Tuesday, December 31, 2013

Guan Eng tukar Camry kepada Mercedes

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 31 Dis. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini akan menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218.

Pengumuman itu dibuat tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan DAP Pulau Pinang menukar kereta rasmi kepada Toyota Camry 2.5.

Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait berkata, kereta itu bagaimanapun dibeli dengan harga istimewa iaitu RM298,263.75.

“Di bawah kelayakan Ketua Menteri, beliau memang berhak menggunakan dua buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300 tetapi kini beliau hanya menggunakan sebuah kereta Toyota Camry 2.5. 

“Dengan pertukaran ini, Toyota Camry 2.5 yang digunakan Ketua Menteri akan diberi kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Maktar Shapee," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, sebelum ini, Guan Eng dan ahli-ahli Exco kerajaan negeri enggan membeli 15 buah kereta Mercedes memandangkan pembayaran cukai yang melebihi kos kereta adalah terlalu tinggi.

Katanya, pembekal kereta Mercedes pada masa itu juga tidak berani mengeluarkan surat jaminan untuk mengambil balik semua kereta sekiranya pengecualian cukai tidak diperoleh.

Lantaran itu katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan membeli 15 buah kereta Toyota Camry 2.5 yang tidak dikenakan cukai dan kenderaan itu telah diserahkan kepada kerajaan negeri pada 31 Oktober lalu. 

“Bagaimanapun pada 20 November lalu, pembekal kereta Mercedes berkenaan telah memberi pengesahan untuk menawarkan sebuah kereta Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 selepas dipotong cukai. “

Turut diberikan ialah diskaun khas sebanyak RM100,000 termasuk jaminan bahawa kerajaan negeri boleh mengembalikan kereta berkenaan sekiranya pengecualian cukai tidak diperoleh," katanya.

Mokhtar berkata, setelah memperolehi butiran itu, mesyuarat Exco kemudiannya memutuskan sebulat suara untuk membeli kereta Mercedes-Benz S300L. “

Berdasarkan perbezaan antara harga asal iaitu RM657,218 dengan harga selepas diskaun sebanyak RM298,263.75, pembelian kereta terbabit dianggap berbaloi kerana kereta Mercedes mampu bertahan lama sebagaimana Mercedes-Benz S320L yang digunakan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sejak 4 September 1995. “

Selain itu, harga pembelian Mercedes-Benz S320L pada 1995 ialah RM271,331.22 yang tidak banyak beza dengan harga baharu sekarang," katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah mencabar Guan Eng supaya tidak menggunakan kereta Mercedes-Benz S300L baharu yang dibeli kerajaan negeri bagi kegunaannya untuk membuktikan beliau pemimpin berjiwa rakyat.

Katanya, sebagai pemimpin berjiwa rakyat, Guan Eng harus mengutamakan kepentingan ramai yang kini terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

“Mengapa seolah-olah mahu bermewah-mewah dengan membeli kereta yang mahal? Kalau betul berjiwa rakyat, sepatutnya duit yang diperuntukan untuk kereta berkenaan disalurkan kepada perkara-perkara lebih menguntungkan rakyat.

"Sekarang kita mahu tahu, dikatakan kereta itu dibeli kerajaan negeri untuk kegunaan rasmi beliau tetapi siapa sebenarnya kerajaan negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak pula berkata, langkah menukar kereta berkenaan menunjukkan kerajaan di bawah kepemimpinan Guan Eng semakin kehilangan integriti.

Tegasnya, kalau kerajaan negeri merupakan kerajaan yang berintegriti, Guan Eng tidak akan melakukan perkara yang dilihat memberikan kelebihan untuk dirinya.

"Kalau Exco yang lain menggunakan Toyota Camry kenapa Guan Eng tidak?

"Guan Eng sepatutnya lebih memberikan fokus terhadap kedudukan partinya daripada perkara-perkara yang melibatkan imej beliau sebagai Ketua Menteri memandangkan DAP kini berhadapan dengan pelbagai isu," katanya. ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.01 am on January 01,2014.

Sambutan di Dataran Merdeka tercemar

PESERTA perhimpunan haram merempuh halangan pasukan keselamatan berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Sambutan tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka tercemar apabila kira-kira 5,000 peserta Himpunan Guling Kerajaan bertindak ganas merempuh penghadang polis untuk merampas pentas utama sehingga penganjur terpaksa membatalkan acara tersebut kira-kira 30 minit menjelang detik 12 tengah malam.

Peserta perhimpunan itu menyerbu masuk ke pentas konsert dari segenap sudut dengan menjeritkan perkataan 'reformasi' dan 'turun' serta berkumpul di hadapan pentas.

Berikutan keadaan itu juga pertunjukan bunga api yang menjadi tradisi setiap kali sambutan dan dinanti-nantikan oleh orang ramai terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Acara tersebut dibatalkan setelah para peserta perhimpunan haram itu membaling objek ke arah pentas utama ketika pancaragam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membuat persembahan. 

Mereka juga bertindak biadab dengan menghamburkan kata-kata kesat dan memaki hamun kerajaan. Rentetan daripada itu, ribuan lagi pengunjung yang hadir untuk meraikan tahun baharu terpaksa beredar pulang kerana bimbang kejadian lebih buruk berlaku.

Kumpulan berkenaan bukan setakat membawa sepanduk membenci kerajaan malah membaling botol kepada orang ramai.

Pengumuman pembatalan konsert itu dibuat oleh pengacara majlis semasa persembahan orkestra ekoran keadaan sesak akibat peserta himpunan merempuh masuk.

Antara artis yang sempat buat persembahan sebelum konsert dibatalkan adalah Amy Search, Zainal Abidin, Jay Jay, Aweera dan Najwa Latif.

Sebaik sahaja konsert itu dibatalkan, tempat duduk orang kenamaan turut menjadi kosong dan pihak polis membuat barisan mengawal pentas utama konsert. Bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengambil alih pentas dan berucap menyeru orang ramai di Dataran Merdeka untuk menjaga ketenteraman awam.

"Saya berharap ibu bapa menjaga keselamatan anak-anak dan adik-adik kita di sini. "Jangan terpengaruh dengan emosi, nama pun kita ini orang Islam, mesti ada kesabaran," katanya yang berucap dengan tenang walaupun dimaki hamun oleh peserta Himpunan Guling Kerajaan itu.(Utusan online-Dalam negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.40 am on January 01,2014.

JANGAN TERMAKAN HASUTAN POLITIK PEMBANGKANG

Oleh ZULKIFLEE BAKAR 
pengarang@utusan.com.my 

ALHAMDULILLAH, hari ini kita berpeluang untuk menyaksikan fajar 1 Januari 2014 menyingsing di ufuk timur.

Sememangnya berbanding sesetengah negara, rakyat negara ini jauh lebih bertuah apabila mampu meneruskan kehidupan pada tahun baharu dengan penuh harmoni, aman dan damai.

Tiga faktor ini amat penting dalam usaha kita memastikan Malaysia terus bergerak ke hadapan untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Sebab itulah keharmonian kaum, keamanan negara dan kedamaian hidup yang kita kecapi sekarang tidak harus dipersia-siakan atau dikorbankan hanya demi memenuhi tuntutan nafsu politik mana-mana pihak.

Kita memahami rakyat semakin mengeluh kerana tahun 2014 dikatakan bakal menyaksikan kenaikan kos sara hidup, sehingga ada pihak mengambil kesempatan untuk mempolitikkan isu ini.

Namun begitu, kita juga harus memberi peluang kepada kerajaan untuk menangani isu ini dengan sebaik-baiknya. Janganlah termakan dengan hasutan, janganlah terpedaya dengan tohmahan dan janganlah terperangkap dengan dakyah puak pembangkang.

Apa yang mereka lakukan bukanlah bertujuan untuk membela nasib rakyat tetapi hanya semata-mata bagi tujuan politik.

Dalam kata mudah, apa sahaja yang dilihat mampu membuka ruang untuk mereka meraih sokongan politik, maka ia akan cepat-cepat disambar.

Dalam soal ini, rakyat tidak harus membiarkan tahun 2014 menjadi pentas kepada pakatan pembangkang untuk mempolitikkan segala isu sehingga ia menggugat keharmonian, keamanan dan kedamaian rakyat serta negara ini.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah sebuah kerajaan 'yang pekak atau buta' dalam menilai kesusahan rakyat, malah selama ini sejarah sudah membuktikan kerajaan itulah yang paling ke hadapan membela nasib rakyat.

Justeru, janganlah kerana terperangkap dengan mainan politik pembangkang yang secara jelas menyembunyikan fakta sebenar berhubung sesuatu langkah yang dilakukan oleh kerajaan.

Percayalah apa pun yang dilakukan oleh kerajaan demi kebaikan rakyat tidak akan mendapat pujian pembangkang.

Bagi pembangkang, kalau kerajaan dipuji oleh rakyat maka ia seolah-olah satu bencana politik kepada mereka.

Kalaulah benar, pembangkang boleh menjadikan kerajaan yang jauh lebih baik daripada kerajaan BN laksanakan usaha di negeri-negeri yang mereka perintah untuk kesejahteraan rakyat.

Potong sahaja gaji dan elaun Menteri Besar atau Ketua Menteri, kurangkan segala kemudahan yang dinikmati oleh pemimpin mereka bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan negeri supaya wang tersebut boleh disalurkan rakyat.

Tetapi apa yang kita saksikan keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya yang pasti gaji Menteri Besar dan exco-exco dinaikkan beratus kali ganda, tiada kemudahan yang dipotong atau dikurangkan.

Semua ini membuktikan bahawa pembangkang hanya bijak bercakap, pandai menuding jari tetapi 'bebal' untuk melaksanakan apa yang dikata.

