Saturday, March 30, 2013

Ceramah Anwar di Sungai Isap gagal dapat sambutan

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Sungai Isap, kawasan Parlimen Kuantan yang dihadiri kira-kira 500 penyokong tegar parti pembangkang di Kuantan, Pahang hari ini. - UTUSAN 

KUANTAN 30 Mac - Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Sungai Isap di sini hari ini ternyata gagal mendapat sambutan apabila hanya dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong tegar parti itu.

Walaupun dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh namun ia tetap tidak berjaya menarik perhatian masyarakat di kawasan berkenaan untuk menghadiri ceramah jalanan tersebut.

Bagaimanapun, Anwar dalam ceramahnya itu mengumumkan bahawa Fuziah yang juga Naib Presiden PKR akan bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Untuk rekod, pada pilihan raya 2008, Fuziah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah memperoleh 18,398 undi manakala Ah Kiow mendapat 16,572 undi. - UTUSAN onle-polituik).Posted by abnmulya at 12.59 am on March 31,2013.


Friday, March 29, 2013

PRU--13: TUN DR.MAHATHIR RAMAL BN CAPAI KEPUTUSAN B AIK.

ALOR SETAR 29 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008, katanya, sambil menambah bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

"Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya, PRU-13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'. Mereka juga tidak mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

Terdahulu dalam ucapanya, Dr. Mahathir berkata, rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU 13.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh.

]"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim... tekan rakyat, tak beri kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada orang yang langsung tak boleh diterima. Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar," katanya.

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau berkata, banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada Kerajaan Pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar Kerajaan Pusat.

"Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya. - BERNAMA(uTUISAN ONLINE-PILIHANRAYA).Posted by abnmulya at 2357 hrs on March 29,2013.

Thursday, March 28, 2013

Ngo BATAS Selangor dan Gabungan Ngo-Ngo Gombak mengadakan majlis makan malam

Sebahagian para tetamu yang telah menghadiri majlis Makan Malam anjuran bersama antara Ngo Batas Selangor dengan Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan Datuk Dr. Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak, bagi pengga; 2004-2008.Majlis Makan Malam ini bertempat di Dewan Komleks Muhibah,di Taman Industri Bolton,Taman Sri Gombak pada tanggal 27 hb.March 2013.








March 29,2013 at 2.34 am

Sebenarnya sesuatu yang baru yang ujud di dunia ini sudah ditakdirkan oleh Allah swt memangnya tidak kekal abadi,akan sentiasa berubah-ubah sifatnya.Yang kekal abadi ialah kehidupan di hari akhirat kelak.

Misalnya.Menjelang tibanya kempen pilihanraya umum pada 8 hb.March 2008 dulu? Boleh dikatakan pihak parti-parti dari komponen parti pembangkang dilihat telah mendapat sokongan yang baik dari badan-badan Ngo yang pro kepada pihak pembangkang.
Ketibaan YB Dato' Hajah Noriah binti Kasnon,Timbalan Mentyeri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat disambut dan di iringi oleh Tan Seri Zaleha Ismail,mantan Kementerian Kebajikan masyarakat merangkap kini sebagai penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak,pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail
Badan-badan Ngo ini dilihat sering mengadakan berbagai-bagai aktibiti untuk mendekai masyarakat akar umbi dengan cara mengadakan berbagai-bagai majlis pertemuan silaturrahim seperti mengadakan majlis makan malam,majlis-majlis dailog dan sebagainya.

Umumnya pertemuan-pertemuan pada majlis-majlis seperti disebutkan di atas itu, ketika itu,dilihat telah mendapat sambutan yang boleh dikatakan hebat juga dari para penyokong mereka terutamanya dari golongan reformasi yang kononnya ketika itu seanag dahagakan angin perubahan mengikut acuan pembangkang yang dipelopori oleh Anwara Ibrahim.

Di tengah berkemeja putih Datuk DFr.Rahman Ismail,mantan Member Parlimen Umno Gombak bagi penggal 2004-2008 merangkap Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak bekerjasma dengan Ngo Badan Amal Tarbiyah Sejagat( BATAS)menganjurkan Majlis Makan Malam Deklarasi BATAS Negeri Selang
Biasanya, di dalam majlis-majlis pertemuan seperti itu? Disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dengan penyokong-penyokongnya sekaligus para pemimpin-pemimpin utama setiap parti pembangkang itu akan menerangkan kepada para tetamu mereka berhubung dengan dasar-dasar parti mereka.

Sekaligus tidak ketinggalan juga mereka telah menaburkan berbagai-bagai janji-janji manis dari parti-parti mereka berhubung dengan reformasi yang akan mereka lakukan sekiranya parti-parti mereka itu iaitu,parti
(pembangkang) akan diberi peluang oleh rakyat untuk berkuasa di negeri-negeri yang berjaya dikuasainya.

Sebahagian lagi para tetamu pada malam semalam.Dari Kanna berbaju putih Hj.Fadzli Mansor Setiausaha  Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan sebelahnya Ayahand  Hj. Rashid Ketua Penerangan Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Akibat kerja kuat yang telah dilakukan oleh parti-parti pembangkang sebelum tiba hari pilihanraya umum ke:12 iaitu pada ( 8 hb.March, 2008) dalam konteks  untuk memujuk dan meminta rakyat memberi sokongan dan kepercayaan kepada mereka.

Akhirnya, sebaik sahaja selesai sudah pilihanraya umum ke:12 yang berlangsung pada tanggal 8 hb.March 2008 selesai? Maka pada malam itu juga seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa satu rempuhan badai tsunami politik telah melanda Malaysia dan berjaya menukar landscape politik Malaysia itu sendiri.

Pada hari esoknya pula? Suruhanjaya pilihanraya telah mengumumkan bahawa parti pembangkang yang terdiri dari parti PKR/PAS/ DAP telah berjaya berkuasa di lima negeri di Malaysia iaitu,negeri Selangor, Perak, Kedah,Pulau Pinang dan PAS kekal berkuasa di Kelantan dengan majoriti yang besar.

Sebilangan besar ahli-ahli dan para penyokong pada Umno-BN semacam (terkejut beruk) dengan phenomena baru yang baru sahaja melanda politik Malaysia.Siapa pun tidak menyangka begitu jadinya? Nasi telah jadi bubur. Kehidupan di dunia ini ibarat roda.Sekali kita berada di atas dan sekali di bawah pula.

Tiap-tiap yang baru itu? Hakikatnya tidak akan kekal buat selama-lamanya.Akan berubah-ubah.Yang kekal dan abdai hanya kehidupan di hari akhirat.
terkejut
Dari kanana ialah penulis dan sebelan kanan penulis ialah Hjh.Roslina Hussin isteri penulis.Sebelahnya Puan Normah binti Manaf dan sebelahnya ialah Datin Rahmah binti Mohd Noor,Ketua Cawangan Umno Pusat Bandar,Taman Sri Gombak.



Pun begitu? Akibat kecekapan Datuk Seri Najib Tun Razak bermain politik? Maka pada beberapa bulan kemudiannya,Perak dapat di rampas semula oleh Umno-BN setelah 3 orang ADUN parti Pakatan Rakyat di negeri Perak berpaling tadah meninggalkan parti PKR dan DAP.

Sejak dari hari itu hinggakan  kini,parti-parti pembangkang PKR/PAS/ DAP masih berkuasa dan punya kuasa politik di (04) negeri lagi iaitu,di Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan.

Justeru pada PRU ke:13 ini,Umno-BN dan badan-badan Ngo yang pro-kerajaan berazam kuat untuk merampas semula 4 negeri ini,agar berada semula di pangkuan Umno-BN,agar rakyat di 4 negeri itu akan hidup makmor dan selamat sentosa di bawah payung Umno-BN dan Badan Ngo-Ngo.

Oleh itu orang-orang Melayu khasnya diminta bersatu pada dengan cara mengundi Umno-BN pada  pilihanraya umum ke :13 ini untuk menjadikan azam Umno-BN untuk merampas semula 4 negeri tersebut jadi kenyataan. Impian jadi nyata.

Sementara di Parlimen Malaysia pula? Melalui pilihanraya umum pada  8hb.March 2008 itulah,buat kali pertama sejak mencapai kemerdekaan tanah air Malaysia. Umno dan Barisan Nasional hilang kuasa dua per tiga di dalam Parlimen Malaysia.Hanya menang dengan simple majoriti sahaja dan dengan simple majoriti itu Umno-BN masih berkuasa sebagai kerajaan Pusat.
Ibu tunggal ini sedang menerima hadiah (Kasih Sayang) dari badan-badan Ngo yang jadi penaja majlis.Hadiah di sampaikan oleh YB Dato' Hajah Noriah binti Kasnon,Timbalan Menteri Pembangunan wanita.Sementara Datuk Dr.Rahman Ismail, berkemeja putih sedang  memerhatiknnya sebagai saksi.
Akibat dari rempuhan ombak dan badai tsunami politik yang melanda politik Malaysia pada  PRU ke :12 pada (8 hb.March 2008) itu?

Land scape politik Malaysia telah berubah senarionya.Itulah sebabnya di mukadimah tulisan penulis di atas itu telah penulis sebutkan bahawa sesuatu yang baru itu sifatnya tidak akan kekal.Suka atau pun tidak suka? Ia pasti akan berdepan dengan perubahan yang merupakan ketentuan dari Allah Yang Maha Berkuasa.

Ketika itu Presiden parti Umno dan Perdana Menteri Malaysia yang ke:5 ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi.Beliau sendiri tidak menduga bahawa keadaan kuasa politik akan berubah demikian rupa hasil dari PRU ke:12 itu.?

Ekoran dari kekalahan yang teruk itu? Maka Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 3 hb.April 2009 telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden Umno dan jawatan-jawatannya itu telah diserahkannya kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejak dar tarikhi itu,maka kekallah Datuk Seri Najib Tun Razak memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke:6 hingga kini iaitu,hingga saat tulisan ini di baut dan masih belum diketahui bilakah parlimen akan di bubarkan dan bilakah PRU ke:13 akan diadakan?

Sebagai Nakhoda baru pada sesebuah kapal? Sudah tentu Datuk Najib pun punya cita-cita,harapan dan punya style sendiri untuk melayarkan bahtera yang sedang dikemudiakannya itu.Itu adalah hak mutlak beliau yang tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun di sebabakan beliau telah memegang jawatan Ketua Pentadbiran Kerajaan Malaysia.
Wirawati dari BATAS ini sedang beratur menunggu ketibaan YB Hajah Noriah binti  Kasnon tiba di dewan majlis makan malam itu
Datuk Seri Najib sedar bahawa jawatan Perdana Menteri yang dipegangnya lebih 4 tahun itu? Adalah bertitik tolak dari warisan mandat yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden Umno-BN bukan atas nama beliau yang ketika itu hanya selaku Timbalan Presiden Umno sahaja.

Beliau harus punya mandat fresh iaitu mandat yang (tulin) dari rakyat secara langsung dan jalannya ialah melalui PRU yang ke:13 ini.

YB Dato Hjh.Noriah Kasnon dan Tan Seri Zaleha Ismail
Sebaik sahaja telah memegang Jawatan Presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke:6 meneruskan tugas bersabit dengan baki mandat yang telah rakyat beri pada Pak Lah pada PRU ke:12,pada 8 hb.March,2008 itu.

Pun begitu? Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman sewaktu beliau jadi Menteri Besar di Pahang,sewaktu beliau jadi menteri di beberapa kementeiran lain dan sekaligus juga berepngalaman selaku Timbalan Perdana Menteri di bawah Pak Lah dari tahun 2003 hingga 2009.

Beliau dilihat tidak kekok telah melakukan tugas-tugas Perdana Menteri yang telah diserahkan oleh Pak Lah itu dengan licin dengan melakukan perubahan demi perubahan pada dasar kerajaan yang sedang beliau pimpin itu.

Dengan memberi fokus utamanya tentang masalah rakyat dan mencari formula bagaimanakah caranya hendak mengurangkan beban kemiskinan rakyat dan khasnya kepada golongan jumlah rakyat yang besar bilangannya yang berpendapatan rendah di seluruh Malaysia ini.

Iaitu rakyat yang berpendapatan rendah,di semua bidang mata pencarian rakyat,secara langsung atau pun secara tidak langsung dengan cara memperluaskan dan menambahkan lagi pemberian subsidi-subsidi kepada rakyat dan sebagainya.

MENYUSUN SEMULA UMNO DAN BERKERJASAMA DENGAN BADAN-BADAN NGO.

MENYEDARI bahawa kekalahan yang di alami oleh Umno-BN pada PRU ke:12 dulu itu? Disebabakan parti Umno itu sendiri lemah dan tidak di susun dengan sebaiknya?

Maka disamping menyusun dan memperkuatkan Umno-BN sekaligus Datuk Najib mengambil inisiatif mengadakan hubungan yang begitu erat dan mengitiraf peranan badan-badan Ngo yang pro-kerajaan yang berselerak di Selangor khasnya dan juga di seluruh Malaysia amnya.
Datuk Seri Noh Omar menunjukan Deklarasi BATAS.

Justeru itu,jika menjelang Pilihan Raya Umum ke:12 iaitu pada sebelum tanggal 8 hb.March 2008 dulu itu,?

Kita lihat badan-badan Ngo di Selangor ini khasnya,boleh dikatakan begitu banyak yang cenderung bersekutu dengan parti-parti pembangkang di dalam Pakatan Rakyat?

ANGIN TELAH BERUBAH

Maka kini senario itu sudah terbalik.Boleh dikatakan badan-badan Ngo itu kini telah banyak berpaling tadah terhadap parti-parti pembangkang dan menukar pendirian mereka menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu pada parti Umno-BN.

Ini satu petanda yang amat baik bahawa angin perubahan telah mula bertiup akibat segala janji-janji pembangkang tidak ditepati. Segala kata-kata pembangkang tidak dikotakan.Rakyat sudah tidak yakin lagi dengan janji-janji dan kata-kata pemimpin-pemimpin pembangkang.

Jika pada PRU ke:12 pada 8 hb.March 2008 dulu itu pusingan roda dunia bersama parti-parti pembangkang berada di atas? Kini sudah tiba pula giliriannya roda pusingan dunia parti-parti pembangkang berada di bawah pula.

Perubahan senario politik yang menimpa  parti-parti pembangkang itu?Adalah disebabkan kesalahan parti-parti pembangkang itu sendiri. Akibat segala janji-janji manis parti pembangkang telah diengkarinya dan dilupai oleh mereka sendiri.

Senjata telah memakan tuan.Badan-badan Ngo yang telah menyokong kuat parti-parti pembangkang menjelang PRU ke:12 dulu itu? Kini dah berpaling tadah.

Dari hari ke hari, penulis lihat badan-badan Ngo ini semakin banyak menyokong Umno-BN pimpinan Datu Seri Mohd Najib Tun Razak terutamanya di seluruh Selangor. Mereka kini semacam dah benar-benar kenal yang mana golongan kaca dan golongan mana benar-benar golongan yang jadi permata intan dan berlian?

Justeru tidak mustahil pada PRU ke:13 ini? Besar kemungkinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan melantik beberapa tokoh pemimpin Ngo akan menjadi calon-calon Parlimen(MP) dan ADUN yang difikirkan mereka itu adalah merupakan "winnable candidates".

Pengitirapan dan perubahan drastik yang akan dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib itu?Hendaknya bukan sahaja mesti dialu-alukan oleh para penyokong dari Umno-BN itu sendiri? Bahkan ia mesti disokong dengan sebulat suara demi menjadiakn Umno-BN jadi gagah,jadi perkasa semula di arena politik Malaysia.
Atas:Serikandi-serikandi dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang begitu aktif bekerja untuk menjadika Gabungan Ngo-Ngo Gombak maju jaya ndi bawah pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail.
Itulah sebabnya di kebelakangan ini iaitu,semakin dekat dengan tibanya pilihanraya  umum ke:13? Maka penulis lihat semakin banyak badan-badan Ngo yang dipimpin oleh tokoh pemimpin masyarakat dan politik yang berwibawa, khasnya di Selangor ini, penulis lihat begitu cergas mengadakan aktiviti-aktiviti mereka mendekati rakyat akar umbi.

Mereka dilihat bekerja keras tanpa jemu-jemu,memberi penerangan kepada rakyat betapa pentingnya rakyat memilih kerjaan yang baik yang mampu memperbaiki kehidupan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke:13 yang akan datang ini.

Parti-parti yang mereka maksudkan? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah Umno-BN.Sayangilah Umno. Cintailah Barisan Nasional.Itulah cogan kata yang sering mereka sebut dan laungkan baik di mana sahaja, ketika majlis-majlis silatuyrrahim atau pun majlis -majlis politik di adakan di seluruh Selangor.

