Sunday, August 31, 2014

KDN sokong penuh tindakan polis ke atas PPS

Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Kementerian Dalam Negeri menyokong penuh tindakan tegas polis ke atas Pasukan Peronda Sukarela (PPS) kerana penahanan mereka adalah bersandarkan kepada undang-undang.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun beliau tidak terlibat secara langsung kerana perkara itu melibatkan soal operasi polis, tetapi Kementerian Dalam Negeri memuji ketegasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu itu.

"Nasihat saya kepada orang yang mencabar polis supaya lihat dan baca Perlembagaan Persekutuan. Kuasa membabitkan soal keselamatan dan pertahanan adalah kuasa kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri," katanya. - UTUSAN ONLINE-Dalam Negeri.(Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1447 hrs on September 01,2014.

Zahid Hamidi gesa Peguam Negara bertindak segera

Datuk Seri DR. Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail peka dengan gesaan akar umbi yang mahu kes penghinaan terhadap bangsa, agama dan institusi raja diambil tindakan pendakwaan dengan segera.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kegagalan Abdul Gani untuk berbuat demikian hanya akan menyebabkan kredibiliti kerajaan terjejas. - Utusan online-Dalam Negeri.(Posred by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.22 am on September 01,2014

Polis tahan anggota PPS yang ingkar amaran supaya tidak jalankan aktiviti-KPN

Ketua polis negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar
GEORGE TOWN 31 Ogos - Polis menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua anggota PPS termasuk tujuh wanita itu ditahan pada pukul 10.15 pagi ini di kawasan Padang Kota, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

``Polis mula mengambil tindakan (menahan) terhadap anggota PPS selepas mereka tetap menjalankan aktiviti sedangkan sebelum ini saya telah beri amaran. Pertubuhan itu telah diharamkan dan semua aktiviti perlu dihentikan segera.

``Mereka degil (jalankan aktiviti) dan seperti sengaja nak cabar undang-undang negara serta gertak polis supaya ambil tindakan jika (polis) berani. Kita ambil tindakan kerana mereka salah, ini (tindakan PPS teruskan aktiviti) memang perbuatan gengster,'' katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Selasa lepas, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. - BERNAMA( Utusan online-Jenayah).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1801 hrs on August 31,2014.

Saturday, August 30, 2014

Nicol ke akhir Terbuka Hong Kong

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David ( gambar kanan) tidak menghadapi masalah besar untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong 2014 selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Amanda Sobhy, 11-8, 11-4, 11-2 dalam aksi separuh akhir hari ini.

Nicol akan bertemu Nour El Tayeb dalam perlawanan akhir esok selepas pemain dari Mesir itu menewaskan Laura Massaro dari England 11-9, 10-12, 2-11, 12-10 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - UTUSAN ONLINE-Sukan tempatan).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 1.00 am on August 31,2014.

Chong WeI ke perlawanan akhir Kejohanan Dunia

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri gelaran dunia pertamanya apabila mara ke perlawanan akhir Kejohanan Dunia BWF 2014 di Copenhagen, Denmark.

Malah, kemaraan pilihan pertama kejohanan itu ke perlawanan akhir dilihat agak mudah apabila dia hanya memerlukan 33 minit untuk menundukkan pemain muda tuan rumah Viktor Axelson 21-9, 21-7 dalam perlawanan separuh akhir hari ini.

Chong Wei ( gambar kanan) akan bertemu dengan Chen Long dari China disebabakan Tommy Sugiarto dari Indonesia telah tewas di tangan Chen Long dari Cina pada perlawan yang berakhir pada pagi ini kira-kira jam 12.15 minit tanggal 30/08/2014 pagi.

Chong Wei pernah mara ke perlawanan akhir Kejohanan Dunia dua kali iaitu pada 2011 di England dan 2013 di China namun hampa dalam kedua-dua percubaan itu. -Utusan online-sukan dalam negera.(Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 0.43 am August 31,2014.

Friday, August 29, 2014

Bekas TPM: "Negara perlukan MB seperti Abdul Khalid".

SHAH ALAM 30 OGOS: Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam kecewa dengan krisis dalaman PKR melibatkan jawatan Menteri Besar Selangor dan menganggapnya sebagai faktor menghancurkan kepercayaan rakyat.

Musa berkata, Pakatan Rakyat sepatutnya menjadi kuat dan tersusun untuk menjadi pencabar Barisan Nasional (BN).

“Saya mahu melihat pembangkang di mana mereka kuat dan tersusun untuk menjadi pencabar kepada Barisan Naisonal,” katanya dipetikThe Malaysian Insider.

“PKR mentadbir Selangor yang merupakan negeri terkaya dan paling sukar untuk ditadbir di Malaysia, ia ujian kepada pembangkang.

“Saya secara peribadinya kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya.
Kemelut antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan PKR masih lagi tergantung sehingga kini walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu sudah dipecat daripada parti.

Musa yang juga bekas menteri dalam negeri menjangkakan PR bakal berdepan laluan sukar dalam pilihan raya umum akan datang walaupun berjaya menawan Selangor semula.

“Keseluruhan episod tidak berjalan dengan baik kepada pembangkang, khususnya PKR. Ia akan menjadi cabaran sukar kepada Pakatan untuk bekerjasama sekarang.

“PAS, DAP dan PKR bukan saja perlu merapatkan kerjasama, dengan apa yang berlaku mereka perlu bersiap sedia hadapi pilihan raya,” katanya.

Namun, Musa mengakui meskipun keadaan ketika ini tidak memihak kepada PR, masih mustahil bagi Umno dan BN menawan negeri yang paling kaya tersebut jika pilihan raya negeri diadakan semula.

“Wujud sentimen ABU (Asalkan Bukan Umno) yang kuat di Selangor yang membantu PR menang walaupun pelbagai usaha dibuat,” katanya.

Musa berkata, beliau yakin kemelut di Selangor tidak akan memecahbelahkan PR walaupun isyarat menunjukkan PAS mempunyai banyak perbezaan dengan DAP dan PKR dalam isu menteri besar Selangor.
PAS mempertikaikan kesesuaian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor malah mahu dua nama dihantar kepada DYMM Sultan Selangor untuk dipertimbangkan.

“Saya jangka parti dalam PR akan capai kesepakatan dalam memilih calon kompromi bagi jawatan tersebut,” katanya.

Musa berkata, Sultan Selangor juga mempunyai tanggungjawab untuk memiliki pandangan dan pendapatnya mengenai calon yang sesuai untuk menerajui pentadbiran negeri.

Mengenai tindakan PAS yang enggan menerima calon wanita, Musa berkata parti Islam itu berada dalam dilema kerana mereka tidak boleh secara terbuka mengatakan menolak calon wanita, ia menjelaskan punca pemimpin PAS mempunyai pandangan berbeza.

“Parti perlu mengambil perhatian isu ini dengan teliti kerana mempunyai ahli yang  berfikiran moden atau Erdogan dan juga ahli yang konservatif,” katanya merujuk kepada golongan profesional dalam PAS.

Katanya, kesalahan Abdul Khalid sehingga ditendang partinya sendiri adalah kerana kurang arif dalam berpolitik walaupun sudah dua penggal dipilih sebagai menteri besar Selangor.

“Pemimpin PKR kata Abdul Khalid tidak merujuk mereka terlebih dulu dalam perkara membabitkan perjanjian dan menandatangani sesuatu bagi pihak kerajaan Selangor.

“Saya kenal sangat Abdul Khalid semasa kami bekerja bersama di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Abdul Khalid tidak mempunyai masa untuk semua itu,” katanya.

Musa berkata, sama seperti budaya dalam Umno, PKR juga berminat untuk menyibuk dalam suatu perjanjian dan meminta bahagian mereka.

“Misi Khalid adalah mengurangkan defisit dan mencari dana untuk negeri, yang pada saya ia berjaya,” katanya merujuk kepada RM3.2 bilion simpanan negeri Selangor.

Musa berkata, sangat yang luar biasa apabila seorang pemimpin pembangkang mampu bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk menyelesaikan permasalahan di Selangor. “Apabila kamu berbuat baik, tidak kisah dengan siapa pun kamu buat perjanjian asalkan ia memberi manfaat untuk kedua-dua pihak.

“Sangat jarang kita melihat pemimpin pembangkang menandatangani perjanjian dengan Putrajaya seperti yang berlaku,” katanya.

