Thursday, October 31, 2013

Bekas pensyarah didakwa terima rasuah

Wong Chee Wai
IPOH 31 Okt. - Seorang bekas pensyarah Institut Teknologi Perak (ITP) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima tuduhan menerima rasuah RM1,130 daripada dua pelajarnya bagi membantu menaikkan markah penilaian subjek Matematik dan Statistik, dua tahun lalu.

Wong Chee Wai, 41, pensyarah di Jabatan Matematik dan Statistik di ITP sewaktu kejadian mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Tertuduh dari Taman Indah Jaya di sini didakwa menerima suapan wang tunai itu menerusi lima transaksi di antara 14 September 2011 dan 8 Februari 2012 di institut berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Chee Wai didakwa menerima rasuah RM140 daripada seorang pelajar perempuan sebagai dorongan untuk menaikkan markah penilaian berterusan bagi subjek Matematik IV bagi Semester I, sesi 2011/2012 di Perpustakaan ITP pada pukul 4.15 petang, 14 September 2011.

Dia turut didakwa menerima wang tunai RM140 daripada pelajar tersebut bagi tujuan sama di hadapan sebuah kelas di tingkat 3, Blok E, ITP pada pukul 3 petang, 12 Oktober 2011.

Pertuduhan ketiga pula menyebut bahawa Chee Wai dituduh menerima suapan RM250 sebagai dorongan untuk menaikkan markah penilaian berterusan bagi subjek Statistik oleh seorang pelajar lelaki yang mengulang mata pelajaran itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di ruang tangga antara Blok C dan Blok D, ITP pada pukul 4 petang, 10 Oktober 2011.

Dia turut dituduh menerima suapan wang tunai RM300 daripada pelajar sama sebagai dorongan menaikkan markah penilaian berterusan bagi subjek Matematik III untuk Semester II, sesi 2011/2012 di dalam sebuah kelas di tingkat 3A, ITP pada pukul 10.30 pagi, 3 Februari 2012.

Bagi pertuduhan kelima, Chee Wai dituduh menerima suapan RM300 daripada pelajar berkenaan bagi tujuan sama di ruang tangga antara Blok C dan Blok D, ITP pada pukul 2 petang, 8 Februari tahun lalu. 

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda jumlah suapan, mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM27,000 dan dua penjamin bagi kesemua pertuduhan sementara menunggu sebutan kes pada 4 Disember ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), A. Hafizh Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam bela, M. Kathan.( Utusan online-Mahkamah
).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com. at 12.19 am on November 01,2013.

Minyak masak kitar semula

Oleh NORAZLINA ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

Nadzim Johan
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan.

Perkara itu didedahkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang sekali gus mendesak kerajaan memandangkan serius isu terbabit kerana boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Malah, menurut beliau, aktiviti kutipan, penghasilan dan jualan minyak masak terpakai telah lama berlaku di negara ini serta merupakan satu industri yang besar.

Lebih mengejutkan lagi, sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket. “Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil soal selidik yang dijalankan aktivis PPIM melibatkan kira-kira 70 buah restoran dan gerai makan di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mendapati kebanyakan peniaga menggunakan minyak masak kitar semula.

“Minyak masak yang dipaketkan itu bukan daripada jenama terkenal dan ramai peniaga yang tidak sedar mereka menggunakan minyak masak kitar semula," katanya.

Menurut Nadzim, status halal minyak masak itu juga meragukan kerana mungkin diambil daripada restoran bukan Islam.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bekerjasama membanteras aktiviti tersebut.

“Selain menipu pengguna, pengusaha terlibat turut mengeksport minyak masak itu dengan mendakwa produk tersebut adalah halal," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kris Biofuels Sdn. Bhd., Ja’afar Abdullah memberitahu, aktiviti kutipan dan jualan minyak masak terpakai melanggar undang-undang dan peraturan MPOB. 

Katanya, lesen yang dikeluarkan MPOB dengan jelas menyatakan penggunaan minyak masak kitar semula hanya bagi tujuan menghasilkan produk biofuel.

“Isu ini wajar ditangani segera kerana dari segi kesihatan minyak masak ini jika digunakan semula sebanyak tiga kali akan menghasilkan komponen radikal bebas yang boleh mengakibatkan kanser dan kerosakan hati," katanya.(Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 3.06 am on November 01,2013.

14 November keputusan batal tuduhan ke atas Alvin-Vivian

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 November untuk keputusan kes berhubung pembatalan pertuduhan yang dihadapi pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa mempersenda umat Islam dan Ramadan.

Hakim Kamardin Hashim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Chong Joo Tian yang mewakili pasangan itu dan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin. Pada 21 Ogos lepas, Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, selaku pemohon, memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.

Mereka memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka, dengan alasan sekiranya pertuduhan itu sah di sisi undang-undang, ia hanya terpakai terhadap orang Islam.

Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi logo halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.

Terdahulu, Chong dalam hujahannya berkata, dakwaan pihak pendakwaan ucapan dan perkataan di laman Facebook itu merupakan suatu perbuatan yang menghina Islam adalah tidak logik dan tidak berasas. 

"Dakwaan sebegini hanya menunjukkan dengan jelas sikap dan pemikiran prejudis terhadap kaum lain di Malaysia, tidak berpengetahuan dan tidak yakin tentang agama sendiri serta suatu reaksi emosional yang tidak berasaskan kepada fakta," katanya.

Chong berhujah 'bak kut teh' bermaksud 'daging tulang teh' atau 'meat bone tea' dan penggunaan perkataan atau istilah itu tidak mendatangkan sebarang penghinaan kepada agama Islam.

Hujahnya, Seksyen 298A Kanun Keseksaan merupakan peruntukan undang-undang untuk mengawal, mengurus dan memastikan kelancaran pengamalan agama Islam bagi mengelak sebarang perbalahan dan permusuhan dalam kalangan orang beragama Islam, dan seksyen itu bukan satu perundangan untuk mengawal ketenteraman awam.

Sementara itu, Wan Shaharuddin dalam hujahannya berkata, perbuatan pemohon yang menjemput umat Islam menikmati 'bak kut teh' ketika berbuka puasa dalam bulan Ramadan merupakan penghinaan dan menimbulkan perasaan benci, kemarahan dan perpecahan antara kaum Melayu dan Cina serta menggugat keharmonian masyarakat majmuk dan ketenteraman awam.

Beliau berhujah, alasan pihak pemohon agar pertuduhan Seksyen 298A Kanun Keseksaan dibatalkan kerana mereka bukan Islam dan seksyen itu hanya terpakai secara eksklusif kepada orang beragama Islam, adalah tidak berasas.

Ini kerana ia telah diputuskan Parlimen ketika persidangan penggal pertama pada 10 Disember 1982 untuk menolak usul supaya seksyen itu dihadkan kepada orang beragama Islam sahaja.

Selain menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ’Alvin and Vivian-Alvivi’ di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama, mengikut Akta Hasutan 1948.

 Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam dan 2 pagi, mengikut Akta Penapisan Filem 2002. - BERNAMA (Utusan onl;ine-Mahkamah).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1817 hrs on October 31,2013.

Halang pemaju : 6 wakil DAP ditahan di Nilai

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI 

SEREMBAN 31 Okt. - Enam wakil rakyat DAP negeri ini ditahan selepas enggan keluar dari dalam sebuah dewan lama di Kampung Hakka, Mantin dekat sini selepas beberapa kali diminta oleh polis meninggalkan kawasan bagi kerja merobohkan rumah setinggan di kawasan itu.

Enam wakil rakyat DAP itu bersama beberapa aktivis propembangkang bertindak duduk di dalam dewan berkenaan walaupun kerja itu sepatutnya dimulakan sejak 9 pagi ini, tertangguh hampir tiga jam.

Wakil rakyat DAP yang ditahan terdiri daripada Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong; Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nilai, J. Arulkumar; ADUN Senawang, P. Gunasekaran (Senawang); ADUN Bahau, Chew Seh Yong (Bahau) dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusof Awang berkata, pihak polis yang berada di lokasi kejadian cuba berunding dengan aktivis dan wakil rakyat berkenaan agar bersurai tetapi mereka enggan. 

"Semua yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini seramai 80 keluarga di kampung itu telah diarahkan keluar oleh Mahkamah Tinggi Seremban selepas tanah berkenaan dibeli oleh sebuah syarikat pemaju. - UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1805 hrs on October 31,2013.

Kes Alvin: Pihak pendakwa sangkal Umno perbesarkan isu

Oleh MARZITA ABDULLAH 

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pihak pendakwaan terhadap pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee menyangkal kenyataan pasangan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa kesalahan yang mereka lakukan telah diperbesar-besarkan oleh ahli politik UMNO selain mendakwa umat Islam di negara ini emosi berlebihan terhadap perkara yang mereka lakukan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin sebaliknya menegaskan, pertuduhan terhadap mereka adalah mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu peruntukan undang-undang yang bukan dikhaskan untuk umat Islam di negara ini sahaja tetapi kepada semua kaum untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk.

"Saya tidak fikir umat Islam terlalu emosi atau terlalu sensitif dan isu ini ada kaitan dengan politik UMNO kerana 99 peratus pihak yang mengutuk tindakan pasangan ini juga adalah daripada bangsa mereka sendiri," tegas beliau dalam hujahan balas terhadap pasangan tersebut.

Wan Shaharuddin mengemukakan hujahan balas di hadapan Hakim Kamardin Hashim semasa membantah permohonan pasangan kontroversi berkenaan bagi membatalkan pertuduhan mengikut seksyen itu atas dakwaan mempersendakan umat Islam.

Hakim Kamardin kemudian menetapkan 14 November ini untuk keputusan bagi permohonan tersebut. Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu penerbitan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!)" mengandungi logo halal dan ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Perbuatan itu yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan didakwa dilakukan mereka di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Mengikut seksyen itu, kedua-dua tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE-MAHKAMAH ( Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at1751 hrs on October 31,2013).

Wednesday, October 30, 2013

Mengingati sokongan pengundi Cina di Sungai Limau

RABU, 30 OKTOBER 2013 15:09
HELME HANAFI Email
(Agenda Daily).
Nombor 3 dari kanana: Datuk Seri Sharizat Abdul Jalkil,Kertua Pergerakan Wanita Umno sedang bergurau senda dengan seorang ibu tua dari kaum Cina,di masa kempen PRK (DUN) Sungai Limau semalam.
Ramai penganalis tunggu penuh minat keputusan PRK DUN Sungai Limau Yan Kedah hendak tengok apakah ada perubahan sikap dikalangan pengundi Cina. Pada PRU13 lalu, majoriti besar pengundi Cina tidak menyokong BN kerana percaya PR boleh tubuh kerajaan.

Namun dalam PRK Sungai Limau yang keputusannya kelak tidak mengubah kerajaan negeri, apa sikap pengundi Cina?

Masih lagi dengan trend menentang kerajaan atau Sungai Limau jadi 'turning point' sokongan masyarakat Cina terhadap BN.

Bagi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Sungai Limau merupakan platform terbaik untuk mengukur tahap perubahan sikap masyarakat Cina terhadap BN.

Menurutnya keputusan pilihanraya kecil ini boleh menjadi penunjuk mengenai kesediaan masyarakat itu menyatakan sokongan terhadap kerajaan.

"Masyarakat Cina adalah prakmatik, mereka sebagaimana kaum lain memerlukan bantuan dan sokongan daripada kerajaan.

"Komitmen kerajaan BN untuk berlaku adil kepada semua pihak memang kita tunjukkan. Jadi diharapkan ini adalah masa terbaik untuk kita mengukur tahap perubahan sikap," katanya selepas majlis ramah mesra bersama pengundi Cina di Bilik Gerakan BN Sungai Lentang Rabu.

DUN Sungai Limau mempunyai seramai 1,850 pengundi Cina atau 6.7 peratus daripada 27,222 orang pengundi keseluruhan. sg-cina-ceramah Mengulas lanjut Timbalan Pengerusi BN itu berkata, berdasarkan laporan dua parti komponennya iaitu MCA dan Gerakan, masyarakat Cina mula menunjukkan keterbukaan mereka untuk kembali menyokong BN khususnya selepas PRU13.

"Berdasarkan pemerhatian saya sendiri dan maklum balas yang diperolehi daripada MCA dan Gerakan, mereka maklumkan ada kesediaan (menyokong BN) daripada pengundi Cina.

"Tapi ini adalah andaian sebelum PRK. Saya tak tahu dan kurang pasti (situasi sebenar) sehingga kita tahu keputusan nanti. Kebetulan diadakan PRK ini selepas PRU.

"Selepas PRU lalu kita tahu ada istilah 'tsunami pengundi Cina', tapi sudah beberapa bulan, mungkin keadaan itu berubah," katanya.
Datuk Paduka Mukhriz
Tun Mahathir,Mneteri Besar Kedah

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir berharap trend pengundi Cina mengundi pembangkang terhenti di Sungai Limau.

Walaupun pengundi Cina di Sungai Limau tidak sampai 10 peratus, namun kata Mukhriz, tiap undi dikira. 

"Saya mengamalkan dasar terbuka kepada semua kaum, saya amat berharap kali ini pengundi Cina menunjukkan sokongan mereka kepada BN dan biar Sungai Limau menjadi penamat trend pengundi Cina menolak BN," ujar Mukhriz.

Dari pemerhatian Agendadaily, ada kehadiran kaum Cina di program-program BN sepanjang tujuh hari berkempen ini.

Selain kehadiran mereka dalam program yang dianjurkan BN, penerimaan golongan tersebut ketika kunjungan Wanita UMNO juga menggalakkan.

Namun apakah tanda-tanda positif tersebut boleh diterjemahkan ke dalam bentuk undi satu perkara berbeza.

Kita tunggu dan lihat, samada pengundi Cina berubah sikap dan menyokong BN kali ini, atau mereka masih kekal dengan sikap anti kerajaan macam PRK-PRK sebelum ini juga PRU13 lalu. .-30\10\ 2013 OLEH HELME HANAFI/ FOTO LEAD MINAQ JINGGO(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot. com.at 9.15 am on October 31,2013.

15,000 TIKET HABIS SEJAM

Oleh ZAZALI JAMIAN, MOHAMAD SHOFI MAT ISA, 
 YATIMIN ABDULLAH dan SUFIAN HADI MOHD. SOJAK 
sukan@utusan.com.my 
KEADAAN di Stadium Shah Alam, yang akan menjadi venue perlawanan akhir, Ahad ini tidak kurang kecohnya apabila hampir 15,000 penyokong Pahang dan Kelantan hadir untuk membeli tiket, semalam.

SHAH ALAM - Dalam tempoh sejam sahaja, sebanyak 15,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Kelantan yang dijual di Stadium Shah Alam, semalam, ‘licin’.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kaunter jualan yang dibuka pada jam sekitar pukul 9 pagi itu terpaksa ditutup awal kerana kehabisan tiket, sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada hampir 5,000 penyokong tegar skuad Tok Gajah dan The Red Warriors yang hadir.

Malah, situasi yang mencetuskan persoalan itu turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Kata Khairy, beliau mahu tahu sama ada tiket tersebut habis dijual kerana permintaan tinggi dalam kalangan penyokong Pahang dan Kelantan atau atas sebab-sebab lain.

Tambahnya lagi, FAM juga perlu menjelaskan berapa banyak tiket yang diperuntukkan untuk jualan runcit serta pukal. “

Ada sebilangan tiket yang dikhaskan untuk jualan pukal kepada sesiapa dan ini akan memberi kesan kepada penjualan runcit, malah FAM perlu memberitahu berada banyak tiket yang dijual untuk pukal dan runcit. 

"“Saya juga nak tahu sama ada FAM sudah laksanakan atau tidak kawalan ketat pada penjualan tiket secara pukal kerana tidak mahu tiket-tiket tersebut akhirnya sampai kepada ulat tiket," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pembukaan Persidangan Sukan Untuk Semua ASEAN di sini, semalam.

Sementara itu, kekecohan tidak hanya berlaku di Stadium Shah, yang merupakan venue perlawanan akhir Piala Malaysia, Ahad ini, malah ia turut mewarnai Kuantan dan Kota Bharu.

Di Kuantan, pekarangan Stadium Darul Makmur sesak apabila ribuan penyokong Tok Gajah hadir untuk menyambar 30,000 tiket yang dijual sejak jam 10 pagi.

Semua tiket dijual dalam tempoh tiga jam selepas kaunter dibuka dan rata-rata penyokong telah beratur di stadium seawal jam 7 pagi.

Biarpun ada insiden kecil membabitkan ketidakpuasan hati penyokong yang gagal mendapatkan tiket, namun situasi terkawal dengan langkah keselamatan lebih ketat dilakukan oleh pihak berkuasa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim berkata, sebanyak 30,000 tiket habis dijual selepas sebahagian 12,000 daripadanya diagihkan kepada persatuan bola sepak daerah.

Di Kota Bharu pula, pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV mulai sesak seawal jam 8 pagi apabila lebih 5,000 penyokong The Red Warriors membanjiri stadium sedangkan kaunter tiket hanya mula dibuka pada jam 3 petang.

Malah, difahamkan ada yang sudah datang sejak jam 6 pagi kerana takut tidak dapat memiliki tiket. Sebanyak 10,000 tiket habis terjual dalam tempoh sejam setengah.

Sepanjang proses itu berlangsung, kekecohan hampir berlaku di mana penyokong sering tolak-menolak untuk mendapatkan tiket sehingga menyebabkan ada yang hampir pengsan dan mengalami kecederaan. 

Bagaimanapun, tindakan pantas pihak berkuasa yang bertugas berjaya menenangkan keadaan tersebut daripada menjadi lebih buruk.(Utusan online-sukan tempatan).Posted by abnmulya /Bakar NCom.iat 9.03 am on October 31,2013.nggal. blogspot.

PRK Sungai Limau jadi ukuran

Oleh ZULKIFLEE BAKAR 
pengarang@utusan.com.my

MUHYIDDIN Yassin melihat memorandum sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional pada majlis ramah mesra bersama pengundi-pengundi Cina DUN Sungai Limau di Yan, Kedah, semalam. 

JERAI 30 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada masyarakat Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kembali menyokong Barisan Nasional (BN) atau tidak hanya akan diketahui selepas keputusan pilihan raya kecil kawasan itu diumumkan pada Isnin ini. 

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau dan maklum balas daripada Gerakan dan MCA yang menjalankan kajian di situ sejak lebih sebulan lalu, ada sikap terbuka masyarakat berkenaan kembali menyokong BN.

‘‘Seperti kita lihat dalam majlis ini yang datang adalah pengundi tempatan dan bukannya pengundi luar, kalau mereka tidak suka, mereka tidak datang pun tak apa, namun kita akan lihat nanti berdasarkan keputusan di peti undi majoriti masyarakat Cina apa yang kita sebutkan tadi (kembali menyokong BN) atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pengundi-pengundi Cina DUN Sungai Limau, di sini hari ini.

Pada majlis itu beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM1.8 juta untuk tiga buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di kawasan DUN tersebut dan bantuan RM200,000 bagi Tabung Pendidikan Masyarakat Cina Sungai Limau.

Muhyiddin berkata, masyarakat Cina adalah golongan pragmatik dan memerlukan bantuan serta sokongan kerajaan termasuklah dari segi menyelesaikan masalah infrastruktur dan pendidikan.

‘‘Komitmen kerajaan BN adalah untuk berlaku adil kepada semua kaum, ia dibuktikan melalui bantuan-bantuan yang kita berikan termasuklah yang saya luluskan hari ini untuk SJKC.

‘‘Apa yang kita luluskan bukan kerana pilihan raya kecil di sini, sebaliknya dalam belanjawan sejak dua tahun lepas ada peruntukan khas untuk sekolah tersebut, sebab itulah kita melihat kali ini adalah waktu yang terbaik bagi mengukur tahap perubahan sikap masyarakat Cina, saya tidak tahu dan kurang pasti keadaan itu sehinggalah kita tahu keputusannya nanti," katanya.

