Monday, February 20, 2017

KAMI MAHU MENANG,DAN RAMPAS SEMULA SELANGOR DARI PAKATAN HARAPAN

Perewakilan dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak mengabadikan kenangan dengan Tan Seri Abu Hassan Omar ,Presiden Ngo Mubarak Selangor dan sebelahnya itu Tan Sri Zaleha Ismail,Timbalan Presien NGO mUBRAK sELANGOR.nombor 3 dari kiri berbaju merah dan di sebelahnya



Isnin , February 20,2017 @21.25 pm.

Retreat Majlis Permaufakatan Parlimen Selangor ( MPPS) anjuran Gabungan Ngo-Ngo Mubarak bagi seluruh Negeri Selangor telah selamat dirasmikan oleh Presiden Ngo-Ngo Mubarak Selangor,Tan Sri Abu Hassan Omar,mantan Menteti Besar, Selangor tengah hari tadi.
Datuk Dr.Rahmana Ismail Presiden dari
Gabungan Ngo-Ngo Gombak sedang
menelitik kertas kerja yag baru diberikan
kepada beliau  di bengkel itu.
Bengkel pencerhan itu guna mempersiapkan diri dalam rangka usaha Ngo-Ngo Selangor yang pro-Barisan Nasional untuk menghadapi PRU ke-14 yang sangat sengit pertandingannya.PRU ke-14 mungkin akan diadakan dalam tahun ini juga.

Bengkel tersebut diadakan di Dewan Hotel Sri Malaysia; di Genting Highland, bermula pada jam 2 petang pada hari Sabtu ( 18/022017) dan dijangka akan berakhir pada petang esok hari Ahad. .

Seramai (126) orang para perwakilan dari badan-badan Ngo Selangor telah menyertai bengkel tersebut yang bermula pada jam 2 tengah hari Sabtu dan akan berakhir pada petang hari Ahad bersamaan 19/02/2017.

Perwakilan dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang diketuai oleh Presidennya Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Gombak, bagi penggal tahun 2004 hadir bersama seramai 15 orang lagi peserta2 dari badan Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang lain turut serta dalam aktiviti tersebut.
Tan Seri Zaleha Ismail tersenyum bila diambil
gamabarnya sebelum bengkel itu dimulakan.

Kursus2 itu telah diberikan oleh para pecerahan oleh golonngan profesional yang pakar tentang selok belok pilihan raya umum selama ini iaitu sejak zaman merdeka hinggakan ke hari ini.

Dari jumlah Ngo-ngo yang hadir pada hari perasmian yang berjumlah 126 orang itu mereka itu telah di pecah-ecahknkan dalam 4 war room.

Tiap2 war room itu telah di tetapkan oleh AJK Ngo Mubarak Selangor dengan tokoh-tokoh politik semasa yang tua dan yang muda. :
(1).Seorang Moderator.
(2).Pakar rujuk
(3).Seorang juru tulis.
(4) Seorang juru lapur dari war oom maisng-masing.

Berbaju merah Cik Rozy salah salah dari
perwakilan wanita dari  Gabungan Ngo--Ngo
Gombak.
Sementara itu ahli2 panel pula akan melantik
seorang juru lapor di antara mereka guna berfungsi untuk melaporkan segala idea2 yang telah dicadangkan oleh ahli2 panel dan rumusan2yang telah diputuskan oleh ahli2 panel war room masing2.

Ia untuk di jadikan sebagai dokumen-dokumen pembentangan ke AJK pelaksanaan Ngo Mubarak Selangor untuk tindakan terhadap segala cadangan dan juga segala rumusan2 dari War Room N0:1 hingga 4 itu yang mana cadanag2 dan rumusan2 itu difikirkan releven atau sebaliknya

Disebabkan perwakilan dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak paling banyak menghatar perwakilan merek ke Retreat Majlis Permaufakatan Parlimen Selangor pada tanggal 18/02/2017 dan 19/02/2017 itu.

Ketua-ketua  perwakilan dari tiap2 Ngo
 itu telah diberti satu sijil yang mana ada memberi pengakakuan  yang mereka telah hadir mengikut kerusus PRU ke-14  yang telah berlangsun pada 18/02/ dan 19/02/2017 di Dewan Hotel Malaysia  di Genting Highland anjuran Ngo Mubarak Selangor itu.

OBJEKTIF UTAMA KENAPA NGO MUBARAK SELANGHOR  DIBERI PERANANA BESAR
MEMAINKAN  PERANANNYA?

1)..Mempersiapakan Majlis Permaufakatan Parlimen Selangot (MPPS) dalam MEMBANTUjentera BN Selangor dalam PRU 14.
2).Memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai GERAK kERJAA MEMENANGI PRU 14.
3).Mwndapatkan INPUT dan maklumat balas daripada para peserta bengkel pencerahan mengenai gerak kerja BN Selangor memenangi PRU 14.

JIKA 3 objektif utama ini digalas dengan bersungguh ketika MPPS Selangor memacu kerja-kerja dan tugasa mereka untuk melestarikan  imopian apa yang menjadi matlamat utamanya dengan menggunakan formula  strategi politik seperti mana telah dilakuan di PRN Sarawak,Parlimen Sungai Besar dan di PRK kawsan Parlimen Kuala Kangsar dan baru-bari ini pula di PRK di DUN Tanjung Batu di Sarawak.

 Penulis sangat yakin bahawa kejayaan Barisan Nasional hendak merampas semula negeri Selangor kuasa p[olitknya berpindah semula ke pankuan BN ityu sangat cerah bkan sahaja di Selanghor ajer?Malah landskape polityik Malaysia  pada pRU ke-14 ini pasti akan mengalami perubahan yang sangat drastk.

Jika kita berpandukan dengan firasat Nabi Allah Yusof bahawa iklim ekonomi negara pasti berubah setelah 7 tahun dari bumi yang subur akan bertukar jadi iklim kemarau yang kering kontang. Begitu juga lah yang bakal akan terjadi dengan politik parti-parti pembangkang Malaysia ini.

Kini mereka sesanag melalui jalan-jalan nasib yang sedang menurun secara drastik.Percayalah janji-jani Allah itu  adalah benar dengan syarat kita hamba Allah yang beragama Islam harus terus tawakal dan tertus menggalas tugas-tugas kita sesuai dengan apa yang kita impikan itu?

Allah sentiasda bersama dengan hamba-hambanya yang bertaewakal dan yang beriman kepadaNya.

Jika kiuta sentiadsa ingat dan cintakan  pada Allah SWT? Maka Allah kan berlebih lagi kasih dan sayang kepada kita  hamba-hambaNya. Pada Allah kita menyembah dan padaNya kita meminta pertolongan..Dan sgala yang kita kerja di dunia samata-mata kerana Allah.

.Justeru segalaq doa-doa kita Insya Allah akan dikabulkan oleh Allah. Janji Allah itu adalah benar. Dalam solat kita 5 waktu sehari semalam .Ketika kita melafaskan bacaan doa  Iftyitah kiuta telah bersumpah pada Allah SWT .Kita berikrar pada Allah SWT.

"SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU SEMA-MATA UNTUK ALLAJH SERU SEKALIAN ALAM.".
Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2125 hras on February 20,2017.

Friday, February 17, 2017

PAS TOLK PARTI PPBM

RADHAN HUSSAIN : 18 FEBRUARAY 2017 @  12.11 AM.
Abdul Hadi Awanag menyempurnakan acara pelepasan kenderaan yang menyertai konvoi RUU355 di Padang Mertbok ,Kuala Lumpur selepasa solat Jumaat di perkarangan Masjid Rusila,Marang,Terengganu semaam.
MARANG 17 Feb. - Pas telah memuktamadkan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana parti yang baru ditubuhkan itu dengan jelas bersekongkol dengan DAP. Presiden Pas,

Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengulangi ketegasan bahawa Pas tidak akan sekali-kali menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik yang mempunyai hubungan de­ngan DAP dan juga PAN.

