Monday, January 30, 2017

Dakwaan Kit Siang Ditawar Jawatan Betul TPM Betul Kot



KIT Siang, masa Mahathir jadi Perdana Menteri dulu, macam bayang-bayang jahatlah.  Apa benda buruk timbul dalam pentadbiran Mahathir (tapi nampak suci masa tu sebab semua benda Mahathir control), Kit Siang akan ada disitu untuk menyanggahnya.
Cakap pasal buku, ramai orang tahu tentang 2 buku tentang skandal BMF yang ditulis Kit Siang tapi ramai tak tahu bahawa tentang kehilangan sebanyak RM 30 billion dalam perjudian matawang asing semasa Mahathir jadi Perdana Menteri dulu pun, Kit Siang ada menulis buku tentangnya juga.
Anehnya, bila dua isu itu berbangkit semula sekarang, Kit Siang diam dan buat bodoh.  Adalah komen tapi sepatah yang dicakap pun, pendek saja.  Patutnya dialah paling gembira sekali sebab ‘perjuangan’nya selama ini mula mendapat perhatian.
Oleh kerana itu, ramai mula beranggapan bahawa tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dibangkitkan sebelum ini, adalah benar, sebab itu Kit Siang yang selama menghantui Mahathir dengan dua isu itu, tidak berminat dengannya sekarang.  Kalau tidak, setiap kali pilihanraya, itulah 2 benda wajib dimainkan selama Mahathir dalam UMNO dulu.
Sebetulnya Kit Siang tak payah jadi hipokrit pun untuk kejar jawatan Timbalan Perdana Menteri ni.  Baik Mukhriz atau Anwar atau sesiapa pun dari Pakatan Harapan jadi Perdana Menteri KALAU menang dalam PRU14 yang akan datang, peluang untuk Kit Siang dilantik ke jawatan itu memang cerah.
Pertama, jawatan TPM ini tidak ada dalam perlembangaan dan kedua ia tidak semestinya seorang, boleh jadi 2 atau lebih.  Jadi kenapa Kit Siang perlu jual maruahnnya dalam 2 hal ini (skandal BMF dan Forex)?
Sebab, ini semua kira-kira politiklah, bukan kerana rakyat sama sekali.  Dengan Mahathir bersama Pakatan sekarang, masalah Mahathir, masalah Pakatan/Kit Siang jugak.  Nak jadi Timbalan Perdana Menteri ni, Pakatan kena menang dulu, kalau Pakatan kalah, apa cerita nak jadi TPM ye tak?(Dipetik dari Mykmu.Net).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.50 am on Januaray 31,2017.

Sunday, January 29, 2017

PAS Tidak Gentar Disaman Kit Siang


SAFINA RAMLI  : 30 Januaray 2017:@ 12.16 an.

 KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pas tidak gentar dengan ugutan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mengemukakan saman terhadap Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menuduhnya sebagai anti-Islam.

Mohd. Khairuddin
Malah, Ketua Pene­rangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menyifatkan Kit Siang sebagai seorang ahli politik yang bacul jika tidak me­ngotakan kata-katanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Hadi.

“Pas alu-alukan Kit Siang untuk saman, dia bacul kalau tidak saman. Kemukakan saman kepada Pas sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Rakyat akan menilai sikap sebenar Kit Siang yang memang anti kepada Islam. Pas tidak takut untuk berdepan dengan Kit Siang di mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini,

Penasihat DAP itu menghulurkan salam perdamai­an kepada Abdul Hadi atas alasan untuk menyelamatkan Malaysia.
Walau bagaimanapun, salam perdamaian itu ditolak oleh Abdul Hadi kerana menurutnya, DAP tidak menyokong usaha Pas yang mahu mengukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui pembentangan rang undang-undang berkaitan di Parlimen.

Menurut Mohd. Khairuddin, Kit Siang perlu membuktikan bahawa beliau tidak anti-Islam dengan menyokong usaha Pas mengukuhkan syariat Islam melalui soko­ngan kepada Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Dalam pada itu, Mohd. Khai­ruddin dalam satu kenyataan menegaskan, syarat utama sebuah kerajaan Islam ialah perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar mesti beragama Islam.
Mohd. Khairuddin memberi­tahu, ini kerana pelaksanaan Islam di sebuah negara atau negeri tidak boleh bersifat tempelan.

Tambahan pula jelasnya, kekuasaan Islam tidak akan tertegak menerusi seorang ketua menteri bukan Islam kerana ketiadaan akidah Islam tidak akan menjamin pelaksanaan syariat Islam.
“Tidak boleh ketua negara, perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri seorang bukan Islam. Itu syarat utama sebuah kerajaan Islam.

“Jangan terpedaya dengan momokan untuk berlaku adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz jika akidahnya tidak se­perti Umar Abdul Aziz sementelah pula akhlaknya kerana keadilan itu tidak akan berlaku dan terlaksana tanpa akidah dan akhlak Islam,” katanya. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.om. 1541 pm on Januarfy 30,2017.

Friday, January 27, 2017

KENAPA TIADA SIASATAN???..

KERUGIAN  AS $10 BILLION TERBESAR DALAM SEJARAH PERBANKAN

Hussin Aman dan Fadzli Zainol : January 27,2017 @ 12.41 am.


ABDUL  MURAD KHALID

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan kerugian sebanyak AS$10 bi­lion (RM44 bilion) melalui ke­giatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993, jauh lebih besar daripada jumlah yang dilaporkan bank pusat tersebut.12.41

Menurut beliau, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah meminta BNM memberi penjelasan tentang kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa itu.

 “Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bi­lion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia dan New Straits Times di sini hari ini.

Isu kerugian yang dialami BNM akibat kegiatan perdaga­ngan mata wang itu menggemparkan negara pada 1994 namun tiada tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat.

Pada masa itu, pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mempersoalkan mengapa BNM dilibatkan dalam kegiatan spekulasi mata wang yang beri­siko tinggi untuk mengalami kerugian.

Walau bagaimanapun, pada 3 April 1994, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerugian sebanyak RM5.7 bilion yang dialami oleh BNM dalam transaksi perdaga­ngan wang asing pada 1993 tidak menjejaskan kedudukan kewa­ngan negara.