Musa berkata, negara memerlukan seorang Menteri Besar seperti Abdul Khalid yang mempunyai kualiti dan bijak menguruskan pentadbiran negeri.

“Saya secara ikhlasnya berharap untuk melihat lebih ramai pemimpin politik dan menteri besar yang mempunyai perwatakan seperti Abdul Khalid,” katanya.(( Dipetik dan disalin dari Wargamarhaen. blogspot.com).Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1354 hrs on August 30,2014.

Slogan Salam 1 Melayu tidak salah

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Slogan 'Salam 1Melayu' dilihat tidak bercanggah dengan konsep 1Malaysia memandangkan kenyataan itu dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang membincangkan soal parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ( gambar) berkata, sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana parti politik untuk bercakap bagi menaikkan semangat dalam mempertahankan kepentingan serta kemahuan politik orang Melayu yang kini diterajui UMNO.

Tegas beliau, tidak ada apa yang hendak diperbesarkan tentang slogan itu kerana perkara itu dibuat semasa UMNO sebagai sebuah parti Melayu terbesar sedang bersidang.

"Dalam persidangan parti lain seperti MCA dan MIC sendiri akan bercakap macam-macam termasuk kerajaan tidak adil tetapi kita diam sahaja.

"Tetapi malangnya, apabila orang Melayu dari UMNO bercakap, orang akan besar-besarkan. Ini tidak betul sebab apa yang dikatakan itu dalam konteks parti. Kita lihat nanti masa MCA pula bersidang tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan 'Program Karnival Kembali ke Sekolah dan Majlis Upacara Pecah Tanah Tapak Pejabat UMNO Bahagian Batu di sini hari ini.

Sebelum ini, wakil dari Pulau Pinang yang juga Ketua UMNO Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir tampil meminta perwakilan lain untuk menukar slogan Salam 1Malaysia kepada Salam 1Melayu pada Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Sementara itu, Tengku Adnan menyifatkan tuduhan pihak pembangkang kononnya UMNO tidak prihatin dengan bencana yang berlaku di beberapa buah negeri dilihat sebagai pembohongan besar.

Jelasnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri segera meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO untuk melawat keadaan di Pahang dan begitu juga Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat Terengganu. alam-1Melayu-tidak-salah.( Utusan online- politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1311 hrs on August 30,2014.

Erdogan Presiden baharu Turki

BEKAS Presiden Turki, Abdullah Gul (dua hari kanan) menyambut kedatangan Recep Tayyip Erdogan (dua dari kiri) dalam satu majlis di Istana Presiden, Ankara, kelmarin. - AFP 

ANKARA 29 Ogos - Recep Tayyip Erdogan mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Turki semalam, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin paling berkuasa di negara ini walaupun langkah itu mengundang kebimbangan pihak pembangkang terhadap kemungkinan berlakunya pemerintahan kuku besi dan penyebaran pengaruh agama dalam kehidupan rakyat.

Dalam upacara angkat sumpah di Parlimen itu, Erdogan berjanji akan mempertahankan kemerdekaan dan maruah Turki berlandaskan Perlembagaan mengikut prinsip Mustafa Kemal Ataturk, pengasas negara moden Turki.

Erdogan yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri sejak tahun 2003, secara konsisten berjaya mengubah negara ini dari segi domestik sehingga menjadi kuasa besar serantau.

Namun pembaharuan politik Turki itu mendapat tentangan daripada parti pembangkang utama apabila Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dari Parti Republik Rakyat (CHP) bertindak meninggalkan majlis angkat sumpah berkenaan.

Presiden parti itu, Kemal Kilicdaroglu pula memulaukan majlis tersebut dengan menyatakan Erdogan melanggar Perlembagaan kerana kekal menggalas jawatan Perdana Menteri selepas beberapa minggu memenangi pilihan raya Presiden.

"Kami menjadi lebih bimbang berbanding sebelum ini tentang seorang lelaki yang mengamalkan pemerintahan autokratik di Turki," kata Timbalan Pengerusi CHP, Aykan Erdemir.

Sementara itu, polis terpaksa menyuraikan kira-kira 200 orang penunjuk perasaan yang berkumpul di Dataran Istiklal, di Istanbul yang membantah pelantikan Erdogan sambil membawa sepanduk yang tertera 'jawatan Presiden tidak dapat menghapuskan rasuah dan pencuri'.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri baharu Turki, Ahmet Davutoglu akan mengumumkan Kabinetnya hari ini, dengan kerajaan baharu itu dijangka tidak akan membuat sebarang perubahan besar.

Ahmet tiba di Istana Presiden untuk menyerahkan senarai nama anggota Kabinet kepada Erdogan kira-kira pukul 11.30 pagi waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia). - REUTERS ( Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.01 am on August 30,2014.

Shukor,Indra dipanggil selepas 5 tahun

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD 
Dari kiri : Indra Putra MUhayuddin,Shukor Adan 
KUALA LUMPUR - Jurulatih negara Dollah Salleh membuat kejutan apabila menamakan dua pemain vete­ran, Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin dalam skuad 29 pelatih bagi siri tiga perlawanan pemanas badan menjelang Kejohanan AFF November depan.

Kedua-dua tonggak Felda United itu tidak pernah berada dalam perancangan jurulatih terdahulu, Datuk K. Rajagobal. Kali terakhir mereka menyarung jersi negara ialah ketika kelayakan Piala Asia 2009 di bawah bimbingan B. Sathianathan.

Panggilan ini juga umpama hadiah ulang tahun kelahiran ke-33 buat Indra Putra pada Selasa depan kerana dua hari kemudian, dia mula melapor diri ke kem latihan pusat negara di Wisma FAM, Pe­taling Jaya.
Shukor, 35, pula pernah menjadi ke­tua pasukan negara dalam kelayakan itu selain membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2007.

Dollah turut menyenaraikan penjaga gol Polis, Azizon Kadir, 34, yang kali terakhir bermain buat negara dalam Piala Asia 2007 selain memanggil lapan lagi yang tidak tersenarai ketika dibenam Tajikistan 4-1 8 Ogos lalu.

Mereka ialah Azmi Muslim (Selangor), Zairul Fitree Ishak (Kelantan), Mohd. Afif Amiruddin, Ahmed Ezrie Shafizie Sazali (Polis), Razman Roslan (Pahang), Abdul Manaf Mamat (Terengganu), Ronny Harun dan Joseph Kalang Tie (Sarawak).

Satu lagi kejutan ialah tersenarainya semula Khairul Azhan Khalid biarpun penjaga gol Pahang itu dikatakan tercedera tangan ketika kempen Piala Malaysia yang sedang berlangsung.

Tanpa Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mengetuai pasukan ketika menentang Tajikistan kerana berkemungkinan besar menyertai skuad bawah 23 ke Sukan Asia Incheon bulan depan, Dollah perlu melantik pemain lain sebagai ketua pasukan.

Skuad Dollah dijadualkan bermain dalam lima perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan untuk Kejohanan AFF.

Mereka akan menentang Indonesia dan Kemboja pada 14 dan 20 September di tempat lawan dan Jordan di Stadium Shah Alam, Selangor (11 Oktober) manakala tarikh perlawanan dengan Syria dan Vietnam masih belum ditentukan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B di Singapura dengan tuan rumah yang juga penyandang juara serta naib juara 2012, Singapura dan Thailand selain juara pusingan kelayakan, Oktober ini.

Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee turut menamakan penjaga gol senior negara, Khairul Fahmi Che Mat dan Ronny dalam senarai sembilan pemain simpanan jika ada kejadian luar dugaan seperti kecederaan menimpa antara 25 pemain yang disenaraikan awal.

Juga dalam senarai menunggu itu ialah D. Kelly Pallraj, K. Satish, Ridzuan Abdunloh Pula, Nurridzuan Abu Hassan Saari, Aminuddin Mohd. Noor, Arip Amiruddin dan Wan Zack Haikal Wan Noor.( Utusan online-sukan dalam negara).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at  11.50 am on August 30, 2014.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubur diadakan pada 25 hb.September

Oleh HAKIMI ISMAIL
Pengerusi SPR,
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
PUTRAJAYA 29 Ogos- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan pada 13 September ini, manakala 25 September pula sebagai tarikh mengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya kecil itu dibuat berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.01 Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lalu.
"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan pada 24 0gos berhubung kekosongan kerusi DUN N.01 Pengkalan Kubor berikutan kematian Noor Zahidi.

