Thursday, February 9, 2017

TUN M Punca Politik Islam Lemah- Hadi

KUALA TERENGGANU 9 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penyebab kuasa politik orang Islam di negara ini dalam keadaan sangat lemah.

Menurutnya, disebabkan situasi sedemikian, maka Pas mengajak UMNO untuk memperbetulkan keadaan ke arah penyatuan seluruh umat Islam di negara ini bagi mendepani kekangan politik negara yang semakin mencabar ketika ini.

 Keadaan politik bagi Malaysia sangat mencabar dalam suasana orang Islam 65 peratus manakala bukan Islam 35 peratus. Namun, kuasa politik Islam sangat lemah dan puncanya ialah strategi PM (Perdana Menteri) lalu. Tun Dr. Mahathir yang ambil strategi singkirkan Pas.

Strategi ini makan diri UMNO dan Islam sendiri dan ini perlu diperbetulkan oleh kita semua. Sebab itu kita ajak orang UMNO, apatah lagi orang Pas untuk perbetulkan keadaan.

 “Banyak kalangan kita bersorak (tapi) tak sedar. Semangat (tapi) tak faham bagaimana kita berpijak hari ini apabila dipe­cahkan kawasan pilihan raya bagi singkirkan Pas,” katanya dalam ceramah pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Alur Limbat di Marang, minggu lalu yang kini tular di laman sosial.

 Abdul Hadi seterusnya berkata, kawasan yang terlibat dengan persempadanan semula itu merangkumi beberapa ne­geri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perak yang sebelum ini menjadi kekuatan orang Islam. Menurutnya, kepemimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu juga mewujudkan kawasan-kawasan campuran antaranya 60 peratus kalangan orang Islam manakala selebihnya bukan Islam.

 Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, disebabkan kelemahan dan kedudukan kerusi wakil rakyat Islam yang semakin tergugat, Pas mengambil pendirian tidak menyertai seruan pakatan pembangkang untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap kerajaan di Parlimen sebelum ini

“Kerusi Islam ada 80 (peratus) dan bukan Islam ada 39 (peratus), tapi ramai tak sedar. Sebab itu kita ambil langkah perbetulkan keadaan, kita tak sokong undi tak percaya. Sekiranya 30 (peratus) wakil rakyat bukan Islam masuk dalam undi tak percaya dan jatuhlah kerajaan (BN).

Bersoraklah kita menang tapi kerusi bukan Islam jadi 80 (peratus) dan kerusi Islam (30 peratus). Redakah kita? Ramai yang tak sedar perkara ini. Takbir kuat tapi tak faham. Sebab itu kita ambil langkah tak sokong undi tak percaya,” jelasnya.( Utusan online).Posted by abnmulya //  haji abu bakar ninggal.blogspot.com  at 10.35 am on February 10,2017).

No comments: