Tuesday, February 9, 2010


Saksi Pada Perbicaraan Anwar : Najib Dan Rosmah Membisu

February,9.2010

Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor enggan menyatakan sama ada mereka bersedia untuk di panggil ke mahkamah bagi memberi keterangan pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selasa lalu, Anwar mengesahkan pasangan itu akan disapina untuk memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mereka berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan sebelum beliau membuat dakwaan liwat yang disifatkan fitnah itu.

Walaupun hadir dibeberapa majlis rasmi susulan kenyataan Anwar itu, Najib mahupun Rosmah enggan mengesahkan sama ada bersedia ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Anwar berkata beliau mempunyai bukti yang cukup untuk mensabitkan bahawa Najib dan Rosmah mendalangi tuduhan fitnah itu semata-mata untuk membunuh karier politiknya disamping mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.

Najib dan Rosmah dijangka mengambil jalan pintas yang digunakan oleh Mahathir Mohamad apabila beliau dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan Anwar tahun 1999.

Mantan Perdana Menteri itu yang membuat pelbagai tuduhan terhadap Anwar dikatakan berselindung di belakang mendiang Hakim Augustine Paul yang mengisytiharkan Mahathir tidak perlu memberi keterangan kerana 'tidak relevan' kepada pertuduhan Anwar.

Dalam hal Najib, yang lebih memalukan ialah tindakan media arus perdana enggan mengajukan soalan kepada Najib sama ada beliau bersedia ke mahkamah.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits times, A. Kadir Jasin bersetuju bahawa adalah amalan biasa untuk wartawan bertanyakan soalan seperti itu apabila ia membabitkan orang kenamaan (VIP).

Sebagai contoh, jika penyanyi Datuk Siti Nurhaliza disapina ke mahkamah, ia adalah berita "besar" dan tentunya pemberita wajar bertanya soalan kepada penyanyi itu mengenai kesanggupannya untuk memberi keterangan di mahkamah.

"Dalam situasi sekarang yang ada banyak pelbagai media termasuk media baru, tidak banyak perkara dapat disembunyikan," kata Kadir yang bagaimanapun enggan mengulas secara langsung mengenai keperluan Najib memberi keterangan di mahkamah.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Abdul Jalil Ali pula mengelak memberi komen berkaitan keperluan pemberita bertanya soalan mengenai sapina terhadap Najib.

"Saya tidak boleh komen kerana kes masih dalam perbicaraan. Saya tidak tahu sangat hal undang-undang. Berbahaya untuk buat kenyataan yang boleh mengganggu perbicaraan itu," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin berpendapat, aspek sapina Najib sepatutnya diberi penekanan oleh media massa tetapi media arus perdana seolah-olah sengaja tidak mengendahkannya.

Beliau melihat media arus perdana seakan-akan bergabung sesama sendiri bagi menutup aib yang melibatkan pimpinan BN dari diketahui umum.

Saiful berjumpa dengan Najib beberapa hari sebelum beliau mendakwa diliwat walaupun pemeriksaan pakar-pakar dan doktor hospital swasta dan Kuala Lumpur kemudian mendapati tidak ada bukti klinikal yang menyokong dakwaannya itu.(Dari TVSelangor ).Posted by abnmulya at 1825 hrs on Feb,9.10.



Mahkamah Persekutuan Kekal Zambry

February,9.2010.

Mahkamah Persekutuan pagi ini mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mahkamah berkenaan memutuskan perlantikan Zambry yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat setelah berpuas hati bahawa Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong. Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin.(TVSelangor ) posted by abnmulya at 1810 hrs on Feb,9.10.


Pengerusi YBK Belanja RM500 Ribu Dalam Masa 16 Hari

February,9.2010.

Di kalangan ADUN Barisan Nasional di Selangor yang didakwa menghabiskan peruntukan RM500,000 dalam tempoh beberapa minggu sahaja sebelum pilihanraya 2008, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Datuk Zainal Abidin Sakom mungkin muncul sebagai juara.

Dokumen perbelanjaan Zainal sebagai ADUN Batang Kali sebelum pilihan raya itu menunjukkan beliau mengambil masa 16 hari sahaja untuk menghabiskan peruntukan itu, menurut laman sesawang tawanmalaysia.com.

Malah bekas ADUN BN itu berbelanja sebanyak RM513,000, melebihi bajet yang telah diperuntukkan kerajaan negeri, menurut tawanmalaysia.

Laman sesawang itu juga mempertikaikan perbelanjaan yang digunakan oleh Zainal yang juga Pengerusi YBK.
Menurut laman itu, lebih RM415,000 atau 83 peratus bajet DUN Batang Kali dihabiskan ke atas perbelanjaan yang dipercayai berkaitan dengan kepentingan Umno.

Contohnya lebih RM150,000 dibayar kepada sebuah syarikat manakala lebih 20 bayaran antara RM8,000 hingga RM9,000 setiap satu dibuat untuk tujuan "persediaan bilik gerakan", program "mesra rakyat", "pertubuhan NGO" dan pergerakan wanita".

Ketika dihubungi, Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (SELCAT) telah menjalankan siasatan ke atas kesemua 54 ADUN BN semasa pentadbiran Datuk Seri Khir Toyo.

"Kini terpulang kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mengambil tindakan sekiranya mendapati sebarang elemen rasuah dan penyelewengan perbelanjaan oleh Adun-adun BN berkenaan.

"Berasaskan keterangan pegawai-pegawai daerah yang bertanggungjawab meluluskan semua permohonan perbelanjaan, kita lihat ada kemungkinan wujud rasuah dan penyelewengan dana," kata Teng.

Zainal Abidin dan YBK kini bersengketa dengan kerajaan negeri Selangor berhubung cukai tanah seluas 88.4 hektar milik YBK di Serendah yang dirancang untuk pembangunan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM).( TVSelangor ) posted by abnmulya at 1800 hrs on Feb 9.10.



Konspirasi 2: Perbicaraan DSAI Ditangguh Esok


January 9.2010

Perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh esok bagi membolehkan peguam bela beliau menyiapkan hujah balas terhadap affidavit Ketua Pendakwaraya bersabit permohonan untuk hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri.


Semalam Karpal menfailkan permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes berkenaan kerana membuat dua keputusan yang dilihat tidak berpaksi kepada undang-undang.

Dua keputusan itu adalah mengenai laporan Utusan Malaysia yang tidak berasaskan keterangan yang diberi di mahkamah, tetapi direka-cipta untuk mengaibkan Anwar, menurut peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Walaupun bersetuju laporan itu bersifat nakal, Hakim Mohamad Zabidin enggan mengenakan sebarang tindakan terhadap akhbar kawalan Umno itu.

Anwar berkata tindakan hakim berkenaan mendedahkan beliau kepada risiko menjadi mangsa pengadilan yang tidak mengguna- pakai prinsip undang- undang asas.

Karpal hari ini menerima affidavit daripada Ketua Pendakwaraya Datuk Yusuf Zainal Abidin dan meminta sehingga esok untuk menyiapkan hujah balas.

Anwar menghadapi pertuduhan liwat yang disifatkan konspirasi kali kedua untuk mengaibkan beliau dengan tujuan memintas kemaraan Pakatan Rakyat dan sekali gus membunuh kerjaya politik Anwar.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu telah menamakan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor sebagai dalang di sebalik pertuduhan fitnah itu.

Kedua-dua mereka didakwa bertemu dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan sebelum beliau membuat pertuduhan itu walaupun laporan hospital mengatakan tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.
(TVSelangor ) posted bya abnmulya at 17454 hrs on Feb 9.10.


SENI DAN BUDAYA ANDA

S A J A K


KEPADA SIAPA
LAGI KAMI NAK MERAYU?

Ya Allah!
Ya Tuhanku!
Kepada siapa lagi
Kami nak merayu

Di sini tiada lagi tempat
kami nak mengadu

Di sini
Ternyata
kamu tiada di kalangan
mereka , ya Allah.

Ya Allah ya Tuhanku!
kerana aku tahu
bahawa
Kau mengasihi kami

Makanya esuk,
Adalah hari yang telah
Sekian kali kau tangguh

Dan esuk
Di puncak menara
Akan ku laungkan
Allahuakbar!
Bergema ke seluruh alam semesta.


-----yassinsaalleh
1315 hrs feb 9.10
Putrajaya.

