Saturday, January 27, 2018

JUMPA DUTA,SATU LAGI WAYAN PAKATAN HARAPAN

Mahathir dan bebeerapa orang lagi pemimpin PH mengadakan pertemuan dengn 16 duta-duta negara Kesatuan Eropah di Kuala Lumpur,semalam.


FADZIL ZAINOL
JANUARY 27,2018 @ 12.15 PM.

Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi nampaknya menggadaikan prinsip apabila mengharapkan kuasa asing untuk memenuhi hasratnya kembali menjadi Perdana Menteri, walaupun sebelum ini beliau sendiri sangat anti.

Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu dilaporkan mengadakan pertemuan de­ngan 16 duta negara Kesa­tuan Ero­pah (EU) semalam yang sete­rusnya mengundang pelbagai spekulasi. 

Bagaimanapun, perkembangan itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sejak menamakannya sebagai calon Perdana Menteri, Pakatan Harapan dilihat semakin ma-lap dan mula dilanda krisis keyakinan dari dalam kalangan rakyat negara ini atau di luar negara.

Pertemuan itu seolah-olah me­nunjukkan yang Dr. Mahathir sa-ngat terdesak bagi membuktikan kepada masyarakat luar bahawa Pakatan Harapan adalah satu gabungan yang serius, boleh diharap dan bukannya pakatan wayang yang gemar bersandiwara.

Berdasarkan bukti gambar yang viral, pertemuan dengan duta-duta itu didapati tidak disertai pemimpin kanan seperti Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tony Pua, Lim Guan Eng, Nurul Izzah Anwar dan ramai lagi, sekali gus membangkitkan persoalan apakah mereka masih sebulu dan yakin dengan Dr. Mahathir.

Pertemuan dengan duta-duta EU itu mungkin menjadi satu lagi wayang dan medan buat pembangkang untuk meraih simpati setelah ditimpa pelbagai isu yang gagal dijawab dan seterusnya memberi gambaran palsu mengenai masa depan pakatan tersebut.

Mengikut laporan, duta-duta EU yang ditemui itu digesa supaya memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan PRU-14 secara bersih dan adil, walaupun Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Mohamad Sabu sendiri menyatakan, ‘orang luar’ tidak boleh campur tangan dalam urusan negara.

Persoalannya berjayakah Mahathir meyakinkan duta-duta itu bahawa pakatan mereka mampu mengambil alih Putrajaya walaupun kedudukannya sebagai bakal Perdana Menteri baharu juga masih belum jelas.( Utsan online).Posted by abmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.48 am on January 28,2018.

Friday, January 26, 2018

POLISI EKONOMI MAHATHIR PINGGIRKAN KAUM MELAYAU

Polisi ekonomi yang diguna pakai pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai tidak mencapai hasrat sebenar dalam membantu masyarakat Melayu untuk meningkatkan taraf hidup mereka ketika itu.

Profesor Adjung Pengajian Eko­nomi dan Pembangunan Universiti Malaya (UM), Prof. Tan Sri Dr. Kamal Salih berkata, polisi ekonomi Dr. Mahathir yang hanya mementingkan tarikan pelabur menyebabkan golongan tersebut terpinggir, sekali gus agenda untuk memperkasakan ekonomi Melayu dilupakan.

“Sewaktu Dr. Mahathir melaksanakan Dasar Pembangunan Negara (DPN), beliau lebih menumpukan pada melahirkan jutawan serta globalisasi ekonomi dan bukannya memperkasakan golongan yang berpendapatan rendah dan bangsa Melayu.

Maka, isu ketidakseimbangan ekonomi ketika itu timbul kembali. “Kemiskinan bumiputera tidak seharusnya berlaku dalam konteks sebuah negara yang maju.

Disebabkan itu, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah, beliau terpaksa membetulkan krisis yang dicipta oleh Dr. Mahathir itu dengan mengembalikan pelaksa­naan dasar pengstrukturan semula ekonomi bumiputera dalam Model Ekonomi Baharu (MEB),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel dalam Siri Wacana Cendekiawan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menggantikan Polisi Memperkasakan Ekonomi Bumiputera (PMEB) dengan Model Ekonomi Islam (MEI) bagi mencapai status sebuah negara maju menjelang 2050.

Katanya, hal ini adalah berikutan dasar ekonomi yang berlandaskan prinsip Islam adalah bersifat menyeluruh dan mampu menyatupadukan bangsa serta kaum di negara ini.

“Dasar ekonomi masa kini yang lebih fokus kepada agenda sesuatu kaum atau etnik merupakan penghalang untuk rakyat Malaysia bersatu-padu. Melalui pelaksa­naan MEI, pemerkasaan ekonomi rakyat di negara ini akan berlaku secara seimbang dan adil.( UTUSAN ONLINE).POSTED BY ABNMULYA BLOGSPOT.COM. AT 2.53 AM ON JANURY 27,2018.


Thursday, January 25, 2018

SIAPAKAH CALON PARLIMEN KAWASAN GOMBAK DARI UMNO?

