Friday, October 31, 2014

Najib beri teguran keras kepada UMNO Selangpr.

Datuk Seri Njib Tun Razak
KUALA LUMPUR 1 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi teguran keras kepada kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor agar bersikap jujur dan bukan mementingkan kem tertentu dalam usaha menawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden UMNO itu tanpa berselindung mengakui bahawa beliau malu, letih, perit dan serik dengan kemelut politik UMNO Selangor sebelum ini dan berharap perkara sedemikian tidak berlaku lagi pada masa hadapan kerana merampas Selangor mesti menjadi kemestian utama.

“Minta maaf saya terpaksa bercakap dalam nada sedemikian tetapi saya perlu berterus terang,” katanya sambil disambut dengan laungan ‘betul’ dan ‘hidup Najib’ berulang kali oleh ahli UMNO sempena perasmian Konvensyen UMNO Selangor di sini hari ini.(Utusna online-Berita Utama).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal .Blogspot.com.at 1406 hrs on November 01,2014.

Wanita dihadap ke mahkamah

( CUBA BERI SOKONGAN ANGGIOTA KUMPULAN IS)

Oleh; Thomas Chong
(Pengarang @ Utusan Com.My).
01 November 2014 at 2.53 am.


UMMI KALSOM BAHAK  ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang,Selngor semalam. Utusan Nasiruddin Yazid.
SEPANG 31 Okt. - Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba memberi sokongan serta menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Asia Barat, awal bulan ini.

Ummi Kalsom Bahak, 25, dari Negeri Sembilan didakwa bertindak demikian dengan cuba mening-
galkan negara ini menuju ke Syria untuk berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan, Aqif Huessin Rahaizat.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen, Balai Pelepasan klia2 di sini pada kira-kira pukul 5.20 pagi, 5 Oktober lalu ketika cuba menaiki pesawat AirAsia ke Brunei dengan rancangan ke Istanbul, Turki bagi memasuki Syria.
Ummi Kalsom yang bekerja sebagai penolong pegawai kredit didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J akta tersebut.
Tertuduh turut berdepan pertuduhan pilihan iaitu didakwa mengambil penerbangan pesawat AirAsia dari klia2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih setengah daripada hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan harta mereka juga boleh dirampas sekiranya telah diniat untuk melakukan kesalahan itu.
Tiada jaminan dibenarkan kerana tertuduh yang bertudung labuh dan berjubah hitam telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November ini sebutan semula untuk membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pada 24 Oktober lalu, tiga lelaki turut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan sama iaitu memberi sokongan kepada IS dan kes mereka juga akan disebut semula pada 20 November bagi tujuan yang sama.
Sementara itu, menurut pihak polis, sejumlah 14 individu telah dituduh di mahkamah sejak tangkapan pertama pada Februari tahun lalu oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke atas anggota-anggota yang bertanggungjawab merekrut rakyat negara ini untuk berjihad di Syria.
Daripada jumlah itu, sebanyak 12 individu didakwa mengikut kesalahan berkaitan keganasan di bawah Kanun Keseksaan manakala dua lagi di bawah Akta Senjatapi.(Utusan online-Mahkamah).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1325 hrs on  November 01,2014.

Thursday, October 30, 2014

Mohd Khairul Azam

KUMPALA LUUR 30 Okt. – Majlis Peguam dianggap tidak layak bercakap mengenai undang-undang jika gagal mengeluarkan kenyataan melarang bekas hakim dilantik mewakili mana-mana pihak di mahkamah seperti termaktub dalam resolusi dinyatakan badan itu pada 15 Mac lalu.


Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, sikap berdiam diri Majlis Peguam berkenaan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes rayuan kesalahan liwat membuktikan integriti badan itu boleh dipertikaikan.
Malah, beliau turut menyifatkan Majlis Peguam sebagai hipokrit dalam mengeluarkan kenyataan apabila melibatkan isu berkaitan Anwar.
“Tindakan berdiam diri Majlis Peguam ini hanya akan menjejaskan kredibiliti mereka sendiri. Jika Majlis Peguam tidak menghormati resolusi sendiri, bagaimana mereka hendak hormat orang lain?
“Malah, jika mereka masih berdiam diri, hanya akan membuktikan yang sebenarnya mereka hipokrit serta dilihat menjadi alat kepada Anwar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai sikap Majlis Peguam yang masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan mewakili Anwar dalam kes rayuan atas kesalahan liwat.
Hal demikian berbeza dengan resolusi Majlis Peguam sebelum ini yang melarang mana-mana bekas hakim menjadi peguam bela di mahkamah.
Mengulas lanjut, Mohd. Khairul yang juga merupakan Fasilitator Gerakan Pertahan Akta Hasutan turut mempersoalkan sikap ‘double standard’ Majlis Peguam terhadap isu-isu melibatkan Ketua Pembangkang itu.
“Sebelum ini semasa ada ura-ura bekas hakim mahu dilantik menjadi peguam bela kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mereka (Majlis Peguam) menentang, tetapi apabila melibatkan kes Anwar hanya berdiam diri pula.
“Jadi, kita persoalkan mengapa Majlis Peguam mengamalkan dua set undang-undang yang berbeza seperti ini terutama apabila melibatkan kes Anwar,” jelasnya.
Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh turut membidas sikap berdiam diri Majlis Peguam dalam isu tersebut yang dilihat sangat bertentangan dengan resolusi yang dikeluarkan sebelum ini.
“Adalah tidak wajar bagi Majlis Peguam mempunyai dua prinsip setiap kali timbul isu berkaitan pembangkang terutamanya melibatkan Anwar,” katanya.( Utusan online-politik) Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.20 am on Oct.,31,2014.
<

