Sunday, November 29, 2015

Ada pihak tertentu sengaja mahu 1 MDB MENJADI MUFLIS

30 November 2015 1:45 AM 
Mohd Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Segelintir pihak dipercayai memang mengharapkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) muflis kerana mahu menjadikan isu tersebut untuk menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak berkata, sebab itu, tidak pelik apabila beberapa pihak tampil mengkritik dan menentang langkah-langkah rasionalisasi hutang yang cuba dibuat 1MDB.
Terbaharu katanya, kritikan keras dilemparkan kepada kerajaan selepas 1MDB menjual 100 peratus aset tenaga dalam anak syarikatnya, Edra Global Energy Berhad kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN Group).
“Mereka mahu 1MDB mengurangkan beban hutang tetapi pada masa yang sama mereka tidak mahu mana-mana syarikat tempatan membeli aset 1MDB, begitu juga tidak membenarkan 1MDB untuk menjual asetnya kepada pelabur asing.
“Dengan itu, apa yang mereka ingin 1MDB lakukan? Alternatifnya muflis, supaya mereka boleh gunakan isu ini untuk menentang Perdana Menteri,” kata Mohd. Salleh menerusi blognya, sskeruak.blog­spot.com, hari ini.
Isnin lalu, CGN Group menandatangani Perjanjian Pembelian dan Penjualan Saham (SSPA) dengan 1MDB bagi mengambil alih kepen­tingan dalam Edra Solar Sdn. Bhd., Edra Energy Sdn. Bhd., Powertek Energy Sdn. Bhd., Jimah Teknik Sdn. Bhd., Jimah O&M Sdn. Bhd., Mastika Lagenda Sdn. Bhd., dan Tiara Tanah Sdn. Bhd.
Walau bagaimanapun, beberapa pihak tampil mengkritik langkah penjualan Edra kepada pihak a­sing memandangkan aset tenaga merupakan sektor strategik negara, apatah lagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut terbabit membida.
Menjelaskan isu berkenaan, Mohd. Salleh berkata, keputusan memilih CGN Group dibuat kerana sebelum ini, apabila syarikat strategik tempatan cuba membeli aset-aset 1MDB, kerajaan dituduh konon nya mahu bailout.
“Seandainya 1MDB menjual Edra kepada TNB, mereka akan menuduh tindakan tersebut sebagai langkah bailout tetapi apabila Edra dijual kepada sebuah firma asing, ia dituduh pula sebagai pengkhianatan,” jelasnya.( Utusan online-) Posted by abnmulya / haji abu b akar ninggal. blogspot. com.at 12.11 noon on November 30,2015.

Saturday, November 28, 2015

Mat Sabu Dan Parti Amanah Tak Usah Berangan-Angan Tinggi Sangat

Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Presiden parti PAS tak akan bekerjasama dengan DAP dan parti Aamnah yang mana telah melukai hati para pemim pin parti PAS secara terang-terangan.



Oleh haji abu bakar ninggal
Isnin, November 30,2015@ 1.10 am

Mat Sabu dalam kenyataan politiknya pada hari ini melalui portal media sosial Malaysiakini, bertarikh 29/10/2015 pada jam 11.44 pagi,minta jangan ada diantara para pemimpin parti Aamanah atau dari parti-parti Pakatan Harapan itu sendiri yang cuba nak beri talian hayat pada parti Umno?

Itu adalah hak Mat Sabu nak buat sebarang seruan pada para pemimpin parti Aamanah ataupun pada para pemimpin Pakatan Harapan.  Mat Sabu yang kini sedang menjawat jawatan Presiden parti Amanah,dilihat semacam tidak mahu menerima nasib buruk yang akan menimpa ke atas dirinya sebagai balasan dari Allah atas perbuatan beliau itu sendiri ketika beliau berada di dalam parti Pas selaku Timbalan Peresiden Pas..

Ketika beliau jadi Timbalan Presiden Pas dulu? Kita dapat lihat bahawa beliau merasa semacam telah jadi begitu kuat dan punya pengaruh politik kuat di dalam parti PAS kononya boleh mencabar dasar-dasar dan pendapat dan kenyataan politik Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mat Sabu ketika beliaua masih jadi Timbalan Presiden parti PAS,dari masa ke masa,terutama ketika hampir tiba Muktamaar Pas pada Jun 2015.Beliau dilihat jadi semakin besar kepala di dalam PAS apabila dilihatnya Hadi Awang tak pernah buat teguran atas sikap dan segala pendapatnya yang bercanggah dengan Hadi Awang.

Mat Sabu dilihat semacam beranggapan kononnya Hadi Awang takut pada beliau dan kononnya lebih bijaksana dari Hadi Awang  itu sendiri?.

Datin Dr.Wan Azizah  Wan Ismail,
Presiden parti PKR
Justeru itu Mat Sabu sanggup jadi juru bicara DAP menentang Hadi Awang dan para pemimpin tertinggi Pas yang lain di dalam PAS.

Mat Sabu dan koncon-konconya sama sekali tidak menyangka bahawa Hadi Awang dan para pemimpin tertinggi yang lain di dalam PAS sebenarnya terus menyimpan "lemak" dan sikap kurang ajarnya yang melampau pada Presiden PAS dan juga pada para pemimpin tertinggi PAS yang lain dari golongan ulama yang terus diperkecil-kecilkan.

Datuk Seri Hadi Awang dan para pemimpin pucuk pemimpin Pas yang lain yang bijaksana itu tetap menahan sabar tanpa respon atas segala komen-komen  yang berupa cemuhan terhadap golongan ulama di dalam PAS.oleh Mat Sabu dan konco-konconya itu

Rupa-rupanya pucuk tertinggi PAS dari golongn ulama itu secara diam-diam telah menyusun strategi mereka dengan rapi dan hanya akan bertindak keras bila tiba masa yang sesuai terhadap onar dan sikap yang bersifat kontra(bertentangan) dan kecelupuran mulut Mat Sabu dan konco-konconya menghentam Presiden Pas di media sosial yang pro-pembangkang.

Kenapa pucuk pemimpin PAS meluat melihata sikap politik Mat Sabu dan konco-konconya itu? Disebabkan Presiden paarti PAS dan majoriti anggota Pas seluruh Malaysia itu sendiri didapati tak bersetuju dengan dasar DAP di mana dilihatnya cuba nak kontrol parti Pas agar ikut telunjuk DAP.

Sementara Mat Sabu dan konco-konconya pula? Secara terang-terangan dilihat semacam bersetuju dengan taktik DAP itu dan Mat Sabu pula selalu buat komen politik di media sosial.Sikap dan perbuatan Mat Sabu itu? Dilihat bertentangan dengan nada komen-komen yang dibuat oleh Hadi Awang di media sosial dan juga di media arus perdana tempatan.

Mat Sabu,Presiden Parti Amanah
Strategi politik pihak ulama itu terus disusun dengan rapi tanpa disedari oleh Mat Sabu dan konco-konconya itu.

Mereka semacam tidak menyangka "buah cempedak akan jadi buah nangka"tak berapa lama lagi?.Mereka sama sekali tidak menyangka bahawa mereka semua akan diberi satu pengajaran politik yang keras pukulannya.Jika di arena tinju disebut pukulan T.K.O.

Pada Muktamar PAS pada bulan June 2015 itu. Rakyat Malaysia dapat menyaksikan bahawa Mat Sabu dan konco-konconya yang  tidak sehaluan dengan dasar parti PAS dan juga dengan dasar politik Presidennya Datuk Seri Hadi Awang?

Jelas didapati telah ditumpaskan dengan cara yang sangat teruk dan aib sekali.Mereka ditolak dari barisan AJK PAS pusat secara "setandan pisang". Jatuh berdebab sebagai setandan pisang dan tersungkur. Dari segi politik? Bahwa kekalahan itu bolehlah disebut dengan cara yang amat memalukan Mat Sabu dan konco2nya..

