Tuesday, September 26, 2017

Malaysia bakal miliki Venice MICE terbesar di Asia Tenggara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan daripada Presiden Perbadanan Putrajaya yang juga Pengerusi Kumpulan PULSE, Datuk Seri Hasim Ismail (kanan) mengenai model Pusat Konvensyen dan Expo Malaysia (MyExpo) pada majlis pecah tanah MyExpo di tapak pembinaan MyExpo City di Presint 5 hari ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.MyExpo City yang dijangka siap pada 2020 bakal diangkat sebagai pusat pameran terbesar di Malaysia. - BERNAMA.

16 September 2017 8:12 PM  


PUTRAJAYA 26 Sept. - Malaysia akan mempunyai venue mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) terbesar di Asia Tenggara di sini, berikutan penggabungan Pusat Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyExpo) dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menjelang 2021.


Semasa merasmikan majlis pecah tanah MyExpo di Precint 5, di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pusat konvensyen berkenaan dengan keluasan kasar 1.5 juta kaki persegi itu akan menjadi pusat pameran terbesar di Malaysia apabila siap pada tahun 2020.


MyExpo, dengan ciri-ciri reka bentuk yang unik dan boleh menampung 60,000 orang pada satu masa, dengan unjuran pendapatan tahunan sebanyak RM500 juta, katanya.


"Oleh itu, apabila MyExpo membuka pintunya pada tahun 2021, ia bukan sahaja akan menyumbang kepada peningkatan jumlah pelawat ke negara kita, tetapi juga mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.


"Ini akan membantu menjadikan Putrajaya sebuah bandar raya yang benar-benar memenuhi keperluan perniagaan dan aktiviti santai, bukan sahaja untuk penduduk tempatan tetapi juga untuk hos kepada warga negara lain yang dijangka tinggal dan bekerja di sini," katanya.


MyExpo adalah pembangunan fasa pertama MyExpo City di kawasan Pembangunan Bercampur Bersepadu dan Diplomatik.


Tapak baru MyExpo City itu terletak bersebelahan PICC dan projek itu dijangka melengkapkan dan membawa nafas baru kepada PICC yang memenuhi sebahagian besarnya untuk persidangan, kongres dan konvensyen sejak 2013.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata MyExpo City yang meliputi kawasan seluas empat juta kaki persegi akan mempunyai taman serta hotel empat dan lima bintang.


Beliau berkata sektor MICE merupakan cadang industri pelancongan global yang berkembang pantas dengan industri MICE Malaysia menarik 111,298 perwakilan ke 153 acara dan menjana hasil sebanyak RM1.035 bilion pada tahun lepas.


Menjelang 2020, pelancongan perniagaan dijangka menyumbang sebanyak RM3.9 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar dan menjana 16,700 pekerjaan, katanya - BERNAMA .( Utusan online).Posted  bya abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2301 hrs on September 26,2017.

Benar Salah Tun Razak Dan Najib Razak Sarawak DiAbaikan

Rhg.September 26,2017
oleh Ab Jalil Backer

1. Tun Mahathir menyalahkan Tun Tazak dan Najib Razak punca Sarawak terabai. Kata beliau, Tun Razak yang menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974.

2. Akta ini memberi kuasa kepada syarikat milik negara Petronas melakukan carigali minyak di seluruh negara. Pada 1974, malah sekarang pun, sukar untuk negara sebesar Malaysia mempunyai beberapa syarikat cari gali minyak. Ia tidak ekonomik.
3. Sebenarnya Akta ini tidak bersalah apa-apa. Ia hanya menjadi pertikaian apabila Mahathir selama 22 tahun menggunakan sumber Petronas, untuk Putrajaya, KLCC, F1, segala macam projek mega infra dan ego serta menyelamatkan syarikat anaknya, tanpa mempedulikan pembangunan Sabah dan Sarawak.
4. Selama 22 tahun Mahthir hanya memandang Sabah dan Sarawak sebelah mata, hari ini beliau menawarkan satu penebusan dosa. Mengenali Mahathir beliau akan memberi 1001 alasan pada masa depan untuk menyelamatkan diri dari janji hari ini.
5. Kata Mahathir, Najib Razak pula bersalah kerana kerajaan menggubal Akta Laut Wilayah 2012.
6. Hakikatnya, pindaan ini tiada kena mengena dengan faktor Sarawak tertingal dalam pembangunan. Ia sekadar mengikut piawai antarabangsa dan membolehkan kerajaan menguruskan pertikaian sempadan antara negara dengan lebih baik.
7. Menurut Seksyen 3(3) akta itu, jarak lebar kawasan laut yang berada di bawah kuasa negara adalah 12 batu nautika dari pantai – selaras dengan undang-undang antarabangsa – manakala negeri hanya berkuasa untuk jarak 3 batu nautika.
8. Satu-satunya kesalahan Tun Razak kepada Sarawak ialah “mewasiatkan” kepada Tun Hussien Onn supaya melantik Mahthir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri.
9. Satu-satunya kesalahan Najib Razak kepada Sarawak ialah menyokong Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
10. Jika Najib Razak kekal menyokong Tengku Razaliegh pada 1987, mungkin keadaan Sarawak jauh lebih baik.
11. Ya! Kesalahan Tun Razak dan Najib Razak pada Sarawak ialah menyokong Mahathir Mohamad menyebabkan 22 tahun Sarawak terabai.
12. Sekarang Najib Razak sedang membetulkan keadaan ini.
Dipetik dari MyKmu.Net.Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal blogspot.com at 2124hrs on Swptember 26,2017.

Baru Sekarang Mahathir Mahu Mengkaji Semua Perjanjian Malaysia--Masing

Rhg.Seprtember 26,2017

Ikrar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia jika Pakatan Harapan berkuasa adalah gimik politik untuk menarik pengundi Sarawak, kata Tan Sri James Masing.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata adalah ironis bahawa Dr Mahathir hanya mahu melihat Perjanjian Malaysia sekarang, tetapi tidak melakukannya semasa kepimpinannya.
“Ketika beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun, dia tidak pernah menyentuhnya, tetapi hari ini, apabila dia mahu rakyat Sarawak mengundi Pakatan, maka dia berkata beliau akan mengkaji semula,” kata Masing kepada wartawan selepas menyerahkan cek projek luar bandar kepada pelbagai penerima di sini pada hari Selasa.
Di satu ceramah di Kuching pada malam Ahad lalu, Dr Mahathir berkata Pakatan akan mengkaji semula Perjanjian Malaysia untuk memastikan perjanjian yang adil untuk Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Bekas perdana menteri, yang kini pengerusi Pakatan, juga berkata gabungan Pakatan Rakyat bercadang untuk merundingkan semula perjanjian hasil petroleum dengan Sarawak dan Sabah, dan memulihkan autonomi pendidikan kepada kedua-dua negeri.
Masing berkata kerajaan negeri sudah pun berbincang dengan Kerajaan Persekutuan mengenai penyebaran kuasa dan memulihkan hak Sarawak, sesuatu yang tidak pernah berlaku semasa Mahathir menjawat sebagai perdana menteri.
“Mesyuarat sedang berlangsung dan saya percaya kita mempunyai respon positif daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya. Sumber asal The Star. Posted by MyKmu.Net.Dipetik oleh Abnmulya //haji abu bakar ningal.blogspot,cim. at 2054hrs on September 26,2017.

