Monday, March 31, 2014

Pindaan akta dikuat kuasa esok

KUALA LUMPUR 31 Mac - Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa bicara bagi tujuan pencegahan jenayah akan dikuatkuasakan Rabu ini selepas diwartakan esok.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penguatkuasaan undang-undang itu akan membolehkan polis melaksanakan operasi membanteras jenayah terancang dan berat secara lebih berkesan.

"Sebelum pelaksanaan akta ini kita beri taklimat kepada pihak penjara supaya mereka yang ditahan nanti diberikan latihan, kaunseling dan sebagainya," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik), Wan Junaidi berkata, akta itu bukan satu akta yang baharu tetapi digubal pada 1959 dan masih terpakai sehingga pada hari ini dengan pindaan dibuat pada tahun lepas.

Katanya, antara pindaan yang dibuat adalah memperkenalkan perintah tahanan dan penggunaan alat pemantauan elektronik (EMD) terhadap individu yang dikenakan perintah pengawasan polis.

"Walau bagaimanapun, elemen-elemen hak asasi manusia tetap diambil kira dalam pindaan yang dilakukan," kata beliau.

Menurutnya, pindaan terhadap akta tersebut bukan secara mutlak mempunyai elemen tahanan tanpa bicara kerana wujudnya unsur-unsur semak dan imbang.

"Ini kerana tidak ada lagi kuasa eksekutif menteri untuk mengeluarkan perintah pengawasan atau perintah tahanan, tetapi kuasa itu telah dipindahkan kepada sebuah badan bebas iaitu Lembaga Pencegahan Jenayah yang mana ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.(Utusan online-Parlimen).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at10.30 am on March 01,2014.

Tidak temui bukti aktiviti keganasan-Penyiasat

Sebahagian anak kapal Royal New Zealand Air Force P3 Orion mendengar taklimat sebelum berlepas ke kawasan pencarian pesawat MH370 di Pangkalan Udara Pearce, Perth, Australia, semalam. - AFP 

WASHINGTON 31 Mac - Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan, penyiasat tidak menemui sebarang bukti setakat ini bagi menunjukkan aktiviti keganasan merupakan punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 kira-kira tiga minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Risikan Dewan Perwakilan, Mike Rogers dan Pengerusi Jawatankuasa Risikan Dewan Senat, Dianne Feinstein berkata, mereka tidak melihat sebarang bukti menjurus kepada perbuatan khianat.

"Berdasarkan hasil siasatan, saya dapat menyimpulkan ia merupakan satu penerbangan biasa di mana berlaku sesuatu dan kesilapan," kata Rogers kepada rancangan temu bual Fox News Sunday.

Pegawai AS yang rapat dengan siasatan tersebut pada minggu lepas menyatakan, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memeriksa data daripada simulator penerbangan dan peralatan komputer lain digunakan oleh juruterbang MH370 namun tidak menemui apa-apa.

Rogers berkata, penyiasat AS akan menjalankan analisis forensik terperinci ke atas peralatan komputer ketika mereka meneruskan siasatan ke atas anak kapal dan penumpang pesawat tersebut.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran tindakan itu akan memakan masa yang panjang.

"Kita perlu bersabar... Hanya satu cara untuk mengetahui apa yang berlaku iaitu dengan menemukan bangkai pesawat dalam keadaan sebaik mungkin atau sempurna supaya siasatan forensik boleh dilakukan," katanya.

Feinstein turut mengemukakan pandangan sama dalam rancangan State of the Union terbitan CNN.

Apabila ditanya sama ada beliau menerima imej satelit yang mempunyai resolusi lebih tinggi berbanding yang didedahkan, Feinstein berkata, dia tidak melihatnya.

Beliau berkata, pegawai perisikan mungkin tidak mempunyai data tambahan untuk menawarkan kepada kerajaan Malaysia bagi membantu dalam usaha mencari MH370.

"Anda perlu faham bahawa perisikan AS tidak bersedia untuk memantau kemalangan pesawat. Ia bukan tanggungjawab kami. Tugas kami melibatkan keganasan dan pertahanan peluru berpandu dan keadaan seumpamanya," ujarnya. - REUTERS (Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya .blogspot.com. at 10.20 am on April 01,2014.

Misi menyelamat paling sukar di dunia--Pakar

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pakar misi menyelamat lautan dalam hari ini memberi amaran bahawa operasi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi iaitu perairan paling dalam dan bergelora di dunia akan menempuhi pelbagai cabaran.

David Mearns, pemilik Blue Water Recoveries iaitu firma penyelamat kapal karam paling berpengalaman di dunia dari West Sussex, England menggambarkan misi untuk menemui sebarang serpihan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) itu adalah amat sukar.

Beliau berkata, dasar laut sepanjang 1,800 kilometer dari Perth, Australia yang tidak dipetakan secara terperinci akan menyukarkan kebanyakan sistem menyelamat untuk menemukan sebarang serpihan Boeing 777 itu yang dipercayai tenggelam.

"Hanya sesetengah sistem mempunyai teknologi untuk pencarian sebesar kawasan itu dan hanya sebahagian kecil syarikat mempunyai kepakaran serta peralatan sesuai dalam pasukan mereka untuk melakukan misi ini," katanya seperti dilaporkan The Independent hari ini.

Mearns menjelaskan, kemungkinan MH370 berada dalam sebuah 'kotak' pencarian yang meliputi keluasan ratusan batu nautika menjadikannya kotak pencarian paling besar dalam sejarah operasi mencari dan menyelamat (SAR) setakat ini.

Beliau berkata, pencarian tersebut akan memakan masa berbulan-bulan dan mungkin mencecah bertahun-tahun.

"Mereka perlu meliputi semua kawasan jarak pesawat kemungkinan berada termasuk di dasar laut. Mungkin ada kalanya semua ini bergantung kepada nasib dan kesediaan peralatan yang digunakan," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjangkakan misi itu akan menjadi operasi pencarian paling mahal di dunia memandangkan matlamat jangka panjangnya adalah untuk menyiasat maklumat tentang punca pesawat itu hilang dari radar.

Beliau memberitahu, misi mendapatkan maklumat itu akan memakan masa sehingga dua tahun terutama bagi memuktamadkan segala fakta dan perkiraan.(Utusan opnline-Dalam Negeri).Posted by abnmulya at 10.10am on April 01,2014.

SAIFUDDIN YAKIN TEWASKAN AZMIN

Oleh HUSSAINI AMRAN 
hussaini.amran@utusan.com.my 

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR 31 Mac - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin mampu menewaskan Azmin Ali yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti April ini.

Saifuddin juga tidak akan memberi laluan mudah kepada Azmin kerana beliau menyertai pertandingan merebut jawatan nombor dua PKR itu dengan harapan untuk menang.

Malah, beliau percaya ahli-ahli PKR akan membuat penilaian berdasarkan kepada khidmat yang dicurahkannya sejak dari mula mengasaskan parti sehingga kini.

"Semua ada peluang, 500,000 ahli akan mengundi. Harapan bila masuk bertanding adalah hendak menang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saifuddin mengulas tentang peluangnya merampas jawatan Timbalan Presiden PKR yang disandang Azmin sejak 2010.
Tan Sri Abd.Khalid Ibrahim

Azmin turut dicabar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Datuk K. Ramachandran dan S. Murali.

Bagaimanapun, Saifuddin menafikan keputusan bertanding itu dibuat berikutan kedudukan Azmin di dalam PKR yang dikatakan agak goyah. 

"Tidak, masing-masing hendak berkhidmat untuk parti," ujarnya. Sementara itu, Tian Chua berkata, hasratnya bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden adalah selaras dengan amalan demokrasi dalam PKR.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut dan berjanji akan memberi penjelasan di dalam blognya esok.(Utusan online-politik).Posted by  abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.01 am on April 01,2014.