Tak pernah terjadi di dalam sejarah parti PAS itu sendiri.Seramai sebanyak 18 orang tokoh AJK pusat PAS kecundang untuk mempertahankan kerusi masing-masing. pada Muktamar Parti PAS pada June 2015 itu.

Ini menunjukkan para pemimpin dari golongan ualam di dalam PAS itu punya strategi politik untuk mengalahkan musuh-musuh politiknya dengan begitu hebat?

Akibat dari kekalahan itu? Mat Sabu dan konco-konconya tubuhkan satu parti baru.Kini Mat Sabu dah jadi Presiden parti baru yang bernama parti Amanah.Untuk mengelakan jika ada ada diantara tokoh-tokoh politik di dalam Amanah itu akan menentangnya( Mat Sabu) disebabkan tidak sependapat dengannya?

Maka itulah sebabnya awal-awal lagi Mat Sabu cepat-cepat beri amaran pada para pemimpin Amanah dan juga pada para pemimpin di dalam Pakatan Harapan itu sendiri AGAR tetap bersatu padu dan tidak akan memberi "tali hayat" pada Umno pada PRU yang akan datang.

Ertinya Umno/BN harus ditumpaskan pada PRU yang akan datang agar membolehkan (Pakatan Harapan" kononnya boleh berada di Putrajaya setelah Pakatan Rakyat kepunan dengan cita2-cita dan harapannya itu.
Guan Eng ,Setiausaha Agong DAP
yang belum disahkan oleh ROS

Cara Mat Sabu beri amaran itu? Ternyata bahawa beliau ada rasa takut untuk digulingkan? Sekaligus beliau boleh dikatakan  tak begitu faham dengan politik dan berpolitik?

Tidakkah Mat Sabu itu sedar bahawa yang ada kuasa beri (tali hayat) atau pun putuskan ( tali hayat) itu pada Umno itu? Bukannya parti Aamanah atau pun parti-parti dari Pakatan Harapan?

Yang ampunya kuasa yang mutlaq?Adalah kuasa dari Allah SWT dan juga terletak ditangan para "pengundi" rakyat Malaysia yang mana Aallah SWT  telah memberi tauFik dan hidayahnya?

Merekalah ( rakyat) yang akan turun mengundi di hari pengundian untuk memilih tokoh-tokoh politik dari parti-parti yang telah dilihat oleh rakyat punya banyak pengalaman

Punya pangalaman dari segi politik,ekonomi,sosial rakyat dan sekaligus ada pengalaman memerintah negara Malaysia sebagai kerajaan pusat? Satu-satunya parti yang punya pengalaman? Tak lain dan tak bukan ialah Umno,Umno, Umno/BN.

Parti lain itu zero..hanya pandai cakap berdegar-degar .Jika ada pengalama mentadbir? Hanya diperengkat negeri aje.Fungsi memerintah negeri itu tak sama dengan fungisnya memerintah jadi kerajaan pusat.. Parti Amanah itu sendiri?  Mana ada tokoh-tokoh pemimpinnya yang menonjol?

Yang ada hanya  tokoh-tokoh politik serpihan dari parti PAS bukanlah jadi parti pilihan utama rakyat Malaysia.Jika di di dalam PAS dah jadi serpihan? Apa yang nak diharapkan abiliti-nya ( kenolehannya)?

Berpolitik itu memang senang,main putar belit lidah aje.Rakyat boleh ditipu dengan janji-janji kosong
? Tetapi bila dah jadi pentadbir? Ia perlukan pengalaman mentadbir yang semasak-masaknya.

Parti Amanah adalah parti baru dan tokoh-tokoh pemimpinnya pula adalah tokoh-tokoh politik serpihan dari PAS yang dah tak laku lagi di dalam parti PAS dan sekaligus telah ditolak dan dinyahkan oleh perwakilan PAS pada muktamar June 2015 itu cara setandan pula,macam dagang yang tak laku lagi.

Azmin Ali,Timbalan Presiden parti PKR
Pakatan Harapan ini dilihat tidak punya tokoh-tokoh politik yang menonjol dan tak ada pengaruh yang besar di kalangan rakyat Malaysia Justeru itu,maka mustahil sekali rakyat Malaysia yang dah hidup aman damai,makmor dan bahagian di bawah kerajaan di mana Umno/BN jadi tunjangnya? Mustahil sekali rakyat nak tukar haluan tak semena-mena?

Parti-parti yang jadi gabungan di dalam "Pakatan Harapan"itu dilihat  sering bergaduh sama sendiri itu? Pun begitu???

Dilihat masih berangan-angan tinggi nak putuskan "tali hayat"parti Umno/BN dari segala kepercayaan rakyat pada Umno/BN yang dah jadi begitu sejati sifat hubungannya?

Mampukah pakatan Harapan melakukannyaa dan bersediakah rakyat melakukan perubahan itu secara drastik?Penulis tak fikir rakyat Malaysia itu begitu bodoh? Secara tiba-tiba nak tukar kerajaan di Malaysia ini.

Parti Umno/BN dah memerintah dan membangun Malaysia jadi negara moden dalam semua aspek kehidupan rakyat selma hampir 70 tahun dah.

Ini mustahil dan tak mungkin terjadi? Itu adalah "illusi" kosong oleh gabungan Pakatan Harapan sahaja. Macam angan-angan Mat Jenin belaka. Pakatan Harapan tak punya kuasa apa-apa pun nak putuskan (tali hayat) parti Umno/BN? Yang tidak ada kuasa apa-apa pun?

Yang punya kuasa yang mutlaq itu? Hanya Allah SWT sahaja yang mampu mampu memberi taufiq dan hidayahNya yang diberikan oleh Allah SWT pada rakyat Malaysia yang jadi "pengundi" pada setiapa kali pilihan raya umum di adakan di Malaysia ini?

Khalid Samad, Pengarah
Komunakasi parti Amanah
Parti Aamanah dan Pakatan Harapan,hanya mampu pada setia saat,setiap jam dan setiap hari dan bulan dan setiap tahun, hanya,terus menerus minta pertolongan dari rakyat untuk dibantu agar cita-citanya hendak berada di Putrajaya itu berjaya?..Tak lebih dari itu?

Tanpa bantuan dari rakyat yang "mengundi" pada setiap Pilihan Raya Umum?. Para pemimpin parti " Amanah"dan juga parti-parti yang berada di dalam Gabungan "Pakatan Harapan" yang hanya ada beberapa kerat itu aje?

Dari segi pengalaman pula? Maka para pemimpin itu bukan sahaja tidak mempunya tokoh kepimpinan seperti Datuk Seri Najib Tun Razak yang dah tersohor di dalam dan di luar negara?

Dalam tahun 2015 ini aje. Presiden Amerika,Barak Obama dah datang ke Malaysia sebanyak dua kali dan rakyaat Malaysia dah menyaksikan betap eratnya hub ungan Datuk Sseri Najib dengan Peresiden Amerika itu.

Sekaligus para pemim pin gabungan Pakatan Harapan itu? Masih tak punya pengalaman politik dan pengalaman pentadbiran negara berbanding dengan parti Umno/BN yang kaya dengan ilmu dan pengalaman berpolitik dan mentadbir negara hampiur 70 tahun lamanya.


Untuk pengetahuan Mat Sabu dan para pemimpin parti Pakatan Harapan?Janganlah cakap takbur dan beranggan2 terlalu tinggi kononnya nak putuskan "tali hayat" parti Umno/BN. dari rakyat?  

Umunya rakyat Malaysiaa ini  tidaklah begitu boidoh yang mana kononnya akan sanggup korban masa depan mereka kepada parti-parti gabungan Pakatan Harapan yang baru berumur setahun jagong itu?

Sekaligus miskin pula dengan pengalaman politik dan pengalaman mentadbir negara Malaysia yang punya rakyatnya seramai 32 juta orang ramainya itu.