Friday, September 22, 2017

PAS Percaya Rakyat Kelantan Tolak PAN

NAIB Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (kiri), dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan (kanan), pada Majlis Perasmian Jubli Emas Pas Kota Bharu, di Dataran Ilmu, Kota Bharu hari ini.] 
Oleh  Mohd Hafiz Abd. Mutalib
23 hb.September 2017.
KOTA BHARU, 23- September. PAS pecaya parti serpihannya PAN bakal ditlak sepenuhnya oleh
pengundi negeri ini dalam Pilihan Raya Umm ke-14 ( PRU-14).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan berkata,hasil analisa satu peratus sahaja yang sukakan PAN dan situasi tersebvut cukup memmbyangkan bagaimana nasib parti itu sekiranya ingin bertanfing dalam pilihn raya ke-14 itu nanti? Bagaimana nasib parti itu sekirannya ingin bertanding dalam puilihan raya dalam PRU ke-14?

“Kalau begitu keadaannya, bagaimana hendak bertanding. Sejarah membuktikan parti baharu, parti serpihan ini selalunya tidak kemana-mana kecuali jika berlaku gelombang besar seperti Semangat 46 dan PKR satu ketika dahulu,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian sambutan Jubli Emas 50 tahun Pas Kota Bharu di Medan ilmu di sini sebentar tadi.

PAN sebelum ini membayangkan akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di seluruh Kelantan dalam PRU-14.
Malah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan yakinnya sebelum ini turut menamakan Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar sekiranya Pakatan Harapan menang di negeri itu. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2.50 am.on Septembr  23,2017.

Mahathhir Punya Terlepas Pandanag,Merugikan Rakyat RM32.5 BILION.

September 19,2017.

PENUTUP prosiding RCI Forex hari ini diakhiri dengan Mahathir akhirnya dilaporkan “mengakui” kecuaian sehingga negara dan rakyat kerugian RM 32 billion dalam kerugian perdagangan Forex era 90-an.

Sudah tentu cara mengaku tu bukan direct tapi indirect, dengan mengatakan dia terlepas pandang. Iyalah sangat terlepas pandang, sampai RM 32 billion lesap, tinggi betul kosnya kepada rakyat bila Mahathir terlepas pandang ya.

Pada penulis sendirlah, ini bukan terlepas pandang tapi lebih kepada kecuaian.  Seorang Perdana Menteri kalau tak sedar RM 32 billion hilang itu bukan terlepas pandang, tapi kecuaian. 

Tiada manusia dalam dunia boleh terima alasan sebegitu keluar dari mulut pemimpin apatah lagi yang sedang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri semula. Itu belum kita masuk lagi bagaimana 2 kali kemelesetan ekonomi melanda negara ini sepanjang 22 tahun pemerintahannya. 

Itu apa nak cakap tu, terlepas pandang juga?  Kena ingat ni, bukan semua negara Asean terjejas oleh krisis kewangan Asia 1997, Brunei, Vietnam dan Singapura tak kena. 

Samalah kesnya bila ia akhirnya selesai, bukan kita saja yang berjaya keluar dari kemelesetan itu, negara terjejas lain pun keluar juga.

]usteru, inikah dia orang yang macai Pakatan nak jadikan semula sebagai Perdana Menteri? Dah habis akal ke? Tulisan dan gambar d
ipetik dari MyKmu,Net. Tulisan Adamayan. Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot,com,at 1.56 am on September 19,20117.

Wednesday, September 20, 2017

Keputusan DUN Kelantan Tidak Bercanggah Perlembagaan

 September 15,217 @ 3.00am

KUALA LUMPUR 14 Julai – Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) tidak bercanggah dengan Perlembagaan kerana tidak mengatasi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) sedia ada.

Prof.Madya Dr.Shamrahayu Abdl Aziz
Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz berkata, tuduhan bagaimana keputusan DUN Kelantan itu telah bertentangan dengan Perlembagaan seperti yang didakwa oleh Majlis Peguam adalah tidak jelas.

Katanya, keputusan DUN nege­ri itu juga tidak mengubah mana-mana perundangan substantif berkenaan kesalahan, sebaliknya hanya berkaitan tatacara pelaksanaan hukuman sebat membabitkan hukuman itu yang boleh dilakukan di hadapan di khayalak ramai.

“Saya tidak jelas apakah bentuk pe­langgaran Perlembangaan yang dimaksudkan. Mungkin Maj­lis Peguam salah faham dengan laporan-laporan akhbar kononnya pindaan enakmen itu berkait rapat dengan dengan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang mungkin diluluskan di Dewan Rakyat kelak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut laporan oleh sebuah portal berita tempatan, Majlis Peguam berpendapat, pindaan yang dilakukan oleh DUN Kelantan pada Rabu lalu adalah bercanggah dengan Per­lembagaan.

Pengerusi Jawatan­kuasa Undang-Undang Syariah Majlis Pegu­am, Kuthubul Zaman Bukhari berkata, hal itu kerana pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai RUU 355 belum diluluskan di Parlimen setakat ini.

Pada masa sama, Shamrahayu berkata, beberapa tempat yang sesuai untuk melaksanakan hukuman sebat di khayalak ramai itu juga perlu diwartakan oleh kerajaan negeri, termasuk menjelaskan maksud orang awam yang boleh menyaksikan hukuman tersebut. 

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar juga bersependapat bahawa, agak sukar untuk dipastikan apakah bentuk percanggahan yang dimaksudkan oleh Majlis Peguam.

Beliau bagaimanapun berkata, kesemua pihak termasuk Majlis Peguam dan Kerajaan Negeri Kelantan perlu bersemuka bagi merungkai segala perbezaan pandangan berkaitan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) itu.

“Perbincangan dan penjelasan daripada kerajaan negeri wajar diperoleh oleh Majlis Peguam. Perkara membabitkan perundangan akan mengelirukan jika disalah tafsir oleh pelbagai pihak yang berpengaruh,” katanya.

Khairil Azmin juga berkata, kelulusan RUU itu perlu ditangani secara rasional dan berfikiran terbuka bagi memastikan hal itu tidak dipolitikkan.( Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com on 1514 hrs on September,20,2017.

Tuesday, September 19, 2017

Part Lesapkan Tak Tahu, Part Senyapkan,Takkan Tak Tahu Jugak???

Tun M Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Rupa-rupanya begitu banyak dia tidak tahu dalam masa pemerintahan di  Malaysia di bawah jaggannya sebagai PM?
Tulisan Adamayan
September 18,2017.


MANDAT Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian Forex ini sebenarnya ada 3.  Apakah dia? Lebih kurangnya begini

1. Mengesahkan memang Bank Negara Malaysia ini mengalami kerugian yang besar akibat perdagangan matawang era 90-an yang dulu dan kesannya kepada ekonomi negara

2. Adakah aktiviti berniaga forex ini menyalahi Ordinan Bank Pusat 1958? 3. Sama ada wujud cubaan menutup, menahan sebarang maklumat mengenai kerugian ini daripada kabinet, parlimen dan rakyat pada waktu itu.

Sumber  Apa yang Mahathir cuba lakukan sekarang ialah mengelak dirinya dari dikait dan dipertanggungjawabkan atas kerugian yang besar itu, yang mana tak masuk pun dalam skop siasatan RCI ni.

Yang Mahathir cakap tak tahu dalam prosiding hari ini lebih kepada bahagian lesapkan,bahagian senyapkan ni mungkin susah sikit Mahathir nak lepas.

