Thursday, February 28, 2013

Ceramah pembangkang 'dingin'

 Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA 
pengarang@utusan.com.my 

SEORANG pemimpin Pas menyampaikan ceramah di hadapan beberapa orang pengikut pakatan pembangkang dalam ceramah anjuran Pas di Pulau Tiga, Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak malam kelmarin.

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Ceramah pakatan pembangkang yang diadakan di beberapa negeri malam tadi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, mendapat sambutan yang terlalu dingin apabila hanya sebilangan kecil dipercayai penyokong mereka yang hadir.

Ceramah di Padang Awam Bandar Sri Putra 5, Bangi dekat sini oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar dan ADUN Kajang, Lee Khim Shee umpamanya hanya dihadiri oleh kira-kira 50 orang.

Program itu gagal menarik perhatian kira-kira 2,000 penuntut Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) milik kerajaan negeri itu yang tinggal di asrama tidak jauh dari padang berkenaan.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 8.05 am on Maarch 01,2013.

Staf Kuin dedah isu Pentas Bersih 1.0

PENSYARAH Mohd. Farid Alias (kanan) berucap di Forum Pentas Bersih Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Ops Gempur Jazan 1.0 di Alor Setar semalam. - UTUSAN/KAMAL BASIR 

ALOR SETAR 28 Feb. - Staf Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini membuat pendedahan berhubung isu membabitkan institusi itu pada perhimpunan 'Pentas Bersih Kuin 1.0' yang dihadiri lebih 200 orang awam, staf dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO). T

Tampil mendedahkan isu yang didakwa telah menjejaskan kebajikan warga kerja KUIN itu ialah Penolong Pendaftar Kanan Kuliah Usuluddin, Mohd. Baihaqi Hassan; Ketua Program Kuliah Muamalat, Ahmad Faizal Asmy Mohd.

Yunus dan Pensyarah Kuliah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal, Mohd. Farid Alias . Pada perhimpunan lebih sejam yang diadakan di kawasan Jalan Suka Menanti di sini, mereka turut mendesak Rektor Kuin, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman supaya meletak jawatan.

Antara isu didedahkan pada 'Pentas Bersih KUIN 1.0' itu ialah dakwaan salah laku Rektor seperti membuat dokumen palsu, lantikan kroni dalam pengurusan tertinggi Kuin, kegagalan pembayaran gaji mengikut waktu dan kelewatan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mohd. Baihaqi dalam ucapannya berkata, pelajar KUIN turut teraniaya apabila diarah berpindah segera ke kampus induk di Kuala Ketil sedangkan kolej kediaman tidak disediakan oleh pihak pengurusan kolej universiti itu.

"Sebelum ini dijanjikan ada penginapan untuk tampung 7,000 pelajar di Kuala Ketil, tapi pembinaan dibatalkan sebab nak potong kos, masjid pun tidak dibina.

"Rumah sewa di Kuala Ketil yang dulunya hanya RM250 sebulan naik hingga RM1,500 dan pelajar terpaksa menyewa kerana tiada tempat tinggal selain harga roti canai (dan makanan lain) pun dah naik mendadak," kata Mohd. Baihaqi.

Ahmad Faizal Asmy pula berkata, warga kerja Kuin terpaksa mengadakan perhimpunan seperti ini kerana pintu rundingan dengan kepimpinan tertinggi iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin yang juga Menteri Besar, Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah tertutup.

"Sebab itulah kami terpaksa memilih jalan ini (bertemu media dan mengadakan perhimpunan) bagi menegakkan kebenaran," katanya. Mohd.

Farid pula berkata, walaupun menerima tekanan daripada pihak pengurusan tertinggi KUIN kerana berjuang habis-habisan untuk menuntuk hak mereka, beliau tetap menjalankan tugas dengan baik kerana menyedari tanggungjawabnya sebagai pendidik.

"Kuliah Hospitaliti diletakkan di bawah Insaniah Holdings (anak syarikat Kuin) secara terpaksa namun kami tetap buat kerja... sepatutnya anak syarikat buat untung untuk KUIN tapi yang berlaku sebaliknya sebab Insaniah Holdings tak buat untung langsung," katanya.

Penolong Pendaftar Kanan Kuin, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim pula memberitahu, sembilan warga kerja yang mendedahkan isu-isu Kuin sebelum ini telah diminta menyediakan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari atau akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak pengurusan.

"Kami menerima surat itu sejak semalam dan hari ini dan jika gagal sediakan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari kami akan menghadapi tindakan buang kerja atau digantung perkhidmatan.

"Perkara ini berlaku selepas kami mula membuat pendedahan kepada media secara lebih agresif baru-baru ini," katanya.

Muhammad Azki Hafizi berkata, pihaknya akan menganjurkan 'Pentas Bersih Kuin 2.0" dalam masa terdekat bagi mendesak Jamil dan Azizan berundur daripada KUIN. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 2335 hrs on February 28,2013.

Siasatan tergendala, DAP gagal hantar dokumen lengkap kes pemilihan CEC - ROS


    ABDUL RAHMAN OTHMAN... Ketua Pengarah ROS.


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kini terganggu dan tergendala berikutan kegagalan DAP mengemukakan dokumen lengkap bagi membolehkan siasatan berhubung kes penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), 15 Disember lalu.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, DAP pada 8 Februari lalu cuma menyerahkan Penyata Tahunan dan keputusan pemilihan CEC itu kepada ROS, tetapi tidak menghantar maklumat proses pemilihan, bagaimana kesilapan berlaku dan tempat pemilihan.

"Sebelum ini, kita telah memaklumkan kepada DAP mengenai senarai dokumen yang diperlukan mengikut syarat di bawah Akta Pertubuhan. Selagi tidak lengkap bermakna siasatan juga tidak dapat dijalankan sepenuhnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, beliau difahamkan DAP tidak menyerahkan dokumen-dokumen yang lengkap seperti yang dituntut oleh pertubuhan sebaliknya hanya mengemukakan beberapa helaian dokumen dan tindakan itu dilihat sekadar 'melepaskan batuk di tangga'. - UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI).POSTED BY ABNMULYA AT 1909 HRS on February 28,2013.

Rakyat Sabah mahu Najib kekal PM-Salleh Said Karuak

Perdana Menteri ke:6 Datuk Seri Najib Tun Razak.
SINGAPURA 28 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak, arkitek pelbagai program transformasi kerajaan dan konsep 1Malaysia, adalah pilihan rakyat Sabah untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, sambil mengulangi bahawa "tidak akan berlaku tsunami politik yang akan melanda Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13".

 Beliau berkata, ini terbukti daripada sokongan kuat di peringkat akar umbi dengan kehadiran sejumlah besar yang hadir bagi menyambut Najib semasa lawatannya ke Sabah baru-baru ini bagi menarik sokongan menjelang pilihan raya umum yang digelar "ibu segala pertempuran".

Salleh berkata, ia adalah konsisten dengan hasil kaji selidik Merdeka Centre baru-baru ini dengan meletakkan pemeringkatan populariti Najib pada tahap yang selesa iaitu lebih daripada 70 peratus.

"Dengan sentuhan ajaib konsep 1Malaysia oleh Najib dalam mentransformasikan negara untuk masa depan yang lebih baik, saya percaya pengundi akan memilih BN untuk terus memerintah Sabah dengan majoriti selesa dalam PRU-13.

"Dengan menyatakan demikian, saya tidak fikir tsunami pilihan raya akan melanda Sabah," katanya dalam syarahannya bertajuk 'Malaysian 2013 General Election: Will Polls Tsunami Hit Sabah' di S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, hari ini.

Datuk Seri Salleh Said Keruak,Speaker (DUN)  Sabah
Teks penuh syarahannya dikeluarkan kepada Bernama Sabah. Salleh berkata, pilihan raya umum ke-13 adalah pilihan raya yang penting bagi BN kerana ia "dianggap satu ujian kepada populariti Najib memandangkan beliau memerlukan mandat yang kuat untuk terus memerintah Malaysia".

Bekas ketua menteri itu melahirkan keyakinan bahawa walaupun parti-parti komponen BN negeri - PBS (Parti Bersatu Sabah), LDP (Parti Demokratik Liberal, UPKO (Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu), PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) MCA dan Gerakan berkemungkinan berdepan cabaran sengit dengan pembangkang di sesetengah kawasan, BN akan memenangi pilihan raya negeri Sabah, dengan "UMNO dijangka mengekalkan kesemua 32 kerusi yang disandangnya".

Menurut Salleh, seorang saintis politik yang terkenal, keyakinannya berdasarkan beberapa faktor termasuk kegagalan pembangkang di Sabah membentuk pakatan yang kuat dan ketiadaan seorang pemimpin Cina yang kuat dalam pembangkang.

Salleh mendapati bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga kekurangan pemimpin Kadazandusun yang berwibawa dan "tiada pemimpin Bumiputera-Islam berwibawa bagi menguatkan sokongan orang Islam dalam PKR".

