Sunday, December 31, 2017

HIPOKRIT GELAR NAJIB KUKU BESI.

31 Disember 2017 3:00 AM 

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak hipokrit apabila menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai zalim dan kuku besi."Hipokrit gelar Najib kuku besi"

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu menyedari bahawa pemerintahannya 22 ta­hun lebih kuku besi dengan ke­wujudan banyak sekatan yang menghalang kebebasan seseorang.

Beliau menyifatkan tu­duhan Dr. Mahathir itu mainan politik ‘kotor’ bagi menjatuhkan inte­griti Najib.

HANYA MAHU JATUHKAN NAJIB

MAHATHIR MOHAMAD bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir (tiga dari kanan) dan barisan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjulang tangan dalam Perhimpunan Agung Tahunan pertama parti itu di Shah Alam, Selangor, semalam. UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH.


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan 
SITI ROHAIZAH ZAINAL pengarang@utusan.com.my 
DISEMBER 31,2017 @ 3.00 AM.

SHAH ALAM 30 Dis. Kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ternyata hanya berpaksikan dendam politik semata-mata apabila Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamed hari ini meng­akui secara terbuka parti itu ditubuhkan hanya satu tujuan iaitu menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengakuan itu sekali gus membangkitkan persoalan sejauh mana keikhlasannya dan PPBM yang kononnya mahu membawa Malaysia ke arah lebih baik, sedangkan parti tersebut la­hir atas sifat kebencian kepada Najib serta tidak membawa satu gagasan nasionalisme seperti dibuktikan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Malah sepanjang hampir sejam ucapannya itu, bekas Perdana Menteri yang memerintah negara selama 22 tahun tersebut menyebut nama Najib sebanyak 38 kali, sejak dari awal sehingga akhir ucapan dan memberi segala gambaran buruk terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, sekali gus membayangkan dendam kesumat politiknya yang teramat tebal.

“Saya ingin mengulangi, parti PPBM ini ditubuhkan hanya untuk satu tujuan sahaja... untuk mencapai matlamat supaya dijatuhkan kerajaan kleptokrasi pimpinan Najib Tun Razak dan mendirikan kerajaan demokratik yang akan memberi kebahagiaan hidup kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam Perhimpunan Agung PPBM di sini hari ini.

Ironinya, bagi Dr. Mahathir, beliau menganggap perjuangannya yang berteraskan dendam itu sebagai mulia dengan menafikan PPBM ditubuhkan demi kepentingan Pengerusi, Presiden atau kepe­mim­pinan tertinggi dan seperti biasa, rakyat dijadikan modal ko­nonnya PPBM parti rakyat serta demi memenuhi kehendak rakyat.

Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan penahanan 2,000 orang sepanjang pentadbirannya, yang mana 106 melibatkan aktivis masyarakat, pe­mimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli politik, intelektual serta pemimpin pelajar ketika Ops Lalang mahu menghapuskan kerajaan BN yang disifatkan sebagai kuku besi.

“Kebebasan bersuara oleh individu dan media akan kita kembalikan,” janjinya. Beliau juga berjanji memulihkan keadaan ekonomi negara sekiranya Pakatan Harapan memerintah dengan menghalang perilaku rasuah, tetapi hasrat itu dilihat tidak selari dengan isu kekayaan luar biasa dimiliki anak-anaknya yang sehingga kini gagal dijawab secara jelas.

Dr.Mahathir juga menuduh mereka yang meninggalkan PPBM sebagai 'sampah' dan penyokong Najib. “Mereka ini bukan pejuang yang berjuang untuk menjatuhkan Najib.Sebenarnya secara langsung dan tidak langsung mereka menjadi penyokong Najib.

Perjuangan mereka sebenarnya ialah untuk mengekalkan pemerintahan penyangak dan pencuri yang memalukan bangsa an negara kita. Saya biasa berkata mereka adalah sampah. Saya tidak minta maaf. Mereka lebih buruk daripada musuh kita iaitu Najib,’’ katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya // hajai abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1642 hrs on  Disember 31,2017.

Saturday, December 30, 2017

BILA " PENGKHIANAT" MNENGUTUK "PENGKHIANAT".......

Dpetik dari MyKmu.Net
Posts by Cenderawasih
December 30, 2017 

Seperti yang dijangka, AGM parti ‘cap bunga’ menyaksikan ia menjadi medan untuk mereka terus berhikayat mengenai dongeng-dongeng moden semata-mata untuk menjejaskan nama UMNO dan kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Itu normal. 

Setelah keluar dari Umno akibat Umno tak boleh dijadikan
Kuda Tunggangannya.Cepat2 pilih DAP sebagai regu baru
politik..Semasa depa masih PM ? Orang2 Melayu yang
sokong DAP dilabelkannya sebagai pengkhianat. Kini Madey itu
sebagai apa dah
??? Raja segala pengkhianat kan?
.Depa berpeluk bercium pipi dngNamun begitu, agak simpati juga menyaksikan ribuan bekas ahli parti ‘cap bunga’ yang bertindak keluar parti itu sebelum ini juga menjadi ‘bahan’ kecaman.

Kononnya mereka keluar parti itu ‘pengkhianat’ dan mempunyai agenda mendapatkan jawatan dalam parti? Agak menarik untuk diulas tentang tuduhan ‘negarawan maksum’ dan ‘macai-macai’nya itu.

Bak kata pepatah, paku dulang paku serpih, mengata orang, tapi dia yang lebih!

Ketika PAS dilanda masalah dalaman di mana Presidennya disanggah dan cuba dijatuhkan, ramai akar umbi PAS yang tidak menyangka bekas Timbalan Presidennya tergamak ‘jadi gila’ keluar parti dan menubuhkan parti baru bersama ‘konco-konco’nya.