Wednesday, October 29, 2014

Perhimpunan cuba raih simpati terhadap Anwarr tidak dapat sambutan

OLEH: JUANI MUNIR ABU BAKAR 
Perhimpunan unuk raih simpati terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan Mahkamah Persekutan sudah tidak mendapat sambutan apabila dilihat jumlah yang hadir di Putrajaya hari ini.-utusan abdul razak latif
Tinjauan Utusan Malaysia pada pukul 9 pagi mendapati hanya terdapat kira-kira 50 penyokong Anwar berkumpul hari ini.
Prosiding rayuan kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hari ini memasuki hari ketiga dan sepatutnya berakhir semalam serta dijangka berterusan sehingga esok.
Kehadiran hampir 400 penyokong Anwar semalam dengan menganjurkan perhimpunan tanpa permit telah mencetuskan beberapa provokasi termasuk merempuh penghadang besi yang diletakkan di hadapan Istana Kehakiman bagi memasuki lobi utama Mahkamah Persekutuan.
Dalam pada itu, Anwar tiba di Mahkamah Persekutuan pada pukul 9.15 pagi ini bagi merayu sabitan penjara lima tahun setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada Mac lalu berhubung dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, tinjauan juga mendapati kawasan di tepi Istana Kehakiman telah dipasang pita kuning bagi menghalang penjaja berniaga di kawasan itu.
Langkah tersebut ekoran terdapat beberapa penjaja kecil mula berniaga tanpa kebenaran di kawasan itu sejak kelmarin.
Turut diletakkan notis `Dilarang menjaja tindakan kompaun dan sitaan UUK3 Akta Kerajaan Tempatan’.
Semalam, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat memberi amaran kepada penjaja yang membuka gerai makanan dan minuman tanpa kebenaran PPj di situ supaya menghentikannya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang. - UTUSAN ONLINE-mahkamah ( Posted by abnmulya /Abu Bakar Ningal.blogspot.com.at 1413 hrs on Oct 30,2014

Pasukan pendakwaan kemukakan hujah esok-Muhammad Shafee

Oleh : Khairuanuar Yahya

PUTRAJAYA 29 Okt. - Pasukan pendakwaan rayuan akhir kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan di sini akan mengemukakan hujah balasan esok.

Ketua Pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah ( gambar kanan) berkata, pasukan yang akan diketuai beliau dijangka akan memulakan hujah pada 2.30 petang.
“Peguambela Anwar, Ramkarpal Singh mungkin akan mengambil masa untuk mengemukakan hujah. Saya mungkin tidak mula dengan keterangan-keterangan sainstifik.
“Mungkin yang lain. Hujahan bukti sainstifik saya akan kemukakan pada hari Jumaat dan akan habis dalam masa dua jam,” kata Muhammad Shafee yang ditemui sebaik sahaja prosiding hari kedua tamat kira-kira 5 petang ini.
Hari ini panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria mendengar sambungan hujahan peguam berkaitan kes liwat melibatkan Anwar.
Turut mendengar hujahan rayuan adalah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif bersama-sama tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdul Hakim Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramli Ali.- UTUSAN ONLINE-Mahkamah.(Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1913 hrs on Oct.,29-2014.

Undang-undang cegah perbuatan menghasut perlu dikekalkan.

Timbalan Perdana Meneri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Undanng-Undang bagi mencegah perbuatan menghasut seperti Akta Hasutan 1948 penting untuk dikekalkan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang membuat kenyataan sehingga mengguris perasaan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata sekiranya akta itu perlu dipinda, pindaan yang dibuat mesti memperkukuhkan lagi peranan akta itu dalam melindungi perkara-perkara penting yang termaktub dalam Perlembagaan dan membendung perbuatan menghasut daripada berleluasa.
"Saya menyambut baik pandangan banyak pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang mahukan akta ini diperkemaskan lagi dengan memasukkan peruntukan mengenai agama Islam di dalamnya supaya kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tidak mudah dipersoalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Ke-15 bertemakan Wasatiyyah Asas Perpaduan Ummah di Melaka, Isnin malam.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan Presiden DMDI Tan Sri Mohd Ali Rustam.
Muhyiddin berkata akta itu juga perlu melindungi agama-agama lain daripada dihina atau dicemuh oleh mana-mana pihak.
Beliau berkata pengalaman kerajaan mengurus hubungan kaum di Malaysia selama ini menunjukkan kewujudan peruntukan undang-undang komprehensif dalam membendung perbuatan menghasut adalah penting untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan masyarakat negara ini.
"Undang-undang seperti ini adalah satu bentuk mekanisme kawalan yang digunakan sebagai pilihan terakhir apabila terdapat pihak yang membelakangi semangat kompromi dan toleransi antara kaum, yang merupakan asas persefahaman dan perpaduan di negara kita," katanya.
Malah, katanya negara majmuk lain seperti Singapura turut mempunyai undang-undang yang sama dan mereka tidak bercadang memansuhkannya.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata pandangan sesetengah pihak bahawa kewujudan undang-undang itu akan menghakis hak kebebasan bersuara, adalah tidak tepat.
"Kita seharusnya bijak dalam meletakkan garis perbezaan antara kebebasan bersuara dan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai menghasut.
"Kebebasan bersuara dalam sebuah masyarakat bertamadun seharusnya digunakan untuk mengajak rakyat supaya terus bersatu padu dan hidup dalam suasana yang harmonis, bukan mengeluarkan kenyataan mengguris perasaan masyarakat pelbagai kaum sehingga menyebabkan perbalahan dan perpecahan," katanya.
Muhyiddin berkata prinsip wasatiyyah yang mementingkan keadilan dan keseimbangan dalam hubungan sesama manusia merupakan formula terbaik untuk mengekalkan keharmonian dalam sebuah masyarakat majmuk seperti di Malaysia.
Menurutnya penerimaan terhadap kepelbagaian hanya dapat direalisasikan sekiranya masyarakat dapat menghindari sikap yang melampau sama ada dalam amalan agama atau sentimen kaum.
"Malaysia telah mengamalkan prinsip wasatiyyah dalam mengekalkan keharmonian negara sejak sekian lama dengan kesediaan masyarakat untuk bertoleransi dan berkompromi dalam perkara-perkara yang menyentuh tentang kepentingan kaum dan agama.
"Namun, beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku di negara kita khususnya yang berkait dengan isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, memerlukan masyarakat di negara kita kembali menghargai dan menghayati semangat toleransi yang wujud sejak sekian lama," kata beliau.-27/10/2014(Dipetik dari Agendy Daily).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 1531 hrs on Oct.,29,2014.