“Terpulang kepada PPBM, kita sudah ada garis panduan dan garis sempadan, kita tak akan kerjasama dengan parti yang bekerjasama dengan DAP dan juga PAN. Sikap kita (Pas) begitu,” tegasnya kepada pemberita di kediamannya di Rusila di sini hari ini.

 Terdahulu beliau menyampaikan kuliah Jumaat dan menyempurnakan majlis pelepasan Konvoi Himpunan Rang Undang-undang (RUU) 355 di pekarangan Masjid Rusila yang terletak bersebelahan.

 Minggu lalu, Timbalan Presi­den Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan membuat keputusan mengenai pendirian parti itu hari ini.

 Menurut bekas Perdana Menteri itu, keperluan DAP dalam pakatan pembangkang menyamai dengan keperluan Barisan Nasional (BN) terhadap MCA.

 Mengenai Himpunan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur esok, Abdul Hadi memberi jaminan Pas selaku penganjur program akan memastikan tidak berlaku sebarang provokasi sehingga boleh mengancam keselamatan mereka yang hadir.

Menurutnya, segalanya berjalan lancar hasil perbincangan pihak Pas dengan kerajaan selain mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa

 “Kita nasihatkan agar kita hadiri himpunan RUU 355 dengan tenang, aman dan konsisten untuk mencapai tujuan serta matlamat memperkasakan mahkamah syariah dan menghormati kebebasan penganut pelbagai agama di negara kita,” ujarnya ( Utusan online-berita utama).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ningal.blogspot.com  at 1.55 am on Februarya 18,201.

PINDAAAAN RUU 355 DI PARLIMEN MAC INI




haji abu bakar ninggal
 Jumaat ,February 17,2017 @ 11.19 pm.


SESUNGGUHNYA saya dan seluruh keluarga mengucapkan tahniah pada parti PAS yang akan mengadakan perhimpunan besar2ran di Padang Merbok, di Kuala Lumpur pada hari Sabtu bersamaan 18/02/2017.

Dalam kontek untuk medapat sokongan Moral dari seluruh rakyat Islam Malaysia dalam usaha PAS akan membentangkan Pindaan RUU355 di Parlimen pada bulan Mac 2017 ini. Ia,seharusnya mendapat sokongan yang padu dari setiap umat Islam di Malaysia ini.
Sekaligus akan disokong cara sederap oleh ahli2 parlimen yang beragama Islam walaupun mereka itu berada di dalam parti2 politik yang berlainan idealoginya. Sudah ditegaskan oleh para pemimpin tertnggi PAS dan juga dari parti Umno bahawa Pindaan RUU 355 ini?

Ia sama sekali tidak menyentuh hak kebebasan beragama oleh kaum2lain beragama yang bukan Islam dan kuat kuasa undanga RUU 355 itu langsung tidak mlibatkan pada kaum2 kaum2 lain? Anihnya DAP dan MCA dan Gerakan telah menyatakan bahawa mereka tidak akan menyokong pindaan itu di Parlimen jika pengundian akan dijalankan?

Sikap yang anih dan ultra ini sangat disedihkan oleh Umno dan PAS.Ia ditafsirkan oleh pelbagai pihak di dalam Umno/PAS senmacam nak campur hak kedaulatan Hal ehwal agama Islam yang mana ia telah mempamirkan sikap bertentangan dengan semangat sepahaman kompnen Barisan Nasional yang telah dihormati oleh MCA/ Gerakan sebelum ini?

Kenapa bila penganut agama teersebut mahu buat sebarang pindaan? Ia diganggu guagt oleh panganut agama lain yang bukan Islam? Susah sekali untuk difahami dengan sikap yang akan dipamirkan itu? 

Kata Nik Mohd Abduh, " UMNO/BN parti politik
 paling dipercayaia rakyata".
Justeru itu seluruh umat Islam di Malaysia ini dengan segala hormatnya diseru cara sederap memanjatkan doa kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa agar kelulusannya RUU 355 di Parlimen itu nanti tidak berdepan dengan sebarang halangan.

Islam itu indah! Dan keindahannya tiada taranya. Tidak ada manusia di dunia  ini yang menjadi hambaNya mammpu menghapuskan  agama Islam ciptaan Allah SWT ini. Amin. Posted by abnmulya  // haji abu bakar ningal.blogspot.com ata 2319 hrts on February 17,20117.

Thursday, February 16, 2017

PASUKAN PETUGAS SIASAT KERUGIAN ( FOREX) BNM

Kamil Misleh  : Februry 16,2017 @ 12.09 am.


PUTRAJAYA 15 Feb. - Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan sebuah pa­sukan petugas (task force) untuk menjalankan siasatan awal berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar tahun 1990-an.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pasukan petugas itu akan dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
Penubuhan pasukan petugas itu merupakan langkah permulaan untuk mendapatkan dan menganalisis semua fakta berkaitan pada masa itu termasuk hansard rasmi Parlimen, minit Mesyuarat Kabinet, Laporan Ketua Audit Negara, Laporan Bank Negara dan laporan-laporan agensi berkenaan.
“Ia juga bertujuan menge­tahui apa sebenar yang telah berlaku, jumlah kerugian sebenar dan sama ada terdapat salah laku tatacara pentadbiran kewang­an serta adanya tindakan pihak tertentu untuk menutup apa yang sebenar berlaku daripada pengetahuan rakyat Malaysia selama ini,” menurut kenyataan itu,
Ujar kenyataan itu, pasukan petugas berkenaan akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja jika di­perlukan kelak.
“Tindakan kerajaan ini membuktikan komitmen dan kete­lusan kerajaan untuk memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.
“Kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus dalam siasatan ini memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar,” menurut kenyataan itu lagi.( Utusan online)Posted by abnmulya  // haji abu bakar ningal.blogspot.com.at 1901 pm on February 16,2017.

Monday, February 13, 2017

LETAKAN JAWATAN : DAKWAAM AZMIN MAKAN DIRI

14 FEBRUARY 2017@ 1.43 AM.

PUTRAJAYA, 13 Feb -- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diwakili oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali (kiri) dengan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Yazid Ja'afar pada majlis menandatangani MoU itu, hari ini.--fotoBERNAMA (2017) 
PUTRAJAYA 13 Feb. – Pembohongan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai seorang menteri kanan meletakkan jawatan ternyata memakan diri apabila yang mengumumkan keluar parti semalam adalah empat wakil rakyat DAP.

Ramalan Moha­med Azmin mengenai masalah dalaman Barisan Nasional (BN) itu ternyata meleset kerana yang berhadapan dengan masalah sebenarnya adalah parti-parti dalam pakatan pembangkang..

Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin berkata, pembohongan Mohamed Azmin itu sememangnya tidak berasas dan semua ahli Kabinet sama sekali tidak mempercayai dakwaan Timbalan Presiden PKR itu.

“Saya tidak tahu mengapa mereka (empat wakil rakyat DAP) keluar parti tetapi politik ini kelakar juga. Bagaimana ia berlaku? Tidak berapa lama atau beberapa hari selepas Menteri Besar Selangor berkata bahawa seorang menteri meletakkan jawatan, tiba-tiba kena dekat dia orang (pakatan pembangkang) pula,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) di sini hari ini.

Berhubung MoU hari ini, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, kerjasama tersebut bakal menjadikan Ins­titut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor sebagai ins­titut untuk melatih 1,000 belia dalam industri hiliran minyak dan gas ser­ta perkhid­matan so­kong­an.