Selain Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP), terdapat dua parti pembangkang iaitu SAPP (Parti Maju Sabah) yang berpangkalan di Sabah dan Parti Reformasi Negeri Sabah yang berpangkalan di Sarawak (Star), dan buat masa ini, ia kelihatan Pakatan Rakyat dan SAPP atau Star akan berbalah antara satu sama lain daripada satu lawan satu ke atas parti gabungan yang memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pada masa ini 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertaruhkan di Sabah, daripada 25 kerusi Parlimen itu 20 daripadanya disandang BN dengan lima lagi oleh pembangkang.

Salleh berkata, daripada 25 kerusi Parlimen itu, 11 daripadanya adalah majoriti Bumiputera-Islam, lapan kerusi Kadazandusun Murut (KDM), masing-masing dua Cina dan empat kerusi bercampur manakala daripada 60 kerusi DUN itu, 31 daripadanya adalah majoriti Bumiputera-Islam, 17 majoriti KDM, lapan majoriti Cina dan empat kerusi bercampur.

Semasa pilihan raya umum 2008, BN Sabah hampir menyapu bersih dengan memenangi 59 daripada 60 DUN dan 24 daripada 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Bagaimanapun, SAPP meninggalkan BN pada 17 Sept, 2008.

Beliau berkata, dengan sumbangan Sabah untuk 24 kerusi Parlimen, sejak itu negeri itu dianggap sebagai "kubu kuat atau simpanan tetap" BN dan ia dijangka menjadi medan pertempuran barisan depan bagi PRU-13, terutama di kawasan pinggir bandar dan bandar. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 1854 hrs on February 28,2013.

Hampir kesemua janji manifesto PRU-12 pembangkanag tidak ditunaikan di Selangor

Oleh HAKIMI ISMAIL

SHAH ALAM 28 Feb. - Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, mengikut kajian yang dilakukan, hampir keseluruhan manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) hanyalah janji kosong yang dijadikan umpan untuk memancing undi.
Datuk Seri Ir.Mohd Zin Mohamed

Beliau berkata, pakatan pembangkang secara terang-terangan telah menipu rakyat demi meraih sokongan untuk memerintah di Selangor.

"Banyak janji-janji PRU-12 tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang dan ia membuktikan mereka tidak mampu untuk menjadi pentadbir yang baik.

"Manifesto yang dilancarkan oleh pakatan pembangkang baru-baru ini juga nampaknya memakan diri mereka sendiri, mereka hanya memainkan cerita lapuk yang sama dengan sesi ceramah mereka," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zin, yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor, pakatan pembangkang tidak boleh menjadikan negeri ini sebagai contoh kejayaan mereka untuk mentadbir negara kerana sudah terbukti pentadbiran mereka di Selangor gagal.

Ujar beliau, trend pelaburan kerajaan negeri mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 secara keseluruhannya menunjukkan dividen yang diterima dari 2007 hingga 2011 adalah berjumlah RM5.91 juta daripada kos pelaburan.

"Kadar pulangan dividen berkenaan adalah sangat rendah dan sangat tidak memuaskan, namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid menggunakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai helah mahu menutup kelemahan pengurusan pelaburan di peringkat kerajaan negeri," katanya.

Selain itu kata beliau, terdapat perkara yang dimuatkan dalam manifesto tersebut yang sebenarnya tidak mampu dilaksanakan, sebagai contoh janji untuk melaksanakan pendidikan percuma. 

Jelas beliau lagi, BN juga pernah mendesak agar janji itu ditunaikan terlebih dahulu di institut pengajian tinggi yang terdapat di negeri tadbiran pakatan pembangkang.

"Namun sebaliknya yang berlaku, di Selangor sendiri masalah IPT seperti Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) masih belum diselesaikan.

"Malahan Laporan Ketua Audit Negara 2011 turut mengkritik tatacara pengurusan Unisel yang dilihat tidak profesional dan membawa kepada kerugian," katanya.

Sementara itu katanya, pakatan pembangkang juga berjanji dalam manifesto baharu mereka untuk memelihara 141,000 hektar tanah Orang Asli, namun sebaliknya berlaku di Selangor apabila kira-kira tujuh hektar tanah golongan berkenaan di Kuala Langat dipindah milik kepada orang lain.

Menurut Mohd. Zin, satu lagi janji dalam manifesto pakatan pembangkang ialah kononnya ingin menghapuskan monopoli dengan mewujudkan suruhanjaya antimonopoli.

"Saya fikir, tindakan ini sepatutnya dilaksanakan di Selangor terlebih dahulu apabila industri perlombongan pasir yang berharga berbilion ringgit hanya dimonopoli oleh sebuah syarikat sahaja iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd," katanya. - UTUSAN ONLINE-PILIHANRAYA (posted by abnmulya at 1824 hrs on Feb.,28,2013).

Wednesday, February 27, 2013

PRESIDEN AQUINO ENGGAN JUMPA SULTAN SULU

Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar (depan, kanan) bersama Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Sulaiman Mohamad (kanan, belakang) ketika hadir pada mesyuarat bersama di Komtek Sahabat 16 Batalian 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat sini hari ini. Hari ini merupakan hari terakhir permintaan Menteri Luar Filipina Albert Del Rasario kepada kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan di Kampung Tanduo, Lahad Datu. - bernama

MANILA 27 Feb. - Kerajaan Filipina hari ini menolak hasrat Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, untuk bertemu Presiden Filipina, Benigno Aquino selagi pengikut-pengikutnya tidak meninggalkan Sabah, sambil menyifatkan permintaan itu sebagai 'tidak boleh diterima.'

Jurucakap Aquino, Edwin Lacierda berkata, pengikut Kiram perlu meninggalkan Sabah terlebih dahulu bagi meredakan ketegangan di kawasan itu, sebelum sebarang rundingan dengan kerajaan Filipina boleh diadakan. Menurutnya, keputusan itu dibuat Aquino selepas mengambil kira soal keselamatan, bukan sahaja keselamatan pengikut-pengikut Kiram, tetapi juga keselamatan lebih 800,000 rakyat Filipina yang berada di Sabah.

Lacierda turut menegaskan bahawa Aquino hanya bersedia berunding dengan Kiram selepas kesemua pengikutnya meninggalkan Sabah. "Ketegangan perlu diredakan di kawasan itu (Sabah) dan selepas itu kita berbincang. Namun, dengan masih terdapat penyerang bersenjata di Lahad Datu, jangan harap kami akan bertemu anda dan berbincang dengan anda.

"Keadaan itu menunjukkan anda mendesak kami. Ia tidak boleh diterima," katanya. Beliau turut menegaskan bahawa kehadiran pengikut Kiram di Sabah tidak membantu tuntutan kerajaan Filipina ke atas Sabah. Lacierda berkata, tindakan Kiram dan pengikutnya itu bukan langkah yang wajar bagi mengadakan rundingan.

"Anda mahu kerajaan membantu tuntutan anda. Presiden (Aquino) sudah meminta anda pulang dan kemudian diadakan rundingan, namun anda menolak. "Keadaan sekarang ibarat anda mengacu senjata dan mendesak diadakan rundingan, ia bukan sesuatu yang boleh diterima," katanya. - AGENSI(UTUSAN ONLINE-LUAR NEGARA).Posted by abnmulya at 1400hrs on Feb.,28,2013.

BALASUBRAMANIAM GAGAL KEMUKA BUKTI,AKUI BENCI KERAJAAN.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

 KUALA LUMPUR 28 Feb. - Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang pulang ke negara ini Ahad lalu dengan disambut oleh beberapa pemimpin pembangkang gagal mengemukakan sebarang bukti berkaitan dakwaan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya, `ceramah’ yang disampaikan Balasubramaniam menimbulkan lebih banyak persoalan kepada hadirin yang berada di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu kota malam ini serta para pengikut di Internet serta pengguna twitter di `hashtag’ #tanyabala.

Apa yang jelas, penyiasat persendirian yang pernah membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa Najib terlibat dalam kes itu, tetapi kemudiannya menarik balik tuduhan berkenaan dalam SD kedua, mengakui membenci kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dia berumur 14 tahun.

Walaupun berucap dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh moderator, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin selama kira-kira satu jam setengah, Balasubramaniam dilihat seolah-olah hanya melontarkan tohmahan dengan `bermodalkan air liur’.

Dengan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang kurang baik, penyiasat persendirian itu juga dilihat gugup apabila terhenti menyampaikan ucapan dan beberapa kali berkata: “Minta maaf, sudah lama (kes ini) jadi saya lupa.

" Sebagai contoh, dia mendakwa pernah mengambil gambar Altantuya sewaktu wanita itu berada di hadapan Bangunan Getah Asli di ibu kota pada sekitar 2006 sewaktu dia berkhidmat dengan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda namun tidak pula menunjukkan gambar tersebut.

Penyiasat persendirian yang pernah lari ke luar negara selama kira-kira tiga tahun selepas membuat SD kedua berkenaan turut mendakwa pernah membuat rakaman perbualannya dengan peniaga permaidani, Deepak Jaikishnan berkenaan tawaran Deepak sebanyak RM100,000 bagi menarik balik SD pertama, namun rekod tersebut tidak diperdengar kepada hadirin.

