Saturday, February 28, 2015

Najib garis 7 amanat untuk bangsa Melayu

28 Februari 2015 10:42 PM 

Datuk Seri Najib  Tun Razak dikerumuni oleh  ribuan orang ramai di majlis Perhimpunan Perpaduan Melayu,di stadium Putra,Bukit Jalil malam ini.
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju pada abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat dan bermaruah.

 Amanat tersebut termasuk keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.

Amanat lain yang ditekankan Perdana Menteri malam ini menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.

Najib menegaskan, jika orang Melayu berpegang kepada amanat ini, ia akan menjamin mereka muncul sebagai bangsa yang dihormati semua kaum dan dunia serta mampu menjadi bangsa berdikari.

Berucap pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di hadapan ribuan hadirin di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam ini,

Beliau berkata: "Amanat ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu dan hendaklah dijadikan peringatan kekal dan ia juga ingatan untuk kita semua.( Utuan online).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.45  am on March,01,2015.

Harga petrol,diesel naik 25 sen bagi Mac

28 Februari 2015 10:06 PM 
Datuk Seri Hasan Malik,
Menteri Perdagaangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Harga petrol dan diesel bagi bulan Mac naik 25 sen seliter mulai tengah malam ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ditetapkan RM1.95 seliter, RON97 RM2.25 seliter dan diesel RM1.95 seliter.
Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata harga itu ditetapkan berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang Februari 2015 dan kadar pertukaran mata wang.
"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," kata Hasan. - BERNAMA ( Utusan online).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ningal.blogspot.com.at 2321 hrs on Feb-28,2015.

PRK: UMNO ambil langkah tepat tidak bertanding

28 Februari 2015 1:15 am. 

PASIR MAS 27 Feb. – Kepemimpinan tertinggi UMNO mengambil langkah tepat untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bagi memastikan jalinan kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Pas Kelantan untuk membantu mangsa banjir di negeri ini tidak terjejas.
Datuk Dr.Asyraf Wajidi Dasuki,
Ahli Majlis
Tertinggi Umno

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerja-kerja untuk memulihkan negeri ini yang musnah akibat bah kuning itu bukan satu perkara mudah.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama UMNO Kelantan berkata, biarpun dua bulan telah berlalu, namun kerja-kerja pemulihan hanya 20 peratus dapat dilaksanakan dan masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk membantu rakyat.

“Langkah ini secara tidak langsung menghormati jalinan kerjasama yang dibentuk antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri dalam kerja-kerja pemulihan banjir.

 “Dalam konteks pasca banjir ini, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri amat penting. Contohnya cukup mudah dalam aspek pembinaan rumah bagi membantu mangsa banjir,

Kerajaan Pusat memberikan bantuan dalam bentuk sumber kewangan, manakala tanah di bawah kerajaan negeri.

“Kita khuatir apabila ada pertembungan di (PRK) DUN Chempaka akan berlaku perkara yang mengguris perasaan kedua-dua pihak, ini boleh mendatangkan kerugian kepada rakyat di negeri ini.

Langkah yang diambil ini amat tepat dan membuktikan pemimpin UMNO lebih mementingkan rakyat daripada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan karpet bernilai RM80,000 kepada pihak Masjid Kubang Panjang, Mukim Lemal di sini hari ini. Yang turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri,

Datuk Hanafi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Saaudi Mohammad; Imam Tua Masjid Fauzi Mahmood dan pemimpin setempat serta penduduk.

Kelmarin Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada PRK tersebut kerana memberi tumpuan kepada usaha-usaha pemulihan banjir di negeri ini.

PRK DUN Chempaka diadakan selepas penyandang kerusi berkenaan yang juga bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat penyakit kanser prostat pada 12 Febuari lalu, kira-kira pukul 9.40 malam.

Dalam pilihan raya umum lalu, Nik Abdul Aziz menang dengan majoriti 6,500 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd. Razak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 10 Mac ini untuk penamaan calon manakala 22 Mac pengundian PRK DUN Chempaka( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1650 hrs on Feb-2015.
.

Thursday, February 26, 2015

Hakikatnya kepimpinan Husam itu sendiri dah merudum.... berbanding dengan kepimpinan politik Datuk Seri Najib....


Selaku Presiden Umno/Barisan Nasional dan selaku Perdana Menteri Malaysia yang telah berkuasa lebih sepenggal PRU ? Beliau dilihat telah banyak mengharumkan  nama Malaysia di luar negara dan banyak kerja-kerja kebajikan untuk rakyat Malaysia telah dilakukannya di berbagai-bagai bidang kemajuan rakyat.Adakah benar jika dikatakan kepimpinannya merosot di sebalik  semua kejayaan itu?


Oleh:Hj.Abu Bakar Ninggal
February 26,2015 at 11.30 pm

Sebaik sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno selesai sahaja mempengerusikan mesyaurat Majlis Tertinggi Umno malam sermalam.Beliau lantas mengadakan satu sidang akhbar. 
Datuk Seri Mustapa Muhamad Ketua
 Perhubungan Umno Kelantan yang cintakan
 perpaduan Ummah banyak mempengaruhi
keputusan agar Umno tidak bertanding pada 

(PRK) di DUN Chempaka,Kelantan.

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Presiden Umno itu, kira-kira pada jam 11.30 malam, pada malam semalam.

Datuk Seri Najib membuat pengumuman rasmi kepada pemberita-pemberita tempatan dan luar negara, secara terang-terangan bahawa Umno/Barisan Nasional tidak akan bertandning di dalam (PRK) Pilihan Raya Kecil di DUN Chempaka,Kelantan yang akan berlangsung pada bulan depan iaitu di bulan Mac 2015.

Sebab-sebab kenapa Barisan Nasional tidak mahu bertanding di DUN Chempaka itu ? 

Tidak lain dan tidak bukan ialah disebabkan Barisan Nasional ingin memberi tumpuan kepada kerja-keraj pemulihan mangsa banjir,kerja kebajikan untuk rakyat Kelantan dan perpaduan ummah.

TOMAH-TOMAHAN PEMBANGKANG ITU MEMANG DIDUGA.
Datuk Ahmad Yaakob,Menteri 
Besar Kelanatan yang tegas ambil
 keputusan demi kebajikan dan 
kepentingan rakyatnya.

Memang sudah dijangka lebih awal lagi bahawa pihak pembangkang akan melontarkan berbagai-bagai persepsi yang bersifat yang muluk-muluk ( nagatif) akibat keputusan yang telah diambil oleh Umno/Barisan Nasional itu.

Perkataan yang berbubnyi seperti penakut ,pengecut dan kononnya Umno/Barisan Nasional sudah lemah dan sebagainya akan dilontarkan oleh setengah tokoh pembangkang? Kini jangkaan itu dah pun jadi kenyataan.

Di anatara tokoh politik yang dilihat semacam merendah-rendahkan keputusan Barisan Nasional berhubung dengan keputusan Umno yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib itu?

Sekat ini iaitu ketika ulasan ini dibuat?Husam Musa dari Pas. Esok atau lusa belau tahu lagi?

Menurut Husam keengganan Barisan Nasional bertarung untuk mendapatkan pengaruh politik di DUN Chempaka bagi menentang Pas yang menjadi musuh tradisi Umno.

Disifatkan oleh Husam kononnya Barisan Nasional itu sebagai parti yang penakut dan sekaligus Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib,pada penilaian Husam kononnya semacam sedang berada ditahap kepopulariti politik yang paling lemah.

