Saturday, January 30, 2016

Peguam Negara Switzerland tidak pernah hubungi 1MDB

31 January 2016@12.54 am. 

KUALA LUMPUR 30 Jan. – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan Pejabat Peguam Negara Switzerland tidak pernah menghubunginya bagi mendapatkan kerjasama tentang siasatan yang sedang dijalankan terhadap syarikat tersebut.

Malah, 1MDB menegaskan, syarikat itu tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa dari luar negara.
Menurut 1MDB, syarikat itu bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana pihak berkuasa dan badan penyiasatan.
“Walau bagaimanapun, kerjasama tersebut adalah tertakluk kepada pandangan yang diberikan pihak berkuasa yang berkaitan di negara ini.
“Selain itu, kami juga perlu mematuhi protokol-protokol antarabangsa yang berkaitan,” kata 1MDB dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, beberapa portal berita asing termasuk The Wall Street Journal dan The Guardian melaporkan, Pejabat Peguam Negara Switzerland telah meminta kerjasama Malaysia bagi membantu siasatan kes berkaitan 1MDB di negara itu.( Utusan online-)Poated by Hj..abu bakar ninggal. blogspot.com.at 7.38 am on Janauray 31,2016.

TERIMA KASIH--FASHA

31 Januari 2016 12:12 AM 

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Tiada apa yang mampu diungkapkan pelakon, Fasha Sandha terhadap komen-komen positif peminat yang sentiasa mendoakan supaya beliau tabah dalam mengharungi dugaan yang melanda selain ucapan ‘Terima Kasih’.

Fasha Sandha

Menerusi laman Instagramnya, Fasha dilihat membalas komen-komen peminat termasuk rakan-rakan artis yang memintanya agar sentiasa kuat menghadapi kemelut perceraian itu.

Malah, menerusi salah satu gambar yang dikongsi pelakon itu baru-baru ini, beliau memetik kata-kata semangat untuk sentiasa percaya ada hikmah di sebalik semua yang menimpanya.

“Manusia berubah, jadi kita boleh belajar melepaskan dan menghargai apa yang kita miliki serta kita percaya kepada penipuan sehingga satu ketika, kita tidak akan menaruh percaya kepada sesiapa selain diri kita sendiri.

“Kadang-kala, perkara baik tidak semestinya kekal selama-lamanya,” katanya.

Fasha juga dilihat sering memuat naik gambar kedua-dua anaknya, Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma,2.

Menyifatkan kedua-dua anaknya sebagai nadi hidupnya, Fasha turut mendoakan agar mereka kuat sepertinya.

“Kesiannya anak ibu ni. Batuk. Semoga jadi tabah seperti ibu dan Abang Fal,” katanya.

Perkahwinan pelakon Fasha dan Rizal Ashram Ramli yang lebih dikenali sebagai Jejai berakhir apabila Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan perceraian mereka pada 20 Januari lalu.

Dalam pada itu, peminat masih tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada pelakon yang ketika ini sedang sibuk menjalani penggambaran drama baharunya, Tentang Hati 2.( Utusan online) Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.47 am on January 31,2016.

Friday, January 29, 2016

Pengganti Mukhriz diumum masa terdekat

RODELIO JUNJUN TUNCAN DAN SAFINA RAMLI: 
30 Januari 2016 1:48 AM 

NAJIB TUN RAZAK menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR


KUALA LUMPUR 29 Jan. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tetap akan diganti dalam masa terdekat.

Ini berikutan perkembangan terbaharu apabila Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah telah memperkenankan nama-nama calon bagi menggantikan Mukhriz yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Istana Darul Aman Kedah, Bukit Persekutuan, di sini, hari ini.
Mukhriz Dr.Mohamad

Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini,

Najib turut menafikan laporan media yang mengatakan nama-nama itu telah ditolak dan menjelaskan segala perkembangan mengenai krisis politik di Kedah akan diberitahu kemudian.

‘‘Nanti saya akan maklumkan. Akan dimaklumkan kemudian itu tidak betul (laporan cadangan nama ditolak,’’ katanya.

Krisis politik di Kedah tercetus apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah bersama kepemimpinan UMNO negeri menyuarakan hilang keyakinan terhadap Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar semakin jelas akan berakhir apabila hari ini beliau tidak diundang menghadiri mesyuarat MT sekali gus memberi isyarat ADUN Ayer Hitam itu akan digantikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Bashah terus disebut-sebut sebagai calon utama menggantikan Mukhriz.

Turut disenaraikan ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail dan ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid.

‘‘Keputusan sudah ada. Kita hanya menanti pengumuman sahaja. Insya-Allah dalam masa terdekat siapa yang menggantikan Mukhriz akan diumumkan. Apa yang pasti kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar tetap diganti,’’ kata satu sumber kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu juga menegaskan, ketika ini apa yang diharapkan oleh semua pihak ialah kemelut politik Kedah diselesaikan segera bagi mengelakkan ia berpanjangan.

‘‘Jika semakin lama isu itu dibiarkan berlarutan, ia akan menimbulkan pelbagai fitnah dan spekulasi lain sehinggakan pihak istana pun akan diseret sama oleh pihak-pihak tertentu,’’ kata sumber itu.( Utrusan on line).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 7.58am on January 30,2016.

Thursday, January 28, 2016

TIDAK CABAAR KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA

Penjelasan SPRM isu siasatan dana RM2.6b ditutup 

KAMIL MASLIH : 29 jANUARY 2016 @ 1.42 AM.