Menjawab satu soalan, Timbalan Perdana Menteri menafikan bantuan yang diluluskan adalah bagi meraih sokongan sempena Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

‘‘Sama ada pilihan raya diadakan atau tidak, kita tetap membantu, saya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN tidak ada wang, tetapi kerajaan yang ada wang dan bekerja sepanjang masa, oleh itu apabila kita turun ke sini ada orang minta tolong maka kita bantu. ‘‘

Yang mana kita boleh bantu, kita bantu sebab kita ada peruntukan lagipun memang dasar BN bersikap adil kepada semua kaum, cuma kebetulan di sini ada pilihan raya tetapi kalau pun tidak ada pilihan raya, mereka tetap dapat bantuan," katanya.(Utusan online-politik).Posted byabnmulya/Bakar Ninggal.blogspot.com.at 8.22 am on OCTOBER 31,2013.

Rombakan Ketua Puteri Negeri

Ketua Puteri,Mas Ermieyati Samsudin
30 Okt. - Kepemimpinan Pergerakan Puteri UMNO di peringkat negeri dijangka akan dirombak secara besar-besaran selepas selesai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah pada 4 November ini.

Ketua Puteri UMNO yang baharu, Mas Ermieyati Samsudin membayangkan berlakunya pertukaran ketua pergerakan itu di setiap negeri kerana ada dalam kalangan mereka yang sudah habis tempoh memegang jawatan tersebut, selain bertanding dalam jawatan Exco sayap parti itu di peringkat Pusat dalam pemilihan parti baru-baru ini. 

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya memberikan tumpuan kepada usaha untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.

Katanya, pertukaran atau pengekalan jawatan Ketua Puteri negeri-negeri dilakukan bagi memantapkan sayap parti tersebut sebagaimana Wanita dan Pemuda UMNO.

"Pertukaran Ketua Puteri tidak dapat dielakkan dan soal siapa yang akan ditukar dan dikekalkan bakal dibincangkan di peringkat Exco tertinggi Puteri UMNO.

 "Setelah keputusan dibuat, saya akan menyerahkan senarai barisan Ketua Puteri negeri-negeri yang baharu kepada Presiden parti, sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO Disember nanti," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya a/Bakar Ninggal.blogspot.com.at 7.55am on October 31,2013.

PRK DUN Sungai Limau pengukur sokongan pengundi Cina

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA


JERAI 30 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin(gambar) hari ini berkata, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menjadi medan terbaik untuk mengukur tahap perubahan sikap pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN). 
"Kali ini adalah yang terbaik untuk kita mengukur tahap perubahan sikap (pengundi Cina). Saya tidak tahu dan saya tidak pasti sehinggalah keputusan nanti barulah kita tahu," kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Cina Sungai Limau di Bilik Gerakan BN DUN Sungai Limau.

Pada majlis itu Muhyiddin mengumumkan peruntukan lebih RM2 juta bagi membantu tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di DUN Sungai Limau dan penubuhan Tabung Pendidikan Sekolah Cina Sungai Limau. 

"Dimaklumkan bahawa pengundi di sini lebih terbuka, yang datang (ke majlis) di sini adalah pengundi tempatan untuk memberi sokongan moral, apa pun kita akan melihat keputusan pilihan raya di peti undi yang ramai pengundi Cina.

"Walaupun pada pilihan raya yang lepas ramai orang Cina tidak menyokong (BN) maka mereka kata jangan bantu (masyarakat Cina).

"Tapi di sini mereka telah tunjukkan sikap yang ikhlas dan mereka mahu kita bantu. MCA dan Gerakan juga mahu mereka dibantu, jadi kita bantu. Kita harap dengan itu, ada kesedaran bahawa BN bersedia untuk menolong semua kaum," jelas

Muhyiddin. Menurut beliau, dalam tempoh lima bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung Mei lalu, masyarakat Cina tentunya dapat melihat bahawa parti pembangkang juga mempunyai banyak masalah. - UTUSAN ONLINE-Dalam Negri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggalk.blogspot.com.at 1708 hrs on October 30.2013.

Sanggup manipulasi gambar Azizan

Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berbual dengan anggota Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO ketika hadir di PDM Permatang Buluh, Yan Kedah, semalam. 

JERAI 29 Okt. - Pas dianggap terdesak apabila sanggup memanipulasi gambar pemimpin mereka sendiri dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, rakyat seharusnya boleh membuat penilaian tentang sikap parti tersebut yang tidak seharusnya dilakukan terhadap seorang pemimpin seperti Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Saya sendiri rasa kesal bagi pihak penyokong Azizan bahawa ada yang sanggup buat seperti itu kepada seorang tokoh yang hebat. Imej dan ketokohan Azizan boleh dimanipulasi oleh parti Allahyarham sendiri kerana gambar dalam risalah itu diedarkan seolah-olah calon Pas itu rapat dengan Azizan yang disegani di kawasan ini.

"Motif sebab nak dapat sokongan daripada orang yang sayang dan hormat kepada Azizan. Saya harap rakyat boleh menilai tindakan terdesak Pas," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pematang Buluh Sungai Limau di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang penyebaran risalah kempen Pas yang memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu, Mohd. Azam Abd. Samat kononnya bertemu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Akhbar Sinar Harian semalam mendedahkan, gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham Azizan pada 25 Mei 2011 dan mendakwa gambar itu telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd. Azam pada wajah seorang daripada pemberita kanannya itu.

Menyentuh tentang sokongan pengundi muda, kata Khairy, pihaknya yakin sokongan golongan tersebut terhadap calon Barisan Nasional (BN) semakin meningkat dari sehari ke sehari atas faktor pembangunan dan pembaharuan di kawasan tersebut.

"Adalah menjadi harapan generasi muda di Sungai Limau yang ingin lihat kemajuan dan peluang ekonomi. Mereka menaruh harapan tinggi bahawa kemajuan dan pembaharuan ini hanya dapat dikecapi sekiranya wakil rakyat di sini adalah wakil rakyat daripada parti yang mentadbir negeri dan kerajaan Pusat.

"Pengundi di semua berpengetahuan dan dapat maklumat bahawa peluang hanya akan dapat kalau wakil rakyat datang daripada parti sama. Selain itu Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir juga telah berjanji akan memberi tumpuan kepada Sungai Limau," katanya. (Utusan online-politik).Posteed by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1649 hrs on October 30,2013.

Pengundi wanita sokong Barisan Nasional

SHAHRIZAT Abdul Jalil bersama sebahagian Wanita UMNO menggempur kawasan 'hitam' di Kampung Matang Buluh, Yan, Jerai, semalam.

JERAI 29 Okt. - Pergerakan Wanita UMNO yakin 54 peratus pengundi wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kawasan itu, 4 November ini.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, keyakinan itu diperolehi setelah berkampung di kawasan Sungai Limau sejak beberapa hari lalu dan beliau melihat sendiri peralihan sokongan pengundi wanita kepada BN.

"Setelah berkampung di sini saya nampak kembali semula semangat dan azam daripada pengundi wanita untuk memberi sokongan kepada BN dan ramai antara mereka yang menaruh harapan tinggi kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

"Saya yakin wanita akan sokong BN dan saya percaya pengaruh seorang wanita adalah kuat di dalam keluarga.

"Sebelum ini mereka di sini tidak ada peluang untuk berjinak dengan lebih dekat kepada BN mungkin kerana otak mereka telah dibasuh kata UMNO, BN ini jahat dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) di Dataran Mahsuri, Sungai Limau Dalam di sini hari ini.

Dalam majlis itu seramai 20 usahawan wanita dari kawasan Parlimen Jerai menerima pinjaman berjumlah RM200,000 daripada TEKUN bagi memajukan perniagaan mereka.

Menurut Shahrizat, pendekatan berjumpa pengundi wanita dari rumah ke rumah yang digerakkan oleh jentera Wanita UMNO membuatkan banyak maklumat yang sahih tentang kerajaan dapat disebarkan kepada mereka.

"Mereka rasa takut dengan kita, oleh itu dengan adanya PRK ini kita masuk serta duduk berbincang pelbagai perkara dengan kaum wanita.

\"Saya sendiri terkejut apabila mendapati pengundi wanita yang dikatakan tinggal di kawasan hitam di DUN Sungai Limau ini sebenarnya menunggu kehadiran Wanita UMNO berjumpa mereka," jelasnya.

 Dalam pada itu, Shahrizat memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai jentera Muslimat Pas yang memakai tudung merah sewaktu memasuki kawasan-kawasan kampung untuk berkempen.

"Saya dapat tahu ada jentera mereka pun pakai tudung merah masuk dalam kawasan menyamar sebagai Wanita UMNO.

"Kita tahu mereka bukan ahli Wanita UMNO, tapi tak apa saya tidak mahu besarkan hal remeh begini sebab kita nak fokus pada soal pembangunan di sini sahaja," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1642 hrs on October 30,2013.

Tuesday, October 29, 2013

Kelantan pilihan jurulatih-jurulatih boleh sepak Liga Malaysia

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my 
Penyerang import Kelantan, Dickson Nwaekame (tengah) akan menjadi senjata utama The Red Warriors menentang Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam, Ahad ini. 

KUALA LUMPUR - Rata-rata jurulatih Liga Malaysia memilih Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2013 pada perlawanan akhir Ahad ini sekali gus memanjangkan penantian 21 tahun Pahang untuk menjulangnya atas faktor pengalaman dan kualiti pemain The Red Warriors.

Hanya jurulatih Sarawak, Robert Alberts yang bersikap berkecuali dengan menyatakan, cuma pasukan yang terbaik akan mampu menjulang trofi berprestij berusia 46 tahun pada edisi 2013 yang menjadi penutup tirai Liga Malaysia musim ini.

Jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan berkata, penentuan juara ibarat bergantung kepada kemahuan Kelantan mahu atau tidak untuk bergelar juara lagi. Beliau meramalkan perlawanan akhir itu akan berakhir dalam 90 minit masa sebenar yang memihak Kelantan 1-0 atau 2-1.

