Sunday, September 29, 2013

BRIM DIBAYARA DUA PERENGKAT

Add captionOleh ASLIZA MUSA utusanperak@utusan.com.my Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah beramah mesra dengan para pelajar dan orang ramai sewaktu majlis perasmian Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 di Manjoi, Ipoh, Perak, semalam. 
BERNAMA IPOH 29 Sept. - Kerajaan bercadang melaksanakan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara dua peringkat bagi memastikan penerimanya dapat menggunakan wang tersebut secara berhemah dengan berbelanja mengikut keperluan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, kerajaan juga bercadang tidak memberikan bantuan itu secara tunai tetapi terus didebitkan ke dalam akaun penerima.

"Berapa jumlah yang mahu diberikan untuk BR1M kali ini, kita tidak boleh maklumkan lagi tetapi apa yang pasti lebih RM500.

"Apa yang boleh dinyatakan sekarang adalah draf pertama yang disediakan telah dibentangkan kepada Perdana Menteri. Jadi sekarang kita sedang memperkukuhkannya lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Eshaniah, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 di Manjoi, dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Husni berkata, kerajaan juga sedang melihat keperluan membantu meringankan beban isi rumah berpendapatan antara RM4,000 dan RM5,000. Katanya, model bantuan tersebut akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.

"Bagi golongan ini, kita melihat cara yang boleh dilaksanakan bagi membantu mereka. Apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita telah menyatakan kerajaan akan terus membantu mereka. Kita bantu mereka dalam bentuk lain," katanya.(uTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI).pOSTED BY ABNMULYA /bAKAR nINGGAL.BLOGSPOT.COM.AQT 4.32 AM ON sEPTEMBR 30,2013.

Tambah rumah mampu milik

Dtauk Dr.Kamarul Rashdan Salleh
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), akan membina sebanyak 15,909 unit rumah mampu milik di seluruh negara tahun depan bagi memperbanyakkan lagi kaum bumiputera dalam pemilikan aset bukan kewangan.

Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh (gambar) berkata, daripada pembinaan rumah pelbagai kategori itu, 1,640 unit adalah rumah kos rendah, 3,155 unit kos sederhana rendah manakala baki 11,114 unit adalah rumah kos sederhana.

''Kita akan membuat pelaburan besar dalam projek yang dirancang itu dan memastikan perumahan tersebut mengikut jadual yang ditetapkan," katanya baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya agensi pembangunan perumahan kerajaan memperbanyakan pembinaan rumah mampu milik bagi memastikan kaum bumiputera tidak ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan.

Najib sebelum ini berkata, langkah itu akan dilaksanakan di bawah fokus ketiga Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Malah beliau mengumumkan langkah dan strategi baharu bagi memperkasa ekonomi bumiputera, berpayungkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB), yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan dipengerusikan oleh beliau sendiri.

MEB akan menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera.

Antara strategi itu ialah menangani bumiputera yang masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial.

Kamarul Rashdan berkata, SPNB juga akan memperkenalkan satu program baharu iaitu pembangunan hartanah bercampur di atas tanah milik kerajaan negeri dan rumah-rumah yang dijual berharga di antara RM70,000 hingga RM220,000 seunit.

Katanya, setakat ini, 11 tapak yang berpotensi telah dikenal pasti dan melibatkan perancangan pembangunan sebanyak 2,607 unit. Beliau berkata, projek atau produk baru ini akan mengutamakan golongan pembeli rumah pertama, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu-ibu tunggal.

''Sebagai permulaan, modal pusingan sebanyak RM250 juta akan diperuntukkan untuk menjayakan program ini," katanya.

Menurutnya, bagi tahun ini pula, SPNB sedang dan akan membina sebanyak 4,652 unit rumah mampu milik di lima lokasi iaitu Apartmen Laguna Biru Fasa 2 Rawang sebanyak 1,224 unit, Taman Sutera Wangi Fasa 2 sebanyak 566 unit, Apartmen Alam Prima Fasa 2 (655 unit), Vista Perdana Fasa 2 dan 3 (1740 unit) termasuk Taman Seri Bayu Fasa 3, Taman Seri Bayu, Tumpat.

Beliau menambah, Apartmen Laguna Biru, Rawang berharga RM120,000 hingga RM220,000 seunit yang dimulakan Jun lalu dan dijangka siap Jun 2015.

Tambahnya, bagi Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, Melaka melibatkan 566 unit membabitkan harga antara RM42,000 hingga RM226,934 seunit yang dimulakan bulan lalu dan dijangka siap Ogos 2016.

Kata beliau, Apartmen Alam Prima Shah Alam pula sebanyak 655 unit termasuk sembilan unit kedai berharga antara RM120,000 hingga RM220,000 seunit yang akan dimulakan pada bulan depan dan dijangka siap Oktober 2016.

Di samping itu, Vista Perdana Miri sebanyak 1,740 unit berharga antara RM195,000 hingga RM730,000 seunit bagi rumah kedai dan akan dimulakan Disember ini dan siap dalam tempoh lima tahun.

Sementara Taman Seri Bayu Tumpat sebanyak 467 unit dengan harga RM62,500 seunit akan dimulakan Disember ini dan siap dalam tempoh dua tahun.(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 4.12am on Septembner 30,2013.

Thursday, September 26, 2013

Tun Dr.Mahthir: Boleh mengkritik,tetapi menggunakan perkatan bodoh dilihat melampau dan kasar sangat dah....

Satu-satunya tokoh politik Malaysia dari Umno,Tun Dr.Mahathir Mohamad yang telah memeganag jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama (22 tahun).Tengku Abdul Rahman hanya 12 tahun aje jada PM  Malaysia. 



Oleh: Hj.Abu Bakar Ninggal
Jumaat,September 27,2013 at 3.48am

Suasana kemeriahan dan kesibukan hari penamaan calon-calon bagi seleruh para pemimin Umno di seluruh negeri-negeri di Malaysia telah bermula pada hari Sabtu,bermula jam 8.00 pagi,tanggal 21 hb.Septembe 2013.

Selaku seorang penulis blog,sejak tahun 2008 hingga kini. Bermula dari tarikh tersebut penulis terpaksa membaca semua blog-blog yang dilihat begitu cenderung menyiarkan berita-berita dan ulasan-ulasan dan tentang perkembangan politik yang ada bertali temali dengan proses pemilihan Umno pada kali ini.
YB.Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi

Bermacam ragam berita dan komen-komen politik berhubung dengan proses pemilihan Umno itu telah dibuat oleh para pengulas tempatan.

Ada tulisan-tulisan yang pro pada setengah-setengah tokoh politik itu dan tidak kurang juga ada setengahnya membuat ulasan-ulasan pada tokoh-tokoh politik yang jadi penentang pada penyandang sesuatu jawatan itu terutama pada jawatan Naib Presiden Umno, iaitu jawaatn nombor 3 selepas jawatan Presidn dan Timbalan Presiden parti.

Akibat Presiden Parti Umno,Datuk Seri Najib Tun Razak,telah menang tanpa bertanding.Begitu juga dengan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang tanpa bertanding.

YB.Datuk Seri Rafie Apdal
Maka ulasan-ulasan politik itu tertumpu pada jawatan Naib Presiden Umno,Ketua Pemuda, Ketua Wanita,Ketua Puteri dan hingga ke bawah.

Penganalisa-penganlisa politik ini boleh dikatakan lebih fokus membuat ulasan tentang jawatan Naib Presiden,Ketua Pemuda dan Ketua Sayap Wanita Umno dan Putri Umno.

Yang mendapat komen-komen yang paling utama ialah berhubung dengan Jawatan Naib Presiden Umno itu sendiri.

Ia disebabkan kerusi nombor 3 dalam Umno itu yang akan menjadi anak tangga pada seseorang tokoh itu akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
YB Datuk Seri Hishamuddin Hussein

Justeru kerusi nombor 3 itulah telah berlaku persaingan yang hebat di mana persaingan itu hingga 6 penjuru alam di dalam alam Umno itu sendiri. Wah duh hebatanya.Lebih hebat dari pertandingan untuk menempuh Pilihan Raya Umum sifatnya.

Tiga (3) tokoh besar yang sedanag jadi penyandang jawatan Naib Presiden Umno pada masa sekaranag ini ialah YB Datuk Seri Ahmad Dr.Zahid Hamidi,(60),Menteri Dalam Negeri.YB Datuk Seri Shhafie Apdal(52) (Umno dari Sabah)sedang memegang jawatan Menteri Luar Bandar Malayisa dan YB Hishamuddin Hussein Onn (52), sedang memegang jawatan Menteri Pertahanan Malaysia.

PENCABAR MEREKA

Sementara tokoh politik Umno yang mencabar kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan pada kali ini (2013)?

Bukanlah tokoh-tokoh biasa saja,malahan merupakan tokoh-tokoh besar politik Umno yang boleh di katakan mempunyai rekod kejayaan dan pencapaian yang cemerlang pada parti Umno itu sendiri di bidang masing-masing.
DatukSeri Mohd Ali Rustam
Dengan kata lain? Mereka ini pun begitu banyak telah berjasa pada pembangunan politik dan ekonomi Malaysia yang sedang berdiri megah di hari ini dan telah dan sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia semua kaum hasil dari titik peluh yang  telah membasahi anggota mereka.

Mereka ini punya kelebihan masing-masing anugerah dari Allah S.w.t. Mereka kurang ilmu pada setengah-tengah aspek ilmu kehidupan di bidanag ini dan itu, tetapi mempunyai kelebihan dari aspek yang lain pula yang mampu memberi manfaat pada agama,bangsa dan negera Malaysia.

Hal ini harus kita insaf dan harus kita akui,bahawa selaku manusia biasa walau pun anda pernah jadi Perdana Menteri 22 tahun lamanya? Pun begitu,ianya bukan bererti anda manusia total perfect?

Anda pun punya banyak kekurangan di sana sini.

YB Tan Sri Isa Samad
Selaku manusia ciptaan Allah s.w.t.anda tetap lemah dalam serba serbi,tidak ada seseorang pun hamba Allah yang perfect dan
mempunyai ilmu dalam segala bidang kehidupan manusia.Dalam pandai ada juga bodohnya.

Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana ialah,hanya sang Pencipta kita iaitu, Allah s.w.t. yang menciptkan langit dan bumi ini terbentang luas berserta dengan hamba-hambaNya yang mnerupakan makhlukNya.