Madah Madey ketika masih
sandang jawatan PM atas  tiket
Parti Umno/BN. Oh ya! 
Baru
 saya ingat  baha dia itu bukan 
 legasi Melayu.
Setelah tertubuhnya PAN, maka PAS melabel parti serpihan itu sebagai pengkhianat perjuangan parti. Asasnya adalah kerana setelah tewas bertanding, mereka tidak dapat menerimanya, tubuhkan parti baru, bersekongkol dengan musuh parti dan berikrar mahu memusnahkan PAS.
Ia hampir sama dengan apa yang berlaku di dalam UMNO. Setelah gagal menjatuhkan Najib dari dalam parti, maka dia keluar parti. Anaknya dan bekas Timbalan Presiden UMNO pula sengaja cari jalan supaya dipecat dari parti dan akhirnya dipecat.
Pada pandangan penulis, nampak sangat niatnya yang tidak betul dan tidak ikhlas. Sengaja cari ‘pasal’, keluar parti, tubuh parti baru, lantik diri sendiri ke jawatan tertinggi parti, bersekutu dengan musuh parti dan berikrar untuk musnahkan bekas parti.
Madahnya ketika kempen PRK
Parlimen Kuala Kangsar dua tahun dulu
 setelah depa itu dah keluar dari Umno? 
Modus operandinya hampir sama walaupun plotnya agak tidak serupa. Namun ‘ending’nya mereka khianat pada bekas parti, bukan? Motif mereka sama dan bagai terdapat elemen ‘dendam’ akibat kehilangan sesuatu yang mereka tidak dapat daripada bekas parti.
Jadi, siapa sebenarnya yang khianat? Mereka gelar bekas ahli ‘cap
bunga’ sebagai pengkhianat, tapi sedarkah mereka bahawa mereka lebih awal bergelar pengkhianat, bukan? Mereka lupa? Mereka nyanyuk? Atau mereka menghidap alzheimer?
Tidak perlulah retorik dan poyo sangat mengutuk orang. Patutnya mereka ‘cermin diri sendiri’ terlebih dahulu sebelum mengecam orang yang mereka ajar untuk jadi khianat pada perjuangan. Tapi mustahil sangatlah untuk mereka sedar kerana mungkin mereka menyangka mereka itu ‘maksum’…
Madah Madey ketika kempen PRK
Parlimen Sg.Besar Selangor,setelah
keluara dari Umno.
Pada penulis, pelbagai fakta dan perkara sebenar telah didedahkan oleh bekas-bekas ahli parti ‘cap bunga’ itu. Majoritinya itulah yang ‘dia’ hidupkan dulu di dalam UMNO. 22 tahun lamanya, bukan mudah untuk kikis budaya itu dalam parti UMNO sebelum ini.
Syukurlah ‘virus’ seperti itu sudah hampir pupus dalam UMNO. ‘Bapa virus’ itu sudah keluar dari UMNO dan menjadi ‘parasit’ dalam parti baru yang ditubuhkannya. Kita lihat nanti berapa lama ‘cap bunga’ itu boleh ‘hidup’. Sekarang pun sudah ‘layu’ hampir lunyai tak laku, kan?

Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.40 am 0n Disember 31,2017.

Friday, December 29, 2017

BERSENGKONGKOL DENGAN DAP IT "LILLAHI TAALA?"

Cenderawasih
28 DISEMBER 2017.
Dipetik dari MyKmu.Net.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang paling lama memegang jawatan Presiden UMNO dan paling lama berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia mengajukan beberapa soalan mengenai UMNO dan perjuangan ‘lillahi taala’.

Dia berkata, “saya nak tanya apakah UMNO mencuri kerana Allah, UMNO menipu kerana Allah, UMNO makan suap dan UMNO sogok duit kerana Allah,”. Begitulah bunyi soalan dari bekas pemimpin tertinggi UMNO yang paling lama berkuasa dalam sejarah itu.

Penulis bukan sesiapa, hanyalah ahli UMNO biasa sahaja. Bukan ahli politik dan tidak mempunyai sebarang jawatan mahupun di peringkat cawangan,
apatah lagi bahagian.

Namun begitu, penulis rasa terpanggil untuk menjawab soalan bekas Presiden UMNO ‘tersohor’ tersebut. Penulis tidak tahu tentang pegangan atau perjuangan orang politik macam Mahathir.

Namun bagi penulis, UMNO merupakan institusi pertubuhan politik yang menjadi tunjang kepada gerakan kemerdekaan dan mengepalai Kerajaan Malaysia hingga kini. UMNO tidak mencuri, UMNO tidak menipu, UMNO tidak makan suap dan UMNO tidak pernah menyogok.

Ini adalah disebabkan UMNO itu bukalah mewakili individu, namun merupakan sebuah institusi politik bagi bangsa Melayu beragama Islam dan bumiputera.

Selaku pemimpin UMNO paling lama dalam sejarah negara ini, Mahathir sudah tentu berfikir kononnya UMNO seperti di zaman dia memerintah dulu yang penuh dengan pemimpin yang aktif ‘mencuri’, ‘menipu’, ‘maka suap’ dan ‘menyogok’.

Namun untuk pengetahuan Mahathir, UMNO di zaman ini sudah bertransformasi. Sejak dia tidak lagi menjadi Presiden dan Perdana Menteri, pemimpin penggantinya giat melakukan ‘pembersihan dalaman’, termasuk menyingkirkan budaya ‘kronisme’ dan ‘nepotisme’ yang begitu mencemar UMNO ketika dia berkuasa.

Kini, budaya negatif yang menjadi amalan di zaman Mahathir dahulu semakin pupus. Siapa yang masih atau cuba mengamalkan budaya busuk seperti dulu, maka jangka hayat politiknya diramal tidak akan bertahan lama.

Zaman ini terlalu ‘ketat’ dan mereka yang ‘diatas’ sentiasa di dalam radar perhatian umum. Kenapa? Kerana di zaman serba canggih ini, selicik mana pun perlakuan negatif yang cuba disembunyikan, pasti akan terbongkar.

Bukan hanya SPRM dan PDRM, malah terdapat banyak agensi dan pihak berkuasa yang tidak akan berkompromi dengan gejala jijik itu.

Di zaman ini, Ketua Hakim Negara atau mana-mana Hakim yang menjatuhkan hukuman tidak menyebelahi kerajaan, mereka tidak dipecat seperti di zaman dulu. Tiada campur tangan dalam bidang judiciari sebagaimana di zaman dulu.

Di zaman ini juga tiada ‘tangan ghaib’ kerajaan yang mengganggu SPRM mahupun PDRM menjalankan siasatan.

Jika cukup bukti dan wujud prima facie, pastinya mereka yang bersalah akan diheret ke muka pengadilan. Ia tidak seperti di zaman dulu…

Di zaman ini, Bank Negara tidak lagi meniaga forex seperti dulu. Di zaman ini, sistem percukaian negara tidak ‘bolos’ seperti dulu. Di zaman ini, tidak ‘diktator’ seperti zaman ‘kuku besi’ dulu.

Zaman ini serba berubah dan semakin telus terbuka. Namun begitu, UMNO tetap istiqamah dengan perjuangannya.

Jika dulu menolak draf hudud secara total, kini Presiden UMNO sediakan platform untuk kajian bersama bagi memperkasakan undang-undang syariah di negara ini.

UMNO juga terus berjuang untuk bangsa Melayu di mana pelbagai saluran dan peluang dibuka semakin luas kepada anak bangsa memajukan diri dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan agama, profesional dan sebagainya.

Kita tidak lagi seperti dulu yang hanya membantu ‘kroni’ dan mengkayakan lagi ‘kroni-kroni’ yang sudah ‘terlebih kaya’.

UMNO tidak lagi melantik adik beradik, kakak abang, ipar duai menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Tiada lagi amalan seperti di zaman Mahathir. Yang kekal hanyalah perkara-perkara positif dari warisan terdahulu yang kini diperkasakan.

Amalan ‘kuku besi’ seperti ugutan dan penahanan ISA juga sudah tiada, serta ditambahbaik dengan pelaksanaan beberapa akta seperti Sosma, Pota dan sebagainya yang lebih adil.

 Apa yang dirancang dan sedang dilaksanakan kini semuanya berpaksikan kepada perjuangan asal UMNO, demi agama Islam, bangsa Melayu bumiputera dan tanah air. Maka, ia secara tidak langsung juga sejajar dengan perjuangan yang berteraskan ‘lillahi taala’.

Soalnya kini, adakah tindakan Mahathir bersekongkol dengan DAP itu berdasarkan ‘lillahi taala’? PAS pun gagal mengislamkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, sejauh mana pula kehebatan Mahathir ‘berdakwah’ kepada dua petualang DAP itu?

 Apakah Mahathir berpandangan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini sudah bertaubat dari segala perlakuan zina dan seks luar tabii sebagaimana yang Mahathir yakin berlaku dulu?

Selamatkah Mahathir ‘naik sekatil’ dengan Anwar? Hubungan ‘lillahi taala’ juga? Adakah tindakan yang pernah Mahathir lakukan terhadap Anwar, Kit Siang, Guan Eng, dan ramai lagi ‘mangsa-mangsa’nya dulu juga adalah kerana ‘lillahi taala’?

Atau ia hanyalah sekadar mahu mempertahankan kuasa politik semata-mata? Ramai yang menasihati Mahathir supaya kembali ke pangkal jalan agama dengan mengingatkannya tentang ‘tikar sejadah’. Tapi nasihat itu dibalas dengan ‘tuba’.

Apakah itu akhlak seperti itu membayangkan perlakuan Mahathir yang ‘lillahi taala’? Fikir sendiri…( Posted by abnmulya // haji abu bakar ningal.blogspot.com at 1714 hrs on Disemberi 29,2017.

Thursday, December 28, 2017

MAHATHIR DAH MACAM DAP, PERKATAAN " LILLAHITAALA" PUN JADI MODAL POLITIK

PERJUANGAN UMNO dari dahulu lagi untuk agama Islam, bangsa Melayu dan Negara Malaysia. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad juga tahu fakta tersebut.

Cuma bezanya kali ini beliau bersekongkol dengan musuh Islam iaitu DAP maka beliau dlihat “berkiblatkan” musuh Islam tersebut.

Sebagaimana yang kita amat maklum, DAP sentiasa menghina bangsa Melayu dan agama Islam secara berterusan sejak dahulu lagi.

Masihkah kita ingat isu Kalimah Allah dalam Bible, larangan suara azan, isu murtad, penjualan arak di kawasan majoriti Islam, hina Raja-Raja Melayu dan lain-lain lagi?

Kini penyakit tersebut dilihat berjangkit pada Mahathir pula. Beliau seolah-olah cuba memperlekehkan perjuangan UMNO dan kalimah “Lillahitaala” dengan menyindir laungan Umno ‘lillahi taala’ (kerana Allah Taala) yang dilaungkan ketua penerangan parti itu Tan Sr Annuar Musa dan sekumpulan anggota Umno di Kelantan.

“Kata Annuar Musa – Umno lillahi taala atau Umno ‘kerana Allah’.

“Saya nak tanya apakah Umno mencuri kerana Allah, Umno menipu kerana Allah, Umno makan suap dan Umno sogok duit kerana Allah,” kata pengerusi Pakatan Harapan. 

Mahathir tidak habis-habis lagi menuduh isu derma dari kerajaan Arab Saudi. Nanyuk sangatkah beliau sehingga gagal membezakan diantara derma dan curi?

Bukti apa lagi Mahathir mahukan sedangkan kini beliau sendiri diselubungi isu kehilangan berbilion wang Bank Negara dalam perjudian Forex.

Hanya sebahagian kecil wang tersebut dapat dijejak manakala selebihnya dikatakan dicuri oleh mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan skandal Forex Bank Negara tersebut.

Mahathir turut berkongsi rakaman video berkaitan di Facebook, yang menunjukkan Annuar sedang berucap kepada sekumpulan penyokong dalam loghat Kelantan.

Annuar Musa mengajak orang ramai melaungkan “lillahi taala” selepas beliau melaungkan Umno. Mungkin sudah sampai masanya rakyat didedahkan secara terang dan nyata skandal Forex Bank Negara yang berlaku ketika era Mahathir.

Dengan itu mereka akan tahu wajah sebenar pencuri wang negara. Wang Bank Negara adalah wang rakyat manakala wang derma pula adalah pemberian dari negara lain kepada rakyat. Banyak perbezaan dalam perkara ini. ( Tulisan dipetik dari MyKmu.Net.( Posted by abnmulya  // haji abu bakaer ninggal.bogspot.com at 2.14 am on Disembr 2017.

TOLAK TAMBAK LAUT P.PINANG.

Wan Junaidi ikrar gunakan segala ruang yang ada walaupun kuasa terbatas 

Mohd. Khuzairi Ismail 
28 Disember 2017 3:00 AM 


PULAU PINANG 27 Dis. - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menggesa Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) menolak cada­ngan Kerajaan DAP Pulau Pinang menambak laut di Permatang Damar Laut di sini bagi membentuk tiga buah pulau buatan.

Malah Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi jaminan akan menggunakan segala ruang untuk menolak projek itu mengambil kira keterbatasan kuasa yang dimiliki kementeriannya yang memungkinkan projek berkenaan diteruskan.
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kata beliau, penolakan dan bantahan keras itu mengambil kira impak buruk yang terlalu besar sekiranya cadangan tambak laut seluas 1,800 hektar tersebut dilaksanakan. Dalam masa sama, beliau menegaskan pihaknya sehingga kini juga belum menerima apa-apa laporan teknikal berhubung cadangan tambak laut itu sama ada kajian dari sudut perikanan, sosioekonomi atau politik kesan daripada pelaksanaan projek berkenaan.

Tambahnya, cadangan tambak laut itu juga melibatkan isu wilayah dan persempadanan laut negara dengan sempadan baharu perlu dibentuk berdasarkan jarak tiga batu nautika dari daratan sesebuah negara. “Persoalannya adakah Indonesia boleh menerima persempadanan laut yang baharu ini dan perkara ini akan turut melibatkan perundangan antarabangsa,” katanya yang menghadiri majlis jamuan bersama rakyat di Permatang Damar Laut, Teluk Kumbar di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya. Dalam pada itu, Wan Junaidi turut mengingatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya tidak menggunakan kuasa yang ada di bawah kerajaan negeri untuk melaksana sesuatu projek tanpa mengambil kira pandangan agensi kerajaan Pusat.

Kata beliau, projek tambak laut tidak wajar diteruskan tanpa mengambil kira kesan kajian impak alam sekitar (EIA) serta kesannya terhadap kumpulan nelayan yang menjalani kehidupan itu secara tradisi di kawasan berkenaan.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang jangan hanya fikirkan keuntungan RM6 bilion daripada pelaksanaan projek ini semata-mata, tetapi dalam masa sama membunuh nelayan di negeri ini.

“Walaupun golongan nelayan ini minoriti dan sumbangan ekonomi mereka kepada kerajaan negeri tidak tinggi, tetapi mereka juga adalah rakyat Pulau Pinang yang berhak mendapat pem­belaan dan perlindungan daripada kerajaan negeri,” katanya.( Utuisan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ningfgal.blogspot.com. at 1.18 am on Disember 29,2017.

Saturday, December 23, 2017

PEMBEBASAN MASJID AL--AQSA TANGGUNG JAWAB SETIAP ORANG ISLAM

DR. EKRIMA SAED SABRI menerima cenderamata daripada Noorazman Mohd. Samsuddin dalam majlis pelancaran Yayasan MyAqsa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam. Turut hadir Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh. UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN 


PUTRAJAYA 3 Nov. – Perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa, Palestin daripada cengkaman rejim Israel adalah perjuangan yang melibatkan tanggungjawab setiap umat Islam.