Tuesday, October 28, 2014

Wahana kenali orang Melayu

MUHYIDDIN YASSIN tertarik dengan barangan berasaskan rotan ketika melawat sebuah gerai selepas merasmikan Kongres dan Pameran Warisan Melayu Sedunia 2014 di Menara Matrade, Kuala Lumpur, semalam. 
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya semangat ‘lita’arafu’ iaitu semangat untuk menggali dan mengenali khazanah warisan sejarah serta tradisi sesuatu bangsa boleh diterapkan dalam usaha mengembangkan seni dan warisan Melayu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha murni itu seterusnya berupaya menjadi wahana penting bagi generasi hari ini termasuk bukan Melayu untuk mengenali orang Melayu secara lebih dekat.
Menurut beliau, semangat itu juga menyumbang kepada kewujudan masyarakat yang saling mengenali khazanah budaya dan tradisi masing-masing serta hidup dalam suasana yang harmoni.

“Insya-Allah, usaha yang dilaksanakan dalam mengkaji serta mengembangkan seni dan wari­san Melayu menepati semangat ‘lita’arafu’ seperti yang disebut di dalam al-Quran.

“Pastinya juga, menerusi seni dan warisan Melayu, kita dapat mengetengahkan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan orang Melayu sejak zaman-berzaman untuk dijadikan panduan generasi hari ini,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres dan Pameran Warisan Melayu Sedunia 2014 di Menara Matrade, di sini hari ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Norsaadah Ismail.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin yang juga Menteri Pendi­dikan memberitahu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Perdasama boleh memainkan pera­nan penting dalam memelihara serta mengembangkan warisan bangsa.

Beliau memberitahu, NGO Melayu boleh menjalin kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk menjalankan penyelidikan tentang warisan Melayu bagi tujuan pemuliharaan, pengembangan serta pendidikan.

“Selain itu, Perdasama sebagai pertubuhan berteraskan ekonomi boleh memikirkan bagaimana produk-produk berunsur warisan Melayu boleh dipasarkan baik di dalam mahu pun di luar negara,” ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, secara tidak langsung, nilai ekonomi produk warisan Melayu akan melonjak dan industri yang berteraskan warisan Melayu boleh berkembang dengan lebih maju.

Beliau juga melihat Kongres dan Pameran Warisan Melayu Sedunia kali ini sebagai medan terbaik untuk merangka pelan pembangunan industri berteraskan warisan Melayu serta mengupas unsur-unsur positif yang dapat menyumbang kepada kemajuan bangsa.( Utusan online- dalam negeri).Posted by abnmulya  /Ab u Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.58 noon on Oct.,29,2014.

Suami enggan cerai Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Suami Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini enggan menceraikan wanita itu kerana masih menyayanginya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
Nurul IZZAH ANWAR bersama Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim ketika hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Zaini Husin

Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, berkata, dia masih menyayangi perkahwinan tersebut terutama dua anak mereka yang masih kecil.
Dia yang kelihatan sugul tetapi tenang berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah di sini setelah selesai prosiding sebutan kes cerai mereka di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Ab. Malek Awang.
Sementara itu, peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar memberitahu, dalam prosiding yang berlangsung dalam kamar hakim itu,

Ab. Malek telah mensabitkan wujudnya Shiqaq (perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan) berdasarkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Justeru katanya, Ab. Malek telah menasihatkan Raja Ahmad Shahrir Iskandar untuk melafazkan cerai namun anak guamnya enggan berbuat demikian atas alasan masih menyayangi isterinya dan perkahwinan tersebut.
Walau bagaimanapun pihaknya telah membuat bantahan terhadap kandungan laporan JKP yang disifatkan terlalu ringkas dan banyak fakta serta maklum balas daripada pihaknya tidak dinyatakan dalam laporan itu.
“Banyak perkara yang dibincangkan semasa rundingan dengan JKP tidak dinyatakan dalam laporan ini malah masalah mengenai perkahwinan tidak dinyatakan secara terperinci, hanya satu perenggan, justeru anak guam saya telah memasukkan bantahan hari ini,’’ katanya.
Pada prosiding yang berlangsung selama 40 minit itu Azmi turut memohon agar diadakan JKP yang baharu namun permohonan itu dibantah oleh peguam syarie, Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah, selaku plaintif.
Mahkamah membenarkan bantahan Normawaddah dan menetapkan 8 Disember ini untuk pelantikan Hakam iaitu setiap seorang mewakili pihak suami dan isteri terlibat setelah JKP gagal menyelesaikan krisis yang dihadapi pasangan itu.
Namun Hakam diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan sama ada untuk melafazkan talak atau menerima tebus talak jika ia merupakan wakil bagi suami manakala wakil bagi isteri berkuasa untuk menerima talak dan membayar tebus talak.
Sementara itu, Nurul Izzah, 34, enggan mengulas mengenai prosiding yang berlangsung hari ini dan seperti lazimnya hanya menyebut ‘Thank you for respecting my privacy’ (terima kasih kerana menghormati privasi saya) kepada para pemberita.
Apabila ditanya mengenai perkembangan rayuan akhir bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan hari ini, beliau hanya berkata, ‘No...no...why don’t you go to Putrajaya and ask’ (Kenapa kamu tidak pergi ke Putrajaya dan tanya).
Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir Iskandar mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Pasangan yang telah berkahwin selama 11 tahun iaitu sejak 9 Mei 2003, dikurniakan dua anak, Raja Nur Safiyah, 7, dan Raja Ahmad Harith,( Utusan on line-Mahkamah).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.37 noon on Oct.,29,2014.