Adik comel dari BATAS
Badan-badan Ngo ini dilihat tidak putus-putusnya menaja dan terus menaja berbagai-bagai program yang bercorak semacam memberi hadiah-hadiah yang merupakan hadiah "KSIH SAYANG" kepada rakyat seperti mana Umno-BN telah memberi BRIM: 1.0 dan BRIM: 2.0satu-satunya hadiah yang merupakana hadiah kasih sayang dari kerajaan Umno-BN.

Dan juga berbagai-bagai lagi subdi-subdi di beri kepada rakyat oleh kerajaan  pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Pemberian semacam ini tidak pernah diberikan oleh kerajaan Umno-BN sebelumnya PRU ke:12 yang berlangsung pada  8 hb.March 2008 dulu itu.

Terutamanya kepada rakyat yang berpendapatan rendah,kepada golongan ibu-ibu tunggal dan warga emas dan sebagainya yang merupakan para pengundi yang berada di atas pagar yang sangat besar jumlahnya.

CONTOH-CONTOHNYA.

Pada malam 27 hb.March 2013 ini, Gabungan Ngo-Ngo Gombak,pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail,bekerjasama dengan badan Ngo yang bernamaa "Badan Amal Tarbiyah Sejagat"(BATAS) Negeri Selangor, pimpinan Ayahand Zakariah Haji Awang telah mengadakan majlis Makan Malam,di Kompleks Muhibah Taman Industri Bolton,di Taman Sri Gombak,dalam parlimen Gombak.

Majlis Makan Malam itu berjaya menghimpunkan para tetamu jadi penuh sesak, di dalam Dewan Kompleks Muhibah Bolton,di Taman Sri Gombak,Selangor Darul Ehshan.

Ditaksirkan lebih seribu orang para tetamu telah hadir bersama-sama wakil dari 22 kawasan parlimen Umno-BN di seluruh Selangor,siap sedia beserta dengan bendera dari setiap kawasan parlimen masing-masing seperti dipamirkan  di kanan ini.

Tetamu kehormata pada malam itu ialah Datuk Seri Nuh Omar,Menteri Pertanian.Hajah Noriah binti Kasnon,Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat.

Tan Seri Zaleha Ismail,Penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak bagi penggal 2004-2008.

Adik comel dari BATAS.
Mereka ini adalah para pemimpin yang berwibawa dilihat sering telah memberi penerangan yang amat berguna kepada para hadirin bukan sahaja pada malam itu bahkan di mana-mana sahaja ketika mereka menghadiri majlis-majlis penerangan dengan menyatakan betapa pentingnya parti Umno-BN mesti di undi pada PRU ke:13 ini.

Mereka telah menyeru pada rakyat yang berhak mengudi agar keluar mengundi dan pangkahlah Umno-BN pada PRU ke:13 ini,agar cita-cita dan harapan Umno-BN untuk merampas semula kuasa politik di Selangor dan 3 negeri lagi iaitu Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan jadi kenyataan.

"Keluarlah mengundi beramai-ramai dengan tekad agar Umno-BN akan mendapat undi di Parlimen,pada PRU ke:13 ini, lebih dari (dua per tiga) kerusi di dalam parlimen,"seru mereka dengan penuh harapan.

Menurut mereka,dengan adanya undi yang dimiliki oleh Umno-BN lebih dari  dua per tiga di dalam parlimen? Maka bermacam perubahan akan dapat Umno-BN lakukan untuk rakyat tanpa gangguan oleh sesiapa pun.Dan keputusan semacam inilah yang menjadi cita-cita dan harapan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebaik sahaja beliau telah memegang jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.

"Wahai Datuk Najib! Alang-alang menyeluk pengkasam, biarlah hingga ke pangkal lengan. Jika pegang bara api,biarlah sampai jadi arang,"begitulah harapan penulis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru itu,menerusi tulisan ini izinkanlah penulis menyeru kepada semua orang Melayu di Selangor khasnya dan di 3 lagi negeri yang dikuasai oleh pembangkang itu, marilah kita bersatu padu,memberi sokongan yang bulat,pada Datuk Seri Najib Tun Razak, agar beliau akan mendapat MANDAT yang baru yang lebih dari dua per tiga di Parlimen dari rakyat Malaysia dari 13 negeri-negeri yang berada di Malaysia ini.

Mari kita tolak dan terus tolak parti-parti pembangkang. Di 4 negeri yang tersebut di atas itu. Dah lebih 5 tahun mereka punya kuasa politik di 4 negeri itu? Tetapi tidak ada kerja-kerja pembangunan jangka pendek untuk rakyat yang telah dibuat oleh mereka.

MP dan ADUN mereka asyik berusaha membuncitkan perut mereka sendiri.Rakyat yang mengundi mereka jadi MP dan ADUN tidak mereka hiraukan? Lupa dari pandangan dan lupa dari ingatan mereka.

Mereka sibuk berpolitik dengan menaburkan berbagai-bagai fitnah yang hanya merupakan persepsi sahaja.Mereka dilihat begitu sibuk melakukan demonstrasi di jalanan sahaja yang ternyata tidak memberi seabrang faedah kepada rakyat yang telah mengundi parti-parti mereka.

Para pemimpin utamanya pula.Berpindah randah macam taukeh sarkas setiap kali tiba pilihan raya baru.
Mereka berbuat demikian? Adalah disebabkan mereka jarang sekali turun ke padang melihat para pengundinya.

Disebabkan takut kalah di kawasan itu? Maka itulah sebabnya mereka berpindah-randah ke kawasan lain untuk bertanding pada pilihan raya ke:13 ini.

Justeru Para pemimpin yang macam ini? Marilah kita sebagai pengundi cepat-cepat kita kuburkan mereka dari dunia politik Malaysia.Mereka adalah politikus yang muka tebal dan tidak punya maruah diri?

Justeru itu marilah kita beri mandat baru iaitu mandat yang lebih besar dan lebih baik pada Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding dengan mandat yang telah Tun Abdullah Ahmad Badawi miliki, pada PRU Ke:12,pada (8 hb.March 2008) dulu itu. Insya Allah!Justeru marilah kita memohon doa sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT.

Semoga doa kita akan dikabulkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.Ini merupakan hakikat yang sebenarnya.Kerana alam semesta ini adalah kepunyaanNya. Selaku hambaNya kita hanya menjalankan  tanggung jawab kita yang telah diamanahkan olehNya. (Posted by  abnmulya at 2.34 am on March 29,2013).





Sidek Baba dedah sebab tinggalkan Anwar

KUALA LUMPUR 27 Mac - Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.
Prof.Datuk Dr.Sidek Baba

Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.

Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.

Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

"Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

"Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup," katanya.

Sidek berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.

Selain Sidek, wacana itu turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Rahmat Ghazali selaku moderator.

Yang turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri Datuk FD Mansor serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan selaku penulis buku Cuit:

Dilema Melayu Moden. Kira-kira 1,000 kakitangan Mara hadir di majlis itu. Dalam pada itu, Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.

 "Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal," katanya.

Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara.( U TUSAN ONLINE-POLITIK).P
OSTED BY ABNMULYA AT 1818 HRS ON  MARCH 28,2013.

Wednesday, March 27, 2013

Pembangkang tidak minat perintah negara,hanya minat penuhi agenda peribad

KUALA LUMPUR 27 Mac - Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim( gambar atas) mendakwa, pembangkang tidak berminat memerintah negara demi rakyat tetapi hanya mahu menjadi pemerintah demi memenuhi 'nafsu' segelintir pemimpin politik mereka.

Tunku Abdul Aziz mendakwa, beliau juga melihat pembangkang hanya berminat memporak-perandakan negara supaya agenda ke Putrajaya tercapai.

"Rakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita. Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) khususnya, tiada pelan jangka panjang, hanya 'gila' mahu ke Putrajaya.

Jangan lupa dengan rekod moralnya," katanya di hadapan lebih 300 penduduk Taman Sri Keramat Tengah dalam sesi ceramah di sini malam ini. Ceramah itu dianjurkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bertemakan Lahad Datu: Negara Terjajah dan Rakyat Tergadai. - UTUSAN  ( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 2.22 am on March 28,2013.


