Saturday, October 31, 2015

Harimau Selatan (JDT) Juara Piala AFC Tewaskan pasukan Istikol

 Sabtu,Oktober 31,2015.

DENGAN penuh debaran pemint-pemint bola sepak Malaysia,pada malam ini,tepat jam 9.59 malam,melaluyi TV 9.

Rakyat Malaysia secara rasmi dapat melihat pasukan Harimau Selatan,Johor Darul Takzim (JDT) telah berjaya jadi juara piala (AFC) dengan menewaskan pasukan Tuan Rumah, FC Istikol,di Stadium Central Republican, Dushanbe,Tajikistan dengan keputusan 1-0 pada minit ke-22 pada separuh masa pertama..

Jaringan tunggal itu telah dijaringkan oleh pemain import dari Argentina,Leandro Velazquaz dengan tendangan kaki kirinya di dalam perlawanan tersebut dengan penuh bergaya akibat tendanganan penjuru dari Syafik Ibrahim kaptan (JDT).

Ledakan jaringan yang bergaya itu telah disambut dengan penuh kegembiraan oleh para peminat bola sepak Johor yang berada di Stadium Dushanbe,Tajikistan itu sendiri dan juga di Johor khasnya dan sekaligus bagi peminat-peminat bola sepak di seluruh Malaysia am yang menonton perlawanan tersebut melalui peti TV 9.

Ucapan setinggi tahniah yang tak terhingga atas kejayaan gemilang pasukan ( JDT)itu, satu-satunya pasukan bola sepak Malaysia, dari Asia Tenggara yang telah memenangi perlawan yang sangat berprestij itu dengan lakaran kejayaan gemilang dan terbilang.

Akibat dai kemenngan yang amat bersejarah itu,maka Kerajaan Johor Darul Takzim telah mengisytiharkan sebagai cuti umum di Seluruh Johor,pada tangga 01/11/2015. ( Poste d by abanmulya // hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 10,28 pm on Oktober .,31,2015).

Ayuh luaskan kuasamu JDT !

FADHILUL IZMEL ISHAK:31 Oktober 2015 12:33 AM
Mario Gomez, Juru  latih Harimau Selatan (JDT).

 KUALA LUMPUR - JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mampu memahat sejarah bola sepak tanah air, namun dengan syarat mereka harus tenang dan memberikan aksi terbaik apabila berdepan Istiklol FC dalam final Piala AFC hari ini, tegas Ketua Jurulatih Harimau Selatan, Mario Gomez.

Pengendali kelahiran Argentina itu mengingatkan anak-anak buah­nya agar tidak memberi tekanan kepada diri sendiri, fokus kepada perlawanan dan usah menjadikan faktor beraksi di tempat lawan di Dushanbe, Tajikistan sebagai satu masalah.
Sebaliknya mereka harus yakin bahawa trofi mampu dibawa pulang jika aksi terbaik mampu dipertontonkan.
Gomez juga percaya, 15 minit pertama permainan adalah tempoh yang penting untuk menguji tumpuan pemain dan mereka tidak boleh melakukan kesilapan awal atau bakal dihambat tekanan sepanjang saingan.
“Mereka (lawan) mahukan gol, sebab itu pemain perlu memberi tumpuan, terutama dalam 15 minit pertama. 15 minit pertama setiap permainan adalah sangat penting lebih-lebih lagi dalam aksi akhir.
“Kita ada 90 minit untuk menang tidak termasuk masa tambahan, jadi gunakan ia sebaiknya dan jangan terlalu gopoh,” katanya.
Dalam pada itu, Gomez tidak dapat memberi kata putus sama ada dapat menurunkan penyerang import, Luciano Figueroa dalam kesebelasan utama kerana dia masih dibelenggu kecederaan hamstring.
Bagaimanapun penyerang kelahiran Argentina itu akan disenaraikan di bangku simpanan.
Skuad Harimau Selatan sebelum itu sudahpun kehilangan Mohd. Fadhli Shas, Junior Eldstal dan Asraruddin Putra Omar akibat kecederaan.
Kekosongan tersebut bakal diisi oleh Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak dan Marcos Antonio.
JDT mencipta sejarah menjadi kelab Asia Tenggara pertama layak ke final Piala AFC sejak kejohanan diperkenalkan pada 2004.
Harimau Selatan dan FC Istiklol layak setelah lawan mereka, Qadsia SC (penyandang juara) dan Kuwait SC dibatalkan penyertaan ekoran penggantungan Persatuan Bola sepak Kuwait (KFA) oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Sementara itu, kapten Harimau Selatan, Mohd. Safiq Rahim percaya, sekali pun Figueroa tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan utama, namun pemain tempatan mampu mengisi kekosongannya.
“Kita satu pasukan besar, jadi sesiapa pun yang akan beraksi tidak menjadi masalah. Saya percaya rakan-rakan mampu memberikan aksi terbaik dan membantu kami memenangi perlawanan.
“Ini adalah satu pengalaman yang tidak boleh dibeli sebab kita (JDT) berada di tahap terbaik tahun ini,” katanya.
Semangat pemain JDT untuk memahat sejarah juga semakin berkobar apabila Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Dushanbe bagi memberikan soko­ngan kepada mereka bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Penasihat Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).(utusan online-sukan). posted  by abnmula // hj.abu bakar ninggal.blogspot.com.at  1729 hrs on Okt., 31,2015.

Thursday, October 29, 2015

Sumber dedahkan Muhyiddin bakal digantung sebelum perhimpunan agung Umno.

OLEH MD IZWAN 
Published: 30 October 2015 7:12 AM

Susulan kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) mengenai masa depan beberapa pemimpin Umno, sumber berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bakal digantung keahlian Umno sebelum parti itu berhimpun Disember ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015. 


Umno bakal menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum perhimpunan agung pada Disember, kata sumber, disebabkan serangan berterusannya terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi presiden parti Melayu itu.