 Selain itu, Balasubramaniam juga tidak menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan para pengikut twitter di #tanyabala berkenaan secara terus tetapi Badrul Hisham bertindak menyaring serta memilih soalan yang perlu dijawab penyiasat persendirian tersebut.

Salah seorang pengguna twitter @lisajariffin turut mencabar Badrul Hisham yang menggunakan nama @chegubard supaya bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan itu bertanya kesemua soalan yang dikemukakannya di twitter bagi membuktikan keikhlasan mereka dalam pendedahan kes tersebut.

Balasubramaniam serta Badrul Hisham juga tidak membuka ruang kepada hadirin untuk bertanya soalan dan kemudiannya penyiasat persendirian itu `melarikan diri’ ke kereta yang sedia menunggunya bagi mengelakkan diri daripada ditemui para pemberita selepas selesai ceramah. - UTUSAN ON LINE-DALAM NEGERI (Posted by abnmulya at 1333 hrs on February 28,2013.

Manifestor pembangkang buat negara muflis-Tun Dr.Mahathir

Bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohamad
KUALA LANGAT 27 Feb. - Manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.

Pada 25 Februari lepas, pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, Parti Keadilan Rakyat dan Pas boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.

Mengambil contoh di Eropah, Dr. Mahathir berkata, ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.

"Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua... kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya... kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU 13), buat apa?

Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut sahaja," katanya. Mengulas isu pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah, Dr. Mahathir berkata, ia perlu diselesaikan melalui pendekatan berhemah, dan bukan kekerasan.

 Ditanya sama ada isu itu akan dapat diselesaikan lebih cepat dengan campur tangan pihak beliau, Dr. Mahathir berkata: "Saya tak fikir akan ada perbezaan jika saya bertanggungjawab atau orang lain yang bertanggungjawab." - BERNAMA(Utusan online-pilihanraya).Posted by abnmulya at 12.18 am on February 28,2013.

Bas pembangkang untuk berkempen politik,bas PM berkhidmat untuk bantu rakyat hingga ke pintu rumah.

Rabu, 27 Februari 2013 17:33
WARTAWAN AGENDADAILY

Pasar bergerak ialah Bas berkhidmat untuk bantu rakyat.Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melihat segala muatan barang-barang untuk bantuan pada rakyat yang berada di dalam pasar bergerak itu.
Menjelang pilihanraya umum ke 13, riuh pembangkang lancar bas, trailer sana-sini untuk berkempen, lain pula dengan Perdana Menteri yang pada Rabu lancar bas untuk bantu rakyat miskin di kawasan bandar.

Bertepatan dengan slogan Rakyat Didahulukan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek Pasar Bergerak 1Malaysia tersebut merupakan satu lagi inisiatif kerajaan membantu rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ia melibatkan pergerakan sebuah bas dengan berat maksimum 16 tan yang diubahsuai khusus bagi mengedar barang keperluan harian terus kepada pengguna dengan matlamat membantu rakyat mengurangkan kesan kenaikan harga barang.

Bas itu akan diiringi dengan beberapa lagi lori kecil yang juga diubahsuai, bergerak ke lokasi yang dijadualkan khususnya di kawasan-kawasan perumahan kos rendah dan pusat komuniti terpilih.

Menurut kenyataan media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Perdana Menteri memperakukan peruntukan RM3juta bagi menggerakkan projek Pasar Bergerak 1Malaysia itu, dan buat permulaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang untuk membangunkan konsep pasar bergerak itu di zon tengah, zon utara dan zon selatan.

Majlis pelancarannya hari ini menyaksikan Najib menyempurnakan acara pelepasan konvoi pasar bergerak, dengan disaksikan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta menteri-menteri kabinet, di Dataran Perdana di perkarangan bangunan Perdana Putra Putrajaya.

Menurut kenyataan media, inisiatif berkonsepkan pasar mini bergerak itu menawarkan produk-produk barangan runcit, barang kawalan, produk IKS tempatan dan barangan segar, yang dijual pada harga yang kompetetif.

Kumpulan sasar inisiatif ini adalah kalangan penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Projek Perumahan Awam di bandar, masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana, serta mangsa bencana alam.

Sementara itu, Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan FAMA Ab Razak Ab Majid ketika ditemui selepas acara pelepasan itu berkata, konvoi hari ini akan bergerak ke Kuala Pahang, Pekan, untuk turut serta dalam pelancaran Pusat Transformasi Bandar oleh Perdana Menteri, Jumaat ini.

Beliau berkata bas itu kemudiannya akan mula beroperasi di kawasan sasaran terutama di semua pasar tani di Lembah Klang serta Selangor, dan menurutnya Perdana Menteri meminta supaya dua lagi inisiatif pasar bergerak itu mula beroperasi selewat-lewatnya April.

Katanya satu pasar bergerak itu dirancang untuk beroperasi di zon utara dengan Pulau Pinang menjadi stesennya, manakala satu lagi di zon selatan dengan Johor Baharu sebagai stesennya.

Ab Razak berkata dalam sehari bas berkenaan dapat memberi perkhidmatan di tiga lokasi, membawa muatan barang keperluan yang bernilai kira-kira RM20,000.

Menurutnya FAMA akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam menghasilkan satu jadual tetap pergerakan bas ke lokasi yang ditentukan.-27/2/2013(Agenda Daily).Posted by abnmulya at2200 hras on Fewbruary 27,2013.

100 penyokong tegar Pas Gual Tokde sertai Umno.

RANTAU PANJANG 27 Feb. - Kira-kira 100 ahli Pas dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh dekat sini, bertindak drastik menyertai UMNO selepas kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang disifatkan semakin bongkak.

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi. Ahli Pas, Yaacob Mahmood, 78, berkata, dia mengambil keputusan menyertai UMNO kerana berasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan ayam dan lembu.

"Nik Abdul Aziz sendiri pernah mengajar supaya terima apa sahaja yang diberikan UMNO. Tapi sekarang lain pula. Itu tidak mengapa, tetapi kalau sampai tahap menghina begini, saya tidak boleh terima. Kami ini manusia bukan haiwan.

"Sejak 22 tahun Pas memerintah juga, tidak ada sebarang hasil pun yang kami dapat. Tapi UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun tahu kami penyokong tegar Pas," katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut.

Seorang lagi penyokong Pas, Rosanah Yaacob, 47, memberitahu, dia tidak pernah mengundi UMNO kerana menganggap Pas sebagai parti Islam mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat di dunia dan akhirat.

Namun, katanya, tanggapan itu meleset kerana prinsip Pas semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga sanggup menggadai akidah orang Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah. "Sekarang mereka nampak sangat angkuh. Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia apatah lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat," katanya. - UTUSAN-Politik (Posted by abnmulya at 2145 hrs on Feruary 27,2013)

Tuesday, February 26, 2013

BN akan letak Tee Keat sebagai calo Pandan

Oleh Leslie Lau
Editor Eksekutif
February 26, 2013

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Barisan Nasional (BN) akan menamakan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon secara langsung bagi kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya 2013 setelah keputusan tersebut dibuat oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam mesyuarat "bilik perang pilihan raya" semalam.
Datuk Seri Ong Tee Keat calon BN Parlimen Pandan PRU:13

Keputusan tersebut kemudiaannya disampaikan kepada pemimpin parti komponen BN yang mana mereka diberitahu pencalonan Ong akan memastikan kerusi yang disandang oleh beliau tersebut sebagai "boleh menang" kepada gabungan tersebut.

"Telah diputuskan supaya untuk segala perbezaan individu diketepikan dan melihat kepada populariti seseorang di kawasan tersebut," kata sumber yang mengetahui tentang mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan BN berpendapat pencalonan Ong akan membantu gabungan kerajaan untuk meraih semula sokongan pengundi Cina kepada mereka yang dilihat semakin rendah ketika ini. "Sokongan Ong di kalangan masyarakat Cina sangat kuat ... itu akan membantu BN," kata sumber itu lagi.

Ong (gambar) telah diketepikan selaku presiden MCA oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semasa kemelut perebutan kuasa pada 2010.

Beliau juga merupakan ahli parlimen Pandan selama lima penggal. Namun, awal minggu ini Dr Chua memberitahu media pada sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA bahagian Pandan bahawa Ong telah terkeluar daripada senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya 2013.

BN pernah meletak calon bebas di bawah tiket mereka semasa pilihan raya 1995. MP Hulu Rajang ketika itu, Billy Abit Joo mencipta sejarah sebagai calon BN pertama yang bertanding sebagai ahli gabungan tersebut.

Billy Abit tidak bersama dengan mana-mana parti komponen memandangkan tiada peruntukan untuk ahli BN melakukan sedemikian. Beliau kemudiaan menyertai Parti Rakyat Sarawak.

