga hati rakan politik (DAP dan PKR)," katanya ketika ditemui pada Seminar Antarabangsa Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah, di sini hari ini.

DAP serta PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran semalam memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu di Dewan Rakyat akan ditentang.

Tony Pua adalah pemimpin kedua DAP yang tampil menentang hasrat Pas selepas bekas Pengerusi, Karpal Singh lantang mengingatkan Dewan Rakyat minggu lalu agar jangan membenarkan usul tersebut diluluskan, manakala Surendran pula pemimpin PKR pertama berbuat demikian.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, rang undang-undang persendirian mengenai hudud akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran untuk membolehkan hukum Islam itu dilaksanakan di negeri tersebut. 

Dalam pada itu, ditanya mengenai tindakan Pas negeri-negeri tertentu yang gagal tampil menyatakan sokongan terbuka kepada hasrat Kerajaan Pas Kelantan itu, Nasharudin berkata, keputusan mengenai hudud dan langkah untuk membentangkan di Dewan Rakyat adalah usaha kolektif.

"Apa yang saya tahu keputusan ini dibuat secara kolektif bukan oleh individu atau negeri. Apabila keputusan secara kolektif telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat ia harus dihormati walaupun mungkin individu ada pandangan sendiri," katanya.(Utusan online-politik).Posted  by abnmulya  /Bakar Ninggal.blogspot.com.at10.49 am on  April 11,2014.

Putin mahu Ukraine lunas hutang sumber tenaga

MOSCOW 11 April - Presiden Vladimir Putin (gambar) mengutus surat kepada 18 ketua negara-negara Eropah, untuk memberi amaran bahawa beliau akan menghentikan bekalan gas kepada Ukraine sekiranya negara itu gagal melunaskan hutang sumber tenaganya kepada Rusia yang berjumlah 1.6 bilion euro (RM7.15 bilion). 

"Syarikat gergasi gas, Gazprom mahukan bayaran pendahuluan untuk penghantaran gas dan sekiranya berlaku pelanggaran syarat-syarat pembayaran, penghantaran gas akan dihentikan," jelas Putin dalam surat itu.

Bagaimanapun, katanya, Rusia bersedia untuk mengambil bahagian dalam usaha mengembalikan semula kestabilan ekonomi Ukraine, dengan mengikut syarat Kesatuan Eropah. - AFP( Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.41 am on April 11,2014.

Kes Anwar dipercepatkan tak benar-Nancy Shukri




Nancy Shukri
KUALA LUMPUR 9 April - Dakwaan pakatan pembangkang kononnya tarikh prosiding Mahkamah Rayuan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sengaja dipercepatkan ke 7 Mac lalu adalah tidak benar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod rasmi mahkamah, pengurusan kes berkenaan pada 28 Februari lalu telah menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 dan 7 Mac 2014.

Menurut beliau, sebelum itu, tarikh pendengaran permohonan notis usul ketiga bagi menyingkirkan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan telah ditetapkan pada 3 Mac lalu.

“Mahkamah meneruskan perbicaraan rayuan pendakwaan di atas pelepasan dan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan antara 6 dan 7 Mac 2014 seperti yang ditetapkan.

“Tiada butiran yang mengesahkan satu tarikh rasmi yang lain telah dipersetujui terlebih dahulu," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat meluluskan pindaan rang undang-undang tersebut yang memberi kenaikan pencen sebanyak dua peratus setahun dan membayar pencen kepada hakim yang berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun setelah dibahaskan sejak semalam.

Semasa sesi perbahasan, beberapa wakil pembangkang termasuk Anwar mempertikaikan tarikh prosiding kes liwat tersebut sambil mendakwa kononnya tarikh sebenar adalah pada 7 hingga 10 April 2014.

Nancy menambah, fakta tentang penetapan tarikh prosiding kes tersebut diperoleh daripada pegawai-pegawai mahkamah.