Beliau hari ini turut membaca khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di masjid berkenaan selain beramah mesra dengan para jemaah.

Pada Julai tahun ini, Sheikh Dr. Ekrima dilapor mengalami kecederaan selepas selesai menunaikan solat di luar pintu Masjid Al-Aqsa apabila polis Israel cuba menyuraikan penunjuk perasaan dengan menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan seku­rang-kurangnya 14 rakyat Pa­lestin cedera. 

Menurut Sheikh Dr. Ekrima, pihaknya sentiasa menghargai bantuan berterusan daripada kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin selama ini.

Katanya, penglibatan NGO seperti Yayasan MyAqsa untuk membantu masyarakat Palestin adalah amat dialu-alukan dan pihaknya berharap sokongan berkenaan sentiasa berterusan.

“Lihat sahaja pasport Malaysia, ia tidak sah atau tidak boleh digunakan apabila individu itu berada di Israel, usaha berterusan kerajaan Malaysia dalam pelbagai perkara terma­suk politik banyak membantu dalam usaha membebaskan Masjid Al-Aqsa,” katanya.

Tegasnya, antara kebiadaban Israel yang berlaku pada tahun ini adalah apabila Masjid Al-Aqsa telah ditutup oleh rejim itu pada 14 hingga 27 Julai lalu serta berlaku banyak halangan untuk beribadah. 

“Tindakan melampau ini termasuk menangkap pejuang dan pengawal Masjid Al-Aqsa, tetapi kami tegaskan bahawa Yahudi tiada hak untuk menakluk dan merampas Masjid Al-Aqsa daripada tangan kami,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyAqsa, Noorazman Mohd. Samsuddin, penubuhan yaya­san berkenaan adalah bertujuan membina hubungan dan kerjasama strategik dengan semua pertubuhan kerajaan dan NGO.

“Pada bulan Disember depan, kita merancang untuk menjemput ulama-ulama dari Palestin untuk forum peringkat antarabangsa di negara ini dan insya-Allah kita juga akan ke Palestin pada masa akan datang,” katanya.

Kata beliau, semua pihak perlu mengambil serius dalam usaha membebaskan Masjid Al-Aqsa kerana beliau mendapat laporan kajian mengenai berlakunya aktiviti Israel untuk melemahkan struktur masjid berkenaan serta membawa le­bih banyak kerosakan.

Baitulmuqaddis : Malaysia Sokong Resolusi PBB--PM.

NAJIB TUN RAZAK bersama Ahmad Zahid Hamidi dan barisan pemimpin NGO mengangkat tangan menandakan sokongan kepada Palestin dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir, Anwar H. Al Agha (tiga dari kanan) dan Zulkifli Mohamad Al-Bakri (dua dari kanan). - BERNAMA. 

23 DISEMBER 2017 @ 2.44 PM.


KUALA LUMPUR 23 Dis. - Malaysia menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitumuqaddis sebagai ibu negara Israel, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tidak mungkin sampai bila-bila akan kita setuju,” tegas Najib dalam catatan di laman Twitter berhubung tindakan Amerika itu. Najib seterusnya berkata, Malaysia tidak bergantung dengan mana-mana negara termasuk AS dalam menyatakan pendirian berhubung perkara itu.

“Walaupun dia (AS) kuasa besar tetapi jangan perlekehkan Malaysia!” kata perdana menteri. Lebih 120 negara termasuk Malaysia pada Khamis mengundi menyokong resolusi PBB yang meminta AS menggugurkan pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Sebanyak 128 negara menyokong resolusi itu, sembilan menolak manakala 35 lagi berkecuali.

Amerika sebelum itu menggunakan kuasa veto bagi menghalang satu draf resolusi serupa pada sidang Majlis Keselamatan PBB, Isnin lalu. - BERNAMA ( Utusan online). Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal blogspot.com at 2051 hrs.on Disember 23,2017.

Baitulmuqaddis Bukan Ibu Ngara Israel.


23 Disember ,2017 @ 3.00 am.


NEW YORK 22 Dis. - Lebih 120 buah negara, sema­lam tidak menghiraukan ugu­tan Donald Trump de­ngan mengundi untuk memihak resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang menuntut Presiden Amerika Syarikat (AS) itu supaya menarik balik keputusan beliau mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Di sebalik ugutan Trump yang mengancam untuk memotong ban­tuan kewangan terhadap negara yang memihak resolusi itu, sebanyak 128 negara menyokong resolusi berkenaan yang tidak terikat, sembilan (09)lagi menentang manakala 35 negara memilih untuk berkecuali dengan 21 negara tidak mengundi.

Walaupun keputusan undian itu dilihat mempunyai impak, namun Washington mendapati negara terbabit bersendirian da­lam keputusannya apabila keba­nya­kan sekutu rapat negara ber­­­kenaan dari Barat mahupun negara Arab menyokong resolusi tersebut.

Beberapa negara sekutu AS seperti Mesir, Jordan dan Iraq merupakan penerima utama bantuan ekonomi dan tentera Amerika di sebalik tindakan Washington tidak menyatakan negara mana berdepan pemotongan bantuan tersebut.

Seorang jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan undian itu sebagai kemenangan kepada Palestin ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak pengundian berkenaan.

Antara negara mengundi untuk berkecuali adalah Argentina, Australia, Kanada, Colombia, Republik Czech, Hungary, Mexico, Filipina, Poland, Rwanda, Sudan Selatan dan Uganda. Guatemala, Honduras, Kepulauan Marshall, Micronesia, Nau­ru, Palau dan Togo menyertai AS dan Israel dengan tidak menyokong resolusi tersebut.

Keputusan resolusi semalam mengesahkan bahawa sebarang keputusan dan tindakan yang mahu mengubah karakter, status atau kedudukan demografik Baitulmuqaddis tidak mempu­nyai kesan perundangan, tidak sah dan terbatal.

 Awal bulan ini, Trump me­ngubah dasar AS sejak berdekad lalu dengan mengumumkan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis yang merupakan tanah suci bagi pe­nganut Islam, Kristian dan Yahudi sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya di situ.

Duta AS ke PBB, Nikki Haley se­belum pengundian itu berkata, Amerika Syarikat akan mengi­ngati hari ini yang mana negara itu ‘diserang’ di Perhimpunan Agung PBB kerana mengamalkan hak mereka sebagai sebuah negara berdaulat.

Selepas pengundian itu, Haley meminta 64 negara yang me­ngundi untuk tidak, berke­cuali atau tidak membuang undi supaya menghadiri satu resepsi penghargaan terima kasih kerana bersahabat dengan Amerika pada 3 Januari ini.

Status Baitulmuqaddis menjadi penghalang utama kepada perjanjian damai antara Israel dan Palestin ketika masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf kedaulatan penuh Israel ke atas seluruh bandar tersebut.

Duta Perancis ke PBB, Francois Delattre dalam satu kenyataan berkata, resolusi yang diluluskan itu hanya mengesahkan akan peruntukan undang-undang antarabangsa dalam isu Baitulmuqaddis.