Datuk Dr.Rahman Ismail manatan MP Umno Bahagian Gombak,pada PRU ke-11 pada tahun 2004.Ditahundi mana PM Pak Lah telah mendapat kemenangan (Landslide Victory,)pada tahun 2004. Madey pun tidak pernah mencatitkan kemenngana demikian itu?
                             





Haji Abu Bakar Ninggal
January 26,2018 @  3.47 am.

Pilihan Raya Umum ( PRU ke-14) boleh kita sifatkan kini berada di ambang pintu.Dengan kata lain ianya,boleh dikatakan tidak berapa lama lagi akan dilangsungkan.
Selaku penduduk dan pengundi di kawasan Parlimen Gombak itu sendiri,penulis rasa gusar siapakah Pucuk Pimpinan Umno Pusat akan fikirkan siapakah"the winning enable candidate" di kawasan Parlimen Gombak,pada PRU ke-14 in?
Azmin Ali,Menteri Besar Selangor.

Penulis puas sudah untuk mendapatkan tips dari sumber-sumber dari Umno di pusat siapakah calon yang akan diberi mandat dan bernasib baik terpilih untuk mewakili rakyat di Parlimen itu pada PRU ke-14 yang akan datang ini.

Tetapi penuls gagal untuk nebdapatakan tips yang penulis hajatkan itu ? Pun demikian penulis tidak berputs asa dengan ikhtiar penulis itu?

Pada pru ke-13 dulu itu iaitu,pada pertarungan politik pada PRU ke-13 dulu itu yang mendapat kepercayaan dari pucuk pimpinan tertinggi Umno pusat ialah, mantan MP Gombak, pada PRU ke-11, pada tahun 2004 ialah, Datuk Dr. Rahman Ismail menentang Azmin Ali,sebagai Timbalan Presiden PKR yang mana ketika itu PKR yang berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) begitu mantap kerjasama mereka dengan parti PKR/DAP/ PAS.

Datuk Dr.Rahman Ismail tewas di tangan Azmin Ali hanya 4000 undi sedikit aje lebihnya? Ia masih boleh dikatakan dengan majoriti yang tipis berbanding semasa Said Anwar melawan Azmin Ali dengan majoriti yang dimiliki oleh Azmin Ali dengan majoriti yang dimiliki olah 7000 undi lebih atas nama PR mengalahkan Said Anwar dari Umno/BN.
Senator Datuk Megata Zulkarnain
Tan Sri Omardin

Sementara Datuk Dr.Rahman Ismail hanya mendapat undi dari kaum Cina hanya sekitar 1,100 undi lebih kurang. Pengundi-pengundi Malayu dan sedikit dari kaum India tetap melontarkan undi-undi mereka pada Umno/BN.

Sementara Azmin Ali dari PR telah mendapat undi dari kaum Melayu dari parti PKR itu sendiri tidaklah berapa banyak pun.

Faktor kemenangan Azmin itu adalah,dengan mendapat sokongan dari PAS yang begitu mantap sokongannya pada Azmin dan juga dari undi kaum Cina yang berjaya di pengaruh oleh DAPig agar melontar undi pada Azmin Ali.

Pada PRU ke-14 ini? Senario politik di parlimen Gombak sudah jauh berubah.Kini PAS sudah pun keluar dari gabungan di mana DAPig, ada di dalam gabungan parti-parti pembangkang. Jika PAS benar-benar akan bekerja sama dengan Umno/BN?

Peluang untuk merampas semula kerusi Parlimen Gombak yang dah melepas 2 penggal PRU itu dapat dirampas oleh Umno/BN/ PAS sangat cerah. Bukan setakat itu sahaja ? Malahan untuk merampas ketiga-tiga kerusi DUN di kawasan parlimen Gombak,di dalam negeri Negeri Selangor pun bolehlah diandaikan sangat mudah sekali dimenangi.

Terpulanglah pada budi bicara pucuk pimpinan Umno Pusat yang ada kuasa mutlaq untuk mengadunkan senario politik di kawasan Parlimen Gombak itu sendiri dengan teliti terutama situasi hubungan kerjasama antara Umno dengan PAS mutakhir  ini yang dilihat begitu mesra? Hendaklah dikekalkan terus menerus kemesraan itu.

Jika Madey dulu2nya memki hamun DAPig ? Kini kita lihat dapat berpeluk-pelukan dengan pemimpin DAPig dengan begitu mesra sehingga berpeluk bercium di atas pentas politik di khalayak ramai. Jadi,tidak ada sebab kenapa kita dari Umno dan PAS yang sebangsa dan seagama tidak boleh berbuat begitu?

Yang penting Umno/BN mahu rampas semula Selangor,dan sekaligus Umno/BN mahu mendapat kemenagan di seluruh Malaysia, pada PRU ke-14 ini dengan majoriti kerusi di Parlimen melebihi dari jumlah 2/3 kerusi di dalam parlimen Malaysia. Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal blogspot.com at 3.47 am on January 26,2018.







