Sunday, December 27, 2015

Tidak mustahil Azmin bentuk kerajaan negeri dengan PAS dan Umno,kata Utusan

Published: 27 December 2015 10:12 AM 

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mustahil akan bertindak mengkhianati partinya sendiri dan membentuk kerajaan negeri bersama PAS, dakwa Mingguan Malaysia hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mustahil akan bertindak mengkhianati partinya sendiri dan membentuk kerajaan negeri bersama PAS dan Umno, dakwa Mingguan Malaysia hari in

 Pengarang kanan akhbar milik Umno itu, Zulkefli Hamzah berkata timbalan presiden PKR itu kini memegang kuasa besar, malah lebih daripada presiden parti sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, buktinya dalam konteks Selangor, meskipun hubungan Pakatan Rakyat sudah berakhir, namun Azmin masih mengekalkan hubungan kerjasama ketiga-tiga parti itu dalam tampuk pentadbiran kerajaan negeri.

"DAP, apatah lagi PKR dan Dr Wan Azizah, sebenarnya tidak berani untuk terus menekan Azmin. 

"Timbalan presiden PKR yang dikelompokkan dalam satu kem lain dalam parti milik Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memegang kuasa.

"Kuasa itu lebih besar daripada presiden PKR mahupun penasihatnya yang kini bermastautin di Sungai Buloh," kata pengarang itu merujuk Anwar yang kini di Penjara Sungai Buloh.

Zulkefli mendakwa, Azmin yang sememangnya licik bermain politik tidak mempunyai masalah menggugurkan DAP daripada kerajaan negeri. < Beliau juga boleh bertindak memusnahkan PKR dan memporak-perandakan Pakatan Harapan, katanya.

"Beliau ada pilihan untuk berpaling tadah dan membentuk kerajaan negeri bersama PAS dan Umno. Senjata itu ada pada Azmin.

 "Taraf hubungan gantung tak bertali salai tak berapi ini memang menguntungkan Azmin," kata Zulkefli dipetik menulis di akhbar Utusan Malaysia edisi mingguan itu.

Pengarang itu menjangkakan, pakatan pembangkang tidak mungkin akan memperoleh semuanya, sama ada bertanding di Sarawak atau kekal di Pulau Pinang dan Selangor.

"Dalam kedudukannya sekarang, ada yang perlu dilepaskan. "Sama ada melepaskan peluang di Sarawak, tetapi kekal di Pulau Pinang dan Selangor, atau terus mengekalkan entiti Pakatan Harapan dan PAS, tetapi melepaskan impian ke Putrajaya," katanya. – 27 Disember, 2015.( Dipetik dari portal The Malaysian Insider).Posted by abnmulya //haji abu bakar niggal.blogspot.com.at 12.44am on Disember 28,2015.

Saturday, December 26, 2015

Umno-Pas: Ketepikan ego,sejarah silam demi kekuatan umat Islam

27 Disember 2015 1:02 AM 

Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri) menyertai perarakan mengelilingi pekan Triang dalam Majlis Sambulan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Bera di Masjid Jamek, Triang, Pahang, semalam. Turut sama, Mohd. Fadil Osman (tiga dari kanan) dan Ashaari Abdul Rahman (dua dari kiri).


BERA 26 Dis. – Kerjasama antara UMNO dan Pas yang menggambarkan perpaduan umat Islam wajar segera dilakukan demi mengembalikan kekuatan umat Islam yang telah mula diperlekehkan oleh pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pihak sama ada UMNO atau Pas harus mengenepikan ego dan ‘sejarah silam’ sebaliknya memikirkan tentang perpaduan dalam kalangan umat Islam.

“Kita mengalu-alukan sebarang kerjasama antara UMNO dan Pas walaupun bukan kerjasama politik sekalipun kerana kerjasama itu penting bagi kita menunjukkan bahawa adanya perpaduan dalam kalangan umat Islam di negara kita.

“Kalau semua orang bercerita tentang sejarah silam dan mempertahankan ego dan sebagainya sampai bila-bila umat Islam tidak akan berpadu dan perpecahan ini tidak menguntungkan sesiapa pun (umat Islam).

“Jadi saya harap yang penting­nya demi untuk kekuatan Islam kita ketepikan segala ego dan sebagai­nya sebaliknya duduk semeja berbincang secara terperinci bagaimana untuk mengukuhkan perpaduan,” katanya dalam sidang akhbar sempena majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Bera di Masjid Jamek Triang dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd. Fadil Osman; Pegawai Daerah Bera, Datuk Rahizan Azharudin; Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintenden Mohd. Rosdi Daud dan Kadi Daerah Bera, Ashaari Abdul Rahman.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, perpecahan yang berlaku pada masa ini menyebabkan umat Islam semakin lemah dan tidak dihormati oleh orang lain.
Katanya, ini dapat dilihat apabila terdapat banyak pihak yang sudah berani mempersoalkan secara terbuka mengenai perkara dan per­aturan yang dibuat oleh umat Islam.

“Perpecahan ini tidak menguntungkan dan sebab itulah kita lihat hari ini sudah ramai mempertikaikan tentang agama kita malah sudah mula mencabar secara terbuka tentang apa yang kita hendak buat untuk orang Islam dan sebagainya,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, UMNO sentiasa terbuka dalam soal perpaduan umat Islam dan bersedia berbincang demi memastikan umat Islam akan terus gemilang dan dihormati.

Katanya, perbincangan secara teliti dan terperinci mengenai kerjasama kedua-dua parti itu boleh dilakukan asalkan kedua-dua pihak benar-benar ikhlas ke arah perpa­duan umat Islam.

Dalam pada itu, ditanya me­ngenai penerimaan parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA terhadap kerjasama itu, Ismail Sabri berkata, parti komponen terlibat tidak harus menentang perkara itu kerana ia melibatkan kepenti­ngan umat Islam.

Katanya, sejak dari dahulu lagi perlembagaan UMNO telah jelas menyatakan matlamat untuk memartabatkan Islam begitu juga Pas yang memberi keutamaan kepada agama Islam.

Malah katanya, isu hudud yang dibangkitkan sesetengah pihak juga tidak harus timbul kerana hukum Islam itu adalah untuk umat Islam sahaja dan pada masa ini pun telah wujud mahkamah syariah.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.28 noon on Disember 27,2015.

Apakah Umno Sahaja Yang Bersalah? Pas itu Maksum? Suci Bersih Dari Noda

Langsung Tak Ada Buat Salah Selama Ini? Mustahil Tak Di terima Dek Akal Yang Siuman?

Inilah gambar pertama secara rasmi rakyat Melayu  Malaysia beragama Islam dapat melihat dua tokoh besar dari dua parti besar berlainan idelogi politik? Dilihat berjaya dipertemuka dalam keadaan berpakaian baju kurong Melayu berwarna sedondong, pada satu majlis pertemuan majlis Mutalaqa,anjuran Alumni Azahr,disebuah hotel ternama, di Jalan Pahang, baru-baru ini.Tahniah diucapkan pada Alumni Azhar kerana dapat mempamirkan suasana keserasian dan kemeseraan antara dua pemimpin besar parti Melayu ini. Dua dari kanan Datk Seri Najib Tun Razak,Presiden  parti Umno.Dua dari kiri,Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden parti PAS.




Haji Abu Bakar Ninggal 
Sabtu,Disember 27,2015 @3.30 am. 

JIKA dilihat dari jawatan yang telah dipilih oleh Muktamar parti PAS pada June 2015 dulu itu,? Iskandar Abd.Samad ini adalah sebagai Naib Presiden PAS?

Sebelum itu Iskandar Abd.Samad telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS bagi negeri Selangor Darul Ehsan. Kini kerajaan negeri Selangor,kuasa politiknya dikuasai oleh parti-parti pembangkang yang terdiri di bawah kawalan Parti PKR/PAS/DAP..

Iskandar Abd.Samad,pada masa ini sedang memegang jawatan sebagai salah seorang Exco dari parti PAS, di Negeri Selangor D.Ehsan.. Dengan kata lain? Bahawa Iskandar Abd.Samad ini?

Bolehlah di anggap susuk pemimpin dari parti PAS yang penting bagi parti PAS di Selangor ini.Jika tidak berwibawa? Msakan? Para perwakilan Muktamar PAS Jun,2015 memilh beliau sebagai Naib Presiden PAS di antara  3 orang tokoh politik PAS di kerusi yang penting itu/

Walaupun kini Iskandar di dalam parti PAS telah dipilih oleh Muktamar PAS Jun,2015 sebagai Naib Presiden parti parti PAS. Pun begitu? Dari segi populariti dan kewibawaan berpolitik? Iskandar masih berada jauh  tinggal di belakang Ketua Pemuda PAS,Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dalam banyak segi.baik dari apa yang dicakap-cakapkapkannya da tindakkannya.
Datuk Dr.Haron Din, Mursyidul AM parti PAS langsungtak buat komen
 tentang lontaran politik Datuk Seri Najib berhubung dengan isu "Tali 
Silaturrahim" itu. Lazimnya,jika diam aje? Tanda setuju agaknya?
Nik Mohd Abduh Nik Aziz  dilihat rakyat begitu menonjol penampilannya di arena politik Nasional.Bukan disebabkan Nik Mohd Abdul itu anak Nik Aziz,bekas Menteri Besar Kelantan dan juga bekas Muryidul Am Pas.

