Thursday, December 18, 2014

Umno lancar sistem pendaftaran keahlian secara dalam talian

Disember 19,2014.



NAJIB Tun Razak menekan butang sebagai gimik perasmian Pelancaran Keahlian Online UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. Turut bersama barisan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. – UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH.


KUALA LUMPUR 18 Dis. – UMNO mencatat satu lagi sejarah tersendiri dalam usaha meremajakan parti apabila sistem pendaftaran dalam talian yang membolehkan status keahlian disahkan dalam tempoh 24 jam dilancarkan hari ini.

Pelancaran tersebut disempurnakan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak sampai tiga minggu selepas beliau sendiri mengumumkan mengenai pembaharuan sistem keahlian itu pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, hujung bulan lalu.
Najib dalam ucapannya berkata, sistem pendaftaran keahlian secara dalam talian bukan sahaja akan menghapuskan kerenah birokrasi yang membelenggu UMNO, tetapi bakal menggalakkan lebih ramai golongan muda dan profesional menjadi ahli.
Tegasnya yang juga Perdana Menteri, pembaharuan tersebut turut menjadikan UMNO lebih segar, dinamik, progresif serta mengamalkan keterbukaan selaras dengan hasrat pucuk kepemimpinan untuk meremaja dan mentransfromasikan parti itu.
“Cerita borang hilang, cerita borang kena renyuk, cerita hantar borang tak diterima, cerita kena isi borang sampai dua tiga kali, kita dah letih. Kita berhasrat membuka UMNO kepada generasi muda yang kita sebut sebagai Gen Y.
“Sebab mereka ini sebenarnya ramai yang berminat mahu menjadi ahli UMNO. Ramai yang jumpa saya cakap mereka minat tetapi malangnya sebelum ini wujud banyak sangat kerenah birokasi,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
UMNO ketika ini mempunyai kira-kira 3.5 juta ahli di seluruh negara tetapi mendapat banyak rungutan khususnya daripada golongan profesional dan orang muda akibat kesukaran untuk menjadi ahli disebabkan sikap negatif segelintir pemimpin.
Menurut Najib, sistem pendaftaran secara dalam talian itu dibuat selari dengan Perlembagaan UMNO iaitu setiap nama ahli baharu akan dihantar kepada badan perhubungan negeri, seterusnya disalurkan kepada bahagian sebelum diagihkan ke cawangan.
Jelasnya, jika terdapat unsur-unsur penipuan atau cubaan daripada ahli parti pembangkang untuk mengekspoitasi sistem keahlian baharu tersebut dengan menyelinap ke dalam UMNO sebagai ahli, keahlian mereka akan dibatalkan serta-merta.
“Semua maklumat diri mesti tepat dan betul, baru kita luluskan keahlian. Kalau ada ahli parti pembangkang katakan, dia nak menyusup masuk, kita kemudian hari dapati dia ahli parti pembangkang, maka terbatal pendaftarannya,” kata beliau.
Dalam pada itu, beliau mengulangi maksud sebenar konsep peremajaan UMNO iaitu bukan bererti dari sudut mahu membuka pintu kepada orang muda atau mengganti pemimpin lama dengan muka baharu secara mengejut semata-mata.
Sebaliknya jelas Najib, peremajaan yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan ialah meliputi setiap aspek, amalan serta pendekatan yang digunakan dalam parti.(Utusan online-politik).Posted by a bnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.39am On Dis-19,2014.

Tuesday, December 16, 2014

DAP perlu lebih berhemah keluarkan kenyataan isu hudud-PAS.

Add caption
SLUG : RASMI MUKTAMAR PAS JOHOR - Batu Pahat 18 September 2014 - Suasana Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60, bertempat di Parit Raja, Batu Pahat, Johor, di sini hari ini.Gambar : AMIN FARIJ HASANPemberita : TEAM MUKTAMAR UTUSANSUASANA Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 di Parit Raja, Batu Pahat, Johor, pada September lalu.NOTATERBITANUTUSAN MALAYSIAKHAMIS23 OKTOBER 2014MUKA 10** 



JOHOR BAHARU 16 Dis. - Pas hari ini meminta pemimpin-pemimpin DAP supaya lebih berhemah dalam mengeluarkan kenyataan mereka khususnya yang melibatkan dasar Pas.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, walaupun Pas menghormati hak demokrasi DAP untuk berbeza pandangan dan tidak bersetuju, namun ia berpendapat sikap parti itu secara berterusan mempertikaikan hak Pas memperjuangkan undang-undang hudud di Kelantan khususnya, adalah sangat tidak baik dan tidak wajar.
"Ia adalah satu percubaan meretakkan hubungan di kalangan Pakatan Rakyat (PR)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya tindakan itu adalah siri berangkai beberapa lagi tindakan DAP yang mempertikaikan Pas termasuk semasa krisis Menteri Besar Selangor beberapa bulan lepas.
Mohd Khairuddin menegaskan undang-undang jenayah Islam termasuk Hudud adalah sebahagian daripada perjuangan Pas yang tidak boleh ditawar-menawar.
"Menjadi hak Pas untuk terus memperjuangkan pelaksanaan undang-undang ini di dua negeri majoriti umat Islam iaitu Kelantan dan Terengganu dengan pelaksanaannya terhadap penjenayah dalam kalangan orang Islam sahaja menerusi Mahkamah Syariah, melainkan jika penjenayah bukan Islam juga meminta untuk dilaksanakan ke atas mereka atas prinsip perundangan 'mutatis mutandis'," kata beliau.
Mohd Khairuddin berkata parti-parti dalam PR menyetujui dasar-dasar bersama yang boleh dikompromi menjadi sebahagian manifesto bersama dalam pilihan raya umum berasaskan konsep Negara Berkebajikan dan Negara Adil Untuk Semua. - BERNAMA( Utusan online-politik).Posted by abnmulya  /Abu B akar Ninggal.blogspot.com.at 11.15 am on Dis-17,2014.

