Saturday, April 30, 2016

TOLAK KESEMUA 35 CALON BEBAS--PM.

MD AZRIN ROSLY | 01 Mei 2016 12:44 AM 


Najib Tun Razak bersamah mesra dengan masyarakat Penan pada majlis Najib Tun Razak bersamah mesra dengan masyarakat Penan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di Rumah Panjang Mareng Penan di Suai, Niah, Miri, semalam. BERNAMA

SIBUTI 30 April -Ini kuasa demokrasi, gunakanlah kuasa undi dengan bijak, kalau nak melabur, labur dengan bijak dan nak buat sesuatu gunalah kebijaksanaan.

“Itu asas kita pada 7 Mei (pengundian) nanti, bukan soal peribadi suka atau tidak suka, tapi gunakan kebijaksanaan,” ujarnya. Kata Najib:
 Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengundi Sarawak menolak kesemua 35 calon Bebas yang bertanding kerana mereka tidak mampu membawa sebarang pembangunan untuk manfaat rakyat.

\Tegas Perdana Menteri, sekali pun memenangi kerusi dalam pilihan raya negeri kali ini, mereka sama sekali tidak akan diterima menyertai Barisan Nasional (BN).

“Pembangkang yang bergerak sebagai calon Bebas tidak dapat berbuat apa-apa pun untuk membawa perubahan kepada rakyat.

\“Jika menang, mereka tidak akan diterima dalam BN, hanya yang diiktiraf adalah calon BN seperti di sini bagi kerusi Bekenu adalah Rosey Yunus dan Lambir, Ripin Lamat. Pembangkang kita tolak dan Bebas kita tolak.

“Oleh itu, tidak payah kita bercakap banyak, pembangkang hanya boleh berjanji, nak api-apikan perasaan, mengadu-domba tapi tidak boleh menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak cucu kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sibuti di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir, Ripin Lamat (BN-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan calon Bekenu, Rosey Yunus (BN langsung).

Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan di hadapan ribuan penduduk di sini mengenai penyaluran peruntukan RM94.8 juta untuk projek bekalan air DUN Bekenu yang akan memanfatkan tiga buah kampung iaitu Lajoh, Rumah Mandau dan Ngayum yang bermula pertengahan tahun ini.

\Turut diberi peruntukan adalah pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di DUN Bekenu dan DUN Lambir yang masing-masing berjumlah RM1.5 juta. Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta pengundi supaya menggunakan kuasa demokrasi yang diberikan dengan bijaksana.

“Jika pejam mata kita, tanya kepada diri secara ikhlas. Bukan sahaja perasaan emosi tapi dengan kepala yang dingin, sudah tentu jawapan amat mudah, tidak lain tidak bukan adalah kerajaan BN.” 

Pengerusi BN negeri, Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini mendakwa, terdapat calon Bebas yang ditaja oleh beberapa ‘taikun besar’ dengan puluhan ribu ringgit tetapi tidak berkempen.

“Kebanyakan atau 90 peratus wang yang ditaja masuk ke dalam poket sendiri, maka itu dianggap seperti menipu.

“Saya dapati mereka sedar mereka tidak boleh berbuat apa-apa walaupun menang tetapi mereka tetap cuba bertanding dan berharap BN akan menerima mereka selepas itu,” katanya. (Utusan online-) .Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 3.39 am on Mei 01,2016.

Chong Wei jinakkan Lin Dan dalam separuh akhbir

LEE CHONG WEI
30 April 2016 5:56 PM 

KUALA  LUMPUR 30 April – Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia apabila menjinakkan musuh tradisi Lin Dan 22-20, 15-21, 21-4 selepas bertarung selama satu jam, 11 minit dalam separuh akhir di Wuhan, China sebentar tadi. Dengan kemenangan itu, Chong Wei (gambar) mara ke perlawanan akhir dan akan berdepan seorang lagi pemain tuan rumah, pemain No. 1 dunia Chen Long esok.( Utusan online)Posted by abn mulya //hajni abu bakar ninggal.blospot.com at 3.18 am on Mei 01,2016.

Friday, April 29, 2016

Chong Wei,Lin Dan buat perhitungan

SUFIAN HADI SOJA :30 April 2016 12:17 AM 

LEE CHONG WEI dan Lin Dan (gambar atas) akan bertarung dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China hari ini. 

KUALA LUMPUR 29 April - Selepas gagal untuk bertemu Lin Dan dalam Siri Super Premier Terbuka Malaysia awal bulan ini, Datuk Lee Chong Wei kini berpeluang bersemuka dengan musuh tradisinya itu apabila masing-masing mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China esok.


Penantian peminat untuk menyaksikan kedua-dua jaguh dunia itu bertemu tercapai selepas bekas pemain No. 1 dunia Chong Wei menyingkirkan Chou Tien Chen dari Taiwan 21-16, 21-18 dalam tempoh 49 minit hari ini.
Sebelum ini, peminat badminton menjangkakan kedua-dua pemain itu akan bertemu dalam Terbuka Malaysia, namun pemain ketiga dunia dari China, Lin Dan terkandas di suku akhir kepada Jan O Jorgensen dari Denmark, manakala Chong Wei meneruskan kemaraan sehingga muncul juara.
Dalam pada itu, jurulatih perseorangan negara Hendrawan menggesa Chong Wei agar lebih bersedia menerima tekanan kerana terpaksa mengharungi perlawanan separuh akhir itu di depan penyokong tuan rumah.
“Untuk jumpa Lin Dan esok, mungkin semua orang sudah tertunggu-tunggu perlawanan ini. Bagi Chong Wei, esok mungkin perlu lebih bersedia dari segi mental selain perlu banyak bersabar.
“Ini kerana Lin Dan sudah pasti akan mendapat sokongan lebih daripada penonton.
“Apa pun hasilnya esok, menang atau kalah, kita akan menilainya untuk persediaan mengharungi Sukan Olimpik (di Rio de Janeiro, Ogos ini),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Sehingga kini, rekod pertemuan masih lagi menyebelahi Lin Dan dengan 25 kemenangan, manakala Chong Wei yang menduduki ranking kedua dunia pula menang sepuluh kali.
Sementara itu, mengulas mengenai aksi menentang Tien Chen, Hendrawan berkata Chong Wei dapat beraksi dengan baik hari ini kerana persekitaran gelanggang yang lebih selesa berbanding semalam.
“Situasi gelanggang jauh berbeza. Terdapat angin kerana cuaca hari ini sedikit panas di sini, jadi penyaman udara dihidupkan.
“Maka dari situ, Chong Wei dan pihak lawan masing-masing bermain lebih ke arah menyerang. Berbeza dengan semalam, mereka bermain secara rali disebabkan bulu tangkis terlalu perlahan dan tiada angin (di dalam stadium),” katanya.(Utusan online).Posted by abnmuly //haji abu b akar ninggal.blogspot.com.at  1406 hrs on April 30,2016.

Wednesday, April 27, 2016

Biodata Gabenor baharu Bank Negara

BERNAMA: 27 April 2016 5:26 PM


KUALA LUMPUR, 27 April- Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim, 56, dipilih sebagai Gabenor baharu bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada akhir April.
Biodata Gabenor Baharu Bank Negara
Datuk Muhammad Ibrahim
Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010, akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei, 2016.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Harvard University, Ijazah Perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma lepasan ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.
Sebelum itu Muhammad juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti.
Ketika ini beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Profesional Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF), Pengarah Agensi Akreditasi Kewangan, Pengarah Bebas Petronas dan ahli lembaga Kumpulan Wang Persaraan.- BERNAMA (Utusan online).Posted by abn mulya //hj.abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.33 non on April 28,2016.