PUTRAJAYA 28 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mencabar mahupun mempertikaikan keputusan Peguam Negara yang mengarahkan kes siasatan dana RM2.6 bilion dan SRC International ditutup, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pegawai SPRM yang mengeluarkan kenyataan kepada media tanpa kebenarannya dan bercanggah dengan ketetapan tersebut.

“Sekiranya benar (ada pegawai SPRM bercakap kepada media tanpa kebenaran dan membuat pelbagai dakwaan), saya tidak akan bertoleransi dan tindakan akan diambil.

“Saya telah mengarahkan satu laporan polis dibuat supaya perkara ini dapat disiasat secara bebas. Pegawai SPRM mesti mendukung standard etika yang tinggi dan perlu bertanggungjawab terhadap sumpah mereka dalam memegang jawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan beliau berpuas hati bahawa tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu dana RM2.6 bilion serta SRC International dengan kes-kes tersebut diarahkan tutup.

Menurut Abu Kassim, tindakan SPRM merujuk penutupan kes berkenaan kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) adalah merupakan prosedur biasa bagi penutupan mana-mana kes.

“Kuasa Peguam Negara terhadap semua prosiding jenayah adalah diberikan kepadanya berdasarkan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa ini adalah mutlak dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak berkuasa,” katanya.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Abu Kassim berkata, kenyataan dari mana-mana pegawai SPRM mengenai isu penutupan kes tersebut tidak menggambarkan pendirian rasmi SPRM kecuali kenyataan daripada Bahagian Komunikasi Strategik SPRM yang mendapat kebenarannya.(Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.16 am on January 29,2016.

Wednesday, January 27, 2016

KEMEROSOTAN EKONOMI KINI MENYERANG SELURUH DUNIA.BUKAN HANYA MALAYSIA AJE.RAKYAT HARUS FAHAM.


Datuk Seri Najib  Tun Razak diyakini akan dapat mengatasi segala masalah  politik dan ekonomi yang sedang menimpanya mutakhir ini sebagai Presiden Umno Malaysia dan sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia. 


Hj.Abu Bakar Ninggal. 
Khamis,January 28,2016 @ 12.45 noon.

Akibat kejatuhan harga minyak di pasaran global.Maka semua ekonomi negara di dunia ini telah terkesan sangat teruk. Ketika membentangkan "bujet 2016" oleh kerajaan Malaysia pada tahun lepas?

Kerajaan membuat anggaran semasa harga minyak dunia berharga US48.00 setong. Kini minyak dunia telah jatuh di pasaran dunia ke paras di bawah US30.00.setong.

Ertinya telah susut harganya sebanyakj US18.00 setong. Akibatnya, kerajaan Malaysia telah shortage( kurang) wang pendapatan hingga lebih RM10 bilion.

Maka itulah sebabnya kerajana Umno-BN pimpinan Najib Tun Razak telah mengambil langkah mengubah suai peruntukan "bujet 2016"hari ini demi mengurangkan beban hidup rakyata di masa kemelesetan ekonomi dunia pada masa sekarag ini.

Rakyat Malaysia harus faham kesultan yang sedang dihadapi oleh kerajaan pada masa ini.Musibah Ini. Adalah ketentuan Allah Swt menguji hamba-hambaNya di serata dunia ini

Tak ada seorang insan pun didunia ini yang mahu mengundang ";Duka Lara".Tak ada seorang pun insan-insan di dunia ini yang mahukan harga minyak dunia jatuh begitu rupa dan sangat rendah harganya? Ia hadir untuk menguji jiwa dan ketaqwaan kita terhadap Allah SWT.

Tetapi itu adalah ketentuan dari Allah SWT tak mampu sama sekali ditahan-tahan oleh hamba-hambaNya yang lemah ini.Tetapi percayalah mesti ada hikahnya disebalik musibah ini

Setelah gelap/? Pasti ia akan jadi terang benderang pula? Hanya masa sahaja yang akan menetukannya. Justeru rakyata Malaysia haruslah bersabar..Allah SWT Ta'ala tidak akan membebankan hamba-hambaNya diluar kemapuan hamba-hambaNya itu sendiri.

Justeru itu.marilah kita bersama-sama dengan kerajaan berusha membantu mengatasi ekonomi dunia yang merosot itu.Tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh ekonomi negara terus membantu kerajaan.pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dari kiri: Nmbor dua Tan Sri Mophamed Apandi,peguam negara dalam satu sidang kahbartelah mengumumkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersalah dalam isu wang derma RM 2.6 bilion dari SaudiaArabia itu.
Isu-isu yang remeh temeh seperti wang derma RM2.6 bilion itu harus ditutup dari diperkatakan di media sosial Malaysia iniu. Jika diteruskan juga?

Polimik-polimik itu sama sekali tak akan nenberi sebarang faedah buat negara dan rakyat..Malah akan menelurkan masalah yang lebih rumit lagi.Rakyata Malaysia harus memberi peluang pada kerajaan memngatasi segala kesulitan ekonomi yang sedang melanda negara pada masa sekarang ini.
Peguam negara dah pun mengarahkan SPRM tutup kes ini.Tetapi ada beberapa tokoh politik pembangkang masih punya mulut longkang,dilihat terus memperkatakan isu ini? 

Nak tahu itu dan inlah dan sebagainya.Berlagak sebagai MAHARAJA AGUNG.Sedangkan mereka itu boleh dikatakan "nobody" pun di Malaysia ini.. Tak lebih hanya jadi pak sibuk politik aje di Malaysia ini.Ada yang dah beersara tetapi dilihat macam tak mahu bersara.?
Apakah hasil yang boleh kita dapati jika terus mengorbitkan isu yang remeh temeh itu? Jawapannya tak ada apa-apa pun.Melainkan kosong melopong belaka.Habuk pun tak ada masuk bagi faedah rakyat Malaysia itu sendiri.( Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.45 noon on January 28,2016.)