Dewan Ulama Pas tidak bersama PKR,DAP.

Datuk Dr.Mahfodz Mohamad
KUALA LUMPUR 16 Dis. – Dewan Ulama Pas tidak akan bersama-sama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertahankan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang membolehkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam di Pulau Pinang.

Pemangku Timbalan Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, sebaliknya Ulama Pas tetap sehingga bila-bila menyokong keputusan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dinyatakan dua tahun lalu bahawa kalimah Allah kekal untuk umat Islam sahaja.
“Kalimah Allah adalah berkaitan dengan hukum Islam, bermakna kita tidak boleh berkompromi. Jika Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih mempertahankan kenyataan mereka, berkemungkinan besar Presiden Pas akan menasihati kedua-duanya bagi mengelakkan kekeliruan ini.
“Tetapi Pas tetap dengan pendirian dan konsisten sejak dari dahulu, Dalam hal ini kami tidak akan berada di belakang mereka yang tidak mempertahankan hukum Islam. Itu sudah jelas dan pasti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Anwar semalam mempertahankan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mahu membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri tersebut.
Dalam pada itu, Guan Eng yang bertegas menyatakan penguatkuasaan penggunaan kalimah Allah di negeri Pulau Pinang hanya sah kepada orang Islam semalam masih tetap dengan pendirian enakmen tersebut hanya dikhususkan kepada orang Islam dan tidak terpakai terhadap bukan Islam.
Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas berkata, Majlis Syura Ulama dan di peringkat Pas Pusat sebelum ini juga sepakat dan menegaskan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah tetapi perlu digunakan secara tertutup iaitu dalam kalangan mereka sahaja.
Contohnya, kata beliau, mereka boleh menggunakan kalimah suci itu di dalam gereja, jika untuk kegunaan di dalam Bible, tidak boleh disebarkan kepada umum yang merangkumi orang Islam.
“Langkah itu bagi mengelakkan kekeliruan. Kita semua umat Islam sedia maklum, malah perkara ini hangat dibincangkan dalam negara secara umum iaitu kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan kepada bahasa lain kerana terikat dengan ilmu Islam yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
“Jika kita membenarkan agama Kristian menggunakan kalimah Allah itu secara umum, maksudnya akan berbeza, Ini kerana pemahaman mereka tentang Tuhan itu adalah God yang mempunyai ibu dan anak lelaki, sedangkan Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.58 am on Dis-17,2014.

Unmo,Pas terus digesa bergabung demi pertahankan Islam


17 Disember 2014 1:36 AM

KUALA LUMPUR 16 Dis. – UMNO dan Pas sekali lagi digesa mencari jalan untuk meneruskan usaha bergabung atau bekerjasama demi mempertahankan nilai dan prinsip Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan sejak mencapai kemerdekaan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, dalam konteks Malaysia, orang Melayu yang sinonim sebagai umat Islam perlu bersatu dan sekata agar prinsip dan nilai Islam dapat dipertahankan daripada dihapuskan oleh pihak yang mempunyai niat tidak baik terhadap Melayu dan Islam.

“Kemuncak dan perpaduan orang Melayu selepas merdeka wujud selepas peristiwa 13 Mei apabila pelbagai program untuk membangunkan kaum itu dan agama Islam telah dilaksanakan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Perpaduan Melayu Teras Pembinaan Negara Islam dalam Muzakarah Pakar: Kedudukan Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam: Satu Perbahasan anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.

Katanya, selepas peristiwa itu, kerajaan meminda Akta Hasutan untuk memasukkan Seksyen 3(1)(f) bagi memperkuatkan lagi benteng pertahanan orang Melayu dan Islam.

“Tetapi hal ini sudah berubah, terutama sekali dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Akibatnya, perhatilah apa yang dilakukan oleh orang bukan Islam terhadap agama Islam kebelakangan ini.

“Perkara-perkara yang tidak pernah terbayang di fikiran kita telah berlaku sewenang-wenangnya. Ini kerana mereka tahu kita sudah lemah. Mengapa kita lemah? Sebab kita berpecah,” katanya.

Namun katanya, bersatu sahaja tanpa tahu apa yang hendak dilakukan tidak akan memberi apa-apa makna.

“Kita perlukan pakar dan pengamal dalam pelbagai bidang untuk duduk bersama, berfikir, mengenal pasti apa yang tidak Islamnya dari segi institusi, dasar, undang-undang dan lain-lainnya serta kemukakan cadangan yang konkrit bagaimana perlu diganti kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, orang Melayu dan umat Islam perlu menyokong tindakan UMNO yang menunjangi kerajaan memerintah yang mengisytiharkan Akta Hasutan dikekalkan seperti dituntut banyak pihak yang cintakan keamanan dalam Malaysia.

