Sunday, May 31, 2015

Zam janagn syok kata orang ini dan itu sebagai sampah?


Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia ke-6  yang dilihat
begitu tegas pndiriannya jika dficabar dengan isu yang tidak berhujung
 pangkal sifatnya.



Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
June 01,2015 @ 8.10 pm.

Utusan online-politik,pada jam 2.35 am 01 Jun.The Malaysian Insider pada jam 10-31 am,01 Jun dan The Malaysiakini pada jam 11.12 am Jun 01, 2015.


Masing-masing ada melaporkan bahawa di dalalm mesyuarat kabinet itu kononnya Dauk Seri Najib Tun Razak, ada menegaskan kepada menteri-menteri kabietnya,bolehlah meletakkan jawatan, 

Meletakkan jawatan jika tidak bersedia menghadpai bersama menyelesaikan isu IMDB yang dipertikakan oleh Mahathir itu. Malangnya? Pada jam 3.54 pm,hari ini juga,pada edisi bahasa Inggerisnya pula,
YB.Nazri Aziz,Menteri Pelancongan Malaysia.
Malaysiakini dilihat telah melaporakan kenyatan politik Menteri kanan kerajaan,iaitu Menteri Pelancongan Malaysia, YB. Nazri Aziz,SEGERA menafikan gesaan Datuk Seri Najib itu.

Seterus menyatakan sebenarnya tidak ada luahan'kata dua' terhadap menterinya dari Datuk Seri Najib di dalam mesyuarat kabinet itu.

Menurut Nazri yang telah hadir di dalam mesyuarat kabinet tersebut? Bahawa suasana  (atmosphere) mesyuarat kabinet pada 4 atau 5 hari lalu itu, ianya berjalan dalam suasana yang mesra dan tidak tegang.

Kenyataan yang dibuat oleh Nazri ini sangat kontra sekali dengan laporan yang telah dibuat oleh 3 portal media sosial ini? 

Kenyataan Nazri itu boleh dianggap betul sebab beliau ada hadir dalam perbincangan mesyuarat kabinet tersebut.

Laporan yang berbeza ini? Amat membinggungkan rakyat lantas menganggap bahawa segala laporan yang dibuat oleh portal media sosial mutakhir ini? Langsung tidak boleh dipakai kebenaranya. Tidak boleh dijadikan panduan sama sekali. 

Semata-mata mhu mengadu domba antara satu dengan lain agar terus berkrisis.Antara Najib dan Mahathir akan menjadi panas semula.

TAKTIK ADU DOMBA AGAR UMNO GOYAH?

Menurut pandangan dari golongan yang arifbillah yang tidak mengauti sebarang fahaman politik pula?Mereka yang berada di atas pagar ini berpendapat bahawa  desakan Mahathir dalam masa dua tiga bulan yang lalu itu MERUGIKAN uMNo itu sendiri.?

Sungguh tidak adil dan berat sebelah.Sekaligus Mahathr dan konco-konconya itu semacam mahu mengatakan kononnya Mahathir tidak pernah buat salah silap semasa beliau berkuasa jadi PM selama 22 tahun di Malaysia ini?

Dari maklumat-maklumat terbaru yang telah dikeluarkan oleh Menteri KeWangan ke -2 bahawa IMDB kini HANYA berhutang dalam pasarn niaga sebesar RM42 billion SEDANGKAN NILAI 1mdb hampir 52 billion di dalam pasaran niaga di dalam dan diluar negara?

Pada 3 hb.Jun 2015 iniMenteri Kewangan ke-2 akan menerangkan kepads rakyat di manakah wang 1MDB itu berada.,Marilah sama -sama kita tunggu dan dengar dengan penuh sabar.

Kejadian ini dianggap oleh banyak golongan terutama dari regim Mahathir dan konco-komconya bahawa kerajan pimpinan Datuk Seri Najib dilihjat kononnya lemah, tidak cekap dan beliau harus meletakan jawatan dari Umno mahupun dari kerajaan.
Mahathir Mohamad,masa gemilangmu di arena
politik kini dah berlalu bersama tiupan angin bayu

Tetapi di zaman Malaysia diterajui selama 22 tahun oleh Mahathir orang yang kononya mengakui pandai dalam banyak hal terus di diamkan aje semacam nak disembunyikan langsung?

Sehingga ada sebuah Ngo telah menawarkan wang sagu hati hingga 1 juta ringgit kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat segala kepincangan Mahathir berselindung di sebalik proxcy selama 22 tahun dulu itu hingga Malaysia hilang dan lesap wang sebesar RM100 billion?

30 billion aje rugi dan hangus dalam niaga forex. Belum masuk cerita Bank Bumiputra,Penerbangan Mas, Perwaja dan sebagainya.

Walaupun Malaysia rugi berbelion ringgit tetapi sedihnya tidak di utarakan oleh konco-konco Mahathir? Malah hendak disembunyikan di bawak karpet buatan luar negara yang berwarna warni. itu.

Kehangusna dan kehilangan wang itu  bukannya satu jumlah yang kecil.Malah lebih dua setengah kali ganda besar jumlahnya berbanding  dari IMDB berhutang di dalam pasaran niaga diluar dan di dalam negara.

Tetapi kesalahan dan kealpaan Mahathir dan orang-orang yang beliau percayai hingga mengakibat wang Malaysia lesap dan hangus RM100billion itu? Dianggap oleh orang -orang yang pro-Mahathir macam hilang terbangng sebutir pasir aje.? Ini sungguh tidak adil? Munafik namanya?

Langsung tidak disebutkan namanya dan dipertikaikan oleh Zam ketika beliau menulis tentang isu IMDB..Zam dilihat terus membela Mahathir secara membuta tuli aje.Kehilangan RM 100 billion itu macam kisah karton aje buat Zam.

SEBALIKNYA orang-orang disekeliling Datuk Seri Najib,dilihat kononnya digelar sebgai sampah oleh Zam. Lama kelamaan kononya Datuk Seri Najib akan jatuh ke dalam samapah-sarap itu. Kata-kata yang Zam ungkapkan itu telah disiarkan oleh Malaysia kini pada hari ini pada jam  11.12 am.

Berbuih-buih mulut Zam menekankan isu IMDB aje? Isu RM100 bilion itu di era kekuasaan itu sama sekali tidak Zam pertikaikan hingga tegang urat merih Zam? Kenapa? Ada masuk ke? Kalau tak berada-ada masakan tempua bersarang rendah? Adakah disebabkan Tun senegeri dengan Zam ke?

Dalam soal salah? Tak kira siapa dan dari mana? Hatta anak dan isteri kita sendiri pun tidak boleh diberi perlindungaan dan dibela jika di dapati mereka bersalah?

Seharusnya orang inilah harus dicanag-canangkan oleh Zam dan harus  dipanggil sampah, Kerana telah menghanguskan dan melesapkan wang Malaysia RM100 billion ketika berkuasa? Tak tahu niaga? Tapi buat niaga secara hentam keromo aje.

Yang rugi rakyat Malaysia.Jika wang sebesar itu dibelanjakan pada rakyat pada bidang pelajaran secara revolusi dan progresif secara percuma selama 22 tahun itu? Ratusan ribu rakyat Melayu Malaysia dah jadi orang bijak pandai di berbagai-bagai bidang ilmu untuk kemajuan Malaysia.

Justeru itu? Si pesalah yang menghanguskan RM100bilino itu? Dia mesti dibawa ke Mahkamah keadilan.Seperti yang telah berlaku di Israel dan di Korean Selatan.

Mereka  telah  membawa bekas PM dan Presidennya ke Mahkamah negaranya untuk diadili dan dihukum sesuai dengan kejahilan,dan kebodohan mereka itu yang telah pecah amanah terhadap kepercayaan yang telah diberkan oleh rakyat terhadap mereka?

BERHUTANG BUKAN ISU BESAR SANGAT

Isu IMDB dikatakan telah berhutang sebanyak RM42 billion ? Jika ia benar? Memanglah tidak wajar?Singapura melabur 60 billion?Kemudian rugu 27 billion.Di dalam perniagaan begitulah adatnya.Ada maa untung dan ada masa rugu pula?

Tapi ada bezanya di antara perkataan wang hangus,lesap, berbanding dengang perkataan IMDB berhutang.

Berhutang dalam konteks disebabkan rugi di dalam perniagaan meraka?.Ertinya IMDB  hanya masih berhutang? Setiap hutang boleh dibayar semula.Kenapa ianya diheboh-hebohkan seluruh dunia? Tak malukah mendedahkan  pekong pemimpin negara ke luara negara?

Di mana letaknya tata setia dan kasih sayang anda terhadap pemimpin dan negara Malaysia?

Zam bekas menteri penerangan di suatu masa dulu?
Apa tugas beliau masa kini tak pula diketahui?
Tapi yang lebih malang?Isu RM100 billion itu? Dah hangus,dah hilang lesap menjadi abu itu?

Merupksn satu kerugian dan kehilangan wan g Malaysia yang sangat besar jumlahnya? SATU Kerugian besar bagi rakyat dan negara Malaysia yang sepatutnya tidak berlaku?

Dizaman Tungku,Sbdul Rahman Pujtra,di zaman Tun Razak dan di Zaman  Husin Onn ianya tidak berlaku pun.. Hanya mula berlaku di zaman Mahathir?

Rugi dalam perniagan forex yang telah diceburi tanpa diperhitungan secara teliti tentang resikonya oleh si jahil dan tolol itu tapi masih mengakui pandai kononnya? Kalau pandai kenapa rugi?

Penulis juga dulu orang niaga dan pernah rugi banyak kali.Tetapi dapat bayar hutang  kerana diberi masa oleh si piutang bagi saya terus jalankan perniagaan dan akhirnya semua hutang-piutang itu dapat dibayar cara beransur hingga usai.

Begitulah adat berniaga.Kadang kala untung  melambung tinggi.Ada masanya rugi besar lantas berhutang kepada si pemberi hutang itu.

Tapi wang yang lesap dalam niaga forex itu terus jadi hangus dan lesap dengan begitu sahaja.Hilang dari pandangan,cuma masih kekal di dalam ingatan yang sangat menyakitkan hati rakyat Malaysia..Disebabkan begitu jahil menceburkan niaga didalam bidang forex yang dikendalaikan oleh penyangak mata wang dunia.

ORANG MEMBUAT HUTANG DALAM NIAGA LEBIH MULIA DARI YANG MENGHANGUSKAN WANG DALAM NIAGA FOREX

Kalau Zam nak bicara fasal sampah-sarap? dIsebabkan membuat hutang dalam pasaran itu?Adalah lebih baik,lebih mulia lagi tarafnya berbanding dengan orang yang buat niaga di dalam jenis niaga yang boleh melesapkan wang ringgit rakyat MALAYSIA seperti niaga forex, dan sebagainya sebagainya?

Niaga seperti ini? Tak ada bezanya dengan perbuatan bermain judi di Meja Casino di Las Vagas,Amerika. Menang sekali? Tetapi rugi seribu kali.Jika wang itu lesap? Ia akan lesap buat selama-lamanya.Ujung-ujungnya jadi papa kedana,muflis dan bankraft.

Kenapa Zam tak kutok orang yang buat wang Malaysia lesap itu? Tetapi kutuk begitu hebat pada orang yang hanya membuat hutang di pasaran aje?Jika anda niaga mesti ada berhutang.Jika dalam niaga anda tak ada hutang. Itu bukan niaga namanya? Itu simpan wang  fix deposit atau melabur di ASB.

Jika berhutang?Anda tidak boleh didapati bersalah dari segi undang-undang? Selagi anda masih berniat untuk membayar hutang anda itu?

Mahkamah mana pun tak boleh buat apa-apa.Jika di bawah ke mahkamah?Bila ditanya tentang hutang-hutang itu? Anda akui sahaja jumlah hutang itu pada tuan hakim dan berazam dan berniat anda hendak membayarnya secara ansur-ansur hingga selesai.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar,kini Ketua Pergerakkan Pemuda Umno
dan Menteri Belia dan Sukan yang berpotensi.Diharapkan pucuk pimpinan
Umno pada ini harus memberi peluang kepada beliau terus maju  kedepan tanpa
guna sabit cantas mencatas oleh Umno yasng sangat tajam itu? 

Tuan hakim di mahkamah pun tak boleh buat apa-apa.Hakim akan nasihkan kamu berundinglah.di antara kamu.iaitu di antara yang memberi hutang dengan yang berhutang.Itu aje perintah mahkamah..

Jika berhutang pada pasaran? Selagi hayat anda masih dikandung badan? Dan anda berazam untuk membayar semula? Tak ada apa salahnya.

IMDB adalah badan GLC kerajaan Malaysia. Banyak perniagaan besar akan dilakukan oleh Malaysia.Jika  IMDB mendapat tender besar-besar bernilai berbillion ringgit? Dalam waktu yang singkat aje IMDB akan dapat melangsaikan hutang-hutangnya.

Lambat laun (sooner or leter)  hutang-hutang itu akan dapat dibayar dengan syarat perniagaan yang buat itu  profitable dan niaga itu mesti diteruskan. Syaratnya? Buatlah jenis niga yang benar-benar anda tahu tentang selok beloknya dan tendang terajangnya.

Bukan buat niaga main hentam keromo aje.Macam niaga dalam niaga forex dan saham-saham.Niaga jenis ini lebih banyak resikonya berb anding engan keuntunganya.

BERHATI-HATI  MEMILIH  (CEO) ATAU (CHAIRMAN) SYKT. GLC KERAJAAN

Syarat kedua: Jangan semata-mata harapkan penerangan yang manis-manis dan muluk-muluk belaka dari CEO atau Chairman aje.

Mereka ini umumnya, punya pengalaman yang unik bagaimana nak buat anda tertarik pada benda-benda yang mereka orbitkan itu? Agar hingga kita terngangga melopong mulut mendengarnya.Bak istana kayangan jatuh ke atas riba.

Sedangkan gagasan yang mereka berikan itu tak ubah sama dengan alam fantasi belaka terutama kepada para pemimpin yang gopoh mengambil sesuatu keputusan dalam isu besar negara yang sangat besar pula tahap resikonya.

Besar kuali masakan itu? Maka sudah tentu besar juga kerak nasi masakan itu. Ini satu hakikat yang tak boleh dinafi-nafikan.

Apatah lagi kalau CEO atau Chairman sesebuah syarikat itu dari awal-awal lagi sudah ada niat nak buat kekayaan atas jawatan yang mereka sandang itu atau pun baru hendak disandangnya itu?
Apatah lagi jika CEO dan Chairman sesb uah  GLC kerajaan itu telah mengidam-
idamkan mahu mendiami rumah agam sebersar ini? Sudah pasti otaknya jadi begitu ligat
mahu jadi peraswah besar dengan mendapatkan komision ini dan itu.?
Tertama tokoh-tokoh niga yang bukan Islam? Mereka memang ada kepakaran.Sebagai jalan pintas? Mereka itu sanggup memeluk dan menganut agama Islam secara pura-pura aje?

Tetapi dilihat masih minum arak,whisky dan brandy, ketika  menemui rakan niaga mereka.Agama dan nama baru sebagai seorang  mujalaf Islam yang depa pakai itu hanya pada nama aje? Nama untuk jadi jutawan segera.BUKAN semua tetapi kebanyakan dari mereka itu?

Langsung tidak membayangkan seorang Islam mualaf yang setia pada ajaran agama kita iaitu agama Islam yang suci murni.

Gelagat mereka ini sungguh memalukan agama Islam.Demi untuk mencapai matlamatnya yang kotor bolor lagi busuk itu.Mereka sanggup menggunakan nama agama Islam.

Pemimpin Melayu yang memegang tampuk kuasa politik tanah air kini? Hendaklah selalu hubaya -hubaya dan harus selalu waspadah tentang gelagat manusia-manusia di sekelilingnya itu?

Mereka ini bak semut.Di mana ada gula ? Maka disitulah mereka berada dan menyamar dengan berbagai-bagai watak lakonannya yang pura-pura sifatnya terutama di dalam isu niaga yang akan memerlukan wang ringgit berbilion besanya.

Maka wang komisionnya pun besar juga dah...Sekali dah berjaya/ Ertinya Chairman dan CEO itu dengan mudah dah jadi jutawan..Kemudiannya nafu sarakahnya  akan menjadi begitu besar lagi.Keinginan mereka berubah pula .Darti jutawan hendak jadi billioner pula?

Justeru itu dinasihatkan kepada pemimpin muda mutakhir ini.Buatlahg  apa yang kita mengetahuinya secara sederhana. Terutama di bidang perniagaan yang melibatgkan wang berbelion ringgit. Jika kita tidak mengetahuinya sedalam-dalamnya tentang tawaran yang datang dari berbagai-bagai sudut itu??

Eloklah...Cari para panasihat yang betul-betul pakar sekaligus jujur dan ikhlas dan mereka benar-benar punya ilmu tentang nasihat yang anda perlukan itu? Jangan ambil orang-orang yang pandai mengambil kesempatan untuk menggunakan nama anda yang punya kuasa politik di Malaysia ini.

Jangan cepat-cepat sangat nak mengejar nama bersangkutan dengan kejayaan pembangunan mega negara.Kita memang perlu membangunkan negara Malaysia ini dari masa ke masa mengikut perkembangan pembangunan negara di dunia sejagat ini?

Tetapi perlu berhati-hati dalam semua isu yang melibatkan wang negara dan manfaat rakyat.Dalam dunia niaga ini resikonya begitu banyak di sebabkan pertembunganya pun begitu banyak dan sarat.

Pihak lawan yang ideloginya pun berlainan perlu kita analisa? Mahukan kita jatuh ke bawah dan mereka itu naik ke atas untuk menindas kita. Kita perlu bijaksana membuat analisa bukan sahaja dibidang politik?

Malah di lain bidang kehidupan seperti dibidang ekonomi,dibidang saikologi sesuatu bangsa, dibidang perang urat saraf dan di berbagai-bagai lagibidang  yang telah diklakukan oleh penjajah terhadasp kita.

Rambut sama hitam? Hakikatnya hatinya lain-lain? Kita tak mampu nak tahu apa niat mereka itu?Niat baik ke atau niat buruk?.Kita jangan mudah percaya dan begitu membenarkan diri kita dilambug oleh kelajuan angin buaian yang pura-pura dipersembshksn kepada kita?

Ketika kita melangkah dan sebagai penganut agama Islam ? Hendaklah berhati-hahti.Niatkan di dalm hati BAHAWA segala yang kita buat di dunia ini?

Semata-mata kerana Allah dan rakyat Malaysia .Yang lebih penting lagi ialah demi  untuk menjaga Amanah besar yang rakyat telah berikan pada anda sebagai orang politik yang punya kuasa politik di tangan anda pada masa kini.

Jangan sia-siakan amanah ini.Anda akan menerima akibtnyanya? Jika anda sia-siakan.Jalankanlah tugas anda sebagai tanggung jawab yang telah dilakukan oleh Nabi Muhamad saw yang telah diangkat oleh Allah swt.,sebagai pesuruhNya.

Jika anda engkar dengan perintah Allah.Bukan sahaja wang Malaysia akan lesap sebanyak RM100 billion dan berhutang dalam pasaran niaga sebanyaki RM42 billion aje? Malah lebih dari itu mungkin akan terjadi lagi?

Malah akan terjadi lebih teruk lagi jika kesilapan masa lalau yang telah anda semua lakukan itu tidak segera dibaiki dan sekaliogus memohon ampun dan maaf dan bertaubat pada Allah swt kerana ketelanjuran anda sekalian lakukan selama in?

Ingatlah bahawa Dia yang menjadikan alam ini dan penghuninya?Maha Meliaht dan Maha Berkuadsa atas sesuatu. Jika Dia berkata jadi? Maka sekelip mata aje akan terjadi.

Zam dan kawaan-kawanya tak usah mudah nak kata orang ini sampah dan sebagainya.Takkah Zam sedari bahawa ketika anda berkata dan melebalkan kononnya orang itu dan ini sebagai sampah?

Sebenarnya ketika itu andalah sebenarnya dah jadi sampah.Orang yang beriman dan bertaqwa di sisi Allah swt.,tidak sewenang-wenang nak gelar orang itu dengan kata-kata yang keji dan dilarang oleh Allah swt.,?(Posted by abnmulya //Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 2010 hrs on June 01,2015.

Letak jawatan jika tidak bersama

Najib nyatakan pendirian tegas dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat berhubung pemulihan 1MDB 

01 Jun 2015 2:35 AM

Perdana Menteri,DatukSeri Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.

Kata dua Perdana Menteri itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu tetapi difahamkan, tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Menurut sumber Kabinet, Perdana Menteri menyatakan pendirian tegasnya itu sebaik sahaja Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Hal sama yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet itu turut dilaporkan portal berita, Malaysia-today.net. < “Perdana Menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama),” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Selasa lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, menggesa menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan kolektif Kabinet dalam isu 1MDB perlu meletakkan jawatan.

