Thursday, July 31, 2014

Ahli Parlimen Jasin,Melaka, YB Ahmad Hamzah: Seorang yang mesra rakyat.Punya masa depan yang cerah di arena politik...



Sabtu,Ogos 02,2014 at 2.55 pm. 

Pada tahun ini penulis berkesempatan meraikan ketibaan Hari Aidilfitri Al-Mubarak,di kampung tempat penulis dilahirkan iaitu di Kampung Umbai,Batu 8,Melaka.

penulis bertolak pulang ke kampung Umbai,Melaka ialah pada hari Sabtu Tengah Hari,jam  3.00 petang,bersamaan pada tanggal 19 hb.Julai 2014.

Penulis bertolk dari kediaman penulis  dari Taman Sri Gombak ke Melaka kira-kira jam 3.00 petang dan sampai di Melaka pada jam 4.33 petang.

Syukur Alhamdulillah, penulis tiba di tool  Batu Berenam Melaka kira-kira 4.33 petang.Ini bererti hanya memakan masa 1 1/2 jam sahaja ( satu setengah jam sahaja) masa yang penulis perlukan untuk tiba ke rumah penulis di Melaka. Sepanjang perjalanan penulis itu langsung tidak ada menempuh kesesakan aliran trafik.

BERTEMU AHLI PARLIMEN JASIN , YB.DATUK WIRA AHAMAD HAMZAH
DI DALAM MASJID.

Di dalam masjid Kg.Umbak, sebelah kanan
penulis ialah YB.Datuk Wira Ahmad Hamzah
Ahli Parlimen (MP) Jasin,Melaka. sedang
menyambut salam maaf bermaaf dari jemaah
sunat solat Aidilfitri di pagi Hari Raya.
Di pagi raya penulis bertolak meninggalkan rumah penulis dari Jalan Bukit Tembakau menuju Masjid Besar,Kg.Umbai,di Batu 8 3/4( batu lapan tiga suku) ikut Jalan Lama menuju ke Selatan iaitu ke Muar hingga ke Johor Bahru.

Penulis bertolak dari rumah di pagi itu menuju ke Masjid Besar Kg.Umbai pada jam 7.30 pagi dengan ditemani oleh 2 anak lelaki penulis Khairu dan Zulkifli.

Kenapa kami bertolak ke masjid secepat itu? Kerana dah lama dah penulis tidak pergi menziarahi kubur arawh Ayah penulis Hj,Ninggal bin Said dan Bonda Penulis Hajah Maimunah bte Hj.Abdul,yang telah disemadikan di kawasan perkuburan di sekeliling masjid tersebut lebih sepuloh tahun yang lalu.

Sebaik sahaja tiba di masjid itu dan meletakan kereta penulis di tepian jalan lebuh raya Melaka ke Muar (jalan lama).

Penulis segera menziarahi kedua kubur ayah dan ibuku yang tersayang dan lantas membacakan ayat-ayat Surah Yasin ke atas kedua-dua kubur itu yang kebetulan letaknya sebelah menyebelah sahaja.

Dengan penuh rasa sedih dan tidak disedari air mata penulis jatuh melilih ke pipi ketika penulis membaca surah Yasin itu akibat merasa amat sayu dan pilu krtika berada tanah perkuburan itu.

Barulah penulis insaf  bahawa setiap yang hidup itu pasti akan mati dan yang dah mati pasti tidak akan kembali lagi.Setelah ayah dan ibuku tiada di dunia ini,barulah penulis rasa kehilangan yang tidak boleh diganti-ganti.Kerana ayah dan ibu itu bukan boleh ditukar ganti macam barang-barang yang lain..

Mati isteri, sang suami boleh berkahwin lagi.Mati suami, sang isteri juga boleh berkahwin lagi. Tetapi mati ayah dan ibu kita? Maka jadi anak yatim piatulah kit buat selama-lamanya.

Justeru kepada anda yang masih punya ayah dan ibu di dunia ini? Penulis menyeru dengan ikhlas...jagalah mereka sebaik-baiknya sebelum mereka berdua itu meninggalkan anda dan kembali ke alam baka'.Alam yang kekal abadi.

Ketiadaan ayah dan ibuku ketika menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri Al-Mubarak itu membuatkan jiwa penulis menjadi kosong dan kekosongan itu dirasakan amat mendalam terutama di hari istimewa,di hari kita semua sedang bergembira menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri Al-Mubarak

Kita sudah hilang peluang untuk memeluk batang tubuh ayah dan ibu kita yang disayangi dan sekaligus kita telah hilang peluang untuk menyusun sepuloh jari, meminta ampaun dan maaf,kepada ayah dan ibu kita atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan semasa hayat kedua-duanya masih di kandung bada di dunia ini.

KETIKA BERSALAM-SALAMAN DI PAGI RAYA DI DALAM MASJID

Setelah jemaah yang memenuhi msjid Kg.Umbai itu selesai melakukan laungan takbir hari raya banyak kali sebelum menunaikan solat sunat hari Raya Aidilfitri dua rakaat.

YB.Datuk Wira.Ahamd Hamzah sedang memperkatakan sesuatu 
dengan tetamu di dalam majlis Pertemuan anak-anak perantau di rumah adik 
bungsu penulis Mohd Soh Ninggal,di Kg.Umbai,Batu Lapan setengah,Melaka.
Tuan Nazir masjid telah memberi kesempatan kepada(menantu Ghafar Baba) Ahli Parlimen Jasin,YB.Datuk Wira Ahmad Hamzah dan Ahli DUN kawasan Serkam,YB Zaidi bin Atan menyampaikan ucapan masing-masing secara rengkas.

Lepas itu solat sunat Raya Aidilfitri pun dimulakan.Selaku dah menceburkan diri di dunia politik lebih 12 tahun lamanya, penulis lihat ucapan yang diberikan oleh Datuk Wira lebih matang dan punya isi yang bernas.

Seperti biasa,iaitu selepas Imam dah selesai membaca khutubah solat sunat Hari Raya Aidilfitri,maka para jemaah lantas beratur berjalan perlahan menuju kepada dua Wakil Rakyat itu untuk bersalam-salaman, bermaaf-maafan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri,

Penulis semaca terlupa tidak mengikuti protokol lantas mengambil jalan pintas terus menuju ke arah di mana YB.Datuk Wira Ahmad Hamzah dan YB Zaidi Atan sedang berdiri menunggu jemaah mara bersalam-salam dengan mereka.

(Ahli Parlimen Jasin)YB Datuk Wira Ahmad Hamzah, dilihat semacam ternampak kemaraan penulis itu agak sedikit terperanjat.Pun begitu penulis terus mara dan bersalaman dengan beliau dan beliau segera memeuluk batang tubuh penulis,

Sesudah bersalaman dan berpelukan itu penulis hendak meninggalkan mereka tetapi Datuk Wira Ahmad Hamzah menarik tangan saya dan beliau mahukan saya juga berada di tengah-tengah anatara YB.Ahmad Hamzah,Ahli Parlimen,kawasan Jasin,Melaka di sebelah kanan penulis,sementara sebelah kiri penulis pula YB Zaidi bin Atan ADUN kawasan Serkam,Melaka.

Sebahagian daripada anak-anak perantau yang hadir
 dan bertemu dan berkenal mesraa anatara satu dengan lain
di majlis pertemuan anak-anak perantau it
u.
Terpaksa penulis ikutkan kemahun beliau sebagai tanda hormat penulis walaun penulis rasa serba salah kerana yang menjadi tumpuan para jemaah solat sunat Hari Raya Aidilfitri, pada pagi itu ialah kepada dua tokoh politik iaitu Datuk Wira Ahmad Hamzah,Ahli Parlimen (MP) Jasin,Melaka dan YB.Zaidi bin Atan,wakil rakyat ADUN Serkam, Melaka.

Maka penulis pun sebok juga bersalam-salaman kepada jemaaah -jemaaah itu hingga habis semuanya selaku YB yang tidak punya kawasan di pagi raya itu.

Entah apakah sebabnya Datuk Wira Ahmad Hamzah berbuat demikian dan memberi penghormatan kepada penulis,tidaklah penulis ketahui?

Hingga kini pun penulis tak faham. Oh!lazimnya orang-i orang politik memang kaya dan banyak muslihatnya...hanya beliau sahaja yang tahu apa muslihatnya?

TAK PERNAH BERSUA  4 MATA

Sebenarnya,sejak Datuk Wira Ahmad Hamzah ini dan jadi wakil rakyat ADUN kawasan Serkam,kalau tak silap dah dua penggal dah dan kemudian jadi Ahli Parlimen Umno Kawasan Jasin pula.Penulis belum pernah bersua muka secara 4 mata dengan beliau.

Ada tak ada ikatan tali persaudaraan itu ada sedikit. Ayahnya,Pak Cik Hamzah, jika bertemu dengan Ayah dan Ibu penulis semasa penulis kecil-kecil dulu...,Pak Cik Hamzah ini ( ayah YB.Ahmad) akan panggil bapa penulis dengan panggilan pangkat (Pak BusuNinggal) dan (Mak Busu Munah) kepada ibu penulis.Salur-galur yang lebih mendalam lagi penulis pun tak tahu.

BERTEMU LAGI DI MAJLIS ANAK-ANAK PERANTAU
Sebahagian lagi anak-anak perantau yang hadir di majlis itu 
kemudianya bertemu mesra bersempena di Raya Aidilfitri Al-Mubarak 
di malam tersebut. Yang duduk di tengah-tengah Sdr.Niza Imbi anak 
lelaki sepupu penulis Imbi bin Saad,p[enduduk tetap di K.Lumpur.
Pada malam dua hari raya adik penulis yang bungsu Mohd Soh Ninggal telah mengadakan majlis pertemuan anan-anak perantan di halaman rumah persinggahnya yang tersergam indah ketika beliau balik ke kamung, di Batu lapan setengah,di Kg.Umbai,Melaka.