Apakah benar analisa Husam itu? Pada hemat penulis Husam sesungguhnya telah tersalah membuat penilaian itu?

Tidakkah Husam sedar? Sesungguhnya keputusan yang telah dibuat oleh Umno/BN itu?  Umno sesungguhnya telah mendapat faedah  political milages yang besar terutamanya kepada moral politik Pimpinan Datuk Seri Najib itu sendiri.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan
Menteri Besar Kelantan
Sekaligus kepimpinan Pas Kelantan di bawah pimpinan Datuk Ahmad Yaakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah,dilihat telah mendapat pujian yang meluas atas kebijaksaan mereka berpolitk dan berdiplomasi hinggakan Umno/Barisan Nasional mengambil keputusan tidak mahu   bertanding pada PRK di DUN Chemapaka itu.

Di samping itu? Rakyat Kelantan itu sendiri dan para pemimpin politik dan pemimpin ngo-ngo Kelantan dilihat telah memuji-memuji sikap politik Umno/Barisan Nasional yang tak mahu bertanding itu.

Hanya,pada orang-orang yang pentingkan politik dan pentingkan diri sendiri sahaja yang tak suka perpaduan ummah jadi semakin erat.Kerana kepentingan politiknya untuk banyak songil dah terbantut dan tak punya platform lagi.

Tujuan kenapa mereka begitu banyak songil? Semua rakyat Kelantan dah tahu dah....Semata -mata mahu memecah belahkan antara Umno dan Pas Kelanatan agar terus bersengketa. tanpa hujunnya.

KITA HARUS TENTANG FITNAH AGAMA LAIN TERHADAP AGAMA KITA!

Mutakhir ini boleh dikatakan bahawa penganut agama yang bukan Islam di seluruh dunia termasuk di
Malaysia ini.? Kita lihat sering terjadi,secara terang-terangan penganut yang bukan agama Islam telah banyak menghentam penganut agama Islam Termasuk kesucian Nabi Kita Muhamad S.A.W.

Hentaman itu mereka lakukan dengan berbagai-bagai cara dan berbagai-bagai gelaran yang negatif yang sangat menggores hati nurani orang-orang Melayu yang jadi penganut agama Isalam di Malaysia.

Tetapi kenapa dan mengapa masih banyak di antara kita,sesama agama dan seama bangsa Melayu di Malaysia ini? Dilihat tidak mahu bersatu pada,sehati sejiwa meningkatkan perpaduan ummah? Asyik bertelagah tentang isu yang paling remeh tanpa ujung pangkalnya? Sikap ii amat mendukacitakan.

Justeru itu,kepada ahli-ahli politik Umno Malaysia khasnya,penulis menyeru secara tulus ikhlas dan diharapkan jangan ada pula yang LATAH akibat gendang yang di palu oleh Husam Musa,Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ibrahim Ali,

Tokoh-tokoh politik tersebut di lihat secara terang-terangan sedang berusaha untuk membantutkan keadaan mesra Umno/Pas yang semacam baru hendak berputik itu?

Biarkan mereka yang suka banyak songil tanpa ujung pangkal itu menyalak bukit semahu-mahunya. Jangan dilayan.Biarkanlah mereka itu menyalak dan terus menyalak mengikut naluri masing-masing.

Biarkan depa itu menyalak dan terus menyalak hingga mereka jadi letih dan penat nanti? Dengan sendiri mereka akan jadi bisu dan kelu lidahnya.Yang tinggal hanya air liurnya melilihdan tgerus melilih dari mulutnya itu.

Komen-komen Husam yang bersifat negatif itu? Telah disiarkan oleh bloger MERAH TINTA MSO  pada hari ini (26/02/2015) dan penyiarnnya dilihat ketika pagi-pagi lagi dah berada dicermin komputer melalu siaran internet,media sosial tanah air.

Dari segi amalan demokrasi dan selaku seorang ahli politik tanah air di dalam parti Pas? Husam atas nama pribadinya memang boleh mengulas tentang satu-satu keputusan yang dilakukan oleh parti beliau sendiri ataupun parti Unmo/Barisan Nasional.

Tegur menegur itu memang dibolehkan.Tetapi hendaklah beliau jujur dan ikhlas dan berpijak di bumi nyata dengan segala teguran dan ulasan-ulasan yang telah beliau dilontarkan itu?

Sama ada manfaatnya pada rakyat Kelanat
an atau sebaliknya?Kalau tidak ada manfaatnya pada rakyat Kelantan? Maka sia-sia sahaja kririkan depa itu.

Tidakkah Husam sedar? Bahawa banjir yang telah melanda Kelantan baru-baru ini,merupakan satau mala petaka  yang sangat dahsyat melandan di kawasan-kawasn yang terlibat dengan banjir itu.

Untuk memulihkann semula nasib malang yang telah menimpa ke atas rakyat Kelantan yang menjadi mangsa banjir di kawasan-kawasa yang terlibat?

Penulis rasa Husam Musa pun sedar dengan soal itu? Untuk memulihkan semula sudah pasti memerlukan banyak wang ringgit yang terlibat?

Ia memerlukan ongkos perbelanjan lebih 2 bilion ringgit. Sudah tentu kerajaan negeri Kelantan itu senidri tidak mampu untuk menggalas atau mengatasinya.?

Selaku exco kanan di dalam kerajaan Kelantan pada suatu masa dulu? Husam pun tahu sejauh mana kekuatan kerajan Kelantan dari segi kewangannya?

Demi tanggung jawab yang besifat nasional dan disertai dengan rasa kemanusian yang tiada taranya? Kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno RELA membantu dan memberi bantuan pada mangsa-mangsa banjir di Kelanatan itu walaupun negeri Kelantan itu sendiri di perintah oleh Pas yang berada di dalam Gabungan Pakatan Rakyat? Isu perbezaan politik diketepikan dulu.

Maka kerajaan pusat tunjangan Umno/Barisan Nasional memberi pengakuan akan memulihkam semula keadaan mangsa -mangsa banjir itu dengan seberapa segera dan dilengkapi dengan peruntukan wang yang lebih besar.

Husam seharusnya mengucapakan terima kasih atas komitmen  yang telah dibuat oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib itu bukan sebaliknya pula?.

Dalam konteks ini, Kerajaan Kelantan yang dikuasai Pas di bawah pimpinan Menteri Besar,Datuk Ahmad Yaakob dilihat menyabut baik komitmen yang berupa bantuan dari Umno/Barisan Nasional itu secara jujur dan ikhlas.

Add captionDatuk Husam Musa
suatu masa dulu merupakan exco kanan
di dalam kerajaan  Pas di Kelantan.
Boleh dikatakan tiada suara-suara yang berupa penentangan telah dilahirakan sejauh ini oleh Kabinet Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Datuk Ahmad Yaakob dan Timbalannya,Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, mahupun AJK Pas di peringkat negeri Kelantan?

DALAM KONTEKS (PRK) DUN CHEMPAKA

Dalam konteks (PRK) Pilihan Raya Kecil,di Dewan Undangan Negeri di DUN Chempaka ,di Kelantan yang kosong akibat kematian ADUN Pas Allah Yarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat? Umno/Barisan Nasional telah mengambil satu sikap dan keputusan yang sangat jujur dan ikhlas.

Umno/Barisan Nasional tidak akan bertanding demi memelihara perpaduan ummah dan sekaligus untuk menumpkan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat Kelantan itu sendiri dan dalam masa yang sama terus  memperkasakan  perpaduan umah di Kelantan khasnya.