Katanya, sejak merdeka, orang Melayu dan umat Islam telah banyak menerima faedah daripada peruntukan tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan terutama yang menyentuh soal Islam sebagai agama rasmi negara.(Utusan online-politik) Posted b y abnmulya /Abu Bakar Ninggal. blogspot. com.at 10.30 am on Dis-17,2014.
-

Monday, December 15, 2014

DAP cuba ubah dasaer Pas.

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan tindakan DAP menolak hukum hudud sebagai misi baharu parti itu untuk memastikan Pas mengubah dasar perjuangan demi mencapai kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. 

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Ab­duh berkata, seruan daripada pemimpin DAP untuk kedua-dua parti mengamalkan konsep kesederhanaan atau wa­­satiyyah juga di­­buat dengan menolak hukum serta syariat Islam.

“DAP menyeru Pas berwasatiyyah bersama-samanya dengan menolak hukum syariat Islam. Nampaknya misi baharu DAP sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah berusaha mengubah hala tuju Pas. Banyaknya kerja DAP sekarang ini. Rasa macam dah jadi Polis Malaysia pula,” katanya melalui laman Facebook hari ini.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, resolusi tersebut tidak akan menghalang hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan di negeri itu.
Takiyuddin berkata, DAP boleh meluluskan apa sahaja resolusi di dalam parti itu, namun tidak mempunyai hak untuk memaksa Pas menurutinya kerana setiap parti mempunyai dasar masing-masing.
“Mana-mana parti termasuk DAP boleh buat apa sahaja pendirian tetapi itu tidak bermaksud parti lain kena setuju. Anda bebas untuk bercakap tetapi jangan paksa orang lain untuk menurutinya.
“Kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hukum hudud, jadi DAP jangan masuk campur. Lebih baik fokus kepada Pulau Pinang terutama orang Melayu di situ dengan memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1`334 hrs on Dis-16,2014.

'Hormati Pas ( atau) keluar pakatan'



Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU 15 Dis. – “Hormati Pas atau keluar daripada pakatan pembangkang.” Mohd. Amar Nik Abdullah 

Demikian amaran keras Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kepada DAP berikutan tindakan parti itu yang berterusan menentang hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Mohd. Amar dalam nada tegas berkata, Pas akan tetap dengan perjuangan mereka selama ini untuk melaksanakan undang-undang Islam walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

“Dia tidak boleh paksa Pas ikut dia (tolak hukum hudud). Kita akan tetap laksanakan hukum hudud. Kalau DAP rasa tidak selesa dengan perjuangan Pas, dia boleh undur, keluar pakatan pembangkang.

“Kita tidak akan tukar perjuangan kita hanya untuk menang pilihan raya. Kita takkan korbankan perjuangan kita semata-mata hanya untuk mendapatkan kerusi pada pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud sudah sejak sekian lama iaitu sebelum wujud­nya pakatan pembangkang.
Malah katanya, melaksanakan hukum hudud di Kelantan juga adalah pilihan rakyat dan DAP sepatutnya menghormati pendirian tersebut.

“DAP tidak setuju itu hak dia, tetapi DAP juga tidak ada hak dan boleh menyekat atau menghalang Pas untuk melaksanakan hukum hudud,” tegasnya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1301 hrs on Dis-16,2014.

Sunday, December 14, 2014

Guan Eng disifatkan cabar umat Islam

Menteri Belia dan Sukan merangkap sebagai Ketua Permuda Umno Malaysia.
REMBAU 14 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan kenya-taan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai cuba mencabar dan memperlekeh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin pada masa yang sama mengecam tindakan Setiausaha Agung DAP itu yang disifatkan sengaja tidak menghormati dan menimbulkan kemarahan umat Islam.
“Saya amat dukacita dan mengecam kenyataan Guan Eng sebab ia menimbulkan kemarahan seolah-oleh tidak menghormati undang-undang syariah,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas The Rembau Challenge di Dataran Rembau dekat sini hari ini yang turut dihadiri oleh Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman.
Guan Eng dalam kenyataan portal berita memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.
Ketua Menteri itu dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menggesa Pas agar menyatakan pendirian dalam hal berkenaan.
Jelasnya, sebagai parti yang berlandaskan Islam, orang ramai pas-tinya ternanti-nanti pendirian Pas.( Utusan online-politik)..Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.36 noon on Dis-15,2014.

DAP Tolak hudud Pas


-RESOLUSI DILULUSKAN SEBULAT SUARA 938 PERWAKILAN

-OLEH RODELIO JUNJUN TAUCAN  : 15 DFISEMBER 2014 : 1.57 AM.


BARISAN pemimpin DAP/PKR/PAS yang hadir dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya,semalam .
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud semakin sukar apabila DAP menegaskan pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan undang-undang Islam itu jika berjaya memerintah negara selepas pilihan raya umum akan datang.