Justeru itu! Jangan lah kita ketika bercakap ikut sedap mulut sahaja tanpa beralasan sedikit pun. Selaku manusia ciptaan Allah s.w.t. tidak seorang pun perfect dalam segala bidang ilmu dan sebagainya.Tanpa sebab yang munasabah?
YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir

Tiba-tiba sahaja Dr.Mahathir dengan nada suara yang marah kononnya takut Umno akan dipenuhi lebih ramai  "orang bodoh"disebabakan ada orang dah begitu lama memegang jawatan penting di dalam Umno,tetapi hingga kini tidak mahu berundur.

Kenyataan beliau ini telah disiarkan oleh(The Malaysan Insider) pada tanggal September 25,2013 pada jam 04.44 pm.

Tetapi beliau tidak ada menyebutkan tokoh-tokoh politik yang menurutnya telah begitu lama memegang kuasa dan hingga ke pemelihan tahun ini, masih tidak mahu menarik diri memberi peluang pada orang yang lebih pandai kononnya.

Mahathir sekadar menyindir seperti kata pepatah Melayu," Pukul anak sendir menantu sahaja,".

Pada masa yang sama ketika melemparkan kritik politik itu.Sudah terang lagi disuluh bahawa beliau sendiri agaknya dah lupaa bahawa beliau dah jadi Perdana Mentyeri  Malaysia selama 22 tahun hingga usianya dah lebih 70an dia masih hendak memegang jawatan tersebut.

Mengata dulang paku serpih.Mengata orang dia tidak sedar dialah lebih. Begitu lama jadi Perdana Menteri Malaysia.Mungkin beliau mahu jadai PM di Malaysia hingga 30 tahun? Seperti Presiden Suharto,Sahabat karibnya di Indonesia yang jadi Presiden selamam 30 tahun.?

Jika orang-orang Umno tua dan muda TIDAK mengasak beliau agar segera mengundurkan diri. Mungkin beliau mahu terus menetap di situ lebih lama lagi? Mahathir mengundurkan diri pada tahun 2003.

Pada kaca mata penulis yang telah berusia 75an ini, kelemahan Mahathir yang amat ketara ialah tentang sikap beliau sejak dulu lagi hingga kini,dilihat sering menganggap orang-orang lain di dalam Umno ini tidak sepandai beliau.Kononnya dialah nombor one.Still on the top forever and ever.

Semasa berkuasa di Malaysia kononnya dialah jadi jagoh pembanguna dan tidak salah dan silap pada segala tindak tanduk dan segala keputusan yang telah diambilnya. Kita akui rekod pembangunan yang telah beliau lakukan itu?

Apa gunanya cepat membangun negara,tetapi orang-orang Melayu tenggelam di Selangor,Pulau Pinang,Perak dan di setengah-teengan kawasan bandar di lain-lain negeri.Tak lama lagi,jika tidak dijaga (geo-politik) Melayu? Maka Negeri Johor pula akan jadi mangsanya?

Begitu syok hendak membangun bandar-bandar baru?Tetapi kenapa Mahathir lalai untuk  menjaga "geo-politik" Melayu di Malaysia agar tetap menguasai semua kawasan Parlimen dan Dewan undangan negeri (DUN)?

Kenapa Mahathir terus membenarkan segala pembangunan rumah penginapan baru di bandar-bandar begitu padat sekali di Selangor,di Pulau Pianng,di Perak,dan di lain-lain negeri, selama Mahathir berkuasa 22 tahun lamanya itu?

Sebaliknya,memberi keistimewaan pada kaum lain iaitu Cina dan India dengan qota membeli dan mempunyai rumah kediaman yang sanagat besar, hampir dua kali setengah ganda?

Kaum Cina dan India mempunyai QOTA membeli rumah di penempatan perumahan baru,di bandar-bandar dengan kadar qota (70%) dan kaum Bumiputra Melayu hanya 30%?.

Tidakkah Mahathir sedar bahawa faktor itulah yang membuatkan Umno-BN kalah,tenggelam tidak bernafas, di Selangor,di P.Pinang,di Perak dan dilain-lain kawasan bandar di negeri yang lain juga akibat kauam Cina,India melebihi dari kaum Melayau?

Dalam konteks ini?Penulis begitu yakin  bahawa Mahathir akan menjawab dan akan memberi alasan kononya kuasa melakukan pembangunan bandar di tiap-tiap negeri adalah kuasa mutlak kerajaan negeri.Itu semua orang tahu.

Tetapi ketika Mahathir berkuasa dulu beliau dilihat mampu mengubah Perlembagaan Malaysia berhubung dengan isu untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu?

Justeru itu,dengan kuasa yang ada di tangana beliau selaku Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu? Beliau juga mampu mengubah perlembagaan tentang kuasa mutlak kerajan negeri agar jangan sewenang-wenang membangun bandar baru, di tiap negeri di dalam Malaysia dengan QOTA 70% pembeli bangsa asing dan hanya 30% pembeli bumiputra Melayu.

Kenapa beliau tidak lakukan? Cerdik dan pandaikah beliau atau sebaliknya?

Jika faktor ini dijaga oleh Tun Mahathir dengan baik? Umno-BN tidak akan hilang kuasa di Selangor dan di Pulau Pinang dan keadaan di Perak pun tidak begitu selamat.pada PRU ke-12 dan PRU ke-13.Contohnya,pada PRU-12 parti DAP menang 18 kerusi dan pada PRU-13 pun tetap dapat kekalkan 18 kerusi juga.

Kerana di kawasan-kawasan tersebut merupakan kawasan bandar baru yang mana penduduk kaum Cina lebih ramai dari Melayu bermula pada tahun 70an hingga kini.

Dengan melakukan kesilapan yang amat besar itu? Pun begitu Mahathir masih mendabik dada kononnya beliaulah manusia yang paling perfect,paling bijak di dunia ini? Orang-orang lain bodoh-bodoh belaka.

Wahai Tun Mahathir! Insaflah dan ingatlah! Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana hanya Dia Allah s.w.t.yang menentukan kelahiran dan kematian hambaNya di dunia ini.

Sesungguhnya kita tidak berhak sama sekali,melebalkan, mengatakan, manusia lain walau pun mereka itu tidak anda sukai,mungkin mereka menjadi penghalanag terhadap cita-cita dan harapan,kepentingan anda atau kelaurga anda?

Sesungguhhnya anda,tidak boleh degan sewenang-wenangnya begitu tega mengatakan orang-orang lain bodoh dan sebagainya.

 Anda harus ingat! Bodoh atau cerdik,tampan atau hodoh, kaya atau miskin ? Mereka itu merupakan hamba Allah? Mereka itu adalah ciptaan Allah s.w.t.belaka.

Berdosa besar kita anggap orang ini dan orang itu bodoh.Walau pun anda tidak sebut nama mereka? Oranag-orang Umno tahu siapakah yang anda maksudkan.Orang-orang Umno pun faham,bahawa kebencian dandam kesumat anda, pada orang-orang yang tertentu yang anda tidak sukai dah lama dah...baik pada jawatan Naib Presiden dan di Sayap Pemuda Umno itu sendiri.

Ada tokoh-tokoh Umno yang tidak bernasib baik ketika anda berkuasa dulu? Tetapi kini dah bernasib baik di mana Umno di bawah pimpinan ikhlas Datuk Seri Najib Tun Razak.Mereka itu dah pun diberi peluang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri dan Presiden Umno,untuk mempamirkan kebolehan dan potensi mereka di berbagai-bagai bidang tugas.

Setelah mereka itu diberi peluang yang ikhlas dan jujr oleh Datuk Seri Najib Razak menunjukkian bakatnya dan kebolehan mereka? Ternyata mereka punya kewibawaan dan berpotensi dan sekaligus pencapaian kerja yang sangat membanggakan kerajaan Umno-BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin,orang-orang inilah yang menjadi fokus kemarahan anda dan untuk melepaskan geram anda yang tidak bertempat? Maka anda letupkan kemarahan anda itu menerusi perkataan-perkatan seperti Umno akan mati disebabakan dah tua dan Umno akan dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik yang bodoh-bodoh belaka.

Anda diboleh mendabik dada, kononnya, anda dan keluarga anda merupakan golongan para cerdik pandai belaka.Orang lain semua pada anggapan dan pandangan anda bodoh-bodoh belaka. Pada masa yang sama, anda cepat lupa, bahawa orang yang selalu mengatakan orang lain itu bodoh?

Sebenarnya orang yang berkata itulah yang bodoh kerana tidak mampu mengawal nafsu amarahnya. Allah yang Maha Mengetahui,tentang apa-apa pun yang merupakan hanya gerak hati kita.Janganlah cepat-cepat marah.Kerana marah itu boleh merosakkan iman. Semacam kita merosakkan manisnya madu lebah.

 PENCABAR DAN LATAR BELAKANG KEJAYAANNYA

KALAU kita membicarakan tentang pencapaian pada ketiga-tiga penyandang dan juga kepada ketiga-tiga pencabar Naib Presiden Umno pada pemilihan kali ini ?

Bolehlah dikatakan dan tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa ke enamnya (06) tokoh politik tanah air ini,masing-masing mempunyai MERIT yang sama dan tersendiri dalam berbagai-bagai aspek keperluan dan kehidupan rakyat Malaysia yang mereka wakili.

Di bawah pimpinan Tan Sri Isa Samad sebagai Menteri Besar N.Sembilan yang aktif dan produktif banyak pembanguna untuk kemudah kegunaan rakyat tel;ah di bangun di sekitar Banar Seremban dan sebagainya.
Jika dikutip-kutip dari rekord pencapaian masing-masing semasa mereka berkuasa selaku Menteri Besar dan Ketua Menteri.Jasa bakti yang telah disumbangkan oleh mereka banyaknya tidak terkira.Luasnya tidak bertepi.

TAN SRI ISA SAMAD DI N.SEMBILAN

Tokoh yang pertama,ialah Tan Sri Isa Samad,berusia (63). Beliau ini, semua orang-orang Umno dah tahu dah....beliau begitu lama memegang jawatan Menteri Besar N.Sembilan.Semasa beliau berkuasa di Negeri Sembilan? Boleh dikatakan kedudukkan kekuatan politik Umno-BN di negeri Sembilan sungguh ampuh dan stabil.

Pada setiap Pilihan Raya Umum,Negeri Sembilan, Umno-BN berjaya mengekalkan kuasa politik dengan suara majoriti yang besar tidak semacam kebelakangan ini. Pada satu pilihanraya kecil (PRK) di dalam salah satu kawasan DUN di Prlimen Teluk Kemang?

