Monday, February 29, 2016

Langkah tepat ( Tun Mahathir) tinggalkan UMNO

01 Mac 2016 1:29 AM
Datuk Seri Dr.Salleh Said  Leruak.
KUALA LUMPUR 29 Feb. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil langkah tepat apabila beliau keluar daripada UMNO, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai pilihan terbaik bagi Dr. Mahathir “memandangkan hubungan beliau dengan UMNO atau pemimpinnya sudah tidak boleh dipertahankan lagi”.
Melalui catatan terbaru dalam laman blognya hari ini, Salleh berkata: "Tindakan Dr Mahathir memudaratkan parti dan adalah kelihatan tidak logik sekiranya beliau terus berada dalam parti, dan pada waktu yang sama, menentang parti.
“Sekiranya Dr. Mahathir ingin terus menyerang UMNO, maka beliau perlu berbuat demikian di luar UMNO. Itu merupakan perbuatan mulia dan beretika untuk dilakukan.”
Salleh berkata, beliau sedih dengan episod kali ini, bukan ke­rana Dr. Mahathir sekali lagi me­ningglkan UMNO, tetapi kerana keadaan pengundurannya.
Katanya, tiada siapa boleh menafikan Dr. Mahathir banyak berjasa kepada negara sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, "walaupun tempoh beliau menyandang jawatan itu, tidaklah bebas sepenuhnya daripada kecacatan.”
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu mengumumkan keluar daripada UMNO tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
Katanya, ini kerana BN telah mendapat mandat daripada rak­yat pada pilihan raya umum yang lalu dan kepercayaan itu perlu terus digalas bagi memenuhi agenda yang telah dirancang untuk rakyat.
Ahli MT UMNO yang juga Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata, keputusan Dr. Mahathir untuk meninggalkan parti itu bukan tindakan yang pertama kali dilakukan beliau.
“Tindakan yang diambil Dr. Mahathir bukan sesuatu yang mengejutkan kepada ahli UMNO kerana beliau pernah bertindak sedemikian sebelum ini. Sama ada tindakan ini akan mendatangkan kerugian kepada parti atau tidak itu kita akan nilai kemudian,” jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah pula berkata, tindakan Dr. Mahathir itu tidak akan menjejaskan sokongan ahli UMNO terhadap parti itu di Kedah.
“Ahli UMNO taat kepada pemimpin dan kita yakin UMNO mampu tangani perkara ini,” jelasnya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.15 am on Mac,01, 2016

Tun Dr.Mahathir Mohamad dan isteri Tun Hasmah Mohamad Ali, mengisytiharkan keluar dari parti Umno hari ini.

29 hb.Feb ruari 2016.

Tun Mahahir Mohamad pegang jawatan Perdana Meneri Malaysia atas tiket Umno selama 22 tahun .Memecahka rekod khidmat yang paling lama.Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj, bapa kemerdekaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia hanya pegang jawatan itu selama 13 tahun aje.
Dengan perasaan yang tulus dan ikhlas saya mengucapkan "selamat jalan" kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Tun Dr.Siti Hasmah Mohamad Ali yang mana hari ini telah mengisytiharkan keluar dari keanggotaan parti Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang memegang jawatan Perdana Menteri ker-6.

Kali pertama mereka keluar dari parti Umno ialah pada 19 hb.Mei 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pk Lah) pegang jawatan Pedana Menteri Malaysia yang ke-5.Kemudian menyertai semula Umno pada tahun 2009 setelah Pak Lah serahkan jawatan P[erdana Mentyeri itu pada Datuk Sseri Najib Tun Razak.

Beliau pernah dipecat dari Umno pada 23/03/1969 di era Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj memegang jawatan Presiden Parti Umno dan juga jawatan Perdana Menteri Malaysia yang pertama bagi Malaysia yang merdeka pada 1957.

Kemudian diterimaa menyertai semula parti Umno semasa Tun Razak Hussin memegang jawatan Presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-2.

Pada hari ini tanggal 29/02/2016 sekali lgai Mahathir dan isterinya Tun Siti Hsmah keluar meninggalkan parti Umno,mengucapak "sayonara" kepada paerti Umno,Parti keramat,satu-satunya parti yang menjadi kebangaan bagi orang-orang Melayu Malaysia.

Tun Dr.Mahathir Mohamad sebenarnya bebas mengambil sebarang keputusan yang beliau dan isteinya fikir munasabah.Tak ada seorang pun tegur dan larang.

Beliau memang boleh tepuk dada dan tanya selera.Tak ada sebarang paksaan di dalam negara Malaysia ini yang mana selama ini mengamalkan dasar demokrasi. Diucapakan selamat jalan meninggalkan Umno.

Semuga mereka itu bahagia dengan pilihan hati mereka. Amin. Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal blogspot.com.at 20,15 hrs on February 29,2016.

Sunday, February 28, 2016

Lawatan kerja Dato Sri Najib ke Arab Saudi 29 Februari- 3 Mac

February 29,2016.

(Dipetik dari Mykmu-net) 
Datuk Seri  Najib Tun Razak

29 Debruari 23016: YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi dari 29 Februari hingga 3 Mac 2016.

YAB Perdana Menteri turut diiringi oleh YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan; dan dua orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Abdul Wahid Omar serta Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan.
YAB Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama mengenai Private Public Partnership di Forum Ekonomi Jeddah (JEF) pada 1 Mac 2016. 

JEF merupakan medan pertemuan bagi pemimpin-pemimpin, ahli-ahli ekonomi dan perniagaan dari serata dunia untuk mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai isu-isu global.
Semasa lawatan ke Arab Saudi ini, YAB Perdana Menteri dijadualkan untuk mengadap Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota Mohammad Bin Naif Al-Saud dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman Al-Saud.

Majlis-majlis tersebut akan memberikan peluang kepada kedua-kedua pemimpin untuk membincangkan isu-isu hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa. YAB Perdana Menteri juga dijadualkan untuk melawat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini ditempatkan di Hafar Al Batin.
Lawatan kerja YAB Perdana Menteri ini akan menjadi penanda aras hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Arab Saudi. Ia akan menjadi pemangkin kepada usaha-usaha untuk meningkat dan mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara yang telah sedia terjalin.
Malaysia dan Arab Saudi mempunyai hubungan yang akrab di antara kedua-dua buah negara khususnya dari aspek politik, ekonomi, pertahanan dan hal ehwal haji.

Arab Saudi merupakan salah satu rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah. Jumlah dagangan dua hala bagi tahun 2015 adalah bernilai RM3.42 billion dengan import sebanyak RM7.53 billion dan eksport sebanyak RM3.42 billion.( Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1446 hrs on Februari 29,2016.
.

Muhyiddin boleh didakwa kerana bersubahat--Azalina

29 Februari 2016 12:53 AM

 KUALA LUMPUR 28 Feb. – Tan Sri Muh­yiddin Yassin boleh didakwa kerana bersubahat melakukan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan kons­pirasi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

Azalina Othman Said
Menteri di Ja­ba­tan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri mengakui beliau pernah diberi taklimat oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung ‘bukti’ tuduhan jenayah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, taklimat itu berlangsung ketika Muhyiddin dan Abdul Gani masih menyandang jawatan masing-masing dalam kerajaan.