Pendirian DAP itu juga diper­ku­kuhkan melalui satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan yang diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan semasa Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya hari ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penolakan hukum hu­dud perlu dimuktamadkan kerana itu adalah aspirasi pengundi dalam memberi sokongan kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya.
“Untuk menang Pilihan Raya Umum ke-14, kita mesti ada pendirian tegas, kedudukan jelas bahawa pakatan pembangkang yang memerintah di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.
“Itu mesti jelas sama sekali, kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi sederhana bukan pengundi ekstrem,” katanya ketika ucapan perasmian di persidangan itu.
Yang turut hadir, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun, Pas hanya diwakili Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli.
Ketiadaan pemimpin kanan Pas dalam persidangan itu menimbulkan persoalan tentang hubungan kedua-dua parti yang semakin tegang dan telah berlarutan sejak enam bulan lalu berikutan krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.
Baru-baru ini, pemimpin kedua-dua parti turut bertikam lidah apabila Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.
Sementara itu, dalam ucapannya, Guan Eng turut menyatakan kesetiaan DAP menunggu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara akibat kesalahan liwat.
“Di sini saya ingin memberi ja­­mi­nan kepada Kak Wan (Wan Azizah), sekiranya Anwar masuk penjara, jangan bimbang kita akan tunggu sampai beliau keluar penjara,” katanya.
Sebelum ini, DAP telah menyatakan pendirian untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum.
Selain Guan Eng, Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dalam ucapannya turut mempersoalkan beberapa pihak yang cuba memperkenalkan undang-undang bersifat keagamaan di negara ini.
Beliau yang tidak menjelaskan perkara itu secara khusus berkata, Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, justeru sebarang dasar yang cuba mencabulinya tidak boleh dibiarkan.
Dalam pada itu, perwakilan dari Perak, Wong Kah Woh semasa perbahasan meminta mana-mana pemimpin pakatan pembangkang yang tidak bersetuju dengan keputusan dibuat gabungan itu supaya segera berundur.
“Ini penting, pemimpin daripada parti yang ingkar untuk ikut keputusan tersebut atau mahu vetokan keputusan, beliau tidak layak jadi pemimpin dan harus undur diri,” katanya tanpa merujuk kepada mana-mana parti.(UTUSAN ONLINE-POLITIK).Posted bya abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 11.50 am on Dis,2014.15,2014..

Guan Eng hina Agong

Berdegil benarkan bukan Islam di PP guna kalimah Allah.

NABIL BASARUDDIN.15 Disember 2014 1:36 AM 


Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berdegil mahu membenarkan orang bukan Islam di negeri itu menggunakan kalimah Allah disifatkan sebagai menghina Yang di-Pertuan Agong.
Rahmad Isahak
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, tindakan tersebut sekali gus pastinya akan mengundang kemarahan dalam kalangan orang Melayu di seluruh negara.
Menurut Rahmad, kalimah Allah adalah antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negeri itu yang telah diluluskan kerajaan pembangkang diterajui DAP menerusi perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Selain Allah, antara perkataan lain yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam adalah ‘solat’, ‘surau’ dan ‘masjid’.
Abdullah Zaik
Abdul Rahman
“Jadi, jangan terus membuat penghakiman bahawa tiada undang-undang khusus yang melarang bukan Islam untuk berbuat demikian, kerana mereka sendiri yang telah meluluskannya dan perkara tersebut sudah jelas apabila digazetkan oleh Majlis Fatwa. Perkara itu bukan sahaja terpakai kepada orang Islam tetapi bukan Islam.
“Beliau sepatutnya tidak sesuka hati melemparkan tuduhan yang tidak berasas tetapi perlu bertindak matang dalam menerajui pentadbiran negeri,” katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.
Semalam, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, mencadang­kan Guan Eng merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri jika beliau tidak faham berkaitan enakmen jenayah syariah negeri yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Sebelum ini, Guan Eng, seperti dilaporkan beberapa portal berita memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang untuk menggunakan kalimah Allah.
Tambah Rahmad, sebagai Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya menjadikan isu tersebut sebagai modal politik untuk mendapatkan perhatian orang ramai.
“Beliau tidak sepatutnya menghangatkan perkara ini kerana dikhuatiri cuba mendapatkan sokongan kaum bukan Islam untuk bersama-sama menghina keputusan Mahkamah Persekutuan, tetapi kita yakin bahawa mereka juga tidak akan mudah untuk diperbodohkan oleh pihak tertentu,” ujar­nya
Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, Guan Eng seharusnya sedar bahawa beliau sebenarnya berada dalam sistem Persekutuan dan bukanya sebuah negara republik.
“Pergolakan yang berlaku ini sebenarnya telah memberi gambaran yang negatif terhadap pimpinan beliau kerana dilihat tidak menghormati institusi raja dan sensitiviti masyarakat Islam.
“Sebagai negara majmuk, beliau seharusnya mengikuti undang-undang yang diperuntukkan di peringkat nasional dan tidak sesuka hati mewujudkan suasana yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman negara,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com. at 11.36 am on Dis-115,2014.

Saturday, December 13, 2014

Mufti minta Guan Eng rujuk pakar

14 Disember 2014,2.35 am.


KUALA LUMPUR 13 Dis. – Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan, orang Islam dan bukan Islam bahawa mereka mesti akur dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa bagi mengelakkan mereka dianggap menghina agama Islam dan pihak berkuasa agama.