RUNDINGAN AS,RUSIA BERHUBUNG ISU UKRAINE GAGAL

Aktivis pro-Rusia bergelut dengan penyokong kerajaan sementara Ukraine di Odessa, Ukraine ketika John Kerry mengadakan pertemuan dengan Sergey Lavrov di Paris, Perancis berhubung krisis Crimea, kelmarin. - AFP 

PARIS 31 Mac - Amerika Syarikat (AS) dan Rusia gagal mencapai kata sepakat berhubung isu Ukraine selepas wakil kedua-dua pihak mengadakan pertemuan di sini, semalam dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry menggesa Moscow mengundurkan tenteranya.

Dalam pertemuan semalam, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, perbincangan dengan rakan sejawatnya dari AS, Kerry menunjukkan ‘kemajuan’ dan akan diteruskan. Lavrov berkata, kedua-dua pihak telah menyatakan pelan masing-masing bagi meredakan krisis tetapi masih gagal bersetuju tentang punca konflik di Crimea tercetus.

Jelasnya, pelan Moscow adalah untuk membenarkan sebahagian wilayah Ukraine menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi kedua dan diberi jaminan lebih kebebasan daripada Kiev.


"Rusia yakin bahawa fahaman persekutuan merupakan elemen penting dalam pembaharuan Perlembagaan yang mesti dilaksanakan oleh Kiev.

"Kita perlu mencari persetujuan dan tolak ansur antara wilayah-wilayah Ukraine," katanya kepada pemberita selepas pertemuannya dengan Kerry selama empat jam itu. Dalam pada itu, Kerry berkata,

Washington akan bekerjasama dengan kerajaan sementara Ukraine bagi memastikan hak golongan minoriti dan bahasa terjamin.

Bagaimanapun, beliau mendesak Rusia mengundurkan tentera di sempadan Ukraine dan sebarang perbincangan berhubung masa depan Ukraine perlu melibatkan pemimpin dari Kiev.

Usaha terbaharu tersebut diadakan selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin menghubungi Presiden AS, Barack Obama bagi mencari jalan penyelesaian krisis terburuk antara Barat dan Timur sejak era Perang Dingin. - AFP ( Utusan online-Luar Negara).Posted b y abnmulya at 9.41 am on Ap[ril
01,2014.

PM Australia pertahan pengumuman Najib penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi

ISNIN, 31 MAC 2014 12:04 
(WARTAWAN AGENDADAILY)
Perdana Menteri Australia,Tony Abbott bertemu  dengan anggota TUDM di Perth
Ketika segelintir waris penumpang MH370 warga China buat riuh mahukan Malaysia meminta maaf kononnya membuat pengumuman awal tanpa bukti yang kapal terbang MH370 itu 'berakhir' di Selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott tampil mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam hal ini.

Beliau menegaskan Najib tidak silap membuat kesimpulan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi berasaskan pelbagai petunjuk yang ada mengenainya.

"Himpunan bukti menunjukkan pesawat tersebut hilang dan ia hilang di satu tempat di selatan Lautan Hindi.

"Itu adalah gelombang bukti yang amat besar dan saya rasa Perdana Menteri Najib Razak amat berhak membuat kesimpulan itu, dan saya fikir sebaik kesimpulan itu dibuat, beliau bertanggungjawab mengumumkannya,” kata beliau selepas melawat tempat yang menjadi markas operasi penyelamat MH370 di Lapangan Terbang Tentera Udara Australia di Perth pagi Isnin.


Sebilangan lagi waris penumpang dari China yang tiba di negara ini pada Ahad menuntut bertemu Najib serta mendengar permohonan maaf darinya atas pengumuman tersebut.
Tony Abbott yang sempat bertemu dengan pasukan tentera Malaysia yang tiba di Perth untuk menyertai misi SAR itu turut berikrar pencarian MH370 akan diteruskan walaupun tindakan tersebut mengalami kesukaran.

Abbott berkata, usaha mencari akan diteruskan walaupun tiada serpihan ditemui di Lautan Hindi sejak lebih tiga minggu.

"Keadaan masih terlalu awal untuk mengurangkan usaha mencari," katanya.

Sementara itu, media milik kerajaan di China meminta rakyat negara itu menghadapi tragedi pesawat MH370 yang hilang secara 'rasional' selepas pelbagai dakwaan serong ahli keluarga penumpang yang menarruh harapan mangsa masih lagi hidup.

Menggunakan tajuk “Hadapi tragedi MH370 dengan rasional', akhbar China Daily milik kerajaan, hari ini memaparkan artikel editorial akhbar itu mengenai MH370. Akhbar itu berkata:

"Ia hampir nyata bahawa pesawat MH370 jatuh di Lautan Hindi dan tiada seorang di dalam pesawat terselamat."

"Kita tidak sepatutnya lagi menaikkan lagi perasaan marah mengenai fakta ini sebaliknya hadapi dengan rasional.

"Perkataan dan tingkah laku adalah dua perkara yang 'tidak banyak membantu' dan mereka yang terbabit perlu membuat persiapan untuk pengkebumian."

Akhbar itu juga menekankan bahawa ia memerlukan banyak masa untuk mendapatkan penemuan dan menganalisis data teknikal mengenai kejadian itu.

"Mengapa kita tidak bersabar dan menunggu sehingga mereka menjumpai bangkai pesawat dan mendapatkan bukti," tanya akhbar itu.

"Pendapat umum tidak sepatutnya menyalahkan pihak berkuasa Malaysia kononnya menyorokkan maklumat disebabkan sukarnya untuk menemui bahan bukti," kata akhbar itu.

Penulis artikel itu, Mei Xinyu adalah seorang penyelidik di Institut Kementerian Perdagangan dan amat dikenali sebagai pengalisis mengenai isu tuntutan perdagangan antarabangsa.-31/3/2014(Posted by abnmulya.blogspot.com.at 1735 hrs on March 31,2014.

Saintis dunia ramal pencarian MH370 akan gagal

OLEH DIYANA IBRAHIM
MARCH 31, 2014 
 Salah satu pesawat dari Tentera Udara Diraja Australia yang terlibat dalam misi pencarian MH370 tetapi saintis David Mearns meramalkan pesawat MAS itu tidak akan dijumpai. – Gambar fail.

Saintis David Mearns meramalkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac akan menemui kegagalan, berdasarkan kepada petunjuk sedia ada.

"Saya terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 berdepan kesukaran untuk menemukan rangka pesawat itu di dasar laut di selatan Lautan Hindi berdasarkan petunjuk yang ada," katanya dipetik daripada temuramahnya dengan China Central Television, Sabtu lalu.

Beliau berkata, tempoh pencarian yang kini sudah melebihi 20 hari akan menyebabkan rangka pesawat itu sudah pun dibawa arus lautan ke pelbagai arah yang tidak diketahui.

"Biarpun jika ada serpihan M370 yang dapat dibawa naik, mustahil untuk menjejak kapal tersebut," katanya. Mearns, yang juga pakar pencari kapal karam dari United Kingdom, berkata beliau turut berpendapat kotak hitam MH370 tidak mungkin dapat dijumpai walaupun pelbagai peralatan dan teknik sedia ada digunakan. 

Katanya, semua peralatan dan kemahiran itu masih tidak berupaya untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

"Satu-satunya cara untuk mendapatkan kotak hitam itu adalah dengan mencari dan menapis bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui," katanya.

Selain itu, beliau menjangkakan kos pencarian pesawat MH370 lebih tinggi dengan angka mencecah US$45 juta (RM147 juta), mengatasi kos pencarian Air France di Lautan Atlantik pada 2009.

"Pencarian MH370 memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan beratus juta dolar, memandangkan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pesawat MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi selepas 17 hari hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA pada jam 12.40 pagi.

Bagaimanapun, sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat belum menemui rangka atau serpihan pesawat MH370 di kawasan yang dikatakan itu iaitu di kawasan barat Perth, Australia di Lautan Hindi, berdasarkan kepada maklumat diperolehi daripada data satelit. – 31 Mac, 2014(Dari The Malaysian Insider).Posted by abnmulya.blogspot.com.at  1652 hrs on March 31,2014..