Tuesday, April 26, 2016

Dr.Mahathir semakin terdesak tagih simpati

HUSSAINI AMRAN< :27 April 2016 1:35 AM 


KUALA LUMPUR 26 April – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini dalam keadaan terdesak apabila beliau tidak lagi mendapat sokongan daripada UMNO.
DATUK TENGKU SARIFFUDDIN TENGKU AHMADLEMBAGA PENGARAH UTUSAN MELAYU
TENGKU SARIFFUDDIN TENGKU AHMAD

Setiausaha Akhbar Perdana Men­­teri, Datuk Seri Tengku Sa­riffuddin Tengku Ahmad berkata, Dr. Mahathir terpaksa meninggalkan UMNO dan menagih simpati pakatan pembangkang melalui Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Menurut beliau, ahli-ahli UMNO menganggap tindakan Dr. Mahathir cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata bagi membuka laluan untuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai keterlaluan.

"Begitu juga dengan pembohongan Dr. Mahathir kononnya RM42 bilion hilang daripada akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuktikan tindakan Dr. Mahathir menggunakan isu 1MDB untuk menyerang Perdana Menteri adalah tidak berasas,” katanya dalam kenyataan me­la­lui laman Facebook rasmi Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Tengku Sa­riffuddin menambah, Dr. Mahathir sepatutnya membiarkan anaknya berdikari dalam politik memandangkan Mukhriz mendakwa beliau menerima sokongan 80 peratus ahli UMNO.
Beliau turut menempelak Dr. Mahathir yang hanya tahu menyalahkan Perdana Menteri di atas kegagalan Muhkriz memenangi kerusi Naib Presiden UMNO tiga tahun lalu serta penyingkiran anaknya daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

“Sekiranya benar Mukhriz mendapat sokongan 80 peratus ahli UMNO, sudah tentu beliau kini menjadi Naib Presiden UMNO atau masih bergelar Menteri Besar Kedah,” jelasnya.
Tengku Sariffuddin berkata, apa yang Dr. Mahathir perlu lakukan adalah mengumumkan calon-calon bagi jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Bagaimanakah seorang pemimpin yang membuat segala keputusan sendiri boleh mengelak daripada menjawab persoalan penting ini?,” ujarnya.

Menurut beliau, Dr. Mahathir tidak boleh menyalahkan rakyat yang mengaitkan rancangannya menjatuhkan Perdana Menteri dengan usaha membuka laluan untuk Mukhriz selagi persoalan itu belum dijawab.

Pada masa sama, Tengku Sarifuddin menjelaskan, Najib akan terus memberi tumpuan terhadap isu-isu yang penting di negara ini khususnya memerangi ancaman keganasan serta melaksanakan rancangan ekonominya untuk rakyat.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu b akar ninggal.blogspot.com.at 12.14 noon on April 27,2016.

Tiada sebaab rakyat Sarawak sokong pembangkang

26 April 2016 1:04 AM 

 AHMAD ZAHID HAMIDI (dua dari kanan) bersama calon N.64-Baleh, James Jemut Masing (dua dari kiri) melambai warga Kapit sewaktu bersama-sama penyokong Barisan Nasional berarak menuju ke pusat penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Dun Sarawak ke-11 di Dewan Suarah Kapit, Sarawak, semalam. – Utusan / AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN 

KAPIT 25 April – Tiada sebab rakyat di negeri ini mempertaruhkan nasib mereka bersama pembangkang yang dilihat hanya muncul semasa pilihan raya diadakan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak nampak me­ngapa pengundi harus memberi sokongan kepada pembangkang yang dilihat masih bertelegah sesama sendiri.
“Mereka datang dan pergi, tidak dapat memberikan apa-apa janji kecuali hanya kata-kata kemarahan dan menanam kebencian yang kononnya mahu menjadi pembangkang yang kuat sebaliknya bersifat kacau daun di dalam beberapa kawasan DUN (Dewan Undangan Ne­geri) di Sarawak.
“Walaupun mereka tahu tidak boleh menang namun masih mahu memperlihatkan rasa keberadaan mereka di kawasan-kawasan ini (luar bandar) bagi tujuan jangka panjang.
“Saya lihat masyarakat luar bandar sendiri tahu bahawa mereka (pembangkang) tidak boleh berbuat apa-apa di sini kerana kerajaan me­lalui kementerian khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa membantu dan memastikan pembangunan masyarakat di sini,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Tamu Kapit dan sekitarnya hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi.
Terdahulu, ribuan penduduk di sini hadir menyatakan soko­ngan mereka kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh, Pelagus dan Bukit Goram yang bertanding dalam PRN-11.
Ahmad Zahid turut mengiringi calon DUN Baleh, Tan Sri James Jemut Masing (BN-PRS) bersama penyokongnya dengan berarak sejauh 500 meter ke Dewan Suarah Kapit pada pukul 9.10 pagi ini.
Di kawasan sekitar Kapit, terdapat tiga tempat penamaan calon iaitu DUN Baleh di Dewan Suarah Kapit; Pelagus (Wilson Nyabong, BN-PRS) di Pejabat Majlis Daerah Kapit dan Bukit Goram (Jefferson Jamit, BN-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di Kompleks Kerajaan Ne­geri.
Mengulas pertelagahan dalam kalangan parti pembangkang me­ngenai calon-calon mereka yang tidak berkesudahan, Ahmad Zahid memberitahu, masalah itu akan dilihat rakyat sebagai sesuatu yang harus ditolak dalam PRN-11 ini.
“Kalau soal dalaman mereka pun tidak dapat selesaikan, apa lagi untuk menyelesaikan masalah rakyat.
“Saya cukup yakin bahawa dalam keadaan sekarang, rakyat boleh membuat perbandingan antara pembangkang dengan lebih 53 pelaksanaan dan perubahan transformasi yang dilakukan Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem) yang memperlihatkan komitmen beliau selama dua tahun pentadbirannya.
“Tentunya pertelagahan yang ada dalam pembangkang akan dilihat rakyat sebagai sesuatu yang harus ditolak dalam pilihan raya negeri ini pada pengundian 7 Mei nanti,” jelasnya.
Mengulas kemenangan tanpa bertanding BN di DUN Bukit Sari dan DUN Bukit Kota hari ini, beliau menyifatkan kemenangan itu sebagai petanda positif.
“Ia memperlihatkan manifestasi kepada kebolehpercayaan rakyat kepada calon-calon ini,” ujarnya.( Utysn online).Posted  b y abnmulya //hsji sbu bsksrf ninggsal.blogspot.com at 2206 hrs on April 26,2016.

MH17 : CIA TERLIBAT?

26 April 2016 12:33 AM 



Stesen rangkaian televisyen Britain, BCC akan menyiarkan dokumentari memaparkan bukti pesawat MH17 ditembak jatuh sebuah jet tempur Ukraine. AGENSI 

LONDON 25 April - Stesen rangkaian televi­s­yen Britain, BCC menampilkan bukti terbaharu yang menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh pesawat tempur Ukraine berbanding penggunaan sistem peluru berpandu permukaan ke darat, BUK seperti yang dinyatakan laporan rasmi sebelum ini.

Menurut portal Mail Online, BBC akan menyiarkan dokumentari khas berhubung nahas terbabit dengan menampilkan beberapa teori yang dikaitkan dengan punca pesawat terbabit meletup di udara sebelum terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai 2014, menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Selain itu, BBC turut mendakwa tragedi itu berpunca akibat operasi pengganas yang dibantu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Dokumentari bertajuk “The Conspiracy Files: Who Shot Down MH17 itu akan disiarkan pada 3 Mei ini.

