Saturday, June 29, 2013

Peringatan Terkini: Dari Datuk Dr.Rahman Ismail, Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak

Datuk Dr.Rahman Ismail
AHAD,June 30,2013. Menerusi SMS yang telah dihantarkan oleh Datuk Dr.Rahman Ismail kepada blog kami yang mana beliau selaku Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,sekali lagi telah memberi peringtana terakhirnya kepada semua sahabat-sahabat dan semua Pengerusi-Pengerusi badan-badan Ngo yag bergabung di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak .

Disamping menyampaikan salam sejahtera kepada semua Pengerusi-Pengerusi dan AJK badan-badan tersebut,beliau juga telah mengingatkan sekali lagi bahawa Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinanya akan mengadakan majlis:

 Mesyurat Agong yang ke:3, pada malam esok iaitu, pada malam Isnin, pada jam 9.00 malam, pada tanggal 01 hb.Julai 2013.

Mesuyurat itu bertempat  di Restauran D'Selera Greenwood ( Restauran Ogy Ahmad Daud) di Greenwood,Gombak.

Ekoran dari itu,Datuk Dr.Rahman Ismail,selaku Presiden Gabungan Ngoo-Ngo Gombak,dengan rendah hati dan dengan hati yang ikhlas menyeru kepada semua Pengerusi-Pengerusi badan-badan gabungan itu,agar hadir ke majlis tersebut dengan  membawa bersama perwakilan masingh-masing ke mesyuarat agong tersebut demi kejayaan dan kelancaran majlis tersebut.

Terima kasih dari

Datuk Dr.Rahman Ismail
Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,
June 30,2013 at 2.02 pm.

Tuesday, June 25, 2013

Titah Seri Paduka diperlekeh

Oleh HUSSAINI AMRAN, MAISARAH SHEIKH RAHIM, 
ASSIM HASSAN dan KASTHURI JEEVENDRAN 
pengarang@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 25 Jun - Ahli Parlimen pakatan pembangkang tidak sependapat ketika memberikan reaksi berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah dalam majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13, di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah memperlekehkan titah Seri Paduka dengan menyifatkannya sebagai 'skrip' yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dakwa Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, titah Seri Paduka sebenarnya telah disediakan oleh BN, tidak melibatkan kepentingan rakyat, malah, terdapat banyak kepincangan kerajaan yang cuba disorokkan.

"Titah Seri Paduka telah disediakan oleh kerajaan BN. Mengapa hendak 'mengheret' Seri Paduka dalam perkara ini?. "BN harus sedar mereka cuma kerajaan minoriti kerana kami adalah kerajaan yang telah menang dengan undi popular sebanyak 51 peratus.

"Kamu (media arus perdana) terima hakikat ini dahulu, kemudian baharu dapatkan komen kami," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini.

Pada 6 Mei lalu, DAP khususnya Guan Eng terus mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah 'yang paling kotor' dalam sejarah negara dan mereka seharusnya layak membentuk kerajaan baharu berdasarkan undi popular.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberikan reaksi berbeza apabila menyifatkan titah Seri Paduka itu perlu diterima semua Ahli Parlimen dan mereka harus bekerjasama dalam membangunkan negara.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat itu turut berharap agar masing-masing dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13, sekali gus memainkan peranan sebenar sebagai wakil rakyat.

"Semua pihak sama ada kerajaan dan pembangkang perlu bertindak sedemikian, kami di pihak Pas akan terus komited untuk memperkasakan Islam dan negara, selari dengan agenda perjuangan.

"Kami menerima baik titah Seri Paduka dan semestinya Ahli Parlimen bekerjasama untuk melaksanakan. Saya juga mengharapkan Malaysia bertambah maju dan stabil,'' katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 12.54 am on June 26,2013.

Anwar berhasrat bunuh kartier politik Najib

Encik Ng Lum Yong,bekas pengasas Parti Keadilana Rakyat (PKR)
KUALA LUMPUR 25 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, Anwar sering mengaitkan Najib dengan kes itu dalam siri ceramah politiknya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. 

Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang.

"Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali.

"Saya tidak hairan apabila timbul dakwaan pembangkang cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar kerana perbuatan itu merupakan salah satu taktik mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Lum Yong mengulas kenyataan bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin semalam, yang tidak terkejut dengan pendedahan cubaan menyogok keluarga Sirul dengan wang RM3 juta kerana memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri sewaktu mengendalikan kes Ketua Pembangkang itu dahulu.

Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul agar bersetuju membuat kenyataan palsu terhadap Najib.

Namun, Lum Yong yakin rakyat tidak termakan fitnah yang ditaburkan ke atas Perdana Menteri oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.

"Usaha mereka memfitnah Najib tidak berkesan kerana rakyat memahami kedudukan sebenar kes pembunuhan Altantuya," ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari memberitahu, pendedahan Rahimi itu menunjukkan pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib.

Beliau juga meminta pihak berkuasa segera menjalankan siasatan memandangkan pendedahan tersebut melibatkan individu berprofil tinggi.

"Perlu ada tindakan proaktif daripada pihak berkuasa, tidak perlu tunggu sehingga orang ramai membuat aduan," jelasnya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 12.46 m on June 26,2013.

Anwar hipokrit terhadap penyokong

KOTA BHARU 25 Jun -  Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menyatakan prinsip sebenar perjuangan parti pembangkang kepada umum terutama dalam kalangan penyokongnya sendiri.

Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, desakan itu memandangkan wujud kekeliruan mengenai pendirian pembangkang berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang didakwa tidak adil dan berlaku penipuan.

Tambah beliau, dakwaan Anwar serta wakil rakyat pembangkang lain itu tidak selari dengan tindakan mereka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat sekali gus mengiktiraf keputusan pilihan raya umum lalu.

"Jika mereka benar-benar telus dan ikhlas dalam perjuangan, mereka tidak akan menggadai prinsip selama ini apatah lagi selepas mencanang kepada rakyat kononnya Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak telus, tidak adil dan menipu.

"Mereka hasut dan heret rakyat supaya membantah, menentang kerajaan dengan cara tidak sah sehingga mencetuskan huru-hara dan menyebabkan berlakunya kecederaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, kesemua 89 Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat . Tindakan itu sekali gus membuktikan mereka bersetuju dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang melayakkan mereka menjadi Ahli Dewan Rakyat sedangkan sebelum ini menghasut rakyat menyertai perhimpunan haram membantah keputusan pilihan raya umum.

Mohd. Syamsul berkata, tindakan pemimpin pembangkang mengangkat sumpah itu merupakan pengkhianatan terhadap penyokong setia mereka yang sanggup tidur di jalan raya kerana akur dan taat terhadap pemimpin mereka.

Katanya, wakil rakyat pembangkang sepatutnya tidak hadir mengangkat sumpah mengambil kira tuduhan yang dibuat.

Malah, tambah beliau, agama Islam juga melarang pemimpin menggunakan rakyat untuk meraih sokongan dengan menyebar fitnah sehingga meretakkan ukhuwah dalam kalangan rakyat dan mengancam kerajaan yang dilantik secara sah.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 12.39 am on June 26,2013.

BN disaran turut tubuh institut kajian,sekolah politik

Prtof .Datuk Dr.Mohamed Mustafa Ishak,Ketua Kluster Politik,Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa,Majlis Profesor Negara (MPN).
KUALA LUMPUR 25 Jun - Barisan Nasional (BN) disaran supaya menubuhkan institut kajian serta sekolah politik dalam usaha memastikan kelestarian parti itu pada masa hadapan.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, perkara itu perlu difikirkan segera berikutan keputusan pilihan raya umum lalu yang menyaksikan perubahan pola pengundian demi memastikan BN terus kekal relevan. 

Beliau berkata, sudah tiba masanya BN dan parti-parti komponennya terutama UMNO melakukan perubahan drastik dalam usaha memahami denyut nadi rakyat.

"Cadangan penubuhan makmal politik merupakan langkah yang bijak tetapi saya melihat inisiatif itu berkemungkinan tidak mampu menyelesaikan masalah yang wujud pada masa hadapan, apatah lagi dalam senario politik yang semakin berubah kini.

"Sebaliknya, dengan kewujudan institut kajian serta sekolah politik itu diyakini mampu membantu parti dalam membuat kajian berterusan terutama bagi memahami kecenderungan rakyat sekali gus membincangkan hala tuju serta kelangsungan parti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 12.05 am on June 26,2013.

Makmal politik pastikan BN kekal relevan-Najibn.

Dartuk Seri Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR 25 Jun - Penubuhan makmal politik adalah bagi memastikan parti Barisan Nasional (BN) kekal relevan di mata rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Makmal politik akan ditubuhkan untuk memastikan parti @barisanasional kekal relevan di mata rakyat," kata Perdana Menteri dalam tweet terbaharu beliau hari ini.

Semalam, Najib berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan penubuhan makmal politik bulan depan untuk membuat cadangan khusus mengenai perubahan yang perlu dilakukan kepada parti gabungan itu.

