Friday, May 31, 2013

Parti Tunggal : Perbincangan,Tinjauan Dilakukan

KUALA LUMPUR 31 Mei - Sebarang perubahan terhadap UMNO ekoran cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal perlu diperhalusi dengan mendalam bagi mengelak penolakan khususnya dalam kalangan ahli UMNO terhadap parti Melayu terbesar itu.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melihat sebarang perubahan itu perlu berdasarkan pada penerimaan oleh ahli-ahli UMNO sendiri. Menurut beliau, UMNO akan mengadakan perbincangan di peringkat makmal selain membuat tinjauan dengan ahli-ahli parti bagi mencari kata putus berhubung cadangan berkenaan.

''Hari ini Majlis Tertinggi UMNO berbincang tetapi ini di peringkat membayangkan pelbagai kemungkinan tetapi kita perlu mengadakan perbincangan di peringkat makmal selepas ini dan kita perlu juga buat tinjauan dengan ahli-ahli UMNO.

''Kita faham UMNO adalah parti yang begitu dekat di hati dan disayangi oleh ahli parti. Jadi sebarang perubahan kepada UMNO perlu diperhalusi dengan mendalam supaya tidak timbul penolakan ahli-ahli parti yang begitu setia kepada parti selama ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga Naib Presiden, Ketua-ketua sayap serta ahli-ahli MT itu merupakan mesyuarat MT kali pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Najib sebelum itu mengulas cadangan Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti.

Walau bagaimanapun, perkara itu mendapat bantahan pelbagai pihak khususnya kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mengulas lanjut, Najib berkata, sebarang pertimbangan mengenai cadangan berkenaan akan diserahkan kepada peringkat makmal terlebih dahulu sebelum diadakan tinjauan dalam kalangan ahli parti.

''Bukan sahaja cadangan itu tetapi cadangan-cadangan lain juga akan kita bincangkan dengan ahli UMNO bagi menentukan hala tuju yang terbaik untuk parti kita,'' ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Pengerusi BN memberitahu, BN akan mengemukakan lebih 50 petisyen untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 terutama di 37 buah kawasan berkaitan kelayakan calon pembangkang iaitu sama ada mereka meletakkan calon mengikut peraturan atau sebaliknya.

Beliau turut menjelaskan, Sekretariat Lembaga Disiplin UMNO telah menerima 99 kes aduan berkaitan sabotaj parti sepanjang pilihan raya umum lalu.

''Kes-kes ini akan ditentukan keputusannya oleh Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin parti. ''Sementara itu, sebanyak 192 ahli UMNO didapati telah bertanding sebagai calon Bebas dan menyertai pembangkang sepanjang pilihan raya umum lalu dan mereka dipecat berdasarkan pada keputusan dasar parti,'' tambahnya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 120 hrs on JUNE 01,2013.

Dua Naib Presiden Umno Sokong Rancangan Penstrukturan Sem ula Parti

KUALA LUMPUR 31 Mei - Dua Naib Presiden UMNO menyambut baik rancangan penstrukturan parti itu menerusi penubuhan beberapa jawatankuasa baharu bagi memastikannya terus relevan pada masa akan datang.
Naib Presiden Umno,Zagid Hamidi

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan jawatankuasa yang bersifat kekal itu perlu diberikan penekanan supaya parti tersebut terus menjadi pilihan rakyat pelbagai peringkat usia.

Katanya, antara jawatankuasa yang bakal ditubuhkan meliputi jawatankuasa penerangan, penyelidikan dan latihan serta multimedia dan media sosial. "Pada 2017 dan 2018, dijangkakan hampir 2.5 juta rakyat adalah dalam kalangan pengundi baharu dan parti harus berusaha mendekati kumpulan tersebut.

 "Ini merupakan tumpuan baharu parti dan jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan akan digarap untuk menjadikan UMNO serta Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang memberi tumpuan kepada pengundi baru itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Naib Presiden Umno,Mohd Shafie Apdal
Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut menyambut baik keputusan penstrukturan dan penubuhan beberapa jawatankuasa bagi mengemaskini serta menambah baik prestasi UMNO agar kekal menjadi landasan orang Melayu.

Katanya, UMNO akan melihat serta berfikir secara positif segala keputusan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan sedang merangka semula strategi bagi persedian menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna yakin prestasi UMNO cukup baik daripada parti-parti lain dalam keputusan pilihan raya umum lalu dengan penambahan sembilan kerusi yang dimenangi UMNO.

"Pada masa ini UMNO terbukti cukup kuat dan masyarakat Melayu masih menyokong kita kerana kita sentiasa memperjuangkan hak mereka.

"Kita tidak perlu risau atau terganggu apabila gagal memperoleh keputusan dua pertiga majoriti. Apa yang penting, prestasi UMNO sebagai landasan orang Melayu cukup baik," katanya.(Utusan online-politik).

Jangan Biarkan Kit Siang Goyang Kaki DCi Gelang Patah.


Tajuddin,Sabariah,Teh Kin Hua
 IPOH 31 Mei - Penduduk Parlimen Ipoh Timur mengingatkan penduduk di Parlimen Gelang Patah tidak terus membiarkan Ahli Parlimen baharu kawasan itu, Lim Kit Siang mengekalkan sikap ‘goyang kaki’ seperti yang diamalkan beliau sebelum ini.

Menurut mereka, penduduk di parlimen itu perlu mengambil iktibar daripada pengalaman mereka selama dua penggal di bawah Penasihat DAP itu yang disifatkan sebagai sia-sia kerana pemimpin berkenaan tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan penduduk.

Pesara tentera, Tajuddin Salleh, 61, berkata, penduduk di Gelang Patah mengambil risiko yang cukup tinggi memilih Kit Siang sebagai wakil rakyat walaupun mereka sedia maklum tentang sikap ‘pemalas’ pemimpin tersebut.

“Mereka perlu desak Kit Siang untuk bekerja. Cukuplah dua penggal dia goyang kaki di Ipoh Timur. Jangan biarkan dia terus selesa dan ulangi sikap itu. “Sebagai wakil rakyat, dia perlu berkhidmat, bukannya hanya tunjuk muka sekali-sekala.

Jika sebelum ini Barisan Nasional (BN) banyak bantu, kini penduduk Gelang Patah minta pula bantuan daripada dia, kita tengok dia bantu atau tidak," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, suri rumah, Sabariah Sultan, 65, kesal kerana penduduk di Gelang Patah tidak mengambil iktibar atas apa yang terjadi kepada penduduk di Ipoh Timur yang diabaikan Ahli Parlimen sendiri sejak 2004.

Katanya, dia yakin cubaan mengubah pemimpin yang dilakukan penduduk di kawasan Parlimen itu akan memakan diri kerana Kit Siang bukan seorang pemimpin yang mampu menggalas tanggungjawab diberikan. “

Selama ini kita semua senang di bawah kerajaan BN tetapi mengapa mahu mengambil risiko memilih wakil rakyat yang langsung tidak tahu membuat kerja?

“Mereka perlu bertegas dan kerah Kit Siang untuk laksanakan amanah. Jika tidak, sia-sia sahaja mengundinya," katanya.

Bagi pesara, Teh Kin Hua, 64, pula berkata, jika sebelum ini pengundi di Parlimen Gelang Patah bermati-matian memilih Kit Siang sebagai wakil rakyat, kini mereka juga perlu bersungguh-sungguh memastikan pemimpin itu melaksanakan tanggungjawabnya. “

Di Ipoh dia tidak buat kerja, di Gelang Patah apatah lagi. Namun, saya harap mereka tidak terus membiarkan Kit Siang dengan lagaknya. Dia perlu dikerah untuk bekerja," katanya.

Sementara itu, R. Raveedran, 75, berkata, sikap sebenar Kit Siang yang tidak mempedulikan penduduk di Ipoh Timur sebelum ini bakal turut dirasai penduduk di Gelang Patah.

“Sudah lama kami diabaikan wakil rakyat sendiri. Penduduk di Gelang Patah jangan berdiam diri, mereka telah undi dia dan ini masanya dia membalas budi," katanya.(U
TUSAN ONLINE-POLITIK).pOSTED BYA ABNMULYA AT 12.59 AM ON jUNE 01,2013.

PENGLIBATAN SYARIKAT ELEKTRONIK TAIWAN DISIASAT

KUALA LUMPUR 31 Mei - Sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.
]
Syarikat elektronik itu juga dipercayai mempunyai hubungan yang 'agak rapat' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mempunyai cawangan kilang syarikat tersebut di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber, siasatan pihak berkuasa akan turut menjurus kepada latar belakang Red Bean Army yang dipercayai menerima dana yang disalurkan oleh syarikat elektronik tersebut.

"Kita percaya pengasas syarikat tersebut terlibat secara langsung menyalurkan dana dan bantuan kewangan kepada kumpulan tersebut.

Malah gambarnya bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah tersebar di portal propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini.