Walaupun laporan rasmi oleh pasukan penyiasat antarabangsa menyebut pesawat itu ditembak jatuh oleh sistem pertahanan buatan Rusia, BUK dari kawasan yang dikuasai oleh pemberontak pro-Moscow, namun dokumentari ber­kenaan mengumpul ken­yataan beberapa orang saksi yang mendakwa kapal terbang Boeing 777 terbabit ditembak oleh sebuah pesawat pejuang.

Wartawan Jerman yang menyiasat kes itu, Billy Six mewawancara kira-kira 100 saksi untuk program khas BBC tersebut dengan tujuh daripadanya mendakwa melihat kelibat sebuah jet tempur pada hari kejadian.

Bagaimanapun juruterbang pesawat tempur Ukraine, Kap­ten Vladislav Voloshin yang dituduh terlibat dalam tragedi berkenaan, menafikan dakwaan tersebut.

Dokumentari BBC itu turut menampilkan teori tentang penglibatan CIA melancarkan operasi pengganas untuk meletupkan pesawat terbabit bagi menyalahkan Rusia yang juga seteru AS.
Teori berkenaan dicetuskan oleh penyiasat peribadi, Sergey Sokolov yang percaya CIA membantu pasukan perisikan Ukraine dan Belanda untuk meletakkan bom dalam pesawat itu ketika di Amsterdam.

“Tindakan pengganas ini pada asalnya bertujuan untuk meningkatkan sekatan terhadap Rusia selain membuktikan kepada dunia bahawa Moscow adalah negara yang tidak bertamadun kerana sanggup meletupkan pesawat penumpang.

“Operasi terbabit membuka peluang kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk mengukuhkan kedudukan di Eropah terutamanya di Ukraine yang bergolak akibat pemberontakan,” katanya.( UTUSAN ONLINE).POSTED BY ABNMULYA //HAJI ABU BAKAR NINGGAL BLOGSPOT.COM.at 2135 hrs on April 26,2017.

Saturday, April 23, 2016

Formula politik Mahathir gagal satu padukan Melayu

Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.Beliaulah paling kuat diuji dan ketua yang menentnag Najib ialah Mahathir Muhamad.Bekas Perdana Menteri Malaysia yang  berkuasa selama 22 tahun atas  tiket parti Umno. Patut kah itu?Fikir-fikirkanlah...

Haji abu bakar ninggal
Ahad,April 24,2016 @11.22 am

 Pada mula-mulanya apbila Muhyiddin Yassin digugurkan dari kabinet Najib,saya ada menulis di dalam blog saya (Hj.Abu BakarNingal.blogspot.com)..

Saya ada menegaskan bahawa jika Muhyididn Yassin mengambil contoh bagaimana reaksi Gahfar Baba dan Musa Hitam,didapti langsung tidak menggunakan pengaruh politiknya demi perpaduan parti Umno itu sendiri sebaik sahaja Musa dan Ghafar Baba dilihat tidak lagi bersedia bersama-sama di dalam kabinet Mahathir.

Jika nak kira pengaruh dan kehebastanpolitik? Pengaruh politik Musa Hitam dan Ghafar Baba itu sendiri. Adalah jauh lebih hebat gegarannya berbanding dengan gegarn politik Muhyiddin Yassin.dan Shafie Apdal . 

Pun begitu? Demi kasih dan sayangnya mereka terhadap parti Umno itu sendiri?( Parti kermata) bagi orang-orang Melayu. 

Mahathir dah keluara Umno buat kali
yang ke duanya. 

Mereka dilihat langsung tidak mementingkan kepentingan peribadinya. Musa Hitam dan Ghafar Baba, dilihat terus tutup mulut dan sunyi senp dan langsung tidak ada buat sebarang komen politik negastif tentang Mahthir?


Mereka sedar jika  mereka membuat komen politik tentang Mahathir? Mereka sedar  jik amereka buat sebarang komen  yang positif? 

Scara otomatk akan merosakan nama baik parti Umno.Kerana Mahthir masih Presiden parti Umno. Mereka serhkan kepada ahli-ahli Umno dan rakyat yang membuat penilaianya.Kenapa dan mengpa mereka dilihat tidak  lagi seiring bahu dengan Mahathir.? Hanya juhari yang kena pada manikam.

Hanya Anwar Ibrahim yang sanggup menelanjangi politik Mahathir sebaik sahaja Anwar telah digugurkan dari kabinet Mahathir dan sekaligus dari keahlian parti Umno.

Anwar tidak boleh disalahkan.Keran a beliau ditendng dari kabinet Mahthir begitu rupa?
Dan kemudiannya ditimpakan  ke atasnya dengan isu politik bukan sahaja Anwar mendapat malu?Malah sekaligus memalukan seleuruh keluaranya Anwar Ibrahim dikalngan lawan dan kawan.

Isu tilam masuk mahakamah dan keluar mahkamah dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesnya.Anwar. Tidak pernah terjadi demikin sebelum kes Anwar Ib rahim itu?

Tindakan Anwar habis-habisan melawan bekas taukehnya (Mahthir) itu? Memang kena pada masanya. Justeru itu,tidaklah menghairankan bahawa  tindakan yang Anwar lakukan itu telah mendapat simpati dari rakyat bukan kepalang.Imej Umnmo rosak dan mengalami kekalahan yang teruk.


Muhyiddin Yassin,Timbalan
Presiden Umno
Taktik Anwar Ibrahim itu? Kini diikuti pula oleh Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal. Tradisi politik Umno yang telah diubah oleh Mahathir itu? Kini telah diikuti ole para pemimpin Umno yang terkemudiannya.

Banyak permerhati politik dna rakyat Malaysia berpendapat bahawa Muhyiddinj Yassin dan Shafie Apdal tidak akan jadi bnegitu nekad/? 

Jika  tidak ada dalang yang menghasut sambil menjanjikan bulan dan bintang pada Muhyididn dan Shafie? Siapa yang tidak tertarik jika bulan dan bintang dijadikan ganjaran janjinya?

Inilah puncanya parti Umno lemah dan bangsa Melayu semakin berpecah belah. Parti Umno hilang kuasa politik pada PRU ke-10 (tahun1999) di  negeri Trengganu jatuh di tangan pati PAS. Seteruanya parti Umno hilang hingga 5 negeri pada PRU ke-12 (pada tahun 2008) dan selanjutnya pada PRU ke-13 pada tahun 2003.

Negeri-negeri yang Umno-BN hlang kuasa politik di tangan pembangkang pada PRU ke-12 pada tahun(2008) ialah Selangor,Kedah,Perak, Pulau Pinang dan Kelantan.


Shafie Apdal,Naib Presiden 
Umno.
Jika Anwar Ibrahim tidak ditendnag oleh Mahathr dengan begitu hina dina sekali?

Tak akan lahir di Malaysia ini parti  keADILan Rakyat.Tidak akan wujud pakatan pembangkang Barisan Alternatif  yang di ilhamkan oleh Anwar Ibrahm dan d ianggotai oleh  parti PKR/PAS/DAP. dan Umno tidak boleh mengalami kekalahan yang amat teruk. T

Tradisi politik FORMULA Mahathir itu?Makan diri Ssendiri.Parti Umno yang terpaksa menanggung bebanya bert sekali?

Umumnya parti-parti baru ini untuk mencpai matklmatnya?Gunakan nama rakyat demi kepentingan politik peribadi masaingp-masing..Perpaduan bangsa Meayu langusng tidak mereka pedulikan langsung.

Ternyata perubahan tradisi berpolitik cara Mahathir di dalam Umno itu hanya menguntungkan Mahatghir  berpeluang jadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Mahathir ubah kenalkan formula baru plitik Malaysia demi kepentingan peribadinya dulu-dulu itu?Kini didapti ia dilihat memecah belahkan bangsa Melayu dan merugikan orang-orang Melayu itu sendiri.

Ternyata formula politik cara Mahathir itu gagal untuk mengwujudkan perpaduan bangsa Melayu di Malaysia ini?>Sebaliknya semakin berpecah belah.Apakah ujung-ujungnya? Hanay Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahuinya.( Posted by Abnmulya  or   haji Abu bakar ninggal blogspot. com at 11.22 am on April 24,2016.).

Generasi UMNO perlu contoh Tun Ghafar

OLEH SUFFIAN ABU BAKAR (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY)
 24 April 2016 12:59 AM 



Mohd. Khalil Yaakob (empat dari kiri) bersama Najib Tun Abdul Razak dalam Majlis Bacaan Tahlil Doa sempena 10 tahun pemergian Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba di Memorial Tun Abdul Ghafar Baba di Bukit Peringgit, Melaka, semalam. Turut hadir (dari kiri), Tengku Razaleigh Hamzah, Abu Zahar Ujang, Idris Haron dan Abdullah Ahmad Badawi. – MINGGUAN/ MOHD. AZIM ABD. RAHMAN 


 MELAKA 23 April - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua ahli parti itu agar mencontohi semangat bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba dalam perjuangannya mempertahankan agama, bangsa dan negara sehingga layak digelar tokoh negarawan yang perlu disanjung selama-lamanya.

Katanya, ahli UMNO juga diminta mengingati dan mencontohi tiga nilai yang ada dalam diri Allahyarham iaitu kesetiaan kepada parti, ketaatan kepada pemimpin dan ketulenan terhadap perjuangan UMNO.

“Sebab itu apabila kita berkumpul hari ini, kita mengenang kembali perjalanan UMNO selama ini, kita juga kenang budi dan jasa pemimpin terdahulu dan tanggungjawab kita adalah meneruskan apa pesanan pemimpin terdahulu.

“Walaupun mereka tidak lagi ada bersama, mereka mahu kita terus mempertahankan UMNO dan menegakkan UMNO, bukan meninggalkan UMNO, mengkhianati UMNO kerana selagi ada UMNO, perjuangan boleh diteruskan. Tanpa UMNO terkuburlah segala-galanya macam Encik Ghafar cakap, “tiada UMNO tiada Barisan (Nasional), hancurlah segala-galanya,” katanya.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap selepas menghadiri majlis bacaan tahlil dan doa sempena 10 tahun pemergian Allahyarham Abdul Ghafar di Memorial Tun Abdul Ghafar Baba di Bukit Peringgit di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; barisan pemimpin kerajaan negeri; ahli keluarga Allahyarham Abdul Ghafar dan lebih 2,000 penduduk.

Allahyarham Abdul Ghafar menjadi Timbalan Perdana Menteri keenam pada tahun 1986 hingga 1993, me­ninggal dunia pada 23 April 2006 dan dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Melaka pada tahun 1959 hingga 1967 dan Naib Presiden UMNO selama 25 tahun berturut-turut mulai tahun 1962.

Menurut Najib, Allahyarham Abdul Ghafar yang dipanggil Encik Ghafar tidak pernah marah atau merajuk walaupun tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“(Jawatan) itu bukan wadah perjuangannya. Bagi Allahyarham, jawatan tidak penting sebaliknya UMNO adalah segala-galanya, itu yang boleh kita pelajari hari ini. Generasi kita perlu menilai ini (jasa dan semangat Abdul Ghafar) kerana ia tidak boleh kita cari, kita ganti dan mesti sematkan semangat ini dalam hati, lubuk jiwa kita,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau menghadiri majlis doa dan tahlil hari ini bukan semata-mata sebagai Presiden UMNO atau Perdana Menteri, sebaliknya hadir kerana Allahyarham Abdul Ghafar tidak boleh dipisahkan dengan perjuang­an UMNO dan keluarga bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.

“Saya cuba hendak bertanya apakah sebenarnya bila kita adakan majlis seperti ini, apakah signifikannya, signifikannya dua iaitu satu, kita memperingati tokoh negarawan, politik, pemimpin yang kita sanjung tinggi dan kedua, kita cuba untuk memperingati nilai-nilai kepemimpinannya,” kata beliau.

Najib turut meminta semua ahli supaya menjaga keutuhan UMNO serta melakukan yang terbaik dan setia kepada parti.

“Kalau ada perbezaan pendapat pun, carilah jalan (untuk menyelesaikan) menerusi permuafakatan dalam UMNO, akhirnya kita akan bercantum. Perbezaan pendapat tidak menjadi masalah. Sebab itu saya terima dengan senang hati Tamrin (anak Allahyarham Abdul Ghafar) datang ke rumah kerana akhirnya bercantum semula sebab bapa rapat, anak-anak pun mesti teruskan perjuangan.

“Tak payahlah Tamrin untuk meminta maaf sebab saya anggap beliau sebagai sahabat karib untuk teruskan perjuangan,” jelasnya.

Majlis tahlil itu dipimpin Pemangku Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Abdul Halim Tawil manakala doa dibacakan oleh Idris.

Perdana Menteri turut meluangkan masa selama setengah jam melawat galeri Memorial Tun Abdul Ghafar sebelum menunaikan solat zuhur di Masjid Peringgit.(Utusanonline).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.07am on April 24,2016.

(MT) UMNO TUNGGU "WAHYU" DARI LANGIT KE???



haji abu bakar ninggal
Sabtu,April 23,2016 @  5.59 pm.

Muhyiddin Yassin ,Shafie Apdal dan Mukhriz Mathathir, antara pemimpin Umno yang dilihat begitu lantang,membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan isu 1MDB dan wang derma dari Saudi Arabia sebanya RM2.6 bilion itu.


Muhyiddin Yasin,bekasa TPM
Malaysia
Sudah teranfg klagi disuloh bahawa ketiga-tiga pemimpn Umno ini telah membidas Datuk Seri Najib Tun Razak bersabit dua isu yang tersebut di atas itu, sejak ke dua-duanya itu iaitu ( Muhyiddin dan Shafie) di ketika mereka itu masih lagi memeganga jawatan di dalam kabinet Datuk Seri Najib. 

Sementyara Mukhriz Mahatyhir pula?Iitu sejak beliau masih lagi memegang jawatan Menteri Besar Kedah lagi,iaitu, sebelum beliau digulingkan oleh 14 Ketua bahagian Umno bahagian Kedah,dari
jawatan Menteri Besar..

Kalau ikut cara  dan stail bertindak oleh pemimpin- pemimpin terttinggi parti Umno terdahulu bertindak pada musuh-musuh politik parti Umno yang berupa musuh-mush di dalam selimunya?

Sudah pasti bahawa ketiga-tiga pemimpin itu telah ditendang dari jadi ke ahlian parti Umno dah lama dah.. Kerana Ketua Kabilah parti harus dihormati oleh anggota-anggota kabilah itu sendir?
Shafie Apdal,bekas Menteri Luar Bandar
Malaysia

Tetapi sebaliknya di bawah pimpinan  parti Umno yang ada sekarng ini?.Apa gunanya ada Ketua Kabilah?Jika anggota-angota di dalam kabila itu sendiri  didapti tak tahu hormat pada Ketua Kabilahnya?

Maka sudah pasti sesebuah parti  itu akan jadi hancur-musnah parti itu lambat launnya. 

Jika kita bercakap fasal nasib baik pula? Sesunggunhnya ketiga-tiga ahli Umno yang telah menderhaka kepada perlembagan parti dan disiplin parti Umno irtu sungguh bernasib baik.

.Malang  bagi parti Umno kerana hingga kini masih belum lagi dipecat oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT)?

 Apakah yang (MT) Umno itu dilihat begitu lama masih menunggu-nunggu lagi? Hanya mereka (MT) sahaja yang mmapu menjawabnya.
Mukhriz Mahathir,bekas Menteri Besar Kedah.

Sedangkan kebanyakan ahli-ahli Umno di seluruh certuk rantau tanah air(Malaysia) yang berjumlah hampir 4 juta ramainya itu dari hari ke hari semacam begitu husar dengan fenomena itu?

Sesungguhnya, mereka  semaca tidak faham dan mengeerti kenapa ( MT) dah jadi macam pondan? Lemah longlai dan semacam sudah tidak bertenaga lagi?

Terlalu bertangguh-tangguh untuk mengambil tindakan yang drastik terhadap ketiga-tiga pemimpin Umno yang dilihat semacam dah kurang ajar pada Presiden parti Umno,

Sudah tidak taat setia lagi dengan disiplin dan perlembagaan parti Umno itu sendiri? Tetapi masih juga belum dipecat?

Apakah (MT) hendak dan masih nak tunggu agar "WAHYU" dari langit turun? Setahu penulis sesudah wafat Nabi Muhamada SAW. Maka tidak akan ada lagi WAHYU dari Allah SWT.(Posted  bya abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot,com at 1959 hrs on Aporil 23,2016.

Thursday, April 21, 2016

Dr.Mahathir dicabar tubuhkan parti baharu

21 April 2016 10:34 PM 

 KUALA TERENGGANU 21 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar menerima kenyataan bahawa usahanya yang berterusan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah berakhir dengan kegagalan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, malah permainan politiknya itu semakin tidak relevan dalam landskap politik negara kerana pendekatan yang diambilnya tidak lagi mendapat sokongan setelah kebenaran terserlah.
Katanya, Dr. Mahathir tidak boleh selama-lamanya bersandarkan tuduhan-tuduhan yang ternyata palsu.
"Dr. Mahathir kena terima kenyataan bahawa dia sudah gagal bahkan orang berterima kasih apabila dia keluar daripada UMNO kerana ekonomi negara bertambah baik dan nilai ringgit lebih kukuh.
"Matlamatnya untuk menjadikan anak beliau, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri pun tidak akan berjaya kalau dibuat di luar UMNO," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Pelancaran Jawatankuasa Pemantapan dan Pengukuhan Peranan Media Sosial Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) iaitu Jasa Connectivity yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A. Latiff Awang; Ketua Panel Pemikir Jasa, Datuk Sayuti Mukhtar; Pengarah Jasa negeri, Mohd. Adli Kesah; Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Johari Abu Bakar. -(Utusan online).Posted by abnmuly a// haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.11 am on April 22,2016.

Rakyat menanti permohnan maaf Dr.M

22 April 2016 1:00 AM 

KUALA LUMPUR 21 April – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia ekoran tindak tanduknya mendatangkan tekanan serta konflik politik secara berterusan selama ini.

VELL PAARI

Dr. Mahathir harus akur bahawa perbuatannya itu dilihat lebih kepada agenda peribadi daripada kepentingan rakyat kerana tidak henti-henti melakukan ‘kekacauan’ dalam politik negara sehingga hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia di sini, Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari (gambar) berkata, sebagai negarawan, Dr. Mahathir sepatutnya memberi komen membina dalam bersama-sama membangunkan negara dan bukannya bersekongkol dengan pembangkang serta media asing memburukkan kepemimpinan Perdana Menteri.

“Dr. Mahathir perlu faham bahawa masa beliau telah berlalu. Kita tidak boleh membenarkan seseorang itu menggunakan kuasa seolah-olah diktator bagi menjatuhkan pemimpin dan jika itu berlaku, apa gunanya pemilihan secara demokrasi yang sekian lama diamalkan di negara ini,” katanya.

Jelas Vell Paari, kritikan berterusan Dr. Mahathir terhadap Najib turut akan melemahkan parti dalam Barisan Nasional (BN).

“Bukan sahaja UMNO tetapi kami dalam komponen BN seperti MIC dan MCA turut terasa tempiasnya. Konflik ini selalunya mendatangkan faedah kepada pembangkang yang sentiasa mencari kelemahan kerajaan. Apakah kita akan terus ‘bermain politik’ atau mula memikirkan agenda rakyat,” tegasnya.

Tambah beliau, fitnah Dr. Mahathir berhubung isu berhubung dana RM2.6 bilion adalah didorong demi kepen­ti­ngan peribadi, bukan untuk Ma­laysia atau rakyat.(Utusan online).Posted by abnmuly a//haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 859 am on April 22,2016

Tak perlu cmpur tangan asing-PM

SAYED HESHAM IDRIS :21 April 2016 1:41 AM

NAJIB TUN RAZAK diiringi Ahmad Sarji Abdul Hamid (tiga dari kiri) bersama Hamad Kama Piah Che Othman (kiri) dan Dr. Zambry Abd. Kadir menyerahkan replika cek kepada Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Juita Ghazalie (dua dari kiri) selepas majlis perasmian Minggu Amanah Saham Malaysia di Stadium Mini Tapah, Perak, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN 


TAPAH 20 April - Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia tidak memerlukan campur tangan negara luar untuk menguruskan soal pentadbiran negara.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan dan masa depan negara seharusnya ditentukan oleh rakyat sendiri tanpa bantuan atau nasihat daripada orang luar.

Menurut beliau, ini termasuklah dalam soal pengurusan kewangan seperti pelaburan dalam unit saham amanah yang Malaysia telah berjaya uruskan pelaburan dengan begitu cemerlang menerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“PNB ialah sebuah institusi yang boleh dibanggakan. Ada syarikat yang pernah dimiliki orang asing di London telah berjaya dibawa balik ke Malaysia dan kini menjadi milik rakyat Malaysia.

“Sebab itu kita jangan minta campur tangan asing dalam negara kita. Kita nak uruskan dalam negara yang ditentukan oleh rakyat Malaysia sendir,” katanya ketika berucap merasmikan Minggu Saham Ama­nah Malaysia (MSAM) 2016 di Stadium Mini Tapah di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Perdana Menteri turut membidas pihak pembangkang yang tidak pernah memberikan penghargaan ter­hadap usaha kerajaan seperti langkah meringankan kos sara hidup rakyat.
Beliau berkata, sebagai contoh penurunan harga petrol yang tidak pernah dibangkitkan oleh pembangkang.

Kata beliau, harga minyak RON95 sekarang adalah lebih rendah berban­ding ketika kerajaan memansuhkan subsidi petrol pada Disember 2014.

“Pembangkang hanya menyalahkan kerajaan. Apabila kita turunkan harga petrol, kita tak mengharapkan pujian pembangkang.

“Tetapi mengapa mereka langsung tidak membangkitkan perkara ini. Mengapa mereka tidak membangkitkan isu-isu barang keperluan yang tidak turun selari dengan penurunan harga minyak,” katanya.

Najib menegaskan, kerajaan akan terus memainkan peranan untuk meringankan beban rakyat akibat kos sara hidup yang tinggi.