Parlimen bubar automatik boleh dijadikan amalan--Mohamad Hasan

SEREMBAN 27 Mac - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan, Parlimen yang terbubar sendiri kerana habis tempoh mandat, boleh dijadikan amalan kerana mempunyai implikasi positif terutama dari segi pembangunan negara.
Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Mohamad Hasan
Ini kerana, katanya, kaedah itu dapat mengelakkan spekulasi tarikh pilihan raya umum yang sedikit sebanyak merencatkan kegiatan pelaburan di negara ini khususnya.

"Pada saya, cakap-cakap pasal pilihan raya ini tidak baik kerana pelabur asing dan dalam negara akan mengambil langkah tunggu dan lihat (sebelum buat (1/8)pelaburan) dan ini tidak baik kepada ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.

Katanya, langkah melambatkan pembubaran Parlimen atau membiarkannya terbubar sendiri juga membolehkan kerajaan memanfaatkan sepenuhnya tempoh lima tahun itu untuk membangunkan negara tanpa diganggu oleh perkara lain.

 "Kalau memerintah tiga, empat tahun sudah cakap pasal pilihan raya, pening kepala, tak boleh buat kerja," katanya. Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pula merupakan DUN pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam ini.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bagi memaklumkan DUN akan terbubar secara sendiri esok dan memberi taklimat kepada baginda mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri.

Katanya, kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam.

Mengenai prestasi kerajaan negeri, Mohamad berkata, beliau amat berpuas hati dengan prestasi semua anggota exco dan jabatan peringkat negeri sepanjang lima tahun meneraju negeri.

Katanya, banyak pencapaian memberangsangkan telah dinikmati dengan keberkesanan dasar-dasar yang diperkenalkan seperti Dasar Pelajaran, Dasar Jaringan Keselamatan Sosial dan Dasar Pembangunan Ekonomi.

"Dasar-dasar ini telah banyak memberi faedah kepada rakyat dan kita akan sambung dasar-dasar ini jika kerajaan Barisan Nasional terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri pada penggal ke-13 nanti," katanya. - BERNAMA(Utusan online-pilihanraya).Posted by abnmulya at 1923 hrs on March 27,2013.

Gesa siasat bekas jeneraal ATM langgar sumpah perwira

Omar Saleh (tengah) bersama Hamdan Mohd. Salleh (kiri) dan Mejar (B) Harith Ismail menunjukkan salinan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya Ampang, semalam. 

KUALA LUMPUR 26 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendesak agar satu siasatan terperinci dilakukan terhadap bekas-bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa melanggar sumpah setia dan ikrar perwira mereka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Jawatankuasa JMM, Mejar (B) Harith Ismail berkata, sumpah setia serta ikrar yang dilafazkan mereka ketika mula perkhidmatan seharusnya ditaati sampai bila-bila. "Perbuatan mereka ini adalah contoh yang tidak baik terhadap kor yang pernah mereka anggotai semasa dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terkenal dengan semangat juang serta kesetiaan terhadap raja dan negara. "

Di manakah sumpah setia serta maruah mereka terhadap Yang Dipertuan Agong dan perwira-perwira yang gugur semasa pemerintahan mereka," soalnya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini, hari ini.

JMM yang turut diwakili oleh Timbalan Presiden, Omar Saleh dan Pengarah Kebangsaannya, Hamdan Mohd. Saleh hari ini membuat dua laporan polis terhadap Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein dan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berhubung isu tersebut.

Baru-baru ini, Md. Hashim dalam satu ceramah di Taman Serai Perdana, Bagan Serai, Perak, memperlekehkan aset pertahanan negara termasuk mempersoalkan sama ada radar pertahanan negara berfungsi atau sebaliknya.

 Datuk Abdul Ghafir turut melakukan perkara sama semasa berpidato di pentas ceramah anjuran pembangkang. Menurut Harith, sebagai bekas pegawai bawahan, beliau merasa amat sedih dan kecewa dengan perbuatan Md. Hashim dan Abdul Ghafir itu.

 "Selain itu, kami juga ingin tahu kebenaran tohmahan itu, jika betul apa sebenarnya yang mereka lakukan semasa bertugas dulu," ujarnya yang turut menegaskan, soal keselamatan negara adalah perkara utama dan tidak seharusnya dipolitikkan.(Utujsan online-dalam negeri).Posted by abnmulya t 1910 hrs on March 27,2013.

Tuesday, March 26, 2013

Tunku Abdul Aziz sifatkan DAP sarkas politik

Bekas Naib Pengerusi (DAP) Tunku Abdul Aziz Ibrahim
KUALA LUMPUR 26 Mac - "Mereka ini sarkas politik," kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim ketika ditanya pandangannya mengenai pengumuman parti itu meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum nanti.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim
"Mereka pergi ke suatu tempat dan dirikan khemah dan bila habis persembahan sarkas, mereka kemaskan khemah dan berpindah ke tempat lain, inilah yang mereka lakukan," katanya.

DAP baru-baru ini mengumumkan veteran parti berusia 73 tahun itu yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur akan dicalonkan bertanding merebut kerusi panas itu yang turut menjadi idaman Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng.

Sejak pilihan raya umum 1969, tokoh DAP itu bertanding di beberapa kawasan Parlimen antaranya Bandar Melaka, Petaling, Kota Melaka, Tanjong dan Bukit Bendera.

Bercakap kepada Bernama, Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas Naib Presiden Transparency International Malaysia berkata, amalan DAP itu membawa implikasi negatif terhadap pengundi dan juga negara.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim
"Pengundi pilih mereka dan mereka langsung tidak buat apa-apa di semua kawasan itu, kemudian mereka berpindah tempat...ini tidak bagus.

"Jika anda perhatikan pergerakan Lim Kit Siang, perkembangan politiknya...ini cerita sama yang berlaku pada setiap pilihan raya," katanya.

Tunku Abdul Aziz turut mengingatkan pengundi supaya membuat pilihan menggunakan akal, bukan ikut rasa hati.

Sambil menggelengkan kepalanya, Tunku Abdul Aziz berkata, DAP sepatutnya menasihatkan Ahli Parlimen mereka supaya berkhidmat untuk rakyat yang telah memilih mereka sebaik mungkin, baik ketika senang atau susah. - BERNAMA(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 1710 hrs on March 26,2013.

Monday, March 25, 2013

Guna hak mengundi dengan bijak-Tun Dr.Mahthir

METRA SYAHRIL MOHAMED dan 
FAIZAH IZZANI ZAKARIA
 DR. Mahathir Mohamad menjawab soalan ketika menjadi panel dalam Forum Negara, Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. Turut sama ialah Abdul Hamid Mohamad (kiri) dan Muhammad Ali Hashim. - UTUSAN 

KUALA LUMPUR 25 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu supaya bijak menentukan kerajaan dalam pilihan raya umum ini.

Menurutnya, walaupun sistem demokrasi menawarkan hak untuk memilih, mereka sewajarnya mampu membuat perbandingan khususnya parti atau organisasi mana yang benar-benar bertanggungjawab serta mempertahankan Islam.

"Apakah orang yang sewenang-wenangnya mengkafirkan orang Melayu patut memerintah negara? Dahulunya, pihak ini yang berkata bahawa bekerjasama dengan orang kafir akan menjadikan kita kafir, tetapi kini mereka bukan sahaja bekerjasama, hari jadi pun sambut di rumah orang bukan Islam.

"Akan datang, kalau kita silap, kita akan dapat kerajaan yang merosakkan negara dan agama. Kalimah Allah pun boleh diguna oleh apa jua agama. Apakah kita boleh terima itu? Kerana kepentingan politik, ketepikan negara Islam dan diganti dengan negara berkebajikan. Hudud pula ditangguhkan. Ini kerana apa? Ini hanya (kerana) undi dan bukannya kerana Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sempena Forum Negara: Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Forum anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pakar wakaf korporat, Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Dr. Mahathir berkata, sebagai keutamaan, orang Melayu perlu menaruh harapan kepada pihak yang telah lama berbakti kepada agama, bangsa dan negara. M

Menurut beliau, ini berbanding pihak tertentu yang sekadar mahu merebut Putrajaya dan mendirikan kerajaan semata-mata atau pihak yang hendak menjadi Perdana Menteri.

"Sebab itu kita tidak boleh mengharapkan mereka untuk kembali kepada perjuangan asal iaitu demi agama, bangsa dan negara. Kita tak nampak apa mereka boleh buat untuk kita.