Umno di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi ( nama kawasan DUN) itu telah mengangkat beliau sebagai calon DUN.

Keputusaan pucuk pimpinam Umno pusat itu? Tidak disetuju oleh Mahathir dengan alasan kononnya Tan Sri Isa Samad itu merupakan calon kitar semula. Mahthir bising bukan kepalang.

Pucuk pimpinan Umno pusatdi mana Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu, langsung tidak peduli dengan komen dan alasan atau ulasan Mahathir yang berfikir "one way street" itu. Akirnya,keputusan Pilihanraya kecil itu menyaksikan Tan Sri Isa Samad yang dilebelkan oleh Mahathir sebagai calon kitar semula itu menang dengan majoriti yang besar mengalahakan calon PAS.

Pada PRU ke13 yang lalu, Tan Sri Samad di amanahkan bertanding di kawasan Parlimen lamanya. Dengan bergaya beliau telah menang dengan majoriti yang besar atas tiket Umno-BN. Ini menunjukkan bahawa Isa Samad, tokoh lama Umno kaya dengan ilmu politik dan taktik-taktik politiknya, sentiasa hidup subur berkembang,mengikut keadaan semasa,hatta mampu menentang ledakan tsunami pengundi Cina.

Kemudian belia diberi tanggung jawab sebagai Pengerusi  Feld Global Venture(FGV), semasa badan itu hendak di senaraikan di Bursa saham Malaysia. Sehingga kini semuanya masih berjalan dengan lancar,pemegang -pemegang saham dan pengundi-pengundi di kawasan felda telah menyokong Umno-BN pada PRU ke -13 yang lalu.

Semua kejayaan ini adalah bertitik tolak mainan politik yang telah dijalankan oleh Tan Sri Samad. Justeru itu,kini beliau turut serta bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan kali ini? Disebabkan beliau mengambil kesimpulan bahawa beliau sanggup menggalas tanggung jawab itu jika beliau berjaya.

Sekaligus beliau telah pun pernah menang jawatan Naib Presiden pada tahun 2004 dulu semasa Umno di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi,tetapi di halang setelah lembaga Disiplin mendapti beliau melanggar peraturan pemilihan berkaitan tuduhan politik wang.Ertinya beliau sudah punya pengalaman berkempen bekerja sebagai Naib Presiden Umno.

Jadi,dia mencuba sekali lagi untuk sama-sama hendak suburkan demokrasi di dalam Umno pada pemilihan kali ini. Apakah langkah yang diambil oleh beliau itu salah? Sudah tentu tidak salah jawabnya. Perlembagaan baru Umno yang telah dipinda mengizinkannya.

ALI RUSTAM DI MELAKA
Sungai Melaka yang kotor bolor dulu itu?Kini dah jadi sungai menjadi tumpuan para pelancung yang datang ke Melaka menaiki boat atau sampan dan perahu melihat keindahan negeri Melaka siang dan malam dari sungai.Kini dah menghasilkan pendapatan yang lumayan, besar buat negeri Melaka,hasil idea dan kerja kuat Datuk Sewri Mihd Ali Rustam membangunkan.
Beralih pula orang yang kedua yang bertanding  jawatan Naib Presiden Umno iaitu,Datuk Sewri  Ali Rustam berusia (64). Beliau pernah memeganag jawatan Naib Presiden Umno yang dimenanginya pada tahun 2004 iaitu, semasa Tun Abullah Ahmad Badawi,berkuasa sebgaia perdana Menteri dan Presiden Umno.

Ertinya Datuk Seri Ali Rustam sudah pun biasa memegang jawatan Naib Presiden Umno dan dah biasa dengan tugas-tugas tersebut unuk di galasi. Di Melaka,sebagai Ketua Menteri,bermula pada tanggal 2  hb.Disember 1999 hingga June 2013.

Beliau sudah 13 tahun lamanya dah jadi Ketua Pemerintah bagi kerajaan Melaka dengan jayanya tanpa ada sebarang masaalah pun.Dengan kata lain bahawah Mohd Ali Rustam telah meninggalkan asas yang kukuh di negeri Melak di dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi,sosial,infrastruktur,alam sekitarpentadbiran dan budaya hiudup rakyat Melaka.

Melaka merupakan hanya negeri kecil,miskin disebabkan kurang hasil buminya? Syukurlah!Dengan izin Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa serta dengan berkat hasil kerja Datuk Seri Ali Rustam yang tekun dan tidak jemu-jemunya menjadikan Melaka,dari negeri yang kecil tidak begitu popular?

Kini dah terkenl oleh negara-negara lain di dunia.Akhirnya,Melaka negeri yang kecil sahaja itu, dah berjaya menarik dan menggamit para pelancung dari negara luar ke Melaka dan sekaligus dah berjaya mendatang hasil pelancungan bagi Melaka dengan lumayan sekali.

Sungai Melaka yang kotor bolor dulunya itu? Dah berjaya dibersihkan seperti mana bersihnya sungai-sungai di Negeri Belanda(Nederlands). Siapa sangka dari sungai-sungai yang kotor bolor dulu itu kini dah menajdi bersih sebersihnya.Satu-satu tempat yang menjadi tumpuan para pelancung dalam dan luar negara.

Penarik beca tradisional pun masih boleh mencari rezeki dengan adanya para pelancung yang menyewa kerana hendak merasa naik beca di Melaka.
Setiap hari telah menjadi tumpuan para pelancung tidak henti-hentinya melawat sungai itu sambil bermain -mainan di tepian sungai. Jika anda pernah pergi melancung ke Belanda(Netherlands)? Anda akan dapat menyaksikan bahawa kebersihan sungai-sungainya itu,samalah dengan sungai-sungai di Melaka itu.

Bukan setakat itu sahaja,bahkan banyak lagi rekod kemajuan yang telah dilakukan di Melaka di bawah pimpinan beliau selaku  Ketua Menteri Melaka. Beliau kalah di Parlimen Bukit Katil,pada PRU ke-13 itu adalah akibat tsunami pengundi Cina yang boleh dikatakan semacam bersumpah tidak mahu menyokong parti M.C.A.
Dari segi jasa? Umumnya,ahli-ahli perniagaan dan orang-orang Cina di kawasan di Bukit Katil itu sendiri telah banyak mendapat bantuan yang beraneka rupa keuntungan pada segala pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno-BN di Melaka pada keseluruhannya.

Akibat bijaknya parti DAP Cina dari parti pembangkang menabur fitnah buruk terhadap parti Umno/M.C.A. di Melaka? Maka Tan Sri Ali Rustam kecundang. Ini merupakan kesilapan dan lemahnya pegawai risik Umno-MCA menjalankan kerja-kerja risiknya di sana dari segi politik kotor yang telah dimainkan oleh parti pembangkang.

Leka dan lalai,tidak mahu menjalankan kerja-kerja risik terhadap taktik-taktik parti DAP yang menjadi kerabat PKR/PAS dalam  gabungan Pakatan  Rakyat.

YB MUKHRIZ DI KEDAH.

Beralih pula pada YB Mukhriz.Diantara pencabar Naib Presiden Umno itu? Beliau masih muda baru berusia ke 50an.

Sebagai anak kepada bekas Peredana Menteri Malaysia(Tun Mahathir) yang telah berkuasa selama 22 tahun.Dalam perjuangannya di dalam dunia politik Malaysia,boleh dikatakan beliau(Mukhriz) bernasib baik dari orang-orang lain yang berada di dalam parti Umno.

Mukhriz cepat naik dan cepat jadi wakil rakyat dan cepat dapat memegang jawatan Timbalan Menteri,dan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru,iaitu selepas beliau kalah di tangana Khairy Jamaludin dalam perjuangan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno, pada pemilihan Umno 3 tahun lebih yang lalu.

Khairy Jamaluddin,anak mudah yang berpotensi,berwibawa,pada suatu hari nanti,telah diramalakan akan menajdi pemimpin besar Malaysia? Walaupun menang sebagai Ketua Pemuda Umno dan sekaligus menang sebagai Ahli Paarlimen Rembau, pada PRU ke-12 dulu?
Gambar di hari pertama Khairy memasuki pejabat Menteri Belia dan Sukan.Sabar itu  separuh dari iman.Ekoran dari kesabaran yang terus diamalkan oleh Khairy Jamalluddin ketika menemui ujian dari Allah s.w.t.? Akhirnya pada PRU ke-13 maka Ketua Pemuda Umno ini dipilih oleh pucuk pimpinan Umno untuk bertanding di kawasan Parlimen Rembau.Beliau menang lagi dan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak,mengangkat beliau memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan sesuai dengan usianya yang masih muda itu.

Beliau tidak bernasib baik dan beliau tidak diberikan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan walaupun sebagai Timbalan Menteri.Nasib beliau lebih kurang sama dengan nasib Datuk Seri Dr.Zahid Hamidi,Menteri Dalam Negeri.
Walaupun beliau dah jadi Ketua Pemuda beberap penggal di zaman Mahathir jadi Perdana Menteri dan Presiden Umno Malaysia,tetapi tidak diberi peluang memegang jawatan menteri atau timbalan menteri., atau Setiausaha Parlimen. Kosong melopong.

Begitulah kehidupan di dunia ini.Kita merancang! Akan tetapi perancangan Allah S.W.T.itu lebih canggih dan lebih hebat dari perancangan manusia yang menjadi hambaNya.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Pemuda beliau YB Rzalai diangkat memegang jawatan Timbalan Menteri selepas PRU-12 dulu.

Hanya pada selepas PRU-13 ini sahaja dia  (Khairy) diangkat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai menjadi Menteri Belia dan Sukan.Setakat ini,dilihat Khairy perform dengan baik menjalankan tugasnya sebagai menteri Belia dan Sukan.

Latar belaknag kejayaan Mukhriz jika dibandingkan dengan 2 orang lagi yang turut mencabar jawatan Naib Presiden Umno iaitu, Tan Sri Isa Samad dan Ali Rustam? Mukhriz masih muda lagi jika diukur di segi pengalaman. Beliau hanya punya pengalaman sebagaiTim.Menteri (MITI) di bawah Mustafa Mohamad.

Pada PRU ke-13 yang lalau itu, Mukhriz mengetuai Umno-BN menempuh perjuangan pilihanra (PRU ke-13)di Kedah.Hasil dari kerja keras Mukhriz dan rakan-rakan seperjuagan Umno-BN di Kedah dan dengan keizinan dan ketentuan dari Allah S.W.T.
Maka PAS berjaya ditumbangkan walaupun dengan kelebihan kerusi yang tidak besar.Mukhriz kini diangkat oleh Datuk Seri Najib Tuin Razak, sebagai Menteri Besar yang baru dari Umno-BN di Kedah.Syukur Alhamdulillah!