“Langkah ini perlu dijalankan awal sebab bila PIPC (Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang) dan PIC Petronas (Kompleks Bersepadu Pengerang Petronas) siap tidak lama lagi, banyak peluang kerja perlu diisi, kalau tidak dimulakan latihan kepada belia sekarang, maka kita terlepas peluang besar,” katanya.

Mengenai isu rusuhan penyokong pasukan bola sepak dengan kes terbaru membabitkan penyokong Pulau Pinang, Khairy berkata, masalah itu wajar ditangani kelak oleh barisan kepemimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Kita kena cari cara untuk tangani masalah ini. Kita tidak mahu bahaya menimpa penyokong-penyokong yang datang ke stadium,” ujarnya.( Utusan online).Posted by abnmulya // hajia abu bakar ningal.blogspot.com.at 1456 hrs on February 14,2017.

JANGAN MUDAH TERPEDAYA. NASIHAT PERDANA MENTERI KEPADA GENERASIi" Y".

Jam4ilah Abdullah :12 february 2017 @12.47 am.


 NAJIB TUN RAZAK bersama generaasi muda dalam program Santai Bersama Gen Y di Dataran Menara Alor Setar, Kedah semalam. Turut kelihatan, Mahdzir Khalid, Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Musa Aman. UTUSAN/SAFRIZAL AZMI

ALOR SETAR 12 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi peringatan kepada generasi muda terutama Generasi Y (Gen Y) agar jangan mudah terperdaya dengan pelbagai janji manis pihak ter­tentu yang hanya mahu berkuasa, namun belum tentu dapat menunaikannya.

 Perdana Menteri berkata, ketika ini kerajaan berusaha keras mewariskan lebih banyak kemajuan kepada generasi muda akan datang contohnya melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50).

 “Saya suka menggunakan pe­patah Melayu, mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan... ‘air tempayan’ itulah rezeki kita. Apabila saya sebut tentang dunia dan paradigma baharu ini, kita kena faham, untuk sampai ke destinasi yang merupakan aspirasi, kita mesti pastikan ada kesi­nambungan dalam kepemimpinan dan pemerintahan.

 “Pemerintahan yang terencat dalam bentuk revolusi atau perubahan mengejut tidak menjanjikan sesuatu yang indah. Sesuatu yang kita fikir indah kerana apa, kerana kita termakan hasutan atau termakan janji-janji manis orang yang nak jawatan dan kuasa,” katanya berucap pada majlis Santai Bersama Gen Y di Dataran Menara Alor Setar di sini hari ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti): Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan barisan Exco kerajaan negeri.

Terdahulu, Perdana Menteri bersama 2,000 penduduk negeri ini menyertai Kayuhan Muafakat Kedah sejauh tiga kilometer di sekitar bandar raya ini. Berucap lanjut secara santai di hadapan kira-kira 10,000 anak muda yang hadir, Najib memberi contoh peristiwa ‘Arab Spring’ di Asia Barat yang kini menjadikan negara terlibat bukan sahaja lemah, malah kucar-kacir.

 “Bahaya...kerana apabila orang nak sangat kuasa dia akan janji macam-macam, tetapi bab janji tinggal janji sebab apa? Sudah terbukti, saya bagi contoh satu ketika timbul ‘Arab Spring’ yang disambut sebagai perubahan besar.

 Hari ini semua negara terlibat huru-hara dan mengalami kon­flik dalaman agak dahsyat hingga rakyat kata lebih baik zaman dulu dari sekarang.

 “Ada negara yang terlibat dalam ‘Arab Spring’ kini berhutang beratus juta dolar Amerika Syarikat dengan Petronas, ini kerana mereka tak mampu membayar kerana negara berkenaan tidak ada ke­stabilan politik dan kepemimpinan yang kukuh,” katanya.

 Tambah beliau, generasi muda hari ini harus bijak menilai kemampuan kerajaan yang bukan sahaja berusaha membangunkan negara dan menjaga kebajikan mereka, malah berusaha melakar lebih banyak kemajuan pada masa depan demi kesejahteraan hidup mereka.

 “Ini semua ingatan kepada kita supaya semua sedar tanggungjawab kami (kerajaan) hari ini adalah untuk wariskan kepada semua sebuah negara yang jauh lebih baik daripada negara yang kami warisi daripada pemimpin terdahulu.

 “Sebab itu kami bekerja bertungkus lumus termasuk isteri kami bekerja bersungguh-sungguh membawa Malaysia ke tahap lebih baik, “ katanya. Tambah Perdana Menteri, ge­nerasi muda hari ini bukan sahaja aset negara, malah permata cukup bernilai dan masa depan negara bergantung kepada kejayaan kerajaan mencorakkan Gen Y.

“Sebab itu persediaan kita mesti mantap dan selengkap-lengkapnya atau dalam bahasa hari ini holistik dan komprehensif. Antaranya bukan saja pendidikan, pengetahuan dan ilmu tetapi juga cara berfikir,” katanya.( Utusan online-utama).Posted by abnmulya  // ninggal.blogspot.com.at 1803 hrs on February 13,2017.

Sunday, February 12, 2017

DAP Hadapi Krisis Keyakinan

ANGLINA sinyang : Februray 13,2017 @ 12.48 am.

Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota Rela Lundu dalam Majlis Pemimpin Bersama Jabatan Rela Daerah Lundu di Sarawak, semalam
LUNDU 12 Feb. - Tindakan empat wakil rak­yat DAP dari Melaka keluar parti jelas menggambarkan bahawa parti pembangkang itu sedang menghadapi krisis dalaman dan kepercayaan yang serius.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan keluar parti membabitkan tiga ahli dewan undangan negeri (ADUN) dan seorang ahli Parlimen itu juga membuktikan bahawa ‘perkahwinan mutaah’ politik adalah ikatan bersifat sementara.
Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) meminta rakyat menilai semula keupayaan parti pembangkang itu untuk menggantikan kerajaan BN memerintah negara ini.
“Saya dimaklumkan bahawa tiga ADUN dan seorang ahli Parlimen DAP mengumumkan keluar parti. Tindakan mereka ini merupakan manifestasi bahawa DAP sedang mengharungi masalah da­la­man dan krisis kepercayaan.
“Semua kita tahu bahawa DAP pernah bersekongkol dengan tokoh yang pernah menghentam DAP (Tun Dr. Mahathir Moha­mad) dan kita tahu bahawa persekongkolan melalui ‘perkahwinan mutaah’ politik hanya bersifat sementara. Permainan politik se­­per­ti ini harus difahami oleh se­mua rakyat,” katanya dalam sidang akhbar semasa menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Daerah Lundu di sini hari ini.
Dalam sidang akhbar di ibu negara hari ini, empat wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; ADUN Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jack Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong mengumumkan keputusan mereka keluar DAP kerana hilang kepercayaan terhadap kepe­mimpinan parti itu.
Menurut Tong Him yang mewakili tiga lagi wakil rakyat berke­naan, selain hilang keyakinan ter­­hadap kepemimpinan sedia ada, mereka juga kecewa dengan kepemimpinan DAP ketika ini yang didakwa sudah tersasar daripada matlamat perjuangan asalnya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, rakyat boleh membuat analisis secara peribadi terhadap kebolehpercayaan terhadap DAP apabila ada ahli Parlimen dan ADUN sendiri akhirnya keluar dan tidak menyokong pucuk pimpinan parti tersebut.
“Kita mahu rakyat menilai gerakan (cuba menjatuhkan BN) yang berlaku di luar sana dengan tidak berhajat untuk campur tangan dalam apa yang sedang terjadi membabitkan parti komponen pembangkang.
“Kita (BN) berharap sekali, rakyat menilai apa sedang berlaku dalam kalangan mereka dan bagaimana prestasi mereka sebagai wakil rakyat yang hanya pintar ‘berkokok’ tetapi tidak dapat memberi perkhidmatan berkesan kepada rakyat terutama pengundi mereka,” ujarnya.( Utusan online).Posted by abnmulya  /haji abu bakar ningal.blogspot.com.at 1.33 am on February 13,2017.