"Sehubungan itu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan itu dimaklumkan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. -Utusan online-politik .(Posted by abnmulya at 1811 hrs on  August 29,2014).

Thursday, August 28, 2014

SULTAN BERHAJK TOLAK JIKA SATU NAMA

Tan Sri Dr.Rais Yatim
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Shariffuddin Idris Shah mempunyai kuasa penuh dalam menentukan siapa yang harus dilantik sebagai Menteri Besar.

Pakar Perlembagaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Sultan Selangor juga berhak untuk menangguhkan atau menetapkan transisi jawatan itu mengikut pendapat baginda siapa lebih layak mendapat sokongan rakyat.

Berikutan itu, menurut beliau, bukan menjadi sesuatu yang pelik jika sultan menitahkan kepada ketiga-ketiga parti pakatan pembangkang mengemukakan lebih daripada dua calon untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi tujuan itu dan baginda berhak menolaknya jika satu nama diberikan.

"Di bawah perkara 54 yang dibaca bersama perkara 53 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, sultan mempunyai kuasa mutlak menentukan siapa yang boleh menjadi Menteri Besar sekiranya baginda mendapati situasi memerlukan baginda bertindak sedemikian walaupun di bawah perkara 53 itu penentuan suara majoriti boleh diguna mengikut siapa dapat sokongan majoriti.

"Bahasa pengecualian itu sama dengan Perlembagaan Negeri Perlis dan Terengganu. Walaupun dalam Perlembagaan itu tidak menyatakan perlu dikemukakan lebih satu nama calon Menteri Besar tetapi baginda ada pilihan untuk tidak memilih hanya satu nama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, PKR dan DAP tetap berkeras mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana mendakwa keputusan tersebut sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Pas sebaliknya akur dengan titah Sultan Selangor dan akan mempersembahkan tidak kurang daripada tiga nama kepada baginda sebagai calon untuk mengisi jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, tindakan DAP dan PKR yang mengingkari titah sultan dengan tetap berkeras mencalonkan satu nama disifatkan sebagai satu bentuk derhaka kepada sultan.  ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.28 am on August 29,2014.

Wednesday, August 27, 2014

Cetus krisis perlembagaan negeri

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my 

 KUALA LUMPUR 27 Ogos - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang terus berdegil mengemukakan hanya satu nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak (gambar) berkata, hal demikian kerana tindakan tersebut seolah-olah memberi kata dua kepada Sultan Selangor supaya baginda akur dengan pemilihan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal.

Katanya, tindakan PKR dan DAP itu menunjukkan kedua-dua sekutu pakatan pembangkang tersebut secara terbuka mencabar kemuliaan serta kedudukan institusi beraja di negara ini khususnya di Selangor kerana dalam sistem Raja Berperlembagaan, Sultan mempunyai keistimewaan tertentu atau kuasa prerogatif dalam pelantikan Menteri Besar.

"PKR dan DAP perlu akur dengan titah Sultan Selangor sekarang. Kalau mereka tetap kemukakan satu nama, itu secara jelas menderhaka terhadap titah Sultan. Ini menunjukkan sikap yang tidak beradab. Pada saya, ini adalah satu kebiadapan yang tidak pernah dilihat sejak kita merdeka.

"Tindakan ini menunjukkan sikap melampaui batas berpolitik yang telah diterima sebagai amalan baik dalam negara ini sejak sekian lama demi mewujudkan keharmonian dan demokrasi. PKR dan DAP perlu menghormati institusi raja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan keputusan yang dicapai PKR dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya satu nama untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor selain berharap Pas juga akan berbuat demikian.

Kenyataan itu jelas bercanggah dengan titah Sultan Selangor yang meminta setiap parti iaitu Pas, DAP dan PKR mencadangkan lebih dua nama daripada parti dalam pakatan pembangkang dan daripada senarai itu, baginda akan menentukan calon Menteri Besar yang layak.

Dalam pada itu, Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berpendapat, meskipun Sultan Selangor meminta lebih dua nama daripada setiap parti, PKR dan DAP dijangka tidak berganjak dalam mencalonkan Wan Azizah.

"Jika tiada calon lain yang dicadangkan dan jika calon itu tidak dipersetujui kerana tiada calon pilihan, Sultan akan merujuk kepada calon lain yang dikemukakan oleh Pas. Ini akan menjadi satu kerugian kepada PKR," katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.22 am on August 28,2014.

Jawatan MB: PAS,PKR,DAP perlu kemukakan lebih dua nama calon sebelum 3 September ini.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,Sultan Sharfuddin Idris Shah
SHAH ALAM 27 Ogos - Istana Selangor meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon daripada parti masing-masing untuk dipertimbangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar sebelum 3 September ini.

Utusan Malaysia difahamkan, tempoh itu diberikan Istana Selangor menerusi surat rasmi yang dihantar melalui serahan tangan ke pejabat ketiga-tiga parti itu hari ini di atas nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng.

Dalam surat yang diutuskan melalui Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani itu, Istana Selangor meminta ketiga-tiga parti berkenaan menyerahkan senarai tersebut bagi membolehkan Sultan Selangor membuat pertimbangan serta memberikan perkenan kepada mana-mana calon yang difikirkan baginda adalah layak untuk menduduki jawatan itu.

Proses itu sejajar dengan konvensi yang sudah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini. - Utusan online-Dalam Negeri.(Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.18 am on August 28,2014

Kerusi MB Selangor milik PKR- Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR
).
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu dan ini harus dihormati parti lain dalam konteks semangat Pakatan Rakyat.

"Ia adalah kerusi dan keputusan PKR dan ia harus dihormati dalam semangat Pakatan Rakyat,'' katanya ketika ditanya sama ada beliau bimbang Pas akan mengemukakan nama lain sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Anwar berkata, Pas turut serta dalam proses membuat keputusan ketika mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lepas.

"Kita tidak pernah mempersoalkan isu berhubung calon Pas untuk menjadi Menteri Besar Perak, Kedah atau Kelantan tetapi apa yang lebih penting dalam pemikiran saya ialah semua itu sudah dipertimbangkan sebelum mesyuarat dan diputuskan pada 17 Ogos,'' katanya.

Anwar berkata demikian di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebelum prosiding perbicaraan kes samannya terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. - BERNAMA ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 1910 hrs on August 27,2014.

Tuesday, August 26, 2014

Kriteria pemilihan Menteri Besar Selangor

Nik Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pelantikan seorang Menteri Besar di Selangor adalah terletak sepenuhnya di bawah kuasa sultan sebagaimana termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Undang-undang tersebut juga menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi dalam menentukan individu paling sesuai dipilih untuk menjawat jawatan berkenaan.

Menurut Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut:

* Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menentukan calon yang paling sesuai menurut pandangan baginda. Parti politik perlu memastikan calon tersebut mendapat persetujuan Sultan.

* Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN). Kriteria ini merupakan standard ditetapkan oleh Perlembagaan Selangor dan menjadi ciri utama dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu. Ini bermakna Sultan Selangor boleh melantik seorang ADUN pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti dalam DUN selaku Menteri Besar.

* Melayu dan beragama Islam.

* Bertaraf warganegara Malaysia dan bermastautin di Selangor. Disebut juga jika warganegara secara naturalisasi, beliau tidak layak.

Nik Kamal berkata, selain kelayakan berkenaan, Sultan Selangor semestinya akan memilih calon Menteri Besar berwibawa yang dapat menerajui pentadbiran dan menjalankan kerja dengan baik seperti penyandang jawatan itu pada masa ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.41 am on August 27,2014.

PKR,DAP tetap mahu Wan Azizah

Datin Seri Dr.Wan Azizah Wab Ismail
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tetap berkeras mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dalam satu kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua malam ini, mendakwa keputusan itu sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

"PKR dan DAP menjunjung titah Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan Wan Azizah untuk dipertimbangkan sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh pakatan pembangkang dalam tahun 2013 memandangkan beliau sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri,'' kata kenyataan itu.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.25 am on August 27,2014.

PAS Selangor sokong keputusan Sultan Sharafuddin

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,Menteri Besar Selangor
SHAH ALAM 26 Ogos - PAS Selangor menyambut baik keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini yang menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Setiausahanya, Mohd. Khairuddin Othman dalam satu kenyataan yakin rakyat negeri itu juga menyambut baik keputusan baginda.