HANYA (TIGA) EXCO HADIRI MESYUARAT MINGGUAN

28 Januari 2016 1:44 AM

Datuk Aminuddin Omar
ALOR SETAR 27 Jan. – Hanya tiga daripada sembilan Exco hadir dalam mesyuarat mingguan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Difahamkan mesyuarat mingguan yang berlangsung setiap Rabu it
u dihadiri ‘orang kuat’ Mukhriz iaitu Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Kesenian Kebudayaan, Pembangunan Insan, Datuk Aminuddin Omar.
Aminuddin dilihat memasuki pekarangan Wisma Darul Aman kira-kira 10.10 pagi dan sempat melambai tangan kepada wartawan di luar pagar bangunan tersebut setelah petugas media dilarang memasuki Wisma Darul Aman seperti kebiasaan sebelum ini.
DatukSuraya  Yaakub
Yang turut hadir dalam mesyuarat itu, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat, Datuk Suraya Yaacob serta Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Datuk Norsabrina Mohd. Noor.
Suraya dan Sabrina dikatakan memasuki Wisma Darul Aman tanpa menggunakan kenderaan rasmi masing-masing bagi mengelak daripada menjadi tumpuan media.
Datuk Norsabrina Mohd Noor
Menurut sumber, selain Mukhriz, Aminuddin, Sabrina dan Suraya, mesyuarat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din dan Setia­usaha Kewangan Ne­geri, Datuk Sepiah Isa.
“Mesyuarat yang berlangsung hari ini bagaimanapun berjalan tanpa meluluskan sebarang usul.
“Ini kerana kuota kehadiran ahli-ahli Exco tidak mencukupi yang mana memerlukan keha­diran sekurang-kurang­nya empat Exco untuk berbuat demikian,” kata sumber berkenaan.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika ditanya tentang ketidakhadirannya menjelaskan bahawa beliau kini berada di Putrajaya bagi menghadiri satu mesyuarat.
Exco lain se­perti Pengerusi Jawatan­kua­sa Penerangan, Pem­bangunan Luar 
Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah dikatakan berada di hospital dan tidak dapat menghadiri mesyuarat hari ini.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.40 am on January 28,2016.

Dewan Rakyat lulus usul TPPA

27 Januari 2016 7:39 PM 

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Dewan Rakyat meluluskan usul penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam sidang khas di Parlimen hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan perkara itu setelah undi belah bahagian yang dijalankan mendapati sebanyak 127 Ahli Parlimen menyokong berbanding 84 orang yang membantah. - UTUSAN ONLINE (POSTED BY ABNMULYA //HAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM AT 1235 AM ON JANUARY 28,2016.

Raptai istiadat angkat sumpah Menteri Besar hari ini

27 Januari 2016 1:38 AM 

Keratan Utusan Malaysia 23 Januari 2016.

ALOR SETAR 26 Jan. – Raptai istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar baharu dikatakan akan diadakan esok di Istana Anak Bukit dekat sini, sekali gus menguatkan desas-desus bahawa perubahan jawatan tersebut pasti berlaku.

Menurut sumber, persiapan untuk raptai itu dijalankan hari ini dan kemungkinan besar istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar akan diadakan pada Khamis ini atau selewat-lewatnya Jumaat.

“Jumaat ialah hari cuti di Kedah, jadi mungkin istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar akan diawalkan pada Khamis.

“Esok juga dijadualkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, jadi mungkin ada keputusan mengenai siapa Menteri Besar Kedah yang baharu,” katanya di sini hari ini.

Sumber itu berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kini dilihat berjuang bersendirian apabila 19 daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri menandatangani akuan bersumpah sebagai menyatakan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

Tambah sumber itu, setakat hari ini tiga Exco dilihat mengemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat masing-masing di Blok E, Wisma Darul Aman di sini.( Utusan online- //posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal .blogspot.com t 12.31 am on January 28,2016.

Tuesday, January 26, 2016

PERDANA MENTERI TIDAK BERSALAH

Kes RM2.6 bilion, SRC International 

KAMIL MASLIH :27 Januari 2016 1:38 AM 


MOHAMED APANDI ALI (tengah) mengadakan sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Dzulkifli Ahmad (kanan) dan Zauyah Be T. Loth di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, semalam. 