Tapi malangnya? Husam aje dilihat yang banyak songilnya. Lantas menuduh bahawa langkah yang diambil oleh Umno/ Barisan Nasional yang mengambil keputusan tidak bertanding pasa PRK di DUN Champaka itu?

Pada analisa  Husam kononnya Umno/Barisan dilihanya dah lemah dan sekaligus Husam membuat andaian dan mendakwa bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib Razak kononnya penakut dan dah lemah?

Tidakkah Husam seda
r?/ Dengan merendah-rendahkan pemimpin-pemimpin Umno/Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak itu?

Pada masa yang sama, Husam dilihat semacam telah menyentuh hati dan perasaan dan mengkritik kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Timbalaan Menteri Besarnya Datuk Mohd Amar Nik Abdullahdi mana kedua-dua belah pihak dilihat semacam telah membeuat komitmen bersama terutama dalam soal PRK di DUN Cempaka itu sendiri.

Husam hanya melihat keadaan mangsa-mangsa banjir di Kelantan itu.Tapi orang-orang yang bertanggung jawab untuk memulihkan semula keadaan mala petaka yang telah menimpa mangsa-mangsa banjir itu sendiri ialah,Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan barisan exconya.

Berapa berat mata Husam memandang? Maka lebih berat lagi bahu yang memikul.Iaitu Datuk Ahmad Yaakob dab Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah terpaksa mendengar,menjawab segaa penderitaan yang telah dan sedang dideritai oleh mangsa-mgsa banjir di kawasan-kawasan yang terlibat duluy itu.

Justeru itu,boleh dikatakan mereka secara diam-diam tanpa banyak songel dilihat semacam telah mementeraikan kesefahaman politik dalam konteks kerja-kerja kebajikan demi memulihkan semula penderitaan mangsa-mangsa banjir di Kelantan yang telah mengalami keruigian yang amat besar itu?

Dengan kata lain? Lontaran negatif yang dibuat oleh Husam itu? Bererti secara langsung Husam diliaht semacam telah menghentam roboh segala usaha dan kerja keras oleh Menteri Besar yang ada sekarang.

Sekaligus Husam dil
ihat semacam tidak begitu hormat terhadap kemampuan,kebolehan kepimpinan Menteri Besar yang ada sekaranag.Datuk Ahmad Yaakob dan Timbalan Meneri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

ISU BERTANDING DI (PRK) DUN CHEMPAKA?

Husam hendaklah insaf! Jika Husam membuat persepsi bahawa Umno tidak mahu bertanding di PRK di DUN Cempaka itu? Kononnya kepimpinan Datuk Seri Najib itu dah lemah dan sebagainya? Husam sebenarnya telah silap sekali  Husam dilihat semacam masih belum begitu arif berpolitik.

Husam harus sedar bahawa politik ini bukan macam tunggul kayu yang akan reput dan habis dengan begitu sahaja lantaran panahan matahari yang panas dan hujan hentaman titik air hujan yang lebat?

Politik itu sebenrnya mempunyai seribu macam hikmah yang tersembunyi dari Allah swt.yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.Terpulanglah pada  anda yang mewarnakannya. Jika anda nak jadikan ia hitamkan ? Maka hitamlah dia jadinya dan sebaliknya?

Wahai YB Husam yang bijaksana! Penulis nak bertanya. Mana ada anda jumpa di dalam dunia ini? Orang yang di anggap lemah.. tetapi mampu memberi bantuan pemulihan semula hingga RM 2 billion lebih kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan yang begitu teruk musibahnya?

Hanya si cerdik pandai,si gagah perkasa dan si kaya-raya sahaja yang mampu memberi bantuan dan pertolongan kepada yang perlukan bantuan dan pertolongan?. Hakikat ini harus benar-benar difaham oleh Husam. Umno/Barisan adalah penguasa di peringkat pusat.

Dari segi populariti pula? Sebelum Husam melabelkan orang itu dan ini kononnya dah merudum pengaruh populariti politiknya?

Husam seharus menilai dirinya dulu..tak usah jauh-jauh hingga di luar dari Kelantan.Cukup di sekitar di Kelantan aje..?

Adakah populariti Husam itu sendiri sehingga kini semakin memuncak naik gerapnya atau sebaliknya berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak? Kemudian dikuti pula dengan Datuk Ahmad Yaakob,Menteri Besar dan Timbalananay Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullahdan?

Seterusnya populariti politik Datuk Seri Mustapa Mohamad,Ketua Perhubungan Umno Kelantan? Untuk menjawabnya?Husam perlu tepuk dada tanyalah hatimu yang berada di dadamu itu?.(Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 2330 hrs on Feb-26,2016.




Wednesday, February 25, 2015

Pas sedia berdepan DAP.

Bahas hukum hudud di Parlimen

RODEELIO JUNJUN TAUCAN:  26 Februari 2015 1:37 AM

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Pas tidak akan tergugat dengan ancaman atau ugutan daripada DAP sebaliknya sedia berbahas dengan pemimpin parti itu sekira­nya Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 atau hukum hudud dibentangkan di Dewan Rakyat April ini.

Datuk Dr.Mahfodz Mohamad
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, wakil rakyat Pas telah bersedia berhujah untuk memastikan matlamat melaksanakan hukum hudud di Kelantan dapat direalisasikan.

Tegas beliau, hukum hudud mesti dilaksanakan kerana telah menjadi matlamat asal penubuhan Pas, justeru DAP tidak akan mampu menghalangnya walau apa cara sekalipun.

“Sekarang ini tinggal di peringkat pengurusan untuk dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac dan kemungkinan bulan April di Parlimen jadi nampak sangat pelaksanaannya sudah di peringkat hujung.

“Kalau DAP tidak setuju, duduk diam tunggu dibentangkan baharu kita lihat macam mana, Pas sudah kaji untuk melaksanakannya sejak 1990 lagi, maka kita tidak akan berundur dan bersedia berbahas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan seperti dilaporkan hari ini mempersilakan DAP untuk meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya parti itu masih berkeras membantah hasrat Pas untuk meneruskan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Gesaan tersebut dibuat berikutan kenyataan Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo kelmarin yang menegaskan hukum hudud tidak mendapat sokongan daripada pakatan itu dan bukan sebahagian rangka kerja bersama mereka.

Mengulas perkara itu, Mahfodz berkata, apa sahaja persetujuan yang dicapai di dalam pakatan pembangkang tidak akan mengubah dasar perjuangan Pas malah parti itu lebih senior daripada sekutu mereka.

“Tidak logik kalau sebab ancaman itu, Pas tukar dasar kerana parti ini dan perjuangannya telah wujud lebih lama daripada pakatan pembangkang sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak,Norzali Musa berkata sidang dewan Kelantan nanti diharapkan dapat memperkasakan enakmen tersebut agar lebih lengkap sebelum dibentangkn di Dewan Rakyat. 

"Wakil Rakyat Pas yang ada boleh berhujah tetapi perengkat permulaan adalah di Kelantan.Saya harap semua kelemahan dapat diperbaiki supaya apabila  di bawa ke Dewan Rakyat semuany lengkap," katanya.(Utusan online-politik).Posted bya abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1335 hrs on Feb-26,2015.

Petisyen pembebasan atau rayuan?

 Zulkifli persoal dokumen Wan Azizah kepada Istana Negara 

ZULKIFLEE BAKAR :26 Februari 2015 1:32 AM 

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Apakah kandungan sebenar dokumen yang dihantar oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam, adakah ia mengandungi rayuan pengampunan atau petisyen memohon pembebasan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Azmin Ali
Persoalan itu ditimbulkan oleh bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin kerana menurut beliau, kalau ia adalah petisyen memohon pembebasan bermakna ia tidak terikat dengan Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara minimum setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas.