Mufti Pahang
Datuk Ab.Rahman
Osman.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merujuk kepada Penasihat Undang-undang Negeri jika beliau tidak faham berkaitan enakmen jenayah syariah negeri yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Ini kerana tegas beliau, enakmen yang diwujudkan turut terpakai kepada bukan Islam bagi mengelakkan penyalahgunaan kalimah suci itu.
"Kalimah Al­lah ti­dak boleh digu­na­kan bagi tujuan pengembangan aga­ma dan untuk mengelirukan masyarakat Islam, kalau hanya bertutur sahaja tidak menjadi kesalahan. Kalau tidak se­tuju fatwa yang diwartakan, orang yang bercanggah buat kenyataan boleh didakwa kerana menghina di bawah enakmen jenayah syariah negeri,’’ katanya.
Mufti P.Pinang
Dr.Wan Salim
Beliau mengulas kenyataan Gu­an Eng semalam yang memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di negeri ini menggunakan kalimah Allah.
Menurut Guan Eng, larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam enakmen itu ti­­dak terpakai kepada bukan Is­­­lam di negeri ini kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor meminta Guan Eng merujuk kepada mereka yang pakar jika beliau tidak memahami Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004.
Dalam konteks itu, beliau berharap dapat bertemu Guan Eng dalam masa terdekat bagi mem­bincangkan ten­tang isu peng­gunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negeri tersebut.
Menurut Wan Sa­lim, isu tersebut ti­dak sepatutnya di­­bangkitkan me­man­dangkan Majlis Fatwa negeri telah menggazetkan perka­taan Allah serta 40 lagi perkataan berkaitan Islam yang tidak boleh diguna pakai oleh bukan Is­lam.
“Jadi apabila sudah digazetkan oleh Majlis Fatwa, perkara itu bukan sahaja terpakai kepada orang Islam te­tapi bukan Islam sebab pelantikan muf­ti adalah di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Maknanya, setiap rakyat tidak kira orang Islam atau bukan Islam perlu taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Salim berkata, larangan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam meskipun tidak dinyatakan di dalam al-Quran atau sunnah tetapi dibuat atas dasar memastikan kemaslahatan awam.
Apatah lagi tambah beliau, per­kara itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Islam yang bimbang sekiranya kalimah Allah digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang lain.
Sehubungan itu beliau ber­harap pertemuan dengan Guan Eng kelak dapat membangkitkan keperluan mengelak daripada menyentuh isu-isu sensitif terutama melibatkan agama dan kaum.
“Kita juga berharap mana-mana pihak termasuk kerajaan DAP Pulau Pinang selepas ini mengelak daripada menimbulkan isu ini kerana melibatkan kemaslahatan awam dan boleh menjejaskan ke­harmonian kaum sementelah kerajaan negeri bukan hanya ber­tanggungjawab kepada orang bukan Islam tetapi juga orang Islam,” katanya.(Utusan online-Terkini-berita utama ).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.56 am on Dis-14,2014.

Bangsa Melayu telah wujud lebih awal


14 Disember 2014 2:36 AM

Zaharah Sulaiman, Presiden Sejarah Tamadun Melayu

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Bangsa Melayu adalah bangsa yang wujud lebih awal dan penyebarannya hampir ke seluruh dunia sekali gus telah membenihkan bangsa-bangsa lain.

