Thursday, March 31, 2016

SPRM amabil leterangan Li Koon.32 individu

01 April 2016 1:22 AM 

KUALA LUMPUR 31 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan Phang Li Koon berhubung isu penjualan banglo miliknya pada harga rendah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Phang Li Koon


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, selain Li Koon pihaknya telah mengambil kete­rangan 32 lagi individu sepanjang minggu ini.
Menurut beliau, pada masa yang sama, pihaknya turut mengadakan lawatan ke pejabat Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan maklumat berhubung isu tersebut.
“Setakat ini, kita masih belum selesai mengambil keterangan ke­semua individu terbabit. Sekiranya selesai, kita akan bertemu Guan Eng,” katanya ketika dihubungi di sini.
Pada 17 Mac lalu di sidang Dewan Rakyat, Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mendakwa rumah berkeluasan tanah 10,161 kaki persegi (943.98 meter persegi) didakwa dibeli Lim pada 25 Okt tahun lalu dengan harga RM2.8 juta.
Menurut Shabudin, nilai pasaran harga rumah berkenaan ialah dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Guan Eng dilaporkan telah menafikan dakwaan Shabudin itu.
Dalam pada itu, Pemuda UMNO negeri turut membuat laporan polis terhadap Li koon kerana mendakwa kandungan akuan bersumpah wanita berkenaan yang menegaskan dia menjual banglo­nya di Jalan Pinhorn, di sini kepada Guan Eng pada harga RM2.8 juta secara rela hati serta tidak mempunyai kepentingan perniagaan dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang meragukan.(Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at  1421 hrs on 01 April,2016

Wednesday, March 30, 2016

Dr.Mahathir kecewa Mukhriz tidak lakar kejayaan di pentas politik


March 31,2016 @ 1.13 am.

KUALA LUMPUR 30 Mac – Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana bekas Perdana Menteri itu kecewa tidak dapat melihat anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melakar kejayaan di pentas politik bersama UMNO.

ANNUAR MUSA
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Dr. Mahathir tersinggung dengan tindakan UMNO yang tidak lagi memberi laluan kepada Mukhriz walaupun beberapa peluang telah diberikan sebelum ini.
“Mukhriz bertanding Ketua Pemuda di peringkat bahagian kalah, tetapi kita terima dia bertanding Ketua Pemuda di peringkat pusat, tidak ada orang kalah di peringkat bahagian boleh melayakkan diri bertanding di peringkat pusat. Dan tidak ada orang yang kalah Naib Presiden boleh jadi Menteri Besar. Maka laluan itu diberikan istimewa, tetapi beliau gagal juga sebagai Menteri Besar.
“Sebab itu sebagai ayah, saya faham Dr. Mahathir kecewa apabila usaha untuk melihat anaknya naik, tetapi gagal dan kekecewaan itu dilepaskan kepada UMNO. Namun saya yakin hati kecil beliau faham apa yang beliau buat. Maka saya rasa biarlah dia dengan cara dia, UMNO boleh uruskan keadaan ini,” kata­nya di lobi Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan Dr. Mahathir yang berterusan menye­rang Najib sehinggakan sanggup bersekongkol dengan pembangkang dan musuh-musuh ketatnya.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, ramai pihak berasa keliru dengan pendirian Dr. Mahathir ketika ini dan apa yang diperkatakannnya ketika menerajui negara suatu ketika masa dulu menjadi tidak lagi relevan.
Beliau berkata, Dr. Mahathir kelihatan begitu emosional sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan bercanggah dengan prinsipnya sebelum ini yang antaranya berkaitan penolakannya terhadap politik jalanan.
“Mengenali Dr. Mahathir, saya fikir saya tahu cara beliau. Beliau tidak akan berhenti begitu sahaja menyerang Najib, beliau konsisten dalam membuat sesuatu. Kita faham dan telah bersedia dengan pendekatan sedimikian,” katanya.
Annuar menambah, Dr. Mahathir mempunyai hak untuk mengkritik atau mengeluarkan sebarang kenyataan namun kebebasan bersuara itu perlulah digunakan sebaik-baiknya.
“Dulu zaman Dr. Mahathir sendiri kebebasan sebegini memang tidak ada, tetapi zaman Najib diberi kebebasan, Dr. Mahathir nak cakap apa pun diberi kebebasan. Cuma kita perlu ingat rakyat sekarang lebih bijak dalam membuat penilaian sendiri,” ujarnya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at  1330 hrs on March 31,2016.
<

ABC sahkan Najib terima derma keluarga diraja Saudi.

31 Mac 2016 1:14 AM 

 KUALA LUMPUR 30 Mac – Laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja Saudi, kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia.

Jurucakap itu juga berkata, sepucuk surat yang bocor daripada Arab Saudi menyatakan derma itu adalah hadiah kepada Najib kerana mempromosikan Islam sederhana serta memerangi keganasan dan eks­tremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.
“Surat itu menyatakan dengan jelas bahawa pemberian tersebut boleh digunakan dengan cara yang difikirkan wajar oleh Perdana Menteri, akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat penderma, dan tiada sebarang manfaat diharapkan sebagai balasannya,” kata jurucakap itu dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, laporan Four Corners itu mengesahkan apa yang di­nyatakan Perdana Menteri selama ini serta apa yang dirumuskan pelbagai pihak berkuasa setelah me­lakukan penyiasatan secara rapi dan menyeluruh.
“Penyiasatan itu termasuk pemeriksaan forensik terhadap setiap pindahan kawat. Pihak berkuasa Malaysia juga pergi ke Arab Saudi untuk memeriksa dokumen dan mengadakan temu bual dengan anggota keluarga diraja serta para pegawai yang mentadbir derma itu,” kata jurucakap berkenaan. – BERNAMA (utusan online).posted by ab nmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1322 hrs on March 31,2016.

"Saya tidak sokong gerakan jatuhkan PM".

30 Mac 2016 12:29 AM 

KUALA LUMPUR 29 Mac – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tidak pernah memberi sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam pakatannya bersama pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tengku Razaleigh

Tengku Razaleigh berkata, sebagai ahli UMNO, beliau berpendirian menyokong kepemimpinan kerajaan sekarang, justeru tidak timbul isu tindakannya menandatangani Deklarasi UMNO Kelantan sebagai berpaling tadah kepada bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, dalam pertemuan bersama Dr. Mahathir sebelum ini, beliau telah menyatakan bahawa gerakan berkenaan bertentangan dengan Perlembagaan dan tidak akan berhasil selain hanya mampu memberi desakan kepada Perdana Menteri.

“Banyak orang menganggap apabila saya menandatangani apa yang dikatakan Deklarasi UMNO Kelantan, banyak orang memberi reaksi melampau dan menuduh saya berpaling tadah, sebenarnya saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana gerakan jadi kenapa perlu kata saya berpaling tadah.

“Dokumen itu adalah biasa yang boleh dibuat di mana-mana, ia adalah gimik. Dokumen itu tidak ada kesan perundangan pun, jadi kenapa sibuk sangat, saya sebagai ahli UMNO boleh tandatangan dan itu tidak mengubah pendirian saya mengenai tadbir urus yang baik, ke­telusan serta banyak lagi yang mana diperjuangkan oleh parti saya UMNO.

“Jadi jangan salah faham kerana saya sebagai ahli UMNO dan saya tidak berada di dalam mana-mana kumpulan selain UMNO. Itu saya mahu jelaskan, jadi kenapa orang nak tuduh saya berpaling tadah,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat beliau di sini hari ini.

Khamis lalu, Tengku Razaleigh menandatangani Deklarasi UMNO Kelantan di bangunan Parlimen yang menyatakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Perdana Menteri.

Tindakan tersebut menyebabkan Dr. Mahathir seperti dilaporkan mendakwa Tengku Razaleigh telah mengkhianatinya apabila menukar pendirian walaupun sebelum ini memberikan cadangan supaya Najib dijatuhkaN. ( Utusan online-politik). Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggall.blogspot.com at  2158 hrs on Mrch 30,2016.

Tuesday, March 29, 2016

Sungguhkah Mahathir mahu Mukhriz jadio Pewrdana M,enteri?

ZULKIFLI JALIL 30 Mac 2016 12:45 AM
Dr.Mahathir M,ohamad

SUNGGUHKAH serangan bertali arus Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak hanya untuk menjayakan tujuan peri­badinya?

Iaitu untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri?Hal ini diperkatakan
apabila Dr. Mahathir tidak menamakan siapa yang layak menyandang jawatan nombor satu itu andai apa yang direncanakannya untuk menyingkirkan Najib tercapai.
Mukhriz Mahathir
Dalam sidang akhbar selepas selesai Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam Ahad lalu, Dr. Mahathir mengatakan:

“Selepas itu (singkirkan Najib), kita akan memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri.
Ia bukan untuk kita menamakan Perdana Menteri daripada sini atau di sana,” katanya.

Sambung Dr. Mahathir, tidak semestinya juga Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri sekiranya Najib digulingkan.

akan ‘niat asal’ dan ‘gimik’ politik mahu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri dibangkitkan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin.

“Strategi Dr. Mahathir itu berjaya memanipulasi dan memperbodohkan ahli serta pemimpin pembangkang untuk mengikutnya,” kata Ismail Sabri.

Blogger, Raja Petra Kamarudin pula dalam komen terbaharunya semalam menyebut:

“Dr. Mahathir tidak mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Ahmad Zahid sebagai pengganti Najib. Jadi, siapa yang beliau mahu sebagai pengganti Najib? Kita tidak akan bercakap mengenainya sekarang. Kita akan bincang mengenainya kemudian selepas Najib digulingkan.

“Mengapa? Hakikat bahawa beliau tidak akan mengatakannya adalah sama seperti pe­ngakuan bahawa beliau mahu Mukhriz.”
]
Dalam tulisan Raja Petra pada 11 Mac lalu juga membangkitkan hal sama.

Kata blogger itu, bukan pembatalan jambatan bengkok dan laluan kereta api berkembar yang mengundang kemarahan Dr. Mahathir terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

“Punca utama Mahathir terlalu berang dengan Tun Abdullah akhirnya terjawab iaitu Tun Abdullah telah memungkiri janji berkenaan anaknya, Mukhriz yang pada permulaan telah mencapai persetujuan kedua-dua pihak.

“Mahathir telah meminta Tun Abdullah menaikkan kedudukan Mukhriz dalam UMNO dan dalam tempoh kurang daripada 10 tahun, Mukhriz akan mendapat persediaan yang cukup untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Abdullah,” kata Raja Petra.

Tetapi itu tidak akan berlaku. Raja Petra mengandaikan de­ngan tindak tanduk Muhyiddin dan Mukhriz mengingkari peringatan jangan menghadiri majlis anjuran pembangkang termasuk Kongres Rakyat itu, maka kebarangkalian mereka dipecat oleh MT kelak adalah tinggi.

“Dan tidak perlu sampai ke Lembaga Disiplin UMNO. MT boleh memecat mereka. Jadi, jika Mukhriz mahu menjadi Perdana Menteri yang seterusnya, beliau perlu menjadi Perdana Menteri pakatan harapan. Untuk itu berlaku, pakatan harapan perlu memenangi pilihan raya umum terlebih dahulu,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya  //haji abu bakar ningal.blogspot.com at 2.12 am on March30,2016.