“Pengakuan ter­sebut menunjukkan terdapat kons­pirasi peringkat tinggi untuk menggulingkan Perdana Menteri sekali gus menafikan proses demokrasi serta keputusan yang dibuat oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu.

“Tindakan bekas Peguam Negara tersebut secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat perundangan sulit dengan Muhyiddin yang pada ketika itu mempunyai kepentingan sebagai anggota Kabinet dan ahli UMNO bukan sahaja tidak beretika malah melanggar OSA,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh membuat pengakuan itu dalam satu kenyataan semalam bagi mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) menggantungnya daripada jawatan Timbalan Pre­siden UMNO.

Azalina turut mempersoalkan bagaimana Abdul Gani mempu­nyai ‘bukti’ yang mencukupi untuk mendakwa Perdana Menteri sedang­kan siasatan masih belum bermula.

“Adakah ini ‘bukti’ serupa de­ngan yang dikatakan oleh Wall Street Journal ketika mendakwa mereka mempunyai dokumen sulit yang digunakan untuk melontarkan tuduhan sensasi terhadap Perdana Menteri?” ujarnya.

Beliau menambah, timbul keraguan apabila kertas pertuduhan disediakan pada Mei tahun lalu iaitu sebelum pasukan petugas khas ditubuhkan dan siasatan bermula pada bulan berikutnya manakala Najib memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember lalu.

Azalina memberitahu, Muh­yiddin juga secara tidak langsung mempertikaikan kredibiliti Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan SPRM.

“Mengapa Muhyiddin membuat pengakuan itu sekarang, selepas beliau digantung daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO?” katanya.

Beliau juga membangkitkan persoalan sama ada Muhyiddin boleh dianggap bersubahat kerana beliau tidak melaporkan kepada pihak berkuasa walaupun mendakwa mempunyai maklumat tentang tuduhan kesalahan jenayah.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1401 hrs on Februarya 29,2016

SPRM digesa tidak cabar keputusan Peguam Negara

29 Februari 2016 12:54 AM

AHMAD BHARI ABD. RAHMAN dan Kamarudin Ahmad (kanan) menjawab pertanyaan wartawan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN 
KUALA LUMPUR 28 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa tidak mencabar mahupun mempertikaikan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengarahkan siasatan kes dana RM2.6 bilion dan SRC International ditutup.

Pengerusi Alumni 4B Selangor, Datuk Ahmad Bhari Abd. Rahman menegaskan, SPRM seolah-olah sengaja mencabar kewibawaan Peguam Negara dengan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat jika berbuat demikian.
Lebih-lebih lagi katanya, kes tersebut membabitkan kepenti­ngan awam yang menarik perhatian seluruh dunia.
“Maka ada segelintir pihak yang sengaja mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan spekulasi serta memberi ulasan negatif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun nyata sekali ulasan tersebut hanya berasaskan agenda politik dan bukannya agenda keadilan semata-mata.
“Motif mereka hanya mahu menjatuhkan pemimpin politik kerajaan, bukan mahu mencari kebenaran,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Ahmad Bhari memohon SPRM supaya bekerjasama dengan Peguam Negara serta menghormati keputusan yang dibuat.
Beliau turut menyatakan Alumni 4B tetap akan memberi sokongan jitu yang tidak berbelah bahagi terhadap kepemimpinan Najib yang kini cuba digulingkan oleh pihak-pihak tertentu dengan menimbulkan pelbagai persepsi negatif yang membawa kepada ketidakstabilan politik negara.
Sementara itu, Penasihat Undang-undang Alumni 4B Selangor, Kamarudin Ahmadberkata, mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai budi bicara untuk menutup mana-mana pendakwaan kes sekiranya kes berkenaan tidak mempunyai asas untuk dirujuk ke muka pengadilan.
Katanya, kuasa itu adalah bersifat mutlak tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak,
“Perkara yang sama dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 45 Akta SPRM 2009, iaitu Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memba­talkan mana-mana siasatan yang difikirkan tidak mempunyai bukti yang kukuh,” ujarnya.
Sebelum ini, Mohamed Apandi memutuskan beliau berpuas hati tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri dalam isu dana RM2.6 bilion serta SRC International dengan kes-kes tersebut diarahkan tutup.
Bagaimanapun, sebulan kemudian, Panel Penilaian Operasi (PPO) meminta SPRM membuka semula siasatan terhadap sumbangan kontroversi yang diterima oleh Najib, walaupun peguam utama negara itu telah mengarahkan kes ber­kenaan ditutup.
PPO adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau operasi SPRM dan memberi pandangan mengenai kes-kes yang tidak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan oleh pendakwa raya.( Utusan online-).Posyted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1353 hrs on February 29,2016.
<

Friday, February 26, 2016

Mukhriz Lebih Baik Tutup Mulut Daripada Terus Bercakap Merapu-Rapu...JIka Tidak Mahu Dipecat Dari Parti Umno.Parti Keramat orang2 Melayu....

Apakah yang menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak  kelihatan begitu serius mendengar apa yang sedang dikatakan oleh  Ahmad Zahid Hamidi di dalam mesyuarat MT semalam itu?



Oleh Haji abu bakar ninggal.

Sabtu,February 27,2016 @ 5.05pm.

Semua rakyat Malaysia dah tahu dah..bahawa pada tanggal 26/02/2016 iaitu di sebelah petangnya, Majlis Tertinggi Umno (MT) akan bersidang untuk merumuskan satu keputusan yang boleh dikatakan drastik juga terhadap Timbalan Presiden parti Umno,Tan Sri Muhyiddin Yassin

Bertitik tolak akibat keceluparan mulutnya tanpa segan silu didapati telah mengkritik Datuk Seri Najib,Presdien parti Umno bermula sejak Isu I MDB dan wang derma RM2.6 bilion itu menjadi kemelut politik yang sangat hebat antara Perdan Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Mahathir Mohamad,bekas Perdana Menteri Malaysia,

Mahathir didapti satu-satunya tokoh politik vetran Malaysia yang menajdikan kedua isu itu merupakan isu utama bagi Mahathir dan konco-konconya di dalam usaha Mahathir nak gulingkan Najib dan digantikan dengan Muhyiddin Yassin?

Pada hemat penulis sudah tentu MT akan bersidang petang hari Khamis itu akan mengambil satu keputusan yang drastik terhadap Muhyiddin Yassin kerana Muhyiddin Yassin sejak mula menggabungkan diri beliau dengan Mahathir Mohamad, nak jatuhkan Datuk Seri Najib dari kerusi jawatan Presiden Umno dan sekaligus dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Satu-satu jawatan tertinggi mandat dari rakyat yang sedang disandang oleh Datuk Seri Najib hasil Pilihan Raya Umum pada PRU ke-13 tanggal 05 hb.May 2013.