Kira-kira dua ratus orang anak-anak perantau telah hadir sebagai tetamu pada malam tersebut.Penulis tiba kira jam 9.30 malam,agak lewat sedikit.Ada di anatara tetamu sudah pun meninggalkan majlis itu disebabakan ada undang di rumh-rumah lain.

Penulis terpaksa hadir di majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran peniaga ( Ikan Bakar)di Jeti Kg.Umbai ke Pulau Besar,Encik Shafie Saat ( ank buah pernulis) bapa saudara bagi YB Zaidi bin Atan,wakil rakyat kawasan DUN  Serkam,Melaka.

Selepas penulis tiba, kira lima minit kemudiannya maka tiba pula YB Datuk Wira Ahmad Hamzah.

Maka kami pun bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan sekali lagi pada malam itu. Selepas itu saya lihat YB Datuk Wira Ahmad Hamzah,pergi bersalam-salaman kepada semua anak-anak perantau itu dari satu meja ke satu meja hingga habis dengan penuh kemesraan.

Sebagai orang politik yang mengamalkan budi pekrti yang sangat humble ini? Sesungguhnya akan memberi banyak manfaat kepada bidang politik yang diceburinya itu.
Rumah persinggahan adik bungsu  penulis Mohd Soh Ninggal
di bina di atas tapak rumah lama peninggalan ayah dan ibu penulis
 dengan memakan belanja tiga ratus ribu ringg
it.
Orang kampung yang hadir di masjid-masjid dan di dalam sebarang majlis Hari Raya Aidilfitri yang ditemuinya itu dan yang dijabat tangan dari satu orang ke satu orang itu merasa dihormati.

Orang-orang itu pula adalah merupakan penyokong,pengundi akar umbi Umno di kawasan yang mereka wakili. Rakyat kampung dikawasannya itu amat rasa teruja jika seorang Wakil Rakyat bergelar Datuk,Tan Sri dan sebagainya sudi berjabat tangan dan berbual-bual dengan mereka.

Jika sikap humble yang menjadi amalan sejati oleh Datuk Wira Ahmad Hamzah ini diteruskan? Insya Allah!Perjuangannya di arena politik di Melaka, akan boleh bertahan dalam janka masa yang lama seperti arwah bapa mertua beliau Al-Marhum En.Ghafar Baba.

Mendekati dan mengetahui keperluan akar umbi yangmenjadi pengundi  baik di kawasan Parlimen mahupun di kawasan DUN bolehlah dikatakan wajib keran merekalah yang menobatkan  seseorang itu jadi wakil rakyat.Melupai pengundi akar umbi?

Bererti akan memalapkan peluang anda untuk dipilih sekali lagi pada Pilihan Rya Umum yang seterusnya. Segala tindakan dan gerak geri kita ketika anda jadi wakil rakayt sentiasa difokus oleh pengundi akar umbi anda.

Penulis sering mengikuti perdebatan di dalam Parlimen dan ada juga mengikuti ucapan YB.Datuk Wira Ahmad Hamzah di dalam Palimen melaui TV tempatan.

Apa yang diucapkan oleh beliau di dalam sesuatu perbahasaan di dalam parlimen itu ada isinya dan ada Visi.Penulis yakin sebelum ke Parlimen Datuk Wira Ahmad Hamzah terlebih dahulu ada mmembuat reserch..

Tidak mustahil,pada usianya yang masih muda lagi itu beliau akan menempa kejayan politik yang lebih hebat lagi. Bermula dari ADUN negeri Melaka,kini dah menjadi Ahli Partlimen (MP) pula.

Mungkin akan jadi menteri kerajaan pusat suatu masa nanti dan mungkin akan jadi  Ketua Menteri Melaka. Insya Allah. Penulis sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak dari kampung penulis yang penulis cintai.

Semuanya ini, tidak mustahil,jika ia telah menjadi ketentuan Allah swt., yang Maha Berkuasa.(Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal. blogspot. com.at 1455 hrs on Ogos 02,2014..

Panorama majlis di malam menyambut hari raya ke-2 di rumah penjual "kedai Ikan bakar" di Jeti Kg.Umbai ke Pulau Besar, Melaka.

Yang berkupiah putih semuanya AJK dari Masjid Besar,di
Kg.Umbai, di Batu 8 3/4 ( lapan tiga suku) terletak di jalan
besar dari Melaka ke Muar,Johor ( jalan lama).
Sebahagian para tetamu yang dapat penulis rakamkan di malam
 hari raya ke :2 iaitu pada tanggal  22/007/2014,
Dari kanan nombore 2 berbaju kurung putih bersongkok hitam
En.Kabung bin Saad,penjual Ikan Bakar juga di Kedai dekt dengan
pelabuhan Kelang,Selangor. Kedai Ikan Bakartnya di Kelang
 itu lebih besar dari abangnya Shafie Saad,di Jeti Kgh.Umbai
ke Pulau Besar  itu.
Selasa,Julai 28,2014
( Syawwal 2,1435).

SESUNGGUHNYA rezeki Allah swt.,itu berada di mana-mana. Anda  boleh mencarinya dan boleh mendapatkan  hatta baik di mana-mana sahaja anda berada,asalkan anda bersedia berkrja keras dan berusaha dengan gigih setiap bidang usaha yang anda ceburi itu.

Ada orang berjaya di dalam hidupnya mencari nafkah hidupnya di bandar-bandar besar-besar sesuai dengan ilmu dan kebolehan yang ada pada mereka.

Sebahagian tetamu dari kaum hawa kelihatn begitu tekun
sedang menjamu selera mereka dengan juadah makanan
dan minuman beranika jenis.
Ada banyak juga orang-orang yang berjaya senang lenang dengan bekerja dan berusaha di kampung kelahirannya.

Begitulah yang terjadi pada Encik Shafie Saat.Setelah bersara sebagai salah seorang di anatara ribuan pasukan Navy ( tentera laut) di zaman muda remajanya..Kemudiannya bersara dan menetap di kampung halaman dimana beliau dilahirkan dulu.

Kini beliau menyara hidupnya dan keluarganya dengan cara berniaga setiap malam dengan hanya menjual (ikan bakar) di Kampung Umbai,di Jeti Kg.Umbai ke Pulau Besar, Melaka. Syukur Alhamdulillah! Bidang niaga yang dipilihnya itu dibarkati oleh Allah.Pendapatan kini lumayan,lebih lumayan daripada ketika beliau bertugas sebagai angkatan Navy dulu.

Enchik Shafie Saat mampu mengadakan majlis (open hause) setiap tahun ketika tiba perayaan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitriala-Mubarak dan boleh dikatakan cara majlis tersebut di adakannya itu boleh dikategorikan yang besar juga jumlah jemputannya dan besar juga ongkos perbelanjaannya.

Bertempat di halaman rumahnya,di Jalan Bukit Tembakau yang terletak kira-kira setengah batu dari Jalan Besar menuju ke Muar.(masuk ke sipang Jalan ke Paya Dalam,Melaka)\ Sudah 17 tahun berturut-turut ketika menyabut ketibaan Hari Raya Aidilfitri-Al-Mubarak,beliau mengadakan majlis "open house"melayani para tetamu Hari Raya Aidilfitri yang telah berkunjung ke rumah belaiu lebih daripada seribu orang ramai.

Kaum hawa sedang menjamu selera mereka di bahagian
tempat duduk yang lain pula di halaman rumah Encik Shafie Saad.
Menurut Shafie Saat beliau rasa amat bersyukur ditentukabn oleh Allah,di zaman pesaraanya itu, mencari nafkah keluarganya dengan berniaga membuka kedai "ikan bakar" yang terletak di Jeti Kg.Umbai, Melaka. Dan rezekinya melimpah-limpah datang.

Di Jeti inilah tempat pengkalan  (one stop cetre) bagi para pelancung untuk melancung singgah dalam perjalanan pergi melancung ke Pulau Besar,satu-satu pulau Lagenda Tersohor khasnya di Melaka yang menjadi tumpun para pelancung dari dalam dan luar negara Malaysia.

Di pengkalan inilah tempat para pelancung yang mahu pergi melancung ke Pulau Besar dengan menaiki perhau (motor boat), meletakan kereta-kereta mereka dan dijaga oleh pekerja-pekerja di Jeti tersebut dengan selamat dengan hanya mengenakan sedikit pemabyaran parking.

Berbagai-bagai  perangai dapat diabadikan berlatar
belakngkan kelakuan para tetamu yang hadir.Ada di antranya
duduk sebentar setelah kekenyangan  memakan juadah Hari
Raya Aidilfitri di open house Encik Shafie Saad.
Acara menyabut hari raya Aidilfitri al-Mubarak ini penulis difahamkan telah dilakukan oleh Shafie Saat selam 17 tahun berturut-turut termaduk pada hari raya tahun ini.

Para tetamu yang datang pada malam itu menurut Shafie Saad lebih dari seribu orang terdiri para setempat sekeliling ruamhnya itu termasuk juga saudara mara dan taulan yang dijempit.

Bayangkanlah berapa banyak wang ringgit terpaksa diperuntukkan oleh Shafie Saad dan adiknya Kabung Saad untuk menyediakan berbagai jenis juadah hari raya untuk para tetamunya yang hadir pada malam tersebut ditaksirkan lebih seribu orang ramainya.

Penulis anak beranak tiba di majlis tersebut kira-kira jam 9.00 malam.

Majlis makan dimulai pada jam 9.30 malam iaitu selepas Imam dari Masjid Umbai ,di Batu  8 3/4( lapan tiga suku) dan AJK2-nya telah selesai mengerjakan  solat fardhu Isyak. Penulis tidak lama berada di situ kerana tergesa-gesa untuk menghadiri majlis pertemua (anak-anak perantau) yang balik ke kampung pada hari raya Adilfitri. tahun ini.