Dalam Pilihan Raya 2008 lalu, Ong mempertahankan kerusi parlimen Pandan dengan mengalahkan calon PKR, Syed Shahir Syed Mohamud dengan majoriti 2,961 undi.

Beliau memperolehi 25,236 undi berbanding lawannya 22,275 undi. Kawasan Pandan adalah kerusi campuran yang mengandungi 55 peratus bukan Melayu dengan lebih separuh pengundinya berusia di bawah umur 40.(The Malaysian Insider).Posted by abnmulya at 1329 hrs on February 27,2013.

1,001 warga emas saman kerajaan PKR Selangor

SHAH ALAM 27 Feb. - Sebanyak 1,001 warga emas di Selangor hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri bagi menuntut caruman takaful sebanyak RM2.5 juta yang dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Kamarudin & Patners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 9.40 pagi ini. - UTUSAN-Mahkamah(Posted by abnmulya at 1310 hrs on February 27,2013,

Hanya 30 hadiri ceramah Pas di Felda Bukit Rokan

 Hanya 30 hadiri ceramah Pas di Felda Bukit Rokan DINGIN... Sebahagian kira-kira 30 penyokong Pas yang menghadiri majlis penerangan manifesto PRU-13 pakatan pembangkang di Felda Bukit Rokan Utara, Tampin, Negeri Sembilan malam tadi. -

UTUSAN TAMPIN 27 Feb. - Program-program anjuran pembangkang di negeri ini semakin gagal mendapat sambutan.

Terbaru, hanya kira-kira 30 orang sahaja yang menghadiri majlis penerangan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran parti itu yang diadakan di Felda Bukit Rokan Utara, di sini malam tadi.

Kecewa dengan sambutan tersebut, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Taufek Abd. Ghani berjanji untuk mengadakan ceramah di dewan yang lebih besar apabila pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan di negeri itu selepas pilihan raya umum nanti.

 “Jika kita parti pemerintah, maka ceramah seperti ini tidak akan diadakan di bilik gerakan seperti ini, tetapi dewan besar di Tampin,'' katanya ketika menyampaikan penerangan itu.

Bagaimanapun janji Mohd. Taufek itu sekadar menerima sorakan kecil penyokong Pas yang menghadiri ceramah tersebut. - UTUSAN ONLINE-BERITA TERKINI/PILIHANRAYA( Posted by abnmulya at 1305 hrs on February 27,2013).

Seperti menggoreng nasi basi

Ka Siong KUALA LUMPUR 26 Feb. - Janji-janji yang termaktub dalam manifesto pakatan pembangkang dilihat hanya sebagai retorik dan tindakan terdesak untuk memancing undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (gambar) berkata, ini kerana kandungan manifesto itu turut memaparkan pengulangan janji yang gagal dilaksanakan pakatan pembangkang sepanjang kepemimpinan mereka sejak 2008.

"Saya terkilan membaca manifesto pakatan pembangkang. Ia seperti menggoreng nasi yang basi kerana saya rasa apa yang diumumkan itu semata-mata retorik dan juga ada yang meniru inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN).

 "Sebagai contoh di Selangor, pendidikan percuma dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kenapa tidak mengamalkannya kepada pelajar di Universiti Industri Selangor (Unisel) dahulu? Persoalannya Unisel berada di bawah bidang kuasa mereka kenapa sehingga kini tidak berbuat demikian?(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 4.53am on February 27,2013.

Sultan Sulu enggan berundur

 MANILA 26 Feb. - Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa dia dan pengikutnya seramai 180 orang tidak akan berganjak dari kawasan perairan di Lahad Datu, Sabah di Malaysia. Kiram membuat kenyataan tersebut beberapa jam selepas Presiden Filipina, Benigno Aquino III memberi amaran supaya kumpulannya berundur dari Sabah, hari ini.

Kiram berkata, Sabah merupakan milik keluarganya dan mereka tidak perlu akur dengan amaran Aquino, termasuk arahan kerajaan Malaysia yang mendesak supaya mereka meninggalkan kawasan yang dicerobohi.

"Malaysia membayar 'yuran' sebanyak RM5,300 setiap tahun kepada Kesultanan Sulu, sekali gus menunjukkan bahawa tanah yang dituntut di perkampungan Tanduao di Lahad Datu adalah sah milik mereka.

"Adik saya, Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya sudah pergi ke Sabah untuk menyelesaikan masalah tersebut secara aman," katanya.

Kiram turut menyatakan bahawa keadaan akan menjadi mudah dan tenang sekiranya perjanjian antara kedua-dua pihak dicapai dalam masa terdekat.

"Kami sedar kesan dan akibat yang akan diterima sekiranya kami melanggar undang-undang Filipina, maka kerjasama antara semua pihak amat diperlukan," ujarnya.

Dalam pada itu, Agbimuddin memberi jaminan bahawa beliau dan pengikutnya tidak akan mencetuskan keganasan di perkampungan tersebut.

"Tanduao merupakan kawasan kami, jadi mengapa kami perlu melakukan keganasan di sini? "Seluruh perkampungan ini sudah dikepung pihak berkuasa Malaysia, jika mereka bertindak dahulu, maka kami akan mempertahankan diri," jelasnya. - AGENSI(Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya at 4.30 am on February 27,2013.

Penganalisis anggap manifesto pembangkang lemah

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Tawaran dikemukakan pakatan pembangkang menerusi manifesto pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan semalam, tidak realistik dan bersifat populis, demikian menurut penganalisis politik.

Beberapa penganalisis politik berpendapat kelemahan di dalam manifesto parti pakatan DAP-Pas-Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah tidak menyatakan jumlah kos pelaksanaan dan kerangka masa selain janji-janji yang keterlaluan dan tidak munasabah.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Shaharudin Badaruddin berkata, manifesto itu tidak mempunyai kerangka masa untuk janji berkenaan dilaksanakan.

"Manifesto itu perlu dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Setiap janji itu perlu ada masa ditetapkan untuk mencapai dan barulah manifesto itu mempunyai kekuatan dan menimbulkan kepercayaan di mata rakyat," katanya kepada Bernama di sini.

Berdasarkan penelitian terhadap manifesto 35 muka surat itu, beliau berkata hanya sebahagian janji sahaja yang boleh ditunaikan. "Contohnya harga minyak yang umum mengetahui ia bergantung kepada situasi semasa ekonomi negara dan pasaran minyak dunia.

Kita tidak boleh turunkan harga petrol secara mendadak kerana penurunan hanya boleh dicapai jika dilakukan secara perlahan-lahan dalam jangka masa panjang dan amat mustahil harga petrol boleh diturunkan dalam masa lima tahun," katanya.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeniri Amir menyifatkan manifesto pembangkang sebagai manifesto populis dalam usaha menakluk jiwa rakyat dengan cara menimbulkan rasa prihatin.

"Mereka mengeluarkan janji-janji luar biasa dengan motif untuk memancing undi tetapi sejauhmanakah kesemua janji ini dapat direalisasikan?" katanya.

Jika diperhatikan sejak PRU-12 lepas, Jeniri berkata kebanyakan janji manis pakatan pembangkang masih tidak dilaksanakan di empat negeri yang dikuasai mereka iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

"Kalau dilihat manifesto terkini yang berjanji untuk membina lebuh raya di Sabah dan Sarawak, ini luar biasa," katanya, dan menambah kata bahawa sesiapa sahaja boleh membuat janji tetapi tanggungjawab untuk melaksanakan janji adalah suatu yang amat berat.

Beliau berkata, janji-janji di dalam manifesto pembangkang itu kebanyakannya telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) seperti rawatan percuma untuk warga emas dan memartabatkan bahasa Malaysia.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula manifesto pembangkang hanya dibuat bersandarkan kepada persepsi dan pandangan umum tanpa sebarang analisis dan kajian mendalam.

 "Pembangkang sentiasa menabur bermacam jenis janji... kini pembangkang muncul dengan janji baharu sedangkan janji lama masih belum banyak ditunaikan.

Misalnya pembangkang berjanji dalam manifesto akan turunkan harga minyak sedangkan harga minyak mentah mengikut pasaran harga dunia," katanya.

Rakyat, katanya perlu berfikir secara lebih kritikal dan tidak menerima bulat-bulat manifesto berkenaan. Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Samsul Adabi Mamat menyifatkan manifesto pembangkang ini bagaikan "jerat politik" yang mengemukakan tawaran tidak realisitik.

"Manifesto ini satu tawaran yang dibuat pembangkang untuk meraih undi daripada rakyat. Seperti negeri-negeri yang di bawah pentadbiran mereka, banyak lagi janji yang belum tertunai atas alasan mereka masih belum memperolehi kuasa sebagai kerajaan pusat," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan kerajaan BN membuktikan kerajaan hari ini begitu komited dalam memperjuangkan hak rakyat.

"Di bawah BN telah ada negara kebajikan...buktinya melalui program GTP yang mana banyak peluang pekerjaan disediakan untuk meningkatkan pendapatan rakyat," katanya.

Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 pakatan pembangkang semalam antara lain berjanji menurun harga minyak, menawarkan caj elektrik dan bekalan lebih rendah, menurunkan harga kereta menerusi penghapusan cukai eksais, mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 seunit, menghapuskan tol dan monopoli serta menawarkan satu juta pekerjaan baharu dan gaji minimum RM1,100 sebulan.

Pembangkang turut mengulangi janjinya untuk menyediakan pendidikan percuma untuk semua, menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, serta menghentikan serta-merta operasi kilang nadir bumi Lynas, membatalkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula Projek Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor. - BERNAMA(Utusan online-pilihanraya),Posted by abnmulya at 4.18 am on February 27,2013.

Retorik murahan Guang Eng mengaku perjuangkan Islam-Tunku Aziz

                        TUNKU ABDUL AZIZ TUNKU IBRAHIM... Bekas Naib Pengerusi DAP.

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya parti itu berperanan memperjuangkan agama Islam di negara ini adalah retorik murahan demi memancing undi masyarakat Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau menegaskan, DAP tidak akan sesekali memperjuangkan Islam dan kebajikan orang Melayu sebaliknya parti itu lebih bersifat cauvinis dan perkauman.

"Mana mungkin DAP memperjuangkan nasib Islam? Selama ini mereka juga yang bermati-matian menentang pelaksanaan hukum hudud. Baru-baru ini, Guan Eng sengaja mengeluarkan kenyataan berkaitan penggunaan kalimah Allah yang akhirnya menyebabkan pemimpin Islam di negara ini bercakaran antara satu sama lain.

"Jangan percaya retorik murahan seperti ini, mereka hanya pandai bercakap. Apa bukti mereka memperjuangkan Islam?

Yang saya tahu, mereka lebih banyak melukakan perasaan kami," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Guan Eng semalam pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam yang menegaskan bahawa DAP juga berperanan menegakkan Islam di negara ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyangkal dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan DAP menghina atau anti-Islam sedangkan parti itu menegakkan agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. - UTUSAN(Utusan online-politik).Posted by abnmulya  at 16.16 hrs on February 26,2013.


Monday, February 25, 2013

Kemenangan dua pertiga BN dalam PRU 13 satu "kejutan",kata Morgan Stanley

 Oleh Zurairi AR
 February 26, 2013 Kemenangan dua pertiga di Parlimen bagi BN akan mengejutkan pelabur, kata firma penyelidikan kewangan AS Morgan Stanley. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Kemenangan dua pertiga majoriti Barisan Nasional (BN) bagi 222 kerusi Parlimen akan mengejutkan para pelabur, kata firma penyelidik Morgan Stanley, dan menambah keputusan pilihan raya seperti itu bakal memberikan kesan terhadap agenda transformasi Malaysia.

Laporan yang disediakan oleh firma kaji selidik kewangan Amerika Syarikat itu juga menunjukkan keputusan berkenaan akan memberi kesan besar dalam pemilihan Umno pada Jun 2013.

 “Landskap politik ... penting daripada aspek sama ada pembuat dasar boleh merencanakan satu titik perubahan yang mampan dalam struktur perjalanan Malaysia,” kata laporan tersebut yang diserahkan kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, jika BN memenangi kurang daripada 50 peratus daripada kerusi yang direbut, pelabur akan melihatnya sebagai satu keputusan “yang berisiko negatif”, lapor Morgan Stanley.

Risiko ini berkemungkinan akan memberikan kesan kepada kepimpinan dan kestabilan kerajaan, menangguhkan agenda pembaharuan yang dijalankan oleh kerajaan dalam tempoh jangka masa pendek sehinggalah kestabilan dapat dicapai.

Morgan Stanley mencadangkan agar kesinambungan jangka masa pendek dalam polisi dan agenda pembaharuan hanya akan dicapai dengan mengekalkan status quo.

 Firma kaji selidik itu juga memberi amaran Malaysia akan mengalami “Dutch Disease” atau seumpamanya yang akan memperlahankan pembaharuan struktur, dan mengakibatkan pelaburan swasta kurang memberangsangkan.

“Sumber komoditi dan demografi yang menguntungkan menyediakan kemampanan pertumbuhan yang selesa, menyebabkan pembuat polisi mengabaikan apa yang diperlukan bagi produktiviti atau daya saing,” kata laporan itu lagi.

“Dutch Disease” dalam laras ekonomi dirujuk sebagai akibat negatif yang terhasil daripada peningkatan besar pendapatan dalam sesebuah negara.

 Morgan Stanley menjelaskan pembaharuan yang telah dilaksanakan sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memegang kuasa, namun gagal menyelesaikan punca utama masalah tersebut, iaitu kekurangan tenaga buruh yang berkelayakan.

 “Langkah-langkah pembaharuan berada di jalan yang betul, kita berfikir, tetapi lebih banyak yang perlu dilakukan,” katanya. Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April dan pilihan raya harus dilakukan dalam 60 hari daripada tarikh berkenaan.

 BN kehilangan super majoriti daripada dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Namun, kerajaan BN yang dipimpin Najib berkeyakinan pengundi telah kembali menyokong mereka dengan beberapa pemimpin BN meramalkan parti pemerintah itu akan memenangi sehingga 145 kerusi, lebih sembilan daripada apa yang dimiliki mereka sekarang.(Dari The Malaysian Insider).Posted bya abnmulya at 1429 hrs on February 26,2013.

65% Rakyat Selangor kecewa

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA 
pengarang@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Sebanyak 65 peratus rakyat Selangor tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang gagal menunaikan janji-janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 termasuk dalam isu rumah mampu milik.

Pensyarah Fakulti Pengajian Media dan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Ismail Sualman berkata, kaji selidik pihaknya turut mendapati ramai rakyat Selangor merasakan kerajaan pakatan pembangkang tidak membawa sebarang perubahan sepanjang lima tahun mentadbir negeri itu.

Menurut beliau, kajian bertajuk Kesan Sosioekonomi dan Politik Rakyat Selangor di Bawah Pakatan Rakyat yang dijalankan antara 2011 hingga 2012 itu turut menunjukkan rakyat masih menantikan elaun kepada ibu tunggal, kanak-kanak tadika dan penuntut universiti serta air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pembangkang (Utusan online-dalam negeri).Posted bya abnmulya at 1405 hra on February 26.2013. 

MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG "TANAM TEBU DI BIBIR"- Noh Omar

Tim.Pen. BN Selangor,Datuk Seri Noh Omar
KLANG 26 Feb. - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, manifesto pilihan raya yang diumum pakatan pembangkang semalam tidak realistik, umpama 'tanam tebu di bibir mulut' (tanam tebu di tepi bibir).

Ini kerana, katanya, sehingga sekarang pembangkang masih tidak melaksanakan janji untuk memberi 'bintang dan bulan' di negeri-negeri yang mereka kuasai selepas pilihan raya umum lepas. "

Janji pembangkang dalam manifesto memberikan pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading jika menguasai Putarajaya tidak realistik.

"Tak payah tunggu memberikan pendidikan percuma sekiranya menguasai Putrajaya, buat dulu di negeri yang ditadbir mereka bagi membuktikan kemampuan mereka seperti di Selangor.

"Saya lihat manifesto ini tidak lebih sekadar 'tanam tebu di bibir mulut', manis mulut bercakap tapi hati lain, macam cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, di sini malam tadi.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, banyak janji yang dibuat kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor pada PRU-12 tidak ditunaikan dan sekarang rakyat mula bangkit menuntut hak mereka di mahkamah.

Manifesto bertema 'Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat' yang diumumkan pakatan pembangkang semalam antara lain berjanji untuk menghentikan serta-merta operasi kilang nadir bumi Lynas dan membatalkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) jika mereka memenangi PRU-13. - BERNAMA(Utusan online-pdalam negeri).Posted by abnmulua at 13.51 hrs on February 26,2013.

Datuk Dr.Rahman Ismail: Dalam masa 5 jam lamanya dapat menghadiri 3 majlis mendekati rakyat akar umbi di Parliman Gombak


Para ibu/bapa sedang memenuhi Dewan SK Lembah Keramat,di Jalan AU5C/6 Hulu Kelang menghadiri Mesyauat Agong PIBG kali ke:26 oleh Sekolah tersebut pada pagi hari Ahad,bertnggal 24 hb.February 2013.Datuk Dr Rahman Ismail,Mantan Ahli Parliman Umno Bahagian Gombak bagi penggal 2004 hingga 2008.Kini beliau adalah Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak di minta untuk merasamikan Mesyuarat gung tersebut.



February 26,2013 at 4.05

Selalunya pada hari Sabtu dan Ahad iaitu 2 hari yang merupakan hari holidays dan lazimnya pada 2 hari tersebut tokoh-tokoh politik atau tokoh-tokoh yang bergerak cergas di dalam Pertubuhan Badan-Badan Ngo memilih pada 2 hari tersebut melakukan tugas-tugas sukarela mereka mendekati rakyat akar umbi.