"Gambar tersebut memperlihatkan individu yang dikaitkan dengan syarikat elektronik itu bersama Guan Eng di atas pentas memberi ceramah ketika kempen pilihan raya umum yang lalu," kata sumber itu lagi.

Menurut sumber, pemilik syarikat itu merupakan graduan di sebuah universiti di Taiwan mempunyai pengalaman bekerja di syarikat elektronik terbesar di negara itu sebelum memutuskan untuk membuka cawangan di Malaysia.

"Dia membuka cawangan syarikat tersebut di Pulau Pinang selepas mendapat bantuan dan kelulusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) kira-kira tiga tahun lalu tetapi akhirnya menyokong pergerakan Red Bean Army yang dipercayai diatur oleh pihak pembangkang," tambah sumber itu.(Utusan online-politik).Posted by ab nmulya at 12.53 am on JUne 01,2013.
 UMNO muncul parti terkuat Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut kelihatan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. - BERNAMA 

KUALA LUMPUR 31 Mei - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO muncul parti terkuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu apabila jumlah kerusi yang dimenangi hampir menyamai dengan jumlah dimenangi oleh pakatan pembangkang.

Menurutnya, jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO sebagai parti tunggal adalah sebanyak 88 kerusi manakala jumlah kerusi yang dimenangi oleh tiga parti pembangkang hanya lebih satu kerusi iaitu 89 kerusi.

Selain itu katanya, berlaku peningkatan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada pilihan raya kali ini berbanding PRU-12, iaitu daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi.

"Selain itu kita juga mengambil kira kemenangan Barisan Nasional (BN) di Perak dan Kedah memandangkan kita kalah di dua negeri ini pada PRU-12 lalu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Mesyuarat MT yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga Naib Presiden, Ketua-ketua sayap serta ahli-ahli MT itu merupakan mesyuarat MT kali pertama selepas PRU-13. Najib berkata, UMNO juga mendapat pertambahan undi sebanyak 30 peratus pada pilihan raya umum baru-baru ini berbanding PRU-12.

"Walaupun sukar untuk menentukan secara tepat sebab sebahagian kawasan itu bercampuran, hasil kajian kita mendapati UMNO menerima peningkatan dari segi jumlah undi sebanyak 30 peratus berbanding PRU-12," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, UMNO akan terus berjuang dan dalam masa sama berusaha memantapkan lagi kekuatan parti tersebut sebagai parti terbesar bagi orang Melayu di negara ini.

Sehubungan itu katanya, mesyuarat MT bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang dipengerusikan oleh Muhyiddin untuk mengkaji semula pentadbiran di ibu pejabat.

"Antaranya mewujudkan bidang pengkhususan sepenuh masa dalam beberapa bidang seperti penyelidikan, latihan, media sosial dan penerangan. Kita mahu mewujudkan tenaga sepenuh masa yang profesional dan berdedikasi dalam menguruskan bidang-bidang tersebut.

"Tujuannya ialah untuk memastikan setiap arahan serta keputusan parti dilaksanakan dengan lebih berkesan," ujarnya.(UTUSAN ONLINE-dALAM nEGERI).pOSTED BY ABNMULYA AT 12.44 AM ON jUN 01,2013. TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Rusia Mungkin Bekal 10 Pesawat MIG-29 Kepada Rusia

Gambar fail bertarikh 24 April, 2012 merakamkan peluru berpandu diletakkan dekat sebuah pesawat pejuang MIG-29 milik pasukan tentera udara tentera Ukraine di aerodrom tentera udara di Vasylkiv, kira-kira 50 kilometer dari Kiev. Rusia dijangka membekalkan pesawat jenis ini kepada Syria pada tahun depan, lapor Interfax. - AFP 

MOSCOW 31 Mei - Rusia mungkin membekalkan 10 pesawat moden MiG-29 kepada Syria dibawah satu kontrak baru yang sedang dibincangkan, lapor agensi berita Interfax, semalam.

Interfax yang memetik Ketua Pengarah Perbadanan MiG, Sergei Korotkov berkata, maklumat kontrak tersebut kini dibincangkan. ''Delegasi dari Syria kini berada di Moscow.

Kami sedang menentukan maklumat kontrak ini. ''Saya rasa mereka akan dihantar ke Syria,'' katanya. Sementara itu, Rusia mungkin tidak menghantar sistem peluru berpandu anti-pesawat S-300 ke Syria pada tahun ini, lapor dua akhbar Rusia hari ini.

Laporan tersebut menafikan dakwaan senjata tersebut telah dihantar ke negara tersebut. Akhbar Vedomosti yang memetik sumber industri pertahanan Rusia melaporkan, tidak dapat dipastikan jika senjata itu akan dihantar ke Syria pada tahun ini.

Dalam pada itu, Akhbar Kommersant pula melaporkan penghantaran senjata itu hanya dirancang dilakukan pada suku kedua 2014. Presiden Syria dalam temubual dengan saluran televisyen Al-Manar, semalam menyatakan Rusia telah menghantar senjata tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua akhbar tersebut berkata, tiada penghantaran dilakukan pada masa ini. Kontrak pembelian senjata tersebut telah dipersetujui pada 2010 dan menurut laporan Vedomosti, ia bernilai AS$1 bilion (RM3.1 bilion).

Kommersant melaporkan, selepas penghantaran dilakukan pada 2014, kira-kira enam bulan diperlukan untuk melatih kakitangan dan melakukan ujian sebelum sistem itu boleh beroperasi sepenuhnya. Sumber Vedomosti menyatakan, walaupun kerajaan Rusia menegaskan kontrak tersebut akan dipenuhi, namun ia tidak bermakna penghantaran dilakukan. - AFP(Utusan online-Luar Negara)./Posted by abnmulya at 12.37 am on Jun 01.2013.

Polis Kenal Pasti

Oleh NORAZRIN MARZUKI
 pengarang@utusan.com.my 

Pengasas sebuah syarikat elektronik Taiwan yang merupakan rakyat Malaysia (kanan) dilihat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berkempen dalam PRU-13 lalu.Gambar ini pernah disiarkan dalam portal propembangkang Malaysiakini. 

KUALA LUMPUR 31 Mei - Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.

Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan YouTube.

"Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.

Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 12.20 am on June 01,2013.

Pucuk Pimpinan UMNO Negeri Dijangka Berubah

Tim.Ketua Perhubungan Umno Selangor Noh Omar
KUALA LUMPUR 30 Mei - Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan bermesyuarat buat pertama kali esok selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan pencapaian parti itu meningkat apabila berjaya memenangi 88 kerusi Parlimen.

Namun, di sebalik peningkatan pencapaian tersebut, UMNO turut terpalit dengan isu kegagalan menawan kembali Kelantan yang terlepas ke tangan Pas sejak 1990 selain mencatat prestasi terburuk di Selangor. 

Malah selaku parti tunjang Barisan Nasional (BN), UMNO tidak terkecuali terkena tempias kemerosotan sokongan pengundi Cina
sehingga BN hanya menang 133 kerusi Parlimen iaitu merosot tujuh kerusi berbanding 2008.

Utusan Malaysia dimaklumkan antara intipati mesyuarat MT UMNO kali ini adalah memberi tumpuan kepada bedah siasat awal keputusan pilihan raya umum lalu.

Co-Ordinator Umno Selangor  Mohd Zain
Selain itu, dijangkakan berlaku perubahan pucuk kepimpinan UMNO di beberapa negeri tertentu khususnya yang mencatat prestasi buruk pada pilihan raya umum lalu termasuk kedudukan pengerusi dan timbalan pengerusi perhubungan.

Antara negeri yang dijangka bakal berlaku rombakan pucuk kepemimpinan adalah Selangor apabila UMNO negeri itu hanya berjaya memenangi 12 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu merosot daripada 20 kerusi pada 2008.

 Perkara lain yang dijangka dibincangkan oleh MT adalah mengenai tindakan tatatertib ke atas pemimpin serta ahli UMNO yang bertindak melakukan sabotaj ke atas calon parti berkenaan ketika kempen pilihan raya umum lalu.(Utusan online-politik).Posted bya abnmulya at 1857 hrs on Mei 31,2013.

Syria Dapat Peluru Berpandu

 Syria dapat peluru berpandu Syria telah menerima peluru berpandu anti-pesawat pertama S-300 dari Rusia. - AGENSI 

BEIRUT 30 Mei - Syria telah menerima penghantaran pertama peluru berpandu anti-pesawat dari Rusia, kata Presidennya, Bashar al-Assad.

"Kumpulan pertama peluru berpandu Rusia S-300 telah tiba, selebihnya akan tiba tidak lama lagi,'' kata beliau dalam satu temu bual yang disiarkan hari ini. Rusia yang merupakan sekutu kuat Assad mempertahankan penghantaran peluru berpandu itu dan menyifatkan mereka telah memenuhi kontrak senjata sedia ada dengan Syria.