TUNTUTAN PULAU BATU PUTEH DEMI KEDAUALATAN NEGARA.

AZRUL HAKIMIE ANUAR::FEBRUARY 11,2017 @ 11.54 PM.

DEMI PERJUANGAN ISLAM.
Pemandangan  Pulau Batu Putih berdekatan peraiaran Johor yang disahkan (ICJ) kepada Singapura kini dituntut semula oleh Malaysia.
KUALA LUMPUR 11 FEB.. - Usaha kerajaan memfailkan permohonan semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Puteh dibuat demi menjaga kedaulatan dan maruah negara. Malaysia.

.Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan, permohonan itu bertepatan de­ngan masanya tanpa ada kaitan langsung dengan proses pilihan raya umum akan datang seperti didakwa segelintir 

“Perkara ini tiada kaitan de­ngan pilihan raya, saya bertindak demi kedaulatan negara tercinta. Saya terpaksa fail permo­honan tersebut mengikut masa penemuan fakta dan keterangan baharu yang mana penemuan tersebut tidak boleh dirancang.

“Mengikut undang-undang tatacara di ICJ, proses memfailkan mesti dibuat tidak lewat daripada tarikh penemuan fakta baharu yang pertama. Penemuan fakta baharu berlaku pada 4 Ogos 2016, justeru, saya perlu fail permohonan sebelum 3 Februari 2017,” katanya ketika dihubungi
Mingguan Malaysia di sini hari ini.

ICJ semalam menyiarkan perincian permohonan Malaysia untuk mengetepikan keputusan mahkamah berkenaan pada 2008 yang memutuskan Si­ngapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh.

Pada 2 Februari lalu, Malaysia memohon untuk menyemak semula keputusan itu dengan mendakwa memperoleh ‘fakta baharu’ daripada tiga dokumen yang ditemukan di Arkib Negara Uni­ted Kingdom (UK) antara 4 Ogos tahun lalu dan 30 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Mohamed Apandi berkata, proses pe­nemuan fakta baharu berhubung tuntutan Pulau Batu Puteh tidak pernah dirancang.

Katanya, proses memfailkan fakta baharu di ICJ juga perlu mengikut peruntukan perundangan kerana jika berlaku kelewatan tuntutan berkenaan tidak akan dilayan.

“Maksud saya tidak lewat daripada enam bulan selepas penemuan fakta dan keterangan maka pemfailan perlu dibuat. Jika lewat, walau satu hari pun maka permohonan itu akan ditolak tanpa bicara. Menepati masa amat penting dalam kes seperti Ini.

“Alhamdulillah, kita telah menepati syarat masa tersebut dan dengan itu permohonan kita telah diterima dan didaftarkan di mahkamah antarabangsa,” katanya.

“Insya-Allah dengan berkat doa seluruh warga Malaysia, kita akan dapat balik apa yang terhak kepada kita iaitu Pulau Batu Puteh,” katanya ( Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at. 2105 hrs on Febrruary 12,2017.

Saturday, February 11, 2017

SIAPAA YANG KHIANAT U MNO ? TANYA DATUK SERI ABDUL RAHMANA DAHLAN PADA MAHATHIR

MAIKSARAH SHEIKH RAHIM :
 FEBRUARY 11,2017 @  12.55AQM.

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya melabelkan penyokong UMNO di bawah kepemim­pinan Perdana Men­teri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengkhia­nat sedangkan beliau sendiri telah mengkhianati perjuangan parti semata-mata memenuhi kepenting­an peribadi.
Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Stra­tegik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, be­kas Per­dana Menteri itu kini sanggup ‘tidur se­bantal’ dengan Lim Kit Siang walaupun Penasihat DAP itu merupakan musuh ketat beliau sejak dahulu hanya kerana mahu menumbangkan kerajaan yang ditunjangi UMNO.

Beliau menjelaskan, Pe­ngerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu tidak perlu membuat tuduhan kerajaan menghabiskan wang membeli sokongan penyokongnya sedangkan beliau sendiri masih mengunci mu­lut berhubung dakwaan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang asing ketika era pentadbirannya.
“Pandangan Dr. Mahathir merupakan satu tanggapan terdesak kerana beliau sedar sokongan kepada partinya tidak mendapat perhatian rakyat.

“Di bawah pemerintahan Najib terbukti ekonomi te­lah berkembang pesat. Saiz ekonomi berjumlah RM1.3 trilion dan akan menganjak sehingga RM2 trilion,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Dr. Mahathir Mo­hamad dalam tulisan di blognya hari ini menganggap penyokong-penyokong UMNO sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu dan negara

Beliau turut me­nuduh kerajaan te­lah menghabiskan wang untuk membeli sokongan penyokong atas slogan ‘duit adalah segala-galanya’.

Dalam pada itu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, tuduhan Dr. Mahathir itu adalah tidak berasas dan merupakan satu penghinaan kepada seluruh ahli UMNO.

 “Tuduhan ini melulu dan tidak berasas. Tuduhan bahawa para penyokong UMNO sekarang adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu dan negara juga satu penghinaan kepada ahli UMNO keseluruhannya dan tidak boleh diterima.( Utusan on line-politik).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.41 am on February 12,2017.

30 Peratus calon-calon UMNO Wanita Paa PRU Ke-14 nanti.

OLEH ASSIM HASSAN : FEBRUARAY 11,2017 @ 12.24 PM.


DATUK Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Majlis Pelancaran Skuad Penerangan dan Media Pergerakan Wanita UMNO peringkat negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
KOTA KINABALU 11 Feb. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan 30 peratus calon UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) adalah dalam kalangan wanita." data-title="30 peratus calon UMNO wanita"

Oleh itu, sudah tiba masanya kita buktikan sokongan wanita parti ini dengan memberi peluang 30 peratus calon dari kalangan wanita UMNO,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Skuad Penerangan dan Media Pergerakan Wanita UMNO peringkat negeri di sini hari ini.

 Yang hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. - Utusan online. ( Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2105 hrs on February 11,2017..

Malaysia dedah 3 bukti baharu

Oleh MARZITA abdullah : 11 February 2017 @ 12.54 am.


SINGAPURA 10 Feb. - Mahkamah Keadilan An­­tarabangsa (ICJ) hari ini menyiarkan perincian permohonan Malaysia untuk mengetepikan keputusan mahkamah berkenaan pada 2008 yang memutuskan Si­ngapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh (Pedra Branca).
Pulau berkenaan pada mula­nya dituntut sebagai kawasan jajahan Kesultanan Johor pada 1979 namun dibantah oleh Si­ngapura dan kes itu kemudian dibawa ke mahkamah tersebut pada 2003.

Walau bagaimanapun pada 2 Februari lalu, Malaysia memohon untuk menyemak semula keputusan itu dengan mendakwa memperoleh ‘fakta baharu’ daripada tiga dokumen yang ditemukan di Arkib Negara United Kingdom (UK) antara 4 Ogos tahun lalu dan 30 Januari lalu.

“Dokumen itu menunjukkan, pada tahun-tahun kritikal susulan daripada sekeping surat pada 1953, pegawai-pegawai tinggi Si­nga­pura tidak menganggap republik ini memperoleh kedaulatan pulau berkenaan dari Johor,” dakwa Malaysia yang dipetik oleh portal Channel News Asia.

Surat itu merujuk kepada kiriman daripada Pemangku Setiausaha Negeri Johor kepada Setiausaha Jajahan Singapura yang menyebut ‘kerajaan Johor tidak menuntut hak pemilikan Pulau Batu Puteh’, fakta utama yang dipertimbangkan dalam keputusan mahkamah pada 2008.