Israel menawan Baitulmuqaddis Timur semasa perang 1967 dan Palestin mahukan bandar itu sebagai ibu ne­ga­ra Palestin. – AFP. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 22.04 hrs on Disember 23,2017.

Friday, December 22, 2017

Himpunan Solidariti Ke Seluruh Negara

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) berucap pada Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra hari ini sebagai sokongan kepada usaha menentang pengisytiharan kota suci itu sebagai ibu negara Israel. - UTUSAN/FotoBERNAMA 


KAMAL MASLIH & SYUKRI SHAARI

22 DISEMBER 2017 @ 3.27 PN.


PUTRAJAYA 22 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis tidak akan terhenti di sini, sebaliknya akan diperluaskan ke seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, himpunan tersebut akan diadakan pada setiap hujung minggu ketiga pada setiap bulan di lokasi masjid-masjid lain. "Atas cadangan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi perhimpunan, setiap bulan kita akan buat perhimpunan solidariti, bukan sahaja di masjid di Putrajaya tetapi juga masjid di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra d Menurut Najib, seluruh umat Islam di negara inj tanpa mengira ideologi politik perlu bersatu padu dalam membela hak rakyat Palestin.

"Kita lupakan sengketa politik sesama kita. Dalam hal ini kita boleh bersatu padu, tidak kira baju hijau, baju merah atau baju oren, asalkan ada niat yang sama," jelas beliau.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2153 hrs on Disember 22,2017.

Thursday, December 21, 2017

PAN Dibidas Enggan Turut Serta

PARTI (PAN) TIDAK MENYERTAI HIMPUNAN SOLIDARITI SELAMATKAN BAITULMUQADDIS

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN memeriksa ubat-ubatan ketika melawat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. BERNAMA 


C.SHEILA RANI 
21Disembaer 2017@3.00 

 KUALA LUMPUR 20 Dis. - Keengganan Parti Amanah Negara (PAN) untuk menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Putrajaya Jumaat ini menimbulkan persoalan kerana program tersebut bagi memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang merentasi sempadan politik dan ideologi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tidak ada sebab penganjuran perhimpunan tersebut tidak mendapat sokongan seluruh rakyat negara ini melainkan mereka yang menolak menyertainya harus bersedia untuk dipersoalkan rakyat.

Katanya, ini memandangkan soal Palestin cukup dekat di hati rakyat dan semasa menerajui Pergerakan Pemuda UMNO, perjuangan isu ini mendapat sokongan padu daripada Pemuda UMNO, MCA, MIC dan rakan parti Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Tidak ada sebab apa yang mahu dilakukan pada Jumaat ini tidak mendapat sokongan daripada semua pihak, tidak kira Islam, bukan Islam, ideologi dan parti politik yang lain. Kalau mereka membuat pilihan yang tidak sama, terserah kepada mereka.

“Namun, masyarakat akan mempersoal pendirian mereka berhubung isu Palestin,” kata­nya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub yang memaklumkan parti itu tidak akan menghantar wakil pada Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis yang akan diadakan di Masjid Putra, Jumaat ini.

Dalam sidang akhbar Salahuddin hari ini, beliau memberitahu, barisan kepemimpinan PAN membuat keputusan tersebut semalam selepas melihat cara perhimpunan itu dipromosikan yang mengetengahkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, keperluan Malaysia untuk membuka pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Katanya, perkara tersebut juga perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan di peringkat Kabinet. 

“Kita perlu membincangkan perkara ini dengan mengambil kira beberapa aspek seperti ekonomi, keselamatan serantau dan hubungan luar. Untuk itu, kita perlu mendapatkan pandangan kementerian berkaitan seperti Wisma Putra, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pertahanan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Setelah memperoleh pandangan pihak-pihak berkenaan, insya-Allah kita dapat membuat keputusan dengan mengambil kira apa jua kebimbangan yang mungkin timbul,” katanya. (Utusan online-plitik).Posted by haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2.06 am on Disemberr 22,2017.

Mahu Saman Panel RCI Forex,Satu Lagi Polemik Mahu Mahathir Cipta.

SATU demi satu polemik dicipta untuk terus kelirukan dan pusing kepala rakyat. Buat tuduhan pasal ECRL, tuduh pasal 1MDB, tuduh pasal derma dari Arab Saudi dan tuduh kononnya Bank Negara hilang duit antara 2013 dan 2015.

Semua ini hanyalah polemik yang dicipta sahaja. Sudah dijawab beratus kali. Namun benda itu diulang balik agar rakyat jadi terus keliru dan terus benci kerajaan. Dalam banyak benda yang ditanya kepada Najib, semua sudah dijawab dengan tersusun.

Amat berbeza dengan soalan soalan yang ditanya pada Mahathir. Banyak yang dielak, dipusing dan dibuat “tidak tahu” sahaja. Sejak berkawan dengan Anwar, Mahathir pun sudah pandai pakai taktik “delay, delay, delay” menggunakan saman dan mahkamah.

Padahal RCI ditubuh dengan perintah YDP Agong, sampai begitu sekali Mahathir berani mencabar keputusan yang sudah pun dibuat oleh pihak yang menjalankan tugas dengan perkenan YDP Agong. Mahathir kena lawan juga kerana terlalu takut.

Mahathir terlihat amat ketakutan apabila panel RCI Forex telah membuat keputusan dan mahu menyebarkan jilid laporannya kepada rakyat. Takut sangat Mahathir untuk bagi rakyat baca tentang hilangnya wang RM31.5 billion di Bank Negara.

Kalau rakyat baca satu persatu keterangan saksi dan bagaimana hilangnya wang itu, rakyat sudah boleh buat kesimpulan siapa dalang sebenar kejadian itu.

Ini kerana selama ini Mahathir berjaya menipu rakyat dengan imej dirinya sebagai seorang tua yang lemah dan sedang berlawan dengan Datuk Najib yang dituduh dengan bermacam gelaran dan tohmahan.

Namun laporan RCI menunjukkan Mahathir mentadbir kerajaan dengan penuh konspirasi dan skandal menipu rakyat dan ahli kabinetnya sendiri.

Dengan melantik hanya seorang sahaja menguruskan berbillion billion wang rakyat tanpa had, kuasa mengalahkan Menteri Kewangan dan tanpa batas, ia sudah menunjukkan ia ciri ciri besar Mahathir ada di belakangnya.

Apakah wang berbillion boleh beralih tangan tanpa pengetahuan Perdana Menteri? Selama 3 tahun berturut turut?

Mahathir tersepit , sama ada mahu menjadi Perdana Menteri yang bodoh yang “tidak tahu” apa apa terjadi di bawah hidungnya atau mahu menjadi Perdana Menteri yang tahu.

Lalu terpaksalah Mahathir buat tindakan saman ini untuk tunjukkan dia seolah olah bertanggungjawab dan tidak bersalah.

Setelah memilih menjadi Perdana Menteri bodoh tidak berpengetahuan apa apa di dalam pentadbiran wang negara, maka Mahathir menjawab “tidak tahu” pada hampir seluruh soalan semasa ditanya oleh panel RCI Forex.

Natijahnya , setelah keluar laporan RCI, Mahathir terlihat bodoh pada laporan itu. Maka apakah jalan terbaik untuk diambil?