Abdul Murad Khalid menambah, transaksi berbentuk spekulasi melibatkan pelbagai mata wang asing termasuk pound sterling, dolar Amerika Syarikat (AS), mark Jerman dan yen itu direkodkan oleh seorang kakitangan berpangkat rendah BNM.

 Beliau memberitahu, sebarang kerugian dalam transaksi berkenaan sepatutnya dilapor­kan kepada Bahagian Akaun BNM namun perkara itu didakwa tidak berlaku.

 “Mereka mungkin menyembunyikan maklumat tentang kerugian tersebut dengan memindahkan caj kepada akaun rizab yang lain,” jelasnya. Abdul Murad berkata, tindakan dalaman juga tidak diambil bagi memastikan pihak yang terlibat menggantikan semula dana rezab BNM yang hilang akibat transaksi berkenaan.

“Tiada jawatankuasa dalam BNM yang memantau transaksi ini. Semuanya dilakukan oleh seorang individu,” katanya. Beliau berpandangan, kegiatan spekulasi mata wang adalah di luar skop BNM dan bank pusat itu sepatutnya memainkan pe­ranan mengawal peredaran ringgit.

 Sehubungan itu, Abdul Murad menggesa pihak berkuasa membuka semula siasatan kes tersebut dan beliau bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 2153 hrs on January 27,2015.

Wednesday, January 25, 2017

Umno/BN Berazam mendapat Majoriti 2/3 di Di Parlimen Dan Merampas Semula Selangor Dan Pulau Pinang Pada PRU Ke-14. .

Bergambar ramai-ramai sebahagian dari wakil 2yang belum pulang sesudah selesai mensyuarat pada malam tadi.






Oleh haji abu bakar ninggal
Khamis,Januaray 26,2017 @ 3.22 pm.


Pada malam tadi mulai jam 9 malam bersamaan 25/JAN//2017 telah berlangsung mesyuarat AJK ke-2 MPP Gombak bertempat di pejabat MPP Gombak dan disitu jugalah sebagai pejabat Gabungan Ngo-Ngo Gombak, di No:11 Jalan10 ,Taman Selayang,68100 Batu Caves.Selangor.

Mesyuarat AJK kali ke-2 Majlis Permuafakatan Patlimen Gombak itu bermula jam 9 malam dalam suasana yang begitu mesra dan penuh muhibah danmesyuarat itu tamat tepat jam 12 malam..
Tan Sri Zaleha Ismail penasihat 
MPP Goobak walaupun kini dah berusia 
82 tahun,Tetapi teap sihat walafiat. 

Mesyuarat tersebut di bawah pimpinan Mantan Ahli Parlimen Umno Gombak, penggal PRU ke-11 pada tahun 2004-2008.

Datuk Dr.Rahman Ismail dalam konteks,menjalnkan tugasnya sebagai pengerusi MPP Gombak dan merangkap sebagai Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Sekaligus sebagai Pengerusi badan Ngo CENPRO. dilihat sering ceria walaupun sibuk dengan berbagai-bagai urusan termasuk dengan urusan perniagaannya.

Turut hadir ialah Tan Sri Zaleha Ismail,selaku seorang ahli politik vetran sebagai panasihat eksekutif MPP Gombak dan sekaligus adalah sebagai penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

PRU KE-14 BERADA DI AMBANG BOLEH DIKATAKAN BERADA DIAMABANG PINTU.

Walaupun tarikh matang PRU ke-13 pada adalah pada tanggal  (05 hb.May 2018). Namun mengikut undang2 SPR bahawa PRU Ke-14 boleh diadakan lebih awal lagi walau pun belum matang tempohnya yang sebenarnya.

Yanbg menjadi  persoalannya sekarang ini? Hanya menunggu pihak SPR selesai tugas2nya memutamatkan kerja-kerja melakukan (Persempadanan Semula) kawasan-kawasan PRUyang baru yang mana dijangka secepat-cepatnya akan selesai tugas-tugas oleh SPR itu sekitar bulan Jun atau Julai pertengahan tahun 2017 ini..
Selaku Pengerusi Datuk Dr.Rahman Ismail sedang
memberi pencerahan pad wakil-wakiil  gabungan itu
Sebagaimana rakyat Malaysia dah pun mengetahui bahawa Umno/BN telah tiada kuasa politik 2/3 di dalam Parlimen. 

Sementara Selangor dan Pulau Pinang kuasa politiknya masih berada di dalam pegangan parti-parti pembangkang bermula sejak taun 2008 iaitu bermula setelah selesai PRU ke-12.dan PRU ke-13,

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku TPM dan selaku Menteri dalam Negeri, didapati di dalam beberapa ucapan dan penecerhan politik beliau di mana-mana sahaja di dalam Malaysia ini beliau dengan tegas dan semacam begitu optimis telah menyatakan bahawa pada PRU ke-14 ini?


Umno/BN akan mendapatkan semula suara majoriti 2/3 di dalam parlimen dan sekaliguas beliau mahu merampas semula negeri Selangor satu-satu-nya negeri yang paling kaya di Malaysia ini.

Beliau juga berazam mahu merampas semula Pulau Pinang dari di terajui oleh parti DAPig.

SATU BENTUK KEMPEN UMNO/BN DENGAN GUNAKAN
LANDSKAPE POLITIK BARU.

Untuk menjelmakan impian itu jadi nyata ( reality).Maka dalam perjalana untuk menempuh  PRU ke-14 ini. Maka satu sistem kempen dan gerak kerja baru dan pembahagi tugas-tugas agar jadi lebih aktif untuk dijadkani sebagai senjata nilai tambahan gerak kerja politik di negeri Selangor telah pun dikenalkan dengan satu sistem kerja baru untuk digembelingkan serta digunakan mulai dari sekaranh ini sekaligus di ketika berkempen pada masa puncak kemnpen-kempen PRU Ke-14 nanti.

Mungkin juga di seluruh Malaysia amanya telah dikenalakan oleh pucuk pimpina tertiggi Umno Pusat dengan satu sistem kerja dan berkempen yang mana ianya dilihat lebih efektif,lebih erat dan lebih mesra rakyat lagi.
Kiri Tan Seri Zaleha Ismail dan sebelahnya
 Datuk Dr.Rahman Ismail,Pengerusi
MPP Gombak.
Dengan cara memberi tanggung jawab yang lebih besar dan lebih mencabar kepada golongan Ngo-Ngo yamng telah membanu kerajaan sejaka tahun 2010 dulu hingg kini.