Sumber parti mendedahkan, Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti-bukti kesalahan dilakukan Muhyiddin. Langkah ini diambil bagi mengelakkan Muhyiddin daripada terus menyerang kepimpinan Umno semasa perasmian melibatkan sayap parti Disember nanti.

Difahamkan, keputusan penangguhan kali kedua mesyuarat MT pada 30 Oktober juga dikatakan bagi membuat persediaan menyingkir Muhyiddin.

Antara kesalahan dikatakan dilakukan Muhyiddin ialah mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB dan berterusan mempersoalkan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib walaupun penjelasan sudah diberi.

"Muhyiddin akan digantung sebelum perhimpunan Disember nanti, terdapat kebimbangan di kalangan pimpinan tertinggi parti beliau akan terus mengkritik semasa perasmian sayap nanti.

"Kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin sedang disiapkan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider. Dengan penggantungan ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memangku jawatan timbalan presiden sehingga pemilihan pada 2018 nanti, kata sumber.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata tindakan Muhyiddin membelakangkan keputusan MT sebagai tidak beretika.

"Tan Sri Muhyiddin bangkitkan isu RM2.6 bilion dan isu 1MDB, perkara itu sudah dijawab semasa mesyuarat MT lepas, malah beliau sudah perjelaskan dan bersetuju untuk bersama dengan kepimpinan tapi selepas keluar mesyuarat lain pula yang dikatanya.

"Orang sebegini tidak beretika dan pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain," katanya kepada The Malaysian Insider, mengulas mengenai mesyuarat MT terakhir 9 September lepas.

Jamal juga mendakwa, majoriti ketua Umno Bahagian dalam kumpulan perbualan Telegram termasuk Bagan Datoh, berada dalam perbincangan mengenai sama ada wajar tindakan diambil terhadap Muhyiddin atau tidak.

"Memang kita ada kumpulkan pandangan daripada ketua bahagian, jadi sewajarnya mereka yang berada dalam parti dan menjadi ‘gunting dalam lipatan’ seperti dalam ucapan perdana menteri semasa pembentangan bajet lalu perlulah diambil tindakan.

"Majoriti, semua minta yang dikatakan gunting dalam lipatan ini diambil tindakan, dipecat, gantung dari jawatan kerana ia akan merosakan parti,"  merujuk kepada kenyataan Najib semasa pembentangan Bajet 2016 lalu.( Berita dan foto:Dipetik dari The Malaysian Insider.

Ku Li sedia disiasat parti

30 Oktober 2015 1:11 AM 

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Raza­leigh Hamzah bersedia disiasat sekiranya beliau dikatakan antara tujuh pemimpin yang dalam pemerhatian UMNO.

Tengku Razaleigh Hamzah
Katanya, beliau juga bersedia menghadapi segala kemungkinan tindakan yang ba­kal dikenakan terhadapnya.
“Saya sedia hadapi se­galanya. Saya berada dalam parti lebih lama daripada mereka semua ini di sini (Parlimen),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li diminta mengulas siasatan UMNO terhadap tujuh pemimpin yang dilaporkan media akan dikenakan tindakan disiplin.
Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa tujuh pemimpin UMNO kini sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berhadapan tindakan digantung parti selain digugurkan daripada jawatan.
Dalam pada itu, Ku Li berkata, setiap parti berhak memantau mana-mana ahli kerana ia merupakan amalan biasa.
Menurut beliau, langkah itu bertujuan memastikan setiap ahli sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
“Semua pertubuhan mempunyai peraturan pertubuhan seperti kesatuan sekerja malah parti komunis juga mempunyai peraturan seumpama itu. Mereka siasat, kesan pergerakan (ahli),” katanya.( utusan online-politik).posted by abnmuya // hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.32 am on Okt.,30,2015.

Ambil tindakan ahli UMNO tak sehaluan

30 Oktober 2015 1:11 AM 

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ahli UMNO yang tidak lagi sehaluan dan sering mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan reputasi parti perlu dikenakan tindakan tegas tanpa mengira jawatan.
Ismail Sabri Yaakob

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu wajar kerana mereka hanya dilihat sebagai duri dalam daging yang boleh membawa kepada kerosakan parti.
Katanya, UMNO perlu adil dari segi tindakan walaupun melibatkan barisan pimpinan tertinggi.
“Dalam UMNO sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan sekiranya melanggar peraturan. Ini bermakna tiada siapa pun kebal dari segi perlembagaan parti.
“Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO sudah kena, begitu juga dengan Ketua Bahagian. Tiada sesiapa boleh terlepas daripada tindakan berdasarkan pangkat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung satu Jawatankuasa Khas sedang menjalankan siasatan terhadap tujuh pemimpin UMNO berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti.
Tambah Ismail Sabri, sebanyak 154 ketua bahagian menyuarakan perkara sama agar mereka yang menjadi gunting dalam lipatan dikenakan tindakan segera melalui Jawatankuasa Disiplin UMNO.
“Apa jua tindakan terpulang kepada Jawatankuasa Disiplin. Mereka yang tentukan bentuk tindakan,” jelasnya.
Dalam perkembangan sama, beliau menafikan wujudnya gerakan untuk mengguling Timbalan Pre­siden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti.
“Saya tidak pula pernah men­dengar perkara itu. Yang saya de­ngar komplot untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti. Tiada komplot lain,” ujarnya.( utusan online-politik).posted by abnmulya // hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.18 am on oKT.,30,2015.

Siasatan terhadap tujuh pemimpin UMNO untuk kebaikan

29 Oktober 2015 5:48 PM 

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Siasatan terhadap tujuh pemimpin UMNO berhubung kenyataan terbuka mereka dilakukan untuk kebaikan parti, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Datruk Seri Tengku Adnana Tengku Mansor,
Setiausaha agung Umno.


