KOTA BHARU 18 Mac – Pas tetap dengan pendirian untuk meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan, ancaman serta halangan daripada sekutunya, DAP.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah |
Pindaan 2015 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Tegasnya, DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya tidak bersetuju itu adalah hak mereka namun jangan sesekali menghalang usaha Pas untuk melaksanakan undang-undang Islam ini.
“Pas tidak akan tunduk dengan dia (DAP) malah kita telah pun bentang (Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Takzir) ini tanpa sebarang halangan.
“DAP, PKR tidak setuju itu cerita lain kerana perkara itu melibatkan soal politik tetapi biar proses demokrasi berjalan dengan lancar, biar bawa ke Parlimen, kalau hendak bahas tidak menjadi masalah,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan rang undang-undang tersebut dalam Sidang DUN Kelantan di sini hari ini.
Rang undang-undang yang merupakan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Kelmarin pemimpin-pemimpin DAP termasuk Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo bukan sahaja tidak bersetuju dengan pembentangan enakmen berkenaan malah menuntut Majlis Pakatan Pembangkang mengambil tindakan tegas menghukum Pas atas alasan mencabul kerangka pakatan.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at11.12 am on March 19,2015.
No comments:
Post a Comment