Menurut beliau, ini dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif contoh­nya Kedai Rakyat 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Klinik 1Malaysia.

“Kos untuk kesihatan di negara kita berada pada tahap barangkali antara yang terendah di dunia ke­rana bayaran yang ditetapkan sangat minimum,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal;.blogspot.com at 2311 hrs on April 21,2016.

Mahkamah tolak rayuan Ainina

21 April 2016 11:56 AM 

PUTRAJAYA 21 April - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan bekas ahli UMNO, Anina Saadudin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes saman berkaitan pemecatannya daripada parti itu.
Anina Saadudin
Anina Saadudin
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk David Wong Dak Wah, Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Harmindar Singh Dhaliwal memutuskan demikian secara sebulat suara selepas berpuas hati bahawa Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966 adalah undang-undang yang baik untuk diguna pakai.
Seksyen 18(C) menyatakan, keputusan parti adalah muktamad, konklusif dan tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipertikaikan dalam prosiding mahkamah.
Sehubungan itu, kuorum itu memutuskan, Mahkamah Tinggi betul ketika membatalkan saman bekas ahli UMNO tersebut.
Pada 7 Disember tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, S. Nantha Bala (kini hakim) membenarkan permohonan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Anina dengan kos RM5,000.
Anina dipecat daripada UMNO selepas beliau memfailkan saman pada 8 Ogos tahun lalu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi presiden parti itu. - UTUSAN ONLINE. ( Utrusan online).Posted by abnmulya //haji abu b akar ningal.blogsppot.com at2243 hrs on April 21,2016.

Wednesday, April 20, 2016

UMNO-PAS Wajib Bekerjasama

21 April 2016 1:41 AM 

Tan Sri Harussani Zakaria

KUALA LUMPUR 20 April – UMNO dan Pas wajib menjalinkan kerjasama demi kelangsungan Islam di negara ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, walaupun mempunyai ideologi politik berbeza, namun hubu­ngan kedua-duanya yang masing-ma­sing merupakan parti Islam di negara ini tidak boleh dipisahkan.
Beliau berkata, umat Islam walaupun berbeza pegangan politik adalah haram berpecah dan perkara itu telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
“Saya amat bersetuju supaya UMNO dan Pas bekerjasama demi kelangsungan Islam di negara ini. Itu memang ajaran Islam, umat Islam kalau berpecah hancur kita.
“Ideologi berlainan tidak me­ngapa tetapi perpecahan tidak boleh. Hendak selamatkan Islam di negara ini hanya dengan satu cara sahaja iaitu kerjasama antara UMNO dan Pas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan pendakwah tersohor dari India, Dr. Zakir Naik yang mahu melihat UMNO dan Pas bekerjasama berlandaskan al-Quran dan hadis bagi membolehkan negara ini dan Islam terus berkembang maju.
Sementara itu, pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias turut menyokong penuh saranan Dr. Zakir demi kelangsungan kuasa politik Melayu dan Islam memandang­kan perkara itu adalah perintah Allah dan Rasulullah supaya bersatu dan bertolong-tolongan atas perkara kebaikan dan ketakwaan.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong pula berkata, saranan Zakir itu penting kerana hanya dengan penyatuan orang Melayu-Islam selaku masyarakat dominan dapat menjamin kestabilan di negara ini.( Utusan on line).//haji abu bakar ninggal.blogspot,com,at 11.52 am on April 21,2016.
Dalam pada itu, Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, soal penyatuan antara UMNO dan Pas bukan perkara baharu malah telah dan sedang diusahakan pihak ter­tentu dalam menguruskan perbezaan dan mencari titik persamaan antara kedua-dua parti itu.
Beliau berkata, perpecahan antara UMNO dan Pas tidak boleh terus dibiarkan kerana kedua-dua parti mempunyai pengikut paling ramai dalam kalangan orang Islam di negara ini.

Tuesday, April 19, 2016

SUDAH ADA SIGNAL BAHAWA PARTI DAP AKAN BERKUBUR DI PULAU PIANNG.. PATAH DAHAN MAHATHIR NAK BERGATUNG?

Jika parti DAP berkubur di Puklau Pinang?Maka patahlah dahan untuk Mahathir  hendak tumpang bergantung/Parti Umno walau apa pun  pujuk rayu dibuatnya? Namun ak akan menerima semula Mahathir menyertai Umno dan mungkin juga klegassinya?


haji abu bakar ninggal

Rabu,April 20,2016 @ 2,06PM.pm.

Sesungguhnya bahawa cadangan Ulamak besar dari India Dr. Zakir Naik itu sangat baik saranannya,jika parti Umno dan parti PAS boleh bergabung.?

Adalah merupakan satu-satunya cadangan yang sangat baik dan akan memberi kekuatan politik yang kukuh di Malaysia jika wujudnya gabungan itu jadi kenyataan?

Orang tua-tua kita dah lama dah berkata bahawa "Bersatu itu teguh dan berceraia berai itu roboh,".Akan tetapi peribahasa yang telah ditinggalkan oleh orang tua-tua kita sejaka zaman berzaman itu? Hakikatnya langsung tidak diambil iktibar dan dipraktik oleh orang-orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia ini.

Sedangkan "peribahasa "itu mengandungi hikmah.yang sangat unik ? Orang-orang Melayu Islam di Malaysia ini didapati langsung tidak ambil pedulikan dengan manfaat dn tujuan murni perbahasa yang telah ditinggalkan oleh pejuang-pejuang.politik di zaman dulu kala itu.

Sebab-sebabnya tak lain dan tak bukan kerana ketamakan dan kepentingan meterial yang mereka kejar. Mahathir dulu semasa berkuasa di dalam Umno dan beliau melihat keduddukannya selamat dengan adanya parti Umno dan beliau nak terus jadi PM selama yang boleh?

Maka parti DAP anak kelahiran dari PAP di Singapura itu telah dikutuknya dengan berbagai kata nesta yang hodoh-hodoh sekali.

Lim Kit Siang sahabat akrab Mahathir mutakhir ini.
Kini apabila dilihatnya bahawa peluang anaknya Mukhriz untuk jadi pemimpin tertinggi dalam parti Umno mengikut giliran anak tangga ke mercu jaya dah bertukar jadi malap dan gelap gulita dan semakin terhakis akibat ombak dan badai yang kuat menghempas-nya ke tep pantai?

Maka Mahathir yang dulunya sangat benci pada parti DAP pimpinan Lim Kit Siang anak didikan Lee Kuan Yew itu?

Mutakhir ini Mahathir melihat kononnya Kit Siang adalah pemimpin dri kaun Cina yang terbaik? Maka Mahatyhir sepat-cepat buat U turn dan akhirnya sanggup beliau bekerja sama dengan parti DAP pula?

Apa yan g telah Mahathir ludah dulu-dulunya itu? Kini dengan rakusnya telah dijilatnya semula.Di mana letaknya moral politik Mahathir dengan langkah barunya itu?

Sesungguhnya demi perjuangan politiknya yang rakus dan tamak ? Mahathir sanggup jadi muka tak malu menjilat semula apa yang telah diludahnya itu?

Tindakan yang Mahathir lakukan itu? Semata-mata hendak terus mencuba agar nasib politik anak\nya yang dah terhakis itu akan pulih semula dengan adanya bantuan dari parti DAP.?

Berjayakah Mahathir dengan formula politiknya yang baru itu? Penulis berpendapat Mahathir akan gagal juga dalam usahanya hendak mennetang arus perubaha di Malaysia ini.