PUTRAJAYA 26 Jan. - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berpuas hati bahawa tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Berikut adalah kenyataan penuh Mohamed Apandi dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Bahagian Pendakwaan, Datin Paduka Zauyah Be T. Loth dan Ketua Pengarah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Datuk Dzulkifli Ahmad;
Saya telah mengkaji dengan te­liti keseluruhan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen ser­ta maklum balas yang diberikan oleh pihak SPRM berkaitan klarifikasi yang dimohon sebelum ini berhubung satu kertas siasatan ber­kaitan kes yang dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang telah dikemukakan kembali kepada saya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
A. RM2.6 Bilion
1.Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah ‘RM2.6 bilion’ yang dimasukkan ke dalam akaun YAB PM (Yang Amat Berhormat Perdana Menteri), saya berpuas hati bahawa keterangan saksi-saksi dan doku­men-dokumen sokongan yang di­ke­mukakan oleh pihak SPRM kepa­da saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun YAB PM berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) di antara tarikh 22.03.2013 dan 10.04.2013 adalah me­rupakan sumbangan peribadi kepada YAB PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa apa-apa balasan.
2.Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan telah menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumba­ngan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada YAB PM secara peribadi.
3.Saya berpuas hati bahawa tia­da keterangan yang me­nunjukkan bahawa dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah. Ketera­ngan daripada siasatan tidak me­nunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai seorang Per­dana Menteri.
4.Tambahan pula, dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah AS$620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh YAB PM kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
5.Berdasarkan keterangan sak­si-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jena­yah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.
6.Berhubung perkara ini juga, saya juga berpuas hati bahawa tiada keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan ban­tuan bersama dalam perkara jenayah (mutual legal assistance) kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan oleh pihak SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jena­yah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.
B. SRC INTERNATIONAL
7.Berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan di atas alasan-alasan berikut:
7.1. Di bawah Akta SPRM 2009
a. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan bahawa YAB PM te­lah menyalahgunakan kedudukan beliau semasa mesyuarat Jemaah Menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh syarikat SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP);
b. Keterangan juga menunjukkan bahawa proses kelulusan pinjaman oleh Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman oleh mesyuarat Jemaah Menteri adalah dibuat secara teratur;
c. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM meminta atau dijanjikan apa-apa suapan daripada mana-mana pihak sebelum, semasa atau selepas keputusan Jemaah Menteri tersebut dibuat; dan
d. Dari keseluruhan keterangan yang melibatkan apa jua keputusan-keputusan atau tindakan, tidak menggambarkan apa-apa konflik kepentingan oleh YAB PM; dan semasa kelulusan Jemaah Menteri.
e. Pihak SPRM sendiri telah mengakui bahawa berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada ke­terangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan bahawa YAB PM telah melakukan sebarang perbuatan rasuah (corrupt practice).
7.2 Di bawah Kanun Keseksaan
a. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan bahawa YAB PM mengetahui dan/atau dimaklumkan bahawa terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau;
b. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan bahawa YAB PM memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; dan
c. Keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa yang material, YAB PM mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu.
8.Berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai Pendakwa Raya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh YAB PM berkait ketiga-tiga kertas siasatan. 

Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup. (NFA/KUS) (tiada tindakan lanjut/kemas untuk simpan)../Utuisan opnl;ie.(Posted by abnmulya //hajiabu b akar ninggal.blogspot.com.at 9.22am on January 227,2016.

Monday, January 25, 2016

TPPA BERI KESAN POSITIF KESAN JANGKA PANJANG KEPADA EKONOMI NEGARA-mUSTAPA

26 Januari 2016 12:19 PM 

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kerajaan yakin Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan memberi kesan positif jangka panjang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kajian terperinci menunjukkan Malaysia dapat meraih kebaikan dengan menyertai TPPA dan pasti ketinggalan sekiranya tidak menyertai pakatan perdagangan terbesar itu.

"Ramai mungkin tak nampak faedahnya hari ini tapi saya bimbang ekonomi negara-negara jiran lain yang menyertai TPPA akan menjadi lebih mantap sekiranya kita memilih untuk tidak menyertai TPPA," katanya ketika membentangkan usul mengenai TPPA di persidangan khas Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghadiri sidang khas dua hari itu bermula hari ini. - BERNAMA ( Utusan online).Posted bya abnmulya //haji abau bakar ninggal.blogspot.com at1410 hrs on Januaru 26,2016.

Mustapa: TPPA lebih demokratik berbanding PBB,IMF,Bank Dunia.

26 Januari 2016 12:09 PM 

KALA LUMPUR 26 Jan. - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) lebih demokratik memandangkan segala keputusan akan dibuat secara bersama dan konsensus, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata, menerusi perjanjian perdagangan ini, Suruhanjaya TPPA bakal ditubuhkan dan tidak ada satu negara pun memiliki kuasa veto dan ini berbeza dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Dunia (IMF) dan Bank Dunia.
"Beberapa negara dalam PBB diberikan kuasa veto, manakala dalam TPPA keputusan dibuat secara bersama atau konsensus manakal IMF dan Bank Dunia, memberikan lebih kuasa kepada negara besar berbanding negara kecil.
"Justeru, TPPA adalah satu perjanjian yang lebih adil dan demokratik berbanding PBB, IMF dan World Bank," katanya semasa membentangkan usul TPPA pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini.
Mustapa menegaskan penyertaan dalam TPPA akan meningkatkan rangkaian perdagangan negara, termasuk dengan negara yang belum ada perjanjian perdagangan bebas seperti Amerika Syarikat, Mexico, Peru dan Kanada. - BERNAMA ( Utusna online).Posted by ABNMULYA //HAJI ABAU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM AT 1500HRS ON jANUARY 26,2016.

Penyertaan TPPA tidak bermakna Misia pilih AS dan ketep[ikan hubungan dagangan negeri lain termasuk Cina

26 Januari 2016 12:03 PM

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Penglibatan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bukan bermakna negara meminggirkan rakan dagang China, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ataupun negara-negara Islam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dalam dasar luar negara Malaysia, ASEAN merupakan keutamaannya dalam jalinan perdagangan, dan pada masa yang sama China dan negara lain turut mempunyai kepentingan.

"Penglibatan dalam TPPA tidak bermakna kita memilih Amerika dan mengetepikan hubungan perdagangan dengan negara-negara lain.

"Ini adalah tanggapan yang tidak tepat," katanya semasa membentangkan usul TPPA pada sidang khas Dewan Rakyat selama dua hari, bermula Selasa.( Utusna online).Posted by abnmulya //ghaji abu bakar ninggal.blogspot.Cim at 13 1342 hrs on January 26,2016.

Krisis politik: Jemaah Pemanku Sultan Kedah berkecuali.

26 Januari 2016 11:58 AM

ALOR SETAR 26 Jan. - Jemaah Pemangku Sultan Kedah hari ini menegaskan anggota jemaah itu berkecuali dalam krisis politik di negeri ini dan menasihatkan pihak yang terlibat mencari jalan menyelesaikannya.

Pengelola Bijaya Diraja/Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dalam satu kenyataan di sini berkata Jemaah Pemangku Sultan mahu semua pihak yang terlibat supaya menggunakan saluran sedia ada untuk menyelesaikan sebarang ketidakpuasan atau masalah yang mungkin ada.

Katanya, Jemaah Pemangku Sultan meminta semua pihak berkaitan mencari jalan penyelesaian secara berhemah dan tidak melibatkan rakyat yang ketika ini memerlukan perhatian dan pimpinan daripada kesemua pemimpin.

"Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengambil maklum tentang berita pergolakan politik yang sedang berlaku di Kedah dan menegaskan bahawa ahli jemaah berkecuali daripada menyokong atau memihak mana-mana golongan atau pihak," katanya.

Syed Unan Mashri berkata, Jemaah Pemangku Sultan Kedah turut mahu semua pihak bertenang dan bersabar dalam menghadapi krisis politik tersebut.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerima tekanan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen UMNO Kedah, serta pemimpin kanan UMNO negeri yang diketuai timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. - BERNAMA ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.co. at 1334 hrs on January 26,2016.

Isu MB hampir selesai

Angkat sumpah jawatan di jangka hari ini

26 Januari 2016 12:56 AM 



Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehudin Sultan Badlishah (kanan) dan isteri, Toh Puan Temenggong, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff (dua dari kanan) berkenan hadir dalam Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah Ke-88 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, semalam. Turut kelihatan, Mukhriz Mahathir (kiri). 



ALOR SETAR 25 Jan. - Krisis politik negeri ini dijang­ka berakhir dengan Kedah bakal menerima Menteri Besar baharu ekoran prosedur pelantikan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat.

Menurut sumber, Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah esok atau lusa berikutan majlis itu sedang giat dirancang.

Katanya, setakat ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ne­geri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah masih dikatakan sebagai calon utama menggantikan Mukhriz.

“Mungkin esok atau lusa majlis angkat sumpah jawatan tersebut akan diadakan. Semua kakitangan yang terlibat dengan majlis tersebut juga diarahkan untuk bersiap-sedia.

“Kami hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak atasan mengenai majlis tersebut. Setakat ini juga hampir 90 peratus Ahmad Bashah adalah calon Menteri Besar baharu,” katanya di sini hari ini.

Menurut sumber itu lagi, sejak semalam beberapa exco yang dikatakan menyokong Mukhriz juga dilihat mengosongkan pejabat ma­sing-masing di Wisma Darul Aman.

“Exco tersebut walaupun dikatakan akan dilantik semula sebagai exco selepas pelantikan Menteri Besar kelak namun bersedia untuk mengosongkan pejabat mereka.

“Walaupun bersedih namun difahamkan mereka tetap akan menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas ini,” ujarnya.

Difahamkan Mukhriz dan dua Exco yang menyokong beliau mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Blok E, Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Mukhriz memasuki pejabat Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah kira-kira pukul 3 petang hari ini bagi memaklumkan kepada pihak istana mengenai situasi terkini politik negeri ini.

 “Perjumpaan berkenaan dikatakan berakhir beberapa jam kemudian apabila Mukhriz dilihat keluar dari Wisma Darul Aman pada pukul 7 malam,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya  /./haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.53 am on January 26,2016.

Sunday, January 24, 2016

Malaysia sukar capai Negara maju jika tolak TPPA- Mustapa ,MohamEd

25 Januari 2016 10:21 AM 

KANGAR 25 Jan. - Malaysia akan terlepas banyak peluang untuk merapatkan jurang kemajuan serta sukar mencapai status negara maju berpendapatan tinggi jika memilih untuk menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Mustapa Muhamed

Malah, jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menerusi TPPA, negara dijangka menerima pelaburan tambahan sebanyak AS$136 bilion hingga AS$239 bilion selain dapat mewujudkan dua juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2027 yang sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat.
"Pelaburan yang masuk ini mampu mencipta pasaran dan perniagaan lebih meluas. Jika pasaran dalam negara kecil seperti Malaysia tidak cukup, kita harus menerima pembaharuan agar perniagaan kita terus berkembang.
"Kerajaan merasakan amat penting untuk merebut peluang yang menjadi batu loncatan kepada hala tuju negara demi meningkatkan ekonomi rakyat dan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat TPPA peringkat negeri Perlis di Dewan 2020 di sini, malam tadi.
Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Zamri Khairuddin. Mengulas lanjut, Mustapa berkata, Malaysia juga akan kehilangan banyak peluang perdagangan dan pelaburan jika memilih untuk menolak TPPA.
"Sebaliknya, Singapura dan Vietnam yang menyertai TPPA akan dapat menarik lebih banyak perdagangan dan pelaburan asing ke negara mereka.
"(Ini akan menyebabkan) Malaysia akan beransur-ansur ketinggalan dan menyebabkan jurang kemajuan kita dengan mereka semakin luas kerana TPPA memberi manfaat terhadap pembangunan sesebuah negara dalam pelbagai aspek termasuk peningkatan pasaran, pembangunan dasar dan kecanggihan teknologi," katanya.
Beliau turut mengingatkan rakyat agar menimbang setiap maklumat TPPA dan menolak andaian tidak berasaskan fakta yang bertujuan menakutkan masyarakat.
"Kita tidak harus terpengaruh (dengan andaian) akan dikuasai Amerika Syarikat. Banyak lagi negara yang menyertai TPPA seperti Australia, Brunei, Kanada, Jepun, Singapura dan New Zealand yang bebas menetapkan hala tuju mereka walaupun menandatangani TPPA.
"Malah, TPPA tidak terus dikuatkuasakan selepas ditandatangani. Ada tempoh enam bulan untuk kita timbang dan lihat kesan pelaksanaannya dan jika ia menjejaskan banyak perkara, kita boleh keluar tanpa syarat," katanya.
Mustapa turut menegaskan, Malaysia tidak ditekan oleh mana-mana pihak supaya menyertai TPPA dan kerajaan telah menimbang kesannya selain memastikan hak Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak tergugat.- BERNAMA ( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1534 hrs on January 25,2016.