“Sebelum menjawab hari ini, saya telah meminta fakta sebab terlalu banyak saya dengar pihak-pihak mengatakan tarikh sebenar adalah 7 hingga 10 April 2014. “

Adalah tidak baik untuk kita mengakui sesuatu yang tidak tepat kerana orang di luar sana percaya dengan apa yang dihujahkan di sini," jelasnya.

Beliau turut menegaskan, tidak timbul isu tarikh prosiding tersebut diubah semata-mata kerana Anwar yang juga Ketua Pembangkang ingin bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“"Saya berharap kita sebagai peguam yang selalu ke mahkamah, tolong hormati mahkamah. Kita semua menggunakan sistem yang sama, jangan merendah-rendahkan sistem kehakiman," ujarnya.

Berhubung tindakan wakil-wakil pembangkang mempersoalkan mengapa prosiding kes terbabit dilanjutkan selepas waktu bekerja, Nancy memberitahu, perkara itu bukan satu keadaan yang luar biasa malah turut berlaku kepada kes-kes lain. “

Mahkamah mempunyai budi bicara untuk meneruskan perbicaraan walaupun selepas waktu pejabat kerana tiada peruntukan undang-undang yang menghalang berbuat demikian," katanya.(UTUSAN ONLINE-PARLIMEN).POSTED BY ABNMULYA /BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 1721 HRS ON APRIL 10,2014.

Penculik tuntut tebusan RM36.4 juta dari pelancong Cina,dedah Menteri Dalam Negeri

APRIL 10, 2014 Penculik menuntut wang tebusan sebanyak ₱500 juta atau RM36.4 juta untuk membebaskan pelancong China yang diculik dari sebuah resort di Semporna minggu lalu, The Star melaporkan hari ini.

Memetik kata Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi (gambar), akhbar itu melaporkan Malaysia menghantar satu pasukan untuk berbincang perkembangan terkini dengan “orang tengah” yang terlibat dalam perundingan membebaskan tawanan ini.

"Kami menerima nota penculik menuntut ₱500 juta atau RM36.4 juta wang tebusan. "Kami menghantar satu pasukan untuk berunding dengan mereka yang dinamakan sebagai orang tengah," kata Ahmad Zahid, sambil menambah tidak ada tuntutan untuk tebusan Filipina.

Pada 2 April lepas, pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dan pekerja Filipina Marcy Darawan, 40, diculik dari Singgahmata Reef Resort dekat Semporna oleh tujuh ahli kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan kumpulan militan Abu Sayaf. – 10 April, 2014.(The Malaysian Insider).Posted by abnmulya.blogspot.Com.at 1708 hrs on April 10,2014.

Hudud : PAS diminta tidak tunduk kepada bantahan DAP,PKR.

APRIL 10, 2014 PAS diminta oleh bekas pemimpinnya supaya tidak tunduk kepada bantahan DAP dan PKR dalam membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat. 

Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa (gambar) berkata inilah masa terbaik bagi PAS membentangkan rang undang-undang itu untuk membolehkan kerajaan negeri Kelantan mendapat kebenaran melaksanakan hudud memandangkan kerajaan persekutuan dan Umno sudah menyatakan sokongan. 

"Hudud merupakan antara teras perjuangan PAS, yang lama kita perjuangkan kerana ia tuntutan syariah. Saya harap matlamat pelaksanaan syariah lebih diutamakan daripada sebarang percaturan lain yang bersifat politik.

"PAS perlu pastikan ia jadi realiti kerana inilah yang ditunggu oleh orang Islam," katanya ketika ditemui pada seminar antarabangsa "Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah" di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Ketua Publisiti DAP Tony Pua dan Naib Presiden PKR N Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen akan ditentang.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) akan dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.

Ditanya mengenai tindakan PAS di negeri-negeri tertentu yang gagal tampil menyatakan sokongan terbuka kepada hasrat Kerajaan PAS Kelantan itu, Nasharudin berkata keputusan mengenai hudud dan langkah membentangkan di Parlimen adalah usaha kolektif.