Wednesday, January 24, 2018

Dulu-Dulunya DAP Di Maki Di Hamunnya Kini Juara Kibar-Kibarkan Bendera DAP pula?

Setelah dinamakan bakal calan PM dari PH, jika  menang  pada  PRU ke-14 yang akan datang nanti?
..






Haji Abu Bakar Ninggal
January 25,2018 @ 8.35 am.

ARWAH Tun Razak Hussin, Perdana Menteri Malaysia yang kedua yang diberi gelaran oleh rakyat sebagai "Bapa Pembanguna Negara. Selepas mengambil alih tugas Perdana Menteri dari tangan Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj,PM yang pertama itu hanya berkhidmat hanya 13 tahun aje sebagai PM yang pertama Malaysia berbanding dengan Madey hingga 22 tahun lamanya sebagai PM yang ke-4.

Ertinya melebihi dari rekod Tunku lebih (09) tahun.Pun begitu Madey didapati semacam tidak mera puas dengan nikmat Allah Swt kurnyiakan padanya?

Madey walaupun 15 tahun sudah bersara bermula tahun 2003. Kini dilihat sudah "come back" di arena politik dan sekaligus kini depa sedang asyik menyimpan harapan yang tinggi melangit mahu sandag jawatan PM itu buat kali ke-2. Gabungan PH pun yang dah bersetuju melantik depa sebagai Chairmen gabungan PH itu dlihat dah bersetuju menamakan Madey calon PM ke-7 jika PH menang pada PRU ke-14 itu nanti.

Tun Razak semasa hayatnya dan sedang bertugas sebagai PM yang kedua beliau sangat dikasihi dan disayang oleh rakyat. Beliau walaupun dalam masa yang singkat telah menyandang jawatan tertinggi itu?

Madahnya ketika masih sandang
jawatan PM atas tiket Umno/BN
Namun begitu banyak jasanya pada negara dan rakyat Malaysia cukup besar dan sentiasa tercatit dalam sejarah Malaysia dengan "tinta emas" yang kekal abadi menjadi kenangan dan ingatan yang istimewa pada rakyat Malaysia. 

Diantara jasanya yang paling besar yang dapat dilihat dan jadi kenangan indah ialah membawa rakyat berhubng dengan projenyak membawa rakyat menjadi peneroka mengujudkan Ladang Kelapa Sawit Felda .

Bermula dari membuka hutan rimba belantara oleh peneroka2nya di sana sini di serata Malaysia? Akirnya dah pun berjaya dengan gilang gemilang dan terbilang jadi kenyataan yang paling unik.

Sama sekali tidak diduga bahawa Felda,idea Tun Razak yang unik dari idea Allahyarham Tun Razak Hussin itu dah pun jadi kenyataan yang hakiki dan rakyat yang terlibat dalam usaha mengujudkan
ladang-ladng tersebut  di seluruh ceruk ranai bumi Malaysia itu telah pun  mendapat menuai hasilnya
hingga kini.

Felda,yang dulunya berasal dari hutan rimba belantara yang tebal,tapi kini dah jadi ladang kelapa sawit terbesar di Malaysis khasnya dan tersohor di dunia ini amnya. Sekaligus telah berjaya pula mengeluarkan minyak kelapa sawit kegunaan masyarakat terbesar di Malaysia  dan juga di dunia ini. 

Komennya  plitiknya setelah keluar
dari parti Umno.
Akibatnya,sekaligus Malaysia dah pun menjadi jadi pengeksport minyak masak dari bahan kelapa sawit yang terbesar di Malaysisa dan juga di dunia antara bangsa ini yang menjadi kebanggaan Malaysia dan sekaligus telah mendapat hasil tamabahan komuniti utama bagi Malaysia,disamping hasil getah dan juga hasil komoditi yang lain di antara hasil komoditi buat negara Malaysia.

Kini, rakyat Malaysia dapat menyskdikan Ladangb Felda telah pun menjadi Syarikat Kilomigrat negara Malaysia. Yang berstatus jika berdiri sama tinggi dan jika duduk pula sama rendah dengan negara-negara lain di dunia ini yang ada terlibat sama menghasilkan komoditi yang sama seperti kalapa sawit negara yang terrbesar.
Komen hodohnya setelah keluar dari parti Umno ketika
Depa terlibat bantu kempen  PRK, Parlime  Sungai
 Besar,Selangor dan di kawasan Parlimen Kuala
 Kangsar,Perak .

Bukan setakat itu sahaja? Malah dicemburui pula oleh negara-negara yang menghasilkan minyak masak yang bersumberkan dari bijian jagong. 

Macam-macam usaha dan persepsi hodah telah cuba dibuat oleh negara-negara barat khasnya dari Amerika tidak terkecuali negara di Eropah baru2 ini.

Mereka didapati menggunakan berbagai2 andaian perlindungan dari aspek kesihatan dan mereka orbitkan kesan-kesan egatifnya yang sengaja diada-adakan.

Kononnya,jika minyak masak kelapa sawit Malaysia ini dah jadi kegunaan masyarakat mereka sepenuhnya?

Malaysia sangat sedar dengan motif andaian mereka itu yang sebenarnya? Mereka sebenarnya takut minyak masak keluaran mereka dari bahan bijiran jagong mereka itu tergugat teruk dari segi pasarannya? Tidak lebih dari itu?

Kini,Malaysia sedang giat memberi alasan balasnya bersabit dengan andaian mereka yang begitu lemah itu?

Sebenarnya di dalam tulisan di ruangan ini penulis mahu memperkatan tentang layakkah sesaorang itu bercakap tentang prinsip dirinya sendiri dan tentang prinsip dan dasar sesebuah parti yang depa terajui itu.
Semua  pemimpin Umno depa bergaduh

Disebabkan penulis hendak mengimbas kembali jasa-jasa besar PM Tun Razak Hussin,PM yang ke-2 secara kebetulan adalah ayanda Datuk Seri Najib,PM Malaysia ke-6 yang sedang memimpin kerajaan /Umno/BN. 

Kini, satu dunia dah maklum bahawa antara Dtuk Seri Najib dan Madey sedang berkemelut politik yang tidak habis-habisnya dengan Madey, mantan PM ke-4 Malaysia sejak awal tahun 2015 hingga kini akibat Madey telah gagal nak jadikan Datuk Seri Najib sebagai kuda tunggangan.Najib yang disangka oleh Madey kononnya seorang  tokoh politik yang lembik?

Namun sebaliknya. Najib bersedia menari dengan apa sahaja gendang yang  dipukul oleh Madey. Bertemulah isi dengan ruasnya. Apa bila Madey lihat depa tidak mampu hendak guligkan Najib melalui dalam parti Umno yang telah cuba dipecah belahkannya itu?

Maka Madey mantan PM itu telah keluar dari Umno,lebih kurang dua tahun yang lalu dan lantas beliau bersama mantan TPM Muhyiddin Yassin serta anaknya mantan Menteri Besar Kedah telah menubuhkan parti baru yang bernama PPBM.

Kini,tokoh 3 serangkai itu telah membawa parti mereka bergabung dengan parti pembangkang bersama-bersama PKR/DAP/PAN/PPBM dalam satu gabungan yang mereka namakan sebagai Pakatan Harapan ( PH). Satu-satunya gabungan parti-parti pembankang yang belum pasti ada harapan
yang cerh di masa hadapanya?

Berpersepsikan kononnya Madey itu mantan PM yang tersohor dan  kononnya masih kuat pengaruhnya di kalangan rakyat? PH membuat andaian mungkin senanag tewaskan Barisan Nasional serta gulingkan Najib jik Madey diangkata sebaga Chairman dan calon PM ?

Jika berdasarkan dengan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak((PRN) dan juga dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar , Selangor dan  kawasan Parlimen Kuala Kangsar,di Perak? Memang sukar PH hendak mencapai harapan gemilang untk masa depan PH itu
sendiri.Kantoi secara teruk pastinya sudah?

Seterusnya dengan sebulat suara PH telah melantik Tun M selaku Chairman PH. Baru-baru ini pula PH telah menamakan Madey sebagai calon PM jika PH itu akan berjaya mengguling Barisan Nasional pada PRU ke-14 itu nanti.

PESANAN TUN RAZAK

Mantan PM Malaysia yang ke-2, Tun Razak Hussin,semasa hayatnya,sebagai PM di dapati banyak kali, ada berpesan pada rakyat Malaysia dalam ceramah-ceramah politiknya di kawasan-kawasan yang dilawati oleh Tun Razak.
Parti politik barunya yang dijadikan wadah
untuk gulingkan Najib dan nak kuburkan
parti Umno
.
Hanya pesanan politik Tun Razak Hussin itu sahaja. Satu-satunya pesanan yang telah meninggalkan kesan yang mendalam pada penulis.

Sekaligus pesanan itu sentiasa penulis jadikan panduan hidup untuk mengenal dan membuat penilaian bila penulis hendak mempastikan,ketika penulis hendak mendapatkan sahabat karib dan sekaligus penulis jadikan panduan ketika hendak membuat penilaian terhadap sesaorang tokoh-tokoh politik itu bersabit dengana nature politiknya itu benar-benar baik atau pun sebaliknya.

Pesanan" Bapak Pembanguna Negara" Malaysia. Pesanan Tun Razak itu dailognya berbunyi lebih kurang bernada sepeeti ada tersebut di bawah ini:-

"Jika kita hendak mengenali sesaorang itu baikkah atau sebaliknya? Maka hendaklah kita dengar apakah kata-katanya itu? Adakah selaras atau pun selari dengan apa yang depa lakukan itu. Jika A disebutnya? Maka A juga harus jadi akhirnya?

"Jika tidak selaras dan tidak selari antara kata-kata dengan perbuatannya? Maka tahulah kita bahawa si anu itu adalah pembohong besar dan sekaligus depa akan berbuat
U turn atau tidak pernah tepat pada janji-janjnya? Depa akan lakukan perkara-perkara yang buruk-buruk belakan jika depa terdesak.