"Namun, terpulanglah kepada kita. Cuma, kalau kita salah mengundi, kita tidak boleh salahkan sesiapa," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau ketika bercakap mengenai perpecahan umat Melayu Islam berkata, perkara itu berpunca daripada sikap tamak selain perbezaan pendapat dalam hal-hal berkaitan tafsiran agama.

"Waktu kita miskin, biasanya kita akan rapat sesama kita. Sebab itu, masa British mencadangkan Malayan Union, kita rasa ini seperti mahu merampas negeri-negeri Melayu.

"Kita lupakan perbezaan antara kita dan bersatu sehingga British tunduk. Tetapi selepas berjaya, terhidang 'peninggalan perang' dan sesama kita mula memikirkan soal pangkat, nak jadi Perdana Menteri.

 "Semua nak berebut. Inilah yang membuatkan kita lupa kepada perjuangan asal kita. Kita pentingkan diri sendiri. Di sini, kita menerima Islam dan fahaman Sunnah Wal Jamaah. Sepatutnya tidak ada perpecahan kerana fahaman yang sama, tetapi dengan politik, ada yang mula saling kafir-mengkafir. Kita sengaja melemahkan diri kita sendiri sehingga tidak lagi majoriti," katanya.

Sementara itu dalam sesi soal jawab, beliau menafikan dakwaan yang mengaitkannya sebagai seorang antihadis.

"Itu tak benar. Saya kata, kita perlu berpegang kepada al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Saya tekankan kalau hadis itu bertentangan dengan al-Quran, kita perlu berpandu kepada al-Quran.

Sunnah kalau kita turut, dapat pahala, kalau tak turut, tak mengapa. Itu cuma sunat kepada kita sebaliknya yang wajib kita ikut datangnya daripada al-Quran.

"Ramai yang mudah terima hadis tetapi menolak al-Quran. Itu sebab ramai yang keliru dan berpecah," tambahnya. -Utusan online- dalam negeri).Posted by abnmulya at 12.22 am on March 26,2013.

10,000 himpun, berarak bantah DAP Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL pengarang@utusan.com.my RAKYAT Pulau Pinang termasuk ahli NGO berkumpul dalam Himpunan Penyatuan Rakyat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 24 Mac - Hampir 10,000 rakyat pelbagai kaum di negeri ini menyertai Himpunan Penyatuan Rakyat membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang disifatkan gagal menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan kehidupan rakyat negeri ini semakin tersepit sejak lima tahun lalu.

Perhimpunan yang berlangsung di Padang Kota Lama di sini hari ini merupakan kesinambungan daripada beberapa siri bantahan yang diadakan pelbagai pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri sejak kebelakangan ini.

Gerakan itu bertujuan menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan kerajaan negeri terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Apa yang menarik, perhimpunan kali ini turut disertai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) yang majoriti anggotanya merupakan ahli Pas.

Kumpulan pertama kira-kira 5,000 orang berkumpul lebih awal di lokasi manakala satu lagi kumpulan berarak sejauh hampir tiga kilometer dari Masjid Kapitan Keling menuju ke Padang Kota.

Turut berlangsung ialah bacaan doa selamat untuk mengenang perjuangan anggota keselamatan negara yang gugur ketika bertugas di Lahad Datu, Sabah, selain nyanyian lagu Inilah Barisan Kita.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow ketika menyampaikan ucapannya menggesa rakyat negeri ini melihat semula pencapaian kerajaan DAP Pulau Pinang setelah lima tahun mentadbir.

"Dalam tempoh itu, apa yang mereka buat? Tiada langsung, tiada satu pun rumah kos rendah dibina untuk rakyat dan baru-baru ini, tampil dengan idea mahu membina terowong dasar laut bertol.

"Sebaliknya, Kerajaan Pusat yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tampil menjalankan tanggungjawab itu menerusi pengumuman untuk membina 20,000 unit rumah mampu milik," katanya.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Timbalan Pengerusi MIC negeri, L. Krishnan; Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Azhar Ibrahim serta pemimpin-pemimpin BN negeri lain.

Mengulas lanjut, Cheng Yeow berkata, keadaan ekonomi negeri ini juga menunjukkan kemerosotan selepas kemasukan pelaburan semakin berkurangan.

"Ini semua berlaku kerana kerajaan negeri tidak mempunyai pelan ekonomi yang baik untuk memacu pertumbuhan dan apa yang mereka lakukan hanya mementingkan pemaju sahaja," ujarnya.

Menurutnya, jika BN dapat merampas kembali Pulau Pinang, pihaknya akan mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menghapuskan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang.

Sementara itu, peserta perhimpunan dilihat membawa pelbagai sepanduk yang mengecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ada yang memakai baju T dengan perkataan 'Lim Guan Eng Racist' serta meluangkan slogan 'Kerajaan Negeri Penipu'.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at2357 hrs on March 25,2013.

Jangan beri banyak ruang berita untuk Anwar--Daim

Tun Daim Zainuddin
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberi terlalu banyak ruang berita kerana itulah apa yang beliau suka, sebaliknya usah hiraukannya kerana beliau tidak suka apabila tidak dipedulikan, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Daim berkata orang tidak harus membazirkan masa dengan Anwar kerana beliau telah melepasi “tarikh luput" dan zaman ketua pembangkang itu telah datang dan berlalu.

"Saya juga fikir yang anda tidak harus memberikan terlalu banyak ruang berita untuk beliau. Itu yang beliau suka. Beliau tidak suka bila tidak dihiraukan, jadi bagi saya jangan hiraukannya.

 "Beliau sepatutnya dibiarkan sahaja menjadi penghibur, menari dan menyanyi di ceramah-ceramah. Sepertimana saya katakan, zamannya sudah berlalu, umpama "burung punggok merindukan bulan"," kata Daim dalam wawancara dengan New Sunday Times di sini.

Bekas Menteri Kewangan itu menegaskan jika rakyat memilih pembangkang yang dipimpin Anwar, dengan itu negara akan menuju jalan kehancuran.

"Beliau telah diuji semasa krisis kewangan Asia dan beliau telah gagal. Saya juga fikir yang beliau gagal bukan hanya kerana dasar-dasarnya, tetapi juga kerana motifnya," katanya.

Daim berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu benar-benar marah dengan krisis itu kerana beliau tidak sanggup melihat apa yang telah beliau bina sejak bertahun-tahun lamanya musnah akibat sikap tamak spekulator dan penyangak mata wang.

Bekas Menteri Kewangan itu juga melahirkan kegusarannya bahawa Anwar tidak arif mengenai ekonomi dan jika beliau sekali lagi menjadi menteri kewangan atau perdana menteri, beliau akan cenderung mengikut jejak Amerika.

"Amerika sedang berada dalam krisis, Eropah sedang berada dalam krisis. Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia," katanya.

Beliau berkata Anwar cuba mendapatkan Australia untuk menyokongnya, untuk mengutuk dan menyatakan pilihan raya di negara ini tidak adil serta menyatakan Arab Spring di Malaysia bukan menerusi revolusi tetapi menerusi peti undi.

Menurut Daim, Anwar sedang “menghasut" fikiran rakyat di sini dan memberitahu dunia bahawa pembangkang akan menang sedangkan beliau tahu yang beliau tidak boleh menang.

"Beliau memberitahu dunia yang beliau akan menang pilihan raya ini tetapi sekiranya pembangkang kalah, Anwar akan kata ini adalah kerana wujud amalan berat sebelah dan perusuh akan keluar ke jalan-jalan untuk protes.

 "Beliau berjanji untuk membentuk kerajaan pada September 2008. Semua orang gentar dan ramai yang percayakan beliau. Itu memang cara beliau. Beliau hanya pandai cakap dan berjanji. Kini, beliau memberitahu dunia yang beliau akan menang," kata Daim.

Katanya jika pembangkang kalah, Anwar akan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring ke sini serta menghasut rakyat bahawa di bawah Barisan Nasional, undi mereka dicuri dan mereka perlu melakukan protes jalanan untuk mendapatkan semula undi mereka.

"Dapat anda bayangkan senarionya jika pembangkang tidak berjaya ke Putrajaya? Beliau akan berterusan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring di sini."

Daim menegaskan tidak pernah berlaku penipuan dalam pilihan raya di Malaysia dan ini terbukti apabila pembangkang membentuk lima kerajaan negeri pada pilihan raya umum lepas.

"Bagaimana pembangkang boleh menang banyak kerusi sekiranya kerajaan menipu dalam pilihan raya? Tiada pilihan raya yang sempurna di dunia ini," katanya.