"Apabila keputusan secara kolektif diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, ia harus dihormati walaupun mungkin individu ada pandangan sendiri," katanya. – Bernama, 10 April, 2014.(The Malaysian Insider).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1653 hrs on April 10,2014.

Wednesday, April 9, 2014

Catuan air dilanjutkan hingga Julai

Oleh ZABRY MOHAMAD 
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my 

SHAH ALAM 9 April - Penduduk di Lembah Klang mungkin terpaksa berdepan dengan catuan bekalan air sehingga Julai ini bagi membolehkan takungan empangan di negeri ini mencapai paras 55 peratus.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md. Khairi Selamat berkata, kemungkinan tersebut adalah berdasarkan perkiraan jumlah taburan hujan semasa sebanyak 50 milimeter (mm) sebulan.

Bagaimanapun jelasnya, tempoh tersebut mungkin dapat dipendekkan jika hujan lebih kerap dan taburan hujan melebihi 200 mm sebulan.

“Berdasarkan keadaan cuaca, April dan Mei merupakan musim hujan diikuti selepas itu iaitu Jun, Julai serta Ogos agak kering.

“Dari segi matematik, dengan keadaan hujan sekarang sebanyak 50 mm sebulan, bagi membolehkan empangan-empangan di Selangor mencapai paras 55 peratus mengambil masa tiga bulan.

Buat macam tu aje tak ada gunanya....bila tiba PRU baru kalahkan aje depa di Selangor. Baru depa tahu langit itu rendah atau tinggi.Kuasa di tangan rakyat. Krisis  air keperluan rakyat yang meruncing di Selangor...pun depa tak pandai nak urus. Hanya sibuk berpolitik. Menyusahkan rakyat aje...menyesal rakyat memilih depa yang tak ada baca ni ....tapi nak memerintah pula....poorlah........JIka projek air Langat 2 dah diterima sejak dulu lagi...krisis air di Selamngor tak jadi begini....
“Bagaimanapun kalau dapat hujan lebih kerap iaitu 200 hingga 250 mm, lagi cepat capai paras 55 peratus," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mulai 4 April lalu, catuan air diperluaskan di sekitar Lembah Klang melibatkan lebih 63 peratus pemilik akaun Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Kuala Lumpur dan Selangor.

Sebanyak 1.15 juta daripada 1.8 juta akaun mengalami catuan air apabila pengagihan bekalan secara berjadual peringkat keempat dilaksanakan mulai tarikh tersebut.

Jumlah akaun yang mengalami catuan air itu mewakili 1.34 juta isi rumah atau 6.7 juta pengguna dari sembilan wilayah iaitu Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Kerajaan negeri mengumumkan catuan air akan dihentikan apabila kapasiti Empangan Sungai Selangor mencecah tahap 55 peratus.

Md. Khairi menjelaskan, setakat semalam, kapasiti takungan air di empat daripada tujuh empangan di negri ini berada di bawah paras 70 peratus.

Menurutnya, empangan-empangan tersebut adalah Empangan Klang Gates pada kapasiti 53.89 peratus, Empangan Langat (49.47 peratus), Empangan Sungai Selangor (37.31 peratus) dan Empangan Sungai Tinggi (61.29 peratus).

"“Jangka hayat takungan Empangan Sungai Selangor dianggarkan mampu bertahan selama 71 hari sehingga mencecah kapasiti kritikal 69 mm padu.

"“Jangka hayat takungan Empangan Klang Gates pula dianggarkan mampu bertahan selama 88 hari sehingga kapasiti kritikal 4.7 mm padu," ujarnya.( Utusna online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot.com.at 11.19 am on April 10,2014.