Chong Wei " tabik" Iskandar

Puji peningkatan jaguh muda negara itu selepas menewaskannya25 Januari 2016 12:18 AM


LEE CHONG WEI (kiri) memberi kata-kata semangat kepada Iskandar Zulkarnain Zainuddin selepas menumpaskan pemain muda negara itu dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki pada Grand Prix Emas Malaysia Masters di Arena Spice, Bayan Lepas, semalam. utusan/SHIDDIEQIIN ZON 

PULAU PINANG - Walaupun gembira de­ngan kejayaan merangkul kejuaraan pertama tahun ini dalam Malaysia Masters, namun Datuk Lee Chong Wei tetap memberi pujian kepada Iskandar Zulkarnain Zainuddin kerana memberikan sai­ngan kepadanya di pentas akhir kejohanan Grand Prix Emas itu, semalam.

Aksi di Arena Spice, di sini me­nyaksikan Chong Wei merangkul kejuaraan kelimanya dalam kejohanan itu selepas menewaskan Iskandar 21-18, 21-11 dalam saingan yang memakan masa 42 minit.
Chong Wei yang merangkul kejuaraan pertama di kampung halamannya berkata, Iskandar memberi tentangan yang cukup baik, selain berkeyakinan pemain berusia 25 tahun itu akan terus cemerlang dalam siri kejohanan yang akan disertainya selepas ini.
Katanya, pemain kelahiran Muar itu menunjukkan corak permainan luar biasa sepanjang kejohanan tersebut berbanding corak permainannya sebelum ini yang dilihat kurang meyakinkan.
“Kita boleh tengok dia bermain dengan baik bermula dari pusingan pertama, malah permainannya juga ba­nyak berubah.
“Sebelum ini dia cepat putus asa, namun sekarang dia lebih sabar dan mencari peluang untuk menunggu lawan melakukan kesilapan sebelum melancarkan sera­ngan.
“Pada set pertama, dia banyak bersabar dan tunggu saya buat silap untuk cari mata tetapi di set ke­dua saya ikut permainannya dan gunakan pengalaman untuk menang.
“Pesanan saya buat Iskandar, tidak mengapa kalah di sini, lepas ini saya percaya dia akan jadi lebih bagus,” katanya.
Sementara itu, Iskandar mengkui, kepantasan yang dimiliki Chong Wei merupakan perkara yang ingin dipelajari, selain kemampuan membaca hantaran-hantaran yang akan dilakukan pihak lawan.
Meskipun tewas tetapi dia tetap berpuas hati kerana berjaya mening­katkan kualiti permainan, selain berazam untuk mencari sebanyak mungkin mata bagi membolehkannya beraksi dalam kejohanan bertaraf Siri Super selepas ini.
“Sebenarnya saya datang ke sini bawa baju sedikit sahaja tetapi lepas saya kalahkan Son Wan Ho di pusingan pertama, tahap keyakinan saya meningkat.
“Dalam perlawanan akhir ini, saya lihat bukan mudah untuk dapat satu mata ketika menentang Chong Wei kerana dia mempunyai kepantasan luar biasa selain boleh membaca pergerakan lawan, itu antara sebab ramai pemain susah mahu tewaskannya,” katanya
Sementara itu, beregu berpengalaman negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong gagal meraih kejua­raan apabila tewas kepada pasangan muda Indonesia, Gideon Markus Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-18, 13-21, 18-21.
Kekalahan itu merupakan yang kedua buat pasangan Kien Keat-Boon Heong kepada pasangan itu selepas kali pertama di Grand Prix Emas Terbuka Vietnam, tahun lalu.
Dalam pada itu, impian beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meraih kejuaraan sulung selepas kali pertama bergandingan secara tetap juga tidak kesampaian apabila terpaksa akur kepada pasangan muda China, Zheng Siwei-Li Yinhui 14-21, 19-21.(Utusan online-Sukan).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.,at 8.04 am on Janaury 25,2016.

Saturday, January 23, 2016

Najib luang masa bersama nelayan.

24 Januari 2016 12:06 PM 

Gambar hiasan aje.
LANGKAWI 24 Jan.- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa untuk beramah mesra bersama nelayan di Jeti Pendaratan Ikan Sungai Chenang di sini hari ini.
Ketibaan Perdana Menteri kira-kira pukul 12 tengah hari disambut meriah oleh warga nelayan Langkawi yang berkumpul di jeti tersebut sejak awal pagi.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. - utusan online  (Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1553 hrs on January 24,2016.