Yang pentingnya? Kuasa politik itu telah berjaya dirampas semula. Tidaklah boleh  PAS dan kerabatnya dari lain-lain parti merasa sombong, bogkak dan takbur kononnya rakyat Melayu Malaysia sangat taksub dengan pimpinan mereka yang indah khabar dari rupa itu.

Kepintaran Khairy berpidato boleh dikatakan setanding dengan Senator Ezam Mohd Nor, yang telah menang tanpa bertanding sebagai Tim.Ketua Umno Bahagian "Kota Raja"Selangor Darul Ehsan. Syabas Ezam! Penulis menyampaikan ucapan tahniah menerusi ruangan ini atas permulaan kejayaanmu itu.Selamat maju jaya.
Prestasi Mukhriz sebagai Menteri Besar di Kedah yang dipegangnya baru beberpa bulan itu? Masih terlalu awal untuk di beri meritnya. Merit politik Mukhriz akan naik melambung tinggi,jika pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Sungai Limau,Kedah,menyaksikan Umno-BN Kedah,di bawah pimpinan YB Mukhriz dapat merampas kerusi di DUN tersebut.

Kerusi itu jadi kosong akibat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak,mantan menteri besar Kedah dari PAS meninggal dunia semalam.

Marilah sama -sama kita tunggu dan lihat sejauh mana kewibawaan Mukhriz selaku Pengerusi Badan Perhubugan Umno-BN,di dalam menempuh perjuangan politik di Kedah.Masih mampukah Mahathir membantu anaknya Mukhriz berjaya merampas kerusi  DUN Sungai Limau,dari PAS pada (PRK)yang akan diadakan di kawasan tersebut tidak berapa lama lagi itu?

Mahathir pun pernah kalah dulu ketika beliau mahu mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu,semasa Pak Lah jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Malysia ke-5 dulu.(Posted by abnmulya / Bakar Ningal.blogspot.com.at 3.48 am on September 27,2013).



Dr.Mahathir tiada pengaruh lagi untuk bantu Mukhriz,kata Ku Li

OLEH MD IZWAN 
SEPTEMBER 26, 2013 
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 26, 2013 12:18 PM.

Tengku Razali Hamzah disidang meja bulat ekonomi di ISIS.
Tengku Razaleigh Hamzah di sidang meja bulat ekonomi di ISIS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 September, 2013. Tengku Razaleigh Hamzah di sidang meja bulat ekonomi di ISIS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 September, 2013.

Tengku Razaleigh Hamzah meneruskan sengketanya dengan bekas lawannya, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila menyifatkan beliau tidak lagi berpengaruh untuk membantu anaknya dalam pemilihan Umno kali ini.

Anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan untuk masuk bertanding dalam jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

"Semoga berjaya kepada beliau (Mukhriz). "Saya tidak lihat bapanya (Dr Mahathir) mempunyai pengaruh lagi, kita boleh lihat semasa cubaannya untuk kembali ke arena politik gagal selepas tewas dalam pemilihan bahagian di Kubang Pasu," kata Tengku Razaleigh semasa ditemui wartawan di sidang meja bulat ekonomi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

Beliau turut mengulangi pendirian mendesak pemimpin kerajaan supaya mengisytiharkan aset mereka kepada umum sebagai langkah memastikan ketelusan dalam pentadbiran.

Pemimpin veteran Umno itu berkata, kesan rasuah adalah lebih buruk kerana ia memberi impak kepada semua kumpulan khususnya rakyat Malaysia keseluruhan.

"Menteri, bekas menteri termasuk saya, ayuh isytiharkan harta masing-masing," katanya. "Sepatutnya mereka yang rasuah perlu ditangani dahulu. Rasuah adalah perkara utama yang kita hadapi," katanya. - 26 September, 2013.(The Malaysian Insider/tulisan dan photo).Posted by abnmulya / Bakar Ninggl.blogspot.com.at 2140 hrs on Sept.,26,2013.

RM66.6bilion tidak dituntut


Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Hamad Kama Piah Che Othman (tiga dari kiri) beramah mesra dengan pemenang Pertandingan Akhir Kuiz Pelaburan PNB 1 Malaysia (kategori IPG) Muhamad Afiq Hamizan Norizan (kanan) dan Muhammad Hafizul Aiman Jusoh (dua dari kanan) pada majlis penyampaian hadiah pertandingan itu di IPG Kampus Datuk Razali Ismail, Kuala Terengganu, semalam. 

KUALA TERENGGANU 25 Sept. - Dua perkhidmatan baharu yang disediakan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu Hibah Amanah (pelabur Islam) dan Pengisytiharan Amanah (pelabur bukan Islam) mampu merancakkan sektor ekonomi sekali gus memberi impak positif khususnya kepada umat Islam jika ia dapat dicairkan melalui cara yang betul.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, mengikut statistik yang diperoleh melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), ketika ini, harta orang Islam yang tidak dituntut mencecah RM66.6 bilion.

Katanya, melalui dua perkhidmatan itu, pihaknya yakin dapat mengurangkan masalah harta yang tidak dituntut kerana perkara itu jelas merugikan masa depan pewaris mereka atau generasi masa depan.

"Melalui hibah yang diperkenalkan, rakyat digalakkan menyertai perkhidmatan ini dalam usaha memudahkan urusan tuntutan harta pusaka berbentuk pelaburan dalam ASNB dibuat jika berlaku kematian kepada pemegang unit.

"Umat Islam perlu sedar mengenai kepentingan hibah kerana sebagai umat Islam jika gagal menguruskan harta mereka, ia akan mengakibatkan ekonomi Islam lemah dan bagi orang bukan Islam, pengagihan unit saham dapat disegerakan jika mereka menyertai perkhidmatan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Akhir Kuiz Pelaburan PNB 1 Malaysia (Kategori Institut Pendidikan Guru (IPG) di IPG Kampus Datuk Razali dekat sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Rektor IPG Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Sulaiman Wak.

Pada pertandingan peringkat akhir itu, pasukan dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor muncul sebagai juara dengan meraih piala pusingan serta wang tunai RM8,000 termasuk unit Amanah Saham Gemilang (ASG).

Naib juara pula disandang oleh IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan dengan membawa pulang piala iringan dan wang tunai RM5,000 termasuk unit ASG, manakala tempat ketiga dimenangi IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur yang memperoleh wang tunai RM3,000 termasuk unit ASG beserta piala iringan.

Penganjuran pertandingan kuiz yang masuk tahun kelima itu melibatkan penyertaan sebanyak 5,278 orang penuntut daripada 27 buah IPG seluruh negara dan diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada golongan warga pendidik mengenai pelaburan, ekonomi dan perancangan kewangan.(Utusan online-ekonomi).Postee by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 1744 hrs on Sept.,26,2013.

Injunksi halang kongres khas

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES 
pengarang@utusan.com 

David Das
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Jumaat ini keputusan permohonan injunksi oleh Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass bagi menghalang DAP daripada mengadakan Kongres Khas Parti itu, Ahad ini.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Datuk Rosnaini Saub hari ini selepas selesai mendengar hujahan peguam K. Harikrishnan mewakili David dan peguam Karpal Singh serta Gobind Singh Deo bagi pihak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan parti tersebut selaku pihak defendan.

David memfailkan permohonan itu pada 10 September lalu bagi menuntut perintah injunksi menghalang Guan Eng dan DAP daripada mengadakan kongres khas pada 29 September ini atau pada bila-bila tarikh kemudian untuk melantik Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Selain injunksi, David selaku pihak plaintif memohon beberapa deklarasi supaya mahkamah mengisytiharkan pelantikan 20 ahli CEC hanya boleh dibuat melalui pemilihan dalam Kongres Kebangsaan Parti menurut Fasal VIII Perkara 5(d) Perlembagaan Parti.

Plaintif juga menuntut perisytiharan, suatu notis bertulis oleh Setiausaha Agung DAP mesti diberikan sekurang-kurangnya 10 minggu sebelum Kongres Kebangsaan Parti diadakan menurut Fasal VIII Perkara 6 dan notis bertulis tiga minggu empat hari yang diberikan oleh defendan pertama adalah terbatal dan tidak sah.

Seterusnya David menuntut Notis Kongres Khas Parti bertarikh 4 September lalu yang dikeluarkan oleh Guan Eng yang dinamakan sebagai defendan pertama bagi melantik ahli CEC adalah terbatal dan tidak sah. 

Karpal bagaimanapun memohon supaya permohonan injunksi pihak plaintif ditolak memandangkan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan tuntutan mahupun permohonan tersebut.

Ini kerana menurut Karpal, Seksyen 18 (c) Akta Pertubuhan 1966 dengan jelas menyatakan, keputusan yang dibuat oleh parti politik adalah muktamad dan konklusif selain tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan.

Di samping itu, katanya, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan permohonan berhubung kesahihan mengenai keputusan tersebut.

Beliau berkata, undang-undang tersebut digubal untuk mengecualikan bidang kuasa mahkamah daripada mendengar merit atas sebarang pertikaian antara ahli-ahli dalam mana-mana pertubuhan politik.

Berdasarkan peruntukan tersebut, Karpal meminta permohonan defendan untuk membatalkan permohonan David bagi mendapatkan perintah injunksi, dibenarkan oleh mahkamah dengan kos.

Harikrishnan pula menggesa permohonan pihak defendan untuk membatalkan permohonan perintah injunksi itu ditolak kerana terdapat isu-isu yang jelas untuk dibicarakan dalam perbicaraan kelak.

Ini kerana, notis yang dikeluarkan oleh pihak defendan dibuat secara salah. Tambahan pula, menurut Harikrishnan, sekiranya mahkamah membenarkan permohonan injunksi itu, ia langsung tidak akan memprejudiskan pihak defendan.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, Karpal yang juga Pengerusi DAP membayangkan bahawa pemilihan semua jawatankuasa itu akan diadakan awal November ini.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dalam kenyataannya menyatakan mereka yang akan mengundi pada pemilihan semula itu terdiri daripada perwakilan mengikut senarai 2008 kerana delegasi 2012 pada Disember lalu dikatakan tidak sah.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1715 hrs on Sept.,26,2013.

Sesi pengenalan calon ditukar kepada 2 Oktober



KUALA LUMPUR 26 Sept. - Jadual sesi pengenalan calon bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) dan ketiga-tiga sayap pusat yang sepatutnya diadakan mulai 1 Oktober ditukar ke 2 Oktober.