Janganlah Mat Sabu dan gabungan Pakatan Harapan letakkan harapan anda terlalu menggunong tinggi? Jika jatuh nanti? Patah dan hancur berkecai seluruh tulang belulang tubuh anda itu.

Kalau kail masih panjang sejengkal dan ilmu di dada dan pengalaman yang tak tentu arah itu? Janganlkah lautan luas hendak diduga. Ditakuti akan jadi mati lemas? ]

Ujung-ujungnya ia akan memalukan diri anda sendiri.Ibarat anjing menyalak bukit? Tanpa hasil apa-apa pun.Malah bukit itu dilihat masih  dan tetap tngfgi mengunong.Sementara Umno pula/ DSudahkah menyusun strategi yang rapi lagi kental sebagai usaha untuk kekal jadi parti tunjangan Umno/BN.

Penulis yakin Umno/BNakan tetap kekal akan menjadi parti tunjang Umno/BN pada PRU ke-14 nanti jika Umno/BN jagan rakyata Malaysia 'elok-elok"? Maka rakyata pun akan jaga Umno/BN elok-elok pula..(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal blogspot. com at 1,10 am on November 30,2015.

Friday, November 27, 2015

Tradisi perasmian sayap UMNO boleh diubah

28 November 2015 1:09 AM
 Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Tradisi Timbalan Presiden UMNO merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah hanya satu keistimewaan diberikan kepada kedudukan jawatan berkenaan dan bukannya hak yang tidak boleh ditarik balik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, ketetapan bahawa perasmian perhimpunan agung berkenaan dilakukan ketua sayap masing-masing juga telah dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO berdasarkan cadangan daripada sayap-sayap terlibat.

“Ini hanya satu tradisi. Satu keistimewaan yang diberikan kepada Timbalan (Presiden UMNO). Ini bukannya hak. Hak tidak boleh diambil dari orang lain.

“Keistimewaan pula sebaliknya perlu diperoleh dan keistimewaan boleh hilang sekiranya disalah guna,” katanya menerusi satu kenyataan dalam laman blog sskeruak.blogspot.com hari ini.

Selasa lalu, mesyuarat MT UMNO memutuskan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada bulan depan akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.

Menurut Salleh, dalam pelbagai pihak membuat kritikan terhadap perubahan tradisi tersebut, beliau juga ingin mengingatkan yang tindakan memburuk-burukkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tuduhan tidak berasas juga adalah perkara yang tidak sejajar dengan tradisi parti.

“Satu tradisi yang telah dilanggar adalah menuduh Presiden parti mencuri RM42 bilion sedangkan perkaranya bukan begitu. Cubaan menjatuhkan Presiden parti menerusi dakwaan palsu akan memberi kesan kepada keseluruhan parti dan mengakibatkan UMNO berisiko mengalami kekalahan dalam pilihan raya,” katanya.
]
Beliau memberitahu, walaupun terdapat desakan daripada beberapa bahagian UMNO, parti itu tidak mengenakan tindakan terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Tidak dinafikan, ada pihak menyatakan UMNO mengamalkan kebebasan bersuara, justeru itu, pemimpin dan ahli mesti dibenarkan untuk menyatakan pendapat mereka.( utusan online).posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.01 am on November 28,2015.

Thursday, November 26, 2015

Kebimbangan Melayu Berasas

Ekuiti bumiputera dalam sektor korporat hanya 23.5% 

27 November 2015 12:47 AM 

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Kebimbangan orang Melayu terhadap kedudukan maruah mereka yang kian tercabar adalah berasas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

AZALINA OTHMAN SAID

Beliau berkata, kebimbangan itu termasuk mengenai soal kemampuan pemilikan tanah dan rumah oleh kaum tersebut.

“Kebimbangan ini ada asasnya, tatkala kita melihat contoh-contoh seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor yang mana tanah untuk kediaman atau projek perumahan yang dijual adalah terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.

“Ini terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan secara tidak langsung akan menyebabkan pemilikan aset hartanah oleh orang Melayu semakin rendah dan berkurangan,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Perma­tang Pauh) berhu­bung perangkaan ke­du­dukan rizab Melayu yang ditukar status, nisbah bilangan kakitangan awam Melayu dan ekuiti ekonomi Melayu yang berpindah milik.

Sementara itu, Azalina berkata, ekuiti bumiputera dalam sektor korporat pada 2011 hanyalah sebanyak RM211.5 bilion atau 23.5 peratus.
Beliau berkata, jumlah itu adalah lebih rendah berbanding sasaran asal yang ingin dicapai iaitu 30 peratus.

Beliau menambah, jumlah ke­se­luruhan penjawat awam tahun lalu adalah sebanyak 1.6 juta.

“Walaupun nisbah bumiputera berban­ding bukan bumiputera adalah le­bih tinggi, namun di sektor swasta terutama dalam bidang profesional serta di peringkat pembuat keputusan, kaum Melayu adalah masih rendah,” katanya.( utusan online-parlimen).Posted by abnmulya // haji bakar ninggal.blogspot.com.at 11.19 am on November 27,2015.

Nurul Izzah enggan ulas keputusan DUN Sabah.

 27 November 2015 1:15 AM 

KUALA LUMPUR 26 Nov. – “Saya faham soalan kamu, saya beritahu yang saya akan ke balai polis esok dan di situlah saya akan keluarkan kenyataan bersama peguam saya.

Nurul Izzah Anwar

“Saya pasti kamu (media) mempunyai 1,001 isu lain di Parlimen untuk kamu lapor, jadi fokuslah kepada itu,” demikian reaksi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini melarang beliau dan seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua daripada memasuki negeri itu.

Keputusan yang diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertua DUN, Datuk Johnson Tee itu diambil kira daripada undian yang dilakukan di dalam dewan.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut menyatakan kesediaannya untuk menggunakan platform Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk memperjelaskan pertemuan beliau dengan Jacel Kiram.

“Saya mempunyai hak yang termaktub dalam Parlimen dan Insya-Allah saya akan teruskan dengan memastikan ada sesi penerangan dan penjelasan seperti yang diminta oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said,” katanya.

Semalam Azalina menyarankan supaya Nurul Izzah menggunakan platform Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membela diri berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu, Jacel Kiram.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia gagal mendapatkan reaksi Tian Chua berhubung keputusan DUN Sabah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berpendapat, keputusan DUN Sabah itu sebagai sangat tepat.

“Jangan marah kerajaan ne­geri Sabah bila membuat satu keputusan untuk tidak membenarkan mereka masuk ke Sabah kerana apa mereka buat itu be­tul-betul menggores rakyat Sabah,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal bligspot.com at 11.07 am on November 27,2015.

Kes bertemu Jacel Kiram

SOFIAN BAHAROM:26 November 2015 1:36 AM 

Nurul Izzaah bergambar bersama Jacel Kiram di Manila
KUALA LUMPUR 25 Nov. - Kerajaan memutuskan me­ngemukakan satu usul mengikut Peraturan 27 (3) dan 80 Peraturan Mesyuarat untuk merujuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berikutan isu perjumpaan beliau dengan Jacel Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah tersebut adalah bagi memberi peluang kepada Naib Presiden PKR itu menjelaskan tindakannya kepada jawatankuasa tersebut.

Katanya, hal demikian kerana Nurul Izzah gagal memberikan jawapan jelas berhubung perjum­paannya dengan Jacel.

“Meskipun Nurul Izzah cuba memohon maaf atas perbuatannya itu, sebagai seorang Ahli Parlimen, tindakannya itu tidak boleh diterima, bercanggah dengan ikrar yang dilafazkan untuk melindungi kedaulatan negara dan mengangkat keluhuran Perlembagaan.

“Ini bermakna, beliau sedar sepenuhnya tentang hal ehwal kedaulatan negara. Kerajaan ingin tegaskan bahawa kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang pengingkaran kepada ikrar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Izzah sebelum ini dilaporkan bertemu dengan Jacel di Manila, Filipina berikutan penyebaran gambar beliau dengan anak sulung ketua pengganas berkenaan.