Majlis itu diadakan oleh adik bungsu penulis Mohd Soh Ninggal yang bersara dari PETRONAS kira 8 tahun yang lalu.

Beliau mula bersara dari PETRONAS kira pada tahun 2006 dan mengakhirti jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Presiden,MITCO berfungsi sebagai mengueruskan Import dan export MITCO anak syarikat Petronas.(Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2241 hrs on July 31,2014).

Wednesday, July 30, 2014

Krisis politik (PR) Di Selangor : Pengaruh politik PAS akan semakin kuat jika Tan Sri Khalid Ibrahim,PAS dan UMNO bergabung membentuk kerajaan baru...




Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Khamis,July 31,2014 at 7.51 pm.

USAHA untuk meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengosongkan kerusi Ketua Menteri Selangor dan kerusi itu diberikan kepada Datin Dr.Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, memang sudah menjadi pengetahun rakyat Malaysia di seluruh ceruk rantau tanah air.

Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
 dari parti PKR
Isu ini sedang hangat dipertikaikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ,penyokong-penyokongnya kenapa Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya mengambil keputusan sedemikian rupa?

Sementara parti-parti di dalam gabungan Pakatan Rakyat seperti PAS dan DAP pun dilihat semacam agak rasa terkilan dengan gerakan yang di ambil Anwar Ibrahim dan tokoh-tokh PKR lain yang menyokongnya.

PAS di Selangor menerusi Ketua Perhubungan PAS negeri Selangor YB Fatah Iskanda,menerusi komen-komen beliau di akhbar-akhbar dan diblog-blog tempatan secara terus terang mahukan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR kekal sebagai Menmteri Besar Selangor.
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pendirian yang telah dizahirkan YB Fatah Iskandar itu dilihat telah mendapat sokongan yang meluas oleh pemimpin pemimpin kanan PAS Selangor.Bagi mereka Tan Sri Khalid Ibrahim semacam tidak ada cacat celanya.

Dalam keriuhan isu politik di Selangor mahukan kerusi Menteri Besar yang sedang dipegang TanSri Khalid Ibrahim dari parti PKR juga digantikan?

Datin Dr. Wab Azizah
Wan Ismail,Pres
iden Parti PKR
Dengan izin Allah SWT iaitu ketika menjelang sehari dua tibanya hari Raya Aidilfitri tahun ini yang sedang kita sambut ini,menerusi akhbar-akhbar dan blog-blog tempatan termasuk akhbar PAS iaitu akhbart  Harakah dan blog onlinenya,didapati telah menyiarkan berita bahawa Presiden PAS Tuan Guru Hj.Hadi Awang menyokong penuh pendapat Ketua Perhubungan PAS Selangor YB Fatah Iskandar itu.

Pada tanggal 28  hb.Julai 2014 pula iaitu menerusi Utusan online,di ruangan politiknya penulis dapati telah menyiarkan berita tentang komen Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat dengan tegas dan serius mempertahankan pendirin Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memberi sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim terus kekal menjadi Menteri Besar Selangor.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Hanya Timbalan Prsiden PAS,Mohd Sabu yang menganggap bahwa pendirian Hadi Awang itu merupakan pendapat buah fikiran peribadi Hadi Awang?

Entah betulkah atau salahkah andaian Mat Sabu itu hanya Hadi Awang sahaja yang tahu kerana beliau adalah Presiden PAS.

Hadi Awang tidak akan mengeluarkan kenyatan sesuatu yang ada dengan kepentingan partinya, jika beliau tidak merasakan apa yang diluahkan oleh beliau itu semata-mata untuk kepentingan parti PAS.

Beliau mesti sanggup bertanggung jawab sepenuhnya atas kenyatan yang dibuatnya yang akan dan telah disiarakan oleh media.Begitu juga dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat.Beliau dilihat sanggup bertanggung jawab dan tidak akan membuat (U turn) berhubung dengan isu sokongan yang telah diberikan pada Hadi Awang.

Mursyidul Am PAS Tuan
Guru Nik Abdul Aziz. 
Lazimnya selaku Presiden sesebuah parti itu secara otomatik punya kuasa khas mengeluarkan kenyataan yang mewakili pendapat partinya walaupun kenyatannya itu belum dan tidak dibawa bermusyuarah dengan Ahli Jawatankuasa Pusat sesebuah parti itu untuk memberi mandat.

Jika nak keluarkan sepatah dua perkataan berhubung dengan kepentingan parti? Kononnya mesti terlebih dahulu diluluskan oleh mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Pusat parti?

CARA itu lebih teruk dari rejim Yahudi yang telah dan sedang membunuh mati rakyat Plastine di Gaza kini.

SIAPA DIA MAT SABU ITU?

Tidakkah Mohd Sabu sedar berapa banyak kenyataan-kenyataan politik beliau selama ini yang telah dihamburkan dari mulut beliau itu sendiri tanpa ada mandat dari PAS kerana tidak pun di bawa bermesyuarat terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan Presiden PAS dan AJK Pusat PAS telah beliau luahkan di mass media sewenang-wenangnya? Oh! banyak dan sungguh banyak......jika hendak dikira.

YB Datuk  Iskandar Abdul Samad,,Exco
kanan dan Pesuruhjaya PAS
di Selangor.
Siapa anda? Dilihat begitu tega komen kenyatan  Haji Hadi Awang dan syok-syok nak salahkan orang sahaja sedangakan ekor anda bergelumang dengan tahi?

Poorlah.......anda hanya Timbaln Presiden PAS.Tidak punya kuasa khas seperti yang dimiliki oleh Presiden PAS dan Mursydidul Am PAS?

TINDAKAN DATUK SERI NAJIB KETIKA BERDEPAN DENGAN MALAPETAKA MH17 SEBAGAI CONTOH YANG BAIK.

Datuk Seri Najib Tun Razak secara senyap-senyap tanpa diketahui oleh MT Umno dan tanpa pengetahuan kabiet beliau telah berunding dengan Alexandre Borodai,tokoh pemimpin pro-Rusia yang berkuasa di dalam Wilayah Donetsk, pihak pemisah Ukraine dalam isu MH17 ditembak jatuh mengakibatkan sebanyak 298 orang penumpang termasuk krewnya mati terbunuh jadi korban.

Ketika berdepan isu MH17 itu? Bagi Datuk Seri Najib yang paling penting ialah mayat-mayat mangsa MH17 itu agar dapat segera diselamatkan dan segera di bawa keluar dari kawasan Wilayah Donetsk yang dikuasai pihak pro- Rusia,agar mayat-mayat itu tidak jadi busuk dan Kotak Hitam MH17 yang sarat dengan maklumat penting di dalamnya agar segera dapat diselamatkan terlebih dahulu.

Itulah isu penting yang berkait-mait dengan maruah kerajaan Malaysia. Kapal terbang MH17 itu kepunyaan Malaysia.Waris-waris mangsa  MH17 telah menyerbu Datuk Seri Najib.

Malaysia ketika berdepan dengan isu tersebut mesti beruding dengan apa  cara sekalipu dan dengan sesiapa sahaja,walaupun terpaksa menghadapi resiko-resikonya,asalkkan mangsa yang telah jadi mayat,kotak hitam dan bangkai kapal terbang MH17 itu dibenarkan oleh pihak pro-Rusia untuk disiasat.

Kerajaan Ukraine yang sah pun tidak mampu untuk memasuki kawasan yang dikuasai oleh askar yang pro-Rusia itu.

Hasilnya? Sikap Datuk Seri Najib yang bijaksana,bertindak cara senyap-senyap tanpa heboh-heboh ketika menghadapi isu yang paling kritikal itu telah menghasil keputusan yang sangat positif,berfaedah kepada semua waris-waris mangsa penumpang MH17.

Kotak Hitam harta MAS yang sangat bernilai itu dah diserahkan kepada kerajaan Malaysia oleh pihak yang pro-Rusia untuk dikaji oleh pakar-pakar kotak hitam untuk mengetahui isi kandungannya.

Tindakan bijaksana oleh Datuk Seri Najib itu telah memeranjatkan tokoh-tokoh politik dunia antara bangsa dan apa yang telah dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib itu semacam tidak sekali-kali terfikir oleh pemimpin politik Barat yang kononnya amat bijaksana hingga menjadi Presiden dan Perdana Menteri di negara kuasa besar iaitu seperti Amerika,Jerman,Britain,France dan di negara-negara Eropah dan sebagainya.

Kini mencurah-curah ucapan terima kasih telah dihamburkan oleh mereka khasnya kepada Datuk Seri Najib.Datuk Seri Najib yang bijaksana. Lebih mementingkan kepentinganan rakyat Malaysia yang telah jadi mngsa  korban MH17 itu dan sekaligus pada insan-insan yang telah jadi mangsa,terdiri dari berbagai bangsa dan negara lain yang berbeza bangsa dan agama yang jadi penumpang keapda kapal terbang MH17 kepunyaan Malaysia.

Begitulah juga jadinya dengan Hadi Awang.Beliau berpendapat gagasan yang dibuat oleh Ketua Perhubungan  PAS Selangor YB, Datuk Iskandar Abdul Samad itu amat lojik dan akan memberi manfaat kepada perjungan PAS?

Maka beliau pun mengeluarkan kenyataan menyokongnya.Sejauh ini hanya Mat Sabu sahaja yang tak setuju. Itu tak mengapa dah.Mat Sabu bukannya Presiden parti PAS?

DAP  DILIHAT SEMACAM TIDAK BEGITU HORMAT PADA PAS.

SEJARAH telah mencatitkan bahawa PKR/PAS/DAP mula menang besar di dalam Pilihan Raya umum pada PRU-12(2008) dan PRU-13(2013). Dari apa yang DAP cakap dan dari apa yang DAP buat terhadap PAS? Secara-cara terang-terangan DAP dilihat semacam tidak begitu hormat pada para pemimpin tertinggi PAS.