Atas sebab itulah, rakyat tidak harus terpedaya dengan taktik kotor pembangkang dalam mencapai cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.

Percayalah, permainan politik pembangkang tidak akan berhenti, sandiwara mereka tidak akan ada noktahnya dan keghairahan untuk mencapai cita-cita politik tidak pernah berakhir.

Dalam berhadapan dengan kelicikan politik pembangkang ini, rakyat tanpa mengira kaum dan agama perlu bijak menilai antara fakta dan auta, antara kebenaran dan tohmahan.

Ingatlah apabila sekali kita mempertaruhkan keharmonian, keamanan dan kedamaian rakyat serta negara ini akibat terperangkap dengan mainan politik pembangkang maka kita ibarat menjemput petaka.

Oleh itu, berfikirlah dengan matang dan bertindaklah dengan bijak dalam kita melangkah masuk ke tahun 2014 ini.

Negara ini mengamalkan demokrasi, rakyat bebasnya bersuara dan dibenarkan untuk berhimpun malah mereka juga diberi peluang bagi memilih kerajaan.

Tetapi demokrasi itu bukanlah bermakna rakyat berhak melakukan apa sahaja, kebebasan yang dinikmati bukanlah kebebasan mutlak dan kebenaran bersuara bukanlah tiada hadnya.

Semuanya itu mesti dikawal dengan sebaik-baiknya apatah lagi dalam sebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Jadikanlah 2014 sebagai tahun untuk kita lebih bijak menilai, matang bertindak dan paling penting menjadi rakyat yang tahu menghargai keharmonian, keamanan dan kedamaian yang dikecapi.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.20 am on January 01,2014.

ROS HANYA TERIMAA SURAT (DAP) TUNTUT PENJELASAAN BUKAN SAMAN

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendakwa tidak menerima apa-apa surat guaman seperti didakwa oleh DAP sebaliknya hanya surat memohon penjelasan kesahihan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Sumber ROS mendakwa, pihaknya menerima surat tersebut beberapa hari lalu yang telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Jelas sumber tersebut, antara kandungan surat itu adalah menyoal kapasiti ROS dalam menggantung keputusan pemilihan semula CEC September lepas selain meminta penjelasan dalam masa terdekat.

"Tiada surat saman, cuma surat daripada Guan Eng yang mahukan penjelasan apakah akta yang telah digunakan oleh ROS untuk menggantung keputusan CEC parti itu. Itu sahaja.

"Dakwaan yang mengatakan DAP mahu menyaman ROS dan telah memberikan tempoh14 hari dari tarikh surat dihantar adalah tidak benar. Kami akan membuat kenyataan dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo yang membuat kenyataan bahawa pihaknya telah menghantar surat guaman kepada ROS pada 23 Disember lalu.

Gobind mendakwa, DAP akan membuat semakan kehakiman untuk mencabar tindakan ROS kononnya di luar bidang kuasa mereka berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula.

Sebelum ini, Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya menggantung keputusan CEC DAP kerana siasatan masih dijalankan pada 6 Disember lepas.

Tindakan itu diambil berikutan kedegilan DAP yang enggan mengikut arahan ROS untuk menghantar maklumat lengkap berhubung pemilihan semula parti, antaranya seperti senarai cawangan yang mengambil bahagian dan perwakilan.

Terdahulu, bekas Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman mengarahkan DAP untuk membuat pengundian semula CEC pada 30 Julai berikutan aduan penyelewengan pemilihan sebelumnya pada 30 Disember tahun lalu.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at  10.06 on January 01,2014.

ROS HANYA TERIMAA SURAT dap TUNTUT PENJELASAAN BUKAN SAMAN

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendakwa tidak menerima apa-apa surat guaman seperti didakwa oleh DAP sebaliknya hanya surat memohon penjelasan kesahihan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Sumber ROS mendakwa, pihaknya menerima surat tersebut beberapa hari lalu yang telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Jelas sumber tersebut, antara kandungan surat itu adalah menyoal kapasiti ROS dalam menggantung keputusan pemilihan semula CEC September lepas selain meminta penjelasan dalam masa terdekat.

"Tiada surat saman, cuma surat daripada Guan Eng yang mahukan penjelasan apakah akta yang telah digunakan oleh ROS untuk menggantung keputusan CEC parti itu. Itu sahaja.

"Dakwaan yang mengatakan DAP mahu menyaman ROS dan telah memberikan tempoh14 hari dari tarikh surat dihantar adalah tidak benar. Kami akan membuat kenyataan dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo yang membuat kenyataan bahawa pihaknya telah menghantar surat guaman kepada ROS pada 23 Disember lalu.

Gobind mendakwa, DAP akan membuat semakan kehakiman untuk mencabar tindakan ROS kononnya di luar bidang kuasa mereka berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula.

Sebelum ini, Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya menggantung keputusan CEC DAP kerana siasatan masih dijalankan pada 6 Disember lepas.

Tindakan itu diambil berikutan kedegilan DAP yang enggan mengikut arahan ROS untuk menghantar maklumat lengkap berhubung pemilihan semula parti, antaranya seperti senarai cawangan yang mengambil bahagian dan perwakilan.

Terdahulu, bekas Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman mengarahkan DAP untuk membuat pengundian semula CEC pada 30 Julai berikutan aduan penyelewengan pemilihan sebelumnya pada 30 Disember tahun lalu.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at  10.06 on January 01,2014.

Monday, December 30, 2013

Perbank Islam bukan Ah Long

PERBANKAN Islam telah diterima sebagai antara sistem kewangan terbaik dan adil, malahan ia kini turut diamalkan di negara-negara bukan Islam. - GAMBAR HIASAN 

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Universiti Global bagi Kewangan Islam (INCEIF) menolak dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa sistem perbankan Islam menawarkan kadar keuntungan mengatasi peminjam wang 'Ah Long.'

"Persatuan pengguna itu perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak berasas berkenaan," kata Abdul Rashid Kadir, salah seorang tenaga pengajar INCEIF.


CAP mendakwa bank-bank yang menjalankan sistem perbankan Islam telah mengaut keuntungan daripada pinjaman peribadi Islam yang diberikan kepada peminjam secara tidak sengaja, dengan melaksanakan pembayaran balik kadar rata dan tidak menggunakan kaedah pengurangan baki modal.

Menurut persatuan itu, kadar keuntungan bank bagi pinjaman peribadi Islam boleh menjadi sehingga 42 peratus setahun dan pinjaman peribadi Islam boleh berubah menjadi lebih mahal daripada pemberi pinjam wang.

CAP mendakwa kadar faedah bagi pinjaman peribadi Islam boleh diterjemahkan sebagai dua peratus sebulan atau 24 peratus setahun.

"Perkara ini tidak betul sama sekali. Bank Negara Malaysia tidak akan membenarkan pengiraan sebegini ke atas kadar keuntungan," kata Abdul Rashid kepada Bernama.

Beliau menerangkan bahawa terdapat beberapa kaedah pembayaran dalam sistem perbankan Islam, termasuk yang paling mahal, yang dinamakan 'yearly rest,' hingga ke sistem pembayaran yang paling murah iaitu 'daily rest'.

'Yearly rest' adalah sistem melibatkan satu bayaran tambahan atau bayaran berlebihan dibuat untuk mengurangkan jumlah yang dipinjam digadai janji yang dikreditkan ke akaun hanya sekali setahun. 

Sementara itu, sistem 'daily rest' membolehkan pelanggan untuk membuat pembayaran dan faedah dikira berdasarkan baki pada akhir setiap hari.

Abdul Rashid berkata, terdapat satu sistem kadar rata yang diguna pakai bagi pengiraan kadar keuntungan, dan ia merupakan kadar yang paling mahal dalam sistem perbankan Islam.

Katanya, sistem kadar rata tersebut dipraktikkan di Malaysia, namun tidak membebankan peminjam kerana kadar yang dikenakan oleh perbankan Islam di negara ini, rata-ratanya lebih rendah daripada pasaran semasa, iaitu di paras sederhana mahal.

"Sebagai contoh, sekiranya kadar sederhana mahal yang di pasaran adalah tujuh atau lapan peratus, kadar rata yang dicaj adalah hanya di antara tiga hingga lima peratus.. - BERNAMA (UTUSAN ONLINE-EKONOMI).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.48 amon Disember 31,2013.

Sunday, December 29, 2013

Melayu jangan terperangkap permainan kotor pembangkang

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Rakyat terutama masyarakat Melayu diminta sedar dan tidak terperangkap dengan permainan kotor pembangkang yang menggunakan isu kenaikan harga barang untuk mempengaruhi mereka supaya turun ke jalan raya membuat bantahan.
Datuk Jamal Md.Yunus,
Pengerusi Ngo-Ngo Selangor

Pengerusi NGO-NGO Selangor, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, penganjur perhimpunan yang dipercayai didalangi pemimpin-pemimpin pembangkang itu sengaja memperbodoh-bodohkan rakyat dengan meniupkan fakta yang salah agar boleh memesongkan pemikiran mereka untuk membenci kerajaan.

"Rakyat perlu sedar lebih 70 peratus sektor perniagaan di negara ini dikuasai masyarakat Cina yang diketahui telah menolak kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu telah mengambil kesempatan menaikkan harga barang dengan langkah pengurangan subsidi oleh kerajaan.

"Orang Melayu perlu sedar perkara itu kerana kita percaya kebanyakan yang akan turun pada perhimpunan itu nanti adalah golongan Melayu.

