Tuesday, September 30, 2014

Pas ambil keterangn Hasnul,Saari

SHAH ALAM 29 Sept. - Dua wakil rakyat Pas yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menghadap Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Saari Sungib
Kedua-dua mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Bagaimanapun menurut Hasnul, perjumpaan tersebut hanya untuk mengambil keterangan sebelum dibawa ke Lembaga Disiplin Pas bagi tindakan selanjutnya.

Katanya, perjumpaan itu berlangsung pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Saya dan Saari hanya diambil keterangan, seterusnya perkara ini dibawa kepada Pas pusat.

Hasnu Baharuddin
"Setakat ini, tiada perjumpaan dengan Lembaga Displin lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuan tersebut.

Hasnul dan Saari sebelum ini bersama 15 ADUN daripada DAP dan 13 ADUN PKR menyokong Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid sebelum Pas membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Pas ke-60 mengecam tindakan kedua-dua ADUN itu dengan gelaran 'broker' dan 'barua'.


9 mUtusan online-politik).Posted by abnmulya /Abu Bakar bligspot.com art 1619 hrs on Sept., 30,2014.

Monday, September 29, 2014

''BURU ALVIN HINGGA KE LUBANG CACING"


KUALA LUMPUR 28 Sept.- "Kita akan cari dia hingga ke lubang cacing sekalipun." Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara.

Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee yang kini berada di Los Angeles, California berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.

Pada bulan lepas, sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.

Dia turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman blognya
dihttp://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.

Tidak habis di situ, Alvin turut bertindak biadab dengan mengubah suai gambar hidung beberapa pemimpin negara dan Khalid sendiri dengan hidung seekor khinzir serta menuduhnya menyalahgunakan kuasa sebagai seorang pemimpin.

Menurut khalid. siasatan terhadap kes tersebut telah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang menyalahgunakan media sosial untuk mengaibkan para pemimpin.

"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya.(  UTUSAN ONLINE-JENAYAH).POSTED BY ABNMULYA / ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM AT 2337 HRS ON sept.,29,2014.

Friday, September 26, 2014

Usah tegaakkan benang basah

Oleh ALIF FADLI MOHD. SORI
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 25 Sept. - Tindakan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mempertikai tindakan Perbadanan Menteri Besar (MBI) menutup pejabat dan menamatkan khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dilihat seolah-olah beliau cuba untuk menegakkan benang yang basah dengan mempertahankan Ketua Pembangkang itu.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, Azmin sepatutnya mempunyai prinsip kepimpinan yang tegas dan bertanggungjawab sebagai seorang Menteri Besar dan tidak hanya menjadi seperti 'lembu ditarik hidung'.

Katanya, Azmin perlu telus dalam menyelesaikan polemik yang cuba dicetuskan oleh Anwar dan bertindak lebih drastik dengan menuntut kembali kerugian yang perlu ditanggung oleh kerajaan negeri sepanjang Anwar memegang jawatan tersebut.

"Tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Anwar adalah satu langkah yang tepat walaupun sebenarnya tindakan itu sudah terlambat tetapi masih mampu untuk mengurangkan pembaziran yang berlaku.

"Reformis juga mahu Azmin tidak terus leka kerana jawatan itu merupakan satu amanah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab dan bukannya sekadar menjadi boneka Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam hal pentadbiran negeri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin semalam mempertahankan tindakan Abdul Khalid memecat Anwar yang dibuat di atas perkiraan mengurangkan kos tidak mustahak yang perlu ditanggung oleh kerajaan negeri melibatkan perbelanjaan operasi Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Dalam pada itu, Ramlan turut mempersoalkan manfaat dan pelaburan yang diterima oleh kerajaan negeri sepanjang Anwar memegang jawatan itu kerana kerajaan negeri Selangor mempunyai badan khas seperti Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk menguruskan hal pembangunan negeri Selangor.

"Apakah simboliknya pelantikan Anwar atau itu hanya satu sandiwara dalam memuaskan kehendak Anwar. Sepatutnya dari dahulu MBI memecat beliau kerana tiada sebarang pertambahan ekonomi," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali turut menyifatkan tindakan Azmin seolah-olah menunjukkan bahawa beliau belum cukup mahir dalam kepimpinan.

Katanya, Anwar dipecat semasa Abdul Khalid masih memegang jawatan Menteri Besar Selangor dan itu merupakan hak beliau untuk bertindak demikian. Justeru, Azmin tidak mempunyai kuasa untuk mempersoalkan sebarang keputusan yang telah diambil.

"Kita tunggu dan lihat apa tindakan Azmin selepas ini. Jika dia kembali menawarkan jawatan tersebut kepada Anwar, jangan marah bila ada orang menggelarkan dia sebagai anak emas Ketua Pembangkang tersebut," katanya.( Utusna online-politik) Poste b y abnmulya /Abu bakar Ninggal.blogspot.com. at 1506 hrs on Septe., 26,2014.

Thursday, September 25, 2014

Puasa sunat Arafah di Malaysia pada 4 Oktober

MEKAH 26 Sept. - Umat Islam di Malaysia disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1435 hijrah yang jatuh pada 4 Oktober depan mengikut kalendar setempat, menurut pakar rujuk ibadah haji Datuk Fadzil Awang.

Beliau berkata umat Islam di Malaysia tidak perlu berpuasa sunat Arafah mengikut kalendar Arab Saudi yang menetapkan 9 Zulhijjah jatuh pada 3 Oktober.

Fadzil berkata demikian apabila diminta menjelaskan kekeliruan di kalangan sebilangan umat Islam mengenai tarikh puasa sunat Arafah sama ada perlu mengikut kalendar setempat atau kalendar Arab Saudi.

Beliau ditemui oleh media Malaysia semasa mengiringi Ketua Rombongan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman meninjau persiapan pusat perkhemahan jemaah haji Malaysia di Arafah, Mudzalifah dan Mina, serta menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Arafah.

Pada 24 September lepas, Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf, yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 3 Oktober, dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya berikutan beberapa individu melihat anak bulan Zulhijjah pada Rabu.

Mahkamah Agung itu juga mengumumkan Khamis adalah hari pertama Zulhijjah.
Di Malaysia, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan pada Rabu, umat Islam di negara itu akan menyambut Aidiladha pada 5 Oktober depan yang bersamaan 10 Zulhijjah, dan 1 Zulhijjah jatuh pada Jumaat (26 September).

Fadzil berkata puasa sunat hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah, yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji, mempunyai ganjaran yang besar.

"Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, berdasarkan hadis Nabi Muhammad," katanya.

Beliau berkata jemaah haji tidak digalakkan berpuasa kerana pada masa itu adalah kemuncak ibadah haji, iaitu wukuf di Padang Arafah, dan mereka memerlukan tenaga dan kekuatan untuk menumpukan kepada ibadah yang perlu mereka lakukan semasa wukuf.

" Jika berpuasa, dikhuatiri akan memberi kesan kepada tenaga mereka dan tidak dapat menjalankan ibadah dengan sebaik mungkin," katanya.

Fadzil mengingatkan jemaah haji supaya memaksimumkan manfaat di Arafah dengan sebaik-baiknya semasa di Arafah dengan berdoa, beristighfar, berzikir dan membaca al-Quran, terutama surah Al-Haj.

Beliau berkata ada ulamak yang menggalakkan jemaah haji membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1,000 kali, kerana sesiapa yang berbuat demikian doanya akan dimakbulkan oleh Allah.

Menyentuh mengenai hari wukuf yang jatuh pada hari Jumaat yang dikatakan sebagai haji akbar iaitu haji besar, beliau berkata ada beberapa pandangan ulamak yang mengatakan hari wukuf itu adalah haji akbar.

Ada pula mengatakan hari raya Aidiladha itu haji Akbar dan ada pula yang berpendapat bahawa wukuf pada hari Jumaat itu haji akbar memandangkan perkara besar yang berlaku pada wukuf hari Jumaat termasuk Nabi Muhammad menyampaikan khutbah Jumaat terakhirnya di Padang Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah.

Pada hari tersebut, turut turunnya surah Al-Maidah ayat 3 sesudah waktu Asar, katanya.