Di mana Umno-BN telah diberi mandat oleh rakyat Malaysia agar Najib diperlukan agar terus-menerus jadi ketua memrintah Malaysia yang berdaulat ini.

Tan Seri Muhyiddin Yassin
SEJAK Datuk Seri Najib memeganag jawatan Perdana Menteeri pada tahun 2009 mengambil alih jawatan dan tugas berat dari bekas Perdana Menteri itu Tun Abdullah Ahmad Badawi ( Pak Lah).

Rakyat Malaysia telah membuat penilian secara tuntas bahawa Datuk Seri Najib didapati berkemampuan untuk menggalas segala tanggung jawab yang telah di amanahkan pada beliau oleh parti Umno dan rakyat..

DARI segi ekonomi ternyata pertumbuhan perniagaan di dalam negeri dan export Malaysia keluar negara semakain bertambah-tambah dah meningkat export tahunan Malaysia ke paras hampir  RM 1 Trillion jumlahnya.

DARI segi politiknya pula?Tak boleh dinafikan bahawa Malaysia.di bawah pimpian Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengaruh politik Malaysia di arena unia antara bangsa semakin tersohor..

Dalam tahun 2005 aje,jika tidak silap saya, Presiden Barrak Obama,Presdien Amerika dah datang mengunjungi Malaysia  sebanyajk 03 kali.

DI SAMPING itu Malaysia telah dipilih oleh sebahagian besar oleh anggota negara-negara yang menjadi ahli di dalam Pertubuhan Bngsa-bangsa Bersatu,di Newyork sebagai salah sebuah negara dari 15 negara yang memeganag kerusi Majlis Keselamatan  di PBB itu.

Disamping itu semakin banyak lagi Malaysia telah dipilih menduduki AJK badan-badan- kebajikan di dalam PBB itu.  Malaysia juga telah dipilih jadi Ahli jawatan kuasa pada badan2 kebajikan dunia bukan hanya satu penggal aje.

Malah bersambung-sambung seterusnya.Itu membuktikan Malaysia di bawah piumpinan Datuk Seri Najib,anak sulong kepada Tun Razak Hussin,Perdana Menteri Malaysia ke dua itu,bukn calang-calang tokoh politik negara yang Malaysia miliki.Malaysioa bukan negara tidur?

Malah dari tahun ke tahun semakin jadi maju setandning dengan negera2 lain di dunia ini.

Malah sangat aktif di berbagai bidang kemajuan dan kebajikan di dalam dunia antara bangsa ini. Akibat dari kemajuan-kemajaun Malaysai yang begitu menonjol di bawah pimpinan Datuk Ssri Najib itu?
Mahathir Mohamad kelihatan
 suruh anda berfikir sebelum buat sesuatu

Maka wujud-lah penomena baru di mana wujud pula beberapa orang bekas tokoh-tokoh pemimpin di dalam Umno juga yang merasa dengki hati dengan cara halus berdendam dengan Datuk Seri Najib.Mereka menggunting didalam lipatan.Mereka bercita-cita dan berharap agar legasi mereka yang harus memegang jawatan PMitu bukannya Najib secara terus menerus.

Orang yang sangat ketara dan mennonjiol kebencianya terhadap Najib?Tak lain tak bukan ialah bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamd.yang mana AllahyarhamTun  Razak Hussin,Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 secara ikhlas terima semula berada di parti Umno.

Terima semua  masuk jadi ahli  Umno setelah Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj  tendang Mahathir dari Umno akibat kecelupuran mulut Mahathir yang  mana didapti oleh Tun ku Abdukl Rahman sering membuat penilaian bahawa orang lain semuanya tak betul?

Bahkan dia seoarng aje yang betul dan perfect. Tungku di kririk oleh Mahathir sesuka hati beliau sahaja tanpa alasan yang benar dan logik.

KINI KRITIK POLITIKNYA TERHADAP NAJIB PULA

KINI,beliau didapati telah mula menyerang Najib pula ialah awal February 2015 hingga kini. Menurut apa yang telah didedahkan dan telah diterangkan oleh Najib sendiri kepadas rakyat melalui ucapannya di TV dan juga di dalam tulisannya di blog kepunyaan Najib sendiri,.Kenapa Mahathir dilihat begitu tak sebulu dengan Najib?

Tidak lain dan tidak bukan adalah, di sebabkan Najib menolak permintaan Mahathri yang berkepentingan peribadinya sendiri yang melampau.

Permintaan Mahathir bukan hal ehwal untuk kebajikan rakyat Malaysia amnya.Untuk itu? Najib terpaksa tolak bulat-bulat kemahaun Mahahri yang tidak dapat diterima dek akal itu?

Dari sejak ketika itulah, maka dendam kesumat Mahathir pada Najib semakin semarak jadinya dan isu yang Mahathir gunakan agar rakyat benci dan tak percaya pada Najib ialah Isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion yang diderma oleh Saudi Arabia.

Untuk cepat tercapainya hasrat dan matlamat Mahathir nak jatuhkan Najib itu? Muhyiddin Yassin ditariknya masuk ke dalam kemnya iaitu di kem "Anti-Najb"untuk dijadikan proxcynya.

Mengapa Mahathir nak gunakan Muhyiddin? Keran di dalam parti Umno ini Muhyiddin ini adalah Timbalan Presiden Umno.

JIKA golongan "Anti-Najb" ini berjaya gulingkan Najib melalui pintu belakang dan sebagainya? Maka pada hitungan Mahathir secara otomatik Muhyiddin Yassin akan jadi PM Malaysia mengikut susunan kerusi di dalam kepimpinan tertinggi parti Umno.

Jika Presiden Parti berundur/ Maka Timbalann Presiden parti-lah yang berhak gantikan tempat Presdien parti? Kononnya Mahathir dan konco-konconya nak naikkan pangkat Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin yang  dah berusia 69 tahun itu?  Di ddapti semacam bersetuju dan semacam tidak perlu berfikir panjang lagi?

Mungkini muhyiddisn tertarik dengan  formula Mahathir itu sebagai jalan "shortcut" cepat dapat merasa jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7?

Dalam konteks ini? Muhyiddin Yassin dilihat semacam telah terlatah dan telah tergoda dengan gula-gula dan formula Mahathir? Muhyiddin Yassin semacam dah masuk perangkap Mahathir.

Bekas menteri kehakiman dari Umno
Datuk Zahid Ibrahim pun join kem
Mahathir nak gulin Najib.
Bertitik tolk dari situlah.Maka Muhyiddin Yassin dilihat semacam dah mula tunjuk taring pada Najib. Muhyiddin Yassin didapati telah begitu berani mengkritik Najib( Ketua Kibilahnya) dikhalayak ramai secara terang-terangan terutama di dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 billion itu atas alasan menuntut kebenaran dari Najib dan sebagianya?

Maka portal media sosial yang pro-Mahathir pun lantas menyiarkan-kan segala ucapan Muhyiddin dan Mahayhir berhubung dengan krisis  1MDB dan wang derma RM2.6 bilion itu di portal-portal mereka secara besar-besaran untuk menggamit dan manuplasi minda dan perhatian rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu.Najib berkali-kali telah memberi jawapan dan penerangan secara terbuka bahawa beliau tidak terlibat dengan dua isu itu. Pun begitu?Mahahtir yang terkenal degil dan egonya langsung tak ambil peduli dengan segala penerangan  yang Datuk Sri Najib buat itu.

Mahathir lazimnya, hanya mahu orang lain mesti dengar hujah-hujah dia aje itu? Hujah orang lain kononnya tak betul belaka? Knonnya hujah-hujah Mahathir itu semacam WAHYU dari Allah SWT?

Mahathir  dilihat buat tak dengar segala peneragan yang diberi oleh Najib itu. Malah Peguam Negara pun dah keluarkan kenyataan yang menegaskan bahawa Najib tak boleh dibabitkan dalam isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion itu.

Mahahthir bukan setakat tak mahu terima segala penerangan yang logik dari Peguam Negara itu? Malah Peguam negara pula ditudunhnya dengan bermacam-macam tuduhan dan andaianya cipta Mahatyhir itu sendiri?.Anih sungguh pembawaan politik yang dibawa oleh Mahathir ini?

Mahathir mencabar Peguam Negara  bersumpah Al-Quran jika  Peguam negara tak bercakap bohong? 

Tetapi bila satu kumpulan Ngo (PMSP) minta Mahathir bersumpah Al-Quran menafikan bahawa Mahathir tak punya harta berbiluion ringgit di Argentina,di Australia, Sydney, di Langkawi,di Subang Jaya,hasil pemerintahnya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri. 

Mahathir diam aje dan tak berani sambut cabaran badan Ngo dari Pertubuhan Ninda Sosial dan Perihatin (PMSP) menyerahkan memorandum kepada Dr.Mahathir mendesak bekas Perdana Menteri itu mengisytiharkan harta keluarganya di dalam dan di luar negara?

Hingga kini  Mahathir masih belum menyambut cabaran itu agar berani mengadakan majlis sumpah Al-Quran.Beliau hanya pandai cabar orang? Bila orang cabar beliau? Dia nyap aje.

Menurut seorang penulis antara bangsa Bary Wain dalam bukunya bertajuk (Malaysia Maverick In Turbulant Time) mendakwa Dr.Mahathir mempunyai harta bernilai berbilion di luar negara.Kalau tak betul tulisan itu?Kenapa Mahathir hingga kini tak saman penulis dan penerbit buku tersebut hingga kini?

MUHYIDDIN TERIKUT-IKUT LAGU DAN IRAMA DENDANGAN  MAHATHIR.

Akibat di sebabkan Muhyiddin Yassin juga didapati semacam terikut-ikut dengan  lagu dan iram dendangan Mahathir dan konco-konconya terus melanyak,menghentam Najib dengan tuduhan kenapa tak mahu buat itu dan ini? 

Kerana didapati Muhyiddin Yassin dah begitu galak sangat nak lawan taukeh?Akhirnya Najib terpaksa gunakan"pre-rogatif power"nya sebagai Perdana Menteri, lantas memecat Muhyiddin Yassin dari kabinet pimpinan Najib.  

Tetapi jawatan Muhyiddin di dalam parti Umno sebagai Timbalan Presiden Umno? Langsung Najib tidak usik.

Tahukah anda apa yang telah Mahathir lakuakn dulu semasa beliau masih pegang jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia? Pada waktu petang dia pecat Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Pada malamnya pula,secara tergopoh -gapah Mahathir panggil mesyuarat (MT) parti Umno, guna kuasa melalui (MT) Umno pecat Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Presiden Umno dan sekaligus pecat Anwar Ibrahim dari keanggotaan parti Umno. Siapa yang lebih zalim dan siapa terlebih dahulu ambil tindakan yang drastik pecat Anwar Ibrahim? Adalah Mahathir Mohamad.
Bekas Menetrri Penerangan  dari
 parti Umno pun join Mahathir nak 
gulingkan Najib.kerana  senegeri 
dari Kedah ke atau apa?

Najib lebih berhemah dan lebih bertimbang rasa,lenbih releven lagi berbandiung dengan Mahathir Mohamad ketika dia berkuasa sebagai Presiden Umno dulu pada tahun 1997 hingga 2003.Cakap lebih sikit aje? Lawan taukeh ya? Jahanam kau pergi...

Tindakan Najib gugurkan Muhyiddin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran itu?

Membuatkan Mahathir dan koncoi-konconya yang sedang nak gunakan Muhyddin sebagai alat nak jatuhkan Najib itu?

Didapati jadi marah menggila pada Mahathir dan konco-konconya.Lantas melenting tak tentu fasal dan tak tentu arah.

Macam orang-orang sedang sesat ditengah-tengah hutan rimba belantara yang tebal,akibat usikan hantu-hantu rimba dari golongan (hantu orang-orang bunyian) yang menyesatkan jalan  mereka di sebabkan lidahnya terlalu celupar ketika mereka itu sedang berada di tengah-tengah rimba belantara itu.?.

Pesan Datuk nenek zaman dahulu kala,"Jika berada di tengfah-tengah hutan rimba belantara yang tebal dengan pokok-pokoknya tinggi mengawan.MNaka mulut-mulut anda jangan celupar.Akan diusik oleh hantu bunyian yang jadi penghuni rimba belenatara itu," langsung tak mereka endahkan?.

NASI TUMPAH KE MANA?

Sebagai anak pada Mahathir.Maka Mukhriz yang sedang memegang jawatan Menteri Besar KEDAH pun terikut-ikut dengan nyanyian lagu dan irama yang telah dikumandangkan atau pun yang diorbitkan oleh bapanya.

Mukhriz semacam tidak sedar bahawa jawatan ( Menteri Besar) yang sedang disandangnya itu adalah atas tiket kemenangan parti Umno pada PRU-ke-13 pada tanggal 05 hb.May 2013 dulu yan mana Datuk Seri Najib telah keliling seluruh Malaysia berkempen agar rakyat memilih parti Umno-BN.

Mukhriz dilihat langsung tidak tau hormat Ketua Kabilah parti Umno Datuk Seri Najib bila beliau menyokong Muhyiddin dan Mahathir.Mukhris semacam lupa bahawa beliau ada taukeh yang punya "prerogtif power" sebagai Predana Menyteri Malysia yang sah.

Ujung-ujungnya? Mukhriz pun digugurkan dari jawatan MB Kedah dan digantikan dengan Ahmad Bashah.Semakin kecewa hati Mahathir kerana anaknya itu baru sahaja bertugas sebagai MB  Kedah hanya 3 tahun sahaja.

MAJLIS TERTINGGI PARTI UMNO BERSIDANG 

PADA dua tiga hari sebelum tiba tanggal 26/02/2016 telah tersebar berita di seluruh Malaysia bahawa MT akan bersidang pada tarikh tersbut di atas dan sidang MT itu akan bermula petang.seperti lazimnya..