MH370: Media asing ada agenda

KUALA LUMPUR 31 Mac - Media asing dilihat mempunyai agenda yang tersurat apabila menghentam dan mengkritik keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menguruskan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

Serentak itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin mengingatkan anggota tentera tidak terbabit dan termakan hasutan agenda media asing tersebut.

"Kita menerima kecaman yang hebat daripada media-media di luar negara dan juga mengeksploitasikan keadaan yang dialami oleh waris-waris penumpang MH370.

"Percayalah ini adalah agenda media luar negara dan kita jangan sekali-sekali termakan hasutan agenda semua ini," katanya ketika berucap dalam majlis penutup Eksesais Pahlawan Siri 15/2014 di Kementerian Pertahanan di ibu negara hari ini.

Dalam sidang akhbar kemudian, Zulkifeli berkata, laporan-laporan yang dibuat oleh media asing adalah keterlaluan dan tidak benar.

"Saya berasakan laporan yang dibuat oleh setengah media asing adalah tidak betul, keterlaluan dengan tidak mengambil kira keadaan sebenarnya. ]

"Mereka tidak mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Malaysia kerana dalam keadaan tertentu tidak membolehkan kita melakukan sesuatu seperti menyampaikan maklumat," jelasnya.

Beliau berkata, Malaysia juga dituduh lewat menyampaikan maklumat sedangkan informasi yang dapati perlu disahkan terlebih dahulu dan kadang-kala memerlukan tindakan bersendirian. - Utusan online-Dalam Negeri.(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 1642 hrs on March 31,2014).

Ibu seorang penumpang MH370 yakin anaknya selamat

BERA 30 Mac - "Saya yakin anak saya masih hidup," kata Normah Jaafar, ibu kepada Khairul Amri Selamat, seorang daripada 239 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Bagi ibu tunggal berusia 56 tahun ini, selagi belum ada bukti sahih tentang nasib pesawat itu, selagi itu beliau yakin anaknya yang mesra dengan panggilan 'adik' masih selamat.

"Saya tidak pernah bermimpi apa-apa pun setakat ini, kerana itu sebagai seorang ibu, hati kecil ini kuat mengatakan beliau masih selamat," katanya yang ditemui semasa menerima lawatan Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menurutnya, sejak kehilangan pesawat itu, setiap hari jugalah apabila pukul 5.30 petang, dengan penuh harapan beliau akan menanti panggilan daripada anak bongsunya itu.

Ini kerana kelazimannya pada waktu itulah, anaknya akan membuat panggilan telefon untuk bertanya khabar setiap kali anaknya pulang dari kerja.

Normah berkata, beliau teramat merindui anaknya daripada tiga beradik itu dan mengharap sesuatu keajaiban akan berlaku.

Menurutnya, berikutan kejadian itu juga kesihatan cucunya Mohd Airil yang berumur 1 tahun 4 bulan yang merupakan cahaya mata pertama Mohd Khairul Amri hasil perkahwinannya dengan Erni Artila Mustafa, 29, turut terganggu kerana terlalu rindukan ayahnya.

Ismail Sabri pula berharap keluarga tersebut akan terus tabah selain melakukan solat hajat dan memperbanyakkan doa supaya usaha mencari pesawat tersebut dipermudahkan yang maha kuasa.

"Sebagai orang Islam kita kena banyak bersabar, mohon doa dan solat hajat agar diberkati Allah serta dipermudahkan operasi mencari serta menyelamat yang kini sedang giat dilakukan.

"Dalam masa yang sama, kita juga perlu meneruskan kehidupan seharian dan menjaga kesihatan serta makan minum. Jika sakit, ia akan menyulitkan lagi keadaan," katanya yang mengunjungi Normah di Taman Kerayong Makmur. - BERNAMA(Utrusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.Com.at1614 hrs on March 31,2014.

Sunday, March 30, 2014

Keluarga ,sahabat juruterbang MH370 nafi laporan Daily Mail

Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad Shah malam tadi berhubung laporan akhbar tabloid Britain itu juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat hilang pada 8 Mac.

Keluarga juruterbang MAS,Kapten Zaharie Ahmad Shah
 menafikan ditemuibual akhbar tabloid Britain,Daily Mail
yang menyiarkan berita  kapten itu mengalami gangguan
fikiran sebelum menerbangkan MH370.Gambar fail
Juruterbang Malaysia Airlines itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya.

Akhbar tabloid Britain itu sebelum ini melaporkan Kapten Zaharie yang bekerja dengan Malaysia Airlines selama 33 tahun dan pernah menerbangkan pesawat selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah peribadi dan merupakan penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar.

“Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda,” tulis anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya malam tadi.

Akhbar tabloid itu versi Ahad, The Mail melaporkan semalam, isteri Kapten Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan dikatakan memberitahu penyiasat suaminya menyepikan diri dan menghabiskan masa bersendirian di bilik tidur mereka.

Sudah lebih tiga minggu sejak pesawat MH370 hilang dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, dan penyiasat di Malaysia mengesyaki pesawat mungkin melencong daripada laluan asalnya dengan sengaja. 

Pesawat dipercayai terbang beratus batu melepasi selatan Lautan Hindi dan kehabisan minyak sebelum terhempas ke dalam lautan. 

Masih belum ada bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui setakat ini. Tabloid tersebut mendakwa mereka bercakap dengan isteri dan anak perempuan kepada juruterbang berusia 53 tahun itu dan kedua-duanya mengatakan beliau terganggu dan menyepikan diri beberapa minggu sebelum pesawat hilang.

Tetapi satu emel yang dihantar kepada The Malaysian Insider menafikan ahli keluarga juruterbang itu bercakap kepada Daily Mail.

Selain daripada anak lelaki Kapten Zaharie, tiada sesiapa daripada keluarganya yang pernah bercakap kepada media.

Menurut akhbar Britain itu, tiada nota bunuh diri ditinggalkan dan motif ditemui, tetapi polis akan terus menyiasat latar belakang juruterbang itu dan apakah keadaan mentalnya sebelum penerbangan menjadi faktor.

Menurut The Mail pada Ahad, soal siasat polis dengan ahli keluarga mengesahkan juruterbang yang tinggal dengan keluarganya di kawasan perumahan mewah itu tidak mempunyai masalah kewangan. – 31 Mac,(Dari The Malaysian Insider).Posted by abnmulya .blogspot.com.at 9.16 on Marchy 31,2014. 2014.

(RBA) Red Bean Army umpan media asing burukan negara

Oleh ADLINAHANI KHALIL
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 30 Mac - Tindakan tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) yang semakin melampau memperlekeh dan mempolitikkan usaha kerajaan dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terus dikecam oleh pelbagai pihak.

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, RBA boleh disifatkan seperti 'pakar memutarbelitkan fakta' dan sering membuat spekulasi yang boleh mencetuskan kekeliruan berhubung situasi sebenar.

Beliau berkata, isu MH370 bukanlah isu tempatan kerana melibatkan beberapa negara lain termasuk China dan Amerika Syarikat (AS).

"Cerita serta maklumat yang disebarkan oleh RBA adalah tidak munasabah dan perkara itu secara tidak langsung boleh mengganggu operasi mencari MH370 oleh pihak berkuasa.

"Perbuatan itu turut mengganggu emosi dan perasaan ahli keluarga penumpang yang sehingga kini masih menunggu berita sahih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan RBA yang berterusan memperlekeh dan mempolitikkan usaha kerajaan dalam mencari pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Selain itu, Mohd. Nazmi menyatakan bahawa RBA sengaja mencipta pelbagai cerita palsu dan spekulasi hanya kerana ingin melahirkan rasa tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, niat jahat RBA untuk memburukkan kerajaan turut diperluaskan dengan menyokong laporan media asing yang memperlekehkan usaha negara dalam operasi mencari MH370.

"Disebabkan terlalu ghairah untuk menjatuhkan kerajaan, RBA sanggup menghasilkan pelbagai cerita tidak masuk akal untuk mengumpan media asing mengkritik Malaysia.