Datuk Dr.Mahfodz Mohamad
Pemangku Tim.Ketua Dewan
Ulama' PAS
Kononnya PAS merasai nikmat politik di negeri-negeri yang dikuasai PR adalah disebabkan kaum ethnik Cina memilih calon-calon PAS pada PRU ke-12 dan PRU-13.

Itulah sebabnya selepas PRU-12 dan PRU-13.Jika ada pemimpin besar PAS bercakap isu Kalimah Allah, isu hukum Hudud,isu murtad dan isu-isu agama Islam di lain-lain aspek? Cepat-cepat akan disanggah oleh DAP.

Arwah Karpal Singh cepat -cepat buat kenyataan menentangnya "langkah mnayat saya dulu baru boleh jalankan hukum hudud di Malaysia,". Semasa membuat kenyatan itu Karpal Singh dilihat semacam tidak tahu bahawa parti PAS yang menjadi komponan dalam Pakaatn Rakyat itu membawa asas dan dasar perjuangan politik PAS itu sendiri adalah berteraskan agama Islam.

Dari apa yang dikatakan oleh Karpal Singh itu dan tidak pula ditegur oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?Ternyata menunjukan apa yang dilafaskan oleh Karpal Singh itu? Ianya sekaligus merupakan sebahagian dasar DAP itu sendiri dan DAP dilihat semacam langsung tidak menghormati hati dan perasaan para pemimpin tertinggi parti PAS.

Pada mereka PAS itu boleh dikatakan dianggap tidak begitu penting,hanya sebagai melukut ditepi gantang sahaja. Datang dan perginya tidak memberi kesan apa-apa.

KRISIS MENTERI BEAR SELANGAOR.NAK TUKAR MENTERI BESAR BARU? UJUNG-UJUNGNYA DAPAT KERAJAAN BARU PULA...

DALAM konteks isu Datuk Khalid Ibrahim diminta  mengosongkan kerusi Menteri Besar Selangor agar membolehkan Datin Dr.Wan Azizah Wan Ismail mengambil alihnya. Tokoh politik DAP baik diperengkat pusat dan perengkat negeri Selangor ternyata dilihat mengambil sikap membisu.

Yang begitu lantang menentang ialah pucuk pemimpin PAS di Selangor.Kemudian disokong oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Dari sikap dan pendirian tegas yang ditunjukan Hadi Awang dan Nik Aziz itu?

Panaroma politiknya dalam konteks mahu menukar Menteri Besar Selagor ini? Ternyata dilihat semacam memberi alamat bahawa gagasan Anwar Ibrahim mahu meletakan isterinya,Presiden parti PKR Datin Dr.Wan Azizah Ismail menduduk kerusi Menteri Besar Selangor itu dilihat semacam tiadak akan berjaya?

Mohd Zuhdi Marzuki,Pengarah  operasi
Penyelidikan PAS.
Kemungkinan besar Tan Sri Khalid Ibrahim akan menyertai PAS dan di samping itu beliau akan membawa 2 atau 3 orang lagi ADUN Selangor dari parti PKR yang pro-padanya mengikuti beliau.

Jadi,di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor PAS kini dah ada 15 kerusi ADUN dan di campur 5 orang lagi termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim dan para penyokong kuatnya?

Maka kerusi ADUN PAS yang dah ada  15 kerusi itu dan dicampurkan dengan 5 ADUN  geng Tan Sri Khalid Ibrahim? Jumlah kekuatan PAS dah jadi 20 orang( 20 kerusi).

Kemudian dicampur pula dengan 12 orang ADUN dari Umno? Maka kekuatan ADUN-ADUN di dalam Selangor telah menjadi 32 orang.

Tanpa Pilihan Raya Umum yang di adakan di Selangor. Secara otomatik PKR dan DAP telah jadi regim pembangkang di Selangor.Kedudukan PAS di dalam DUN Negeri Serlangor semakain kukuh dan kuat.

PAS sanggup menerima Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.Umno mungkin tidak menuntut apa-apa jawatan.Yang penting kerajaan (PR) di Selangor dah tumbag tersungkur.Disebabkan action dari Anwar dah bertemu dengan re -action dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angan-angan PKR nak letak tokoh baru memeganga jawatan Menteri Besar Selanor terbantut. Lebih malang lagi dari pihak yang punya kuasa politik di Selangor? Kini PKR dan DAP dah jadi pihak pembangkang di Selangor hingga tahun 2018.
.
Kalau andain ini akan menjadi kenyataan ? Maka ketika itulah DAP akan rasa menyesl yang tidak berguna lagi.Nasi dah jadi bubur.Tidak pandai menghormati PAS dan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS sebelum ini.

Tokoh DAP di dalam DUN Selangor yang lantang bercakap di Selangor, mungkin dah duduk kerusi pembangkang di dalam Dewan Undangan Selangor.Jawatan exco yang mereka pegang sejak tahun 2008 hingga kini,mungkin dah terlepas.

Negeri Selangor satu-satu negeri terkaya di dalam Malaysia terlepas dari tangan  PKR dan DAP? Roda hidup ini sentiasa berputar.Sekejap di atas dan sekejap di bawah.

BUSUK-BUSUK DAGING MASIH BOLEH DIBASUH BERSIH-BERSIH AKHIR DIMAKAN SETEALH DIMASAK KARI.

Kita akui PAS dengan Umno memang pernah bermusuhan-musuhan di dalam politik.Tetapi sebusuk-busuk daging? Tetapi masih boleh dibasuh dan dicuci bersih-bersih dan kemudian lantas dimasak gulai kari atau digoreng dijadikan "goreng masak kicap".Wah duh! Sungguh enak dimakan.

Andaian atau persepsi ini tidak mustahil. Di dalam politik! Seseorang itu tidak akan terus jadi musuh anda.Ada masa dan ketikanya ia akan boleh bertukar jadi kawan yang akrab pula? Itulah politik manusia dan putarannya.

Datuk Khalid  Ibrahim di dalam beberapa kenyatan di akhbar-akhbar tempatan kebelakangan ini,ada mengeluarkan kenyataan bahawa isu Menteri Besar Selangor ini harus ditangani dengan pandangan politik yang sebijak-bijak dan sematang-matangnya jika tidak mahu kerajaan Selangor bertukar.

Apakah ertinya itu.Anwar Ibrahim merancang.Datuk Abdul Khalid Ibrahim tentu ada perancangan sendiri.

Berdasarkan luahan itulah,maka di hari ini,menerusi ruangan ini,berani penulis memberi pandangan dan persepsi ini  mungkin akan jadi kenyataan. Marilah sama-sama kita ikuti perkembangannya bersabit dengan isu Menteri Besar Selangor ini...

Yang ditakuti cadangan asalnya nak dapatkan Menteri Besar baru. Ujung-ujungnya dapat pula kerajaan baru...senjata makan tuan..(Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal,blogspot.com.at 1951 hrs on July 31,2014).




Friday, July 25, 2014

MB Slangor hargai sokongan Presiden Pas

Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KAPAR 24 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan penghargaan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan supaya beliau terus menerajui kerajaan Selangor sehingga akhir penggal pentadbirannya.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini berkata, sokongan Abdul Hadi terhadapnya dilihat amat bermakna dalam memastikan keperluan negeri Selangor untuk mempunyai suasana politik yang stabil.

Katanya, beliau dan barisan pemimpin negeri akan terus memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksana menerusi kecemerlangan pentadbirannya menerajui negeri maju itu.

Abdul Hadi hari ini mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. - BERNAMA (Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.at 2221 hrs on July 25,2014.

Thursday, July 24, 2014

KUTUK PENEMBAK PESAWAT

Rakyat Malaysia, Dr. Nazam Dzolkarnaini memegang sepanduk Justice for MH370 & MH17 semasa majlis pembukaan Sukan Komanwel kali ke-20 di Glasgow, semalam. 

KUALA LUMPUR 24 Julai - Mesyuarat Kementerian Kesatuan Eropah (EU)-ASEAN (EU-ASEAN) kali ke-20 di Brussels, Belgium yang berakhir semalam mengutuk sekeras-kerasnya penembakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Khamis lalu yang membunuh kesemua 298 orang di dalamnya.

Berikutan itu, EU-ASEAN mengalu-alukan langkah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggunakan Resolusi 2166 badan dunia berkenaan susulan insiden MH17 dan berharap ia diaplikasikan sepenuhnya.

"Semua menteri melahirkan rasa terkejut dan marah terhadap kematian tragik kesemua 298 orang daripada pelbagai negara di dalam penerbangan itu. Mereka merakamkan rasa simpati dan takziah kepada semua yang terjejas terutama ahli keluarga mangsa.

"Mesyuarat berkenaan mendesak satu siasatan antarabangsa dibuat segera, penuh, menyeluruh, telus dan bebas berpandukan garis panduan penerbangan awam serta meminta semua pihak yang berkepentingan di kawasan nahas memberi kerjasama sepenuhnya," kata EU-ASEAN dalam satu kenyataan bersama di sini hari ini.

Menurut EU-ASEAN, semua pihak perlu memberi kerjasama penuh merangkumi jaminan keselamatan, kawasan nahas yang tidak diganggu serta sokongan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan pasukan siasatan antarabangsa yang dilantik.

Dalam kenyataan itu, EU-ASEAN meminta pasukan bersenjata yang menguasai lokasi nahas perlu dihalang daripada melakukan pemeriksaan untuk memastikan integriti kawasan tersebut tidak dicemari oleh perkara-perkara asing.

"Kami menegaskan, urusan pengeluaran kesemua mayat mangsa dijalankan segera dengan penuh bermaruah, rasa hormat dan sikap profesional oleh pihak berwajib.

"Semua aktiviti ketenteraan termasuk oleh kumpulan bersenjata dihentikan segera di lokasi berkenaan demi keselamatan pasukan siasatan dan kesemua pihak digesa memberi bantuan sehingga urusan itu selesai," katanya.