Dalam konteks itu banyak pihak dari pemerhati politik tanah air telah meramalkan bahawa satu tindakan drastik akan diambil ke atas Muhyiddin Yassin oleh (MT) yang mana Muhyiddin Yassin di dapati ternyata telah melanggar disiplin parti Umno.

Tiga hari sebulum MT nak bersidang itu? Didapati menerusi media arus perdana banyak sekali desakan dari Ketua-ketua Bahagian Umnoi di seleuruh Malaysia dan sekaligus oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno yang menjadi anggota (MT) di dapati bertali arus menyeru agar MT harus bertindak tegas terhadap Muhyiddin Yassin yang dah melampau batas melawan taukeh nombor satu itu.

Dalam konteks itu iaitu pada pagi semalam pada  tarikh (26022016) melalui portal Malaysiakini Mukhriz didapati ada membuat apolitik yang agak kasar juga bahasanya  yang mana berbunyi:-

"Jika Muhyiddin disingkirkan? Ia bererti ia sebagai 'paku terakhir keranda" bagi parti Umno. 

Mukhriz Tak sokong bapa? Durhaka
namanya nanti? Ujung2nya
terima akibatnya pula.
Pada sebelah malamnya pula,kira-kira pada jam 11.42 malam,tanggal 26/02/2016 iaitu sesudah( (MT) parti Umno dan selesai menjatuhkan hukumanya bahawa Muhyiddin digantung jawatannya itu hingga Perhimpunan Agung parti Umno di masa depan?

Dalam konteks itu. Mukhriz ada membuat kenyataan politiknya yang berbunyi, " Umno diramalakan bakal menerima padah pada pilihan raya umum akan datang susulan keputusan (MT) Umno mengambil keputusan menggantung tugas Muhyiddin.Mampukah Umno menarik semula sokongan rakyat terhadap parti Umno? Saya percaya sebaliknya pula berlaku.

"Umno-BN bakal menerima padah pada PRU ke-14 naiti".,kata Mukhriz. kelihatan membuat komen politiknya pada portal Malaysiakini pada jam 11.42 malam tanggal 26/02/2016 di hari di mana MT parti Umno telah selesai membuat keputusan yang muktamad terhadap Muhyiddin Yassin.

Wahai Mukhriz! Apa sahaja yang anda cakapkan pada hari ini? Rakyat Malaysia sangat faham, adalah bertitik tolak disebabkaan marah dan rasa kecewanya hati anda akibat Muhyhiddin Yassin yang jadi target Mahathir Mohamad nak letakan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang boleh dicucuk hidung, jika Najib berjaya digulingkan melalui pintu belakang atau sebagainya?

Kini Muhyiddin Yassin...dah tak ada apa-apa fungsi lagi di dalam parti Umno. Dah digantung oleh  (MT) jawatannya.Sudah pasti cita-cita dan harapan golongan "Anti-Najib" dah jadi hancur musnah.Putus sudah pakatan harapan.

Perjalanan untuk sampai ke pulau cita-cita dah harapan anda yang menggunung tinggi itu? Kini dah jadi semakin jauh jarak perjalanan-nya.

Muhyiddin yang jadi tokoh harapan untuk ke depan didalam parti Umno itu? Dah pun digantung fungsi utamanya. Nampaknya ternyata telah beberapa round golongan "Anti-Najb" dilihat telah jatuh bedebab akibat pukulan maut dari Najib.

Jatuh dan telah digagalkan oleh regim Najib Maka perjalan untuk mencapai cita-cita dan harapan gemilang anda boleh ditakrifkan dah jadi buntu sebuntunya.

Mungkin dah tiba di penghjujung terowong yang terakhir yang mana keadaannya begitu gelap gulita dan dah jadi semakin kecil dan terlalu sempit penghujngnya terowong itu? Mungkin langsung tak.ada oxsijen di dalamnya.

Jika diteruskan juga perjalanannya? Mungkin akan maut semuanya golongan Anti-Najib" akibat tak dapat menyedut oxsijen lagi untuk terus bernafas.

Ternyata perancangan anda yang bertitik tolak dengan perasaan hasad dan dengki itu? Telah dikalahkan oleh perancangan Allah SWT. yang Maha Bekuasa.Kerana alam ini adalah kepunyaan Allah Swt dan hanya DIA-lah juga Pemerintahan Yang Maha Agung.Berkuasa menentukannya.(Posted by abnmulya.//haji abu bakar ningal blogspot.com at  1705 hars on Feburuary 27,2016.

MUHYIDDIN YASSIN DIGANTUNG JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN

MT UMNO sebulat suara setuju, berkuat kuasa serta-merta 

MOHD. ASRON MUSTAPHA, RODELIO JUNJUN TUACAN 
DAN SAFINA RAMLI 
27 Februari 2016 1:20 AM 


NAJIB TUN RAZAK melihat gelagat Ahmad Zahid Hamidi pada mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan). Pada mesyuarat itu, ahli-ahli MT sebulat suara membuat keputusan Muhyiddin Yassin digantung daripada jawatan Timbalan Presiden parti. UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN 

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini sebulat suara memutuskan menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO berkuat kuasa serta-merta sehingga tempoh pemilihan parti pada 2018.

Tindakan disiplin ke atas Muhyiddin itu diambil mengikut Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO berikutan siri serangan beliau terhadap pucuk pimpinan parti termasuk terbaharu ketika mengadakan perjumpaan dengan ketua cawangan UMNO Negeri Sembilan baru-baru ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien selepas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Naib Presiden) memilih meninggalkan mesyuarat kerana tidak mahu dilihat mempengaruhi keputusan.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tidak hadir mesyuarat itu walaupun menerima jemputan dan beliau dipercayai berada di luar negara.

Keputusan tersebut menyaksikan Muhyiddin menjadi Timbalan Presiden UMNO pertama yang digantung jawatan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 kerana terbabit dengan pelbagai salah laku.

Dua lagi bekas Timbalan Presiden UMNO yang terpalit dengan krisis politik dalaman parti iaitu Allahyarham Tun Ghafar Baba dan Tun Musa Hitam masing-masing melepaskan jawatan secara sukarela.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan dicapai secara sebulat suara selepas lebih dua jam mesyuarat berlangsung dengan semua ahli MT UMNO menyatakan pandangan masing-masing.

“Majlis Tertinggi telah bersetuju sebulat suara untuk menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang Muhyiddin berkuat kuasa serta merta. Tempoh penggantungan hingga pemilihan parti akan datang.

“Tugas selaku Timbalan Presiden mengikut fasal 9.8.2.1 parti adalah membantu Presiden tetapi dalam kes Muhyiddin, beliau tidak menjalankan tanggungjawab yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.