Dokumen pertama merupakan telegram sulit pada 1958 daripada Gabenor Singapura kepada Setiausaha Negeri-negeri Jajahan yang mencadangkan pembentukan koridor perairan antarabangsa kira-kira 1.6 kilometer dari pulau tersebut sekali gus menunjukkan beliau tidak menganggap Pulau Batu Puteh sebagai sebahagian daripada wilayah Singapura.

 “Jika beliau faham atau telah dinasihatkan bahawa pulau itu berada di bawah kedaulatan Si­ngapura, maka tidak perlulah beliau menyokong peruntukan laluan antarabangsa hampir de­ngan pulau tersebut,” menurut dokumen berkenaan.

Malaysia juga sedar bahawa telegram berkenaan telah didedahkan oleh UK pada 2013 tetapi sepatutnya telah diketahui oleh Singapura semasa prosiding mah­kamah pada 2008 sebagai dokumen yang berasal dari republik ini.

 Dokumen kedua merupakan laporan insiden kapal pada 1958 yang menyebut tentang ketidakmampuan tentera laut Britain untuk membantu kapal Malaysia yang diekori oleh bot bersenjata Indonesia dekat pulau tersebut kerana ‘kawasan itu berada dalam wilayah perairan Johor’. 

Keadaan ini menunjukkan pengiktirafan Britain bahawa perairan di sekitar pulau berkenaan adalah milik Johor dan Britain tidak melihat bahawa perairan di sekitar pulau itu milik Singapura.

Malaysia sekali lagi menegaskan, pihaknya menjangka dokumen berkenaan telah diketahui Singapura. Dokumen ketiga merupakan peta pada 1962 yang mempunyai nota tulisan tangan pada 1969 yang menunjukkan wilayah perairan Singapura tidak melebihi sekitar Pulau Batu Puteh( Utusan onlin e).Posted by abmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1940 hrs on February 11,2017..

Friday, February 10, 2017

MENTERI KANAN LETAK JAWATAN KHABAR ANGIN

MOHD HAFIZ ABD MUTALIB  : 10 FEB 2017 @ 10.43 PM.


KOTA BHARU 10 Feb. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya terdapat menteri kanan kerajaan meletak jawatan.

Datuk Seri Mustafa Mohamad
 Katanya, cerita nakal seperti itu sengaja ditimbulkan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab khususnya ketika pilihan raya semakin hampir.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali melalui status Twitternya hari ini bermain teka-teki berhubung kedudukan seorang menteri kanan kerajaan yang didakwanya meletak jawatan.

Kata Mohamad Azmin, Menteri terbabit melepaskan jawatannya kerana tidak mahu bersubahat dalam isu 1Malaysia Developement Bhd. (1MDB).

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, khabar angin tersebut langsung tidak menjejaskan semangat kerajaan untuk terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

“Kita tidak akan terpengaruh dengan khabar-khabar angin begini selain tidak akan terpedaya dengan orang-orang tidak bertanggungjawab ini.

 “Kita akan terus fokus dalam menjalankan tugas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya. - Utuan online.( Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal. blogspot, com  at  9.23 am on February 11,2017).

PRETASI NIAGA ANTARA 1 MDB DENGAN PRESTASI NIAGA FOREX BANK NEGARA

february 10,2017.

A
Prestasi niaga antara 1MDB di era Najib dengan niaga forex di era Mahathir Niaga 1MDB tidak haram dari segi hukum hakam agama Islam?


Sedangkan niaga forex itu ia bukan niaga? Niaga forex itu adalah judi. Dahlah berjudi?

Ujung2nya lesap wang Bank Negara berjumlah RM30 billion nilainya pada tahun1991 hingga 1993.

Nilai semasa hari ini RM44 billion. Sangat besar jumlah wang rakyat yang lesap. Anihnya!

Tiada sebarang siasatan dari tarikh tersebut hingga kini? Bilakah (RCI) hendak ditubuhkan? Untuk siasat isu yang unik itu? ( Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 8.27 am on Februaty 11.2017.

Thursday, February 9, 2017

PERTIMBANGAN SILING BAGI HARGA MINYAK--JOHARI

10 hb.February 2017 @ 12..52 am.

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Pene­tapan siling antara pilihan yang sedang dipertimbangkan kerajaan untuk menangani isu harga minyak meningkat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani
Beliau berkata, di beberapa negara maju kerajaan akan membiarkan harga minyak terapung, dan penggiat industri minyak dan gas akan menentukannya.

“Ia terpulang kepada kerajaan untuk menetapkan siling yang dianggap adil untuk semua.

 “Apabila kami (kerajaan) telah membuat keputusan mengenai harga siling, sama ada mereka (penggiat industri minyak dan gas) mahu menjual minyak pada harga rendah bagi tujuan promosi, kami menyerahkannya kepada mereka.

Ini antara pilihan yang kami sedang teliti,” katanya. Johari berkata demikian kepada pemberita di luar Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 anjuran Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu berhati-hati sama ada dasar itu menjadi masalah kepada mereka yang tinggal di luar bandar.

 “Kami bimbang penggiat industri akan lebih beri tumpuan untuk mendapatkan hasil daripada pengguna di bandar, dan tidak mahu mela­kukan perkara yang sama kepada mereka yang di luar bandar. Kami perlu berhati-hati mengenai ini juga,” katanya.

Mengenai pengenalan semula subsidi bahan api, Johari berkata, ia tidak baik kepada ekonomi Malaysia dan tidak mapan.

 “Kami sedar mengenai harga minyak. Kami akan memantaunya. Jika ia terus meningkat dan jika ada pendapatan tambahan, saya rasa kerajaan boleh mempertimbangkan bentuk bantuan kepada kumpulan berpendapatan rendah, tetapi bukan golongan berada,”­ katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan mengeluarkan satu mekanisme. > “Walau bagaimanapun, buat masa ini tiada formula lagi, tetapi kerajaan telah memutuskan bahawa ia tidak boleh mengembalikan dasar ini (subsidi),” katanya.

 Johari berkata, kerajaan mengambil kira kos sara hidup dan mengenal pasti tekanan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).< Menurut Laporan Ekonomi 2015/2016, kumpulan B40 terdiri daripada isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855.

 Beliau berkata, jika Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak mencukupi, kerajaan akan mempertimbangkan untuk meningkatkannya bagi mengu­rangkan kesan kenai­­k­an harga minyak.

“Walau bagaimanapun, jika harga minyak merosot pada masa akan datang, kerajaan perlu mengambil semula BR1M. Ini adalah pemboleh­ubah dan formula yang kerajaan perlu ambil,” katanya.

Katanya, dari segi harga minyak, negara lain berkongsi nasib yang sama.

"Kami tidak dapat mengawal harga, dan apabila harga meningkat, harga minyak Malaysia alami kenaikan yang sama",katanya.--BERNAMA- (Utusan online) Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 12..52 am on Feb ruaru 10,2017,

TUN M Punca Politik Islam Lemah- Hadi

KUALA TERENGGANU 9 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penyebab kuasa politik orang Islam di negara ini dalam keadaan sangat lemah.

Menurutnya, disebabkan situasi sedemikian, maka Pas mengajak UMNO untuk memperbetulkan keadaan ke arah penyatuan seluruh umat Islam di negara ini bagi mendepani kekangan politik negara yang semakin mencabar ketika ini.

 Keadaan politik bagi Malaysia sangat mencabar dalam suasana orang Islam 65 peratus manakala bukan Islam 35 peratus. Namun, kuasa politik Islam sangat lemah dan puncanya ialah strategi PM (Perdana Menteri) lalu. Tun Dr. Mahathir yang ambil strategi singkirkan Pas.

Strategi ini makan diri UMNO dan Islam sendiri dan ini perlu diperbetulkan oleh kita semua. Sebab itu kita ajak orang UMNO, apatah lagi orang Pas untuk perbetulkan keadaan.