Katanya makmal berkenaan akan melihat sama ada perubahan itu melibatkan struktur, penjenamaan atau dasar BN atau ketiga-tiganya sekali bagi memastikan BN terus berjaya pada masa akan datang. - BERNAMA ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 11.59 am on June 26,2013.

Anwar angkat sumpah,penyokong b erbarting di jalan raya

Seorang anggota polis terjatuh ketika cuba menenangkan peserta perhimpunan mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam 

SELEPAS melakukan pelbagai propaganda, hasutan, tohmahan dan fitnah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengetuai pakatan pembangkang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Anwar dan sekutu-sekutunya dilaporkan berbuat demikian kira-kira sejam selepas polis menahan sekumpulan 200 peserta perhimpunan haram yang bertindak ganas merempuh kawalan polis yang mengawal perkarangan Bangunan Parlimen.

Tindakan ganas itu dilakukan oleh saki-baki kumpulan yang sebelum ini menyertai perhimpunan haram di Padang Merbok yang berpunca daripada seruan Anwar supaya rakyat turun beramai-ramai ke perhimpunan berkenaan bagi membantah keputusan PRU-13.

Ternyata, peserta-peserta berkenaan yang ada antara mereka 'berkampung' di dalam khemah di Padang Merbok sejak Sabtu lalu telah diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Segala susah-payah mereka dalam perjuangan sia-sia itu tidak membawa apa-apa makna kerana Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang tetap mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Kalau benarlah pemimpin pembangkang mendakwa pilihan raya umum lalu penuh kepincangan dan penipuan, kenapakah mereka mahu mengiktiraf keputusan yang berpihak kepada mereka tetapi menolak kemenangan yang menyebelahi BN?

Sepatutnya sama ada perhimpunan haram atau keganasan di hadapan bangunan Parlimen tersebut tidak akan berlaku, jika Anwar berjiwa besar untuk menasihatkan penyokong-penyokong supaya menghormati proses melakukan bantahan iaitu melalui petisyen kepada mahkamah.

Namun malangnya, Anwar tidak berbuat demikian, beliau seolah-olah bangga apabila ramai anak muda yang terpengaruh dengan dakyah beliau khususnya kelompok yang bergabung dalam Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Dengan jumlah kehadiran di Padang Merbok tidak mencapai sasaran pakatan pembangkang, ia sepatutnya memberikan kesedaran kepada Anwar bahawa perjuangan beliau melakukan politik jalanan tidak akan berhasil.

Mana mungkin kalau setakat 200 orang yang berkumpul di hadapan Bangunan Parlimen akan mampu melunturkan semangat perjuangan pegawai-pegawai SPR.

Bagaimanapun, apa yang kita saksikan, Anwar terus memberi galakan kepada kumpulan berkenaan untuk melakukan bantahan.

Ketika kelompok itu menyusahkan diri sendiri dan mungkin juga menunjukkan kebodohan mereka dengan tidur dalam keadaan berjerebu, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain selesa berada di kediaman masing-masing membuat persiapan untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Setakat melahirkan penghargaan kepada perjuangan kelompok itu, ia tidak membawa makna apa-apa.

Sepatutnya kalau Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang benar-benar bertekad bahawa berlaku penipuan dalam PRU-13, mereka juga akan bersama-sama kumpulan itu yang antara lain mahukan pemimpin-pemimpin pembangkang tidak mengangkat sumpah.

Jelaslah, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, semalam menunjukkan sikap hipokrit pada tahap paling tinggi yang tidak mungkin ada kepada mana-mana Ahli Parlimen di seluruh dunia.

 Apa pun yang paling malang ialah penyokong-penyokong mereka yang begitu mudah diperbodohkan sehingga sanggup berkhemah, bermalam dan berbaring di jalan raya serta ditangkap oleh polis. Segala-galanya berpunca daripada sikap hipokrit dan watak 'sesumpah' pemimpin pembangkang seperti Anwar! (Utusan online-politik).Posted  by abnmulya at 11.54 am on June 26,2013.

Monday, June 24, 2013

Koperal Hassan akarab dengan Kiram

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM dan
ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

Koperal Hassan Ali Basari dikawal oleh anggota polis di pekarangan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd Aminuddin 

KOTA KINABALU 24 Jun - Pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh mengenai tindakan seorang anggota polis cawangan khas mengadakan beberapa siri pertemuan dengan ketua kumpulan pengganas Kiram, Datu Agbimuddin Kiram sebelum mereka menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu dekat sini pada Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan melalui ucapan pembukaannya dalam perbicaraan kes terhadap Koperal Hassan Ali Basari, 55, di Mahkamah Tinggi di sini berkata, pihaknya juga akan mengemukakan bukti-bukti lisan dan bertulis mengenai hubungan rapat antara tertuduh dan Kesultanan Sulu di selatan Filipina.

"Pihak pendakwa juga akan mengemukakan bukti-bukti menunjukkan tertuduh dengan sengaja tidak menyalur dan memberikan maklumat mengenai rancangan kumpulan pengganas itu untuk menceroboh kepada pegawai atasannya iaitu melanggar tanggungjawab dan tugas hakikinya,'' katanya.

Hakim P. Ravinthran, sedang mendengar perbicaraan kes Hassan yang didakwa dengan sengaja tidak memberikan maklumat kepada pegawai atasannya mengenai rancangan kumpulan pengganas Kiram untuk menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu dekat sini pada Februari lalu.

Hassan, 55, anggota cawangan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang berasal dari Semporna, didakwa melakukan kesalahan itu antara Januari dan 3 Mac lalu di Pejabat Ketua Cawangan Khas Daerah IPD berkenaan.

Tertuduh yang diwakili oleh peguam-peguam, Kamarudin Mohd. Chinki, Ram Singh, Syaiful Sufyyan Sidin dan Lo Yun Sin, didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia dihadapkan pertama kali di Mahkamah Majistret Lahad Datu pada 29 Mac lalu, sebelum kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau pada 12 April lalu.

Pada 7 Jun lalu, pendakwaan membuat permohonan bagi memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. (Utusan online-mahkamah).Posted by abnmulya at 9.15 am on June 25,2013.

32 ditahan merusuh di Parlimen

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my 

Sebahagian peserta perhimpunan haram melakukan provokasi terhadap anggota-anggota polis ketika cuba bertindak merempuh bangunan Parlimen, semalam. - BERNAMA 

KUALA LUMPUR 24 Jun - Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini 'tercemar' dengan tindakan biadab kumpulan penyokong parti pembangkang yang merusuh dan mahu merempuh masuk ke bangunan itu.

Selain berhimpun seawal pukul 8.45 pagi, kumpulan perusuh itu mencetuskan kekecohan apabila berbaring di atas jalan kira-kira 500 meter dari pintu masuk Bangunan Parlimen iaitu di Jalan Parlimen-Jalan Mahameru.

Mereka turut memaki hamun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa tidak adil serta melemparkan kata-kata kesat meminta pemimpin suruhanjaya itu meletak jawatan.

Kekecohan bermula kira-kira pukul 10.50 pagi apabila sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dipimpin Adam Adli Abdul Halim cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki pekarangan Parlimen.

Rempuhan ganas kumpulan itu mengakibatkan beberapa anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor cedera selepas diserang dan dipukul oleh perusuh tersebut.

Polis terpaksa menahan beberapa perusuh kumpulan itu dan pada masa yang sama peserta perhimpunan lain menghamburkan kata-kata kesat kepada anggota keselamatan yang berkawal menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Parlimen.

Insiden ganas yang berlangsung selama 40 minit kembali reda selepas pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard dan Adam Adli menyerah diri kepada polis.

Kumpulan perusuh itu mula bersurai dan menuju ke Padang Merbok pada pukul 12.05 tengah hari selepas diarahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan pihaknya menahan sebanyak 32 perusuh kerana membuat kecoh dan merempuh kawalan polis di sekitar Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut beliau, mereka terdiri daripada 29 lelaki dan tiga wanita termasuk Cikgu Bard dan Adam Adli. 

"Peserta perhimpunan telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas.

"Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan tersebut dan meneruskan kawalan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan di Bangunan Parlimen terjamin," katanya dalam laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Perhimpunan anjuran pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan itu dianjurkan di Padang Merbok oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula kelmarin. Himpunan yang gagal mendapat sambutan itu turut dicemari insiden ganas termasuk kejadian dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari.(Utusan online-jenayah).Posted by abnmulya at 9.08 am on Junme 25,2013.

AKHIRNYA MEREKA AKUR-ZAHID

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
 pengarang@utusan.com.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diperhatikan oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas pelantikannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. 

KUALA LUMPUR 24 Jun - Tindakan kesemua 89 Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sumpah di Dewan Rakyat membuktikan mereka akur kepada lunas Perlembagaan Persekutuan serta mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang berjaya memanipulasi pemikiran penyokong mereka untuk berdemontrasi membantah keputusan pilihan raya umum lalu termasuk yang dilakukan kira-kira 200 orang di luar Parlimen pagi ini.