“Majlis Tertinggi memandang serius mana-mana pemegang jawatan utama dalam parti UMNO yang tidak mendukung aspirasi dan dasar parti,” katanya yang membacakan kenyataan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Mesyuarat MT itu dihadiri oleh semua anggotanya kecuali Muhyiddin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Muhyiddin, 69, menceburi politik pada 1978 dan memenangi kerusi Parlimen Pagoh selama dua penggal sebelum beralih bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang yang membuka jalan baginya menjadi Menteri Besar Johor pada 1986.

Selepas khidmatnya sebagai Menteri Besar Johor tamat, Muhyiddin memegang beberapa portfolio berbeza sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Najib pada April 2009 tetapi dilucutkan daripada jawatan itu pada 28 Julai tahun lalu.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata, MT mengambil maklum bahawa UMNO mendukung prinsip kebebasan bersuara dan tidak pernah mengekang mana-mana pemimpin untuk menyuarakan pendapat tetapi perlulah melalui saluran yang betul.

“Perilaku Muhyiddin tidak mencerminkan tanggungjawab beliau selaku Timbalan Presiden yang sepatutnya membantu Presiden dalam mengukuhkan parti, sebaliknya beliau melemahkan parti,” katanya.

Ditanya siapakah pemimpin UMNO yang mengemukakan usul penggantungan tersebut, Tengku Adnan sekadar berkata, keputusan dibuat secara konsensus.

Kepada soalan mengenai siapa yang bakal memangku jawatan Timbalan Presiden UMNO, beliau berkata, dalam Perlembagaan parti tiada klausa untuk memangku jawatan nombor dua dalam UMNO itu.
“Dalam Perlembagaan UMNO tiada Pemangku Timbalan Presiden, jadi Majlis Tertinggi putuskan Ahmad Zahid menjalankan tugas-tugas sebagai Timbalan Presiden,” jelasnya.

Muhyiddin digantung jawatan Timbalan Presiden

Muhyiddin Yassin
26 Februari 2016 6:56 PM 

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan berkuatkuasa serta-merta sehingga pemilihan parti akan datang.

Mesyuarat MT juga memutuskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil alih tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor-

Mesyuarat  MT tersebut  telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishmuddin Tun Hussin Onn,Naib Presiden Umno. (Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1956hrs on Februarya 26,2016.

Thursday, February 25, 2016

Ada Ahli PPO SPRM Main Politik Akibat Kelemahan Najib Razak Sendiri.

Emel pembaca: Amin Yatim PPO. 

1.Kenyataan seorang Panel Penilaian Operasi (PPO), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempertikaikan keputusan Peguam Negara untuk menutup kes siasatan ke atas Perdana Menteri sangat mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya mengenai motif sebenar panel tersebut. 

2. UNTUK REKOD, sehingga hari ini tiada kenyataan rasmi dari PPO bahawa mereka mahukan siasatan semula oleh SPRM ke atas Perdana Menteri dalam isu derma RM 2.6 bilion dan sumbangan SRC International. Yang ada hanyalah kenyataan salah seorang ahli panel tersebut, Lim Chee Wee, pada 29 Januari 2016 yang menyatakan Peguam Negara tiada kuasa menutup kes. 

3. Siapakah Lee Chee Wee? Beliau ialah bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia yang diketahui umum sangat membenci dan berat sebelah dalam isu-isu membabitkan Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Kenyataan beliau kepada media pada 29 Januari lepas adalah pandangan peribadi yang bertujuan mempengaruhi pandangan ahli PPO lain. 

 4. The Malaysian Insider HANYA MEMETIK SUMBER apabila menerbitkan laporan bahawa “Jawatankuasa ini menggesa siasatan skandal kewangan Perdana Menteri dibuka semula, selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan kes itu ditutup bulan lepas.” 

5. Ulasan-ulasan mengenai pandangan PPO dalam kes Derma dan SRC International ini ialah berdasarkan sumber bukannya kenyataan rasmi.

6. Apakah panel yang diketuai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo dengan ahli lain panel seperti Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee “tidak ada telur” untuk membuat sidang akhbar secara rasmi untuk menyatakan perkara sedemikian? 

7. Satu tanda tanya besar ialah sekiranya tidak berpuas hati, mengapa PPO tidak memanggil Peguam Negara, Tan Sri Appandi Ali untuk mendapatkan penjelasan? Sudah tentu panel PPO tidak boleh membuat keputusan sebelah pihak hanya berdasarkan fakta kes dalam kertas tanpa mengambil kira pandangan pembuat keputusan, iaitu dalam kes ini ialah, Peguam Negara. 

 8. Apakah sudah menjadi tabiat biasa PPO memberi pandangan hanya berdasarkan apa yang tertera atas kertas tanpa memanggil pihak yang membuat keputusan bagi mendengar penjelasan? 

9. Pada 2010, Panel Penasihat SPRM boleh memanggil Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Ghani Patail, bagi memberi penjelasan mengenai kontroversi pemergian haji beliau bersama seorang individu yang dipercayai kenalan rapat bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli.

10. Jadi mengapa hari ini satu lagi panel penasihat SPRM tidak boleh memanggil Peguam Negara untuk mendengar pandangan beliau mengenai kes dana politik ini?

11. Hakikatnya, jika benar ada keputusan PPO sedemikian ia adalah kerana mereka mahu bermain politik bukan menjaga integriti pentadbiran negara. Jika tidak mengapa tiada kenyataan rasmi? 

12. Atau semua ini hanyalah mainan media pro-Pakatan dengan seorang dua ahli panel yang jelas anti-kerajaan BN sejak dahulu. 

13. Sedikit sebanyak Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak harus dipersalahkan kerana beliau membenarkan orang yang ada kecenderungan membuat pertimbangan berat sebelah seperti bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia berada dalam panel menjaga integriti pentadbiran negara. 

14. Kem Najib mungkin tidak menyangka bahawa ahli panel seperti ini akan menjadikan beliau sebagai mangsa politik. Mereka mungkin beranggapan asalkan yang kena orang lain ia bukan masalah Perdana Menteri! -MYKMU.NET.( Dipetik semula dari Mykmu.Net.Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogsppot.com.at 11.25 am on February 26,2016.

Ambil pendirian tegas,henti serangan terhadap Najib

26 Februari 2016 1:36 AM 


KUALA LUMPUR 25 Feb. – Majlis Tertinggi UMNO diharap mengambil pendirian tegas berasaskan konsensus bahawa tindakan menyerang Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka mesti ditamatkan segera.

Reezal Merican Naina Merican
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Me­rican menegaskan buat masa ini, UMNO tidak boleh melayan politik berasaskan serangan peribadi.

Katanya, keputusan Majlis Ter­tinggi esok akan membayangkan komitmen parti untuk mendahulukan rakyat selain tidak melayani golongan yang mahu menjadi ‘primadona’ dan mendahulukan ego peribadi.