Menurut UMNO di dalam laman webnya www.umno-online.com.my, pada 2 Oktober, sesi pengenalan calon akan diadakan di Perlis pada pukul 9.30 pagi, Kedah (3.30 petang) dan Pulau Pinang (8.30 malam). 

Seterusnya, pada 4 Oktober, sesi memperkenalkan calon diteruskan di Perak pada pukul 9.30 pagi, Selangor (3.30 petang) dan Wilayah Persekutuan (8.30 malam).

Sesi itu akan diadakan di Kelantan pada 6 Oktober pukul 9.30 pagi, Terengganu (3.30 petang), Pahang (9 malam) dan 8 Oktober di Negeri Sembilan (9.30 malam), Melaka (3.30 petang) dan Johor (8.30 malam).

Bagi Sabah, sesi pengenalan calon diadakan di Badan Perhubungan UMNO Sabah pada pukul 3.30 petang, 9 Oktober.

Sebanyak 260 calon bertanding jawatan UMNO pusat selepas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman menarik diri daripada bertanding Naib Ketua Wanita.

Pemilihan bagi Exco ketiga-tiga sayap diadakan pada 12 Oktober dan MT pada 19 Oktober. - BERNAMA(Utusan online-politi).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1646 hrs on Sept.,26,2013.


Wednesday, September 25, 2013

Patuhi tataetika pemilihan

Muhyiddin Yassin melihat replika buku The Competition Act 2010 Compliance Guidelines semasa merasmikan Persidangan Undang-Undang Persaingan Malaysia Pertama di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (kiri) dan Pengerusi MyCC, Tan Sri Siti Norma Yaakob (kanan). - utusan/Abdul Razak Latif 

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Lembaga Disiplin UMNO mengingatkan kesemua calon dan perwakilan mematuhi tataetika pemilihan parti.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, semua ahli UMNO yang terlibat dalam pemilihan parti perlu menjauhi amalan tidak sihat dan bertentangan dengan tataetika tersebut.

Menurutnya, sebahagian calon baharu dan perwakilan perlu diingatkan semula tentang tataetika yang digunakan sejak pemilihan parti lalu.

"Amalan politik wang dan perkara-perkara berkaitan fitnah serta tohmahan memang dilarang sama sekali. 

"Saya minta Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Undang- Undang Persaingan Malaysia Pertama anjuran Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) di sini hari ini. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini pernah mengingatkan kesemua ahli parti supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan UMNO bulan depan. 

Muhyiddin menambah, mana-mana calon atau perwakilan yang kurang pasti sama ada perbuatan mereka selari atau tidak dengan tataetika pemilihan boleh merujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Beliau memberitahu, langkah itu perlu bagi mengelak mereka berdepan tindakan disiplin sekiranya dibuktikan melanggar tataetika pemilihan.

"Walaupun mereka menang, keputusan boleh ditarik balik kerana melakukan amalan bertentangan dengan tataetika," katanya.

Beliau memberitahu, pucuk pimpinan mahu melihat tataetika dipatuhi sepenuhnya supaya proses pemilihan parti kali ini berjalan rapi, tertib dan tersusun.

"Kita berharap perjalanan pemilihan itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan memberi peluang kepada para perwakilan membuat keputusan tanpa diganggu amalan tidak sihat," katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata, tindakan banyak calon menarik diri daripada persaingan di peringkat bahagian dan Pusat sebelum tempoh bertenang berakhir semalam dibenarkan mengikut peraturan pemilihan.

Menurut beliau, mereka mungkin membatalkan hasrat meneruskan saingan setelah melihat senarai calon lain yang turut bertanding jawatan sama.

"Kalau mereka lihat pencabar lebih berkelayakan, berpengalaman dan berwibawa, itu hak mereka untuk memberi laluan," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulyaa /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1436 hrs on September 26,2013.

33,682 calaon sah bertanding

MOHD. Tajul Rosli Ghazali (tengah) menunjukkan rumusan pendaftaran calon dalam pemilihan UMNO mengikut negeri dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh (kiri) dan Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Sebanyak 33,682 calon akan bertanding dalam pemilihan UMNO pada Oktober ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 260 orang akan bertanding di peringkat pusat termasuk Majlis Tertinggi iaitu 76 calon, Pergerakan Wanita (52 calon), Pemuda (94 calon) dan Puteri UMNO (38 calon) manakala selebihnya di peringkat perhubungan negeri (bahagian).

Pemilihan UMNO kali ini akan turut menyaksikan 146,500 ahli parti tersebut diberi peluang mengundi melalui mekanisme pengiraan yang mengadaptasi sistem Electoral College atau Badan Perwakilan Pemilih dengan satu bahagian dikira sebagai satu undi bagi menentukan barisan kepimpinan parti itu di peringkat pusat.

Setakat ini hanya Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman kekal satu-satunya calon di peringkat Pusat yang menarik diri iaitu bagi jawatan Naib Ketua Wanita.

Di peringkat perhubungan negeri pula, sebanyak 268 calon menarik diri dalam tempoh 72 jam selepas menyerahkan borang pencalonan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, Sabah iaitu negeri kedua yang mempunyai jumlah keahlian UMNO terbanyak menampilkan calon terbesar berjumlah 4,453 calon diikuti Johor (4,250 calon) dan Selangor (4,035 calon). 

Dalam sidang akhbar di sini, hari ini beliau berkata, negeri yang menyaksikan jumlah calon teramai menarik diri pula adalah Selangor iaitu 37 calon di ikuti Perak (35) dan Pulau Pinang (32) manakala Johor paling sedikit selepas hanya seorang berbuat demikian.

Tumpuan pemilihan kali ini sudah pastilah untuk jawatan Naib Presiden apabila enam calon bertanding termasuk tiga penyandang iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mereka akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd.Isa Abdul Samad.

Pertarungan di peringkat sayap parti juga turut menarik perhatian apabila kesemua jawatan utama iaitu ketua dan naib ketua bagi Wanita, Pemuda dan Puteri akan dicabar.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mempertahankan jawatan akan ditentang oleh bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Kulim Bandar Bahru, Raihan Sulaimen Palestin.

Bagi jawatan Ketua Pemuda pula, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berdepan dengan empat pencabar yang merupakan pemimpin di peringkat cawangan.

Mereka ialah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bendang Baru Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi; Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak; Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Abd. Karim Ali.

Untuk jawatan Ketua Puteri pula, ia menyaksikan pertarungan dua penjuru antara Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyanti Samsudin dan Ketua Puteri UMNO Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Osman.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com at 1422 hrs on September 26,2013.

Senarai penuh calon pemilihan Majlis Tertinggi UMNO



KUALA LUMPUR 25 Sept. - Berikut senarai calon Majlis Tertinggi untuk pemilihan UMNO bulan depan bagi penggal 2013-2016 yang dikeluarkan UMNO, hari ini.

Pengerusi Tetap 
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Datuk Mohamad Aziz (Penyandang)
Pencabar
2. Ahmad Fariz Abdullah
3. Datuk Abd Rahman Palil

Presiden 
1.Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)


Timbalan Presiden 
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding


Naib Presiden
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
2. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Penyandang)
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
Pencabar
4. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
5. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Ahli Majlis Tertinggi (25 Jawatan Dipilih)

1. Datuk Seri Shahidan Kassim (Penyandang/dilantik)
2. Datuk Shamsul Anuar Nasarah
3. Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Penyandang)
5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Penyandang/dilantik)
6. Tan Sri Annuar Musa
7. Datuk Zahidi Zainul Abidin
8. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
9. Datuk Misri Barham
10. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
12. Datuk Musa Sheikh Fadzir (Penyandang/dilantik) 
13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Penyandang)
14. Datuk Ab Aziz Kaprawi
15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Penyandang)
16. Datuk Seri Mustapa Mohamed
17. Datuk Sohaimi Shahadan
18. Datuk Seri Idris Jusoh (Penyandang)
19. Datuk Mahdzir Khalid
20. Datuk Razali Ibrahim (Penyandang/dilantik)
21. Dr Mohd Puad Zarkashi (Penyandang)
22. Datuk Halimah Mohamed Sadique
23. Yusoff Ishak 24. Mohd Ariff Abdul Aziz
25. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis (Penyandang)
26. Datuk Mokhtar Radin (Penyandang)
27. Datuk Ab Wahab Ibrahim
28. Zawawi Othman
29. Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah
30. Datuk Rosni Zahari
31. Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Penyandang/dilantik)
32. Datuk Abd Rahman Dahalan
33. Datuk Abd Latiff Ahmad (Penyandang)
34. Razali Husain
35. Datuk Dr Norraesah Mohamad (Penyandang)
36. Datuk Seri Azalina Othman Said
37. Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman
38. Datuk Md Alwi Che Ahmad
39. Datuk Azman Shah Omar Shah
40. Datuk Seri Mohamad Hasan
41. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Penyandang)  42. Datuk Maznah Abdul Hamid
43. Datuk Hamidah Osman
44. Datuk Hassan Malek
45. Mohd Sazili Shahibi
46. Abd Zarin Mohd Yasin
47. Datuk Mohamad Satim Diman
48. Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
49. Datuk Idris Haron (Penyandang)
50. Datuk Mohd Zain Ismail
51. Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
52. Datuk Nur Jazlan Mohamed
53. Datuk Nasir Safar
54. Azlan Man
55. Dr Zubir Harun
56. Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman
57. Mohsin Yusoff
58. Datuk Saifuddin Abdullah (Penyandang)
59. Datuk Ishak Ismail
61. Tan Sri A. Rahim Tamby Chik
62. Datuk Ahmad Jaafar
63. Datuk Reezal Merican Naina Merican
64. Sapin @Sairin Karano @Karno

Nota: Nombor giliran yang digunakan turut menjadi nombor calon pada pemilihan UMNO. Bagaimanapun, tiada calon untuk nombor 11 dan 60 disebabkan mereka yang mengambil borang pencalonan tidak menyerahkannya semasa proses pendaftaran calon Sabtu lepas. - BERNAMA(Utusan online-terkini Umno-2013).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 3.02 am on Sptermber 26,2013
.