" Maka tahulah kita,dan kenallah kita sesaorang pemimpin itu Jika depa tiada prinsip perjuangan  pada amalan tentang kata-kata mesti dikotakan atau janji-janji tidak ditepatinya? Jahat dan zalimnya melebihi Firaun?"

Bila mana kita memperkataan isu -isu prinsip-prinsip politik di dalam perjuangan? Madey seorang pemimpin politik yang tidak ada prinsip langsung di dalam dirinya itu dan juga pada perjuangan politiknya.Beliau adalah (the great) Mr.U Turn yang tidak berperinsip?

Malah depa pun tidak layak bercakap dan sebut-sebut fasal prinsip? Kerana apa? Disebabkan depa itu sendiri tidak tahu apa ertinya perkataan yang disebut prinsip itu?

Orang politik jenis ini? Merupakan tokoh politik negara yang tidak boleh pegang amanah pada tugas-tugasnya? Justeru itu, depa tidak boleh diberi lagi apa-apa pun tugas penting atau apa-apa sahaja bentuk keprcayaan dan amanah buat kali yang keduanya?

Kesilapan orang-orang Melayu dari Umno yang telah lampau memberikanka kepercayaan pada depa dulu-dulunya itu selama 22 tahaun sandang jawatan PM Malaysia?

Ia merupakan satu kesilapan besar dan tidak harus diulang lagi buat kali keduanya? Anjing itu jika dah makan taik? Bila-bila pun depa akan makan tahi juga.

Biarlah depa terpekik terlolong pada rakyat? Meminta-minta dipercayai buat kali keduanya? Rakyat tak usah ambil peduli dan sekaligus tak usah di ambil kisah pun.Biarlah depa berjalan mengikut jalan yang dipilihnya itu hingga ke hujung terongnya pilihannya itu?

Gambar-gambar di bawah dapat anda saksikan lorong yang dipilihnya ketika semasa depa masih berkuasa sandang jawatan PM yang ke-4 bersabit dengan kata2nya yang berbunyi

Katanya, "Orang2 melayu yang sokong DAP.Yang sokong Lim Kit Sing. Yang sokong Karpal Singh. Sebenarnya sudah tidak ada integriti Melayu. Mereka sebenarnya pengkhianat bangsa.

Merojok pula kata2nya setelah depa keluar dari parti Umno, semasa depa bantu kempen PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor dan kawasan Parlimen Kuala Kangsar,di Perak, kira2 dua tahun yang lalu.

Pada pertarungan itu di mana calon-calon BN telah memberi pukulan T.K.O. kepada calon- calon PH dengan keputusan yang amat memalukan gabungan PH yang dilihat bila bercakap isu politik dengan nada yang sombong dan bongkak.

Depa semacam dah lupa siapakah yang kutip depa hingga boleh menyertai Umno semula pada tahun 1972 setelah Tunku Abdul Rahmana Putra Al-Haj tendang depa dari Umno pada tahun 1969. Tak lain dan tidak bukan ialah Tun Razak Hussin,PM Malaysia yang ke-2.

Kini tanpa mengenang budi dan jasa baik Tun Razak yang kutip depa menyertai Umno semula? Maka anak Tun Razak Hussin itu sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang sandang jawatan PM yang ke-6 hendak di gulingkannya. Sementara parti Umno hendak di kuburkannya?

Mutakhir ini dengan lagak dan gayanya dilihat begitu riang gembira sombong bongkak setelah dah dinamakan sebagai calon PM dari PH?

Komen-komen politik Madey pun semasa kempen-kempen Plihan Raya Kecil,di Parlimen kawasan Sungai Besar,Selangor dan di kawasan Parlimen  Kuala Kangsar,Perak. Depa dilihat sering menghentam dengan membodoh-bodohkan orang-orang Melayu dengan lantangny dan begitu tega depa mengatakan hanya orang bodoh sokong Umno.

Depa semacam dah lupa bahawa depa dapat merasai sandang jawatana PM selama 22 tahun itu atas tiket parti apa? Buankah parti Umno? Atas tiket parti Umno, parti yang keramat itu? Tanpa parti Umno siaoa depa?

Mutakhir ini dengan berseri-seri wajahnya,tanpa ada rasa malu dn segan pada masyarakat Melayau khasnya. Dengan bangganya diriibgi senyum  ketawa depa dilihat dengan bangganya mengkibarkan bendera parti DAPig yang telah dimaki,dihamunnya selama 22 tahun lalu semasa beliau masih berkuasa sebagai PM atas tiket parti Umno.

Apakah orang politik macam ini ada prinsip politik dan maruah diri? Sehigga didapati depa menjilat segala lendir ludah dan kahak-kahak yang depa ludahkan terhadap DAPig dulu  itu? Sejauh pengalaman penulis berada di dalam arena politik di tanaha air ini?

Tidak pernah penulis lihat tokoh politik yang nature politknya sangat hodoh dan tidak punya maruah politik? Justeru rakyat yang akan menentukan masa depan negara Malaysia pada PRU/14 yang akan datang itu harus waspadah dan harus bersikap bijaksana di dalam membuat pilihan pada pemimpin politik yang akan turut bertanding?

Nilailah nature tokoh politik yang terlibat didalm PRU/14 itu dengan teliti secara hati-hati agar anda tidak salah memilih? Jika salah pilih? Sesal kemudian itu tidak ada gunanya.Pisang  itu tidak akan berbuah dua kali?

Fikir-fikirkanlah.Dihari mengundi  itu nanti anda sebagai pengundi adalah jadi Raja yang berkuasa penuh atas undi anda? Justeru itu gunakanlah kuasa anda sebagai raja itu dengan sebijak-bijak yang mungkin.( Posted bya abnmulya //  haji abu bakar ningala,blogspot com at 8.35 am on Januaray 25,2018.

Thursday, January 11, 2018

DAP CUBA BERMAIN MUSLIHAT

11 JANUARY 2018 @ 3.00 AM.

KUALA LUMPUR 10 Jan. – DAP selaku parti paling dominan di dalam Pakatan Harapan dilihat cuba bermain muslihat bagi me­ngaburi mata rakyat mengenai penguasaan me­­reka dalam gabungan pembangkang apabila mengumumkan parti itu hanya bertanding sekadar 35 kerusi Parlimen.

Annuar Musa
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, DAP sengaja memperlihatkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertan­ding paling banyak kerusi iaitu 52 kerusi untuk memastikan pengundi percaya parti yang dike­tuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu memimpin Pakatan Harapan.

Menurut beliau, apa yang menjadi kemusykilan ialah kenapa ketika Pakatan Harapan me­ngumumkan pembahagian kerusi antara mereka kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak tidak dikira sekali.

“DAP sekurang-kurangnya boleh tanding dan menang lapan kerusi di Sabah manakala di Sarawak pula 11 kerusi sudah jadi 19 kerusi, dicampur pula de­ngan kerusi boleh menang di Semenanjung, DAP boleh peroleh sekurang-kurangnya 54 kerusi.
“Tidakkah DAP yang menang lebih kerusi Parlimen dan dapat dilihat ada muslihat tertentu yang DAP cuba sembunyikan. Kita percaya hal ini menjadi bukti DAP yang sebenarnya memimpin Pakatan Harapan,” katanya ketika Forum Polemik Perdana Menteri Pakatan Harapan yang disiarkan secara langsung di Facebook beliau hari ini.

Yang turut menjadi panel pada forum berkenaan ialah bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli; Presiden Pertubuhan Anak Perak, Faizal Lentin; Ahli Jawatankuasa Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Dr. Ahmad Kusyairi Khalid; Ahli Jawatankuasa Penerangan MIC, Subash Chand­rabose dan Pengarah Operasi Malaya, Farhan Khairuddin.

Sementara itu, Mohd. Nazmi menegaskan, keputusan menamakan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara boleh dilabelkan sebagai satu langkah ke belakang yang mengelirukan rakyat. 

MUHAMMAD FARHAN KHAIRUDDIN

“Saya sudah menjangkakan pengumuman yang dibuat Pakatan Harapan itu tetapi apa yang menjadi persoalan, kenapa Dr. Mahathir yang dikatakan berjiwa besar, sudah berstatus negarawan itu perlu berpatah balik untuk menjadi ahli politik dan bersusah payah berkempen bagi meraih undi rakyat. 

“Mereka sebenarnya bermain wayang dengan gambaran (figure) kerusi. PPBM diletakkan sebagai pemegang paling banyak kerusi tetapi akhir­nya, DAP akan mendominasi pakatan pembangkang,” katanya.

Mengulas lanjut hal itu, Farhan pula berkata, semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, mahasiswa menolak beliau kerana Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tetapi kini, mahasiswa sudah hilang hormat kepada bekas Perdana Menteri itu kerana tindak tanduknya begitu kontradiksi dengan kenyataannya.

“Hari ini, kebanyakan kami sudah membuka mata dengan melihat secara `depan-depan’ setiap penentangan rakyat kepada Dr. Mahathir.

“Saya ingatkan rakan-rakan seperjuangan saya supaya jangan mengikut ‘buah’ Dr. Mahathir. Jika dia jadi Perdana Menteri, bukan orang Melayu yang untung sebaliknya DAP yang tetap dominan,” katanya. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.38 am on Januaray 12,2018.

PRU-14: ANWAR TIDAK CUKUP SYARAT JADI PM.


SAYIDAH AGARULAH KHAN
11 Jan 2018@ 3.00

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Cita-cita Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan yang diketuai DAP menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya boleh menjadi kenyataan jika beliau mendapat pembatalan kehilangan kelayakan bertanding daripada Yang di-Pertuan Agong.
Dr.Shamrahayu Ab.Aziz 

Pakar perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz berkata, sekiranya Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan tersebut, Anwar terpaksa melupakan hasratnya untuk menjadi pemimpin nombor satu negara walaupun Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.
“Mengikut Perkara 48, seseorang akan hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya umum sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan.