 “Banyak kalangan kita bersorak (tapi) tak sedar. Semangat (tapi) tak faham bagaimana kita berpijak hari ini apabila dipe­cahkan kawasan pilihan raya bagi singkirkan Pas,” katanya dalam ceramah pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Alur Limbat di Marang, minggu lalu yang kini tular di laman sosial.

 Abdul Hadi seterusnya berkata, kawasan yang terlibat dengan persempadanan semula itu merangkumi beberapa ne­geri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perak yang sebelum ini menjadi kekuatan orang Islam. Menurutnya, kepemimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu juga mewujudkan kawasan-kawasan campuran antaranya 60 peratus kalangan orang Islam manakala selebihnya bukan Islam.

 Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, disebabkan kelemahan dan kedudukan kerusi wakil rakyat Islam yang semakin tergugat, Pas mengambil pendirian tidak menyertai seruan pakatan pembangkang untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap kerajaan di Parlimen sebelum ini

“Kerusi Islam ada 80 (peratus) dan bukan Islam ada 39 (peratus), tapi ramai tak sedar. Sebab itu kita ambil langkah perbetulkan keadaan, kita tak sokong undi tak percaya. Sekiranya 30 (peratus) wakil rakyat bukan Islam masuk dalam undi tak percaya dan jatuhlah kerajaan (BN).

Bersoraklah kita menang tapi kerusi bukan Islam jadi 80 (peratus) dan kerusi Islam (30 peratus). Redakah kita? Ramai yang tak sedar perkara ini. Takbir kuat tapi tak faham. Sebab itu kita ambil langkah tak sokong undi tak percaya,” jelasnya.( Utusan online).Posted by abnmulya //  haji abu bakar ninggal.blogspot.com  at 10.35 am on February 10,2017).

FLOTILA BAWA BANTUAN PERI KEMANUSIAAN UNTUK RAKYAT ISLAM ROHINGYAA DI MAYMAR.




                   

Oleh Haji Abu Bakar Ningal
Jumaat,Februry 10,2017  @       am.

Tidak banyak negara2 di dunia ini walaupun mereka kaya raya Allah SWT kurnyiakan rezeki melimpah ruah kemakmorannya .Namun perhatiannya terhadap negara2 yang kurang bernasib baikdi dunia tidak sensegif semacam gaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melihatnya?

Datuk Seri Najib melihatnya dengan penuh rasa tanggung jawab dari segi kaca mata peri kemanusiaan yang sangat mendalam.
Kezaliman Junta tenter dan sami budis di Maymar
 terhadap orang2 Islam Rohingyaa ,di Maymar.

Yang sarat dengan tanggung jawab bahawa setiap insan dii dunia ini? Punya hak untuk hidup yang bebas tanpa diganggu gugat oleh insan2 yang lainnya.

Mereka semua adalah sebagai hamba Allah yang hanya sebagai menumpang hidup di alam maya kepunyaan Allah SWT.

Justeru tidak sesiapa pun hstts segagah dan sekaya mana pun yang berhak menindas insan2lain?
Jika ada golongan insan2 yang tertindas? Dan perlu dibantu dengan meterial dan moral? Mereka perlu diberi bantuan dan pertolongan dengan sewajarnya.

Rakyat islam Plastine di Gaza ditindas okeh Israil Yahudi.Malaysia memberi bantuan dan seksligus perjuangkan pembelaan hingga ke United Nations ( PBB).

Kini rakyat muslim Rohigya di Maymar pula dizalimi, ditindas, dirogol dan dibunuh dengan kejam dengan zalim juga olej junta tentera? 

Malaysia terpanggil untuk Membelanya bukan setakat cakap2 ajer?
Malahan kapal laut "Flotila" dengan penuh barang2 makanan kini dah pun berada di perairan negara Maymar.

FLOTILA sarat dan penuh dng muatan barang2 bantuan penuh satu kapal "flotila" dengan muatan pelbagai jenis bantuan keperluan insan2 muslim Rohingya di Rakaie,di Maymar itu.

Marilah kita rakyat jelata Malaysia memanjatkan doa agar Flotila selamat dengan tugas sucinya misinya dan kemudiannya selamat pulang ke Malaysia.Posted by abnmulya  //haji abu bakar niggal.blogspot.com at 12.05 am on Februarau 10,2017.)

Wednesday, February 8, 2017

DAKWAAN GUAN ENG TIDAK TEPAT

HAFIZ ABDUL MUTALIB ; 09 FEBRUARTY 21017 @ 3.05 PM.

KOTA BHARU 9 Feb. - Dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa Kelantan adalah sebuah negeri yang gagal dan muflis adalah tidak tepat.

MUSTAPA MOHAMED


MUSTAPA MOHAMED
Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, meskipun mengakui Kerajaan Pas Kelantan mempunyai kelemahan daripada segi urus tadbir namun situasi tersebut tidaklah sampai boleh menyebabkan sesebuah negeri itu muflis.

Katanya, kerajaan Pulau Pinang juga didapati mempunyai kelemahan terutama daripada segi menyediakan rumah kos rendah sehingga menyebabkan rakyat terhimpit.

“Kita akui Kerajaan Pas Kelantan ada kelemahan dan kerajaan Pusat sentiasa membantu terutama daripada segi menampung belanja mengurus. Jadi kita kena sama- sama baiki kelemahan sama ada kerajaan Kelantan atau Pulau Pinang sendiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis Town Hall isu-isu semasa bersama penjawat awam di sini hari ini.


Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asraf Wajdi Dusuki dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.- UTUSAN ONLINE (Posted by abnmuly //haji abu bakar ningal.blogspot.com at 1542 hrs on February 09,2017.)

PENASIHAT DAP DIMINTA "TUKAR" GURU.

09 feberuary 2017 @ 1.12 am.


KUALA LUMPUR 8 Feb. – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak secara sinis mencadangkan supaya Penasihat DAP, Lim Kit Siang menukar ‘guru’ beliau dan tidak terus mendapatkan pengajaran mengenai kewangan daripada Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.
KUALA LUMPUR , 4 OKTOBER 2016 - Menteri Komunikasi dan Multimedia
Salleh Said Keruak
Sindiran itu disuarakan oleh Salleh berikutan kenyataan Kit Siang yang meminta beliau ‘mengambil’ kelas tambahan daripada Tony Pua untuk meningkatkan kemahiran kewangan beliau, khususnya membabitkan isu 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Salleh berkata, apa yang disentuh Kit Siang menerusi blog beliau adalah mengenai dana yang dikumpulkan oleh syarikat menerusi pelbagai sumber untuk membeli aset dan menjalankan perniagaan.

Katanya, perkara itu adalah menjadi kebiasaan, melainkan sesuatu syarikat itu memulakan perniagaan dengan modal berbayar yang sangat tinggi.

“Dalam kes 1MDB, modal permulaan ialah sekitar RM1 juta. Isunya di sini ialah sama ada 1MDB hilang RM42 bilion sebagaimana didakwa?

“Tun Dr. Mahathir (Mohamad) kata RM42 bilion lesap dan hilang begitu sahaja. Ini bermakna 1MDB sepatutnya tiada apa yang boleh ditunjukkan, tetapi itu tidak benar kerana 1MDB mempunyai aset bernilai RM51 bilion, ditambah juga dengan pembangunan berterusan untuk tempoh dua dekad akan datang,” katanya menerusi laman blog https://sskeruak.blogspot.my di sini malam ini.
Lim Kit Siang,penasihat DAP
Menjelaskan perkara itu, Salleh memberitahu bahawa beliau tidak memerlukan ajaran atau asuhan daripada Tony Pua sebagaimana yang diperolehi Kit Siang, hanya untuk memahami sesuatu isu yang asas se­perti itu.