Daim menegaskan tiada perbalahan antara beliau dan Anwar sehingga ketua pembangkang itu mula menuduh menjadi ketua konspirasi.

"Saya bukan seperti Cassius. Saya mungkin kurus tetapi wajah saya tidak nampak macam “lapar sangat" dan yang pasti saya bukan seperti Brutus. Apabila Anwar mendakwa saya ketua konspirasi, beliau tahu kebenarannya yang saya tidak terlibat, tiada peranan langsung," katanya. - BERNAMA (Utusan online-politik)Posted by abnmulya at 2332 hrs on March 25,2013.

Sunday, March 24, 2013

Majlis Sumbangan Kasih Mesra kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Warga Emas di Kawasan Parlimen Gombak.

Pagi tadi,seramai 600 orang Ibu-Ibu Tunggal dan Warga Emas dari 3 kawasan DUN di dalam Parlimen Gombak iaitu dari DUN Gombak Setia.DUN Batu Caves dan DUN Hulu Kelang, hadir di Majlis Kasih Mesra,di Sek..Men.Kebangsaan Batu Caves,Selayang,Selangor.

Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
March 25,2013 at 5.31pm.

Biasanya pada setiap hari Ahad saya mesti ke pasar Taman Sri Gombak yang tidak jauh dari rumah kediaman penulis. Biasanya bila penulis pergi ke pasar HS penulis jarang-jarang di bawa.

Sebaik sahaja penulis dah membeli ayam,ikan dan sayur-sayuran dan di bawah masuk ke dalam kereta lantas penulis ke restauran Sarina yang terletak di sebelah pasar itu mengambil sarapan pagi.
Tan Seri Datin Zaleha Ismail

Makanan yang penulis suka di restauran itu ialah nasi lemak dengan lawaknya telur ayam mata lembu dan air minuman yang penulis suka ialah nescafe tarik.

Disebabkan pada hari minggu begitu ramai pelanggan yang berarapan pagi di restauran Sarina itu?

Kadang-kadang penulis kena tunggu selama 10 atau 15 minit baru makanan yang dpesan itu baru tiba di meja makan penulis di restauran tersebut.

Sebaik sahaja tiba di rumah dan menyerahkan semua barang-barang dapur yang penulis beli untuk 1 minggu itu diserahkan kepada isteri untuk disusun olehnya ke dalam peti sejuk.

Penulis naik ke bilik atas untuk melihat HS penulis di bilek tidur di tingkat satu dan bila dibuka didapati ada miss call dari Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak bagi penggal 2004 hingga 2008.
Datuk Dr.Rahman Ismail.

Kini beliau sedang jadi Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang paling aktif di Selangor yang mempunyai sebanyak 140 buah badan-badan Ngo yang kecil-kecil telah bergabungan di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Ngo-Ngo itu masing-masing berfungsi dengan berbagai-bagai jenis aktiviti yang telah dan sedang dilakukan dengan cara mengisikan dengan berbagai-bagai program untuk mendekati rakyat di akar umbi sejak dua setengah tahun yang lalu higga kini.

Saya segera hubungi Datuk Dr.Rahman Ismail melalaui HSnya. Lantas beliau memberitahu penulis bahawa sejak pagi-pagi lagi,ada satu majlis kebajikan untuk menyampaikan hadiah kasih mesra untuk Ibu-ibu Tunggaldan dan Warga emas, di semua kawasan iaitu, di 3 kawasan DUN di dalam Parlimen Gombak.

Majlis tersebut diadakan di Sek.Men.Kebangsaan Batu Cave,Selayang. Penulis segera ke sekolah tersebut dan penulis sampai kira-kira jam 10.30 pagi.

Sebahagian lagi Ibu-Ibu Tunggal danm Warga Emas yangberpeluang duduk di dalam Dewan Sekolah tersebut kerana dah datang terlebih awal. Yang lewat tiba terpaksalah duduk di kaki lima dewan tersebut.
Disebabakn penulis tiba di sekolah tersebut lewat sedikit,maka penulis dapati ketika itu Datuk Dr.Rahman Ismail,dilihat hampir selesai memberi uapannya. Jadi, tidaklah dapat penulis siarkan  intipati ucapan  Datuk Dr.Rahman Ismail di majlkis yang penuh dengan kegemnbiraan tu.

Menerusi kain rentang besar yang di pamirkan di dinding dewan sekolah itu. Maka fahamlah penulis bahawa Majlis tersebut dianjurkan oleh Kelab Wanita 1 Malaysia (KWIM) yang ketuanya ialah Puan Seha, Naib Ketua Wanita Umno Bahagian  Gombak.

Disebabkan di dalam dewan sekolah itu dah penuh sesak dan kesempitan tempat maka terpaksa sebahagian ibu-ibu tunggal dan warga emas itu duduk dikaki lima dewan sekolah itu.
Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang dipimpin oleh Datuk Dr.Rahman Ismail telah menyumbang dan juga sebuah Ngo MIC di Gombak yang dipimpin oleh Enchi Ravi turut bekerjasama.

Datuk Dr.Rahman Ismail dan Encik Ravi masing-masing turut sama menyumbangkan dana bagi menjayakan majlis untuk menyampaikan hadiah Kasih Mesra itu dengan menggunakan wang poket masing-masing.

Badan ngo-ngo tidak mendapatkan apa bantuan dari pihak berkuasa bila melakukan aktiviti mereka ketika mendekati masyarakat akar umbi.Malang sungguh nasib ngo-ngo ini.Bekerja kuat untuk naikkan imej kerajaan cara sukarela sahaja.

Kalau parti-parti politik? Maka segala aktiviti ada DANA yang di sediakan dari ibu pejabat parti masing-masing.Seharusnya Ngo-Ngo ini mesti diberi imbuhan jua.Harus di beri peluang jadi calon untuk bertanding di dalam pilihanraya umum ke ;13 ini dan dilantek juga sebagai senatorsetelah selesai pilihanraya umum nanti.Barulah adil namanya.

Contohnya? Macam penulis. Pergi ke tempat tersebut guna kereta sendiri. Pandu kereta sendiri.Ambil gambar dimajlis tersebut sendiri dan guna kamera sendiri juga.Bila tiba di rumah terus tulis pula rencana berhubung dengan majlsi itu dan ini yang memakan masa dua atau tiga jam lamanya dengan menggunakan komputer sendiri juga.

Tapi ujung-ujung tidak ada hasil apa pun...?. Dunia ini sangat zalim dan gila sekali. Tiada hati perut,tiada  pertimbangan langsung...semuanya hendak percuma belaka....melampau sekali.Tiada apa-apa. Ertinya tiada orang yang kasih tiada orang sayanag dan tiada orang yang peduli.Ibarat lilin menerangi orang lain tetapi terpaksa membakar diri sendiri.

Dalam konteks kasih sayang ini? Nabi SAW ada bersabda yang berbunyi:" JIka kita tidak sayang orang? Maka orang lain pun tidak akan sayang kita.Jadi, untuk itu? Allah SWT pun tidak sayang pada kita.Jika kita tidak tahu sayang pada orang lain."
Ibu-ibu Tunggal dari kaum India pun ada juga yang hadir
Hadiah Kasih Mesra kepada ibu-ibu tunggal dan warga emas khasnya kepada ibu-ibu tunggal dan warga emas segelintir dari jumlah  penduduk-penduduk dan pengundi-pengundi di Parlimen Gombak yang mempunyai undi Parlimen sebanyak hampir-hampir 125,000 orang pada PRU ke:13 ini.

Penulis difahamkan bahawa hadiah Kasih mesra itu merupakan hamper yang mana pada tiap-tiap satu bungkus hadiah Kasih Mesra itu bernilai lebih RM 20-00.

Isinya? Yang berada di dalam bungkusan plastik itu merupaka beras 5 kilos.Tepung gandum satu paket.Minyak masak 2 bungkus plastik dan 1 bungkus mee segera.

UCAPAN TAN SERI ZALEHA ISMAIL

Tan Sri Zaleha Ismail yang merupakan penasihat khas pada Gabungan Ngo-Ngo Gombak dalam ucapanya yang rengkas kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Warga Emas di dalam majlis itu telah menyatakan bahawa beliau cukup faham dan semacam benar-benar dapat merasai kesulitan-kesulitan yang sudah dan sedang dihadapi oleh Ibu-Ibu Tunggal dan Warga Emas itu dalam menempuh kehidupan nereka di zaman semua keperluan hidup ketika ini boleh dikatakan semuanya mahal-mahal belaka.