Menurut Presiden Sejarah Tamadun Melayu, Zaharah Sulaiman, bangsa Melayu telah tersebar hingga meliputi satu perenam dunia atau dengan populasi 400 juta orang sehingga turut terdapat di Madagascar sekali gus membuktikan Melayu benar-benar wujud di muka bumi ini.
Katanya, bukti kewujudan bangsa Melayu juga adalah berdasarkan peme­­taan genetik dan artifak arkeologi mengenai asal-usul daripada nenek moyang kepada populasi Melayu pada hari ini.
“Fakta ini sekali gus menafikan sebuah buku yang diterbitkan di Singapura yang menyatakan bahawa Melayu tidak wujud tetapi melalui penyatuan kaum-kaum lain. Republik itu juga mendakwa Melayu sebagai pelanun dan perompak seperti ditayangkan di muzium negara itu sejak berpuluh tahun.
“Sejarah telah menyatakan bahawa Melayu membenihkan bangsa-bangsa lain, wujud lebih lama daripada bangsa asing malah pembina kapal terbesar sehingga mampu belayar ke Madagascar,’’ katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Asal-usul dan DNA Melayu’ bersempena Pameran serta Seminar Melayu dan Senjata Tradisional anjuran Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur (Pusaka KL) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Yang Dipertua Pusaka KL, Khairul Azhar Abdul Karim.
Dalam pada itu, Zaharah yang juga pengkaji dan penulis Sejarah Ikatan Arkeologi Malaysia berkata, orang Melayu perlu keluar daripada kepompong ketidakupayaan dan menebus kembali segala kegemilangan yang tercipta sejak ribuan tahun dahulu.
Katanya, golongan itu tidak lagi boleh bersikap seperti 'melukut di tepi gantang’ atau terlalu mahu 'menyusukan kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan’ dan mereka sekadar 'menang sorak, kampung tergadai’.
Jelas beliau, kehebatan Melayu dalam ilmu sains kejuruteraan, perkapalan dan seni bina perlu ditegakkan semula kerana sejarah telah membuktikan mereka merupakan masyarakat awal yang menguasai tiga bidang utama itu yang merupakan bukti bagaimana kehalusan seni bina diguna bagi menampung tamadun Melayu yang begitu canggih melalui cetusan idea-idea struktur indah dan pintar iaitu tidak hanya terhad kepada simbol keupayaan dan kegemilangan Melayu.
“Melayu masih bertahan kerana masih ada semangat keperwiraan dan kepahlawanan dalam kalangan segelintir pejuang bangsa. Untuk kita, mereka terus berdiri teguh walaupun diasak dari semua penjuru oleh penjajah, pendatang, pujuk rayu licik dan kecairan Perlembagaan,’’ katanya.
Dalam pada itu, Khairul Azhar berkata, adalah amat penting orang Melayu mempunyai nilai-nilai dan jati diri kaum yang sebenar demi kesejahteraan negara kerana keperibadian tersebut memberi kesan kepada seluruh masyarakat.
Katanya, melalui sikap berbudi bahasa, sopan-santun dan bertolak-ansur oleh orang Melayu inilah mereka boleh berjaya hidup dengan kaum lain sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Walau bagaimanapun jelas beliau, Melayu tidak boleh menjadi 'burung yang hidup seperti ayam’ kerana mahu sentiasa diberi makan dan akhirnya lupa bagaimana untuk terbang sehingga tidak sedar musuh sedang menunggu.
“Apa akan jadi kalau orang Melayu mendukung nilai-nilai dan prinsip bangsa lain? Dalam hal ini Melayu bukanlah rasis tetapi hakikat kebenaran sikap inilah bangsa-bangsa lain boleh hidup bersama dengan aman kerana kita berpijak di bumi dan menjunjung langit yang sama.
“Adalah amat penting Melayu perlu bersatu kerana penyatuan itu bukan untuk kebajikan dan kese­lamatan Melayu, tetapi mereka perlu bersatu supaya negara aman dan makmur," katanya.(Urtusan online-Terkini-berita utama).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.40 am on Dis-14,2014.

Kalimah Allah: Kuasa Yang Dipertua Negeri

KHAIRUL ABIDIN NUAR (KHAIRUL.NUAR@UTUSAN.COM.MY) Disember 2014 3:06 AM &


AHMAD Zahid Hamidi beramah mesra dengan sebahagian daripada ketua kampung sempena Perasmian Karnival Sukan Air Bagan Datoh 2014 di Kompleks Pelancongan Bagan Datoh, Perak, semalam.– MINGGUAN/ HANAFI KHAMIS 

BAGAN DATOH 13 Dis. – Ketua Menteri di sesebuah negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau menentukan sesuatu keputusan mengenai penggunaan kalimah Allah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan.

“Walaupun fatwa harus dilaksanakan di peringkat negeri dan hal ehwal agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, kuasa eksekutifnya tidak terletak kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Karnival Sukan Air Bagan Datoh yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Jeti Bagan Datoh di sini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dilaporkan beberapa portal berita semalam, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Ahmad Zahid seterusnya memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika menerima laporan polis berhubung pendirian Guan Eng tersebut.

Menurutnya, isu berkaitan hal ehwal agama Islam sepatutnya diserahkan kepada Mahkamah Syariah yang akan melakukan pendakwaan terhadap mana-mana pihak.( Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.b;logspot.com. at 11.15 am on Dis-14,2014.


Friday, December 12, 2014

Safe sindir pengkritik Harimau

Oleh:Aizawati Ahmad, 13 Disember 2014 at 1.28 am.
Safee Sali

KUALA LUMPUR - Seperti kata pepatah Melayu ‘memulang paku buah keras’, itulah yang dilakukan penyerang kebangsaan, Safee Sali bagi menjawab kritikan segelintir penyokong terhadap dirinya dan juga skuad kebangsaan setelah Harimau Malaya mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala AFF.

Nampaknya pemain berusia 31 tahun itu tidak menunggu masa lama untuk membalas segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan apabila dia menggunakan Twitter bagi meluahkan segala yang terbuku dalam dadanya selama ini.
Menerusi laman sosial tersebut Safee mengucapkan syukur kepada Ilahi di atas kejayaan skuad bimbingan Dollah Salleh yang berjaya menewaskan Vietnam 4-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Hanoi kelmarin yang sekali gus mengesahkan tempat mereka ke perlawanan akhir Piala AFF untuk bertemu Thailand.
“Syukur ku panjat kepada Ilahi...Alhamdulillah..semua pengorbanan berhasil dengan bangganya. Semua cacian dan makian yang dilemparkan tak pernah masuk ke dalam hati ini.
“Perjuangan ini bukan hanya dengan bermain guli, tapi dengan semangat cintakan keluarga pasukan (skuad Malaysia) ini dan demi maruah negara,” katanya.
Pemain yang menyarung jersi No. 10 itu turut memuji penyokong Vietnam yang mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan tidak mudah melatah sekalipun skuad kebangsaan mereka kecundang di tangan Malaysia.
“Penyokong pasukan Vietnam bagus sekali... walaupun kalah tak ada bertumbuk, malah bertepuk tangan dekat kita orang lagi,” ujarnya.
Safee turut menyindir penyokong Malaysia yang pernah dicadangkannya sebelum ini agar menukar bendera negara, jika tidak boleh menerima sebarang kekalahan yang menimpa skuad kebangsaan.
“Kepada penyokong yang dah tukar bendera lepas kena sound (tegur) hari itu, jangan tutup muka tu dengan bantal okay...lap (sapu) je muka tu dengan tisu,” katanya.
Sepanjang Piala AFF berlangsung sejak dari peringkat kumpulan di Singapura lagi, tercetus ‘perang’ dalam media sosial antara Safee dan segelintir penyokong skuad kebangsaan yang kurang berpuas hati dengan persembahan Harimau Malaya.
Ekoran tidak tahan dengan kritikan demi kritikan yang dilemparkan, Safee telah bertindak membalas segala penghinaan yang sekali gus membangkitkan suasana kurang harmoni antara penyerang itu dengan penyokong.( Utusan online-sukan bola sepak tempatan).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com. at 1.21 noon at Disember  13,2014.