Azalina menambah, gambar Nurul Izzah dengan pihak yang menceroboh Lahad Datu, Sabah sebelum ini mencerminkan ketidaksetiaan kepada negara.

Berdasarkan kes sebelum ini yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, seseorang Ahli Parlimen terlibat boleh disyorkan supaya dikenakan hukuman termasuk digantung daripada menghadiri persidangan untuk tempoh tertentu atau tidak diambil apa-apa tindakan jika jawatankuasa berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

Dalam pada itu, ketika ditemui, Azalina berkata, usul berkenaan akan dibentangkan di Dewan Rak­yat pada 3 Disember ini.

Sehubungan itu, beliau menyarankan Nurul Izzah untuk memanfaatkan peluang yang diberikan untuk membela diri dan menjelaskan perkara sebenar di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Jawatankuasa hak adalah platform terbaik bagi Nurul Izzah untuk membela diri. Bagi saya, saya mencabar dia semasa pembenta­ngan usul agar jangan bahas, terus terima fakta ini dan terus bela diri menerangkan kedudukan sebenar untuk menuntut hak,” katanya.

Azalina menambah, Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen perlu matang dengan berdepan isu ini kerana ia melibatkan keharmonian negara khususnya rakyat Sabah.

“Jangan sensitif, jangan emosional. Jawatankuasa hak ini tidak meminta anda untuk dihukum. Kerajaan berlaku adil.

“Kita beri dia peluang untuk membela diri, nak marah, nak saman-saman orang kenapa? Bagi saya beliau perlu matang, kerana rakyat Sabah ramai yang kecewa dengan beliau sekarang ini,” katanya.(utusan online).Posted by abmulya //haji abu bakar ninggal.bnlogspot.com.at 10.50 an on November 27,2015.

Tuesday, November 24, 2015

1 MDB MAMPU SELESAI HUTANG TANPA BANTUAN KERAJAAN-- Johari Abdul Ghani

25 November 2015 1:19 PM 

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yakin dapat menyelesaikan hutang dan isu aliran tunai syarikat berkenaan dengan lebih cepat tanpa melibatkan bantuan daripada kerajaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Johari Abdul Ghani
Isu 1MDB juga bukan punca kejatuhan Ringgit Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.
"Sebaliknya beberapa faktor seperti faktor luaran seperti kejatuhan harga minyak mentah, faktor ekonomi global yang bergantung pada eksport yang menyebabkan tekanan pada ringgit," katanya semasa menjawab soalan lisan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang).
Johari berkata semua perancangan strategik di bawah pelan rasionalisasi 1MDB sedang dilaksanakan dengan cepat tanpa sebarang halangan ke arah mengurangkan faedah hutang yang ditanggung syarikat berkenaan.
"1MDB telah merancang dan sedang melaksanakan langkah rasionalisasi termasuk penjualan aset, perkongsian ekuiti dan lain-lain, kita yakin dapat menyelesaikan jumlah hutang yang ditanggung tanpa bantuan kewangan kerajaan," katanya.
1MDB baru-baru ini menyatakan pelan rasionalisasi antara lain, melibatkan 'hutang untuk tukaran aset' dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), jualan ekuiti dalam Edra Energy, jualan ekuiti dalam Bandar Malaysia, jualan tanah di TRX dan pelupusan aset bukan teras. - BERNAMA

Monday, November 23, 2015

Tak Usah Ambil Peduli Songelan Mahathir Yang Merapu-rapu itu...

Datuk Seri  Mohd Najib Tun Razak , Perdana Menteri Malaysia ke -6 .Pilihan rakyat Malaysia, pada Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU) ke-13 pada tanggal 05 hb.May 2013



Oleh haji abu bakar ningal
Selasa,November 24,2015 @2.48 pm.

Buat Mahathir yang gagal nak tubuhkan "Majlis Penasihat" untuk kontrol Najib, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 mutakhir ini?

Ekoran dari isu tersebut? Beliau dilihat semacam cukup berdendam dengan Najib dan juga para pemipin tertinggi Umno yang lain yang tak ambil peduli ( tak ambil pot) dengan songelan dan buah fikiranya yang dah "out of date" yang sering diutarakannya secara tak henti-hentinya hingga jadi bosan setiap orang yang membacanya atau mendengar pidatonya?

Ia,disebabkan Najib tak dapat memenuhi kemahuan peribadinya yang mahu menjadikan Najib sebagai "proxcy politknya". Pada masa yang sama pula anggota-anggota Umno khasnya dan bangsa Melayu amnya dilihatnya tetap dan terus menerus menyokong kuat pimpinan Najib.

Kerana segala isu-isu yang menjadi songelan Mahathir yang telah tersiar di media soaial tempatan itu? Dilihat oleh orang yang arif bijaksana bahawa songelan dan komen-komen Mahathir itu dah "out of date",ketinggal zaman dan merapu-merapu belaka sifatnya.

Sekaligus ia dilihat lebih menjurus untuk memecah belahkan perpaduan Umno itu sendiri demi kepentingan politik peribadinya yang tidak pernah merasa puas dan rasa bersyukur terhadap segala nikmat-nikmat yang Allah SWT telah kurnyiakan kepada beliau selama 22 tahun jadi PM Malaysia.. 

Tokoh politik jenis ini? Untuk apa perlu dilayan dan diberi "platltform politik" di Malaysia ini lagi? Tak ada apa-apa keistimewaan dari beliau dan sekaligus songel-songelannya itu dilihat langsung dah tak laku dan tak berguna dan tidak memberi sebarang faedah di masa ini.

Di mana  iklim politik dunia kini dah berubah begitu cepat akibat ledakan media sosial yang sedang melanda dunia bak angin ribut dan taufan bak "tsunami menghentam Ache dan Jepun beberapa tahun yang lalu.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sedang bersalam seraya mengucapkan selamaat datanag kepada  Presiden U.S.A. Barak Obama, sebelum berunding secara secara tertutup "empat mata" dengan Perdana Menteri Malaysia ,sebaik sahaja tiba ke Malaysia bersempena dengan Mesyuarat ke-27 negara-negara Asean, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bahkan segala songelan beliau itu didapati bertujuan semata-mata untuk kepentingan peribadinya sendiri yang bernafsu tinggi walaupun dah bersara akibat usianya dah jadi tua bangka..

Jadi apa sahaja tindakakan untuk kebaikan Umno dan rakyat Malaysia di bawah pimpinan Najib? Walauapun didapati telah mendapat pujian dan sambutan hebat daripada para pemimpin dunia antarabangsa?Tak usah harap Mahathir akan beri pujian dan beri kredit ?

Sebaliknya akan tetap dikeji oleh beliau semahu-mahunya.Mahathir ini bukan mudah nak beri pujian pada kejayaan orang lain.  Contohnya, Pak Lah dulu sebaik sahaja telah memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003? Pada PRU ke-11 pada tahun 2004 dapat kemenangan politik yang bertaraf "landslide victory" di Malaysia?

Mengatasi rekord -rekord yang tak pernah Mahathir capai walau beliau jadi PM selama 22 tahun lamanya dan telah melalui beberapa penggal pilihan raya umum Malaysia?

Pun begitu? Kejayaan Pak Lah itu? Langsung Mahathir tak beri sebarang ucapan tanhniah pada Pak Lah? Itulah taraf diplomasi Mahathir semacam tak tahu berdiplomasi ketika berpolitik? Ikut egonya yang tebal menebal itu aje?

Bila dalam PRU ke-12 Pak Lah hanya dapat 144 kerusi di dalam Parlimen.Ertin ya tak cukujp un di 9 dua pertiga di dalam parlimen).Mahathir dilihat tgak habis-habis hentam Pak Lah konon suka tidur aje. Mana boleh dapat lebih "dua pertiga kerusi di dalam parlimen?