“Individu tersebut hanya boleh melibatkan diri dalam politik selepas lima tahun dibebaskan namun mereka boleh memohon pembatalan kehilangan ke­layakan bertanding da­ripada Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar memberitahu, Anwar akan dibebaskan pada 8 Jun ini berasaskan ketetapan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan- Peraturan Penjara 2000.

Pakatan Harapan sebelum ini turut menyatakan keinginan mereka untuk membantu Anwar mendapatkan pembatalan kehilangan kelayakan bertanding daripada Yang di-Pertua Agong bagi membolehkan Anwar melibatkan diri dalam politik selepas dibebaskan.

Shamrahayu menjelaskan, wa­­laupun Per­kara 48 membolehkan seseorang individu yang hilang kelayakan ber­tanding mendapat pembatalan, namun Yang di-Pertuan Agong juga berhak menolak permohonan tersebut berdasarkan sebab-se­bab tertentu.

“Tiada syarat khusus untuk membo­­­­l­ehkan permohonan itu diterima. Ia tidak dinyatakan dalam undang-undang namun perlu ingat, pembatalan itu bukan sesuatu yang mudah.

“Yang di-Pertuan Agong perlu bijaksana untuk membuat keputusan kerana permohonan itu akan menentukan masa depan negara khususnya jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum,” katanya.

Tambahnya lagi, penilaian perlu dilakukan kerana keputusan itu adalah sesuatu yang besar terma­suk adakah seseorang yang berlatar belakang jenayah berat dan telah disahkan bersalah boleh terlibat dalam politik tanah air.(  Utusan online).Posted b y abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 2346 hrs on January 1,2018.

Friday, January 5, 2018

ABU TALIB NAFI PERNAH GUNA NAMA TUN M


05 hb.Jan 2018 @ 3.00pm.

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menggunakan nama Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membolehkan pemecatan dilakukan terhadap bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988. 


Mantan Peguam Negara,Tan Sri Abu
Talib Othman.
Menurut Abu Ta­lib, Krisis Perlembagaan 1988 dilaksanakan menerusi tribunal yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan ­Agong ke­tika itu, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

“Malah, saya juga mengingatkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai tanggungjawab untuk mendukung Perlembagaan Per­sekutuan,” katanya dalam satu temubual media me­metik laporan New Straits Times hari ini.

Mengulas lanjut, Abu Talib berkata, pemecatan Salleh hanya boleh dilakukan melalui Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sebuah tribunal di­tubuhkan untuk me­lihat sama ada terdapat sebarang kes salah laku sebelum Ketua Hakim dipecat.

“Tribunal itu hanya boleh ditubuhkan melalui representasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong dan memandangkan Dr. Mahathir dan Seri Paduka bersetuju, tindakan perlu diambil, maka saya telah menyediakan dokumen yang sepatutnya bagi penubuhan tribunal tersebut,” katanya.

 Abu Talib berkata, komunikasi dengan pihak istana bagi memaklumkan mengenai penubuhan tribunal itu turut dikendalikan oleh Pejabat Perdana Menteri.

“Dalam hal ini, nama Perdana Menteri dan pejabat beliau telah digunakan kerana Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa tribunal hanya boleh ditubuhkan menerusi representasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

“Isu ini berlaku pada tahun 1988 dan kita tidak boleh mengharapkan Dr. Mahathir untuk mengingati setiap maklumat yang berlaku pada masa itu,” katanya.

 Abu Talib bagaimanapun menegaskan bahawa bukan Dr. Mahathir yang mahu memecat atau memulakan tindakan terhadap Salleh, dan hanya bertindak atas arahan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya nampak surat yang ditulis dan ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong mengarahkan Dr. Mahathir memecat Salleh sebagai Ketua Hakim Negara dan melantik Tun Abdul Hamid Omar,” katanya. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ningfga.blogspot.com at 1052 am on Jan  06,2018.

Thursday, January 4, 2018

Dr.MAHATHIR DIINGATKAN TIDAK TERBAWA LEGASI SENDIRI


C.SHEILA RANI
jANUARY 04,2018 @ 11.15 PM.


Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, sebagai seorang pemimpin yang pernah memegang jawatan nombor satu negara, Dr. Mahathir perlu sedar bahawa kebanyakan dasar kerajaan mempunyai `tempoh luput’ dan apabila tiba masanya akan digantikan dengan dasar baharu. 

Nazri Hussin Akhtar Hussin
Malah, kata beliau, tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang menuduh TN50 hasil ciplak Wawasan 2020 iaitu gagasannya sendiri dilihat satu langkah yang cukup dangkal, melulu dan berniat jahat seolah-olah kerajaan sedia ada mahu memadamkan usaha tersebut.

“Sebagai ‘negarawan’ (pandangan sesetengah pihak), Dr. Mahathir perlu lebih bertanggungjawab dan profesional. Hakikatnya, TN50 adalah kesinambungan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan 2020 pula adalah kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Jelas Nazir Hussin, pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam TN50 jauh berbeza daripada Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir.