Senarai penuh calon pemuda Umno pusat

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Berikut senarai calon Pergerakan Pemuda UMNO pusat untuk pemilihan UMNO bulan depan bagi penggal 2013-2016 yang dikeluarkan UMNO, hari ini:

Pengerusi Tetap 

1. Datuk Zubir Zabidi
2. Datuk Abdul Fattah Abdullah (Penyandang)
3. Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Muhammad Yadzan Mohammad (Penyandang)
2. Ahmad Mushawir Abdullah
3. Bahrul Razha Chuprat
4. Hisham Ahmad Sabri
5. Mohd Shoubli Jamal

Ketua Pemuda

Khairy Jamaluddin(penyandang)
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)

Pencabar
2. Syed Rosli Syed Harman
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar
5. Abd Karim Ali

Naib Ketua Pemuda

1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohamad Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun

Ahli Jawatankuasa Pemuda (Exco)

1. Ibdillah Ishak
2. Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
3. Rohsawal Nizam Abd Ghafar
4. Arman Azha Abu Hanifah
5. Mohd Aizli Shahar Abdul Malek Shahar
6. Mohd Rafe Sidek
7. Nazir Hussin Akhtar Hussin (Penyandang/Dipilih)
8. Mohamad Fazly Zainudin
9. Mohd Zamri Mohd Idrus 1
10. Armizan Mohd Ali
11. Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad Log
12. Ahmad Faisal Abdul Karim
13. Rozaidi Abdul Jamil
14. Suhasni Hayani
15. Mohd Najib Mohd Isa
16. Fathulbari Mat Jahya
17. Dazma Shah Daut @ Daud
18. Muhammad Yusmizan Md Yunus
19. Faez Ainstein Nordin
20. Dr Mazlan Ismail
21. Muhamad Muqharrabbin Mokhtaruddin
22. Onn Hafiz Ghazi
23. Awang Saleh Makmud
24. Mohamad Suji Bilang Mohd Nordin
25. Khairul Firdaus Akbar Khan
26. Rahimi Abd Karim
27. Mohd Rafiq Naizamohideen
28. Ahmad Lutfi Ibrahim
29. Maisham Ma'arof
30. Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz
31. Azlan Abdullah
32. Mohamad Faiz Yaacob
33. Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman
34. Abdul Aziz Ismail
35. Ariffin Kassim
36. Shahrizal Man Harun
37. Kamarol Salleh
38. Jeffri Salim
39. Mohammad Nawar Ariffin
40. Zaidel Baharuddin
41. Mohamed Hazali Abu Hassan
42. Mohd Safiee Salam
43. Sallehudin Satar
44. Erwin Mukhriz Zahari
45. Mohd Amir Izwan @ Felix Abdullah
46. Mohd Faizal Daud
47. Muhamad Saman @ Azizul Kamar Abdul Rahman
48. Mua'amar Ghadafi Jamaludin
49. Norhilman Mohd Noor
50. Mohd Khairul Amri Amihamzah
51. Mohd Shazril Mohd Khalid
52. Syahrin Md Jamaludin
53. Mohamed Noor Mohamed Amin
54. Nurul Izham Nurul Anuar
55. Mohd Fairuz Mohd Sakirin
56. Mohd Idham Yasser Suleiman
57. Azrinizam Ibrahim
58. Hasniyusfee Abu Hassan
59. Mohd Ikhmal Abu Bakar
60. Zukhairi Md Osman
61. Muhammad Faiz Hashim
62. Ariff Hakimi Zulkifli
63. Jefrizal Mohd Jaafar
64. Mohamed Noor Affendy Ameerudeen
65. Mohd Iskandar Jaafar
66. Mohd Husaimi Hussin
67. Anuar Abd Manap
68. Azmi Md Yatim
69. Manndzri Nasib
70. Mohmad Asian Ahmad
71. Khairul Azlan Shah Abd Aziz
72. Mohd Saiful Mohd Sahak
73. Shahriman Akma Md Shabudin
74. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi
75. Mohamad Nazari Ahmad
76. Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi
77. Muhammad Faiz Mahayudin - BERNAMA (Utusan online-Berita terkini-Umno-2013.(Posted by abnmulya ./ Bakar Ninggal.blogspot.com. at 2.36 am on Septemner 26,2013).

Tuesday, September 24, 2013

PAS AKAN TERUS DIHUKUM PENGUNDI MELAYAU

Datuk Harun Taib,Ketua Dewan Ulama PAS
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Pas akan terus dihukum pengundi Melayu pada pilihan raya umum akan datang jika pemimpinnya berterusan tunduk kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menolak cadangan agar tahaluf siyasi antara parti berkenaan dikaji semula.

Ahli Pas Cawangan Taman Aman, Anak Bukit, Kedah, Mohd. Najib Ibrahim berkata, cadangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib agar tahaluf siyasi dikaji semula sememangnya mewakili suara majoriti ahli akar umbi dan harus diberi perhatian serius pucuk pimpinan.

Katanya, tindakan beberapa pemimpin tertinggi Pas mengkritik cadangan Dewan Ulama adalah sesuatu yang pelik kerana rakyat sudah memberi mesej yang jelas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bahawa mereka menolak Pas kerana tahaluf siyasi itu dilihat banyak merugikan Islam.

"Cadangan Dewan Ulama ini mewakili suara majoriti akar umbi tetapi mengapa pemimpin tertinggi parti bermasalah dengan cadangan ini? Mengapa pemimpin lebih mengutamakan perasaan DAP dan PKR berbanding ahli Pas sendiri? Ingatlah Pas ini kuat kerana ahli.

"Kita lihat akibat tahaluf siyasi, dalam soal kalimah Allah pun pemimpin Pas boleh berbeza pendapat sedangkan kalimah Allah adalah soal akidah yang wajib dipertahankan, tetapi ada pemimpin tertentu dalam Pas sanggup berpolitik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Harun agar tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang dikaji semula hasil resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar pada 14 September lalu.

Bagaimanapun, cadangan itu ditentang golongan profesional dalam Pas dan antara paling lantang mengkritik Harun ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menyifatkan Ketua Dewan Ulama itu kurang bijak kerana membuat kenyataan secara terbuka.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Najib berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding keuntungan kepada parti, orang Melayu mahu pun agama Islam sehingga mengecewakan majoriti ahli.

Katanya, Pas sepatutnya mengambil iktibar daripada penjelasan bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor yang menyifatkan kepimpinan parti itu hanya melihat penyertaan orang Melayu sebagai 'ahli 50 sen' yang tidak mendatangkan kepentingan kepada DAP.

Menurutnya, DAP hanya mahu mempergunakan orang Melayu dan jika Pas masih khayal dengan tahaluf siyasi sehingga menolak mentah-mentah pandangan Dewan Ulama, parti itu tidak akan mampu meraih kembali sokongan pengundi Melayu.

"Selaku ahli akar umbi saya lebih selesa berterus terang kepada pucuk pimpinan iaitu kami mahu Pas keluar daripada pakatan kerana sudah terbukti pihak yang mendapat untung ialah DAP dan lebih malang isu-isu akidah juga sanggup diperjudikan demi politik," katanya.(Utusan online-politik). Posted by abnmulya / Bakar Ninggal. blogspot. com.at 1852 hrs on Sept.,24,2013.).

Monday, September 23, 2013

TIDAK LAYAK DIIKTIKRAF - MUFTI

Datuk Mohamad Shukri Mohamad,Mufti Kelantan.
KOTA BHARU 23 Sept. - Desakan pihak tertentu agar kerajaan membenarkan abu mayat bekas pemimpin pengganas komunis, Chin Peng dibawa pulang ke negara ini disifatkan sebagai tindakan tidak wajar.

 Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tidak ada sebab untuk pihak tertentu membawa pulang abu Chin Peng memandangkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu merupakan pengkhianat negara sekali gus tidak layak diberi penghormatan.

"Semasa dia hidup lagi kita tidak pernah membelanya, apatah lagi untuk menghargainya. Jadi, kita perlu teruskan apa yang kita perjuangkan walaupun selepas kematiannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas cubaan pihak tertentu menyeludup masuk abu jasad Ching Peng untuk disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak.

Mohamad Shukri berkata, tindakan tersebut perlu dihalang bagi mengelak fahaman komunis di negara ini berkembang apatah lagi fahaman itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan bertegas dan tidak berkompromi dalam perkara tersebut bagi menjaga perasaan pihak yang pernah menjadi mangsa keganasan komunis suatu ketika dahulu.( Utusan online-).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 151 hrs on Sept.,24,2013.

Akhirnya...suspek kes bunuh pengasas Ambank masuk perangkap polis...

ISNIN, 23 SEPTEMBER 2013 09:54
WARTAWAN AGENDADAILY
(suspekkesbunuh513)


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, itulah yang terjadi kepada Kong Swee Kuan, 44, atau Sei Ngan Chai atau Ah Chian, suspek utama kes pembunuhan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi pada Julai lalu.

Beliau yang wajahnya dirakam CCTV sebelum kejadian ditahan polis di Taman Larut Tin Taiping, Perak malam tadi.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, turut ditahan ialah sepasang individu yang melindungi lelaki tersebut. 

Turut ditahan ialah dua lelaki, masing-masing berumur 31 dan 26 tahun, yang dipercayai memberi perlindungan kepada suspek, katanya.

"Kesemuanya kini dibawa IPKKL (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur)untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang media di IPKKL Isnin. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 212 Kanun Keseksaan.

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas.

Sebelum ini, kes tersebut mengemparkan negara selepas polis percaya tokoh perniagaan itu dilakukan oleh pembunuh upahan yang diupah individu yang tidak berpuas hati dengan mangsa berhubung satu urusan jual beli hartanah.

Kejadian yang berlaku pada akhir Julai lalu menyebabkan polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejaki suspek.

Polis turut memanggil saksi terlibat termasuk beberapa individu yang ditemui mangsa dan isterinya di Tokong Ceylon Kuan Yin, sebelum kejadian tembak terbabit berlaku.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis yakin dapat menyelesaikan kes itu selepas imej suspek yang melepaskan tembakan ke arah mangsa berjaya dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tokong berkenaan.

Foto CCTV suspek kemudiannya disebarkan kepada orang ramai melalui media. Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Hussain yang berasal dari Iran dan mendapat taraf penduduk tetap (PR) mati ditembak oleh seorang lelaki berpakaian sukan di hadapan tokong terbabit.