Monday, October 27, 2014

Anwar memperalatkan kampus sebagai pentas politik beliau.

SEBAHAGIAN daripada penyokong Anwar Ibrahim bertindak ganas memecahkan pintu pagar utama untuk masuk ke pekarangan Universiti Malaya di Kuala Lumpur, malam tadi. – UTUSAN/IRWAN MAJID 

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Pergerakan Pemuda UMNO melihat penganjuran program pidato yang mengetengahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) malam ini bertujuan untuk memperalat kampus sebagai pentas politik beliau.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO secara dasarnya mengalu-alukan prinsip kebebasan berpolitik dalam kala­ngan pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, kehadiran Anwar dalam program berkenaan bukan untuk membahaskan isu-isu berkaitan dasar kerajaan secara ilmiah.

“Kita juga difahamkan banyak persatuan mahasiswa di negara ini yang tidak bersetuju dengan kehadiran Anwar di UM.

“Bagi Pemuda UMNO, apabila kampus itu digunakan sebagai pentas politik peribadi, itu adalah perkara yang kita tidak setuju,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mengumumkan Pemuda UMNO akan menganjurkan Kongres Perumahan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 16 November ini.

Beliau menambah, kongres tersebut akan berlangsung se­rentak dengan sesi bagi membincangkan isu-isu berkaitan Bajet 2015 yang membabitkan golongan muda.

“Kita juga akan mendapatkan maklum balas golongan tersebut tentang dasar-dasar kerajaan yang boleh ditambah baik lagi,” ujarnya.

Khairy juga menyatakan komitmen Pemuda UMNO untuk membantu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjayakan program rumah transit bagi pasangan muda.

Beliau memberitahu, sayap itu akan mengemukakan senarai nama pasangan muda yang berminat untuk menghuni rumah transit kepada kementerian berkenaan secepat mungkin.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 10.20 am on Oct.,28,2014.

Pertukaran seorang daripada lima hakim

PUTRAJAYA 28 Okt. - Terdapat pertukaran seorang daripada lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat hari ini.

Tan Sri Ahmad Maarop yang disenaraikan sebelum ini digantikan dengan Datuk Ramly Ali.
Empat hakim yang lain kekal iaitu Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md.Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar. - UTUSAN ONLINE-TERKINI/mahkamah.(Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com. at 1006 am on Oct.,28,2014.

Keadaan perkarangan Istana Kehakiman terkawal

PUTRAJAYA 28 Okt. - Keadaan perkarangan Istana Kehakiman masih terkawal walaupun penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di sini sejak awal pagi tadi bagi mendengar keputusan rayuan kes liwat Ketua Pembangkang itu.

Perkarangan Istana Kehakiman telah diletakkan pagar penghadang sambil dikawal pihak polis bagi mengelakkan sebarang kekecohan.

Selain itu, wartawan tempatan dan antarabangsa turut berkumpul di sini bagi menunggu kehadiran Anwar yang dijangka tiba tidak lama lagi.

Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar rayuan Anwar terhadap sabitan hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008. - UTUSAN ONLINE-MAHKAMAH.( Posted by abnmulya  / Ab u Bakar Ninggal. blogspot. com.at 10.02 am on Oct.,28,2014.

Tun Arifin ketui sidang panel dengar rayuan Anwar

PUTRAJAYA 28 Okt. - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai sidang panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Selain beliau, kuorum itu dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop. - UTUSAN ONLINE-Mahkamah.(Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.54 am on Oct.,28,2014.

Anjur aktiviti tanpa kebenaran UM dianggap menceroboh

Oleh : Hussein Amran:
27/10/2014 at 1.06pm.

*Masih belum terima permohonan program pidato Anwar 


KUALA LUMPUR 27 Okt. - Universiti Malaya (UM) menegaskan bahawa tindakan mana-mana pihak menganjurkan sebarang aktiviti di dalam kawasan kampusnya malam ini tanpa kebenaran pihak pengurusan akan dianggap sebagai menceroboh.


Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat UM, Zarina Zainol Abidin berkata, universiti berkenaan sebagai pemilik berdaftar lot tanah di dalam kampusnya berhak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau pertubuhan yang melakukan kesalahan itu.
Menurut beliau, adalah menjadi amalan kebiasaan bagi mana-mana pihak sama ada penganjur dari dalam atau luar yang ingin menganjurkan sebarang aktiviti di dalam kampus UM untuk mendapat kebenaran daripada pengurusan universiti terlebih dahulu.
“Walau bagaimanapun, sehingga hari ini. pihak pengurusan UM tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk menganjurkan aktiviti malam ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Malam ini, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) merancang untuk menganjurkan Program Pidato Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim: 40 Tahun Dari Universiti Malaya ke Penjara di Dataran Dewan Tunku Canselor, UM.
Dalam perkembangan berkaitan, Zarina memberitahu, pihak pengurusan UM telah membuat laporan polis berhubung penyebaran surat palsu yang menyatakan kawasan kampus universiti tersebut akan ditutup hari ini. - ( Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com. at 1800 hrs on Oct.,27,2014.

