KUALA LUMPUR 15 Okt. - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.
"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober 2012.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat 26 Oktober 2012," katanya dalam kenyataan di sini. - BERNAMA(utusan-online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 12.59 am on October 16,2012.
No comments:
Post a Comment