Dengan berbuat demikian? Ia bererti tugas sukarelanya itu tidak mengganggu kerja dan tugas pekerjan atau pun tugas perniagaan yang mereka jalankan menamnpung nafkah hidup keluarga mereka.
Datuk Dr. Rahman Ismail


Pada pagi Ahad tanggal 24 hb.February 2013 yang baru berlepas (kelmarin) Datuk Dr.Rahman Ismail dan penulis begitu sibuk sekali kerana di dalam masa 5 jam sahaja lamanya iaitu dari jam 8.00 pagi hingga jam 1.30 tengah hari,  kami telah diundang menghadiri beberapa program aktiviti-aktiviti mendekati rakyat akar umbi.

Kami terpaksa membahagi-bahagikan masa kami untuk menghadiri 3 tempat yang mengadakan majlis kebajikan untuk rakyat dan sebagainya dan mereka itu telah mengundang Datuk Dr.Rahman Ismail hadir ke majlis-majlis mereka untuk merasmikan majlis-majlis tersebut yang sudah tentu mempunyai acara-acara yang berlainan pula sifatnya.

Tempat-tempat yang kami hadiri pada hari Ahad (kelmarin)dimana tarikhnya ada disebut di atas itu ialah, di SK Lembah Keramat,di Hulu Kelang tempat kedua ialah di Taman Desa, Batu Caves dan di Surau di Dataran Anak Bukit,di Kampung Sepakat,dilereng Bukit Batu Caves,di Kawasan Wira Damai.
Dari kiri Bersongkok hitam Pengerusi PIBG SK Lembah Keramat,En.Mohd Sahafar bin Shahrudin,tengah Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,merangkap mantan Ahli Parliman (MP) Umno Bahagian Gombak,bagi penggal PRU 2004 hngga 2008.Sebelahnya Guru Besar SK Lembah Keramat, Cikgu Majid bin Madan
Penulis menemani Datuk Dr.Rahman Ismail ke tempat-tempat tersebut ialah selaku penulis blog yang akan menulis dan menyiarkan kisah-kisah benar di tempat-tempat yang beliau hadiri itu yang sifatnya selaku tokoh-tokoh pemimpin politik dan selaku Presiden Pertubuhan yang bukan kerajaan yang beliau beri nama Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Selaku Presiden Gabungan Ngo-Ngo tersebut dan merangkap selaku Ketua Cawangan Umno,di Taman Selayang di dalam Bahagian Gombak? Mahu atau tidak mahu? Suka atau pun tidak suka? Secara tidak langsung beliau semacam sudah terlibat di dalam politik dan politik yang beliau terlibat sudah tentu politik yang pro Umno-BN.

Justeru itu apa yang beliau lakukan dan cakapkan diperhatikan oleh orang-orang politik atasannya secara langsung atau pun tidak langsung.Untuk itu perlu ada alat penerangan di media cara baru iaitu menerusi internet seperti di portal bloger,Facebook,twiter dan sebagainya.

(Portal blog abnmulya blogspot.com) milik penulis sendiri dalam 2 tahun lebih ini begitu banyak menyumbangkan tenaga dan fikiran dalam konteks untuk mengorbit gerak kerja perjuangan beliau menerusi portal penulis dari masa ke masa.

Selain menjadi anak-anak pasukan kompang di sekolah tersebut sekaligus anak-anak ini juga jadi kumpulan penyanyi Nasyid di sekolah SK Lembah Keramat.
Tempat pertama yang kami hadiri di pagi Ahad itu ialah, di SK Lembah Keramat,di Hulu Kelang,dalam DUN Hulu Kelang,termasuk di dalam kawasan parliman Gombak yang akan melangsungkan mesyuarat agung PIBG sekolahnya.

Kami tiba di SK Lembah Keramat pada jam 8.30 pagi dan lantas di bawah ke bilik Khutub Kanah (Library) untuk menikmati jamuan sarapan pagi.

Mesyuarat agung PIBG itu dimulakan kira-kira jam 9.00pagi dengan acara pembukaannya dengan persembahan nyanyiaan Nasyid oleh murid-murid SK Lembah Keramat dan sekaligus selaku kumpulan kompang di sekolah tesebut.
Guru Besar Sikgu Majid bin Madan

Sebaik sahaja anak-anak kecil itu selesai menyanyikan lagu-lagu nasyidnya, tibalah pula giliran Guru Besar memberi ucapan yang merupakan nasihat dan pesanan penting pada murid-murid di sekolah tersebut.

Sekaligus guru besar itu telah memberi garis panduan kepada ibu/bapa murid-murid yang hadir pada pagi tesebut jika timbul sebarang masalah yang bersangkut paut dengan masalah disiplin murid-murid atau sebagainya.

Guru besar itu berkata,seelok-eloknya apa yang harus dibuat oleh ibu/bapa jika sekiranya berdepan dengan masalah murid-murid dan guru-guru di sekolah? Ia hendaklah diselesai dan diatasi di sekolah terlebih dahulu  sebelaum membawa masalah tersebut ke pengetahuan pejabat pelajaran setempat.

Pengerusi PIBG En.Mohd Shafar
"Marilah kita cuba selesaikan secara muhibah di sekolah terlebih dahulu sebelum ia melarat ke tempat lain," rayu Cikgu.Majid bin Madan,Guru Besar SK Lembah Keramat dengan sungguh-sungguh.

Setelah selesai Guru Besar mengakhiri ucapannya itu, tiba pula giliran Pengerusi PIBG  SK Lembah Keramat mengambil tempatnya. Selaku Pengrusi PIBG  sekolah, En. Mohd Shafar bin Shahrudin telah mengucapakan terima kasih kepada semua ibu/bapa murid-murid yang sudi hadir di Majlis Mesyuarat Agung PIBG tersebut.

Beliau juga telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru SK Lembah Keramat yang telah memeras otak mereka mendidik anak-anak kecil itu dengan beberapa mata pelajaran yang amat berguna untuk masa depan murid-murid yang ada di sekolah tersebut.

Disamping itu En Mohd Shafar mengucpkan jutaan terima kasih kepada ibu/bapa murud-murid yang sedang belajar di SK Lembah Keramat itu,atas segala bentuk bantuan dan sumbangan kewangan dari ibu/bapa dan juga dari individu-individu tertentu yang mempunya kelebiahn rezeki, bermurah hati,dapat menyumbangkan tenaga dan meterial pada SK Lembah Keramat hingga pihak pentadbiran sekolah dan PIBG dapat meneruskan tugas-tugas yang di amanahkan dengan sempurna.
Tersenyum kerana menerima hadih

TOKOH YANG MERASMIKAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH.

Datuk Dr.Rahman Ismail,sebelum melafaskan perkataan untuk merasmikan majlis tersebut beliau berucapa secara rengkas sahaja. Dalam ucapannya itu penulis lihat beliau telah menitik beratkan di segi betapa penting ilmu pada era ledakan ( IT) dan globalisasi yang mana telah berlaku banyak perubahan-perubahan dengan pantas sekali.

Menurut Datuk Dr.Rahman Ismail,tanpa ilmu penuh di dada, anak-anak Melayu akan tertinggal oleh ledakan ilmu-ilmu modern yang terkini sifatnya yang memerluka sikap ketekuan oleh murid-murid mesti rajin belajar secara benar-benar serius demi memperolehi ilmu-ilmu akedamik modern yang (up to date)sifatnya,jika bangsa Melayu tidak mahu ditinggalkan oleh bangsa-bangsa asing yang kebanyakannya lebih kedepan dari kita.

Justeru beliau menyeru kepada murid-murid dan ibu/bapa di SK Lembah Keramat mesti mengawas anak-anak mereka agar tekun belajar jika hedak mendapat pencapaian yang tinggi dalam segala mata pelajaran yang diajarkan oleh guru-guru di sekolah baik diperengkat rendah mahupun diperengkat tinggi.

Tanpa belajar dengan tekun? Mustahil anda akan mendapat keputusan ujian yang tinggi pencapaianya.
Hati mana tak gembira jika dapat hadiah
"Jika pencapaian pembelajaran anda mendapat kepujian yang tinggi? Kerajaan pimpina Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi peluang pada anda dengan berbagai-bagai kemudahan pada anda yang mana boleh meringankan beban ibu/bapa anda.

Kerana kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib akan memberi berbagai-bagai kemudahan,seperti pemberian bisiswa di dalam dan di luar negara,bagi membolehkan anda meneruskan pengajian anda ke peringkat yang lebih tinggi lagi dalam apa bidang ilmu akedamik satau apa saja jenis-jenis ilmu akedamik" katanya.

"Jika pencapaian anda dalam jurusan ilmu apa sahaja yang anda pelajari itu pencapaiannya di paras di bawah 1.5 pointer di IPTA atau di IPTS? Maka susahlah bagi kerajaan hendak memberi bantuan kerana meritnya begitu rendah.

Tahukah  anda? Anak-anak dari kaum lain iaitu, seperti kaum Cina dan India yang telah membuat pinjaman di PTPTNboleh dikatakan banyak juga dan julah pinjaman yang mereka buat besar juga jumlah wangnya.