Thursday, December 11, 2014

Pendedaahan kejam C IA,dunia kecam Amerika



WASHINGTON 11 Dis. – Laporan Senat Amerika Syarikat (AS) yang mendedahkan penderaan kejam oleh Biro Penyiasat Pusat (CIA) ke atas suspek pengganas kelmarin, membangkitkan kemarahan masyarakat dunia yang mahu ejen dan pegawai kanan agensi risikan itu dibawa ke muka pengadilan.

China dan Iran yang rekod hak asasi manusianya sering dikritik Washington, mengecam perbuatan itu termasuk Jerman dan negara baharu pro AS, Afghanistan.

“Sebarang pelanggaran kepada keterbukaan, nilai-nilai demokratik sepatutnya tidak berlaku lagi,’’ kata Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier menggambarkan rasa malu sekutu Amerika di Eropah.
Jurucakap Suruhanjaya Eropah, Catherine Ray dalam pada itu mengalu-alukan ketelusan laporan Senat namun memberi amaran perbuatan itu meningkatkan persoalan penting tentang perlanggaran hak asasi oleh pihak berkuasa AS.
China yang merupakan kuasa saingan Amerika menerusi jurucakap kementerian luarnya, Hong Lei menyatakan pendirian tegas negara tersebut.
“China secara konsisten menentang amalan penyeksaan. Kami percaya AS perlu mencermin diri, perbetulkan cara mereka dan mematuhi peraturan ditetapkan konvensyen antarabangsa,’’ katanya.
Iran yang menyedari laporan itu adalah peluang terbaik buat negara itu ‘menghentam’ seteru utama negara berkenaan tidak terkecuali mengkritik Amerika.
Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menerusi tweetnya mengisytiharkan Amerika adalah ‘simbol kezaliman terhadap kemanusiaan’ bukan hanya merujuk kepada program penyeksaan CIA malah kepada penguatkuasaan undang-undang tempatannya.
Afghanistan sementara itu menerusi Presiden Ashraf Ghani, mengecam perbuatan tidak berperikemanusiaan Amerika tersebut.
“Tidak ada sebab kepada jenis-jenis perbuatan seperti ini dan penyeksaan tidak berperikemanusiaan dalam dunia hari ini,’’ kata Ashraf. – AFP(Utusan online-Luar negara).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.54 noon at Dis-13,2014.

Najib ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya

12 Disember 2014 8:04 AM 

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara yang berjaya melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 pada perlawanan separuh akhir kedua.


"Alhamdullilah dan syabas kepada Harimau Malaya. Menang dengan Gaya! Saya amat bangga bersama semua Rakyat Malaysia," kata Najib menerusi catatan terbaharu di laman Twitternya.
Skuad Harimau Malaya yang kalah 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada Ahad lepas, bangkit mencatat kemenangan selesa 4-2 pada aksi timbal balik di Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam malam tadi.(Utusan online- Sukan).Posted by abnmulya / Abu Bakar Nin ggal.blogspot.com.
at 1.56 am on Dis-13,2014.

Tuesday, December 9, 2014

Kaji semula pelantikan Mueller

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Khazanah Nasional mengkaji semula pelantikan Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd., (MAS Newco) yang baharu.