Tambah beliau, ketika kumpulan penyokong pembangkang itu berdemonstrasi dalam keadaan berjerebu dan panas, pemimpin-pemimpin mereka pula melalui perjalanan demokrasi dengan mengangkat sumpah. 

"Apabila mereka datang (angkat sumpah), ia menunjukkan akhirnya mereka akur kepada Perlembagaan dan peraturan Dewan Rakyat.

"Namun, apa yang dilakukan beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dengan berdemonstrasi membuktikan mereka tidak memahami Perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu dalam sidang Dewan Rakyat, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri membentangkan usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan laluan kepada semua Ahli Parlimen serta memastikan keselamatan dan keamanan di sekitar kawasan Parlimen. 

Merujuk kepada usul itu, beliau berkata, mana-mana pihak diingatkan tidak cuba menghalang pintu masuk Parlimen memandangkan usul tersebut diterima sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang.

"Seharusnya itulah tindakan sebaiknya dan jangan mencari masalah, mereka harus terima apa jua akibat daripada masalah yang mereka lakukan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut mengingatkan pemimpin pembangkang tidak berterusan mengancam keselamatan negara dengan mengadakan perhimpunan haram kerana mereka sendiri mengakui sistem demokrasi negara dengan hadir mengangkat sumpah.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menambah, ikrar taat setia dan janji mematuhi undang-undang yang dilafazkan setiap Ahli Parlimen itu diharap tidak lagi membawa kepada sebarang pertikaian berhubung sistem pilihan raya yang didakwa satu penipuan.

 "Proses demokrasi sudah berjalan lancar, rakyat sudah membuat pilihan, jadi semua Ahli Parlimen jangan lagi membuang masa sebaliknya bertindak mengikut lunas Perlembagaan," katanya.( Utusan online-politik).Posted  by abnmulya at 8.59  am on June 25,2013.

Sunday, June 23, 2013

Husam ditahan reman dua hari

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 23 Jun - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya bahawa peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan haram tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Merbok, Kuala Lumpur, sebagai mati syahid.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor yang juga bekas Exco Kelantan itu direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Habri Muhamad kira-kira pukul 9.30 pagi ini di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa di sini.

Husam diwakili oleh lima orang peguam iaitu Hisham Fauzi, Abdul Rashid Yah, Shaharuddin Mohamed, Nik Baharom Nik Abdullah dan Wan Razak Wan Dolah.

Hisham ketika ditemui pemberita selepas prosiding permohonan reman berkata, pihak polis pada awalnya memohon untuk Husam ditahan reman selama empat hari, manakala pihaknya memohon supaya wakil rakyat Pas itu dibebaskan serta-merta.

"Alasan kami, Husam ditahan di bawah Akta Hasutan yang mana akta hasutan itu hanya menetapkan satu syarat sahaja iaitu sama ada perkataan yang diucapkan itu termasuk dalam kategori menghasut atau pun tidak.

"Maknanya dapatkan rakaman ucapan dan buat keputusan sama ada menghasut atau pun tidak. Jika menghasut pihak polis boleh meneruskan dengan pertuduhan untuk mahkamah adili dan jika tidak menghasut pihak polis sewajarnya melepaskan kes ini. Jadi tak timbul keperluan untuk pihak polis terus menahan beliau lebih lama.

"Majistret kemudian membenarkan permohonan reman dua hari sahaja iaitu hari ini dan esok (hari ini)," katanya di sini hari ini.

Hisham memberitahu, seramai 10 orang peguam akan mewakili Husam bagi kes berkenaan. Berkenaan permohonan tahanan reman ke atas Husam yang dibuat di lokap polis IPD Kota Bharu dan bukan di Mahkamah Majistret, Hisham berkata, ia permohonan daripada pihak polis kepada mahkamah.

Hisham juga mendakwa, setakat ini hanya isteri Husam, Datin Rohana Abdul Rahman sahaja yang dibenarkan melawat beliau.

Husam ditahan berhubung satu laporan polis yang dibuat di Ketereh, di sini pada 12 Jun lalu berkaitan ucapan berbaur hasutan yang dibuatnya ketika memberi ucapan di Padang Majlis Daerah Ketereh.

Husam ditahan di sebuah restoran di Desa Pandan, Ampang, Selangor, pada pukul 3.40 petang semalam. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, aktivis pembangkang, Khalid Mohd. Ismath, 23, yang turut ditahan semalam mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan berhubung kenyataannya dalam akaun laman Twitter telah dibebaskan pukul 6 petang tadi.

"Khalid dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang setelah keterangannya selesai diambil.

"Dia disiasat berhubung satu laporan yang dibuat di Balai Polis Batu 9 Cheras, Kajang berhubung statusnya di laman itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Khalid ditahan di Jalan Gelang 6, Bandar Putri Fasa 2, Klang, Selangor pada pukul 5.45 petang berhubung kenyataan dalam Twitter miliknya yang mendakwa kejayaan perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur adalah apabila kenderaan polis diterbalikkan.(Utuisan online-jenayah).Posted by abnmulya at 9.46 am on June 24,2013.

NGO desak tindakan keras dikenakana ke atas peserta

Mohd Fared Abdul Ghani
KOTA BHARU 23 Jun - Pemimpin pembangkang yang terlibat dalam siri perhimpunan haram 'Blackout 505' tidak sepatutnya bersikap emosional ketika menuntut hak tertentu sehingga mencetuskan huru-hara dalam kalangan rakyat.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menegaskan, prinsip demokrasi yang menjadi tunjang kepada negara berparlimen sepatutnya tidak dicemari oleh kerakusan nafsu politik individu tertentu semata-mata.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang berkata, sistem pemerintahan di Malaysia sememangnya telah mengikut konsep Islam di mana kuasa memilih terletak sepenuhnya di tangan rakyat.

Katanya, golongan yang cuba menafikan sistem keadilan yang ada dengan bertindak secara agresif adalah menyimpang daripada acuan Islam sebenar dan boleh disifatkan sebagai penderhaka.

 "Apabila keputusan tidak berpihak kepada mereka lalu dihukum sebagai tidak adil dan mengajak rakyat untuk melakukan protes di jalanan sehingga berlakunya insiden buruk menyebabkan kecederaan, itu tidak kena.

"Lebih menyedihkan, apabila ada dalam kalangan mereka sanggup mengeluarkan fatwa songsang sebagai retorik agama bagi tujuan tersebut. Ini pengkhianat namanya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam Islam, ada pendapat yang mengatakan bahawa golongan penderhaka terhadap bangsa dan negara wajar dikenakan tindakan tegas termasuk hukuman bunuh.

 "Kalau mereka tidak puas hati dengan sebarang keputusan, negara kita ada undang-undang bagi memberi uang kepada mereka untuk membuat bantahan mengikut saluran yang betul, maka ikutlah saluran itu.

"Kalau begini sikap mereka buat apa buat petisyen, tapi dalam masa sama mereka seolah-olah mendahului keputusan mahkamah dengan membuat kecoh begitu." katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, aktiviti yang berunsurkan pecah belah sesama sendiri bukan amalan budaya Melayu atau sikap masyarakat Islam dan ianya harus dibendung tanpa kompromi.

Katanya, pihak berkuasa termasuk kerajaan mesti memandang serius perkara tersebut bagi memastikan keadaan dalam negara yang berbilang bangsa, sentiasa kekal aman dan makmur.

"Kerajaan mesti bertindak tegas terhadap mereka ini, apatah lagi kelakuan biadap ini bukan kali pertama. Kalau asyik amaran, amaran, amaran sahaja tidak cukup untuk membendung kejadian seumpamanya pada masa akan datang," katanya.

Siri perhimpunan haram anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PR-13) yang diadakan semalam walaupun dikatakan tidak mencapai sasaran namun insiden buruk menyebabkan kecederaan turut berlaku.

Bahkan, amat mengaibkan perhimpunan tersebut menyaksikan kebiadapan beberapa penyokong pembangkang mengarak bendera merah putih yang dikaitkan dengan usaha menukar Jalur Gemilang.( Utusan on line-politik).Posted by abnmulya at 9.34 on June 24,2013.

Pihak berkuasa perlu bertindaka tegas

 KUALA LUMPUR 23 Jun - Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertindak mengibarkan bendera merah putih sewaktu perhimpunan haram di Padang Merbok di sini semalam.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, tindakan biadab itu memperlihatkan mereka seolah-olah tiada semangat jati diri sebagai rakyat Malaysia. 

"Perbuatan mereka amat memalukan kerana telah mencapai tahap mencabar kedaulatan negara dan martabat rakyat.

"Mereka sepatutnya mengenang jasa pejuang terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air sebelum bertindak mengikut perasaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Akhbar melaporkan perhimpunan haram tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Merbok di sini sekali lagi menyaksikan kebiadapan beberapa penyokong pembangkang mengarak bendera merah putih yang dikaitkan dengan usaha menukar Jalur Gemilang.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom beranggapan perbuatan tidak bermoral tersebut semakin menjadi-jadi berpunca daripada undang-undang yang tidak tegas.