Beliau berkata, boleh membuat teguran tetapi perlu me
ngikut cara dan saluran yang betul kerana parti tidak mahu ada 'gunting dalam lipatan', 'anai-anai' dan 'duri dalam daging' yang boleh melemahkan parti.
"Kami menerima banyak aduan tetapi yang drastik ialah mengenai tujuh orang ini ... kami sebenarnya boleh ambil tindakan terhadap mereka (gantung keanggotaan) tetapi ketika ini masih melengkapkan kertas siasatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Taman Rekreasi Pudu Ulu, di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun masih enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit dan berkata, jawatankuasa yang dilantik sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden UMNO sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.
Kebelakangan ini, beberapa pemimpin UMNO, dilaporkan menyertai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.- BERNAMA( utusan online-politik).Posted by abnmulya // hj.abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.00 on  Okt.,30,2015.

Wednesday, October 28, 2015

Persepsi Ketua Pemuda Umno Pagoh Tak Tepat




Oleh hj.abu bakar ninggal
Khamis,Oktober 29,2015 2 5.25 pm.

Persepsi politik Ketua Pemuda Umno Pagoh Itu Tak Tepat UMNO Pagoh menyifatkan usaha untuk menggulingkan Timbalan Presiden Umno,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa di dalang 140 Ketua Umno Bahagian sebagai tindakan yang tidak Ketua Pemuda Umno Pagoh Mohd Zaid Abdul Rahman berkata,sekiranya benar komplot itu wujud?
Datuk Seri Najb, Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia
ke-6 diliht terpaksa menempuh berbagai-bagai cabaran
 politik dari dalam Umno itu sendiri? Dan musuh politik
dari luar juga.
Ia adalah satu penghinaan ahli akar umbi yang memilih bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

"Menyingkirkan Muhyiddin Yassin akan menghakis keperecayaan ahli terutama golong muda terhadap Umno itu sendiri.

 "(Ini) keran beliau( Muhyiddin) amat dikenali sebagai pemimpin banyak berjasa dan menjadi aspirasi kepada golongan muda yang berani menyatakan kebenaran," katnya.

Komen Mohd Zaid Abdul Rahman itu dipetik oleh portal media sosial Malaysiakini,pada hari ini, tanggal 29/10/015,pada 11.55 tengah hari.Berita itu disiarkan oleh Malaysia kini berdasarkan berita yang telah disiarkan oleh akhbar "Sinar Haruan".

Kita akui Mohd Zaid selaku Ketua Pemudah Pagoh itu memang berhak menzahirkan pandangannya sesuatu yang bersangkut paut dengan isu politik yang melibatkan Muhyiddinj Yassin yang telah digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Najib itu.

Tetapi Mohd Zaid harus faham dalam dunia politik itulah "delima" yang terpaksa dihadapi oleh seseorang yang telah menceburkan dirinya di arena politik?

Di arena poolitik itu seseorang itu kadangan2 dilihat cepat naik nama dan jawatannya dan naiknya pula kadang2 macam lancaran roket yang membawa peluru berpandu jaak dekaat atau jark jauh.
Contohnya pada Anwar Ibrahim. Siapa sangka?
Mahathir Mohamd dah bersara setelah
peganga jawatan Perdana Menteri
Malaysia selama 22 tahun dah.

Sebaik sahaja ketika itu Mahathir ambil Anwar menyertai Umno? Nasib Anwar Ibrahim jadi bertukar secara drastik sekali,tersohor cepat sekali.

Baru beberapa bulan aje dah jadi ahli Umno? Anwar dah berjaya dapat jadi Ketua Pemuda Malaysia. Seteruany dilantik jadi Timbalan, Menteri penuh dan kemudiannya sebagai Menteri Kewangan dan akhirnya diangkat oleh Mahathir sebgaia Timbalan Perdana Menteri setelah Anwar berjaya memegang jawatan Timbalan Presiden Umno.

Ketika itu pengaruh Anwar di dalam politik Umno sangat kuat (untouchable) dan sebahagian besar para menteri darI Umno sangat takut dan gerun pada kuasa yang Anwar ada itu?

TAHUKAH Mohd Zaid Abdul Rahman, Ketua Pemuda Umno dari Pagoh itu apakah sebab-sebannya??
Sebabnya ketika itu orang-orang Umno di dalam (MT) dan di bahagian-bahagian Umno di seluroh Malaysia mengetahui bahawa Anwar Ibrahm itu adalah merupakan anak (emas) Mahathir?Apa sahaja kritik-krtik dari kalangan Umno itu sendiri pun Mahathir tidak ambil peduli.Belaia begitu yakin dan percaya kepada taat setia Anwar terdapnya.
Anwar Ibrfahim TPM era Mahathir pun digugurkan
 sekaligus dri TPM dan Tim.Presiden Umno dan dari
 keanggotaan Parti Umno setelah berada 16 tahun  dalam
 parti Umno.
Sedangkan Anwar itu yang diambilnya dari (ABIM) walaupun tidak direstui sebilangan besar para pemimpin Umno yang lebih senior pada ketika itu?
Segala jawatan dalam kabinet pula Mahathir dilhat telah langkah bendul Sedangkan tokoh-tokoh parti Umno yang senior dari Anwar tidak dipedulikikan oleh Mahathir.

Tindakan Mahathir itu dilihat.lebihkan poucuk dari pelepah. Mengutamakan Anwar yang baru aje menyertai Umno berbanding dengan para pemipin Umno lain yang lebih senior lagi berjuang dalam Umno berbanding dengan Mahathir itu sendiri dan Anwar Ibrahim adalah tidak adil?
Selakau orang nombor satu dalam kabinet iaitu sebagai PM dan sebagai orang nombor satu dalam parti iaitu sebagai Presiden parti Umno. Maka segala kritik-kriti dari lain-lain pemimpin Umno yang senior pun?

Mahathir tak peduli langsung.Yang berkuasa ketika itu adalah dia (Mahathir).Jadi logiknya dia boleh buat apa sahaja sesuka hatinya.Itulah kegoan Mahathir yang paling ketara.