Pada badan-badan ngo-ngo inilah telh mula diberi tanggungf jawab yang lebih mencabar guna mempengaruhi pada para penyokong Umno yang berada di atas pagar yang disebut-sebut sebagai (penyokong senyap) yang mana selama ini iaitu sejak merdeka hingga kini diakui telah menyumbangkan sikapdan tenaga mereka hingga Umno/BN berjaya jadi penaraju pemerintah kerajaan pusat hingga 60 tahun dah. Tanpa  tewas-tewas lagi.

Pada badan-badn ngo inilah juga telah diberi mndat beasar dan sagat mencabar unuk mempengaruhi yang berada di atas pagar terutamanya pada golongan remaja apa yang kini disebut-sebut sebagai generaimuda  yang digelar sebagai generasi(Y").

 Yang mana didapati semakin hari semakin bertambah jumlah bilangan mereka dan mereka itu usianya telah pun melebihi 21 tahun ke atas yang dah layak pula untuk mengundi pada PRU ke-14 ini,Jika mereka sudah didaftarkn mereka semua itu sebgai pengundi pada PRU ke-14 itu nanti.

Sistem baru itu eih krang 4 bulan yang lalu di Selangor telah dikuatkuasakan dan sistem itu disebut sebagai (Majlis Permuafakatan Parlimen).

Di Selangor Pengerusi Ngo Mubarak ,mantan Menteri Besar,Selangor, Datuk Tan Seri Abu Hasan Omar telah dilantaik oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno Pusat,sebagai Pengerusi MPP Selangor yang punya kuasa  penuh di seluruh Parlimen Selangor bagi meng-implitasikan sistem itu secara effektif dalam perjalanan untuk menempuh pertaongan politik yang  sengit pada PRU ke-14 itu nanti.
Mesyuarat sedanag berjalan.

Tugas-tugas yang di amanahkan pada beliau itu ianya, merupakan tugas-tugas politik yang  sangat mencabar dan ia boleh dikatakan bahawa tugas-tugasa itu setanding dan seganding dengan tugas-tugas politik  Ketua Perhubugan Umno Selangor itu sendiri
  
DI DAERAH GOMBAK

Sementara di Daerah Gombak pula dengan restu Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Preesiden Umno dn sekaligsi sebagai  Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang sah  oleh pilihan rakyat Malaysi pada  May,05,2013 dulu itu.

Maka Tan Seri Abu Hasan Omar telah memilih dan melantik mantan Ahli Parlimen Umno Gombak dan sekaligus sebagai Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan juga badan Ngo CENFRO  Selangor,.
Datuk Dr.Abdul Rahman ( jutawan muda) itu telah dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi (Majlis Perpaduan Permuafakatan Parlimen Gombak (MPP)Gombak yang berperanan besar di seluruh Daerah Gombak itu sendiri di dalam perjuangan politik dalam konteks dalam perjalanan menuju (on the road) ke Piliha Raya Umum( PRU ke-14).

Masing-masig sibuk dengan tugas nya.
Dengan tanggung jawab yang mencabar ubtuk menggalas  cita-cita dan harapan PM/TPM pada PRU ke-14 itu nanti parti Umno/BN akan dapat suara majoriti 2/3 di dalam Parlimen Malaysia dan sekaligus dapat merampaa semula dengan brgaya kuasa politi di Selngor dan di Pulau Pinang yang telah telepas pada tangan parti-parti pembangkang pada PRU kje-12 dan PRU ke-13.

Datuk Dr. Rahman Ismail yang telah bertanding sebagai calon Parlimen Umno Gombak pada PRU ke-13 dulu menentang Azmin Ali, dari parti PKR..

Datuk Dr.Rahman Ismail kalah hanya dengan majoriti yang kecil sahaja.Akibat apa? Akibat pengundi2 ethnik Cina yang berjmlah 29,000 orang itu yang dulu-dulunya telah mengundi Umno/BN selama ini. 

Malangnya telah buat (U turn )secara drastik .Dari jumlah sebanyak 29,000 orang pengundi dari ethnik Cina itu?

Menjamuj selera sebelum mesyuarat di
mulakan.
Setelah dibuat (post mortem) didapati bahawa ethnik Cina yang memberi undi pada Datuk Dr.Rahman Ismail ,setakat 1,100 undi sahaja (veri bad turn over).

Perubahan (trend  mengundi dari ethnik kaum Cina ini? Ia, merupakan  ledakan tsunami politk pada Umno/BN pada PRU ke-13 yang lalu.Sekali air bah? Maka sekali pantai berubah?

Majlis Permuafakatan Parlimen Gombak yang dipengrusikan oleh Datuk Dr.Rahman Ismail sejak beliasu dilantik memegnag tugas2 tersebut dah pun berjaya mengadakan dua kali mesyuarat AJK MPP Gombak dengan jayanya .Dan boleh disebut mendapat sambutan yang baik dari wakil-wakil dari Ngo-Ngo Gombak yang bergabng di dalam Gabungan Ngo -Ngo Gombak itu sendiri.

Pada mesyuarat ke-2 mesyuarat AJK MPP Gombak malam tadi, para wakil-wakil dari badan ngo-ngo Gombak.yang telah hadir telah diberi pencerahan yang jelas oleh penasihat MPP Gombak oleh Tan Seri Zaleha Ismail dan juga oleh Pengerusi MPP Gombak oleh Datuk Dr.Rahman Ismail berhubung dengan fungsi, misi dan motivasi MPP Gombak itu sendiri.

Disampin itu wakil-wakil dari Ngo-Ngo Gombak itu secara lahir-riayah-nya didapati telah memberi sokongan yang kuat kepada penubuhan MPP Gombak itu.

Disamping i mereka itu telah memberi komen-komen dan buah fikiran yang bernas-bernas belaka guna dijadikan panduan bersama di dalam perjalanan dan usaha MPP Gombak ketika memacu dan menggalas tugas masing untuk untuk melestarikan impian dan harapan Presiden Umno dan juga Timbalan Presiden Umno jadi nyata.

Rata-rata wakil-wakil dari badan Ngo-Ngo Gombak itu telah berikrar bahawa impian dan harapan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalnya Datuk Seri Zahid Hamidi itu. 