Sebab, selain banyak fakta dalam prosiding ini yang menunjukkan Mahathir tahu mengenai kerugian tersebut, ada juga afidavit Mahkamah tahun 2006 yang berkaitan dengan cubaan Mahathir menutup kerugian ini dari pengetahuan rakyat. Itu yang menarik perhatian rakyat rasanya.

Kalau bahagian ini pun tak claim tak tahu juga, memang kita rakyat ni kena bodoh hidup-hidup dek Mahathirlah nampaknya.Dipetik dari MyKmu.Net.( Posted by abnmulya// Hsaji sbu bsksr ninggl.blogspot.com.at 1649 hrs on Seotember 18,2017.

Saturday, September 16, 2017

RCI FOEX: ADAKAH TAJUDIN RAMLI DAN KWAP AKAN DIPANGGIL?

Oleh Amin Yatim
September 16,2017.

Pertanyaan yang sedang berlegar di kalangan penganalisis politik negara ialah sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Skandal Perniagaan Matawang (Forex) Bank Negara Malaysia (BNM) akan memanggil Tan Sri Tajuddin Ramli dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) memberi keterangan.

Tajuddin Ramli, suatu ketika dulu antara tokoh perniagaan Melayu terkemuka, tersungkur akibat skandal pengambil alihan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) pada 1994.

Pada 1994 Tajudin Ramli telah mengejutkan dunia apabila membuat langkah berani menawarkan pengambil alihan 32% saham MAS yang dipegang oleh BNM dengan harga RM 1.79 Bilion.

Lebih mengejutkan kesediaan Kerajaan Malaysia melepaskan pegangan tersebut disebalik keadaan MAS yang sangat “sihat” dan mempunyai rizab sekitar RM 600 juta.

Tajudin melalui syarikat Naluri Sdn Bhd membeli pada harga RM8 sesaham walaupun harga pasaran saham MAS ketika itu sekitar RM 3.65 sesaham. < RM 8 sesaham yang dibeli oleh Naluri sangat tinggi walaupun untuk blok saham majoriti sebanyak 32%.

Tiada ahli perniagaan yang waras akan membeli 32% saham syarikat penerbangan sekali ganda daripada harga pasaran. Mungkin jika lebih RM 4-5 sesaham diterima akal.

Namun RM 8 sesaham? Ia sama ada Tajudin mengetahui sesuatu keuntungan besar dalam MAS yang tidak diketahui oleh pedagang saham di Bursa Saham Kuala Lumpur, atau ada faktor lain.

Oleh kerana tiada media sosial dan akhbar dikawal oleh kerajaan, tidak banyak pihak mempunyai ruang mempertikaikan pembelian ini.

Namun ia hanyak terbongkar pada 2006 apabila Tajudin mendedahkan bahawa beliau diarahkan membuat pengambil alihan tersebut bagi membantu Bank Negara mengurangkan kerugian skandal Forex yang hampir RM 30 bilion.

Tajudin melakukan pembelian tersebut maka transaksi penjualan tersebut akan direkodkan dalam rekod kewangan Bank Negara Malaysia. urut Tajudin dalam afidavit kepada Mahkamah (Danaharta lawan Tajudin Ramli) terdapat “Overriding Agreement” antara beliau dengan Kerajaan Malaysia dalam proses pengambil alihan MAS yang melindungi beliau dari sebarang liabiliti akibat proses tersebut.

Justeru apabila beliau menandatangani perjanjian untuk Danaharta menyelamat MAS pada 1998, beliau diyakinkan oleh Tun Daim Zainuddin bahawa “Overriding Agreement” tersebut masih berkuatkuasa.

Tiada siapa nafikan Tajudin turut mempunyai “dosa” dalam memusnahkan MAS. Jika ada ikuti politik dan ekonomi negara pada 1990-an, anda akan tahu bagaimana Tajudin mengambil kesempatan atas perjanjian ini untuk melakukan perubahan struktur perniagaan MAS yang menyebabkan berada dalam keadaan kewangan yang sangat kritikal pada 1998.

Asalnya BNM mempunyai 42% saham MAS pada 1991. 10% telah dijual sebelum Tajudin melakukan pengambil alihan 32% saham lagi. Keseluruhan transaksi ini dianggar RM 2 bilion telah mengurangkan penyata kerugian Bank Negara.

Pada 1991, BNM mempunyai 42% saham dalam Malaysian International Shipping Company (MISC). Bagaimanapun Pada 1994 BNM telah menjual 29.34 peratus atau 220.05 juta sahamnya dalam MISC kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Sungguhpun tidak umumkan harga pembelian, saham MISC di Bursa Malaysia (Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu) ialah RM 9.35 sesaham.

Jika pembelian ini mengambil kira harga pasaran sahaja, BNM sudah membuat keuntungan RM 2 Bilion.

Jika mengambil kira skim transaksi saham MAS dari BNM kepada Tajudin Ramli yang dinilai sekali ganda daripada harga pasaran, tidak mustahil KWAP membayar RM 4 bilion kepada Bank Negara. 

Pada 1997, Petronas membeli 29.34 saham MISC milik KWAP ini juga pada harga yang tidak diumumkan.

Pelbagai Aset BNM Telah Dijual?
Ramai yang tidak sedar bahawa Laporan Tahunan Bank Negara Tahun 1993, Bank Negara melaporkan mereka menanggung kerugian operasi sebanyak RM712 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 1993.
Namun apa yang ramai tidak sedar ialah satu item perakaunan yang “luar biasa” dipanggil ” deferred expenditure ” atau perbelanjaan tertangguh. Di bawah tajuk “perbelanjaan tertangguh” itu diletakkan jumlah RM5.7 bilion.

Ini selepas pelbagai aset dan pelaburan bank Negara bagi pihak Kerajaan Malaysia telah dijual bagi mengelabui kerugian Bank Negara dalam Forex.

Selain melihat berapa kos kerugian BNM dalam permainan Forex ini, RCI juga perlu melihat tindakan bank pusat ini melupuskan pelbagai aset dan pelaburannya antara 1992 – 1994 bagi “mengurangkan” kerugian itu sebanyak mungkin.

Bank Negara dibenarkan mengurangkan kerugian itu secara beransur-ansur selama sepuluh tahun mulai tahun 1994 dengan menolak keuntungan tahunan sebanyak RM500 juta tiap tahun.

Kerugian itu telah menjadi kosong Justeru RCI harus melihat berapa banyak aset dan pelaburan BNM telah dilupuskan bagi membolehkan akaun bank pusat sejak 1994 bagi membolehkan akaun BNM menjadi positif semula pada 2003.-DI PETIK DARI MYKMU.NET (.Posted by  haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 10.42 am on Septembr  17,2017).

Pembangkang Gelisah Kejayaan Najib


MAHDZIR KHALID beramah mesra bersama peserta Jalinan Rakyat (JR) selepas merasmikan majlis penutup taklimat pengurusan JR & JR Plus menjelang PRU-14 di Padang Terap, Kedah, semalam. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO 

15 hb.September 217 @ 3.00 am.

PADANG TERAP 15 Sept. – Setiap serangan pembangkang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk mengenai pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump hanya menampakkan kegelisahan mereka terhadap satu demi satu kejayaan dibawa Perdana Menteri kepada negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pembangkang kini berada dalam keadaan keluh kesah apabila setiap serangan mereka dijawab menerusi fakta meyakinkan sekali gus menggagalkan usa­ha mereka untuk mengelirukan rakyat.