"Tidak mungkin terheret ke masa tambahan biarpun saya puji Pahang yang memiliki Azamuddin Akil, Matias Conti dan R. Gopinathan. Ramai pemain Kelantan yang boleh dikatakan susah nak dikawal tetapi jika Kelantan main lewa atau ambil mudah, keputusannya boleh berubah," katanya.

Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria berkata, Kelantan ada pengalaman dan ramai pemainnya kerap beraksi pada perlawanan akhir.

Katanya, bahagian tengah dan serangan mereka juga lebih baik dan berkualiti. ''Mungkin keputusannya Kelantan menang 2-0 dalam 90 minit.

"Namun, jangan pandang rendah Pahang kerana jika Kelantan berbuat begitu dan mengambil ringan lawan, boleh berulang seperti ATM mendahului mereka 2-0 pada separuh akhir di Kota Bharu (Jumaat lalu). 

"Mungkin ramai meletakkan Dickson Nwakaeme (pemain import Nigeria) yang menjadi perhatian tetapi saya lebih menggemari dua pemain tempatan Kelantan, Nor Farhan Muhammad dan Badhri Radzi sebagai bintang perlawanan akhir itu," katanya.

Menurut Ismail, Pahang hanya mampu mengubah ramalan keputusannya itu dengan bersandarkan keinginan meluap-luap barisan pemain mudanya untuk menjulang Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 1992 dengan menewaskan Kedah 1-0.

"Setelah sekian lama Pahang tidak memasuki perlawanan akhir, sudah pasti semangat dan keazaman pemain mereka lebih tinggi berbanding Kelantan yang sudah dua kali juara Piala Malaysia (2010 dan 2012).

"Pemain muda ini juga mempunyai motivasi lain iaitu untuk menghadiahkan Sultan Pahang sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-83, Khamis lalu," katanya yang membawa Sime Darby menceburi Liga Super musim depan, bergelar naib juara Liga Perdana dan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2013.

Bagi bekas jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah, beliau meramalkan Kelantan menang dengan keputusan 3-1 tanpa memerlukan masa tambahan 30 minit.

''Ramai pemain Kelantan sudah berpengalaman perlawanan akhir Piala Malaysia (2009, 2010 dan 2012) dan barisan yang hampir sama akan bermain lagi.

"Kualiti Kelantan sudah terbukti ketika separuh akhir kedua menentang ATM apabila dalam 10 minit terakhir pemain mereka masih boleh menyengat. Badhri bakal menyerlah lagi kerana dia mampu mengawal dan mencipta rentak permainan malah menjaringkan gol.

"Kelantan terlalu bagus untuk ditewaskan sedangkan Pahang mungkin terlalu bergantung kepada Conti, Alex (Azamuddin) dan Fauzi Roslan (penjaring gol penyamaan separuh akhir kedua menentang Sarawak, Sabtu lalu)," katanya. (Utusan online-sukan tempatan).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com. at 1225 hrs on October 29,2013.


Monday, October 28, 2013

Apabila wanita turun bendang.....

ISNIN, 28 OKTOBER 2013 17:07
HELME HANAFI
(Agenda Daily).


Posing sakan ini sebenarnya tidak dijangka oleh geng media yang ikut rombongan Wanita UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawat rumah-rumah penduduk di Kampung Sungai Dedap,
Sungai Limau,Yan, pada Isnin.

Selepas ziarah 'Skuad Sayang' di sebuah rumah di situ , tiba-tiba Shahrizat mengajak rombongannya untuk 'turun bendang' yang kebetulan terletak di belakang rumah.

Apa lagi, posing sakan lah, makcik-makcik kita, orang bandar masuk kampunglah katakan, jarang-jarang jumpa bendang.

Mujur pulak tak ada lintah yang 'geram' tengok aksi Wanita UMNO ini. Aksi posing ini sekejap sahaja, namun cukup mengambarkan keceriaan kempen Wanita UMNO di Sungai Limau yang masuk hari ke enam.

Menurut Shahrizat, baki lapan hari lagi kempen ini Wanita UMNO akan mengerakkan jenteranya untuk mengesan lebih 1000 pengundi Sungai Limau yang tidak keluar mengundi masa PRU13 lalu. 

Sg-ijat-sakit Sungai Limau mempunyai lebih 27,000 pengundi, namun dalam PRU baru-baru ini hanya 25 ribu sahaja yang keluar mengundi. Kata, Shahrizat jentera Wanita kini digerakkan untuk mengesan pengundi-pengundi tersebut.

"Kita hendak tahu apa masalah mereka, dan jika kita boleh selesaikan, kita akan cuba cari jalan bawa mereka keluar mengundi,"katanya dalam sidang media selepas melawat rumah seorang pengundi uzur di Sungai Dedap petang Isnin.

Sg-ijat-bendang2Mengulas mengenai penerimaan kempen yang dijalankan sebelum ini, kata Shahrizat, Wanita menerima sambutan baik dari pengundi walaupun di 'kawasan hitam'.


Kata beliau, sepanjang berkempen, maklum balas yang diperoleh daripada penduduk adalah positif dan kebanyakannya mahu pembangunan direalisasikan di Sungai Limau seperti dijanjikan BN.

"Saya percaya pada kata-kata bijak pandai, tak kenal maka tak cinta, bila kita masuk mula-mula mereka ambik pendekatan berhati-hati, namun selepas kita terangkan niat kita yang murni, maka boleh terima semua penjelasan dan penerangan kita,"ujar beliau.

Menurutnya, ada kejadian jentera Wanita yang dihalang oleh petugas pembangkang.

"Ada beberapa kejadian begitu, namun saya ingin tekankan bukan dilakukan oleh pengundi, sebalikbya oleh petugas parti saja, tak ada kejadian buruk berlaku,"ujarnya.

Sementara itu, menjawab soalan pemberita, kata Shahrizat tindakan PAS mengedarkan risalah kempen yang memuatkan gambar calon parti itu, Mohd Azam Abd Samat bersama Almarhum Tan Sri Azizan Abdul Razak adalah sangat memalukan dan boleh dianggap sebagai satu peniupuan.

"Saya difahamkan, mereka sudah mengakui 'spin' yang mereka buat sendiri. Bagi saya perkara itu amat memalukan bagi pihak mereka yang menjalankan kerja-kerja terkutuk itu.

"Tak payah la nak buat dakyah macam ini... pengundi-pengundi sendiri boleh tengok apa yang mereka (PAS) lakukan. Jentera kita tak buat perkara macamk tu, kita sangat telus.

"Dalam kempen rumah ke rumah, kita cerita dan beritahu apa yang akan dibawa oleh BN jika menang di DUN Sungai Limau ini, "katanya -28/10/2013 (Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.10
am on  October 29,2013.

PRK Sungai Limau: PAS patut lebih bertanggung jawab

Menteri Besar Kedah,
Datuk Mukhriz Tun Mahathir
JERAI 28 Okt. - Pemimpin Pas sepatutnya memperlihatkan sikap lebih bertanggungjawab dengan tidak begitu mudah menggunakan alasan "tidak dimaklumkan" atau "tidak tahu" atas sesuatu isu yang timbul.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahahthir berkata, sebagai pemimpin sebuah parti, mereka perlu mengambil tanggungjawab dalam semua urusan apatah lagi semasa pilihan raya.

Katanya, beliau bimbang perkara itu menjadi trend dalam kalangan pemimpin Pas Kedah dengan sentiasa berdalih apabila sesuatu tindakan itu didapati salah.

''Kalau kita hendak menjadi pemimpin, sebaiknya jangan menggunakan alasan saya tidak tahu atau saya tidak dimaklumkan. Nampak macam satu trend.

''Sebagai contoh, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu, apabila kerajaan negeri memberi penjelasan panjang lebar mengenai isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin), mereka kata kami tidak tahu pun,'' katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengubahsuaian gambar menggunakan teknik pertindihan dalam risalah mengenai
biodata, latar belakang dan visi calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat bersama Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

Mukhriz berkata, perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku kerana ia seolah-olah satu penghinaan kepada pengundi di DUN Sungai Limau bahawa mereka tidak boleh membuat penilaian bijaksana untuk memilih wakil rakyat sehingga memanipulasi gambar bagi tujuan meyakinkan mereka dan meyokong hujah kononnya calon Pas mempunyai hubungan baik dengan Allahyarham Azizan.

Katanya, biarlah rakyat membuat keputusan dengan menilai keupayaan kedua-dua calon parti yang bertanding dari segi penampilan, kekuatan dan visi mereka sepanjang tempoh berkempen. - UTUSAN ONLINE-POLITIK (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.Blogspot.com at 2214 hrs on October 28,2013).

PRK SUNGAI LIMAU : PAS Khianati penduduk-Jamil Khitr




Datuk Seri Jamil Khir Baharom,Ahli Parlimen Jerai,di mana (DUN) Sungai Limau,berada di dalm Kawasan Parlimen Jerai.
JERAI 28 Okt. - Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan Pas telah mengkhianati penduduk di Sungai Limau jika benar mereka menggunakan gambar superimpose dalam risalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, bagi menonjolkan imej positif calonnya, Mohd. Azam Abdul Samat.

Jamil Khir berkata, perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan dan menunjukkan Pas dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan pengundi.

"Kenapa mereka perlu sampai ke tahap berbohong. Kita mungkin boleh bersetuju kalau Pas katakan Mohd. Azam sebagai anak didik Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetapi biarlah kena caranya,"katanya dalam sidang akhbar selepas hadir Majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyerahkan zakat sebanyak RM150 kepada lebih 400 penerima manakala sebanyak RM60,000 zakat sumbangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kepada empat Pertubuhan Peladang Kawasan (PBK) Sungai Limau turut diagihkan.