Shahrir yang bersetuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah agar seluruh anggota Kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam isu 1MDB ketika membuat gesaan itu berkata, prinsip Kabinet ialah tanggungjawab bersama.

Pada Jumaat pula, Ahmad Husni ketika mengumumkan pelan rasionalisasi 1MDB memberitahu, syarikat pelaburan strategik kerajaan itu akan menerima pembayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) selepas memeterai perjanjian dengan firma dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).

Jelas Menteri Kewangan II itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian terbabit, IPIC akan membuat bayaran RM3.6 bilion itu pada atau sebelum 4 Jun dan dana itu akan digunakan 1MDB untuk membayar balik pinjamannya berjumlah RM3.5 bilion lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan kumpulan bank antarabangsa.( Utusan online).Posted by abnmulya //Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.47 noon on Jube 01,2015.

Thursday, May 28, 2015

Dimana Suu Kyi?

Dalai Lama persoal kegagalan ikon demokrasi bantu Rohingya 


29 Mei 2015 1:57 AM 

SYDNEY 28 Mei - Pemimpin kerohanian Tibet, Dalai Lama menggesa ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi tampil membantu pelarian Rohingya Islam yang teraniaya, ketika krisis pemerdagangan manusia melibatkan etnik tersebut semakin buruk.
Dalai Lama,pemimpin kerohanian 
Tibet

Walaupun ribuan pelarian etnik melarikan diri dengan menaiki bot menuju ke negara-negara Asia Tenggara kerana layanan buruk dan diskriminasi oleh penduduk Buddha di negara itu,

Suu Kyi masih tetap membisu. Pemerhati ber­kata, tin­da­kan pe­mimpin itu disebabkan kebimbangan berhubung pengurangan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Myanmar yang dijadual November ini.

Dalai Lama berkata, beliau telah merayu sebanyak dua kali kepada Suu Kyi sebelum ini agar membela nasib Rohingya termasuk pada 2012, tetapi tiada jawapan diberikan pemimpin wanita tersebut.

“Sangat menyedihkan dan saya berharap supaya Suu Kyi dapat melakukan sesuatu,” ujarnya dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar Australia.

Aung San Suu Kyi
Katanya, dia pernah bertemu dengan Suu Kyi sebanyak dua kali di London serta di Republik Czech dan mengakan perbincangan tentang masalah itu, tetapi Suu Kyi memberitahu dia berdepan beberapa masalah besar.

“Namun saya yakin Suu Kyi boleh menyelesaikan masalah ini,” ujarnya lagi.

Isu pelarian etnik Rohingya menjadi perhatian umum bulan ini selepas beribu-ribu pelarian etnik itu dan dari Bangladesh, dijumpai hanyut di sekitar perairan Asia Tenggara termasuk Thailand, Malaysia dan Indonesia selepas sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi di selatan Thailand dibongkar. – AFP(Utusan online-luar negeri). Posted by abnmulya /Haji Abu Bakar Ningal.blogspot.com.at 11.54 am on May 29,2015.

Wednesday, May 27, 2015

Segera dedahkan kehendak pribadi Tun dan konco-konconya itu.Depa dah mencemarkan nama baik Umno.Depa harus segera dipecat dari Umno.





Khamis,May 28,2015 @ 4.51 pm.

LAZIMNYA sebaik sahaja selepas solat Subuh,setiap hari,saya lantas ke meja komputer saya dan membaca semua berita-berita penting terutama tentang berita politik semasa yang sedang hangat diperkatakan oleh tokoh-tokoh politik tanah air.

Datuk Seri Najib,Perdanas Menteri Malaysia ke-6
 yang telah banyak melakukan reformasi politik
dan ekonomi Malaysia moden.
Selalunya,saya mesti klik ruangan berita terkini dan rungan politik Utusan online..Kerana berita-berita yang dipaparkan di dalam kedua ruangan itu adalah menjadi kesukan saya yang paling utama.

Pada ruangan berita terkini pada pagi ini yang sangat menarik perhatian saya ialah tentang tajuk berita yang berbunyi: Aset 1MDB RM51.4 billion. 

Setelah selesai membaca keseluruhan berita itu. Cepat-cepat saya copy dan postkan di blog saya guna jadi tatapan oleh para pembaca blog saya dan peminta politik tanahair untuk membacanya pada bila-bila masa yang selesa pada mereka.

Kalau berita-berita itu disiarkan di akhbar-akhbar tempatan? Hari ini ada,tetapi pada esoknya? Dah tak ada lagi.Maka tak dapatlah dibaca berulang-ulang kali.

Kemudian saya lantas membuat analisa tentang kedudukan sebenarnya bersabit isu 1MDB yang mana telah di highlight oleh Mahathir menjadi isu yang sangat popular dan hangat dipolimikkan oleh Mahathir Mohamad dan konco-konconya dan mendapat ruangan yang luar biasa dari portal-portal pro-parti pembangkang.

Tujuan isu itu dipolitikan secara meluas dalam masa dua tiga bulan ini? Ialah tak lain dan tidak bukan? Untuk dijadikan oleh Mahathir sebagai sebab-musabab,bagi beliau mendesak dan terus mendesak agar Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapat mandat dari rakyat Malaysia, pada PRU ke-13 pada 5hb Mei 2013 harus segera berundur.Desakan ini sungguh tidak adil dan membosankan rakyat?

Kalau kita bercakap fasal hak asasi? Sesungguhnya Mahathir langsung tidak punya hak sama sekali untuk berkata bahawa Najib harus berundurr.

Siapa beliau yang betigu tega,sungguh bernafsu mendesak Najib berbuat begitu? Mahathir kini adalah rakyat biasa dan ahli Umno biasa sahaja. Tak lebih dari itu.

Kalau saya jadi Mahathir? Saya rasa amat malu nak berbuat demikian? Bertindak bukan pada tempatnya dan bukan pada masa yang sesuai bagi seorang yang dah pernah jadi PM 22 tahun lamanya dan kini dah bersara dari memegang sebarang jawatan politik  dalam Umno itu sendiri.
Pergerakan Pemuda Umno di bawah pimpinan Khairy Jamaludin Abu Bakar  tidak
 berganjak tetap menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu kemelut politik yang 
ditimbulkan Mahathir dan konco-konconya .
Tidakkan beliau itu sekaligus boleh merosakkan nama baik Umno itu sendiri dan memberi kesan yang sangat negatif pada perjungan Umno untuk tetap kekal jadiTunjang pemerintahan kerajaan Umno/BN di seluruh Malaysia.

Susu diberi oleh Umno? Tetapi dibalas oleh Mahathir dengan tuba.Gelagatnya itu jadi bahan ketawa pada orang-orang yang arifbillah mengikuti perkembangan kemelut itu? Sungguh tidak disangka?Buah cempedak dah jadi nangka pula?

Sedangkan jawatan Datuk Seri Najib,jadi Presiden Umno sekarang ini? Adalah keputusan mutlak oleh seluruh para perwakilan Umno di seluruh Malaysia yang memilihnya dan mengangkat Datuk Seri Najib sebagai Presiden Umno tanpa bertanding.

Sebagai Presiden parti Umno sekaligus jadi Pengerusi BN,Maka Datuk Seri Najib Tun Razak memang berhak diangkat jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 kerana beliau adalah Presiden Parti Umno yang telah memenangi suara majoriti pada PRU ke-13 di Malaysia, pada PRU ke-13 dulu itu.

Kemenangan tersebut? Adalah di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Nakhoda Kapalnya.Yang dilihat tak tidur malam dan siang semasa kempen Pilihan Raya Umum itu di adakan.

Bertungkus lumus ke sana ke mari meminta rakyat agar memberi mandat baru pada Umno dan Barisan Nasional pada PRU tersebut. Bukan beliau hanya duduk henjut kaki dan bersantai sahaja di kerusi Presiden parti Umno itu.

Alhamdulillah! Segala kerja kuat dan doa-doa dan harapannya atas nama parti Umno itu telah dikabulkan oleh Allah swt.

Dari segi hak asasi kemanusiaan? Mengikut undang-undang demokrasi yang menjadi amalan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan tanah air hingga kini?

Jawatan Perdana Menteri yang sedang beliau pegang hanya baru 2 tahun selepasa PRU ke-13 itu? Adalah jawatan yang sah dan halal lagi dihalalkan (legal) dari segi perlembagaan parti sekaligus dari segi undang-undang undang-undang parti UMNO dan oleh undang-undang negara Malaysia yang termaktuub di dalam Perlembagaan Malaysia.
Pergerakan Wanita Umno pun siap siaga memnyokong Datuk Seri Najib
 pada bila-bila masa sahaja.
Justeru itu,sama sekali tidak sesiapa yang waras fikirannya berhak buat kacau,buat onar dan mengganggu gugatnya?,Apatah lagi oleh orang yang macam Mahathir Mohamad hanya sebagai ahli biasa Umno pada masa sekarang ini.

Yang boleh mengganggu -gugat hanyalah parti Umno Malaysia itu sendiri jika dilihat telah mengambil keputusan dalam satu Mesyuarat Agung Khas luar biasa UMNO telah mengambil keputusan dengan suara majoriti memecat Datuk Seri Najib sebagai Presiden Umno.

Atau pun pada masa yang sama? Parlimen Malaysia di dalam suatu persidangan Parlimen, didapati telah mengundi tidak percaya pada Datuk Seri Najib dari jawatn Perdana Menteri Malaysia  yang sedang disandangnya itu?

Saya dapati,kedua-dua tindakan yang disebut di atas itu? Sejauh ini? Langsung tidak ada berlaku ke atas diri Datuk Seri Najib Tun Razak? Malah di setiap negeri melalui kenyataan Ketua Perhubungan Umno dan sebagainya di dalam Malaysia? Bertalu-talu dan bertubi-tubi telah menyatakan sokongan yang padu pada Datuk Seri Najib menerusi media arus perdana Malaysia dan juga menerusi berita-berita utama TV-TV tematan.

Ertinya? Isu-isu yang digembar-gemburkan oleh Mahathir itu terhadap Datuk Seri Najib itu? Tak ada kes langsung.Tetapi kenapa Mahathir bersama-sama dengan beberapa orang konco-konco ( regimya) yang terdiri orang-orang hanya dari Kedah dan sedikit bilangannya dari Kelantan tidak tahu adat dan bahasa.

Top-Top nak guling Datuk Najib tanpa sebab yang munasabah. Datuk Seri Najib langsung tak ada kes di Mahkamah dan tak ada satu mahkamah di Malaysia ini dah mensabitkan Datuk Seri Najib de ngan sebarang kesalahan pun?