Mereka tidak takut membuat pinjaman itu walaupun besar jumlah wangnya. Mereka sedar dengan adanya wang pinjaman yang mereka perolehi itu? Ianya.membolehkan mereka belajar di IPTA/IPTS. Justeru mereka mesti belajar sekuat tenaga untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Hasilnya? Sebanyak 70% hingga 80% dari jumlah peminjam-peminjam dari kaum Cina dan India didapati telah berjaya mendapat pelupusan dari pinjamapinjaman yang mereka pinjam itu.Laporan dan data-data  berhubung dengan jumlah siswa/siswi yang mendapat pelepasan pinjaman menunjukkan peratus yang tinggi mendapat pelupusan itu adalah siswa/siswi kaum Cina dan India dan sebagainya.

Pelepasan yang mereka miliki ini ialah disebabkan mereka mendapat keputusan ujian mereka  3.5 pointer ke atas.Ada di antara mereka itu banyak juga yang mendapat pencapaian hingga 4.0 pointer..

Justeru mereka tidak takut membuat pinjaman di PTPTN atau pun di lain-lain institusi kewangan sebanyak RM200,000-00 hingga 300,000-00 bagi menampung ongkos untuk mempelajarai ilmu kedoktoran,farmasi jurutera dan sebagainya" tegas Datuk Dr.Rahman Ismail.

Kira-kira jam 10.30 kami meninggalkan majlis tersebut dan ibu/bapa yang hadir di majlis mesyuarat agung itu memulakan mesyuarat agungnya yang ke:26.

MENUJU KE MAJLIS GOTONG ROYONG DI TAMAN DESA,BATU CAVES

Kami tiba di Taman Desa ,Batu Caves, kira-kira pada jam 10.45 pagi  dan dilihat tenaga sukarela itu telah selesai melakukan kerja-kerja membersihkan Surau Al-Syeikh Daud, di Taman Desa,Batu Caves itu.

Untuk maklumat anda khasnya kepada penduduk baru di kawasan tersebut. Bahawa tanah yang dijadikan tapak surau itu adalah hasil usaha oleh Datuk Dr.Rahman Ismail, mendapatkannya ketika beliau memegang jawatan (MP)Umno Gombak,bagi penggal 2004 hingga 2008 dulu.
Ketika Datuk Dr.Rahman tiba di Taman Desa,Batu Cave,kerja-kerja gotong royong dah pun selesai dan hanya menanti acra ucapan para tokoh parti Umno dan Ngo-Ngo Gabungan Ngo-Ngo Gombak tiba.
Di sebelah surau itu pula? Telah dibina sebuah pejabat cawangan Umno Taman Desa,Batu Caves, di mana tapak tanah pejabat cawangan Umno itu dan pembinaannya telah dilakukan semasa Datuk Dr.Rahman Ismail juga bergelar sebagai Ahli Parliman Umno Bahagian Gombak.

Pendek kata, banyak peninggalan yang bersifat Nostalgia telah dilakukan oleh beliau semasa beliau jadi Ahli Parliman Umno Gombak. Boleh dikatakan banyak tempat-tempat lain di dalam kawasan Parliman Gombak.

Banayk di anatara pengundi-pengundi yang membuat komen terutamanya komen-komen dari orang Umno di Prliman Gombak itu sendiri tentang prestasi kerja oleh Datuk Dr.Rahman ketika jadai Ahli Parliman Gombak.
Drs Mokhtar sedang berucap

Pada hemat mereka, "Jika Datuk Dr.Rahman Ismail bertanding atas nama tiket Umno pada PRU ke:12 dulu,Insya Allah Parliman Gombak tidak akan jatuh pada tangan PKR dan PAS.

Kerusi Parliman Gombak tetap dipegang oleh Umno? Kini nasi dah menjadi bubur,apa hendaka dikata,"komen mereka dengan begitu yakin sekali.

Sebagai contoh? Disimpang tiga Gombak. Ada Balai Raya yang comel telah dinamakan atas nama Datuk Dr.Rahman Ismail. Ada dewan sekolah, di Kampung Pasir, yang bersempadan Kampung Wira Damai telah dinamakan dengan nama Datuk Dr.Rahman Ismail.

Banyak orang-orang ASLI di Batu 12,di Gombak Utara telah di Islamkan dan lafas mengucap dua kalimah syahadahnya di terima oleh Datuk Dr.Rahman sendiri.

Pendek kata nama Datuk Dr.Rahman Ismail,di kawasan orang-orang asli di Gombak Utara,Batu 12 itu?.Jika salah cakap tentang Datuk Dr.Rahman Ismail dan salah langkah anda akan disumpitnya?

Nama Datuk Dr.Rahman Ismail, menjadi pujaan oleh Datuk Batin Hussin bin Abdullah.Ketika beliau(Husin) memeluk agama Islam? Ikrar lafas mengucapkan dua kalimah shadahnya?  IkraR lafas dua kalimah syahadahnya pun diterima oleh Datuk Dr.Rahman Ismail, pada tahun 2007 iatu setahun lebih sebelum PRU ke:11di Era Pak Lah jadi Perdana Menteri Malaysia ke:5.
Dari kiri: Datuk Krisnan Morty,Timbalan Presiden Gabungan NgoNgo Gombak,Ci Shella Pengerusi Pertubuhan Ibu-ibu tnggal,Taman Desa ,Batu Caves,sebelahnya ialah Datuk Dr.Rahman Ismail Presiden Ngo-Ngo Gombak dan bercermin mata sebelah Datuk Dr.Rahman Penyelaras PRU ke:13 Dun Batu Caves ,En.Kumar dan yang berdiri berbaju belang-belang itu Drs  Mokhtar Ghazali AJK Kelab Alumni Umno Luar negara dan Pengerusi aktiviti kerja-kerja gotong royong memebrsihkan Surau Al Syekh Daud.
Pendek kata jasa dan  kepedulian Datuk Dr.Rahman Ismail terhadap orang-orang Asli di Batu 12,Gombak Utara itu? Tiada ada tolak bandingnya.

Jika tiba bulan puasa Ramdhan? Datuk Dr.Rahman dan penulis dan beberap orang lagi AJK Gabungan NGo-Ngo Gomabak akan berbuka puasa dan bersolat maghrib,solat tarawaih dan solat Isya' bebeapa kali di surau orang-orang asli itu secara beramai-ramai.

BADAN-BADAN NGO YANG MENJAYAKAN PROGRAM,

Badan-badan Ngo-Ngo yang menganjurkan kerja gotong royong di Taman Desa,Batu Caves itu ialah, anjuran di antara Pertubuhan Kelab-Kelab Alumni Umno luar Negara dengan kerja sama Pertubuhan wanita dan Ibu-Ibu Tunggal Taman Desa, Batu Caves,yang di Ketuai oleh Cik Shella yang telah jadi Ibu Tunggal 5 tahun yang lalu.

Yang uniknya pada majlis gotong royong membersihkan Surau Al-Syekh Daud dan di kawasan rumah-rumah pangsa itu? Kerja-kerja gotong royong itu dilakuan bersama di antara orang-orang Melayu yang beragama Islam dengan kaum India lelaki dan perempuan yang beragama Hindu.

Datuk Dr.Rahman Ismail,Presidewn Gabungan NgoNgo Gombak dan Datuk Megat Zulkkarnain bin Tan Seri Omardin,sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak hadir sebagai tetamu VIP memenuhi jemputan pihak penganjur.

Kerjasama bergotong royong membersihkn SURAU di kawasan tesebut ? Ia merupaka satu manifestasi unik dan harus dikuti oleh para penduduk di DUN-DUN  lain di dalam Parliman Gombak itu sendiri.Kerja sama dan maufakat yang telah diwujudkan oleh para penduduk Taman Desa,Batu Caves, antara Melayu dan kaum India menarik untuk dinilai.

Ianya benar-benar telah mengujudkan satu semangat perpaduan dalam konteks semangat 1 Malaysia gagasan Datuk Seri Najib Tun Razak.Rasa muhibah yang tulus ikhlas dan suci murni itu telah lahir dari insan-insan yang boleh dikatakan yang punya hati nurani yang murni belaka.
Sebahagian lagi para tetamu yang hadir di pagi itu dan banyak di anatara mereka akan dibri hamper dan lain-lain hadiah juga.
Bagi mereka tali persahabataan di antara Melayu dan India, di Taman Desa, Batu Caves,adalah satu semangat,satu tujuan iaitu, mahu hidup amana damai dan bahagia bersama-sama dalam konteks merealisasikan semangat 1 Malaysia,walau agama dan adat istiadat mereka berlainan sama sekali.
Datuk Dr.Rahman Ismail

MATLAMAT DAN TUJUAN YANG SAMA.

Kedua-dua tokoh politik ini walau pun berjuang dengan menggunakan wadah perjuangan yang berlainan? Satu menggunakan wadah politik cara terang-terangan. Sementara yang satu lagi itu? Menggunakan wadah perjuangan berasaskan Pertubuhan Ngo-Ngo?