Universiti bukan tempat perhimpunan haram-Sekretariat IPTA

NILAI 27 Okt. - Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar & amp; Alumni) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menentang keras sebarang usaha pihak tertentu yang ingin menjadikan mana-mana kampus IPTA sebagai medan perhimpunan haram mereka.

Pengerusinya Prof Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah berkata perhimpunan atau aktiviti yang hanya menjurus kepada sokongan terhadap individu atau ideologi pemimpin tertentu tidak wajar diadakan dalam kampus universiti, lebih-lebih lagi yang bertujuan untuk mempengaruhi golongan muda seperti mahasiswa.
Adalah tidak sesuai sama sekali sekiranya pihak luar mengadakan aktiviti perhimpunan dalam mana-mana kampus universiti, yang tidak berkaitan dengan peranan dan kehidupan sebagai seorang mahasiswa, katanya dalam kenyataan di sini Isnin.
Mohamed Asin yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) berkata ini bagi menjamin para mahasiswa memberikan tumpuan kepada aktiviti akademik, pembudayaan dan penguasaan ilmu serta pembangunan sahsiah mereka.
“Saya menyeru kepada semua pihak agar menghormati universiti sebagai sebuah institusi akademik yang berperanan untuk mendidik para mahasiswa dalam pelbagai bidang ilmu serta pada masa yang sama membangunkan sahsiah dan jati diri mereka secara positif sehingga menjadi golongan professional yang mampu membangunkan negara pada masa hadapan, bukan sebagai perosak atau penghancur negara.
“Pengalaman beberapa negara luar menggunakan mahasiswa universiti untuk menentang serta menjatuhkan sesebuah kerajaan adalah tidak demokratik dan tidak wajar sama sekali dilaksanakan di negara kita ini,” katanya. - BERNAMA( Utusan online-politik).Posted  by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1747 hrs on Oct.,27,2014.

Perhimpunan Agung UMNO bahas isu sensitif


Oleh: Zulhisham
(Pengarang @ Utusan. Com.My.

KLUANG 26 Okt. - UMNO sedang mengumpul cadangan dan pendapat ahli di peringkat akar umbi mengenai isu atau perkara sensitif yang sering dipolemikkan kebelakangan ini untuk dibahaskan dalam perhimpunan agung parti itu bulan depan.

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ( gambar kanan). berkata, perkara sensitif berkenaan berkaitan agama, kaum dan institusi raja yang menjadi tiang seri negara ini dan hasil perbahasan tersebut akan dijadikan pendirian parti.
Katanya, semua perkara tersebut akan dibawakan beliau selepas Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini melantiknya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Usul dan Jurucakap serta Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO sempena perhimpunan itu.
“Dalam perkara yang dibincangkan khalayak ramai, adalah penting untuk UMNO mempunyai pendirian sama ada berkaitan Akta Hasutan, perkauman atau keagamaan, menyentuh institusi dan tiang seri pembinaan negara bangsa, institusi raja dan kedudukan orang Melayu.
“Langkah ini penting bagi memastikan semua perkara itu tidak terus dipolemikkan sehingga menimbulkan perpecahan antara kaum,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Muafakat Johor di Dewan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) Taman Seri Lambak, di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; isterinya, Datin Seri Rosni Omar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R. Vidyanathan.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, Konvensyen UMNO Johor yang berlangsung awal bulan depan akan menjadi medium parti mengumpul pelbagai pandangan serta usul kerana suara di peringkat akar umbi adalah amat penting untuk didengari.
“Cara berkenaan sudah menjadi amalan serta tradisi UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu, kita yakin dengan maklum balas yang akan diterima dalam konteks negara majmuk. Konteks ini mesti dilihat sama ada Perlembagaan sedia ada mencukupi atau tidak.
“Akta Hasutan tidak semestinya dihapuskan, sebaliknya boleh ditambah baik atau ditambah dan ditukar akta baharu. Apa yang penting suara akar umbi yang tidak beremosi, tidak berbaur perkauman dan keagamaan, inilah yang membezakan kepemimpinan UMNO dan BN sejak merdeka lagi,” katanya.( Utusan online-politik).Ppsted by abnmulya /Abu bakar Ninggal.blogspot.com., at 1709 hrs on Oct.,27,2014..

Sunday, October 26, 2014

ISU TANAH RIZAB MELAYU PERLU JADI AGENDA NASIONAL-PERKASA

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu isu tanah rizab Melayu yang semakin pupus dijadikan agenda nasional supaya pihak berkuasa dapat merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, masalah itu perlu dipandang serius oleh semua pihak memandangkan pendedahan oleh media baru-baru ini menunjukkan tanah rizab Melayu kini hanya tinggal 12 peratus.

“Kita mendesak supaya Majlis Raja-Raja Melayu sendiri agar segera memberi perhatian tentang kehilangan tanah rizab Melayu ini supaya tindakan diambil dan (tanah) diganti.

“Selain itu, Perkasa juga mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas (berhubung tanah rizab Melayu) dan kita minta supaya usaha mengganti tanah rizab Melayu yang hilang ini sebagai satu agenda nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu: Tragedi Bangsa dan Langkah Pembetulan Segera di Dewan Utama Pusat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) di sini, hari ini. - BERNAMA9.( Utusan online-Berita Utama).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.27 midnight  0n Oct.,27,2014.

Saturday, October 25, 2014

'Johor' di final selepas 23 tahun

Luciano Figueroa (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan JDT bersama rakan sepasukan, Mohd. Aidil Zafuan (kiri) dan Jorge Diaz pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru, semalam. – mingguan/AMIN FARIJ HASSAN
JOHOR BAHRU – Penyokong Johor bergembira selepas 23 tahun me­nunggu untuk menyaksikan wakil negeri itu beraksi di pentas akhir Piala Malaysia apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) memenuhi impian mereka dengan menyingkirkan Felda United menerusi agregat 6-5 pada separuh akhir semalam.