Sikap Mahathir ini sungguh tak adil? Ketika Pk Lah dapat 'landslide victory" dia langsung tak ucap tahniah/ Bila pada  PRU ke-12 kerajaan Umno/BN pimpinan Pak Lah dapat kemenangan kerusi parlimen kurang daripada "dua pertiga kerusi?"

Maka dilihat tak habis-habis diongkit-ongkitnya. Mahathir ini dilihat semacam tak percaya pada takdir Allah SWT yang membuat ketentuanNya.

Apakaha beliau fikir hidup di dunia ini memadai dengan hidup kesaorangan pun boleh? Beliau semacam tidak sedar jika beliau tak pandai dan tak tahu berdiplomasi "elok-elok" pada negara lain atau pun pada oranorang lain di dunia ini? Maka siapa pula yang ingin berdiplomasi "elok-elok" pada beliau?

Disebabkan Najib tak mahu patuh dengan telunjuk dan permintaan beliau? Maka beliau didapti akan berusaha sedaya upaya tanpa nokhta. Akan cuba cari sebarang sudut yang merupakan sudut-sudut kelemahan Najib dan sebagainya untuk tidak bersetuju dengan segala program-progrem yang Najib telah lakukan ,sedang Najib lakukan atau pun yang akan Najib lakukan nanti?

Pada para pemimpin Umno yang masih sayangkan Umno dan mahukan Najib yang ternyata berwibawa dan sangat unik pencapaian politiknya selaku Perdana Menteri dan sebagai Presiden Umno ?

Penulis suka menyeru pada para pemimpin Umno dan juga pada rakyat dari golongan jati bangsa Melayu yang menjadi teras penyokong setia pada Najib agar Najib terus jadi nakhoda kapal pelayaran Malaysia menunju ke Pulau jaya?
Kiri : Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia,dilihat sedang berunding secara tertutup dengan Presiden Amerika  Syarikat,Encik Barak Obama.Dengan ini bererti pada tahun ini daha (02) kali Presiden Barak Obama datang berkunjung ke  Malaysia ini bersempena dengan Mesyuarat ke-27 Negara-Negara Asean, dimana Malaysia sebagai Pengerusinya. Tahun depan Laos pula akan jadi pengerusi dan tuan rumahnya.

Tak usah ambil kisah, tak usah ambil peduli dengan songelan Mahathir yang merapu-rapu dan kosong melopong itu?  

Sebaliknya marilah kita bersama-sama membentuk barisan juang yang kental. Terus memberi sokongan padu,tak berbelah bahagi, pada kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah bekerja kuat siang dan malam sebagai Perdana Menteri Malaysia moden dan telah pun berjaya melakukan dan melakarkan peta kejayan dalam banyak program-progrem kebangsaan Malaysia yang unik sifatnya.

Sekaligus telah berjaya melakukan berbagai-bagai program-progrem yang bercorak antarabangsa bersifat (Internasional) yang hebat untuk menjadikan Malaysia ini jadi popular dalam masa yang begitu singkat.

Dalam tahun ini sahaja Presiden Obama dari Amerika dilihat telah sanggup dan sudi berkunjug ke Malaysia sebanyak ( 2 kali). Ini merupakan satu penghormatan yang tiada taranya pada Malaysia\ hanya negara yang kecil di dunia ini.

Perdana Menteri Jepun,Perdana Menteri India dan Cina telah datang ke Malaysia membuat lawatan rasmi dan secara terus terang telah mengakui krediable Datuak Sari Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia yang telah dapat melakarkan berbagai-bagai bentuk pembanguna di Malaysia.

Sekaligus telah berjaya memupuk semangat tali persahabatan dan persaudraan di kalngan pemimpin Asean dan juga pemimpin-pemimpin negara di dunia antarabangsa dengan dasar kesederhanaan "wasatihanya' itu.

Natijah? Malaysia kini dah pun jadi begitu terkenal di seluruh dunia terutama pada negara-negara yang telah jadi anggota-anggota Asean dan sekaligus pada negara-negara di dunia global ini yang telah menjadi anggota-anggota  (PBB) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang beribu pejabat, di New York,Amerika Syarikat yang mana kesemuanya berjumlah 195 negara dari segala ceruk rantau di dunia ini.

NAJIJAHNYA? Malaysia telah dipilih berada di dalam banyak aktiviti-aktiviti kebajikan badan-badan kebajikan dunia di (PBB) itu. Di zaman(di era) Mahathir mana ada Malaysia jadi begitu popular? Tang tu tang tu juga.

Lazimnya orang yang dah tua ini? Perangainya itu lebih teruk berbanding dengan golongan orang2 muda remaja? Kebanykannya kita lihat orang-orang yang dah lanjut dan begitu lanjut usianya itu?

Gambaar kiri: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kelihatan diapit oleh Timbalan Perdana Menteri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan mentri luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman. Semenatara kanan: Presiden Barak Obama dan  pegawai-pegawai  tuinggi Obama mengiringinya di pertemuan itu.
Kerenahnya macam kanak-budak yang baru berusia dua tiga tahun aje? Minta dibelai dan dipenuhi kemahuannya itu?  Biasanya kanaka-kanaka kecil ini perasaan egonya  didapati terlalau tebal.Jika kemahuannya tidak dilayan dan dipenuhi? Maka bewrontaklan dia.  

Justeru itu untuk apa dilayan kerenah budak-budak ini? Yang anihnya apa sahaja yang Mahathir songel-songelkan mutahkhir ini terhadap Najib dan para pemimpin Umno senior yang lain-laian itu?

Adalan isu-isu warisan tindakkan-tindakan yang telah beliau lakukan selama 22 tahun dulu untuk dijadikan strategi politik agar beliau kekal berkuasa selama 22 tahun lamanya?

Banyak kali Perhimpunan Agung Umno ( tahun pemilihan AJK pusat baru telah ditunda-tundakan tarikhnya oleh beliau?) Kenapa beliau tak sebut2? Dengan kata lain? Beliaulah guru besarnya  yang telah menwujudkan contoh tauladan yang buruk-buruk demi ingin terus berkuasa?

Jika Mahathir suka ongkit-ongkit kelemahan Najib dalam isu RM2.6 billiuon derma dari negara Srab itu? Dan kerugian 1 MDB itu/ Kenpa Mahatyir tak sebut ketika urusan nuga FOREEX bank negara telah mengalami kerugis RM30 billin dulu itu.Isu jual beli saham MAS?

Kenapa Mahthir dan Daim sebagai Menteri Kewangan didapati benarkan pihak Penerbangan MAS "green light" membeli saham jualan Tajuddin Ramli dengan harga RM8.00 seunit? Pada hal harga pasaran semasa saham MAS ketika itu di pasaran semasa hanya berharga RM 3.42 sen aje kalau tidak silap saya?
Bersabit dengan isu tersebut di atas itu? Kenapa Mahathir tak arahkan pada Setiausaha Agung Umno pada masa itu? Agar masukkan isu itu jadi sebagai agenda2 di dalam mesyuarat agung Umno itu?

Kenapa isu itu disapu ke bawah karpet Mahathir aje? Bukan setakat isu itu aje? Banyak lagi isu-isu yang boleh dilabelkan " salah guna kuasa" semasa Mahathir jadi PM Malaysia selama 22 tahun itu?

Seperti isu Perwaja,isu Bank Bumiputra dan berbagai-bagai lagi isu yang telah disongsankan  oleh kabinet Mahathir?

Anggota Umno se  Malaysia bukan tak tahu isu-isu itu? Tetapi sengaja tak mahu orbitkan secara tyerbuka suyoaya jadi perbincangan rakyat?Jika diheboh-hebohkan pun ? Semacam meludah ke langit aje? Umno juga yang dapat malu dan nama baik Umno tentu terjejas?

Tetapi bagi Mahathir isu Umno akan dapat malu dan prestasi Umno akan terjejas akibat songelannya yang negatif itu? Langsung beliau tak peduli.