Fadzil berkata, jemaah haji perlu mempergunakan masa wukuf tersebut dengan sebaiknya terutama wukuf kali ini yang jatuh pada hari Jumaat yang dikatakan mempunyai ganjaran haji sebanyak 70 kali haji, apatah lagi berhadapan dengan cuaca yang panas dan berdebu.- BERNAMA ( Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya / Abu bakar ninggal.blogspot.com.at  1450 hrs on Sept.,26,2014.;

Wednesday, September 24, 2014

Nicol pecah rekord sendiri

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sempat bergambar selfie dengan Nicol David, Wee Wern dan dua pemenang gangsa selepas majlis penyampaian pingat di Pusat Skuasy Yeorumul, Incheon semalam. - UTUSAN INCHEON - 

Incheon-Datuk Nicol David memecah satu lagi rekod dalam kariernya yang gemilang apabila muncul atlet Malaysia paling cemerlang dalam sejarah Sukan Asia apabila merangkul pingat emas kelimanya di Incheon semalam.

Jaguh skuasy itu, yang sudahpun memegang pelbagai rekod termasuk muncul juara dunia paling banyak dengan tujuh kejuaraan, mempertahankan gelaran perseorangan wanita selepas mengecewakan rakan senegara Low Wee Wern 9-11, 11-6, 11-5, 12-10 di Pusat Skuasy Yeorumul.

Ini adalah kali pertama dua pemain Malaysia bertemu sesama sendiri di pentas akhir perseorangan wanita Sukan Asia, malah kemenangan ini juga amat bermakna buat Nicol kerana ia adalah kejuaraan perseorangan keempat buatnya sejak kali pertama muncul juara di Bangkok pada 1998.

Selepas sekadar pulang bersama perak di Busan 2002, Nicol merampas kembali gelaran di Doha 2006, sebelum menghadiahkan dua emas buat Malaysia pada temasya Guangzhou 2010 dalam acara perseorangan dan berpasukan.

"Saya tidak pernah terfikir tentang rekod (muncul atlet Malaysia paling berjaya dalam Sukan Asia), tetapi sudah tentu satu perasaan yang hebat apabila dapat merangkul emas kelima di Sukan Asia.

"Bagaimanapun cabaran kita belum berakhir kerana masih ada acara berpasukan untuk diharungi. Saya perlu mempersiapkan diri untuk memastikan kami dapat pulang bersama satu lagi pingat emas," kata pemain No. 1 dunia itu.

Nicol, 31, yang diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan memecah rekod legenda olahraga Tan Sri Dr. M. Jegathesan, legenda badminton Ng Boon Bee dan ratu boling negara, Shalin Zulkifli yang sebelum ini menjadi pemenang pingat terbanyak Malaysia di Sukan Asia.

Jegathesan mengetuai pungutan pingat individu dengan empat emas, dua perak dan satu gangsa, manakala pakar beregu, Boon Bee dan Shalin berkongsi empat emas, satu perak serta dua gangsa.

Kemenangan semalam membolehkan Nicol menambah koleksi pingat Sukan Asia kepada lima emas dan satu perak. Dia juga berpotensi meraih emas keenam apabila Malaysia bersaing dalam acara berpasukan wanita bermula hari ini.

Nicol dan Wee Wern akan kembali ke gelanggang untuk meneruskan cabaran Malaysia dalam berpasukan wanita bersama Delia Arnold dan Vanessa Raj. Skuad negara akan memulakan kempen dengan berdepan Jepun.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu, yang melaungkan keyakinan untuk kembali ke Sukan Asia di Jakarta 2018 turut memegang rekod juara Asia paling banyak dengan lapan gelaran, selain mencipta rekod tidak kalah dalam 51 perlawanan berturut-turut (13 bulan) dari Mac 2006 hingga April 2007.

Sementara itu Wee Wern mengakui, Nicol terlalu hebat buatnya walaupun dia cuba memberi tentangan sengit termasuk menang di set pertama.

"Dia adalah juara dunia tujuh kali, permainannya jauh lebih baik daripada saya dari segenap segi walaupun saya cuba memberikan yang terbaik hari ini.

"Saya percaya, dia masih boleh merangkul kejuaraan kalau dia mahu beraksi dalam Sukan Asia empat tahun akan datang," katanya. - UTUSAN -Sukan ( Posted by abnmulya /Abu bakar ningal.blogspot.com.at 1515 hrs on Sept.24,2014.
<

Tuesday, September 23, 2014

Guan Eng jahil politik- Exco PaS

KLANG 23 Sept. - Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Sallehen Mukhyi menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai 'jahil politik' berikutan tuduhan terhadap empat Exco kerajaan negeri daripada Pas yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sallehen yang merupakan salah seorang daripada empat Exco Pas terbabit berkata, tindakan Guan Eng itu hanya sekadar untuk menjaga kepentingan diri sendiri selain mahu mendapatkan kelebihan politik.

"Beliau sendiri mempunyai kepentingan kerana kerajaan DAP Pulau Pinang juga perlu dipertahankan memandangkan DAP dibantu 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mentadbir negeri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi Exco Pas, Dr. Ahmad Yunus Hairi memberitahu, kenyataan Guan Eng itu tidak sepatutnya dikeluarkan memandangkan keputusan yang dibuat telah dirujuk kepada jawatan tertinggi Pas dan bukannya keputusan individu.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang turut kesal dengan Guan Eng pula berkata, keempat-empat Exco daripada Pas itu melakukan pengorbanan yang besar bagi memastikan kerajaan negeri Selangor terus berfungsi sekali gus mengelakkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor daripada dibubarkan. ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Au bakar ninggal.blgspot.com at 1444 hrs on Sept., 24,2014

4 Exco Pas turut letak jawatan

Oleh ABDUL YAZID ALIAS,br>pengarang@utusan.com.my


Empat Exco Kerajaan Negeri Selangor (dari kiri) Sallehen Mukhyi, Dr. Halimah Ali, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ir Iskandar Abdul Samad ketika hadir di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam, semalam. - BERNAMA 

SHAH ALAM 23 Sept. - Empat Exco kerajaan negeri daripada Pas masing-masing meletakkan jawatan mereka selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor semalam.

Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, peletakan jawatan mereka berkuat kuasa semalam atas alasan pelantikan mereka sebelum ini adalah atas pilihan Abdul Khalid ketika menjadi Menteri Besar.

Selain Iskandar, tiga lagi Exco terbabit ialah Dr. Ahmad Yunus Hairi, Dr. Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi.

"Kami dipilih ketika Tan Sri Abdul Khalid menjadi Menteri Besar. Apabila beliau sudah meletakkan jawatannya, kami juga perlu meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri.

"Kini kerajaan negeri tidak lagi mempunyai Exco. Senarai barisan Exco baharu akan diumumkan oleh Menteri Besar yang baharu. Kita tunggu lantikan baharu nanti," katanya di sini hari ini.

Abdul Khalid semalam menamatkan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mengangkat sumpah jawatan itu secara rasmi di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Barisan Exco yang baharu dijadual mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Jumaat ini.
Dalam pada itu, Iskandar yang juga ADUN Cempaka ketika ditanya sekiranya ditawarkan semula jawatan Exco di bawah pentadbiran Azmin memberitahu, beliau sedia mempertimbangkannya.( (Utusn online-politk).Posted by abnmulya /Abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1431 hrs on Sept.,24,2014.
:

Monday, September 22, 2014

Prsiden Pas wajar marah,tegas dengan PKR,DAP

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Kemarahan dan kekecewaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Selangor ekoran tindakan mereka seperti 'broker' dan 'barua' adalah wajar kerana Pas sering 'ditikam belakang', dianiaya dan ditipu oleh kedua-dua rakan tahaluf siyasi parti itu.

Aktivis Pas, Norman Toha berkata, sebagai Presiden Pas, parti yang memperjuangkan agama Islam, sudah pasti Abdul Hadi amat sensitif terhadap pengkhianatan rakan-rakan seperjuangannya itu yang selama ini diberi kepercayaan.

"Sepanjang saya kenal Tuan Guru Presiden sebelum ini, beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata seperti itu (broker dan barua) kepada ahli-ahli dan pimpinan Pas. Apabila itu berlaku, saya menjangkakan beliau memang berada dalam keadaan yang sangat marah kerana dianiaya dan ditipu oleh rakan tahaluf siyasi.

"Saya faham dan maklum, peristiwa 'tikam belakang' ini bukan baru sekali berlaku tetapi telah berkali-kali terjadi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menegaskan, Pas yang mempunyai kelebihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak pelahap dengan jawatan Menteri Besar namun meminta isu itu diselesaikan melalui hukum-hukum syarak yang ditetapkan selain turut menggelar dua ADUN Pas Selangor yang menyokong Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dilantik sebagai Menteri Besar oleh PKR dan DAP sebagai 'broker' dan 'barua'.