Monday, March 28, 2016

Ku Li Dan Undi Tak Percaya Hanya Rekaan Mahathir.

Anne Mohmad ( Malaysiakini). 
March 28,2016 @ 1.26pm.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata berita itu langsung tidak kedengaran di kalangan rakan-rakan ahli parlimen Umno dan BN

Datuk Tajuddin Abdul Rmanah
Dakwaan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah adalah individu yang mencadangkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan melalui undi tidak percaya di Parlimen hanyalah rekaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata berita itu langsung tidak kedengaran di kalangan rakan-rakan ahli parlimen dari Umno dan BN

“ Rakan-rakan saya dan rakan sekerja dari ahli parlimen lain dari Umno dan BN tidak bercakap tentang perkara ini.

“Saya akan tahu kalau ia memang ada (tapi) tak ada langsung. Semua berita ini dicipta oleh Mahathir,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian mengenai bahawa Tengku Razaleigh membuat cadangan supaya Najib disingkirkan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.

Sabtu lalu Mahathir berkata, walaupun Tengku Razaleigh memberi cadangan sedemikian, namun beliau kini menukar pendiriannya untuk menyokong Najib.

Selain itu, Mahathir juga memberitahu Tengku Razaleigh sebelum ini memberitahunya bahawa undi tidak percaya dapat menjatuhkan Najib. Tengku Razaleigh kemudian mengedarkan deklarasi undi tidak percaya di kalangan wakil rakyat namun tidak mendapat sokongan majoriti, kata Mahathir(Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1816pm on March 28,2016)...

Sunday, March 27, 2016

GELARAN "NEGARWAN ULUNG" ITU SEBENARNYA ( HAK KU LI) BUKAN PADA MAHATHIR.

Gambar di atas adalah gambar Ku Li masih muda dan sedang berada ditampuk kuasa politik di zaman Hussin Onn.




Haji abu bakar ninggal
Ahad,March 27,2016 @ 7.37 pm.

Atas nama peribadi saya dan saya sendiri begitu yakin banyak lagi orang-orang Melayu di luar sana pasti akan bersetujua dengan saya setelah membaca hurai-hurain saya di bawah ini,bahawa gelaran (Negarawan Ulung) itu lebih "perfect",lebih sempurna lagi,jika di anugerahkan kepada Ku Li ( Tegku Razaleigh Hamzah) berbanding dengan Mahathir.

Kepada anak-anak muda yang agak tak dapat mengikuti sejarah kegemilangan kepimpinan Ku Li dan juga perkembangan politik di era Tun Razak Hussin.Banyak diantara mereka masih belum lahir lagi di dunia yang maha pana ini. 


Melalui ruangan komen ini,ingin penulis nyatakan dan izinkanlah penulis menceritakan tentang perjuangan Ku Li, untuk menarik perhatian anda semua golongan generasi"Y" bahawa Ku Li adalah seorang ahli politik yang paling banyak berjasa pada Malaysia dan sangat popular berbanding Mahathir. 

Selepas melakukan ikrar menyokong Datuk Seri Najib.Kemudian mewreka telah tanda tangan "deklarasi" dan kemudian diserahkan pada PM  nombor 2 edari kanana.Sementara Ku Li nombor 3 dari kiri.Mahatgior harfi ini lahirkan perasaan marahnya pada Ku Li yang didapati telah engkar pada janji padanya. Orang politik tukar  sikap adlah hal-haal yang biasa beb.
Ku Li adalah seorang hartaan,keturunan anak raja Kelantan yang berjiwa rakyat.Dengan sukarela sedia turun ke padang,berjuang di arena politik bersama-sama rakyat jembel Malaysia demi ke manfaatan rakyat  Malaysia secara keseluruhannya.

Kalau anak-anaak muda genarasi "Y" ini nak tahu? Bahawa Ku Li-lah satu2nya tokoh kepercayaan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Tun Razak Hussin,bapa pembangunan Malaysia, ayahanda kepada Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.


Berdasarkan ijazah-ijazah yang tinggi yang dimiliki oleh Ku Li dan kebijasanaan-nya berpolitik dan mentadbir perniagaan  dan harta2nya dan sebagainya. Sebaik sahaja Tun Razak dah mengambil alih  tugas jawatan Perdana Menteri dari Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Ku Li lah di arahhkan oleh Tun Razak untuk mengasaskan dan menubuhkan Bank Bumiputra (M) Bhd, guna bagi kemudahan-kemudahan untuk membantu peniaga-ppeniaga bangsa Melayu khasan dna juga rakyat lain kaum umumnya yang mana ketika itu kebanyakan-nya masih miskin tegar dan sangat memerlukan bantuan dari kerajaan Umno-BN.

Pemandangan Bangunan Pewtronas dari jauh.Petronas apun di asasakan oleh 
Ku Li atas arahan Tun Razak Husin,Perdana Mentyeri Malaysia ke-2.
Pada .Ku Li jugalah  diarahkan oleh Tun Razak untuk mengasaskan dan menubuhkan PETRONAS yang mana kini dah jadi begitu gah di luar dan di dalam negara Malaysia. PETRONAS pada setiap tahun telah menyumbangkan wang keuntungan hasil petroliumnya dan wang cukai kepada kerajaan pusat dalam jumlah yang besar sekali.

PETRONAS menjadi kebangaan rakyat Malaysia sekaligus telah tersohor di dunia antara bangsa. Itu adalah hasil usaha dan buah fikiran Ku Li yang berkelulusan ekonomi dari Universiti Londan yang mengasaskan Petronas.

Ketika itu nama Mahathir Mohamad langsung tidak dikenali oleh rakyat Malaysia yang baru sahaja capai kemerdekaan tanah air dari penjajahan British pada 1957.

Di arena politik parti Umno, selain Ku Li jadi Ketua Perhubugan Umno Kelantan. Maka beliau juga adalah merupakan Naib Presiden Umno yang berada di tempat di atas dan diikuti oleh Ghafar Baba di era Hussin On peganag jawatan PM. 

Nama Mahathir mulai dikenali di kalangan Umno sebaik sahaja beliau telah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969 dari Umno.Akibat tulisannya di dalam buku ( Malay Delima) yang mana isi-isi buku tersebut bersifat ultra di mana telah mengkritik Tunku Abdul Rahman Putra ,Perdana Meneri Malaysia yang pertama secara semberono .

Banguna ini adalah bangunan Ibu Pejabat Bank
Bumiputra yang diasas dan ditubuhkan oleh Ku Li
,Di era Mahathir tanpa alasan-lasan yang nyata
Mahathir telah bubakan Bank Bumiputra (M)
 Bhd itu dibubarkan

Dengan tujuan agar pemimpin Umno di ketika itu beralih muka ke arahnya dan tidak begitu fanatik pada Tunku. 

Untuk pengetahuan  genarasi "Y". Di sini ini ingin penulis  maklumkan bahawa Mahathir ini pernah tewas pada satu pilhan raya umum walau pun beliau bertanding atas tiket Umno. 

Di era Tun Razak-lah Mahathir ini di terima semula menyertai parti Umno setelah di tendang oleh Tunku.

Itu pun atas pujuk rayu oleh beberapa orang pemimpin tertinggi parti Umno termasuk oleh arwah (Datuk Haron Idris),bekas Menteri Besar Selangor dan juga Datuk Adib Adam,bekas Ketua Menteri Melaka. 

Akibat pujuk rayu mereka inilah hati Tun Razak jadi chair? Jika mengikut amanat Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, bahawa Mahathir ini sama sekali tidak boleh diberi tempat lagi di dalam parti Umno. 

Menurut tilikan makrifat Tungku mengikut " firasatnya" bahawa "nature politik " Mahathir ini sangat bahaya pada Malaysia yang mana para penduduknya bersifat masyarakat "majmuk" 


Menurt "FIRASAT" Tunku bahawa Mahathir di lihat-nya suka benar mengamalkan politik "adu -domba" demi kepentingan peribadinya dan demi survival nature politiknya yang radikal itu.


Dulu  banyak ahli-ahli Umno berkata bahawa firasat Tunku itu karut marut dan tahyul belaka. Kini semuanya telah menjadi kenyataan yang hakiki.


Bahawa tilikan Tunku melalui makrifatnya itu dah pun betul dan pun tepat belaka. Dulu Mahathir sangat benci pada parti DAP yang mengamalkan dasar politik Malaysia Malaysian itu.


Menurut Mahathir ketika itu iaitu, ketika beliau masih jadi PM Malaysia? Parti yang mengamalkan faham perkauaman yang melampau dan sebagainya oleh Mahathir, 


Kini,apa yang telah diludah oleh Mahathir itu? Terpaksa beliau jilat semula demi mahukan gerakannya nak gulingkan Najib memerlukan batuan dari DAP.Jadi beliau bersahabat baik dengan Kit Siang dan parti DAP.

Kini apa daha jidi?Bekerja sama pula dengan DAP disebabkan nafsu Mahathir nak gulingkn Najib itu sangat panas membara. Apabila Mahathir lihat nak guling Najib itu dengan gerakan dari dalam parti Umno tidak berjaya? Semua gerakan Mahahtir itu telah digagalkan dan dipintasa oleh Najib dengan mudah aje/


Mahathir sanggup  bertindak gila-gilaan dengan cara"matlamat menghalakan cara" asal-kan apa yang  menjadi cita-cita dan harapan beliau itu akan tercapai?.


Sebaik sahaja Hussin On jadi PM Malaysia.Ku Li-lah satu2nya anak (Melayu jati) berketurunan darah raja pula dilantik oleh Hussin Onn sebagai Menteri Kewangan Malaysia yang pertama di Malaysia.


Sebelum itu Tan Siew Sin dari parti M.C.A. jadi Menteri Kewangan Malaysia.Bila Ku Li berkemelut dengan Mahathir akibat Ku Li hanya kalah 40 undi aje dalam pertandingan merebut jawatan Presiden Umno padsa tahun 1987?


Ku Li menubuhkan parti lain yang bernama parti "Semangat 46" dan Semangat 46 bergabung pula dengan PAS di Kelantan. Bermula dari detik itulah Umno-BN langsung hilang kuasa politik di Kelantan hingga kini di mana parti Umno kekal hanya sebagai parti pembangkang sahaja di Kelantan. 


Dipendekkan cerita.Jika kita nak bercakap fasal jasa Ku Li berbanding dengan Mahathir? Dari segi jasa dan bakti? Walau pun Ku Li itu  tidak memeganga sebarang jawatan  semasa era politik Mahathir?Tetapi sebelumnuya Ku Li  lebih banyak berjasa pada parti Umno berbading dengan Mahathir legasai Karala mari itu? Terutama di era Tun Razak dan Tun Hussin Onn jadi Perdana Menteri Malaysia.

Disebelah kiri di belakanag banguna yang berbumbung mereah itu ialah banguanan yang dijadikan oleh parti Umno sebagai Ibu Pejabat Besar Umno.
Mahathir hanya lantik Ku Li di eranya hanya dua penggal aje iaitu, di era permulaan beliau dah jadi PM.Ku Li dilantik sebagai Menteri Miti.Lepas itu Mahathir tak peduli langsung dengan Ku Li.

Dan di Era Pak Lah jadi PM dan juga di era Najib pegang jawatan PM pun tak ada sebarang jawatan kabinet diuntukan pada Ku Li.Sedangkan Ku Li tetap menananga sebagai ahlki Parlimen kawasan Gu Musang pada setiap kali Pilihan Raya Umum di adakan?

Tidak diketahui sama ada arahan cara sulit oleh dari orang tertentu yang mengarahkan pada Pak Lah atau pun pada Najib? Hanya mereka berdua aje yang dapat menjelaskannya?


DEMI SAYANGKAN UMNO KU LI BUBARKAN PARTI (SEMANGATA 46p).


Bank Bumiputra yang ditubuhkan oleh Ku Li?Tanpa sebab-sebab yang nyata dan munasabah (BBMB) Telah dibubarkan  di era Mahathi masih pegang jawatan PM. 

Pun begitu? Ku Li masih mahukan orang-orang Melayu di Malaysia ini tetap berada di dalam parti Umno? 

Ku Li yang berjiwa besar dan berjiwa rakyat dan begitu sayangkan pada parti Umno lebih dari kepentingan dirinya? Dengan rela hati telah membubarkan parti "Semangat 46" pimpinannya itu.

Manakala semua ahli-ahli dari parti Semangat 46 telah diserapkan ke dalam parti Umno. Sedangkan Mahathir,apabila dilihat anaknya Mukhriz yang di angan-angankan-nya akan jadi PM Malaysia pada suatu hari nanti itu? 


Ertinya jalan untuk Mukhriz berpeluang jadi PM dah begitu jauh dan langsung  tak ada jalan shot cut-nya( jalan pintasnya) sedangkan usia Mahathir itu sendiri pun dah semakin  lanjut usianya?

Apabila didapatinya Mukhriz dah di tendang dari jawatan Menteri Besar, di Kedah. Mahathir sangat rasa kecewa lantas ambil keputusan keluar dari parti Umno buat kali keduanya? 


Kemudiannya,,terus bersengkokol dengan parti Cina DAP yang dasar perkaumannya tebal pada orang-orang Melayu.Bukan setakat itu aje? Malahan Mahathir bawa  DAP beersengkokol degan konco-konconya...secara cepat kilat pula lantas adakan majlis isytiharkan ( deklarasi rakyat) tajaan Mahathir dengan kekuatan yang hanya seramai 56 orang hendak gulingkan Datuk Seri Najib  dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Banugana Putra World Trade Centre ini di asasakan oleh Ku Li.Acara rasmi pecah tanahanya dilakukan oleh Husin Onn dan Ku  Li.Penulis ada hadir di Mjlis pecah tanah itu.
Tokoh politik macam inikah yang nak diberi gelaran "Negarawan Ulung"?).Mahathior patut diberi gelaraan tokoh politik yang jadi pengkhianat bangsa Melayu dan parti Umno Tokoh politik yang layak di panggil (Negarawan Ulung) tak lain dan tak bukan ialah Ku Li.( Tengku Razaleigh Hamzah) bangsawan mulia keturunan  dari raja Kelantan.

Beliau ( Ku Li ) dilihat sanggup berkorban apa sahaja demi kelangsungan parti Umno terus hidup subur demi jadi pergantungan hidup dan survivable  orang2 Melayu di Malaysia ini di masa muka ini. 


Hari ini,melalui portal Malaysiakini Mahathir dilihat begitu marah pada Ku Li. Sebab-sebabnya  Mahathir  marah DAN sangat  marah pada Ku Li? Ku Li dah beri pukulan K.O.pads Mahathir. 

Di Kelanatan, pada hari semalam, telah dilapaorkan oleh media arus perana bahawa Ku Li bersama-sama ahli-ahli Umno dan juga orang2 Melayu di Kelantan,di saksikan oleh Annuar Musa, Ketua Penerangan parti Umno yang baharu telah membuat satu kejutan pada Mahathir.

Ku Li dan Annuar Musa didapati telah mengisytiharkan (Deklarasi Rakyat) bersama-sama rakyat Kelantan seramai 10,000 orang ramainya telah melahirkan sikap politik yang positif lantas mengisytiharkan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada pimpinan Presiden parti Umno, Datuk Seri Tun Razak.

Nah! Lagi sekali dilihat gerakan Mahathir nak gulingkan Najib itu dah kantoi. (deklarasi Rakyat) yang diketuai oleh Mahathir hanya mampu kumpulkan 56 orang aje. Sementara yang menyokong Najib di Kelantan itu lebih 10 ribu orang ramainya.


Ertinya? Lebih 2000 kali ganda  besarnya sokongan yang Najib dapat dari sebahagan aje rakyat yang manjadi ahli-ahli Umno di Kelantan.

Aapabila melihat senario politik di Kelanatan itu? Maka lemah longlai lutut dan urat saraf Mahathir dan konco-konconya terutamanya Zahd Ibrahim, penyokong tegar Mahathir,apabila melihat kehebatan sokongan politik dari ahli-ahli Umno dan orang-orang Melayu di Kelantan itu terhadap Najib yang mana Mahathir dan konco-konconya hendak gulingkan itu ? 


Dari fenomena politik mutakhir di Kelantan ini?Berani penulis menegaskan bahawa keduduakan politik Dattuk Seri Najib,dari hari ke hari,dilihat semakin mantap.Tak mustahil yang akan terguling teruk?

Ialah Mahathir dan konco-konconya yang "anti-Najib" itu lebih cepat terguling bergulung-gulung dari atas bukit ke lurah yang dalam sebelu tibanya PRU ke-14 pada tahun 2018 itu nanti? (Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal. blogspot.com at 1237 hrs on March, 27,2016).

Saturday, March 26, 2016

Ku LI Bukti dirinya orang parti berjiwa UMNO.

27 Mac 2016 12:40 AM 
Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR 26 Mac – Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menandatangani Deklarasi Kelantan sebagai tanda sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan beliau benar-benar orang parti yang berjiwa UMNO.



Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh
Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, perpaduan antara satu sama lain merupakan kekuatan UMNO ter­utama dalam keadaan sekarang yang semakin mencabar.
“Tindakan Tengku Razaleigh menandatangani Deklarasi Kelantan membuktikan beliau merupakan orang parti berjiwa UMNO kerana tidak mahu melihat perpecahan parti.
“Individu yang menyerang pe­mimpin hanya berniat melemah­kan parti dan memutuskan menggunakan kaedah ini untuk melemahkan UMNO. Jika tidak berpuas hati, lawan atau jatuhkan pemimpin secara demokratik kerana UMNO sendiri mempunyai kaedah pemilihan parti,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Khamis lalu, Tengku Razaleigh menyatakan pendirian apabila turut menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan soko­ngan penuhnya terhadap Najib.
Deklarasi yang diserahkan kepada Najib itu susulan perhimpunan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu lalu bagi menyatakan sokongan kepada Najib serta menolak pakatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembangkang.
Dalam pada itu, Mohamad Fatmi menjelaskan, pemilihan Najib sebagai Presiden mengikut Perlembagaan UMNO dan berbeza ketika pelantikan Dr. Mahathir sebagai Presiden.
Katanya, ketika zaman Dr. Mahathir dilantik sebagai Presiden, beliau mesti mendapatkan soko­ngan 30 peratus daripada UMNO bahagian berbeza ketika pelantikan Najib kerana sesiapa yang mahu bertanding jawatan Presiden atau mana-mana jawatan Ahli Majlis Tertinggi hanya perlu meme­nuhi syarat pernah menjadi Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal.
“Oleh itu, pelantikan Najib dijalankan secara terbuka dan demokratik. Bagaimanapun, mengapa kini ada pihak yang ingin menjatuhkannya kerana jika tidak berpuas hati tunggu sehingga masanya tiba dan lawan secara demokratik,” katanya.
“Mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan UMNO hanya menyusahkan kerana mereka bukan hanya memudaratkan parti tetapi merosakkan negara dan rakyat,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abau bakar ningal.blogspot.com.at 11.11 am on March 27,2016.

Nallakarupan mahu saman DR.M

SHEILA RANI 
CHANDRASEKARAN
27 Mac 2016 12:17 AM
S.Nallakaruppan
KUALA LUMPUR 26 Mac - Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menuntut ganti rugi ke atas segala kehilangan yang dialami selepas beliau dipenjarakan pada tahun 1998.  

Dakwa Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu, beliau telah kehilangan tiga jawatannya iaitu sebagai Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam Magnum, Pengarah Kamunting Corporation Bhd dan Pengarah Malaysian Plantations Bhd. setelah dipenjara yang berpunca daripada tindakan bekas Perdana Menteri itu.

Sebagai langkah awal, menurut Nallakaruppan, pihaknya akan berjumpa dengan peguamnya dalam masa terdekat bagi berbincang berhubung tindakan menya­man bekas Perdana Menteri itu.
“Saya mahu menuntut ganti rugi atas segala kehilangan yang telah dialami, Oleh kerana Dr. Mahathir tidak sukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya kawan baik Anwar pada ketika itu, saya telah ditangkap dan dipenjarakan, bukannya atas tuduhan memiliki peluru pistol tanpa permit.
“Setelah diputuskan tidak bersalah dan dibebaskan, saya telah kehilangan semua terma­suk ketiga-tiga jawatan tertinggi saya. Dr. Mahathir telah meme­rangkap saya sehingga menjadi buruan polis. Beliau adalah puncanya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nallakaruppan berkata, Dr. Mahathir tidak sepatutnya keluar dari UMNO dan bertindak keterlaluan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mendapat jawatan dalam parti dan kerajaan.
“Sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Dr. Mahathir tidak patut buat tuduhan tidak berasas untuk jatuhkan Datuk Seri Najib. Segala tuduhan hendaklah disiasat dan proses mahkamah mesti dipatuhi. Ja­ngan hancurkan perpaduan rakyat dan negara tanpa sebab. Malah, Dr. Mahathir yang me­ngarahkan saya serang Anwar.
“Tindakan Dr. Mahathir bagaikan menjilat ludah sendiri. Dulu beliau yang suruh saya serang Anwar tetapi sekarang mahu bersekutu dengan PKR pula. Beliau terlalu taksub mahukan anaknya jadi Perdana Menteri sehingga sanggup berbuat demikian,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nallakaruppan turut menasihatkan Anwar supaya berhati-hati dalam menangani pelbagai isu yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir ketika ini.
“Sebagai rakan karib, saya nasihati Anwar berhati-hati dan jangan terperangkap dengan permainan Dr. Mahathir. Anwar perlu ingat suatu ketika dulu Dr. Mahathir yang penjarakan beliau, kalau tidak sudah tentunya Anwar jadi Perdana Menteri sekarang.
“Dulu Dr. Mahathir tidak suka pembangkang, sekarang mahu menyokong pula. Inilah sikap sebenar Dr. Mahathir, Saya berharap Anwar tidak terpedaya lagi dengan agendanya,” ujarnya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ yang diadakan esok, Nallakaruppan menyifatkan penglibatan bekas Perdana Menteri itu sekadar mahu mencetuskan kekacauan.
“Itu adalah taktik pembangkang yang sengaja mahu me­nim­bulkan kekacauan, Perhimpunan sedemikian tidak membantu mengukuhkan demokrasi sedia ada di negara ini sebaliknya ha­nya akan mencemarkan imej baik Malaysia di mata dunia,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu b akar ninggal.blogspot.com.at 9.42 am on March 27,2016.