Menurut EU-ASEAN, pihak yang menjadi punca terhadap nahas MH17 perlu dibawa ke muka pengadilan dan dibicarakan untuk memastikan mereka bertanggungjawab terhadap tindakan tersebut.

Gabungan tersebut menambah, nahas MH17 adalah bukti pelbagai pertikaian yang berlaku di seluruh dunia memberi ancaman kepada keselamatan sejagat serta boleh meragut nyawa yang tidak berdosa dalam kejadian tragik dan tidak masuk akal.

"Kami menyeru semua pihak menghentikan kematian yang tidak masuk akal ini. EU-ASEAN menyeru gencatan senjata segera daripada semua pihak dan usaha bersungguh-sungguh untuk menghentikan konflik di kawasan itu," katanya.( Utusan online-dalam negeri).Posted by  abnmulya / Abu Bakar Ninggal. blogspot. com.at 1402 hrs on July 25,2014.

Anggota Parlimen Britain kutuk Israel dikecam hebat

LONDON 23 Julai - Seorang anggota Parlimen Britain daripada Parti Liberal Demokrat, hari ini dikritik hebat oleh anggota parti itu berikutan komennya di laman sosial Twitter yang menyatakan beliau berharap dapat melancarkan roket ke Israel jika beliau tinggal di wilayah Palestin.
David Ward

"Persoalannya ialah jika saya tinggal di Gaza apakah saya akan melancarkan roket? Mungkin ya," kata David Ward di laman sosial Twitternya yang dipetik daripada laman portal berita Al-Arabiya.

Ekoran itu, Ward telah digantung keahlian daripada parti terbaharu dalam kerajaan gabungan Britain berikutan kritikannya terhadap Israel, lapor AFP.

Sebahagian anggota parti dan pengguna di laman sosial itu menggesa pemimpin parti itu, Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg menggantung keahlian Ward selain menggambarkan komen itu sebagai satu hasutan ke arah keganasan.

Parti Liberal Demokrat tidak mengulas komen tersebut dan menyatakan Clegg sebelum ini telah lama memanggil untuk mengadakan satu resolusi berhubung konflik tersebut.

"Kami benar-benar mengutuk komen David Ward, mereka yang mengkritik itu bukan wakil rakyat daripada Parti Liberal Demokrat.

"Parti itu mengambil serius perkara itu dan akan menganggap perkara ini sebagai satu isu disiplin," kata parti itu dalam satu kenyataan. - AFP(Utusan online-luar negara).Posted b y abnmulya /Abu Bakar Ninggal. blogspot.com at 1652 hrs on July 24,2014.

Sebulat suara kutuk tembak MH17

ANGGOTA Parlimen bertafakur sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 dalam Persidangan Khas Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas oleh pihak yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur Ukraine, minggu lepas. - BERNAMA 

KUALA LUMPUR 23 Julai - Dewan Rakyat hari ini sebulat suara menyokong usul mengutuk tindakan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine pada 17 April lalu.
Usul tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Khas Dewan Rakyat hari ini.

Seramai 22 Ahli Parlimen daripada pihak penyokong kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menggulung perbahasan turut mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang membahaskan dan menyokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Beliau berkata, Ahli-ahli Parlimen tanpa mengira agama, bangsa atau haluan politik bersepakat menyokong usul tersebut kerana nahas yang menimpa pesawat MH17 adalah tragedi berdarah yang amat memilukan dan menyayat hati seluruh rakyat.

"Seluruh rakyat mengecam sekeras-kerasnya perbuatan jenayah kejam lagi tidak berperikemanusiaan menjatuhkan pesawat MH17 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita bersatu dalam kesedihan mengenangkan nasib para penumpang dan anak kapal pesawat malang berkenaan," katanya.

Muhyiddin menambah, kerajaan telah menubuhkan pasukan penyiasat khas yang dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi lain yang berkaitan untuk membolehkan siasatan dimulakan segera.

Beliau memberitahu, pada masa sama, kerajaan sedar bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan atau tangkapan di mana-mana negara lain.

"Siasatan ke atas perkara ini dan bidang kuasa ke atas penjenayah tersebut hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya terdapat kerjasama serta komitmen sebenar daripada negara-negara dan pihak-pihak yang berkaitan," ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi tujuan itu, Malaysia akan menggunakan undang-undang jenayah yang mempunyai bidang kuasa jenayah luar wilayah termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Penerbangan 1984.

Bagi menjawab celahan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang bertanya sama ada terdapat konsesi dalam rundingan di antara kerajaan Malaysia dan kumpulan pemberontak pro-Rusia di Ukraine, Muhyiddin menjelaskan, tiada syarat tambahan selain daripada tiga persetujuan yang dicapai menerusi rundingan tersebut.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beritahu kepada saya tiada apa-apa. Tidak ada lebih, tidak ada kurang.

"Tiada apa-apa erti lain seperti tuntutan dan seumpamanya, itulah yang diterima beliau daripada pemimpin kanan kumpulan pemberontak, Alexander Borodai," jelasnya.

Ditanya apa yang boleh dikatakan beliau terhadap pihak yang terbukti melakukan jenayah menembak MH17, kata Muhyiddin: "Tiada maaf bagimu."

Tragedi MH17 itu mengorbankan 298 penumpang, termasuk anak kapal.( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.a 1639 hrs on JUly 24,2014.

Wednesday, July 23, 2014

Obama hantar 2,000 askar AS bantu Israel gempur Hamas?

NEW YORK 23 Julai - Dokumen tersebar di internet mendedahkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Pentagon bersiap sedia untuk mengerahkan kira-kira 2,000 askar ke Genting Gaza, bagi membantu tentera Israel menggempur pergerakan Hamas dan Palestin.

Portal berita National Report melaporkan dokumen Pentagon yang disiarkan oleh laman web WikiLeaks kelmarin, mengarahkan pasukan tentera darat dan tentera laut bersiap sedia, selain arahan satu laporan pengurangan kekuatan tentera untuk melancarkan operasi gempur besar-besaran di Gaza.

Laporan pengurangan kekuatan itu merupakan jangkaan kematian askar AS jika operasi darat dilancarkan.

Maklum balas Pentagon adalah mereka akan menyediakan beberapa kompeni Renjer Tentera AS dan akan menghantar helikopter Apache Longbow, dua helikopter AH-6 Littlebird dan beberapa kenderaan sokongan termasuk helikopter Blackhawk, kenderaan pengangkutan berperisai dan Humvee.

Pasukan tentera darat akan disokong dengan serangan udara dari kapal pengangkut pesawat George H.W. Bush yang kini berada dalam perjalanan ke Laut Merah.

Dalam laporan pengurangan kekuatan itu, Pentagon memberikan gambaran buruk dengan jangkaan sebanyak 18 peratus askar akan terbunuh dalam kerahan tersebut.

Laporan itu juga berkata, pasukan tambahan akan diperlukan jika White House berharap untuk melancarkan tindakan berkesan di rantau itu ekoran jumlah 2,000 askar dan kenderaan berkenaan tidak cukup untuk melancarkan operasi menggempur.

Seorang pegawai tentera AS, Jeneral (bersara) Paul Horner yang mempunyai latar belakang dalam risikan tentera berkata, tentera dengan jelas tidak mahu melaksanakan misi Gaza itu dengan jumlah askar yang diminta oleh Obama.

"Ini kerana jika anda mahu jumlah kematian askar dikurangkan, anda perlu menghantar lebih ramai askar," katanya.(Utsan online-luar negara).Posted by ab nmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1334 hrs on July 24,2014.

MH17 mangsa tersalah tembak-perisik AS

SEBAHAGIAN anggota tentera Ukraine membawa keranda mayat mangsa penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang terkorban dalam satu upacara di Lapangan Terbang Kharkiv, untuk berlepas ke Eindhoven, Belanda semalam. - AFP

WASHINGTON 23 Julai - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas berkemungkinan disebabkan berlakunya kejadian tersilap tembak oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia yang kurang terlatih.

Seorang pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) berkata, bukti yang dikumpulkan setakat ini menunjukkan pihak pemberontak pro-Rusia telah melancarkan peluru berpandu SA-11 darat ke udara terhadap pesawat MH17, tetapi masih tidak jelas mengapa mereka melakukannya.

"Penjelasan yang paling munasabah, adakah ia merupakan satu kesilapan, disebabkan peluru berpandu itu digunakan pihak yang tidak terlatih kerana penggunaan sistem persenjataan tersebut memerlukan kemahiran dan latihan.

"Kita dapat melihat banyak kesilapan tembakan pada masa lalu. Pesawat Korea Airlines ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Kesatuan Soviet pada 1983 dan Pasukan Tentera Laut AS juga pernah tersilap menembak jatuh pesawat awam Iran pada 1988," katanya.

Mengulas lanjut, pegawai perisikan itu berkata, satelit AS mengesahkan pesawat yang membawa 298 penumpang itu ditembak oleh peluru berpandu jenis SA-11 darat ke udara dari kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.

"Ini merupakan kes yang kukuh apabila peluru berpandu itu ditembak dari timur Ukraine di bawah pengawasan dan bantuan Rusia," jelasnya.

Pegawai perisikan itu berkata, pihak yang melancarkan peluru berpandu itu perlu bergantung kepada radar tunggal yang merupakan sebahagian daripada bateri peluru berpandu dan tidak melalui rangkaian radar lebih besar yang akan memberikan gambaran lebih lengkap tentang laluan trafik udara.

"Sistem SA-11 direka untuk digunakan dalam 'sistem pertahanan udara bersepadu' tetapi dengan menggunakan hanya satu radar, pelancar peluru berpandu itu mempunyai gambaran yang agak kabur," jelasnya.