Katanya,ketika beliau menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dulu itu. Isu dan kes-kes Ibu-Ibu Tunggal dan warga emas, adalah langsung diletakkan di bawah tanggung jawab beliau.  Menurutnya, beliau telah menemu bual dan mendengar segala rintihan oleh Ibu-Ibu Tungal dan warga emas yang telah menemuinya sekaligus mereka ini telah menyatakan kepada beliau tentang masalah mereka secara terang-terangan.

Tan Seri Zaleha benar-benar mengakui bahawa hadiah Kasih Mesra ini,tidaklah seberapa nilainya.Insya Allah! Hadiah-hadiah serupa ini akan selalu dihadiahkan kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Warga Emas sebagai tanda muhib ah dan sebagai pertolongan sampingan yang termampu oleh Ngo-Ngo kerana Ngo-Ngo tidak dapat bantuan kewangan dari kerajaan ketika melakukan aktiviti mendekati rakyat di akar umbi.
Dari kanan:En.Ravi,Hj.Fadzli Mansor,Pengetua sekolah Sek.Men.Kebangsan Batu Caves dan Tan Seri Zaleha Ismail, Penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak, sebelahnya ialah Puan Seha, Ketua Kelab Wanita 1 Malaysia (KWIM) merangkap Naib Ketua Wanita Umno  Bahagian Gombak.
"Dengan berbuat begini maka berpeluanglah badan-badan Ngo-Ngo ini,dapat bertemu muka untuk terus menyambungkan perhubungan Silaturrahim di anatara kita bersama,di samping mengetahui masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh anda semua"kayanya.

Kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Warga Emas yang hadir di majlis tersebut? Secara terus terang TanSeri Zaleha Ismail memberi pesanan. Jika anda ada anak-anak perempuan yang sedang bekerja dan apabila sudah berumah tangga janganlah biarkan anak-anak perempuan anda itu berhenti kerja.

Tan Seri Zaleha Ismail berkata,lazimnya kita ibu-ibu mahukan anak-anak perempuan kita itu bila sudah berumah tangga dan kita mengharapkan mahligai rumah tangga yang telah mereka bina itu akan kekal aman damai selagi hayat mereka dikandung badan.

Tetapi kita semua tidak tahu ketentuan dari Allah SWT. Jika anak-anak perempuan kita sesudah berkahwin mereka berhenti kerja? Tiba-tiba rumah tangga mereka porak peranda  dan telah berlaku perceraian? Sedangkan di waktu itu mereka dah tidak bekerja lagi?

Tan Seri Zaleha dan Datuk Dr.Rahman Ismail sedang menyampaikan bungkusan hadiah Kasih Mesra yang merupakan barang-barang makanan kepada Ibu-Ibu tunggal dan Warga Emas di pagi tersebut.
Makan jadilah mereka ibu-ibu tunggal. Bila dah jadi ibu tyunggal? Dan selaku ibu tunggal,suka atau tidak suka? Sudah pasti mereka akan berdepan dengan berbagai-bagai masalah yang sangat menyukarkan untuk mereka terus memelihara anak-anak mereka yang kecil-kecil dan sebagainya.

Justeru itu cubalah nasihatkan anak-anak perempuan anda jangan sekali-kalai berhenti kerja sesudah berkahwin.Tiada siap yang akan men getahui apa akan terjadi pada hari esok kita?

ISU-ISU PILIHANRAYA UMUM KE:13

Ketika menyentuh berhubung dengan isu Pilihanraya Umum ke :13 yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja itu? Tan Seri Zaleha telah menerangkan kepada para hadirin bahawa beliau telah pergi banyak negeri-negeri di dalam dunia ini.

Menurut kajian yang telah beliau buat? Secara jujur dan ikhlas beliau secara terang-terangan menyatakan bahawa Malaysia adalah merupakan satu-satunya kerajaan yang dipimpin Umno-BN didapati begitu drastik membangunakan Malaysia jadi negara moden dan sekaligus begitu mengambil berat tentang nasib rakyatnya yang berpendapatan rendah dengan cara memberi berbagai-bagai bantuan (subsidi) kepada rakyat.

Justeru itu beliau meneyeru kepada hadirin di majlis tersebut agar menjadi mata dan telinga kerajaan Umno-BN dengan sedaya upaya cuba mengenal pasti musuh-musuh Umno-BN dan di samping itu cuba sedaya upaya mempengaruhi sahabat handai di sekeliling rumah, kawan-kawan sepejabat di kalangan Ngo-Ngo dan sebagainya.


Terutama kepada para pengundi di atas pagar yang sangat besar bilangan mereka di dalam parlimen Gombak ini. Pujuk, rayylah mereka akan megundi Umno-BN apabila tiba pilihanraya umum yang ke:13 nanti. Dan nyatakanlah kepada mereka! Marilah kita beramai-ramai tolak dan tetap tolak.....calon-calon parti pembangkang tanpa berfikir panjang lagi.

"Rakyat Selangor telah memberi peluang pada parti -parti pembangkang berkuasa di Selangor selama lebih 5 tahun lamanya. Iaitu,dari 8 hb.Mac, 2008 hingga 2013. Tahukah anda apa yang telah terjadi pada janji-janji mereka yang tersirat di dalam manisfeto pilihanraya mereka pada PRU:12 pada 2008 dulu itu?" tanya beliau.

Pertanyaan beliau itu telah di jawab oleh ibu-ibu tunggal dan warga emas itu secara serentak."Apa pun tidak ada....,tipu belaka.....Segala janji-janji tidak ditepati,segala kata-kata tidak pun dikotakan oleh mereka," jawab para hadirin di majlis tersebut dengan suara yang lantang dan secara terus terang.

Dari kiri: Puan Seha Ketua (KWIM) Tan Seri Zaleha dan Datuk Dr.Rahman seang bersiap sedia hendaka menyampaikan hadiah Kasih Mesra kepada para Ibu Tunggal dan Warga Emas di pagi tersebut.
"Adakah janji-janji mereka untuk menolong,membantu ibu-ibu tunggal dan warga emas ditepatinya?" tanya lagi Tan Seri Zaleha Ismail.

"Poorlah.....tidak ada apa-apa pun....habuk pun tak ada..depa jual kelentong aje..tipu punya parti...tidak boleh diharapkan dan para pemimpinnya itu tidak boleh di percayai,mereka hanya pandai buat janji itu dan ini di atas pentas ceramah dan demonstrasi gila di jalanan sahaja," lagi jawapan yang telah diberikan oleh hadirin.

"Jadi,di dalam pilihanraya umum kali ke:13 ini...siapakah yang anda mesti pilih untuk merampas semula 4 kerusi di parlimen Gombak yang kita dah kalah pada PRU ke:12 dulu pada 8 hb.Mac, 2008 dulu itu?"  tanya lagi Tan Seri Zaleha Ismail.

"Kami semua akan undi Umno-BN...Kami mahu kebumikan parti-parti pembangkang dari bumi Parlimen Gombak dengan 4-0 juga," jawab para hadirin serentak.

"Betul ke ni....?"

"Betul! Kami janji dan kami berikrar...atas nama Allah!"

"Kalau begitu....terima kasih banyak-banyak...dan kita akan bertemu di hari pilihanraya ke:13 nanti. Dan jangan lupa sayangi Umno,sayangi Selangor,"

"Boleh.....bila-bila  masa pun  boleh.Tan Seri....dan kita akan berjumpa lagi...,"

Majlis bersurai kira-kira jam 12.30 hari setelah semua ibu-ibu tunggal dan warga emas itu selesai dihadiahkan dengan hamper yang tidak begitu sempurna itu...tetapi mereka dilihat sangat gembira menerimanya.(Posted by abnmulya at 1731hrs on March 25,2013.


Beri Najaib peluang ,kata bekas Menteri Kewangan

Oleh Mohd Farhan Darwis 
March 24, 2013
Daim turut menegaskan kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat bahawa mereka serius dalam membanteras rasuah. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu merombak barisan Kabinetnya dan menggantikan muka baru kerana kebanyakan pemimpin dalam Kabinet yang diterimanya daripada bekas perdana menteri sebelum itu telah melepasi tempoh perkhidmatan mereka.