Cukuplah dan memadailah hanya beliau seorang sahaja diberi peluang yang begitu istimewa hingga dapat jadi PM Malaysia 22 tahun di Malaysia ini sedangkan beliaua adalah legasi pendatng?Bukannya anak watan asli Melayu.Kini dAh tak ada peluang lagi bagI yang bukan yang berketurunan Melayu asli di Malaysia ini.Kita sudah punya  begitu ramai anak-anak Melayu  jati lebih pandai dari legasi pendatanag.

Orang-orang Melayu di Malaysia ini terang-terangan tidak dapat mengizinkan anaknya Mukhriz mendapat peluang yang sama dengan apa yang telah Mahathir capai itu? Orang-orang Melayu dah rasa betapa pedihnya hati apabila dilihatnya orang yang naik dan duduk di takhta kekuasaan politik atas tiket parti Umno?

Kemnudiannya membaut U turn dan onar politik dengan meningalkan parti Umno buat kali yang kedua dan menghentam lumat pucuk piminan parti Umno yang memegang tampuk pemerintahan sesuka hatinya tanpa sebarang pertimbangan yang wajar?

Apakah manusia jenis ini harus diberi peluang lagi? No.no and never happen again..

Apakha Mahathir menyangka bahawa parti DAP itu kuat sangat? Dan  akan jadi macam parti M.C.A. dan parti Gerakan yang menjadi rakan kongsi zaman beliau berkuasa di dalam Umno dulu itu?

 JIKA Mahathir membuat "PERSEPSI" demikian? Sesungguhnya Mahathir dilihat telah membuat andaian yang banggang dan silap matlamatnya?

Andaan politik Mahathir itu silap sama sekali. Kini isu jual dan beli rumah dengan harga "under price" itu?

Merupakan satu malapetaka yang besar pada kerajaan DAP di PulauPinang. Ia secara otomatik sudah memberi signal bahawa parti DAP itu akan berkubur akibat perbuatan YANG BER-KRONI DAN SALAH GUNA KUASA POLITIK YANG TEKLAH RAKYAT BERI MANDAT PADA MEREKA ITU?(pOSTED BY ABNMULYA //HAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM AT 1406 HRS ON aPRIL 20,2016.

Dr.Zakir mahu UMNO, PAS Bekerjasama

Mampu bentuk komuniti Islam berkali ganda besar

AZMAN IBRAHIM
DAN MOHAMMAD YASIR JAAFAR :
20 April 2016 2:13 AM


KUALA LUMPUR 19 April - Pendakwah tersohor antarabangsa, Dr. Zakir Naik mahu melihat UMNO dan Pas dapat bekerjasama berlandaskan al-Quran dan hadis bagi membolehkan negara ini dan Islam terus berkembang maju.
DR. ZAKIR NAIK
DR. ZAKIR NAIK
Menurut penceramah berasal dari Mumbai, India itu, secara ke seluruhan umat Islam di negara ini termasuk kedua-dua pemimpin parti itu dilihat sebagai pengamal Islam yang baik.
Jelasnya, walaupun terdapat perbezaan ideologi politik dalam kedua-dua parti, tetapi itu bukan penghalang.
“Kalau mereka boleh bersatu berlandaskan al-Quran dan hadis, ia akan menjadi sesuatu yang baik bagi muslim.
“Jika kedua-duanya bekerjasama ia akan membentuk komuniti Islam yang berkali ganda besar berbanding bukan Islam dan saya berdoa untuk itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi wawancara bagi program Persepsi di TV Al-Hijrah, di sini hari ini.
Zakir yang optimis terhadap kerjasama itu memberitahu, beliau percaya kedua-dua parti itu mahukan kerjasama berkenaan, namun hanya ada segelintir umat Islam yang tidak bersetuju.
“Kita mungkin ada dua parti dan saya bukan bercakap bahawa mereka perlu bergabung untuk menjadi satu parti sebaliknya membentuk kerjasama atau kerajaan campuran.
“Mereka boleh bekerjasama dan masih mengekalkan identiti ma­sing-masing asalkan berpegang kepada al-Quran dan Hadis sekali gus negara ini dan Islam akan bertambah kuat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya tidak membenarkan musuh Islam menjadi penghalang kepada kerjasama berkenaan ataupun menyertai dalam perjuangan (kerjasama) itu.
“Saya sedar berhubung perkara itu dan ia menjadi punca. Jangan biarkan mereka (musuh Islam) mendapat manfaat sehingga memboleh­kan mereka berkembang. Jika kita (Islam) tidak bersatu dan kemudian tidak mendapat sokongan maka kita akan kalah dalam politik,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 3.15 a,m on Apil 20,2016.

Sunday, April 17, 2016

Sokong penegasan Peguam Negara tak perlu ada siasatan lanjut bersabit dengan isu RM2.6bilion itu.





Ahad,April 1,2016 @ 11,.25 am

Saya dan mungkin 99% rakyat Malaysia sangat bersetuju dengan penegasan yang telah dibuat oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamdd Apandi bahawa tidak perlu diadakan siasatan lanjut berhubung dengan ,wang derma dari Saudi Arabia sebanyak RM2.6bilion itu yang masih dipertikaikan oleh golongan beruk-beruk liar yang ada di Malaysia ini.

Songelan depa yang tak ada hujung pangkalnya itu sama sekali tidak perlu dilayan dan tidak perlu di adakan sisasatan  yang lanjut lagi dalam isu wang derma RM2.6bilion iti.

Kerana 4 bulan yang lalu beliau (Peguam Negara) Tan Sri Muhamad Apandi Ali telah pun menerangkan isu tersebut dengan sejelas-jelasnya.

Malangnya, ada pula pihak beruk-beruk liar di negara ini masih berburuk sangka dalam isu tersebut?

Pada hari kelmarin,diTurkey, Adel Al-Jubeir, Menteri Luar Saudi Arabia, dalam satu "sidang akhbar' yang khas yang telah diadakan oleh beliau di mana beliau sekali  lagi menerangkan secara terus terang bahawa wang derma RM2.6bilion itu,adalah wang derma atau pemberian ataupun bantuan khasa dari Kerajaan Saudi Arabia, kepada Najib,Perdana Meneri Malaysia secara ikhlas.
Peguam Negara Malaysia ,Tan Sri  Mohamad
Apandi Ali

Sumbagan yang tulus ikhlas sebanyak RM2.6 bilion itu?Adalah untuk kegunaan kerajaan Malaysia untuk dijadikan ongkos untuk kegunaan kerajaan Malaysia berusaha mendaulatkan syair Islam dan sekaligus untuk dijadikan ongos dalam usaha-usaha dan kerja-kerja menentang keganasan oleh Isis dan disamping itu untuk dijadikan ongkos bagi Malaysia mengorbitkan fahaman Wasatiah ke negara-negara Islam di dunia demi keamananan sejagat,

Mahathir didapati masih tidak percaya dengan kenyataan peguam negara yang menyuatakan kedudukan sebenar berhubung RM2.6 biliuon itu, pada 4 bulan yang lalu.

Sebakliknya Peguam Negara dituduhnya melindungi Datuk Seri Najib berhubung dengan wang RM 2.6 bilion itu.

Golong ini dilihat befgitu banyak songelan itu? Layak dipanggul sebagai golongan beruk-beruk liar yang langsung tak mahu mendengar dan menerima penerangan orang lain?.

Beruk-beruk negara ini, manalah nak faham dengan segala penerangan yang telah dihuraikan oleh Datuk Sri Najib kepada mereka kerna mereka ada kepentingan operibadinya sendiri dan isu RM2.6 biliuon itu hendak merekan jadi modal politik untuk hendaka menggulingkan Datuk Seri Najib.