Tambah beliau, operasi melibatkan Rusia telah dikesan di timur Ukraine tetapi perisikan AS tidak mempunyai bukti jelas bahawa pakar Rusia berada bersama unit SA-11 yang melepaskan tembakan ke arah pesawat itu.

"Walaupun Amerika Syarikat memantau aliran senjata berat, termasuk sistem pertahanan udara ke Ukraine dari Rusia, pihak agensi perisikan tidak melihat sistem senjata SA-11 dipindah ke negara tersebut sebelum pesawat terhempas," katanya.

Dalam pada itu, dakwaan menyatakan kerajaan Ukraine telah menembak jatuh pesawat tersebut juga adalah tidak realistik, disebabkan Kiev tidak memiliki sistem persenjataan seperti itu di kawasan berkenaan, yang secara jelas dikawal oleh pihak pemberontak.

"Kerajaan Ukraine tidak mempunyai sebab untuk melancarkan peluru berpandu darat ke udara, kerana pihak pemberontak tidak menggunakan aset seperti helikopter atau sistem persenjataan di udara," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, pihak pemberontak mempunyai motif untuk menggunakan sistem peluru berpandu tersebut disebabkan mereka bertempur dengan tentera kerajaan Ukraine yang menggunakan aset seperti helikopter dan pesawat. - AFP (Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya /Abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1318 hrs on July 24,2014.

Belanda mahu hantar polis kawal kawasan nahas

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte
KIEV (Ukraine) 24 Julai - Belanda dan beberapa buah negara yang rakyatnya terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 bercadang untuk menempatkan anggota polis di kawasan kemalangan di timur Ukraine.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, cadangan tersebut diutarakan oleh Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bagi memastikan keselamatan kawasan terbabit terjamin dan bakal memudahkan penyiasat antarabangsa menjalankan siasatan mencari punca nahas berlaku.

"Rutte bersama Australia dan beberapa buah negara lain mahu menghantar anggota polis ke Ukraine di bawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," jelasnya.

Kumpulan pertama mayat nahas MH17 berlepas meninggalkan negara ini menuju ke Belanda hari ini, selepas pemberontak yang mengawal kawasan nafas membenarkan mayat dibawa keluar dari tempat kejadian.

Menurut pemerhati antarabangsa, kumpulan pertama penyiasat antarabangsa sudah tiba ke kawasan kejadian semalam dan mendapati serpihan kapal terbang berkenaan telah diubah dan dipotong.

Kumpulan pemberontak bertindak menyerahkan kotak hitam kepada pakar Malaysia dan data perakam sudah dihantar ke Britain untuk didekripsi. - AFP (Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com. at 00.15 am on JUly 24,2014

MH17: Siasatan diteruskan sehingga punca nahas diketahui--Liow Tiong Lai

Datuk Seri Liow Tiong Lai
 ,Menteri Pengangkutan Malaysia
AMSTERDAM 23 Julai - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi jaminan siasatan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan dilakukan secara berterusan sehingga punca sebenar nahas diketahui.

Beliau berkata, kerja-kerja siasatan itu bukan sahaja bagi menghormati semua mangsa yang terkorban malah sebagai satu jaminan untuk memastikan tragedi terburuk dunia itu tidak berulang.

"Malaysia dan pasukan penyiasat antarabangsa akan memastikan dalang yang terlibat dalam tragedi tersebut dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.

"Matlamat kami kini adalah untuk membawa pulang semua mayat ke tanah air masing-masing dalam kadar segera sementara siasatan terus dilakukan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -  Utusan online-Dalam Negeri. (Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 00.10 am on July 24,2014

MH17 : Parlimen lulus usul kutuk tindakan kejam tembak MH17

Tan Seri Muhyiddin Yassin,
Timbalan Perdana Menteri yang menggulung
 perbahasan usul itu.
KUALA LUMPUR 23 Julai - Persidangan Khas Dewan Rakyat Rabu sebulat suara meluluskan usul mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur Ukraine yang mengorbankan 298 nyawa, pada 17 Julai lepas.

Usul itu menyaksikan kesemua anggota Parlimen yang hadir menzahirkan sentimen senada untuk menyokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Seramai 22 anggota Parlimen terdiri daripada 12 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan 10 wakil rakyat pembangkang membahaskan usul itu pada Persidangan Khas Dewan Rakyat yang mula bersidang 10 pagi ini.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di wilayah Donetsk, di timur Ukraine, pada Khamis lalu.

Kerajaan Ukraine percaya pesawat malang itu ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menggulung perbahasan usul itu menegaskan, pendirian kerajaan bahawa jenayah yang dilakukan terhadap MH17 merupakan jenayah berat dan menuntut pembelaan di peringkat antarabangsa.

"Setiap usaha akan diambil untuk memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan, sama ada di peringkat domestik masing-masing negara yang berkenaan mahupun di peringkat antarabangsa," katanya.

Muhyiddin berkata, tindakan yang perlu dilakukan sekarang adalah siasatan yang menyeluruh dan pengumpulan bukti dan untuk tujuan itu Malaysia akan bekerjasama dengan pasukan penyiasat antarabangsa untuk mengenal pasti punca nahas dan mengumpul bukti-bukti berkaitan jenayah berkaitan.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menubuhkan sebuah pasukan penyiasat khas yang akan dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerbangan Awam dan agensi-agensi lain untuk membolehkan siasatan dimulakan segera.

Bagi maksud menghadapkan penjenayah yang dikenal pasti ke muka pengadilan, Muhyiddin berkata Malaysia akan menggunakan undang-undang jenayah Malaysia yang mempunyai bidang kuasa jenayah luar wilayah (termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Penerbangan 1984. - BERNAMA. (Urtusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya /Abu Bakar NInggal.blogspot.com.at 1909 hrs on July 23,2014.

Anwar puji cara Najib kendali isu MH17

Datuk Seri Anwar Ibrahim,Ketua Pembangkang.
KUALA LUMPUR 23 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengendalikan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Katanya, walaupun rundingan Perdana Menteri dengan ketua kumpulan pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai mungkin mencetuskan kontroversi tetapi ia merupakan langkah tepat dan wajar.

``Saya memahami sebagai pemimpin bertanggungjawab, Perdana Menteri harus menjaga kepentingan rakyat kerana tiada jalan keluar yang mudah melainkan kita berunding dengan pihak pemisah,'' katanya semasa membahaskan usul mengutuk tindakan menembak jatuh pesawat MH17 di Dewan Rakyat hari ini.-Utusan online-dalam negeri- ( Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at   1849 hrs on July 23,2014.

Usul kutuk tindakan tembak MH17 dalam sidang Parlimen

KUALA LUMPUR 23 Julai - Di bawah ini adalah teks usul oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu mencadangkan:
Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak

Bahawa Dewan Yang Mulia ini, menzahirkan perasaan sangat dukacita, rasa amat sedih dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa para penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17, Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS.

Bahawasanya Dewan yang mulia ini, turut merakamkan ucapan takziah dan belakungsawa serta simpati yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17 tersebut.

Bahawasanya Dewan yang mulia ini, dengan tegas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat MH17, sehingga telah mengorbankan nyawa sejumlah 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal yang tidak berdosa.

Bahawasanya Dewan yang mulia ini, menggesa supaya siasatan terperinci dilakukan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu dan mendesak semua pihak untuk memberikan kerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan dengan segera.

Dan, Bahawasanya Dewan yang mulia ini juga, menuntut agar siasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yag dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17, segera dihadapkan ke muka pengadilan. - (Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1837 hrs on July 23,2014.

Dewan Rakyat Rakam ucapan takziah kepada keluarga MH17

KUALA LUMPUR 23 Julai - Anggota Parlimen daripada kedua-dua belah pihak hari ini menunjukkan kesatuan berhubung tragedi Penerbangan MH17 apabila mereka berdiri dan bertafakur selama seminit untuk mengenang mangsa sebelum bermulanya persidangan khas Parlimen di sini.
Yang Dipertua
Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar
Amin Mulia

Bagi yang anggota Parlimen yang beragama Islam pula, mereka mengiringinya dengan bacaan al-Fatihah.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mewakili anggota dewan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines itu yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine Khamis lalu.

Pandikar Amin berkata negara menerima perkhabaran yang amat menyedihkan dan berharap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu tabah serta cekal menerima takdir yang ditentukan.

``Pada Khamis 17 Julai, negara dikejutkan dengan tragedi malang MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

`
Pandikar Amin kemudian meminta anggota Parlimen berdiri dan menghadiahkan al-Fatihah atau bertafakur selama seminit bagi bukan Islam.

Pesawat jenis Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dilapor terhempas Khamis lalu di Donetsk, wilayah yang dikuasai pemberontak Ukraine tidak jauh dari sempadan Rusia. - BERNAMA (Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1826 hrs on JUly 23,2014.

Perdana Menteri bentang usul MH17

Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR 23 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dalam sidang khas Dewan Rakyat hari ini.


Sidang khas itu diadakan berikutan insiden pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis lalu. (Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya / Abu bakar Ninggal.blogspot.om.at 1808 hrs on July 23,2014.

Tuesday, July 22, 2014

Pas masih iktiraf Abdul Khalid sebagai Menteri Besar yang sah.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM 22 Julai - Pas dan DAP di negeri ini belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menyokong tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Selangor, Sallehen Mukhyi sebaliknya berkata, pihaknya buat masa ini mengiktiraf Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang sah memandangkan tiada sebarang perbincangan mengenai perubahan kepimpinan pentadbiran negeri dibuat melibatkan Pas negeri dan pusat.

"Buat masa ini, kita masih berpegang bahawa Tan Sri Abdul Khalid masih Menteri Besar Selangor. Selain itu, buat masa ini juga Pas Selangor dan Pas pusat tidak ada sebarang keputusan termasuklah bersetuju Wan Azizah adalah calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Isu Menteri Besar Selangor juga tidak dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), sebaliknya perkara itu dibincangkan di peringkat kepimpinan parti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sallehen yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan sebulat suara PKR yang mencalonkan Wan Azizah bagi menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laporan akhbar, pencalonan itu dibuat dibuat atas kapasiti Wan Azizah yang dikatakan mampu menyelesaikan banyak perkara tertangguh di Selangor.