Apakah Mahathir dan regimnya dah mabuk sangat dengan igauwan nak jadi PM sekali lagi? Masih tak puaskah Mahathir dah berjaya jadi PM selama 22 tahun itu? Apakah Mahathir mahu meletakan tokoh politik dari kalagan Umno jadi proxcynya?

Maka senanglah beliau mengarah agar buat itu dan ini dari balik tabir?  Mahathir jangan harap "blue printnya" itu akan berjaya? Ahli-ahli Umno  se Malaysia kini sudah lebih cerdik dari Mahathir.Kelentong kosong Mahathir yang pura-pura itu pastyi akan gagal.

Mereka itu harus sedar dan faham.Tindakan mereka itu tidak releven dan zaman kegemilangan Mahathir ternyata telah berlalu dan sekaliugus telah merudum dengan hebatnya.

Sebaliknya? Tindakan mereka yang mahukan Datuk Seri Najib segera berundur tanpa sebab itu? Boleh diibaratkan seperti anjing menyalak bukit? Tak beri kesan apa-apa pun. Tak usahlah teruskan kerja-kerja yang membazirkan masa itu? Berightifarlah banyak-banyak,minta ampun pada Allah swt.

Bukit yang menjadi sasaran salak reegim Mahathir itu dilihat masih terpacak kuat dan tak ada sebarang kecacatan dan tidak pun rontoh? Ujung-ujungnya suara tulisan oleh konco-konco Mahathir di portal-portal blog pro-pembangkang dari hari ke hari akan jadi semakin tumpul langsung berhenti dai terus menulis mengorbitkan Mahathir yang dah lanjt usinya itu.

Kreditabliti Mahathir pada kaca mata rakyat kian menurun hingga ke perengkat zero.Kosong melopong.

Biarkan Mahathir dengan
 kerenahnya itu.Biarkan...biarkan.
Kenapa dan apa agenda politik Mahathir sebenarnya? Sedangkan beliau dah rasa nikmat jadi PM 22 tahun lamanya?Kini telah bersara,hanya sebagai ahli Umno biasa aje? Tak lebih dari itu?

Top-top Mahathir mendesak agar Datuk Seri Najib berundur dengan alasan yang tidak munasabah sama sekali.Kononnya jika Najib tidak berundur?

Umno/BN akan tewas dalam PRU yang akan datang.Persepsi Mahathir itu gayanya macam dia kini jadi Pak Nujum aje.Kalau dia dah fikir dia boleh jadi Pak Nujum? Tahukah Mahathir bila dia akan menemui ajalnya?

Mahathir harus sedar bahawa rezeki,pertemuan jodoh dan ajal maut itu adalah benda-benda ghaib yang mana Allah swt., sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Bukannya Mahathir yang punya kuasa untuk mengetahui benda-benda yang ghaib itu?Beliau adalah salah seorang dari hamba Allah yang lemah di dunia ini?

Sedangkan anggota-anggota UMNO boleh dikatakan kesemuanya yang berada berselerak berjuta-juta ramainya di seluruh Malaysia ini? Dilihat siapa siaga berada di belakanag Datuk Seri Najib.Sanggup rebaha bersama dan bangkit bersama demi bangsa ,agama dan bahasa Melayu.

Ternyata didapati masih mahukan Datuk Seri Najib tetap berada di situ dan terus memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dan tetap kekal di situ sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional.

Hakikat ini? Harus disedari dan dimengerti oleh Mahathir sendiri dan juga para konco-konconya. Kita dah lihat melalui portal-portal pro-pembangkang begitu giat memburuk-buruk nama baik Najib dan isterinya? Perbuatan gila itu diibaratkan sebagai orang yang menyiram air di dauan keladi.Tidak memberi apa kesan pun.

Konco-konconya dilihat tak segan dan tak silu, memberi macam-macam gelaran pada Mahathir kononnya Mahathir itu merupakan pemimpjn terbilang dan harus dijulang tinggi? Itu kita tak peduli kerana itu bukan yang menjadi isu? Apakah benar Mahathir pemimpin terbilang? Apa bendanya yang dikatakan terbilng itu?

Sepatutnya Mahathir harus bersabar menunggu tibanya tarikh  5hb. Mei 2018 iaitu di hari tersebut adalah hari tamaatnya kuasa Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri kerana tempoh selama 5 tahun PRU ke-13 telah matan dan satu  pilihan raya umum yang baru mesti diadakan..

Sabar itu kan separuh dari iman.Mahathir harus berterima kasih pada Umno kerana telah berjaya jadi PM Malaysia selama 22 tahun. Tanpa Umno siapa Mahathir? Jika beliau benci sangat pada Najib?

Sabarlah sedikit menunggu hingga tamat tempoh Datuk Seri Najib memegang jawatan Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 akan tiba.

Satu pilihan Raya ke-14 pasti akan di adakan di Malaysia sebelum tanggal 5 hb.Mei 2018 ataupun sebulan dua,selepas matangnya tarikh penggal 5 tahun PRU ke-13 itu.Tak akan lari gunung dikejar kata orang tua-tua kita.
Lihatlah di Sabah tenyata Umno Sabah sebulat suara tetap menyokong Datuk
 Seri Najib Tun Razak. Ini menunjukkan satu signal terus terang dari Umno Sabah
terhadap musuh-musuh Najib. Jangn cuba nak sentuh kewibawaan Datuk Seri Najib.
SALAH TUN DAN MANA-MANA ANGGOTA UMNO

Kalau kita baca berita yang telah disiarkan oleh Utusan online,bahagian politiknya, hari ini, berhubung dengan komen Datuk Seri Najib terhadap Mahathir yang bertajuk : Najib persoal motif Mahathir.

Di bawah ini ada saya turunkan sebahagian di antara keluhan isi hati Datuk Seri Najib yang saya petik yang mana nada keluhan berbunyi:

" Salah bagi Tun dan mana-mana anggota UMNO  untuk merendahkan kepimpinan parti hari ini hanya disebabkan kehedak pribadi mereka tidak dipenuhi," kata Najib dan pada masa yang sama beliau menegaskan bahawa kepentingan rakyat dan parti jauh lebih penting dari mana-mana individu-individu tertentu.

Saya sebagai ahli Umno dan mungkin keseluruhan ahli-ahli Umno yang berjuta ramainya di Malaysia ini? Sangat faham dengan luahan Datuk Seri Najib itu berhubung dengan kemelut politik yang telah terjadi antara beliau dengan Mahathir itu.

Yang menjadi persoalannya sekarang ini? Siapa  pun  yang akan menang didalam kemelut politik ini?Yang nyata dan tidak dapat dinafikan lagi,bahawa moral dan nama baik parti Umno dan para pemimpinnya yang sedang memegang kuasa politik sekarang ini di Malaysia, di dalam dan di luar negara dah pun menerima akibatnya?

Akibatnya? Boleh dikatakan nama parti Umno dan semua pemimpinnya yang punya kuasa politik pada masa sekarang ini sudah tercemar dengan teruknya di dalam dan di luar negara di dunia. Akibat cemaran politik kotor oleh musuh-musuh di dalam Umno itu sendiri.

Iaitu oleh musuh-musuh politik yang berada di dalam selimut Umno yang menggunting di dalam lipatan.Musang berbulu ayam.Talam dua muka dan sebagainya.

Kalau di zaman Tunaku Abdul Rahman Putra jadi Presiden Umno dulu itu? Orang-orang semacam ini pasti telah dipecat oleh Tungku Abdul Rahman Putra al-Haj dari Umno.Mahathir telah pun dipecat dari Umno oleh Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Diharapkan Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno dan berserta dengan barisan pemimpin Umno yang lain yang ada sekarang ini,harus mengikut jejak langkah dan tindakkan tegas Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj itu.

Segera betindak. ke atas musuh-musuh politik Umno yang menjadi musuh di dalam selimut itu?

Segera dedahkan apakah yang Datuk Seri Najib maksudkan?  "Hanya disebabkan kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi itu?" Rakyat nak tahu apa bendanya yang mereka kehendaki dari Datuk Seri Najib yang tidak dapat dipenuhi oleh Datuk Seri Najib?

Biar ahli-ahli Umno keseluruhannya dan rakyat Malaysia mengetahui isu yang sebenarnya? Di dunia ini, orang-orang politik di zaman moden ini, ada di antaranya sangat anih pembawaan politiknya?

Sering dilihat begitu bijak menyembunyikan kehednk peribadinya?  Malu nak menyatakan secara terus terang. Ertinya,mereka sering berselindung di sebalik agenda ciptaan mereka yang berunsur munafik sifatnya dan kotor bolor pula baunya ?

Tetapi dilaksankan agenda buruk mereka itu dengan penuh cermat dengan menggunukan isu-isu yang pada lahir munasabah pada rakyat.

Kehendak peribadinya yang sebenar disembunyikannya dengan licin sekali? Untuk itu? Maka isu-isu lain pula dijadikan sebagai alat pelindung dan mengorbitkan secara meluas dengan menggunakan dan memanupulasi isu-isu semasa yang lain pula?

Isu-isu yang boleh menarik minat dan perhatian rakyat digunakan seluas-luasnya demi mengharapkan rakyat akan menyokong mereka untuk mencapai matlamat mereka yang busuk dan haprak itu?.

Memang banyak tokoh-tokoh politik di dunia di zaman ini? Didapati terus mengamalkan tektik kotor ketika berpolitik demi mencapai matlamatnya yang kotor itu?

Politik itu sesungguhnya merupakan senjata bahaya jika disalah gunakan? Politik itu boleh membunuh dan dibunuh.Ertinya jika kita tidak membunuh terlebih dahulu mush-musuh politik kita? Maka kita pula akan dibunuh oleh mereka?

Justeru itu Datuk Seri Najib jangan takut dan segan silu untuk bertindak.Datuk Seri Najib mesti tegas.Segeralah bunuh taktik politik mereka yang kotor itu.?

Segeralah dedahkan kepada rakyat  apa sebenarnya yang mereka kehendaki atas sifat peribadinya? Rakyat kurang jelas tentang maksud perkataan yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib:"Kerana kehendak pribadi mereka tidak dipenuhi itu."

Dengan cara mendedahakan apa yang mereka kehendaki itu tapi tidak dapat dipenuhi oleh Datuk Seri? Maka tahulah rakyat tentang niat dan nawaitu mereka yang sebenarnya. Baunya wangi atau busuk? Jika baunya busuk bak najis?

Percayalah! Rakyat dan anggota Umno keseluruhannya akan sentiasa berada di belakng Datuk Seri Najib dengan segala kekuatan yang ada pada Umno.

