Thursday, January 31, 2013

Hasan Ali anggap tindakan terhadap Nasharuddin terlalu kejam

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Pemecatan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama Pas disifatkan sebagai terlalu kejam kerana ia dilakukan tanpa sebarang pertuduhan ataupun memberi peluang kepada bekas Timbalan Presiden Pas itu membela diri.
ADatuk Dr.Hasan Ali Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati).

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, tindakan pucuk pimpinan Pas itu amat mengecewakan kerana ia dibuat tanpa sebarang notis dan ia diumumkan selepas Nasharudin pulang dari Gaza, Palestin.

"Saya juga dipecat dari Pas tanpa sebarang pertuduhan, sekarang sudah setahun lapan bulan dan saya masih tidak tahu apa salah saya dan saya yakin Ustaz Nasha pun tidak tahu apa salahnya.

"Baru-baru ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta waktu sejam penuh dalam siaran televisyen untuk membela diri berikutan isu Amanat Haji Hadi.

"Dia minta satu jam tetapi Hasan Ali dan Ustaz Nasha tidak diberi walau seminit untuk membela diri, terus dipecat," katanya ketika berucap pada program Fakta Sahih: Jom Tolak Pakatan di Bandar Baru Bangi, di sini malam tadi.

Yang turut hadir Presiden Pertubuhan Nambikai, Kalai Vanar; bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haroon serta Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal.

Menurut Hasan, sekiranya penyertaan Nasharudin dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza dijadikan alasan pemecatan, perkara itu tidak wajar kerana lawatan tersebut berbentuk kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam.

"Dalam usia Ustaz Nasha semuda 30-an, bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor sudah nampak potensinya dan mahukannya menjadi Setiausaha Agung Pas.

 "Ilmu Ustaz Nasha juga tinggi, saya boleh kata dalam seluruh Pas, tiada siapa boleh bercakap bahasa Inggeris dan bahasa Arab sefasih Ustaz Nasha," katanya yang merupakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor. 

Beliau percaya nasib yang menimpa Nasharudin itu kerana ketegasannya mempertahankan akidah umat Islam dalam isu kebebasan beragama yang dicetuskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar serta isu kalimah Allah yang dipolitikkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 9.38 am on Feb 01,2013.




Pengguguran Nasha dikatakan bukan tindakan politik? Apakah PAS itu bukan parti politik?

      

January 31,2013 at 9.13pm

Boleh dikatakan semua orang Melayu Malaysia dan lain-lain kaum yang menghuni Malaysia,iaitu lebih 50 tahun yang lalu hingga kini, sangat maklum bahawa parti Parti Islam Semelaysia (PAS) telah ditubuhkan.
Ustaz Nasharudin Mat Isa

Penubuhannya itu telah diluluskan oleh pihak pendaftaran pertubuhan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu,sebagai salah sebuah di antara beberapa buah parti politik yang telah wujud.

Iaitu,seperti Umno,Parti Rakyat dan sebagainya ketika era zaman rakyat Malaysia sedang gigih berjuang untuk mendapatkan Kemerdekaan Tanah Melayu dari Penjajah British.

Setiap parti-parti politik itu,sudah semestinya mempunyai konsep perjuangan masing-masing demi untuk melakukan transformasi untuk memberi kenikmatan, kemakmoran, keselesaan yang kondusif kepada rakyat Malaysia pada keseluruhannya.

Untuk itu? Setiap parti politik itu terpaksa merancang beberapa program untuk melakukan transformasi kepada kehidupan yang lebih baik dengan cara-cara untuk memperbaiki taraf hidup rakyat itu sendiri?

Maka para pemimpin tertinggi parti itu mesti selalu bertemu sekaligus mengadakan mesyuarah untuk merangka aspek-aspek kehidupan rakyat agar dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut akan mendapat keputusan politik sebulat suara atau keputusan yang majoriti dari ahli-ahli mesyuarat yang hadir dan cukup korumnya.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Kemudiannya barulah program=program yang di telah dirangkan itu bolehlah dikerjakan untuk dijadikan kenyataan dan ia memberi manfaat kepada rakyat jelata.

Untuk mendapatkan ahli-ahli yang semakin banyak dan bertambah-tambah yang akan menyertai sesuatu parti politik itu?

Maka para pucuk pimpinan tertinggi parti itu terpkasa pula menjelajah ke seluruh ceruk tanah air Malaysia memberi ceramah politik dengan menerangkan dasar-dasar dan konsep parti yang mereka  perjuangankan dengan harap rakyat akan percaya dan kemudiannya rakyat akan menyertai sesebuah parti itu.

Jika tiba pilihanraya umum sesebuah parti politik itu sudah tentu akan mengambil bahagian untuk bertanding dan sudah tentu pucuk pimpinan pusat sesebuah parti itu akan bermesyuarat politik untuk memilih calon-calon parti mereka yang difikirkan layak bertanding .

Juga, diharapakan akan menang sebagai Ahli Parliman (MP)di Parliman Malaysia sebanyak 222 kerusi itu atau pun bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri-negeri yang berada sebanyak 13 di Malaysia negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Lazimnya,selaku sesebuah parti politik iaitu, dari detik sesebuah parti itu hendak ditubuhkan hinggakan berjaya memerintah sesebuah negeri itu?

Semua keputusan yang melibatkan sesebuah parti itu tidak boleh dinafikan bahawa segala keputusan yang telah dicapai tidak boleh dinafikan kononnya bukannya keputusan politik.

Baik ketika menerima ahli-ahli baru mahupun memecat seseorang itu dari sebarang jawatan atau sebagainya yang menjadi ahli dalam parti tersebut itu? Segala keputusan yang telah diambil oleh sesebuah parti itu adalah merupakan keputusan politik oleh parti tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

NASHARUDIN MAT ISA DIGUGURKAN DARI MAJLIS SYURA.

Pada Ahad lepas,Setiausaha Majlis Syura  Nik Zawawi Nik Saleh berkata Nasharudin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan berjemaah seperti ditetapkan oleh Majlis Syura dan keputusan dibuat pada 13 Jan lepas dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

BERKAIT RAPAT LAWATAN NASHA KE GAZA.

Dalam konteks itu,pada tanggal 29 hb.Jan,2013 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan tetap menganggap pengguguran Nasharudin ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu ke Gaza.

Menerusi laporan Sinar online di hari yang sama juga  melaporkan bahawa Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata, keputusan badan tertinggi parti itu pada 13 Jan lalu,dibuat berikutan"komitment yang kurang memuaskan" oleh Nasharudin.

"Tak ada kena mengena dengan politik.Kita mengambil keputusan pada 13 January lalu,namun saya tidak pasti bila surat rasmi dihantar kepada Nasharudin.Seperti kita katakan sebelum ini,kita ambil tindakan sedemikian disebabkan komitment yang kurang memuaskan," katanya dipetik dari Sinar Harian online.

Datuk Mustafa Ali
Lapuran itu juga menyebut,Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebagai  berkata, pengguguran Nasharudin bukan di sebabkan faktor politik,tetapi prestasinya yang didakwa kurang memuaskan.

"Saya memang bukan ahli Majlis Syura,tapi saya diberitahu Nasharudin digugurkan pada 13 January lalu sebelum pergi ke Gaza. Jadi,bukan faktor politik lah,Majlis Syura ambil tindakan sebegitu,tapi prestasi beliau," katanya dipetik dari Sinar Harian online.

Penganalisa politik tanah air bila penulis meminta membuat komen erhubungan dengan kenyataan politik Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Mustafa Ali itu?

Rata-rata mereka menjawab,"Mereka berdua boleh buat dalih itu dan taklid ini.Hakikatnya parti PAS adalah parti politik?

Jadi,sudah jadi lumrah.Segala keputusan yang diambil oleh parti PAS adalah merupakan keputusan politik yang ada minit mesyuaratnya.Yang Maha Mengetahui hanya Allah SWT sahaja. Nanti di sana berdalih-dalihlah dan bertaklid-taklidlah di Mahkamah Allah SWT di akhirat nanti.

Anihnya dimaklumkan bahawa Nasharudin menerima berita pemecatannya melalui  akhbar.Manakala surat pemecatannya pula sehingga kini iaitu pada tanggal 31/01/2013 masih belum diterima oleh Nasharudin.Jika benar Majlis Syura telah menghantar surat tersebut,buktikan?

Sejauh ini tidak ada berita yang mengkhabarkan bahawa Postmen di Wilayah Persekutuan atau pun negeri Selangor ini sedang mogok? Parti Islam mesti kerja mengikuti hukum Islam. (Posted by abnmulya at 2113 hrs on January 31,2013.



Tiada masalah jika DUN Selangor bubar awal,kata Muhyiddin


Oleh: ROSMIZA KASIM
31 Januari 2013

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan perjumpaan tertutup Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan,di Kota Bharu,hari ini-Foto Bernama.
KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) tiada masalah jika Selangor mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) lebih awal, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin berkata, BN akan mengikut keputusan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan tarikh pilihan raya. Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau tidak mengetahui sama ada pembubaran sebagaimana kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah benar atau tidak.

“Dulu dia kata tak nak bubar sekarang nak bubar… tempoh masa tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Saya tidak tahu apakah maknanya itu, adakah makna, kalau tidak ada pengumuman pembubaran Selangor akan mengadakan pilihan raya lebih awal.

“Kita BN tidak ada masalah, kita hadapi apa keputusan yang SPR buat dan kita akan laksanakan,” katanya kepada media hari ini selepas mendengar taklimat daripada pimpinan BN Kelantan dan kemudiannya mengadakan pertemuan dengan kumpulan strategik badan-badan bukan kerajaan di sini.

Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan Selangor akan bubar Dun lebih awal selepas Cap Goh Meh.(Sinar Harian-politik).Posted by abnmulya at 1829 hrs on January 31,2013.