Insyaalah ! Dijangka akan berjaya jika kerja sama antara petugas-petugas MPP Gombak itu dapat kerjasama yang erat dan mesra dari pucuk pimpinan dan AJK2 dari Umno Bahagian Gombak itu sendiri tanpa banyak songel-songelan yang merapu-rapu.

Masa untuk bersengketa dan dengki mendengki harus dibuangkan jauh-jauh ke lautan dalam .Bersama-sama parti pembangkang yang diketuai oleh Madey dan konconya yang telah derhaka kepada perjuangan UMNO.

Tidak ketinggal juga harus bendung niat jahat dari parti2 pembangkjan yang lainnya yang mana didapati demi untuk mendapatkan kuasa politik berpindah ke tangan mereka?

Mereka itu semua dari hari ke hari jelas dilihat telah jadi pemimpin2 politik yang cukup ultra yang ( pelampau dan melampau). Sikap dan tindak tanduk mereka itu dilihat semakin kurang ajar dan badab.

InsyaAllah! Jika kita melayu sama melayau itu tetap bersatu padu? 

Niat jahat mereka itu?Akan dapat kita basmi jika kita tetap bersatu padu di dalam satu saf  yang jitu dan siap siaga untuk mempertahankan kuasa politik negara ini terus berada di tangan Umno/BN buat selama-lamanya.

Berpantang undur sebelum kita selesaikan perjunagan suci murni kita mempertahankan watan yang sangat2 kita cintai dan sayangi ini untuk anak cucu kita di maa muka.Bukan untuk kita yang dah tua-tua ini.

Tugas-tugasa kita pad hari ini hanya menyediakan jalan dan landasan untuk anak cucu kita agar mereka dapat hidup di negara Malaysia ini tidak sebagai anak yatim piatu ataupun sebagai peminta sedekah yang memita-minta sepanjang hayat mereka itu di negaranya sendiri?
Tugas Umno/BN dan anggota gabungan nbgo-ngo Gombak khasany adan juga di seluruh Malaysia amnya. Harus bersiap siaga. Membujur lalu melintang patah. Musuh yang melintas di depan dan di kiri kanan kita itu? 

Harus  kita libas dan kita tebas sebanyak-banyaknya..Cogan kata Hang Tuah yang mengtakan, "Takkan Melayu hilang didunia itu".

Harus kita junjung tinggi selagi ada hayat dikandung badan.Lawan teap lawan..Hingga kita menang dengan bergaya. dan terhormat. Kata-kata hikmat oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib dan juga kata-kata hikmat oleh  Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Pnerangan Umno Se Malaysia itu sengaja saya ( penulis ) selitkan di dalam tulisan ini.

Semata-mamat untuk dijadikan senjata  dan alat pembakar di jiwa raga kita tokoh-tokoh pejunag politik bawahan yang mana sekali-kali tiak mahu ketinggalan zaman malah sentiasa bahu membahau menyertai perjuangan bangsa Melayu dalam memepertahan watan yang kita cintai ini tetap berada di dalam jagaan kita bangsa Melayu yang jadi tuan pada bangsa Melayu itu sendiri..
( Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1522 hrs on January 26,2017).

Wednesday, January 18, 2017

Ramalan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Terhadap Mahathir Dah Pun Jadi Kenyataan





Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Khamis,Januaray 19,2017 @ 11.45 am 


Di era Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan merangkap sebagai Presiden parti Umno yang pertama sejak mencapai kemerdekaan tanah air pada tahun 1957.

Pada tahun 1969 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tendang Mahathir dari parti Umno. Akibat kesalahan-kesalahan tertentu yang telah dilakukan oleh Mahathir di mana menurut pandangan Tunku Abdl Rahman Putra Al-Haj sangat serius kesalahannya.

Pada tahun 1972 Mahathir diterima semula menyertai parti Umno di era Tun
Razak.Hussin.Ketika itu Tun Razak adalah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 sekaligus sebagai President Parti Umno yang ke-2.

Keputusan pucuk pimpinan tertinggi Umno yang mengambil keputusan menerim semula Mahathir menyertai parti Umno itu?

Mantan Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sangat tidak bersetujudengan keputusan itu hingga beberapa tahun kemdian Tunku keluar meningalkan parti Umno lantas meneyrtai parti (Semangat 46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li)..

Mantan Perdana Menteri ke-3,Tun Hussin Onn pun telah keluar meninggalkan Umno dan menyertaii parti Semanagt 46 hingga ke akhir hayatnya.

Pada firasat dan analisa Tunku yang mempunya firasat yang tinggi tarafnya itu? Bahawa menurt tenungan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

Bahawa Mahathir sangat bahaya nature politiknya dan boleh membahayakan pada parti Umno.di masa muka jika Mahathir  itu berada di dalam parti Umno.

Sehingga Tunku pernah berkata maka Mahathir lah yang akan menghancurkan parti Umno pada suatu masa nanti?

Kini apa yang telah diramalkan oleh Tunku pada tahun 1972 dulu itu? Kini sudah pun jadi kenyatan yang hakiki?

Pada tahun 2015 buat kali yasng kedua Mahathir ambil langkah keluar dari Umno akibat beliau gagal untuk menjadikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai boneka-nya atau sebagai Kuda Tunggangannya.

Sedangkan beliau masih ada agenda politik matalamat menghalakan cara walau pun beliau dah bersara?

Disebabkan D.S..Najb enggan bersedia jadi bonekanya? Maka Mahathir mengubah plannya.Beliau sudah buat kesimpulan bahawa apa yang beliau hajatkan dan cita-citakan untuk mencapai matlamat cita-cita dan harapannya tidak akan dapat jadi kenyataan melalui parti Umno untuk dijadikan sebagai wadah atau alat untuk jayakan (Matlamat.Menghalalkan cara) itu?

Justeru sebaik sahaja Muhyiddin Yassin dan anaknya Mukhriz telah di pecat juga dari parti Umno.

Maka segera Mahathir menubuhkan parti baharu untuk digunakannya sebagai WADAH-dan ALAT yang baru.
Sebagai wadah atau alat yang sah untuk menggulingkan D.S.Najib yang tidak mahu jadi bonekanya dan sekaligus hendak menghancurkan parti Umno wlaupun beliau dah pegang jawatan Perdana Menteri atas tiket parti Umno selama 22 tabun.