Asalkan hatinya yang berkarat benci dan dendam pada Najib itu jadi puas dengan cara terus-menerus secara terang-terangan menghentam Najib dan musuh-musuh politiknya di dalam Umno yang tak mahu tunduk di bawah pengaruhnya itu?

Pihak yang terpaksa menerima akibat buruknya? Adalah parti Umno juga yang pasti tanggung beban beratnya.Tokoh politik macam ini? Apakah harus diberi tempat lagi di dalam parti Umno? 

Oh,tidak ! Seliseh malaikat 44 .Tobat dan perlu lakukan  tobat nasoha.Bukannya tobat biasa-biasa aje...( Posted  by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2.48pm on November 24,2015.

Yapeim hampir kenal pasti pembocor dokumen

AZRAN FITRI RAHIM:24 November 2015 1:12 AM 

KOTA BHARU 23 Nov. – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hampir mengenal pasti pihak yang telah membocorkan dokumen sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan dan fitnah disebabkan maklumat yang tidak lengkap.
ABIBULLAH SAMSUDIN
ABIBULLAH SAMSUDIN

Ketua Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut dilakukan oleh orang dalam yayasan itu sendiri di samping ‘unsur-unsur luar’.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.
“Kalau saya sebutkan (secara mendalam) akan mengganggu siasatan polis dan kita sedang buat siasatan dalaman dan sedang mencari punca daripada mana perkara ini berlaku.

“Ada sedikit keyakinan maklumat ini daripada dalam dan sedikit daripada unsur-unsur luar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup anjuran Majlis Profesional Kelantan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Prof. Datuk Mahamad Naser Dis.

Sebelum ini, sebuah pertubuhan propembangkang, National Oversight and Whistleblowers (NOW) membuat dakwaan berlaku penyelewengan dalam Yapeim dengan mendedahkan beberapa dokumen.
Ekoran daripada itu, pengurusan tertinggi yayasan tersebut telah membuat laporan polis dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut memfailkan saman terhadap Pengarah NOW, Akmal Nasir.

Sementara itu, Abibullah berkata, pihaknya yakin penarikan diri kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah untuk terus menyumbang melalui skim potongan gaji (SPG) hanya bersifat sementara.
“Sehingga kini terdapat lebih 500,000 penyumbang dana melalui SPG dan pemberhentian ini hanya melibatkan 0.001 peratus sahaja.

“Kita mempunyai nama alamat dan nombor telefon penyumbang, kita akan berikan penjelasan kepada mereka, pemberhentian ini hanya bersifat sementara sehingga mereka benar yakin dan akan teruskan sumbangan kepada Yapeim ,” katanya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada penyumbang yang berhenti dan terima kasih kepada mereka yang sudah meyakini Yapeim untuk uruskan dana sekecil-kecil RM1 sehingga RM500 pada setiap bulan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil beberapa pegawai yayasan itu untuk disiasat berhubung dakwaan tersebut.
“Saya tidak boleh ulas lanjut kerana masih dalam siasatan,” katanya.( utusan online).Posted  by  abnmulya // hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.00 am on November 24,2015

Sunday, November 22, 2015

JIKA Pentadbiran Parti DAP Itu Baik?Kenapa ADUN Dari PKR Norlela Ariffin Menangis Di Dalam Dewan Undangan Pulau Pinang?





Oleh haji abu bakar ninggal
ISNIN,November 23,2015 @ 5.39 pm..


PADA hari ini,tanggal 23/11/2015 pada jam 11.22 tengah hari melalui portal Malaysiakini,bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Umno/BN, En.Saifuddin Abdullah yang baru menyertai parti PKR ada membuat komennya yang berbunyi kononnya " Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum akan datang-dengan atau tanpa PAS-atas gelombang sentimen anti-Umno-BN," katanya. 

Seterusnya bekas Timbaln Pengajian Tinggin Saifuddin Abdullah itu yang kini dah menganggotai parti PKR berkata,sentimen asalkan bukan Umno (ABU) asalkan bukan Umno masih menjadi faktor dalam pilihan raya yang akan datang.

Menurutnya,didalam pilihan raya yang lepas kira2 separuh daripada pengundi mengundi pembangkang tidak semestinya mengundi pembankang tetapi mereka telah mengundi menolak Umno/BN. Katanya,

"Masih ingat ABU? Saya pun kenalah," sambungnya lagi.Ketika beliau merujuk atas kekalahan beliau di kerusi Parlimen Temerloh,pada PRU ke-13 bertarikh 05 hb.May2013 di tumbangkan oleh Nasruddin Hasan calon baru dari parti PAS.

Ketika itu parti PAS sedang berbulan madu dengan DAP di mana ketika itu parti PAS masih berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat..Kini dah berpecah belaha hancur berkecai.

Menurut Saifuddin Abdullah kononnya cogankata ABU yang telah dilolong-lolongkan ke sana ke mari oleh Pakatan Rakyat pada ketika itu yang mana kononnya membawa mesej ialah mana-mana parti lain,adalah lebih baik berbanding dengan Umno dalam mentadbir negara..

Menurut Saifuddin Abdulah hingga kini pun cogankata itu masih releven lagi pada parti-parti pembangkanag sebagai senjata hikmat untuk menentang Umno-BN pada pilihan raya umum yang akan datanag pada tahun 2018 nanti.

Semua orang Umno kini dah tahu dah... bahawa Saifuddin Abdullah hanya beberapa bulan yang lalu dah berada di dalam parti PKR.

Salah satu di antara parti di dalam gabungan parti-parti pembangkang dan boleh dikatakan pada masa ini,itulah satu-satunya parti politik yang jadi wadah bagi Saifuddin Abdullah untuk menentukan masa depannya di dalam arena politik tanah air..

Jadi,tidak hairanlah jika di dapatgi beliau harus mengagung-agungkan dan,menjilat parti-parti pembangkang di setiap komen-komen politiknya di  media sosial tempatan terutama yang pro-pembangkang dan sebagainya semata-mata demi untuk mendapat simpati dari pengundi-pengundi pada pilihan raya umun yang akan datang pada tahun 2018 nanti.

Kesalahan-kesalahaan beliau adalah disebabkan tidak pandai jaga hati dan perasaan pengundi-pengundi kawasan Parlimen Temerloh itu cara "elok-elok" langsung tidak mahu beliau sebut-psebut dan akui akui sebaliknya  menyalahkan pentadbiran kerajaan Umno/BN kononnya tidak baik?

Saifuddin Abdullah,kini dah  menyetai
parti PKR.
Jika beliau tak berusaha untuk jaga hati pengundi-pengundi kawasan Parlimen Temerloh itu sendiri secara elok-elok? Bagaimana beliau nak harapkan orang-orang Temerloh ( pengundi-pengundi) di Parlimen Temerloh itu akan jaga beliau elok-elok? Tak ada batas tak ad aubi.Tak ada budi ? TIba-tiba nak minta bakasa pula? Man aada jlana beb...?

Selaku anggota Umno di kawasan Parlimen Gombak.Saya sama sekali tidak dapat menerima segala dakwaan Saifuddin Abdullah itu dengan menuduh bahawa kekalahan beliau pada PRU ke-13 pada tanggal 05 hb.May 2013 itu?

Kononnya semata-mata bertitik tolok di segi pantabiran parti Umno/BN kononnya dilihat oleh beliau tak baik berbanding dengan parti pembangkang kononnya lebih baik. Yang musklilnya kenapa dakwaan itu dibuat olehnya setelah beliau menyertai parti PKR tidak semasa memegang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dulu? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kenapa beliau hanya berani dan tega membuat komen-komen politik setelah beliau dah berhijrah ke dalam parti PKR? Sifat yang begini munafik namanya. Habis madu sepahnya dibuang? tak mengenang budi parti Umno dan pucuk pimpinan Umno itu sendiri.

Bagi penulis ? Dakawan Saifuddin ini adalah karut karut marut aje...langusng tak boleh dijadikan panduan politik di masa hadapan bagi Umno/BN.dalam perjuangan Umno dalam perjalanan untuk menempuh pilihan raya umun ke-14 pada tahun 2018 itu nanti.