“Mereka sampai tak tahu nak kata apa dah kerana apabila serang Najib berkaitan ekonomi, Bank Negara Malaysia (BNM) umum pertumbuhan 5.8 peratus bagi suku kedua 2017. Hendak serang tentang pelaburan dengan China, tak ada masalah langsung untuk pelabur China ke sini.

“Mereka tekan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk takutkan pelabur tetapi syarikat multinasional terus datang ke pelbagai tempat terutama di Pulau Pinang, Johor dan Selangor dengan pelaburan tinggi.

Di­sebabkan kehabisan modal, maka mereka lakukan pula serangan berkaitan pertemuan Najib dan Trump,” katanya. Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Taklimat Pemantapan Pengurusan Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-114) di Kolej Mara Kuala Nerang di sini hari ini. 

Mengulas lanjut katanya, tuduhan pembangkang terhadap pertemuan tersebut yang kononnya diadakan secara tidak rasmi gagal dibuat secara meyakinkan kerana Trump jelas amat menghargai kunjungan Najib serta dele­gasi negara.

 “Media-media antarabangsa turut melaporkan mengenai pertemuan kedua-dua pemimpin itu dengan Trump selaku presiden kepada sebuah kuasa besar dunia mengiktiraf Malaysia dari segi ekonomi lalu mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri.

“Alhamdulillah, segalanya nampak teratur. Hakikatnya Perdana Menteri kali ini sekali lagi berjaya mengatasi serangan pembangkang sekali gus membuat mereka terus gundah gulana,” katanya. 

Terdahulu ketika berucap dalam majlis tersebut, Mahdzir mahu setiap ahli parti menerapkan mentaliti kemenangan menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Kalau kita sentiasa fikirkan kemenangan, insya-Allah kita akan berusaha kuat untuk mencapainya. Tetapi kalau sejak dari awal lagi tidak yakin untuk menang sebaliknya berfikir akan kalah, perkara itu hanya akan membuatkan kita bersikap sambil lewa dan tidak akan bersungguh-sungguh,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1.46 am on Septembr 17,2017

Friday, September 15, 2017

Najib minta Tun Dr.Mahathir jangan hipokrit


15 hb.September 2017.

PUTRAJAYA 15 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad jangan bersikap hipokrit kerana bekas Perdana Menteri itu sendiri telah berbelanja jutaan ringgit kepada pelobi semata-mata untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa pentadbirannya.

Menurut Perdana Menteri, apa yang mengecewakan adalah Mahathir membayar pelobi yang bermastautin di Hong Kong itu menerusi kontrak arang batu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai jutaan ringgit.

“Berjuta dibayar semuanya kerana hendak berjumpa dengan Bush tapi tidak dapat macam sambutan yang saya dapat.

“Jangan jadi hipokrit, kutuk pula lawatan saya, lawatan saya bukan untuk saya tetapi untuk Malaysia, hubungan baik dengan China, hubungan baik dengan Raja Salman (Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud) dan hubungan baik dengan AS adalah untuk Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis meraikan kepulangannya dari Britain dan AS di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.53 am on September 16,2017.

Delegasi Malaysia Berasa Bangga

 15 hb.September 2017 3:00 AM

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa bangganya delegasi Malaysia berada bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan kerja beliau ke Amerika Syarikat (AS) atas jemputan Presiden negara itu, Donald J. Trump.
Menteri Luar,Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, walaupun be­liau pernah me­ngiringi Datuk Seri Najib menerusi beberapa lawatan dengan Raja, Presiden dan Perdana Menteri yang lain, namun lawatan kerja AS kali ini mungkin boleh disifatkan sebagai terbaik.

“Hanya jika rakyat Malaysia dapat melihat dengan sendiri kualiti yang dicapai dalam pertemuan tersebut hasil daripada pengendalian Perdana Menteri yang diberi penghormatan oleh Presiden AS dan delegasi beliau, akan membuatkan anda berasa bangga sebagai rakyat negara ini.

“Keadaan ini jarang berlaku atau sesuatu yang tidak pernah setakat ini apabila tiga pegawai tertinggi AS dan ahli Kabinet kanan turut berada di sana.

Trump bukanlah seperti yang digambarkan dalam laporan berita, malah Trump menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin sebuah ne­gara berkuasa besar dan Perdana Menteri berjaya diberikan peng­hormatan oleh pemimpin tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Anifah, Trump juga meminta pandangan Datuk Seri Najib berhubung isu serantau dan antarabangsa selain mengarahkan ahli Kabinetnya untuk mengikut pendekatan yang telah dilakukan oleh Malaysia.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan berasa syukur kerana diberi penghormatan untuk bersama beliau dalam hari bersejarah itu dan anda boleh melihat ia satu pertemuan yang bermakna ke­rana Presiden AS itu memberikan sepenuh perhatian kepada Datuk Seri Najib. – Utusan online ( Posted by abnmulya // haji abu bkar ninggal.blogspot.com.at 1.3 am on Sewptermber 16,2017

Dakwaan Pembangkang Mengenai Pelaburan Di Amerika Syarikat AdalahTIidak Benar

Dipetik dari MyKmu.Net
15 hb.September 2017.

Tidak ada idea sudah hendak dibangkang. Pelaburan baik untuk ekonomi negara pun hendak dijadikan isu. Pembangkang “terkangkang” bila melihat kemesraan Trump dan Najib di White House. Isu DoJ tidak menjadi, satu lagi propaganda mereka sudah mati.

Mulalah pembangkang putar belit tentang pelaburan besar syarikat berkaitan kerajaan dan agensi Malaysia di Amerika Syarikat. Tuduh semua pelaburan itu sebagai tidak menguntungkan.

Kononnya pelaburan KWSP tidak untungkan rakyat dan hanya untungkan satu pihak sahaja. “Saya ingin jelaskan putar belit kononnya kita menyumbangkan kepada ekonomi AS tanpa mendapat pulangan.

Ia tidak betul” “Jika kita melabur di AS seperti KWSP, kita akan dapat pulangan dan dividen akan diberi semula kepada pekerja yang mencarum. Ia bukan jalan sehala (menguntungkan AS sahaja).

Ada yang putar belit kononnya saya di sini (lawatan ke AS) untuk membeli pengaruh dari AS,” kata Datuk Seri Najib. Bila dividen KWSP sedikit, mereka marah.

Jika mahu dividen tinggi maka perlu buat pelaburan yang menguntungkan. Di zaman Mahathir antara 2000 hingga 2003, dividen KWSP hanyalah 4.25% hingga 6% sahaja.

Namun di zaman Datuk Seri Najib kadar dividen KWSP adalah lebih tinggi, antara 5.7% hingga 6.35%, antara tahun 2013 dan 2016. Terkejut pembangkang bila dengar KWSP mahu melabur AS$4 billion di AS.

Pembangkang di Malaysia memang jahil, mereka tidak tahu bahawa KWSP sudah lama membuat pelaburan bernilai AS$7 bilion di dalam pasaran ekuiti AS.

Manakala sehingga akhir 31 Mac 2017 nilai aset pelaburan KWSP adalah RM747.17 bilion dengan pendapatan dari pelaburan RM11.79 billion, 29% hasil adalah dari pelaburan di luar negara.

Hasil keuntungan pelaburan inilah yang membolehkan KWSP membayar dividen kembali kepada pencarum. PKR pernah mendakwa KWSP rugi sampai RM75 juta.