Betul-betul kacang dari legasi Kerala of India ini dah lupakan kulitnya. Dia semacam dah lupa dengan berja jaya yang dia pegang jawatan PM selama 22 tahun itu? 

Selaku PM selama  22 tahun itu?Anak2nya dan kroni-kroninya telah jadi billion air dalam masa 22 tahun beliau jadi PM Malaysia  itu?.
Masa 22 tahun itu sangat lama tempohnya. Bukan satu masa yang pendek. 

Bererti dalam masa 22 tahun itu telah berlaku 5 penggal pilihan raya umum di Malaysia di mana beliau tetap jkekal sebagai PM Malayia tanpa di cabar-cabar.

Memang bertuah sungguh nasib Madey berkecimpung di dalam arena politk Malaysia di dalam parti Umno.Parti keramat bagi orang-orang Melayu.

Kini Madey sedang giat berkempen untuk membina kekuatan parti baharunya itu.Disamping itu? Belaiau dari hari ke hari terus menerus menghentam Datuk Seri Najib di segala sudut dan juga parti Umno yang hendak Mahatihr hancur dan kuburkan itu.


Harga getah dan kelapa sawit yang dah naik harganya melambung tinggi itu? Langsung tidak disentuh dan dikomennya.
Sekurang-kurangnya ucapan tahniah pada D.S.Najib yang telah mempermosi dua produk Malaysia yang popular itu? Madey semacam tidak sedar/ Denga adnya haraga dua komditi itu harganya naik melambung tinggi?

Sesungghnya besar manfaatnya bagai rakyat di kampung-kampug menghadapi hidup mereka yang cari nafkah hidup harian kini dah jadi begitu selesa.

Akibat kenaiakn harag dua komoditi itu secara mendadak setalh dua tiga tahun lama menanggung derita akbat kedua-dua produk komoditi itu jatuh turun merudum dulunya.

Kini harga getah kini dah naik melebihi RM10-00 sekilo berbanding  di era dua tiga tahun yang lalu di mana harganya turn merusutnya hingga RM1.80 per kilo. 

Tokoh-tokoh politik dari parti2 pembangkang di Malaysi ini? Kesemuanya didapati langsung tidak gentlement dan tidak sporing?

Ertinya yang baik itu harus dipuji. Jangan baik dan buruk di anggap oleh mereka itu buruk belaka?Mana ada jalan beb?
Mereka asyik buat kritik yang semberono  ajer? Betul-betul depa ini golongan yang banggang bin tolol. Sekaligus muka tebal dan tidak punya perasaan malu dan segan jika bercakap bohong?.

Isu beri BRM yang dkatanya  perbuatan rasuah itu.Kini sudah tidak rasuh lagi? Isu GST pun dah kendur.Malah jika pembangkang berjaya berkuasa? Isu GST akan  diambil tindakan secara berperingkat.

Kini,Isu yang paling baru yang sedang hangat dikritik oleh Madey dalam masa dua tiga hari ini ialah, tentang isu berhubung dengan Projek Forest City hinggakan  jadi kemurkaan pada Sultan Johor terhadapnya.

Projek Forest City itu kini sedang diserang hebat oleh madia barat.macam media barat seranag isu 1 MDB dulu itu?

Top- top Madey pula di dapati tumpng semangkok turut beriya-iya mengkritiknya bersabit dengan isu projek itu iaitu berhubung dengan Projek (Forest City) di Johor.

Projek Forest City itu  akan dibina di atas tanah yang di.tambak) dilaut Johor yang bertentangan dengan Singapura.

Apa ada hubung kaitnya dan apa pula peranan Madey dengan media barat itu? Adakah Madey telah berada di dalam kelompok media barat itu?.Dulu Madey terkanal jadi jagoh anti-media barata semasa beliau pegang jawatan PM? 

Begitu lah gelagat seoarng yang tidak tahun berenang yang sedang kelemasan akibat perahu yang dinaikinya itu telah karam?Sesiapa yang mendekainya di ketika itu sangat bahaya/Akan dicekupnya minta tolong untuk diselamatkan?

Kini jika dah bersengkokol pula?  Madey kini dilihat sedanag  jilat segala kahak-kahak dan ludah-ludah kotor yang telah dihemburlan terhadap media barat itu? Madey kini langsung sudah tidak ada prinsip perjuangan politik dan mauah diri lagi? Sudah bertukar jadi pokok lalang yang mengikut tiupan angin? Kesian! 
( Posted by abnmulia // haji abu bakar ningal blogspot.com at 11.45 am on Januarya 19,2017).

Friday, January 13, 2017

Abang Johari Ketua Menteri Sarawak Yang Baharu

Angkat sumpah isi kekosongan jawatan berikutan kematian Adenan Satem


KUCHING 13 Jan. - Tanda tanya tentang siapa bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu ekoran kematian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, terjawab apabila Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah mengisi kekosongan jawatan itu hari ini.

Timbalan Presiden II, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berusia 66 tahun itu secara rasminya menjadi Ketua Menteri yang keenam selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud pada pukul 4.07 petang di Astana Negeri, Petra Jaya di sini.

Majlis bersejarah itu turut disaksikan oleh barisan menteri Kabinet negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Pelantikan Abang Johari yang juga Timbalan Ketua Menteri sebelum ini, dipilih sebulat suara menerusi mesyuarat Majlis Ter­tinggi PBB yang diadakan di kediaman Abdul Taib di Demak Jaya, Jalan Bako di sini pagi ini.

 Anak bongsu kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak pertama iaitu Allahyarham Tun Abang Openg Abang Sapa’iee itu dipilih mengisi kekosongan jawatan tersebut ekoran kematian Adenan akibat kompilasi jantung di Pusat Jantung,

 Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan dekat sini kelmarin. Pelantikan Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan negeri menggantikan Adenan memang sudah dijangka oleh banyak pihak kerana pengalaman luasnya, di samping kedudukannya yang pa­ling kanan dalam Kabinet negeri dan dihormati parti komponen Barisan Nasional (BN) lain di Sarawak.

Malah, beliau bersama Menteri Perindustrian, Perdagangan, Ke­usahawanan dan Pelaburan ne­geri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merupakan dua calon awal yang disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Abdul Taib semasa beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri tetapi akhirnya Adenan yang dipilih.