"Hal itu secara tidak langsung akan menambah kebencian pihak tertentu yang sememangnya ingin memburukkan imej negara," ujarnya.

Bagaimanapun, Mohd. Nazmi berkata, sikap profesional dan kecekapan negara dalam menangani isu MH370 secara tidak langsung dapat menghalang niat jahat RBA daripada memburukkan keadaan.

"Langkah efisien yang diambil dalam operasi mencari MH370 harus diberi pujian dan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab tidak berhak mengkritik usaha tersebut," jelasnya.(Utusan on line-Dalam Negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 8.50 am on March 31,2014.

Objek ditemui disahkan sampah

KAPAL Australia HMAS Success membawa peralatan maritim dan alat pengesan di dasar laut bersiap sedia di pelabuhan angkatan laut HMAS Perth, Australia, Semalam. 

SYDNEY 30 Mac - Beberapa objek yang ditemukan di Lautan Hindi disahkan bukan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, objek terbabit yang dipungut oleh kapal China dan Australia dikenal pasti sebagai peralatan untuk menangkap ikan atau sampah.

Bagaimanapun, AMSA tidak menyatakan jumlah atau lokasi tepat objek berkenaan ditemukan. Sementara itu menurut AMSA, operasi mencari pesawat MH370 yang memasuki hari ke-23 hari ini memberi fokus di kawasan seluas kira-kira 319,000 kilometer (km) persegi berpandukan hasil analisis lebih terperinci para penyiasat nahas kapal terbang.

Katanya, mengikut perancangan, 10 buah pesawat terlibat dalam gerakan mencari di kawasan kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth. Lembaga itu juga berkata, semua kapal di kawasan mencari ditugaskan mengesan dan mengenal pasti objek yang dilihat pesawat sejak dua hari lalu.

"Cuaca di kawasan mencari diramal menjadi lebih buruk hari ini dengan hujan renyai dan awan rendah tetapi operasi mencari dijangka diteruskan," katanya.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 239 penumpang hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lalu mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Menurut AMSA, pesawat yang mengambil bahagian hari ini adalah dari Australia, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika dan Malaysia serta sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyelaras komunikasi.

Kapal Australia HMAS Success, kapal Pentadbiran Keselamatan Maritim China Haixun 01, kapal Biro Penyelamat China Nan Hai Jiu dan kapal tentera laut China Jinggang Shan tiba di kawasan mencari semalam.
"Enam lagi kapal akan tiba di kawasan itu hari ini," kata kenyataan itu. Katanya, kapal frigat kelas ANZAC HMAS Toowoomba meninggalkan Perth petang semalam dan dijangka tiba di kawasan mencari dalam masa tiga hari.

"Kapal ADV Ocean Shield pula dijadual berlayar dari Perth lewat hari ini setelah dipasang alat pengesan kotak hitam dan kenderaan bawah air," kata AMSA. - DPA, BERNAMA (Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnbmulya.blogspot.Com.at 8.40 am on March 31,2014.

Pengundi Melayu perlukan 68%

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA 
mohdasron.mustapha@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 30 Mac - Sokongan orang Melayu akan terus menjadi teras atau kunci utama kesinambungan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa menidakkan kepentingan sokongan kaum-kaum lain terutama pengundi Cina.
Datuk Ahmad Maslan,
Ketrua Penerangan Umno Malaysia

Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, adalah penting untuk mendaftar semua pengundi Melayu yang layak kerana pada masa ini cuma 60 peratus yang berdaftar walaupun orang Melayu membentuk 68 peratus daripada penduduk negara ini.

Katanya, daftar pengundi Cina pada masa ini pula lebih tinggi iaitu 32 peratus walaupun mereka merupakan 24.7 peratus daripada keseluruhan penduduk.

"Baki lapan peratus yang sepatutnya diisi orang Melayu itu telah beralih kepada kaum Cina kerana sebaik sahaja layak mengundi pada umur 21 tahun, mereka terus daftar," katanya ketika berucap dalam Majlis Penutup Konvensyen UMNO Bahagian Batu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad menambah, UMNO juga perlu mengambil tanggungjawab menyatukan seluruh orang Melayu terutama golongan yang berada di atas pagar agar mereka menyokong kerajaan tetapi langkah tersebut perlu dimulakan dari dalam parti terlebih dahulu.

Jelasnya, walaupun perkara itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan berikutan orang Melayu kini sudah berpecah kepada beberapa parti, UMNO tidak boleh berputus asa kerana keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah memberi pengajaran cukup berguna.

"Orang Melayu dan bumiputera selaku kaum majoriti juga mesti terus dibantu terutamanya dari segi bantuan modal perniagaan dan pendidikan kerana kita masih ketinggalan dalam banyak aspek berbanding kaum lain. Tanggungjawab ini perlu berterusan dan jangan bermusim," katanya.

Menyentuh mengenai usaha menawan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini menjadi milik pembangkang, beliau berkata, BN perlu menjaga kubu sendiri terlebih dahulu sebelum merampas satu persatu kerusi di bawah pembangkang.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, keyakinan untuk menawan kerusi pembangkang adalah tinggi kerana sokongan pengundi terhadap BN meningkat dalam empat pilihan raya kecil di Sungai Limau, Kedah; Kuala Besut, Terengganu; Kajang, Selangor dan Balingian, Sarawak.

"Kuala Besut dan Balingian kita menang dengan majoriti lebih besar. Di Sungai Limau dan Kajang walaupun kalah, BN berjaya menurunkan undi majoriti pembangkang manakala undi kita meningkat, menunjukkan sokongan rakyat bertambah hanya dalam beberapa bulan sahaja," ujarnya.(Utusan online-Politik).Posted by ab nmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com,at 8.26 am on March 31,2014.

ANAK PEREMPUAN KETUA PRAMUGARA MASIH MENARUH HARAPAN

Maira Elizabeth anak kepada ketua pramugara Andrew Nari
                                                   
PUTRAJAYA 30 Mac - Maira Elizabeth, anak perempuan ketua pramugara Andrew Nari yang berada dalam pesawat MH370, masih menaruh harapan walaupun langsung tiada perkhabaran mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu berada.

Gadis berusia 18 tahun itu, apabila menjawab mesej daripada peminat dalam laman twitternya @MairaElizxbeth- berkata: "saya sihat, kami tidak apa-apa," "Saya okay" , "Saya baik, terima kasih."

"Saya okay. Saya percaya mereka dalam keadaan baik. Jadi, saya okay," kata Maira dalam laman twitternya hari ini, masuk hari ke-23 operasi pencarian bagi menjejaki pesawat Boeing 777-200 itu yang hilang pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Maira sentiasa mengemaskini laman twitter mengenai bapanya sejak pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbangsa Antarabangsa KL menuju Beijing pada 8 Mac.

Beliau mewujudkan akaun twitter baharu semalam selepas akaun lamanya, @Gorgxous- digantung. Beliau mempunyai lebih 2,000 peminat sekarang. Daripada laman twitternya, Maira menunjukkan sikap lebih positif terhadap tragedi itu.

"I orang biasa je la. Makin kita membesar, makin kita mempelajari erti kehidupan" "Saya mempunyai kelapangan sekarang. Sebab itu saya boleh menjawab mesej daripada setiap peminat," kata Maira dalam laman twitternya. - BERNAMA(Utuasan online-Dalam Negeri)  Postyed by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1943 hrs on March 31,2014.

Anwar cabar Wab Azizah jawatan Pesiden PKR

KUALA LUMPUR 29 Mac - Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan diadakan Mei ini bakal menyaksikan pertarungan menarik bagi kerusi Presiden, apabila penyandangnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dicabar oleh suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datin Seri Dr.Wan Azizah Ismail 
Sehingga tempoh pencalonan ditutup pada pukul 5 petang di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, hanya Dr. Wan Azizah dan Anwar menyerahkan borang bagi merebut jawatan tersebut.