Beliau mengulas laporan Pas didakwa menggunakan gambar yang diubah suai melalui teknik pertindihan dalam risalah yang diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

Gambar pertindihan berkenaan memaparkan Mohd. Azam bersama seorang lelaki yang merupakan Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd. Idros Mohd. Ali bertemu dan sedang duduk berbual secara berhadapan dengan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Namun gambar sebenar ialah Mohd. Idros bersama Timbalan Pengarang Berita akhbar itu, Muhamad Mat Yakim yang bertemu Azizan tiga tahun lalu dan perkara tersebut disahkan oleh akhbar berkenaan hari ini. - UTUSAN ONLINE-POLITIK (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2202 hrs on October 28,2013.

PRK Sungai Limau: PAS Kedah mengaku gambar palsu

Datuk Amiruddin Hamzah,Pengarah Operasi Pas bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, yang berada di dalam Parlimen Jerai,Kedah. (Photo dipetik dari Sinar Harian)
YAN 28 Okt. - Pas Kedah hari ini mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.

"Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan Pas langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada," kata Pengarah Operasi Pas bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media di sini. 

Beliau mengulas penyebaran risalah kempen yang memaparkan gambar calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'Photoshop' bagSUi menampal wajah Mohd. Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.

Beliau juga mengaku lazimnya sebelum bahan kempen dicetak, pereka grafik akan menyerahkan contoh profil kepada mereka untuk diedit dan ditambah baik sebelum diserah semula bagi tujuan pencetakan. 

Katanya, Pas Kedah akan menarik balik risalah berkenaan dan mengeluarkan profil baharu dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan kempen Pas, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, berkata: "Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita."

Sinar Harian dalam laporan muka depannya hari ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi pada PRK DUN Sungai Limau. 

Laporan itu juga menyatakan Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar berkenaan memihak kepada mana-mana parti politik.

Sementara itu, Ketua Biro Edisi Utara Sinar Harian, Mohd. Idros Mohd. Ali yang merupakan seorang daripada dua pemberita kanan di dalam gambar tersebut berkata, adalah penting bagi akhbar berkenaan menjaga kredibilitinya sebagai media yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Kita nak mengekalkan kredibiliti akhbar yang sentiasa dijaga sebelum ini. Gambar ini seolah-olah memberi satu gambaran bahawa kita menyebelahi satu pihak sahaja," katanya kepada Bernama.

 Katanya, Sinar Harian menyerahkan kepada pembaca untuk menilai kenyataan yang dibuat oleh Pas hari ini. PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd. Azam dan calon Barisan Nasional, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. - BERNAMA(utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ningbal.blogspot.com.at 2146 hrs on October 28,2013.


Saturday, October 26, 2013

Serawak tewas.Penantian Pahang 16 tahun berakhir.Kelantan lawan Pahang pada 03 hb.November 2013 di stadium Shah Alam

Oleh FARHANA JONI 
sukan@utusan.com.my 

KUCHING - Impian Pahang untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia akhirnya tercapai selepas 16 tahun menanti apabila menunjukkan pintu keluar buat juara Liga Perdana, Sarawak dengan agregat 4-2 setelah seri 1-1 di Stadium Negeri, Kuching, semalam.

Dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 22,000 penonton setia Bujang Senang itu, Sarawak terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-33 menerusi penyerang berbisa mereka, Bobby Gonzales tetapi jaringan super-sub, Mohd. Fauzi Roslan pada minit ke-73 meranapkan hajat besar skuad Ngap Sayot itu untuk melangkah ke perlawanan akhir musim ini.

Kejayaan itu akan menemukan Tok Gajah dengan jiran mereka dari Pantai Timur, Kelantan pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, 3 November depan.

Malah, lakaran sejarah layak ke perlawanan akhir buat kali ketujuh itu dianggap sebagai hadiah terbaik kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang menyambut Hari Keputeraan ke-83 pada 24 Oktober lalu.
Namun, Sarawak sebenarnya perlu menyesali kegagalan menamatkan perlawanan selaku pemenang ekoran banyak peluang terbuka di hadapan pintu gol Pahang dipersiakan, terutama menerusi Bobby Gonzales dan Mohd. Hairol Mokhtar.

Walaupun beraksi cukup cemerlang, namun semuanya lebur buat tuan rumah sebaik sahaja Pahang berjaya menyamakan kedudukan.(Utusan online-sukan tempatan).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com. at 12.57 am on October 27,2013

Friday, October 25, 2013

Kelantan ke final.Menanti siapa pemenang perlawanan antara Sarwak dan Pahang pada pada 26 hb.Oktober,2013?

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB 
utusankelantan@utusan.com 
Dickson Nwaekame (kiri) cuba melepasi pertahanan ATM pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2013 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. Kelantan menang menerusi agregat 4-3. - UTUSAN/Irwan Majid 

KOTA BHARU - Kebangkitan dramatik pada 10 minit terakhir permainan memastikan juara bertahan, Kelantan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali keempat dalam tempoh lima tahun selepas menyingkirkan finalis musim lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui kiraan agregat 4-3 setelah terikat 2-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Ketika ramai menyangkakan Kelantan akan melangkah ke perlawanan akhir dengan mudah, percaturan pengendali ATM, B. Sathianathan begitu menjadi pada babak pertama apabila Marlon Alex James meledak dua jaringan pada minit ke-18 dan 35 bagi meletakkan The Gladiators berada di hadapan seketika menerusi kiraan agregat 3-2.

Namun, pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani meniupkan api perjuangan The Red Warriors apabila berjaya menyamakan kedudukan agregat pada minit ke-82 sebelum jaringan menarik daripada ketua pasukan,Mohd Badhri Mohd. Radzi, tiga minit kemudian memastikan Kelantan bergelar finalis Piala Malaysia sekali lagi pada tahun ini bagi memburu kejuaraan ketiga dalam sejarah penganjuran kejohanan itu. 

Kejayaan anak-anak buah Bojan Hodak bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal ekoran tonggak di bahagian pertahanan, Obinna Nwaneri mengutip kad kuning kedua sekali gus terlepas aksi di perlawanan akhir yang dijadualkan 3 November ini di Stadium Shah Alam.

Separuh akhir pertama ternyata menjadi milik ATM dengan benteng tuan rumah gagal mengunci pergerakan Marlon yang kerap kali berjaya meloloskan diri di dalam kotak penalti lawan di samping kepantasan Christie Jayaseelan dan Venice Elphi Danny Kaya di bahagian sayap menjadi taruhan utama Sathianathan dalam melancarkan serangan balas.

Malah, pertahanan ATM sebelum ini yang nampak longgar ketika aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang cukup berdisiplin serta tidak membiarkan Dickson Nwakaeme terlalu bebas mengawal bola.

Bagaimanapun, tindakan bijak Bojan Hodak meningkatkan tempo permainan anak-anak buahnya pada separuh masa kedua akhirnya memberikan pulangan setimpal apabila Fakri yang masuk menggantikan Zairo Anuar Zailani membuktikan dia masih ada bisa apabila menjaringkan gol penting, lapan minit sebelum perlawanan tamat sebelum disudahkan Badhri atau Piya dengan penuh bergaya pada minit ke-85.( Utusan online-sukan tempatan).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.ata 4.50 am on October 26,2013.

Thursday, October 24, 2013

Jika Umno kalah di PRK Sungai Limau?: Maruah politik Mukhriz dan Mahathir,banyak atau sedikit boleh terjejas.

Dari kiri:YB.Ahmad Maslan,YB.Datuk Seri  Hishammuddin Hussein,calon Umno (DUN) di Sungai Limau,Dr.Ahmad Sohaimi Lazim, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YB.Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan bahawa Dr.Ahmad Sohaimi Lazim.adalah calon Umno-BN bertanding pada (PRK) di DUN Sungai Limau,Kedah,menentang calon PAS Mohd Azam.Pertandingan satu lawan satu,pada tanggal 4 hb.November 2013 hari pengundiannya.


Sabtu,Oktober 26,2013 at 4.06am.

Sebenarnya Tun Dr.Mahathir dah lama dah...begitu banyak kali telah membuat teguran kenapa Umno tidak membuka pintu kepada golongan orang-orang muda yang terpelajar menyertai Umno.

Katanya,orang-orang di dalam Umno yang dilihat dah tua dah... yang berada di dalam Umno,sedang memegang jawatan penting harus berundur memberi laluan pada golongan angkatan muda berada di dalam Umno mentadbir parti dan kerajaan yang sedang ditunjangi oleh Umno-BN.

Baik di dalam parti Umno atau pun yang sedang memegang jawatan menteri,timbalan menteri dan sebagainya, harus berundur dan segera memberi peluang kepada angkatan muda yang berlajaran tinggi boleh mengambil alih.

Tun Dr.Mahathir,memecah rekod,jadi
PM Malaysia hingga 22 tahun
 lamanya,satu rekod yang amat
panjanag
 
Ketika Tun Mahathir masih jadi Presiden Parti Umno dan meranpkap sebagai Perdana Menteri pun beliau penulis lihat, ada juga kadang-kadang membuat teguran sebegitu,tetapi tidak kerap.

Mungkin beliau takut "diundi tidak percaya" oleh bahagian-bahagian Umno yang sebanyak 191 bahagian itu.

Jika sebilngan besar ( dua pertiga) suara  dari bahagian-bahagian Umno di serata Malaysia itu, berpakat mengundi tidak percaya, pada para pemimpin parti Umno,hatta Presiden Parti sekalipun? Akan goyah kedudukannya.
Datuk Kukhriz,
Pencabar Naib Presiden
Umno (1) tapi tewas.

Ini bererti memberi risiko yang besar bagi seseorang pemimpin parti Umno itu sendiri?

Mungkin itulah sebabnya setelah berada di luar pucuk pemimpin parti,barulah Tun Dr.Mahathir dilihat begitu galak dan rancak membuat teguran seperti tersebut di atas itu.

Terutama ketika sebelum tiba hari Pemilihan Pucuk Pimpinan Umno,pada tahun ini,iaitu pada hari Sabtu,bersamaan pada tanggal 19/10/2013.  Dalam pemilihan tersebut Mukhriz anaknya turut bertanding untuk merebut jawatan naib Presiden Umno,iaitu jawatan nombor tiga di dalam parti Umno.
Tan Sri Ali Rustam,Pencabar 
jawatan Naib Presiden
Umno (2), tapi tewas.