"Mereka perlu berfikiran rasional terhadap pengurangan subsidi kerajaan tidak terlalu menjejaskan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tetapi lebih disasarkan kepada golongan berpendapatan tinggi, industri perniagaan, perkilangan dan sebagainya demi memberi keadilan kepada semua peringkat rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Jamal, rakyat telah ditiupkan dengan fakta yang salah, maka mereka tidak perlu terpedaya dengan seruan pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mahu memperbodohkan masyarakat untuk turun ke jalan raya yang pastinya tidak mencapai apa-apa matlamat melainkan hanya mendatangkan kerugian.

Ketua penerangan Silat Cekak Silat Papan Sekeping Malaysia
(PSCSPSM), Ismail Hasan ( empat dari kanan) bersama ahli persatuan itu serlepas membuat laporan polis mengenai perhimpunan haram yang di ura-ura  akan di adakan oleh pihak pembangkang pada malam 31 Disember ini.Laporan polis itu dibuat di Pejabat Polis Dang Wangi,Kuala Lum put semalam.
Sementara itu, mengulas kenyataan Father Lawrence Andrew yang mahu terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Melayu, Jamal berkata, Pengarang mingguan Katolik, Herald itu diberi masa seminggu untuk menarik balik kenyataan tersebut sekali gus memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di negara ini khususnya di Selangor.

Kata beliau, isu kalimah Allah telah diputuskan di mahkamah yang memberi hak kepada umat Islam dan selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang agama lain daripada menggunakan kalimah itu.

"Kami percaya isu ini ditimbulkan semula semata-mata mahu mencetuskan keadaan tidak baik di negara ini selain mempunyai maksud tersirat supaya orang Melayu dan Islam bangun membantah.

"Sekiranya beliau tidak menarik balik kenyataan itu, kami bercadang mengadakan protes di hadapan gereja pada 31 Disember ini kerana kita tidak mahu orang Melayu Islam berterusan dicabar maruah, akidah dan kedudukan Melayu di negara ini," katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot.com.at 1314 hrs on Disermber 30,2013.

Ketua Dewan Ulama Pas anggap amat sukar gulingkan kerajaan sedia ada

KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, kerajaan negara ini amat sukar untuk digulingkan mana-mana pihak apatah lagi proses rampasan kuasa itu berlaku secara kekerasan dan huru-hara.

Ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada dan juga akan datang merupakan pemerintah yang cukup teguh dengan kekuatan pasukan keselamatan yang sentiasa mantap dan cekap.

"Atas sebab itu saya masih berpendapat bahawa tidak mudah untuk gulingkan kerajaan (Malaysia) dan saya juga berpendapat lambat lagi nak berlaku macam itu (guling kerajaan).

"Malah saya juga tak fikir akan berlaku keadaan huru-hara pada himpunan itu nanti (Himpunan Guling Kerajaan)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai desakan pelbagai pihak yang kian memuncak membantah Himpunan Guling Kerajaan pada malam sambutan tahun baharu di Dataran Merdeka Selasa ini.

Semalam, polis mendedahkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang sebagai dalang utama merancang mengadakan himpunan itu bagi menimbulkan huru-hara semasa sambutan ambang tahun baharu tersebut.

Harun tidak menolak kemungkinan berlaku kekecohan dan huru-hara pada malam sambutan itu nanti sekiranya pihak kerajaan sendiri melakukan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.

"Kata nak guling kerajaan itu sebenarnya pihak kerajaan cakap saja, tapi kalau kerajaan bertindak luar biasa mungkin juga berlaku huru-hara," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa himpunan itu diadakan bukan bertujuan menimbulkan huru-hara dan untuk menggulingkan kerajaan seperti mana didakwa banyak pihak.

Sebaliknya kata Harun, perhimpunan ini sekadar untuk menyatakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap dasar kerajaan terutama berkaitan isu kenaikan harga barang, cukai dan sebagainya sehingga membebankan mereka.

"Hanya mereka yang berani cakap saja yang akan bersuara dalam himpunan itu sedangkan kerajaan tak susah apa pun dengan kenaikan harga barang sebab mereka ada pendapatan tetap. "Kalau Selangor lainlah sebab wakil-wakil rakyatnya naik gaji, tak apalah," katanya berseloroh.(Utusan oinline-politik).Posted by ab nbmulya /Bakar Ningal.blogspot.com.at 12.41 noon  on Disember 30,2013.

Polis ada bukti kukuh

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo (depan, tiga dari kiri) dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah (tiga dari kanan) bersama ahli UMNO dan NGO prokerajaan membuat laporan polis membantah Himpunan Guling Kerajaan di IPD Ampang Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak gentar dengan ugutan saman daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang yang dikenal pasti terlibat sebagai dalang utama perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Selasa ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dan ugutan saman itu tidak akan menghentikan siasatan yang dilakukan. "Itu (saman) hak mereka... Tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," kata Amar Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Amar Singh berkata demikiaan ketika diminta mengulas tindakan saman RM100 juta terhadap beliau yang bakal dilakukan oleh oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Turut menyatakan akan mengambil tindakan saman ialah Jingga 13.

Semalam dalam sidang akhbarnya, selain SAMM dan Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) turut didedahkan Amar Singh sebagai empat NGO yang menjadi dalang utama perhimpunan Selasa ini.

Dalam pada itu Amar menjelaskan, beliau tidak menyebut perancangan mengebom itu dilakukan oleh NGO terbabit tetapi risiko itu mungkin dibuat oleh individu lain yang menyertai perhimpunan itu.

"Ketika sidang akhbar, saya menyebut tentang empat NGO itu dikenal pasti akan hadir dan berhimpun di situ. Perhimpunan itu pula salah di sisi undang-undang dan mereka tidak dibenarkan berhimpun kerana tidak memohon sebarang permit.

"Kenyataan saya tentang ancaman bom dan senjata berbahaya itu tidak menjurus kepada NGO terbabit sebaliknya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu di laman Facebook, sebelum ini. 

Sementara itu, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bard dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan itu dan akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta terhadap Amar Singh.

Menurutnya, kenyataan Amar Singh semalam adalah amat mengejutkan kerana mengaitkan dirinya dan SAMM dengan tuduhan menganjur himpunan menggulingkan kerajaan.

Timbalan Koordinator Jingga 13 Malaysia, Amirzudin Ahmat pula berkata, pihaknya telah melantik peguam dan tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap PDRM dan beberapa media lain.

"Jingga 13 menyangkal dan membantah serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Amar Singh bahawa kami akan menimbulkan kekacauan serta membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan di perhimpunan itu," katanya.(Utuisan online- Jenayah).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.3`1 noon on Disember 30,2013.

Saturday, December 28, 2013

Surat huru-hara bertajuk C for Chaos tersebar luas di internet

SALINAN nota yang disiar dalam beberapa blog mengenai rancangan perhimpunan haram.

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Sepucuk surat yang didakwa dihantar oleh rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Ghouse kepada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung rancangan mencetuskan huru-hara pada perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini tersebar luas di internet sejak kelmarin.

Dalam surat yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-hara) itu, Abdul Rahim didakwa meminta Rafizi dan kepemimpinan pembangkang mengeksploitasi kebanjiran orang ramai menyambut malam ambang tahun baharu untuk 'bertindak seperti yang dirancang pada mesyuarat sebelum ini'.


Beliau turut dikatakan meminta mereka mengelak lima lokasi iaitu di persimpangan lampu isyarat pusat beli-belah Sogo, Puduraya, bulatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara, Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dan Stesen Komuter Bank Negara atas sebab-sebab keselamatan.

Beberapa blog hari ini menyiarkan surat tersebut yang antara lain turut mendakwa Abdul Rahim mengatakan angkatan media sosialnya' akan merakam setiap detik yang berlaku pada malam itu dan memuat naik terus ke laman YouTube dengan pantas bagi memastikannya menjadi 'viral'.

Apabila rakaman-rakaman tersebut menjadi 'viral' jelas surat itu, beliau dikatakan akan meminta Rafizi meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan dari situ, mereka akan memantau corak kejadian yang berlaku untuk perancangan seterusnya.

Surat itu juga menyatakan sesiapa sahaja dalam kalangan pasukan Rafizi yang ditahan sebelum 'acara utama' diminta untuk tidak merosakkan rancangan kerana mereka akan dijamin selepas itu.

Walau bagaimanapun, Abdul Rahim yang dihubungi Mingguan Malaysia menafikan perkara tersebut dan memberitahu surat itu ditulis pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.

"Saya menafikan perkara ini kerana surat itu, bukan saya yang tulis. Ada orang buat surat itu menggunakan nama saya. Mereka menulis surat seperti itu untuk agenda mereka, tetapi mahu melibatkan saya," katanya. 

Ditanya apakah tindakannya berhubung penyebaran surat itu, Abdul Rahim berkata, beliau perlu meneliti perkara tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menyiasat kesahihan sekeping surat makluman strategi pelaksanaan perhimpunan haram yang tersebar di laman sosial sejak kelmarin.

Sumber berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh termasuk jika wujud elemen sabotaj yang dilakukan oleh individu tertentu.

"Buat masa ini kesahihan e-mel itu belum dapat dipastikan tetapi polis akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan termasuk SKMM untuk meneliti ketulenan surat tersebut sama ada ia dihantar oleh Abdul Rahim atau individu lain," kata sumber itu.( Utusan online-Dalam negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot.com.at 1449 hrs on Disember 29,2013.

Friday, December 27, 2013

Hina Islam : Tokong Cina guna surah Yasin,ayat al-Quran

Tokong Cina di Jalan Demak, Pending yang didakwa menghina agama Islam. 

KUCHING 27 Dis. - Sekali lagi perbuatan menghina kesucian agama Islam berlaku di negara ini dan kali ini perbuatan tersebut dilihat semakin melampau.

Pertubuhan Peradaban dan Warisan Melayu (Adab) Sarawak hari ini membuat laporan polis mengenai tindakan pengendali sebuah tokong Cina berhampiran Jambatan Barrage, Jalan Demak, Pending di sini yang didakwa menghina agama Islam.

Wakil Adab Sarawak, Shariff Busrah berkata, laporan polis itu dibuat kerana tindakan pengendali rumah ibadat itu menghina agama Islam dengan menggunakan surah Yasin, al-Quran, sejadah dan beberapa barang berkaitan Islam dalam upacara penyembahan.

“Pada 22 Oktober lalu kira-kira pukul 11 pagi, saya dan 10 ahli Adab Sarawak ke tokong Cina itu dan kami mendapati pihak pengendali rumah ibadat itu memasang bacaan surah Yasin daripada cakera padat. “

Dalam masa yang sama, pengendali tokong Cina itu turut meletakkan al-Quran, sejadah dan songkok Melayu dalam aktiviti penyembahan di rumah ibadat tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shariff berkata, pihaknya difahamkan pengendali tokong Cina itu menjalankan operasi sejak Mei lalu dan mereka mendakwa rumah ibadat itu adalah ‘tokong Islam patung tujuh beradik’.

Shariff Busrah menunjukkan laporan polis berhubung tindakan pengendali sebuah tokong Cina menghina agama Islam di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, Sarawak, semalam. 
Beliau berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Mufti Negeri supaya mengambil tindakan sewajarnya.

“Bagaimanapun sehingga hari ini tokong itu masih melakukan aktiviti seperti biasa dan kekal menggunakan barang-barang berkaitan agama Islam.

“Sehubungan itu kami membuat laporan polis bagi menggesa supaya perbuatan pengendali tokong ini dihentikan dengan segera atau serta-merta kerana perbuatan itu seolah-olah mempersendakan kesucian agama Islam," katanya.

Dalam masa yang sama, Shariff turut mendesak Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas dalam menangani perkara tersebut bagi mengelak tercetus kemarahan dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Amihizam Abdul Shukor mengesahkan pihaknya menerima laporan polis tersebut dan menyerahkan kes ini kepada JAIS untuk tindakan lanjut. 

Usaha Utusan Malaysia menghubungi Ketua Penguat Kuasa JAIS, Ahmad Sukarno bagaimanapun gagal apabila kakitangan di jabatan itu memaklumkan beliau sedang bercuti.(Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com. at 10.17 am On Disember 28,2013.

Himpunan bercanggah dengan Perlembagaan PAS

Norman Toha,,bekas Setiausaha PAS Selangor
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Tindakan Dewan Pemuda Pas untuk menyertai perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup yang berlangsung serentak dengan Himpunan Guling Kerajaan pada malam tahun baharu 2014 jelas bertentangan dengan Perlembagaan parti.

Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha (gambar) berkata, di dalam perlembagaan parti itu, Fasal 6 (6) dengan jelas menyatakan bahawa Pas hanya akan bekerjasama dengan badan, pertubuhan atau persatuan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan pendirian Pemuda Pas kerana Himpunan Guling Kerajaan merupakan satu usaha untuk mencetuskan suasana kacau bilau dan huru hara.

"Mereka mahu mengambil kesempatan atas kehadiran rakyat Malaysia yang mahu menyambut ambang tahun baharu 2014," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat mengesahkan kehadiran Pemuda Pas di Dataran Merdeka untuk menyokong perhimpunan membantah kenaikan kos hidup pada malam tahun baru 2014 namun berdalih pihaknya tiada kaitan dengan perhimpunan bagi menggulingkan kerajaan.

Walau bagaimanapun, kenyataan Suhaizat itu menimbulkan tanda tanya kerana lokasi, masa dan tarikh perhimpunan membantah kenaikan kos hidup adalah sama dengan Himpunan Guling Kerajaan.

Norman berkata, adalah mustahil Pemuda Pas tidak mengetahui tentang Himpunan Gulingkan Kerajaan yang bakal berlangsung di lokasi sama pada malam tahun baharu 2014.

"Persoalannya, mengapa Pemuda Pas tetap mahu meneruskan penyertaan dalam himpunan membantah kenaikan kos hidup dan apakah tujuan sebenar Pemuda Pas ini?

"Jika niat mereka mahu menunjukkan dan mengajak rakyat memprotes tentang kesan bebanan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, mengapa mereka perlu turun pada malam itu juga," katanya lagi.

Dalam pada itu, Norman berkata, tindakan Pas sebagai sebuah wadah yang berorientasikan dakwah dan politik sepatutnya mempunyai matlamat yang jelas terutama dalam konteks mendidik rakyat dan membangunkan negara.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.55 am on Disember 28,2013.

Thursday, December 26, 2013

ASAS PERSEMPADANAN SEMULA

Oleh KAMIL MASLIH 
pengarang@utusan.com.my 


Tan Sri Abdulk Aziz Mohd Yusof
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibentangkan di Parlimen tahun depan dengan pertimbangan terhadap kawasan-kawasan Parlimen yang jumlah pengundinya terlalu besar melebihi 100,000 orang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, asas untuk persempadanan semula itu mengikut Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan yang antaranya jumlah pengundi di sesuatu kawasan tidak terlalu besar sehingga menyukarkan wakil rakyat.

"Kita lakukannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan, kalau satu-satu kawasan Parlimen itu jumlah pengundinya melebihi 100,000 orang, kita kena kaji dan kurangkan.

"Keduanya, jumlah pengundi di setiap Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) mesti mengambil kira sama ada kawasan itu bandar, separa bandar atau luar bandar. "

"Perbandingan bilangan pengundi perlu dibuat mengikut jenis kawasan itu dan perbandingan sama juga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berdasarkan Perkara 113 (2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula boleh dilakukan selepas tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat dan kali terakhir proses ini berlaku adalah pada tahun 2003 iaitu 10 tahun lalu.

Mengikut fakta, persempadanan semula dilakukan pada 1958, 1974, 1984, 1994 dan 2003 dengan semua persempadanan semula dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun kecuali antara 1958 dan 1974 (16 tahun) dan 1994 hingga 2003 (sembilan tahun).

Menurut Abdul Aziz, pihaknya akan menerima peruntukan daripada Bajet 2014 dan kini dalam proses melantik pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Perangkaan dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

Katanya, persempadanan semula sepatutnya dilakukan pada tahun 2011, namun SPR tidak berkeupayaan melaksanakannya serentak dengan mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Dari segi pentadbiran, kajian persempadanan semula ini telah dilakukan dan kita akan cuba bentangkan pada persidangan Parlimen tahun depan, kita kena buat secara berhati-hati dan teliti agar tidak dituduh perkara yang bukan-bukan," katanya.

Tegas beliau, keputusan akhir sama ada berlaku atau tidak tambahan kerusi Parlimen dan DUN tetap bergantung kepada sokongan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat dan SPR hanya melaksanakan tanggungjawabnya memberi cadangan.

Katanya, semua pihak tidak perlu terburu-buru membuat spekulasi kerana apabila cadangan persempadanan semula dibentangkan di Parlimen, akan ada tempoh sebulan untuk cadangan tersebut dipamerkan kepada umum.( Utusna online-politik)..Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.bnlogspot.com.at 12.23 am on Disember 27,2013.

Wednesday, December 25, 2013

Ikan terdampar di Lahad Datu bukan kerana gempa bumi

Ribuan ikan tamban terdampar di pantan
di  Kampung Tambisan Tungku,Lahad Datu.
DECEMBER 25, 2013. Jabatan Meteorolgi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, pagi semalam.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Datuk Rayner Stuel Galid, berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah.

"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai," katanya. Beliau berkata, pihaknya menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Mat Shamsuddin, berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.

Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami. - Bernama.( Posted by abnmulya.blogspot.com.at 1731 hrs on Disember 25.2013.

Tuesday, December 24, 2013

Beribu-ribu ikan 'naik ke darat' di Lahad Datu,penduduk bimbang petanda bencana



DECEMBER 25, 2013 07:11 AM. Kanak-kanak keriangan mengutip dan menangkap ribuan ikan yang timbul di persisiran pantai Lahad Datu, Sabah.

Kanak-kanak keriangan mengutip dan menangkap ribuan ikan yang timbul di persisiran pantai Lahad Datu, Sabah.

Beribu-ribu ikan timbul di pesisiran pantai Kampung Tambisan di bahagian Timur Sabah, Lahad Datu sekaligus menimbulkan persoalan mengenai petanda bencana yang bakal berlaku hujung tahun ini.

Penduduk kampung rata-rata memungut ikan-ikan tersebut yang dikenali dengan nama ikan tamban.

Bagaimanapun penduduk tempatan, Suzila Abdullah berkata, fenomena seperti ini sudah berlaku sejak tiga tahun dulu.

"Tetapi tahun ini ia kelihatan berbeza kerana jumlah ikan yang timbul amat banyak," katanya dipetik daripada Mstar Online. 

Suzila berkata, dia percaya musim sekarang yang berombak kuat membuatkan ikan-ikan ini naik ke darat tetapi hanya dua atau tiga hari sahaja.

Ikan-ikan tersebut dipungut dan dimasak, manakala ada juga penduduk kampung yang menjual ikan tersebut di Lahad Datu atau daerah lain.

Ikan tamban terkenal di kalangan penduduk kampung tersebut. – 24 Disember, 2013.(The Malaysian Insider).Posted by abnmulya  at 10.32 am on Disember 25,2013.

Majoriti rakyat mahu kalimah Allah untuk Islam sahaja

Pengarah (Umcedel) Datuk Prof. Mohammad Redzuan
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini menolak kalimah Allah digunakan dalam kalangan bukan Islam, menurut satu tinjauan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (Umcedel).