Berhubung skandal Bumiputra Malaysia Finance Ltd. (BMF) dan perdagangan mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang disentuh oleh Ahli Parlimen Gelang Patah itu, Salleh berkata, kedua-dua kes tersebut benar-benar memberi kesan fizikal yang tidak bermanfaat kepada negara.

“Dalam isu 1MDB pula, ia merupakan suatu usaha yang berterusan. Mungkin Kit Siang perlu tukar guru beliau sekiranya Tony Pua tidak menjelaskan perkara ini kepadanya,” tegas Salleh.(Utusan online).Posted by  abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 12.30 noon on  February 09.2017.

KIT SIANG TIDAK JUJUR

fitri affendi mustafa  : 08 Februrary 2017  @ 5.22 pm.

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersikap tidak jujur apabila menyamakan desakan pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance Malaysia Ltd. (BMF) dan perdagangan mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
TUNKU ABDUL AZIZ

TUNKU ABDUL AZIZ

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Kit Siang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu memahami bahawa 1MDB telah menjalani proses siasatan pihak berkuasa sedangkan tiada siasatan seperti itu pernah dilakukan dalam isu skandal BMF dan perdagangan mata wang asing oleh BNM setakat ini.
“Kit Siang dan Dr. Mahathir semalam mahu sekiranya RCI dibentuk untuk menyiasat skandal BMF dan BNM, maka perkara sama perlu dilakukan terhadap 1MDB. Perkara ini sangat tidak jujur.
“Kita jangan lupa bahawa isu 1MDB telah disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Jabatan Audit Negara, Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala tiada siasatan dijalankan terhadap isu BMF dan BNM, malah Parlimen telah diperdaya dalam isu ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Kit Siang dalam satu sidang akhbar mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa RCI perlu ditubuhkan bagi menyiasat skandal BMF dan perdagangan mata wang asing oleh BNM yang dikaitkan dengan Dr. Mahathir.

Malah, dalam sidang akhbar yang dihadiri Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri itu juga telah meletakkan syarat supaya suruhanjaya berkenaan juga perlu ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz berkata, hanya menerusi penubuhan RCI sahaja yang mampu mendedahkan kebenaran dalam isu skandal BMF dan perdagangan mata wang asing ini.

“Meskipun isu ini telah lama berlaku, tetapi apabila ‘jenayah’ telah dilakukan, maka tiada had masa untuk itu (siasatan) kerana ‘buku’ masih lagi terbuka,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE (Posted by abnmulya // haji abu bakar ningfgal.blogspot.com at 1.16 am on February 09.2017).

SKANDAL BMF Penafian Mahathir

TIMBUL satu persoalan di benak penulis, kenapa bila Mahathir dengan mudah menafikan pembabitannya dalam skandal BMF lebih 30 tahun dulu – setelah didedahkan sebaliknya oleh CIA kelmarin, rakyat perlu menganga percaya dan tidak mempersoalkan penafian yang sungguh bodoh nampaknya tu?

Bodoh sebab, sudahlah Mahathir ini Perdana Menteri pada waktu skandal ini berlaku, pasukan khas Bank Negara yang ditubuhkan untuk menyiasat skandal ini pun melapor terus kepadanya, dia tu sendiri beberapa kali memberikan sidang media mengenai kes tersebut – tak berkaitan macam mana?

Kalau macam tu, percaya jugalah penafian Datuk Seri Najib apabila beliau dikaitkan dengan ‘skandal’ yang didakwa berlaku dalam 1MDB.  Penafian Najib lagi logik berbanding penafian bodoh Mahathir sebab jelas tidak ada bukti apa salah laku yang didakwa dilakukan Najib.

Hanya kerana Najib menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat (bukan Pengerusi Lembaga Pengarah), semua benda yang berlaku dalam syarikat tersebut nak dikaitkan dengan beliau? Apa beza bila Mahathir petang tadi menjadikan alasan “takkan semua bank hilang duit, saya juga yang salah?”

Tak disebutkan lagi 1MDB ni tidak kehilangan apa-apa wang mahupun menyebabkan sesiapa terbunuh seperti yang berlaku dalam skandal MBF yang sekarang diakui CIA bahawa Mahathir terbabit.

Skandal MBF ini dikirakan terbesar pada zaman itu.  Memanglah kalau ikut nilai duit, lebih kurang USD 1 billion atau RM 2.2 billion tapi itu nilai waktu itu.  Kalau dibaca pada zaman sekarang, mahu cecah RM 10 billion hilang (bukan hutang), boleh nafi macam itu saja?

Oleh itu berdasarkan pendedahan terbaru CIA ini, kerajaan perlu mengadakan satu tribunal khas untuk menyiasat semula perkara tersebut.  Agak menghairankan bagaimana skandal begitu besar dengan jumlah wang yang hilang pun besar juga,  tapi tidak ada seorang pun yang didakwa kerananya di Mahkamah Malaysia ini.

Selain pasukan khas itu pun tidak membabitkan pihak yang sepatutnya menyiasat apa bentuk penyelewengan seperti BPR (sekarang SPRM).

Adalah yang kena dakwa tapi di Hong Kong, padahal kalau berdasarkan kepada kertas putih Parlimen tahun 1986, ada di antara keputusan untuk memberi pinjaman yang membawa kepada berlakunya skandal itu, dibuat disini.  Tapi aneh, tak ada siapa pun masuk penjara sekalipun begitu ramai yang boleh dikaitkan.

Bukan dalam skandal BMF ini saja, semua skandal yang melibatkan Mahathir ni perlu disemak balik.  Penulis paling berminat dengan krisis ekonomi 1997 sebab dulu Mahathir kata Soros punca, sekarang dah bukan Soros pulak.  Jadi siapa sebenarnya yang bertanggungjawab?  Mahathir ke?
Sebelum dia ‘pergi’ ni, selesaikanlah persoalan tu.

Dagangan Malaysia 2016 bernilai RM1.485 Trilion

NUR HANANI AZMAN ; 08 NFEBRUARAY  2017M @ 3.27 pm.
                                                          MUSTAFA MOHAMAD
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Malaysia merekodkan peningkatan jumlah perdagangan sebanyak 1.5 peratus kepada RM1.485 trilion berbanding RM1.463 trilion berbanding tahun lalu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peningkatan itu disumbangkan oleh perdagangan yang lebih tinggi dengan China yang berkembang sebanyak RM10.09 bilion.
“Eksport meningkat 1.1 peratus kepada RM785.93 bilion dan import meningkat 1.9 peratus kepada RM698.66 bilion,” katanya dalam Majlis Pengumuman Prestasi Pelaburan Malaysia 2016 di sini hari ini.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1728 hrs on February 08,2017.

KIT SIANG TETAP MAHU RCI

BERANG DENGAN SOALAN WARTAWAN BERHUBUNG DENGAN KERUGIAN BANK NEGARA MALAYSIA.

SYUKRI SHAARI   : 08 fEBRUARAY 2017 @ 12.10 AM.:

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance Malaysia Ltd. (BMF) dan perdagangan mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
in vetraan pemimpin veteran itu,

Lim Kit Siang
Dalam sidang akhbar dihadiri kedua-dua-dua pemimpmajlis itu. Kit Siang dilihat solah-olah sabar apabila diajukan soalan sama ada beliau sama ada beliau akan menukar nada sekiranya Dr.Mahathir tidak duduk semeja dlam majlis itu.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut mencabar wartawan serta mana-mana pihak yang mendakwanya membuat pusingan U berhubung isu BMF dan perdagangan mata wang supaya mengemukakan bukti.

“Bagaimana anda mengatakan saya menukar nada? Bagaimana saya mengatakannya dengan nada berbeza? Anda hanya membuat dakwaan yang tidak berasas.