Keadaan itu menimbulkan persoalan, apakah pertembungan itu
benar-benar akan berlaku atau ia sekadar satu lagi sandiwara politik oleh PKR dalam usaha memastikan jawatan presiden tidak dikuasai oleh individu lain.

Pemerhati politik melihat, langkah Dr. Wan Azizah untuk mempertahankan jawatan itu dengan dicabar oleh Anwar sebagai 'insurans' memandangkan Anwar masih dalam peringkat rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadi, Saiful Bukhari Azlan.

Pada 2007, Dr. Wan Azizah turut bertanding bersama Anwar bagi jawatan yang sama dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu bertindak sebagai 'insurans' kerana Anwar yang baru sahaja dibebaskan dari penjara mempunyai larangan lima tahun daripada aktif berpolitik.
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, penyandangnya, Azmin Ali yang dianggap tidak sehaluan dengan Dr. Wan Azizah bukan sahaja akan berhadapan dengan 'musuh ketat politiknya' iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi juga empat calon lain.

Mereka ialah Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution, K.Ramachandran dan S.Murali.

Kerusi Naib Presiden pula menyaksikan perebutan oleh 15 calon termasuk penyandangnya iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman dan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Antara mereka yang mencuba nasib bagi merebut jawatan itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Untuk jawatan Ketua Wanita PKR pula, penyandangnya, Zuraida Kamarudin akan berdepan satu lawan satu dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Roziah Ismail.

Jawatan Ketua Pemuda yang dikosongkan oleh Shamsul Iskandar akan direbut oleh tiga calon iaitu ADUN Seri Setia yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Batu Caves, Amirudin Shaari dan Nazri Yunus.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1900hrs on March 3O,2014.

Friday, March 28, 2014

Terdapat petunjuk baharu

MELBOURNE 28 Mac — Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata, terdapat satu petunjuk baharu yang boleh dipercayai dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang hampir tiga minggu lepas.

Laporan media Australia berkata, Abbott telah diberi taklimat mengenai analisis data terbaharu radar yang membuatkan pihak berkuasa memindahkan kawasan carian 1,100 km ke timur laut, berikutan makluman terbaru daripada pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.

Zon pencarian kini seluas kira-kira 319,000 kilometer persegi dan 1,850 km ke barat Perth. Analisis itu datang dari data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum perhubungan dengan MH370 terputus.

"Ini adalah petunjuk baharu yang boleh dipercayai dan akan diperiksa dengan teliti," Abbott berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, ia menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju daripada anggaran sebelumnya, menyebabkan peningkatan penggunaan bahan api dan mengurangkan kemungkinan jarak perjalanannya ke selatan Lautan Hindi.

"Kemungkinan laluan penerbangan itu boleh menjadi subjek untuk dihalusi lagi sementara pasukan penyiasat antarabangsa yang membantu pencarian itu meneruskan analisis mereka," kata AMSA dalam satu kenyataan. Australian Geospatial-Intelligence Organisation pula sedang menyusun semula tugas satelit-satelit bagi mendapatkan imej di kawasan baharu itu.

Pencarian pesawat itu ditangguhkan dua kali dalam minggu ini kerana cuaca buruk tetapi keadaan cuaca bertambah baik pagi Jumaat dengan pesawat-pesawat mula berlepas dari Pangkalan Pearce Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dekat Perth, selepas pukul 6 pagi.

Operasi pada hari ini disertai sembilan pesawat tentera, termasuk dua P3 Orion RAAF, sebuah jet Pengawal Pantai Jepun, sebuah P3 Orion Jepun, sebuah P3 Orion dan sebuah C130 Hercules Korea Selatan, sebuah P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 China dan sebuah P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat.

Enam kapal sedang menuju ke kawasan pencarian baru itu, terdiri daripada HMAS Success dan lima kapal China. - BERNAMA ( Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya.blogspot.com at 8.31 am on March 29,2014.

POLITIK 'BATERI 3A' PKR-EZAM

KUALA LUMPUR 24 Mac - Rakyat Selangor kini terjerat dengan politik 'bateri 3A' yang dicaturkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali.
Ezam Mohd Noor

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Ezam Mohd. Noor berkata, politik seumpama itu amat berbahaya memandangkan tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan semula kuasa yang hilang dan habuan politik semata-mata.

"Percaturan politik kuasa akan terus berlaku dalam PKR dan Selangor khususnya memandangkan Selangor satu-satunya negeri yang mereka berkuasa dan boleh mencatur. Sebab itu Selangor sehingga hari ini tiada rancangan ekonomi yang konkrit.

"Kita seharusnya sekarang tumpukan kepada soal ekonomi. Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui proses transformasi ekonomi yang paling rancak tahun ini dan ia dilakukan untuk menampilkan ekonomi mantap demi kesejahteraan rakyat hari ini dan zaman mendatang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung masa depan rakyat Selangor di bawah PKR selepas parti tersebut berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang semalam dengan majoriti lebih rendah iaitu 5,379 undi berbanding 6,824 pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan, proses memantapkan ekonomi memerlukan tumpuan serta dukungan rakyat yang celik ekonomi dan mampu menjadi pemain utama dalam proses tersebut.

Katanya, semua pihak perlu ke arah itu dan meninggalkan politik peribadi melampau berkenaan kepada PKR terutama 'kepimpinan 3A' yang jelas masih pada takuk lama sejak 1998.

"Rakyat khususnya orang Melayu sepatutnya tinggalkan sentimen sempit berlegar soal masalah dan matlamat peribadi seorang pemimpin yang terbabas jauh ke jurang kehancuran. Malaysia sebagai negara tidak terbabas, negara di landasan betul untuk menjadi negara Islam maju dan berdaya saing," katanya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Pembangunan Integrasi Nasional PKR, Prof. Dr. Mohammad Fairus Khairuddin berkata, kehadiran Wan Azizah di Selangor merupakan rancangan Anwar untuk meletakkan 'mata dan telinganya' dalam pentadbiran negeri.

"Kebarangkalian untuk Wan Azizah diangkat menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, saya tidak yakin kerana agak mustahil memandangkan sentimen atau polemik yang bakal dicetuskan.

"Jika Menteri Besar seorang wanita akan mengundang pelbagai kontroversi terutama dari sudut adat setempat dan agama," katanya.( Utusna online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 8.12 am on March 29,2014.

Monday, March 24, 2014

Penerbangan MH37 dusahkan berakhir di Selatan Lautan Hindi,umum Najib

MARCH 24, 2014 
LATEST UPDATE: 
MARCH 24, 2014 11:05 PM 

Seorang anggota keluarga penumpang MH370 tidak dapat menahan emosi dan terjatuh di sebuah eskalator di Hotel Lido, Beijing, selepas mendengar pengumuman terbaru yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines tersebut telah berakhir di sebuah kawasan terpencil di Lautan Hindi. - Gambar Reuters, 24 Mac, 2014. 

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Najib berkata, pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.

"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan. "Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung. 

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan berita pengesahan 
lokasi terakhir pesawat MH370 di PWTC, malam tadi. Gambar Malaysian
 Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac,2014.
Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan berita pengesahan lokasi terakhir pesawat MH370 di PWTC, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014.

Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan berita pengesahan lokasi terakhir pesawat MH370 di PWTC, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014.

Dalam kenyataan ringkasnya, Najib berkata butiran terperinci akan diumumkan pada sidang media esok. Tambahnya, maklumat terbaru ini dikongsi awal kepada umum untuk menunjukkan komitmen pihak berkuasa Malaysia kepada keterbukaan dan atas rasa hormat terhadap anggota keluarga yang terlibat.

Najib juga memaklumkan bahawa anggota keluarga sudah diberitahu mengenai perkembangan tersebut. "Bagi mereka, beberapa minggu yang lalu amat menyayat hati.

Saya faham berita ini lebih sukar diterima. Saya menyeru pihak media menghormati privasi mereka, dan memberi mereka ruang menghadapi saat-saat sukar ini," kata Najib.

Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan rancangan sedang diatur bagi menerbangkan mereka dengan pesawat khas ke Australia, menurut laporan Sky News.