 Assad dalam wawancara bersama televisyen penyiar Hezbollah, al-Manar berikrar bahawa Syria akan 'bertindak balas dengan segera terhadap sebarang pencerobohan terbaharu Israel' ke atas Syria.

Israel melakukan serangan udara ke atas Damsyik bulan lalu dengan mendakwa ia disasarkan kepada konvoi peluru berpandu Iran yang akan dihantar kepada Hezbollah.

Dalam pada itu, akhbar Lebanon, al-Akhbar yang memetik kenyataan Assad berkata, keseimbangan kuasa tentera Syria kini telah memihak kepada tentera kerajaan selepas apa yang disifatkannya 'pencapaian hebat' di medan pertempuran.

 Assad pada masa sama tidak menafikan peranan pergerakan Hezbollah dalam pertempuran bersama tentera kerajaan namun berkata, tentera Syria masih menerajui pertempuran dengan pemberontak.

 ''Terdapat beberapa kumpulan daripada Hezbollah di kawasan bersempadan Lebanon, namun tentera Syria masih memberi perintah dan berperang menentang kumpulan pemberontak di Syria,'' katanya. - DPA(Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya at 1838 hrs on Mei 31,2013.

Thursday, May 30, 2013

PBNJ Dakwa FAM Berat Sebelah

GAMBAR HIASAN AJE....
PBNJ dakwa FAM berat sebelah

Oleh IFQDAR RAHMAN dan MUHAMMAD DAYNE AZMIN sukan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menerusi satu kenyataan di sini semalam mendesak agar Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM) bersikap lebih adil dan telus selaku pentadbir tunggal sukan itu di Malaysia.

Menerusi kenyataan tersebut, PBNJ mendakwa FAM bersikap berat sebelah dalam beberapa aspek bagi menangani kemelut perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, esok.

"Ini kerana, isu pengagihan tiket sebanyak 60,000 keping kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan bakinya sebanyak 20,000 keping untuk jualan umum adalah tidak patut berlaku kerana Johor DT juga berhak menuntut peruntukan sewajarnya.

"FAM dilihat terlalu memikirkan isu keuntungan jualan tiket bagi menanggung kerugian PBNP pada perlawanan yang tertangguh Selasa lalu, berbanding hal keselamatan penyokong kedua-dua pasukan yang bakal bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti," katanya menerusi kenyataan tersebut.

Tambah PBNJ, pihaknya terpaksa membuat rayuan bertulis kepada badan induk itu untuk mendapatkan peruntukan tiket sewajarnya.

Ekoran daripada itu, PBNJ mempersoalkan adakah terdapat konflik kepentingan antara FAM dan PBNP yang menjurus kepada keputusan tersebut diambil, sekali gus menerbitkan rasa gusar di pihak PBNJ mengenai mutu pengadilan oleh para pengadil yang akan bertugas pada perlawanan Sabtu ini.

Kenyataan itu juga mempersoalkan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini di Stadium Nasional Bukit Jalil, siapakah yang akan bertanggungjawab?

"Adakah PBNP atau FAM? Jika berlaku insiden yang sama di Stadium Larkin Johor Bahru, atau di Perak, Selangor atau mana-mana negeri yang lain, adakah persatuan bola sepak terbabit akan mendapat keistimewaan yang sama?

"Secara realitinya, penyokong Johor DT seperti dihukum kerana perlu membayar lebih untuk mendapatkan tiket, belanja tambahan untuk perjalanan, serta trauma fizikal dan mental setelah insiden Selasa lalu, selain kerosakan harta benda," jelas kenyataan itu.

Justeru PBNJ berpendapat, demi integriti dan cinta terhadap sukan bola sepak tanah air, rakyat Malaysia berhak mengetahui jawapan bagi segala persoalan tersebut.

"Jawapan dari pihak FAM adalah penting bagi menjawab segala persoalan yang timbul selain menjaga nama baik FAM selaku badan induk yang memangkin kepada kemajuan arena bola sepak tempatan," kata kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud, yang menjawab persoalan berkenaan berkata, keputusan untuk mengadakan permainan semula di Stadium Nasional sambil dihadiri penonton adalah muktamad.

''Saya telah mendapat surat daripada PBNJ pada tengah hari tadi dan apa yang saya boleh perkatakan, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) perlu dipatuhi kecuali diubah melalui arahan daripada mesyuarat Exco FAM.

''Namun, memandangkan masa terlalu singkat dan sebahagian besar Exco FAM berada di Mauritius menghadiri kongres FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) sehingga 2 Jun ini, jadi mesyuarat itu tidak boleh dilakukan, " katanya.(Utusan on line-Sukan Tempatan).POSTED BY ABNMULYA AT 12.41 AM ON MEI 31,2013

Aksi-JDT- Pahanag 8.45 malam Sabtu

Bertarung di Bukit Jalil setelah di tanggukan di Pahang baru-baru ini...antara pasukan Johore DT dan Pahang
KUALA LUMPUR - Bukan di sebelah petang, sebaliknya pertembungan panas antara Pahang dan Johor Darul Takzim akan dilangsungkan pada pukul 8.45 malam esok setelah pihak jawatankuasa pengelola perlawanan separuh akhir berpuas hati dengan tahap pencahayaan lampu di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, setelah diuji tahap pencahayaan lampu berjaya melebihi 1,000 lux iaitu jumlah paling minimum yang dibenarkan jika perlawanan diadakan di sebelah malam.

'' Lampu telah dipasang semenjak pukul 12 tengah hari tadi dan setelah diuji, kami mendapati pencahayaan lampu melepasi tahap yang dibenarkan.

''Jadi, ini bermakna perlawanan antara Pahang dan Johor Darul Takzim boleh dimainkan di waktu malam iaitu bermula pada pukul 8.45 dan bukan 4.15 petang mengikut jadual asal.

''Cuma masih ada sedikit masalah dengan lampu di penjuru kiri padang (belakang tiang gol) namun pihak perbadanan stadium berjanji akan dapat memperbaikinya pada hari esok (hari ini)," katanya yang ditemui di Stadium Nasional, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, perlawanan akan diadakan di sebelah petang pada pukul 4.15 petang kerana lampu limpah di Stadium Nasional baru sahaja dinaik taraf.

 Mengulas kekecohan yang berlaku di Kuantan kerana penyokong Pahang tidak dapat menebus tiket perlawanan yang ditunda pada Selasa lalu dalam bentuk wang tunai, Ahmad Fuad berkata, perkara itu tertakluk kepada bidang kuasa Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).(Utusan online-Sukan Tempatan).Posted by abnmulya at 12.34 am on Mei 31,2013.

Doktor Didakwa Cabul Pesakit

Oleh ROKIAH ABDULLAH 
rokiah.abdullah@utusan.com
Mangsa dan suaminya (kanan) ketika ditemui di Ipoh,Perak,semalam.

 IPOH 30 Mei - Seorang peniaga tidak menyangka menjadi mangsa cabul seorang doktor yang dikenalinya selama 20 tahun di klinik lelaki itu di Simpang Pulai pada 22 Mei lalu.

Mangsa yang berusia 49 tahun dari pekan Lahat di sini mendakwa, beberapa hari sebelum kejadian, doktor berusia lingkungan 60-an itu mengundangnya untuk menjadi tetamu pada program mewarna yang dianjurkan di klinik berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa berkata, dia tidak dapat hadir ke acara tersebut kerana mempunyai urusan perniagaan di luar kawasan dan hanya datang berjumpa suspek pada hari kejadian kerana mahu membawa beberapa pekerja asing untuk pemeriksaan Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) di situ.

"Semasa bertemunya, doktor itu mengajak saya ke tingkat atas klinik kononnya untuk menunjukkan lukisan-lukisan pada program berkenaan.

Namun sebaik sampai di luar bilik Xray, saya langsung tidak melihat sebarang lukisan, yang ada hanya nama kanak-kanak itu yang ditulis atas kertas dan diikat pada sepohon pokok.

"Dalam keadaan saya masih terpinga-pinga, doktor itu tiba-tiba memeluk saya dari belakang sebelum memusingkan badan saya ke depan, mencium serta cuba menyelak baju yang saya pakai. Terkejut dengan tindakan suspek, saya meronta-ronta dan akhirnya dapat melepaskan diri," dakwanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Ibu kepada empat orang anak itu mendakwa, sebaik berjaya melepaskan diri, dia terus turun ke tingkat bawah klinik dan duduk di sebelah seorang pekerja Bangladesh yang sedang menjalani pemeriksaan Fomema.

"Pekerja klinik yang berada di kaunter dapat melihat keadaan saya tidak tentu arah ketika itu dan dia jugalah yang membantu saya mengira jumlah bayaran untuk rawatan Fomema pekerja asing apabila saya tidak lagi dapat mengira dengan betul akibat trauma," katanya.

Mangsa mendakwa, akibat trauma dengan kejadian itu, dia hanya membuat laporan mengenai kejadian tersebut lima hari kemudian di Balai Polis Simpang Pulai kelmarin sebaik sahaja kejadian itu diceritakan kepada suaminya.

Wanita itu mendakwa kejadian berkenaan juga bukanlah pertama kali berlaku kerana pada tahun lalu, doktor yang sama pernah cuba untuk mencabulnya semasa dia mendapatkan rawatan di situ.

Bagaimanapun, jelas mangsa, tindakan itu terhalang apabila pekerja klinik itu tiba-tiba masuk untuk menyerahkan sesuatu kepada doktor tersebut.

"Ketika itu saya tidak membuat laporan polis kerana melihat doktor berkenaan bersikap profesional apabila mendapatkan rawatan selepas itu.

"Mungkin dia tersilap dan sedar kesilapannya. Jadi saya merasakan perkara tersebut tidak perlu dipanjangkan kerana kami telah lama mengenali antara satu sama lain sehinggakan semasa saya mengandung dan anak-anak saya sakit, dia yang merawat kami," katanya.

Mangsa berkata, dia dimaklumkan oleh pegawai penyiasat kes itu bahawa polis mengambil keterangan doktor dan pekerja kliniknya itu dan kes tersebut masih dalam siasatan.(Utusan online-Jenayah
).Posted by abnmulya at 1038 am on Mei 31,2013

Saifuddin Bakal Pegawai Perhubungan Politik Pejabat MB

SHAH ALAM 30 Mei - Pas Selangor menuntut kerajaan negeri mewujudkan satu portfolio setara dengan jawatan Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar yang dikatakan bakal disandang oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, untuk wakil parti itu dan DAP.

Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abdul Rani Osman berkata, tuntutan itu dibuat sebagai penambahbaikan yang sepatutnya dilakukan oleh pakatan pembangkang memandangkan kemenangan mereka di Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 bukan kerana jasa satu parti sahaja.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru turut menegur keputusan untuk melantik Saifuddin yang jika benar berlaku, tidak dilakukan dalam mesyuarat bersama pakatan pembangkang.

"Kita berharap supaya ketiga-tiga parti terlibat dalam membuat keputusan untuk pelantikan jawatan tersebut kerana kemenangan pakatan pembangkang di Selangor adalah kemenangan semua, bukan satu parti sahaja.

"Bagaimanapun, kita akan setuju dengan pelantikan Saifuddin jika ia benar berlaku dengan syarat penambahbaikan dilakukan iaitu wakil Pas dan DAP turut diberikan jawatan yang setara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa Saifuddin bakal dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat MB yang mencetuskan rasa kurang senang Pas apabila turut menuntut penglibatan dalam memantau urusan harian negeri itu.

Perkara itu disuarakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang mahu seorang Naib Presiden Pas ditugaskan untuk urusan pemantauan berkenaan.

Menurut beliau, hal itu kerana ahli-ahli Pas telah bekerja keras untuk mengukuh dan mengembangkan pengaruh parti itu di Selangor dan sudah tentu mereka mengharapkan lebih perhatian daripada pimpinan tertinggi parti.

Oleh yang demikian, beliau juga mahu ahli dan pimpinan Pas di seluruh negara menganggap Selangor sebagai sebuah 'negeri Pas' seperti tanggapan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Berdasarkan laporan laman web media kerajaan negeri, www.selangorku.com, Saifuddin yang tewas kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dalam pilihan raya umum lalu, akan dilantik ke jawatan tersebut.

Menurut laporan itu, perkara tersebut diumumkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan kongres kesembilan parti itu pada 25 Mei lalu di Petaling Jaya.(Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya at 10.23 am on Mei 31,2013.

Dong Zong Tidak Wajar Bangkitkan Soal "Kecinaan" Dalam Isu Mentyeri Kabinet

KUALA LUMPUR 30 Mei - Sikap ditunjukkan pertubuhan ekstremis, Dong Zong yang terlalu mengagung-agungkan sifat kecinaan adalah didorong oleh perasaan mereka yang masih beranggapan berada di Tanah Besar China.

Presiden (Jati) Datuk Dr.Hasan Ali
Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, dalam masa sama, kumpulan tersebut tidak sanggup untuk kembali ke tanah asal kerana mengakui penghijrahan nenek moyang mereka dahulu ke tanah milik orang Melayu ini membawa kepada kehidupan yang jauh lebih terjamin.

Dalam hal ini katanya, Dong Zong tidak wajar membangkitkan soal 'kecinaan' berhubung pelantikan menteri Kabinet di negara ini.

"Tidak mahir berbahasa Mandarin bukanlah faktor utama yang menentukan ketokohan seseorang dalam kepimpinannya. Apatah lagi di Malaysia, bahasa yang menyatukan semua kaum adalah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Sekiranya menteri Cina itu tidak mahir berbahasa Mandarin, mereka boleh mempelajarinya dan ini bukan menjadi masalah besar," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai Dong Zong yang mempertikaikan pelantikan dua orang menteri berketurunan Cina dalam Kabinet yang tidak boleh berbahasa Mandarin sekali gus dianggap tidak layak mewakili kaum Cina.

Dua menteri yang dimaksudkan itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kwan dan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Mengulas lanjut kata Hasan, Dong Zong sebenarnya adalah rasis apabila memperjuangkan hak hanya untuk kaum Cina sahaja, baik dari segi pendidikan mahupun budaya kaum itu.

"Apa yang akan berlaku apabila orang Melayu hanya memperjuangkan pendidikan, budaya dan kesemuanya berkaitan kaumnya sahaja dan kaum lain juga berbuat sedemikian.

"Tentunya jurang polarisasi kaum di negara ini akan menjadi lebih parah, maka tindakan Dong Zong perlu berpaksikan kepada perpaduan di antara kaum sebenarnya tanpa menebalkan sikap perkauman dalam diri kaum Cina," ujarnya.(Utusan online-politik).Posted bya abnmulya at 1012 am on Mei 31,Mei,2013.

Anwar Bermain Dengan Api--Tunku Aziz

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
KUALA LUMPUR 30 Mei - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bermain dengan api apabila terus melakukan provokasi mengajak rakyat turun berdemonstrasi di jalanan.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Anwar pasti sedar bahawa penduduk negara ini terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan sudah tentu keadaan sukar dikawal jika berlaku huru hara.

Beliau berkata, Anwar juga perlu sedar apa yang cuba dilakukannya itu boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan jutaan rakyat Malaysia.

"Bagi saya Anwar sebenarnya melakukan penghinaan kepada majoriti suara rakyat Malaysia. Nampaknya beliau tetap mahu melakukan demonstrasi sehingga tujuan jahatnya itu tercapai.

"Bagaimanapun, saya tetap mendesak Anwar menghentikan segera tindakan yang menimbulkan kacau bilau di negara ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas rancangan Anwar untuk meneruskan siri perhimpunan Blackout 505 meskipun mendapat tentangan pelbagai pihak yang cintakan keamanan.

Menyentuh isu sama, Tunku Abdul Aziz berkata, Anwar sedang memainkan peranan untuk melakukan pemberontakan politik melalui demonstrasi jalanan.

 "Anwar sebenarnya sedang bermain dengan api. Sebab itu saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Pas dan DAP yang mengambil keputusan berani dengan tidak menyokong politik jalanan Anwar.

"Kepada majoriti rakyat kita harus menghormati keputusan yang telah dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan tidak menyertai sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh Anwar. Kepada Anwar, saya minta jika beliau tidak mahu menghormati diri sendiri, sila hormati suara majoriti rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz mahu ancaman Red Bean Army disekat segera kerana tugas mereka siang dan malam hanya menabur fitnah.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan segera terhadap kumpulan itu sebelum menjadi semakin parah.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 10.03 am on Mei 31,2013

Ramai Ahli DAP Tidak Terima Notis

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my
Ketua Pengarah ROS.Datuk Abdul Rahman Othman
KUALA LUMPUR 30 Mei - Hasil siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu, tidak menerima notis panggilan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh ahli-ahli DAP terbabit.

Disebabkan tidak menerima notis panggilan menghadiri kongres tersebut katanya, ramai dalam kalangan mereka yang layak mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti diadakan pada tahun itu gagal berbuat demikian.

"Ahli DAP yang layak tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dalam pemilihan CEC tersebut. "ROS juga akan terus menyiasat isu-isu lain yang dikemukakan pengadu dan mengkaji semua dokumen berkaitan sebelum membuat keputusan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih.

Tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada ROS berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut.

Ekoran itu, ROS menjalankan siasatan selain membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC pada 15 Disember 2012 melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 9.38 am on Mei 31,2013.


"Tuhan Harun" Didakwa Menerima Deposit Haram RM40 Juta



KOTA BHARU 29 Mei - Selepas didakwa menyebarkan ajaran sesat dan mengaku sebagai tuhan, hari ini Harun Mat Saad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan menerima deposit secara haram sebanyak RM40 juta daripada beberapa buah syarikat dan orang ramai.

Ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' itu didakwa membantu dalam pengurusan dua syarikat untuk menerima deposit bermula dari September 2006 sehingga Mac 2008.

Harun, 47, yang bertindak sebagai penasihat syarikat Business Time Dina Sdn. Bhd., dan Pan Pheonix Dina Sdn. Bhd., mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Yusuff Yunus.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah membantu dalam pengurusan Bussiness Time Dina menerima deposit daripada beberapa syarikat tanpa memegang suatu lesen yang sah yang diberikan di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1986 (Akta 372) di antara 4 Januari dan 20 Mac 2008 di Wisma Harun Mat Saat di sini.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah membantu Pan Pheonix Dina Sdn. Bhd., untuk menerima deposit daripada orang awam tanpa memegang lesen yang sah yang diberikan di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1986 (Akta 372) di antara 13 September 2006 dan 7 Jun 2007 di Tingkat Satu, PT 1209, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini.

Dia dituduh di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) dibaca bersama Seksyen 106(1) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a). Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Malaysia (BNM), Mohd. Shukri Ahmad Mansor dan Alvin Ong Heng Kiat manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar tiada jaminan dikenakan ke atas tertuduh kerana dia pernah melarikan diri sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah.

Yusuff menetapkan 16 Julai ini untuk sebutan semula kes. Pada 24 April lalu, Harun didakwa di Mahkamah Syariah Kuantan atas 11 pertuduhan termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai Tuhan.(Utusan online-mahkamah).Posted by abnmulya at 2328 hrs on Mei 30,2013.

Belum Ada Jadual Pelaksanaan GST

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
CYBERJAYA 30 Mei - Kerajaan belum menetapkan jadual pelaksanaan untuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana hasil-hasil kajian mengenai cukai baharu itu masih perlu diteliti untuk memastikannya membawa manfaat kepada negara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, GST sebanyak empat peratus adalah kadar neutral di mana setiap tambahan daripada kadar itu akan membawa peningkatan hasil kepada kerajaan.

Beliau berkata, pelaksanaan GST bagaimanapun tidak menumpu kepada pertimbangan mengenai peningkatan hasil kerajaan semata-mata, tetapi turut mengambil kira soal kemakmuran rakyat.

“Kerajaan sedang dalam proses melihat perkara ini secara holistik. Kita akan mendapat maklum balas daripada ahli politik dan rakyat. “

Kita juga mahu menurunkan cukai korporat dan individu selain melihat sama ada boleh beri sedikit bantuan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dalam Mesyuarat Institut Bank Simpanan Dunia (WSBI) Rantau Asia Pasifik, di sini hari ini. - UTUSANONLINE-Dalam Negeri(Posted by abnmuya at 2259 hrs on Meo 30,2013.

Johor Rancanag Bina Banyak Rumah Mampu Milik

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin
JOHOR BAHARU 30 Mei - Kerajaan Johor merancang membina lebih banyak rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun bagi membolehkan rakyat menikmati kediaman sendiri selain memenuhi keperluan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu merupakan antara pendekatan yang dilihat dapat membantu menyelesaikan masalah pemilikan rumah khususnya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kerajaan negeri sedang berbincang dan memperhalusi usaha terbabit supaya impian rakyat untuk memiliki kediaman sendiri dapat direalisasikan.

Usaha mengenal pasti tanah di beberapa kawasan tertentu sama ada milik kerajaan atau agensi di bawahnya sedang dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas melawat Bazar Karat di sini malam tadi. - UTUSAN(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 1526 hrs on Mei 30,2013.

PAS Perlu Berhenti Diperbodohkan Anwar

Datruk Zulkifli Noordin
KUALA LUMPUR 29 Mei - Parti pembangkang khususnya Pas perlu berhenti daripada bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kempen Anwar Spring yang digerakkan Ketua Pembangkang itu sejak pilihan raya umum lalu bermotifkan peribadi.

Bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Pas akan dihukum dengan lebih teruk oleh majoriti rakyat jika berterusan membiarkan diri dijadikan alat tunggangan Ketua Pembangkang kerana masyarakat mahukan keamanan bukan demonstrasi Anwar Spring.

Beliau yang bersetuju dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melabelkan perhimpunan haram anjuran pembangkang sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring menambah, Pas perlu berhenti daripada terus diperbodohkan.

"Pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla adalah pengajaran terbaik dalam isu Anwar Spring ini. Anwar memungkiri perjanjian damai melibatkan Perdana Menteri apabila enggan menerima keputusan pilihan raya sebaliknya memilih demonstrasi ke jalanan.

"Dalam konteks ini bukan hanya rakyat perlu membuka mata tetapi paling penting Pas. Sampai bila Pas hendak menjadi kuda tunggangan Anwar demi cita-cita peribadi, bukan kerana memperjuangkan nasib rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid berkata, kempen Anwar Spring melalui penganjuran siri perhimpunan haram sengaja dicetuskan Ketua Pembangkang itu sebagai provokasi terhadap pasukan keselamatan selain bertujuan menarik perhatian media asing bagi memburukkan Malaysia.

Mengulas isu yang sama, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, dakwaan pakatan kononnya perhimpunan haram anjuran mereka adalah Malaysia Spring merupakan taktik lapuk untuk mengaburi mata rakyat mengenai perjuangan peribadi Ketua Pembangkang itu.

Katanya, Anwar cuba berselindung di sebalik nama Malaysia Spring agar motif politiknya tidak kelihatan peribadi di mata penyokong, sekali gus mampu mengheret rakyat untuk turut serta menyokong gerakan tersebut meskipun keselamatan negara menjadi taruhan.

"Sebab itu saya menyokong kenyataan Ahmad Zahid. Anwar Spring adalah agenda peribadi Anwar yang mahu menjatuhkan kerajaan secara tidak beretika bagi menjayakan nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri dengan memperalatkan rakyat. Ini memang taktik Anwar.

"Jadi pesan saya kepada rakyat, jangan tertipu dengan Anwar yang mahu menghuru-harakan negara sekali gus menjemput kuasa asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia kerana selaku individu antara paling rapat saya cukup kenal siapa Anwar," katanya.(Utusan online-politik ).Posted by abnmulya at 1`516 hrs on Mei 30,2013.


Penafian Red Bean Army,Kit Siang Cetus Curiga

Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR 29 Mei - Penafian Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya tidak mengetahui kewujudan tentera siber parti itu yang dikenali sebagai Red Bean Army mengundang kecurigaan walaupun telah mendapat liputan meluas media.

Ironinya, kewujudan tentera siber Red Bean Army yang didakwa 'ditaja' DAP sebenarnya telah didedahkan sendiri oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun dalam wawancaranya dengan portal berita Mynewshub yang dimuat naik ke laman YouTube bulan lepas.

Namun, Kit Siang pula menyerang Barisan Nasional (BN) mendakwa sengaja menuduh menganjurkan konvensyen media sosial di seluruh negara bagi membentuk 10,000 tentera siber pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan berkata, seperti kebiasaannya, DAP mengambil jalan 'selamat' menuding jari kepada UMNO dan BN kononnya itu propaganda untuk menjatuhkan parti tersebut.

"Kit Siang memang handal 'berlakon', kenyataan beliau kononnya ini kali pertama beliau mendengar nama Red Bean Army, itu pun daripada laporan Utusan Malaysia adalah sungguh mencurigakan dan lucu kerana isu ini sudah lama dimainkan media sebelum PRU-13 lagi.

"Pemimpin DAP akan sedaya upaya menutup isu tersebut menuduh sebagai konspirasi UMNO, itu sahaja modal mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 1505 hrs on Mei 30,2013.


Wednesday, May 29, 2013

Perlantikan Saifuddin Jadi Isu

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan 
ABDUL YAZID ALIAS pengarang@utusan.com.my 
 
Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR 29 Mei - Khabar angin mengatakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor mencetuskan 'rasa kurang senang' Pas apabila turut menuntut penglibatan dalam memantau urusan harian negeri itu.

Perkara itu disuarakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang mahu seorang Naib Presiden Pas ditugaskan untuk urusan pemantauan berkenaan.

Menurut beliau, hal ini kerana ahli-ahli Pas telah bekerja keras untuk mengukuh dan mengembangkan pengaruh parti itu di Selangor dan sudah tentu mereka mengharapkan lebih perhatian daripada pimpinan tertinggi parti.

Oleh yang demikian, beliau juga mahu ahli dan pimpinan Pas di seluruh negara menganggap Selangor sebagai sebuah 'negeri Pas' seperti tanggapan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

''Pada pilihan raya umum lalu, Pas di Selangor telah memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sama banyak jumlah kerusi Pas di Terengganu dan melebihi kerusi Pas di Kedah.