"Pas Selangor yakin cadangan calon Menteri Besar yang akan diserah kelak akan dapat diterima oleh istana dan sehingga selesainya pelantikan baharu itu, kesemua empat Exco kita akan terus kekal dan berkhidmat untuk rakyat negeri ini," katanya.

Abdul Khalid hari ini menghadap Sultan Sharafuddin bagi menyembah hasrat meletak jawatan sebagai Menteri Besar di Istana Bukit Kayangan di sini, susulan kemelut politik negeri itu.

Susulan itu, baginda turut menitahkan agar setiap pemimpin parti dalam pakatan rakyat mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar baharu bagi memudahkan baginda membuat pilihan calon yang layak untuk jawatan itu. - BERNAMA( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com.at2313 hrson August 26,2014.

Khalid sembah hasrat letak jawatn MB Selangor

Tan Sri Khalid Ibrahim,
Menteri Besar,Selangor D.E.
SHAH ALAM 26 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempersembahkan hasrat meletak jawatan sebagai menteri besar kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, namun baginda menangguhkan hasrat tersebut sehingga peralihan kuasa yang baharu dibuat.

Abdul Khalid ketika membacakan kenyataan Istana Selangor berhubung perkara itu memberitahu, baginda menitahkan setiap parti dalam pakatan pembangkang mencadangkan lebih daripada dua nama untuk dipilih sebagai menteri besar baharu. - Utusan onlinme-politik. (Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 1727 hrs on August 26,2014.

PAS bukan hanya untuk demo,PRU-Iskandar

YB.Iskandar Abdul Samad,
Pesuruhjaya PAS negeri Selanmgor
.
SHAH ALAM 25 Ogos - Seolah-olah tidak mahu Pas dilihat sering tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Pas negeri mula mempersoalkan perlunya kerjasama politik dalam pakatan pembangkang selama ini sekiranya tidak membawa faedah kepada Islam.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, kewujudan parti itu dalam pakatan pembangkang seperti hanya penting ketika berdemonstrasi dan pilihan raya umum (PRU).
Selepas jentera Pas digunakan sepenuhnya untuk tujuan berkenaan, tambah beliau, parti tersebut seperti tidak dipedulikan lagi.

"Tiada guna tahaluf jika Islam tidak untung, jangan masa demo dan PRU sahaja nak guna Pas, tetapi selepas itu Pas dibuang," katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (DPPNS) di sini semalam.

Ucapan beliau itu disiarkan dalam laman Facebook Pas Selangor hari ini.
Turut disiarkan adalah gambar Iskandar sedang berucap dalam majlis itu yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini.

Sementara itu, Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut menjelaskan, kenyataannya itu bertujuan supaya peranan Pas dalam pakatan pembangkang diperluaskan merangkumi lebih banyak aspek.

"Saya menggesa ahli Pas sentiasa berusaha untuk memastikan Islam mendapat manfaat daripada persefahaman dan kerjasama daripada ketiga-tiga parti pakatan pembangkang," kata-nya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1647 hrs on August 2014.

Saturday, August 23, 2014

Abdul Khalid umum tarikh menghadp Sultan Isnin ini

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
KLANG 24 Ogos - Tarikh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya akan diketahui Isnin ini.

"Saya akan bercakap pada Isnin ini bila akan menghadap Sultan dan kenyataan media akan dibuat selepas itu," katanya selepas menghadiri majlis makan malam Sekolah Menengah Chung Hua di sini malam tadi.

Ketika ditanya adakah beliau akan menghadap Sultan Selangor pada hari Isnin, Abdul Khalid berkata perkara itu masih belum dapat dipastikan.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at11.18 am on August 24,2014.

Hadi akui Pas ada masalah sikap ahli

Oleh Wan Zulkifli Wan Yaacob
pengarang@utusan.com.my 


KUALA TERENGGANU 23 Ogos - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) mengakui parti itu kini berhadapan dengan masalah sikap dalam kalangan mereka yang tidak beradab dalam ‘berjemaah’.

Menurut Abdul Hadi, mereka itu bukan sahaja lantang kerana cuba bertindak mendahului pemimpin tetapi juga mahu agar pemimpin mengikut apa-apa langkah yang mereka mahukan.

Abdul Hadi membayangkan gambaran itu melalui kenyataan berkias dalam sedutan video yang dimuat naik dalam Facebook rasminya petang ini.

“Kalau sembahyang berjemaah, ada adab sembahyang berjemaah. Antaranya imam boleh baca kuat, makmum tak boleh baca kuat. Kalau kata ‘amin’ tak apalah. Ini (baca) Fatihah sama kuat dengan tok imam juga.

“Kemudiannya, rukuk dan sujud tak boleh dahului imam. (Mereka) ini pintas rukuk dan sujud dulu (daripada imam). Ini yang berlaku.

“Jadi kita kena ada adab-adab berjemaah. Kadang-kadang (apabila) berasa lambat sudah, nak suruh beri salam deras (segera), suruh tok imam beri salam deras, ini masalah yang kita hadapi,’’ katanya.

Kenyataan beliau difahamkan merujuk kepada kemelut politik yang berlaku di Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) berhubung kedudukan menteri besar.

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pas di Selangor memutuskan menyatakan pendirian mereka menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Langkah yang mereka ambil dengan kesediaan untuk dipecat daripada parti dibuat sebelum Jawatankuasa Pas Pusat bermesyuarat dan memutuskan pendirian rasmi pada 17 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Pas akhirnya turut menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama Azizah sebagai calon dan pakatan pembangkang kemudiannya memutuskan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Ekoran itu, Pas Terengganu mengingatkan pergolakan politik di Selangor perlu dijadikan pengajaran besar kepada Pas untuk ‘menapis’ barisan kepimpinan sebelum diberi kepercayaan agar mereka memikul agenda parti dengan sentiasa taat dan setia kepada presiden dalam apa jua keadaan.

Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat menegaskan, mereka tersasar daripada ‘akhlak berjemaah’ tidak perlu dan tidak layak diberi amanah dengan dilantik menjadi pemimpin kepada ‘Harakah Islamiyah’ pada masa akan datang.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.08 am on August 24,2014

BN yakin pertahan kerusi DUN Pengkalan Kubur-Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin
MUAR 23 Ogos - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan, meskipun terpaksa berhadapan cabaran daripada PAS, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata walaupun DUN Pengkalan Kubor adalah kubu kuat parti namun BN tidak boleh ambil mudah, sebaliknya perlu bekerja keras untuk mempertahankan kerusi itu.

"Kita tahu kawasan itu bukan mudah tetapi terbukti kawasan ini memang telah diwakili calon kita. Kita akan mengambil peluang ini untuk jelaskan dasar-dasar perjuangan UUMNO dan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran Umno Bahagian Pagoh, dekat sini hari ini.

Beliau turut memuji keperibadian penyandang kerusi DUN Pengkalan Kubor, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, yang semasa hayatnya sentiasa berpijak di bumi nyata, bekerja keras dan sering memberi perkhidmatan cemerlang dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan kepada pengundi tanpa mengira latar belakang mereka.

Allahyarham Noor Zahidi, 57, yang menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua UMNO Bahagian Tumpat selama empat penggal, meninggal dunia akibat kanser hati pada pukul 5.45 pagi, Rabu lepas ketika menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhou, China.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti  1736 undi.BERNAMA.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2349 hrs on August 23,2014.

Jokowi bakal bincanag isu subsidi minyak

Oleh Saharudin Musthafa

JAKARTA 22 Ogos - Bakal Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada minggu depan untuk berbincang mengenai transisi pentadbiran dan isu-isu ekonomi termasuk subsidi minyak.
Bakal Presiden baharu
Indonesia, Joko Widodo(Jokowi).

Menurut Gabenor Jakarta itu, beliau dan bakal Naib Presiden baharu Indonesia, Jusuf Kalla juga akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri Kabinet bagi mendapatkan maklum balas mengenai setiap kementerian sebelum memimpin Kabinet baharu kelak.

"Saya akan segera mengadakan pertemuan dengan Susilo untuk membincangkan permasalahan yang ada dalam pentadbiran selain memperbaiki kelemahan," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di sini semalam sejurus Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan menolak dakwaan penipuan dalam Pemilihan Umum Presiden (Pilpres) 2014 oleh pencabarnya, Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa.