“Tidak ada sesiapa yang wajar diberikan layanan istimewa, tatkala parti memerlukan usaha berterusan memperteguhkan kewibawaan dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

“Rakyat sedang memerhati tindakan dan bagaimana kita menyantuni pemimpin serta pejuang lama. Ya, mungkin kita boleh berbeza pandangan dalam perkara tertentu, tetapi menyerang Presiden parti dengan tuduhan tidak berlandaskan fakta serta kebenaran tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyata­an di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan beberapa ahli parti yang dilihat kerap menyerang Najib secara terbuka sejak kebelakangan ini.

Mengulas lanjut, Reezal Merican memberitahu, beliau menyokong usaha untuk mengambil tindakan kepada amalan serangan terbuka yang dilakukan oleh Timbalan Presi­den, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Najib.

Bagaimanapun, Reezal Merican menjelaskan bahawa perkara itu tidak bermakna beliau tidak menghormati pandangan Muhyiddin.
“Dalam sebuah organisasi, kita tidak boleh terus-terusan berada dalam keadaan yang serba defensif dan serba salah.

“Saya khuatir jika sikap dan pendirian yang bertentangan dengan institusi Presiden ini berterusan, parti akan diheret sama ke aras sokongan politik yang sukar,” katanya.(Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 7.36 m on February 26,2016.

Digantung atau dipecat?

MT mungkin putuskan nasib Muhyiddin Yassin hari ini 


26 Februari 2016 1:36 AM 

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dijangka ditentukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti esok.

Muhyiddin Yassin

MT UMNO dijangka memutuskan sama ada Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh akan digantung atau dipecat.

Spekulasi berhubung perkara tersebut timbul berikutan gesaan pemimpin UMNO yang mahu tindakan tegas diambil terhadap Muhyid­din kerana berterusan mengkritik kepemimpinan negara khususnya berhubung isu 1Malaysia Develop­ment Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion.

Malah, Ahli MT UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Isnin lalu secara terbuka menggesa Muhyiddin berundur daripada jawatannya dalam parti.

Pendirian serupa turut dinyatakan oleh veteran UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang meminta Muhyiddin meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak lagi sehaluan dengan kepemimpinan parti yang lain.

Walau bagaimanapun, Ketua Penera­ngan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan desakan tersebut hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili parti.

Sebelum ini, spekulasi sama berlegar menjelang mesyuarat MT UMNO pada 24 November lalu namun hanya Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang dipecat atas kesalahan melanggar disiplin parti.

Muhyiddin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula terselamat daripada dikenakan sebarang tindakan.

Kini, persoalan sama berulang dan banyak pihak tertanya-tanya sama ada Muhyiddin akan ‘terselamat’ sekali lagi selepas mesyuarat MT esok.

Jika MT UMNO memutuskan untuk bertindak tegas terhadap Muhyiddin, apakah bentuk hukuman yang akan dijatuhkan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu?

Berdasarkan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO, mana-mana ahli yang melanggar peraturan disiplin parti boleh digantung keahlian atau dipecat selain diberi amaran serta dilarang mewakili UMNO dalam pilihan raya.

Sekiranya spekulasi itu benar, apakah nasib yang mungkin diterima Muhyiddin esok, digantung atau dipecat? (Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at .23 am on February 26,2016.

Panel Penilaian SPRM sangkal The Malaysaian Insider

26 Februari 2016 1:39 AM 

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Panel Penilaian Operasi yang menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyangkal yang ia ‘mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC’ seperti dilaporkan dalam portal berita The Malaysian Insider hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo berkata, panel tiada kaitan langsung dengan laporan berita yang memetik anggota panel yang tidak dinamakan sebagai sumber berhubung beberapa kenyataan yang dikatakan daripada panel berkenaan.
“Kami ingin menyatakan bahawa tiada sumber tanpa nama diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak panel dalam mana-mana keadaan. Dengan ini, kami ingin menegaskan bahawa kami tiada kaitan langsung dengan semua kenyataan yang memetik sumber tanpa nama itu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Hamid berkata, panel langsung tidak pernah pada mana-mana masa menyatakan ia mempunyai “cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC” seperti didakwa dalam tajuk artikel itu, atau bahawa “terdapat bukti berwibawa untuk merangka pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak”.
Panel juga tidak membuat rumusan bahawa “penyiasat SPRM telah mengumpul keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib”, katanya.
Bagaimanapun, katanya, panel ada menasihatkan SPRM untuk melengkapkan penyiasatannya.
Hamid turut merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh SPRM semalam yang menyatakan “SPRM diminta oleh panel untuk mengeluarkan kenyataan umum berhubung isu ini”.
“Kami tidak membuat permintaan seumpama itu kepada SPRM.
“Bagaimanapun terpulang kepada SPRM sekiranya ia mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.” 
– BERNAMA( Utusan online).Posted by abnmulya // haji ab u b akar ninggal.blogspot.com.at 7.00 am on Februry 26,2016.

Wednesday, February 24, 2016

Guna platform betul suarakan pendapat-Annuar Musa

23 Februari 2016 1:37 AM 


PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman(tengah) bersama Annuar Musa (empat dari kanan) dan barisan kepemimpinan UMNO negeri serta para pemimpin parti komponen Barisan Nasional memotong pulut kuning sempena 25 tahun UMNO ditubuhkan di Sabah semasa Sambutan Jubli Perak UMNO Sabah di Bangunan UMNO Sabah, Kota Kinabalu, semalam.Turut hadir pemimpin veteran UMNO Sabah, Tun Sakaran Dandai (kiri). - UTUSAN/IRWAN MAJID 

KOTA KINABALU 22 Feb. – Semua pemimpin UMNO digesa menggunakan platform yang betul untuk menyuarakan sesuatu perkara atau pendapat terutama melibatkan isu berkaitan parti.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, setiap pemimpin UMNO juga jangan hanya berani bercakap di luar tetapi takut untuk bersuara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Katanya, segala hal berkaitan parti tidak perlu dihebohkan di luar sebaliknya dibincangkan bersama atas kapasiti semangat berpasukan dan setia kawan.

“Semua orang yang berjawatan termasuk saya atau sesiapa sahaja yang mempunyai isu boleh berbincang dalam mesyuarat.

“Jangan bercakap banyak di luar (secara terbuka) tetapi (ketika) di dalam mesyuarat mengambil pendekatan diam,” katanya.

Beliau yang mewakili MT UMNO ditemui selepas majlis beramah mesra bersama barisan Ketua Penerangan UMNO negeri sempena sambutan Jubli Perak UMNO Sabah di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Sapawi Ahmad.

Ditanya tentang perancangan jentera penerangan UMNO negeri ini, Annuar optimis UMNO negeri ini mampu mengekalkan kemena­ngan cemerlang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Keyakinan itu disandarkan beliau melalui semangat kesetiaan serta perancangan berkesan hingga menjulang Sabah sebagai negeri ‘deposit tetap’ untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Annuar yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkata, selaku Ketua Penerangan UMNO yang baharu, beliau akan membuat penambahbaikan berhubung jentera penerangan negeri ini.