 "Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan dan segera menahan individu yang terlibat. Mereka harus bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abn mulya at 9.22 am on June 24,2013.

Cina diwakili pembangkang

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR 
syahrir.bakar@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 23 Jun - Walaupun kebanyakan pemimpin pembangkang menolak pandangan sistem politik dua kaum iaitu pemisahan Cina dengan kaum lain terutama Melayu, namun, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tetap percaya kepada kewujudan senario tersebut.

Sambil menyifatkan sistem itu sesuatu yang malang, beliau mengulangi peringatan jika kaum Cina terus dibuai dengan slogan 'Ubah' kerajaan yang dilaungkan pembangkang terutama DAP, maka kaum tersebut akan terus tidak mempunyai wakil dalam kerajaan tetapi sekadar diwakili pembangkang.

"Kalau masyarakat Cina menghayati dan menyokong slogan 'Ubah', ini akan mencetuskan satu suasana politik yang mana kerajaan diwakili orang Melayu dan India manakala masyarakat Cina sekadar diwakili oleh parti pembangkang.

"Dalam debat saya dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, temanya (hujah saya) sistem dua parti menjadikan sistem dua kaum. Malangnya hari ini (sistem dua kaum) sudah menjadi satu hakikat," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Jayadiri Malaysia Bhd. (Kojadi) Ke-31 di Wisma MCA Jalan Ampang di sini hari ini.

Selepas MCA menunjukkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Soi Lek dengan hampa mengakui senario politik negara kini berdasarkan sistem dua parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menyifatkannya sebagai 'tsunami Cina', menolak MCA serta Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, para pemimpin pembangkang seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan lantang menafikan pandangan itu walaupun parti itu menang besar dalam PRU-13 berbanding pembangkang lain, khususnya hasil sokongan Cina.

Dalam pada itu, Soi Lek menyeru masyarakat Cina supaya mengambil peluang dalam pembangunan ekonomi negara melalui pelbagai program transformasi yang diperkenal Najib bagi membantu semua golongan masyarakat seperti Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar) dan Projek Pemodenan Bengkel Automatif-Motosikal (Atom).

"Masyarakat Cina sering berpendapat program yang diperkenal kerajaan adalah untuk bumiputera walhal ini tak benar. Tukar dan Atom untuk semua kaum. Melalui usaha ini, kita sedikit sebanyak berjaya meyakinkan masyarakat Cina untuk menyertai Tukar dan Atom," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 9.16 am on June 24,2013.

Serlah sikap hipokrit pembangkang

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM 
pengarang@utusan.com.my 


KUALA LUMPUR 23 Jun - Sikap hipokrit pakatan pembangkang akan terserlah jika kesemua 89 Ahli Parlimennya hadir mengangkat sumpah di Dewan Rakyat esok sebagai mengiktiraf mereka sebagai wakil rakyat.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, mereka sepatutnya berasa malu untuk hadir dalam majlis tersebut sedangkan terus-menerus menganjurkan perhimpunan haram demi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dituduh satu penipuan.

Jelas beliau, mereka perlu bersikap konsisten apabila bersetuju untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat, maka segala bentuk perancangan untuk menggulingkan kerajaan wajar dihentikan.

"Apabila mereka bersetuju mengangkat sumpah esok, maka jadilah Ahli Parlimen yang bertanggungjawab. Suarakan apa yang tidak puas hati di Dewan Rakyat yang memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada mereka.

"Itu sebenarnya lebih baik daripada terpekik-terlolong di jalan raya kerana langsung tidak membawa apa-apa faedah. Dalam konteks kita mengamalkan demokrasi tanpa putus-putus sejak merdeka, sepatutnya Ahli Parlimen tunjukkan kematangan dalam menguruskan demokrasi itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kesemua Ahli Parlimen parti itu akan mengangkat sumpah di Parlimen esok, sekali gus menafikan dakwaan bahawa mereka akan memboikot majlis itu.

Kenyataan itu sekali gus diselar banyak pihak kerana Anwar tetap meneruskan perhimpunan haram bagi membantah keputusan PRU-13.

Dalam pada itu, Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, tindakan pembangkang itu seperti serampang dua mata dalam keadaan mereka membantah tetapi bersetuju untuk menjadi Ahli Parlimen. 


Sehubungan itu, kata beliau, rakyat perlu sedar bahawa tindakan mereka itu hanya untuk memuaskan hati bagi menafikan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

"Kalau mereka angkat sumpah, tiada apa lagi yang perlu dipertikai. Jika mahu membantah keputusan pilihan raya, kemuka petisyen di mahkamah tidak perlu mengadakan tunjuk perasaan.

"Kita tidak faham apa rasional golongan itu berbuat demikian, adakah bertujuan untuk mengelirukan rakyat atau sekadar hobi mengganggu-gugat keamanan negara bagi memberikan tekanan kepada kerajaan agar tunduk kepada mereka, walhal itu tidak mungkin akan berlaku," katanya. T

Tambah beliau, Ahli Parlimen pembangkang diingatkan untuk meneruskan agenda pembangunan negara dan menunaikan amanah rakyat sekiranya telah menerima hakikat dengan mengangkat sumpah esok.

"Rakyat boleh pertikaikan apa tujuan mereka menganjurkan perhimpunan tetapi bersetuju menjadi Ahli Parlimen. "Keamanan dan kemajuan negara perlu diteruskan, jalankan tugas dan amanah yang telah diberikan rakyat," katanya.( Urtusan online-politik).).Posteed by abnmulya at 8.56 am on June 24,2013.

Mat Sabu: Pakatan perlu menang sokongan Melayu untuk memerintah Malaysia

Dari kiri: Mat Sabu.
OLEH MOHD FARHAN DARWIS

JUNE 23, 2013 Umno berjaya menanam persepsi parti itu adalah pejuang dan pelindung Melayu, dan Pakatan Rakyat (PR) perlu menghapuskan persepsi sedemikian daripada komuniti Melayu jika mahu mengambil alih pemerintahan negara, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. M

Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata Umno berjaya dianggap pelindung survival Melayu dan Islam, yang menjadikan masyarakat Melayu yakin parti majoriti Melayu itu sahaja yang akan mempertahankan Islam, termasuk penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Umno masih dianggap pelindung Melayu dan Islam ... inilah kalau kita lihat keputusan (pilihan raya) bahawa orang Melayu masih bimbamng kalau Umno kalah bagaimana apa akan terjadi kepada orang Melayu, Islam. 

"Ini kejayaan persepsi yang ditanam sejak merdeka, yang menjadikan rakyat takut mengalahkan Umno, termasuk menjaga nama Allah," kata Mat Sabu ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) di Ampang.

Justeru itu, Mat Sabu menggesa rakan komponen PR dari DAP, dan PKR memberi bantuan sewajarnya bagi memastikan persepsi berkenaan dapat dihapuskan.

"Bantuan semua kaum khasnya DAP yang memperolehi undi besar nak buang persepsi Umno pejuang Melayu ... macam mana nak buang dalam masa, tiga atau empat tahun akan datang," katanya di hadapan 400 penyokong PR yang hadir hari ini.

Menurut Mat Sabu, perkara itu perlu diambil berat, termasuk kenyataan-kenyataan beberapa pihak yang dieksploitasi, dan memberi kelebihan kepada Umno.

"Kadangkala itu membantu Umno mendapatkan kerusi, ia perlu diperhalusi, kita merayakan kemenangan tetapi kita hadapi kekurangan di satu pihak lain."

"Peranan wakil rakyat kita perlu dipertingkatkan, memahami daya dan juga inspirasi kaum dan mengubah persepsi terhadap satu perkara," katanya lagi.

Pemimpin-pemimpin PR sebelum ini pernah bertelagah berhubung beberapa perkara seperti pelaksanaan hukum Islam, Hudud sekiranya mereka berjaya memerintah. Cadangan daripada PAS itu telah ditolak bulat-bulat beberapa pemimpin DAP seperti Pengerusinya, Karpal Singh, yang kemudiannya mencapai konsensus mereka setuju untuk tidak bersetuju.


Isu penggunaan kalimah Allah juga pernah dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika perutusan Krismas hujung tahun lalu, yang mana kembali menjadikan isu berkenaan suatu perdebatan dan mengambil perhatian ramai pihak.

 "Secara umumnya, orang Melayu ini kuat, percaya kepada takdir walaupun cara kepercayaan itu boleh diperbahas," kata Mat Sabu lagi.(Dari The Malaysian Insider).Posted by abnmulya at 8.48 am on June 24.2013.

Pembenihan awal hasilkan hujan di Dumai

JAKARTA 23 Jun - Operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah gambut di Riau melalui kaedah pembenihan awan oleh pasukan menangani bencana Indonesia berjaya menghasilkan hujan di Bukit Kapur, Dumai pada Ahad.

Pasukan gabungan yang diketuai Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia itu memperhebat operasi pemadaman kebakaran secara bersepadu untuk hari kedua pada Ahad dengan operasi darat dan udara.

 "Hari ini (Ahad) operasi pemadaman oleh pasukan darat dan udara akan diteruskan. Pasukan udara mengerahkan dua helikopter Bolco untuk melakukan pengeboman air dan dua pesawat Hercules dan Cassa untuk melakukan pembenihan awan," kata BNPB dalam kenyataan di sini.

Semalam, operasi bersepadu yang menggunakan dua helikopter Bolco yang mampu mengangkut 500 liter air, melakukan 16 kali pemadaman melalui kaedah pengeboman air di daerah Mandau dan berjaya memadamkan kebakaran di kawasan seluas 100 meter persegi.

Dalam operasi pembenihan awan pula, dua tan garam telah ditabur ke dalam awan menggunakan dua pesawat hercules di daerah Mandau, Bengkalis dan Duri.

Operasi darat juga dilakukan di Bengkalis dengan mengerahkan anggota tentera dan polis, masyarakat tempatan, Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) dan agensi-agensi kerajan yang berkaitan. 

Sementara itu, pantauan satelit pada Sabtu mengesan 92 titik panas di Riau, berbanding hanya 13 titik panas yang dikesan pada Jumaat, namun pihak berkuasa menyangkal bahawa aktiviti pembakaran hutan semakin meningkat.

"Adanya peningkatan jumlah 'hotspot' itu lebih disebabkan ketidakmampuan sensor satelit mengesan 'hotspot' kerana tebalnya asap sehingga sensor 'thermal' dari satelit itu tidak dapat tembus ke permukaan tanah. Jadi ini bukan disebabkan meningkatnya aktiviti pembakaran," kata BNPB.

Daripada 92 titik panas itu sebahagian besarnya adalah di daerah Rokan Hilir dan Bengkalis. Tiupan angin di Riau yang mengarah ke timur dan timur laut telah membawa asap daripada kebakaran itu ke beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Satelit juga mengesan 12 titik panas di Jambi, Sumatera dan 18 titik panas masing-masing di Kalimantan Barat dan Kalimantan Timur. - BERNAMA(Utusan online-luar negara) Posted by abnmulya at 8.35 am on June 24,2013.

Adidas taja Chelsea RM1.48b

(Dari kiri) David Luiz, Gary Cahill, Fernando Torres dan Oscar memperagakan jersi musim depan Chelsea. - Agensi

LONDON - Jose Mourinho diberikan lampu hijau untuk berbelanja besar membeli pemain selepas Chelsea menandatangani kontrak penajaan dengan Adidas yang bernilai 300 juta pound (RM1.48 bilion).

Tajaan selama 10 tahun itu merupakan rekod dunia yang dimeterai di antara kelab bola sepak dan pengeluar barangan sukan.

Perjanjian tersebut memecahkan rekod tajaan termahal sebelum ini yang bernilai 287 juta pound (RM1.41 bilion) yang ditandatangani oleh Manchester United dan Nike untuk tajaan selama 15 tahun pada tahun 2000.

Ini bermakna, Chelsea tidak lagi terlalu bergantung kepada pembiayaan pemilik kelab, Roman Abramovich untuk perbelanjaan kelab.

Perjanjian sebelum ini di antara Chelsea dengan Adidas ditandatangani pada 2006 dan perbincangan semula pada 2010 dengan nilai tajaan sekitar 20 juta pound (RM99 juta) setahun.

Namun kejayaan dalam Liga Juara-Juara dan Liga Europa serta kepulangan semula Mourinho sebagai pengurus, meningkatkan populariti kelab itu di seluruh dunia. Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay berkata:

"Perjanjian baru ini mengukuhkan semula keyakinan Adidas terhadap status Chelsea dalam dunia bola sepak."

Ia merupakan perjanjian ketiga minggu ini yang melibatkan kontrak tajaan oleh pengeluar produk sukan selepas Arsenal menandatangani perjanjian 30 juta pound (RM148.2 juta) dengan Puma dan Liverpool dengan kontrak 25 juta pound (RM123.5 juta) dengan Warrior. - Agensi (UTUSAN ONLINE-SUKAN LUAR NEGARA).POSTED BY ABNMULYA AT 2151 HRS ON JUNE 23,2013.

Angkat sumpah : Kawalan ketat esok-KPN

Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar
PETALING JAYA 23 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat kawalan ketat bagi memastikan proses mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat di Parlimen esok berjalan lancar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun Parlimen merupakan tempat bebas untuk orang awam, namun pihaknya tidak mahu sebarang keadaan yang boleh menyukarkan anggota Parlimen memasuki kawasan itu.

"Jadi sudah semestinya kita akan memastikan anggota Parlimen yang hendak mengangkat sumpah esok akan diperhatikan pergerakan mereka agar tidak diganggu oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas kempen kesedaran jenayah di sini hari ini.

Kesemua 222 anggota Parlimen akan mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen esok.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 16 hari mulai esok hingga 18 Julai, dan Dewan Negara selama sembilan hari mulai 25 Jun dan disambung pada 22 Julai hingga 1 Ogos.

Sementara itu, Khalid berkata, selain Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan seorang bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), tiada tangkapan lain berhubung kesalahan menghasut mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Beliau menasihatkan orang ramai agar berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang berunsur hasutan serta boleh mengugat keselamatan dan keamanan negara.

"Sebelum inipun saya pernah bercakap janganlah mengeluarkan fatwa-fatwa yang mungkin merunsingkan orang ramai, yang boleh membuat rakyat keliru, jadi sudah semestinya akan ada tindakan yang akan diambil.

"Jadi mereka (Husam dan bekas mahasiswa UiTM itu) akan disyorkan dituduh di bawah Akta Hasutan. Tempoh tahanan (reman) ini untuk memudahkan kita menjalankan siasatan serta mengemaskinikan kertas siasatan sebelum kita kemukakannya kepada pihak Peguam Negara," katanya.

Semalam, Husam, 54, ditahan pada 4 petang di Kampung Pandan, Ampang, Selangor oleh polis Bukit Aman sebelum dibawa ke Kota Baharu berhubung kenyataan 'mati syahid' di Kelantan baru-baru ini.

Bekas mahasiswa UiTM yang berusia 23 tahun pula ditahan pada 5.30 petang di depan rumahnya di Klang, Selangor berhubung kenyataan di laman blog beliau yang cuba menghasut untuk menyerang pasukan keselamatan pada perhimpunan haram anjuran pembangkang di Padang Merbok. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).Posted  by abnmulya at 2137 hrs on June 23,2013.

Hentikan meritokrasi pendidikan

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA 
pengarang@utusan.com.my 
Dr. Ibrahim Abu Shah (kanan) dan bekas Dekan Fakulti Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Tun Abdul Razak, Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid beramah mesra dengan sebahagian pelajar yang menyertai Konvensyen Pendidikan Melayu dan Bumiputera di Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/AZMAN ASMAYATIM 

KUALA LUMPUR 22 Jun - Kementerian Pendidikan diminta mempertimbangkan cadangan memansuhkan amalan meritokrasi dalam sektor pendidikan bagi mengembalikan keadilan kepada pelajar Melayu.

Tokoh pendidik, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, menerusi cadangan itu, kerajaan perlu menyusun semula struktur sistem pendidikan bermula di peringkat prasekolah sehingga ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau yang juga Presiden Majlis Perundingan Melayu menambah, penstrukturan itu perlu mengutamakan kepentingan pelajar Melayu merangkumi aspek kaedah pembelajaran sehingga kepada peruntukan biasiswa.

"Hari ini meritokrasi telah mewujudkan ketuanan Cina. Tidak ada yang menguntungkan pelajar Melayu. Bayangkan pelajar Melayu di IPT kini hanya kira-kira 35 peratus dan selebihnya kaum Cina.

"Dalam aspek biasiswa pula, pelajar Melayu gagal menjadi dominan dalam merebut biasiswa kerana pada tahun lalu, sejumlah 80 peratus pelajar Cina menerima biasiswa kerana mendapat keputusan cemerlang berdasarkan penetapan kerajaan melalui meritokrasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Konvensyen Pendidikan Melayu dan Bumiputera anjuran Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini hari ini.

Selain Ibrahim, turut bertindak sebagai panel dalam konvensyen itu ialah Presiden Persatuan Pesara Pendidik, Datuk Raof Hussin dan Presiden GPMS, Jais Karim. Sementara itu, Raof berkata, sistem meritokrasi dalam pendidikan tidak diperincikan dengan teliti kerana tidak mengambil kira kesan dan impaknya terhadap pelajar Melayu.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan mengkaji semula sistem meritokrasi tersebut dan mengehadkan kuota pendidikan terutama untuk bukan bumiputera.

 "Selama ini kerajaan terlalu memikirkan kaedah mengambil hati kaum Cina dan India yang kononnya untuk kepentingan negara sehingga sebenarnya telah terlalu lama menganiaya orang Melayu," katanya.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulyaat 1611 hrs on Ju ne 23,2013.