Mengulas tentang kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, Norman berkata, dalam soal memilih calon untuk mengisi jawatan itu, Pas layak menentukan siapa pilihan mereka namun tidak bermakna mereka pelahap.

"Pas ada tanggungjawab terhadap Allah, bukan sahaja tanggungjawab kepada rakan-rakan tahaluf siyasi dan rakyat yang diwakilinya.

"Pas boleh akur PKR mahu menjadi Menteri Besar Selangor walaupun persetujuan awal dan tidak tertulis mana-mana parti yang dapat majoriti kerusi lebih, layak jadi Menteri Besar. Senang cerita kalau PKR hendak sangat jawatan itu, ambillah," katanya.

Dalam pada itu, Norman berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja 'menggunakan' jentera, ahli serta imej Islam Pas untuk meraih sokongan rakyat malah dilihat cuba melahirkan 'barua-barua' beliau dalam kepimpinan parti itu.

"Jadi, cara terbaik ialah dengan memberikan kefahaman kepada seluruh ahli serta kepimpinan Pas tentang asas dan maksud perjuangan parti serta kebenaran tahaluf siyasi yang dibenarkan di dalam agama Islam," katanya( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.45 am on Sept.,23,2014..

Saturday, September 20, 2014

Tindakan Mat Sabu memalukan

BATU PAHAT 19 Sept. - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menyanggah kenyataan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu dikritik secara terbuka pada hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60, di sini hari ini.

Wakil Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari tanpa berselindung menyifatkan tindakan Mohamad atau Mat Sabu itu sebagai memalukan dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi.

"Presiden membuat keputusan, Timbalan Presiden sanggah secara terbuka. Saya hormat Timbalan Presiden dan sangat jauh tahap saya untuk menegur beliau di medan seperti ini tetapi kita sedih dengan apa disebut.

"Apabila Presiden membuat kenyataan tentang isu Menteri Besar Selangor yang berpegang kepada keputusan asal Majlis Presiden (pakatan pembangkang) bahawa Langkah Kajang bukan bertujuan menukar Menteri Besar dan Pas kekal dengan keputusan asal, Timbalan Presiden menyatakan ini keputusan peribadi Presiden," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada muktamar itu.

Ahmad Fadhli berkata, perbezaan pandangan dalam isu berkenaan tidak salah, tetapi jangan disebut secara terbuka kerana ahli-ahli keliru dengan apa yang berlaku di peringkat pucuk kepimpinan parti.

Beliau percaya Abdul Hadi berlapang dada dengan perkara itu, tetapi kenyataan terbuka Mohamad yang bertentangan dengan kenyataan Presiden Pas itu amat memalukan.

"Kata pepatah Arab, sesungguhnya tangisan hati itu lebih dahsyat daripada tangisan mata dan betapa banyak mata yang tidak menangis tetapi hati menangis kerana apa yang berlaku. Saya bimbang ini yang berlaku kepada Presiden," katanya.(Utusna online-politik.( Posted by abnmulya / abu bakar nin ggal.blogspot.com.at 1745 hrs on Sept 21,2014.

Thursday, September 18, 2014

Majlis angkat sumpah MB Selangor baharu,selasa ini.

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN

SHAH ALAM 18 Sept. - Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani mengesahkan perkara itu dan menyatakan majlis akan bermula pada pukul 10.30 pagi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama calon Menteri Besar baharu itu. - UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI. (Poste by abnmulya / Abu bakar Ninggal.blogspot.com at 2136 hrs on Sept., 19,2014.

Sultan Selangor tegur Anwar Ibrahim

SHAH ALAM 18 Sept. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej baginda.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, beliau telah dititahkan oleh Tuanku bagi memberi penjelasan untuk menafikan kenyataan Anwar yang menyatakan menghantar satu nama calon Menteri Besar merupakan amalan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

"Kenyataan Anwar itu adalah tidak tepat dan mengelirukan rakyat,'' katanya. - UTUSAN ONLINE-Dalam Negerri.(Pode by abnmulya /Abu bakar Ninggal.blogspot.com.at 2127 hrs on Sept.,19,2014.

Thursday, September 11, 2014

Khalid masih MB yang sah-Penasihat Undang-undang Negeri

Oleh ZABRY MOHAMAD

SHAH ALAM 11 Sept. - Tan Sri Abdul Khalid Ibahim( gambar kanan) masih merupakan Menteri Besar yang sah selagi mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman mengesahkan, Abdul Khalid berhak menjalankan sepenuhnya tugas sebagai Menteri Besar. - UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI.
(Posted by abnmulya / Abu baklar ninggal.blogspot.com.at 1940 hrs on September,11.2014.

PKR,DAP Khianati Pas

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempertahankan kuasa pemutus Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung senarai nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau menegaskan, tindakan Abdul Hadi itu terpaksa dibuat tanpa perundingan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berikutan perbuatan khianat yang dilakukan sekutu mereka itu terhadap Pas.

Katanya, pengkhianatan itu tercetus apabila berlakunya tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang memberi sokongan kepada PKR.

"Dua pengkhianat daripada ADUN Pas yang melompat telah memberi sokongan kepada PKR. Ini memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman Pas.

"Pengkhianatan PKR terhadap setia kawan dengan Pas dalam pakatan pembangkang apabila mereka menerima pengkhianatan dua ADUN Pas dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

"Sebagaimana dua ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaan kepada Presiden, begitu juga PKR telah memutuskan setiakawan dengan Pas," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh menjelaskan, sesiapa pun yang menginsafi akan memahami tindakan yang perlu dilakukan oleh Abdul Hadi apabila partinya dikhianati dari dalam oleh ahli sendiri.

Menurut beliau, pergolakan di dalam Pas sekarang sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan dua ADUN tersebut.

"Anda juga sedang melihat akibat pengkhianatan PKR, pergolakan dalam pakatan pembangkang akibat Pas kehilangan taruhan kuasanya dalam menentukan kelangsungan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang Majlis Syura Ulama Pas putuskan untuk mempertahankannya," katanya.

Tambah Nik Mohamad Abduh, terdapat dua pilihan yang perlu dilakukan Abdul Hadi dan salah satunya adalah untuk terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti Pas ke arah keluar daripada pakatan pembangkang.

"Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan tahaluf siyasi," jelasnya.

Kedua, kata beliau, adalah Abdul Hadi bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman Pas dan hubungan dengan PKR serta pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, tegas beliau, Abdul Hadi telah memilih pilihan kedua dan tindakan itu menerima pujian apabila Pas melalui mesyuarat 17 Ogos lalu, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada Abdul Khalid.

Tindakan itu, ujarnya, telah dilakukan walaupun dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura serta mengejutkan pihak yang menyokong Abdul Khalid.

Malah, jelas Nik Mohamad Abduh, Abdul Hadi mengemukakan dua nama calon baharu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura.

"Lihat, alangkah berjiwa besarnya Presiden (Abdul Hadi). Beliau mampu mempengaruhi Majlis Syura agar menerima hakikat pakatan pembangkang perlu diselamatkan," tegasnya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Abu bakar ninggal.blogspot.com.

Wednesday, September 10, 2014

Cikgu Mat Razi calon BN untuk PRK Pengkalan Kubur

Oleh Zaain Zin TUMPAT 10 Sept. - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Mat Razi, 49, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi merupakan anak tempatan dan merupakan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat.

Biarpun begitu, ada di antara penduduk memanggilnya Ustaz Mat Razi kerana beliau aktif dalam pelbagai aktiviti agama termasuk mengasaskan sekolah pondok di tanah wakaf sendiri Kampung Simpangan.

Selain itu beliau turut menjadi imam di Masjid Simpangan dan pernah muncul sebagai johan taranum al-Quran ketika menuntut di maktab perguruan dahulu.

Pengumuman beliau sebagai calon BN dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi PRK Pengkalan Kubor BN, di sini hari ini. - Utusan online-Politik ( Posted by abnmulya / Abu  bakar ninggal.blogspot.com at 1807 hrs on Sept 10,014.

Tuesday, September 9, 2014

Tiada majlis angkat sumpah MB baharu Jumaat ini-Khalid

Oleh ZABRY MOHAMAD

SHAH ALAM 10 Sept. - Tiada majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baharu akan diadakan pada Jumaat ini seperti dakwaan yang tersebar dalam laman sosial.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tidak mungkin majlis tersebut akan dilaksanakan minggu ini berikutan tiada sebarang jemputan dikeluarkan oleh pihak istana. - UTUSAN ONLINE-Politik.(Posted by  Abnmulya / Abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1422 hrs on Sept.,10,2014.