Sumber yang dipetik Sky News berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, selepas beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Manakala BBC memetik khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh MAS kepada keluarga terlibat, yang memberitahu bahawa tiada penumpang yang terselamat.

"Dengan penuh rasa kesal, Malaysia Airlines percaya bahawa tidak syak lagi MH370 hilang dan tiada yang terselamat,"‎ kata SMS sepertimana dipetik badan penyiaran Britain itu.

Petang tadi, Putrajaya mengesahkan pasukan penyelamat Australia sedang bergegas ke sebuah kawasan terasing di lautan untuk cuba mendapatkan serpihan yang dilihat sebelumnya.

Serpihan yang berbentuk bulatan dan segi empat itu merupakan peninggalan pertama penerbangan MH370 yang ditemui setelah 17 hari usaha mencari dan menyelamat yang paling besar pernah diadakan untuk sebuah pesawat.

Misi pencarian pesawat MH370 merupakan yang paling lama dalam sejarah penerbangan awam moden. Rekod tempoh pencarian sebelum ini adalah 10 hari iaitu dalam nahas Boeing 737-400 milik PT Adam Skyconnection Airlines, yang hilang di perairan Sulawesi pada 1 Januari, 2007. - 24 Mac, 2014.(The Malaysian Insider).Posted by abnmulya.blogspot.com.at 2348 hrs on March 24,014.

Sunday, March 23, 2014

Cubaan usir askaar Ukraine

Beberapa penduduk awam yang ketakutan, diiringi anggota tentera pro-Rusia ketika satu serbuan dilancarkan ke atas sebuah Pangkalan Tentera Udara Ukraine di bandar Belbek, Crimea, berhampiran Sevastopol, kelmarin. - REUTERS  

SIMFEROPOL 23 Mac - Tentera Rusia menggunakan kende­raan berperisai, senjata automatik dan bom tangan ketika menawan sebuah pangkalan Tentera Udara Ukraine di Crimea, semalam, sehari selepas wilayah itu menjadi milik Moscow.

Askar Ukraine turut dilapor meninggalkan sebuah pangkalan tentera lautnya selepas diserang penunjuk perasaan pro-Rusia selain menyerahkan dua kapal perang kepada tentera Rusia. Dalam kejadian di Pangkalan Tentera Udara Belbeck, Reuters melaporkan, tentera Rusia menggunakan kenderaan berperisai untuk memusnahkan tembok sebelum bunyi tembakan dan letupan bom tangan kedengaran.

Sebelum ini, tentera Rusia telah menawan lapangan terbang Belbeck dan pesawat perang ketika krisis di Crimea baru bermula.

Pangkalan tentera terbabit mempunyai berek, depot simpanan senjata dan sebuah pusat kawalan. Kolonel Yuliy Mamchur yang merupakan komander pangkalan itu berkata, seorang askar Ukraine cedera dalam serangan mengejut tentera Rusia dan beliau dibawa ke lokasi rahsia untuk disoal siasat.

Jelasnya, pangkalan tersebut merupakan lokasi utama simpanan senjata oleh askar Ukraine. Sementara itu, Pangkalan Tentera Laut Ukraine di Novofedorovka, dekat Sevastopol dikosongkan selepas penunjuk perasaan pro-Rusia cuba mengusir askar Ukraine yang ditempatkan di situ.

Jurucakap tentera Ukraine, Vladislav Seleznyov dalam kenya­taannya berkata, tentera Rusia turut menawan sebuah kapang perang, Slavutich, yang dihalang meninggalkan pelabuhan terbabit.

“Satu-satunya kapal selam Ukraine, Zaporizhya turut ditawan oleh tentera Rusia, kelmarin," jelas kenyataannya yang disiarkan melalui laman sosial Facebook. - REUTERS( Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya.blogspot.com. at 10.10 am on March 24,2014.

PKR pertahan DUN Kajang

Wan Azizah Wan Ismail memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang dengan majoriti 5,379 ketika diumumkan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

HULU LANGAT 23 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti lebih rendah iaitu 5,379 undi berbanding 6,824 pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon PKR yang juga Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memperoleh 16,741 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang meraih 11,362 undi manakala sebanyak 176 undi ditolak.

Keputusan tersebut diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman pada pukul 9 malam ini di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi di sini.

Peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Kajang juga merosot kepada 72 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 34,290 pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka pada PRU-13.

Berdasarkan keputusan itu, hasrat PKR untuk mencatat kemenangan luar biasa termasuk menghilangkan deposit Mei Fun yang dianggap calon 'underdog' juga gagal.

Kemenangan PKR itu tidak mengubah kedudukan kerusi DUN Selangor dengan menguasai 14 kerusi dan BN kekal dengan 12 kerusi manakala dua lagi parti yang tidak bertanding iaitu Pas serta DAP memiliki 15 kerusi.

Yang hadir meraikan kemenangan itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan beberapa pemimpin pembangkang lain. 

PRK itu diadakan selepas penyandangnya daripada PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Januari lalu untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Hasrat Anwar bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia disabitkan bersalah atas kesalahan meliwat oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu sekali gus menyebabkannya hilang kelayakkan. Pada PRU-13, Chin Cheh menang dengan majoriti 6,824 selepas mendapat 19,571 undi mengatasi calon BN, Lee Ban Seng yang meraih 12,747 undi.

Turut bertanding pada PRU-13 ialah calon parti Berjasa, Mohamad Ismail yang menerima 1,014 undi manakala tiga calon Bebas, Ir. Mohd Iwan Jefry Abdul Majid, Ong Yan Foo dan Mohd. Khalid Kassim masing-masing mendapat 249, 85 dan 83 undi.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya.blogspot.com.at 9.28 am on March 24,2014

Saturday, March 22, 2014

Keputusan (PRK) DUN Kajang : Ujian pertama dan penting bagi Presiden baharu MCA.

Calon yang bertanding di (PRK) dun Kajang ialah,dari kiri Datin Paduka Chew Mei Fun,Naib Presiden MCA yang baharu dan Datuk Seri Datin Dr.Wan Azizah Wan Ismail, Presiden (PKR).Pada malam ini akan diketahui siapakah yang akan menang dan siapakah yang akan kalah? Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menannag? Tidak menang semua dan yang kalah pun tidak kalah semua.Hari esok masih ada....teruskanlah perjuangan.


 Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
March 23,2014 at 4.14 pm.


Mulai jam 8 pagi ini proses mengundi bagi rakyat di DUN Kajang untuk memilih wakil rakyat mereka yang baharu telah berjalan dengan lancar.

Setakat jam 10 pagi SPR telah melaporkan sebanyak 8,453 orang pengundi iaitu, sebanyak (22.6%) penguni di DUN tersebut telah selesai menjalankan tugasnya menggunakan kuasanya sebagai raja di hari ini,bersamaan pada hari (Ahad ,23 hb.March 2014).

Pengerusi SPR Datuk Abd.Aziz Mohd Yusof berkta,jika proses penjumlahan undi berjalan lancar keputusan PRK DI dun Kajang akan dapat diumukan pada jam 9.malam ini.

 Mereka mengundi,untuk memilih,siapakah di antara dua calon yang bertanding itu akan dinobatkan sebagai wakil rakyat baharu mereka di (DUN) Kajang itu sendiri akibat kerusi tersebut telah di kosongkan oleh calon (PKR) Encik Lee Chin Cheh pada tanggal 27 hb.January 2014
 Tugas Presiden MCA yang baharu
 Datuk Liow Tiong Lai sanagat

 mencabar untuk menghadapi (PRK )
di DUN  Kajang.

Keputusan drastik yang telah dilakukan oleh Encik Lee Chin Cheh itu? Semua rakyat Malaysia dah tahu dah....Semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan DUN tersebut.

Jika menang? Datuk Seri Anwar Ibrahim di war-warkan akan dianmgkat oleh parti "Pakatan Rakyat" menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

PERANCANGAN ALLAH SWT., ITU MAHA HEBAT

Akibat Mahkamah Rayuan,pada 7 hb.March 2014 telah menjatuhkan hukuman 5 tahun  penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahgim atas kesalahan meliwat bekas pembantu pribadinya.