Saturday, June 22, 2013

Perhimpunan gagal capai sasaran

TIMBALAN Presiden Pas, Mohamad Sabu bersama-sama peserta perhimpunan haram tajaan Anwar Ibrahim di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 22 Jun - Perhimpunan haram anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan sebagai kebangkitan rakyat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PR-13) ternyata gagal apabila dihadiri hanya kira-kira 20,000 orang.

Jumlah kehadiran peserta yang berhimpun di tujuh lokasi sebelum berarak ke Padang Merbok ternyata jauh daripada sasaran pemimpin pembangkang iaitu 500,000 orang.

Berikutan keadaan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa memberi alasan bahawa ia berlaku kerana masalah jerebu yang melanda ibu negara.

Bagaimanapun alasan Anwar itu ternyata sekadar untuk menutupi kegagalan pakatan pembangkang semata-mata kerana sebahagian besar peserta mula meninggalkan lokasi utama di Padang Merbok seawal pukul 4 petang iaitu sebelum beliau berucap.

Kegagalan untuk menarik lebih ramai peserta menyertai perhimpunan itu dikatakan berlaku berikutan perasaan kecewa penyokong-penyokong pembangkang yang berasa dipermainkan apabila pemimpin-pemimpin mereka membuat keputusan untuk menghadiri majlis angkat sumpah anggota Parlimen.

Tindakan itu dilihat bertentangan dengan kenyataan mereka sebelum ini bahawa PRU-13 dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) melalui penipuan.

Kekecewaan itu diluahkan oleh sesetengah peserta yang berkhemah di padang berkenaan apabila mereka memaparkan tulis mengkritik sikap hipokrit pemimpin-pemimpin pembangkang.

Berikutan itu juga ia memungkinkan jumlah kehadiran peserta di tujuh lokasi yang ditetapkan oleh penganjur mengecewakan mereka.

Sebagai contoh, tinjauan Mingguan Malaysia di pekarangan Universiti Malaya (UM) yang tersenarai sebagai salah satu lokasi berhimpun peserta hanya disertai kurang daripada 300 penyokong mahasiswa dan golongan muda.

Keadaan itu jelas menunjukkan mahasiswa tidak termakan pujuk rayu dan provokasi pembangkang diketuai Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin supaya mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Di enam lagi lokasi, situasi juga sama biar pun ia dimulai dengan ucapan oleh beberapa pemimpin pembangkang termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Selain itu, kebijaksanaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keadaan dengan menempatkan jumlah minimum anggotanya memungkinkan hasrat sesetengah peserta untuk melakukan provokasi dengan tujuan mencetuskan huru-hara terbantut.

Bagaimanapun perhimpunan itu tetap menyaksikan sikap biadab sesetengah peserta apabila mereka bukan sahaja membawa sepanduk memaki hamun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi juga pemimpin negara dan media arus perdana.( Utuan online-politik).Posted by abnmulya at 10.58 am on June 23,2013.

Provokasi penyokong punca anggota DBKL dikasari



KUALA LUMPUR 23 Jun - Tindakan provokasi dan kata-kata kesat sekumpulan peserta perhimpunan didapati menjadi punca insiden dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari di Padang Merbok petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang penguatkuasa DBKL berusia 51 tahun berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, pengadu memaklumkan kejadian tercetus apabila seorang Kadet Inspektor Penguasa (KIP) dan Penguasa DBKL cuba mengambil gambar dan menutup khemah yang mula dipasang setelah mendapat arahan.

"Pengadu dan KIP telah ke khemah yang didirikan dan meminta orang yang bertanggungjawab untuk membuka khemah dan tiba-tiba, sekumpulan lelaki seramai 20 hingga 30 orang mengerumuni pengadu dan KIP," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini malam tadi.

Beliau berkata, kumpulan itu kemudian membuat provokasi dengan menolak pengadu dan KIP serta melontarkan kata-kata kesat. Pengadu dan KIP itu bagaimanapun berjaya dibawa keluar oleh anggota DBKL dan polis daripada kumpulan berkenaan sebelum insiden lebih teruk berlaku.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 186 kanun keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas, katanya. - BERNAMA(Utusan online-jenayah).Posted by abnmulya at 10.50 am on June 23,2013.

Husam ditahan mengikut Akta Hasutan petang ini

Datuk Husam Musa
KUALA LUMPUR 22 Jun - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ditahan polis di sebuah restoran di Desa Pandan hari ini berhubung ucapannya di Kelantan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan pemimpin parti itu ditahan pukul 3.30 petang ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. - UTUSAN ONLINE-JENAYAH.( Posted by abnmulya at2303 hrs on June 22,2013.

Peserta perhimpunan belasah 2 pengkuatkuasa DBKL

KUALA LUMPUR 21 Jun - Peserta perhimpunan haram di Padang Merbok di sini hari ini sengaja mencetuskan kekecohan dan bertindak kasar dengan memukul dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kedua-duanya dibelasah selepas meminta para peserta perhimpunan menanggalkan khemah-khemah yang dipasang di kawasan padang tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, kedua-dua mangsa bagaimana pun berjaya diselamatkan para anggota polis yang bertugas. - UTUSAN ONLINE-JENAYAH (Posted  by abnmulya at 2259 hrs on June 22,2013.

Polis buru penyokong cederakan anggota DBKL.

KUALA LUMPUR 22 Jun - Polis memburu kumpulan penyokong yang terlibat memukul dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam perhimpunan haram di Padang Merbok di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata,mereka dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan. (uTUSAN ONLINE-JENYAHA).Posted by abnmukya at 2249 hrs on June 22,2013.

Khalid Ismath ditahan bantu siasatan-Polis

KUALA LUMPUR 22 Jun - Aktivis pembangkang, Khalid Mohd. Ismath ditahan sepasukan anggota polis di rumahnya di Bandar Putri Fasa 2 di Klang, Selangor hari ini, dipercayai bagi membantu siasatan komennya dalam laman sosial berkaitan perhimpunan haram baru-baru ini.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang digantung tiga semester kerana mengugut polis Jun tahun lalu ditahan pukul 5.45 petang ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. - UTUSAN ONLINE-JENAYAH ( Posted by abnmulya at 2244 hrs on June 22,2013).

Tindakkan tegas terhadap penganjur-Bakri Zinin

BANGI 22 Jun - Meskipun pasukan keselamatan berjaya mengawal perhimpunan haram di Padang Merbok, tindakan tegas tetap akan diambil terhadap pihak penganjur, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

"Kita akan mengambil tindakan terhadap penganjur tersebut seperti mana sedia maklum di bawah Akta Perhimpunan Aman. Kita akan mengambil tindakan-tindakan susulan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penutupan Kejohanan Bola Sepak Terbuka dan Veteran 9 Sebelah Piala Ketua Polis Negara 2013 di sini hari ini.

Ditanya jumlah kehadiran orang ramai yang dikatakan kurang berbanding sasaran pakatan pembangkang, beliau berkata, rakyat boleh menilai sendiri perkara itu.

"Kita melihat dari sudut keselamatan, kita dapat uruskan secara berkesan dan masyarakat boleh menilai tentang perhimpunan yang berlaku di Padang Merbok," katanya.

Pakatan pembangkang tetap meneruskan perhimpunan di Padang Merbok meskipun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberi kebenaran untuk mereka menggunakan di lokasi itu. - BERNAMA(Utusan online-Jenyah).Posted by abnmulya at 2238 hrs on June 22,2013.

Friday, June 21, 2013

Gabungan Ngo-Ngo Gombak : Pengumuman pertukaran tempat majlis Mesyuarat Agong ke:3.

Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak. (gambar fail).

PENGUMUMAN KHAS:

Gombak,Sabtu,June 22,2013. Mesyuarat Agong Gabungan Ngo-Ngo Gombak bagi tahun ke:3 tetap akan diadakan pada jam 9.00 malam,tanggal 01 hb.Julai 2013,bersamaan pada hari (Isnin) seperti mana telah diumumkan oleh Badan Gabungan tersebut pada posting (abnmulya.blogspotspot.com) tanggal Jun 18,2013.

Pada malam ini,kami baru sahaja menerima berita yang baru dari Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak iaitu dari Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Gombak dari Umno Gombak,bagi penggal 2004-2008 yang menyatakan bahawa tempat yang akan dilangsungkan majlis mesyuarat agong itu telah bertukar ke tempat yang lain yang lebih selesa lagi.

Tempat baru itu ialah di OGY  RESTAURANT,GREENWOOD ( Selera D' Greenwood) Gombak. Pada masa dan hari yang sama seperti tersebut di atas itu.

Justeru Semua Pengerusi badan-badan NGO bersama 2 perwakilan masing-masing yang telah bergabung di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Majlis Mesyuarat Agong yang ke:3 itu.