Tinjauan yang dilakukan kepada 1,676 responden di seluruh Semenanjung dalam tempoh 6 hingga 8 Disember lalu menunjukkan sebanyak 58 peratus daripada mereka menyatakan kalimah suci itu milik eksklusif umat Islam manakala 26 peratus responden memberitahu mereka tidak pasti.

Apa yang menarik, daripada jumlah itu, sebanyak 21 peratus responden dari kaum Cina juga menolak penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam.

Pecahan status mengundi pula menunjukkan pengundi kali pertama adalah kumpulan yang paling banyak menolak penggunaan kalimah tersebut dalam kalangan bukan Islam dengan 64 peratus berbanding tidak pasti, 25 peratus.

Jelas tinjauan itu, masyarakat luar bandar merupakan pecahan terbesar yang bertegas dalam penggunaan kalimah berkenaan dengan 73 peratus berbanding 51 peratus di bandar. - UTUSAN ONLINE-Dalam Negeri(Posted by abnbmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.05 am on Disember 25,2013.

Monday, December 23, 2013

Orang ramai marah,bantah



Oleh NORHIDAYU MOHD HASSAN dan 
SITI ROHAIZAH ZAINAL pengarang@utusan.com.my 

Muhammad Faizal Sufar (enam dari kiri, baju putih) bersama beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan dari Pandan selepas membuat laporan polis di IPD Ampang Jaya membantah Himpunan Guling Kerajaan yang bakal diadakan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka. 

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Tindakan pihak tertentu merancang mengadakan Himpunan Guling Kerajaan menimbulkan kemarahan orang ramai dengan sebanyak 28 laporan polis dibuat di seluruh negara sejak dua minggu lalu sehingga semalam, bagi membantah penganjuran perhimpunan itu pada 31 Disember ini.

Dalam laporan dibuat, mereka turut mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba menghasut rakyat selain menyifatkan perhimpunan jalanan bukanlah cara terbaik untuk menegakkan proses demokrasi.

Kesemua laporan dibuat oleh pelbagai pihak termasuk individu persendirian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik itu turut dijangka meningkat berdasarkan perkembangan semasa.

Sementara itu, menurut sumber, polis sedang memantau perkembangan semasa penglibatan beberapa kumpulan yang dilihat aktif dengan mempromosikan perhimpunan tersebut baik di kawasan umum serta di laman sosial.

"Malah terdapat tiga perhimpunan kecil telah dilakukan di sekitar ibu negara termasuk di pusat Beli-belah Sogo dan Mid Valley yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar universiti, kumpulan Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) serta beberapa lagi yang dikesan turut mengedarkan risalah berhubung kenaikan harga barang.

"Sokongan yang diberikan dilihat tidak menggalakkan dan keadaan masih terkawal. Setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan terhadap mana-mana individu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 13 NGO di Ampang membuat laporan polis bagi menggesa PDRM mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu terlibat secara langsung atau tidak dengan penganjuran Himpunan Guling Kerajaan.

Jurucakap kumpulan itu, Muhammad Faizal Sufar berkata, pihaknya menolak tindakan penganjur yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab itu kerana perhimpunan tersebut boleh memberi impak negatif dan menyebabkan negara menjadi huru-hara dan mengancam keselamatan orang ramai.

"Kerajaan sedia ada pada hari ini adalah pilihan rakyat dan dipilih menerusi sistem demokrasi berparlimen serta mengamalkan prinsip Rukun Negara.

"Sebarang bentuk rampasan kuasa secara jalanan akan meruntuhkan keharmonian dan menimbulkan huru-hara kepada tanah air," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dekat sini hari ini.

Antara gabungan NGO yang membuat laporan itu adalah Akademi Pemuda Pandan; Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Teratai; KRT Taman Pandan Indah Kencana; Persatuan Belia dan Beliawanis Pandan dan Kelab Generasi Muda Pandan.

Turut membuat laporan polis adalah KRT Taman Saga; Pemuda Cawangan Taman Dagang; KRT Taman Dagang; Kelab Transformasi Pemikir Pandan; Pertubuhan Seni Beladiri Jamiah Al-Sidrah; Bomba Sukarela Taman Dagang dan Jiran Muda Taman Dagang.

Menurut Muhammad Faizal, pihaknya juga meminta supaya polis menyiasat penganjur dan peserta perhimpunan tersebut yang cuba menyebarkan pengaruh negatif kepada masyarakat.

"Individu seperti penulis blog dan pengguna media sosial yang mempromosikan perhimpunan berkenaan juga perlu diambil tindakan kerana secara tidak langsung mengajak orang ramai mengikuti perhimpunan tersebut," katanya.

Pada 18 Disember lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan penyebaran poster yang mengajak orang ramai supaya menyertai Himpunan Guling Kerajaan merupakan satu bentuk ancaman keselamatan dan keharmonian rakyat negara ini dan boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)

(Utuisan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com at 8.31 am on Disember 24,2013.

Saturday, December 21, 2013

Tidak sabar,pemandu lori longgok sampah di tepi jalan

Alam Flora dan DBKL terpaksa membersihkan sampah yang dilonggokkan di tepi jalan oleh segelintir pemandu lori sampah di Kepong, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/AZLAN HADI ABU BAKAR 

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Gara-gara tidak sabar menunggu giliran, segelintir pemandu lori sanggup melonggokkan sampah yang diangkut untuk dihantar ke sebuah pusat pengumpulan di satu laluan dari Batu Caves menuju Kepong hari ini.

Menurut sumber, tindakan pemandu lori melonggokkan sampah di tepi jalan raya berpunca kerosakan mekanikal salah sebuah mesin pemampatan sampah di pusat tersebut.

"Pemandu yang tidak sabar menunggu terlalu lama untuk membawa sampah ke pusat pengumpulan sampah tersebut di Taman Beringin, Kepong telah mengambil keputusan melonggokkan sampah sejak tengah malam semalam.

"Tindakan mereka menyebabkan satu lorong jalan raya terpaksa ditutup di hadapan pusat pengumpulan berkenaan mengakibatkan kesesakan jalan raya sehingga beberapa kilometer," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Hayati Abdullah yang kesal dengan kejadian tersebut berkata, pihaknya sudah menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah yang dibuang di tepi jalan raya berkenaan.

"DBKL dan Alam Flora telah melakukan kerja-kerja pembersihan bermula kira-kira pukul 8 pagi dan selesai pada pukul 5 petang ini merangkumi proses mengangkut dan mencuci jalan menggunakan semburan air. 

"Bagi mengelakkan kejadian ini berulang, pihak DBKL dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara akan meletakkan beberapa penguat kuasa memantau keadaan di situ," katanya.( Utusan online-dalam negeri0.Posted by abnmulya /Bakar Ningal.blogspot.com.at 1432 hrs on Disember 22,2013.

Pandelela tidak dicabar

Aksi penerjun negara, Pandelela Rinong yang meraih pingat emas dalam acara 10 meter Platfom individu wanita di Pusat Akuatik Wunna Theikdi, semalam. 

NAY PYI TAW - Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Pandelela Rinong menyifatkan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan SEA Myanmar memberi makna yang cukup besar, setelah mempertahankan kemenangannya di Indonesia, dua tahun lalu menerusi acara kegemaran 10 meter platform individu di Pusat Akuatik Wunna Theikdi, semalam.

Atlet kelahiran Sarawak itu mengumpul 346.60 mata bagi membolehkannya merangkul emas, sementara rakan senegara, Loh Zhiayi meraih perak (292.10 mata) bagi melengkapkan dominasi Malaysia dalam acara itu dan wakil tuan rumah, Nandar Saw Hla (233.15 mata) memenangi pingat gangsa.

"Bagi saya, kejayaan meraih pingat emas di Sukan SEA masih memberi makna yang besar untuk saya. Ini merupakan pertandingan dan anda tidak boleh membuka ruang untuk melakukan kesilapan. Saya masih perlu mempamerkan prestasi terbaik untuk memastikan emas dalam genggaman.

"Mungkin anda tidak menyedari ini merupakan pingat emas pertama saya tahun ini. Saya rasa persembahan saya hari ini (semalam) berada ditahap yang baik, tetapi sudah tentu saya mampu memberikan lebih daripada itu," kata Pandelela ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Malah, pemenang pingat emas Sukan Komanwel itu lebih selesa bersikap merendah diri apabila dia dikatakan terlalu handal untuk menyertai pertandingan bertaraf serantau itu.

"Tidak semestinya saya tidak memiliki pencabar di sini kerana perlu diingat junior saya, Zhiayi masih mampu memberikan saingan kepada saya. Saya juga perlu menjadi pencabar kepada diri sendiri.

"Setiap kali saya bertanding, saya sentiasa memastikan untuk cuba mengatasi catatan rekod saya sendiri ," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penerjun negara, Ooi Tze Liang yang sekadar merangkul perak, kelmarin dalam acara 10 meter platform individu lelaki, berjaya bangkit untuk memenangi emas melalui acara 3 meter papan anjal, semalam.

Atlet berusia 20 tahun itu berjaya mempertahankan emas yang dimenangi Yeoh Ken Nee di Palembang, apabila mengumpul 431.90 mata tanpa diberi saingan sengit oleh pencabar lain.

Rakan senegara, Chew Yi Wei yang berada di kedudukan pendahulu sewaktu menyempurnakan terjunan pertama, tetapi gagal kekal konsisten apabila sekadar meraih pingat gangsa setelah memungut 314.20 mata.

Penerjun Singapura, Mark Lee berjaya memanfaatkan kesilapan yang dilakukan Yi Wei untuk memintasnya dengan menamatkan saingan di tangga kedua setelah mencatat 324.15 mata.

"Pencapaian Malaysia pada Sukan SEA dalam acara terjun memang cemerlang. Jadi, saya agak tertekan bagi mengekalkan rekod itu. "Persembahan saya tidak menjadi semalam (kelmarin). Tetapi, hari ini saya berjaya menenangkan diri dan ia membantu saya raih emas," kata Tze Liang.(Utusan online-sukan tempatan.Posted b y abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.aat 1425 hrs on Disember 22,2013.

Harapan pingat gangsa bola sepak lebur

Ong Kim Swee sedih selepas kegagalan Harimau Muda memburu pingat gangsa, semalam.

NAY PYI TAW - Tiada sebarang pingat mampu dibawa pulang skuad Harimau Muda dari Temasya Myanmar 2013 apabila tewas 1-2 kepada Singapura dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Stadium Zeyar Thiri, semalam.

Dua gol pantas daripada pemain tengah Singapura, Hariss Harun pada minit ke-13 dan 14 telah membunuh api perjuangan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee yang mahukan gangsa sebagai pengubat kekecewaan selepas tersingkir pada separuh akhir, tewas kepada Indonesia.

Skuad negara mempamerkan kebangkitan pada babak kedua, namun hanya terdaya mendapatkan gol tunggal pada minit ke-68 melalui A. Thamil Arasu. Pulang dengan tangan kosong bermakna pasukan negara mengulangi pencapaian Sukan SEA Korat 2007, gagal memenangi sebarang pingat.

Dua jaringan Singapura berpunca daripada kesalahan para pemain negara yang seperti hilang punca pada permulaan perlawanan dan itu hakikat yang terpaksa ditelan oleh Kim Swee.

''Dua jaringan yang sebenarnya berpunca daripada kecuaian pemain sendiri dan kekalahan harus diterima oleh semua pemain.

''Mereka terlalu mahukan kemenangan tetapi mereka hilang fokus yang membuka ruang kepada lawan bagi mendapatkan gol.

''Jaringan pertama berpunca kesilapan penjaga gol, Izham Tarmizi yang gagal menangkap kemas di dalam kotak penalti sebelum satu lagi kesilapan bahagian pertahanan, menghukum seluruh pasukan," katanya.(MINGGUAN MALAYSIA ONLINE-) Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1413 hrs on Disember 22,2013.

43 EMAS TUTUP SAINGAN



Sebanyak 43 pinggat emas dimenangai oleh kontijen Malaysia pada Sukan SEA di Myanmar 2013.
NAY PYI TAW - Jumlah 40 pingat emas yang menjadi sasaran Malaysia akhirnya tercapai pada hari terakhir kontinjen negara beraksi pada Sukan SEA Myanmar 2013 dengan tambahan lima pingat emas berjaya dimenangi, semalam.

Ia menjadikan emas keseluruhan yang dimenangi kontinjen negara adalah 43 pingat, melebihi tiga daripada yang disasarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di samping 38 perak dan 74 gangsa.

Namun, kejayaan di Myanmar itu gagal memperbaiki pencapaian pada edisi 2011 di Indonesia apabila Malaysia menamatkan saingan pada kedudukan keempat keseluruhan dengan meraih 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa.

Prestasi di Myanmar itu juga tidak mampu mengubah kedudukan kontinjen negara di tangga kelima pungutan pingat keseluruhan. Semalam, pasukan hoki lelaki tidak berdepan masalah membenam Singapura 5-0 pada perlawanan akhir untuk memungut emas.

Dua lagi emas hadir daripada acara terjun melalui gandingan Ooi Tze Liang-Muhammad Nazreen Abdullah dalam acara 10 meter platform seirama lelaki, manakala Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri dalam 10 meter platform seirama wanita.

Namun, paling mencuri tumpuan adalah dua emas yang berjaya dimenangi oleh sukan muay apabila dua wakil negara yang berentap di perlawanan akhir tidak mengecewakan harapan negara.

Mohd. Lokman Akimi Mat Roji unggul dalam acara Bawah 51 kilogram lelaki apabila mudah mengalahkan Nguyen Ngo Trieu Nhat dengan keputusan 3-0 manakala Mohd. Faizal Ramli mendiamkan sorakan penonton tuan rumah dengan kemenangan 2-1 ke atas Aung Myint Win dari Myanmar.

Kejayaan itu melebihi sasaran satu pingat emas yang telah diletakkan kepada sukan muay sebelum ini. Bagi Sukan SEA kali ini, karate boleh ditakrifkan sebagai kontinjen paling cemerlang apabila berjaya memenangi tujuh pingat emas, jauh melebihi sasaran tiga pingat yang diletakkan di peringkat awal.

Kehebatan mendadak beberapa kumite wanita jelas menjadi punca kepada kejayaan tidak diduga karate yang kini mendapat bimbingan Andris Vasiljevs dari Latvia.

Lapan emas daripada sukan terjun sememangnya sudah dijangka kerana jurang perbezaan kualiti antara penerjun negara dibandingkan dengan negara-negara lain di benua Asia Tenggara.

Satu lagi sukan yang menjadi penyelamat kepada pencapaian atlet negara di Sukan SEA Myanmar adalah ekuestrian yang sebelum ini tidak diberikan harapan akhirnya menyumbang tiga emas.

Namun, kekecewaan paling besar tertumpu kepada skuad bola sepak negara yang gagal mempertahankan ibu pingat emas.

Bertambah perit, mereka pulang tangan kosong apabila kalah lagi kepada pasukan jiran, Singapura 1-2 pada penentuan gangsa.

Seperti diramal, olahraga gagal mencapai sasaran apabila hanya menyumbang empat emas berbanding lima yang ditetapkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Begitu juga Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) yang begitu yakin mampu membawa pulang tiga butir emas, akhirnya pulang tangan kosong.

Memanah recurve lelaki pula menyumbang dua emas sementara acara compound gagal memberi cabaran. Sepak takraw lelaki walaupun tidak diletakkan sebarang sasaran memenangi emas, sebaliknya menang perak tetapi kekalahan dalam semua perlawanan bagi acara berpasukan, dianggap sebagai satu pencapaian terburuk dalam sejarah. - (Mingguna Malaysia-sukan tempatan).Posted by abnmulkyta /Bakar Ningal.blogspot.com.at 11400 hrs on Disember 22,2013.

Gobind kena cermin diri dulu-Zulkifli Noordin

Gobind kena cermin diri dulu - Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo perlu terlebih dahulu mencermin diri sendiri sebelum mempersoalkan kewibawaan Pendaftar Pertubuhan (ROS). 

Datuk Zulkifli Noordin
Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Gobind bernasib baik menduduki tempat kedua pada pemilihan DAP Selangor baru-baru ini kerana 522 perwakilan tidak hadir. 

Katanya, daripada 1,221 perwakilan DAP Selangor yang layak mengundi, hanya 699 sahaja hadir dan jumlah tidak hadir itu hakikatnya mengatasi undi diterima Gobind iaitu hanya 491. "Jadi, Gobind wajib mencabar sekretariat DAP Selangor dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ke mana pergi 522 perwakilan ini?

Mengapa hampir 43 peratus perwakilan tidak hadir dan mengundi?

"Saya mengingatkan Gobind supaya tidak bersikap dwistandard sebagaimana bapa beliau, Karpal Singh dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Zulkifli di blognya, zul4kulim.blogspot.com hari ini. 

Menurut Zulkifli yang juga bekas peguam bela Anwar, Karpal pada 22 Oktober 1997 pernah membuat kenyataan di Dewan Rakyat bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam kes liwat dan mengaku ada bukti.

Namun begitu, tambah beliau, apabila timbul kes liwat terbaharu pada 2008 membabitkan Anwar dan Saiful Bukhari Azlan, Karpal membuat pusingan 'U' dengan menjadi peguam bela kepada Ketua Pembangkang tersebut.

"Jelas ini satu sikap hipokrit. Jadi Gobind perlu ingat, sebelum persoal pendirian ROS yang tidak mengiktiraf pemilihan CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat), beliau perlu persoal sikap Guan Eng terlebih dahulu," katanya.( Utusna online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1331 hrs on Disember 22,2013.

Cubaan kali kedua Anwar gagal

Oleh SUWARNI MOKHTAR
 pengarang@utusan.com.my 
Anwar Ibrahim,Muhammad shafe 
PUTRAJAYA 20 Dis. - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali sebulat suara memutuskan, permohonan yang difailkan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang merit dan hanya bersandarkan kepada akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang bersifat dengar cakap (hearsay).

Hakim tersebut turut menyatakan, akuan berkanun terbabit juga merupakan satu perkara yang remeh dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan rayuan kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. “

Permohonan untuk menggugurkan sama ada pihak pendakwaan atau peguam merupakan satu tindakan drastik tidak sewajarnya dibenarkan sama sekali melainkan disokong oleh bukti kukuh. “SD Mat Zain yang digunakan oleh pemohon (Anwar) bagi menyokong permohonannya merupakan satu dengar cakap dan tidak boleh diterima pakai sebagai bukti jelas dan sahih. “

Dalam menentukan sama ada SD itu boleh diterima pakai atau sebaliknya, kami mendapati dakwaan-dakwaan yang dibuat di dalam SD tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kes ini sebaliknya hanya merujuk kepada insiden mata lebam,’’ katanya.

Hakim Aziah yang bersidang bersama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh turut menyatakan, terdapat kecacatan tersembunyi di dalam akuan berkanun terbabit iaitu percanggahan identiti pembuat SD tersebut iaitu nombor kad pengenalan dan alamat telah dipadamkan.

“Tiada alasan yang dapat difikirkan kenapa Mat Zain enggan mendedahkan nombor kad pengenalan dan alamatnya sedangkan di dalam kes saman membabitkan dirinya dan Anwar di Mahkamah Tinggi Shah Alam kedua-dua maklumat tersebut didedahkan,’’ kata hakim itu.