Bagaimanapun tegas beliau, jika dokumen yang dihantar itu adalah rayuan pengampunan maka ia terikat dengan peruntukan perlembagaan tersebut yang perlu dibaca dengan Perkara 42 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan antaranya bergantung kepada keperluan tiga syarat iaitu perayu mengakui kesalahan yang disabit, menyesal dengan perlakuan kesalahan yang disabit dan memberi akui janji tidak mengulangi kesalahan yang disabit.

“Oleh itu apakah sebenar dokumen yang dihantar oleh Wan Azizah memandangkan atas faktor rayuan pengampunan sewajarnya dikemukakan oleh Anwar sendiri dan bukan pihak lain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan pembangkang supaya Anwar dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat berikutan pengesahan keluarga Anwar semalam bahawa mereka mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantu pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan . 

Zulkifli berkata, antara rayuan pengampunan dan petisyen pembebasan mempunyai dua maksud berbeza.

“Jika ia sekadar petisyen pembebasan pihak Istana boleh menolak melalui cara pentadbiran tanpa perlu dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong manakala Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh memaklumkan kepada Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) berlaku kekosongan bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

“Bagaimanapun jika ia rayuan pengampunan baharulah kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen masih kekal dan Dewan Rakyat perlu menanti proses pengampunan selesai untuk mengisytiharkan kerusi Parlimen berkenaan kosong atau tidak,” katanya.

 Selain itu Zulkifli menegaskan, apa yang perlu difahami rayuan pengampunan hanya berkaitan dengan hukuman sama ada dikurangkan atau ditangguhkan, namun sabitan kesalahan tetap kekal. 

“Ini bermakna walaupun proses rayuan pengampunan berjalan, Anwar masih lagi disabit kesalahan jenayah, beliau kekal sebagai banduan dan masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan penjara,” katanya.

 Zulkifli berkata, Wan Azizah perlu telus dengan mendedahkan isi sebenar dokumen tersebut bagi mengelakkan kekeliruan memandangkan langkah penghantaran dokumen itu dikaitkan dengan strategi politik beliau bagi mengelakkan berlaku pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Selain itu, kata Zulkifli, tindakan tersebut juga mewujudkan tafsiran sesetengah pihak bahawa ia langkah Wan Azizah bagi melengah-lengahkan usaha pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Pas dan DAP melantik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Menteri Besar sebagai Ketua Pembangkang dalam sidang Parlimen bulan depan.

 “Apa pun jawapan ada kepada Wan Azizah untuk menjelaskan kepada rakyat isi sebenar kandungan dokumen tersebut bagi mengelakkan pelbagai andaian dibuat,” katanya.(Utusan opnline).Posted bya abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at11.56 am on Feb-26,2015.

BN tidak bertanding PRK DUN CHEMPAKA

25 Februari 2015 11:21 PM 


Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bagi beri tumpuan kepada pemulihan banjir, kerja-kerja kebajikan dan perpaduan ummah.

Perdana Menteri mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini malam ini - UTUSAN ONLINE-PO;ITIK ( Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal. blogspot.com.at12.43 am on Feb-26,2015.

Tuesday, February 24, 2015

DAP boleh pergi!

Pas tidak akan berhenti perjuangkan hudud 
25,Februari 2015 2:00 AM 

Nasrudin Hassan
KUALA LUMPUR 24 Feb. - DAP dipersilakan untuk meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya parti itu masih berkeras membantah hasrat Pas untuk meneruskan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, DAP pernah mengambil tindakan serupa apabila parti itu keluar daripada Barisan Alternatif kerana tidak bersetuju dengan hudud yang diperjuangkan Pas.

Beliau menegaskan, Pas tidak akan berganjak daripada dasar dan prinsip perjuangannya walaupun diherdik serta diugut oleh pemimpin-pemimpin DAP. vertical-align: baseline;

“Kenapa hari ini DAP perlu mengugut Pas sedangkan bila-bila masa DAP boleh berangkat pergi? “Namun, mengharap Pas berhenti berjuang ke arah melaksanakan syariat Allah SWT maka ia bagai menanti sang keli tumbuh sisik,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.

Gobind turut mengingatkan bahawa Pas tidak akan lagi dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang sekiranya parti itu membentangkan pindaan enakmen berkenaan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bulan depan.
Kenyataan Gobind itu dibidas oleh Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan semalam dan beliau mengingatkan DAP supaya tidak berlagak sebagai ketua dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini menyindir sikap DAP yang tidak berpuas hati apabila Pas enggan mengikut telunjuknya.
Menurut beliau, reaksi DAP terhadap komitmen Pas untuk melaksanakan hudud boleh diibaratkan seperti kelakuan kanak-kanak yang menghentak-hentakkan kaki di depan ibunya kerana tidak berpuas hati.

“Ia soal tak dapat apa yang dimahukan. Itu sifat semula jadi anak-anak kecil. Masalah agungnya ialah DAP ini bukan anak-anak lagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan,Azhar Yahya memberi tahu DAP tiada sebab untuk menggelabah terhadap hasrat Pas melaksanakan hudud.

"{Pelaksanaan undang-undang jenayah syariah hanya terpakai kepada umat Islam dan dikenakan kepada penjenayah sahaja," katanya melalui laman facebook belaiu semalam.( Utusan online-politi.Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at11.06 am on Feb-25,2015., 

Dua pelajar hina raja Thailan dipenjara

24 Februari 2015 1:28 AM 

BANGKOK 23 Feb. – Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun setengah terhadap dua penuntut Universiti Thammasat di sini, kerana menghina intitusi diraja negara ini dalam satu persembahan teater pada tahun lalu.

Patiwat Saraiyaem (kiri) dan Prontip Mankong,
meninggalkan Mahkamah Jenayah Bangkok selepas
dijatuhkan hukuman penjara kerana  menghina
institusi diraja,semalam-Reuters.
Keputusan kes itu menarik minat kira-kira 40 aktivis dan rakan-rakan pelajar yang mengadakan bantahan di luar mahkamah dengan memakai baju putih bertulis, ‘Kami adalah sahabat’ dalam bahasa Thailand dan Inggeris.

Malah, ada penunjuk pe­rasaan menunjukkan isyarat hormat tiga jari menandakan tentangan mereka terhadap kerajaan junta yang meningkatkan kempen terhadap perbu­atan yang dikatakan menghina raja sejak mengambil alih tampuk kerajaan pada tahun lalu.

Patiwat Saraiyaem,23, dan Prontip Mankong,26, didapati bersalah menghina institusi diraja yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

“Kedua-dua supek me­langgar undang-undang 112 dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun yang dikurangkan kepada separuh,’’ kata seorang hakim Mahkamah Jenayah Bangkok yang merujuk kepada seksyen Kanun Keseksaan.

Menurut hakim, hukuman itu dikurangkan selepas ke­dua-dua defendan mengaku bersalah di tengah-tengah kebimbangan terhadap kesi­hatan Raja Bhumibol Adulyadej, 87, dan isu pengganti Patiwat hadir di mahkamah dengan kakinya digari.

Ke­dua-dua defendan ditahan pada Ogos lalu berhubung teater bertajuk The Wolf Bride sempena ulang tahun ke-40 tindakan kekerasan tentera ke atas bantahan pelajar ­prodemokrasi di sebuah universiti.