PKR membuat cerita tersebut dalam Malaysiakini, 11 Jun 2013. Namun Naib Presiden PKR, Rafizi masih lagi kaut dividen KWSP sampai RM40,000. Tidak tutup pun akaun di KWSP.

Oleh itu jangan terpedayalah dengan cerita propaganda mengenai pelaburan KWSP di AS ini.
Jangan jadi macam beberapa orang pendeposit Tabung Haji, tutup akaun kerana terpedaya dengan cerita Rafizi. Namun Rafizi sendiri tidak tutup akaun Tabung Haji miliknya.
Apabila Penerbangan Malaysia Bhd (MAB) membeli pesawat Boeing baharu, ia bertujuan menjadikan ia lebih kompetitif termasuk membeli jenis Dreamliners, selaras dengan program transformasi dan rasionalisasi syarikat penerbangan itu, kata Datuk Seri Najib.
Kini MAS berada di tangga ke-10 yang memiliki pesawat Boeing di dunia. Dengan pembelian pesawat tambahan dari Boeing ini, kedudukan MAS akan menjadi antara syarikat kelima terbaik yang memiliki pesawat Boeing di dunia setaraf All Nippon Airways, Cathay Pasific, Emirates dan Qatar Airways.
Pembelian Boieng oleh MAS bukan perkara baru, pada Julai 2016 lagi, MAS sudah memeterai perjanjian untuk membeli 50 buah pesawat Boeing 737 MAX dengan pesanan untuk 25 pesawat dan hak untuk membeli 25 lagi pesawat di dalam urus niaga yang dinilaikan sejumlah AS$5.5 bilion. 

“Pada Ogos lalu, media melaporkan kejayaan penstrukturan semula MAS dan pertumbuhan memberangsangkan, ia berada di dalam perbincangan mendalam untuk membeli 30 buah pesawat Boeing 786 atau pesawat Airbus untuk membolehkan MAS terus mengembangkan laluan udara dan perniagaannya” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Bila pesawat bertambah, orang Malaysia pun dapat banyak manfaat terutamanya ketika musim haji dan umrah. Ramai jemaah yang lebih selesa menaiki MAS berbanding penerbangan lain. Bukankah ini bakal memberi manfaat kepada puluhan ribu jemaah?

Kenapa pembangkang hendak bangkang perkara yang baik sebegini? Pembangkang seperti Tony Pua dari DAP memang tidak suka  dengan apa sahaja pelaburan yang baik untuk rakyat.

Masa derma RM2.6 billion, Tony Pua dari DAP ini persendakan Tok Arab. Semalam, Tony Pua ini persenda Trump pula.

Menunjukkan kebodohan mereka bila memakai mop lantai di atas kepala untuk bantah semua pelaburan Malaysia di AS ini.

Cara kebudak budakan dan biadap sebegini harus dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia. Sejumlah 39 syarikat multi nasional yang berada dalam senarai 1000 Forbes beribu pejabat di Lembah Silikon, California.

Syarikat seperti Apple, Intel, HP, Facebook, Yahoo, Twitter, Cisco dan Oracle semuanya berpangkalan di Lembah Silikon. Semua rakyat Malaysia memang “familiar” sangat dengan jenama syarikat syarikat ini.

Ada juga rakyat Malaysia yang bekerja dalam syarikat ini. Oleh itu, mengapa hendak bantah jika syarikat dari Malaysia membuat pelaburan di lokasi yang strategik ini?

Califonia yang menjadi tempat bersemadinya arwah Ustaz Haron Din memang sudah lama menjadi destinasi  pelaburan Malaysia.

Khazanah sudah pun memiliki pejabatnya di Lembah Silikon, California. Khazanah merancang menambah lebih pelaburan sedia ada, berbanding sebanyak AS$450 juta sekarang.

Pelaburan Khazanah Nasional Bhd dalam syarikat teknologi tinggi ini akan menjadikan Khazanah menjana pendapatan untuk masa depan.

“Kita perlu berfikir ke hadapan, seperti syarikat AS melabur di negara kita kerana mahukan keuntungan. Kejayaan kita yang kini menjadi pengeksport modal adalah petunjuk bahawa kita adalah negara berjaya,” kata Datuk Seri Najib.

 Statistik pada tahun 2016, Amerika Syarikat telah membeli barangan Malaysia dengan nilai eksport RM80.2 billion. Nilai eksport ini dijangka akan bertambah bila Malaysia buat pelaburan di tempat berkumpulnya syarikat multi nasional dunia di Lembah Silikon.

Dengan India, China, Singapura, Turki, Perancis dan Arab Saudi berjaya kumpul pelaburan lebih RM400 bilion. Di Amerika Syarikat, KWSP dan Khazanah bakal jana pelaburan masa hadapan yang lebih besar.

Manakala MAS akan jadi lebih kompetitif dalam industri penerbangan. Semua jumlah pelaburan ini jauh berbeza berbanding Guan Eng dan Azmin yang hanya berbangga dengan pembukaan hub IKEA bernilai hanya RM847 juta di negeri mereka.

Angka itu hanya dihujung kuku sahaja berbanding seluruh pelaburan yang Datuk Seri Najib usahakan. Oleh itu, usahlah mensabotaj pelaburan yang baik untuk rakyat negara ini. Rakyat pula usah mudah terpedaya dengan putar belit pembangkang yang sudah ketandusan idea ini. ( Posted  by abnmulay // haji abu bakar niggal.blogspot .com at 12.31 am on September 16, 2017)

Tulisan :
Beruang Biru
BB578, Jumaat
15 September 2017

Saturday, September 9, 2017

Mahathir Salah Ke,Mahathir Betul Ke,Yang Pasti ( RM32 Bilion) Dah


PERBEZAAN antara hutang 1MDB dengan jumlah RM 32 billion kerugian Bank Negara dalam Skandal Forex ialah, hutang 1MDB disokong oleh jumlah aset yang melebihi nilai hutangnya, manakala RM 32 billion kerugian dalam skandal Forex, sudah lesap tidak bersisa.

Pusing kot mana sekalipun duit tu sudah tidak ada.

Dimata sesetengah orang, penting untuk Mahathir tidak dikaitkan dalam apa cara.

Kalau boleh biar Nor Mohammad Yaakob yang tanggung semua.  Tapi mana boleh Mahathir lepas tangan begitu sahaja sebab rizab Bank Negara ialah wang rakyat dan suka atau tidak sebagai Perdana Menteri pada ketika itu, dia wajib bertanggung jawab.

Alah, macam dalam kes 1MDB lah,  dimana pemahaman Pakatan, disebabkan Datuk Seri Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihatnya, maka semua keputusan Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat tersebut, beliau kena tanggung – padahal jauh benar kaitannya tu.

Tapi aneh, duit rakyat lesap RM 32 billion, Mahathir selaku Perdana Menteri tak boleh dikaitkan dengan apa cara sekalipun.  Mana punya law pakai? Dalam apa keadaan pun Mahathir mesti ada peranan.

Jangan kata RM 32 billionlah, RM 32 dari RM 100 yang duduk dalam poket pun kita dah perasan.  Macam mana Mahathir yang konon segala cermat dalam menguruskan kewangan negara boleh tak sedar wang rakyat dibelanja tanpa kawalan untuk tujuan berniaga matawang asing sehingga menyebabkan kerugian besar?

Belum apa yang lain lagi, fakta itu saja (tak sedar wang rakyat dah banyak hilang), dah satu bentuk kecuaian.( Poste by abnmulya // haji bakar ninggal.blogspot.com at 7.45 on Sseptember  10,2017.).

Dipetik dari myKmu.Net
Tulisan Adamayan, 09 hb.September 2017.


URUS NIAGA LANGGAR PROSEDURE BNM

Tan Sri Ahmad Mohd Don
10 hb.Septembar 217 @ 3.00 am.

MUKADIMAH
Tidak mematuhi prosedur, melanggar mandat dan gagal melaporkan nilai kerugian sebenar. Tiga perkara itu dibangkitkan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an di Istana Kehakiman, Putrajaya pada 6 dan 7 September lalu.

Wartawan Mingguan Malaysia, HUSSAINI AMRAN, menyingkap petikan dan intipati keterangan yang diberikan empat saksi berprofil tinggi di hadapan RCI tersebut.

 Bekas Menteri Kewangan
  • Pernah mengarahkan Nor Mohamed dipecat sekiranya tidak meletak jawatan.
  • Tidak mendedahkan siapa yang memberi mandat kepada Nor Mohamed.
Melaporkan kepada Kabinet dalam mesyuarat pada 30 Mac 1994 bahawa kerugian BNM akibat urus niaga mata wang asing cuma sebanyak RM5.7 bilion, sedangkan jumlah sebenar adalah RM15.291 bilion.

Beliau dan Dr. Mahathir tahu tentang kerugian BNM tetapi bekas Perdana Menteri itu tidak memberikan sebarang arahan lanjut. TAN SRI AHMAD MOHD. DON
Bekas Gabenor BNM

Saksi ke-20 RCI Aktiviti spekulasi berlaku dalam kegiatan perdagangan wang asing yang dijalankan oleh BNM sekitar akhir tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an.

Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimaklumkan bahawa BNM tidak akan terlibat dalam aktiviti yang berbentuk spekulasi semata-mata, sebaliknya tumpuan kepa­da pelaburan yang dapat memelihara nilai rizab dan mengoptimumkan pulangan pelaburan.

Mesyuarat Lembaga Pe­nga­rah BNM pada 15 Februari 1995 berhubung Akaun Tahunan 1994 mengambil maklum jumlah keseluruhan kerugian dialami adalah RM10.6 bilion termasuk RM2.7 bilion da­ripada aktiviti perdagangan mata wang asing.

Keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan BNM setelah beliau mengambil alih jawatan Gabenor pada Mei 1994. TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP
Bekas Penasihat BNM

Saksi ke-17 RCI
  • Menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar 1990-an ditentukan oleh beliau secara bersendirian.

  • Beliau tidak dipilih secara peribadi oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengendalikan urus niaga mata wang asing di BNM. Tidak pernah me­lapor kepada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri tentang sebarang isu berkaitan pengurusan rizab luar BNM. 

    Mengakui pihaknya melakukan kesilapan ketika ‘membaca’ situasi pasaran dunia sehingga menyebabkan BNM mengalami kerugian. 

    TAN SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ

    Bekas Gabenor BNM
    Saksi ke-16 RCI Mula mengetahui mengenai kerugian besar dialami BNM dalam urus niaga mata wang asing ketika menjadi Ketua Pejabat Perwakilan BNM di London selepas dimaklumkan seorang pegawai kanan bank pusat berkenaan pada Januari 1994.

    Timbul kebimbangan serius terhadap pengurusan rizab BNM ekoran kerugian dalam urus niaga mata wang asing sepanjang 1988 dan 1994. BNM mengalami kerugian kira-kira RM32 bilion sepanjang 1988 hingga 1994, jumlah itu turut mengambil kira keuntungan sebanyak RM2.473 bilion pada 1990.
    ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu baakar Ninggal.blogspot.com.at 6.57 am on September 2017.

     

    Friday, September 8, 2017

    ANWAR DIPERSOALKAN TIDAK LAPOR KE KABINET

    Anwar Ibrahim,sebelum dipecat oleh Mahathr dari jawatan TPM dan Menteri Kewanagna Malaysia.

    08 September 2017 3:00 AM

    PUTRAJAYA 7 Sept. – Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersoal kerana didakwa tidak melaporkan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM15.291 bilion akibat urus niaga mata wang asing pada 1993 kepada Kabinet.

    Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk me­nyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, hanya RM5.7 bilion yang dilaporkan dalam mesyuarat Kabinet pada 30 Mac 1994.

    “Datuk Seri sebagai Menteri Kewangan ketika itu tahu tentang kerugian tersebut tetapi tidak memaklumkannya kepada Kabinet,” katanya dalam prosi­ding pendengaran RCI tersebut di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini hari ini.

    Suasana bertukar menjadi ‘panas’ apabila Anwar yang merupakan saksi ke-21 prosiding berkenaan tidak berpuas hati dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Mohd. Sidek selepas Penasihat PKR itu me­ngakui beliau pernah menerima surat daripada Ketua Audit Negara berhubung kerugian BNM tersebut.

    Sebaliknya, Anwar cuba mempertahankan tindakannya ketika itu dengan menyatakan bahawa beliau cuma melaporkan kepada Kabinet berdasarkan penyata tahunan BNM yang telah diaudit oleh Ketua Audit Negara.

    “Pada masa itu, jawapan yang diberikan oleh BNM adalah kerugian atas kertas. Ia mungkin betul, ia mungkin salah,” jelasnya.

    Sementara itu, beliau men­dedahkan, bekas Gabenor BNM, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein pernah memberitahu, bekas Penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah bertindak melebihi mandat yang diberikan kepadanya ketika mengendalikan urus niaga mata wang asing di bank pusat berkenaan.

    Walau bagaimanapun, Anwar tidak menjelaskan dengan lanjut tentang mandat tersebut atau siapa yang memberikannya kepada Nor Mohamed.

    “Nor Mohamed juga dikatakan tidak memberi laporan yang sebenar kepada BNM, itu yang diberitahu kepada saya," Anwar menambah, Nor Mohamed juga tidak melapor sepenuhnya kepada beliau atau Perdana Menteri. Prosiding RCI dijadualkan bersambung pada 18 September ini. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar niggal.blogspot.com. at 1802 hrs on Sepetermber 08,2017.

    MALAYSIA KUASA EKONOMI KE-24 TERBESAR DUNIA PADA 2050


    Malaysia kuasa ekonomi ke-24 terbesar dunia pada 2050 MALAYSIA bakal tersenarai sebagai sebuah kuasa ekonomi ke-24 terbesar dunia pada 2050. - UTUSAN.  

    08 hb.September 017 @ 3.25pm. 

    KUALA LUMPUR 8 Sept. - Impian Malaysia untuk menjadi negara maju, bukan lagi angan-angan atau bualan kosong semata-mata berikutan negara ini bakal tersenarai sebagai sebuah kuasa ekonomi ke-24 terbesar dunia pada 2050.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terdapat beberapa faktor yang menentukan ekonomi sesebuah negara dan pencapaian Malaysia itu termasuklah tahap keluaran dalam negara kasar (KDNK) serta keyakinan pelabur asing ke atas keteguhan ekonomi.