Selain Mukhriz,ada dua orang lagi turut jadi pencabar untuk merebut jawatan Naib Presiden Umno itu iaitu, Tan Sri Isa Samad dan juga Tan Sri Ali Rustam,pemimpin vetran Umno yang telah berusia 60an belaka.

Mukhriz pada PRU-13 dilihat begitu gagah berani mengetuai pasukan Umno di Kedah,untuk menumbangkan kerajan Kedah,dari parti PAS.

Dengan ketentuan Allah s.w.t. Yang Maha Berkuasa Umno-BN Kedah berjaya menumbangkan keraja PAS di Kedah dengan kelebihan (simple majoriti ) sahaja.
Tan Sri Isa Samad Pencabar 
jawatan Naib Presiden
Umno (3),tapi tewas
Pun begitu? Mengikut undang-undang demokrasi yang diamalkana di Malaysia,walau hanya menang dengan ( majoriti mudah) simnple majoriti?

Ia dikira menang dan berhak menubuhkan kerajaan baru di Kedah dan berakhirlah kemegahan PAS yang menjadi kerabat gabungan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Tiap-tiap yang baru itu tidak akan kekal.Maka bertukarlah kuasa politik dari PAS di Kedah kepada Umno-BN semula. Semacam bertukarnya wang ringgit Malaysia dari satu tangan ke satu tangan rakyat Malaysia.

Penyandang (1),Datu Seri Dr.Ahmad
Zahid Hamid, berjaya
mempertahankan jawatan Naib
Presiden Parti Umno.
Selaku manusia yang lemah? Memang kita tidak punya kuasa menentang proses pertukaran ini,walau kita manusia tidak suka ia berlaku.

Yang punya kuasa mutlak tiap sesuatu di dunia ini ialah, hanya Allah s.w.t..sahaja. Penulis kira Haji Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz sangat maklum tentang kekuasaan Allah itu.

Justeru itu,janganlah terlalu mudah hendak tunduk,jika ada golongan kafirun yang mahu menggunkan nama " Allah" s.w.t. untuk sesuka hati mereka,walau pun dari segi politik bahawa hubungan PAS/PKR memberi keuntungan politik bila tiba hari mengundi.

Penyandanag (2) Datuk Seri Shafie
 Apdal,Umno dari Sabah,berjaya
mempertahankan jawatan Naib
 Presiden Parti Umno.
 
Soal "akidah" kita umat Islam tidak boleh di samakan dengan kepentingan politik.Akidah tetap akidah.Politik tetap politik.Tidak boleh dicampour baurkan.

Kata Tuan Guru Noh Gadut,Mufti Johor,"Murtad hukumnya,jika umat Islam yang mempertikaikan dan menolak keputusan para hakim "Mahkamah Rayuan" itu,bersabit dengan isu kalimah Allah untuk digunakan oleh Herald,di edisi bahasa Melayu di dalam majalah Herald..

Para hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tiada kepentingan Majalah Herald hendak menggunakan Kalimah Allah dalam majalah Herald terbitan mereka,di edisi bahasa Melayunya.
Penyandang (3) Datuk Seri
 Hishammuddin Hussin,
berjaya mempertahankan
jawatan Naib Presiden Parti
Umno.

Pun begitu! Mahkamah Rayuan ada menyatkan bahawa pihak yang menuntut boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan Tanah Melayu.

JATUH SAKIT

Menteri Besar dari PAS,Tan Sri Azizan Abdul Razak,sebaik sahaja beberpa hari dah selesai dah PRU-13,beliau jatuh sakit akibat menderita penyakit kecing manis yang kronik.

Akibatnya? Sehinggakan kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong untuk menyelamatkan beliau dari serangan viarus kuman yang boleh membahyakan nyawanya.

TAN SRI AZIZAN MENINGGAL DUNIA.

Soal jodoh pertemuan.Soal hidup dan mati,dan soal apa sahaja yang berlaku di dunia ini, adalah dengan kehendak Allah s.w.t. semata-mata. Dengan ketentuan Allah s.w.t. Ustaz Tan Sri Azizan Abdul Razak,bekas Menteri Besar, Kedah dari parti PAS, dipanggil Allah s.w.t. pulang.

Kembali pulang,dari mana beliau datang,maka di situlah dia kembali menemui Allah.s.w.t. yang menjadi pencipta hamba-hamba dan segala makhluk lain di dunia ini.

Trajedi sedih yang telah menimpa ahli keluarga Almarhum Uztaz Tan Sri Azizan Abdul Razak, kerana kehilangan orang yang sangat dikasihi oleh mereka sekelurga sudah tiba masanya.

Penyandang Ketua Pemuda,
Khairy Jamaludin Abu Bakar,
berjaya memnpertahankan
jawatan  Ketua Pemuda
Umno Malaysia.
Kebetulan baru saja satu dua hari Tun Dr.Mahathir, menerusi media arus perdana dan juga menerusi blog-blog tempatan membuat komen politik bersabit dengan pertandingan Naib Presiden pada pemilihan pucuk pimpinan Umno di mana anaknya Datuk Mukhriz turut terlibat pada pertandingan tersebut.

Tun Dr.Mahathir mengomel dan semacam sedikit marah-marah dengan mengatakan secara umum denganberkata,bahawa parti Umno ini, lama kelamaan,pada suatu hari nanti,akan mati dan akhirnya akan kalah dan sekaligus akan hilang kuasa politik,
.
Hilang kuasa politik akibat di tadbir oleh orang bodoh-bodah dan orang tua-tua sahaja,tidak banyak orang-orang muda yang masih bertenaga dan sekaligus punya pelajaran akademik yang tinggi terlibat di dalam parti Umno dan tokoh-tokoh Umno yang dilihat dah tua-tua pula?

Penyandang Ketua Wanita,
Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil,berjaya
 mempertahankan jawatan Ketua
Wanita Umno Malaysia
Dilihat begitu liat untuk berundur dan memberi laluan pada golongan yang muda-muda dan yang terpelajar.

Apa yang Tun Dr.Mahathir omel-omelkan itu memang benar.100% benar dan betul.Hasil dari kajian yang penulis buat?

Nyata para pemimpn Umno ini,bermula dari perenkat cawangan-cawangan hingga ke peringkat Bahagian-Bahagian Umno,di serata Malaysia memang tidak mahu berubah.

Tidak tahu bilakah mereka mahu berubah? Agak-agaknya ketika Umno dah kalah semua dan dah jadi pihak pembangkanag di perengkat Parlimen dan di peregkat negeri-negeri?

Ketua baru Puteri Umno,Mas Emrieyati
Samsuddin,seorag peguam dari Melaka,
 berjaya mengalahkan dengan mudah
sayingannya. 
Ketika itu? Agaknya barulah mereka mahu berubah? Jika dah kalah baru mahu berubah?

Disebabkan tiadalah temapat bergantung dan tiada lagi wang peruntukan bulanan atau tahunan atau sebagainya tidak diberi peruntukan lagi ke bahagian-bahagian Umno. Umno pusat sudah pokai.No money...maka no honey...laa.

Kalau ketiak itu dinantikan? Ertinya? Itu dah lewat.Menangis dengan air mata darah sekali pun.Kekalahan itu tidak bererti dan tidak berdaya sama sekali muncul semula.Macam Singapura  kini di kuasai oleh siapa?

Si bodoh dan tidak mempunyai pelajaran akedamik tinggi? Tidak mahu sedar dan tidak mahu mengakuinya.

Begitu juga dengan golongan yang dah tua-tua pun,sama juga.Tidak merasa mereka itu dah tua.Hendak melangkah berjalan pun dilihat dah susah semacam tidak berdaya lagi gayanya.

Ada yang dah pakai tongkat dan ada yang bersifat orang(OKU)dah berkerusi roda sorong pun,masih hendak jadi Ketua-ketua cawangan Umno dan bahagian-bahagian Umno.

Kononnya  bersemangat sangat hendak kuatkan Umno? Tenaga sendiri lemah? Kereta sorong pun  perlu ada orang tolak dan diangkat. Macam mana nak kuatkan Umno? Ha!ha!ha! geli hati lihat watak sandiwaranya itu?

Sedangkan di kawasan mereka ternyata begitu banyak anak-anak muda,sihat walfiat,cukup sifat dan segar bugar,tidak mahu diberi peluang,mentadbir parti Umno di perengkat cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian Umno.
Calon Umno-BN(PRK) Sungai Limau,Kedah, Dr.Ahmad Sohaimi Lazim sekeluarga sedang memotong kek sempena menyabut hari ulang tahun beliau yang ke 52. Sebelah beliau ialah isterinya Siti Bunga Ismail 48 berserta anak-anak mereka seramai  6 orang. 
Kenapa begini  jadinya? Di mana otok-otak mereka itu diletakkan? Di tapak kaki atau di lutut mereka kah?

Tetapi masih tidak mahu berundur dan memberi peluang pada golongan muda yang masih kuat tenaga dan punya pelajaran akedamik yang tinggi mentadbir Umno dan negara.

Pada hemat penulis.Ada satu cara sahaja untuk membuat si tua bangka ini berundur.Dan si tolol bodoh ini,cabut lari meninggalkan Umno cawangan dan bahagian masing-masing?

Jika (Umno Pusat) segera memberhentikan (peruntukan wang) kepada Bahagian-Bahagian Umno di serata Malaysia, dalam masa satu tahun.Justeru itu cawangan-cawangan ini tidak terima habuan apa-apa.Sudah tentu mereka semua akan cabut tinggalkan Umno.

Kemudian Umno di susun semula secara drastik,bermula dari cawangan-cawangan dan sekaligus ke Bahagian-Bahagian Umno itu sendiri. Berwajah baru dan berpakaian baru.Segak dan bergaya.

Sebenarnya,penulis sudah lama dah..., sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan dan disarankan oleh Tun Dr.Mahathir itu. Ia memang benar dan betul. 100% benar dan betul.Tidak boleh dinafikan fenomena itu telah dan sedang ujud dengan teruknya.

Ada fakta di sebalik isu-isu yang di omel-omelkan oleh Tun Dr.Mahathir itu. Memang telah dan sedang berlaku,sejak dari zaman beliau memerintah selama 22 tahun lamanya,hinggakan ke hari ini.,walau pun Presiden parti Umno telah bertukar tangan sehingga Presiden parti Umno,Datuk Seri Najib Tun Razak. Presiden Umno yang ke-6.

Cuma yang agak kurang elok dan kurang manis sedikit kenyataan itu dibuat oleh Tun Dr.Mahathbir secra terbuka begitu dan secara lantang pula.Akibatnya? Sehingga ada di antara yang makan cili merasa pedas lantas sangat marah dan berkecil hati akibat omelan Tun Dr.Mahathir itu.

Omelan Tun Dr.Mahathir itu secara tidak langsung Tun Dr.Mahathir terperangkap dalam Pilihan Raya Kecil (DUN )Sungai Limau,Kedah,di mana anaknya,Datuk Mukhriz merupakan Menteri Besar,Kedah.

Kini orang-orang UMNO-BN yang terasa pedas akibat cili yang diletuskan dari omelan dan sindirian Tun Dr.Mhathir itu sedan melihat dan menunggu.

Mereka pasti mahu melihat sejauh mana,sepintar mana mana,caranya Tun Dr.Mahathir hendak memenangkan dan mempertahankan maruah politiknya dan calon Umno-BN di (PRK) Sungai Limau,dimana sekaligus anaknya Datuk Mukhriz adalah Mentyeri Besar Kedah itu sendiri yang menjadi nakhoda kapal pelayaran Umno-BN di Kedah.

Jika Tun Dr.Mahathir begitu pandai bercakap dengan memberi bermacam-macam khutubah politik menegur orang lain kononnya semua bodoh belaka?

Maka pada ( PRK) DUN Sungai Limau ini,Tun Dr.Mahathir mesti berkemampuan unuk mempamirkan kecekapan,kebijaksanan beliau untuk memenangkan calonUmno-BN di Sungai Limau demi menjaga AURA plotik Datuk Mukhriz.

Jika Tun Dr.Mahathir selama ini dilihat begitu pandai bercakap dengan membut omelan itu dan ini terhadap kebodohann orang-orang lain? Beliau jugha diminta menunjukan kebijaksanan bertindak hingga calon Umno-BN di DUN Sungai Limau akan menang.

Tun Dr.Mahathir ,harus ingatn,bahawa segala omelan yang dibuat oleh beliau itu ditakrifkan tidak boleh dibuat secara terbuka? Akbatnya bukan sahaja orang-orang yang jadi ketua pemerintaan kerajaan pusat sahaja yang mendapat malu akibat omelan Tun.Dr.Mahathir itu?
Calon (PRK) Umno-BN,di Sungai Limau,Dr.Ahmad Sohaimi Lazim, sedang melambaikan tangannya tanda memberi hormat kepada para penduduk Sungai Limau yang hadir di dalam majlis Kami Perihatin Yayasan Felda,di Simpang Tiga,Sungai Limau, Jerai,Kedah. Demi untuk menabur bakti dan membantu rakayat di DUN Sungai Limau,Dr.Ahmad Sohaimi Lazim, sanggup melepasakan jawatannya sebagai Pensyarah Kanan,di (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Malahan sekaligus ia menjadi bahan gelak ketawa pula,oleh para pemimpn parti pembangkang yang memang suka agar para pemimpin Umno,berantakan,berkonfrontasi sesama sendri,senanglah mereka menangguk di air yang keruh.

SETIAP BAPA MESTI BELA ANAK-ANAKANYA.

Sebenarnya hubungan naluri antara anak dengan seseoang ibu/bapa terhadap anak-anaknya sangat kuat, bertali temali. Pendek kata apa sahaja yang sedang terjadi ke atas anak-anak kita? Bak besi berani,jantung dan hati kita akan rasa berdebar-debar walaupun kejadian itu berlaku berjauhan sama sekali.

Begitu jugalah yang terjadi kepda Tun Dr.Mahathir. Bila beliau benar-benar telah dipastikan bahawa anaknya Mukhriz yang kini sedang memegang jawatan Menteri Besar Kedah,telah mengambil keputusan yang tegas untuk bertading merebut jawatan Naiib Presiden Umno, pada pemiliahan pucuk pimpinan Umno pada pemilihan kali ini?

Selaku bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah berkuasa sebagai Presiden parti Umno dan sekaligus menjadi Perdana Menteri Malaysia, sebegitu lama dan telah membangunkan parti Umno dan negara Malaysia hingga ke taraf yang ada pada hari ini.

Mungkin beliau berpendapat bahawa dia juga berhak membuat komen-komen demi kebaikan Umno itu sendiri,walau pun difikirkan pedas oleh banyak orang-orang di dalam Umno, akibat komen-komen terbaru itu agak terlalau terus terang dan secara terbuka pula.

Tun Dr.Mahathir melihat anaknya Mukhriz secara langsung ingin terlibat pada pertandingan pemilihan pucuk pimpinan Umno, pada kali ini iaitu, pada 19 hb.October 2013 untuk merebut jawatan Naib Presiden Umno. Ibu bapa mana yang tidak gembira jika anaknya akan menang pada pertanding tersebut?

Sebagai bapa kepada anaknya? Agar oranag yang jadi perwakilan di dalam UmnO bersimpati dengan langkah politik oleh anaknya itu?
Dikawasa pasar pagi ini? Ia merupakan kubu kuat PAS,tetapi dapat dimasuki oleh calon Umno-BN di hari ke-3 dalam kempen (PRK) Dun Sungai Limau oleh Dr.Ahmad Sohaimi Lazim.Ini merupakan petanda baik bagi calon Umno-BN itu.Ada kemungkinan DUN Sungai Limau akan jatuh ke tangan Umno-BN?
Merngikut amalan demokrasi ketika berpolitik?Tidak salah beliau membuat komen-komen bersabit dengan senario pertadingan itu. Jika ada sesuatu yang salah di dalam Umno? Ia harus dibetulakan dengan cara membuat teguran.

Pada PRU-13, pada 05 hb.Mei 2013? Semua rakyat Malaysia dah tahu dah....bahawa anaknya Datuk Mukhriz,dengan gagah perkasa, bersama-sama kawan-kawan seperjuangannya,di dalam Umno, di Kedah,berazam untuk merebut semula kuasa politik dari PAS.

Sesungguhnya,demi untuk mencapai cita-cita dan harapan itu? Mukhriz dan kawan-kawan di dalam Umno DI Kedah, telah bekerja begitu kuat dan aktif, berkempen semasa kempen-kempen PRU-13 sedang berjalan.

Bekerja berkempen ke sana ke sini,di Kedah,siang dan malam,untuk menumpaskan kerajaan pimpinan PAS yang telah di menangi oleh PAS julung-julung kalinya,di Kedah, pada PRU-12,pada tanggal 8 hb.Mac,2008 dulu..

Syukur Alhamdulillah! Hasil dari kerja keras yang telah dilakukan oleh Mukhriz dan kawan-kawan seperjuangannya di dalam Umno,di Kedah itu? Maka Allah s.w.t. telah mentakdirkan Umno-BN menang dengan kerusi (simple majoriti) di Kedah dan berkuaslah semula Umno-BN di Kedah.

Anaknya,Datuk Mukhriz telah dilantik menjadi Menteri Besar yang baru,dari Umno, akibat kemenangan yang baru itu. Walaupun tidak menang di DUN Kedah dengan kerusi yang berjumlah ( dua pertiga di dalam Dewan Undangan Negeri Kedah?).

Pun begitu? Umno-BN harus bersyukur kerana Allah s.w.t. telah menetukan kemenangan bagi pihak Umno-BN pada PRU-13 tersebut. Ia merupakan satu rahmat sangant besar nilainya dari perjungan politik di negeri Keah itu sendiri.

Tun Dr.Mahathir sekeluarga,tentu merasa amat gembira atas kemenangan yang telah dilakar oleh Umno-BN di Keah itu.Kemudian,anaknya Datuk Mukhriz telah dilantik oleh Datuk Seri Najib Tun Razak,sebagai Menteri Besar Kedah yang baru,mengetuai pentadbiran seluruh negeri Kedah itu sendiri.

Taraf dan kuasa Menteri Besar,pada sesebuah negeri di dalam Malaysia itu? Ia merupakan taraf yang punya kuasa politik yang lebih besar kuasanya dari Menteri-menteri kerajaan pusat.Kejayaan politik Mukhriz yang telah diangkat sebagai Menterti Besar Kedah itu amat besar pengaruhnya di dalam arena politik kebangsaan Malaysia itu sendiri.

Ia,bererti Mukhriz telah melangkah setapak lagi ke depan, maju-jaya di dalam karier politiknya,mewarisi politik yang pernah ada pada ayahnya Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Kejayaan Datuk Mukhriz dan kawan-kawan seperjungannya di dalam Umno-BN Kedah, sekaligus telah berjaya merampas semula "Kuasa Politik" di Kedah yang merupakan impian dan harapan anggota Umno-BN di Kedah khasanya dan pada seluruh ahli-ahli Umno di Malaysia amnya.

Kejayaan itu,merupkan sebagai satu sinaran harapan yang mengandungi cahaya yang baharu akan mula memberi sinarannya yang segar terhadap rakyat Kedah itu sendiri dan sekaligus memberi manfaat politik yang drastik kepada Datuk Mukhriz itu sendiri.
Dari kiri: Calon Umno-BN Dr.Ahmad Sohaimi Lazim.Sebelahnya ialah calon PAS Sdr.Mohd Azam.Di antara mereka berdua ini?Siapa yang akan menang nanti di hari pengundian pada  04 hb.Nobember 2013?. Sama-samalah kita lihat dan tunggu.
Datuk Mukhriz adalah anak Tun Dr.Mahathir. Bapak borek maka anak pun rintik. Setelah memeganag jawatan Menteri Besar Kedah? Datuk Mukhriz di lihat semacam akan cuba melipat gandakan lagi aktiviti politiknya,bukan saja di Kedah? Malah lebih luas lagi hingga ke perengkat nasional pula.