''Selangor adalah unik kerana selain menjadi 'negeri Pas', ia juga 'negeri DAP' dan 'negeri PKR'. Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini 'negeri mereka' kerana jumlah kerusi DUN setiap parti adalah hampir sama,'' katanya dalam kenyataan seperti dipetik menerusi laporan lidah rasmi Pas, Harakahdaily.net, semalam.

Berdasarkan laporan laman web media kerajaan negeri, www.selangorku.com, Saifuddin yang tewas kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada pilihan raya umum lalu, akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar.

Menurut laporan itu, perkara tersebut diumumkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan kongres parti kesembilan pada 25 Mei lalu di Petaling Jaya.

Pas Selangor sebelum ini membidas beberapa pemimpin PKR negeri itu dengan menegaskan tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan Menteri Besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR.

Pada pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN di Selangor dengan Pas dan DAP masing-masing 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi. BN pula menguasai 12 kerusi DUN.

Iskandar memberitahu, oleh yang demikian, pimpinan Pas terutamanya pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan sama kepada Selangor seperti tumpuan yang diberikan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

''Isu-isu di Selangor mesti turut dibincangkan dan dibahas secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan muktamar seperti dilakukan PKR serta DAP,'' katanya.

Sementara itu, menurut sumber dalaman, kerajaan negeri mengesahkan tentang pelantikan Saifuddin dan telah dipersetujui oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut sumber tersebut, Saifuddin dijangka diberikan tugas membantu Menteri Besar menguruskan hal ehwal politik pakatan pembangkang di negeri itu, selain turut berperanan mengukuhkan hubungan antara pemimpin PKR di peringkat Pusat dan negeri.

''Hal ini kerana, hubungan antara kepemimpinan PKR di peringkat negeri dengan Pusat dilihat tidak 'rapat' sehingga wujudnya pergeseran dalam kalangan pemimpin parti itu seperti dilaporkan sebelum ini,'' katanya.

Menurut sumber itu, jawatan yang akan dipegang Saifuddin bagaimanapun tidak akan melibatkan hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri kerana beliau hanya bertanggungjawab dalam hal berkaitan politik.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 1456 hrs on Mei 30,2013.


Hasut Rakyat Ubah Kerajan Cara Tidak Sah

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com,my
Chua Tian Chiang bersama Haris Fathillah Mohamed Ibrahim (kiri) dan Mohd. Tamrin Abdul Ghafar ketika hadir ke Mahkamah Sesyen berhubung dakwaan mengikut Akta Hasutan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - Bernama 

KUALA LUMPUR 29 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan empat aktivis propembangkang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramah yang diadakan dua minggu lalu.

Selain Tian Chua atau Chua Tian Chiang, 50, turut didakwa ialah Hishamuddin Md. Rais, 62; ahli Pas, Mohd. Tamrin Abdul Ghafar, 63; peguam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 54, dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Safwan Awang @ Talib, 24.

Kelima-lima tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Norsharidah Awang. Ini bermakna enam tertuduh setakat ini telah didakwa atas tuduhan serupa dengan tertuduh pertama iaitu aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd.

Halim, 24, dihadapkan ke mahkamah pada 23 Mei lalu. Pada prosiding hari ini, kelima-lima tertuduh didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya diubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang, dengan sebarang cara yang tidak sah.

Mengikut kertas pertuduhan, dakwaan kata-kata hasutan dalam ucapan setiap tertuduh dinyatakan dalam Lampiran A bagi pertuduhan masing-masing.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, No. 1, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika pertuduhan selesai dibacakan terhadap Tian Chua, lelaki itu dilihat tersenyum malah berkata, pertuduhan tersebut berunsur politik menyebabkan Norsharidah mengarahkannya hanya menyatakan pengakuan sama ada bersalah atau tidak.

Perkara yang sama juga berlaku apabila Muhammad Safwan menyifatkan tuduhan tersebut berniat jahat dan sekali lagi Norsharidah mengeluarkan arahan yang sama. Kesemua tertuduh ditahan oleh pihak polis semalam kecuali Hishamuddin yang menyerah diri kepada pihak polis di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pagi ini.

Hishamuddin yang memakai kemeja dan kot hitam serta seluar pendek paras betis didakwa di mahkamah sama kira-kira sejam selepas selesai prosiding pertuduhan terhadap keempat-empat tertuduh yang lain.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abas yang mengetuai pasukan pendakwaan, menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris dan menyebut bagi pihak peguam tertuduh-tertuduh lain bersetuju dengan jumlah jaminan yang ditawarkan tanpa sebarang rayuan bagi mengurangkan jumlah jaminan.

Norsharidah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh sementara menunggu sebutan kes pada 2 Julai ini.

Sementara itu, peguam N. Surendran yang mewakili Tian Chua memaklumkan bahawa kesemua tertuduh akan memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan berkenaan atas alasan ia tidak berasas dan salah guna kuasa mahkamah.

Beliau turut memohon supaya pihak pendakwaan mengembalikan telefon bimbit anak guamnya serta tertuduh-tertuduh lain yang dirampas semasa ditahan pada 23 Mei lalu sebelum dibebaskan sehari kemudian.

Bagaimanapun Mohamad Abazafree berkata, telefon berkenaan telah dihantar kepada CyberSecurity Malaysia untuk pemeriksaan dan akan dikembalikan kepada pemilik masing-masing selewat-lewatnya esok.

Mahkamah kemudian mengarahkan pihak pendakwaan mengembalikan telefon berkenaan seperti yang dimohon oleh pihak peguam.

Sementara itu, kesemua tertuduh kecuali Muhammad Safwan, dibebaskan selepas membayar wang jaminan masing-masing.

Muhammad Safwan dan Mohd. Tamrin, masing-masing diwakili empat peguam diketuai Ariff Azami Hussein sementara Gobind mengetuai barisan sembilan peguam mewakili Haris dan Tian Chua diwakili dua peguam termasuk Surendran. Peguam, Murnie Hidayah Anuar mewakili Hishamuddin.(Utusan online-Mahkamah).Posted by abnmulya 1432 hrs on Mei 30,2013.



10 Exco Selangor Angkat Sumpah

KLANG 30 Mei - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu empat daripada Pas dan masing-masing tiga daripada DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam istiadat yang berlangsung di Istana Alam Shah di sini pagi ini.

ADUN Pas yang mengangkat sumpah ialah Iskandar Abdul Samad, Dr. Halimah Ali, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi yang merupakan Exco muka baharu.

ADUN daripada DAP pula ialah Datuk Teng Chang Khim yang sebelum ini adalah Speaker DUN selain Ean Yong Hian Wah yang kekal sebagai Exco untuk penggal kedua dan muka baharu, V.Ganabatirau (DAP).

Sementara itu, ADUN PKR yang mengangkat sumpah ialah Rodziah Ismail, Elizabeth Wong dan muka baharu, Dr. Daroyah Alwi. Iskandar mendahului upacara mengangkat sumpah tepat pukul 9.30 pagi. - UTUSAN ONLINE-Dalam Negeri(Posted by abnmulya at 11.34 am on Mei 30,2013.


Exco Selangor : Azmin dan Dr Rani Gigit Jari Lagi.

Isnin, 27 Mei 2013 11:11.
KEMASKINI : Siapa Exco kerajaan Selangor dijangka diketahui Khamis selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan majlis angkat sumpah jawatan itu di Istana Alam Shah, Klang pada hari berkenaan.

Namun, sudah ada desas desus siapa disenaraikan dalam barisan exco kerajaan di negeri yang masuk penggal ke dua ditadbir pakatan rakyat.

Khabarnya nama Pengerusi PKR negeri PKR Azmin Ali juga timbalan Presiden PKR tiada dalam senarai tersebut. Jika benar, sekali lagi Adun Bukit Antarabangsa itu gigit jari atau berputih mata.

Sebelum ini, beliau 'melepas' jawatan Menteri Besar apabila pimpinan DAP, PAS dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sepakat mahukan Khalid kekal sebagai Menteri Besar.

Azmin yang pada mulanya memprotes tindakan Wan Azizah mengemukakan nama Khalid kepada pihak Istana tanpa merujuk majlis pimpinan PKR Selangor akhirnya terpaksa juga akur dan menerima Khalid.

Tidak tahu apalah ‘deal’ antara Azmin, Datuk Seri Anwar Ibrahim,Khalid dan Wan Azizah membuatkan Azmin mengalah tetapi ramai penyokong-penyokong ahli Parlimen Gombak itu berharap Azmin dilantik dalam barisan Exco.

Selain Azmin, nama Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman juga dikatakan tiada dalam senarai yang akan angkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah nanti.

Nasib Dr Rani tidak jauh beza dengan Azmin. Sebelum ini, beliau khabarnya sudah ‘tempah kot’ kononnya untuk menggantikan jawatan Exco Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada PAS.