Beliau ketika berkempen, berikrar akan mengurangkan subsidi minyak dan menggunakan peruntukan tersebut untuk projek membantu berjuta-juta penduduk miskin termasuk projek kesihatan, pendidikan dan infrastruktur.

Jurucakap Pejabat Presiden berkata, Susilo akan bertemu Jokowi minggu depan.
Bakal Timbalan Presiden baharu
Indinesia, Jusuf Kalla

Pada sidang akhbar itu, Jokowi turut mengajak Prabowo dan Hatta untuk sama-sama membangunkan Indonesia sekali pun pasangan lawannya itu gagal meraih kemenangan dalam Pilpres 2014.

Menurut Jokowi, beliau dan Prabowo sudah lama bersahabat dan hubungan itu akan terus kekal tanpa perlu ada usaha untuk memulihkan hubungan mereka dilakukan oleh mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Jokowi dan Jusuf akan mula dikawal oleh pasukan keselamatan khusus Tentera Nasional Indonesia (TNI), kata Panglima TNI, Panglima Moeldoko.

Pasukan keselamatan khusus TNI akan mengambil alih tugas pasukan keselamatan polis berikutan bakal pemimpin nombor satu dan dua Indonesia layak menikmati keistimewaan itu. - UTUSAN(Utusan online-Luar negara).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 1752 hrs on August 23,2014.

Thursday, August 21, 2014

JOKOWI KEKAL PRESIDEN INDONESIA

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA

Polis Indonesia terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan melepaskan tembakan air bagi menyuraikan penyokong Prabowo-Hatta yang bertindak ganas di luar Mahkamah Perlembagaan di Jakarta, semalam. - REUTERS 

JAKARTA 21 Ogos - Mahkamah Perlembagaan Indonesia hari ini menolak dakwaan penipuan dikemukakan Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa dalam Pemilihan Umum Presiden (Pilpres) 2014 lalu, sekali gus mengekalkan kemenangan kepada pasangan Joko Widodo (Jokowi)-Jusuf Kalla sebagai Presiden dan Naib Presiden negara ini.

Joko Widodo (Jokowi) (kiri) dan Jusof Kalla ( kanan),bakal Presiden dan Timbalan Presiden baharu Indonesia.
Keputusan itu bakal menyaksikan Jokowi mengangkat sumpah sebagai pemimpin baharu Indonesia menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono pada 20 Oktober ini.

"Kesemua sembilan orang hakim sebulat suara menolak permohonan Prabowo. Keputusan ini tidak boleh dirayu," kata Ketua Mahkamah Perlembagaan, Hamdan Zoelva.

Komisi Pemilihan Umum (KPU) bulan lalu mengumumkan kemenangan Jokowi selepas beliau meraih hampir 8.5 juta undi atau lebih 53 peratus dalam Pilpres paling sengit dalam sejarah negara ini.
Prabowo pula hanya menerima 46.8 peratus atau 62.2 juta undi.

Terdahulu, ribuan penyokong Prabowo-Hatta, lari bertempiaran menyelamatkan diri selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka di sini hari ini.

Kesemua penyokong Prabowo-Hatta itu berhimpun di hadapan bangunan Mahkamah Perlembagaan (MK) bagi mendengar penghakiman kes Pemilihan Umum Presiden (Pilpres) 2014 yang bermula pukul 2.30 petang.

Polis terpaksa bertindak sedemikian bagi meleraikan para penyokong Prabowo yang bertindak ganas memecah kawat besi di luar bangunan MK di sekitar kawasan Patung Arjuna Wijaya atau Patung Kuda di Jalan MH Thamrin-Jalan Merdeka Barat sebelum mahkamah bersidang.

Dalam rusuhan itu juga, sejumlah penyokong Prabowo-Hatta dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital.
Dianggarkan seramai 50,000 anggota polis dan tentera dikerahkan berjaga-jaga untuk mengawal keselamatan di ibu kota bagi memastikan tiada sebarang keganasan tercetus.

Media-media Indonesia melaporkan, Prabowo dijangka enggan menerima keputusan itu.( Utusan online-luar negara).Posted by ab nmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.10 am on August 22,2014.

Wednesday, August 20, 2014

12 NGO MAHU KHALID IBRAHIM KEKAL MB SELANGOR

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN
pengarang@utusan.com.my 

Gabungan 12 pertubuhan bukan kerajaan bergandingan tangan sebagai tanda sokongan penuh terhadap Abdul Khalid Ibrahim semasa mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor di Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 20 Ogos - Sebanyak 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah nama Angkatan Rakyat Selangor (Aras) menyatakan sokongan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus mengekalkan jawatan sehingga tamat penggal pentadbirannya.

Mereka yang terdiri daripada anak jati Selangor turut mengecam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana dilihat amat terdesak untuk menjadi pemimpin sehingga menyebabkan kemelut politik berlaku di negeri ini.

Pengerusi Aras, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, mereka berpendapat pentadbiran kerajaan negeri sentiasa berjalan baik, teratur dan melengkapi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Abdul Khalid dan seharusnya tidak digantikan dengan orang lain.

Menurutnya, kepimpinan Abdul Khalid yang membudayakan konsep ketulusan, kejujuran, integriti serta menolak sekeras-kerasnya amalan nepotisme, kronisme dan rasuah perlu diteruskan.

"Selangor akan mengalami kerugian dan berdepan impak negatif jika Abdul Khalid ditolak. Sejak beliau mentadbir negeri ini pada 2008, banyak perubahan bukan saja dari segi material tetapi lebih penting perubahan pendekatan politik di alam pentadbiran kerajaan negeri dilakukan.

"Ini harus diwarisi, kalau tidak negeri kita, negara kita akan hancur dan kita tidak mempunyai masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid di Pusat Rekreasi Antan Bantura di sini hari ini.

Antara NGO yang bergabung di bawah Aras adalah Gerakan Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS), Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Bugis Selangor dan Persatuan Bekas Polis.

Sementara itu, Pengerusi GRABS, Faisal Idris mempersoalkan tindakan PKR mahu menukarkan Abdul Khalid sedangkan Menteri Besar tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan dalam pentadbiran selain tidak dapat dibuktikan bersalah.

"Kenapa perlu ditukar? Pas sendiri sudah sebut Abdul Khalid tiada salah dan tidak dibuktikan bersalah. Ini sesuatu yang anda perlu lihat.

"Langkah Kajang yang dilancarkan oleh PKR pula adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat Malaysia dan rakyat Selangor," ujarnya.( Utusan online-politik)Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.27 am on August 21,2014.

PAS Selangor sedia calonkan nama pemimpin

SHAH ALAM 19 Ogos - Pas negeri bersedia mencalonkan nama para pemimpinnya sebagai Menteri Besar sekiranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan parti itu berbuat demikian.

Setiausaha Pas negeri, Mohd. Kharuddin Othman (gambar) berkata, walaupun pihaknya akur dengan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat pada Ahad lalu, hal itu tetap tertakluk kepada keputusan baginda sama ada mahu memberi perkenan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, Pas Selangor akan merujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan Pas Pusat sekiranya perkara berkenaan berbangkit.

"Jika senario itu berlaku, maka kita akan serahkan kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan menentukan siapa pemimpin dari parti kita yang layak (menjadi Menteri Besar).

"Buat masa ini kita ikut dan akur dengan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali.

"Maka, terpulang kepada Pas Pusat untuk memutuskan perkara itu sekiranya baginda menitahkan sedemikian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Jawatankuasa Pas Pusat mencalonkan Azmin bersama-sama Wan Azizah bagi jawatan Menteri Besar bagi menggantikan penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, Azmin pada hari yang sama, menolak pencalonannya selain akur dengan keputusan pakatan pembangkang yang mahukan Wan Azizah menduduki jawatan itu.

Pada Jun lalu, kemelut jawatan Menteri Besar menyaksikan desas-desus Pas Selangor akan meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka untuk menduduki jawatan itu antaranya ADUN Cempaka yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad; ADUN Sijangkang merangkap Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Tanjung Sepat, Mohd. Haslin Hassan.

Dalam pada itu, Khairuddin ketika ditanya reaksi akar umbi Pas Selangor susulan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat yang mencalonkan Wan Azizah dan Azmin sebagai Menteri Besar berkata, beliau yakin semua ahli termasuk Yang Dipertua Pas kawasan di seluruh negeri ini akur dengan keputusan berkenaan.