Malu lihat Melayu biadab,derhaka pada raja.

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang biadab dan derhaka terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah amat memalukan kerana parti itu diketuai oleh pasa­ngan suami isteri,

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan orang Me­layu.

Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, sebagai orang Melayu, Anwar perlu menunjukkan sikap terpuji supaya boleh dijadikan contoh ikutan bangsa lain.

Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya sekali gus menunjukkan gaya politik Penasihat PKR itu yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamatnya tercapai.

"Di manakah adab sebagai orang Melayu apabila titah sultan pun tidak mahu dipatuhi, ini gaya politik mazhab mana.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita jangan lupa sistem yang kita ada. Fahamilah kepentingan institusi raja secara tersurat dan tersirat. Kalau mahu langgar semua, saya cadangkan Anwar jangan lagi guna gelaran kebesaran yang dikurniakan Raja-Raja Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ingkar dengan titah baginda pada 27 Ogos lalu supaya mengemukakan lebih dua nama calon daripada parti masing-masing untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar yang baharu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, tindakan PKR dan DAP itu menggambarkan kebiadaban kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah baginda.

Dalam pada itu, Nallakaruppan mempertahankan tindakan Sultan Selangor yang meminta setiap parti pakatan pembangkang mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar untuk dipertimbangkan.

Katanya, arahan itu bagi membolehkan ba­ginda melantik Menteri Besar terbaik dalam aspek kepe­mimpinan dan pentadbiran untuk menjamin kebajikan rak­yat dan masa depan ne­­gerinya.

Beliau turut mempersoalkan, apakah terlalu susah buat pemimpin PKR khususnya Anwar untuk memahami titah baginda yang sebelum ini tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran negeri itu secara sewenang-wenangnya.

"Apa yang dibuat baginda me­nunjukkan sikap profesional hasil latihan keras sejak kecil oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mahukan Sultan Sharafuddin menjaga kebajikan rakyat dan negeri dengan sebaik-baiknya apabila menaiki takhta.

"Apa yang dilakukan oleh ba­ginda dalam isu Menteri Besar Se­langor adalah bukti betapa amanah itu berjaya dipikul dengan baik dan bijaksana," katanya.

Sementara itu, Nallakaruppan berkongsi kebimbangan dengan rakyat Selangor mengenai masa depan negeri itu berdasarkan pengakuan Wan Azizah dalam satu majlis di Klang yang disiarkan portal berita Astro Awani pada awal bulan ini.

Katanya, pengakuan itu membuktikan masalah yang berlarutan sejak sebulan lalu di Selangor ber­kisar kepada cita-cita dan strategi politik Anwar sendiri.

Beliau turut memetik secara verbatim kenyataan Wan Azizah yang berbunyi: "Kita merancang strategi 'Langkah Kajang' untuk membolehkan Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri (ADUN) dan kemudiannya Menteri Besar tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

"Jawatan Menteri Besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat sekiranya saya menjadi Menteri Besar," katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.36 am on Sept.,10,2014.

SULTAN MURKA : NIK AZIZ MENGGIGIL

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 9 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berasa bimbang, gusar dan takut apabila membaca laporan akhbar tempatan mengenai Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah yang murka terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana ingkar titah baginda dalam isu Menteri Besar Selangor.

Katanya, perkara tersebut menyebabkan beliau tidak sanggup untuk membaca laporan hadapan akhbar yang menggambarkan kebiadaban kedua-dua parti itu.

Malah beliau turut menyifatkan titah baginda itu sebagai satu amaran keras kepada pihak terbabit.

"Saya baca muka depan sebuah akhbar hari ini (semalam), perkataan derhaka itu, saya rasa geligut (mengigil ketakutan) tidak terbaca saya yang di bawah itu kerana itu baharu sahaja raja sumpah, apa kata kalau Allah sumpah.

"Alhamdulillah (DAP memohon maaf) dia ada hati perutlah tu, dia reti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Sultan Sharafudin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ingkar dengan titah baginda pada 27 Ogos lalu supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon daripada parti masing-masing untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Tindakan PKR dan DAP itu menggambarkan kebiadaban kepada ins­titusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah ba­ginda.

Sultan Sharafudin Idris Shah menerima senarai calon Menteri Besar daripada ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang namun hanya Pas yang akur titah baginda dengan menyenaraikan tiga nama.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri esok,

Nik Abdul Aziz berkata, Pas tidak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.
"Siapa sahaja calon kita tidak gentar," katanya.  (Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.29 am on Sept.,10,2014..

Penyelia tpak binaan hina Ramadan,Aidilfitri dipenjara setahun

CHOW MUN FAI

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Seorang penyelia tapak pembinaan menangis teresak-esak sebelum dihukum penjara maksimum satu tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan aplikasi Facebook untuk menghantar komen dengan niat menyakitkan hati orang Islam, Jun lalu.

Komentarnya di Facebook pada bulan puasa lalu mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila dia menghina Ramadan dan Aidilfitri.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu terhadap Chow Mun Fai, 37, berkuat kuasa hari ini, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Azman berharap hukuman itu bukan sahaja menjadi pengajaran kepada tertuduh, tetapi pada masa yang sama sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak berselindung di sebalik kemudahan internet untuk menyiarkan kata-kata bersifat jelik yang boleh menimbulkan kemarahan sehingga cenderung kepada runtuhnya keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menghantar komentar yang bersifat jelik itu di akaun Facebooknya, di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre Sentul Park, Jalan Strachan, Sentul di sini kira-kira pukul 10.30 pagi, 12 Jun lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.

Bagi tuduhan utama pula, tertuduh didakwa menerbitkan satu penerbitan yang menghasut di Facebook miliknya pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, bertindak atas satu laporan daripada seorang penyelia berhubung komentar bersifat jelik yang disiarkan melalui akuan Facebook, Chow Jack, pada 12 Jun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat pemeriksaan dan mendapati Mun Fai adalah pemilik akuan laman sosial itu.

Lelaki itu kemudian ditahan dan dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Terdahulu, peguam Ahmad Ridza Mohd. Noh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan memandangkan anak guamnya adalah penanggung tunggal keluarga.

Katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu juga menghidap penyakit tibi dan ekoran itu dia menerima wang RM300 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapat rawatan.

"Pada masa yang sama, anak guam saya telah insaf dan memohon maaf atas perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulanginya pada masa yang akan datang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum atas alasan kenyataan tertuduh dalam komentarnya langsung tidak sensitif terhadap kepelbagaian masyarakat di negara ini.

Tambahnya, tindakan tertuduh itu seolah-olah mempertikai ketinggian Islam sebagai agama Persekutuan.

"Ini kerana, penggunaan perkataan dalam komentarnya jelas dinyatakan kepada penganut Islam dan lebih menyakitkan, perbuatan itu dilakukan pada bulan Ramadan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, hukuman berat terhadap tertuduh akan memberi gambaran bahawa mahkamah tidak akan berkompromi kepada mereka yang membelakangkan undang-undang serta kebebasan bersuara di negara ini.

"Sesungguhnya, setiap pengguna laman sosial itu perlu sedar kebebasan yang diberi itu perlu bergerak seiring dengan tanggungjawab terhadap kesan yang bakal berlaku ke atas kenyataan mereka," jelasnya.

Tertuduh yang bertubuh kecil dilihat menangis teresak-esak ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa. Ibu dan bapa tertuduh yang hadir di galeri mahkamah juga tidak dapat menahan air mata ketika hakim membacakan keputusan.( Utusan online- Mahkamah).Posted by abnmulya / Abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.56 am on Sept.,10,2014.

Kuasa mengundi KWSP adalah kritikal

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
ekonomi@utusan.com.my 



KUALA LUMPUR 8 Sept. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu ada kuasa mengundi dalam cadangan penggabungan bank mega melibatkan CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group), Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) dan RHB Capital Bhd. (RHB Capital).

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, perkara itu amat penting kerana KWSP yang menaungi 14 juta ahli perlu melindungi kepentingan-kepentingan mereka dalam semua syarikat terbabit.

Malah beliau juga menyifatkan, kuasa untuk mendapat undian dalam isu penggabungan itu adalah 'kritikal' dan amat penting demi kebajikan ahli-ahlinya.

"Apa yang kami minta hanyalah keprihatinan pihak yang terlibat bahawa KWSP mempunyai 14 juta ahli dan adalah tanggungjawab kami untuk melindungi hak mereka," katanya selepas pembentangan pada Seminar Antarabangsa KWSP di sini hari ini.