Kemenangan 3-1 ke atas The Fighters pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menggembirakan penyokong Harimau Selatan, yang kali terakhir melihat pasukan mereka layak ke final kejohanan berprestij itu menerusi skuad negeri, Johor pada 1991.
Johor menjuarai Piala Malaysia ketika itu selepas menewaskan Selangor 3-1.
Kemenangan ini juga merupakan hadiah istimewa buat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang selamat diijab kabul, kelmarin.
Tunku Ismail turut berada di stadium untuk menyaksikan kemenangan manis pasukannya.
Dalam perlawanan semalam, skuad kendalian Bojak Hodak itu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Luciano Figueroa pada minit ke-29.
Sepakan percuma yang diambil Figueroa dari jarak 25 meter melepasi benteng lawan dan menerjah ke penjuru kanan gawang menewaskan Mohd. Farizal Harun.
Biarpun ketinggalan, The Fighters tidak mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35.
Makeche Ndumba menewaskan kawalan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak dan melakukan hantaran untuk disempurnakan Mohd. Raimi Mohd. Noor.
Figueroa bagaimanapun meledak gol kedua JDT apabila menanduk hantaran lintang Pereyra Diaz pada minit ke-63.
JDT melebarkan kedudukan pada minit ke-72 menerusi jaringan Amri Yahyah yang mendapat umpanan cantik daripada Diaz dan melakukan rembatan deras menewaskan penjaga gol.
Kedua-dua pasukan berbalas serangan namun kedudukan kekal 3-1 hingga ke wisel penamat.
Kem Harimau Selatan menerima tamparan apabila Aidil Zafuan dan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi terlepas aksi final menentang juara bertahan, Pahang pada 1 November ini.
Aidil Zafuan mengutip kad kuning pada minit ke-67 setelah menjatuhkan Ndumba sementara Mohd. Nazrin dilayangkan kad merah setelah bertengkar dengan pemain Felda yang mengasarinya, Abdul Latiff Suhaimi pada minit ke-90.(Utusan online-Sukan tempatan). Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.31 noon on Oct.,26,2014.

Siswa/Siswi ikat perut kerana kos makanan mahal !!

Beban kos untuk menyiapkan tugasan, penginapan dan untuk perjalanan setiap hari menyebabkan golongan siswa ini amat berkira-kira untuk berbelanja bagi makanan harian.

Ada yang terpaksa makan mi segera setiap malam demi menikmati hidangan nasi, ayam goreng dan sedikit sayur untuk makan tengahari dengan harga RM7.

Buat masa ini mereka masih mampu untuk menganggung kos makan minum namun bimbang jika harga barangan akan terus meningkat.

Pelajar tahun tiga Universiti Selangor ini berkata beliau menyaksikan harga makanan di sebuah restoran yang sering dikunjunginya di Shah Alam naik saban tahun.

"Disebabkan kenaikan harga makanan, ia menyebabkan saya terpaksa menyekat keinginan untuk berbelanja lebih,” kata siswi jurusan seni fotografi, Nur Afiqah Anissa (kiri).

Seorang lagi pelajar universiti itu berpendapat, kos untuk makan minum itu tidak akan memberi beban sekiranya mereka bijak merancang perbelanjaan.


“(Kenaikan harga) tak menjejaskan (kemampuan) untuk beli makanan, tapi kita kena buat perkiraan setiap apa yang kita makan, takut terlebih dan bila hujung bulan duit tak ada.

“Kalau kita pandai bahagikan duit kita, dan beli untuk keperluan sahaja, rasanya tak perlu belanja lebih,” kata Noor Syamimi, seorang pelajar jurusan kewartawanan.

Pandangan itu dipersetujui seorang lagi siswi dari fakulti sama, Monika Lok (kanan) yang pasrah dengan kenaikan harga makanan yang menurutnya “tidak akan turun”.

"Semuanya semakin mahal. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet," kata gadis kelahiran Sarawak itu.

(Dipetik dari  Marhaen blogspot.com). Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1.18 am on Oct 26,2014.

Bekas atase tentera Malaysia dibicara di New Zealand.

Tanya Billlingsley
WELLINGTON 25 Okt. – Bekas pembantu staf di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Pegawai Waran Dua, Muhammad Rizalman Ismail yang diekstradisi ke negara ini kerana berdepan tuduhan pecah rumah dan menyerang seorang wanita di sini, ditahan reman oleh polis selepas hadir di sebuah mahkamah New Zealand, hari ini.

Muhammad Rizalman dilihat hanya berdiam diri di kandang tertuduh sambil diperhatikan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dari tempat duduk awam.
Beliau akan dihadapkan semula ke mahkamah pada Selasa ini.
Muhammad Rizalman diterbangkan dari Kuala Lumpur ke New Zealand di bawah kawalan polis, semalam dan menghabiskan sepanjang masa dalam tahanan di Auckland sebelum menaiki satu lagi penerbangan ke Wellington, hari ini sebelum tampil di mahkamah.
Beliau pulang ke Malaysia pada Mei lalu selepas menggunakan kekebalan diplomatik, tindakan yang mencetuskan kemarahan penduduk New Zealand apabila kes tersebut didedahkan kepada umum.
Muhammad Rizalman didakwa menyerang Tanya Billingsley, 21, di rumahnya di sini, pada 9 Mei lalu.
Jika sabit kesalahan, Muhammad Rizalman boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.
Usaha media untuk merakam gambar dan penampilan atase tentera Malaysia itu di mahkamah bagaimanapun dilarang selepas peguam bela, Donald Stevens berhujah, liputan meluas kes akan menjejaskan hak anak guamnya untuk mendapat perbicaraan yang adil. – AFP( Utusan online -Mahkamah New Zealand).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.54 am on Oct.,26,2014.