KESALAHAN yang paling hakiki kenapa Saifuddin Abdullah kecundang di kawasan Parlimen Temerloh,di tangan calon PAS itu?

AZdalah lebih tepat lagi adalah disebabkan kesalahan dan kealpaan beliau sendiri s
ebagai calon Umno  di kawasan Parl;imen Temerloh itu sendiri yang mahukan yang bulkat itu datang bergolek dan yang piupeh itu datang melayang.

Di era  20 dan 30 tahun dulu Umno boleh berfikrir demikian.Kini landskape politik Malaysia bermula pada tahun 2008 dah berubah dengan ligat sekali.SEmua parti tidak boleh hanya berangan-angan aje tanpa kerja kuat dan strategi politik yang baru?

Sebab-sebabnya adalah sepereti berikut di bawah ini:- 

Lim Guan Eng dari DAP Ketua
Menteri Pulau Pinang
(1).Beliau dilihat terlalu yakin selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kononnya atas angin aje belau pasti akan menang? Tak mahu membuat analisa perkembangan politik baru yang sedang melanda Malaysia mutahkir ini dengan adanya  portal media sosial yang berpengaruh menguli fikiran raskyata dan pengundi-pengundi.

(2).Beliaua adalah selaku pemimpin Umno yang senior,Tetapi di dalam banyak-banyak komen beliau dalam isu-isu politik semasa di bawah pimpinan Najib?

Beliaau dilihat sering kali ada membuat komen-komen politik semacam mirip-mirip menyebelahi konsep dan dasar-dasar perjuanganb parti-parti pembangkang.

Justeru banyak kalanagan ahlli-ahli Umno di akar umbi,di serta Malaysia termasuk banyak sekalai anggota Umno di Bajhagian dan di Cawangan-cawangan UmnO di Gombak itu sendiri telah meluat dan mual atas segala komen-komen politik beliau itu.

Jika di analisa secvara mendalam didapati ternyata sering menyebelahi politik parti-parti pembangkang.

Jadi tidak menghairankan bahawa komen-komen politik bel;iau itu sring men dapat liputan yang luasa dari portal-portal media sosial yang pro-pada parti pembangkang. yang engaja nak menjerat beliau agar sering bertentangan pendapat dan cara fikir berbanding dengan cara politik oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno.

Penulis sendiri banyak dihujani oleh komen-komen secara direct dari anggota Umno akar umbi di kawasan Parlimen Gombak. Komen-komen beliau itu b oleh dikatakan senada debngan gaya Mahathir ,Muhyiddin,Syafie Apdal telah hentam Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa sebab2 yang munasabah?

Akibatnya? Pengundi2 Melayu mungkin termasuk juga anggota Umno di Temerloh itu sendiri berfikir sama aje dengan fikiran oleh anggota-anggota Umno Gombak. Akhiurnya tidak mustahil anggoita-angota Umno kawasan Parlimen Temerloh itu sendiri buat  U turn.

Buat U turn telah membuang undinya kepada parti pembangkang kerana benar-benar mahukan Saifuddin Abdullah dipastikan kalah,di Temerloh,Pahang,pada PRU ke-13 pada 05 hb.May 2013 itu? Mahathir pernh kalah di Kedah akibat pengundi Umno golongan Mel;ayau buat U turn.

Dengan mengambil keputusan sedemikian rupa? Anggota Umno di Temerloh dilihat semacam dapat memberi pengajaran pada Saifuddin Abdullah,agar berpolitik jangan sebagai serampang dua mata dan sekaligus menutup rapat harapan beliau terus tidak lagi diangkat oleh "pucuk pimpinan Umno" memegang jawatan dalam kabinet Umno/BN akibat kalah di kerusi parlimen Temerloh?

Beliau diminta tunjuk sebab kenapa beliaua hadir di majlis Penubuhan Pakatan Harapan anjuran parti-parti pembangkang? Sedangkan beliau adalah anggota Umno terikat dengan disiplin parti Umno seharusnya tidak boleh menunjukan simpatinya pada parti-parti pemabngkang yang nak menumbangkan kerajaan Umno/BN.

Mungkin disebabakan beliau tidak dapat menymbahkan sebab-sebab yang munasabah kepada pejabat setiausaha agung Umno? Maka beliau memilih mengumumkan dirinya menyertai PKR yang jadi gabungan pakatan pembangkang.

Kita menghormati pilihan beliau itu.Tak siapa pun boleh tahan ke mana beliau nak pergi berhijrah?Tetapi setelah berhijrah? Janganlah menghentam Umno/BN secara merapu-prapu aje.Jangan cepat sangat lupa tempat di mana dia mencipta namanya? Tempat jatuh lagi dikenang orang?

KONONNYA PENTADBIRAN PARTI PEMBANGKANG LEBIH BAIK? 

YB Norlela Ariffin,ADUN  di kawasan DUN Penanti,di Pulau Pinang. Semoga tangisannya itu merupakan "satu doa" darinya agar cepat dikabulkan oleh Allah SWT.,
BERHUBUNG dengan "persepsi" Saifuddin Abdullah bahawa di segi pentadbiran negara kononnya Pakatan Pembangkang lebih baik mentadbir negara?

Dan itulah faktornya kenapa pengundi-pengundi di Termeloh itu memilih PAS berbanding dengan Umno? Jika itulah "persepsi" Saifudin Abdullah?

Pada Saifuddin Abdullah penulis dan orang2 Melayu nak tanya pada beliau tidakkah beliau lihat baru 3 hari yang lalu kenapa Wakil Rakyat dari parti (PKR) DUN Penanti YB.Norlela Ariffin didapati telah menangis terisak-idsak , tersedua-sedan di dalam mesyuarat Dewan Undangan Pulau Pinang? 

Menurut Norlela Ariffin kenapa beliau tidak dapat menahana sebak di dadanya itu? adalaah di sebabkan parti DAP yang menjadi parti tunjang dalam gabungan Pakatan Pembangkang, di Pulau Pinang telah MENGBAIAKAN kepentingan pembangunan rakyat di kawasan PENANTI.

Di mana Norlela Ariffin sebagai wakil rakyat dari PKR yang sah,pilihan rakyat Penanti itu juga berhak mendapat hak untuk manfaat rakyat Penanti itu?

Tidakkah Saifuddin Abdfullah bersediaa mengakuinya bahawa cara kerajaan Pulau Pinang,tunjangan parti DAPA itu pun merupakan pentadbiran yang tidak baik? Cakap tak serupa bikin.Janji-janji tak ditepati? Inikah yang dikatakan oleh Saifuddin Abdullah pentadbiran DAP baik dan adil?

Kenapa Saifuddin Abdullah tidak komen tentang pentadbiran yang bersifat "songsang" oleh kerajaan tunjangan paeti DAP di Pulau Pinang itu? Kenapa tutup mulut dan membisu?

Kuman di seberang laut Saifuddin Abdullah nampak? Sedangkan bangkai gajah di depan matanya beliau tak nampak?Kata dulang paku serpih? Kata orang tapi tak sedar awaklah yang lebih? Ha...Ha..ha..haa..aaa..!(Posted by abnmulya // hj.abu bakar ninggal.blogspot.at 1739 hrs on November 23 ,2015.

Tangisan Norlela peringatan untuk orang Melayu?

ZULKIFLEE BAKAR :22 November 2015 1:45 AM 

Norlela Ariffin

MUNGKIN buat pertama kalinya dalam sejarah sejak kerajaan negeri dikuasai oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP, ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menangis di sidang DUN.