 Mangsa ditembak dua das di dada dan rusuk kiri manakala isterinya yang turut terkena tembakan cedera parah di pergelangan tangan dan paha serta kini dirawat di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur.-23/9/2013(Posted by abnmulya./Bakar NInggal.blogspot.com at 1541 hrs on September 23,2013

Sunday, September 22, 2013

Ezam Mohd Nor menang tanpa bertanding di Kota Raja

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor yang sebelum ini disandang oleh Kamal Ariffin Kainin.
Senator Mohamad Ezam Mohd Nor

Mohamad Ezam berkata, kemenangan itu merupakan langkah pertama beliau untuk kembali aktif dalam parti itu tetapi tidak menyangka akan diberikan laluan untuk menduduki jawatan kedua tertinggi peringkat bahagian tanpa dicabar.

"Saya terkejut juga walaupun pemegang jawatan timbalan lalu, Kamal Ariffin telah menyatakan secara terbuka tidak bertanding kali ini untuk memberi laluan kepada saya tetapi cabaran daripada tokoh serta ahli UMNO lain di Kota Raja boleh berlaku kerana pertandingan kali ini amat terbuka.

"Malah, jawatan ketua dan naib ketua menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Bagaimanapun, saya menerima keputusan ini sebagai amat positif dan menghargai sokongan sepenuhnya UMNO Kota Raja terhadap diri saya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum dipecat daripada UMNO pada 1998, Mohamad Ezam merupakan Timbalan Ketua Bahagian di Petaling Jaya Selatan. Mohamad Ezam menyertai semula UMNO 10 tahun lalu selepas meninggalkan parti itu iaitu pada 2008 dan memilih bahagian Kota Raja memandangkan beliau berasal dari Sungai Kandis, Klang di dalam bahagian berkenaan. - UTUSAN ONLINE-Politik). Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.Blogspot.com.at 2,48 am on September 23,2013.

PM DAN TPM menang Tanpa bertanding

Najib, Muhyiddin kekal jawatan 
Oleh Zulkiflee Bakar pengarang@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden selepas tempoh penyerahan borang pencalonan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berakhir pada pukul 5 petang ini.
Presiden  Parti Umno,Datuk Seri Najib Tun Razak

Najib memegang jawatan itu sejak 2009 setelah menang tanpa bertanding, manakala Muhyiddin juga memenangi jawatan tersebut sejak 2009 setelah menewaskan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Apa yang uniknya pada proses pendaftaran calon itu, kedua-dua pemimpin tersebut merupakan pencadang bagi pencalonan sesama mereka. Muhyiddin merupakan pencadang Najib bagi jawatan Presiden, manakala Najib pula menjadi pencadang Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden.

Kemenangan dua pemimpin itu sememangnya sudah diduga memandangkan sebelum ini bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara menyatakan sokongan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.

Ketika mengulas keputusan tersebut, Najib berkata, dengan mengekalkan jawatan masing-masing beliau dan Muhyiddin yakin dapat meneruskan perjuangan dalam parti bagi memastikan UMNO menjadi parti yang terbesar dan kuat di negara ini.

Sementara itu, sebanyak 261 borang pencalonan diserahkan bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT), Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. Bagi jawatan Naib Presiden pula, enam calon disahkan bertanding termasuk tiga penyandang jawatan iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Ketiga-tiga yang mengadakan sidang akhbar bersama melahirkan keyakinan akan mampu mempertahankan kedudukan masing-masing dalam pemilihan kali ini dengan memberi peringatan kepada semua calon agar bertanding dalam semangat kekeluargaan.

Mereka akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Tan Sri Muhyddin Yassin, Tim.Presiden Umno
Kehadiran Mohd. Ali yang bertanding buat kali kedua selepas pernah menyandangnya pada tahun 2004 untuk menyerahkan borang pencalonan kira-kira pukul 3.40 petang menamatkan spekulasi yang menyatakan beliau akan menarik diri.

Mukhriz pula ketika mengulas penyertaannya bagi merebut jawatan ketiga tertinggi dalam UMNO itu berkata, dalam usianya yang telah menginjak 49 tahun, ia merupakan masa paling sesuai untuk beliau memberi sumbangan kepada parti melalui platform Naib Presiden terutama dalam usaha meremajakan UMNO.

Pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pula menyaksikan kemunculan mengejut bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan untuk mencabar penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut akan merebut jawatan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Kulim Bandar Bahru Raihan Suleiman Palestin. Turut menarik perhatian ialah pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO apabila Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang sebelum ini diramalkan akan menang tanpa bertanding dicabar empat calon lain.

Mereka ialah Ketua Pemuda UMNO bahagian Merbok Abdul Karim Ali ; Penolong Setiausaha Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail; Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kesemua calon yang menyerahkan borang pencalonan mempunyai tempoh 72 jam untuk menarik diri daripada bertanding.

Pemilihan jawatan Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan 12 Oktober manakala MT pada 19 Oktober. Sementara itu, Najib sebelum berlepas ke Amerika Syarikat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, berkata, ketiadaan persaingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan UMNO menunjukkan kematangan ahli-ahli parti itu walaupun berlaku perubahan dalam perlembagaan parti.

"Dengan mengekalkan jawatan masing-masing, saya dan Muhyiddin yakin dapat meneruskan perjuangan parti dalam memastikan UMNO menjadi parti yang terbesar dan kuat di negara ini.

"Bagi saya, ini adalah lambang kematangan ahli UMNO meskipun kita telah meminda perlembagaan dan menjadikan parti terbuka dan lebih mudah bagi sesiapa untuk mencabar dua jawatan tertinggi," katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.at 1538 hrs on September 22,2013.

Tarik diri jika bertanding sekadar suka-suka-Ahmad Maslan

Ketua Penerangan Umno,Datuk Ahmad Maslan
PONTIAN 22 Sept. - Calon-calon yang menawarkan diri bertanding merebut jawatan dalam pemilihan UMNO kali ini yang tidak mempunyai tujuan tertentu atau sekadar 'suka-suka' dinasihatkan supaya menarik diri.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka masih mempunyai masa untuk menarik balik pencalonan tersebut bagi memberi peluang kepada calon-calon yang benar-benar bersedia untuk memimpin parti.

Beliau berkata, walaupun calon berkenaan memenuhi syarat dan kelayakan untuk bertanding, tetapi penawaran diri perlu seiring dengan kesediaan untuk menyumbang kepada parti dan bukan disebabkan oleh tujuan tertentu.

"Pertandingan ini membuktikan demokrasi dalam UMNO semakin subur dan tidak mati dengan memberikan peluang kepada semua ahli untuk bertanding tetapi mereka harus menyedari pemilihan kali ini amat penting bagi masa depan UMNO.

Jadi, sekiranya bertanding untuk suka-suka, calon ada masa 72 jam selepas pencalonan ditutup untuk menarik diri.

"Oleh itu, keutamaan perlu diberikan kepada usaha untuk meremajakan UMNO dan bukan atas tujuan mencari kesalahan atau menjatuhkan maruah seseorang pemimpin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMKT) Sri Tanjung, Benut, di sini hari ini. 

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, UMNO tidak pernah menghalang muka baharu untuk mencuba nasib atau mencari pengalaman dalam parti, tetapi pencalonan mereka harus berdasarkan kepada kemampuan serta kewibawaan yang ada.

"Oleh sebab itu, peraturan baharu yang diguna pakai pada pemilihan kali ini memberi peluang seluas-luasnya kepada semua ahli untuk bertanding sama ada di peringkat pusat, bahagian dan sayap-sayap UMNO," katanya. - UTUSAN ONLINE-pPOLITIK (Posteed by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1522 hrs on Sewptember 22,2013.

Saturday, September 21, 2013

Usaha haramkan Quran

MOSCOW 21 Sept. - Majlis Mufti Rusia memberi amaran kepada Presiden Vladimir Putin, ketegangan boleh tercetus di negara ini dan di seluruh dunia, jika keputusan mahkamah yang mengarahkan pemusnahan sebuah tafsir al-Quran tidak ditarik balik.

Timbalan Ketuanya, Rushan Abbyasov mengeluarkan amaran tersebut menerusi sepucuk surat semalam, berhubung keputusan sebuah mahkamah di bandar Novorossiysk, selatan Rusia pada Selasa lalu yang memutuskan bahawa tafsir al-Quran ke bahasa Rusia yang diterjemahkan oleh pakar teologi dari Azerbaijan, Elmir Kuliyev menyalahi undang-undang antifahaman pelampau dan perlu dimusnahkan.

Aktivis hak asasi manusia menyifatkan, jika tiada rayuan dibuat, keputusan yang akan dikuatkuasakan di seluruh negara itu boleh mengundang bahaya dan merupakan langkah awal untuk menghapuskan al-Quran itu sendiri.

Dalam surat itu, Rushan dengan kuat menyuarakan tentangan dan memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya ketegangan bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di seluruh dunia.

Beliau turut memberi contoh kepada insiden seorang paderi di Amerika Syarikat (AS), Terry Jones yang mahu membakar al-Quran pada 11 September 2010, tindakan yang mencetuskan bantahan ganas di Asia Barat dan Afghanistan.

Seorang peguam kepada Kuliyev, Murat Musayev berkata, beliau akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan mahkamah yang mengharamkan dan mengarahkan pemusnahan salinan terjemahan tersebut. 

Menurut pakar, terjemahan yang dibuat oleh Kuliyev yang berusia lebih sedekad, adalah hasil ilmiah yang sangat dihormati dan merupakan satu daripada empat terjemahan al-Quran ke bahasa Rusia yang ada. 

"Keputusan ini adalah selangkah daripada tindakan pengharaman al-Quran dan sesuatu yang tidak profesional.

"Terjemahan Kuliyev sangat berkualiti," kata seorang pakar Islam di Akademi Sains Rusia, Akhmed Yarlikapov. - REUTERS(Utusan online-Luar Negara )..Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1335 hrs on September 20,2013.

Senator Ezam Mohd Nor tanding Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja.

Dari kanan: Nombor dua,bercermin mata ialah Senator Mohd Ezam Mohd Nor.Dan nombor dua dari kiri bercermin  mata juga ialah Sdr.Badrul Hisham bin Badruddin,Setiausaha Kerja YB Datuk Seri Noh Omar pun datang mendaftarkan nama beliau untuk bertanding Ketua Umno Bahagian PJ.Selatan.




Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Ahad,September 22,2013 at 3.57 am.

Pepatah Melayu ada mengatakan jika benih yang baik itu jatuh ke daratan? Lambat ataupun cepat, ia akan menjadi gunung.Jika ia jatuh ke lautan, ia akan menjadi pulau.