Majlis Mesyuarat Agong itu akan di resemikan oleh Tan Sri Zaleha Ismail,Penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak.Kehadiran anda sama-sama meraiekan majlis tersebut sangat-sangat diharapkan demi kejayaan majlis tersebut dan diucapkan ribuan terima kasih sebelum dan sesudahnya dari saya Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak.(Posted  by abnmulya at 12.52 am on June 22,2013.).

Thursday, June 20, 2013

S'gor tubuh suruhanjaya siasat penipuan PRU-13.

Harakah Daily online.
Salmiyah Harun,20 3 Jun 201

Tan Sri Khalid Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bulan lalu. 

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim penubuhan suruhanjaya itu selaras dengan kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah Seksyen 2(3)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Katanya, kerajan negeri berpendapat bahawa penyelewengan pilihan raya adalah melibatkan kepentingan awam dan perkara itu termaktub di bawah akta berkenaan.

Satu sektretariat diketuai oleh Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor esok akan bertindak sebagai penyelaras bagi memastikan suruhanjaya ini bergerak lancar.

"Kerajaan negeri akan mengumumkan ahli panel yang dilantik serta syarat dan peraturan suruhanjaya ini tidak lama lagi," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebook rasminya hari ini.

Kerajaan Selangor berpendirian bahawa penyelewengan pilihan raya adalah kesalahan serius yang boleh merosakkan sistem demokrasi negara ini dan amat penting untuk kerajaan negeri menyiasat dakwaan itu bermula dari akar umbi.

Bagi negeri Selangor, tiga kawasan parlimen terlibat dalam petisyen PRU13 iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar dan Kuala Selangor namun tiada petisyen bagi kawasan Dun.( Posted by abnmulya at 11.25 am on June 21,2013.

Tiada keperluan tubuh suruhanjaya siasat dakwaan penipuan SPR,kata pengerusi

JUNE 21, 2013 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada keperluan bagi Selangor menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas.

Tan Sri Sbdul Azizi Mohd Yusof
Beliau berkata parti atau ahli politik yang tidak berpuas hati dengan perjalanan PRU13 seharusnya mengikut saluran yang betul dengan memfailkan petisyen di mahkamah.

 "Rasa tidak puas hati mengatakan SPR itu dan ini elok dibawa ke mahkamah tetapi berhubung suruhanjaya penyiasatan berkenaan saya tidak pasti apa bendanya, adakah suruhanjaya ini boleh menyiasat SPR yang ditubuhkan di bawah perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil kepada petugas PRU13 di Melaka, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mahu menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan PRU13.

Beliau berkata SPR tidak melakukan sebarang penipuan ketika menjalankan tugas sepanjang PRU13 sebaliknya mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki SPR namun ia tidak menyebabkan proses pilihan raya lepas terbatal.

Katanya PRU13 berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi merupakan yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 85 peratus.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata parti atau ahli politik juga seharusnya menerima keputusan PRU13 lepas dengan hati terbuka kerana ia adalah keputusan pengundi dan bukannya SPR.

Beliau berkata perhimpunan haram bertujuan melahirkan perasaan tidak puas hati juga tidak seharusnya diadakan kerana ia tidak mengikut saluran yang ditetapkan.

Katanya situasi itu hanya membuang masa, tenaga dan menyebabkan kemusnahan harta benda awam sekiranya berada dalam keadaan tidak terkawal. - Bernama, 21 Jun, 2013.( Darti The Malaysian Insider).Posted by abnmulya at 11.03 am on JUne 21,2013.

Peserta cuba cetus provokasi

Oleh AZRAI MOHAMMAD 
pengarang@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 20 Jun - Peserta perhimpunan haram di Padang Merbok Sabtu ini didakwa menerima arahan daripada pemimpin pakatan pembangkang supaya menimbulkan provokasi supaya ditangkap beramai-ramai oleh pihak polis.

Menurut sumber, arahan itu adalah kehendak seorang pemimpin kanan pembangkang yang bertujuan supaya tindakan itu boleh dijadikan isu sekali gus memburukkan kerajaan.

"Selain menimbulkan huru-hara, peserta juga diarahkan untuk 'memancing' pihak polis agar ditangkap beramai-ramai sekali gus dijadikan isu," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber berkata, maklumat terkini Unit Amal Pas akur dengan arahan Pas Pusat supaya unit tersebut menyertai perhimpunan itu.

"Unit Amal akan menggerakkan 500 ahlinya daripada seluruh negara dan ditugaskan mengawal pimpinan Pas Pusat. Mereka tidak terlibat dalam kawalan keselamatan peserta.

"Kawalan peserta akan dikendalikan oleh 1,500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK)," ujarnya. Sumber berkata, Pas setiap negeri juga telah menerima arahan agar menggerakkan ahli-ahli mereka untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

"Alasan mereka adalah perhimpunan ini merupakan perhimpunan aman. Selain itu, penyertaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam perhimpunan menyebabkan ahli-ahli terpaksa menyertainya sebagai tanda sokongan kepada pakatan pembangkang," ujarnya.

Sumber memberitahu, penyokong-penyokong DAP akan dikumpulkan di kawasan Hotel Lok Onn di Jalan Sultan dan segala hebahan akan dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau notis bertulis. 

Sementara itu, sebanyak empat flashmob akan diadakan esok di ibu negara, Selangor, Kelantan, Perak. "Lokasi flashmob yang akan dilakukan di ibu negara masih dirahsiakan," ujarnya.(Utusna online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 10.48 am on June,21,2013.

Peserta perhimpunan hilang 'punca'-Mufti Kelantan


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad
KOTA BHARU 20 Jun - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan peserta perhimpunan haram pakatan pembangkang Sabtu ini di Kuala Lumpur sebagai golongan yang sudah hilang 'punca'.

Beliau berkata, golongan tersebut sebenarnya sukar untuk diperbetulkan dan sebarang saranan termasuk mengadakan solat hajat yang jauh lebih baik daripada perhimpunan itu tetap tidak memberikan sebarang faedah kepada mereka.

Sebaliknya kata beliau, peserta perhimpunan itu tetap akan melakukan apa yang mereka fikirkan, meskipun mendapat tentangan banyak pihak.

"Mereka memang suka begitu. Dahulu sebelum pilihan raya, sudah ada perhimpunan sebegini, saya ingat akan berakhir. Namun, selepas pilihan raya, mereka masih lagi tidak puas hati. Itu tidak puas hati, ini tidak puas hati.

"Sekarang saya nampak kalau kita hendak menentang situasi ini, kita terlalu bergantung pada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ulama, padahal itu hanya melibatkan isu politik dan sepatutnya ahli politik yang perlu menyelesaikannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.( Utusan online-dalam negeri).Posted  by abnmulya at 10.35 am on June 2,2013.

Sikap hipokrit,dua alam Anwar perbodoh penyokong

KUALA LUMPUR 20 Jun - Sikap hipokrit Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengajak rakyat menyertai perhimpunan di ibu kota Sabtu ini bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu seolah-olah cuba memperbodohkan para penyokong pembangkang.
Datuk Zulkifli Noordin

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini kerana Anwar secara jelas mengiktiraf keputusan PRU-13 apabila mengakui beliau serta 88 ahli Parlimen pembangkang lain akan mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Katanya, sikap hipokrit atau ditafsir beliau sebagai 'amalan politik dua alam' Anwar itu amat mengecewakan sedangkan sebelum ini pemimpin pembangkang itu heboh dengan ura-ura mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah berkenaan.

"Jadi kenapa Anwar mahu pula mengangkat sumpah bersama Ahli Parlimen pembangkang lain Isnin ini jika benar tuduhan beliau mengatakan PRU-13 penuh dengan penipuan seperti dihebohkannya ke serata dunia. 

"Masyarakat terutama para penyokong pembangkang perlu membuka mata dengan amalan politik hipokrit dua alam Anwar ini yang tidak mengiktiraf kemenangan BN tetapi pada masa sama bersetuju pula menerima jawatan Ahli Parlimen bermula Isnin ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia bagi mengulas keputusan Anwar bersama 88 Ahli Parlimen pembangkang untuk menyertai majlis angkat sumpah sidang Dewan Rakyat, Isnin ini. Semalam, bekas sahabat karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa keputusan Anwar mengubah pendiriannya itu kerana beliau gagal mendapat sokongan Pas dan DAP untuk memboikot majlis tersebut.

Zulkifli yang juga bekas pemimpin PKR berkata, sikap Anwar itu bukan sahaja disedari oleh pemimpin politik tempatan malah dialami sendiri oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla apabila Anwar mendakwa Jusuf cuba mempelopori pelan damai antara Anwar dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Akibatnya, Jusuf kini semakin rapat dengan Najib dan saya difahamkan Jusuf dan Najib baru-baru ini meluangkan masa bermain golf bersama di Indonesia tetapi selama 12 tahun saya bersama Anwar dahulu, Jusuf tidak pernah memberi layanan istimewa sebegitu kepada Anwar," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 10.28 am on JUne 21,2013.