Semangat Seksyen 51A DIKETEPI MAHKAMAH

February,9.2010

Kegagalan pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh dokumen relevan nyata bertentangan dengan semangat Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.


Tanpa dokumen itu, pasukan pembelaan Anwar sukar menyediakan pembelaan yang rapi dalam menghadapi pertuduhan yang mencurigakan.

Seksyen itu dipinda dan mula dikuat kuasa sejak 6 Mac 2006 bagi memberi keadilan kepada kedua-dua pihak termasuk tertuduh.

Parlimen memasukkan Seksyen 51A dalam kanun it dengan meletakkan tanggungjawab terhadap pendakwa untuk membekal kepada pembela sebelum perbicaraan bermula, semua dokumen yang hendak diguna oleh pendakwa dalam perbicaraan.

Tujuan Parlimen dalam memasukkan seksyen itu dapat dilihat melalui perbahasan Ahli Parlimen ketika meluluskan rang undang-undang itu.

Walaupun perbahasan semasa meluluskan rang undang-undang pindaan itu bukan sebahagian dari seksyen berkenaan tetapi ia boleh dijadikan sebagai tingkap untuk melihat sebab dan falsafah di sebalik kepentingan seksyen itu.

Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu memberitahu Dewan Rakyat:

"Fasal 8 ialah fasal yang memasukkan seksyen baru 51A. Beberapa pihak mengemukakan pandangan mereka untuk mewajibkan pihak pendakwa membekalkan kepada pihak pembelaan mana-mana dokumen atau laporan yang menjadi sebahagian dari kes pendakwaan sebelum perbicaraan dimulakan."

"Pemberian apa-apa dokumen atau laporan yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwa dalam kesnya kepada pihak pembelaan akan memberi peluang kepada pihak pembelaan untuk menyediakan kes mereka dengan lebih sempurna."

"Ini akan membawa keadilan bukan sahaja kepada tertuduh tetapi kepada semua pihak. Selain itu, ia menjimatkan masa mahkamah apabila pihak pembela tidak memohon untuk penangguhan jika dokumen itu lebih awal diberi."

"Jawatankuasa berpendapat fakta yang menguntungkan kepada pembelaan yang diperoleh semasa siasatan hendaklah diberi demi keadilan sesuatu kes."

Sebelum seksyen itu dilulus dan diguna pakai, Timbalan Pendakwa raya kerap membantah permohonan mana-mana tertuduh untuk mendapat dokumen terutama kenyataan saksi pihak pendakwa.

Ini menimbul persepsi bahawa kerja sebenar peguam bela dalam mana-mana kes jenayah hanya bermula pada hari perbicaraan ketika saksi pendakwa mula memberi keterangan.

Situasi itu menimbulkan keadaan tidak adil kepada seseorang tertuduh.

Dalam kes Anwar, hak beliau mendapatkan bahan bukti dan dokumen relevan dinafikan, meskipun peruntukan Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah jelas berpihak kepadanya. (tvselangor ) posted bya abnmulya at 1711 hrs on Feb 9.10.

Monday, February 8, 2010

SENI DAN BUIDAYA ANDA

*****S A J A K *****

JANGAN CARI RAMA-RAMA


Demikianlah
piatunya si fakir kasih
tak siapa yang belas
melihat keterbuangannya

Makanya,
sarat sebak dada nan hiba
teruslah jua ia menggalas nestapa
mengheret kakinya yang luka
krikil sahara ranjang mimpinya
duri kaktus penghilang dahaga.

Kerana sahara saujananya bara pasir
cuma janganlah cari rama-rama
di rimbunan kaktusnya.

Aduhai
Wak,penarik tirai opera
kerana kau tak pernah membuangku
api sahara ini takkan dapat membakar
kusut rambutku ini.

Kerana aku tahu
bila sampai waktunya
tanpa mungkir
kau akan menanti sahabatmu
di bawah pohon itu
sehingga mereka tiba
atau tidak tiba-tiba.
Itulah erti setia!

-----Yassinsalleh
1457 hrs feb7.10 ponson,
manchis,bentong,pahang.
Hari ini merebah tak singgah
lada di sini tak cukup merah.
(Posted by abnmulya at hrs 9.05 am
on Feb 9.10