Malah, Anwar turut menyatakan keputusan untuk menukar Menteri Besar Selangor telah dipersetujui oleh sekutu mereka iaitu Pas dan DAP sebelum ini.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim turut menyatakan pihaknya tidak boleh menyatakan sebarang persetujuan termasuk memberikan sokongan terhadap keputusan PKR mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 5.33 am on July 23,2014.

Disahkan terkena peluru berpandu

A
Pakar percaya lubang-lubang kecil dan satu lubang besar di tengah pada serpihan pesawat MH17 yang disiarkan akhbar Financial Times ini adalah kesan tembakan peluru berpandu 

LONDON 22 Julai - Pakar ketenteraan mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines, MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu selepas mengkaji imej serpihan pesawat tersebut.

Akhbar Financial Times memetik analisis pertahanan melaporkan, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkan bahawa pesawat tersebut ditembak jatuh oleh peluru berpandu.

Pengesahan itu dibuat berdasarkan imej serpihan pesawat yang terbakar dan dipenuhi dengan lubang-lubang kecil berserta lubang besar di bahagian tengah.

Dua penganalisis pertahanan dan seorang bekas juruterbang tentera turut bersetuju imej serpihan tersebut yang dipercayai dari bahagian kiri pesawat berkenaan menunjukkan peluru berpandu dilepaskan ke arah kiri dan juga di bahagian depan.

Mereka mendakwa imej lubang besar tersebut disebabkan oleh letupan dari dalam pesawat ketika ia terbang pada ketinggian 10,000 meter di udara.

Penganalisis dari Institut Pengajian Antarabangsa London, Doughlas Barrie berkata, kerosakan pada pesawat tersebut jelas menunjukkan kesan 'letupan peledak berkuasa tinggi'.

"Kesan itu boleh diperoleh daripada penggunaan senjata yang dilancarkan menerusi pelancar peluru berpandu seperti yang dikesan memasuki Ukraine beberapa jam sebelum nahas berlaku," katanya.

Seorang lagi penganalisis, Justin Bronk dari Institut Perkhidmatan Kesatuan Diraja turut menyatakan bahawa MH17 ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara (SAM) yang dilepaskan daripada pelancar BUK.

"Kesan lubang yang terdapat pada serpihan MH17 konsisten dengan kesan tembakan SAM. Bagaimanapun, sukar untuk meneliti dan mengenal pasti kesemua paten letupan berdasarkan serpihan yang kecil," ujarnya.

Seorang pesara juruterbang tentera yang enggan dikenali menjelaskan bahawa kerosakan pada MH17 sama seperti kerosakan akibat diserang roket.

Peluru berpandu antipesawat direka untuk meletup berhampiran pesawat, menyebabkan pembentukan serpihan panas yang banyak sekali gus memusnahkan badan pesawat. - AGENSI( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 5.20 am on July 23,2014.

Joko Widodo - Jusuf Kalla menang pilihan raya presiden Indonesia

Presiden baru
Indonesia, Bapak Joko Widodo
JAKARTA 23 Julai - Calon presiden, Joko Widodo atau Jokowi dan regunya, Jusuf Kalla 'JK' memenangi pilihan raya presiden Indonesia 2014 seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) pada Selasa malam, lapor Antaranews.com.

Jokowi-JK memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada keseluruhan 133,567,276 undi sah.
Lawan mereka Prabowo Subianto dan regunya Hatta Rajasa menerima 62,576,444 undi atau 46.85 peratus.

Bapak Jusuf Kalla,
 Naib Presiden Indonesia yang baru
Menurut Antara, KPU menerima mandat perlembagaan untuk secara rasmi mengumumkan keputusan pilihan raya pada Selasa.

Presiden dan naib presiden, Joko Widodo dan Jusuf Kalla akan bertugas secara rasmi pada 24 Oktober untuk selama lima tahun.

Jokowi merupakan Gabenor Jakarta dan kader Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) dan JK merupakan bekas naib presiden, ahli perniagaan dan ahli politik kanan Parti Golkar, lapor Antara.

Jusuf Kalla merupakan bekas naib presiden bagi temnpoh 2004-2009 dan masih memegang pengerusi Palang Merah Indonesia dan Majlis Masjid Indonesia. - BERNAMA( Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1.12 am on July 23,2014.

Dua daripada tiga persetujuan dengan Borodai telah dicapai-Najib

Oleh THOMAS CHONG 
Memakai  T shirt choklat,berjeket biru (tengah) sedang bercakap menggunakan Hand Set dengan dikawal ketat oleh para pengawalnya ialah Mr.Alexander Borodoi, tokoh yang berkuasa di kawasan nahas MH17 di Ukraine.

PUTRAJAYA 22 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan perkembangan terkini persetujuan yang dicapai antara kerajaan Malaysia dengan pemimpin pemberontak di timur Ukraine.

Najib berkata, dua daripada tiga perkara yang dipersetujui dengan Alexander Borodai yang berkuasa di kawasan nahas MH17 telahpun direalisasi.

"Kereta api yang membawa mayat mangsa MH17 sudah sampai di Kharkhiv, usaha akan dilakukan untuk memindahkan mereka ke Amsterdam.

"Selain itu, pasukan Malaysia juga mengambil alih kotak hitam yang kelihatan dalam keadaan yang baik. Kotak-kotak hitam ini akan dijaga dengan selamat oleh Malaysia sementara pasukan antarabangsa ditubuhkan secara rasmi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Utusan online-dalam negeri. ( Posted bya abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 00.35 am on July 23,2014).

Monday, July 21, 2014

Rusia dakwa kesan pesawat Sukhoi 25 milik Ukraine menghampiri MH17

KUALA LUMPUR 22 Julai - Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mengeluarkan rakaman yang menunjukkan kehadiran sebuah pesawat pejuang Sukhoi 25 milik Ukraine yang berada dalam lingkungan 10 kilometer daripada pesawat MH17 pada awal pagi 18 Julai lalu.

Rakaman video berkenaan telah ditayangkan kepada pihak media dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Kedutaan Rusia di sini sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Duta Rusia, Lyudmila Vorobyeva telah menegaskan kemunculan bukti baharu ini membuktikan bahawa negaranya tidak terlibat dalam insiden tersebut.

Bukti baharu itu juga kata beliau, perlu dipandang serius oleh pasukan penyiasat antarabangsa kerana kemunculan pesawat juang berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan.

"Kami juga berharap dengan bukti terbaharu berkenaan, semua pihak dapat berhenti daripada menunding jari menuduh Rusia bertanggungjawab ke atas insiden ini," tegas beliau.

Lyudmila dalam sidang akhbar yang sama turut menegaskan bahawa negaranya tidak pernah membekalkan sebarang sistem persenjataan canggih kepada pemberontak pro-Rusia.

"Segala senjata pertahanan udara canggih yang mereka miliki diperoleh daripada rampasan perang ketika mereka bertempur dengan pihak tentera Ukraine," jelas beliau. - U\tusan online- dalam negeri (Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1427  hrs on July 22,2014.

Dua Kotak Hitam MH17 akan diserahkan kepada Malaysia.

PUTRAJAYA 22 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua kotak hitam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine akan diserahkan oleh puak pemberontak kepada pasukan Malaysia di Donetsk pada 9 malam ini (waktu Ukraine).

Najib berkata, tindakan itu berjaya dicapai hasil perbincangan beliau bersama Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai petang ini yang bersetuju mengenai tiga perkara utama.

Selain membawa segera keluar mayat dari lokasi tragedi dan menyerahkan kotak hitam, puak pemberontak juga memberi janji keselamatan untuk membolehkan pasukan penyiasat termasuk dari Malaysia menjalankan kerja-kerja penyiasatan di lokasi kejadian. -Utusan online-berita terkini. (Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 4.50 am on July 22,2014.

Wan Azizzh dicalon ganti Khalid

Datin Seri Wan Azizah Ismail
PETALING JAYA 22 Julai - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Ismail diumumkan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu hanya mencadangkan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan itu kepada Pakatan Rakyat memandangkan beliau dianggap sebagai pemimpin yang paling sesuai untuk membawa kestabilan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Selangor.

Menurut Anwar dalam mesyuarat pimpinan PKR di sini yang berakhir awal pagi ini, Azizah yang juga isterinya dapat menyelesaikan pelbagai isu yang melanda negeri ini seperti masalah bekalan air mentah, isu infrastruktur asas seperti sampah dan lain-lain di negeri itu.

Anwar berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang akan mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk mendapatkan persetujuan mereka. - UTUSAN ONLINE-BERITA TERKINI.( Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.on  4.34 am at July 22,2014.

" Kita akan groom calon Parlimen Gombak mulai dari sekarang untuk menempuh PRU ke:14 pada tahun 2018." kata Tan Seri Zaleha Ismail.

Sebahagian  daripada para perwakilan yang telah hadir pada Mesyuarat Agun ke-4 Gabungan Ngo-Ngo Gombak, pada hari Ahad,bersamaan 20 hb,July 2014 ,bertempat di No:31 Jalan 7/1 Bandar Country Homes Rwang,Selangor.


Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Selasa,July 22,2014  at 3.00 am

Penasihat eksekutif Gabungan Ngo-Ngo Gombak, Tan Seri Zaleha Ismail merasa amat optimist ( yakin) bahawa pada PRU ke-14 yang akan berlaku pada tahun 2018 itu nanti,Insya Allah Umno -BN Gombak akan dapat merampas semula kerusi Parlimen Gombak yang telah di rampas oleh pihak pembangkang pada PRU ke-12 dan ke-13 iaitu pad PRU tahun 2008 dan 2013.

