Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, malah permainan politiknya itu semakin tidak relevan dalam landskap politik negara kerana pendekatan yang diambilnya tidak lagi mendapat sokongan setelah kebenaran terserlah.
Katanya, Dr. Mahathir tidak boleh selama-lamanya bersandarkan tuduhan-tuduhan yang ternyata palsu.
"Dr. Mahathir kena terima kenyataan bahawa dia sudah gagal bahkan orang berterima kasih apabila dia keluar daripada UMNO kerana ekonomi negara bertambah baik dan nilai ringgit lebih kukuh.
"Matlamatnya untuk menjadikan anak beliau, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri pun tidak akan berjaya kalau dibuat di luar UMNO," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Pelancaran Jawatankuasa Pemantapan dan Pengukuhan Peranan Media Sosial Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) iaitu Jasa Connectivity yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A. Latiff Awang; Ketua Panel Pemikir Jasa, Datuk Sayuti Mukhtar; Pengarah Jasa negeri, Mohd. Adli Kesah; Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Johari Abu Bakar. -(Utusan online).Posted by abnmuly a// haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.11 am on April 22,2016.