Hudud: PKR,DAP bantah keras

KUALA LUMPUR 9 April - Pas berterusan ditentang rakan sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang berhubung hasrat parti itu untuk mengemukakan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Ketika Kerajaan Pusat dan UMNO menyatakan sokongan kepada hasrat Pas itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula memberi peringatan keras bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.

Malah Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, secara terang-terangan berkata, DAP selaku parti kedua terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas.

“Hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan," katanya sebagaimana dipetik dari The Malay Mail Online hari ini.

Tony Pua adalah pemimpin kanan kedua DAP yang tampil menentang hasrat Pas selepas bekas Pengerusi, Karpal Singh lantang mengingatkan Parlimen minggu lalu agar jangan membenarkan usul berkenaan diluluskan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, rang undang-undang persendirian akan dibentang di Parlimen bagi mendapat kebenaran untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu. 

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PKR, N. Surendran, juga senada dengan DAP apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.

“Ketiga-tiga pihak secara terbuka mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan. Tidak ada kata sepakat tentang hal itu," katanya.(Utusan online-politik).Posted b y abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at11.08 am on Aril 10,2014.

Mohammad Shaffee wakil ROS hadapi DAP

KUALA LUMPUR 9 April - Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah (gambar) akan mewakili Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam menghadapi tindakan DAP yang memaksa ROS mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam Kongres Khas parti itu pada 29 September 2013. 

Ketika ditemui di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili DAP memberitahu pemberita, pihak­nya mengetahui mengenai pelantikan Muhammad Shafee itu pada hari ini.

DAP pada Februari lalu, mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman dalam usaha memaksa ROS mengiktiraf pemilihan CEC tersebut.

Parti tersebut mengadakan pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas itu di sini pada tarikh tersebut selepas diarah berbuat demikian oleh ROS yang tidak mengiktiraf keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012.

Pada 26 Mac lalu, Hakim Datuk Zaleha Yusof memberi kebenaran kepada DAP bagi memulakan satu permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS tersebut.

Terdahulu, Gobind hadir pada pengurusan kes tersebut di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Arun Nova Dass.

Menurut Gobind, mahkamah menetapkan 11 Jun ini bagi lanjutan pengurusan kes itu dan mengarahkan DAP menyerahkan dokumen yang berkaitan sebelum tarikh tersebut.(Utusan online-Mahkamah).Posted by abnmulya/Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.57 am on April 10,2014.

Tuesday, April 8, 2014

RBA cetus kemarahan rakyat terhadap kerajaan

KUALA LUMPUR 8 April - Tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) dipercayai dianggotai oleh individu yang mempunyai pelbagai latar belakang dan bermotifkan untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar mendedahkan, RBA yang bertindak sebagai pengatur cara merosakkan keamanan negara itu terdiri daripada pegawai bank, pemandu teksi, peniaga kedai runcit/makanan, doktor perubatan, pensyarah kolej swasta dan mekanik.

Menurut beliau, maklumat yang diperoleh daripada orang dalaman DAP itu mendapati modus operandi yang digunakan RBA cukup terancang iaitu untuk mencetuskan pelbagai isu semasa serta perkauman dan sekali gus membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Tentera RBA ini akan memberi maklumat palsu dengan menyebarkan berita negatif berkenaan ke­rajaan, sementara menyampai­kan tanggapan positif kepada masyarakat jika pembangkang diberi peluang mentadbir kerajaan pada masa akan datang.

"Mereka juga menyasarkan peng­guna internet dan pengamal tegar medium popular seperti Facebook, Twitter, blog serta portal berita yang majoritinya pengundi muda dan boleh menyebabkan kepada menentang kerajaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fakhrul Azman berkata, pergerakan tentera itu dipantau oleh pihak pembangkang sendiri yang beroperasi di Hotel Concorde, Kuala Lumpur dan KOMTAR, Pulau Pinang serta mereka dibayar secara tetap dan bulanan sejak empat tahun lalu.