Parti Umno bukanlah sebuah parti yang baru yang tidak mampu bertindak terhadap musuhnya? Sejarah telah membuktikannya.Tanpa Umno kita tidak akan mendapat kemerdekaan tanah air dari penjajahan British yang telah menjajah kita sekian lama?.

Sila dedahkan segera wahai Datuk Seri Najib dan sekaligus pecatlah depa semua dari Umno dengan kadar yang segera?

Kalau terus didiamkan akan jadi barah( kanser) yang besar pada Umno itu sendiri? Ia akan berulang dan terus akan berulang.Yang jadi panik adalah rakyat jelata yang tidak tahu apa-apa benda.

Top-Top tokoh Umno dengan tokoh Umno dilihat berkonfrantasi gila-gilaan di sebabkan hanya kehendak pribadi tidak dipenuhi?Bukan berjuang demi rakyat jelata? Sungguh  memalukan.(Posted by abnmulya  /Haji Abu Bakar Ninggal. blogspot.com.at 1651 hrs on May 28,2015.


Najib persoal motif Mahathir

28 Mei 2015 1:14 AM 

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK
KUALA LUMPUR 27 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak daripada apa yang diperkatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mempunyai objektif dan salah sama sekali.

Beliau berkata, persoalan yang perlu dibangkitkan adalah apakah motif  Dr. Mahathir yang memilih saat ini untuk meluahkan kecaman yang direka-reka kumpulan pembangkang yang dahulunya dikecam beliau sebagai pembohong.

Najib menegaskan bahawa Dr. Mahathir sering mendakwa bahawa beliau (Dr. Mahathir) melakukan sesuatu disebabkan apa yang dimaklumkan orang kepadanya apabila mereka datang menemuinya.

“Bagaimanapun, beliau perlu menyiasat sama ada perkhabaran dan dakwaan yang itu mempu­nyai sebarang bukti atau kebenaran sebelum menyuarakannya.

Beliau tahu benar bahawa banyak daripada dakwaan itu dibuat tentang perkara semasa di bawah pentadbiran beliau.

 “... dan seperti biasa jawapan Tun adalah: 'Mana buktinya?“ Beliau seharusnya menerapkan ujian sama kepada apa yang didengari­nya,“ kata Najib dalam blog beliau, NajibRazak.com..

Respons terkini Najib terhadap dakwaan Dr. Mahathir yang menyentuh beberapa isu di samping kritikan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dimuat naik ke bahagian ‘Soalan Lazim’ dalam blog beliau.

Najib berkata, meskipun banyak pencapaian dicatat dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran beliau, namun semua kemajuan yang dilakukan Malaysia dan Barisan Nasional (BN) tidak diendahkan, sebaliknya lebih memihak kepada dakwaan tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan pembangkang.

Najib menegaskan bahawa Dr. Mahathir, yang memegang kuasa selama 22 tahun, sentiasa berkeras supaya anggota parti menyokong kepimpinan beliau, lebih-lebih lagi ketika berdepan masa yang mencabar. 

“Kami melaksanakan tugas kami ketika itu, dan saya menyokong beliau di masa senang dan susah. Saya berbuat demikian kerana saya percaya ketika itu, seperti mana yang saya lakukan sekarang, bahawa perpaduan parti adalah prasyarat kepada apa yang ingin dicapai untuk negara,“ katanya. 

Beliau berkata sebahagian besar anggota UMNO masih mengiktiraf bahawa kesetiaan sebenar bermakna bersama-sama berusaha untuk membina parti demi kebaikan rakyat.

“Salah bagi Tun dan mana-mana anggota UMNO untuk merendah-rendahkan kepemimpinan parti hari ini hanya disebabkan kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi,“ kata Najib, dan menegaskan bahawa kepentingan rakyat dan parti jauh lebih pen­ting daripada mana-mana individu tertentu. 

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa beliau dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan memandangkan beliau memperoleh mandat, beliau akan melengkapkan penggal sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

Perdana Menteri turut mengambil peluang untuk memperjelaskan tentang beberapa isu yang disifatkannya sebagai `tidak adil atau mengelirukan’ berhubung kritikan yang dilontarkan Dr. Mahathir.

Mengambil contoh kes GST, Najib berkata: “Beliau (Dr. Mahathir) menentang pelaksanaan GST, walaupun semua pakar ekonomi yang berwibawa percaya bahawa asas cukai kita adalah perkara yang betul untuk dilaksanakan.

“Perolehan itu akan digunakan untuk kebajikan rakyat. Malah, cadangan ini mula diutarakan semasa pentadbiran beliau.“

“Kita mesti juga sentiasa menghormati orang lebih tua yang telah banyak berjasa kepada Malaysia. Namun begitu, saya tahu ramai yang percaya bahawa sudah tiba masanya mereka membenarkan generasi berikutnya untuk mentadbir negara, dan ini termasuk mengatasi sendiri segala masalah dan cabaran mendatang,“ kata­nya. – BERNAMA.(Utusan online-politik).Posted bya abnmulya / Haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.40 am on May 28,2015.

Aset 1MDB RM51.4bilion

28 Mei 2015 1:20 AM 

KUALA LUMPUR 27 Mei - Jumlah keseluruhan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah diaudit untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 ialah RM51.4 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah itu merangkumi aset semasa bernilai RM19.5 bilion dan aset bukan semasa berjumlah RM31.9 bilion.

Beliau menambah, 1MDB mempunyai kedudukan aset-aset yang kukuh, antaranya tanah untuk pembangunan di pusat kewangan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, tanah di Pulau Pinang seluas 34 ekar serta 13 loji jana kuasa dan penyahgaraman (desalination) di lima negara.

“Nilai aset-aset 1MDB disokong oleh laporan penilaian yang ber­kenaan ataupun buku (book value) yang telah disahkan oleh juruaudit bebas (Deloitte),” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewa­ngan berkata demikian bagi menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya) tentang isu berkaitan 1MDB dan International Petroleum Investment Corporation (IPIC),

Najib memberi­tahu, berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pihak pe­ngurusan 1MDB kepada Kementerian Kewa­ngan, aturan antara 1MDB dengan IPIC dibuat secara ‘arm’s length’ dengan terma-terma komersial yang mengikut piawaian pasaran.

“Pengumuman yang sewajarnya akan dibuat apabila nilai mukta­mad penebusan opsyen diselesaikan dan dilaporkan di dalam penyata kewangan beraudit yang akan datang,” katanya.
Tony Pua bertanya tentang sebab 1MDB memperoleh jaminan daripada IPIC untuk terbitan-terbitan bon berjumlah AS$3.5 bilion (RM12,6 bilion) yang mengenakan syarat-syarat yang begitu menyeksakan, selain jumlah yang dibayar oleh 1MDB untuk me­nebus opsyen yang diberi kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investment PJS.(Utusan online).Posted by abnmulya  Haji Abu bakar ninggal.blogspopt.com.at 9.04 am on May 28,2015.

Tuesday, May 26, 2015

Pas keluar pakatan lepas muktamar?

Hadi ambil pendekatan tunggu, lihat 

SOFIAN BAHAROM; 27 Mei 2015 1:52 AM 

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR 26 Mei - Persoalan sama ada Pas akan terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya yang dibayangkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bakal terjawab selepas Muktamar Tahunan yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.

Beliau ketika ini mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam konflik hubungan antara DAP dengan parti itu.

Katanya, fokus utama beliau kini adalah terhadap pemilihan par­ti kerana apa juga keputusan akan ditentukan selepas tamat muktamar nanti.

Berhubung kedudukan Pas sekiranya parti itu meninggalkan pakatan tersebut, Abdul Hadi berkata, itu adalah perkara biasa kerana Pas pernah bergerak secara sendirian dan pernah juga bersama kerajaan.

“Saya tumpu kepada pemilihan Pas, saya seronok jika ada parti lain yang tolong kempen untuk saya. Saya tunggu keputusan muktamar nanti. Cara terbaik menyelesaikan kemelut terbabit tunggu dan lihat.

“Kita semuanya pernah, pernah bersendirian, pernah bersama kerajaan dan pernah duduk di luar kerajaan. Cuma biasanya perkara lama tidak akan berulang,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Krisis antara Pas dengan DAP timbul apabila wujud pertikai­an membabitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Kelmarin di Parlimen, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mengkritik Presiden Pas itu apabila mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, sebaliknya hati bersama UMNO.

Guan Eng turut mengkritik Abdul Hadi bukan saja tidak turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, malah turut tidak menyatakan so­kongan secara terbuka kepada Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Menjawab kritikan itu, Abdul Hadi menjelaskan, beliau masih lagi bersama pakatan pembangkang dan Guan Eng tidak mengetahui apa yang terbuku di hatinya serta tidak berhak untuk mengeluarkan kenya­taan sebegitu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula berkata, Pas setakat ini masih mengambil pendekatan menegur atau memberi nasihat kepada DAP dengan lembut kerana mahu menjaga hubungan yang terjalin dengan parti-parti sekutu.

 “Apabila nasihat tidak jadi, itu yang kita rasa dukacita. Sepatutnya dia (DAP) ambil kira (sebelum membuat kenyataan) sebab kita pun ada perasaan.

“Kalau kita mula menyerang apa akan jadi kepada Pakatan Rakyat? Kita pun pandai juga mengata pada orang ni dan kalau saya sendiri kata, mungkin lebih berat daripada kata-kata Lim Guan Eng lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 10.15 am on May 27,2015.

Sunday, May 24, 2015

Guan Eng diminta jaga mulut

25 Mei 2015 12:56 AM

KUALA LUMPUR 24 Mei – Dewan Ulama Pas mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya menjaga mulut dan tidak mengajar parti itu berhubung hala tuju tahaluf siyasinya. 

Datuk Dr.Mahfodz Mohamad.
Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, DAP tidak layak membangkitkan soal permuafakatan dalam pakatan pembangkang kerana parti itu sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001.

Dalam masa sama, kata beliau, tindakan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan itu menyuruh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergabung menubuhkan kerajaan perpaduan dengan
Barisan Nasional (BN) membuktikan Guan Eng tidak memahami cara berpolitik Pas selama ini.

Menurutnya, Pas sebagai parti siasah yang memperjuangkan agama Islam mempunyai platform sendiri yang jelas dalam membuat keputusan-keputusan besar terutama melibatkan dasar parti iaitu melalui muktamar tahunannya.

“Tak payah cabar-mencabar, kalau Pas rasa hendak buat keputusan, tunggulah pada muktamar nanti. Kalau wujud permintaan mengkaji semula tahaluf siyasi tersebut, kita akan eritahu.