“Najib perlu merombak Kabinet, bawa masuk muka baru. Orang rasa beliau membawa beban yang besar dalam Kabinetnya. Kebanyakan mereka telah melepasi tempoh perkhidmatan,” kata Daim dipetik akhbar The Sunday Times hari ini.

Daim juga turut berkata Najib perlu diberikan peluang dan tempoh lima tahun pemerintahannya adalah ujian dan beliau harus diberikan mandat.

“Biar beliau laksanakan dan meneruskan polisi transformasinya,” kata Daim lagi dipetik akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.

Daim turut berkata beliau lebih percayakan Najib berbanding ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar jelasnya bukanlah calon yang layak untuk menjadi perdana menteri.

“Saya mahu Najib menang kerana Anwar bukanlah calon yang layak menjadi perdana menteri. Saya percaya beliau (Anwar) akan menghuru-harakan negara dengan menerima nasihat daripada IMF (Tabung Kewangan Dunia), Bank Dunia, dan Wolfowitz, (bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz),” katanya lagi.

Najib bagaimanapun jelas Daim perlu menentang gejala rasuah dan jenayah serta mengukuhkan keselamatan negara termasuk semakan terhadap sistem pendidikan negara.

“Tanpa bahasa Inggeris, kita tidak mampu bersaing, terutamanya Melayu. Melayu perlu sedar, tanpa bahasa Inggeris, mereka tidak akan mempu bersaing, bahasa Inggeris perlu jadi bahasa kedua,” katanya.

Jelasnya lagi, penukaran medium daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bukanlah satu kesalahan kerana ia merupakan lingua franca, namun polisi mempromosikan bahasa Melayu yang mempunyai kelemahannya.

“Kita tidak perlu menghapuskan bahasa Inggeris semata-mata untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca,” katanya dan menambah, bahasa Arab juga seharusnya dikuasai kerana “duit itu datang dari negara Arab yang kaya-raya.

Daim turut menegaskan kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat bahawa mereka serius dalam membanteras rasuah, namun mereka juga perlu mendapatkan bantuan rakyat.

“Kerajaan sendiri tidak akan mampu menghapuskan gejala rasuah, tingkatkan kesedaraan rakyat dan libatkan sekolah. Ia adalah perkara dua hala.

“Rakyat juga perlu bebas rasuah, dan tidak sekadar salahkan kerajaan. Jika rakyat jujur dan bersih, kerajaan juga akan bersih,” katanya lagi.(The Malaysian Insider0.Posted by abnmulya at 12.58 am on March 25,2013.

Daim gesa Najib perangi rasuah,jenayah serta gugurkan pemimpin sudah sampai 'tarikh luput'

March 24, 2013

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menyeru Datuk Seri Najib Razak untuk berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.

Ahli politik berpengaruh itu berkata, rakyat Malaysia tidak akan mempercayai angka atau kenyataan pemimpin negara jika mereka sendiri tidak merasa selamat.

"Tentang keselamatan negara, setiap hari dalam media dan televisyen, terdapat laporan pembunuhan dan jenayah," kata Daim (gambar) dalam wawancara bersama New Sunday Times hari ini.

"Anda kata negara selamat, tetapi jika rakyat tidak merasa selamat, mereka tidak akan percaya kepada anda tidak kira apa pun statistiknya," tambah beliau.

Daim juga berkata Najib perlu merombak Kabinet kerana masih terdapat pemimpin-pemimpin yang sudah melepasi "tarikh luput".

"Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak "orang lama" dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi "tarikh luput"," katanya.

 Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib untuk lima tahun lagi, veteran Umno itu berkata: "Uji beliau. Berikan beliau mandat. Beliau telah melakukan tugasnya dengan begitu baik. Biar beliau melaksanakannya dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau."

Daim, yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui negara.

"Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau -- apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan," katanya.

Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor.

Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat.

"Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya.

Kepada soalan bahawa Anwar percaya bahawa beliau telah ditakdirkan untuk menjadi perdana menteri akan datang, Daim berkata:

"Sebenarnya, takdir ditentukan Tuhan. Anda mungkin sudah begitu hampir dengan jawatan itu, orang menyokong, Tuhan yang menentukannya. Saya rasa Tuhan masih sayangkan Malaysia."

 Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian, berkata BN boleh menang tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.

 "Umno mempunyai kira-kira 3.3 juta ahli, MCA, kira-kira satu juta dan MIC, kira-kira 600,000. Itu sahaja sudah kira-kira separuh daripada pengundi.

 "Kini, anda hanya perlukan mendapatkan sokongan daripada golongan atas pagar, dengan itu anda mampu menang. Tetapi BN perlu letakkan calon-calon terdiri muka baharu dan bersih yang diterima oleh pengundi," katanya.

Daim berkata sekiranya BN tidak bersatu, kedudukan pakatan pembangkang akan menjadi lebih baik sepertimana yang berlaku pada 2008. "Kekal bersatu, setia dan jangan sabotaj. Kita perlukan 'tangan' yang mantap dan berpengalaman. Hanya BN mempunyai pengalaman itu.

"Kita telah berjaya mengharungi krisis demi krisis, dan kembali pulih dengan cepat. Kita perlu beritahu orang Cina yang kita tidak boleh melakukan eksperimen. Lihat sahaja Jepun. Lihat di sekeliling kita. Lihat sahaja Britain. Kaji apa yang berlaku," katanya.

 Daim berkata Anwar telah berulang kali menyatakan akan berlaku demonstrasi ala Arab Spring sekiranya pembangkang kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana apa yang mereka anggap sebagai "penipuan".

 "Beliau (Anwar) telah mewujudkan pentas untuk mewajarkan kekalahan mereka sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Pakatan telah menyediakan rakyat supaya mereka boleh menyalahkan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Pertamanya, kita bukannya sebuah negara Arab. Dan keduanya, sekiranya wujud "penipuan" pada pilihan raya umum sebelum ini, bagaimana Pakatan boleh menang di lima negeri pada 2008?

 "Arab Spring telah bertukar menjadi Arab Fall (kerana kalangan pemimpin tidak bersatu dan kestabilan terjejas)," katanya.(The Malaysian insider).Posted by abnmulya at 12.47 am on March 25,2013.

Perpaduan senjata ampuh pertahan keamanan negara-Senator Ezam Mohd Noor.

Oleh ABDUL YAZID ALIAS 

Santor Ezam Mohd Noor
KLANG 24 Mac - Rakyat pelbagai kaum diingatkan supaya sentiasa memelihara dan mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan mereka bagi memastikan keamanan negara tidak dapat digugat oleh mana-mana pihak.

Menganggap perpaduan sebagai 'senjata paling ampuh' yang dapat menjamin keamanan, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu akan berusaha melemahkan semangat itu untuk menyerang dan memecahbelahkan negara.

"Rakyat perlu sedar dan berwaspada terhadap kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang mencemburui kejayaan Malaysia dan mahu melihat negara dalam keadaan tidak aman.

"Begitu juga dengan kewujudan tali barut yang rakus politik sehingga menjadi perkakas serta alat kepada pihak tertentu untuk melemahkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini.

 "Justeru, semua rakyat berbilang kaum harus berpegang dan kukuhkan perpaduan yang dibina sejak sekian lama hasil perjuangan bapa-bapa pengasas kita membina negara ini menerusi parti Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sarapan Pagi 1Malaysia yang dihadiri lebih 1,000 rakyat pelbagai kaum di Taman Klang Jaya, di sini hari ini. Program tersebut merupakan anjuran Gerakan Belia 4B Taman Desa Utama dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Taman Klang Jaya II yang bermatlamatkan memupuk perpaduan serta kesedaran rakyat mengenai pentingnya memelihara keamanan di negara ini.

Pada masa sama, program itu turut mengumpulkan sokongan rakyat kawasan terbabit terhadap para pejuang negara yang sedang menjalankan tugas memelihara kedaulatan negara daripada ancaman pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Menurut Ezam, pencerobohan Lahad Datu adalah satu contoh yang jelas wujudnya pihak yang cuba menggugat keamanan negara. "Pencerobohan Lahad Datu adalah secara fizikal yang kita nampak, namun ada serangan yang kita tidak nampak.

Maka, perpaduan rakyat berbilang kaum amat penting sebagai satu jaminan keamanan dan kemakmuran negara terus dikekal dan dipertahankan pada masa depan," ujarnya. - UTUSAN(Utusan online-dalam negeri).posted by abnmulya at 12.26am on March 25,2013.