Begitulah yang terjadi kepada anak muda yang handsome yang bernama Mohd Ezam Mohd Nor ini yang mana liku-liku jalan hidunya sangat menarik dan istimewa telah ditentukn oleh Allah s.w.t. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Senator Mohd Ezam Mohd Nor
Dilapanagn politik tanah air? Nama anak muda yang bernama Mohd Ezam Mohd Nor ini, sangat popular disebabkan kepetahan beliau ketika berpidato di atas pentas politk tanah air.

Penampilannya pula? Sangat menarik dan menjadi tumpuan setiap mata yang memandang ketampanan wajahnya ciptaan Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa atas sesuatu.

Ketika beliau sedang berpidato di atas pentas politik? Maka para hadirin yang ada di bawah pentas itu itu dilijhat akan terpukua, terpesona dengan kepetahan beliau melafas dan melontarkankan segala kata-katanya itu.

Cara dan style beliau berpidato sangat hebat.Beliau secara sepontan mampu mengungapkan kata-kata yang dihamburkan itu dengan begitu lancar,berkemampuan menggunakan gaya bahasa, kata-kata bahasa yang amat tinggi dan mengkagumkan setiap pendengarnya.

Beliau merupakan idola penulis,semasa kami sama-sama berjuang di dalam Parti keADILan Rakyat dulu. Jika beliau berpidato dengan cara untuk membangkitkan semangat para pendengarnya di depan pulohan ribu para pendengarnya? Sungguh hebat kesannya.Beliau mampu menguasai minda hadirin yang hadir.

Jika beliau berkata,"Ayuh!  mari kita semua bertempur,berjuang dengan jiwa raga kita...demi untuk mempertahan dan memertabatkan agama ,bahasa, bangsa dan negara kita dan sekaligus untuk memertabatkan keadilan dan kedaultan tanahair kita yang tercinta yang kini telah tercabar?"

Sering disaksikan leh penulis sendiri...Sepantas kilat pula, para pendengar di majlis itu terutama pada para pemuda-pemudanya yang beerjiwa jasteria, akan menyambut dengan suara sambutan yang bergemuruh di udara serta dengan sangat juang yang berkobar-kobar,semacam mereka (pemuda-pemuda) itu rela bertempur ketika itu juga,jika diarahkan.oleh Mohd Ezam Mohd Nor.

Dari kiri: En.Kamal Ariffin Kaini,Tim.Ketua Umno Bahagian Kota Raja yang memberi laluan pada  Senator Ezam(tengah).Kiri sekali En,Mazlan Lemang telah sama-sama berjuang  dengan Ezam sejak Ezam berada di dalam Umno sebelum terlibat dengan parti keADILan Rakyat.
Itulah kehebatan Mohd Ezam Mohd Nor miliki,ketika berpidato.Kehebatan kurnyiaan dari Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa.Hebatnya beliau berpidato tiada tolak bandingnya di Malaysia ini.,baka orang ,gayanya benar-benar gaya Bong Karno,Presiden Pertama Indonesia raya berpidato.

SIREH PULANG KE GAGGANGNYA.

Sebaik sahaja Ezam telah mengucapkan selamat tinggal kepada parti keADILan Rakyat dan beliau telah mengambil tindakan bak kata pepatah Melayu,"Ibarat sireh pulang ke gagangnya" iaitu ke gaggang parti Umno semula

Mohd Ezam Mohd Nor telah dilantik oleh Kerajaan Umno-BN,pimpina Datuk Seri NajibTun Razak,sebagai salah seorang senator dari Umno ke Dewan Negara.Satu=satu jawatan terhormat yang menjadi idaman setiap tokojh-tokoh politik tanah air yang berselerak di seluruh ceruk rantau Malaysia.

LALUAN KE JAWATAN  TIM .KETUA  UMNO BAHAGIAN

Penulis memang telah mengetahui bahawa Mohd Ezam Mohd Nor akan bertanding sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian "Kota Raja" pada pemilihan para pemimpin Umno disemua peringkat di seluruh Malaysia pada kali ini.

Penulis mengetahuinya ialah menerusi berita yang telah disiarkan oleh( Utusan online-politik) pada tanggal 12 hb.September 2013.

Menurut berita yang telah tersiar di Utusan Online itu, bahawa Timbalan Ketua Umno Bahaghian "Kota Raja"  Encik Kamal Ariffin Kainin,dikatakan memberi laluan kepadanya untuk memegang jawatan itu atas nama perjuangan.

Ujar Ezam,beliau akan mengambil serius pelawaan tersebut memendangkan perjuangan bangsa Melayu memertabatkan Umno sinonim dengan perjuangan memertabatkan maruah agama dan bangsa  .

Sebelum Ezam pulang,peminat -peminatnya minta bergambar
"Perkara itu merupakan satu amanah serta tanggung jawab dan bukannya satu pilihan saya menggalas perjuangan membela agama dan bangsa menerusi Umno.

"Walau apa pun sikap dan keputusan yang diambil oleh Ariffin ini menunjukkan beliau seorang yang berjiwa besa.

"Itu juga memberi petanda positif berlakunya arus kebangkitan Umno khususnya di Selangor. Saya juga percaya Umno Selangor akan semakin mantap selepas selesai proses pemilihan parti kali ini," katanya.

Setelah selesai membaca komen Ezam terhadap laluan yang telah diberikan oleh Encik Kamal Ariffin Kainin itu?Penulis rasa gembira sekali disebabkan kawan seperjuangan penulis di arena politik ganah air,dah mula bersinar semula,setapak demi setapak.

Dalam hati kecil penulis berkata,"Alangkah beruntunnya parti Umno,jika banyak tokoh-tokoh yang bertaburan di dalam parti Umno di seluruh ceruk rantau Malaysia ini,mengikut jejak langkah yang telah dilakukan oleh Encik Kamal Ariffin itu kepada Kohd Ezam Mohd Nor, kawan dan sahabat karib penulis yang sama -sama berjuang di arena politik tanah air.

Alangkah bertuah dan beruntungnya Umno itu sendiri. Jika tokoh-tokoh Umno yang dah bergelar golongan  vetran yang usianya dah lebih 60an itu? Dan yang kurang ilmu di dadanya dan tidak begitu arif dengan tendang terajang politik?

Dengan suka rela memberi laluan kepada tokoh-tokoh muda yang kini kebanyakannya,dah memiliki Ijazah lulusan Universiti,di berbagai-bagai bidang ilmu, agar diberi peluang, diasuh dan diberi laluan terlibat secara cergas di dalam politik Umno itu sendiri,sebagai golongan pelapis-pelapis muda yang berpotensi untuk terus memperjuangkan nasib agama,bangsa dan negara di masa-masa yang akan mendatang.Kalau tidak dimulakan dari sekarang,bila lagi???

Sekaligus lantas penulis telah melakukan sujud syukur kepada Allah s.w.t. terhadap laluan yang telah dihadihkan oleh seorang yang berjiwa besar kepada Ezam.Syukur Alhamdulillah...Maha besar  Allah yang punya alam ini.

HARI BAGI CALON-CALON MENDAFTARKAN NAMA-NAMA MEREKA.

Menurut apa yang telah diumumkan oleh Setiausaha kerja  Umno Malaysia,oleh Datuk Abd.Rauf binYusoh,bahawa orang-orang Umno yang hendak menyertai pertandingan pada pemilihan Umno kali ini?

Khususnya di Selangor hendaklah pergi mendaftarkan nama-nama mereka di Ibu Pejabat Umno, di Shah Alam dan tarikh hari pendaftaran itulah pada hari Sabtu,tanggal 21 hb.Sept. 2013,bermula pada jam 8.00 pagi.

Penulis bersama Sdr. Mazlan Lemang dari Umno Bahagian Gombak, tiba di bangunan Ibu Pejabat Umno di Shah Alam itu, kira-kira jam 9.30 pagi dan lantas naik ke tingkat 3 dan tingkat 5. Pendaftaran nama-nama untuk Umno Bahagian Gombak dan Bahagian Kota Raja ialah di tempatkan di tingkat 3.

Wanita-wanita Umno sedang sibuk hendak mendaftarkan nama-nama mereka di pagi Sabtu 21/09/2013 di tingkat 3,di Ibu Pejabat Umno Selangor,diShah Alam.
Setibanya penulis di tingkat 3 dan tingkat 5,dilihat kedua-dua tuingkat bangunan itu telah penuh sesak dengan para pemimpin Umno bermula dari jawatan Ketua Bahagian,Timbalan Ketua Bahagaian ,jawatan Naib ketua hingga ke jawatan-jawatan lain yang seterusnya mesti didaftarkan di situ.

Selain penulis  dan Mazlan Lemang ingin menemui Senator Ezam ketika beliau tiba untuk mendaftarkan namanya.Kami juga ingin turut sama meraikan calon-calon para pemimpin Umno Gombak,lelaki dan perempuan yang telah mengambil keputusan mereka untuk mendaftarkan nama-nama mereka sebagai calon-calon yang akan bertanding.

Banyak gambart-gambar yang telah penulis ambil  terutama gambar-gambar para pemimpin Gombak dan para pengiring masing-masing di pagi tgersebut. Gambar-gambar dan cerita-cerita di pagi pendaftran itu khsusnya tidak dapat penulis siarkan sama di dalam tulisan ini.

Insya Allah! Akan penulis siarkan  dalam satu dua hari lagi episod itu. Senator Mohd Ezam tiba di Bangunan Umno di Shah Alam kira-kira jam 1.30 hari,iaitu beberapa minit selepas waktu solat zohor.

Gambar yang disiarkan di atas itu,di ruangan ini,ialah detik-detik sebelum dan sesudah Senator Mohd Ezam Mohd Nor telah mendaftarkan namanya.  Insya Allah! Esok atau lusa akan penulis siarkan pula tentang sedikit kisah perjuangan dan biodata Sdr. Badrul Hisham bin Badruddin yang bertugas selaku Setiausaha Kerja Datuk Seri Noh Omar,Pengerusi Badan Perhubugan umno Selangor.

Sdr. Badrul Hisham Badruddin juga confirm akan  bertanding sebagai Ketua Umno Bahagian PJ Utara pula.

Jika cukup masa,mungkin juga akan disiarkan kisah-kisah dari calon-calon pemimpin dari Umno Bahagian Gombak pula.Taman Sri Gombak,di Gombak ini,merupakan tempat penulis bermastautin pulohan tahu dah...dan telah mengundi di setiap tiba Pilihan Raya Umum yang telah diadakan.

Penulis amat perihatin dqan begitu peduli terhadap segala bentuk perkembangan terutama di segi politik di Daerah Gombak itu sendiri.(Posted by abnmulya /Bakar NInggal.blogspot.com at 3.57 am on September,2013.