Tetapa kerana ciri-ciri yang unik secara semula jadi dilihat begitu sarat membaluti batang tubuh Nikhd Abduh itu sendiri..Baik dari segi penampilan dan pembawaan politik Mohd Abduh itu..

Bukan dibuat-buat? .Itulah keistimewan yang semula jadi anugerah Allah SWT.,pada Nik Mohd Nik Abduh.Walaupun baru bertemu kali pertama? Kita dah mula jatuh kasih dan sayang padanya.

Perbandjngan ini dapat penulis lihat dengan berdasarkan "anliusa-analisa" pnulis berbanding dengan apa yang Iskandar cakap-cakapkan dan apa yang dia buat?

Terutama berdasarkan komen-komen politik oleh Iskandar mutahkir ini, di media sosial dan sebaganya,Pada kaca mata penulis.Beliau dilihat masih belum mencapai kewibawaan yang di perlukan parti PAS selaku Naib Presiden parti PAS.

Terutamanya dalam isupoliti yang berat-berat yang mna melibatkan lontaran politik Datuk Seri Najib secara terbuka yang mana ada mencadangkan "Tali Silaturrahim" dari Umno kepada PAS Secara jujur dan ikhlas.

Berani penulis sebutkan ditulisan ini,bahawa Iskandar masih banyak kelemahan-kelemahan untuk membawa parti PAS ke puncak kecermerlangan dalam kerja-kerjanya membantu Presiden dan Mursyidul Am PAS.
Datuk Dr.Mahfodz Mohamnad,Ketua
 Dewan Ulama parti pAS
Beliau harus belajar berubah bermain politik jika mahu jadi pemimpin politik Malaysia yang berjaya dan unggul.Mesti ada jati diri sendiri.

Janagan main ikut-ikutan sahaja apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang setaraf dengan jawatan yang beliau sandang itu?

Iskandar ini masih perlu belajar banyak lagi ilmu diplomasi, ilmu sains politik dan ilmu civik,terutama ketika mana beliau mahu membuat komen-komen politik yang besar isunya.

Iaitu tentang isu-isu besar berhubung dengan isu perpaduan umah Islam lontaran politik Datuk Seri Najib yng sibuk diperktakkan oleh umum.

Lontaran politik yang bijak dari seorang Presiden Umno itu? Sekaligus dari seorang Perdana Menteri Malaysia yang sedang berkuasa penuh di seluruh Malaysia ini atas tiket parti Umno..

Bukan datangnya dari seorang tokoh politik biasa yang bertaraf semacam politikus"kuching kurap"di jalanan.. Justeru itu,soal adakah PAS setuju atau tidak setuju dengan cadangan Datuk Seri Najib itu?

Tidak jadi apa masalah pun,Jika PAS merasa PAS masih gagah perkasa dan hebat pengaruh politiknya? Terserahlah pada parti PAS untuk mengambil keputusannya yang bijaksana.Kerana dalam semua bentuk pelaksanaan tanggung jawab? Islam memandangnya sebagai ibadah.

Ustaz  Ibrahim Tuan Man,Timbalan
Presiden parti PAS
Ibadah itu mempunyai persepsi yang global berdasrkan bentuk amalan  yang ditafsirkan sebagai petunjuk benar berdasarkan sesuatu disiplin dan secara langsung merupkan landasan kesempurnaan hidup..

Manusia memagnya mempunyai falasafah hidup yang berbeza-beza. Ada orang boleh menerima kritik orang lain dan ada juga yang tidak boleh menerima  mengikut prinsipnya.

Menjadi pemimpin wajar memahami tugas dan tanggung jawab mengenai pelaksanaannya.

Kita jadi pemipin kerana ada orang bawahan yang kita pimpin.Tanpa mereka kita tidak digelar sebagai pemimpin.Keadaan ini lebih berat lagi jikalau kita dipilih sebagai pemimpin,seperti mana pemimpin politik.

Pemimpin itu akan berakhir apabila rakyat atau orang yang memilihnya tidak lagi memilihnya sebagai pemimpin mereka.

Imam Ghazali berkata kepada orang-orangnya apabila ia dipilih sebagai pemimpin mereka."Kamu telah memilih aku sebagai pemimpin kamu,kalau aku buat salah tegur aku tetapi jikalau saya berbuat baik sokong aku."

Inilah ciri-ciri kepimpinan yang lieral dan demokratik

Tukiyudin Hasan,Setiausaha
Agong parti PAS.
Umno  faham. Jika bertepuk sebelah tangan? Tentu tidak akan ada apa-apa bunyi yang akan didengar?

Apa yang penting bahawa lontaran politik secara terbuka dari Datuk Seri Najib itu Jangan salah ditafsirkan oleh tokoh-tokh politik PAS.Ia harus ditangani dengan cara penuh sopan santun dan berhemah tinggi.

Jangan ada golongan dari PAS mengambil kesimpulan bahawa Umno konon dan lemah,berada di dalam ketakutan dan sebagainya.

Justseru itu kononnya meminta bantuan " talihayat" dari parti PAS? Tokoh-tokoh politik PAS yang tidak begitu teruja dengan cadangan isu "perpaduan umah" lontaran politik Datuk Seri Najib itu harus sedar/? Ada masanya nanti? PAS akan sangat memerlukan pertolongan dari PAS dari segi pilitik.

Di Parlimen Malaysia,sebelum parti PAS berpecah-belah dengan tokoh-tokoh politik serpihan PAS yang kini dah berada di dalam parti AMANAH pimpinan Mat Sabu. Kerusi-kerusi PAS di Parlimen semuanya berjumlah 21 kerusi.Kini tinggal hanya 14 kerusi aje.Dah kurang 7 kerusi kerana MP-MP itu dah berada di dalam parti baru yang bernama AMANAH.

Apakah tokoh-tokoh tertinggi PAS terutama Timbaln Presiden PAS,Setiausaha Agongnya dan dua Naib Presidennya (Ustaz Idris Ahmad dan Iskandar Abd.Samad)sedar juga?

Ataupun sengaja tak mahu hukum hudud diluluskan didalam Parlimen dan kemudianya dikuat-kuasakan di Kelantan?
Dengan kerusi parlimen sebanyak 14 kerusi itu? Mampukah PAS dapat meluluskan usul persendirian undanag-undanag pindaan syariah bersangkut-paut dengan hukum hudud di Kelanatan?

Ustaz Idris Ahmad,Naib
Presiden  parti PAS
Keikhlasan  Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib telah terbukti dan telah ditunjukkan pendiriannya di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan,di mana semua ADUN- Umno di negeri Kelantan telah menyokong usul itu sebulat suara di dalam DUN Kelantan.

Begitu juga bila negeri Kerlantan telah mengalami musibah banjir yang besar pada tahun lalu? Betapa besar pengorbanan yang telah dilakunkan  oleh keraajaan pusat Umno di bawah pimpinan DtukSeri Najib Tun Razak?

Sokongan itu atas rasa tanggung jawab bahawa  isu"perpaduan umah"yang beragama Islam ,sebangsa idan seagama ini mengatasi perbezaan politik masing-masing?

Nawaitu Datuk Seri Najib ada tulus dan ikhlas mahu membawa  Umno dengaan PAS seiring bahu mengwujudkan perpaduan umah Islam seperti mana yang telah dilakukan oleh bapanya Tun Razak Husin,Perdana Menteri Malaysia yang ke-2..Justeru PAS harus mengalu-alukan inisiatif itu.

Bukan untuk diperlekehkan dengan menggunakan isu-isu lampau? Seperti mana ada tersiar di dalam portal Malaysiakini , siaranya pada tanggal 24/12/2015 pada jam 10.28 malam yang mana ada bersangkut paut dengan kenyataan politik Iskandar Abd.Samad,Naib Presiden PAS. 

Datuk Nik Amar Nik
Abdullah Naib Presiden
parti PAS
,
Apakah  komen-komen itu berdasarkan "Inisiatif" Iskandar Abd. Samad sendiri atau pun sebaliknya?

Iskandsar Abd.Samad dilihat semacam tidak begitu teruja dengan lontaran politik itu? Itu tak apa? Tetapi sedihnya,Iskandar Abd.Samad, didapati tak ada pendirian sendiri.

Beliau dilihat semacam terikut-ikut dengan nada dan cara politik yang telah dibuat oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,Timbalan Presiden PAS. Takiyuddin Hassan,Setiausaha Agong PAS.Ustaz Idris Ahmad,Naib Presiden PAS.

Ke empat-empat tokoh ini masing-masing kini sedang memegang jawatan yang tinggi di dalam PAS. Tukiyuddin sebagai Setisusaha Agong PAS.Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,Timbalan Presiden PAS.Ustaz Idris Ahmad,Naib Presiden Pas,dan Iskandar Abd.Samad pun Naib Presiden Pas juga.

Lazimnya di arena politik ini? Segala bentuk komen-komen politik dari tokoh-tokoh politik Pas yang ber-empat ini?

Iskandar Abd.Samad, Naib Presiden
parti PAS
Secara langsung boleh di katakan sangat menarik perhatian rakyat amnya dan sekaligus oleh pengulas-pengulas politik dan pemerhati-pemerhati politik tanah air di dalam dan juga di luar negara.

Mereka ini pula kini datangnya adalah dari kalangan Profesor-Profesor di Universiti-unversiti tempatan yang terkenal dan mereka ini golongan bijak-bistar belaka.

Kerana parti PAS ini,adalah parti kedua terbesar di dalam Malaysia ini yang berada terus menerus di belakang parti Umno sejak ditubuhkan hingga kini.

Jika komen-komen politik dari 4 tokh besar parti pAS ini sifatnya  negatifd dan merapu-rapu atau pun songsang? Yang menerima aib dan malunya bukan rakyat,bukan Umno?

Yang dapat malu dan aib ialah pada 4 orang tokoh politik besar itu yang mana dilihat sering membuat komen-komen politik yang pedss dan tidak wajar.Jawatan di dalam parti tinggi tempatnya? Malangnya buah fikran dan analisanya tak setaraf dengan kerusi yag depa duduki?

Jadi, komen-komen politik yang hendak dibuat oleh tokoh-tokh PAS itu khasnya dari tokoh-tokoh PAS yang empat ini?Mestilah bersifat bermutu dan ilmiah? Bukan boleh buat komen seberono aje kualitinya? Sesuai dengan jawatan tinggi yangsedang di pegangnya di dalam parti PAS itu sendiri.

Maka segala komn-komen politik dari empat orang tokoh PAS ini?Pasti akan di analisa oleh para pemerhati politik yang bijak pandai oleh golongan Profesor-profesor dari unversiti-universiti tersohor di Malaysai ini?

Seperti mana macam pengamaat  dan pengulas politik menanti-nanti komen-komen politik  yang akan dibuat oleh Presdien PAS,Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden parti PAS dan juga komen-komen politik dari Mursyidul Am PAS Dtuk Dr.Haron Din dan juga Ketua Dewn Ulama Datuk Dr.Mahfodz Muhamad..

Mohd Abduh Nik Aziz,Ketua Pemuda
parti PAS.
Ulasan  Datuk Dr.Haron Din,Mursyidul Am Pas.dan ulasan-ulasan dari Ketua Dewan Ulama PAS dari Datuk Dr.Mahfodz itu sendiri.Kadang-kadanag dilihat ulasan itu bertentangan? Tetapi rakyat tak marah?Kerana ulasan yang mereka buat itu penuh sopan santun dan berhemah.

Takiyudin Hasan,dilihat ada mengatakan bahawa PAS bersedia memaafkan kesalahn-kesalahan Umno yang telah Umno lakukan di masa-masa yang lampau melalui portal media masa Malayhsiakini juga.?

Pada 4 hari yang lalu iaitu,pada tanggal 24/12/2015,pada jam 10.28 pm melalui portal media sosial tempatan  yang pro-pembangkanag dilihat ada menyiarkan komen politik yang dibuat oleh Naib Presiden Pas dan merangkap sebagai Pesuruhjaya Pas negeri Selangor,Sdr Iskandar Abd,.Samad. Komen itu juga melalui di portal media sosial Malaysiakini..

Portal media sosial ini memang terkenal portal yang pro-pembangkanag yang dilihat memang suka memanipulasi isu-isu politik semasa. Gayanya untuk mengadu dombakan antara pempimin dengan pemimpin di sesebuh parti politik itu.

Sekaligus mengadu domba anatara pemimpin Umno dengan pemim pin parti PAS. Terutama oleh tokoh-tokoh politik yang berpolitik separuh masak yang tak pernah menginsafi apakah resikoanya?

Jika kenyataan-kenyataan politik mereka yang merapau-rapu itu telah disiarkan oleh portal-portal media sosial yang pro-pembangkang  yang mana isi kandongan komen-komen yang merapu-rapu,Tak ada nilai ulasan politik yang membina tetapi telah dibaca oleh umum secara terbuka begitu?
Effectnya (kesannya) bukan pembaca yang malu atau parti Umno yang dapat malu dan aibnya/? Sebaliknya  PAS juga yang  menerima akibat politiknya meng-high-laight-kan isu yang remeh temeh belaka,seperti isu maaf memaaf,isu royaliti minyak,isu memali.isu Isa,isu kezaliman.

Lain isu yang dicadangkan oleh Najib. Maka  isu lain pula ditimbulkan secara merapu-rapu belaka.

Komen Iskandar Abdul Samad itu telah dibuat tajuk oleh Malaysiakini seperti berikut: "Pemimpin tiada berhak maafkan Umno," adalah merupakan komen-komen politik yang tidak sihat ? Boleh mengwujudkan iklim permusuhan antara UMNO dengan PAS yang kini sedanag berdailog tentang isu "perpauan Umah Islam"..

Di bawah ini ada penulis turunkan senarai komen-komen Iskandsar Abd.Samad sepenuhnya yang telah disiarkan oleh portal Malaysiakini, pada tanggal (24/12.2015),pada jam 1O.28 pm.

Untuk tatapan Haji Hadi Awang, Presiden PAS, dan Mursyidul Am PAS,Datuk Dr.Haron Din dan Datuk Dr.Mahfoz,Ketua Dewan Ulama PAS jika belum lagi membaca komen-komen Iskanadaer Abd.Samad itu.
Gambar di atas itu mempamirkan  ciri-ciri keserasian dan kemesraan antara Datuk Seri Najib dengan Datuk Seri Abdul  Hadi Awang telah wujud di antara mereka berdua yang berlaianan parti dan berlainan idelogi.Semuga  "Tali Sillaturrahim" dari Umno dengan Pas yang dilontarkan oleh Datuk Seri Najib itu jadi kenyataaan yang hakiki?
Seterusnya diikuti dengan ungappan Iskandar Abd.Samad,kenyataan politik dari Naib Presiden Pas, Iskandar Abd.Samad, sekali lagi membangkitkan persoalan tentang kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan oleh Umno sebelum ini.

Persoalan itu timbul ekoran cakap-cakap yang mangatakan parti Islam itu akan mejalinkan kerja sama dengan Umno. Menurut Malaysiakini,Iskandar Abd.Samad berkata,kesalahan yang pernah dilakukan oleh Umno,sebelum ini ?

Tidak boleh dimaafkan oleh mana-,mana pemimpin. Katanya,kesalahan tersebut hanya boleh dimaafkan oleh pihak yang di dakwanya pernah ditindas oleh parti pemerintah itu.

"Mungkin juga keluarga-keluarga mereka,jika mereka tiada lagi di dunia ini. Siapakah mereka ? Ramai sekali," kata Iskandar dalam satu kenyataan ADUN Cempaka itu turut menyebut beberapa mangsa yang didakwa ditindas oleh Umno,antaranya bekas tahanan ISA

Mangsa peristiwa Memali. Seluruh rakyat Kelanatan dan Trengganu yang tidak dapat royalti petrelum dan pejabat awam
yang dipindahkan kerana manyokong pembangkang.

KOMEN PENULIS SELAKAU AHLI BIASA UMNO

Bagi penulis.Kenyataan Iskandar seperti tersebut di atas itu sangat didukacitakan? Nadanya sangat kasar Beliau sepatutnya tidak boleh mengeluarkan kenyataan politik demikian rupa.

Didapati begitu keras dan begitu kasar bahasanya.Isu yang di tawarkan  ialah isu hulur tangan "talisilaturrahim"? Kenapa Iskandar merapau-rappu dengan isu lapok-lapok itu.Kenapakah taraf politik macam in?

Baliau semacam tidak mahu menjiaga kedudukanya sebagai Naib Presiden parti PAS yang elah di amanahkan oleh para Perwakilan Muktamar Pas yang telah memilih beliau sebagai Naib Presiden Pas,pada Muktamar PAS pada bulan Jun 2015 dulu itu.

Prestasi politiknya harus dijaga`diberbagai bidang.Selaku Naib Presiden parti PAS beliau seharusnya perlu menjaga segala tngkah lakunya? Malah beliau juga harus menjaga segala cakap-cakap dan komen-komen politiknya.

Sebab pulut santan binasa.Sebab mulut itu badan binasa. Lihatlah kerana Muhjyiddin Yassin tak bijak jaga mulutlah? Najib gugurkan dari kabinetnya. Berkecimpung di dunia politik?

Kadang-kadang memang cepat, kadang-kadang cepat juga jatuh dan rebahnya ke bumi? Macxam Khir Toyo.
Gambar yang ke-dua yang mempamirkan ciri-ciri keserasian dan kemesraan antara Datuk Seri Najib Presiden Umno dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden parti PAS.Rakyat Melayu yang beragama Islam di Malaysia ini? Semacm terhutang budi dan jasa yang sanagt besar ertinya? Jika "perpaduan umat Islam" antara parti Umno dengan parti PAS akan wujud hasil usaha politik oleh dua tokoh besar Melayu yang hebat ini.
Kerana itu adalah merupakan ciri-ciri kepimpinan yang merangkumi prestasi politiknya sesuai dengan jawatan yang sedang dipegangnya itu? Jawatan yang ketiga tingginya di dalam parti PAS.

Sedangkan sehari selepas Najib menghulurkan tanagan "tali silaturrahim" pada parti PAS. Datuk Seri Abdulk Hadi Awang ,selaku Presdien PAS telah pun memberi "Amaran" bahawa tidak membenarkan tokoh-tokoh politik PAS di bawahnya membuat komen berhubung dengan cadangan Najib itu.

Sudah pasti tokoh-tokoh yang di maksudkan oleh Hadi Awang itu?Bererti,bermula dari jawatan Timbalan Presiden hingga ke bawah sekali semacam tidak dibenarkan membuat kenyataan dan komen-komen politik di media masa berhubung dengan lontaran politik berhubung dengan isu( perpaduan Umah Islam) antara Umno dengan PAS.

Isu itu telah disebut dan telah dilontarkan oleh Datuk Seri Najib secara terbuka pada tanggal 13.12.2015 semasa beliau memberi ucapan dasarnya di Perhimpunan Agong Umno ke-69,di Bangunaan PWTC,Kuala Lumpur...

Sedih dan malangnya, apa yang diduga-duga oleh Tuan Guru Abdul Hadi itu telah terjadi.Bahawa tokoh-tokoh politik PAS bawahannya telah membuat komen-komen politik yang merapu-merapu aje. sifatnya tanpa pengetahuan Taun Guru.

Ternyata,bahawa amaran Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu? 

Langsung tak dihairau dan di pedulikan oleh Timbaln Presiden PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man. Setiausaha agong Pas. Tukiyudin Hasan, Naib Presiden PAS,Idris Ahmad,dan Iskandar Abd.Samad,Naib Presiden Pas,merangkap pesuruhjaya PAS negeri Selangor.

APA dah jadi dengan parti PAS ini? Di mana perginya "disiplin parti"parti PAS itu? Amaran Presiden Pas  itu sendiri didapati tetap tinggal sebagai amaran aje,

Langsung tidk dihormati dan tidak dipatuhi? Macam mencurah air di atas daun keladi. Dlihat semacam sengaja diletakkan oleh pemimpin PAS bawahannya di bawah tapak kaki mereka itu.Bukan di otaknya?

Presdien dan Mursyidul Am Pas .Ketua Dewan Ualam Parti PAS dilihat macam tak berfungsi lagi? Langsung tak tahu siapakah "juru bicara" parti PAS itu sendiri? Semua tokoh politik bawahan pun dilihat berebut-rebut hendak membuat kenyataan politik dengan cara sebebas-bebasnya? Mereka dilihhat sesuka hati nak cakap apa aje yang mereka suka?

Tak kira cakap-cakap mereka itu releven atau tidak? Mereka diliht hentam keromo aja? Sistem Islam yang jadi teras perjuangan politik PAS? Ternyata dibuat oleh mereka sebagai gurau senda aje? Kini dah jadi caca marba.

Sisten Islam mahukan agar pemipin-pemimpin bawahan mesti hormat dan patuh arahan Presidennya dan sekaligus presidennya harus dihormati. Ternyata tidak diguna pakai lagi?. Corak pimpinan cara ini ke yang PAS nak tegak dan baggakan? Sistem yang beresifat song jadinya?(Posted by abnmulya //haji bakar ninggal.blogspot.com.at 3.30 am on Disember 27,2015.

Thursday, December 24, 2015

Jangan LIhat sejarah lampau,landskap politk sudah berubah.

24 Disember 2015 1:52 AM

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Pertembungan politik antara UMNO dan Pas tidak wajar dilihat dari sudut era 1970-an atau 1980-an kerana landskap politik negara masa kini telah banyak berubah.
Prof.Datuk Dr.Mohamed Mustafa,Ketua Kluster Politik
,Kerselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa,Majlis
Profersor Negara (MPN).
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, peluang dan ruang perlu diberikan kepada kerjasama antara UMNO dengan Pas meskipun perkara berkenaan tidak membawa kepada penggabungan kedua-dua parti Melayu dan Islam itu.
“Ramai kalangan pemerhati politik yang melihat hubungan UMNO dengan Pas berdasarkan perbalahan daripada sejarah lampau, ini satu kesilapan besar, landskap politik sekarang sudah berubah dan cara kita mengamatinya juga harus berbeza.,
“Semua pihak perlu memberi peluang dan ruang agar kerjasama terbentuk secara semula jadi, apa yang penting adalah keberuntu­ngan politik Melayu serta Islam dan kerjasama tersebut mungkin akan mendahului persaingan kedua-dua parti itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama antara Pas dengan UMNO dalam perkara berkaitan kepentingan agama dan rakyat akan membuka dimensi baharu landskap politik negara pada masa depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru menghulurkan salam perpaduan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015.
Dalam pada itu, Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, kerjasama berkenaan dapat me­ngurangkan persepsi perbalahan kedua-dua parti itu namun banyak pihak sebenarnya berharap kerjasama tersebut dapat diterjemahkan dalam bentuk politik.
“Kerjasama bukan politik memang boleh direalisasikan, kalau dilihat semasa bencana banjir besar di Kelantan tahun lalu, memang kita sudah nampak kerjasama ke­dua-dua parti itu untuk kepenti­ngan rakyat.
“Bagaimanapun, harapan ramai pihak adalah untuk melihat kerjasama tersebut dapat diterjemahkan dalam bentuk politik agar manfaatnya bukan hanya untuk UMNO dan Pas tetapi juga seluruh rakyat Malaysia termasuk masyarakat Melayu dan Islam,” katanya.
Ujarnya lagi, UMNO dengan Pas tidak semestinya bersatu, namun beliau berpendapat perlu ada persefahaman untuk kedua-dua parti berkenaan bagi menghadapi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.( utusan online-) posted bya ab nmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2353 hrs on Disember 24,2015.

Zaman Ahmad Fuad Dan Zaman Asri Muda...Adalah Zaman Lampau..Dah Lama Dah Berlalu..

IKLIM POLITIK SEMASA PUN DAH BANYAK BERUBAH-UBAH WAHAI USTAZ .IDRIS AHMAD

Datuk Seri Tun Razak, Presiden Umno menghulurkan salam Sillaturrahim  kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Presiden PAS dalam majlis anjuran Alumni Azhar baru-bartu ini, di sebuah hotel terkemuka, di Jalan Pahang,Kuala Lumpur.Semuga salam silaturrahim yang berlaku di majlis itu akan benar-benar wujud perpaduan politik antara Umno dan PAS. Marilah sama-sama kita berdoa.




Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Khamis,Disember 24,2015 @8,45pm.

Ketika nak bercakap? Selaku umat Islam? Kita telah diajar oleh agama kita agar jangan bercakap mengikuti hawa nafsu.Hendaklah dengan lemah lembut? Ketika bercakap tentang politik hendaklah kita dilihat bercakap semacam orang-orang yang Arifbillah.

Janganlah bercakap-cakap merapu-rapu tanpa pandang-pandang kiri,pandang kanan, pandang atas dan panang di bawah.? Kerana pulut itu santan binasa? Kerana mulut itu maka badan pula akan binasa?

Seelok-eloknya ketika berckap itu?Jangan jadi semacam orang-orang yang dah ketingalan zaman dan telah ketinggal kenderaan di zaman LRT ini dan sebagainya. Cara itu dah tak laku lagi di zaman ini?

Ustaz Idris Ahmad harus banyak belajar agar banyak berdiplomasi terutamanya ketika hendak membuat kenyataan politik di Media sosial dan sebagainya untuk bacaan umum.

Ustaz Idris Ahmad harus banyak  berhemah,harus bersopan santun dalam sebarang kenyataan,tidak boleh emosi ketika membuat kenyataan politik.Baik ditujukan kepada anggota Pas itu sendiri atau pun kepada musuh-musuh politik parti PAS. Kita dituntu agar hormat  menghormati antara sesama insan.
Datuk Dr.Haron Din,Mursyidul Am PAS.

Kerana bersopan santun itu memang firman  Allah SWT dan ajaran sunnah Nabi kita Mohamad SAW.

Penulis rasa,ustaz Idris Ahamad sangat faham dengan perintah Tuhan dan ajaran sunnah Nabi kita SAW. Tak perlu di ajar lagi? Tetapi perlu ditegur jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan?.

Pada hemat penulis.komen politik oleh Ustaz Idris Ahmad terhadap cakap-cakap perpaduan umah, antara Umno dan Pas harus bersatu setelah DAP ketepikan PAS dari Pakatan Rakyat sebelum muktamar PAS pada bulan Jun 2015 itu?

Kena pada masanya dan memang sesuai dikatakan sekarang ini dan segla pendapat dan ulasa ahli-ahli fikir negara Malaysia ini harus diteliti dan dibincangkan secara senyap-senyap oleh para pemimpin tertinggi PAS hari ini juga demi survival parti PAS dan kehormatannya?

Dari segi politiknya? Bahawa cakap-cakap oleh banyak pihak yang mana turut mengalu-alukan perpaduan umah yang telah dihulurkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada parti PAS itu? Adalah sangat baik dan kena pada masanya kerana isu itu merupakn perintah dari Allah SWT.

Dari segi kesan politiknya? Langsung tak melibatkan sebarang kesan pun kepada perjuangan PAS pada hari ini?. Pengamat politik tanah air dari golongan cerdik pandai,iaitu,oleh beberapa orang Professor dari beberapa universiti tempatan,di dalam beberapa tulisan mereka  di media arus perdana didapati sangat positif sifat dan maksudnya.?

Rata-rata didapati bahawa mereka itu sangat teruja sebaik sahaja menyaksikan Datuk Seri Najib Tun Razak Presiden parti Umno merangkap sebagai Perdana Menteri Malaysia secara terbuka telah menghulurkan tangan " tali silaturrahim" pada PAS?