    "Laporan daripada syarikat perkhidmatan profesional antarabangsa, PwC menyebut Malaysia akan tersenarai sebagai kuasa ekonomi ke-24 terbesar di dunia pada 2050. Inilah hasil kajian berdasarkan peningkatan KDNK dan keyakinan pelabur asing ke atas ekonomi negara," kata Najib dalam blognya, Najibrazak.com, hari ini.

    Najib berkata, KDNK Malaysia pada suku pertama melangkaui jangkaan pakar ekonomi iaitu 5.6 peratus dan sekali lagi meningkat pada suku kedua ke paras 5.8 peratus.

    Paras KDNK ini lebih tinggi daripada suku pertama tahun lepas sebanyak 4 peratus. Perdana Menteri berkata, pencapaian ini secara langsung menguntungkan rakyat kerana hasil ekonomi yang semakin kukuh membolehkan kerajaan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat seperti membina lebih banyak hospital dan klinik selain memberi bantuan kebajikan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

    "Hakikatnya peningkatan ekonomi sesebuah negara tidak berlaku dalam sehari atau dalam tempoh yang singkat. Ini mengambil masa yang panjang dan perancangan yang teliti namun, boleh dimusnahkan dalam sekelip mata.

    "Oleh itu, janganlah kita melibatkan diri dengan unsur atau pihak yang cuba meruntuhkan apa yang kita telah bina selama ini kerana inilah tanah air kita," kata Najib. - BERNAMA ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakaar ninggal .blogspot.com at 1728 hrs on Sewptember 08,2017.

    Thursday, September 7, 2017

    SKANDAL FOREX:: DIA MENGAKU ADA PERANAN,BUKAN MENGAKU SEMUA SALAH DIA !!!.

    SEPTEMBER 06,2017.


    PENGAKUAN Nor Mohamed Yaakob hari ini sebenarnya berbunyi begini “I accepted my fair share of accountability for the forex losses and resigned from BNM”, tak tahu macam mana diterjermahkan.

    Kepada “Saya bertanggungjawab semua sekali” oleh macai-macai Pakatan. Tapi kalau nak dihujahkan jugak, suka disebutkan disini ialah ini adalah pengakuan kali kedua.

    Kali pertama bila Gabenor Bank Negara waktu itu, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein pun mengaku silap dia. Dua orang mengaku benda sama, siapa sebenar-benarnya yang bertanggungjawab ni?


    Sebab dari segi hierakinya, Nor Mohamed mesti report pada sesiapa, arwah Jaffar pun sama.

    Dalam negara ni Agung saja dari segi pentadbiran tak perlu report pada sesiapa, yang lain tu kena.
    Dia-mengaku-ada-peranan-bukan-mengaku-semua-salah-dia silap.

    Besok Anwara bagi keterngan,entah apa yang dia nak mengaku pulak tetapi di Parlimen pada tahun 2012 ( hanya 5 tahun yang dulu) Anwar dah MENGAKU bahawa  Mahjathir dan Daim yang meluluskan perniagaan forex ini sehingga rugi besar.

    Sebab itu jangan suka sangat dulu,filem ii belum tamat,banyaka babak lagi ni yang nakdilihat. Kalau dengan pengakuan in dah terjawab semua soalan, tutuplah prosiding tu hari ini,Mahathir dan Anwar tak perlu bagi keteranga,tapai prosisding masih berjalan kan?

    Begitupun suka lah dijelaskan disini bahawa,Noor Mohamed Yaakob mengakui penglibatannya dalam perkara itu-dah dia penasihat Bank Negara dalam soal ni ,tapi dia tidak mengakui semua kerugian  itu adalah disebabkan dia seorang.

    Yang macai cepat sangat nak memuliakan Mahathir tu dah kenapa? Baca tajhuk saja ke? Padanlah bodoh semuanya. Posted  by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1712 hrs on September 07,2017.

    Dipetik dari  MyKmu Net.
    Tulisan Adanmyan.

    Wednesday, September 6, 2017

    KESETIAAN NOOR MOHAMED YAAKOB DAN FOREX

    07 hb.Septermber 2017.

    Noor Mohamed Yaakop terpaksa menulis panjang lebar mempertahankan dirinya dan Tun Mahathir. Sebenarnya tiada siapa mahu menjatuhkan atau memburukkan Noor Yaakop. Suruhanjaya Di Raja sekadar mendengar penerangan beliau mengenai skandal Forex yang masih misteri.

    Hakikat bahawa Noor Yaakop masih diberi kepercayaan kemudiannya oleh pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak membuktikan di sebalik skandal kerugian Forex masih ada banyak kelebihan beliau.

    Apa pun beliau tidak boleh menafikan bahawa Bank Negara telah kerugian RM 32 bilion ringgit dalam permainan Forex semasa di bawah pengawasan beliau.

    Alasan untuk menstabilkan matawang ringgit munasabah jika dalam amaun bertepatan dengan keperluan. Adalah munasabah untuk rugi dalam Forex.

    Apa yang tidak munasabah ialah jumlah “permainan” yang terlalu besar. Ketika itu Bank Negara Malaysia satu-satunya bank pusat yang menjadi pemain terbesar dalam pasaran matawang.

    Besar sangatkah ekonomi negara ketika itu sehingga menjadi Bank Pusat paling aktif dan ganas dalam Forex?

    Adakah ia satu keperluan pengurusan kewangan atau satu perjudian? Kita akan terus tertanya-tanya apakah sikap robust BNM ini ada agenda lain seperti melesapkan sebahagian wang tersebut menggunakan alasan rugi dalam forex?

    Apa pun tahniah kepada Noor Mohamed Yaakop. Beliau kekal sebagai “gentleman politician” yang tidak melepaskan tengkuk sendiri dan mengenakan bekas bossnya. Kucing dan anjing pun boleh ketawa mendengar Perdana Menteri tidak tahu permainan berbilion ringgit oleh bank pusat negaranya.

    Kesetiaan Noor Mohamed Yaakop adalah sesuatu yang “rare” dalam politik hari ini.Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com AT 15O4 hrs on September 07,2017..

    Dipetik dari AmKmu.Net
    Tulsan Ab.Jalil Backer.

    NOR MOHAMED NGAKU BERTANGUNG JAWAB

    Add captionnor mohamed  Yakcop


    07 HB.SEPTEMBER 2017 @ 3.00AM.

    PUTRAJAYA 6 Sept.-Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengakui beliau bertanggungjawab dalam kes kerugian lebih RM30 bilion yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga mata wang asing sekitar 1990-an. menerima hakikat bahawa beliau memainkan peranan dalam menyebabkan kerugian tersebut dan perkara berkenaan merupakan an­tara sebab beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan. 

    “Ketika itu, saya berasa amat sedih kerana terpaksa mengak­hiri khidmat saya selama 25 tahun kepada negara melalui BNM,” katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-17 dalam prosi­ding pendengaran di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang ­asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini hari ini.

    Beberapa saksi sebelum ini termasuk bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid dan bekas Pedagang Mata Asing BNM, Fizaman Noor Mohammed Nasir memberitahu, Nor Mohamed merupakan individu yang membuat keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing ketika berkhidmat sebagai Penasihat serta Pengurus Jabatan Bank bank pusat tersebut.

    Walau bagaimanapun, Nor Mohamed yang kini Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad menafikan bahawa semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh bank pusat itu sekitar 1990-an ditentukan oleh beliau secara bersendirian.

    Menurut beliau, perbincangan tentang kegiatan itu turut melibatkan Gabenor BNM serta timbalannya. “Selain itu, ada taklimat dalam Jawatankuasa Rizab Luar BNM dan mesyuarat pengurusan ka­nan,” jelasnya.