Selain Allahyarham bapanya, datuk di sebelah ibunya, Allahyarhamah Dayang Masniah Abang Abdul Rahman iaitu Datuk Patinggi Abdul Gapor merupakan pemimpin yang menentang James Brooke dan dibuang negeri ke Umbai, Melaka pada 1860.

 Abang Johari juga disukai rak­yat dan ia terbukti apabila berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN Satok) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) dengan majoriti besar 5,045 undi menewaskan calon PKR, Mohd Salleh Shawkatali yang hanya meraih 1,809 undi.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at1.58 am on January 14,2017.).

Tuesday, January 10, 2017

1 MDB: Tuduhan Dr.Mahathir Tiada Asas

KUALA LUMPUR 10 Jan. – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa tajaan haji Yayasan 1MDB itu menggunakan wang yang dicuri.

Dr. Mahathir

1MDB dalam satu kenya­taan berkata, syarikat pelaburan strategik negara itu pada hakikatnya menjalankan operasi perniagaan yang sah berasaskan pengeluaran tenaga dan terbaru dalam pembangunan harta­nah.
Katanya, dana yang dijana daripada operasi perniagaan tersebut seterusnya menyumbang kepada Yayasan 1MDB dan turut digunakan untuk menaja Program Khas Haji.
“Sejak penubuhannya pada 2010, Yayasan 1MDB telah menyediakan tajaan untuk beberapa perkara. RM690 juta daripada usaha murni itu telah disalurkan ke seluruh Malaysia dan untuk manfaat seluruh masyarakat.
“(Ini termasuk) Sebanyak 60 projek dalam pelbagai sektor dan bidang antaranya pendidikan, penjagaan kesihatan, pembangunan belia dan perkhidmatan komuniti,” katanya di sini hari ini.
Jelas kenyataan itu, kesemua projek itu telah memberi impak kepada kehidupan 2.8 juta rakyat Malaysia dan boleh dilihat di laman web 1MDB se­perti dana Persa­tuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), geran akademik kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), geran akademik Pusat Sri Murugan dan pemegang Sijil Pe­periksaan Bersepadu termasuk Dana Belia 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.

Selain daripada Program Khas Haji, Yayasan 1MDB turut menyokong beberapa program lain seperti Program SPM Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu menaja 600 sarjana yang terdiri daripada pelbagai bangsa,” katanya.
Hujung tahun lalu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyifatkan orang yang melaksanakan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB tidak mendapat haji yang mabrur.
Beliau berkata, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada duit penajaan program tersebut kononnya haram kerana dicuri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Walau bagaimanapun, beberapa mufti membidas semula tuduhan tersebut termasuk Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang berkata, jemaah haji tidak perlu risau sebaliknya perlu yakin bahawa setiap ibadah yang dilakukan itu diterima oleh Allah dan bukannya ditentukan oleh seseorang.(Utyusan online.Posted  by  abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.27 am on January  11,2017.

Saturday, January 7, 2017

Bantuan Memahami Bahasa Diplom Mahathir Dan Penyokong Beliau

Dari Mykmu.net ( Saturdsay,January 07,201
).

Mahathir-90-tahunSiapakah yang menulis blog Tun Mahathir Mohamad hari ini masih satu misteri. Adalah sukar dipercayai ia ditulis oleh Mahathir yang berusia 91 tahun dan membuat beberapa kesilapan mudah dalam tulisannya.
Dalam tulisan terbaru beberapa hari lalu Mahathir mendakwa Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir tidak mengesahkan dana tersebut sebagai derma.
Mahathir menulis,
Apakah yang sebenarnya dikatakan oleh Adel al-Jubeir Menteri Luar Arab Saudi? Rakaman video beliau yang menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan Malaysia disebarkan ke seluruh dunia. Berikut adalah transkripsi rakaman tersebut:

“Tuan Yang Terutama” kata wartawan itu, “Adakah anda menyedari mengenai latar belakang dan maklumat terperinci mengenai isu derma kepada Perdana Menteri Malaysia?”

2. Jika sekiranya penyokong-penyokong Najib gagal mengambil perhatian, soalnya ialah sama ada Encik al-Jubeir sedar mengenai latar belakang dan butiran terperinci mengenai derma itu. Selanjutnya Menteri Luar Arab Saudi menjawab: “Kami mengetahui mengenai derma itu dan ia adalah derma ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan”.
Adakah Mahathir sedar apa yang beliau tulis? Terjemahan dalam blog Mahathir sendiri menyatakan Menteri Luar Arab Saudi tersebut mengakui ia adalah derma. Beliau tahu mengenai isu tersebut dan ia adalah derma ikhlas.
Mahathir mendakwa perkataan “aware” atau “menyedari” bukan satu perakuan kebenaran. Sudah tentu hujahan Mahathir ini betul sekiranya Menteri terbabit menyatakan “beliau mengetahui mengenai dakwaan derma yang dianggap ikhlas dan tanpa balasan itu.”
Sebaliknya beliau berkata, “We are aware of the donation and it is a genuine donation with nothing expected in return.” [Kami mengetahui mengenai derma itu dan ia adalah derma ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan].
Bahagian mana Tun Mahathir tidak faham mengenai kenyataan tersebut? Menteri Luar tersebut jelas menyatakan kerajaan beliau tahu mengenai derma tersebut.
Lebih melucukan, Tun Mahathir menulis, “Menyedari kenyataan Peguam Negara tidak semestinya bermakna beliau bersetuju dengan kenyataan itu” yang merujuk kepada kenyataan seterusnya Menteri Luar tersebut, “we aware that the Attorney General of Malaysia had thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing (and in) so (as far as he is concerned) the matter is closed.”
Ada dua isu penting di sini harus difahami oleh Tun dan penyokong beliau, mengikut kronologi:
  1. Menteri Luar Arab Saudi menyatakan Kerajaan Arab Saudi mengetahui mengenai derma berbilion ringgit yang diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Tun Razak oleh rakyatnya, dan ia merupakan sesuatu yang diberikan tanpa balasan.
  2. Menteri Luar Arab Saudi menyatakan beliau “sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat dengan teliti perkara itu dan mendapati tiada salah laku dan (bagi dia) perkara itu ditutup.”
Jadi tidak penting Menteri tersebut bersetuju atau tidak dengan keputusan Peguam Negara. Bagi pihak Arab Saudi, wang tersebut merupakan derma. Justeru keputusan Peguam Negara adalah seiring dengan maklumat mereka.
Mahathir juga mempertikaikan mengapa Menteri Luar Arab Saudi itu tidak menarik balik kenyataannya,  “It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia”  yang dibuat kepada “kitab Mahathir”, The New York Times pada Februari 2016.
Hakikatnya Menteri Luar Arab Saudi tidak perlu menarik atau membetulkan apa-apa kenyataan beliau sebelum ini kerana ia tidak ditanya oleh wartawan. Malah kenyataan beliau sebelum ini adalah bersifat pandangan bukan kenyataan rasmi.
Pada Februari 2016  New York Times menerbitkan berita antara lain menyatakan
 “he (Adel al-Jubeir) did not think that the money had come from the Saudi government or that it was a political donation.