Julai lalu, tiga entiti kewangan tempatan iaitu CIMB Group, RHB Capital dan MBSB mengumumkan usaha membentuk sebuah kumpulan perbankan terbesar di Malaysia dan mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan rundingan penggabungan.

KWSP mempunyai 64.73 peratus kepentingan di dalam MBSB manakala 14.46 peratus di dalam CIMB dan 40.76 peratus di dalam RHB Capital.

Sebelum ini, KWSP dalam kenyataannya melahirkan rasa terkejut terhadap laporan dua buah akhbar berbahasa Inggeris tempatan yang melaporkan mereka memohon kepada Bursa Malaysia untuk mendapatkan kuasa undi di dalam pembentukan bank mega tersebut.

Dua akhbar Inggeris itu yang memetik sumber melaporkan bahawa KWSP telah menghantar permohonan kepada Bursa Malaysia bagi mendapatkan kembali hak mengundi dalam pembentukan gabungan tiga bank itu.

Namun, difahamkan, beberapa pihak dalam usaha penggabungan itu tidak mahu KWSP mempunyai sebarang suara.

Keputusan untuk kuasa undi dalam penggabungan bank itu menjadi isu kontroversi apabila sekeping surat tidak bertandatangan kononnya daripada ahli lembaga pengarah RHB Capital yang tidak berpuas hati telah didedahkan Khamis lalu.

Surat itu menyatakan bantahan terhadap terhadap permohonan kepada Bursa Malaysia bagi pengecualian untuk membenarkan KWSP mempunyai kuasa undi dalam meluluskan cadangan penggabungan perniagaan dan usaha Kumpulan CIMB dan RHB sama ada melalui pengambilalihan perniagaan CIMB atau sebaliknya.

Mengikut peraturan penyenaraian Bursa Malaysia, KWSP dikatakan tidak mempunyai hak untuk mengundi, bagaimanapun terdapat klausa yang membolehkan mereka memohon untuk mendapatkan semula kuasa mengundi. Utusan online-koporat).Posted by abnmulya / Abu bajkar ninggal.blogspot.com.at 2316 hrs on Sept.,09,2014.\

Monday, September 8, 2014

Sultan amat dukacita

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusan.com.my

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
SHAH ALAM 8 Sept. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan Parti Keadi­lan Rakyat (PKR) dan DAP yang ing­kar dengan titah baginda pada 27 Ogos lalu supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon daripada parti masing-ma­sing untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar yang baharu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, tindakan PKR dan DAP itu menggambarkan kebiadaban kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah baginda.

Menurutnya, Sultan Sharafuddin telah menerima senarai calon Menteri Besar daripada ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang namun hanya Pas yang akur titah baginda dengan menyenaraikan tiga nama.

"PKR dan DAP pula masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, titah baginda supaya mengemukakan senarai lebih daripada dua calon Menteri Besar adalah satu amalan yang dilaksanakan oleh Sultan Selangor.

"Ini adalah bagi membolehkan baginda membuat pilihan terhadap bakal Menteri Besar dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut.

"Ciri-ciri ini amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat Selangor," katanya.

Beliau berkata, Sultan Selangor berkeyakinan terdapat ramai calon dalam pakatan pembangkang yang mempunyai ciri-ciri sedemikian bagi menerajui kerajaan negeri.

Dengan penerimaan senarai berkenaan, kata Mohamad Munir, baginda akan meneliti calon-calon terbabit dan mengambil kira segala aspek dalam menilai setiap individu sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Pada masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka baginda juga akan meneliti nama-nama ADUN yang lain daripada pakatan pembangkang yang berkelayakan dan pada fikiran baginda mendapat kepercayaan majoriti ADUN," katanya.( Utusna online-politik).Posted by abnmulya /Abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1444 hrs on Sept.,09,2014.

DAP mohon ampun kepada Sultan Selangpr

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN 

KUALA LUMPUR 9 Sept. - DAP hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang belum disahkan jawatannya dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas rundingan bersama dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi raja berperlembagaan yang tidak berbelah-bahagi dan akan berunding dengan Datuk Seri Anwar tentang titah tuanku Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit tuanku," katanya. -Utusan online-Dalam Negeri.(Posted  by abnmulya / Abu bakar Ninggal.blogspot.com at 1421 hrs on Sept.,09,2014.

Ketepi syor wujud akta baharu

Oleh FAIZAH IZZANI
pengarang@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 8 Sept.- Kerajaan digesa mengetepikan cadangan mewujudkan akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan 1948, sebaliknya melaksanakan dengan tegas akta sedia ada itu dengan menambah baik peruntukan-peruntukan yang perlu.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan kaum di negara ini tidak berasas langsung sebaliknya dilihat hanya helah untuk menghapuskan akta tersebut oleh pihak yang tidak sukakannya.

"Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya, tidak. Patutkah ia dipinda? jawapan saya, ya. Masukkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan (Islam agama Persekutuan) ke dalam Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan bersama-sama Perkara 152, 153, 181 dan Bahagian III," katanya di dalam blog www.tunabdulhamid.com hari ini.

Abdul Hamid berkata, adalah lebih baik jika kerajaan memansuhkan kesalahan menghasut terhadap kerajaan di dalam Akta Hasutan sebaliknya mengekalkan kesalahan dan hukuman terhadap raja di dalam undang-undang tersebut.

"Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun, walaupun larangan itu ada, setakat saya tahu, kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap orang mengkritiknya kerana itu sebahagian proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?" katanya.

Abdul Hamid dalam pada itu turut mencadangkan agar segala urusan meminda atau berkaitan Akta Hasutan hendaklah diuruskan sendiri oleh kementerian bertanggungjawab iaitu Kementerian Dalam Negeri.

Katanya, tindakan pihak lain yang berperanan mendraf rang undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Hasutan menimbulkan pelbagai persoalan selain menampakkan pihak berkenaan mempunyai agenda serta helah tertentu yang menggunakan alasan Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi perpaduan kaum.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia, Azril Mohd. Amin bersetuju dengan pandangan Abdul Hamid agar Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan dimasukkan ke dalam Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan bagi mencegah sebarang kecenderungan atau perlakuan menghasut yang boleh menyebabkan penghinaan terhadap agama dilakukan khususnya terhadap Islam sebagai agama Persekutuan.

"Cadangan pindaan ke arah memperkasakan akta ini perlu dinilai secara objektif dan dilakukan berdasarkan keperluan dan realiti semasa di negara kita. Cadangan ini juga tidak boleh dilihat dari perspektif dan keghairahan mencapai standard hak asasi manusia semata-mata.

"Oleh kerana jatuh bangun negara dalam aspek keharmonian, perpaduan dan ketenteraman nasional amat bergantung kepada realiti budaya, sejarah dan faktor keagamaan dan berbeza dengan negara negara-negara lain yang juga mempunyai alasan dan latar belakang tersendiri dalam menentukan peruntukan undang-undang masing-masing," katanya.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya / Abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.06 am on SEPT 09,2014.

Kebangkitan rakyat Selangor tolak penderhaka.




Tindakan PKR dan DAP yang membangkitkan kemurkaan Sultan Selangor berikutan ingkat titah Baginda, turut mengundang rasa marah dikalangan rakyat negeri tersebut.
Petang Isnin bertempat di Kampung Jawa Klang, satu 'flashmob' diadakan untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap PKR dan DAP yang bersikap biadap terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kira-kira 100 orang berhimpun di sebelah Masjid Diraja Sultan Suleiman dengan berpakaian merah kuning iaitu warna negeri Selangor dengan membawa berbagai sepanduk.

Aksi spontan itu menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan tersebut. yang dinamakan Himpunan Rakyat Menjunjung Kasih Keatas D.Y.M.M Sultan Selangor itu disertai beberapa NGO seperti Waris Malaya,

Persatuan Penduduk Kampung Jawa dan Pertubuhan Belia 4B Kampung Raja bermula kira-kira 5 petang dan berakhir sejam kemudian.

Mohd Khusyairi Abdul Aziz yang menyertai perhimpunan itu berkata tindakan PKR dan DAP jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan tidak menghormati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Mohd Khusyairi yang juga Pengerusi Kelab Sosial dan Energetik Selangor, berkata mereka menyokong penuh sebarang keputusan Sultan Selangor.

Pada 27 Ogos lepas,Sultan Selangor bertitah supaya parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai. 

Namun, PKR dan DAP masing-masing telah mengemukakan satu nama yang sama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Dalam satu kenyataan media pagi Isnin yang dikeluarkan menerusi Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, beritahu pihak Istana sudah menerima jawapan daripada ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berkaitan calon Menteri Besar.

"Namun hanya PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan TIGA NAMA calon Menteri Besar. Manakala DAP dan PKR telah masing-masing hanya mengemukakkan SATU NAMA iaitu YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar," kata kenyataan itu.

PKR-DAP telah kemukakan calon satu nama itu menerusi surat bertarikh 27 Ogos 2014.

Sultan Selangor amat berasa dukacita dengan DAP dan PKR yang ingkar titah Baginda 27 Ogos.

"Tindakan DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor," katanya.-8/9/2014.(Dipetik dari Agenda Daily) Posted by abnmulya / Abu bakar Ningal.blogspot.com.. at 1.51 am on Sepyr.,09,2014.

Perjanjian air Selangor dimuktamad hujung minggu ini

Apabila projek pembekalan air Lamngat 2 dah selesai pembinaannya maka sistem pembekalan air di lembah Kelang tetap mencukupi dan tidak akan mengalami kemarau di kawasan takungan sepereti gambar di takungan air yang tertera di atas itu. Air beransur-ansur jadi susut.
SEPANG 8 Sept. - Perjanjian penstrukturan semula konsesi air di Selangor akan dimuktamadkan hujung minggu ini.
Pengguna air di rumah-rumah di 
Lembah Kelang tidak akan
 mengalami catuan air lagi seperti 
telah
 dialami beberapa bulan yang
 lalu oleh kebanyakan tempat di Selangor
 akibatair ditakungan jadi bertambah 
susut .

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perjanjian itu merangkumi semua perbincangan membabitkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

"Perbincangan itu bukan lagi akan membincangkan mengenai strategi, tetapi perkataan yang terkandung di dalamnya serta dipersetujui semua pihak," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Partnership Environmental Management for the Seas of East Asia (PEMSEA) di sini hari ini.

Difahamkan, selepas perjanjian itu dimuktamadkan tiada sebarang perubahan dapat dibuat walaupun berlaku pertukaran jawatan menteri besar. -Utusan online-Dalam Negeri.( Posted by abnmulya / Abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.23 midnight on Sept.m,09,2014.

AS serang kedudukan militan IS

Tentera AS membantu tentera Kurdish merampas kawalan ke atas Empangan Mosul, Iraq daripada kumpulan militan IS, smalam. - AGENSI 

BAGHDAD 7 Sept. - Amerika Syarikat, hari ini melancarkan empat serangan udara ke atas kedudukan kumpulan militan Negara Islam (IS), yang menyebabkan Empangan Haditha di barat Iraq berdepan ancaman.

Ia merupakan serangan pertama AS ke atas wilayah Anbar, barat Iraq, sejak ia memulakan kempen ketenteraan ke atas IS di utara negara ini pada bulan lalu.

Jurucakap Pentagon, Laksamana Muda John Kirby berkata, atas permintaan kerajaan Iraq, tentera AS melancarkan serangan udara ke atas IS di Empangan Haditha di wilayah Anbar.

"Kami melancarkan serangan ini bagi membendung ancaman ke atas keselamatan empangan tersebut yang kini masih berada di bawah kawalan Pasukan Keselamatan Iraq dengan anggota puak Sunnah,'' katanya.

Pemimpin ketua pasukan separa tentera di wilayah barat negara ini, Sheik Ahmed Abu Risha berkata, serangan itu menghapuskan kumpulan peronda IS yang cuba menyerang empangan tersebut yang merupakan kemudahan hidro elektrik kedua terbesar di negara ini dan menyediakan bekalan air kepada berjuta-juta penduduk.

"Serangan mereka tepat. Jika IS berjaya merampas kawalan ke atas empangan itu, kebanyakan kawasan di Iraq akan terancam termasuk Baghdad,'' katanya.

Menteri Luar Iraq, Hoshiyar Zebari menyambut baik peningkatan kempen serangan udara AS, dan menyatakan IS cuba mengawal beberapa aset strategik termasuk empangan-empangan di seluruh Iraq.

IS telah merampas kawalan sebuah empangan di luar Fallujah pada April lalu menyebabkan kawasan luar bandar di barat Baghdad banjir dan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal. - REUTERS(  Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya / Abu bakar Ninggal.blogspot.com at 1829 hrs on Sept., 08,2014.

Sunday, September 7, 2014

DAP,PKR 'Serang' Presiden Pas secara terbuka

Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR 7 Sept. - DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka berikutan pendirian tegas Presiden Pas itu yang menolak Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Malah, beberapa pemimpin DAP khususnya Tony Pua yang diketahui cukup rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak cukup celupar apabila mempersoal sejauh mana kehebatan Abdul Hadi dengan mengaitkan kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dan Kedah.

Di pihak PKR, 'serangan' ke atas Presiden Pas dimulakan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail apabila beliau menyifatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot di bawah pimpinan Abdul Hadi.

Dakwanya, keadaan itu terbukti jika melihat kepada pengaruh Pas di Terengganu, Kedah dan Perak yang menyaksikan Barisan Nasio-nal (BN) berjaya merampas kembali pucuk pimpinan negeri.
Tidak cukup dengan Saifuddin, turut sama 'menyerang' Abdul Hadi ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad apabila beliau yang baru dianggap setahun jagung dalam dunia politik secara lantang mengarahkan Pre-siden Pas itu menarik balik kenya-taannya yang mendakwa Wan Azizah sebagai tidak berkebolehan.

Persoalannya kini apakah akan ada pemimpin-pemimpin kanan Pas selain daripada kumpulan ulama bangkit mempertahankan Presiden Pas tersebut yang sedang diserang sebegitu rupa ataupun mereka yang dikenali sebagai puak 'Anwarinas' itu hanya membisu membiarkan Abdul Hadi keseo-rangan.

Tony Pua menerusi Facebook-nya berkata, kenyataan Abdul Hadi yang merujuk kepada ketidakupayaan Wan Azizah itu dibuat oleh seorang lelaki yang gagal mempertahankan Terengganu selepas hanya berupaya untuk menjadi Menteri Besar negeri itu hanya sepenggal.

"Lelaki yang enggan menggantikan Menteri Besar Kedah (merujuk kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) meski pun telah terlantar selama berbulan-bulan di hospital," katanya yang kemudian mendapat lebih 1,000 sokongan rakan Facebooknya sebagaimana dipetik, hari ini.

Tidak cukup dengan Tony Pua, Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim juga menghangatkan suasana apabila meminta Abdul Hadi menilai kemampuan beliau sebagai Presiden Pas terlebih dahulu sebelum bertindak mempersoal kewibawaan Wan Azizah.

"Biar fakta yang bercakap. Abdul Hadi adalah Menteri Besar apabila Pas kehilangan kuasa di Terengganu dan beliau merupakan Presiden Pas ketika parti itu hilang kuasa di Kedah. Itu adalah rekod kemampuan beliau," katanya sinis.

Sementara itu, seperti juga Nik Nazmi, Ketua Penerangan Wani-ta PKR, Azura Aziz juga tampil mengecam Abdul Hadi tetapi beliau bertindak lebih jauh apabila menyifatkan Presiden Pas tersebut sebagai mengkhianati pakatan pembangkang.

"Siapa dia untuk mengatakan bahawa Wan Azizah tidak mampu? Dia cuba meletakkan tiga nama daripada Pas dan bukannya apa yang telah dipersetujui semasa mesyuarat pakatan rakyat. Jika dia tidak berpuas hati dengan gabung-an pakatan, dia harus meninggalkan parti," katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu bakar ninggal.blogspot.com.at  12.21 noon on Sept.,08,2014.

Aktivis sosial mengaku tidak bersalah menghasut

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Seorang aktivis sosial, Ali Abd. Jalil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini hari ini atas tuduhan menerbitkan perkataan menghasut di laman Facebook awal tahun ini. - UTUSAN ONLINE-MAHKAMAH.( Posted by abnmulya / Abu  bakar ninggal.blogspot.com.at 12.04 Noon on Sept.,08,2014

PKR,PAS,DAP perlu jaga adat dan adab-Khalid Ibrahim

SEPANG 8 Sept. - Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP diminta supaya menghormati adat dan adab Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dalam membuat sebarang keputusan berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ( gambar kanana) berkata, sebarang keputusan perlu menghormati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mempunyai kuasa berhubung pelantikan Menteri Besar.

``Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu, tetapi dalam membuat keputusan kita perlu menjaga adat dan adab yang telah tersedia,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan online-Dalam Negeri ( Posted by abnmulya /Abu bakar ninggal.blogspot.at 11.53 am on Sepet.,08,2014.

Insiden MH370 dan MH17 mewajarkan rakyat miliki kerangka minda global


PUTRAJAYA 8 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ( gambar atas)hari ini melihat pengajaran yang dapat diambil daripada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17 yang terhempas di Ukraine, mewajarkan rakyat Malaysia untuk memiliki kerangka minda global tanpa menghakis asas jati diri.

Beliau berkata, apabila dua tragedi itu menimpa negara, ia memberi pengajaran bahawa dunia kini berada dalam situasi saling berhubungan dalam pelbagai arah dan saling bergantungan.

Ini bererti sama ada anggota pentadbiran, pegawai kerajaan mahupun pelajar institusi pengajian perlu membangunkan satu sistem dan satu budaya yang boleh memupuk kerangka minda global untuk berjaya, katanya.

``Kita hanya akan berjaya jika ada kerangka minda global. Semua ini, agensi-agensi, badan-badan kita lihat seperti Tabung Haji mesti ada kerangka minda global, begitu juga seperti Felda. Kita semua mesti ada, untuk apa? Untuk mengangkat maruah martabat kita ke peringkat lebih tinggi,'' katanya.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini, Najib menegaskan meskipun memiliki kerangka minda global, ia tidak beerti tidak perlu berpegang kepada asas jati diri.

``Kita sebagai orang Melayu tentu sekali agama Islam budaya kita, itu teras kita tetapi minda kita mesti berkemampuan bertindak dalam suasana yang lebih global,'' katanya. - BERNAMA( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulta / Abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1141 am on sEPE.,08,2014.

Sultan Selangor dukacita DAP,PKR ingkar titah

SHAH ALAM 8 Sept. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang ingkar terhadap titah baginda apabila hanya menyenaraikan satu nama untuk calon menteri besar yang baharu.

Tindakan kedua-dua parti itu menggambarkan mereka biadab kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada baginda. - Utusan online-politik.(Posted by abnmulya /Abu bakar n inggal.blogspot.com.at 11.12 am on Sept.,08,2014.

Saturday, September 6, 2014

Perpaduan azimat penting untuk UMNO rampas semula Selangor- Muhyiddin

SUBANG JAYA 7 Sept. - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin( gambar kanan) menegaskan, usaha merampas semula Selangor daripada pakatan pembangkang boleh dijayakan dengan syarat UMNO negeri itu perlu bersatu.

Menurut beliau, biar pun usaha untuk merampas Selangor tidak mudah jika dinilai kepada perkembangan politik semasa, tetapi perkara itu bukan mustahil dengan syarat perpaduan dalam parti diperkukuhkan.- Utusan online-politik.( Posted by abnmulya /Abu bakar Ninggal.blogspot.com at 1441 hrs on Sepetember 07,2014.

'Berkampung' Pimpinan Pertubuhan Api Sejagat Malaysia (API)Di Majlis Kenduri Kahwin Anak Perempuan Lan Lemang Di Gombak Utara.

Kaum Ibu beruniform merah sedondong itu ialah ahli-ahli dari Pertubuan Api Sejagat Malaysia (API) yang telah hadir  di majlis Berkampung di Majlis Kenduri Kahwin Anak Peempuan Ayahanda Mazlan Rashid ( Lan Lemang).



Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Sunday,August 07,2014 at 6.15 am

Syukur Alhamdulilah! Dengan izin Allah s.w.t. Termasuk kali ini, sudah tiga kali Mazlan Lemang ( Lan Lemang) telah mengadakan majlis Walimatul Uurus anak perempuannya yang ke-4 yang bernama  Nur Maz Amalyna binti Mazlan dengan Mohammad Aswad bin Abd Rusli.

Dari kiri: Ayahanda Hj.Rashid Fadzil,Wakil dari Fakeda Gombak,tengah ialah Dato Seri Abdul Aziz Ah Faat(Presiden) API. Sebelahnya ialah Dato Drs.Wahid Ahmad Suhaimi ( Timbalan Presiden API).
Majlis akad nikahnya telah berlangsung pada pagi Sabtu tanggal 6 hb.September 2014,bersamaan 11  Zukkaedah 1435 Hijrah,bertempat di rumah Lan Lemang, di Batu 10 Gombak Utara,Selangor.

Majlis persandingan kedua mempelai itu pula akan dilangsung pada jam 12.00 tengah hari,pada tanggal 07 hb.September 2014 bersamaan 12 Zukaeah 1435 Hijrah, di temapt yang sama iaitu, di rumah Lan Lemang juga di mana adat istiaat pernikahan itu telah berlngsung.

Disebabkan Lan Lemang ini dah begitu lama menjadi anggota (API) dan dah banyak berjasa dan berpangkat dengan panggilan Ayahanda disebabakan telah begitu banyak mencurahkan tenaga bakti pada perjuangan (API). dan ketika beliau hendak mengadakan majlis Walimatul Urus anak perempauannya yang ke 4 itu?

Maka satu Majlis 'Berkampung' telah diadakan di rumah Ayahanda Lan Lemang pada malam Sabtu(malam tadi)..

Penyumbang mmenanam tampil ke pembesar
suara mengumumkan jumlah tanama yang
dibuat atas namanya dan juga atas nama ahli-
ahli pertubuhannya yang tidak dapat hadir
Majlis berkampung ini diadakan khas untuk membantu secara gotong royong dari segi tenaga dan wang ringgit oleh pertubuhan-pertubuhan (NGO)yang telah bergabung di dalam Pertubuhan Api Sejagat Malaysia.

Yang menjadi pemimpin pada majlis itu ialah Pertubuhan Api Sejagat Malaysia,di mana Presidennya ialah Dato Seri Abdul Aziz Ah Faat.Timbalanya ialah Dato Dr.Wahid Ahmad Suhaimi.

Yang dikatakan Majlis 'Berakmpung' itu? Ertinya ialah satu majlis (menanam bantuan) kepada semua ahli-ahli yang berada di dalam bandan -badan Ngo yang telah didaftarkan dengan ROS dan pertubuhan itu pula dah pun bergabung di dalam Pertubuhan Api Sejagat Malaysai.

Usha serupa ini telah dijalankan oleh Pertubuhan Api Segajat Malaysia dah lama dah. Berkampung di rumah ahli-ahlinya dari pertubuhan ketika ahli-ahlinya yang hendak mengadakan majlis kenduri kahwin dengan cara 'menanam bantuan' yang berupa wang ringgit atau beras,gula dan sebagainya.
Beruniform merah Mazlan Lemang sedang menerima 
jumlah wang sumbangan tanaman RM2000-00 dan 
30 kilo beras yang disampaikan oleh Hj.Rashid 
Fadzil dari Fakeda Gombak.Beliau juga Ketua 
Penerangan Gabungan Ngo-Ngo Gombak. 
Bila tiba masanya individu-individu yang menajdi ahli di dalam sesuatu pertubuhan kebajikan itu yang telah menama sumbangan ketika Ayahanda Lan Lemang mengadakan majlis perkahwian anaknya itu?

Maka Ayahanda Lan Lembang kena membalas semula tanaman yang telah diberikan oleh individu-individu tersebut ketika tiba pula giliran individu itu mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya pula.

Misalnya ketika Ayahand Lan Lemang mengadakan majlis perkahwina anak perempuannya itu,?Si fulan itu dan si fulan ini telah dicatit (direkodkan) nama-nama mereka telah menanam tanaman yang berupa wang ringgi RM100-00 atau 50 kilo beras dan 20 kilo gula atau seekor kambing?

Wakil-wakil  API dari Bentung Pahang yang hadir pada
majlis Berkampung di rumah Lan Lemang,di Batu
10
,Gombak Utara,Selangor Darul Ehsan.
Maka Ayahanda Lan Lemang kena membayar semula tanaman orang-orang itu mengikut jumlah yang telah di tanam itu dengan jumlah yang sama atau lebih? Jika mampu untuk tanam untuk kegunan ketika Lan Lemang akan mengadakan mejlis  kenduri kahwin anak-anaknya yang seterusnya..

Baik ianya berupa wang tunai atau berupa beras atau gula atau sebagainya.

Cara ini bukan bererti sumbangan tanaman itu percuma aje dan tidak perlu dibalas?

Tidak...tidak begitu...Ianya perlu dibalas semula seimbang dengan jumlah yang pernah orang-orang itu telah menanam sumbangan.