“Segala laporan daripada perjumpaan ini akan dibentangkan dalam mesyuarat MT UMNO. Tiada apa yang perlu diubah dalam jentera penerangan dan saya akan lihat ruang yang wajar diperelokkan lagi, itu yang akan saya buat,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal. blogspot.com.at 10.23 am on Februatu 25,2016.

Muhyiddin perlu ingat jas aparti-Azlina

25 Februari 2016 1:44 AM 

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan agar tidak bertindak seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar apabila sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh melemahkan parti semata-mata untuk kepentingan peribadi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau perlu sedar bahawa kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Pagoh adalah atas tiket Barisan Nasional (BN) yang dimenangi hasil kerja keras jentera BN untuk memberi kemenangan kepadanya.

Datuk Seri Azalina Othman
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai orang nombor dua dalam parti, Muhyiddin sepatutnya membantu melicinkan kerja Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan perbezaan pendapat bukannya mengkritik secara terbuka.

“Kesetiaan kepada pucuk pimpinan adalah perkara pokok yang menjadi amalan dalam mana-mana parti politik di seluruh dunia, setiap pemimpin perlu patuh kepada peraturan dan dasar-dasar parti kerana itu menjadi tunjang kepada kekuatan.
]
“Tindakan beliau itu memberi contoh tidak baik kepada kepemimpinan di peringkat akar umbi. Jika beliau benar-benar sudah tidak sehaluan dengan apa yang diamalkan UMNO selama ini, bolehlah berundur diri atau mungkin menawarkan diri bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan parti akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemimpin-pemimpin UMNO hari ini mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang sering mengkritik kepemimpinan negara dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion yang disifatkan umpama api dalam sekam yang secara perlahan-lahan boleh merosakkan parti.(Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu baklar ninggal.blogspot.com at 9.5 am on Februaty 25,2016.

Letak jawatan jika tak setuju kepimpinan parti

25 Februari 2016 1:44 AM 


KULIM 24 Feb. – Mana-mana individu yang berjawatan dalam UMNO tetapi tidak mampu untuk menyokong mahu pun bekerjasama dengan pemimpin diminta untuk bersikap 'gentleman' dengan melepaskan jawatan masing-masing bagi memudahkan saf kepimpinan sedia ada melakukan kerja demi kesejahteraan rakyat.

Vetran Umno,T
an Sri Abdul Rahim Tamby Chik
Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, dalam apa jua keadaan, sesebuah organisasi atau parti tentunya memerlukan kepemimpinan yang sehaluan, senada dan sekata untuk melaksanakan apa jua visi serta wawasan yang dicita-citakan.

“Sepatutnya orang seperti itu tidak perlu tunggu sehingga diambil tindakan. Letakkan jawatan dan nyatakan bahawa langkah itu diambil kerana tidak bersetuju dengan prinsip serta wawasan yang dibawa.

“Tiada persoalan mengenainya dan begitu barulah namanya ‘gentleman’. Bukan saja ahli politik, malah kakitangan kerajaan juga mesti seiringan dengan mereka yang melantik anda ke jawatan tersebut bagi memastikan pasukan dibentuk, sehaluan dalam melaksanakan amanah untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika hadir ke Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) di sini hari ini.

Abdul Rahim mengulas tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berterusan mengkritik kepemimpinan negara terutamanya berhubung isu 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) serta dana RM2.6 billion sehingga memaksa beberapa pemimpin parti mendesak agar beliau dikenakan tindakan tegas.

Dalam pada itu beliau yang juga bekas Ketua Menteri Melaka turut menegur beberapa bekas pemimpin UMNO yang melemparkan pelbagai tuduhan tanpa bukti terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kebelakangan ini.

“Jangan buat kritikan bersandarkan persepsi negatif yang tidak berasas. Katakanlah anda mengambil laporan dari media luar seperti New York Times serta Wall Street Journal (WSJ) untuk menghentam kepimpinan sedia ada, sejauh mana anda yakin dengan kesahihahn emel atau apa saja bukti yang dikemukakan oleh laporan-laporan itu.

“Kalau benar hendak buat tuduhan, kemukakan bukti dan nyatakan betul-betul yang bukti itu boleh dibawa ke mahkamah. Setakat petikan daripada laporan media asing, belum tentu kesahihan berita itu menepati standard bukti dimahukan mahkamah,” katanya.

Menurutnya, kedudukan serta gelaran yang ada pada bekas pemimpin yang mengkritik kepemimpinan hari ini tidak sama sekali menandakan bahawa mereka bebas melakukan apa saja mengatasi undang-undang negara.

"Sama ada anda pernah berada di peringkat tertinggi atau di bawah, kita semua tertakluk kepada undang-undang. Selagi seseorang itu tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah, maka beliau layak untuk terus memerintah dan tuduhan yang dilemparkan tanpa bukti tidak lebih dari sekadar khabar angin," ujarnya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.29 am on Februaay 25,2016.

Tuesday, February 23, 2016

FITCH Sahkan Penarafan Malaysia Pada "A-" Dengan Unjuran Stabil

Fitch Ratings hari ini mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing kepada ‘A-‘ dan ‘A’ dengan unjuran stabil.

Dalam satu kenyataan, agensi penarafan itu turut mengesahkan penarafan terbitan bon mata wang tempatan tidak bercagar senior Malaysia pada ‘A’ dan had siling negara pada ‘A’ manakala IDR mata wang asing jangka pendek pada ‘F2.’

Penarafan itu, kata Fitch, antara lainnya didorong oleh komitmen kerajaan terhadap usaha pengukuhan fiskal, kestabilan ringgit serta pertumbuhan rizab dan ekonomi yang lebih kukuh. BERNAMA.

Tidak sokong presiden: Nazri gesa Muhyiddin Berundur

23 Februari 2016 1:22 AM 

SABAK BERNAM 22 Feb. – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta berundur daripada jawatannya jika tidak lagi mahu menjalankan tanggungjawab membantu Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha mengukuhkan UMNO serta kerajaan.

Mohamad. Nazri Aziz

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz berkata, langkah sedemikian perlu difikirkan oleh Muhyiddin ekoran tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang dilapor sering mengeluarkan kenyataan bersifat mengkritik kepimpinan di sebalik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion.
“Sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau sepatutnya membantu Presiden. Apa-apa tindakan yang menampakkan dia tidak membantu malahan melemahkan Presiden, itu adalah kesalahan.
“Baru-baru ini beliau membuat lagi kenyataan walaupun isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion telah diputuskan selesai oleh Peguam Negara. Ini semua bukti yang nyata yang beliau tidak menjalankan tanggungjawabnya seperti para perwakilan parti harapkan kepada beliau semasa pemilihan sebelum ini.
“Bagi saya mudah, kalau tidak boleh sokong kepimpinan Presiden lagi, beliau boleh berundur. Kalau tidak mahu berundur, saya akan usulkan beliau digantung daripada parti dalam mesyuarat MT akan datang, kita tunggu dan lihat nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.( Utusan online).Posted bya abnmulya  //haji abau bakar ninggal.blogpot.com at 1338 hrs on February 24,2016.