"Tidak ada bantahan (peringkat akar umbi) yang diterima kepimpinan Pas negeri," ujarnya.(Utusan online-politik) Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 1929 hrs on August 20,2014.

Zuhdi tegur pucuk pimpinan PAS


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pucuk pimpinan Pas perlu memiliki sikap negarawan dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pakatan pembangkang.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki (gambar)berkata, Pas sebagai sebuah parti Islam sepatutnya berfikir di luar kotak dan bukannya melihat dari sudut pertembungan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) atau antara Pas dan UMNO.

Menurut beliau, kecenderungan pimpinan tertinggi Pas menelaah situasi krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan situasi politik yang lain melalui kerangka pemikiran yang sempit adalah mengejutkan.
"Lebih sembilan bulan kepentingan rakyat Selangor dan kebajikan mereka dikebelakangkan kerana agenda PKR dan peribadi Anwar.

"Mengapa tidak ramai pimpinan pakatan pembangkang yang berani tegur kecenderungan politik PKR dan Anwar yang mementingkan agenda parti dan individu," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Kelmarin, Jawatankuasa Pas Pusat membuat keputusan untuk mencadangkan nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak kerana ia menolak pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini mempertahankan pentadbiran Abdul Khalid.

Mohd. Zuhdi memberitahu, pakatan pembangkang seharusnya memikirkan pula tentang bagaimana mereka boleh berpolitik untuk kepentingan rakyat dan negara.

Beliau menambah, rakyat Selangor telah diheret dalam kemelut politik yang tidak berkesudahan khususnya melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan isu air yang dipolemikkan.

"Akibatnya, kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang disenangi rakyat terganggu dan merencatkan inisiatif pegawai-pegawai kerajaan yang berdedikasi untuk menjaga kepentingan rakyat," ujarnya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1908 hrs on August 20,2014.

Monday, August 18, 2014

PAS Selangor tidak iktiraf Azizah

SHAH ALAM 18 Ogos - Meskipun pakatan pembangkang membuat keputusan menamakan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pas Selangor tetap tidak mengiktiraf Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas
Negeri,Sallehen Mukhyi

Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi berkata, meskipun Jawatankuasa Pas Pusat akur dengan majlis pimpinan pakatan pembangkang menamakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai satu keputusan sah.

Ini kerana, jelasnya, pencalonan Wan Azizah dikatakan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Pas Selangor sebelum ini menolak Wan Azizah bukan sebab beliau wanita tetapi kita dimaklumkan pencalonan beliau tidak diperkenan Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah).

"Bagaimanapun, kita akur dengan keputusan pakatan pembangkang semalam untuk tetap mencalonkan beliau (Wan Azizah). Mungkin ini percubaan (untuk mendapat perkenan Sultan Selangor). Kita tengok bagaimana nanti," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru dari Pas, Abdul Rani Osman sebelum ini memberitahu, penolakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar bukan disebabkan faktor gender sebaliknya ada faktor lain.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan faktor tersebut.

Sementara itu, Sallehen yang juga ADUN Sabak menjelaskan, dalam tempoh peralihan ini, beliau bersama tiga lagi ADUN Pas akan tetap meneruskan tugas sebagai Exco bagi memastikan pentadbiran negeri yang diterajui Abdul Khalid tetap berjalan lancar.

"Pentadbiran berjalan seperti biasa termasuk mesyuarat Exco mingguan pada Rabu ini. Kita tunggu sehingga Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) pulang dari luar negara pada 27 Ogos ini," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat semalam.

"Semalam kita dah buat satu keputusan yang menetapkan empat perkara dan kita akan ikut keputusan itu. Apa pun yang diarahkan oleh Pas Pusat, kita akan patuhi," katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.11.am on  August 19,2014.

Hasutan : Surendran dihadapkan ke mahkamah esok

Ahli Parlimen Padang Serai,N.Surendran
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran akan dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta esok atas tuduhan di bawah Akta Hasutan 1984 berhubung satu kenyataan akhbarnya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan melibatkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Latheefa Koya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, Surendran yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melapor diri ke balai polis Pudu di sini malam ini berhubung waran tangkap yang dikeluarkan oleh pihak polis. - UTUSAN ONLINE-dalam negeri .( Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1947 hrs on August 18,2014.

Sunday, August 17, 2014

Dalam kemelut MB Selangor : Jika Anwar tidak membunuh musuh politiknya...Hadi dan Nik Aziz tak buat U turn meninggalkan Tan Sri Khalid kesaorangan....

                                                                                                                                             
Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Isnin,August 18,2014 at 5.30 pm.                                                                                                                                            

Sesungguhnya pejuang-pejuang  tokoh politik pra kemerdekaa untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajahan British dulu boleh dikatakan punya matlamat yang ikhlas dan jujur.Tiada lain yang diperjuangkannya selain untuk membebaskan Tanah Melayu bebas dari cengkeman penjajah British.
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Untuk itu pejuang-pejuang kemerdekaan itu telah menubuhkan parti-parti politik untuk dijadikan sebagai "wadah" iaitu sebagai alat (vehicle) untuk memperjuangkan kemerdekaan itu dan akhirnya Tanah Melayu dapat mencapai kemerdekaan yang diperjuangkan itu pada 31 Ogos 1957 dari Brirtish.
Tan Sri Khalid Ibrahim

Sejak dari itu pejuang-pejuang politik yang telah mendapatkan kemerdekaan itu bekerja kuat dengan jujur dan ikhlas untuk mengisi kemerdeka itu sendiri dengan cara kita sendiri.

Kita dapat lihat bahawa pejuang-pejuang kemedekaan itu bekerja untuk membangun Persekutuan Tanah Melayu dalam keadaan serba serbi dalam kekurangan.

Banyak di antara tokoh-tokoh pejuang politik pra- kemerdekaan itu  telah menggunakan wang ringgit mereka sendiri untuk membangunkan parti dan Persekutuan Tanah Melayu yang mereka cintai itu.

Misalnya!Tengku Abdul Rahman Putra sendiri telah banyak menjual harta bendanya  untuk menghidupkan Umno dan membangun negara yang bernama Persekutan Tanah Melayu yang mana kini bernama Malaysia.
Berbaju kemeja hitam nombor dua dan tiga itu adalah ADUN PAS yang berada di kem Anwar Ibrahim dan difahamkan telah menyokog PKR . Kini PKR ada 15 kerusi dan DAP ada 15 kerusi di dalam DUN Selangor. Jumlahnya 30 kerusi.Dah boleh bentuk kerajan Selangor dengan status simple majoriti. Status kedua-dua ADUN PAS ini masih belum tahu statusnya. Mereka ini melompat ke PKR- ke? Atau apa sifat  mereka bergambar bersama-sama ADUN dan MP PKR  itu?Ttetapi mereka berdua dah buat kenyatan bersedia mengjhadapi tindakkan PAS.Akan dipecat ke atau apa-apa tindakan yang lain?
Dalam proses untuk mengisi kemerdekaan itu Umno sebagai peneraju untuk membangun Persekutun Tanah Melayu  terpaksa menghadpi berbagai-bagai cabaran dan ujian yang getir.

Tuan Guru Nik Aziz
Syukur Alhamdulillah! Semua ujian dan cabaran itu telah dapat diatasi oleh mereka hinggalah Persekutuan Tanah Melayu diubah dan dipersetuju oleh rakyatnya bertukar dengan nama Malaysia.

Perkara ini berlaku di sebabakan Sabah,Sarawak dan Singapura telah bersetuju berada di dalam gagasan Tengku Abdul Rahman itu dan sekligus boleh mencapai kemerdekan melalui Malaysia.

Singapur ditendag keluar oleh Tuanku Abdul Rahman Putra dari Malaysia disebabkan gagasan Malaysia Malaysian yang menjadi dasar PAP Singappura pimpinamn Lee Kuan Yew itu di anggap oleh Tengku Abdul Rahman Putra akan memporak peranda Malaysia.

TETAP ADA KRISIS....SENARIONYA BERBEZA SEKALI

Berkrisis dan bersengkieta itu tetap wujud.Dengan kata lain selagi manusia masih jadi penghuni alam ini?

Masalah berkrisi antara satu manusiaa dengan manusia yang  lainnya? Tetap wujud dan sama sekali tidak dapat dihakiskan.dari muka bumi ini, dan tidak akan hilang lenyap dari permukaan bumi ini.

