Saturday, June 17, 2017

Tiada bukti penyalahgunaan wang 1MDB--APANDI

Jabatan Kehakiman AS tidak maklumkan tindakan fail saman sivil

Norlizah Abas :17 Jun 2017 3:00 AM

PUTRAJAYA 16 Jun - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali (gambar)berkata, tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa menunjukkan adanya penyalahgunaan wang da­ripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mohamed Apandi Ali

Beliau turut menyatakan kekecewaan kerana sekali lagi pihaknya tidak dimaklumkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhubung tindakan jabatan itu memfailkan saman sivil berkaitan 1MDB.

Berikut adalah kenyataan penuh Mohamed Apandi Ali Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) mengambil perhatian berhubung tindakan undang-undang sivil terbaharu oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Tindakan kedua ini berlaku pada ulang tahun tindakan pertama, dan nampaknya ia merupakan tindakan ulangan. 

Kami ingin menyatakan rasa kecewa kerana sekali lagi AG C tidak dimaklumkan atau diberitahu oleh DoJ berhubung tindakan ini.

Kami juga mendapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undangundang bagi pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB; dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewengan dana daripada 1MDB.

1MDB adalah sebuah syarikat Malaysia dan pernah menjadi subjek beberapa siasatan dalaman Malaysia termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Selepas semakan, kami mendapati bahawa tiada jenayah dilakukan. Pada masa ini, masih ada penyiasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia mengenai 1MDB.

Kami ingin menyatakan rasa bimbang mengenai sindiran tentang salah laku jenayah yang dibuat terhadap Perdana Menteri.

Tindakan sivil itu langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah. Sehingga kini, AG C tidak menerima sebarang permintaan daripada DoJ untuk mendapatkan sebarang maklumat atau bukti.

Bagaimanapun, kami mengalu- alukan sebarang permintaan sedemikian selaras dengan komitmen kami untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa dan memerangi pengubahan wang haram.

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, AG C tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan jenayah, dengan syarat adanya bukti yang mencukupi untuk berbuat demikian.

Sebarang perbuatan salah laku akan dihukum dan Malaysia akan sentiasa mendukung kedaulatan undang-undang.( Utusan online).Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.48 am on Jun 18,2017.