Tidak lain dan tidak bukan adalah menghalang laporan itu dari dibaca oleh rakyat. Maka jalan terbaik adalah menunjukkan dia di pihak yang benar dengan bertindak menyaman RCI.

Sebelum bermula “task force” pun Mahathir yang hebat berlakon berani depan rakyat tetapi banyak buat kerja kotor belakang rakyat sudah cuba menghalang prosiding.

Mahathir mencari helah  berkenaan ahli panel dan mahu beberapa ahli panel di gugurkan. Ini cara Mahathir ganggu kerana Mahathir dalam ketakutan.

Untuk pengetahuan umum , Mahathir juga mahu tulisan dan syarat tertentu diselitkan pada laporan RCI.

Ini helah Mahathir supayaa RCI menolak kehendaknya, lalu adalah alasan untuk peguam Mahathir, Hanif Khatri membawa ke mahkamah bagi melengahkan laporan disebarkan kepada rakyat.

Tujuan Mahathir amat mudah, dia cuba melengah lengahkan sebaran laporan RCI berkenaan skandal wang terbesar negara dan  bagaimana Perdana Menteri ketika itu sekongkol dengan individu lain untuk menipu rakyat dengan jumlah kehilangan wang yang paling besar di dunia.

RCI sebenarnya sudah menghidu beberapa kesalahan seleweng dan menipu oleh pentadbiran Mahathir ketika siasatan masih  di peringkat ”task force” lagi.

Antaranya , laporan kerugian tidak sama dan berbeza. Kedua, cubaan menutup jumlah dengan laporan Menteri Kewangan kepada Parlimen.

Di situ sahaja sudah ada kesalahan. Kini boleh lah kita rumuskan, Mahathir tersepit dan sedang berada dalam kecemasan.

Bayangkan jika artis artis yang memujanya membaca laporan bahawa orang yang disanjung berlakon bodoh di Mahkamah RCI dan sentiasa menjawab “saya tidak tahu” tetapi berlagak hero yang tahu macam macam hal ketika sudah tidak berkuasa ketika mahu mengenakan pihak lain.

Tentu mereka akan kecewa dan malu. Fatiya, Sheila Majid, Adidah Noor tentu masuk gua jika laporan sebenar itu sudah keluar nanti.

Maka kini, apa yang cuba dibuat oleh peguam Mahathir adalah dengan menyaman RCI. Tindakan saman ini hanyalah polemik dan kartun sahaja.

Sekadar cubaan untuk melengahkan laporan dari disiarkan dan menunggu PRU14. Jika menang bolehlah membatal kan semua “finding” dan bakar semua laporan dari pengetahuan rakyat.

Itu yang Mahathir harap sangat. Oleh kerana itulah bersungguh sungguh benar dia hendak pada kuasa, agar semua dosanya itu hilang di bawah karpet selama lamanya. Kemudian boleh buat dosa baru, hilangkan pula segala apa yang ada selama ini ke tangan DAP dan PKR.

Dipetik dari Mykmu.Net.( Tulisan Beruang Biru,BB 707,Rabu.20 Disember 201).Posted  by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.57 am on Disembr 22,2017.

Wednesday, December 20, 2017

Kabinet Dijangka Bincang Kedutaan Di Baitulmuqaddis


C. SHEILA RANI 
20 Disember 2017 4:24 PM 

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Keperluan Malaysia untuk membuka pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut juga perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan di peringkat kabinet.
Hishammuddin Tun Hussin.
"Kita perlu membincangkan perkara ini dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan dan ekonomi. Untuk itu, kita perlu mendapatkan pandangan kementerian berkaitan seperti Wisma Putra, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mindef dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Setelah memperolehi pandangan pihak-pihak berkenaan, Insyallah kita dapat membuat keputusan dengan mengambil kira apa jua kebimbangan yang mungkin timbul," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,di sini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, isu pembukaan pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur juga dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.( Utusan online).Posted by abnmulya //  haji bakar ninggal. blogspot.com at 2.33 am on Disemberi 21,2017.

Opinio Juris Rangka Draf Sabit Trumph Penjenayah

DR.SALAWATI BINTI MAT  BASIR
Azman Ibrahim 
18 Disember 2017 @ 1.26 pm.

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Sebuah gerakan pakar akademik antarabangsa sedang merangka draf untuk menyabitkan Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump sebagai penjenayah perang kerana melanggar resolusi yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau corpus separatum (hak eksklusif Palestin).

Timbalan Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, draf itu yang dilakukan Opinio Juris atau International Law Juris dibuat dengan kekuatan 1,000 ahli itu,dijangka siap tahun depan.

Katanya draf itu akan diserahkan ke Majlis Keselamatan untuk diambil tindakan lanjut dan mempertimbangkan Trump sebagai penjenayah perang.

“Trump melanggar empat undang-undang antarabangsa termasuk mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel tanpa merujuk deklarasi-deklarasi atau perjanjian yang termeterai sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Bicara Persada ke-41, Trump vs Dunia (Baitulmaqdis milik siapa?) di Canselori, UKM dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Baitulmaqdis Kesatuan Ulama Dunia,Dr. Muraweh Musa Nassar.( Utusn online0.Posted by abmulya //  haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.18am on Disember 21,2017.

Tuesday, December 19, 2017

AS GUNA KUASA VETO ISU BAITULMUQADDIS


19 Disember 2017 11:26 AM 

NEW YORK 19 Dis. - Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi PBB bagi membatalkan keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Duta AS ke PBB, Nikki Haley veto draf resolusi yang dibawa oleh Mesir itu dalam undian yang diadakan alam tadi walaupun 14 lagi Ahli Majlis Keselamatan menyokong.-AFP( Utusan online-Luar Negara.).Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.con at 12.47am on Disember 20,2017.

Dr.Mahathir Amalkan Politik Terdesak,Pelik

Tun Mahathir
MOHD HAFIZ  ABD  MUTALIB
19 DISEMBERI 19,2017 @ 11.25AM,


Kota Bharu 19 Dis. - Pas percaya Tun Dr. Mahathir Mohamad akan terus mengamalkan politik terdesak selain melakukan pelbagai lagi tindakan pelik bagi menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (Pru-14).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, berdasarkan pengamatan pihaknya, bekas Perdana Menteri itu akan melakukan apa sahaja sebagaimana pendirian terbaharu beliau yang bersungguh-sungguh menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.

Katanya, semua sedia maklum, Dr. Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab memasukkan Anwar ke dalam penjara dengan menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan perbuatan menjijikkan sebelum ini. “Semua ini politik terdesak yang ditunjukkan Dr. Mahathir kerana kita nampak beliau sudah tidak tahu buat apa lagi untuk mendapatkan sokongan.

“Berdasarkan pengalaman kita, Dr. Mahathir ini dilihat boleh buat apa sahaja, mungkin dekat PRU-14, ada benda-benda lain lagi yang pelik akan keluar.

“Saya percaya, rakyat sama sekali tidak akan terpengaruh dan terperdaya dengan politik Dr. Mahathir ini,” katanya kepada pemberita selepas ceramah umum di Lundang di sini malam tadi.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menggesa agar Anwar segera dibebaskan dari penjara.
 Dr. Mahathir membuat gesaan tersebut menerusi satu kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley dengan meng­anggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.-( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2334 hrs on Disemberr 19,2017.