Boleh dikatakan bahawa mereka sekadar nak menyatakan pandangan mereka yang tulus ikhlas berhubung dengan isu tersebut disamping turut sama rasa teruja dan bergembira ria, jika dapat melihat akan wujudnya perpaduan "tali silaturrahjim" akibat lontaran politik oleh Datuk Seri Najib Tun Razak itu.Tak lebih dari itu?.Jangan disalakah tafsirkan?

Maka terpulanglah kepada "budi bicara" para pemimpin parti PAS yang mengolahnya dan kemudian mengambil keputusan yang muktamad.

Setelah PAS bercerai dengan DAP? Setakat ini? Boleh dikatakan kesannya masih tidak dapat dilihat secara  ketara kerana PRU ke-14 masih belum berlangsung lagi.Semua parti politik tanah air kini sedang berada di dalam delima yang berupa tanda tanya?

Masih bolehkan PKR/DAP/AMANAH mendapat kemenangan semacam kemenangan pada PRU ke-12 dan PRU ke-13 dulu itu akibat perpecahan di dalam gabungan Pakatan Rakyat itu sendiri? Dan apa pula  nasib yang akan menimpa ke atas parti PAS setelah tidak berada lagi di dalam gabungan itu?

Hanya setelah PRU ke-14 itu selesai pada tahun 2018 itu nanti? Benarkah parti PAS itu didapati masih gagah dan hebat kerana dasarnya yang unik itu seperti di dakwa oleh Ustaz Idris Ahmad?

Persoalan itulah yang perlu  dan harus segera PAS buat post mortem dan buat kajian sedalam-dalamnya sebelum tiba PRU ke-14 pada tahun 2018 itu nanti? Adalah lebih afdal berbanding dengan jadi marah-amarah tak tentu fasal.

Justeru itu,adalah tidak wajar Uastaz Idirs Ahmad,sebagai,Naib Presiden Pas itu,dilihat tergopoh-gopoh membuat komen politiknya secara tidak wajar,melalui portal media sosial Malaysiakini,pada tanggal 22/12/2015 pada jam 11.47am,dengan lontaran kata-kata dan bahasa yang boleh dikategorikan sedikit kasar dan dilihat langsung tidak berdiplomasi sekali.Dalam politik diplomasi itu sangat penting.

Sikap kasar itu? Boleh ditakrifkan sebagai sikapa sombong dan sikap riak yang telah dipamirkan dan dilontarkan oleh Naib Presiden PAS,Ustaz Idris Ahmad.di portal Malaysiakini,pada tarikh seperti tersebut di atas.

Ustaz Idris Ahmad,Naib Presiden
parti PAS.
Akibat dari komen itu? Suka atau tidak disukai oleh  Ustaz Idris Ahmad? Jelas ia, secara otomatik boleh melukai hati nurani banyak pihak  yang cintakan wujudnya perpaduan antara Umno dan Pas.Sekaligus oleh para pengikut  PAS dan juga anggota Umno.

Terutamanya oleh pengundi-pengundi di atas pagar yang memang dah lama dah.. mahu melihat parti PAS dan Umno,parti politik yang sebangsa dan seagama itu segera bersatu padu dalam satu barisan yang padu demi tunjang perpaduan umah.

Kisah-kisah lama harus dilupakan? Yang penting bagaimana satu maufakat yang bersifat hollystik harus diwujudkan agar segera jadi satu kenyataan politik yang hakiki sifatnya.

Denagan itu,bolehlah Umno/PAS jadikan perpaduan itu sebagai satu senjata yang unik lagi ampuh untuk menggempur roboh kubu-kubu pertahanan gabungan "Pakatan Harapan Baru",setelah hancur musnah Pakatan Rakyat..

Iaitu,setelah PAS tidak di ingini lagi oleh DAP berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat iaitu, sebelum tertubuhnya (Pakatan Harapan Baru)..".

Parti "Amanah" pimpinan Mat Sabu dan beberapa orang tokoh-tokoh serpihan dari PAS itu.dilihat begitu berazam nak mengembangkan pengaruh politiknya semacam nak mengambil peranan yang kuat untuk menggantikan kedudukan PAS terutamanya di kawasan-kawasan yang telah dimenangi oleh PAS pada RU ke-13 pada tahun 2013 dulu itu..

Dulu parti-parti politik Melayu hanya berpecah tiga. Kini dan berpecah jadi empat pula.Sedangkan parti kaum lain tetap bersatu jika tidak pada lahirnya.Pada batinnya tetap terus berfungsi.

Untuk terus mengatakan bahawa parti "Amanah" itu? Kononnya tidak akan mengganggu-gugat pengaruh parti PAS? Adalah terlalu awal dan kepastiannya pun  masih kabur? Yang Maha Mengetahui hanya Allah SWT sahaja.Kita hambaNya yang lemah ini langsung tak mampu?

Kita hanya mampu meramal begitu dan begini aje secara syok sendiri? Ketentuannya berada di tangan Allah SWT. yang Maha Berkuasa.

Sebagai contohnya,sebelum keputusan PRU ke-12 dulu? Kebanyakan para pemimpin Umno/BN ITU sendiri tidak menyankan bahawa parti-parti pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim berjaya merampas 5 negir dari tangan kekuasaaan parti Umno/BN?

Justeru itu para pemimpin Pas di semua lapisan harus membuat penilaian dari sekarang juga,disamping menyediakan kekuatan yang siap siaga dalam perjalanan sebelum tiba di hari pengundian pada PRU ke-14 pada tahun 2018 itu..
Usataz Tuan Ibrahim Taun Man pun,Timbalan  Presiden
 PAS dilihat sering juga membuat komen-komen politik
yang merapu-rapu berhubung dengan isu "Tali 

Silaturrahim" dari Umno terhadap PAS. 
di media sosial pro- pembangkang.
Sikap ini sangat didukacitakan.

Ustaz Idris Ahmad harus sedar bahawa di zaman kepimpinan Ahmad Fuad dan Datuk Asri Muda itu telah berlalu lama dah..

Tak boleh diguna pakai lagi di zaman Internet ini,di mana percaturan politiknya sangat cepat berubah-ubah .Landskap politik Malaysia pun dah jauh berubah dari masak ke masa.

Apatah lagi dengan adanya media baru seperti portal-portal media sosial yang tumbuhnya macam cendawan di musim hujan yang mana telah memainkan peranannya yang sangat drastik dalam  usaha mereka memecah belahkan parti-parti politik  Melayu khasnya yang ada di Malaysia ini.?

Sekaligus bahawa pengundi-pengundi pun sangat susah hendak diramalkan cundung ke mana arah pilihannya? Terutama pengundi-pengundi generasi "Y"ini? Jika Ustaz Idris Ahmad dilihat masih lagi berfikir dan berpolitik dengan cara lamanya itu iaitu tak mahu menerima kritik dan mendengar pandangan oleh Professor yang bijaksama?

Ertinya? Beliau telah melakukan kesilapan besar. Beliau akan sering di tertawakan oleh angkatan pertengahan dan juga orang-orang muda generasi "Y" dan sekaligus media sosial yang sangat produktif itu akan terus menghentamnya?

Justeru itu janganlah asyik dan terus berpolitik di masa ini, dengan cara masa yang lampau? lKerana cara anda itu dilihat semacam dah ketinggalan kenderaan zaman LRT dan sebagainya?

Jika PAS mahu berkerjasama dengan Umno? Sangat baik dan dialu-alukan demi perpaduan umat Islam  di Malaysia ini yang menjadi tunjang kekuatan umat Islam di Malaysia ini. Tepuklah dada dan tanyalah selera?

Jika PAS tak sudi? Tak apa.Tetapi janganlah berkasar bahasa dan takbur pula dan dilihat begitu TEGA mengatakan:

"Jika ada individu-individu dari parti PAS yang terlalu inginkan Umno? Individu-individu itu boleh pergilah," Kata Ustaz Idris Ahmad,Naib Presiden PAS.... 

Dengan berkata demikian? Tidakkah Ustaz Idris Ahmad itu sedar? Tanpa individu -individu itu yang keluar mengundi PAS? Bolehkah Idris Ahmad menang dan merasai jadi Ahli  Parlimen di negeri Perak itu?

Dulu ketika bergabung dengan DAP? Di lihat parti PAS tak banyak songel? KiNI,Bila dihulurkan tangan"tali silaturrahim"agar bersatu dengan Umno? Parti sebangsa dan seagama? Didapati banyak pula songelannya dan cakapnya dari parti PAS.

Diliaht sikapnya semacam riak dan takbur pula?  Tidakkah Ustaz Idris Ahmad itu sedar? Bahawa sesungguhnya Allah SWT melarang hamba-hambaNya yang beragama Islam? Agar jangan mudah marah-marah dan jangan sekali cuba bercakap riak dan takbur?

Kerana sifat mudah marah-marah itu dan bercakap yang berunsur riak dan takbur itu? Adalah merupakan godaan syaitan terhadap keimanan kita?

Penulis sangat kagum dengan sikap Datuk Dr,Haron Din,Mursyidul Am PAS. Beliau di dapati jarang sekali membuat kenyataan politik yang bersifat merapau-rapu,di dala media arus perdana dan juga media sosial.