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia.”
Jelas sekali pada ketika itu, Adel al-Jubeir sendiri tidak pasti dari mana sumber kewangan tersebut dan untuk tujuan apa. Frasa “he did not think” bermaksud pada hemat atau fikirannya. Sekaligus ia bukanlah satu kenyataan rasmi atau maklumat yang telah beliau dapat sepenuhnya.
Frasa kedua, “i believe” bermaksud “saya percaya”. Ini juga merupakan pandangan dan pendapat (opinion) beliau.
Jika diteliti, pandangan Menteri Luar ini pada Februari lalu merupakan pandangan awal beliau tanpa maklumat yang jelas. Ia bukanlah satu kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi.
Sebaliknya, dalam kenyataan terbaru beliau pada April 2016, ketika ditanya oleh wartawan mengenai isu derma ini beliau menjawab, “We are aware of the donation and it is a genuine donation with nothing expected in return.”
Ini bermaksud beliau mengesahkan mengetahui derma terbabit dan derma itu adalah sah dan dibuat tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Tiada lagi perkataan “i believe” atau “i do not think” seperti dalam kenyataan awal.
Penggunaan “We” dalam kenyataan terbaru beliau jelas merujuk kepada Kerajaan Arab Saudi, berbanding kenyataan beliau kepada NYT (Februari lalu) yang menggunakan ganti nama “I” iaitu beliau sebagai individu.
Mustahil Mahathir tidak faham lenggok bahasa diplomatik antarabangsa seperti ini. Namun Mahathir atau penulis blog beliau memutar belit semua ini kerana ingin memenuhi agenda menyingkirkan Mohd Najib Razak.(Dipetik dari Mykmu-Net.).Posted by abnmula //haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 12.23 am on  January 08,2016.). 



Wednesday, January 4, 2017

Melayulah Punya Hati Paling Baik Di Dunia ini






Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Khamis, January 05,2017@4.59 pm.



Madey you itu dah lupa ke?Se elok-eloknya you itu harus sedar bahawa you itu adalah beragama Islam,tetapi legasi pendatang dari Kerla India.Datang berhijrah ke Malaysia Ini.Satu hakikat yang tidak boleh di nafikan? 

Ialah legasi you itu  berhjijrah ke Malaysia semata-mata mahu mencari nafkah hidup di Malaysia ini.Kerana kehidupan di Malaysia adalah lebih baik dari negerai asal legasi you itu?

Sebagai penganut agama islam yang kuat iman dan taqwanya pada Allah SWT. Bahawa orang-orang Melayu Islam di Malaysia ini telah tercatat di dalam sejarah Malaysia. Sering bertoleransi dalam segala tindak tanduknya sesuai dengan tuntutan agama Islam itu sendiri..

You pun tahu bahawa bangsa Melayu Malaysia ini terkenal dengan bersopan santun, berbudi bahasa dan sangat mesra akibat hatinya yang sangat baik itu.. Tetapi saya dan semua bangsa melayu sangat tidak bersetuju dengan tuduhan you bahawa bangsa Melayu di Malaysia ini punya perasaan hati yang hasad dan dengki?

Kami tolak 100% tuduhan you itu dan kami membantahnya dan sekaligus mahu you meminta maaf.atas tuduhan  you yang tidak berasas itu.

Kalaulah Melayu Malaysai ini hasad/dengki hatinya? You tidak dapat merasai jadi Perdana Menteri Malaysia atas tiket parti Umno dan berjaya pegang jawatan itu hingga 22 taun lamanya. 

Tunku Abdul Rahman Putra,Perdana Menteri Malaysia  yang pertama hanya pegang jawatan PM setakat 13 tahun sahaja. Ertinya  9 tahun lebih dari Tunku Abdul Rahaman Putra.

Apa yang you rasa dan nikmati kebahagian hidup you sekeluarga di Malaysia ini sejak dulu-dulunya hingga ke hari ini?

Adalah atas bantuan dan sokongan orang-orang Melayu dari Umno khasnya dan majoriti rakyat dari bangsa Melayu yang berada di atas pagar yang telah mengundi Umno dalam beberapa PRU sepanjang you berkuasa 22 tahun (as a Prime Minister of Malaysia).

You harus ingat kembali bahawa you dulu telah pun dipecatt keluar dari parti Umno pada tahun 1969 oleh Perdana Menteri pertama dan Presiden Umno pertama Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj.,


Sebab2nya kenapa you di pecat/? Saya rasa tidak perlu saya huraikan di sini.Kerana you tahu sebab2nya dan para pemimpin Umno di era itu pun tahu.

Saya ulangi sekali lagi.Tidak perlu saya huraikan di sini kerana you sendiri pun tahu sebab2nya dan para pemimpin di era itu pun tahu.

Pada tahun 1972 arwah Tun Razak Hussin yang ketika itu sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 dan merangkap sebagai Presiden parti Umno yang ke-2 telah terima semula you menyertai parti Umno dengan hati yang tulus ikhlas.

Maka jadilah semula you sebagai ahli parti Umno.Jika orang-orang Melayu di dalam Umno itu punya hati yang busuk dan hasad/dengki?

Seperti mana you tuduh itu? Kenapa mereka terima you menyertai semula dalam parti Umno?
Apakah you fikir tidak ada orang-orang Melayu bumiputra yang lebih pandai dari you ketika itu ke?

Jawabnya masih ada banyak sekali sedang beratur hanya menunggu giliran sahaja? Hanya nasib you ajer baik maka digerakkan oleh Allah SWT pada hati-hati para pemimpin Umno di era itu menerima you atas dasar ukwah sesama umat Islam pada hati orang-orang Melayu di era Tun Razak itu?