“Ini kerana Pas ada kaedah sendiri untuk membuat keputusan sama ada hendak terus dengan parti-parti pembangkang atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng menyuruh Abdul Hadi bergabung membentuk kerajaan perpaduan dengan BN dan UMNO secara terang-terangan jika itu yang dimahukan oleh Presiden Pas berkenaan.

Guan Eng dilaporkan turut berkata, Abdul Hadi kini berkelakuan seperti ‘pemimpin UMNO’.

Perkara tersebut katanya berikutan tindakan Abdul Hadi yang didakwa menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu Tabung Haji selain dikatakan sedia memutuskan hubungan dengan pakatan pembangkang ekoran isu kabinet bayangan.

Mengulas lanjut, Mahfodz memberitahu, dakwaan-dakwaan Guan Eng seumpama itulah yang sebenarnya membuat kepadfa keretakan dalam perhubungan pati-parti dalam pakatan pembangkang.

Kata beliau, sekiranya tindakan sedemikian tidak dihentikan, nescaya hubungan Pas dan DAP tidak akan baik selama-lamanya.

 “Kalau pakatan pembangkang ingin terus dikekalkan, pemimpin parti komponen perlulah menjaga adab masing-masing dan tidak membuat kenyataan-kenyataan sebegini,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya  / Haji Abu Bakar Ninggal.b logspot.com at 1352 hrs oln May 2015.

Friday, May 22, 2015

Pas tolak Kabinet bayangan DAP

RADHUAN HUSSAIN :23 Mei 2015 1:28 AM
ABDUL HADI AWANG
MARANG 22 Mei - Pas hari ini menolak cita-cita DAP untuk membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan Pas dan PKR sekiranya pakatan pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, majoriti jawatan dalam Kabinet itu nanti perlu diisi dalam kalangan pemimpin yang beragama Islam untuk me­nguasai kerajaan dengan mengambil kira majoriti sokongan rakyat.

Menurutnya, pada masa sama, bagi jawatan Perdana Menteri mesti disandang oleh individu yang beragama Islam.

Ditanya dari segi kewajaran DAP untuk membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa disertai Pas, Abdul Hadi menjawab: “Saya kena berpijak di bumi Malaysia kerana di bumi Malaysia masyarakatnya majmuk.

“Kita ada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), NGO-NGO (badan bukan kerajaan) bukan Islam banyak. (Malah) bukan semua orang bukan Islam sokong DAP.

“Mesti ada orang bukan Islam, itu tak boleh kerana kita masyarakat majmuk. (Begitu juga) jawatan tertinggi (Perdana Menteri) mesti rakyat majoriti, majoriti orang Islam yang kuasai kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan, Lim Guan Eng mengenai cita-cita parti itu untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan Pas dan PKR.

Langkah DAP itu disifatkan satu penghinaan kepada Pas apabila Guan Eng memaklumkan keputusan dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Presiden Pas, Abdul Hadi. 

Menurutnya, pembentukan Kabinet bayangan daripada pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi be­kerjasama dengan rakan sekutunya itu.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang itu dengan sinis berkata, Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai ‘kuasa veto' untuk menolak sebarang keputusan yang telah dipersetujui bersama.

Ditanya adakah Pas reda dan menerima hakikat Kabinet bayangan DAP itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan: “Itu tidak berpijak di bumi Malaysia”.

Diminta mengulas lebih lanjut mengenai cita-cita DAP membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa disertai pemimpin Pas kerana DAP sudah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas,

Abdul Hadi dengan sinis menambah: “Suka hati dialah. Dia nak putus, putuslah (hubungan DAP dengan Presiden Pas).”(uTUSAN ONLINE-POLITIK).pOSTED BY ABNMULYA / hAJI ABU BAKAR NINGGAL BLOGSPOT.COM AT8.09 AM ON mAY 23,2015.

Wednesday, May 20, 2015

Siti Hajar binti Hj.Abu Bakar: Menerima Ijazah (ANC) Anugerah Naib Censelor,di dalam jurusan " Sains Kimia ( Analisa Forensik").




Khamis,May 21,2015 at 2.20am.

Jika kita berbicara fasal kegembiraan?
Pada hari Selasa pagi, bertarikh 18/05/2015 yang baru-baru ini, ianya merupakan satu hari yang paling gembira buat diri saya Haji Haji Abu Bakar Ninggal bersama dengan isteri saya Hajah Roslina binti Hussin.

Tiada kata secantik bahasa hendak kami lafaskan untuk menzahirkan perasaan betapa gembiranya hati kami sekeluraga,disebabkan anak perempuan kami yang kedua,Siti Hajar binti Hj.Abu Bakar yang melanjutkan pengajiannya di perengkat Ijazah hanya selama "dua setengah" tahun sahaja.
Siti Hajar mengabadikan kenangan
 selepas menerima Ijazah (ANC) di jurusan 
Kimia Sains (Analisa Forensik) dari
 UiTM,Shah Alam.

Iaitu, dengan hanya 5 semister sahaja di UiTM,Shah Alam.. tapi telah lulus dan dapat kejayaan yang amat cemerlang.

Dengan izin Allah swt., Siti Hajar telah lulus pengajiannya dan mendapat Ijazah dengan pencapaian yang cemerlang iaitu,dengan Ijazah (ANC) Anugerah Naib Censelor,di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di jurusan "Sains Kimia"( Analisa Forensik).

Di hari tersebut bolehlah dikatakan ianya merupakan satu hari kejayaan yang amat gemilang pada anak perempuan kami Siti Hajar yang lahir pada tahun 1991.

Dia patut gembira juga dengan pencapaian akedanik cemerlang yang beliau miliki itu.

Siti Hajar setelah tamat pengajiannya di perengkat "diploma" di fakulti "Sains Gunaan" di UiTM Kuala Pilah ,selama 3 tahun dengan mendapat keputusan yang cemerlang juga iaitu, (ANC) Anugerah Naib Censelor di perengkat diploma.

Selaku siswi yang melanjutkan pelajarannya di jurusan "Sains Kimia ( Analisa Forensik) pada pagi ini,di hari Selasa,bersaman tanggal 18/05/2015.

Siti Hajar selamat menerima Ijazah ( ANC) Anugerah Naib Censelor,di Hari Istiadat KONVOKSEYEN ke-82 ( Universiti Teknologi Mara) UiTM, di Dewan Agung Tuanku Censelor,di Shah Alam, Selangor.Darul Ehsan.

Dari jumlah seramai 40 orang siswa/siswi yang mengambil jurusan forensik di UiTM pada sesi penyampaian Istiadat Konvokesyen itu?Hanya Siti Hajar seorang sahaja yang mendpat kelulusan kategori (ANC).dengan kiraan bintang ialah 3 bintang.

Istiadat penyampaian anugerah ANC telah disampaikan oleh  Naib Censelor, Dato' Prof.Dr.Ir. Sahol Hamid.Abu Bakar,Naib Censelor UiTM,di Shah Alam itu sendiri.

Kiri Ibu  Siti Hajar,Hajah Roslina
binti Hussin.
Ketika Siti Hajar melanjutkan pengajiannya di prengkat "Diploma" selama  tiga tahun di Cawangan UiTM Kuala Pilah.

Beliau dapat pinjamn ongkos sara hidup ketika masa pengajian dari PTPTN.di mana hingga kini masih belum dibayar kerana masih belajar di perengkat Ijazah.

Lepas Siti Hajar dah bekerja nanti?,Insya Allah bayaran bulanan akan dimulakan.

Akibat dari pembawaan semula jadi Siti Hajar,memang sangat tekun dan rajin belajar dan rela menjadi "kutu buku".Dan dari segi amal ibdah pula.

Anak perempuan saya ini cukup taat pada perintah Tuhan.Baik ibadah yang bersifat fardu atau pun yang bersifat sunat.

KUAT BERAMAL IBADAH YANG FARDHU DAN SUNAT.

Sejak mula Siti Hajar masuk ke peringkat (akhir baligh),Dia tidak pernah meninggalkan solat fardhu 5 waktu dalam sehari kecualai di ketika dia uzur.Bila dah lepas masa uzurnya. Beliau cepat -cepat bayar kadza jumlah solat fardu yang tertinggal itu.

Disamping itu sering melakukan solat-solat sunat dan sering berpuasa sunat Isnin,Khamis dan juga puasa sunat bulan Rejab dan Syaaban,puasa 6 dalam bulan syawal dan sebagainya. Kalau ada jiran-jiran yang kematian? Bila Siti Hajar ada di rumah di week end?

Belian dan ibunya sering membaca al-Quran untuk arwah-arwah jiran-jiran yang baru meninggal dunia berberapa juzuk banyak cara berkongsi-kongsi.

DIBIDANG PENGAJIANNYA PULA.

Siti Hajar telah lulus di bidang Sains Gunaan di perengkat diploma dengan mendapat kelulusan bertaraf (ANC) juga dan kemudiannya beliau telah diterima melanjutkan pengajian tingginya di perengkat Ijazah pula,di UiTM di Shah Alam,  di (Fakulti Sains Gunaan) dijurusan"Sains Kimia ( Analisa Forensik).

Kiri Abah Siti Hajar,
Haji Bakar bin Ninggal
Mungkin disebabkan dengan  kelulusna (ANC) di perengkat diploma itu sanagt baik? Bila memohon BIASIWA di JPA pada Kerajaan Persekutuan.

Maka permohonan Siti Hajar itu lulus dan biasiswa itu diberi oleh JPA bermula  menjelang semister yang ke -2.

Ertinya Siti Hajar hanya mendapat biasiswa dari Kerajaan Persekutuan hanya  untuk  04 semister sahaja. Disebabkan Siti hajar memilih untuk menghabiskan pengajiannya hanya  ( dua setengah) tahun sahaja iaitu sebanyak 05 semister.

Dengan izin Allah swt., dan juga dengan berkat doa ibu/bapanya dan dengan berkat rajin dan tekunnya Siti Hajar belajar. CONTOHNYA! Ketika dia pulang ke rumah,masa cuti  (week end) pun..

Ketika berada di rumah pun, saya dapati higgaa jam 2 hingga 3 pagi,bilik tidur Siti Hajar ternyata lampu dilihat masih terang benderang.

Itu menunjukkan dia masih membaca buku dn membuat nota-nota penting dan sebagainya.Ertinya dia masih belum tidur lagi.Saya pun tak tahu jam berapa dia mula tidur?.

Kadang-kadang ibunya dan saya, ada menasihatkan dia bahawa kesihatan badan pun mesti juga dijaga.Perlu dibahagikan masa rehat buat sementara.