ISU MB : Terpulang kebijaksanaan presiden

24 Januari 2016 1:14 AM 

Ahmad Bashah Md. Hanipah mengangkat tangan kepada wartawan ketika tiba pagi semalam di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah selepas menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kepemimpinan Um no Kedah di PWTC, Kuala Lumpur, kelmarin.

ALOR SETAR 23 Jan. – UMNO Kedah menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyelesaikan segera kemelut politik yang melanda parti ini ketika ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, UMNO Kedah sedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu kelak.
Sehubungan itu, kata beliau, semua pihak perlu bersabar dan matang berdepan dengan isu berkenaan tanpa melakukan sebarang tindakan yang boleh memudaratkan parti termasuk berkempen memburukkan sesama sendiri memandangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Saya tegaskan, tiada nama sesiapa pun yang dicalonkan dan kami semua telah berjanji untuk menerima apa juga keputusan dibuat Perdana Menteri. Itu adalah hak prerogatif beliau selaku Perdana Menteri.
“Apa yang penting kita semua perlu sabar menunggu dan jangan buat kenyataan atau tindakan yang boleh merosakkan parti.
“Apatah lagi dalam pertemuan itu Perdana Menteri sudah meminta agar diberikan masa selain berjanji membuat pertimbangan terbaik untuk negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini hari ini.
Dalam pertemuan yang dijalankan secara tertutup semalam, lebih 50 pemimpin UMNO negeri menghadirinya dengan Ahmad Bashah diberi ‘mandat’ untuk mewakili mereka bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada Perdana Menteri.
Krisis politik kembali melanda Kedah apabila majoriti UMNO Kedah termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengeluarkan kenyataan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Mengulas tentang pertemuan dengan Perdana Menteri semalam, kata Ahmad Bashah, ia berlangsung dengan tenang namun tegas dalam menuntut agar perubahan dilakukan dalam parti itu.
“Ketua-ketua bahagian yang bersama saya dalam sidang akhbar sebelum ini juga hadir ke pertemuan tersebut, yang berlangsung dalam suasana penuh kekeluargaan, tenang tetapi serius menuntut perubahan,” katanya.
Ditanya mengenai beberapa exco serta ADUN yang tidak hadir ke pertemuan tersebut, beliau mendakwa kesemua mereka difahamkan mempunyai alasan tertentu untuk tidak menghadirinya.
“Sebagai contoh, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail sibuk dengan urusan perkahwinan anaknya sementara Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi serta Sumber Tenaga Manusia, Datuk Norsabrina Mohd Noor berada di hospital kerana sakit,” katanya.
Sementara itu katanya, beliau tidak ambil pusing mengenai tindakan pihak tertentu yang mula mempertikaikan tahap pengajiannya seperti yang mula tersebar di laman-laman sosial ekoran desas desus mengatakan beliau bakal menerajui pentadbiran negeri.
“Terpulanglah pada mereka hendak bercakap. Namun bab pelantikan ini terletak di tangan Perdana Menteri dan beliau berhak melantik sesiapa yang dirasakan layak. Sama ada saya atau orang lain, itu adalah hak beliau untuk menentukan.
“Bagi kami, perubahan perlu ada kerana kita kini berada dalam keadaan tidak yakin dengan persiapan untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-14. Sama ada saya atau tidak, saya tidak kisah,” katanya.(Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com .at 8.11 am on January 24,2016.

Friday, January 22, 2016

Tindakan disiplin pada ketua-ketua cawangan Umno disebabkan desak Najib letak jawatan,

BERBANDING DENGAN ISU POLITIK TAK PERCAYA PADA MUKHRIZ OLEH 14 KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO KEDAH? DUA ISU POLITIK YANG BERBEZA LATAR BELAKANG DAN STATUSNYA.

Sebahagian besar Ketua-Ketua Bahagian Umno Kedah sedang mengadakan "sidang akhbar' di Kedah baru-baru ini di mana di dalam sidang akhbar itu mereka telah menyatakan bahawa mereka tak punya kepercayaan politik pada Menteri Besar Kedah,Datuk Mukhriz Mahathir.






Sabtu,January 23,2016 @ 3.20pm.


Si Bodoh bin Tolol sahaja sibuk memperkatakan isu kenapa tindakan disiplin telah diambil hanya terhadap beberapa cawangan Umno yang mahu PM letak jawatan? Berbanding dengan isu 14 Ketua Bahagian Umno di Kedah yang tak percaya lagi pada kepimpinan Mukhriz di Kedah.

Kenapa tak ambil tindakakan disiplin pada 14 orang KetuaUmno Bahagian yang buat kacau itu? Tindakan golongn 14 ini langsung tak langgar perlembagaan parti Umno. Depa dilihat semata-mata tak percaya lagi pada kewibawaan Mukhriz Mahathir agar terus m,enerus meneraju negeri Kedah.

SERKALIGUS  meminta Presiden Parti Datuk Seri Najib mengantikan dengan tokoh lain yang dari Kedah juga yang mereka fikir-fikirkan lebih mampu dari Mukhriz.
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebab-sebab mereka bertindak begiu? Semata-mata demi kekuatan Umno Kedah itu sendiri dan mereka tidak mahu pada PRU ke-14 tahun 2018 itu nanti Umno akan tewas di Kedah..

Sesungguhnya.dalam hububgan ini ? (MT) tidak boleh didakwa melakukan sikap "double standard" kerana isu kemelut politik ini ia merupakaan dua isu ini boleh dikatakan "statusnya dan latar belakangnya' sangat berbeza.