Hakim itu ketika membaca penghakimannya memberitahu bahawa, mahkamah berpendapat, pelantikan Muhammad Shafee tidak akan memprejudiskan hak Anwar untuk perbicaraan yang adil kerana rayuan dibuat berdasarkan rekod yang disediakan oleh mahkamah sendiri.


Hakim Aziah menambah tiada sebarang sebab untuk mahkamah menyembunyi bukti atau rekod. Beliau turut menyatakan, Muhammad Shafee bukanlah satu-satunya individu yang akan mewakili pendakwaan dalam kes rayuan terbabit tetapi akan dibantu oleh dua orang Timbalan Pendakwa Raya Kanan iaitu Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dan Noorin Badaruddin. “

Sudah termaktub, pendakwaan dan peguam bela membantu mahkamah dalam membuat keputusan bagi sesuatu kes. Keputusan muktamad akan ditentukan oleh mahkamah sendiri,’’ katanya.

Selain itu, Hakim Aziah turut menyatakan Anwar sepatutnya membangkitkan bantahan-bantahan berhubung pelantikan tersebut pada peringkat awal lagi dan bukannya menimbulkannya secara ansuran.

“Oleh itu, kami tidak mempunyai sebarang keputusan lain selain daripada memutuskan, pelantikan Muhammad Shafee adalah berlandaskan undang-undang,’’ ujarnya.

Selepas tamat prosiding terbabit, Anwar ketika ditemui pemberita memaklumkan, beliau telah mengarahkan barisan peguamnya untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Persekutuan pada Isnin depan selepas memperoleh penghakiman penuh Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, semalam, mahkamah sama telah menetapkan 12 dan 13 Februari tahun depan bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari.

Pendakwa raya tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.

Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.( Utusan online-Mahkamah).Posted by ab nmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1323 hrs on Disember 22,2013.

Thursday, December 19, 2013

Cubaan singkirkan kerajaan Turki


Recep Tayyip Erdogan

ANKARA 19 Dis. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan (gambar) menyifatkan penahanan berpuluh-puluh individu berprofil tinggi atas dakwaan rasuah, merupakan operasi 'kotor' untuk menentang kerajaannya.

Berpuluh-puluh ketua polis dipecat dalam operasi membanteras rasuah pada Selasa lalu, sekali gus menyaksikan penahanan 51 orang termasuk anak kepada tiga menteri dan beberapa ahli perniagaan terkenal.

"Saya tidak akan membenarkan komplot politik dilakukan untuk menentang kerajaan. "Tiada siapa mempunyai hak untuk menggelapkan masa depan negara ini," kata Erdogan.

Sekurang-kurangnya 16 ketua polis di Istanbul dan 18 lagi di Ankara dipecat atas dakwaan rasuah, manakala 51 orang lagi ditahan kerana disyaki menerima atau memberi rasuah untuk beberapa projek pembangunan selain kesalahan penyeludupan emas dan penggubahan wang haram.

Antara suspek yang ditahan termasuk anak kepada Menteri Dalam Negeri, Muammer Guler; Menteri Ekonomi, Zafer Caglayan; dan Menteri Alam Sekitar, Erdogan Bayraktar.

Pihak polis turut merampas wang AS$4.5 juta (RM14.6 juta) yang disembunyikan di dalam kotak kasut di rumah seorang lagi suspek, Suleyman Aslan yang merupakan Ketua Eksekutif Bank milik kerajaan, Halkbank.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc berkata, operasi polis tersebut merupakan perang psikologi terhadap Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang dipimpin Erdogan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan dalang yang terlibat dalam operasi terbabit. "Saya percaya kesemua ahli politik dan ahli perniagaan yang ditahan itu tidak bersalah.

"Namun, kerajaan tidak akan teragak-agak menyingkirkan mereka jika didapati bersalah," katanya. Ketegangan politik semakin meruncing di Turki menjelang beberapa siri pilihan raya bermula tahun depan yang menjadi ujian penting kepada Erdogan selepas pergolakan antikerajaan yang berlaku pada Jun lalu. 

Operasi besar-besaran kelmarin mendedahkan keretakan dalam kepimpinan Erdogan terutamanya membabitkan perselisihan antara kerajaannya dan ulama berpengaruh, Fethullah Gulen yang mempunyai hubungan baik dengan polis dan badan kehakiman.

Fethullah yang merupakan bekas sekutu kepada Erdogan bagaimanapun menafikan dakwaan yang mengatakan beliau terlibat dalam operasi menentang kerajaan. - AFP (Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.55 am on Disember 20,2013.

Kaji menyeluruh kenaikan tol

Oleh KAMIL MASLIH, FIRDAUS ISMAIL dan 
MASZUREEN HADZMAN 
pengarang@utusan.com.my 
Reezal Merican,Mustapha Yaakub,Mohamad Ezam 
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Cadangan kenaikan kadar tol yang dikemukakan oleh kerajaan wajar dikaji semula secara menyeluruh memandangkan kesannya amat besar kepada masyarakat bandar.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, rakyat kini amat terbeban dengan sebarang kenaikan khususnya mereka yang terpaksa menggunakan laluan bertol.

Dalam konteks tol, menurut beliau, secara spesifik Barisan Nasional (BN) telah menjanjikan kepada rakyat di bawah tajuk ‘Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar’ untuk mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat. “

Saya menaruh keyakinan tinggi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melihat perkara ini dengan lebih komprehensif, apabila beliau mengumumkan ‘kos sara hidup’ sebagai agenda utama Akujanji, perkara itu pasti diberi perhatian oleh kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Reezal Merican menyeru Kementerian Kerja Raya supaya membuat kajian lebih holistik sebelum menandatangani konsesi tol baharu dengan mengambil kira kadar keuntungan bersesuaian kepada syarikat konsesi berkaitan.

“Antara lebuh raya baharu ini adalah Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke), Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan Lebuhraya Sungai Dua-Juru. “

Kesemua lebuh raya baharu ini mempunyai implikasi kewangan ‘harian’ kepada pengguna bandar, baik di Lembah Klang mahupun di Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, kerajaan seharusnya mendengar suara dan keluhan rakyat berbanding mengikut kemahuan dan kehendak pemegang konsesi yang hanya memikirkan keuntungan pemegang saham semata-mata.

“Kerajaan sebagai pemegang saham dalam syarikat konsesi itu juga perlu menggunakan budi bicara demi kebajikan majoriti rakyat yang telah menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor pula berkata, kerajaan seharusnya mengambil langkah tegas dan cepat untuk memperbetulkan orientasi dalam kalangan pembuat dasar supaya tidak mengambil jalan mudah menaikkan kadar tol dan perkhidmatan lain sehingga membebankan rakyat. “

Transformasi kerajaan bercirikan negara maju seharusnya lebih efisien dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jadi, janganlah mengambil jalan mudah sehingga rakyat yang terpaksa menanggung beban," tegasnya. 

Mengulas isu sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman meminta kerajaan meneliti semula manifesto PRU-13 lalu yang menjanjikan kesungguhan untuk menyediakan keperluan asas dan perkhidmatan pada harga berpatutan.

Beliau berharap Kerajaan Persekutuan akan melihat setiap intipati manifesto berkenaan yang memfokuskan untuk menangani peningkatan kos sara hidup. “Intipati utama pada PRU-13 lalu ialah mengurangkan kos sara hidup rakyat tetapi jika kerajaan menaikkan juga harga barang keperluan asas serta perkhidmatan, pastinya akan membebankan rakyat. “

Kalau kita naikkan kadar takrif elektrik, bercadang naikkan tol, bercadang naikkan tambang teksi, itu semua tidak selari dengan janji kita yang ingin mengurangkan kos sara hidup," katanya ketika ditemui selepas Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Nibong Tebal, hari ini.(Utusan online-dalam negeri ).Posted by abnmulya /Bakar Ninggalk.blogspot.com.at 10.12 am on Disember 20,2013.

Senator BN desak kerajaan banteras rasuah ,ketirisan sebelum bebankan rakyat

OLEH AMIN ISKANDAR, 
PENGARANG BERITA 
DECEMBER 19, 2013 LATEST UPDATE: 

Senator Ezam Mophd Noor
DECEMBER 19, 2013 06:51 PM.   Senator Ezam Mohd Noor (gambar) dari Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan untuk memerangi rasuah dan ketirisan dalam perbelanjaan negara sebelum membebankan rakyat jelata dengan kenaikan kos kehidupan.

Menurut Ezam yang merupakan timbalan ketua Umno bahagian Kota Raja itu, pimpinan kerajaan seharusnya mengambil langkah tegas dan cepat untuk memperbetulkan orientasi beberapa kalangan pembuat dasar akhir-akhir ini yang mengambil jalan mudah menaikkan tarif untuk selesaikan masalah mereka sekaligus membebankan rakyat.

“Tumpuan harus diberikan kepada soal ketirisan, suapan rasuah, rundingan perjanjian yang berat sebelah dan terlalu untungkan golongan korporat,” kata Ezam kepada The Malaysian Insider mengulas mengenai kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

“Sebagai ahli jawatankuasa rasuah saya mahu ada tumpuan khusus kepada soal rasuah dalam selesaikan masalah.” 

Menurut Ezam yang merupakan bekas Ketua Pemuda PKR itu, kerajaan yang bercirikan negara maju seharusnya lebih efisien dan canggih dalam merungkai masalah.

“Cara ini bukan cara sebuah kerajaan transfsormasi yang seharusnya lebih tangkas tangani masalah di samping mempertahankan kedudukan rakyat bawahan.

“Bukan dengan jalan mudah naikkan tarif dan minta rakyat tanggung beban,” kata Ezam dengan nada tegas. Menurut Ezam lagi, memerangi rasuah dan ketirisan lebih rumit berbanding keputusan menaikkan kadar tarif. 