Tan Seri Zaleha sedang berucap
sebelum merasmikan Mesyuarat
Agung ke-4 Gabungan Ngo-Ngo
Gombak.
Persepsi Tan Seri Zaleha itu telah diluahkannya ketika beliau memberi ucapan rengkas sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Ngo-Ngo Gombak ke-4 di Bandar Country Home baru-baru ini.

Keyakinan beliau dengan luahannya itu di dasarkan oleh beliau dengan jumlah kekalahan calon Umno pada PRU ke-12 berbanding dengan PRU ke-13 pada 5 hb.Jun 2013 dulu itu.

Menurutnya Tan Seri Zaleha bahawa Datuk Dr.Rahman Ismail telah berjaya mendapat undi sebanyak 50,090.Dengan jumlah itu Datuk Dr.Rahman Ismail  hanya kalah empat ribu lebih undi sahaja.

Jika kita mahu menang pada PRU ke-14 pada tahun 2018 itu nanti?

Adat syaratanya. Iaitu mulai dari sekarang ini, anda dari badan-badan ngo yang bergabung di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak,harus berkeja keras dari sekarang juga ,jangan tangguh-tangguh lagi.
Sebahagian para perwakilan yang telah hadir.Ada muka baru dari badan ngo-ngo yang baru masuk bergabung dengan Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Katanya,seperti yang telah dilaporkan bahawa Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri mempunyai ahli-ahlinya sebanyak 115,000 orang ramainya.

Dari jumlah itu sebanyak 36,000 orang telah didaftarkan sebagai orang-orang yang layak mengundi.

Katanya lagi,jika Gabungan Ngo-Ngo Gombak berjaya mendaftarkan sebanyak 35 atau 40 ribu orang lagi sebagai pengundi baru yang berdaftar yang menyebelahi kita?

Maka pada PRU ke-14 pada tahun 2018 itu nanti,Insya Allah dengan bantuan dan kerjasama dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak,maka Umno Gombak akan berjaya rampas semnula kerusi Parlimen yang kita telah hilang pada PRU ke-12 dan PRU ke-13.
Pada PRU ke-13 ( 5 hb.Jun 2013) Datuk
Dr.Rahman calon Umno di Parlimen
Gombak berjaya mengurangkan
majoriti parti pembangkang.

Pada peringkat ini, ada seorang perwakilan bangun bertanya kepada Tan Seri Zaleha Ismail,siapakah calon Parlimen Gombak yang layak bertanding nanti?

Sepantas kilat Tan Seri Zaleha Ismail menjawab,"Kita akan groom calon Parlimen Gombak yang capable, mulai dari sekarang juga,bagi menempuh pertarungan sengit dengan pembangkang pada PRU ke-14 pada tahun 2018 itu nanti dan saya yakin kita akan menang," jawabnya dengan tegas.

Jawapan Tan Seri Zaleha itu telah mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan yang telah hadir.Penulis sendiri rasa amat teruju dengan persepsi Tan Seri Zaleha itu..

ANDAIAN (PERSEPSI) ORANG YANG BANYAK PENGALAMAN HIDUP SELALU JADI NYATA.IMPIAN JADI KENYATAAN!

Tan Seri Zaleha Ismail kini telah berusia lebih dari 78 tahun itu dilihat masih segar dan bertanaga dan punya cita-cita dan harapan yang tinggi menggunung.

Tan Seri Zaleha pernah menang dengan majoriti yang besar sebagai Ahli Parlimen Gombak,ketika beliau bertading atas tiket Umno sebanyak 2 penggal dan menang satu penggal sebagai Ahli Parlimen Selayang.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Gombak beberapa penggal.Kini beliau masih aktif di dalam pergerakan Ngo-Ngo tempatan dan  ngo-ngo antarabangsa.

Akibat dari kemenangannya sebagai Ahli Parlimen Gombak itu.Kemudiannya beliau telah diangkat oleh pucuk pipinan Umno pusat memegang jawatan menteri bertahun-tahun lamanya.

Selaku tokoh politik yang vetran tapi tetap berjiwa muda yang membuatkan semangat perjuangan dilihat tidak pernah luntur. Beliau pernah memegang berbagai-bagai jawatan sebelum beliau diangkat menjadi menteri Kebajikan Masyarakat.

Justeru sudah pasti beliau mempunyai banyak pengalaman hidup dan luas pandangannya di berbagai-bagai segi,kehidupan terutamanya di segi pentadbiran sekaligus di segi politik tanah air maupun politik antara bangsa.

Dengan kata lain, bahawa apa yang dinyatakan oleh Tan Seri Zaleha sesuatu yang bersangkut paut dengan politik tanah air? Banyak yang lojik.

Andaian yang  dibuat oleh Tan Seri Zaleha Ismail,bukanlah berdasar omong kosong bahkan berdasarkan kajian politiknya yang mendalam bersangkut paut dengan keadaan politik semasa semasa tanah air.

Justeru itu, segala andaian dan persepsi luahan Tan Sri Zaleha Ismail itu,ianya harus dikaji dengan teliti secara mendalam kerana lojiknya  ada di sana.

Penulis sendiri bersependapat dengan persepsi Tan Seri Zaleha itu dengan syarat mulai dari sekarang, Gabungan Ngo-Ngo Gombak harus melipat gandakan usahanya bagi menggalas impian itu di terjemahkan ianya jadi kenyataan.

Kerja-kerja mendaftarkan pengundi Melayu baru harus difokuskan 1000%.Bukan cara main-mainan sahaja.Sambil lewa sahaja.Zaman sambil sudah berlalu mutakhir ini. Akibat bersikap sambil lewa dah 2 penggal PRU berkeputusan Umno-BN kalah 4-0 di tangan parti pembangkang di Gombak dan hilang kuasa politik di Selangor.

Fokus yang mesti dilakukan Umno-BN harus menjurus tepat pada sasarannya.Terutamanya  pada golongan generasi ( Y) sebanyak 5 juta akan berhak mengundi pada PRU ke-14 pada tahun 2018 itu nanti.

Pilihanraya PRU ke-13 telah berlalu lebih setahun dah..

Pada Perhimpunan Agung Umno dulu seluruh Bahagian Umno di dalam Malaysia telah memberi pengakuan akan mendaftarkan sebanyak-banyaknya pemgundi baru dari golngan ( Y) dari jumlah 5 juta pengundi baru yang layak mengundi pada PRU ke-14 pada tahun 2018.

Jumlah itu pula harus benar-benar di pastikan dan diyakini adalah merupakan dader-kader yang akan menyokong kuat pada Umno-BN? Bukan uMno-BN dijadikan oleh mereka batu luncatan pula.

Kini ,setahun lebih telah berlalu jika dikira selepas PRU ke-13 dulu itu. Dalam konteks ini,izinkanlah penulis bertanya tokoh-tokoh Umno di seluruh ceruk rantau Malaysia.

Sudah berapa juta-kah (ANDA) terutama kepada tokoh Pemuda-pemuda Umno dan tokoh -tokoh Umno di Bahagian-Bahagian di seluruh rantau Malaysia.

Telah berjayakah ( ANDA) mendaftarkan pengundi-pengundi baru itu sebagai persiapan untuk menempuh PRU ke-14 pada tahun 2018 itu nanti? Terutama pengundi baru dari golongan  genarasi ( Y)?

Jika anda belum sampai lagi ke target itu? Maka bersedialah Umno-BN menjadi pihak pembangkang di dalam Parlimen Malaysia pada PRU ke-14.. Kenikmatan yang anda kecap sejak dulu hingga kini itu akan jadi hancur lebur kerana dah dirampas oleh orang lain.

Sedangkan...! Musuh kita di sebelah sana...., difahamkan,sejek selesai PRU ke-13 dulu hingga kini, dilihat ternyata begitu aktif bekerja dan terus bekerja mendaftarkan pengundi-pengndi baru dari kalangan bangsa mereka b agi persiapan perjalanan mereka sampai kepada hari PRU ke-14 pada tahun 2018.

Tapi kita bagaimana ? Umno bagaimana??Gabungan ngo-ngo Gombak dan di seluruh Malaysia bagaimana?bagaimana? Seluruh Ibu Pejabat Umno di Bahagian-Bahagian difahamkan ada terima peruntukan dari Umno Pusat.setiap tahun guna utnuk memperkasakan Umno itu sendiri agar sentiasa siap siaga berdepan dengan musuh pada bila-bila masa sahaja.

Beredsasarkan pengalaman dan tinjauan yang telah dibuat oleh penulis di Selangor ini? Bila dikunjungi pejabat-pejabat Bahagian-Bahagian tersebut?

Dilihat lebih banyak hari pejabat itu ditutup dari dibuka? Cubalah pegawai KPI Umno pusat buat  lawatan secara rendom.Cara senyap-senyap.

Kebenarannya pasti akan terungkai. Penulis sedar akan ada  banyak orang termakan cili , akan terasa pedasnya akibat bongkaran penulis ini dan jadi marah-marahan pula....Untuk itu? Penulis tidak peduli.

Selaku penulis? Ana ...(saya) punya tanggung jawab mendedahkan sesuatu  yang berbentuk mungkar dan pecah amanah atas kepercayaan yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan pusat Umno.Kerana Ana...adalah ahli-ahli Umno juga.

Presiden parti Umno ,Datuk Seri Najib dilihat telah bekerja menjalankan tanggung jawabnya siang dan malam demi untuk mempertahankan kedaulatan orang-orang Melayu akan tetap kekal ditangan kita orang-orang Melayu. Oleh itu bantulah beliau....!

Tolonglah daftarkanlah pengundi -pengundi baru dari kalangan orang-orang Melayu sebanyhak-banyaknya dengan SPR bagi senjata kita untuk menempuh PRU ke-14 pada tahun 2018 nanti..(Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 3.00am on July 22,2014.