Isu kepemimpinan:Memperkatakan sikap Merlayu.


Tuesday October 21,2014.
A Kadir Jasin

SIAPAKAH orang Melayu kalau bukan bangsa yang “moderate” (sederhana), “tolerant” (tahan uji), bertolak ansur dan pemurah?

Orang Melayu begitu pemurah dan mengalu-alukan tetamu sehingga sanggup mengikat perut, meminjam dan berhutang.

Orang Melayu itulah yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi. Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei).

Orang Melayu menerima mereka sebagai jiran. Menerima babi dan anjing, tokong dan kuil mereka.

Orang Melayu itu jugalah yang kerana percaya kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menyetujui pemberian kewarganegaraan kepada sejuta lebih perantau Cina dan India pada 31 Ogos 1957.

Orang Melayu itu jugalah yang rela hati memberikan kebebasan ekonomi, pendidikan, bahasa, budaya dan agama kepada warganegara perantau itu.

Kerana Melayu percaya kepada Tunku, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad mereka kekal “moderate” (sederhana), toleransi, bertolak ansur dan pemurah terhadap warganegara keturunan perantau selama hampir lima dekad.

Walaupun mereka ketinggalan dalam banyak bidang, namun mereka yakin hak dan kepentingan mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan selamat di tangan Tunku, Abdul Razak, Hussein dan Mahathir.

Tetapi, selepas era empat gergasi Malaysia itu, kepemimpinan Melayu melakukan satu demi satu kesilapan sehingga Melayu kini menjadi bahan caci, fitnah dan benci orang Cina dan India.

Segelintir Melayu yang masih berani bersuara mempertahankan hak mereka dilabelkan “racist” (perkauman) manakala yang mempertahankan Islam dicap “extremist” (pelampau).

Tetapi apabila orang Cina dan India, orang Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh bersuara mempertahankan bangsa, agama, bahasa dan budaya mereka, mereka digambarkan sebagai orang terpinggir yang dianaktirikan dan bakal pupus. Mereka dikatakan memperjuangkan hak asasi.

Alhamdulillah, kini semakin ramai orang Melayu dan orang Islam mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata dan bulat-bulat kepada parti-parti politik Melayu/Islam.

Mereka mula bersuara di luar kerangka politik parti. Mereka tidak lagi yakin sepenuhnya terhadap komitmen kepemimpinan Melayu/Islam - sama ada di sebelah pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – untuk mempertahankan Melayu dan Islam.

Orang Melayu dan Islam Malaysia hari ini tetap sederhana, tahan uji, bertolak ansur dan pemurah seperti orang Melayu dan orang Islam Malaysia pada tahun 1957.

Orang Cina dan India pula “menerima” orang Melayu/Islam kerana kuasa politiknya dan mereka berlindung di bawah kuasa politik Melayu/Islam yang toleransi untuk hidup lebih senang daripada di bumi asal mereka.

Gagasan Panca-Mahathir Kelirukan Melayu

Suara alternatif orang Melayu
Kini banyak orang Melayu/Islam keliru dan curiga dengan pelbagai gagasan, dasar, slogan dan rancangan yang dikemukakan oleh kepemimpinan Melayu kontemporari – daripada Islam Hadhari dan keterbukaan pada era Abdullah kepada 1Malaysia, keterangkuman, kesederhanaan, transformasi dan wasatiah pada era Mohd Najib.

Pada masa yang sama, mereka mula didedahkan oleh media baru/siber kepada fakta dan angka yang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya makin tertinggal dan terkebelakang berbanding orang keturunan perantau. Mereka tidak menelan bulat-bulat lagi propaganda dan percubaan tutup buruk (whitewash) media arus perdana.

Mereka juga sudah boleh dengar dan baca dari media siber apa yang orang Cina dan India kata mengenai mereka, bangsa mereka dan agama mereka.

Parti-parti politik Melayu/Islam boleh terus mengutuk dan mempersendakan Ibrahim Ali, Perkasa, Majlis Perundingan Melayu dan NGO-NGO Melayu/Islam lain.


Tetapi mereka tidak boleh lari daripada hakikat bahawa NGO-NGO Melayu/Islam ini muncul dan mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu/Islam kerana orang Melayu/Islam tidak yakin lagi kepada kepemimpinan politik Melayu/Islam sebagai pelindung hak dan kepentingan mereka.

Ramai pemimpin Melayu/Islam generasi ini tidak pun faham asas kuasa Melayu. Asas kuasa Melayu bukan ekonomi. Asas kuasa Melayu adalah politik.

Dengan kuasa politik itulah orang Melayu merundingkan kemerdekaan, membuat undang-undang serta menubuhkan perkhidmatan awam, polis dan tentera.

Tetapi selepas era Mahathir, hal itu mula diketepikan oleh kepemimpinan yang mahu dipuji dan dipuja. Mereka mematikan legasi dan menggantikannya dengan dasar liberal dan terbuka tanpa batas.

Wajah Mohd Najib di Layar Elektronik "Dataran Masa" (Penjelasan Pejabat Media PM: Iklan ini tidak dibayar oleh kerajaan)
Mereka dipuji dan dipuja di persada dunia tetapi dihukum teruk pada pilihan raya umum 2008 dan 2013. Akibatnya, orang Melayu/Islam hilang kuasa politik yang dibina melalui darah dan air mata oleh pemimpin Melayu/Islam lampau.

Tertelan Diayah Liberal Berat

Bermula pada era Abdullah dan berterusan ke dalam era Mohd Najib, bukan sahaja kuasa politik Melayu semakin luntur malah undang-undang yang dibuat oleh orang Melayu ketika mereka kuat mula disia-siakan.