Sebaliknya, Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi. Jika benar nama Adun Meru itu ‘tidak lekat’ lagi kali ini, bermakna sekali lagi Dr Rani gigit jari.

Agendadaily pernah melaporkan kemungkinan Azmin dan Dr Rani tidak mungkin tersenarai mengisi jawatan Menteri Besar ketika kemelut menentukan siapa lebih layak menerajui pimpinan Selangor kerana keupayaan PAS memperolehi lebih kerusi Dewan Undangan Negeri dalam PRU 13 berbanding PKR.

 Alasannya kerana Azmin terpalit isu moral apabila ada pihak mendakwa gambar lelaki ‘makan ais krim’ dalam tandas adalah beliau.

Selain itu, Azmin juga berdepan isu yang mengaitkan hubungan isterinya Samsidar Taharin dengan Anwar serta pemilikan saham bernilai berjuta-juta ringgit. Dr Rani pula ‘sangkut’ kerana kenyataan beliau mengaitkan Sultan Selangor kononnya baginda dikatakan membenci UMNO.

Tindakan ADUN Meru memanipulasi kenyataan baginda dikecam banyak pihak apatah lagi Dr Rani dalam pada itu menuduh secara rambang bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dan SUK sebagai tali barut UMNO.

Apakah dengan buat kenyataan itu Dr Rani lupa bahawa MAIS dan JAIS adalah di bawah kuasa Sultan sebagai ketua agama negeri?

Itulah harga yang terpaksa dibayar Azmin dan Dr Rani jika nama mereka tiada dalam senarai Exco nanti. Khalid tentu ada sebab tertentu tidak menerima Azmin dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diketuainya.

Tidak tahulah sama ada beliau seorang pendendam ekoran perseteruan mereka selama ini kerana bukan sahaja Azmin tetapi beberapa pemimpin yang rapat dengan Azmin juga tidak terpilih sebagai Exco.

Antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia), Mat Shuhaimi Shafiei (ADUN Sri Muda) dan Amirudin Shari (ADUN Batu Caves).

Menurut sumber, barisan Exco mewakili PKR adalah dua muka lama iaitu Elizabeth Wong (Adun Bukit Lanjan) dan Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga).

Muka baru adalah Adun Ijok Dr Idris Ahmad. Exco lama dikatakan gugur adalah Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) dan Xavier Jayakumar (Adun Seri Andalas).

PAS pula yang dapat penambahan satu lagi kuota Exco dijangka mengekalkan Dr Halimah Ali ( Adun Selat Klang), Ir. Iskandar Samad ( Adun Cempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Muka baru sama ada Sallehen Mukhyi ( Adun Sabak) atau Mohd Khairuddin Othman (Adun Paya Jaras).

Manakala DAP memilih Datuk Teng Chang Khim (Adun Sungai Pinang), Ganabatirau Veraman (Adun Kota Alam Shah.

 Chang Khim sebelum ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. DAP hanya mengekalkan Ean Yong Hian Wah ( Adun Sri Kembangan) sebagai Exco.

Penggal lalu Teressa Kok dan Ronnie Liu berada dalam barisan Exco tetapi pada PRU 13, Teressa hanya bertanding kerusi parlimen manakala Ronnie digugurkan oleh DAP.

Apapun, muktamadnya Khamis ini dan jika benar Azmin memang tidak tersenarai sebagai Exco, ini bermakna ‘pertembungan’ beliau dengan Khalid dijangka berterusan. -29/5/2013- OLEH ROSLAN Bain(Agenda Daily).Posted by abnmulya at 11.29 am on Mei 30,2013.

Bertarung Di Bukit Jalil

Para penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim ditenteramkan oleh anggota keselamatan selepas mereka bertindak menyerbu masuk ke padang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang terpaksa dibatalkan malam kelmarin. Perlawanan terpaksa dibatalkan ekoran berlaku kekecohan di kalangan penyokong. - 

BERNAMA PETALING JAYA - Pahang menjadi persatuan bola sepak negeri paling tinggi dikenakan hukuman dalam sejarah bola sepak negara apabila didenda k RM100,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - semuanya gara-gara kekecohan yang berlaku pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Skuad Tok Gajah juga kehilangan hak untuk bermain selaku tuan rumah apabila terpaksa beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil menentang Johor Darul Takzim, malah terpaksa menanggung semua perbelanjaan pasukan lawan.

Bagaimanapun, Datuk Haimidin Mohd. Amin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan masih berlembut membenarkan kehadiran penyokong pada perlawanan tersebut yang akan dijadualkan berlangsung 4.15 petang.

''Atas gagal mengawal faktor keselamatan sebelum perlawanan, kehadiran penonton di atas trek dan penyokong tuan rumah menyerbu ke arah penonton Johor sebaik sahaja perlawanan ditangguhkan, Pahang dikenakan denda maksimum RM100,000 dan tidak boleh mengemukakan sebarang rayuan.

''Pahang juga terpaksa beraksi di stadium berkecuali yang telah ditetapkan oleh FAM iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Jun, Sabtu ini dan perlu menanggung semua perbelanjaan skuad Johor DT selama dua malam termasuk penginapan hotel dan pengangkutan.

''Johor DT pula melakukan dua kesalahan iaitu para pemain telah meninggalkan stadium sebelum 90 minit masa perlawanan dan para penyokongnya berada di dalam trek, mereka dikenakan denda RM20,000," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Menyentuh aksi separuh akhir kedua di Piala FA yang akan diadakan di Bukit Jalil, Hamidin berkata, mereka tiada pilihan lain selain terpaksa melangsungkannya di situ selepas Stadium Shah Alam tidak dapat digunakan kerana telah ditempah bagi kegunaan majlis lain.

 ''Bukit Jalil hanya boleh dimainkan di sebelah petang kerana lampu limpah di situ masih tidak dapat digunakan dan situ sahaja pilihan kita ada kerana Shah Alam akan digunakan untuk sebuah konsert.

 ''Aksi antara Pahang dan Johor DT akan diuruskan sepenuhnya di bawah pengelolaan FAM iaitu melalui Jawatankuasa Tiket dan Pintu. ''Semua penyokong Pahang boleh menebus tiket di pejabat PBNP dan tiket baharu akan dikeluarkan pada Sabtu iaitu hari perlawanan bermula sembilan pagi," katanya.

 Jelas Hamidin, JKPT mempunyai hak untuk mengenakan hukuman ke atas persatuan bola sepak negeri mengikut Peraturan 8.1 dan tidak semestinya perlu menunggu Jawatankuasa Tatatertib untuk bersidang.

''JKPT boleh menjatuhkan hukuman kepada mana-mana persatuan bola sepak negeri jika gagal mematuhi piawaian keselamatan kerana perkara ini termaktub di bawah Peraturan 8.1 FAM.

''Selepas hukuman ini dikenakan, tiada lagi denda lain akan dikenakan di bawah Jawatankuasa Tatatertib dan hukuman ini adalah muktamad," katanya.(Utusan on line-sukan tempatan).Posted by abnmulya at 11.02 am on Mei 30,2013


Tiada Perpaduan PAS-UMNO Selagi Saya Hidup,Kata Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata selagi masih hidup, beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno.
Datuk Nik Aziz Niuk Mat

Menurut Mursyidul Am PAS itu, parti adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli terutamanya melalui muktamar.

 “Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” kata bekas menteri besar Kelantan itu (gambar) dipetik dari portal Harakahdaily.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli,” tambah beliau lagi.

 Menurut Nik Aziz, Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” katanya. Dalam Pilihan Raya 2013, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dan mengekalkan penguasaan terhadap negeri Kelantan.

Bagaimanapun, PAS gagal untuk mempertahankan negeri Kedah yang mereka menangi pada 2008. Sementara Umno meningkatkan penguasaan kerusi Parlimen mereka, 88 daripada 133 kerusi BN.( Dari The Malaysian Insider).Posted by abnmulya at 1.45 am on Mei 30,2013.

Tuesday, May 28, 2013

Lagi Desakan Bertindak Terhadap Red Bean Army

KUALA LUMPUR 28 Mei - Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera bertindak menghalang pasukan tentera siber DAP, Red Bean Army daripada terus menyebar fitnah.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris berkata, ini bukan lagi masa untuk bertoleransi dengan sebuah kumpulan yang sering menabur fitnah memburukkan kerajaan menerusi laman maya.

Katanya, perbuatan kumpulan berkenaan menabur fitnah boleh dianggap sebagai satu bentuk jenayah siber yang bertujuan 'menghasut' serta mewujudkan gelombang kebencian dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan.

"Kita tengok kerajaan China, mereka lebih agresif membendung perkara seperti ini apabila terus 'mengharamkan' penggunaan laman sosial seperti Facebook dan blog kerana didapati boleh membawa impak negatif kepada pemikiran rakyat serta keharmonian negara.

"Di negara kita yang mengamalkan dasar keterbukaan tidak 'sekejam' itu. Negara kita amalkan demokrasi, sesiapa sahaja bebas bersuara tetapi mestilah dengan bukti serta fakta, bukannya semata-mata fitnah seperti dilakukan oleh Red Bean Army," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa kecaman serta penghinaan berterusan yang dihamburkan oleh Red Bean Army terhadap kerajaan jelas membuktikan tentera siber DAP itu gagal menutup rasa kecewa kerana tidak berjaya memperoleh 'kuasa' di Putrajaya.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula memberitahu, kerajaan mesti tegas dengan kumpulan berkenaan memandangkan mereka cuba mempromosikan trend amalan media sosial yang negatif.

Katanya, kumpulan seumpama itu sekiranya dibiarkan lebih lama dikhuatiri akan mengancam kestabilan dan keharmonian negara, selain boleh menyebabkan berlakunya huru-hara.

"Sebenarnya saya agak kecewa kerana belum ada lagi tindakan tegas yang diambil terhadap kumpulan penyebar fitnah ini.

Tiada tindak balas segera daripada SKMM dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kumpulan ini menyebabkan mereka semakin galak menabur fitnah.

"Kita ada peruntukan undang-undang dan akta yang sesuai untuk membendung perbuatan fitnah menerusi alam siber ini daripada terus berleluasa. Kita kena menggunakannya, kerajaan perlu tegas," jelasnya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 1357 hrs on Mei 29,2013.


PAS KELANTAN TOLAK ARAB SPRING

KOTA BHARU 28 Mei - Pas Kelantan senada dengan beberapa pemimpin utama parti itu menolak sebarang usaha yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengambil alih kerajaan dengan cara kekerasan dan melalui demonstrasi jalanan.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya menyedari bahawa menurunkan kerajaan dengan menggunakan kaedah 'Arab Spring' tidak memberikan sebarang faedah malah ia akan menghancurkan negara ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, pendirian tersebut adalah selari dengan pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan perkara tersebut lebih awal lagi.

 "Kita tidak bersetuju dengan cara 'Arab Spring' turun ke jalan raya dan menggunakan kekerasan kerana ia tidak sesuai dengan negara ini malah ia akan memberikan banyak keburukan kepada negara.

"Kita boleh tunggu tiga tahun lagi kerana kita menjangkakan pilihan raya akan diadakan dalam tempoh tiga tahun lagi, tidak ada masalah, kita menyokong penuh demokrasi dan pertukaran kerajaan perlu dilakukan melalui proses demokrasi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siri perhimpunan haram yang diadakan oleh pakatan pembangkang dan diketuai oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 berakhir kira-kira tiga minggu lalu.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din turut menolak perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang sekiranya didapati boleh membawa masalah, kemusnahan serta mencetuskan huru-hara kepada negara.

Mohd. Amar bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak menghalang mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) berhubung PRU-13 lalu.

"Masalah penyelewengan dan salah laku, kita memang bersama tidak bersetuju dan menentang kelemahan SPR, ini adalah pendirian kita bersama (dalam pakatan pembangkang).

"Di sini ada dua isu, isu apakah kita patut turun ke jalan raya adalah isu yang berbeza. Pendirian Pas Pusat pun tidak bersetuju kalau menjatuhkan kerajaan kekerasan dan melanggar undang-undang, pendirian DAP pun sama dalam isu ini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk memfailkan petisyen pilihan raya sekurang-kurangnya di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Air Lanas, Kok Lanas, Selising dan Dabong.

"Secara umumnya kita akan melihat kepada kawasan yang kalah dengan majoriti kurang daripada 1,000 undi dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh seperti membeli undi bagi membuat petisyen pilihan raya.

"Minggu depan akan ada mesyuarat politik Pas Kelantan, kita akan lihat bagaimana keadaannya selepas mendapat nasihat daripada peguam dan dirujuk kepada Pas Pusat," katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 1345 hrs on Mei 29,2013.


Stadium Darul Makmur Kecoh

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA 
shofi.isa@utusan.com.my

Sultan Ahmad Shah berusaha mententeramkan penyokong-penyokong Pahang yang memenuhi trek bersebelahan padang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim terpaksa dibatalkan UTUSAN/ MAHATHIR ALI 

KUANTAN - Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur di sini, semalam terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam itu terpaksa ditangguhkan selama lebih sejam kerana berlaku limpahan penonton memasuki stadium iaitu kira-kira 40,000 orang.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada empat pintu masuk utama stadium yang dipecahkan menyebabkan penonton menyerbu ke dalam stadium.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 5,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di trek olahraga stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula.

Dalam pada itu, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) segera menghampiri para penyokong tersebut bagi memastikan keadaan terkawal sepenuhnya.

Serentak dengan itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang turut menyaksikan perlawanan tersebut berkenan mencemar duli selama 10 minit turun trek olahraga untuk meminta kerjasama para penyokong supaya mengawal disiplin.

Sesudah selesai, Sultan Ahmad Shah yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain kemudian kembali ke tempat duduk utama sambil menunjukkan isyarat tangan kepada para penyokong supaya menjaga kelakuan masing-masing.

Sehingga pukul 9.45 malam, kesemua penyokong yang membanjiri trek olahraga kemudian ditempatkan semula ke kawasan tempat duduk dalam keadaan terkawal. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff yang berada di stadium kemudian membuat pengumuman bahawa permainan boleh diteruskan selepas keadaan terkawal sepenuhnya.

Sebaik pengumuman itu dibuat, kelibat semua pemain tuan rumah kemudian memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan, namun pemain Johor DT tidak berbuat demikian.

Keadaan bagaimanapun masih tidak terkawal sepenuhnya apabila beberapa kali dicemari bunyi mercun dan balingan botol minuman ke kawasan padang. Kemudian, para penyokong Johor DT pula bertindak turun dan duduk di trek olahraga meskipun kawasan balapan itu telah diarah untuk dikosongkan bagi membolehkan perlawanan dimulakan.

Perbuatan berbaur provokasi itu kemudian disambut oleh penyokong tuan rumah dengan menyanyikan lagu 1Malaysia. Pada pukul 10.30 malam, Penolong Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat pengumuman bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Menurut Fuad, stadium berkenaan dapat memuatkan 35, 000 dalam satu masa dan tiket terjual adalah 32,000 keping.

Justeru, beliau menolak ada berlaku penjualan tiket palsu yang menyebabkan insiden limpahan penonton malam semalam. Dalam pada itu, kira-kira 1,500 penyokong Johor DT masih berada di tengah padang sehingga pukul 11.45 malam semalam.

Menurut polis, mereka akan dipindahkan ke tempat selamat apabila kesemua penyokong tuan rumah mengosongkan stadium berkenaan.

Polis turut mengesahkan beberapa penonton mengalami kecederaan ringan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat. (-Utusan online-Sukan tempatan).Posted by abnmulya at1336 hrs on Mei 29,2013.


Ia Hanya Anwar Spring- Zahi



Oleh TERMIZI CHE ANUAR 
pengarang@utusan.com.my 
Ahmad Zahid Hamidi
 KUALA LUMPUR 28 Mei - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau sehubungan itu menasihatkan semua pihak supaya menerima keputusan pilihan raya lalu dan tidak lagi menyertai sebarang perhimpunan haram yang membantah keputusan PRU-13.

Beliau menegaskan, beberapa pemimpin pakatan pembangkang seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali serta Pas sendiri sudah menerima keputusan itu dan menolak perhimpunan jalanan yang sedang digerakkan oleh aktivis-aktivis propembangkang.

"Saya tidak perlu memberikan amaran tetapi cuma menasihatkan mereka supaya jangan lakukan provokasi kepada pihak polis dengan menggunakan kaedah Arab Spring, Bulldozer Revolution atau Colour Revolution yang acuannya dari luar negara untuk diaplikasikan di dalam negara kita.

 "Ramai yang katakan ini adalah Malaysia Spring, tetapi sebenarnya adalah Anwar Spring sebab beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahu menonjolkan diri.

"Saya fikir ini Anwar Spring. Biarlah dia jadi 'spring' kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pembangkang hanya menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) 133 kerusi pada pilihan raya lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, perhimpunan haram itu sengaja dilakukan sebagai provokasi terhadap pasukan polis serta menarik perhatian media asing.

"Mereka tahu Akta Perhimpunan Aman tetapi masih cuba menunjukkan kepada dunia, Malaysia tidak aman dan sebagainya. Walaupun perhimpunan itu dibolehkan tetapi perlu dilakukan dengan beradab dan rasional," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang hukuman serta denda bagi kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman beliau menegaskan, pihaknya cuma melaksanakan apa yang telah diluluskan Parlimen.

"Jika ada yang mencadangkan hukuman itu patut ditambah, kami sebagai pelaksana amat berterima kasih dengan cadangan tersebut," jelasnya.(Utusan online-poiktik).Posted by abnmulya at 1311 hnrs on Mi 29,2013.