Jauh bezanya semacam jauhnya antara bumi dengan langit. Justeru itu semua ahli-ahli Umno yang berada di seluruh ceruk rantau Malaysia, harus sedar dan faham dengan keadaan  kemelut politik di Kedah itu dan sekaligus haus faham dengan Tindakkan Ketua-Ketua Umno Bahagian Kedah sebanyak 14 Bahagian itu.

Tindakkan mereka itu harus disokong dan mereka telah pun melaporkan padsa Perdana Mentgeri dan Presiden Parti Umno,Datuk Seri Tun Razak semlam,berhububng dengana sebab musabahnya kenapa mereka bertindak begitu drastik dan telah mengambil keputusan tidak punya kepercayaan lagi pada Mukhriz Mahathir semata-mata demi survival parti Umno itu sendiri di Kedah.

Segala komen-koen politik oleh orang-orang individu di portal-portal media sosial yang bercelaru sifatnya itu? Tak usah di endahkan.Mereka ini dilihat hendak menangguk di air yang keruh. Dan kalau boleh  mereka itu nak tambah menyalakan api pertentangan antara ahli-ahli Umno  dengan ahli-ahli Umno  yang lain jadi lebih semarak lagi terutama portal-portal yang pro-pembangkang dan pro-Mahathir yang sentiasa mahukan parti Umno ini berada di dalam krisis sepanjang masa.


Mukhriz Mahathir.

Saya sendiri tak sangka Zahid Mohd Arif, dilihat semacam tak dapat membuat perbezaan antara dua isu ini.Menerusi komen politiknya yang telah dibuatnya melalaui rakaman video yang telah tersebar pada umum. 

Sahabat saya dari Dengkel yang pro Mahathir dan pro-pada parti-parti pembangkang dilihat sangat teruja dengan isi kandung komen Zahid Mohd Arif  di dalam video itu?

Lantas dia telah posted komen video itu pada saya kononnya sahabat saya itu pun semacam bersetuju dengan komen-komen politik oleh Zahid itu? 

Setelah mendengar komen politik zahid Mohd Arif dari rakaman di video itu? Saya sangat terperanjat kerana mendapati bahawa Zahid Mohd Arif pun tak dapat membezakan status dua isu yang berbeza itu? 

Justeru itu,lantas beliau melepaskan geram politiknya yang bersifat emosinal menerusi video rakamkamnanya itu untuk tatapan umum.Tak tahu sejauh mana luasnya sebaran video itu?

Saya sangat tidak bersetuju dengan komen politik Zahid Mohd Arif itu dan saya bersedia berdebat dengan beliau berhubung dengan tindakan 14 Ketua Umno Bahagian Kedah terhadap Mukhriz berbanding dengan isu beberapa ketua cawangan Umno yang telah diambiil tindakkan disiplin oleh Setiausaha Agong Umno disebabkan golongan itu dilihat cara terang-terangan mendesak Najib berundur berhubung kait dengan kemelut politik antara Najib dengan Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mohamad.

Isu itulah turut dikaitkan  oleh Zahid Mohd Arif sebagai perbandingan yang melulu dan emosi bersabit dengan kemelut politik di Kedah itu..Zaid mahu jika 9 cawangan Umno itu di ambil tindakaan disiplin.

Maka sehjarusnya Ketua-Ketua Bahagian Umno Kedah dari 14 bahagian itu pun harus di ambil tindakan dsispilin yang samaa..Agar tidak dituduh "double standard" ketika Umno bertindak?
Zahid Mohd Arif

Tidakkah Zahid sedar bahawa pertukaran atau pun seseorang Menteri Besar itu digantikan dengan tokoh politik lain di negeri Malaysia ini dah lumrah.Selalu dah terjadi.

Contohnya Menteri Besar Terengganu  ditukarkan dan sebelum itu banyak lagi Menteri Besar  dan Ketua-Ketua Menteri telah ditukar gantikan di zaman Perdana Menteri yang terdahulu termasuk di era pemerintahan Dr.Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia selam 22 tahun.

Ini adalah hak Perdana Menteri untuk berbuat demikian. Isu 14 Ketua -Ketuan Bahagaian Kedah mengambil keputusan nak minta Mukhriz digantikan?

Isu itu adalah perkara biasa dan tidak melanggar Perlembagaan Umno itu sendiri.Mereka telah bertemu dan berun ding anatara satu dengan lain mengikut lunas-lunas demokrasi yang di halalkan oleh perlembagaan Umno itu sendiri.

Jadi kenapa  harus ada golongan yang tak faham tendang terajang politik dilihat terpekik,  terpekau dan terlolong-lolong di media sosial pro-pembangkang minta pucuk pimpinan tertinggi Umno harus ambil tindakan disiplin ke atas 14 orang tokoh-tokh Ketua Bahagian Umno di Kedah ini?

Termasuk Zahid Mohd Arif,,cucu Ghafar Baba, orang Melaka.Sama satu negeri dengan penulis didapti begitu perihatin dengan dengan kemelut politik telah menimpa ke atas diri Mukhriz itu?

Maka terpulanglah pada budi bicara Perdana Menteri meneliti isu kemelut politik  tersebut? Jika beliau fikir desakan itu releven? Maka PM yangfakan membuat keputusannya.adil dan muansabah.

Marilah sama-sama kita tunggu apakah keputuisan yang akan diambiul oleh PM dalam isu kemelut Menteri Besar di Kedah ini.

Selakau hamba Allah yang serba lemah ini? Tidak siapa pun meminta duka lara? Tetapi ia hadir menguji jiwa dan keimanan kita. Hanya redha pada Yang Maha Esa.Hikmahnya tiada terkira.(Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1520 hrs on January 23,2016.