Namun demikain?Berpandukan dari INTISARI ucapan mereka itu? Hala tujuan mereka adalah satu iaitu, sama sama mahu bekerja keras dengan satu tekad dan azam yang sangat kuat dan kental demi untuk menebus maruah kekalahan.

Mereka semata-mata mahu menebus semula keaiban maruah yang telah ditimpakan oleh parti-parti pembangkang pada PRU ke:12 hingga mengakibatkan Umno-BN tewas di Parliman Gombak dengan kekalahan 4-0 dan sekaligus hilang kuasa politik di Selangor.Wah duh....sakitnya...

Datuk Megat Zulkarnain
Keaiban ini tidak pernah tercatit di dalam sejarah perjuangan Umno-BN sejak Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi Malaysia, menerima kemerdekaan tanah air dari British 55 tahun yang berlalu.

Sesungguhnya! Kekalahan dan keaiban itu amat memedih,amat memilukan.Pada pucuk pimpinan Umno-BN  yang sedang memegang kuasa ketika kalah pada PRU ke:12 dulu itu?

DISEBABKAN ALPA.

Izinkanlah penulis bertanya kepada pemimpin bangsa. Ketika anda masih punya kuasa di 4 negeri yang hilang itu? Kenapa anda jadi leka,mudah lupa dan alpa ketika anda masih memegang kuasa?

Jangan marah ya! Manusia jenis apakah anda,tidak pandai jaga negara? Anda diingatkan! Jangan sekali-kali  anda alpa buat kali kedua!Jika terjadi juga buat kali kedua? Buruk padahnya untuk bangsa,agama dan negara kita yang tercinta ini.

Ibu ini sedang menerima hamper dari Datuk Dr. Rahaman
Demi tidak mahu jadi musafir kelana di negara sendiri? Ayam mati di kepuk padi? Jadi yatim piatu dalam negara di tanah tumpah darahku sendiri?

Demi untuk membuktikan kata-kata hikamt "Hang Tuah"  Panglima Agung dan Pahlawan tersohor seluruh Melaka dan Nunsantara, "Tidak akan Melayu hilang di dunia?"

Walau pun dah berusia tua dan lemah tenaga! Namun semangat juang tetap berkobar-kobar di dada.Aku mengharapkan kepada seluruh pemuda bangsa.

Ayuh...! Marilah turut berjuang bersama dengan sekuat tenaga,sedaya upaya yang ada.Jika patah sayap? Maka paroh boleh anda gunakan.

Jika patah paroh dah menjadi tepok? Walau pun dengan cara  mengesut-esut, tugas melawan tetap diteruskan. Lawan tetap lawan hingga kemenangan berada semula di tangan pejuang bangsa yang merdeka.

Di atas kekalahn 4 negeri pada PRU ke:12 itu? Akan kita bina kota perkasa,lengkap dengan para tentera yang gagah perkasa.Gagah lahir dan batin dan tidak akan kalah dengan godaan. Siap siaga kita semua ke medan tempur.Membujur lalu melintang patah.Tempur terus tempur hingga musuh-mush kita tersungkur lebur.
Baju T shirt hijau itu? Si comel inilah yang incharge?

Beretmpur dan terus bertempur untuk menawan kembali 4 negeri yang telah dirampas oleh musuh negara, akibat kealpaan perajurit politik bangsa yang tertidur lena sebelum tiba hari pertempuran pada 8 hb.Mac 2008.

Hingga mengakibatkan mala petaka telah menimpa bangsa kita semua.Kecelakaan ini harus kita cabut bersama-sama,sekaligus segera kita lontarkan ke lautan yang bergelora untuk menjadi kuburan pada mereka.Musuh-musuh kita yang durjana itu buat selama-lamanya. 

TERUS PULA PERGI KE SURAU KE DATARAN ANAK BUKIT

Setelah selesai Datuk Dr.Rahman Ismail mengagih-agihkan hamper dan hadiah yang lain-lain pada semua yang layak menerimanya.Kami betiga terus ke Surau di Dataran Anak Bukit,di Kampung Sepakat, terletak di lereng Gua Batu Caves, di kawasan perkampungan di Wira Damai.

Kehadiran kami di sana sebagai memenuhi undangan Pak Jamaludin yang gagah perkasa,meneroka kawasan yang penuh batu-batu belaka,dijelmakan jadi dataran "Dataran Anak Bukit" diberi namanya.

Kami bertiga tiba di sana betul-betul 1.10 minit.Bersalam-salaman dengan Pak Jamludin dan anak-anak buahnya yang begitu sibu sedang memasak beryani dan kari daging lembu yang baru saja selesai disembelih beberapa ekor untuk menjaya kenduri "Akikah" menunaikan niat para penazarnya.

Kami telah dihidangkan dengan makan tengah hari,menunya nasi beryani,nasi putih denga gulai lembu yang dagingnya begitu lembut jadinya.Penulis sendiri di tengah hari ( pada hari Ahad)itu telah makan nasi di lereng bukit itu agak lebih sedikit dari hari-hari biasa akibat kenikmatan kari daging lembu yang begitu enak rasanya.

Lebih kurang pada jam 2.00 tengah hari kami bertiga meninggalkan surau tersebut dengan perut yang telah kenyang.
Surau yang masih belu siap itu dilihat mampu menampung kira-kira  200 orang bersolat 5 waktu sehari semalam.Surau ini didirikan oleh Pak Jamalludin yang mempunyhai aam yang kuat dan kental.
Anak-anak buah Pak Jamaludin dilihat sedang begitu sibuk terus menjalankan tugas  mereka memasak kari lembu itu kerana pada malamnya pula dijangkan akan ramai sekali para penduduk di sekelilingnya dan termasuk juga para penduduk di kawasan Wira Damai,pasti akan ke surau itu,beramai-ramai, membaca doa selamat, seperti mana yang telah dilakukan pada malam Sabtu sebelumnya.

Dalam masa 5 jam lamanya,di pagi Ahad,tanggal 24 hb.February 2013 itu,penulis dan Datuk Dr.Rahman Ismail selaku tokoh pemimpin politik dan Ngo-Ngo selesai sudah menghadiri 3 tempat yang berlainan,terus mendekati rakyat akar umbi di dalam kawasan Parliman Gombak.

Penulis yang telah berusia 75 tahun ini? Semacam tidak larat lagi untuk terus mengikuti Datuk Dr.Rahman Ismail,yang baru berusia 53 tahun.Masih muda masih bertenaga. Pada jam 3 petang nanti,penulis difahamkan ada latihan PDM di cawanganya Umno pimpinannya,di Taman Selayang,dimana beliau harus menghadirinya.

Penulis angkat bendera putih kerana keletihan. Tiba di rumah terus solat zohor dan lepas itu terus tidur dan sedar dari tidur kira-kira pada jam 6.05 petang dan lantas solat Asar.Di hari Sabtu dan Ahad dihari muka apakah program aktiviti-aktivit mendekati rakyat belum diketahui lagi. (Posted by abnmula at 4.05 am on February 26,2013).

16,051 penuntut dikecualikan bayar PTPTN

Oleh ALI MAHMOOD

Datuk Ismail Mohamed Said
TEMERLOH 25 Feb. - Seramai 16,051 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) mendapat biasiswa daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) apabila memperoleh ijazah kelas kelas pertama dalam pengajian yang diikuti mereka.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kumpulan penuntut tersebut yang merupakan peminjam PTPTN dikecualikan daripada membayar balik dengan ditukarkan dalam bentuk biasiswa.

Katanya, sehingga 31 Januari lalu, agensi itu telah menukar pinjaman sebanyak RM450.47 juta kepada biasiswa bagi menghargai kesungguhan para penuntut terbabit sehingga mampu memperoleh ijazah kelas pertama.

"Mereka yang berjaya dan mendapat keputusan cemerlang itu perlu tampil membuat permohonan menukarkan pinjaman kepada biasiswa di mana-mana cawangan PTPTN dan tiada tempoh masa tertentu.

"Sebelum ini mereka tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman apabila lulus cemerlang dengan memperoleh kelas pertama mengikut pengajian yang diikuti penuntut terbabit," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) di sini hari ini. - UTUSAN( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 2148 hrs on February 2,2013.

Sunday, February 24, 2013

Tolak pemimpin jenayah akidah


Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
 ABDULLAH Sa'amah mengetuai bacaan doa bersama pelajar Sekolah Menengah Agama Fiqiah Daimiah Permatang Pauh sewaktu majlis Gerak Himpun Keranamu Kalimah Allah di pekarangan pejabat TNB Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN 

KEPALA BATAS 24 Feb. - Umat Islam di negara ini perlu bersatu menolak pemimpin parti politik Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negara ini.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, pemimpin sedemikian disifatkan telah melakukan jenayah akidah yang tidak boleh dimaafkan serta amat berbahaya kepada umat Islam di negara ini.

"Pemimpin sedemikian perlu disanggah kerana menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam itu yang sebenarnya adalah penyakit agama dan akidah yang merosakkan hak umat Islam.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 12.43 noon on February 25,2013.