    Sementara itu, bagi menjawab soalan pegawai pengendali RCI, Datuk Suhaimi Ibrahim sama ada beliau dipilih secara peribadi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk me­ngendalikan urus niaga mata wang asing di BNM, Nor Mohamed menjelaskan, andaian itu adalah tidak benar.

    Sebaliknya, beliau memberitahu, Dr. Mahathir pernah memberi kepercayaan kepadanya untuk men­cari jalan penyelesaian bagi membantu negara keluar daripada krisis kewangan Asia pada 1997 dan 1998.

    “Saya juga tidak pernah me­lapor kepada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri tentang sebarang isu berkaitan pengurusan rizab luar kerana bukan tanggungjawab saya untuk memberi laporan kepada mereka,” jelasnya.

    Ketika ditanya tentang siapa yang memberi mandat untuk mengendalikan urus niaga melibatkan sejumlah besar dana awam itu, Nor Mohamed menjelaskan, perkara itu mempunyai kaitan dengan ucapan bekas Gabenor BNM, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein di New Delhi, India pada 5 Disember 1988.

    “Dalam ucapan itu, Gabenor secara terbuka membentangkan tentang kewajaran di sebalik polisi BNM untuk terlibat secara aktif dalam pengurusan rizab luar,” katanya.

    Beliau menambah, kerugian besar yang dialami BNM akibat urus niaga mata wang asing pada 1992 dikatakan berpunca daripada dua peristiwa di luar jangkaan iaitu penolakan terhadap Re­ferendum Denmark 1992 dalam Perjanjian Maastricht dan Black Wednesday pada 16 September 1992 yang menyaksikan pound sterling dikeluarkan daripada Me­kanisme Kadar Tukaran Mata Wang Eropah.( Utusan online).Posted  by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1424 hrs on September 07,017.

    ERDOGAN KUTUK KEKEJAMAN TERHADAP ROHINGYA

    Kerajaan Bangladesh dijangka akan meneruskan rancangan untuk memindahkan ribuan pelarian etnik Rohingnya ke sebuah kepulauan terpencil dikenali sebagai Thengar Char berhampiran Pulau Hatiya dalam masa terdekat. -Agensi 


     05 September 2017 10:25 

    ISTANBUL 5 Sept. - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membidas pelanggaran hak asasi yang menjadikan minoriti Islam Rohingya sebagai sasaran kekejaman Myanmar apabila berkesempatan menghubungi pemimpin tertinggi negara itu, Aung San Suu Kyi hari ini.

    Presiden Turki,Recep Tayyip Erdogan
    Erdogan sebelum ini lantang mengutuk tindakan Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat Rohingnya.

    Sumber dalam pejabat Erdogan mengesahkan, pemimpin Turki itu membuat panggilan telefon kepada Suu Kyi dan mengutuk pelanggaran hak asasi sehingga memperlakukan Rohingnya dengan tidak berperikemanusia.

    Menurut Erdogan, Turki mengutuk keganasan serta operasi ke atas orang awam yang tidak berdosa dan kini ianya sudah bertykar menjadi krisis kemanusian serius sehingga mencetuskan kebencian dan kebimbangan seluruh dunia.

    Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mendedahkan, seramai 123,600 pelarian Rohingya masuk ke Bangladesh sejak 11 hari lalu susulan peningkatan pertempuran antara pemberontak dan tentera Myanmar di Rakhine meningkatkan kebimbangan bencana kemanusiaan. -AFP ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 3.13 am on September  07,2017.

    Monday, September 4, 2017

    SOROS PENGGANAS

    GEORGE SOROS
    Azman Ibrahim
    04 hb.September 2017 @ 3.00.

    KUALA LUMPUR 3 Sept. - Lebih 100,000 rakyat Amerika Syarikat (AS) menandatangani petisyen yang meminta White House mengisytiharkan penyangak mata wang, George Soros sebagai pengganas domestik.

    Akhbar The Washington Post melaporkan, petisyen itu telah disiarkan dalam seksyen We The People di laman sesawang milik pusat pentadbiran negara itu pada 20 Ogos lalu yang memerlukan lebih 100,000 tandatangan dalam tempoh 30 hari bagi mendapatkan maklum balas rasmi.

    Namun, pada awal petang Sabtu lalu, petisyen itu telah ditandatangani secara digital lebih 110,000 kali. “George Soros de­ngan sengaja dan berterusan cuba menjejaskan kestabilan dan terlibat dengan perbuatan menghasut terhadap AS dan rakyatnya.

    “Dalam petisyen itu menyatakan, Soros didakwa me­wujudkan dan membiayai organisasi yang semata-mata memudahkan ke­runtuhan sistem dan Kerajaan Berperlembagaan AS,” menurut la­poran akhbar itu.

    Seksyen We The People dilancarkan oleh Barack Obama semasa masih Presiden AS pada 2011. Seksyen itu merupakan sebuah portal yang membo­lehkan sesiapa sahaja untuk mendaftar ma­suk ke laman sesawang White House serta menyiarkan petisyen yang akan mendapat maklum balas di peringkat kerajaan.

    Sebelum ini, tiada mana-mana petisyen yang me­lepasi 100,000 tan­datangan mendapat jawapan balas daripada ke­rajaan Presiden AS baharu, Donald Trump.

    Terdapat bebe­rapa petisyen yang masih dalam sena­rai me­nunggu un­tuk mendapat maklum balas ke­rajaan negara itu iaitu mengenai pulangan cukai Trump yang menerima lebih 1.1 juta tandatangan dan petisyen yang meminta AS mengiktiraf Antifa iaitu gerakan antifasis sebagai kumpulan pengganas yang menerima lebih 300,000 tandatangan.

    Menurut salah seorang yang menandatangani petisyen, Soros telah membangunkan pengaruh yang tidak sihat terhadap seluruh Parti Demokrat dan sebahagian besar kerajaan persekutuan AS. 

    Sehubungan itu, katanya, Ja­batan Kehakiman AS perlu segera mengisytihar Soros dan semua organisasinya sebagai pengganas domestik. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.98 am on  September  04,2017.



    Friday, September 1, 2017

    Umat Islam Di Rusia Turut Raikan Aidiladha

    MASYARAKAT Islam di Russia menunaikan sembahyang sunat Aidiladha di atas jalan di luar Masjid Utama, Mocow sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini. -AFP 

    01  hb.September 2017@ 5.30 pm.



    MOSCOW 1 Sept. - Beribu-ribu umat Islam di Russia merayakan sambutan Hari Raya Aidiladha di Moscow bermula dengan menunaikan sembahyang sunat Aidiladha di Masjid Pusat, di sini. 

    Disebabkan masjid itu tidak dapat menampung kebanjiran umat Islam sempena Aidiladha ini, maka sebahagian besar daripada mereka menunaikan sembahyang di atas jalan di luar masjid tersebut termasuk mendengar khutbah daripada khatib yang bertugas. 

    Selepas sembahyang mereka beramai-ramai bergegas menunaikan ibadah korban dengan pihak berkuasa Russia menyediakan 14 tempat untuk umat Islam melaksanakan ibadat berkenaan terutama untuk menyembelih kambing. - AGENSI( Utusan online).Posted by Abnmula // haji abu bakar ninggal blogspot.com at 2032 hrs on Sepetember 01,2017.