"Agensi penguat kuasa terlibat perlu segera bertindak berikutan golongan ini sudah melampau dan jauh daripada landasan perjuangan serta boleh membahayakan keselamatan negara dan perpaduan rakyat. 

"Mereka perlu menyiasat dan menahan individu terbabit dengan penyebaran fitnah terhadap kerajaan. Jangan memilih kes kerana isu yang dicetuskan tentera RBA ini melibatkan keamanan negara," katanya.

Tambahnya, tindakan memfitnah dan menghasut rakyat berhubung isu kehilangan pesawat MH370 sejak kebelakangan ini perlu dibendung segera kerana mereka mencuba mencemarkan imej Malaysia di kaca mata antarabangsa.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya.blogspot.com.at 9.52 am on April 09,23014.

Monday, April 7, 2014

Kerajaan atau Anwar yang suka sembunyi maklumat?

KUALA LUMPUR 7 April - Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencermin diri sen- diri sebelum menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370.
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Katanya, semua lapisan masyarakat juga boleh membuat penilaian siapakah sebenarnya yang lebih banyak menyembunyikan maklumat dalam pelbagai perkara.

"Anwar tuduh kerajaan sembunyikan maklumat pesawat MH370 sedangkan dia sebenarnya lebih banyak menyembunyikan maklumat tentang dirinya daripada pengetahuan masyarakat.

"Sejak hari pertama berkecimpung dalam politik, Anwar lebih banyak berahsia dan sehingga sekarang, banyak persoalan yang belum mampu dia jawab, contohnya di manakah jam Omega miliknya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar Daily Telegraph yang berpangkalan di United Kingdom (UK), kelmarin menyiarkan kenya­taan Anwar yang mempersoalkan kegagalan sistem radar canggih, Marconi untuk mengesan perubahan arah laluan pesawat MH370 dan menuduh Malaysia menyembunyikan maklumat berkaitan.

Dalam pada itu, Nallakaruppan berkata, tuduhan Anwar itu amat mendukacikan kerana kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) adalah berkait maruah negara dan tiada kena mengena dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, dalam keadaan sukar, Anwar masih gagal mempamerkan jiwa besarnya apabila berterusan menyerang kerajaan sekaligus menunjukkan anutan politiknya tidak menggariskan sempadan kepentingan parti dan negara.

"Dunia menyaksikan bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bekerja keras menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 tetapi tiba-tiba Anwar membuat tuduhan bukan-bukan.

"Jika Anwar tahu di mana lokasi sebenar pesawat itu, tunjukkanlah. Kalau boleh bantu sila bantu tetapi kalau sekadar mahu berpolitik, saya minta Anwar ‘main' jauh-jauh. Ja­ngan ganggu usaha kerajaan dan 25 negara lain," tegasnya.

Mengenai kenyataan Anwar dalam temuramah bersama Channel 4 News di London minggu lalu yang mencadangkan kerajaan memohon maaf kepada China, Nallakaruppan berkata saranan Anwar itu adalah melucukan kerana ditolak oleh rakan pembangkang yang lain.

Katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Kluang daripada DAP, Liew Chin Tong malah anak didik Anwar dalam PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sendiri menegaskan soal meminta maaf tidak timbul sebaliknya usaha mencari perlu diteruskan.

"Itu kenyataan yang dibuat selepas berbincang dengan sekutu pembangkang atau tidak, kalau dibincangkan sudah pasti Pas dan DAP juga menolaknya kerana mereka sudah arif sangat betapa Anwar hanya mahu menyalahkan BN.

"Mereka sepatutnya malu berketuakan Anwar kerana di negara lain, jika negara mereka dilanda musibah, baik pemimpin kerajaan mahupun pembangkang akan bersolidariti tetapi di Malaysia, Anwar lebih berminat membawa watak seorang hero," katanya.( Utusan online-Dalam Negeriu).