Dakwaan Dr.Mahathir Tidak Benar


C. SHEILA RANI 
19 Disember 2017 7:29 PM 

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian sebanyak AS$39.6 bilion (RM161 bilion) antara tempoh 2013 dan 2015 dalam menguruskan rizab antarabangsa negara adalah tidak benar.
Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dakwaan kerugian AS$39.6 bilion itu sebenarnya merupakan jumlah yang menggambarkan penurunan dalam rizab antarabangsa disebabkan aliran keluar dana asing dari Malaysia dan bukannya kerugian akibat urus mata wang asing.

“Aliran keluar ini disebabkan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global yang lemah, jangkaan pemulihan dasar monetari di Amerika Syarikat (AS) dan penurunan mendadak dalam harga minyak dunia.

“Dalam tempoh ini, aliran keluar modal bukan hanya unik kepada Malaysia sahaja tetapi turut menjejaskan pasaran baru lain termasuk Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, India, China, Korea Selatan dan Taiwan.

“Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu (Dr. Mahathir) telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat, justeru saya ingin menjelaskan fakta yang betul,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir menerusi sebuah klip video yang dipaparkan di laman YouTube mendakwa Bank Negara mengalami kerugian sebanyak AS$39.6 bilion antara tempoh 2013 dan 2015 dalam menguruskan rizab antarabangsa negara. -(Utusan online).Posted by abnmulya  //hajhi abu bakar ningfgal.blogspot.com. at 2302hrs on Disember Disember 19,2017.

Dr.Mahathir tidak layak diangkat semula menjadi PM.


MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB 
18 Disember 2017 3:45 PM 

KOTA BHARU 18 Dis. - Pas menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah tidak relevan untuk diangkat semula menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan yang diketuai DAP menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, banyak peristiwa tidak baik berlaku ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri itu seperti tragedi Memali; krisis raja-raja Melayu; isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pelbagai lagi perkara lain.

Malah katanya, disebabkan Pengerusi Pakatan Harapan itu, kerajaan pada masa kini terpaksa membersihkan pelbagai 'penyakit' yang berpunca ketika zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

"Saya tidak nampak apa relevannya untuk memberikan semula kepercayaan kepada Dr. Mahathir yang dijangka kembali menghancurkan negara.

"Jadi, Dr. Mahathir wajib ditolak dan rakyat boleh memberi kepercayaan kepada Pas yang mengamalkan budaya politik matang untuk meneraju negara" katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Sementara itu, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas negeri berkata, langkah Pakatan Harapan menamakan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri membuktikan gabungan tersebut tidak mempunyai tokoh yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

"Orang seperti Dr. Mahathir ini boleh berubah pada bila-bila masa dan sering melakukan 'U-turn'. Ini termasuk pendirian terbaharunya yang mahu Anwar dibebaskan daripada penjara sedangkan beliau sebenarnya yang bertanggungjawab menyingkirkan Anwar dahulu," katanya.- (Utusan online) .Posted by abn mulyta // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2134 hrs on Disembr 19,2017 .

Monday, December 11, 2017

Kejayaan Malaysia --PM.

PBB terima resolusi tangkis fahaman ekstremisme dan radikalisasi 

Datuk Seri Najib Tun Razak.


12 Disember 2017 3:00 AM 

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penerimaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap resolusi menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikalisasi, sebagai satu kejayaan untuk Malaysia.

 “Alhamdulillah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima resolusi Malaysia untuk menangkis penyebaran fahaman ekstre­misme dan radikal menggunakan pendekatan kesederhanaan.

 “Satu lagi kejayaan bersejarah buat #Negaraku,” katanya dalam catatan di laman Twitter. Resolusi itu yang merupakan inisiatif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) diterima dalam Sesi ke-72 Perhimpunan Agung PBB di New York pada Jumaat.

 Antara kandungan resolusi itu adalah pengumuman tahun 2019 sebagai Tahun Kesederhanaan Global dalam usaha menggerakkan gelombang suara kesederhanaan menerusi promosi dialog, nilai toleransi dan usaha ke arah kerjasama yang lebih erat di kala­ngan masyarakat antarabangsa.

Resolusi itu dibentangkan oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York, Datuk Seri Mohd Shahrul Ikram Yaakob pada September lepas. Ia diterima melalui undian oleh 135 negara anggota PBB kecuali Amerika Syarikat dan Israel yang telah menentang serta tiada negara yang berkecuali. – BERNAMA( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blgspot.com at 10.00 am on Disemberi 12,2017.

Thursday, December 7, 2017

PRU-14: TIADA MASA BERLENGAH

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa sedang menjawab pertanyaan  wartawan di  PWTC selepasa ucapan pembukaan PAU  ke:71 oleh Presiden Parti Umno Datuk Seri Najb Tun Razak,di PWTC.

AHMAD SHAZUAN MD.YUSOFF
07 DISEMBERR 2017 @ 3.58PM.

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Semua jentera parti perlu memastikan mereka telah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi memastikan UMNO terus kekal memerintah pada masa depan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana banyak lagi perkara dan perancangan yang diatur kerajaan yang bermanfaat bakal dilaksanakan jika parti keramat Melayu itu memenangi pilihan raya akan datang.

“Jentera-jentera parti diingatkan agar memastikan kesiapsiagaan kerana kita tidak boleh berlengah-lengah lagi. Setiap jentera selepas perhimpunan ini perlu menumpukan kepada kerja-kerja parti (sebelum PRU-14) nanti,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke-71 yang disempurnakan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dalam pada itu, Annuar memaklumkan, ahli majlis tertinggi (MT) parti telah mengadakan perbincangan malam tadi berhubung cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

“Presiden telah buat pendirian bahawa kita sangat tegas dalam isu ini. Malaysia akan menentang habis-habisan terhadap sebarang usaha yang mencemar kedaulatan al-Aqsa (Baitul Maqdis),” tegasnya. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2236 hrs on Disemberr 07,2017).

Umno Paling Berani Laksana Transformasi politik-Najib Razak.

PAU-UMNO 2017.
Datuk Seri Najib semaa berucap pagi  di majlis Pembukaan PAU.

Hamden Ramli 
07 Disember 2017 11:05 AM 

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Tidak ada parti politik di Malaysia yang pernah melakukan transformasi politik paling berani dalam sejarah Malaysia melainkan UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada 2009, UMNO dalam Perhimpunan Agung Khas telah melakukan tujuh pindaan dalam perlembagaan parti itu bagi membolehkan pemilihan teraju parti, dilaksanakan secara terbuka kepada lebih 150,000 ahli.

“Berbanding DAP, yang sejak 50 tahun lalu, yang hanya dikuasai oleh penasihat dan dinasti anak-beranak.

“Jadinya,... di mana demokrasi yang dimomok-momokkan? Ternyata sekadar pada nama saja. Hatta dalam pemilihan semula CEC DAP, hanya 54 peratus sahaja yang hadir,” kata Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Bercakap tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad, Najib berkata, di pentas ini juga beliau mengingatkan kita bahawa Melayu mudah lupa. Namun pada kita, Dr. Mahathir telah melampaui had apabila tergamak bersubahat dan bersekutu dengan musuh politik dan musuh prinsip beliau selama berpuluh tahun lalu. 

