1MDB dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, akibat daripada perbuatan itu, pelbagai tuduhan telah dilemparkan terhadap 1MDB.
Kata 1MDB, pihaknya mengambil maklum mengenai siasatan itu selepas merujuk beberapa laporan akhbar tentang penahanan seorang bekas kakitangan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), di atas percubaan memeras ugut maklumat e-mel milik syarikat minyak dan gas tersebut.
"Kami yakin pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan menyiasat kes tersebut dengan teliti termasuk menentukan fakta-fakta dan mengambil tindakan sewajar­nya mengikut undang-undang.