PRU-14 BAKAL DITENTUKAN PENGUNDI MUDA

MELAKA 7 April - Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan datang dijangka lebih mencabar dengan sebahagian besar keputusannya bakal ditentukan oleh pengundi muda.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, jumlah pengundi muda atau pengundi kali pertama ini didapati meningkat daripada 60,000 kepada 2008 kepada 3 juta orang pada PRU lepas.

Melihat kepada trend peningkatan itu jelasnya, jumlah tersebut dijangka akan meningkat kepada lima juta pengundi muda pada PRU akan datang dan ini amat memainkan peranan dalam menentukan kemenangan parti.

"Justeru, Barisan Nasional (BN) perlu mempunyai satu pendekatan baharu yang lebih mendalam daripada apa yang telah dilaksanakan sebelum ini dalam usaha mendekati golongan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kelompok Persidangan Tahunan Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka di Dewan Hang Tuah di sini semalam.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at  9.12 am on April 08,2014.

Sunday, April 6, 2014

Chong Wei juara lagi

April 07,2014.
Chong Wei

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mengecewakan musuh tradisi, Chen Long buat kali kedua berturut-turut untuk merangkul kejuaraan Siri Super Terbuka India buat kali ketiga di New Delhi, semalam.

Selepas menundukkan pemain No. 2 dunia dari China itu pada perlawanan akhir All England, Mac lalu, Chong Wei memerlukan 55 minit untuk mencatat satu lagi kemenangan 21-13, 21-17.

Kemenangan ini juga membolehkan jaguh perseorangan negara itu mengatasi Chen Long 9-8 dalam rekod pertemuan kedua-dua pemain, malah ia adalah gelaran ketiga buatnya tahun ini selepas menjuarai Siri Super Premier Terbuka Malaysia (Januari) dan All England.

Chong Wei, 32, yang turut menjuarai Terbuka India pada 2013 dan 2011 sebelum ini menumpaskan rakan senegara Chen Long, Du Pengyu dalam pertarungan sengit 21-17, 19-21, 21-15 di separuh akhir, kelmarin. 

Sementara itu, gelaran beregu lelaki menjadi milik pasangan No. 2 dunia dari Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen yang me­numpaskan pilihan ketiga dari China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan 17-21, 21-15, 21-15.

Bagaimanapun China me­nguasai dua daripada lima gelaran yang ditawarkan pada kejohanan bernilai AS$250,000 (RM820,000) apabila membawa pulang kejua­raan perseorangan wanita dan beregu wanita. 

Wang Shixian menumpaskan rakan senegara dan pemain No. 1 dunia, Li Xuerui 22-20, 21-19 dalam masa 47 minit untuk membawa pulang kejuaraan perseorangan wanita.

Gandingan Tang Yuanting-Yu Yang pula menumpaskan pasangan Korea Selatan, Jung Kyung Eun-Kim Ha Na 21-10, 13-21, 21-16 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama hampir satu jam.

Kejuaraan beregu campuran pula menjadi milik pasangan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christina Pedersen yang dipaksa berhempas pulas untuk menundukkan pilihan keempat dari Korea, Ko Sung Hyun-Kim Ha Na 21-16, 18-21, 21-18.(Utusan online-Sukan).Posted by abnmulya.blogspot.com.at 13.18 hrs oln April 07,2014.

Memmancar data penerbangn dan kotak hitam terus ke bumi

April 07,2014.

Prof.Madya Dr.Amir Akramin
Memajukan teknologi baru bagi memudahkan pemancaran berterusan data penerbangan termasuk data kotak hitam langsung ke pusat data di bumi bukan sesuatu yang mustahil, kata beberapa orang pakar semalam.

Mengambil perhatian bahawa idea itu telahpun dimajukan oleh beberapa penyelidik antarabangsa, Pengarah Pejabat Jaringan Industri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Prof Madya Dr Amir Akramin Shafie (gambar) berkata, idea itu kini hampir menjadi kenyataan.