Krisis itu tetap wujud tetapi tahapnya sahaja berbezaa,tetapi ianya  tidak seteruk pada masa mutahkir ini.
Tuan Gur Hadi Awang

Boleh dikatakan jika wujud sebarang krisis di zaman sekarang ini? Budi pekerti yang mulia dan perasaan timbang rasa langsung tidak menjadi peganagan lagi oleh manusia-manusia yang sedang berkemelut itu unuk diselesaikan.

Sebagai contohnya. Kemelut yang terjadi di Selangor,tajaan PKR baru-baru ini.Kita boleh lihat banyak perkara yang songsang telah terjadi pada bulan Julai 2014.

Ketika itu Preesiden PAS Tuan Guru Hj.Hadi Awang uzur.Maka Mat Sabu mewakilinyta.

Maka Mat Sabu,Timbalan Presiden PAS yang mewakili PAS telah bersetuju Presiden PKR,Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, satu-satunya tokoh akan mengambil tempat jawatan Menteri Besar Selangor jika Tan Sri Khalid mengosogkannya.

Setelah tersebar mesej  WhatsApp Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Maka wujud kontroversi dan didapati tokoh-tokoh besar PAS buat U turn atas isu yang telah dibuat oleh Mat Sabu di dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat,pada bulan Julai 2014 itu.

Zuhdi AJK PAS Pusat
Mesej Zuhdi itu berbunyi: "Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selqangor malah untuk seterusnya.Kita 15 kerusi +(01) TSKI + Seorang lagi Adun PKR + 12 Umno,dah bentuk simple majoriti.Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB (Menteri Besar).

Lepas itu kalau DAP,gereja dan non Muslim melalak isu serbuan,kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujun tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam.So mana-mana suara non Muslim,gereja,kita boleh sanggh macam sebelum ini".

Mesej tersebut menjadi kemarahan pemimpin PKR dan DAP yang mendesak parti Islam itu memecatnya kerana dah lari daripada landasan perjuangan  Pakatan Rakyat (PR).

Banyak para pengikut PAS seluruh tanah air bersetuju dengan mesej WhatsApp Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS pusat.

HADI DAN NIK AZIZ BUAT U TURN

Ekoran dari WhatsApp Zuhdi itu setelah mendapatkan taklimat dari Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad,Tuan Guru Haji Hadi Awang bersetuju Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor dan menetang pula jika Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai MB Selangor.
Prof Dr.Haron Din
Ti.m.Mursydul Am PAS

Pada esok harinya pula.Setelah mendapt penjelasan dari Hadi Awang,selaku Presiden PAS.Maka Nik Aziz Nik Mat,selaku Mursyidul Am PAS turut menyokong kenyataan Hadi Awang itu dengan berkata, Hj.Hadi Presiden parti PAS dan beliau jadi ketua kita.Jadi kita mesti sokong apa yang difikirkannya baik"

Justeru itu,persetujuan yang telah dibuat oleh Mat Sabu,
 dengan PKR/DAP selaku Timbalan Presiden PAS pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat pada bulan Julai 2014 itu boleh dikatakan secara otomatik terbatal.

Tak boleh dipakai walaupun dah diminitkan di dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dan dah jadi satu dokument yang sah.
Datuk Iskanar Abdul  Samad
Pesurhjaya PAS Negeri Selangor
Ekoran dari itu, maka Majlis Syura Ulama',satu-satunya badan tertinggi di dalam PAS yang mempunyai kuasa veto turut bermusyuarat dan mengambil keputusan menyokong penuh pendirian yang telah diambil oleh Presiden dan Mursyidul Am PAS itu.

Akibat dari tindakan U turn yang telah dilakukan Hadi Awang dan Nik Aziz itu?

Maka kemelut  politik yang bersangkut paut dengan jawatan MB Selangor dah jadi semakin panas suhunya dalam Pakatan Rakyat. Panasnya macam panas musim alnino yang mampu membuatkan air yang berada di kolm takungan di seluruh Selangor itu jadi semakin surut dan berkemungknan Selangor akan mengalami kemarau teruk.Bekalan air pada rakyat akan di catur lagi.

BERLAKU PECAT MEMECAT

Ekoran dari kemelut politik Selangor panas dah jadi semakin memuncak.Maka terjadilah tindakan pecat memecat terjadi di dalam pergoilakan politik Selangor Darul Ehsan.
Rodziah Ismail,diharapkan
menyolkong Tan Khali Ibrahim
 pun buat U Turn

PKR menerusi biro disiplinnya telah memecat Tan Sri Khalid dari ahli dan keahlian seumur hidup Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebagai tindak balasnya Tan Sri Khalid telah menemui Sultan Selangor dan menyembahkan sembah dengan mengatakan bahwa beliau masih mendapat sokongan majoriti dari ADUN di dalam DUN Selangor.

Sultan memperkenankan Tan Sri Khalid Ibrahim kekal jadi MB Selangor.EXCO PAS 4 orang terus itu terus dikekalkan tidak diusik langsung oleh MB Selangor.

Kerana mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor Darul Ehsan minimum exco Selangor 4 orang dudah memdai.Semua kerja boleh terus dilakukan.

Ketikka itu di pihak Tan Sri Khalid dah ada (15) PAS +(12) Umno dan + TSKI( 01)dah jadi 28 kerusi. Jika dapat (01) kerusi dari PKR atau(01) DAP ?

Maka dah ada 29 kerusi semuanya.Maka  apa yang diandaikan oleh Dr.Zuhdi,jawatankuasa PAS pusat itu semacam dah  hampir nak jadi kenyatan.

Dalam konteks itu timbul satu pertanyan..Apakah Tan Sri Khalid dan regimnya termasuk tokoh-tokoh politik PAS di Selangor yang bersetuju dengan WhatsApp Dr.Zuhdi itu dan merancang dah ada bayangankah.dah d mengenal pastikah?

Siapakah satu atau dua orang dari PKR atau DAP itu akan sudi berkorban untuk berada di kem mereka? Kerja-kerja macam ini mesti dilakukan dengan cermat,cepat dan pantas, jika kem Tan Sri Khalid mahu landskape Selangor berubah?

Saari Sungib ( Pak Abu) sahabat seperjuangan dengan 
 penulis di dalam PKR dulu.ADUN PAS (Hulu Kelang)
selamatkan PKR/DAP. Pak Abu  ini dulu orang kuat 
PKR. Pernah jadi tahanan di Kem ISA di Kemunting. 
Kemudiannya join PAS dah dua penggal jadi ADUN 
PAS Hulu Kelang. Lulusan Unversiti juga. Punya 
Ijazah Enginering. Tokoh PAS yang baru menang 
pada PRU-13 telah dilantik Exco. Sedangkan Pak 
Abu ini ( tang tu.. tang tu ) juga? Fikir-fikirkanlah!!!
Untuk menjayakan tindakan kudeta semcam ini? Sudahkah Tan Srt Khalid  dan orang-orang di kemnya dah pergi menemui dan berbincang dengan mereka yang diharapkan akan membantu mereka untuk jayakan kudeta ini?

Kemelut Isu MB Selangor ini dah jadi pengetahuan umum sejak pilihan Raya Kajang lagi. Juster itu,seharusnya Tan Sri Khalid dan  orang-orag di kemnya dah lama dah buat persiapan.

PROGRAM MEGA

Untuk menjayakan tindakkan program yang mega ini? Anda tidak boleh menemui orang-orang untuk memberi bantuan pada anda agar menyebelahi anda, hanya dengan membawa gusi, gigi dan lidah aje?

Kita terpaksa menggunakan apa sahaja sumber yang boleh membuatkan seseorang itu gembira untuk melakukan U turn.
Hasnul Baharuddin
ADUN ( Morib) pun
selamatkan PKR/DAP
 dari terguling jatuh.

Di samping itu orang-orang PAS terutama Pesuruhjaya PAS Selangor yang dilihat begitu akrab dengan Tan Sri Khalid mesti mempastikan ADUN-ADUN mereka tidak boleh dijual beli?

Demi taklimat yang telah diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor,Datuk Iskandar Abdul Samd itu telah membuatkan Tuan Guru Haji Hadi Awang ,Presiden PAS tidak pakai persetujuan yang telah dibuat oleh Mat Sabu dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dalam bulan Julai 2014

Kegaggalan kudeta di ketuai Tan Sri Abdul Khalid ini adalah merupakan kealpaan Tan Sri Khalid sendiri. Iskandar Abdul Samad juga boleh dianggap lemah longlai membatu strategi kudeta ini.Akhirnya gagal tersungkur.Memalukan.