Khairul Azwan
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Khazanah perlu memberi kepercayaan kepada anak tempatan untuk menerajui syarikat penerbangan Malaysia itu.
Beliau menegaskan, adalah terlalu berisiko untuk MAS yang merupakan aset strategik nasional dengan dana RM6 bilion hasil suntikan Khazanah, diuruskan oleh rakyat asing.
“Pemuda UMNO melihat sekiranya pelantikan rakyat asing ini diteruskan, ia bakal mengundang pelbagai persepsi terhadap kemampuan Khazanah yang dilihat terpaksa bergantung kepada pakar luar.
“Pemuda UMNO amat khuatir sekiranya pakar luar dijadikan taruhan dengan risiko yang terlalu tinggi,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Menurut beliau, Pemuda UMNO percaya ramai rakyat tempatan yang layak dan berkemampuan untuk menerajui MAS.
“Khazanah perlu diurus selia oleh calon anak watan yang lebih memahami keperluan budaya dan cara kerja serta iklim ekonomi kita.
“Kita melihat justifikasi pemulihan lebih berbentuk pengurangan kos operasi dan pencarian laluan udara yang lebih menguntungkan. Kita percaya Khazanah mampu mencari calon tempatan yang layak sekiranya mahu,” tegasnya.
Tegas beliau, Talent Corp. boleh membantu untuk mencari bakat tempatan dan sekiranya Khazanah memerlukan tenaga asing, mereka boleh dilantik sebagai perunding atau penasihat kepada MAS.
Pada 5 Disember lalu, MAS mengumumkan pelantikan Mueller sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS dan CEO MAS NewCo berkuat kuasa 1 Januari 2015.
Pelantikan Muller merupakan antara pelan pemulihan 12 perkara untuk membolehkan MAS kembali untung dalam tempoh tiga tahun selepas dikeluarkan daripada senarai­an awam Bursa Malaysia hujung tahun ini.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya  /Abu Bakar N inggal.blogspot.com.at 11.55 am on Dis-10,2014.

AKTA HASUTAN JAGA KEPENTINGAN SEMUA KAUM -PEGUAM NEGARA.

KOTA KINABALU 9 Dis. – Pengekalan Akta Hasutan 1948 yang ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk menambah baik dan memperkukuhkan adalah untuk melindungi hak serta keharmonian ma­­syarakat pelbagai kaum di negara ini.

Abdul Gani Patail
Menjelaskan perkara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pengekalan akta tersebut dan pengukuhan dua perkara tidak bermaksud melin­dungi sesuatu agama atau komuniti, sebaliknya keseluruhan rakyat Malaysia.
“Bagi pandangan saya, apa yang dimaksudkan Perdana Menteri dalam perkara itu (Akta Hasutan) adalah untuk melindungi semua hak rakyat negara ini di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Hak dan keistimewaan Melayu dan bumiputera dijaga serta termaktub dalam kontrak sosial, manakala hak untuk orang bukan Melayu juga dilindungi tanpa persoalan,” katanya ketika mengulas kenyataan Najib tentang pengekalan Akta Hasutan 1948 dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Pada 27 November lalu, Najib yang juga Presiden UMNO me­negaskan Akta Ha­sutan 1948 tidak akan dihapuskan sebaliknya diperkuat dan diperkukuhkan se­ku­rang-ku­rangnya da­lam dua perkara.
Terdahulu, Abdul Gani yang juga Pengerusi Yayasan Bantuan Guam­an Kebangsaan (YBGK) menghadiri majlis minum petang ahli YBGK dengan Persatuan Peguam Sabah (SLA) di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Gani meminta seluruh rakyat terutama di negeri ini supaya melihat laporan suruhan siasatan pendatang asing di Sabah dari perspektif dan pemikiran terbuka.
Malah, kata beliau, isu pendatang asing di negeri ini boleh diatasi bersama sekiranya rakyat, kerajaan dan pihak berkuasa melihat dari konteks lebih luas tentang perkara itu, sekali gus bersama-sama membanterasnya.( Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at  11.40 am on Dis-10,2014.

ICC iktiraf Palestin sebagai pemerhati:BUKA LALUAN UNTUK DAKWA iSRAEL ATAS KESALAHAN JENAYAH PERANG

10 Disember 2014 2:37 AM 


"Gambar bertarikh 23 Ogos lalu, memaparkan beberapa penduduk Palestin "hanya mampu melihat bedilan tentera Israel kie atas sebuah rumah dei Gaza City-AFF.

THE HAGUE 9 Dis. - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menerima status Palestin sebagai pemerhati di badan kehakiman antarabangsa itu, sekali gus membuka laluan kepada siasatan jenayah perang dilakukan Israel di wilayah tersebut.

Portal berita Al-Jazeera melaporkan, keputusan ICC merupakan satu kejayaan simbolik buat Palestin dan secara teorinya wilayah itu kini boleh mengemukakan tuduhan jenayah perang terhadap rejim Zionis untuk disiasat oleh badan kehakiman antarabangsa tersebut.

Pengarang Diplomatik Al-Jazeera, James Bays melaporkan, keputusan itu dibuat di sebuah mesyuarat terbuka Perhimpunan Negara-Negara Anggota ICC.

“Keputusan itu bermakna Palestin kini disenaraikan sebagai Pemerhati Bukan Negara Anggota, status sama seperti Amerika Syarikat (AS) atau Rusia dan negara-negara lain yang tidak menandatangani Piagam Rom.

“Dalam kata lain, ICC kini menganggap Palestin sebagai sebuah negara. Penerimaan itu hanyalah bersifat simbolik, tetapi menambah momentum ke arah pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara,’’ katanya.

Beliau berkata, jika Palestin memohon untuk menyertai Piagam Rom, negara-negara anggota ICC mungkin tidak boleh menolaknya.

“Penerimaan dalam Piagam Rom akan membolehkan dakwaan jenayah perang ke atas Israel dikemukakan,’’ katanya.

ICC merupakan satu pertubuhan antarabangsa bebas dan bukan sebahagian daripada sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta diselia di bawah Piagam Rom.(Utusan on line-luar negara).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 11.16 am on Dis-10,2014.