Tuesday, September 23, 2014

Guan Eng jahil politik- Exco PaS

KLANG 23 Sept. - Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Sallehen Mukhyi menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai 'jahil politik' berikutan tuduhan terhadap empat Exco kerajaan negeri daripada Pas yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sallehen yang merupakan salah seorang daripada empat Exco Pas terbabit berkata, tindakan Guan Eng itu hanya sekadar untuk menjaga kepentingan diri sendiri selain mahu mendapatkan kelebihan politik.

"Beliau sendiri mempunyai kepentingan kerana kerajaan DAP Pulau Pinang juga perlu dipertahankan memandangkan DAP dibantu 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mentadbir negeri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi Exco Pas, Dr. Ahmad Yunus Hairi memberitahu, kenyataan Guan Eng itu tidak sepatutnya dikeluarkan memandangkan keputusan yang dibuat telah dirujuk kepada jawatan tertinggi Pas dan bukannya keputusan individu.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang turut kesal dengan Guan Eng pula berkata, keempat-empat Exco daripada Pas itu melakukan pengorbanan yang besar bagi memastikan kerajaan negeri Selangor terus berfungsi sekali gus mengelakkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor daripada dibubarkan. ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Au bakar ninggal.blgspot.com at 1444 hrs on Sept., 24,2014

No comments: