March 28,2016 @ 1.26pm.
Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata berita itu langsung tidak kedengaran di kalangan rakan-rakan ahli parlimen Umno dan BN
![]() |
Datuk Tajuddin Abdul Rmanah |
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata berita itu langsung tidak kedengaran di kalangan rakan-rakan ahli parlimen dari Umno dan BN
“ Rakan-rakan saya dan rakan sekerja dari ahli parlimen lain dari Umno dan BN tidak bercakap tentang perkara ini.
“Saya akan tahu kalau ia memang ada (tapi) tak ada langsung. Semua berita ini dicipta oleh Mahathir,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian mengenai bahawa Tengku Razaleigh membuat cadangan supaya Najib disingkirkan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.
Sabtu lalu Mahathir berkata, walaupun Tengku Razaleigh memberi cadangan sedemikian, namun beliau kini menukar pendiriannya untuk menyokong Najib.
Selain itu, Mahathir juga memberitahu Tengku Razaleigh sebelum ini memberitahunya bahawa undi tidak percaya dapat menjatuhkan Najib. Tengku Razaleigh kemudian mengedarkan deklarasi undi tidak percaya di kalangan wakil rakyat namun tidak mendapat sokongan majoriti, kata Mahathir(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1816pm on March 28,2016)...
No comments:
Post a Comment