 Teater itu dipersembahkan dalam sebuah kerajaan fiksyen yang menampilkan seorang raja palsu dan penasihatnya. 
– REUTERS ( Utusan online-Luar Negara)..Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1557 hrs on Feb-24,2015.

Sunday, February 22, 2015

Saya akan terus beri penerangan

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR : 23 Februari 2015
Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah
SHAH ALAM - Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau akan terus memberi penerangan mengenai kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Shafee, yang juga Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat Anwar berkata, beliau akan menyertai mana-mana sesi penerangan bagi menangkis tanggapan salah berkenaan kes itu.

“Saya tiada masalah nak teruskan dan balas hujah kerana rakyat berhak tahu kebenaran. Penjelasan ini bukan kerana kita marah (kepada) Anwar, tetapi kes beliau cuba diputarbelitkan.

“Saya nak perbetulkan sesetengah pihak seperti Majlis Peguam dan ahli politik yang mereka-reka cerita dan menghina mahkamah. Selagi ia berterusan, saya akan terus bercakap dan cerita yang benar,” katanya, semalam.

Malam kelmarin, kekecohan tercetus di luar dewan Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, di
mana beliau memberi penerangan mengenai kes itu melalui program Jelajah Liwat II..( Dipetik dari Hartian Sinar).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at11.27 am on Feb-23,2015.

Jatuhkan Hadi : Pas Johor mahu siasat telus

 23 Februari 2015 1:39 AM 

JOHOR BAHRU 22 Feb. – Pas negeri meminta satu siasatan yang telus dijalankan berhubung dakwaan mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya parti itu, Dr. Mohd. Hatta Ramli sebagai dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Aminolhuda Hassan
Pesuruhjayanya, Aminolhuda Hassan berkata, sekiranya siasatan oleh Lembaga Disiplin parti mendapati dakwaan itu adalah benar, maka tindakan ke atas Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan Mohd. Hatta boleh diambil mengikut Perlembagaan parti.

“Seharusnya satu siasatan yang telus dijalankan bagi membuktikan dakwaan itu. Satu tuduhan itu tidak boleh dijatuhkan benar selagi tidak dibuktikan.
“Sekiranya benar dakwaan itu, barulah tindakan selanjutnya boleh diambil mengikut Perlembagaan parti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Aminolhuda berkata, kedudukan Mat Sabu sebagai pemimpin tertinggi parti itu boleh ditentukan menerusi Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 tahun yang akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada Jun ini.

 Sementara itu, katanya, kedudukan Mohd. Hatta pula diserahkan kepada Abdul Hadi dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

 “Jawatan Timbalan Presiden dipilih menerusi muktamar. Maka, biarlah muktamar yang tentukan kedudukan beliau selepas ini. Bagi Mohd. Hatta, jawatan sebagai Pengarah Pilihanraya Pas adalah di bawah kuasa Presiden manakala bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, biarlah muktamar yang tentukan,” katanya.( Utusan  online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.15 am on Feb-23,2015.

Saat dan hari yang paling gembira buat Imam Hj.Ramli Arifin? Ialah di hari perkahwinan anak(lelakinya)yang sulong itu!!!

Kiri:Ialah Mohd Roshdi diapit manja oleh isterinya  Wan Syakirah binti
Wan Deraman,di majlis walimatulurus bertempat di Dewan Golf
(PDRM) di Tam
an Tasek Titiwangsa hari ini, iaitu ( Ahad),pada 22/02/2015



February 22,2015 at 9.34pm.

Hari dan detik yang paling gembira bagi golongan anak-anak muda terutamanya pada golongan mahasiwa/siswi yang telah bergelar (generasi Y).

Mereka ini hari yang menjadi puncak kegembiraan mereka ialah,di hari di mana mereka telah tamat pengajian tinggi mereka di Unversiti dan telah lulus dengan kepujian dan kadangkala ada juga siswa/siswi yang lulus cemerlang dan mendapat  Ijazah Sarjana Muda (degree)yang bertaraf (ANC) Anugerah Naib Chancellor dalam sesuatu jurusan ilmu yang dipelajari oleh mereka bertahun-tahun lamanya di Menara Gading itu.

Kegembiraan mereka itu akan jadi begitu memuncak sekali ketika mereka sedang menerima ( Degree) Ijazah Sarjana Muda di hari convocation di mana Ijazah itu akan disampaikan oleh Chancellor atau oleh Vise Chancellor University di sesebuah university di mana mereka begitu lama menimba ilmu sambil disaksikan oleh ibu/bapa dan sanak saudara mereka di hari majlis penyampaian  Ijazah-ijazah itu.dilakukan.

Detik dan hari kegembiraan mereka yang seterusnya ialah, di hari di mana mereka telah bertemu jodohya dan selamat diakad nikahkan (di ijabkabulkan) dengan pasangan masing-masing oleh Imam atau juru nikah kahwin di sesebuah tempat dan daerah itu.
Yang berbaju kurung melayu berwarna
  ros itu ialah Tuan Imam Hj. Ramli
Arifin bapa kepada pengantin lelaki.

Ada yang berkahwin kerana cinta dan terus ke jinjang pelamin dan banyak juga yang bernikah dan berumah tangga atas pilihan oleh ibu/bapa mereka.

Mereka bercinta selepas kahwin.Kedua-dua cara ini akan diberkati oleh Allah jika diharungi dengan penuh kesabaran dan kasih sayang yang mendalam.

Setelah selesai diijab-kabulkan.Maka+ biasanya pada hari esoknya pula mereka akan dinobatkan sebagai Raja Sehari,duduk bersanding di atas pelamin sebagai raja dan permaisuri di dalam sesebuah dewan ataupun di rumah kediaman sendiri dan sebagainya mengikut kemampuan masing-masing,

Sepasang pengantin itu di raiekan oleh saudara mara  yang datang dari jauh dan dekat dan para tetamu undangan sebagai saksi bahawa di hari tersebut maka sahlah sepasang Raja Sehari ini dah bergelar sang suami dan sang isteri.Masing-masing dah menamatkan dunia bujangnya.

Segala dokumen-dokumen bersabit dengan pernikahan itu telah disahkan oleh Imam atau juru nikah dan dua orang saksi dan sekaligus dah ditanda tangani oleh kedua-dua mempelai?

Maka tanggung jawab itu telah bertukar tangan iaitu kepada sang teruna yang baru sahaja bergelar suami itu.Maka sang suami itu harus bertanggung jawab terhadap isterinya yang baru sahaja dinikahkan itu.

Kedua mempelai sedanag menjamu 
selera danditemani oleh saudara-
marateddekat kedua mempelai.
Selaku seorang suami beliau harus menyediakan tempat tinggal isteri dan,menyara nafkah hidup isteri.Nafkah lahir dan batin dan keselamatan si isteri itu tetap terjamin.

Mereka itu tidak boleh bebas semacam sebelum dinikahkan dulu.Segala aturan yang dibuat oleh antara suami/isteri  mesti dipatuhi oleh isteri dan juga sebaliknya.

Suami/isteri perlu saling hormati menghormati baru rukun rumah tangga.

Jika berlaku pertengkaran secara kecil-kecilan?..Angaplah itu perkara biasa yang sering terjadi.

Maka jadikan ia sebagai asam garam hidup di dunia rumah tangga antara suami dan isteri yang mesti ditempuhi bersama.Baik di masa senang-lenang atau pun di masa suasah?.