Malahan, kata beliau, beberapa syarikat penerbangsan kecil telahpun menggunakan sistem dipanggil "AMS Blue box Reporting System" yang secara teknikal berfungsi sama seperti kotak hitam - hanya data dipancarkan secara langsung ke bumi.

"Idea itu kini dibincangkan di kalangan para penyelidik setelah kemalangan pesawat Air France, tetapi oleh kerana wujud beberapan kendalaan, syarikat-syarikat penerbangan belum diwajibkan menggunakan sistem itu," katanya.

Beliau mengulas gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Selasa lepas di Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia di Dubai, agar Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) memajukan teknologi yang dapat memudahkan pemancaran data penerbangan tepat masa.

Dr Amir Akramin yang bertugas di Jabatan Kejuruteraan Mekatronik, IIUM berkata antara langkah yang menjadi halangan ialah saiz data, proses yang perlu dilalui, dan peruntukan besar kewangan yang terlibat. Dr Amir berkata dalam bidang di mana tidak terdapat kemudahan telekomunikasi terresterial (di bumi), data perlu dihantar menerusi satelit, yang bermakna melibatkan keperluan kewangan yang besar.

"Jika ini dilaksanakan, saya bimbang (perbelanjaan) akan diserap ke dalam tiket penumpang," kata beliau. 

Sebaliknya, jika pesawat boleh dihubungi dengan kemudahan telekomunikasi terresterial, ia akan tertakluk kepada dasar band spektrum tempatan, dikuatkuasa misalnya, oleh kementerian komunikasi dan multimedia sesebuah negara tempat pesawat itu terbang, kata Dr Amir Akramin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Dr Noordin Ahmad yang sependapat dengan Dr Amir Akramin berkata satelit sama ada milik kerajaan atau komersial, boleh digunakan untuk mengendali pemancaran data tepat masa sekalipun ia melibatkan paket data yang besar.

"Memang ada satelit yang hanya ambil paket kecil, dan ada yang boleh ambil yang besar-besar macam siaran langsung bola sepak...kalau dilihat dari perspektif teknologi, ia tak ada masalah untuk tingkatkan keupayaan dan tak ada masalah untuk ambil semua data," katanya.

Noordin mengambil perhatian memandangkan ketika ini kerajaan tidak memiliki satelit komunikasi, syarikat penerbangan tempatan terpaksa menggunakan satelit komersial.

"Dalam aspek ini, satu hal yang perlu diambil kira ialah soal amanah, seperti tidak akan berlaku pengintipan dsbnya, ia lebih kepada keselamatan dan sekuriti," kata beliau.

Sementara itu, timbalan pengarah kanan Sektor Airworthiness Jabatan Penerbangan Awam, Idros Abd Rahman berkata selain menggunakan kotak hitam, beberapa syarikat penerbangan telah menggunakan "data link" untuk pemancaran data tepat masa.

Ini kebanyakannya digunakan oleh staf penyenggaraan bagi memantau sebarang kerosakan atau masalah sistem pada pesawat yang perlu dibaiki sebaik saja pesawat mendarat, kata beliau.

Mengenai kapasiti purata data yang dapat disimpan kotak hitam bagi setiap penerbangan beliau berkata, 'beratus-ratus...dalam bentuk digital'. 

Sehubungan ini, Malaysia akan menjadi hos bagi mesyuarat pakar-pakar ICT industri penerbangan bulan depan bagi mencari jalan membolehkan informasi dari kotak hitam disalurkan terus ke pusat data di bumi. 

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi ketika mengumumkan mesyuarat itu Jumaat lepas, berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan antara lain kesulitan yang dihadapi dalam operasi mencari pesawat MAS MH370 yang hilang berserta kotak hitamnya. – 7 April, 2014(The Malaysian Insider).Posted by abnmulya.blogspot.com.at 1307 hrs on April 07,2014.