Meereka terpanggil untuk menyokong keputusan yang telah di ambil oleh Tun Raak Hussin itu. 

Walaupun puak-puak dari Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak begitu setuju dan tidak happy dengan keputusan yang telah diambil oleh pemimpin-pemimpin Umno di era Tun Razak itu?

Bertitik tolak dari situlah maka karier you dalam arena politik Umno maju setapak demi setapak hingga you berjaya pegang jawatan Perdana Menteri atas tiket parti Umno( parti orang2 Melayu) selama 22 tahun sehingga you bersara pada tahun 2003 .

Hakikat ini tidak boleh you nafikan?

Bila you berundur pada tahn2003 itu.Jawatan PM itu you serahkan tanggung jawabnya pada Pak Lah untuk menggalas-nya.Yang mana pada masa itu Pak Lah sedang jadi TPM you dan juga sebagai Timbalan Presiden parti Umno..

Tetapai sedihnya bila you sudah keluar dari parti Umno pada tahun 2015 dan telah tubuhkan Parti Peri Bumi Melayu (PPBM) dengan anak you Mukhriz dan Muhyiddin Yassin? Sikap politik you 1000% berubah.Sikap ini sangat menduka citakan?

Jasa Tun Razak yang terima you menyertai semual Umno akibat ditendag oleh Tunku Abdul Rahman? Langsung tidak you kenang jasa bai Tun Razak itu Hilang lenyap dari ingatan dan juga dari pendagan you?



Datuk  Seri Najib yang telah selamatkan you dari kalah di tangan Tengku Razaleigh Hamzah dengan memberi sokongan kuat pada you dengan  cara semua undi dari sayap pemud sebanyak 100 undi itu bulat-bulat mengundi you dalam pertarungan you dengan Ku Li hendak merebut jawatan Presiden Umno pada tahun 1987

Hakikat ini seharusnya  you akui.Tanpa sokongan dari D.S.Najib ketika itu sebagai Ketua Sayap Pemuda  Umno yang berpengaruh dan demi taat setia D.S.Najib pada you?

Beliau telah menolak permintaan kerja sama politik dengan Ku Li. Dalam pertandingan antara you dan Ku Li itu? Bekeputusan dengan kekalahan Ku Li hanya 40 undi sahaja.

Ujung-ujungnya Datuk Seri Najib hendak you gulingkan dari terus memegang jawatan Perdana Menteri. Akibat apa? Akibat Datuk Seri Najib tidak mahu bersengkokol dengan dasar-dasar politik you yang hendak jadikan Datuk Seri Najib sebagai boneka politik you? .

Bila you dapati D.S.Naji sebagai Perdana Menteri Malaysia yang berprinsip tegas dan enggan mahu tunduk dengan kemahuan you dan tidak mahu memperkenankan apa yang jadi permintaan you yang bersifat kepentingan peribadi itu?

Bukan demi kepentingan rakyat jelata yang umumnya masih miskin yang memerlukan sokong dna bantuan dari kerajaan Umno/BN?

Maka  mulai Feruary 2015 didapati you mula cuba hendak merosakkan nama baiknya Datuk  Seri Najib degan cara politik you yang kotor mula mengorbitkan isu-isu politik yang tiada? 

Tapi sengaja you adakan/ Dan isu itu pada mulanya you orbit secara kecil-kecil ajer/Kemudian you tingkatkan dengan cara yang sangat offensif yang boleh memalukan marah nama baik D.S.Najib? Tetapi ternyata you gagal dan kantoi?

SOKONGAN BANGSA MELAYU DI PANDANG SEPI AJER.

Yang paling saya sedih dan juga orang-orang Melayu umumnya pun rasa sedih sekali ialah, tentang sokongan orang-orang Melayu di dalam Umno yang telah mempertahankan dan menyokong kepimpinan you dengan begitu setia? Ketika you berada di dalam Umno selama 22 tahun you jadi PM?

Langsung tidak you kenang sebaliknya you cera parti Umno serta pemimpinnya dengan bermacam2 cercaan yang tidak wajar dan you tergamak mendoakan Umno/BN tewas di Sarawak dan dalam PRK parlimen Sunagi Besar dan di Kuala Kangsar,di Perak itu.

Sehingga di hari ini di dapati you begitu tega dan tergamak megatakan dan membuat tuduhan bahawa orang-orang Melayu punya perasaan hati yang (hasad/dengki?).

Paling sedih dan sangat menyedihkan hati orang-orang Melayu? Bila di dapati tergamak you berkatata," bahawa you tidak takut bersaing dengan bangsa Cina berbanding dengan orang -orang Melayu pada persepsi you kononnya  orang-orang Melayu ini punya perasaan hati hasad/dengkii.".

Bergitu hina dina-nya pandangan you terhadap orang-orang Melayu yang telah banyak membantu dan menolong you hingga ke mercu kekuasan politik yang idam-idamkan.

Susu diberi? Makan you balas dengan tuba pula? Adakah ini patut dan cara you membalas segala budi baik dn pengorbanan yang orang-orang Melayau Malaysa berikan kepad ayou dan selurh keluarga you? Jawabnya sangat tidak patut.Le[ps jembatan? Maka tongkat you lontarkan jauh-jauh sekali?

ORANG MELAYU MEMBANTAH DN TAK DAPAT TERIAMA TUDUHAN MADEY ITU

Saya sebagai orang Melayu bumiputra asali/jati di Malaysia ini sangat marah dan tidak dapat terima bila saya baca unggapan kata-kata you seperti tertulis di gambar lukisan di atasa itu? i

Madey! Tanpa pertolongan orang2 melayu dalam parti Umno  dan juga orang-orang Melayu di luar parti Umno yang setia  pada perjuangan parti Umno yang berada di atas pagar? Maka you anak beranak tidak boleh menikmati angin  kesengana hidup dan  jadi kaya raya hingga bertaraf billion air.

Sekaligus you tidak boleh mempunya harta/wang sebanyak USD44 billion seperti telah tersiar di media sosial antara bangsa pada hari ini?
Berita itu juga telah pun disiarkan dengan luasnya oleh media sosial; Facebook tempatan pada hari ini juga?( Posted by abnmuya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1659 hrs on January 05,2017.).