“Saya telah membuat desakan supaya ditubuhkan RCI, siasat skandal BMF dan perdagangan mata wang. Saya kekal dengan pendirian itu, tetapi yang lebih penting ialah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana itu merupakan isu semasa,” katanya di sini hari ini.
Dr. Mahathir yang ketika itu berada di sebelah Kit Siang hanya duduk dan mendiamkan diri selain memerhati gelagat pemimpin DAP tersebut.
Tun Mahathir Mohamad.
Terdahulu, ketika diminta mengulas mengenai penubuhan RCI untuk menyiasat BMF dan BNM, Dr. Mahathir seolah-olah menyokong tetapi pada masa sama meletakkan syarat supaya suruhanjaya itu juga perlu ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.
“Mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian (tubuhkan RCI) tetapi mereka juga perlu melakukan perkara sama terhadap isu RM2.6 bilion dalam akaun Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan apa yang berlaku dengan duit 1MDB,” jelasnya.
Sebagai rekod, kerajaan telah melaksanakan siasatan terhadap 1MDB yang antaranya melibatkan beberapa pihak seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Situasi itu berbeza dengan isu BMF serta BNM yang ketika skandal itu berlaku tiada siasatan seumpamanya dilaksanakan, hanya membabitkan perbahasan di Parlimen dan laporan jawatankuasa inkuiri.
Kit Siang pada era pentadbiran Dr. Mahathir merupakan individu paling lantang mendesak supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat skandal BMF serta perdagangan mata wang, selain menerbitkan dua buku mengenai isu berkenaan.
Semalam, Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun juga menggesa kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat punca kerugian besar dialami BNM pada awal 1990-an.
Sementara itu, sidang akhbar tersebut turut mengumumkan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dalam DAP.

( Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1619 hrs on Februay 08,2017.

Tuesday, February 7, 2017

PKR,PAN,PPBM Hanya "Pak" Angguk DAP--PAS.

FEBRUARY 08,2017 @ 12.32 AM.


KUALA LUMPUR 7 Feb. – Parti-parti Melayu yang menyokong DAP dipercayai hanya akan berperanan sebagai ‘pak angguk’ dan boneka semata-mata sekiranya pembangkang berjaya menguasai pentadbiran negara.
DrMohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali
Ketua Pene­rangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Ra­zali mendakwa, ketika itu, DAP akan mempergunakan parti-parti Melayu tersebut untuk memberi legitimasi kepada penguasaan DAP dalam pentadbiran negara.
Dakwanya, DAP sememangnya bercita-cita besar untuk menerajui pentadbiran ne­gara dan bagi menjayakannya, bantuan orang Melayu amat diperlukan kerana mereka sedar, tiada sebuah parti dapat menguasai landskap politik negara tanpa pengaruh Islam-Melayu sebagai tunjang.
“Ramai pemimpin Melayu bersedia menjadi ‘pak angguk’ de­ngan imbuhan yang setimpal asalkan DAP menguasai Kabinet, itu sudah cukup. Di depan, pak-pak angguk Melayu membuat kenyataan tapi di belakang, DAP yang buat keputusan. Barangkali menjadi boneka.
“Malangnya, parti-parti Melayu tersebut tidak mendapat so­kongan majoriti orang Melayu. Orang Melayu hanya pilih antara UMNO atau Pas,” katanya dalam blog, drtakiri.blogspot.my hari ini.
Parti-parti dianggotai majoriti orang Melayu yang menyertai Pakatan Harapan diketuai DAP sekarang ialah PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Mohd. Khairuddin menambah, disebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) merupakan seteru politik kepada DAP, maka tidak mungkin mereka akan bersama parti tersebut yang menunjangi kerajaan ketika ini.
Menurutnya, agenda ‘UMNOphobia’ yang dicanangkan oleh DAP dan sekutunya ter­nyata berjaya dimainkan dengan begitu berkesan sekali khususnya dalam kalangan masyarakat bukan Islam.
Sehubungan itu jelas beliau, harapan DAP untuk mencapai cita-cita menguasai politik negara kini bergantung kepada Pas sahaja.
“Pas parti berprinsip dengan rujukan al-Quran dan al-Sunnah. Pas bukan hanya bercakap soal Melayu, tetapi Pas sangat kuat memperjuangkan Islam. Maka, bagaimana DAP mahu mendekati dan menguasai Pas sedangkan Islamophobia adalah senjata utama DAP bagi menarik soko­ngan bukan Islam selama ini?
“Kerjasama erat dengan Pas membawa risiko ditolak penyokong tegar dalam kalangan bukan Islam. DAP sudah mencuba semasa di bawah Barisan Alternatif awal 2000. Akhirnya DAP isytihar keluar Barisan Alternatif kerana takut undi penyokong Cina lari kerana rapat dengan Pas,” katanya.( Utusan on line).Posted by abnmulta // haji abu bakar ninggal.blogspot.com .at 10.39 am on February 08,2017.    

SIAPA DALANG SEBENAR KERUGIAN BNM

08 FEBRUARY 2017 @ 12.31 AM.


KUALA LUMPUR 7 Feb. – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan untuk ‘mengorek’ kembali kisah sebenar di sebalik skandal kerugian besar Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak AS$10 bi­lion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang asing yang dikaitkan de­ngan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tunku Abdul Aziz Ibrahim
Tunku Abdul Aziz Ibrahim

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, badan siasatan berkenaan boleh membuktikan siapakah dalang skandal ber­­kenaan sekali gus mampu ‘membersihkan’ nama bekas Perdana Menteri tersebut sekiranya beliau tidak terlibat dalam krisis yang berlaku sepanjang 1991 hingga 1993 itu.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Dr. Mahathir tidak menyaman penulis, Barry Wain yang pernah membuat dakwaan serupa dalam bukunya berjudul Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times apabila me­nuduh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyebabkan kerajaan menanggung kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.
“Kita jangan lupa tindakan Dr. Mahathir yang kononnya mahu mempertahankan ringgit itu telah melanggar undang-undang, ini bukan nak pertahankan ringgit tetapi membuat spekulasi sama seperti berjudi.
“Jadi kita semua perlu tahu secara keseluruhannya isu ini. Kalau betul fitnah, mengapa Dr. Mahathir tidak saman Wain yang membuat dakwaan sama dalam bukunya itu?” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mendedahkan bank pusat itu terlibat da­lam perdagangan spekulasi mata wang antarabangsa yang berisiko tinggi sepanjang 1991 hingga 1993 dan menyebabkan ke­rugian lebih daripada jumlah yang dilaporkan.
Walau bagaimanapun, bekas wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa, dalam kes perdagangan mata wang BNM yang dilakukan Dr. Mahathir itu, tujuannya adalah baik iaitu bagi mempertahankan nilai ringgit dan tiada duit haram yang masuk ke dalam akaun peribadi sesiapa.
Tunku Abdul Aziz berkata, kenyataan A. Kadir itu disifatkan sebagai penceritaan yang me­­ngarut dan hanya bertujuan mempertahankan Dr. Mahathir.
Menurut beliau, jika benar Dr. Mahathir mahu mempertahankan ringgit, bekas Perdana Menteri itu tidak boleh menggunakan duit simpanan negara sebagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tunku Abdul Aziz menjelaskan, kerugian besar yang dialami BNM sepanjang 1991 hingga 1993 tidak menyebabkan nilai ringgit jatuh justeru, tiada keperluan bagi kerajaan menggunakan dana negara untuk menyelamatkan mata wang tersebut.
“Sekali pun didakwa untuk mempertahankan nilai ringgit, buatlah secara betul, takkanlah nak guna berpuluh-puluh bilion sehingga bank-bank utama negara lain terkejut dengan tindakan Malaysia yang dianggap luar biasa,” katanya.( Utusan online.Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal blogspot. com.at 9.38 am on February 08,2017.