Tetapi sesekali-sekali beliau membuat kenyataan politiknya di media masa? Isi kenyataan politiknya itu sangat tegas dan berbisa? Lantas menarik perhatian kawan dan lawannya?( Posted by abnmulya ...haji abu bakar ninggal blogspot.com at 2024 hrs on Disember 24,2015).

Wednesday, December 23, 2015

Kerjasama UMNO-PAS Bakal Buka Dimensi Baharu Landskap Politik Negara

23 Disember 2015 1:25 AM 

 PASIR MAS 22 Dis. – Kerjasama antara Pas dengan UMNO untuk kepentingan agama dan rakyat akan membuka dimensi baharu landskap politik negara pada masa depan.

Nik Mohamad Abduh

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, impian rakyat di negara ini untuk melihat perpaduan di antara kedua-dua parti tersebut bagi mewujudkan persaingan politik yang sihat.
Beliau berkata, rakyat sudah matang untuk membuat keputusan memilih mana parti yang terbaik untuk memerintah negara ini.

Menurutnya, Pas akan terus kekal sebagai pembangkang manakala UMNO sebagai pemerintah untuk ketika ini dan jika UMNO buat benda yang baik, Pas akan sokong.

“Sebagai pembangkang Pas tidak boleh asyik hendak bangkang perkara baik yang dibuat oleh UMNO dan itu bukan politik sihat. Begitu juga dengan UMNO, jika Pas atau parti pembangkang lain membuat kebaikan, mereka perlu berbuat perkara yang sama iaitu tidak menyekat. Inilah yang kita mahukan iaitu berpolitik secara matang.

“Apabila pilihan raya umum, kita akan berlawan seperti biasa dan ketika itulah rakyat akan membuat penilaian parti mana yang mereka akan pilih dan sokong,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar kurang berkemampuan di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan salam perpaduan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015.

Najib menghulurkan salam perpaduan kepada Abdul Hadi dengan berpandukan suruh Ali-Imran ayat 103 yang mengajak umat Islam agar berpegang teguh kepada tali Allah dan melarang daripada berpecah-belah.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pas akan terus memperjuangkan hudud sehingga menemui noktah.

Katanya, parti itu akan membawa sekali lagi Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud untuk dibentangkan di Parlimen pada bulan Mac tahun hadapan selepas ditolak sebelum ini.

“Bulan lepas kita tidak bentang di Parlimen kerana berdepan dengan saman. Alhamdulillah kita menang, jadi kita akan bawa sekali lagi ke Parlimen,” ujarnya.( utusan online).Posted by abnmulya...haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1624 hrs on Disember 23,2015.

Tuesday, December 22, 2015

Tilikan Dan Persepsi Zaid Ibrahim Terhadap Pemimpi-Pemimpin Umno Pimpinan Najib Dan Rakyat Malaysia Tak Logik Dan Meleset

Phenomena Di Syria itu.Tidak Boleh Di Jadikan Rujukan Zaid Ibrahim Berhubung Dengan Tilikan Dan Persepsi Politik Malaysia pada Masa Depan.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini, dilihat berwatak lemah lembut dan sedia berdamai dalam banyak isu yang berkait mait dengan keselamatan negara Malaysia. Pun begitu?Di sebalik watak yang lemah lembut itu? Rupa-rupanya kaya dengan semangat yang kental.Pantang dicabar? Bersedia menetang tegas pada musuh-musuh politiknya yang didapatiunya cuba memfinah beliau jika beliau pasti tidak melakukan apa yang dituduh oleh lawan poliiknya itu.





Oleh haji abu bakar ninggal
Selasa,Disember 22,2015 @ 10.51 pm.

WAHAI Zaid Ibrahim !!! KALAU pemimpin Melayu di Semenanjung ini bodoh mengikut "tilik atau persepsi" politik anda? Mana boleh kita dapat alihat bahawa kemakmoran dan keamanan wujud di Malaysia ini dari sejak merdeka hinggkan ke hari ini?.


Hinggakan berjuta-juta orang rakyat dari negara luar dilihat masuk ke Malaysia nak cari nafkah hidup mereka dan keluarga mereka?

Adalah sangat cetek pandangan dan boleh dikatakan banggang sekali? Jika masih ada orang-orang yang membuat perbezaan antara Malaysia yang makmor ini dengan Negara Syria.yang dah jadi punah ranah itu?

Persepsi Zaid  Ibrahim itu? Tak berpijak di bumi nyata? Bezanya macam langit dengan bumi? Disebabkan kebodohan para pemimpin Syria itu memerintah Syria? Maka rakyatnya jadi pelarian di sana sini di merata dunia.

Berlakulah peperangan saudara di Syria.Akibatnya banyak rakyatnya telah jadi pelarian ke merata negara di dunia untuk menyelamatkan nyawanya?

Zaid Ibrahim
Saya amat setuju dengan Zaid, jika Zaid mendakwa adalah disebabkan kebodohan oleh para pemimpin Syria itu sendiri.Maka rakyatnya melarat dan sangsara.

Tetapi!Jika Zaid kata para pemimpin Melaysia di Semeanjung ini suka gaduh-gaduh dan bodoh- bodoh belaka? Saya 1000% membantahnya.

Kerana dakawaan ini merupakan dakwaan yang melampau sekaligus ia merupakan "tilikan atau pun persepsi" dari Zahid yang sangat kasar dan tak logik.

Malangny,tak disangka ia datang dari seorang tokoh politik ternama? Tetapi isi tiliknnya dilihat semacam tak siuman?

Tak begitu cerdik ketika membuat perbandingan dan persepsi politik untuk tatapan rakyat Malaysia.

Di Malaysia ini,sejak dari pimpimnan Tugku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi dan hingga tampok pemerintah itu berada di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia,

Dalam masa dah 7 tahun dah. Langsung tak ada terjadi peristewa yang buruk di Malaysia ini semacam yang mana telah berlaku di Syria.

Lantas Malaysia ini jadi semakin makmur dan aman damai dari masa ke masa di antara para penduduk Malaysia yang bersifat majmuk itu.

Di badan-badan dunia antara bangsa? Malaysia dengan negara -negara yang menjadi keanggotan Malaysai di (PBB) dilihat semakin baik.Dari segi taraf perniagaan dan kewangan Malaysia dari tahun ke tahun semakin baik dan semakin meningkat berbanding `10 tahun yang lalu?

Banyak rakyat-rakyat dari negara di dunia ini banyak telah datanag ke Malaysia bekerja dan mencri nafkah hidup kelaurga mereka.

Jika mereka itu dah berada di Malaysia ini? Mereka langsung tak mahu pulang semula ke tanah air mereka. Begitu seronok mereka bermastautin di Malaysia. Mereka dilihat semacam berada di dalam syurga dunia.

Semuanya itu terjadi? Kerapa apa dan apakah sebab-sebanya? Kerana ke makmoran Malaysia-lah\ yang mampu menggamit pandangan mereka. Maka berduyun-duyun rakyat dari beberapa negara di dunia ini masuk ke Malaysia dengan cara halal dan cara haram ke Malaysia.

Tujuan mereka semata- mata nak cari nafkah hidup mereka dan keluarganya? Berbanding dengan negeri mereka itu? Sangat susah nak cari dapat pekerjaan walau mereka bersedia buat apa sahaja pekerjaan?Kerana apa/ Kerana pembangunan ekonomi negara-negara tersebut di atas itu telalh lembab.

Termasuk juga rakyat dari Syaria baru-baru ini telah diterima oleh Malaysia sebagai pelarian sementara untuk menacri nafkah hidupnyadi Malaysia ini akibat Syria kinl dah jadi negara berporak peranda.Kerajaan yang sah di Syria kini dah tak mampu mengawal keadaan kelam kabut itu?

JIKA Zaid Ibrahim bermadah dan membuat tilikan,persepsi kononnya para pemimpin Malaysia di Semenajung ini bodoh? Kononnya suatu hari nanti rakyat Malaysia dari Semenanjug ini akan lari bertempiaran sebagai rakyat Syria?.

Pada Zaid Ibrahim ini ingin penulis majukan pertanaannya padanya? Jika para pemim in Malaysia yang ada pada hari ini itu kononnya di pimpin oleh para pemimpin politik yang bodoh-bodoh belaka mengikut persepsi Zaid?

Tentu sekali kemakmoran tak wujud di Malaysia sejak merdeka hingga kini dan sekaligus tak boleh menggamit-gamit pandangan mata rakyat-rakyat semcam dari Indonesia, Burma( Maymar), Philipina, Bangaldish,Vietnam,Thailand,India. Nepal,Komboja,dan Pakistan dan rakyat-rakyat dari negara-negara Africa.
Dr.Mahathir Mohamad
Kni rakyat-rakyat dari negara-negara yang seperti penulis sebutkan di atas itu.Didapati berduyun-duyun datang berhijrah ke Malaysia,secara halal dan cara haram,semata-mata nak bekerja mencari nafkah hidupnya dan juga kehidupan keluarganya?

Kesimpulan dari "tilikkan dan persepsi" Zaid Ibrahim itu? Sama sekali tak benar dan tak akan berlaku. Tilikan dan peresepsi Zaid Ibrahim itu? Penuh dan sarat dengan khayalan belaka dan tidak berpijak di bumi nyata dari kaca mata politikus terkenal juga di Malaysia ini.