Maka strategi politik yang diatur oleh Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat itu,dilihat tidak kesampaian.

Jika mereka tahu bahawa Mahkamah Rayuan akan lebih cepat menjatuhkan hukuman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Sudah pasti,wakil rakyat DUN Kajang,Encik Lee Chin Cheh,tidak akan meletakkan jawatan secara drastik sebagai wakil rakyat di DUN Kajanag yang telah dimenanginya pada PRU ke-13 pada tanggal 05 hb.Meri 2013.

Kita selaku hamba Allah yang lemah ini hanya mampu merancang,tetapi Allah swt yang menentukanya.Tanpa izin dan restu dari Allah swt maka apa sahaja yang kita lakukan pasti akan gagal.
Datin Paduka Chew Mui Fun sedang membuat lawatan di Pusat Mengtundi di SRJK di Sungai Chua,Kajanag pad apagi ini.
Pada PRU ke-12 dan PRU 13 dulu.Baik kerusi  di Parlimen dan kerusi di DUN Kajang telah dimenangi oleh parti pembangkang.  Faktor inilah membuatkan Dautk Seri Anwar Ibrahim berani hendak bertanding di sana.Malangnya beliau kini tidak boleh bertanding.
Sebagai hamba Allah yang lemah longlai! Kita hanya mampu merancang untuk buat itu dan ini.

Akan tetapi perncangan dari Allah SWT yang menjadikan alam semesta ini berserta dengan penghuninya mempunyai kuasa yang lebih Agung dari perancangan kita sebagai hamba-hambaNya.Hakikat ini harus kita ingati pada bila-bila masa sahaja.

KUBU KUAT PEMBANGKANG
Dari kiri: Berbaju biru berpetek-petak. Presiden MCA itu sebaik sahaja selesai menghadiri majlis makan malam dengan 4500 orang dengan kominiti Cina,di satu dewan, di Kg.Baru Bukit Angkat,Datuk Seri Liow Tiong Lai segera mengadakan mesyuarat kecil dengan beberapa orang para penyokongnya di Restauran Hailam Kopitian yang berdekatan dengan Ibu Pejabat Gerakan Pilihanraya Kecil di DUN Kajang.
JIKA kita berbicara tentang  "Kubu Kuat?" Berdasarkan dengan keputusan pilihan raya umum yang telah lalu? Maka kawasan Parlimen mahupun  kawasan DUN di Kajang ini. Ia merupakan kawasan kubu kuat pembangkang.

Apabila Mahkamah Rayuan mensabitkan Datuk Seri Anwar bersalah pada pertuduhan isu liwat ke 11,maka Datuk Seri Anwar tidak boleh bertanding mengikut undang-undang Pilihan Raya Malaysia.

Maka parti PKR telah memilih isterinya Datuk Seri Datin Dr.Wan Azizah Wan Ismail,mengantikan beliau bertading di sana dengan keyakinan yang kuat bahawa calon Pakatan Rakyat akan berjaya mempertahankan kerusi DUN Kajang itu.
Dari kiri sebelah kanan pemuda berbaju merah Datuk Seri Liow Tiong Lai.Dari kanan yang bertopi biru disulami dengan warna emas itu Datuk Dr.Rahman Ismail mantan Ahli Parlimen UMNO Gombak pada tahun 2004 hingga 2008.Mereka ini dah jadi sahabat karib sejak Datuk Dr.Rahman Ismail jadi MP  Umno pada tahun 2004 hingga 2008.Hingga kini pun masih bersahabat baik.Ini kali ke :2 kami melakukan kunjungan hormat pada Presiden MCA itu semasa kempen PRK Kajang.
Siapa pun memang boleh membuat ramalan itu dan ini.Akan tetapi ketentuannya berada di tangan Allah swt.Yang Maha Berkuasa.Jika Dia mahukan sesuatu itu terjadi? Maka terjadilah ia.Kerana Alam dan hamba-hamba yang berada di dalam dunia ini adalah kepunyaan Allah swt belaka.

Siapa sangka Mahkamah Rayuan akan lebih awal telah mendapati Datuk Sewri Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara berhubung dengan isu liwat ke 11 beliau sebelum tiba hari penamaan calon pada (PRK) DUN Kajang?
Ayahanda-ayahand dari berbagai-bagai kumpulan ngo-nga yang bergabung dalam Gabungan Ngo-Ngo Selangor turut hadir dan memberi ceramah politik di dalam kempen PRK Kajang,pada malam  21//03/2014. Majlis Silaturrahim  dan Baiah itu berlangsung pada malam itu di padang permaian kanak-kanak di Sungai Kantan,Kajang,Selangor.
Jika Allah swt mentakdirkan pada PRK di DUN Kajang ini calon Barisan Nsional dari MCA Datin Paduka Chew Mei Fun akn menang pada hari ini?

Iaitu pada PRK di DUN Kajang pada 23 hb.March 2014 ini?Jika Datuk Seri Datin Paduka Dr.Wan Azizah dari "Pakataan Rakyat kalah pada PRK di DUN Kajang ini? Pihak PAS,PKR dan DAP tidak boleh berbuat apa-apa dan janganlah marah-marah kemudiannya.

Keputusan itu nanti mesti diterima oleh parti-parti Pakatan Rakyat dengan dada yang terbuka.Janganlah salahkan pihak lawan anda dengan bermacam-macam fitnah dan tohmahan yang tidak tentu ujung pangkalnya.
Antara para hidirin yang hadir di Majlis Silaturrahim dan Baiah di padang permainan kanak-kanak di Sungai Kantan,Kajang.
Lim Kit Siang dan Karpal Singh pernah kalah pada PRU 2004.Kemudian menang semula pada PRU ke-12,pada tahun 2008 dan PRU ke 13 pada tahun 2013.
Hakikatnya, tidak ada sesuatu pun yang kita punyai di dunia ini, ianya akan kekal abadi buat selama-lamanya.

Tiap-tiap yang baharu pasti akan menemui proses perubahan yang di takdirkan oleh Allah.Jika di dalam sebarang apa sahaja pertanding kita pasti akan menemui masa menang dan masa kalah.Tidak dapat dielak-elakkan.

Yang hidup pasti akan mati.Hanya menunggu waktu yang cepat dan lambat sahaja.Mati itu pasti akan terjadi pada semua hamba-hamba Allah swt yang jadi penghuni di dunia ini.

SANGAT PENTING PADA PRESIDEN MCA

Dari segi manfaat politiknya bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Kajang ini,ia bukan sahaja sangat penting pada Umno,bahkan ianya sangat penting juga pada parti MCA itu sendiri, di mana calonnya datang dari parti MCA yang menjadi kerabat gabungan kental dalam Barisan Nssional itu sendiri.

Sepertimana yang telah dilihat oleh rakayat Malaysia umumnya bahawa sejak PRU ke-12 pada tahun 2008 dan diikuti puila pada PRU ke-13 pada tahun 2013.

Pengaruh politik parti MCA dan juga parti-parti yang menjadi kerabat gabungan Braisan Nasional seperti parti Gerakan,MCA dan MIC di Semenanjung Malaysia sudah jadi begitu merosot sekali terutamanya di kawasan-kawasan bandar dari semi bandar.
Mantan Ahli Parlimen Umno Gombak (bertopi hitam dan berpakaian hitam) nombor dua dari kiri,mengetuai seramai 20 orang pemuda-pemuda dari Gombak atas nama Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Kami dah beberapa kali turun ke Kajanag menyertai kemnpen Barisan Nasional semasa kempen PRK di DUN Kajanag,bermula sejak 11/03/2014 hingga 21/03/2014. Kami mengedarkan pamplet ribuan helai yang mendedahkan fakta-fakta kegagalan Pakatan Rakyat yang memerintah Kerajaan Negeri Selangor.
DUN Kajang ini termasuk di dalam kategori kawasan semi bandar yang mana para penduduknya dipenuhi oleh kaum ethnik Cina.Sementara di kawasan di luar sedikit dari bandar Kajang pula? Para penduduknya dipenuhi oleh orang-orang Melayu.