“Hanya untuk memenuhi tembolok agenda kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata,” katanya. – UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2209 hrs on Disember 07,2017.

Tegak Bulu Roma Lihat Semangat Orang UMNO-Najib.

UMNO2017 NAJIB RAZAK menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO di PWTC hari ini. - UTUSAN

Marhaini Kamaruddin 
07 Disember 2017 10:22 AM 

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak cukup terharu sehingga meremang bulu roma menyaksikan semangat yang ditunjukkan oleh para perwakilan dan pemerhati ke Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Memulakan ucapan dasar beliau pagi ini, Perdana Menteri nyata ikut teruja menyaksikan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menjadi venue perhimpunan kali ini dipenuhi ahli dan penyokong UMNO yang jelas tidak mahu ketinggalan mendengar amanat Presiden sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Bagi kali yang ke-68, kita berasa sungguh bersemangat melihatkan Pusat Dagangan Dunia Putra ini penuh sesak dengan ahli UMNO serta para tetamu, yang berduyun-duyun, tidak pernah suasana meriah sebegini, hingga membuatkan kita sungguh teruja, sampai amat merinding dan berdiri tegak bulu roma, bahawa semangat United Malays National Organisation atau UMNO, selagi hayat kita dikandung badan, akan marak, teruk bernyala-nyala.

“Hidup UMNO! Hidup UMNO!,” laung beliau disahut dengan sorakan sama oleh 5,628 orang perwakilan dari 191 bahagian seluruh negara yang memenuhi setiap ruang Dewan Merdeka, PWTC di sini.

Hadir sama Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua-ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri iaitu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi parti.

Sememangnya perhimpunan hari ini menurut Najib sungguh berbeza auranya dengan catatan rekod kehadiran paling ramai jumlah perwakilan, ahli, para pemerhati dan media yang dikhabarkan sekitar 30,000 orang. - UTUSAN ONLINE( Posted by abnmulya //  haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10 hrs on Disember 07,2017.

MACAI PEMBANGKANG SENTAP

LAUTAN MERAH...Para perwakilan bersemangat menyanyikan lagu UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC di Kuala Lumpur.
Borhan Abu. Samah
07 Disember 2017 2:59

TAHUN ini, buat pertama kali ucapan Perasmian Perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat disaksikan di seluruh dunia apabila Utusan Online antara yang menyiarkan secara langsung melalui Facebook.

Bila disiarkan langsung maka komen pun dibuka kepada semua. Yang paling awal masuk memang sudah dijangka toyol pembangkang yang belum apa-apa lagi memulakan kecaman.

Toyol-toyol ini mudah dikesan kerana mereka berselindung di balik akaun yang palsu atau tanpa wajah dan nama sebenar. Komen mereka semuanya bagaikan sudah dijangka dengan kaedah yang sama.

Mengulangi tuduhan tidak berasas dan tidak berlandaskan fakta tetapi lebih menjurus kepada persepsi. Inilah yang dibanggakan apabila penyokong UMNO dengan berani tidak berselindung tampil membela parti dan pemimpin mereka di media sosial.

Ia sesuatu yang jarang berlaku dan ini jelas memberi isyarat penyokong senyap sudah bosan membaca komen-komen jele Akhirnya seorang demi seorang mahkluk toyol siber keletihan bertempur dengan pejuang sejati UMNO.

Inilah hakikat yang perlu difahami oleh ahli politik bahawa mereka tidak boleh lari daripada media Penjelasan dengan sejelas-jelasnya perlu dilakukan berterusan kepada netizen. Jika tidak mereka dengan mudah dipengaruhi dengan dakyah pembangkang.

Itu belum lagi dakyah subversif yang mahu menjahanamkan negara. UMNO kini dalam mode menyerang. Serangan berpadu dan terarah. Bertempiaranlah macai, toyol dan pemakan dedak pembangkang. UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1835 hrs on Disember 07,2017./

Tuesday, December 5, 2017

KENYATAAN ZAID BIADAB,HINA SULTAN SELANGOR

Abdul Yazid Alias 
06 Disember 2017 3:00 AM


SHAH ALAM 5 Dis. - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ahli DAP ketika ini, Datuk Zaid Ibrahim dicela kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 
BUDIMAN MOHD ZOHDI

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan Zaid itu bukan sahaja dianggap biadab tetapi turut memperlihatkan dirinya yang gagal memahami maksud sebenar titah baginda yang mengambil berat terhadap masa depan negara serta keharmonian rakyat di negara ini khususnya di Selangor.

‘‘Titah Sultan Selangor itu harus dilihat dari sudut yang positif, tentang betapa sayangnya baginda kepada rakyat dan negara Malaysia. Tetapi, seperti kebiasaannya, pembangkang yang tidak pernah berhenti bermain politik telah sekali lagi menunjukkan sikap kurang ajar mereka.

“Sudahlah titah baginda pada bu­lan lalu menegur kenyataan ra­sis Tun Dr. Mahathir Mohamad (Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP) yang menyatakan bangsa Bugis sebagai lanun tidak mahu dibahaskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini mereka mempertikaikan pula titah baginda,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Budiman, raja-raja Me­layu merupakan tiang utama negara ini manakala titah yang di­keluarkan oleh baginda telah di­susuli dengan pertimbangan dari se­tiap sudut selaras dengan tanggungjawab baginda memastikan kedudukan negara berada dalam keadaan yang terbaik.

Malah, tegas Budiman, titah Sul­tan Selangor itu jelas bukan bersifat politik tetapi ia adalah suatu bentuk peringatan kepada para pemimpin dan rakyat daripada semua kaum supaya mengekalkan perpaduan dan keharmonian di negara ini.

“Tindakan Zaid mempertikai ti­tah baginda adalah jelas cuba menafikan peranan raja-raja Melayu. Beliau menunjukkan sikap angkuh dan biadab,” tegasnya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi wawancara khas dengan sebuah akhbar tempatan berbaha­sa Inggeris hari ini me­nya­takan ke­bimbangan baginda dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sengaja mengeks­plotitasi isu kaum, agama dan lain-lain perkara sensitif dalam usaha menagih sokongan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Titah baginda, tindakan seumpama itu dilihat akan mele­takkan negara ke arah kehancuran yang mana isu tersebut sentiasa menjadi perkara yang dibincang serta dibimbangkan oleh sembilan raja-raja Melayu di negara ini.

Malah, dalam wawancara sama, baginda turut menegur Mahathir yang sebelum ini menghina etnik Bugis selain menyifatkan bekas Perdana Menteri itu merupakan seorang pemimpin yang memiliki inferiority complex (merasa rendah diri yang kompleks) selain perasaan kebencian mendalam dalam dirinya.

Bagaimanapun, pandangan baginda itu dipertikaikan oleh Zaid apabila beliau menasihatkan baginda supaya berhati-hati dalam berkata-kata. 

“Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-ka­tanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” dakwa Zaid dalam satu kenya­taan menerusi laman sosial twitternya.
(Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. 12.30 noon on Disember 06,2017.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kenyataan-zaid-biadab-hina-sultan-selangor-1.567414#ixzz50S0FBkN7
© Utusan Melayu (M) Bhd