Anda harus bersabar dan anggaplah semuanya itu sebagai ujian dari Allah.swt. Lazimnya sesuatu ujian itu mesti ada hikmah di sebaliknya.,

Firman Allah yang disabdakan oleh Rasulullah saw.,
" Aku telah sediakan hamba-hambaKu yang soleh nikmat-nikmat dan kesenangan-kesenagan yang tidak terlihat oleh pandangan mata,tidak pernah terdengar oleh teliang dan tidak  pernah terlintas di dalam hati manusia," ( H.Riwayat Ahmad & Ahmad Syakhani).

Bak kata seniman agung P.Ramle dalam nyanyiannya di di dalam sebuah lagu yang merupakan nasihat kepada pasangan suami isteri dengan senikatanya yang berbunyi :

"Sedangkan lidah lagi tergigit.Inikan pula suami isteri.Buang yang  keruh ambil yang jernih.Barulah teguh pribadi,"

Para tetamu yang hadir meraiekan majlis perkahwinan anak
 lelaki Tuan Imam Ramli,Mohd Rushdi bin Ramli dengan Wan
 S
yakirah binti Wan Deraman, hari ini(Ahad) 22/02/2015.

Jika sebelum dinikahkan secara resmi? Anak lelaki  itu mahupun anak perempuan itu masih di jagaan dan tanggung jawab ayah/ibu mereka.Tetapi iaitu sejak mereka telah selamat diijab kabul (dinikahkan) mengikut undang-undang syariah di sesebuah negeri.

Maka tamatlah sudah dunia bujangnya.Masing-masing iaitu suami/isteri itu telah mempunyai tanggung jawab yang harus digalas oleh mereka berdua. Ibu/Bapa mereka kini bertindak sebagai pemerhati sahaja.Tidak boleh campur tangan dalam urusan mereka yang dah jadi suami isteriitu.
TUAN IMAM HJ.RAMLI MENDAPAT MENANTU PEREMPUAN.

Di awal tulisan penulis di atas itu ada penulis sebut tentang kegembiraan bagi seseorang teruna/dara dengan sejarah hari-hari kegembiraan mereka.Kini penulis sentuh dan sebut pula tenatng hari-hari kegembiraan bagi ayah/ibunya pula.

Buat teruna dara yang sudah berumah tangga?.Hari yang paling gembira pada ibu/bapa itu ialah di hari di mana isterinya yang tercinta telah selamat melahirkan anak sulong hasil dari perkahwian yang telah didirkan.Tidak kira anak lelaki atau pun perempuan? Ia merupakan cahaya mata kurniaan Allah swt.

Sesungguhnya pada hari (Ahad)bertarikh 22.02.2015 adalah merupakan hari yang paling riang dan hjari yang paling gembira buat Tuan Imam Hj.Ramli bin Arifin,bersama isterinya Puan Norhasamat binti Abdullah.

Di hari tersebut Imam Masjid Al-Khariyah,Taman Sri Gombak, pada hari  ( Ahad) bersamaan tanggal 22/02/2015 boleh dikatakan satu-satunya hari yang merupakan hari yang bersejarah dan paling gembira di dalam hidupnya mereka suami/isteri.

Dengan izin Allah swt.di hari yang penulis sebutkan di atas itu beliau berkesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin untuk anak terunanya yang sulong bernama Mohd Rushdi bin Ramli.

Sebahagian lagi para tetamu yang hadir di dalam majlis kenduri kahwin
anak teruna Imam Hj.Ramli Arifin di Dewan Besar Padang Golf (PDRM)
di Taman Tasek Titiwangsa,K.Lumpur ,pada hari Ahad,tanggal 22/02/2015.
Anak sulong kesayangan Tuan Imam Hj.Ramli bin Arifin telah selamat di akad nikahkan dan kemudian disandingkan di atas pelamin dengan Wan Syakirah binti Wan Deraman,pada hari tersebut dan mungkin tak lama lagi Tuan Imam Hj.Ramli suami /isteri akan dapat menimang cucunya pula hasil dari perkahwinan tersebut.

Syabas diucapakan pada Imam Hj.Ramli suami/isteri yang tealh menjemput penulis suami/isteri dan para tetamu yang lain yang mereka kenali.

Majlis Walimaulurus itu kelihatan telah berjalan dengan lancar sekali di dalam suasana yang sangat meriah.dan penuh muhibah.

Dewan Kelab Golf Titiwangsa,Kelab,Polis Di Raja Malaysia (PDRM),di Taman Tasik Titiwangsa,Jalan Kuantan, Kuala Lumpur,dilihat sentiasa penuh sesak didatangi oleh para tetamu jemputan silih berganti.

Kelihatan berduyun-duyun mereka datang ke majlis tersebut dalam konteks turut sama bergembira dan meraiekan majlis pertama,iaitu satu-satunya majlis kenduri kahwin( walimatulurus) yang sulong diadakan oleh Tuan Imam Ramli Arifin.

Oleh kerana penulis terpaksa pulang lebih awal kerana nak menghadiri satu  jemputan majlis kenduri kahwin juga di tempat yang lain pula. Jadi tak dapat penulis menunggu untuk mengambil gambar-gambar persandingan kedua mempelai yang sama cantik,sama padan,bak pinang dibelah dua itu untuk diabadikan sebagai kenang-kenaggan yang indah di hari yang barakah lagi mulia itu di mana terbinanya sebuah masjid rumah tangga yang baru..

 Penulis ucapakan selamat pengantin baru semoga  tali pernikahan itu akan jadi kekal abdi hingga ke anak cucu.Amin!! (Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2134 hrs on Feb-22,2015.


Saturday, February 21, 2015

Desak Mat Sabu,Hatta dipecat

Didakwa dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden parti 

22 Februari 2015 1:36 AM 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Presiden Parti Pas

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Pas tidak lagi berlapik apabila secara terbuka mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Pengarah Pilihan Raya parti itu,

Menyifatkan kedua-dua pemimpin tersebut biadab.Wakail Dewan Pas Kdah,Fauzi Hussin seterusnya mendesak tindakan tegas termasuk memecat Mohamad Sabu dan Mohd Hatta Ramli,Pengarah Pilihan Raya Pas, bagi merawat kembali parti itu yang kini di dalam perpecahan.

Dr. Mohd. Hatta Ramli sebagai dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang berkias dengan mengaitkan permasalahan Pas kini seperti penyakit kencing manis berkata, apabila mana-mana anggota badan dijangkiti penyakit tersebut langkah terbaik bagi menyelamatkan nyawa adalah dengan memotong bahagian terlibat.

“Mana tindakan kita bila ada suara sumbang pertikai Presiden? Mereka datang rasmi mesyuarat cawangan tapi cerita keburukan Presiden. Ini jelas biadab. Perlu tindakan tegas tidak kiralah siapa pun walaupun pangkat dia Timbalan Presiden atau Pengarah Pilihan Raya parti.

Mohd Sabu,Tim.Presiden Pas
“Kalau isteri ingkar perintah suami maka jatuh nusyuz dan adalah dayus jika kita tidak ceraikan bini yang nusyuz,” katanya semasa membahaskan ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob dalam Multaqa Ulama SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, dekat sini hari ini.
Pada 8 Februari lalu, Ketua Dewan Pemu­da Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim bersama kira-kira 300 ahli yang merupakan penyokong Abdul Hadi berhimpun di ibu pejabat parti itu mendesak Mohd. Hatta dan mereka yang terlibat dalam komplot menjatuhkan Presiden serta kepe­mimpinan ulama meletak jawatan.

Dalam laporan sebuah portal baru-baru ini, Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui terdapat perbincangan dalam parti berhubung kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden Pas.

Dr.Hatta Ramli,Pengarah
Pilihan Raya Parti Pas.
Bagaimanapun, beliau dilaporkan menafikan terlibat dalam kumpulan itu walaupun ada pihak yang mengaitkannya bersama Mohamad, Mohd. Hatta dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam kumpulan yang didakwa cuba menjatuhkan Abdul Hadi.

Dalam pada itu, Fauzi bertindak menyelar sikap Mohamad yang sering kali menyifatkan kenyataan Abdul Hadi mengenai pelbagai isu berkait pakatan pembangkang cuma sebagai pandangan peribadi Presiden Pas tersebut dan bukan mewakili pendirian parti.

Katanya, jika begitu pendirian yang diambil oleh Mohamad, mengapa Timbalan Presiden Pas tersebut tidak pula tampil menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pandangan peribadi dalam isu serupa.

“Sebab itu pada saya, seluruh ahli Majlis Syura Ulama perlu bertegas, mesti menyatakan pendirian segera dan jangan ada muslihat (kerana) kepentingan jemaah perlu dijaga, kalau tidak kekuatan yang ada pada kita pada hari ini akan hilang,” katanya.

( Utusan online-politik)).Posted by abnmulya  / Abu Bakare NInggal.blogspot.com.at 1450 hrs on Feb--22,2015.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar NInggal .blogdpot .com at a
1531 hrs on Feb-22,2015.2507

Jangan tegakjkan benang basah

22 Februari 2015 2:00 AM

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Desakan terhadap Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong supaya meletak jawatan jika gagal bertindak secara profesional yang dibuat lebih 100 ahli badan itu hari ini memberi isyarat jelas yang beliau tidak boleh lagi sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan seolah-olah mewakili semua peguam.


Ini seperti mana dalam reaksi Christopher terhadap sabitan Mahkamah Persekutuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat apabila menyifatkan Ketua Pembangkang itu seperti dianiaya, bukan didakwa.

Pengerusi Pertubuhan Sukarela Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat (gambar) berkata, ramai peguam di seluruh negara kini sudah hilang sabar dengan pemimpin Majlis Peguam yang tersasar daripada fungsi penubuhan badan itu.

“Para peguam di seluruh negara mula bangkit dengan lebih 100 ahli Majlis Peguam hari ni menandatangani petisyen mendesak Christopher berhenti mengkritik badan kehakiman atau meletak jawatan jika enggan bersifat profesional,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sepatutnya Majlis Peguam bertindak melalui kaedah tanpa rasa takut dan pilih kasih, bukannya menyebelahi mana-mana pihak apabila menyifatkan Anwar seperti dianiaya.

Ingatlah falsafah sebenar dalam bidang guaman iaitu kehadiran peguam di mahkamah ialah sebagai ‘pegawai keadilan dan kebenaran’ bagi membantu mahkamah ‘meletakkan kebenaran di tempatnya’ dan tidak sekali-kali akur ‘menegakkan benang basah bagi pihak anak guamnya’,” ujarnya.

 Sehubungan itu, katanya, peguam dari seluruh negara yang ingin menyatakan sokongan terhadap petisyen ini diminta menghubungi Sekretariat SukaGuam melalui e-mel sukaguam@gmail.com bagi tindakan selanjutnya dalam menangani isu berkenaan.

Kata Khairul Anwar yang juga Ketua Sekretariat Perundangan UMNO, satu siri jelajah bertemu dengan para peguam serta lulusan undang-undang dari seluruh negara juga akan diadakan tidak lama lagi bagi mendapatkan maklum balas lanjut tentang perkara tersebut.

Ini membabitkan isu cadangan membentuk lebih satu badan guaman seperti yang diamalkan oleh negara-negara lain.

Dengan adanya lebih satu badan guaman, para peguam kelak boleh memilih untuk bernaung di bawah mana-mana badan guaman, sekali gus tidak terikat lagi dengan situasi seperti yang mereka alami ketika ini,” ujarnya.( UTUSAN ONLINE).POSTED BY ABNMULYA / ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 10.53AM ON FEB-22,2015

Presiden Majlis Peguam enggan nyata pendirian

22 Februari 2015 2:00 AM

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong enggan menyatakan pendirian berhubung desakan lebih 100 ahli badan itu yang meminta beliau menarik semula kenyataan mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kesalahan liwat.

Sebaliknya, Christopher yang turut didesak agar meletakkan jawatannya sekiranya enggan berbuat demikian hanya berkata, beliau mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan daripada ahli badan peguam.

Semua peguam diminta supaya menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam pada 14 Mac ini.

Mereka (lebih 100 peguam yang membuat desakan itu) juga diminta hadir di AGM itu bagi membangkitkan sebarang isu atau pandangan untuk didengar semua,” katanya menerusi kiriman WhatsApp di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 100 peguam mendesak Christopher supaya menarik balik kenyatannya berhubung sabitan hukuman ke atas Anwar dalam kes liwat baru-baru ini.

Sekiranya Christopher gagal menarik balik kenyataan itu dalam tempoh 14 hari, kumpulan peguam berkenaan akan mengambil segala langkah perlu untuk menggesa beliau segera berundur daripada jawatan Presiden Majlis Peguam dan meminta Peguam Negara agar mengambil prosiding menghina yang sewajarnya terhadap beliau.

Sebelum ini, media melaporkan Christopher mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar dianaiya bukan didakwa selepas Ketua Pembangkang itu gagal dalam rayuan akhirnya untuk mengenepikan sabitan kesalahan meliwat.( Utusan online).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at10.32 am on Feb-22,2015.

Protes terhadap Presiden Mjlis Peguam pandai-pandaia buat kenyataan pasal kes liwat Anwar

TERAKHIR DIKEMASKINI: 21 FEBRUARI 2015

Christopher Leong
 selaku Presiden Majlis Peguam
Siapa yang tidak marah. Christopher Leong ( gambar) selaku Presiden Majlis Peguam sepatutnya mewakili beribu peguam sebaliknya pandai-pandai buat kenyataan sendiri atas nama majlis itu kecam badan kehakiman dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Anwar pada 10 Februari lalu dakwa Anwar 'dianiaya, bukan didakwa'.

Peguam berpadu suara mendesak presiden mereka tarik balik kenyataan beliau atau letak jawatan.

Tengah Tan Sri Aziz Abdul Rahman seorang peguam yang
 berpengalaman dan bekas CEO MAS berkata tanpa mandat  dari 
satu mesyuarat AJK Majlis Peguam Christopher Leong tidak boleh
 mengeluarkan kenyataan atas nama Majlis Peguam. .

Menurut seorang daripada anggota Majlis Peguam, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang juga bekas CEO MAS kata Leong perlu mengemukakan permohonan maaf yang jelas dan tanpa bersyarat kepada badan kehakiman dan entiti serta badan antarabangsa.

Jika beliau gagal menarik balik kenyataan itu dalam tempoh yang munasabah (14 hari), kami akan mengambil segala langkah perlu untuk menggesa beliau segera berundur daripada jawatan presiden dan meminta Peguam Negara agar mengambil prosiding menghina yang sewajarnya terhadap beliau. 

Kalau Leong keluarkan kenyataan atas nama perseorangan,tak apa, tapi bukan atas kapasiti atau mewakili Majlis Peguam," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Sementara itu, seorang lagi anggota Majlis Peguam, Datuk Mohd Noor Amin berkata pendirian dan kenyataan terbuka yang dibuat Leong adalah bertentangan dengan asas dan kewajipan statutori Majlis Peguam Malaysia yang turut termasuk melindungi integriti serta kesucian badan kehakiman.

"Leong mengakui tidak membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan, tetapi pada masa sama, sehari selepas Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya, beliau mengeluarkan kenyataan yang memperkecil-kecilkan bahawa penghakiman Mahkamah Persekutuan dibuat tanpa sebarang asas dalam undang-undang, hanya semata-mata dengan merujuk kepada laporan media tentang perbicaraan itu," katanya.

Pada 10 Feb, Anwar kalah dalam rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh. Mahkamah Rayuan medapati Anwar, 67, bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.-21/2/2015(Dipetik dari Agenda Daily).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at1.05 am oFeb-22-2015.

Friday, February 20, 2015

Kepeimpinan ulama Pas disabotaj

(Dewan Ulama Pas akui jika tidak dihentikan parti itu hancur)

MOHD. ASRON MUSTAPHA : 21 Februari 2015 1:43 AM 

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pas kini berdepan krisis perpecahan dalaman yang makin kronik apabila Dewan Ulama parti itu mengakui wujud cubaan untuk mensabotaj, merungkai dan mempertikaikan kepemimpinan ulama yang selama ini menjadi teras kekuatan parti tersebut.

Punca kepada masalah yang kian membarah sehingga menyaksikan kepemimpinan Presiden,Datuk Seri Abdul Hadi Awang makin tergugat itu dikaitkan dengan kelpelbagaian aliran pemikiran ahli-ahli Pas sendiri yang menyertai parti tersebut selepas era reformasi 1998.

Datuk Dr.Mohd Khairudan Aman
 Razali,Ketua Penerangan Dewan 
Ulama Pasdin  
Pengakuan itu yang hadir sehari selepas Abdul Hadi menuntut ke­setiaan selain mengingatkan kepada seluruh ahli Pas supaya jangan mengkhianati jemaah, me­nimbulkan persoalan berapa lama kepe­mimpinan ulama dalam Pas mampu bertahan daripada asakan kumpulan Anwarinas.

Malah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas,Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali secara terbuka mengakui, jika serangan ke atas Majlis Syura Ulama dan Abdul Hadi yang digerakkan ahli parti sendiri tidak dihentikan dengan segera, Pas bakal menghadapi kehancuran.

 “Akhir-akhir ini kepemimpinan ulama yang menjadi teras kekuatan Pas dan telah dilembagakan dalam perlembagaan Pas cuba disabotaj, dirungkai serta dipertikai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena majlis Multaqa Ulama SeMalaysia anjuran Dewan Ulama Pas yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Serdang Jaya ,esok.

Menurutnya, 'Wala’ (ketaatan) sebahagian ahli Pas juga telah beralih kepada pakatan bukan lagi terhadap parti Islam. “Sedangkan ketaatan itu adalah wajib kepada ketua dalam konteks Islam selagi tidak bercanggah de­ngan syarak.

Dalam hal ini kepada Presiden Pas (tetapi) dalam konteks Pas, wala’ itu telah cuba dilanggar serta diingkari oleh segelintir pe­mimpin dan juga ahli.

“Ahli Pas (hal ini berpunca) pasca reformasi 1998 mempunyai pelbagai pemikiran atau kecen­derungan yang membawa kepada perpecahan dan serangan ke atas Majlis Syura Ulama serta Presiden jika tidak dibendung segera bakal membawa kehancuran kepada Pas,” katanya.

Semalam Abdul Hadi, yang ke­pimpinannya semakin tergugat terutamanya selepas kematian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan sebahagian ahli Pas mengkhianati jemaah atau berkhidmat kepada pihak lain ha­nya merugikan parti.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik ke laman Facebook­nya, Presiden Pas itu antara lain menegaskan bahawa wala’ kepada perjuangan Islam dan jemaah seharusnya tidak berbelah-bahagi serta tidak boleh sama sekali memesongkan ahli daripada me­lakukan kerja jemaah.
Pergeseran antara kumpulan ulama dengan pemimpin yang pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan perkara baharu tetapi sejak beberapa bulan lalu masalah tersebut semakin kritikal sehingga dipercayai berlaku kekecohan dalam mesy­uarat Jawatankuasa Pas Pusat baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin berkata, sebahagian ahli Pas kini bukan sahaja terpikat dengan acuan kapitalis tetapi pemikiran liberal dan sekular juga sudah mula meresap masuk secara perlahan-lahan ke dalam Pas atas alasan mahukan keterbukaan.

“Strategi kemenangan gerakan Islam mula ditinjau dari sudut pandang Barat dan pemikiran sekular. Keimanan tidak lagi menjadi teras kepada pembentukan strategi,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.43 noon at Feb-21,2015.

Rusia hargai pendirian berkecuali Malaysia

20 Februari 2015 1:00 AM

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Pendirian Malaysia yang berkecuali semasa tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS) tahun lepas menjadi tonggak bagi hubungan persahabatan yang berterusan antara Malaysia dan Rusia, kata Duta Rusia di Malaysia yang akan tamat tempoh perkhidmatan, Lyudmila G. Vorobyeva. 0px; vertical-align: baseline;
LYUDMILAL G. VOROBYEVA

Beliau berkata, Rusia menghargai pendirian Malaysia berhubung perkara itu dan mengulangi kerjasama untuk membantu siasatan dengan apa cara yang mungkin.

“Kami telah pun menyediakan data malah daripada sumber risikan kami, daripada Kementerian Pertahanan kami kepada pasukan penyia­sat, dan kami fikir dalam hal ini, Malaysia mempunyai peranan besar untuk dilaksanakan, tambahan pula pesawat dan syarikat penerbangan (MAS) itu milik Malaysia dan penumpang warga Malaysia juga berada di dalam pesawat,” katanya.
Vorobyeva berkata demikian kepada Bernama dalam wawancara ‘perpisahan’ di sini baru-baru. Beliau kembali ke negaranya minggu lepas.

“Memang menjadi hasrat kami dan kami tahu Malaysia juga mempunyai hasrat agar hasil siasatan rasmi berkaitan tragedi bersifat telus dan tidak berat sebelah dan kami mahu masyarakat dunia tahu apa yang (sebenarnya) berlaku kepada (pener­bangan) MH17,” kata Vorobyeva.
Beliau berkata, tragedi itu tidak mengubah hubungan antara Malaysia dan Rusia, sebaliknya menekankan tentang pentingnya mengekalkan hubungan persahabatan yang baik antara kedua-dua negara.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat malang Boeing 777-200ER itu ditembak jatuh di ruang udara negara yang bergolak itu tetapi sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap insiden.

Dalam pada itu, Vorobyeva yang berkhidmat sebagai Duta di Malaysia sejak Julai 2010, melahirkan rasa sedih untuk meninggalkan negara ini.

“Malaysia sebuah negara yang indah dan saya gembira tinggal di negara ini. Tetapi sekarang adalah masa untuk berpisah; ia sebahagian daripada tugas, walau terlalu sayang sekalipun kepada sesebuah negara tetapi lambat-laun anda perlu beredar jua,” katanya sambil menambah bahawa beliau akan merindui Malaysia.

\
Beliau yang kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia seperti pantai, gunung dan hutan, menambah bahawa apa tidak dapat dilupakan ialah persahabatan yang beliau jalin semasa berkhidmat di negara ini. – BERNAMA. ( UTUSAN ONLINE) pOSTED BY ABNMULYA / ABU BAKAR NINGAL.BLOGSPOT.COM AT 1936 HRS ON FEB-20,2015..