Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri berkata, aset dan perkakasan pihak berkuasa perlu ditingkatkan seiring dengan cabaran semasa yang didatangkan jenayah siber dan judi online.
Katanya lagi, pihak KDN juga berharap perbelanjaan operasi kepada agensi-agensi di bawah kementerian itu dapat ditingkatkan selain menambahbaik kemudahan kuarters pegawai dan anggota.