Friday, March 25, 2016

Tindak tanduk Tun Mahathir gores hati ahli

Mohamad Fatmi Che Salleh
KOTA BHARU 25 Mac – Tindak-tanduk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad yang berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga mencetuskan krisis dalaman parti telah menggores hati jutaan ahli UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu,Kelantan,Datuk Moha­mad Fatmi Che Salleh berkata, sebagai sebuah parti politik, UMNO sudah lali diserang musuh terutama pembangkang, namun serangan oleh seorang bekas pemimpin yang dianggap se­perti keluarga sendiri meninggalkan kesan emosi yang cukup mendalam.
“Lazimnya kalau pergaduhan sesama sendiri, itu lebih pedih dari segi emosi. Bayangkan kita bergaduh anak-beranak atau suami isteri.
“Samalah juga be­kas Presiden UMNO selama 22 tahun. Perasaan sakit di hati itu sudah tentu amat besar berbanding kita berlawan dengan orang luar,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Taklimat Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Kota Bharu, di sini hari ini.
Dalam program sama, Mohamad Fatmi bersama ahli UMNO Kota Bharu membuat deklarasi menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri serta Pre­siden UMNO.
Mohamad Fatmi dalam pada itu berkata, sejak krisis dalaman itu timbul, beliau secara peribadi tertanya-tanya apakah punca sebenar Dr. Mahathir melakukan serangan mahu menjatuhkan Najib.
“Saya sentiasa mencari jawapan itu dan hari ini, saya mendapati tidak ada sebab munasabah, sebaliknya hanya agenda peri­badi beliau. Mungkin ada sesuatu perkara yang beliau kehendaki tetapi tidak dapat. Mungkin kuasa, mungkin politik, mungkin benci kepada Najib.
“Bagaimanapun apa yang beliau buat hari ini melampau. Beliau hanya mempunyai matlamat mahu menjatuhkan pemimpin, tetapi rancangan beliau yang seterusnya selepas itu tidak ada. Apa akan jadi kepada negara, kepada rakyat jika pemimpin dijatuhkan,” katanya.
Beliau menambah, sehingga ke hari ini, tidak ada sesiapa tahu apa niat sebenar yang terbuku dalam hati Dr. Mahathir kecuali Allah SWT dan dirinya sendiri (Utusan online).Posted  by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.15 am on March 26,2016.
.

Thursday, March 24, 2016

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH SOKONG NAJIB

SYUKRI SHAARI 
DAN MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
25 Mac 2016 1:40 AM

MUSTAPA MOHAMED menyerahkan Deklarasi Kelantan kepada Najib Tun Razak sebagai menyatakan sokongan kepemimpinan UMNO Kelantan di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Tengku Razaleigh Hamzah, Annuar Musa dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (kanan). 

KUALA LUMPUR - 24 MAC.Teka-teki berhubung pendirian Tengku Razaleigh Hamzah dalam perkembangan politik semasa seolah-olah terjawab apabila Ahli Parlimen Gua Musang itu turut menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gambar majlis itu dimuat naik di laman sosial Facebook Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menunjukkan Tengku Razaleigh dan barisan pimpinan UMNO Kelantan yang diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyerahkan deklarasi tersebut kepada Najib.

Annuar ketika ditemui selepas majlis itu berkata, penyerahan deklarasi itu susulan perhimpunan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu lalu bagi menyatakan sokongan kepada Najib serta menolak pakatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembangkang.
Menurut beliau, dalam pertemuan selama dua jam itu, pemimpin-pemimpin Kelantan dan Perdana Menteri turut berbincang mengenai hal ehwal kemajuan negeri Kelantan.

“Antaranya termasuk hal-hal berkaitan royalti minyak, cadangan menyegerakan pembinaan lebuh raya baharu iaitu dari Gua Musang ke Kota Bharu, pembesaran lapangan terbang serta pembinaan stadium baharu.

“Kita juga mengemukakan syor-syor tertentu kepada Perdana Menteri. Selain mengucapkan terima kasih kepada inisiatif yang kami ambil, Perdana Menteri juga berjanji akan melihat syor-syor yang dikemukakan pemimpin-pemimpin Kelantan,” katanya.

Annuar bagaimanapun berkata, syor-syor tersebut tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana masih dalam pertimbangan Najib namun banyak menyentuh hal-hal berkaitan politik, pembangunan dan ekonomi.

Dalam pertemuan itu juga, kata Annuar, Perdana Menteri turut berkongsi tentang perancangannya dalam mengukuhkan ekonomi serta hasil daripada langkah-langkah yang telah diambilnya dalam menangani keadaan kelembapan ekonomi global.

Pendirian Tengku Razaleigh dalam arena politik semasa sering menjadi persoalan berikutan tindakan Dr. Mahathir mengetuai sekumpulan individu termasuklah pemimpin pembangkang menggerakkan satu deklarasi mahu menjatuhkan Najib.

Pada majlis menandatangani deklarasi menentang Najib itu, nama Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan turut diumum oleh pengacara meskipun beliau tidak hadir.

Berikutan itu, timbul tanda tanya mengenai pendirian sebenar veteran UMNO berkenaan.
Pada 7 Mac lalu, ketika ditemui wartawan pada sesi pembukaan sidang Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh menjelaskan beliau tidak mengetahui mengenai majlis menandatangani deklarasi menjatuhkan Najib itu.

“Saya tidak hadir. Saya tidak menyokong. Saya tidak tahu pun,” katanya ketika itu.( Utusan on line).Posted by  abnmulya//haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1402 hrs on March 25,2016.