Usaha mulia ini dilakukan ialah semata-mata untk membantu ahli-ahli pertubuhan yang bergabung dengan Pertubuhan Api Sejagat Malaysia yang  dilihat banyak kekuranan untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anak-anak mereka yang memerlukan ongkos yang besar. Perlu dibantu.
Anggota dari API sedang mengira wang-wang yang telah
ditanam pada majlis Kenduri Kahwin Anak Peempuan Lan
Lemang yang berlngsung pada 07/09//2014

Usaha-usaha begini telah lama dilakukan di kampung-kampung di zaman dulu kala iaitu, dizaman susah dulu di mana ketika itu tidak ada orang-orang yang kaya raya dan sering menghadapi masalah kewangan untuk membeli itu dan ini,ketika tiba masanya mereka nak mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.

Negeri penulis iaitu di Melaka, di zaman dulu-kala,boleh dikatakan kebanykan orang-orang kampung ketika nak mengadakan majlis keduri kahwin telah mengamalkan system yang begini dengan  menanam sumbangan.

Disebabkan adanya bantuan secara menanam ini? Maka majlis kenduri kahwin itu dilihat telah berjalan dengan lancar dan beban berat telah dapat dikurang oleh orang-orang yang miskin.

Dengan kata lain? Menyumbang bantuan secara menanam sumbangan kepada jiran tetangga sekampung,sahabat handai sekampung pada umumnya ketika itu cari pagi makan malam.

Misalnya, ibu penulis akan dimaklumkan bahawa jiran-jirannya atau adik kakak, nak mengadakan majlis perkahwinan? Maka ibu penulis akan menyumbang menanam sumbangan bantuan sebanyak 300 biji telur ayam?.

Maka apabila tiba giliran ibu penulis hendak mengadakan majlis kenduri kahwin anak-anaknya pula? Maka jiran-jiran atau adik kakak penulis harus segera berikhtiar membuat persedian untuk membayarnya atau membalas tanaman yang telah ibu penulis telah tanamkan sumbangannya itu.

Ustaz Joe telah membaca doa selamat sebelum
kutipan tanaman dimulai pada malam itu.
Dengan cara ini? Maka segala kesulitan yang dialami oleh penduduk-penduduk kampung yang amnya ketika zaman dulu kala itu boleh dikatakan dijajah oleh British keadaan hidup susah-susah belaka kerana tak punya pekerjaan yang tetap.

Justeru itu,Mesti menempuh keadaan yang perit ketika nak mengadakan majlis kenduri kahwin anak-anak mereka?

Kesulitan itu? Pasti akan dibantu secara 'gotong royong' dengan cara menanam setakat yang mampu.Pepatah Melayu ada mengatakan,

"Berat sama dipikul.Jika ringan sama-sama dijinjing," oleh masyarakt kampung.

Dengan berbuat begitu? Maka beban berat yang terpaksa ditanggung oleh orang-orang miskin di kampung di zaman dulu kala itu? Ianya, menjadi ringan dengan  ada bantuan gotong royong cara menanam itu.

USAHA Pertubuhan Api Sejagat Malayia ini? Harus diberi pujian dan harus diikuti oleh Pertubuah Kebajikan (NGO-NGO) yang lain-lain  juga.Tak usah kira pada zaman dulu kala atau dfi zaman ini?Pendek kata,kesempitan dan kesusahan dan itu berada di mana-mana sahja dan ia menghimpit masyarakt di sepanjang hayat dan zaman.

Tak kira zaman dulu mahupun ketika zaman moden ini? Walau bagaiman maju dan kaya sesebuah negara di dalam dunia ini.? Rakyat yang miskin dan serba kekurangan yang memerlukan pertolongan pasti ada di mana-mana sahaja. Usha untuk membantrunya mesti dicari dan diusahakan sebaik mungkin.

Oleh itu system cara bergotong-royong( menanam sumbangan) yang boleh dikatakan telah dihidupkan oleh Pertubuhan Api Sejagat Malaysia (API)di bawah pimpinan Dato' Ser Abd.Aziz  dan Dato Dr.Wahid Suhaimi yang bersama-sama mengasaskan parti keADILan pada 1999 itu?

Harus diteladani dan jadi bahan ikutan.Baik jadi ikutan.Bak kata orang tua-tua kita!Jika baik jadikan ikutan!Jika tak baik buatlah sempadan!

JUMLAH TANAMAN DIBUAT
Jika lain uniform sedondong yang mereka pakai? Maka
ertinya mereka ini dari pertubuhan NGO yang lain,tetapi
nawaitu perjuangan mereka adalah sama juga dengan (API)
.

LEBIH kurang seramai 60 atau 70 orang yang telah hadir pada malam itu.Banyak di antarnya ialah anggota dari Pertubuhan Api Sejagat Malaysia (API) dan juga dari wakil-wakil dari Pertubuhan -Pertubuhan Kebajikan lain (badan-badan NGO yang lain) telah bergabung di dalam (API)bertemu,dengan cara berkumpul pula cara beramai-ramai membantu ahli-ahli gabungan mereka..

Pun begitu? Majlis pada malam itu telah berjaya menerima sumbangan tanaman wang tunai sebanyak RM2,000-00 ( Dua ribu ringgit Malaysia) dan 30 kilo beras dalam masa  lebih kurang 45 minit kutipan.

Ada yang memberi sumbang secara individu dan banyak juga yang membuat sumbangan tanaman individu dan juga secara kelompok di antara ahli-ahli NGO mereka yang tidak dapat hadir pada malam itu.
Kebetulan pada malam yang sama banyak anggota dari banyak pertubuhan NGO yang lain tidak dapat hadir pada malam itu disebabkan mereka ada satu majlis lagi di Selayang .

Mereka bertemu di Selayang dalam bilangan yang ramai untuk menunjukan sokongan kuat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, berhubung dengan isu kemelut Menteri Besar Selangor yang sedang dihapi oleh Sultan Selangor.dan parti-parti politik yang berada di dalam gabungan (Pakatan Rakyat) yang berjaya berkuasa di Selangor sejak tahun 2008 hingga kini iaitu hingga ke tahun 2014.

Acara terakhir pada malam  itu iaah kedua mempelai yang baru sahaja diakad nikankah pada paginya hadir ke dalam Majlis Berkampung itu untuk mengucapkan kepada semua hadirin yang (Berkampung) di dalam Majlis Berkampung  itu atas usaha suci mereka mengadakan majlis Berkampung untuk mendapatkan tanam-tanaman yang berupa sumbangan wang ringgit dan sebagainya.
Mereka berkumpuil di Selayang ialah dalam usaha untuk menunjukan pendirian mereka yang tegas bahawa di dalam menghadpi kemelut politik berhubung dengan isu Menteri Besar Selangor yang belum selesai itu?/

Tuanku Sultan tidak kesaorangan.Rakyat jati Selangor dan juga para penduduk yang bermastautin di Selangor,khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.tetap berada teguh di belakang Tuanku Sultan Selangor.

Tetap menyokong penuhdan terus menyokong dengan kuat apa sahaja keputusan yang bakal diambil oleh Sultan Selangor di dalam mengatasi isu Menteri Besar Selangor itu.(Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal. blogspot.com at 6.15 am on September 07,2014.
./

Friday, September 5, 2014

Calon MB: PKR kecewa Pas tak hormati muafakat pembangkang

Datuk Saifuddin
 Nasution,Setiausaha
Agung PKR
PETALING JAYA 5 Sept. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kekecewaan terhadap Pas kerana tidak menghormati keputusan muafakat pakatan rakyat dalam mencalonkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata keputusan pemuafakatan itu sebenarnya telah dicapai antara pemimpin tertinggi PKR, Pas dan DAP dalam satu mesyuarat khas 17 Ogos lalu.

"Saya berpendapat tidak sukar untuk memahami peri pentingnya muafakat itu dijaga," katanya kepada Bernama selepas mesyuarat biro politik parti dan pertemuan 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor di ibu pejabat PKR hari ini. - BERNAMA ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com at 1.04 am on Sepetember 05,
2014

Nik Aziz harap Pas ganti PKR di Pengkalan Kubor

Tuan Guru
Nik Aziz Nik Mat
KOTA BHARU 5 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap parti itu dapat menggantikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Saya orang Pas, saya nak Pas lah," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk membuat keputusan berhubung calon pakatan pembangkang yang bakal bertanding dalam PRK itu. - Utusan online-politik.(Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com at 1856 hrs on September 05,2014.