Ahli PAS perlu utamakan keselamatan negara



Mohamamed Hafiz Mohamed Nordin,Aktivis
KUALA LUMPUR 20 Jun - Pas serta seluruh ahli parti itu mesti meletakkan keselamatan negara mengatasi segalanya termasuk dalam soal remeh seperti menjaga hati Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menolak perhimpunan haram anjuran pembangkang di Padang Merbok, Sabtu ini.

Aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, berdasarkan maklumat terkini motif sebenar perhimpunan haram tersebut adalah bertujuan menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah dalam pilihan raya umum lalu dengan cara kekerasan dan ia haram disokong.

"Satu ketetapan jelas dan berani perlu dibuat dengan meletakkan kepentingan negara di atas. Jangan kita sekadar buat kenyataan selamat. Sekarang ini Pas nak jaga siapa? Pas nak jaga keselamatan negara, agama, rakyat atau perkara remeh seperti hubungan sesama pakatan?

"Apa baik sangat yang Pas peroleh daripada hubungan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sampai dalam soal keselamatan negara pun masih kita hendak bermain politik demi kepentingan seorang individu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas kedegilan pembangkang untuk terus melakukan perhimpunan haram bertujuan menggulingkan kerajaan di Padang Merbok, walaupun tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, Mohamed Hafiz berkata, beliau kesal dengan sikap segelintir pemimpin Pas yang tidak lagi mempedulikan untung nasib bangsa dan negara, sebaliknya sanggup menyeru orang Melayu turun ke jalanan bagi menggulingkan kerajaan walaupun ketika ini Islam ditekan.

"Kepada pemimpin Pas begini, nasihat saya bertaubatlah. Kalau pun tidak sanggup nak jaga kepentingan ahli Pas, fikirlah nasib orang Melayu dan umat Islam keseluruhannya. Terimalah qada dan qadar, kekalahan pembangkang adalah ketentuan Allah," katanya.


Sementara itu, bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Taha pula berkata, penganjuran perhimpunan haram Sabtu ini bukan untuk mencari penyelesaian tetapi semata-mata demi memenuhi nafsu politik Anwar yang terlalu kemaruk mahu menjadi Perdana Menteri.

Beliau sendiri mengakui menerima arahan menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai pergerakan serta provokasi yang perlu dilakukan penyokong pembangkang dan ia bukti jelas bahawa perhimpunan tersebut bermatlamat untuk mencetus suasana huru-hara.

"Sebab itu saya harap kepada Pas yang masih saya anggotai dan umat Islam keseluruhannya agar memandang secara jauh. Keamanan dan kestabilan ini kita bina berpuluh tahun lamanya tetapi untuk hancurkan ia cukup dalam masa sesaat. Jangan gadai kerana politik," jelasnya.

Beliau seterusnya mengingatkan seluruh pemimpin serta ahli Pas agar kembali kepada manhaj perjuangan sebenar parti itu iaitu untuk menegakkan dasar-dasar Islam dan bukannya membiarkan diri mereka diperalat oleh Anwar sehingga menggadai keselamatan negara.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 10.15 am on June ,21,2013.

SOLAT HAJAT LINDUNGI NEGARA

Oleh TERMIZI CHE ANUAR 
pengarang@utusan.c
Kiri Ismail Mina Ahmad,Dr. Fadlan
KUALA LUMPUR 20 Jun - Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok untuk memohon supaya Allah SWT memberi perlindungan, kestabilan dan keamanan kepada negara daripada sebarang kesan buruk perhimpunan haram tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Merbok, di sini Sabtu ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, solat hajat itu perlu diadakan supaya tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam perhimpunan tersebut. 

Malah, beliau juga menegaskan umat Islam perlu mengelak daripada menyertai perhimpunan itu yang jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana cuma mahu menunaikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melalui rusuhan jalanan.

"Kita perlu sama-sama memohon kepada Allah SWT agar perhimpunan haram itu nanti jika diadakan sekalipun tidak mendatangkan kemudaratan kepada rakyat seperti yang berlaku di negara-negara Arab. 

"Saya berharap semua masjid dapat mengadakan solat hajat bagi memohon keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang dikecapi sekarang tidak dirampas oleh pihak yang kecewa dengan keputusan Pilihan Umum Ke-13 lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pembangkang dilaporkan tetap berkeras mahu mengadakan perhimpunan haram itu walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi himpunan itu pada Sabtu ini.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ilmuwan Malaysia (Ilmu), Prof. Madya. Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, selain solat hajat umat Islam juga digalakkan berdoa supaya Allah menggagalkan segala perancangan jahat untuk menimbulkan keadaan huru-hara melalui perhimpunan haram itu.

Tegas beliau, pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri mewajibkan umat Islam untuk menyokong serta patuh kepada pemerintah Islam sedia ada.

"Kalau pemerintah tidak baik sekalipun dalam Islam ada etika atau adab yang digariskan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu dengan menasihati bukannya dengan berdemonstrasi.

 "Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua umat Islam tidak menyertai perhimpunan tersebut dan sebaliknya bersama-sama kita mendoakan supaya kesejahteraan serta keamanan dinikmati sekarang tidak tergugat," ujarnya.( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 10.06 am on June 21,2013.

Polis minta bantuan tentera

Oleh ROKIAH ABDULLAH 
rokiah.abdullah@utusan.com.my 

 IPOH 20 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya keadaan memerlukan dan berlaku situasi yang tidak dapat dikawal dalam perhimpunan haram anjuran parti pembangkang di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, setakat ini PDRM telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

"Setakat ini polis masih mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan saya pun sudah bercakap dengan Panglima Tentera Darat semalam berhubung perkara tersebut," katanya selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 111 anggota menerima sijil tamat latihan selepas empat bulan mengikuti kursus asas konstabel yang tertumpu kepada aspek syarahan, demonstrasi dan praktikal. Menurut Salleh, apa sahaja tindakan diambil adalah bergantung kepada situasi berlaku pada hari berkenaan.

"Saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam perhimpunan berkenaan atau apa jua kegiatan yang menyalahi undang-undang. 

"Perkara itu tidak menguntungkan serta tidak mendatangkan apa-apa faedah selain melanggar undang-undang," tegasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penahanan seorang remaja berumur 15 tahun kerana membeli senapang angin dan pistol tiruan dari luar negara menerusi internet, Salleh berkata, PDRM mempunyai rangkaian untuk mengesan sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembelian senjata api melalui saluran berkenaan.

Menurut beliau, tindakan tegas akan diambil sebaik sahaja bukti lengkap diperoleh. "Ini kerana kita memang sedia maklum bahawa memiliki senjata api tanpa lesen atau permit adalah satu kesalahan dan kita amat berharap orang awam menyalurkan maklumat jika mengetahui mengenai kegiatan itu," katanya.

Sabtu lalu, remaja terbabit ditahan di rumahnya di sini setelah dikesan membeli dua laras senapang MP5, masing-masing selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk pistol Glock.(UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI).POSTED BY ABNMULYA AT 9.49 AM ON JUNE,21,2013.

BLACKOUT 505 UNTUK TUTUP KETAKUTAN ANWAR


Senator Ezam Mohd Noor.
KUALA LUMPUR 20 Jun - Rakyat perlu sedar bahawa tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret mereka dalam perhimpunan haram Blackout 505 Sabtu ini adalah semata-mata untuk menutup ketakutan beliau terhadap tiga perkara.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau.

 "Sememangnya sudah jelas Anwar merupakan seorang pemimpin yang suka mengheret rakyat untuk menutup masalah peribadinya. Saya sering mengatakan ini kerana tindakan politik beliau bukan atas asas menyelesaikan masalah rakyat atau negara.

 "Tindakan itu semata-mata mahu memuaskan nafsu peribadinya terutama kerakusan mahu menjadi Perdana Menteri. Kedua, Kerakusan nafsu serakah peribadi luar tabii dan luar biasanya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, kerakusan Anwar tersebut terserlah apabila meminta isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh supaya pilihan raya kecil dapat diadakan. Ezam mendakwa, tindakan itu dilakukan semata-mata ingin mengheret kes peribadi iaitu kes liwat beliau untuk jadi kes politik agar rakyat dapat diheret bersama dalam hal ehwal peribadinya.

 "Selalunya pemimpin politik manapun di dunia akan lepaskan jawatan apabila terpalit dengan kes peribadi untuk mengelakkan parti dan rakyat diheret bersama. Tetapi, Anwar jenis pemimpin songsang yang lakukan sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, Sabtu ini Anwar sekali lagi mengulangi tindakan itu dengan mengheret rakyat ke jalanan pada Perhimpunan Blackout 505.

 "Setiap rakyat yang waras seharusnya melihat perkara ini dengan jelas berhubung jenis pemimpin apa Anwar ini. Beliau adalah jenis pemimpin yang akan menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah peribadinya, bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingannya untuk rakyat," tegasnya.(uTUSAN ONLINE-POLITIK).P
OSTED BY ABNMULYA AT 9.39 AM ON JUNE 21,2013.