Jangan diharapkan adun-adun PAS semuanya kononnya akan patuh dengan arahan Haji Hadi dan NIk Aziz cara membuta tuli..Rambut sama hitam?Tapi hati lain-lain.Tiap seseorang itu ada dan punya perkiraan sendiri-sendiri dalam menghadapi kehidupan mereka sekeluarga.

Tan Sri Khalid tidak boleh berpolitik cara lurus bendul.Jika kita mengamalkan politik lurus bendul?

Maka jawatan penting yang sedang anda pegang akan terpelanting dipancung musuh.Politik itu angat kotor.Ia dikotorkan oleh tokoh-tokoh yang menggendalikan,dari bersih ke kotor.

Tidak boleh lurus bendul dalam politik? Jika lurus bendul? Kepala kita akan dipijak hingga kemek.

Jika anda terlalu lurus bendul yang mengharapkan oarang sahaja mesti hormat anda,mentang-mentang anda itu MB Selangor. Zaman anguk-menganguk dan patuh setia pada boss tanpa apa-apa ganjaran dah berlalu berpuloh-tahun yang lalu.

Mungkin di zaman Pra-kemerdekan dulu itu?Ada orang-orang yang begitu?Kerana di zaman itu semua orang baik pemimpin dan rakyat sama-sama miskin belaka. Tetapi di zaman ini boleh dikatakan dah atak ada langsung.

Kebanykan para pemimpin negara? Dari parti-parti apa pun. Baik dari parti pembangkang atau penguasa( pemerintah) kebanyakan dari mereka semuanya dah kaya raya.

Jika anda nak melakukan kudeta? Ertinya anda mahukan kuasa.Selepas anda dah ada kuasa politik nanti? Pasti anda semua akan MAHU buat kekayaan pula.

Ketika itu? Anda sudah pasti lupakan orang-orang yang telah menolong anda itu.Alasannya kononnya  anda terlalu sibuk dengan tangghung jawab. Sebamnrnya anda begitu sibuk menghihutan wang panas yang anda terima.Itu sahaja kesibukan anda.Lain tiada.

Ketika itu dah tak ada lagi perkatan yang akan keluar dari mulut anda? Perkataan yang berbuni." Satu untuk kau dan satu untuk aku. Sudah pasti perkataannya akan jadi bertukar semua bunyinya.Perkataan itu akan jadi begini: "Ini untuk aku dan yang itu pun adalah untuk aku juga.

Kisah macam ini sudah banyak berlaku.Rakyat jelata dah sangat arif dengan sikap pura-pura wakil-wakil rakyat yang munafikun ini.Bermulut manis kletika tersepit. Setelah ditolong? maka akan jadi lu..dan gua...

BETAPA CEPAT ANWAR MENENTANG MUSUH POLITIKNYA.

Dalam keadaan suasana Tan Sri Khalid begitu sibuk pecat orang ini dan pecat orang itu.Tanpa disedari Anwar Ibrahim,seorang.ahli poliotik yang sangat licin tindakannya, secara diam-diam dah mula bertindak macam mana nak kalahkan musuh politiknya khasnya pada Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang dapat sokongan PAS dan Umno.

Setelah Anwar rasa begitu yakin bahawa tindak maut yang ditujukan kepada musuh-musuh politiknya itu akan berhasil dengan teratur?

Beliau selaku penasihat PKR mengarahkan isterinya Presiden PKR,Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, membuat pengumuman rasmi secara terbuka di Armada Hotel,Subang,bahawa 2 orang ADUN dari PAS dah menyokongnya.

Berita YANG mengejutkan itu telah disiarkan oleh mass media arus perdana seluas-luasnya.Dalam sekelip mata seluruh dunia dah tahu Anwar Ibrahim telah membunuh musuh politiknya dengan jayanya.

Dalam politik jika anda tidak cepat bunuh musuh politik anda? Maka anda pula yang akan jadi korbannya.

Membaca berita gemnpar itu sudah pasti para pucuk pimpinan PAS jadi terkedu dan terkejut beruk.Menurut cerita dri mulut ke mulut,bahawa sumpah (baiah) iaitu sumpah yang telah dibuat oleh ADUN-ADUN PAS yang dah jadi wakil rakyat sangat ketat dan dikatakan sangat takut untuk dilanggari oleh wakil-wakil rakyat PAS itu?.

Kini terbukti telah dilanggar roboh oleh ADUN ( Hul Kelang) dan ADUN ( Morib)pada hari Rabu,tanggal 13/08/2014 bertempat di hotel Armada,Subang.

Untuk menghiburkan hati mereka? Mereka telah menyatakan penderhaka dari PAS 2 orang itu akan menghadapi tindakan yang sewajarnya dari PAS dan notis diberi selam 24 jam untuk mereka  kembali ke pangkuan ibuanda.

Dari tarikh 13/08/14 hingga 17/8/2014.Ia bererti dah 6 hari X 24 jan.Juml;ah 144 jam dah? Masih tidak ada berita tentang tindakan terhadap 2 ADUN PAS itu. Cakap tidak serupa bikin...

Pemerhati politik berpendapat bahawa Mesyuarat AJK PAS Pusat itu SEMACAM sengaja ditunda-tunda untuk memeberi peluang pucuk pimpinan PAS membuat adjustment dan penilaian semula.Adakah tindakan Tan Sri Khalid  itu benar-benar berjaya atau sebalik?

Jika Program Mega Tan Sr Khalid Ibrahim gagal di tengah jalan? Masa ada masa lagi bagi mereka pihak PAS buat U turn men yokong semula PR.Telahan dan keraguan pucuk pimpinan PAS itu dilihat semacam memeng benar.

Ujung-ujungnya di dapati program mega Tan Sri Khalid itu telah  gagal.Orang yang menggalkan ialah tak lain tak bukan ialah Anwar Ibrahim politikus handalan tanah air. Tan Sri Khlaid dan PAS jalan macam kura-kura. Sedangkan Anwar bertindak memusnahkan musuh politiknya cepat macam kancil berlari.

BUAT U TURN LAGI PUCUK PIMPIN PAS INI.

Maka! Pada mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17/08/2014 dilihat ada tokoh besar PAS hadir. Terpaksa tebalkan mkuka.Buat U turn semula.

Bersetuju Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail jadi calon MB Selangor sesuai dengamn keputusan Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat pada bulan Julai 214, di mana Mat Sabu jadi wakil PAS di mesyuarat itu.

Cuma ditambah seorang lagi nama CALON iaitu Azmin Ali.Dalam perbalahan di dalam PAS beresabit dengan isu MB Selangor ini Mat Sabu dilihat menang.Hadi dan Nik Aziz kalah teruk dan sekaligus Majlis Syura Ulama pun kalah teruk juga.

Selama inI PAS mendakwa bahawa Majlis Syura Ulama' itu, adalah satu-satunya badan tertinggi di dalam pada parti PAS itu sendiri.dan mempunyai kuasa VETO untuk membatalkan apa sahaja keputusan yang tidak wajar pada pandangan Majlis Syura Ulama.

Anihnya? Pada  17/08/2014 secara terang-terangan AJK Pusat PAS telah melanggar roboh keputusan Majlis Syura Ulama'.Apa dah jadi nii? Knacil mengalahkan gajah.

Jika Tan Sri Khalid  dan regimnya berjaya tumbangkan PKR/DAP ? Mesyuarat PAS Pusat pada 17/08/2014 pasti terus sokong Tan Sri Khaliud Ibrahim.Jika kita ikuti dan imbas kembali susur galurdan liku-liku perjuangan politik PAS di tanah air ini,? Dari sejak mula ditubuhkan dulu hingga kini?

Pas dilihat semacam selalu mengambil kesempatan "menanguk di air yang keruh".Naik di atas penderitaan orang lain. Ku Li dah rasa semasa bekerjasama dengan PAS dibawah kerajaan APU di Kelantan..Apa dah jadi? Anwar pun dah kena ketika untuk memperjuankan Datin Seri Dr.Wan Azizah nak gantikan MB Selangor.Dan kini giliran Tan Sri Khalid Ibrahim pula...

Esok lusa siapa pula? Sama-sama kita tunggu dan lihat jika dipanjankan oleh Allah umur kita.(Posted bya abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 1730 hrs on August 18,2014.