Malangnya? Bila Mahathir dah pasti Anwar berkomplot nak jatuhkan beliau? Maka Mahathir tidak
ragu-ragu lagi dengan adanya kuasa di tangannya yang berupa kuasa "prerogatif  power" selaku Perdana Menteri?
Muhyiddin Yassin,,Timbalan
Presiden Umno.
Maka Mahathir ambil keputusan yang drastik segera memecat Anwar dari jawatan TPM,jawatan Menteri kewangan dan sebagainya.
Didalam parti Umno pula? Mahathir gunakan ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno (MT).Sekaligus pada malam itu juga Mahathir selaku Presiden Umno mengadakan mesyuarat tergempar (MT) untuk mendapatkan keputusan dari (MT.
Mendapatkan keputusan segera untuk memecat segala jawatan yang sedang dipegang oleh Anwar Ibrahim dalam parti Umno.dan sekliigus memecat Anwar dari keahlian Umno dengan serta merta.

Ertinya Mahathir bertindak keluarkan Anwar dari kabinet dan sekaligus ditendang dari parti Umno itu sendiri.Cara Mahathir ini ak pernah berlaku didala\m sejarah Umno sebelum Mahatyhir jadi PM dan jadi Presiden Umno? Mahathir telah pecahkan tradisi Umna secara drastik sekali.

Tidakkah Mohd Zaid Abdul Rahman,Ketua Pemudsa Umno Pagoh tahu dan ada mengikuti tragedi Anwar Ibrahim di pecat dari kabinet Mahathir dan dari parti Umno itu? Jika Mohd Zaid,Ketua Pemuda Umno Pagoh itu tahu? Baguslah! Begitulah kuasa politik di arena politik di mana kuasanya berada di tangan Mahathir.
Beliau seharusnya mengucapkan berbanyk2 terima kasih pada Najb selaku Presiden Umno tidak menggunakan kuasa politik ( MT) terhadap Muhyiddin Yassin itu.
Syafie Afdal,Naib Presdien Umno
pun digugrkan dari kabinet Najib.
Mohd Zaid harus berterima kasih keranan Najib tidak menggunakan kuasa politik "platform " (MT) memecat Muhyiddin dari jawatan Timbalan Presdien Umno dan keahlian Umno.
Apakah Anwar Ibrahim yang pegang jawataan Timbalan Presdien Umno itu? Bukankah akibat dari pilihan para perwakilian akar umbi Umno dari seluruh Malaysia?

Macam Muhyiddin juga pegang jawatan Timbalan Presiden Umno hasil pilihan akar umbi Umno di Perhimpunan Agung Umno?
Apakah Anwar itu tidak popular? Apakah Anwar itu tidak berjasa pada rakyat dan pada anggota Umno?
Jawabnya Anwar itu lebih hebat dari segala aspek perjuangan politiknua berbanding dengan Muhyiddin Yasin itu sendiri? Tetapai Mahahthir tak keang semua jasa-jasa itu/ Yang penting Mahathir mahau selamatkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Tetapi bila Snwar salah.Dah buat salah dan dah beranai nak lawan taukeh?Mengikut pandangan Mahathir? Beliau disingkirkan oleh Mahathir. Maka begitulah juga jadinya dengan nasib malang Muhyiddin Yassin?

Jika Muhyiddin tak bersalah pada Najib? Pasti Najib tak gugurkan jawatan TPM dan Menteri Pelajaran yang Najib sendiri yang melantiknya.
Mahathir gunakan kuasa "Platform" politik ahli2 (MT) pecat Anwar untuk mengelakkan beliau dituduh zalim dan kejam.

Dia akan berdalih bahawa pemectan keanggotaan Anwar dari Umno itu  kononya adalah keputusan yang dibuat oleh ( MT) bukan keputusan Mahathir itu sendiri terus memcat Anwar..

Jika kita lihat cara Mahathir bettindak terhadap musuh-musuh politiknya itu berbanding dengan cara Datuk Seri Najib bertindak? Maka Najib lebih (sederhana) lebih berwasatiah lagi,lebih adil lagi, lebih releven lagi.
Najib hanya pecat Muhydidin dari TPM dan sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet aje? Gunakan kuasa istimewa "prerogatif power " yang ada pada setiap Perdana Menteri dan tidak sentuh langsung kedudukan Muhyiddin di dalam parti Umno?
Sedangkan kesilapan Muhyiddin Yassin itu? Lebih kurang sama aje dengan kesalahan yang  didakwa oleh Mahathir bahaw Anwar Ibrahim nak gulingkan dia,sedangkan Mahathir mendakwa bahawa beliau adalah sebagai sebagai guru pada Anwar berpolitik? Anwar dilihat dah lawan taukeh? Maka taukeh pecatlah Anara.
Penulis yakin kenapa Najib berbuat begitu? Najib dilihat semacam mahu Muhyiddin Yasssin terus berfikir. jika dah seasat di pertengahan jalan?

Maka segeralah kembali kepangkal jalan untuk mendapat arah dan tujuan baru untuk memulakan perjalanan yang tak sesat lagi demi kesenambungan survival parti Umno itu sendiri.Bukan nak merosakkan Umno?
Malangnya? Muhyiddin Yassin dilihat langsung tak mahu mengubah pembawaan politiknya dan h
aluan jalan? Beliau dilihat semakin dah sesat? Namun beliat dilihat macam tak sedar dan insaf?
Beliau adalah orang nombor (02)? Sedarlah bahawa dia itu tetap orang yang berada di tempat nombor dua.Mana boleh lawan taukeh yang masih segar bugar itu?
Jika yang nombor satu itu masih berazam dan bersumpah tidak akan undur menentang walau pun sebesar mana angin taufan dan ombak badai sebear mana hebat besar yang akan menghempas pantai perjunagan Najib itu?
Pengauh politik Anwaar Ibrahim itu lebih hebat ,lebih tersohor berbanding dengan pengartuh Muhyiddin? Anwar pun tewas? Apatah lagi Muhyiddin? Kekuatan politiknya sangat bebeza dengan Anwar Ibrahim.( Posted by abnmulya // hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 1725 hrs on Oktober 29,2015)..