“Tetapi itulah tanggungjawab kerajaan yang menggelar dirinya kerajaan transformasi.” Cadangan kenaikan tol diumumkan ketika Putrajaya baru sahaja mengumumkan kadar tarif elektrik baru serta cadangan untuk menaikkan kadar tambang pengangkutan awam di ibu kota.

Pada September, harga petrol RON 95 dan diesel dinaikkan sebanyak RM0.20. Tidak berapa lama selepas itu, kerajaan memansuhkan pula subsidi gula sebanyak RM0.34 secara serta merta semasa membentangkan Bajet 2014 pada Oktober.

Semalam Ahli Parlimen Kepala Batas daripada BN Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengingatkan semula kerajaan agar mengkaji semula cadangan kenaikan kadar tol kerana parti pemerintah itu semasa kempen Pilihan Raya 2013 lalu berjanji secara spesifik akan mengurangkan tol secara berperingkat.


Reezal mengulas kenyataan menteri yang mengatakan kenaikan harga tol akan berlaku di 13 lebuh raya bermula Januari 2014.


"Dalam konteks tol, di bawah tajuk 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar', untuk 'mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat'.


"Saya menaruh keyakinan bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) akan melihat perkara ini dengan lebih komprehensif.

 “Apabila Perdana Menteri umum 'kos sara hidup' sebagai agenda utama akujanji, ia pasti diberi perhatian oleh kerajaan," katanya.



Selain itu, Reezal turut menyeru Kementerian Kerja Raya membuat kajian lebih holistik sebelum menandatangani konsesi tol baharu pada masa akan datang. – 19 Disember, 2013.(The Malaysian Inside).Posted by abnmulya at 2136 hrs oln Disember 19,2013.

Friday, December 13, 2013

Saidatul Badru :Perjuangan PKR itu 'sampah'

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Perjuangan yang menyimpang daripada aspirasi kaum dan agama yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya adalah 'sampah' daripada perspektif orang Melayu serta bumiputera di Sabah.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Mohd. Said berkata, rakyat dari Negeri di Bawah Bayu itu semakin sedar bahawa parti berkenaan tidak mampu mengangkat kebajikan mereka lalu kembali menyokong UMNO.

Sehubungan itu, kata beliau, tindakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyifatkan pemimpin-pemimpin PKR negeri itu yang keluar parti sebagai 'kotoran parti' hanyalah untuk menyedapkan hatinya sendiri.

"Rafizi tidak perlu bongkak menggelar yang keluar parti macam-macam. Dia perlu bertanya kepada diri sendiri apakah dia yang sebenarnya sampah atau kekotoran kerana sehingga kini masih kekal dalam parti ketika orang lain sudah meninggalkannya.

"Siapa budak mentah Rafizi ini? Kami yang mempelopori PKR suatu ketika dahulu dan kami tahu betapa tersasarnya parti itu, Rafizi ini entah siapa tiba-tiba cakap begini. Apa yang dia tahu pasal perjuangan?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang menghina mereka yang meninggalkan PKR sebagai kotoran atau tidak ubah seperti najis seperti dipetik dalam portal Malaysia Today yang antara lain menyebut, Thank you for sucking away our dirt yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan beberapa ahli PKR, khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu baru-baru ini.

Pemimpin-pemimpin PKR negeri yang bertindak keluar parti itu ialah Akhmain Sabtu (Kudat); Anthony Mandiau (Kota Marudu); Juhani Abd. Halim (Silam); Mohd. Jun (Kalabakan); Mustapha Tambuyung (Kinabatangan) dan Lokman Ureh (Semporna) Mengulas lanjut, Saidatul Badru yang juga Yang Dipertua Persatuan Anak-anak Negeri Sabah (Perasa) Kuala Lumpur menjelaskan, Rafizi yang belum matang dalam selok belok politik di Sabah serta di seluruh negara perlu mencerminkan diri dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Tidak sedarkah Rafizi dan pemimpin PKR lain bahawa mereka yang keluar parti bukan dipecat, kami keluar kerana berasakan perjuangannya sudah menyimpang serta tidak menguntungkan kaum Melayu dan bumiputera di negara ini," katanya.

Perkara sama ditekankan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang menyifatkan Rafizi sebagai seorang budak hingusan dan masih bertatih semasa beliau dan pelopor-pelopor PKR yang lain berjuang lebih sedekad lalu.

"Rafizi jangan celupar, kami bekas pemimpin PKR keluar atas prinsip masing-masing. Siapa dia mahu cakap orang lain sampah atau kotoran sedangkan kita telah melalui rintangan sebelum ini?" soalnya.(Utrusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 8.50 am on Disember 14,2013.

Sedia berdepan Mat Sabu

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
 mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR 13 Dis. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak sedikit pun gentar dengan tindakan undang-undang yang mahu diambil oleh Mohamad Sabu berikutan pendedahan beliau dan pengesahan kementerian itu bahawa Timbalan Presiden Pas tersebut cenderung sebagai pengikut Syiah.

Sebaliknya beliau cukup bersemangat untuk bersemuka dengan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu di gelanggang mahkamah kerana yakin peluang tersebut dapat digunakan sepenuhnya untuk mendedahkan lebih banyak bukti penglibatan pemimpin nombor dua Pas itu dengan gerakan Syiah di Malaysia.

"Saya tahu kebenaran mengenai pendedahan ini (Syiah). Mat Sabu juga tahu kebenarannya dan begitu juga dengan pemimpin Pas yang lain. Kita ada bukti dan saya tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Mat Sabu mahu menyaman saya serta Kementerian Dalam Negeri. Saya bersedia untuk jumpa Mat Sabu di mahkamah.

"Sebab itu saya harap Mat Sabu tidak termasuk dalam golongan mereka yang bertaqiyyah meskipun memang itu sikap penganut Syiah. Islam hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kalau ada sesiapa di luar sana yang tersasar kembalilah ke landasan betul," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendedahkan, Kementerian Dalam Negeri tahu siapa pemimpin tertinggi Pas yang terlibat dengan gerakan Syiah dan menggesa parti itu menunjukkan komitmen serta keberanian politik untuk menolak individu berkenaan.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mengemukakan 10 maklumat yang didakwa dapat mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah antaranya gesaan Timbalan Presiden Pas itu agar umat Islam di negara ini mencontohi cara kepimpinan Imam Khomeini di Iran.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengulangi pendirian bahawa beliau tidak kisah dicerca, dikutuk atau dicaci pihak tertentu khususnya pemimpin Pas yang tidak senang dengan tindakan tegasnya memerangi gerakan Syiah kerana apa yang penting ialah keselamatan negara dan umat Islam perlu diutamakan.

Menurutnya, tiada guna apabila umat Islam di Malaysia sudah berpecah kepada Sunni dan Syiah sehingga berlaku pembunuhan seperti di Iraq, Pakistan dan beberapa negara Asia Barat lain baru pihak berkuasa hendak bertindak menangani ancaman berkenaan kerana pada ketika itu semuanya sudah terlambat.

"Sebab itu jangan lihat isu Syiah ini dalam konteks politik. Syiah ialah persoalan akidah dan keselamatan. Sebagai umat Islam kita kena mengikut ajaran sebenar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah tanpa sebarang kompromi. Begitu juga dalam aspek keselamatan kerana kita tidak mahu perpecahan berlaku," katanya.(Utusan online-dalam negeri).Posted  by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 8.34 am on Disember 14,2013.

Thursday, December 12, 2013

Harap Mat Sabu tidak 'bertaqiyyah'- Zahid



KUALA LUMPUR 12 Dis. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang disahkan cenderung serta terlibat dengan fahaman Syiah di negara ini agar tidak bertaqiyyah.
Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi

Dalam nada sinis, beliau berharap pemimpin nombor dua Pas itu tidak tergolong dalam kumpulan itu walaupun fahaman Syiah membenarkan pengikut mereka bertaqiyyah dengan berpura-pura menjadi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sindiran itu dibuat berikutan Mohamad atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' mendakwa beliau bukan pengamal fahaman Syiah tetapi pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah ketika menafikan pendedahan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2013, Sabtu lalu.

"Saya harap Mat Sabu tidak termasuk dalam kumpulan taqiyyah ini," katanya sinis sebagai menjawab pandangan Mohamad semalam bahawa propaganda anti-Syiah hanya bersifat sementara dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sebelum itu, Ahmad Zahid merasmikan Ekspo Buku 1Malaysia anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara dan menyampaikan Anugerah Buku Negara 2013 kepada para pemenang.

Mat Sabu
Sementara itu, Ahmad Zahid pada sidang akhbar sempena lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, hari ini berkata, tindakan yang diambil terhadap penganut fahaman Syiah bukan bersifat serangan terbuka tetapi kerana perkara itu perlu dibendung demi keselamatan negara.

Menurut beliau, kementeriannya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masing-masing bertindak mengikut peranan tertentu.

Jelas beliau, KDN bertindak atas alasan keselamatan negara yang ditimbulkan oleh penganut fahaman itu manakala Jakim dan pihak berkuasa agama negeri memantau aspek akidah.

"Isu Syiah ini bukanlah satu serangan terbuka terhadap penganut fahamannya atau pemimpin politik tertentu tetapi lebih menjurus kepada keselamatan negara.

"Jadi kalau nak berdialog, saya minta pihak terbabit buat dialog sendiri," katanya.

Beliau mengulas saranan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Datuk Saifuddin Abdullah yang mahu isu penularan fahaman dan ajaran Syiah ditangani secara toleransi iaitu dengan mengadakan dialog atau perbincangan, bukannya secara terbuka.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Bakar Ninggal. blogspot.com.at 12.06 am on Disember 134,2013.