Malangnya? Tilikan dan persepssi politik itu datangnya dari seoprang peguam yang dah jadi jutawan dan membuat kekayannya itu di Malaysia  melalui kuasa politgik dari parti Umno dulu-dulunya dan kini didapati mampu bermastautin di kawsan perumahan elite, di "Troican Ressort". Satu-satunya kawasan perumahaN  "elite' yang mana harga sesebah rumah itu bernilai jutaan ringgit sebuah?

Yang nyata sekali? Bahwa "persepsi"politik oleh Zaid Ibrahim,kononnya rakyat Malaysia di Semenanjng ini suatu masa nanti akan lari bertimpiaran ke negara lain? Seperti mana yag telah terjadi pada rakyat Syria itu pada masa ini?

Sesungguhnya "tilikan,persepsi" pandangan politik Zaid itu dilihat melampau batas dakwaan-nya itu.langsung tak ada nilai kebenarannya?.Tak lebih dari hanya omong-omomgan kosong dan tilikan dan persepsi yang besifat semacam gila-gilaan belaka demi nak dapatkan politikal milage dari rakyat Malaysia,Parti politik apakah yang Zaid Ibrahim anuti jadi keahlianya? Penulis pum tak tahu?

Kononnya Zaid masih beranggapan bahawa rakyat Malaysia ini? Semacam masih ada yang masih bodoh dan tolol lagi? Justeru itu Zaid boleh jual temberang dan koyoknya yang dah ketinggal zaman itu?

Zaid Ibrahim itu sendiri tempa kekayaan di Malaysia ini dan dah lama dah jadi jutawan dan menetap di kawasan perumahan elite, di Tropica Resort,Di Selangor itu? Kemewahan dan kekayaan yang Zaid miliki dan nikmati pada hari ini? Dimilikinya di dalam Malaysia ini sendiri. Bukan dari lain negara?

Iaitu semasa beliau aktif bergerak di dalam parti Umno itu dulu.Kenapa Zaid cepat sangat lupa di mana langit yang dijunjungnya  dan juga bumi mana yang dipihajknya?

Dr.Mahathir dulu pernah mengatakan Zaid dapat kekayaan? Adalah semasa beliau berada di dalam Umno.Kenyataan Mahathir ini ialah, di ketika Zaid jadi Menteri Kehakiman Malaysia, di era Pak Lah,pegang jawatan Perdana Menteri.

Ketika itu isu "pita"  Peguam Linggam,sahabat baik Mahathir ditimbulkan oleh berbagai-bagai pihak dengan begitu hangat sekali diperkatakan?

Tetapi kini.. Zaid dan Mahathir serta beberapa orang tokoh politik tempatan berada di dalam kumplannya yang sama iaitu dikumpulan " (anti-Najib".

Kini,semua orang dah tahu dah.bahawa bermula dari  bulan February 2015 ini? Hubungan politik antara Mahathir dan Zaid Ibrahim itu sangat ngam?

Mereka secara terang-terangan dilihat sedanag berusaha nak mengguling Datuk Seri Najib dan barisan pemipin yang berada di dalam kabinet Datuk Seri Mohd Najib itu sendiri dan sekaligus tokoh-tokoh politik yang sedang memegang jawatan tertinggi di dalam barisan parti Umno itu sendiri dan juga di dalam menteri kabinet pimpinan Najib Razak.

Mereka itu adalah merupakan.golongan anti-Najib didapti sedang dan sudah berusaha sekuat tenaga dan menggunakan bermacam-macam cara dan tektik politik kotor nak gulingkan kerajaan Umno/BN yang diketuai oleh Najib Tun Razak hatta melaui pintu belakang?

Hasilnya? Dengan ketentuan dari Allah SWT.,Yang Maha Mengetahui dan Maha Adil atas sesuatu yang berada di dalam pegangangaNya. Ternaya usaha-usaha golongan "anti-Najib" yang buruk niat dan nawaitu itu telah gagal?

Tak menghjasilkan apa-apa.natijahnya. Kosong melopong. Golongan "anti-Najib" ini ternyata telah gagal dan terus gagal dan semacam boleh dikatakab dah jadi kepunan dan putus asa nampaknya setakad ini?.Esok lusa tak tahulaha apa kesudahannya?

Sebabnya? Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia terutama golongan Melayu jati dan asli benar-benar rakyat Malaysia jati sejatinya. Masih dan tetap perlukan Najib jadi pemimpin Agong mereka demi survival parti Umno,parti keramat ini terus hidup jika boleh hingga ke hari kiamat itu nanti.

Contohnya yang nyata sekali. Dalam PAU-69 Umno 2015 baru-baru ini pun.Ternyata sebanyak 99% dari jumlah para perwakilan Umno dan juga dari seluroh rakyat Malaysia, di dapati masih perlukan Najib jadi "nakhoda" kapal pelayaran parti Umno khasnya dan rakyat Malaysia umumnya yang mahu menuju ke pulau impiannya untuk melestarikan impian jadi nyata dan hakiki.sifatnya.

Iaitu pada tahun 2020 itu nanti? Di mana Malaysai di citas-citakan akan jadi negara maju jaya dengan pendapatan rakyatnya yang tinggi. Jika Zaid masih cenderung tetap nak tinggal di Malaysia ini dan mendapat tambahan nikmat dari impian itu?

Justeru,Zaid dan regimnya yang "anti-Najib" itu? Harus merubah sikap daripada menentanga? Sebaliknya menyokong kuat usaha yang agong dan murni ini yang mana sedang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,bersama-sama dengan barisan pemimpin Umno yang lain yang berada di dalam Umno/BN dan juga di dalam Kabinet Pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak..

Najib Tun Razak,adala merupakan anak sulong Perdana Menteri Malaysia ke -2 Malaysia.

Sjarah parti Umno telah mencacatkan dengan "tinta emas" dan catitan ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun? Bahawa Tun Razak-lah yang telah mengambil semula Mahathir Mohamad,menyertai Umno setelah ditendang oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,Perdana Menteri dan Presiden parti Umno yang pertama.

Kemudianya Mahathir Mohamad berjaya jadi PM Malaysia dan telah berkhidmat sebagai PM atas tiket parti Umno selama 22 tahun lamanya.Satu masa yang sangat lama. Ertinya.Tanpa jasa baik dan hati yang mulia,jujur dan ikhlkas dari Tun Razak Husin itu?

Mahathir Muhamad tidak akan merasa jadi PM Malaysia? Pun begitu/ Kini Mahathirlah yang jadi "Ketua" golongan "anti-Najib".dan dilihat mati-matian nak gulingkan Najib Razak dengan berbagai-bagai cara yang kotor berbalut dengan isi hati yang hazad dan dengki akibat kemahuan perbadi mereka tak dikabulkan oleh Mohd Najib Tun Razak?

Tokoh-tokoh politik tanah air yang "macam inikah?" Yang harus rakyat Malaysia nak beri peluang? Nak beri sokongan politik? Dan nak letakkan harapan dan tanggung jawab menyelamatkan negara Malayasia ini?

Jwwapannya dari penulis.Secara tegas bukanlah tokoh-tokoh politik yang diperlukan oleh rakyata dan Negara kita Malaysia yang tercinta ini..

Orang-orang ini bukan sahaja tak tahu kenang"budi dan jasa" orang lain? Bahkan segala budi dan jasa orang-orang lain  pada mereka itu? Mudah sahaja mereka luakan dari ingatan dan juga dari kenangan mereka.

Mereka cuma pentingkan kemahuan dan faedah peribadinya aje? Mereka ini sangat bahaya dan harus dipencilkan dari arena politik tanaha air Malaysia ini oleh rakyata Malaysia itu sendiri.(Posted by abnmulya ..haji ab u bakar ninggal .blogspot.com.at 2051 jhrs on Disember 22,2015.


Monday, December 21, 2015

Dr.Mahathir Perlu Beri Ruang Kepada Najib--Nallakarupan

22 Disember 2015 1:29 AM

Nallakarupan,Presiden parti (MIUP)

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu memberi ruang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan tanggungjawabnya se­­bagai Perdana Menteri.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, Najib kini berada di landasan terbaik dan jika diberi peluang memimpin lebih lama lagi, beliau pasti memperoleh pencapaian lebih baik daripada Dr. Mahathir yang sebelum ini menerajui negara selama 22 tahun.

“Banyak yang Najib telah lakukan kepada rakyat terutama golongan miskin. Setiap masa beliau fikirkan tentang rakyat dan apa yang diperkatakan atau dijanjikan akan ditunaikannya.

“Dr. Mahathir sudah jadi Perdana Menteri untuk tempoh yang lama, kenapa mesti mahu ganggu pula orang lain yang menjadi Perdana Menteri. Berilah peluang kepada Najib mentadbir negara ini dengan caranya pula,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Nallakaruppan, tingkah laku Dr. Mahathir terhadap kepemimpinan Najib hanya akan menambah masalah kepada rakyat dan negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya Dr. Mahathir ‘mengunci mulut’ dan tidak masuk campur lagi dalam urusan pentadbiran negara.

“Perbuatannya (Dr. Mahathir) langsung tidak membantu rakyat dan negara, apatah lagi Perdana Menteri. Lebih baik diam dan ja­ngan ganggu Perdana Menteri, biarkan beliau (Najib) buat apa yang beliau mahu buat kepada rakyat.

“Dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak boleh­kah Dr. Mahathir tunggu (diselesaikan)? Macam orang yang baru berkahwin, takkan esok sudah mahu anak? Berilah masa kepada Najib,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, beliau akan terus menyokong kepemimpinan Najib dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya ke atas Presiden UMNO itu dalam menerajui negara(Utusan on line).Posted b y abnmulya...haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1532 hrs on Disember ,22,2015..


Sunday, December 20, 2015

.

Umat Islam digesa bersatu lupakan perbezaan fahaman politik


21 Disember 2015 1:15 AM 

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Umat Islam di negara ini tiada pilihan lain kecuali bersatu dan pada masa sama, melupakan perbezaan fahaman politik masing-masing.
Mohd Ali Rustam

Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Senator Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata, masa untuk berpolitik sudah berlalu dan usaha perlu ditumpukan bagi menyusun gerak kerja yang kemas serta teratur untuk memartabatkan orang Melayu dan umat Islam.

Menurut beliau, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan generasi muda Melayu yang sepatutnya mewarisi kepemimpinan negara hilang kuasa politik pada masa akan datang.

“Orang lain sudah lama bekerja untuk mendapatkan kuasa politik tetapi jika kita terus berpecah belah, kesempatan itu akan digunakan oleh mereka.

“Akhirnya yang rugi adalah orang Melayu dan sekiranya ini berlaku, penyesalan tidak berguna lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu mengulas tentang salam perpaduan yang dihulurkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 pada Khamis lalu.

Mohd. Ali menambah, saranan itu mencerminkan keikhlasan Perdana Menteri untuk memperkukuhkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Beliau memberitahu, pucuk pimpinan Pas wajar menyambut salam perpaduan yang dihulurkan Najib secara terbuka dan tanpa syarat demi masa depan orang Melayu serta umat Islam.

“Kepemimpinan Pas perlu melihat perkara ini secara serius dengan mengambil pendekatan buang yang keruh, ambil yang jernih,” jelasnya.( Utusan online).Posted by abnmulya...haji abu bakar ningal.blogspot.com

TAK PAYAH CAKAP BANYAK PUN. BANYAKKAN KERJA. PERPADUAN BOLEH DIWUJUDKAN

Barisan depan nombor 2 dari kanan Datuk Seri Najib Tun Razak.Nombpr 2 dari kiri ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awanag,berpakian baju Melayu sedondong sedan berjalan masuk ke Dewan Multaqa anjuran bekas penuntut Al-Azhar,Mesir,di Hotel terkenal di Jalan Pahanag , Kuaola Lumpur baru-baru ini..



Oleh Haji Abu Bakar Ninggal 
Ahad,Disember 20,2015 @ 6.33 pm

Jika kita sedang bercakap bahawa antara Umno dan Pas sedia meng-wujudkan perpaduan? Maka tak usahlah Setiausaha Agong PAS,Takiyudin Hasan itu dilihat masih timbulkan isu siapa sedia memaafkan antara satu dengan yang lain, seperti mana yang telah tersiar di portal Malaysiakini, hari ini,pada jam 2.25 petang,tanggal 20/12/2015?

Kita semua maklum bahawa Perpaduan umah itu adalah menjadi tunjang kekuatan kepada perpaduan bangsa daan umah Islam itu sendiri. Justeru,yang penting jika kita benar-benar hendak melestarikan perpaduan umah Islam itu di Malaysia ini jadi kenyataan yang hakiki?

Dengan tindakkan terus melipat gandakan gerak kerja dan usaha untuk meng-wujudkan perpaduan umah Islam itu dengan apa cara sahaja asalkan dari segi politiknya cepat memberi manfaatnya kepada bangsa dan agam kita? 

Kalau kita masih bercakap soal eremeh temeh? Siapa sedia memaafkan seperti mana yang telah dinyatakan oleh Takiyuddin Hasan itu? 

Ditakuti usaha-usaha murni yang dimulakan oleh pihak Alumni,Al-Azhar itu akan terbantut di tengah jalan.Jika itu terjadi? Kitalah yang rugi.Pihak musuh kita akan tertawa besar atas kegagalan kita itu?


Apakah Takiyudin Hasan dari parti PAS merasa yang PAS semacam tidak pernah bersalah dengan orang-orang Melayu Islam dengan menyekutukan diri mereka dalam Gabungan Pakatan Rakyat sejak 1999 dulu itu tetap sebagai pihak yang punya kuasa terbatas kerana punya suara di Parlimen Malaysia sebagai kuasa minoriti sahaja?

AKIBATNYA? DARI SEGI POLITIK? MELAYU YANG BER-AGAMA ISLAM JUGA YANG RUGI..BERPECAH BELAH.
Takiyuddin Hassan,Setiausaha Agong parti PAS.

Tidakkah Takiyudin Hasan lihat macam mana caranya parti politik kaum lain mengwujudkan perpaduan politik senyap-senyp antara mereka walaupun M.C.A. dan GERAKAN itu berada di dalam parti Gabungan Umno/BN.


Apa telah terjadi dengan gabungan Pakatan Rakyat (PR)?Kerana tak dapat mengalatkan PAS?


Ujung-ujungnya DAP istiharkan berpecah dengan parti PAS? Apakah sesudah DAP istiharkan PAS tidak lagi berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat itu?

MAKA parti PAS tetap berpersepsi bahawa PAS akan dapat labanya sama semacam PAS dapat LABA pada PRU-12 dan ke-13 itu?


Senario ini pasti berubah.Kita sangata faham dengan hati nurani kaum yang tak sama dengan kita. Jika depa tak dapat mengkudakan sesuatu golongan itu ? 

Mereka akan tetap tunduk hormat pada sessuatu golongan itu? Jika depa masih bertaraf golongan minoriti? JIKA mereka dah rasa bahwa mereka itu dah perkasa?Muka hidung kita pun tak ingin hendak dipandangnya.

Jika dilihatnya golongan mereka dah jadi majoriti? Mereka akan sentiasa berperangi sombong dan bongkak.

Justeru itu,jika PAS dah tak berada lagi bersama-sama depa itu? Keadaan kemesraannya pasti berlainan dan pasti berubah lebih 100 degre? Justeru pAS harus segera melakukan perubahan secara drastik.

Bak kata pepatah Melayu tak akan putus jika air itu dicencang. Busuk-busuk daging ? Jika dicuci bersih-bersih? Pati masih boleh dimasak kari untuk jadi lauk-pauk untukkita makan dengan lazatnya. 

Jika PAS bergabung dengan Umno? Besar kemungkinan PAS akan dapat labanya lebih besar lagi berbanding semasa PAS berada di dalam Pakatan Rakyat (PR) dulu? Datuk Seri Najib style kepimpinannya sangat releven.Beliau bersedia menerima dan memberi.
Datuk Sri Najib,Presiden parti Umno dilihat sedang nak bersalam-salamn dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Presiden parti PAS di dalam majlis Multaqa anjuran Al-Lumni  Al-Azhar di sebuah hotel ternam ,di Jalan Pahang baru-baru ini.
Semata-mata demi perpaduan Umah Islam sebagai tunjang kekuatan parpaduan umah Islam itu sendiri di Malaysia ini dan sekaligus demi kerhoramtan Umno dan kehormatan parti PAS itu sendiri..

Pun begitu? Janganlah baru bertemu dengan Najib di Majlis MUTLAQA baru2 ini sebagai manifesti mengwujudkan perpaduan umah Islam?

Maka ada di antara pemimpin PAS golongan tertiggi juga dilihat membuat banyak songelan politik yang tak tentu arah dan merapu2 sahaja nilai songelannya itu, di portal-portal media sosial yang pro-pembankang yangmana isi-isi songelan itu pula dilihat boleh menggorsikan hati nurani manusia yang masing-masing punya perasaan?

Cubalah kita  tiru,kita ikut cara bangsa asing itu bersatu padu.Tanpa dailog,tanapa cakap benda-benda yang merapu secara terang-terangan di khalayak umum? 

Top-Top ternyata telah menghasilkan bibit-bibit perpaduan mereka wujud walaupun dengan cara kenyit-kenyit mata dan cara-cra "body language"  sahaja? Tingkah lakunya sangat sukar untuk kita kesani.

Berbandiing dengan sikap bangsa Melayu yang memang suka banyak cakap tetapi sedikit buat kerja ini? Sikap kono ini? Harus kita lontar jauh-jauh ke lautan dalam dengan segera. Melayu di zaman ini harus berubah sikap.

Kerana zaman dah bertukar dan cara kita bertindak pun harus bertukar juga ikut masa dan keadaan semasa.Negara OIC pun kini baru sedar betapa pentingnya negara-negara Islam itu sendiri harus punya kekuatan tentera untuk memperttahakan musuh-musuh mereka di rantau Asia Barat itu?

Jangan ikut cara lama lagi macam rasmi ayam . Bertelu sebiji? Bisingnya pula seluruh alam.Kemudian gagal? Bangsa asing yang akan ketawakan kita kerana kelemahan dan kebodohan kita sendiri.

Hanya pandai banyak cakap tetapi kurang buat kerja yang bermanfaat pada rakyat.Perlahan-lahan kita telah ditewaskan oleh musuh-musuh politik kita yang punya "blue print" jangkan pendek dan jangkan panjang untuk menewaskan kita. ( Posted by abnmulya ..haji bakar ninggal.blogspot.com at 1833 hrs on Disember 20,2015..