Wujudkan segera dasar kawalan harga perumahan

29 Oktober 2015 1.32 AM 

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Kerajaan digesa mewujudkan segera dasar kawalan harga perumahan bagi membendung lonjakan harga secara tidak munasabah sehingga tidak mampu dibeli rakyat khususnya orang Melayu.

Irmohizam Ibrahim
Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berkata, harga purata rumah di negara ini sekarang adalah 4.4 kali ganda lebih tinggi berbanding gaji tahunan rakyat menyebabkan hampir mustahil untuk dimiliki.
Katanya, keadaan itu diburukkan lagi dengan dasar yang diambil kerajaan negeri untuk mengenakan caj tambahan sehingga 30 peratus sebagaimana berlaku di Selangor, menyebabkan harga rumah terus melonjak.
“Memiliki rumah sendiri merupakan impian semua orang, namun hakikatnya harga rumah yang melambung tinggi ini seperti tiada kesudahannya jika tiada satu mekanisme kukuh yang dapat mengawal kenaikan harga.
“Mengikut piawaian antarabangsa, purata harga ini sangat mahal dan tentu sekali tidak mampu dibeli terutama bumiputera,” katanya semasa membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat hari ini.( utusan online-parlimen).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.54 am on Okt.,29,2015.

Beradab bukan biadab apabila bangkang

ZULKIFLEE BAKAR: 29 Oktober 2015 12:08 AM 

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan isyarat jelas kepada pakatan pembangkang yang disertai oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) bahawa biarpun Pas adalah parti pembangkang tetapi “kita mahu menjadi Ahli Parlimen yang membangkang secara beradab.”
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
( Presiden PAS).

Kalau dikaji sejak 2008 lagi apabila pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, pakatan pembangkang dilihat semakin ‘naik tocang’. 

Mereka me­lakukan pelbagai tindakan yang memualkan apabila sidang Dewan Rakyat berlangsung.

Hujah-hujah yang dibentangkan ketika perbahasan pula lebih banyak menjurus kepada tuduhan dan tohmahan bukannya berdasarkan kepada fakta apatah lagi mahu menjadi barisan pembangkang yang berfungsi sebagai ‘check and balance’ kepada pemerintahan kerajaan.

Sesungguhnya kita akui, pe­ranan pembangkang adalah pen­ting bagi memastikan pengurusan pentadbiran negara dikendalikan dengan baik dan sempurna demi kesejahteraan rakyat secara kese­luruhannya.

Tetapi malangnya, pakatan pembangkang lebih banyak menjadikan Parlimen seolah-olah ge­langgang politik. Mungkin juga mereka semakin menyedari ce­ramah-ceramah yang dianjurkan tidak mendapat sambutan maka sidang Dewan Rakyat menjadi ‘pentas politik’ mereka.

Justeru kenyataan Abdul Hadi membuktikan beliau mahu barisan pembangkang di Dewan Rakyat berubah sikap. Kalau hendak me­lakukan bantahan atau mengetengahkan sesuatu isu biarlah ia secara beradab bukan biadab.

Tindakan mengangkat plakad seperti mana berlaku sejurus selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 seharusnya tidak harus diulangi kerana mungkin ‘budak-budak tadikapun’ tidak akan berbuat demikian.

Sebahagian besar ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang semuanya berpengalaman dan sudah memahami apa tanggungjawab mereka.

Tetapi malangnya sebahagian mereka dilumuri dengan pemikiran politik kepartian yang menebal justeru sudah hilang pertimbangan bagaimana mahu menjadi ahli Parlimen yang beradab.

Oleh itu diharapkan pendekatan baharu yang diamalkan oleh Pas akan turut dicontohi oleh DAP, PKR dan Amanah. Kalau mahu berpolitik biarlah pada masa dan tempat yang sesuai, bukannya di bangunan yang menjadi platforom penting dalam menentukan arah tuju pengurusan negara.

Sepatutnya pakatan pembangkang sudah matang iaitu berpolitik ketika musim pilihan raya sahaja. Kalau mahu menganjurkan program politik silakan itu hak parti-parti masing-masing tetapi apabila melangkah masuk ke Dewan Rak­yat maka jadilah wakil rakyat yang benar-benar berjuang untuk rakyat dengan mengetengahkan isu-isu bagi membela mereka.

Dalam mengetengahkan isu itu biarlah dalam proses meminta penerangan, penjelasan atau mengemukakan permohonannya bukan melalui tohmahan, fitnah atau kecaman yang kesudahannya hanya menyebabkan pembaziran wang rakyat kerana salah guna terhadap keistimewaan Dewan Rakyat.( utusan online-politik).posted by abnmulya // ahji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.34 amon Okt.,29,2015.

Pembangkang pengecut enggan dedah dana politik

29 Oktober 2015 1:07 AM 

KUALA LUMPUR 28 Okt. – PKR dan DAP disifatkan sebagai pengecut apabila sehingga kini enggan mengisytiharkan dana politik yang diperoleh parti masing-masing.

Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pemuda UM­NO Kedah, Datuk Shai­ful Hazizy Zainol Abidin berkata, sebagai sebuah parti yang sentiasa mendakwa mereka jujur, bersih dan telus, adalah tidak wajar sekiranya parti pembangkang berkenaan terus berdegil apabila enggan mendedahkan sumber dana politik yang diperoleh.
“Mereka (parti pembangkang) bertindak seolah-olah ‘cakap tidak serupa bikin’. Sememangnya sikap berdiam diri sudah dapat diduga sejak dari awal lagi.
“Pemuda UMNO Kedah mencabar semua pemimpin pakatan pembangkang mengisytiharkan harta dan dana mereka terlebih dahulu bagi mencerminkan ideologi dan perjuangan telus yang sering diperkatakan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan daripada beberapa pemimpin politik sebelum ini mengenai parti pembangkang yang ber­terusan merahsiakan siapa penyumbang dana politik mereka.
Shaiful Hazizy berkata, biarpun pakatan pembangkang masih dalam kategori baharu ditubuhkan, namun perbelanjaan parti-parti tersebut dilihat dalam skala besar dan mencurigakan.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah sewajarnya bagi semua negeri yang ditadbir pakatan pembangkang supaya mengisytihar dana politik mereka tanpa berselindung.
Menurut Shaiful Hazizy, Pemuda UMNO Kedah menghargai inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengkaji mekanisme penyaluran dana politik menerusi Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).( utusan online-politik).posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.21 am on Okt.,29,2015.