Jawatan Menteri Besar Kedah dan di Kedah,yang sedang disandangnya itu? Sudah pasti akan dijadikan sebagai tapak (base) medan perjuangannya untuk terus berjuang mengikut jejak langkah Tun Dr.Mahathir yang pernah dipecat dari Umno?

Akhirnya diterima semula masuk ke Umno dan akhirnya berjaya jadi Perdana Menteri Malaysia,selama 22 tahun orang nombor satau yang berkuasa di Malaysia. Satu rekod pencapaian politik yang sangat luar biasa yang telah berjaya di lakar oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad.

POLITIK DATUK MUKHRIIZ MENDAPAT AURA BARU.

Bila Datuk Mukhjriiz sedar bahawa AURA politiknya kini sedang meningkat naik akibat kejayaan beliau dan kawan-kawannya di dalam Umno-BN di Kedah,dengan bergaya telah berjaya menumpasakan kerjaan PAS di Kedah pada PRFU-13 itu dan beliau kini adalah Menteri Besar Kedah dari Umno yang baru?

Pada pemilihan pucuk pimpinan (MT) Majlis Tertinggi Umno pada tahun ini yang diadakan pada tanggal 19 hb.Oktober 2013 yang telah lalu. Jawatan Presdien Umno dan jawatan Timbalan Presiden Umno telah diputuskan parti Umno tiada pertadingan.

Secara otomatik Datuk Sseri Najib Tun Razak menang sebagai Presiden Umno bagi penggal 2013-2016 tanpa bertanding.
Datuk Mukhriz,Menteri Besar Kedah sedang menjalankan kempen di (PRK) di DUN Sungai Limau,cara sederhana sahaja dan cara beliau lakukan serupa,semacam kempen-kempen yang telah dijalankan oleh Allah Yarham Tan Sri Azizan Abdul Razak,bekas Menteri Besar Kedah dulu.
Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden Umno. Datuk Seri Muhyiddin Yassin, pun telah menang Timbalan Presdieen Umno tanpa bertanding juga.

Mereka bedua dilihat begitu relex sahaja,tanpa perlu berkempen ke sana ke mari menagih undi dari para perwakilan Umno seluruh Malaysia sebanyhak 146,000 orang ramainya itu.

Jawatan yang dipertandingkan ialah dari Naib Presiden Umno hingga ke bawah dipertandingkan secara terbuka mengikt undang-undang demokrasi. Siapa sahaja yang dah jadi ahli-ahli Umno dengan masa-masa yang telah ditentukan boleh turut bertanding apa sahaja jawatan pada pemilihan tersebut.

Dengan terbukanya peluanag itu? Maka Datuk Mukhriz Tun Dr.Mahathir tanpa membuang masa lagi menggunkan kesempatan itu untuk menguji AURA politiknya,mungkin dengan falasafah politik yang merupakan bidalan orang-tua-tua kita di zaman silam,"Untung batu tenggelam dan untung sabut ia akan timbul."

Beliau segera mengumumkan bahawa belaiu akan turut bertanding sama untuk merebut jawatan nombor tiga dalam parti Umno iaitu Jawatan Naib Presiden  Umno Malaysia. Termasuk beliau maka pertandingan jawatan Naib presiden itu telah berlaku p[ertandingan 6 penjurtu.

Tiga orang penyandang 3 jawatan Naib Presiden itu ,dicabar oleh 3 orangb lagi. Nama-nama mereka dan gambar-gambar and apembac boleh lihat di awal tulis ini.Penyewrtaan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz boleh dikatakan agak lewat juga.

Pun begitu? Pada malam untuk menunggu-nunggu siapkah tokoh-tokoh politik Umno yang menang dalam pertanding merebut kerusi Naib Presiden yang hanya ada 3 kerusi sahaja itu di dalam p[arti Umno?

Tidak sekali-kali diduga bahawa Datuk Mukhriz telah memberi tentangan yang hebat walau pun beliau begitu lewat mengumukan untuk turut sama ke medan juang?

Tidak diduga bahawa Datuk Mukhriz punya rangkaian penyokong politik yang banyak dan hebat di kalangan para perwakilan Umno se Malaysia yang berjumlah 146,000 orang para perwakilan itu?

Datuk Dr.Ahmad Zahid Hamidi ( penyadang ) dan Datu Seri Shafie Apdal ( penyandang) dapat memungut undi yang sangat besar dan berjaya mempertahankann jawatan yang mereka sandang itu.

Yang memeranjatkan ialah (penyandang) ketiga? Datuk Seri Hishammuddin Hussin hanya mendapat undi 100 undi.Sementara Datuk Mukhjriz mendapat undi sebanyak 91 undi dari seluruh perwakilan Umno di seluruh Malaysia.

Ertinya Datuk Mukhriz hanya kalah dengan 9 undi sahaja.Satu-satunya pencapaian politik diluar dugaan dan mengejutkan para pemerhati politik tempatan Malaysia. Sementara Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Ali Rustam, masing-masing hanya dapat 7 undi  tiap-tiap seorang.

Andainya,Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Ali,tidak berada di medan juang? Undi sebanyak 14 itu jatuh ke tangan Datuk Mukhriz? Maka tewaslah Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk memepertahakan kerusi Naib Presiden Umno yang disandangnya itu?

SEDANG BERTARUNG HEBAT.

Kini kempen politik untuk menentukan siapakah yang akan jadi pemenang sedang berlaku di (PRK) DUN Sungai Limau yang telah dimenangi oleh parti PAS sebanyak 5 penggal berturut-turut,semasa Allah Yarham Tan Sri Azizan Abdul Razak,berdiri megah sebagai calon PAS.

Mukhriz Tun Mahathir ( tengah ) melaungkan slogan "Berani Hijrah"bersama pemuda,di program santai bersama pemuda-pemuda Sungai Limau,menyaksikan perlawanan bola, Piala Malaysia antara Kelanatan dan ATM di Pekang
 Simpang Tiga,Sungai Limau,semalam.
Kalau pada (PRK) DUN Sungai Limau ini? Akan dimenangi oleh Umno-BN? Maka AURA politik Datuk Mukhriz jadi semakin popular dan kedudukan beliau di dalam Umno semakin teguh dan dihormati di Kedah dan juga di perengkat Nsional.

Disebabkan beliau kini adalah Menteri Besar Kedah yang baru. Sebaliknya jika Umno-BN kalah di Sungai Limau? Maka maruahprestasi dan aura politik Datuk Mukhriz sedikit sebanyak akan terjejas.

Justeru itu Datuk Mukhriz mesti kerja keras dan Tun Dr.Mahathir pula,mesti tolong anaknya dengan apa cara juga.Demi memelihara dan menjaga maruah,prestasi dan aura politik Datuk Mukhriz,anaknya itu agar terus cemerlang?

Jangan benarkan kata-kata Ku Li yang  mendakwa bahawa Tun Dr.Mahathir Mohamad,kini tidak punya pengaruh politik lagi di Malaysia,sejak  kalah pada rebutan kuasa Ketua Bahagian Umno di Kubang Pasu dulu.

Kecermelangan prestasi dan kecemerlngan aura politik Datuk Mukhriz itu sendiri? Sekaligus ia merupakan maruah,prestasi dan aura politik Tun Dr.Mahathir juga? Jika pandai cakap? Mesti juga pandai buat. Cakap mesti sama serupa bikin?

Jangan jadi macam parti (PR), cakap tidak serupa bikin.Ujung-ujungnya melepas dan hilang "kuasa politik"di Kedah.Tidak mustahil akan hilang pula kerusi DUN Sungai Limau nanti? Dasar parti PAS kini dah jauh tersasar.

Keutuhan dan kemuliaan agama Islam dilihast tidak lagi dijaga rapi oleh PAS semata-samata demi menjaga kepentingan undi dari kaum Cina  yang melayakkan PAS menang lebih kerusi di Selangor dan disetengah-tengah negeri lain.

Dalam isu Kalimah Allah pun? PAS dilihat bercelaru sikapnyanya?Sekejap ambil keputusan ini... dan kemudiannya buat U turn pula oleh pucuk pimpinannya.Cuma Ustz Harun Din dan Harun Taib sahaja yang tetap pendiriannya.

Haram tetap dikatakan oleh mereka berdua itu haram dan begitu juga yang halal tetap dikatakan oleh mereka halal.Yang mungkar dan murtad tetap dikatakan oleh mereka mungkar dan murtad.

Ada di antara mereka berani menghina mahkamah.Dengan berkata,"Saya setuju dengan  keputusan yuang telah diambil tuan hakim ..."Mahkamah Rayuan itu,tapi saya tidak setuju dengan alasan itu dan ini...," Komen seperti ini?

Menghina mahkamah gayanya. Lazimnya,keputusan mahkamah tidak boleh diulas walaupun sepata kata. Jika tidak puas hati dengan keputusan itu? Anda boleh bawa ke mahkamah rayuan yang lebih tinggi lagi yang ada di dalam Malaysia ini.

Yang lain tidak boleh pakai. Pengundi DUN Sungai Limau,diseru harus berhijrah dengan cara memilih Dr.Ahmad Sohaimi,calon Umno di DUN Sungai Limau pada (PRK) di hari mengundi yang akan tiba pada 04 hb.November 2013 yang akan tiba tidak lama lagi itu.Kini Kedah diperintah oleh Umno-BN.

Jadi segala perubahan untuk membaiki taraf hidup rakyat Sungai Limau,amatlah senang diluluskan oleh kerajaan Kedah,di bawah pimpinan Datuk Mukhriz.Ingatlah betul-betul!

Pilihlah calon Umno-BN iaitu, Dr.Ahmad Sohaimi,punya lulusan akedamik yang tinggi dan masih muda remaja pula.( Posted by abnmulya/Bakar Ninggal,blogspot.com.at 4.06 am on October 26,2013).