Kumpulan Bertindak UMNO PAGOH nyata sokongan kepada PM.

24 Mac 2016 4:44 PM 

PAGOH 24 Mac - Sekumpulan ahli UMNO Bahagian Pagoh yang kecewa dengan tindakan ketua bahagian mereka hari ini menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus mentadbir negara dan parti.
Datuk Seri Najib,Presiden
parti Umno

Gerakan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Bertindak UMNO Pagoh (KBUP) itu melakukan tindakan sedemikian kerana tidak mahu UMNO bahagian itu tersisih daripada arus perdana UMNO Pusat.
Pengerusinya, Datuk Yusof A. Bakar berkata, tindakan tersebut juga dilakukan demi mempertahankan UMNO Pagoh agar tidak dijadikan seolah-olah berada dalam kawasan pembangkang.
“Bukan kami tidak sayang Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi lebih sayangkan parti kerana kalau kita tak mampu menyumbang kepada perpaduan dan kekuatan parti, jangan kita menjadi penghasut kepada perpecahan parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi. -(Utusan online).Posted by abnm,ulya  //haji abu b akar ninggal.blogspot.com.at 12.47 am on March  25,2016./

Wednesday, March 23, 2016

Tindakam Dr.Mahahir langkah terdesak

KASTHURI JEEVENDRAN 
DAN MOHD. AZRAIE MD. YUSOF:
24 Mac 2016 1:10 AM. 

KUALA LUMPUR 23 Mac - Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai perbuatan terdesak dan tidak masuk akal.


Salleh Said Keruak
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, bekas Perdana Menteri itu sudah kehabisan idea serta pilihan sehingga terpaksa menggunakan tindakan undang-undang untuk meneruskan agenda menjatuhkan Najib.
Menurutnya, sebelum ini Dr. Mahathir pernah mencuba nasib dengan menggunakan pengaruhnya dalam UMNO untuk memburukkan Najib dan apabila tidak berjaya, beliau menggunakan pembangkang untuk meneruskan niat tersebut.
“Apabila semuanya tidak membuahkan hasil, kini beliau menggunakan kaedah saman pula. Bagaimanapun, setiap tuduhan Dr. Mahathir tidak berasas dan benar, maka kali ini juga beliau akan kalah dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr. Mahathir memfailkan saman terhadap Najib kerana didakwa te­lah menyalahgunakan kuasanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jaz­lan Mohamed berkata, Dr. Mahathir tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman terhadap Najib kerana kerana bekas Perdana Menteri itu tidak terlibat secara langsung dalam siasatan ke atas 1MDB.
“Dia nak saman sebagai apa? Orang teraniaya? Atau pun orang yang ada kena mengena dengan kes itu? Dia saman sebagai apa? Yang boleh saman ini hanya orang ter­aniaya sahaja, itu pun jika ada.
“Saya melihat tindakan (memfailkan saman) ini sebagai gimik politik dalam meraih publisiti. Bagi saya dia (Dr. Mahathir) tiada locus standi untuk saman, biarlah mahkamah tentukan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Berbeza dengan Nur Jazlan, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzahpula berpendapat sebaliknya dengan mendakwa tindakan Dr. Mahathir dan dua yang lain itu mempunyai locus standi.
“Sebagai pembayar cukai, anda mempunyai tanggungjawab, jadi sekiranya mana-mana penjawat awam tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana yang ditetapkan, anda boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Saidhanya memberi reaksi bahawa beliau terkejut dengan tindakan ketiga-tiga individu berkenaan terutama Dr. Mahathir.
“Saya terkejut,” katanya ringkas.( Utusan online).Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 9.26 am on March 2,2016.

Saya tidak akan lupa-Tunku Ismail

24 Mac 2016 1:23 AM 

Tunku Mahkota Johor,TYunku Ismail Sultam Ibrahim

MUKADIMAH : 

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini memuatkan catatan terbaharu dalam Facebook baginda yang menyentuh mengenai krisis Perlembagaan pada tahun 1992. Walaupun tidak menyebut nama siapa yang dimaksudkan namun ia dipercayai merujuk kepada pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Berikut adalah kenyataan penuh baginda:

Saya tidak akan lupa krisis Perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan. Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaik pulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di istana-istana Johor.

Malah, bonda saya juga ditahan oleh Kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah ke­luar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih i­ngat segala-galanya dan saya masih i­ngat kepada individu-individu yang bertanggungjawab.

Ini semua perkara lama. Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara yang indah. Pada hari ini, hubungan kerajaan dan kerabat diraja Johor berada di dalam keadaan baik. 

Saya menghargainya. Saya berharap ia bukan hanya sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami. Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara. Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi. 

Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana anda dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya berdoa agar kita boleh memberikan tumpuan untuk menjadikan negara kita ini tempat yang lebih baik pada masa akan datang, demi rakyat.

Kepada sekalian bangsa Johor. Sultan anda dan kerabat diraja Johor menyayangi anda. Saya sayangkan anda. Saya dilahirkan untuk berkhidmat kepada anda hingga penghujung nafas saya dan itu adalah tanggungjawab saya. Keutamaan saya adalah hak anda sebagai rakyat Johor, dan ke­sejahteraan anda. Sentiasa ingat perkara ini.

Kekuatan kedaulatan Johor ialah perpaduan. Sentiasa kekal bersatu sebagai rakyat Johor. Ja­ngan beri peluang kepada sesiapa pun untuk membuli kita. Kita yang memutuskan apa yang baik untuk kita. Ini adalah rumah kita, negeri kita. 

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi hak Johor dan kedaulatannya. Allah peliharakan sultan dan negeri Johor Darul Ta’zim dan semoga Allah memberkati negara Malaysia.(Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.07 am on March 24,2016.