Jangan asyik terus belajar tanpa rehat. Menonton TV pun saya lihat jarang sekali kecuali ada cerita yang beliau paling minat.

"Ome dah biasa dengan cara ini,mama dan abah.!!" jawabnya dengan menggunakan nama timang-timangan yang kami sering panggil sebagai ganti namanya yang asal sebagai Siti Hajar.

SATU-SATUNYA NAMA BESAR

Siti Hajar adalah merupakan satu-satunya nama besar di dalam sejarah isteri Nabi Allah saw. Iaitu nama isteri Nabi Allah Ibrahim  A.S,isteinya yang kedua Nabi Allah Ibrahim ialah,Sii Hajar.

Atas perintah Allah swt., maka Nabi Allah Ibrahim membawa Siti Hajar ke suatu kawasan di padang pasir yang tandus.

Kemudiannya  Nabi Allah Ibrahim meninggalkan Siti Hajar seorang diri di tengah-tengah padang pasir yang tandus itu.Pun begitu? Demi kekuatan iman dan ketaqwanya pada sang penciptaNya iaitu Allah swt..

Siti Hajar tetap tenang menghadapi segala ujian yang menggerunkan itu.Tanpa membantah dan merunggut pun.Dia redha.

Apakah hikmah disebalik tindakan Nabi Allah Ibrahim itu hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya.?

TELKAGA AIR ZAM-ZAM

Diriwayatkan.rupa-rupanya,maka di situlah tapak air zam-zam telah dikurniakan oleh Allah swt.akibat tendangan kuat ke bumi oleh kaki anak kecil Siti Hajar yang sedang menangis kerana kehausan iaitu Nabi Allah Ismail.

Hingga kini air zam-zam itu tidak pernah kering-kering dan tetap menggalir di dalam telaga air zam-zam.yang bertempat di kawasan,di sebelah Kaabah di dalam Masjidil Haram,Mekah.

Air zam-zam itu telah dapat dinikmati oleh seluruh umat Islam sejagat ketika melakukan ibadah umrah dan ibadah haji di Mekah,sejak zaman berzaman hingga kini. Subhanna Allah!Sesungguhnya Allah itu Maha Besar,Maha Agong dan Maha Berkuasa atas sesuatu.

Bukan calang-calang wanita yang sanggup berbuat seperti yang telah dilakukan oleh Siti Hajar, isteri kedua Nabi Allah Ibrahim itu. Hanya Siti Hajar yang punya ketabahannya hati yang bukan kepalang berani disebabkan tahap keimanan dan ketaqwaannya yang begitu kuat pada penciptNya?

Siti Hajar menyedari bahawa Allah swt. sentiasa berada bersamanya dan akan tetap memberi perlindungan padanya yang kesaorangan di padang pasir yang tandus itu.

NASIB SITI HAJAR DAN KEKANDANYA SAMA.

Kiri: Siti Marsita,kakak Siti Hajar
Seperti kakaknya iaitu, anak perempuan kami yang sulong,Siti Marsita, Beliau pun telah tamat pengajiannya di perengkat Ijazah setahun setengah yang lalu. di Fakulti Sains Gunaan, di UiTM Shah Alam juga dengan mengamil kursus pengajian di jurusan, "Sains foods teknologi"

Seperti adiknya Siti Hajar. Maka Siti Marsita yang lahir pada tahun 1989 itu. Telah lulus di perengkat Ijazah dengan  mendapat pangkat kategori (ANC) juga.

Beserta dengan kepujian tambahan,The Best student in programs dan the best student in the class di UiTM di Fakulti "Sains Gunaan".

Untuk itu? Persatuan Food Assosation Malaysia telah memberi Siti Marsita satu sijil khas pengakuan siswi cemerlang dan berserta dengan  hadiah wang tunai RM600-00 dan mendapat hadiah sagu hati lagi dari UiTM kerana pencapaian akedamiknya yang cemerlang itu. Syukur Al-hamdulilah!

Tidak diketahui apakah sebabnya? Pada konvokesyen UiTM pada sesi tahun 2015 ini? Adakah disebabkan tak cukup bajet ke atau apakah sebab-sebanya tidak diketahui kenapa berlainan jadinya?

Sedangkan setiap siswa/siswi yang akan mengambil Ijazahnya di hari Istiadat konvokesyen itu? Dimestikan harus membayar tiap-tiap seorang sebanyak RM160-00 termasuk sewa uniform di hari istiadat konvokesyen itu?

TIDAK DAPAT APA-APA INSENTIF
]
Siti Hajar bukan sahaja tidak dapat hadih Anugerah Dekan, malah hadiah Anugerah (ANC) pun tak dapat.Sedangkan di masa-masa yang lalu ia itu sebelumnya?

Ada berbagai-bagai insentif telah dihadihkan kepada siswa/siswi oleh UiTM pada siswa/siswi yang mendapat pencapaia akadamik yang cemerlang di UiTM seperti Anugerah Dekan dan Anugerah ANC.

Ertinya,pada sesi tahun ini? Langsung tiada sebarang insentif dari pihak pengurusan UiTM agar punya cara-cara yang menarik untuk menggalakan siswa/siswi agar rajin belajar untuk mencapai keputusan yang menjadi kebanggan bukan sahaja pada siswa/siswi itu sendiri, malah jadi kebanggaan pada UiTM itu juga?.Mengapa begitu teruk jadinya pada tahun ini?

Siti Marsita kini dah pun bekerja sebagai eksekutif  (Reserch and Develoment), di Syarikat Jepun,Ajino Moto Bhd,pengeluaran resepi masak-masakan makanan harian kegunaan umum lebih seratus jenis banyaknya.Siti Marsita dah bekerja  di situ hampir dua tahun dah.

Siti Marsita anak perempuan  kami yang sulong itu.Saya lihat beliau begitu seronok bekerja di Syarikat besar seperti Ajino Moto itu..Baru setahun lebih bekerja?Tetapi pasangan suami/isteri ini dah berjaya memberi rumah (terrace dua tingkat) tak jauh dari UiTM Puncak Alam dengan harga RM430,000-00.

Saya dimaklumkan oleh isteri saya, bahawa pasangan  ini akan berpindah ke rumah barunya menjelang hari raya puasa ini.Syabas dan ucapan tahniah dari kami suami/isteri pada anak perempuan kami dan menantu kami tersayang.

Ketahulah kamu bahawa Abah/Mama merasa amat gembira dengan kemajuan hidup yang kamu capai itu.Semuga rezeki kamu berdua akan bertambah-tambah dan diberki oleh Allah swt.SEkaligus kehidupaan rumah tangga kamu akan sentiasa aman dan damai buat sela-lamanya.

KINI TREND LELAKI BERIJAZAH DILIHAT MEMILIH JODOH WANITA YANG BERIJAZAH JUGA...

Mutakhir ini kebanyakan anak-anak muda lulusan Universiti ini?  Lazimnya akan mencari jodoh dan bertemu jodoh atau mencari jodohnya dengan pasangan lulusan universiti juga.Trendnya dilihat begitu cepat berubah.Dan ianya telh berlakju di-mana-mana sahaja di Malaysia ini

Jika gaji suami isteri dicampurkan? Maka jumlah wang gajinya bulanan mereka berdua adalah lebih sepuloh ribu ringgit ? Barulah layak membeli rumah baru seperti yang berharga seperti tersebut di atas itu.Itu adalah syarat dari pihak bank komersial yang memberi pinjaman perumahan.

Kerana harga rumah kini dari hari ke hari harganya semakin naik meningkat. Jika diantara kedua suami/isteri ini mendapat gaji bulanan di bawah dari paras sepuloh ribu? Hanya mampu membeli rumah-rumah yang lebih murah harganya. Maka kuranglah keselesaan hidup mereka..

Siti Marsita dapat kerja di syarikat Ajno Moto Bhd lebih kurang dua minggu sebelum dia hadir ke Istiadat konvokesyen di UiTM Shah Alam. Siti Marsita  dah pun berumah tangga lebih kurang setahun lebih yang lalu.Masih belum mendapat cahaya mata.Belum ada rezeki tentang itu kata orang tua-tua di zaman dulu.

Suaminya seorang lulusan Otomobil Design Enginering.Nama menantu saya itu ialah  Azizul Mohd Sani.Suami pada Siti Maersita,kini sedang bekerja di sebuah syarikat membuat engin lory berbagai-bagai size Lory.

Iaitu, dari engin lory bersaiz kecil hingga ke lory yang besar-besar sizenya. Di sebuah syarikat Cina yang sangat maju dan berpotensi,tak jauh dari Subang Airport lama..Gaji suami Siti Marsita pun bolehlah dikatakan lumyan juga.

Dari jumlah seramai 50 orang yang memohon bekerja di Ajino Moto Bhd pada hari interview pertama ( temu duga) itu? Maka dengan izin Allah swt., Yang Maha Pengasih lagi Pemurah? Maka Siti Marsita Binti Hj.Abu Bakar di panggil ke interview yang kedua.

Dalam interview kedua itu? Hanya dipanggil dua orang aje.iaitu, antara Siti Marsita dengan seorang lagi gadis Melayu dari Johor Baharu yang dah punya pengalaman bekerja di factory makanan. Syukur Al-Hamdulillah! Siti Marsita.telah terpilih.Itulah yang dikatakan ketentuan dari Allah swt.

SITI HAJAR DAPAT PEKERJAAN  SEBELUM KONVOKESYEN JUGA.

Seperti mana dengan nasib Siti Marsita,kakanya.Maka Siti Hajar pun telah dapat pekerjaan sebelum kovokesyen di UiTM? Boleh dikatakan bahawa nasib Siti Hajar pun sama juga seperti Siti Marsita.

Seminggu sebelum konvokesyuen,Siti Hajar dah diterima bekerja di sebuah Syarikat pengeluar baja-baja dan ubat-ubatan serangga untuk pertanian.

Di Syarikat  Amcom Care Sdn,Bhd. Iaitu Syarikat yang mengeluarakan product baja,serangga pemusnah tanaman (fertlizer)di Shah Alam. Selangor. Jawatan Siti Hajar, adalah sebagai Junior Eksekutif ( Reserch dan Development) Forensix analisis di Syarikat tersebut.

Agaknya? Mungkin disebabkan keputusan kelulusan akademik  Siti Marsita dan Siti Hajar itu bertaraf (ANC)? Itulah yang menjadi ukuran bagi sesebuah syarikat itu menetukan syarat untuk menerima pekerja barunya itu?

Jika itu yang menjadi ukuran dan sebabnya? Ia boleh dijadikan sebagai ikhtibar agar semua siswa/siswi yang sedang melanjukan pengajiannya di perengkat Ijazah,baik di jurusan apa pun dan di universiti mana pun di dalam Malaysia ini?