Atas nama transformasi politik, Mohd Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat yang dibuat oleh orang Melayu ketika mereka kuat. Sekarang golongan liberal yang kemaruk puji-pujian Barat ini bercadang memansuhkan Akta Hasutan pula.

Maaf cakap, bagi saya semua ini adalah hasil ketohoran pemikiran dan kebutaan sejarah di kalangan elit politik Melayu/Islam masa kini. Mereka mudah termakan dan menelan “hook, line and sinker” segala bentuk diayah golongan liberal Barat.

Golongan ini dari dulu lagi tidak senang dan mendapati aneh bagaimana sebuah negara yang dipelopori orang Melayu/Islam boleh maju, aman dan selamat.

Mereka mahu Malaysia jahanam seperti negara-negara Islam lain. Bagi mereka, pucuk dicita ulam mendatang apabila ada pemimpin Melayu/Islam yang gembira bersekongkol dan bersekedudukan dengan mereka.

Upahnya murah saja – puji dan puja, gambar besar di layar raksasa di Dataran Masa. Dataran Masa adalah terjemahan langsung/literal Times Square di New York.

Umno adalah akar tunjang kuasa Melayu. Umno yang saya kenali dan sokong adalah Umno perjuangan, bukan Umno Presiden atau Umno Majlis Tertinggi. Umno yang berani bersuara bukan Umno yang memuji memuja.

Kita lihat Umno yang mana akan menonjol pada Perhimpunan Agung 25-29 November ini. Adakah ia perhimpunan yang menandakan permulaan kepada pengakhiran Umno atau perhimpunan yang menandakan permulaan kepada pemulihannya.(Oleh A.Kadir Jasin).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com. at 12.08 am on OOct.,m 26,2014.

Militan IS paling kaya

Gambar bertarikh 14 Julai lalu, menunjukkan seorang anggota bersenjata Kurdis berkawal ketika kelengkapan baharu minyak tiba di kilang penapisan Kalak, pinggir Irbil, Iraq. – AP 

WASHINGTON 24 Okt. - Kumpulan militan Negara Islam (IS) merupakan kum­pulan pengganas paling kaya di dunia selepas memperoleh berpuluh juta dolar sebulan hasil daripada penjualan minyak di pasaran gelap, bayaran tebusan dan peras ugut.

Portal berita Arab News me­laporkan Penolong Bendahari untuk risikan kewangan dan keganasan Amerika Syarikat (AS), David Cohen berkata, kumpulan militan itu memperoleh AS$1 juta (RM3 juta) sehari dengan menjual minyak mentah daripada lapangan minyak yang dirampas di sekitar Iraq dan Syria pada awal tahun ini.
Kemewahan yang diperoleh kumpulan itu dalam tempoh singkat dari pelbagai sumber berbanding kumpulan pengganas lain, memberi cabaran hebat kepada AS dan sekutunya untuk menghalang dana mereka.
“Kami tidak mempunyai pendekatan khas atau senjata rahsia untuk mengosongkan kewangan IS dalam satu malam. Serangan berterusan akan dilancarkan dan ketika ini masih di peringkat awal,’’ katanya yang mengetuai pasukan AS untuk memerangi kumpulan militan tersebut.
Cohen berkata, taktik utama pembiayaan IS itu membolehkan kumpulan tersebut menghasilkan berpuluh juta dolar sebulan.
“Mereka boleh menjual lebih 50,000 tong minyak sehari daripada kilang penapisan minyak yang dirampas pada harga yang murah,’’ ujarnya.
Beliau berkata, minyak ber­kenaan telah dijual kepada puak Kurdis di Iraq dan kemudian dijual semula di Turki, tindakan dibuat melalui pasaran gelap.
Naib Presiden badan bukan kerajaan AS, Carnegie Endowment for International Peace, Marwan Muasher berkata, IS kini dianggap kumpulan pengganas paling kaya dan mempunyai kebolehan memperoleh sumber kewangan canggih.( Utusna online-Luar Negara).Posted bya abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 184 hrs on Okt.,25,2014.

Perkasa dedah jumlah sebenaar Tanah Rizab Melayu tidak diganti

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Biro Pemantauan dan Integriti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan kerjasama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) akan menganjurkan Wacana dan Forum: Isu Tanah Rezab Melayu, Ahad ini.



Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, program itu mengupas dan mendedahkan jumlah sebenar Tanah Rizab Melayu yang tidak diganti setelah diambil untuk tujuan pembangunan termasuk kemudahan kepada kaum lain sejak sekian lama.







Katanya, program di Dewan Utama Istac bermula pukul 2 petang itu turut menjadi medium dalam memberi tekanan kepada pihak tertentu untuk mengembalikan tanah milik orang Melayu tersebut.
“Kami mahu orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sedar bahawa tanah yang telah diwasiatkan oleh Raja-Raja Mela­yu pada 5 Ogos 1957 telah hilang dan lebih 88 peratus daripadanya tidak diganti.
“Kami berharap program ini dapat menjadi platform untuk membuka mata semua pihak agar dapat bertindak dengan kadar segera menyelesaikan polemik yang berlarutan ini,” katanya.
Menurut Syed Hassan, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Shiekh Abdul Halim akan menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan program tersebut.
Katanya, program itu juga menampilkan dua orang ahli panel, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Prof. Datuk Nik Mohd. Zain Nik Yusof yang juga merupakan bekas Ke­tua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian.
“Panel kedua ialah Dr. Mohd. Hasrol Hafiz Aliasak yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan Ukur di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sri Iskandar.
“Mereka berdua sangat pakar dalam mengutarakan isu seperti ini. Ahli Perkasa dan orang ramai boleh hadir namun tempat adalah terhad,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 184 hrs on Okt.,25,2014.