Jika mereka terima hurfaian Datuk Seri Najib  tentang kedudukan wang RM 2.6 bilion itu?Maka tak adal;ah modal bagii mereka hendak jatuhkan Najib? Maka mererka mengamalkan bahasa yang berlaian ketika dengan berpolimik dalam isu RM2.6 bilion itu.

Pihak datiuk Seri najib mengunakan bahasa anatara manudia dengan manujsia.Malangnya mereka tak faham kerana mereka menggunakan bahasa yang digunakan oleh beruk-beruk belaka. 

Justeru itu langsung mereka tak faham dengan segala huraian dari Datuk Seri Najib dan regimnya yang memerintaha Malaysia berhubung dengan wang RM 2.6 bilon yang golongan beruj-beruk itu pertikikan?

Agaknya mereka itu dulu hingga kini memanag  dah biasa hidup di dunia ini dengan amalan feil perangai memang suka cakap bohong,raja putar alam dan penuh dengan penipuan? Maka orang-orang lain pun dianggapnya sama dengan depa itu semua?

Kononnya orang-orang lain pun dinilainya suka cakap bohong, suka menipu,suka putar belit dalam berpolitik dan sebaga\inya, macam depa itu, semata-mata demi kepentingan peribadinya yang tamak haloba.Demi matlamat menghalakan cara?

Satu lagi isu yang penting yang menjadi kemarahan Mahathir pada Najib?Ialah disebabkan permintaan kepentinga peribadi dan legasainya itu tidak dapat dikabulkan oleh Najib kerana melampau batas dan melanggar amalan demokrasi yang di amalkan oleh Malaysia? 

Seseorang pemimpin Umno? Jika hendak naik ke atas iaitu jika hendak jadi orang nombor satu di Malaysia? Mesti naik ikut anak tangga dan ikut senioriti pangkata di dalam Umno.Tak boleh nak naik  dengan cara langkah bendul?

Beliau mahu anaknya dari legassinya,cepat-cepat diangkat oleh Najib pegang jawatan Perdana menteri walaupun terpaksa pijak kepala  orang yang lebih senior yang ada di dalam parti Umno.Dengan kata lain ialah dengan cara lakukan langkah bendul?

Malangnya,hasrat dan cita-citanya itu tidak dikabulkan oleh Najib.Iniklah yang membuatakan dendam hendak jatuhkan Najib itu semakin membara.Beliau sanggup gunakan apa isu pilitik sahaja untuk jatuhkan Najib.

Muhyiddin Yassin yang diharapaknnya akan ikut cara  beliau dan ikut perintah beliau? Telah ditendang oleh Najib dari kabinet.Maka hilang lenyaplah  harapannya itu. Maak kemarahannya terhadap Najib tgerus menjadi-jadi kernana permainan politiknya yang undemokratik itu telah dikalahkan oleh Najib dengan terujknya.

Akibatbnya,depa dapat merasakan bahawa kewibawaan p[olitiknya telah tewas ditangan Najib Untu k memuasdkan hatinya dan untuk mendapatkan simpatinya dari rakyata dan ahi-aahli Umno/Maka beliau kelauar buat kali kedau  dri parti Umno.

Depa sangka ada orang-orang Umno yang melutut memujuk beliau agar jangan keluar dari paeti Umno?Tetapi kjeluarnya depa dari Umno buaty kali kedua itu/ Banyak ahliu-ahli Umno adakan majlis kenduri "doa selamat" kerna perginya beliau meningalkan parti Umno.

Kebanykan ahli-ahli Umno di seluruh Malaysai  rasa begitu lega kerana si pembuat kacau bilau di dalam Umno,sejak ERA Tungku A bdulk Rahman Putra itu TELAH KJELUARA dari parti Umno tanpa disuruh.

B an yak di anataranya di Selangor ini telah mengadakan majlis Doa Selamat atas perginya seorang  ahli politik vetran UMNO yang memang terkena  memang suka membuat kacau bilau dalam Umno dengan onar-onar ciptaannya sendiri,sejak di ERA Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj dulu itu dan itulah sebabnya Tungku tendang depa dari parti Umno pada tahun 1969.

Hingga kini pun? Nature politiknya yang songsang itu?Masih digunakannya sewaktu depa jadi PM selama 22 tahun dulu itu dan juga di era Najib Tun Razak jadi Perdana Mentyeri Malaysia. Natur politiknya sangat hodoih dan zalim macam raja-[raja zalim di zaman dulu kala itu.

Sebagai orang nombor satu dan sebagai Perdana Menteri Malaysia atas mandat parti Umno-BN.  Penuli lihat Najib tidak takut depa walau pun sebesar zarah. 

Najib telah pun berkata berkali-kali,bahawa Najib akn teruas menentanag sekuat tenaga dan cara habis-habisan berhubung dengan segala kemelut politik yang akan ditimbulkan oleh Mahathir, selagi mana Najib masih lagi jadi Perdsana Menteri Malaysia yang dipilih oleh rtakyat dan juga sebagai Presiden Umno di Negara Malaysia yang sangat Najib sayang dan cinta ini.

Kini kabinet Najib sedanag memikirkan tindakan drastik yang harus diambill pada (pengacau Umno ) ini pada waktu terdekat dan tindakan yang paling "effektif" untuk berdepan dengan tokoh-tokoh politik yang tak siuman ini? Kini cacing benar-benar dah naik ke mata.

Pihak Kementerian dalam negeri (KDN) dan pihak Kehakiman negara, mesti gunakan dan kuat-kuasa-kan segala Akta-akta yang telah dimenteraikan sebagai undang-undang negara Malaysia yang sah itu harus digunakan.

Sah digunakan pada setiap rakyat Malaysia yang didapti telah melakukan kesalaghan berbagai-bagai bentuk.Terutama pada golongan beruk-beruk yang Anti-Najib ini.

Jika kerajaan terus membiarkan  kegilaan mereka itu? Akibatnya?Kerajaan yang SAH di bawah pimpin parti Umno-BN mungkin tak habis-habis terus dibodoh-bodohkan oleh golongan Anti-Najib ini tanpa stop. Mereka ini benar-benar sebagai 'cacing yang dah naik ke mata?"


Jika tidak dibanterasa segera dengan hukuman yang berat dan setimpal dengan kelakauan dan onar-onar yang tekah mereka lakukan itu? Maka kerajaan Umno akan dilihat oleh mereka sebagai kerajan yang lemah dan tak berfungsi dan sekaligus kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak ini kononnya takut kepada gertakan mereka?


Sekaligus tanpa disedari bahawa kerajaan pimpinan Najib dilihat oleh rakyat Malaysia yang ada sebanyak 30 juta itu bahawa Datuk Sewri Najib dilihat dah tidak bijaksana lagi? 


Dalam masayang sama juga kerajaan Umnio-BN pimpinan Datuk Seri Najib telah membuangkan masa yang sangat berharga untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sebanyak 30 juta itu?

Dah lebih setahun lamanya telah membuang masa berharga itu hanya melayan politik adu-domba golongan politik AntiNajib secara sia-sia hanya membiarkan kerenah golongan Anti-Najib yang didapati dah jadi begitu melampau dan kuarang ajar jadinya? 


Yang penting dilayan dan dilayan kemahuannya ialah kemahuan rakyat jelata.Bukanya pada golomgan Anti-Najib  yang telah diserang oleh penyakit  rasukan histeria syaitan dan iblkis itu. iblis itu.Posted b y abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at11.25 am opn April 17,2016.