Hendaklah rajin-rajin belajar dan bersedialah jadilah (kutu buku) di samping memohon doa pada Allah demi masa depan anda kelak.Jika malas mentelaah buku? Maka keputusannya pun mungkin tidak begitu cemerlang.

Walau pun berkepok-kepok anda berdoa untuk mendapat keputusan kelulusan yang baik? Matlamat anda tidak akan tercapai? Jika anda malas belajar dan malas membaca buku-buku yang jadi mata pelajaran anda di jurusan yang anda pilih itu.

Sekali lagi,saya suami/isteri dan sekeluarga amnya, dengan rendah diri.tunduk sujud,memanjatkan ucapaan syukur Al-Hamdulillah kepada Allah swt.,yang telah memberi rezeki pada anak-anak kami, sebaik sahaja mereka telah tamat pengajian mereka dan lulus dari pengajian tinggi di jurusan yang mereka pilih itu.

Setelah berjaya menghabiskan pengajian perengkat tinggi mereka di  Universiti Teknologi Mara  (UiTM) bertaraf Ijazah.Sarjana Muda.(Bechlor of  Honours).di jursan Forensix Chemical Aanlisis.

Ini bererti Siti Hajar tidaklah terpaksa jadi penganggor begitu lama. Di masa ini dilihat begitu susah bagi ratusan ribu kalangan siswa/siswi masih belum dapat kerja setelah tamat pengajian merka dari berbagai-bagai universiti di dalam berbagai-bagai  jurusan ilmu yang telah mereka pelajari.

Dengan berjayanya Siti Hajar cepat mendapat pekerjaan itu? Maka segala penat lelah beliau mengorbankan tenaga,otak dan fikiran ketika belajar dan terus belajar menimba ilmu selama berbelas tahun itu? Kini telah terubat kerana dah dapat kerja dan punya karier sendiri.

Jika tidak pun dapat membalas budi ibu/bapa cara yang lumayan ? Sekurang-kurangnya kini Siti Hajar dah punya wang ringgit dari mata pencarian tenaga sendiri untuk menyara hidup sendiri.Syukur Al-Hamdulillah. .

Siti Hajar sebenarnya begitu berminat untuk melanjutkan pengajiannya di luar negara,seperti  di Australia,England atau di Amerika dan sebagainya.

Saya sebagai ayahnya, kini telah bersara dari niaga akibat usia yang dah begitu lanjut.Berada di penghujung kehidupan mengikut hukum akal.Rumah kata pergi dan kubur kata mari.

Secara terus terang saya nyatakan dengan jujur dan ikhlas.Rasanya tidak mampu bagi saya menghantar anak saya Siti Hajar yang cerdas otak dan tinggi IQ-nya itu,agar dapat melanjutkan pengajian yang lebih tinggi lagi di Universiti diluar negara dan kembali berkhidmat pada negara Malaysia.

Andainya Kerajan Persekutuan melalui JPA mempunyai progrem-progrem menghantar siswa/siswi yang punya kelulusan akedamik yang baik bertaraf (ANC) seperti anak saya Siti Hajar ini belajar di luar negara?
Kiri ibunya Hajah Roslina binti Hussin,tengah Lokman Hakim Al-Hafis dan kanan sekali ialah neneknya Hajah Aisah.Gambar ini di abadikan ketika Lokman Hakim mengambil Ijazah Al-Hafis yang telah disampaikan oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,di Kota Baharu,Kelantan beberapa tahun yang lalu iaitu sebaik sahaja Lokman Hakim telah Al-Hafis dan juga dah lulus ( PMR) dengan mendapat 8 A dan 1 B .Kemudiaannya beliau akan melanjutkan pengajiannya di perengkat SPM di Sekolah Agama Kerajaan Persekutan, di Kajang,Selangor.

Saya sebagai ibu/bapanya sangat mengalu-alukan tindakan Kerajaan  Persekutuan itu kerana negara kita ternyata masih kurang tenaga pakar teknoloji bermutu tinggi bagi memajukan negara,yang sedang berada di dalam perjalanan kita sedang menuju ke tahaf akan jadi negara maju,pada tahun 2020.

Jika JPA ada menawarkan biasiswa pada anak kami ? Kecil tapak tangan? Maka nyiru kami sekeluarga tadahkan. Semoga Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik JPA dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu itu.

Kalau Siti Hajar tidak berpeluang melanjukan pengajiannya ke luara negara? Biarlah dia bekerja dan terus bekerja di Amcom Care.Sdn.Bhd.Sebuah  faktory pengeluar baja dan ubat-ubat anti-serangga di Shah Alam itu.

SEDANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DIJURUSAN AIR CRAFT ENGINEERING DI MIAT (MARA).

Kami masih ada seorang lagi anak lelaki yang bungsu Lokman Hakim Al-Hafis bin Abu Bakar. Beliau kini sedang  melanjutkan pengajian tinggi di Miat,,(Mara),di jurusan  Aircraft Enginering
dan Manufacturing, di perengkat diploma,.dah masuk semister ke 4.

Ini bererti Lokman Hakim Al-Hafis( sebagai seorang yang hafis al-Quraan) akan menghabiskan  3 semister lagi.Kemudian dia akan melanjutkan pengajiannya ke perengkat Ijazah pula selama 3 tahun di kampus MIAT ,di Dengkel, Bangi,Selangor.

Lokman Hakim kini baru berusia 20an.Lebih kurang dalam jangka masa empat tahun setengah lagi beliau  sama ada suka atau tidak suka? Terpaksa berhempas  pulas harus menumpukan pengajiannya di Miat( Malaysia Institut Avation Teknologi) di bidang yang beliau pilih sendiri iaitu Aircraft Engineering dan Manufacturing.

Insya Allah dengan izin Allah swt.akan tamatlah pengajiannya itu dan saya suami/isteri sentiasa mendokana kejayaan anak bungsu itu hingga berjaya membawa pulang segulong Ijazah dari Menara Gading yang sedang beliau duduki itu.Moga-moga semuanya akan selamat dengan izin Allah swt.jua hendaknya.

Kami berharap,kalau boleh? Dengan izin Allah swt., pencapaiannya pula setaraf dengan pencapaian yang telah ditempa oleh kedua-dua kekanda beliau iaitu,Siti Marsita dan Siti Hajar.

Saya selaku ayahnya yang telah lanjut usia ini? Sentiasa berdoa  dan memohon kepada Allah swt. agar di panjangkan umur saya hingga ke hari istiadat KONVOKESYEN untuk Lokman Hakim menerima Ijazahnya Sarjana Muda di biadang Aircraft Engineering dan Manufacturing itu.Semoga dikabulkan oleh Allah doa saya suami/isteri itu hendaknya.

Hati ibu/ayah yang mana satu di seluruh alam ini? Yang tidak rasa riang gembira apabila anak-anak kesayangan mereka yang jadi "buah hati pengulam jantung?" Telah mendapat keputusan yang gilang gemilang dibidang pengajian yang anak-anak mereka berjaya menimba ilmunya?

Kerana dengan adanya ilmu pengetahuan  di dada yang anda miliki itu? Baik apa sahaja bidang ilmu dunia atau pun ilmu akhirat yang anda pelajari dan miliki itu?

Ia merupakan sebagai satu senjata atau pun jadi anak kunci kejayaan gilang-gemilang kehidupan anda dan ia boleh juga diibaratkan sebagai "lampu suluh' yang akan menerangi jalan-jalan hidup anda,baik kehidupan dunia yang akan anda lalui nanti. Amin!

Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 2.20 am on May 21,2015).

Muktamar Pas medan singkir ahli sekular

MOHAMMAD YASIR JAAFAR
20 Mei 2015 1:22 AM

KUALA LUMPUR 19 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Muktamar Pas Ke-61 pada Jun ini bakal menjadi medan perhitu­ngan bagi membersihkan parti berkenaan daripada kumpulan sekular yang tidak mahu menerima dasar parti itu dalam memperjuangkan Islam. 

Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
Presiden Pas.
Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, pertelingkahan dan perbalahan pendapat dalam kalangan ahli Pas sudah lama berlaku seawal tahun 1960.

“Sejak saya aktif dalam Pas pada 1964, saya sudah melihat perbezaan pendapat ini berlaku apabila orang yang berhimpun dalam Pas terdiri daripada golongan pemikirannya yang maju, ada yang sederhana dan ada pula kumpulan yang menzalimi diri sendiri iaitu kumpulan yang suka mengambil kesempatan.

“Oleh itu apa juga berkaitan dasar, kita tidak berganjak manakala perbezaan pendapat kita akan bermesyuarat, maka keputusan mesyuarat akan kita terima, kepada ahli yang berpecah (tidak menerima keputusan) mereka perlu keluar daripada parti ini.

“Kita tidak bersetuju untuk menjadikan Pas parti sekular, ada dalam kalangan kita hendak buang perkataan Islam, tidak boleh bercakap pasal Islam, itu kita tidak boleh terima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jalan penyelesaian Pas untuk menamatkan krisis dalaman parti berkenaan dalam sesi bicara di MyHarakah Bazar, di sini hari ini. 

Pemilihan Jawatankuasa Pusat pada Muktamar Pas Ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor bakal menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan iaitu Anwarinas dan golongan ulama dalam perebutan jawatan tertinggi parti itu.

Sebelum ini, ahli di peringkat akar umbi juga telah memberi isyarat awal untuk membebaskan Pas daripada cengkaman puak Anwarinas apabila jumlah pencalonan dalam kalangan pemimpin ulama jauh lebih tinggi berbanding calon-calon yang berada dalam kem Anwarinas.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, apa yang lebih penting ialah perjuangan Pas perlu konsisten berteraskan disiplin, adab, akhlak dan roh melalui perhitungan dosa dan pahala.

“Cuma kita tidak menafikan ada orang di luar sana yang tidak beradab, dalam keluarga juga ada yang tidak beradab apatah lagi dalam parti,” katanya.

Tegasnya, antara cabaran utama politik hari ini adalah kewujudan fahaman sekular yang tidak menempatkan Islam dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Ketika ditanya mengenai cadangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk mewujudkan semula Kabinet bayangan pembangkang,

Abdul Hadi berkata, kemenangan pada pilihan raya umum adalah lebih penting.

 “Kalau tidak masuk nama saya pun tidak mengapa tetapi apa yang lebih penting adalah untuk menang, bagaimana kita mahu merealisasikan kemenangan, siapa menjadi menteri pun tidak mengapa,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1942 hrs oin May 20,2015.