Jawatankuasa khas siasat 7 pemimpin UMNO

29 Oktober 2015 1:08 AM < 

 KUALA LUMPUR 28 Okt. – Satu Jawatankuasa Khas sedang menjalankan siasatan terhadap tujuh pemimpin UMNO berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti.

Tengku Adnan Tengku Mansor
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, semua mereka bakal berdepan tindakan digantung parti termasuk digugurkan jawatan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti ketujuh-tujuh pemimpin itu yang sedang dalam siasatan.
Jelas beliau, keputusan jawatankuasa itu akan dibentangkan ke peringkat Majlis Presiden parti sebelum dibawa kepada jawatankuasa disiplin.
“Saya tidak akan dedahkan nama dan siapa mereka tetapi mereka sendiri pasti tahu siapa diri mereka.
“Mungkin kamu juga pun tahu siapakah mereka itu kerana kamu telah melihat apa yang sedang berlaku ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ditanya adakah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tujuh pemimpin yang disiasat itu, Tengku Adnan enggan mengulas lanjut.
Tengku Adnan pa­da masa sama menggesa mana-mana pe­­mimpin atau ahli UMNO meninggalkan parti jika tidak lagi mempercayai parti itu.
Menurutnya, UMNO tidak mahu ada antara ahli menjadi ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘anai-anai’ dalam parti.
Mengulas mengenai pembatalan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan Jumaat ini, Tengku Adnan berkata, ia perkara biasa jika tidak ada perkara penting yang mahu dibincangkan.
Pada 12 Oktober lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu sidang akhbar mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) te­lah dikenakan terhadap pengkritik-pengkritik kerajaan sedangkan akta tersebut seharusnya digunakan untuk menangani aktiviti keganasan.
Akibatnya beliau mendakwa, rata-rata rakyat ketika ini mula mempersoalkan tindak­an kerajaan itu atas dakwaan menyalahgunakan undang-undang untuk menahan mereka yang mengkritik kerajaan.
Apa yang mengejutkan sidang akhbar Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya itu turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Gua Musang yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Raza­leigh Hamzah.
Turut hadir bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan vete­ran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid di lokasi sama.( utusn online-politik).Posted bya abnmuly // haji abu bakar ninggal.blospot.com.at 11.12  am onOkt.,29,2015.

Tuesday, October 27, 2015

BANGKANG CARA BERADAB

MAISARAH SHEIKH RAHIM: 28 Oktober 2015 1:23 AM 

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu ingin menjadi pembangkang yang beradab di dalam Dewan Rakyat dengan mengamalkan pendekatan menerang bukan menyerang.
Abdul Hadi Awang
Sehubungan itu, beliau berkata, Pas mahu melaksanakan proses demokrasi yang beradab dan berakhlak di samping tidak melupakan konsep raja berperlembagaan selain memelihara konsep masyarakat majmuk.

“Ini sikap kita kerana kita bukan hendak tunjuk perasaan, kita mahu jadi ahli Parlimen yang membangkang secara beradab,” katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebahagian ahli Parlimen pakatan pembangkang yang bertindak mengangkat plakad ‘Mana RM2.6b’ sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, pada Jumaat lalu.

Abdul Hadi juga menegaskan, Pas akan menjalin kerjasama dengan semua parti termasuk kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam semua perkara yang baik.

Oleh itu, kata beliau, parti tersebut bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengemukakan perkara-perkara yang tidak dipersetujui secara baik termasuklah dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Kita ada cadangan dalam soal untuk memungut hasil kerajaan. Kita juga ada cadangan dalam isu kejatuhan nilai ringgit dan bagaimana hendak mempertahankannya. Kita akan bertemu kerajaan untuk kemukakan cadangan,’’ katanya.

Jelas beliau, ia merupakan satu pendekatan baharu dengan semua pihak dalam menyelesaikan isu rakyat dan bukannya titik permulaan untuk menjalinkan kerjasama seperti mewujudkan kerajaan campuran.

“Kita pernah mempunyai pengalaman dalam kerajaan campuran, kita hanya mahu bekerjasama dalam perkara baik bukan perkara tidak baik termasuklah dengan DAP dan PKR,” katanya.

Mengenai pakatan pembangkang yang disertai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Hadi menyifatkan pakatan tersebut umpama ‘bas ekspres’ yang tidak mungkin akan sampai ke destinasi sebenar.

Justeru tegasnya, Pas tidak akan naik ‘bas’ tersebut kerana tidak mampu menjayakan matlamat perjuangan parti berkenaan.

“Kita tidak akan menyertai sebarang langkah perjuangan yang tidak mencapai matlamat kita. Kita tidak mungkin naik ‘bas ekspres’ yang tidak sampai destinasi yang nak pergi.

“Kita tidak ada harapan dengan yang tidak sampai di destinasi. Naik bas untuk ke Kuantan tetapi guna jalan Kuala Lipis, mana boleh sampai?,” katanya.

Abdul Hadi menegaskan, Pas tidak mempunyai masalah untuk menjadi parti pembangkang bersendirian.

“Ini kerana Pas sudah lama bersendirian dan kita percaya banyak parti lain bergantung kepada kita. Kita ada akar umbi kuat, kamu saksi sendiri pihak lain membuat demonstrasi, apabila Pas tidak hadir maka tidak ada orang,” katanya.( utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blgspot.com a 1.6 am on Okt.,28,2015.

Pembangkang perlu dedah penyumbang dana politik

28 Oktober 2015 1:38 AM 



Irmohizan Ibrahim
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Demi kepentingan politik, parti pembangkang sanggup merahsiakan penyumbang dana politik mereka walaupun mengetahui ada antaranya didakwa terdiri dalam kalangan penyokong kerajaan.

Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff mendakwa, sekiranya sumber dana tersebut didedahkan, perkara itu dikhuatiri akan memberi kesan kepada kepentingan peribadi penyumbang dan agenda politik parti pembangkang.
“Sampai sekarang, pembangkang tidak pernah dedahkan siapa penyumbang dana politik mereka. Boleh jadi sumber tersebut datang daripada individu atau pihak yang sebenarnya menyokong kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.
“Mungkin penyumbang dana dan parti pembangkang sudah bersetuju untuk saling membantu dan merahsiakan perkara sebenar demi menjaga kepentingan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim semalam mengenai parti pembangkang terutama DAP dan PKR yang tidak pernah telus dalam perjuangan apabila terus menyembunyikan identiti penyumbang dana politik mereka.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd. Nor berkata, parti pembangkang disifatkan seperti baling batu sorok tangan apabila berterusan tidak mahu bekerjasama memberitahu sumber dana politik mereka.
Menurut beliau, sikap degil pembangkang itu seperti tidak menghiraukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.
“Adakah parti pembangkang takut jika rakyat mengetahui sumber dana politik yang diterima? dan kenapa perlu takut sekiranya yakin mereka adalah pemimpin rakyat?
“Sudah tiba masanya pembangkang bersikap telus kepada rakyat dan jangan membiarkan isu sumber dana politik mereka disembunyikan,” ujarnya( utusan online-politik).POSTED BY ABNMULYA // HAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM AT  9.49 AM ON oKT.,28,2015

Penyokong kerajan mesti tangkas tangkis tohmahan

ZULKIFLI JALIL: 27 Oktober 2015 6:10 PM

AHLI Parlimen Barisan Nasional pada sidang Dewan Rakyat, mesti tangkas menjawab lontaran pedas daripada wakil pembangkang.

Semalam, ketika Lim Guan Eng (DAP-Bagan) membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, selama hampir setengah jam beliau menggunakan platform itu untuk melontarkan ‘cili, peluru dan Mat
Jenin’ tetapi amat kurang dipintas atau dicelah penyokong kerajaan.

Antaranya, Guan Eng mendakwa kalau ringgit tidak dipulihkan, Bajet 2016 ‘dikira’ gagal. Benarkah?
Sedangkan kita maklum, kejatuhan ringgit tidak ada kena me­ngena dengan isu dalaman negara. Insiden nilai matawang Malaysia jatuh berkait rapat dengan elemen global, sebelum muncul ‘isu kontroversi’ yang diviralkan ketika ini.

Pada 2014, harga minyak dunia mengalami kejatuhan mendadak yang mana pada Januari 2014, harga minyak berada pada paras USD106 setong dan secara beransur-ansur mengalami kejatuhan sehingga ke paras USD50 setong hari ini.

Kejatuhan harga minyak dunia juga adalah disebabkan oleh masalah permintaan (demand) dan bekalan (supply) yang mana terdapat lebihan minyak yang dihasilkan oleh pengeluar minyak dunia. Ekonomi terbesar dunia,

AS dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini telah berjaya mengeluarkan minyak yang mencukupi untuk ke­gunaan domestiknya dan mengurangkan kebergantungan kepada OPEC sebagai pengeluar utama mi­nyak dunia.

Ekonomi kedua terbesar dunia, iaitu China pula sedang mengalami kelembapan ekonomi, menyebabkan bekalan minyak dunia melebihi permintaan (demand) dan menekan harga ke bawah.

Apabila berlakunya kejatuhan harga minyak dunia, ia memberi impak negatif kepada matawang komoditi (Commodity currency) se­perti ringgit.

Matawang komoditi adalah nama yang diberikan kepada matawang yang bergantung kepada hasil pengeluaran bahan mentah sebagai sumber utama perbendaharaan negara.

Disebabkan Malaysia bergantung kepada hasil pengelu­aran bahan mentah, terutamanya sumber petroleum maka ringgit cenderung untuk bergerak selari dengan pergerakan harga minyak mentah.

Penyokong kerajaan mesti tangkas menjawab dan mencelah. Ja­ngan hanya ‘pandai’ mencelah dan meminta penjelasan ketika rakan sendiri berbahas. Ada tiga hari lagi untuk dewan bersidang dalam ming­gu ini.( utusan online-parlimen).posted by abnmulya // haji bakar ninggal.blogspot,com.at 9.8 am on Okt.,28,2015.

Perhimpunan jalanan ditentang

Boleh mengakibat perpecahan, jejas perpaduan kaum 

28 Oktober 2015 1:41 AM 


Najib Razak
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kerajaan bertegas tidak akan berkompromi dengan kesa­lahan berhubung perhimpunan jalanan yang boleh mengakibatkan perpecahan dan menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perhim­punan jalanan yang disertai bilang­an yang besar sukar dikawal oleh penganjur dan kadang-kala ber­akhir dengan keganasan dan rusuhan.

Beliau menjelaskan, hal ini meng­akibatkan perhimpunan aman pada mulanya kemudian menjadi luar kawalan dan sering kali mengakibatkan campur tangan pihak berkuasa untuk mengawal dan mententeramkan keadaan.

“Tindakan provokasi oleh pe­mimpin penganjur perhimpunan dan para peserta dengan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan menjejaskan perpaduan.

“Pendirian kerajaan sangat jelas mengenai perkara ini, sebarang usaha untuk mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian negara adalah satu usaha yang ditentang kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Teresa Kok (DAP-Seputeh) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Najib berkata, perhimpunan aman merupakan salah satu prinsip demokrasi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, kata Perdana Menteri, kerajaan melalui Akta Perhimpunan Aman 2012 telah menyediakan panduan mengenai pelaksanaan perhimpunan aman.

Beliau menegaskan, sekalipun perkara itu termaktub dalam Perlembagaan, pihak penganjur perlu sensitif kesan dan akibatnya terhadap ketenteraman awam seperti kesesakan lalu lintas, kesan negatif kepada peniaga dan sebagainya.

“Penganjur perhimpunan aman seharusnya menggunakan akal dalam mengekspresi pendapat dengan menggunakan saluran yang mencerminkan adat ketimuran yang lebih berdisiplin dan bersifat hormat menghormati melalui prinsip Rukun Negara yang seharusnya dihayati oleh setiap masyarakat negara ini,” katanya.( Utusan online-parlimen).Posted by abnmulya //hj.abu bakar ninggal.blogspot.com. 9.24 am on Okt.,28,2015.

Adakah 160 negara laksanakan GST "dera" rakyat mereka?

28 Oktober 2015 1:38 AM 

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Tuduhan liar dilemparkan pakatan pembangkang kononnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bertujuan mendera rakyat menunjukkan mereka tidak memahami tentang ekonomi.
Dr. Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) berkata, GST merupakan sistem pemindahan cukai yang dikenakan mengikut nilai yang dibelanjakan setiap individu.
Menurut beliau, golongan berpendapatan tinggi lazimnya membayar jumlah yang besar untuk GST kerana mereka lebih banyak berbelanja.
“GST dibayar mengikut kadar pendapatan kita di mana orang yang kaya bayar lebih.
“Pada masa sama, kerajaan telah menyusun pelbagai cara untuk menyelamatkan golongan lain yang tidak mampu ber­belanja lebih.
“Dan saya nak ta­nya adakah lebih 160 negara yang laksanakan GST telah ‘mendera’ rakyat mereka?,” katanya ketika mencelah Anuar Abd. Manap (BN-Sekijang) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.( utusan online-par;imen).Postede  by abnmulya //hj.abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.03 am on Okt.,28,015.

PKR Selangor boleh turunkan harga rumah-- Noh

28 Oktober 2015 1:14 AM 

 SHAH ALAM 27 Okt. – Kerajaan PKR Selangor dicabar menyelaraskan semula peranan anak-anak syarikatnya yang terlibat dalam sektor hartanah bagi menstabilkan semua harga rumah untuk rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini.
NOH OMAR

Pengerusi Badan Per­hubungan UMNO ne­ge­ri, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu harus dilakukan sekiranya kerajaan negeri benar-benar prihatin mahu mengurangkan tanggungan rakyat dalam kumpulan pendapatan tersebut untuk memiliki kediaman sendiri.
Sambil memberikan contoh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), beliau berkata, anak syarikat itu sebelum ini menerima sejumlah besar rizab tanah daripada kerajaan negeri selaras matlamat penubuhan asalnya untuk memastikan pengagihan serta pertumbuhan sosioekonomi yang adil.
“Maka, dalam soal penstabilan harga perumahan di Selangor sebagai contoh, PKNS mungkin boleh memainkan peranan yang tidak boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat pemaju swasta lain.
“PKNS boleh menyediakan perumahan untuk rakyat berpendapatan sederhana yang tidak berpeluang mendapat rumah mampu milik kerajaan negeri tanpa berasaskan kepada harga pasaran semasa yang terlalu tinggi.
“Kerajaan negeri tidak perlu menangani isu dan harga perumahan melibatkan kepentingan rakyat seolah-olah seperti syarikat swasta,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah Noh, usaha untuk menurunkan harga rumah boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri menerusi kaedah timbal-balik dengan me­nurunkan premium tanah atau lain-lain caj kepada anak-anak syarikatnya yang membangunkan projek perumahan untuk rakyat negeri ini termasuk syarikat-syarikat swasta lain.
Dalam perkembangan berkaitan, Noh turut mempersoalkan keputusan kerajaan negeri mengenakan premium tanah kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang difahamkan berhasrat mahu membangunkan projek perumahan untuk golongan miskin di atas tanah miliknya di negeri ini.
Jika benar, tegas beliau, kerajaan negeri harus memberikan pengecualian atau pengurangan premium tanah kepada badan pengurusan agama Islam tersebut untuk melaksanakan projek seumpama itu.
“Namun, saya difahamkan, MAIS turut dikenakan premium tanah pada kadar yang sama seperti syarikat-syarikat pemaju swasta lain.
“Ekoran itu, saya difahamkan MAIS tidak dapat membangunkan projek perumahan tersebut kerana kosnya tinggi,” ujarnya ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.46 am on Oktober 28,2015..

Monday, October 26, 2015

ADAKAH DEWAN INI ADA JIN,JEMBALANAG?

27 Oktober 2015 1:43 AM

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Ahli Parlimen diingatkan agar tidak menggunakan perkataan berunsur kesat dan penghinaan semasa mempertahankan hujah masing-masing.
Pandikar Amin Mulia

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, segelintir Ahli Parlimen seolah-olah ‘dirasuk’ sehingga tidak dapat mengawal perkataan yang keluar dari mulut mereka.

Beliau memberitahu, setiap Ahli Parlimen sepatutnya mengawal diri daripada menuturkan perkataan yang tidak akan mereka ucapkan di luar sidang Dewan Rakyat.

“Adakah dewan perbahasan ini mempunyai jin, hantu dan jembalang yang merasuk kita, yang langsung kita tidak boleh tepis?

“Bukan semua bersikap begitu tetapi perlu dikawal,” katanya selepas sesi perbahasan Bajet 2016 disambung semula selepas rehat dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pandikar Amin merujuk kepada kekecohan yang tercetus ketika usul tindakan terhadap Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) kerana menuduh Yang Dipertua Dewan Rakyat menyalahgunakan kuasa dan cuba mensabotaj siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu.

Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) ketika mencelah perbahasan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata:

“Bukankah itu tujuan Tuan Yang Dipertua, kita ada satu peraturan khas di bawah Aturan Mesyuarat 80 untuk memberi Yang Berhormat Gelang Patah a right to be heard bukan a right to be heard oleh binatang macam ini.”

Ramkarpal kemudian menarik balik celahannya setelah diarahkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee untuk berbuat demikian.( UTUSAN ONLINE-PARLIMEN).. Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.25 noon on Oktober 27,2015.