Di kawasan DUN Kajang itu sendiri pecahan penduduknya adalah seperti berikut.Kaum Melayu sebanyak 19,050 orang pengundi dengan kiraan (48.5%). Sementara kaum etnik Cina sebanyak 15,823 orang dengan kiraan sebanyak (40.28%).Sementara kaum India sebanyak hampir 5000 orang termasuk kaum-kaum kecil dengan kiraan ( 11.22%).

Pada PRU ke 13 tanggal 5 hb.Mei 2013 dulu,boleh dikatakan sebanyak 51 % penduduk-penduduk Melayu di Kajanag mengundi BN.

Kaum Cina hanya 15% sahaja dari jumlah pengundi yang berdaftar dan layak mengundi di Kajang telah mengundi Barisan Nasional pada PRU ke-13 dulu..Sementara kaum India dan lain-lain kaum ada yang menyokong BN dan ada juga yang menyokong pembangkang.

Tuan Hj.Hasan Hj.Basri,bekas Ketuan Penerangan PAS  Selangor yang telah menjadi ahli PAS selama lebih dari 30 tahun.Beliau telah di pecat oleh PAS disebabkan mengkritik PAS yang dilihat telah tersasar dari konsep perjungannya menobatkan ke Agungan Akidah Agama Islam di Malaysia sejak dah jadi parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.
Calon MCA Encik Lee Ban Seng telah mendapat undi sebanyak 12,747.Sementara Encih Lee Chin Cheh dari PKR dapat 19,571 undi. Beliau menang dengan majoriti sebanyak 6,824 undi.

Pada kali ini? Penulis difahamkan pengundi Melayu naik secara drastik hampir 65% dan pengundi Cina difahamkan telah meningkat sebanyak antara 30 hingga 35%.Berapa peratuskah yang benar-benar akan keluar mengundi masih belum diketahui lagi.

Perubahan yang drastik ini jika benar? Ia sungguh memerangsangkan.Senario ini berlaku adalah bertitik tolak dengan kerja keras oleh Presiden MCA yang baharu, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan oleh calon MCA itu sendiri iaitu Cik Chew Mei Fun.

Sekaligus mendapat sokongn yang padu oleh barisan depan oleh team MCA itu sendiri, hasil dari idea yang telah dilontarkan,digarap oleh Presiden MCA yang telah mengatur segala kerja keras itu.

Bekerja kerasa tanpa mengira masa,baik siang dan malam, mendekati dan terus mendekati para pengundi Kajang terutama kepada pengundi-pengundi Cina yang telah melakukan kesilapan menyokong DAP ternyata tidak mampu memberi bantuan dan pertolongan  kepada rakyat Kajang secara poositif.

Pembangkang hnya pandai menabur janji-janji kosong yang tidak pernah dikotakannya.Cakap dan janji memang senang.Untuk menepati segala janji mereka? Mereka lngsung tidak berdaya. Lepas mereka telah dipilih sebagai wakil rakyat? Muka hidung mereka pun tidak nampak.

Semenata pengundi-pengndi Melayu dengan segala tenaga yang ada telah digembeling untuk mendekati rakyat Kajang oleh para pemimpin dan para penyokong kuat Umno-BN di Kajang itu sendiri dan juga di sokong kuat oleh pemimpin-peimpin dari Ibu Pejabat Umno Pusat dan oleh beberapa menteri dari Barisan Nasional.

Parti-parti dari MIC dan Gerakan juga telah membantu dengan cergas demi mengharapkan calon BN akan menang pada PRK di DUN Kajang itu.

 Bekas  pimpinan tertinggi DAP P.Pinang,En.Zulkifli Md.Noor yang telah keluar dari DAP akibat DAP mengamalkan sikap anti Melayu di P.Pinasng. Menurutnya,para pemimpin DAP Melayu di P.Pinang diketepikan di berbagai-bagai bidang oleh kerajaan Pakatan Rakyat  yang ditunjangi oleh DAP.Pada pemilihan CAC DAP yang lalu secara tersusun kesemuan tokoh Melayu DAP di P.Pinang kalah teruk. 
Jika Barisan Nasional akan menang pada hari ini dan keputusannya akan diketahui pada malam ini.Ini bererti satu ujian yang amat penting kepada cara dan corak kepimpanan Presiden Baharu MCA,Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ketika terjadinya PRK di DUN Kajanag ini,secara kebetulan beliau baru sahaja telah dipilih oleh parti MCA sebagai Presiden MCA yang baharu.Ini merupakan satu cabaran yang paling hebat disebabakan beliau belum pun selesai menyusun barisan kerja-kerja kepada seluruh MCA di seluruh Malaysia.

Dari segi ketokohan? Beliau merupakan satu-satunya tokoh pemimpin baharu MCA yang hebat dan sekaligus mesra rakyat,sering senyum dan sering ketawa secara tulus dan ikhlas.

Kemesraan beliau ketika bertemu dengan sesiapa sahaja,ini membuatkan beliau disayangi oleh pengundi-pengundi Cina pada PRK di DUN Kajang.

Marilah sama-sama kita tunggu tentang keputusan PRK di Kajnag pada malam ini dengan penuh perasaan sabar walaupun ia mendebar-debarkan.

Semoga MCA di bawah pimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lain akan mendapat kejayaan untuk MCA dan Barisan Nasional (BN). (Posted by abnmulya ./ Bakar Ninggal. Blogspot. com. at 7.14 pm on March 23,2014.).
.

Friday, March 21, 2014

Kumpulan pro-Rusia rampas kapal perang Ukraine

SEVASTOPOL 21 Mac - Kira-kira 20 lelaki bersenjata dipercayai anggota kumpulan pro-Rusia merampas sebuah kapal perang Ukraine, Ternopil di pelabuhan Sevastopol di Crimea.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Ukraine, Vladislav Seleznyov dalam laman sosial Facebooknya mendakwa, kumpulan bersenjata itu yang disokong tentera Rusia pada mulanya menutup kawasan pelabuhan sebelum melancarkan serangan dengan menaiki bot untuk menawan kapal perang Ukraine.

Jelasnya, bom tangan digunakan dalam serangan itu dan bunyi tembakan senapang automatik turut kedengaran.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu. Sementara itu, nasib sebuah lagi kapal perang Ukraine, Slavutich yang berlabuh bersebelahan Ternopil, masih belum dapat dipastikan, sama ada telah turut ditawan tentera pro-Rusia.

Agensi berita AFP melaporkan, pegawai tentera yang berada di atas kapal Slavutich tidak menjawab panggilan apabila dihubungi selepas kejadian.

Dua kapal perang itu telah dihalang meninggalkan pelabuhan oleh tentera laut Rusia dan diletakkan jauh dari limbungan bagi mengelakkan diserang.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu memberi jaminan kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel bahawa tentera Rusia yang dikerah ke sempadan timur Ukraine tidak akan menceroboh negara tersebut.

Shoigu berkata, tentera Rusia yang dikerah ke lokasi itu hanya menjalankan latihan dan mereka tidak akan melintasi sempadan serta bertindak agresif. - REUTERS/AFP (Utuisan online-Luar Negara).Posted by abnmulya.blogspot.com.at 3.35 am on March 22,2014.

Wednesday, March 19, 2014

FBI SELIDIK FAIL DIBUANG DARI SIMULASI JURUTERBANG MH370

WASHINGTON 20 Mac - Seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kerajaan Malaysia meminta bantuan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bagi menyelidik sebarang fail elektronik yang dibuang daripada simulasi yang dimiliki juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang awal bulan ini. 

Pegawai yang enggan dikenali itu memberitahu, FBI dipercayai telah menyediakan data elektronik dalam pencarian pesawat berkenaan. - Agensi (  Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.44 am on March 20,2014.