Wakil rakyat itu menangis bukan kerana kehilangan jawatan tetapi kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mempedulikan masalah di kawasan diwakilinya. Itulah yang berlaku kepada ADUN Penanti Norlela Ariffin.
Apa yang menarik Norlela bukanlah ADUN Barisan Nasional (BN) tetapi daripada sekutu paling rapat DAP iaitu PKR. Tetapi ternyata beliau seolah-olah dilayan secara tidak adil apabila kerajaan DAP Pulau Pinang seperti mana didakwa oleh Norlela 'mengabaikan kawasannya’.
Bagaimanapun tangisan Norlela tidak harus dilihat sekadar seorang insan yang menjadi wakil rakyat, jauh daripada itu ia mewujudkan persoalan apakah begitu nasib orang Melayu jika pembangkang memerintah?
Semua orang akui dalam pakatan baharu yang ditubuhkan selepas perpecahan Pas, selain DAP terdapat dua lagi parti iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) tetapi apakah kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan untuk melawan kehendak politik DAP?

Sebab itulah apabila Norlela menangis tiada mana-mana kepemimpinan PKR di peringkat pusat yang bersuara mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius rintihan wakil rakyat tersebut.
Selama inipun semua orang tahu bagaimana hubungan PKR dan DAP. Kedua-dua menjalin hubungan cukup rapat sehingga meminggirkan Pas. Norlela tidak boleh mengharapkan sangat mana-mana pemimpin PKR bersama beliau dalam perjuangan membela nasib penduduk Penanti.
Oleh itu bagi mengelakkan sebarang tafsiran tidak baik adalah wajar jika kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil tindakan segera mengatasi masalah yang diketengahkan oleh Norlela. Mungkin mereka tidak berpuas hati dengan tangisan beliau tetapi nasib penduduk Penanti perlu dibela.
Jangan sampai wujud pelbagai andaian tidak enak kepada kerajaan negeri khususnya melibatkan kawasan yang penduduknya majoriti terdiri daripada orang Melayu. Kerajaan negeri sudah pasti tidak mahu keadaan itu berlaku kerana mereka memerintah bukannya hasil undi satu kaum sahaja tetapi semua kaum di Pulau Pinang termasuklah orang Melayu di Penanti.
Kepada pemimpin-pemimpin PKR pula, mereka sepatutnya tidak membiarkan Norlela keseorangan. Ini memandangkan jika tiada tindakan bagi mendesak kerajaan negeri menangani permasalahan yang berlaku, mereka tidak boleh marah kalau ada tafsiran bahawa tangisan Norlela peringatan untuk orang Melayu.( utusan online-).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.26 noon on November 23,2015.

Wujud desakan Muhyiddin letak jawatan

23 November 2015 1:41 AM 

PULAU PINANG 22 Nov. – Perhimpunan Agung UMNO bulan depan dijangka berjalan lancar meskipun wujud kemungkinan terdapat desakan supaya Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.
Muhyiddin Yassin

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, desakan berkenaan tidak mustahil akan disuarakan oleh ahli parti berikutan tindakan Muhyiddin kebelakangan ini.

Katanya, keadaan itu dijangka kerana Ahli Parlimen Pagoh itu telah melanggar etika parti serta memberi gambaran beliau sudah tidak membantu pimpinan parti yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Perhimpunan akan berlangsung mengikut peraturan sedia ada namun apabila bercakap soal Muhyiddin, mungkin akan wujud desakan beliau melepaskan jawatan kerana kebelakangan ini beliau berterusan mengkritik parti dan kerajaan,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika di Kompleks Tabung Haji di sini hari ini.

Sebelum ini, timbul spekulasi mengatakan Muhyiddin dan seorang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal akan dikenakan tindakan termasuk dipecat atau digantung daripada parti pada mesyuarat MT Selasa ini namun dinafikan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, tindakan Muhyiddin 'menyertai' bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad 'menyerang' kerajaan juga mungkin menjadi punca wujud desakan supaya beliau melepaskan jawatan.

“Kita tidak mahu ada 'duri dalam daging' ketika proses mengukuhkan UMNO sedang berlangsung. Penyatuan dalam kalangan ahli amat mustahak ketika ini,” katanya.( Utusan online).Posted by abnm ulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.10 noon on November 2,2015.

Chong Wei hampiri gelaran kelima

22 November 2015 12:14 AM 

Lee Chong Wei akan bertemu Tian Houwei dalam perlawanan akhir Terbuka Hong Kong hari ini dalam usahanya memburu gelaran kelima tahun ini. 


KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menghampiri gelaran kelimanya musim ini apabila berjaya melangkah ke final Siri Super Terbuka Hong Kong selepas menyingkirkan wakil tuan rumah Angus Ng semalam.

Chong Wei, yang merupakan juara Terbuka Hong 2013, 2010 dan 2009 bermula agak perlahan pada set pertama dengan ketinggalan 0-6 tetapi bangkit untuk menyamakan kedudukan 10-10 sebelum mencipta kemenangan 21-19.
Ketika set pertama menuju peng­hujung Chong Wei, yang dilihat berasa kurang selesa dengan tangan kanannya, meminta rehat untuk mendapatkan rawatan.
Pemain berusia 33 tahun itu bagaimanapun kembali lebih gagah untuk menguasai sepenuhnya baki permainan set pertama, dan meneruskan momentum itu pada set berikutnya dengan melakukan serangan-serangan bertenaga untuk menamatkan persaingan 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung selama 46 minit.
Tian Houwei menjadi halangan terakhirnya dalam percubaan untuk merangkul gelaran Siri Super ketiganya tahun ini selepas pemain China itu turut mara ke final selepas menyingkirkan pemain muda Indonesia, Anthony Ginting 18-21, 21-11, 21-6.
Perlawanan akhir kejohanan bernilai AS$350,000 (RM1.51 juta) itu merupakan pertembungan kali kedua di antara Chong Wei dan Tian Houwei. Pertemuan mereka sebelum ini dalam Siri Super Premier Terbuka Australia 2013 menjadi milik jaguh negara.
Jurulatih perseorangan negara Tey Seu Bock memberitahu, bekas pemain No. 1 dunia itu tidak mengalami kecederaan serius walaupun tangannya melecet ketika bertahan daripada serangan Angus.
“Tiada sebarang kecederaan serius, cuma berdarah sedikit selepas menyambut serangan lawan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.
Mengulas mengenai perlawanan akhir hari ini, Seu Bock mengingatkan pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik itu agar lebih berhati-hati meskipun dia dilihat berpeluang cerah untuk merangkul kejuaraan.
Katanya, berdepan tentangan pemain muda bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana mereka memiliki semangat luar biasa terutama ketika berdepan perlawanan besar seperti itu.
Dia memberitahu, Chong Wei perlu kekal fokus terhadap permainan dan jangan berputus asa.
“Macam perlawanan hari ini (semalam) dan esok (hari ini), mereka adalah pemain muda, jadi Chong Wei kena berhati-hati sebab sema­ngat pemain muda seperti mereka memang luar biasa,” katanya.( Utusan online-).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2152 hrs on November 22,2015.

Chong Wei juara Terbuka Hongkong

22 November 2015 5:31 PM 

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan kelimanya tahun ini selepas muncul juara badminton Siri Super Terbuka Hong Kong dengan menumpaskan pemain muda China, Tian Houwei 21-16, 21-16 dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.
Datuk Lee Chong Wei

Ini adalah kejuaraan keempat Chong Wei di Hong Kong selepas turut muncul juara pada 2013, 2010 dan 2009.
Kemenangan terbaharu ini hampir pasti bakal melonjakkan lagi ranking jaguh perseorangan negara itu daripada kedudukan keenam dunia ketika ini, menjelang penutup musim 2015.
Chong Wei, 33, akan beraksi dalam satu lagi kejohanan iaitu Grand Prix Emas Terbuka Macau pada 24-29 November ini, sebelum kembali ke tanah air bersama jurulatihnya, Tey Seu Bock.
Empat lagi kejuaraan yang diraih bekas pemain No. 1 dunia itu tahun ini adalah Terbuka Amerika Syarikat, Terbuka Kanada, Terbuka Perancis dan Terbuka China. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal blogspot.com at 1938 hrs on November 22,2015.