Katanya, cara diktator juga terserlah dalam Wawasan 2020 yang mana Dr. Mahathir hanya mengumumkan secara top-down daripada ilhamnya.

“Kaedah itu berbeza dengan amalan mengumpulkan aspirasi rakyat (bottom up) yang dilaksanakan oleh kerajaan semasa. Ya, legasi cara diktator Dr. Mahathir memang harus dipadamkan,” katanya. - UTUSAN ONLINE ( Posted  by abnmuly // haji abu bakar ninggal,blogspot.com at 8.22 am on January 06,2018.

EGO MAHATHIR SUDAH TERLALU BESAR UNTUK RAKYAT TERIMA

Oleh Amin Yatim
January 0-4,2018
Dipetik dari MyKmu.net
1. Pada usia lebih 90 tahun, Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, berhadapan krisis dalaman terbesar dalam hidupnya iaitu zaman telah terlalu jauh berubah dan di luar jangkauan pemikiran tuanya.

2. Mahathir sepanjang hidupnya adalah manusia yang mempunyai ego besar. Sepanjang hidupnya Mahathir tidak berminat untuk bertolak ansur sama ada dengan ketua sebelumnya seperti Tunku Abdul Rahman, mahu pun ketua selepasnya seperti Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.

Beliau tidak sempat bergaduh dengan Tun Abdul Razak kerana tempoh hayat Perdana Menteri Kedua tersebut tidak panjang. Demikian juga pentadbiran Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussien Onn yang singkat dan beliau berada ditakuk sebagai pengganti.

3. Mahathir bukan sahaja bergaduh dengan Perdana Menteri, beliau juga bergaduh sultan, hakim, ulama, mufti, sasterawan, warga pendidik, dua orang timbalan beliau, Perdana Menteri Britain, Margaret Tatcher, Perdana Menteri Australia, Paul Keating, Presiden US, George Bush dan Presiden Singapura Lee Kwan Yew.

4. Mahathir seorang manusia yang membesar dengan ego bahawa dunia sekeliling harus bergerak mengikut beliau, bukan dalam kesepakatan dan tolak ansur sejagat. Dalam skrip hidup Mahathir tiada tolak ansur atau mengalah. Jika ada tampak seperti beliau mengalah ia hanyalah perubahan taktikal sementara kerana beliau pada kedudukan lemah atau tidak boleh menang.

5. Malangnya Mahathir tidak memahami bahawa dunia telah jauh berubah. Tahun 2018 tidak lagi sama dengan tahun 2003 ketika beliau meletak jawatan. Malah dari segi geo-politik tempatan, tahun-tahun sebelum 2010 juga sudah jauh berubah berbanding hari ini.

6. Mahathir tidak lagi boleh mengawal saluran media dan membina persepsi rakyat mengikut acuan beliau. Pada 1950 dan 60-an Mahathir mempunyai ramai rakan bersimpati dalam organisasi media yang membentuk pemikiran rakyat. Ini membantu beliau.

7. Apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri, beliau bukan sahaja mempunyai rakan-rakan media yang berpengaruh tetapi juga kuasa mengawal media.

Kesemua media yang sampai kepada sebahagian besar rakyat ketika itu dicorakkan untuk agenda Mahathir. Maka Mahathir sentiasa menang di hati majoriti rakyat sama ada ketika menentang Sultan, Ketua Hakim, Mufti,Musa Hitam, Ku Li hatta pemimpin luar negara pun.

8. Pada zaman penghujung pemerintahannya, beliau hampir jatuh apabila Timbalannya, Anwar Ibrahim mulai menguasai media. Namun Mahathir masih punya kuasa. Kuasa itulah yang beliau gunakan untuk mematikan kerjaya Anwar Ibrahim.

9. Kejatuhan Anwar Ibrahim telah membuka ruang intelektual baru iaitu kemunculan internet bagi menentang “agenda setting” Mahathir. Namun akses ketika itu tidak meluas menyebabkan kebangkitan ini tidak begitu meninggalkan kesan kepada Mahathir dalam pilihan raya 1999 walaupun UMNO berhadapan kemerosotan sokongan yang serius.

10. Ego Mahathir tercalar apabila “third force” dalam UMNO meminta beliau bersara sebelum pilihan raya ke 11 bagi memulihkan sokongan orang Melayu kepada UMNO. Khabarnya ini disarankan selepas Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya kecil Lunas 2001.

11. Justeru pada 2002, Mahathir mengejutkan Perhimpunan Agung UMNO apabila mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Beliau boleh sahaja mengumumkan dalam sidang akhbar atau memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Barisan Nasional. Namun Mahathit sedar jika berlaku sedemikian tentulah ia tidak akan mempunyai kesan emosi dan sentimen yang akan meningkatkan sokongan kepada beliau.

12. Justeru beliau memilih mengumumkan dalam Perhimpunan Agung UMNO selepas berucap berapi-api mengenai perjuangan agama, bangsa dan negara.

Perletakan jawatan tersebut bukanlah sesuatu yang ikhlas. Ia adalah retorik dan “agenda setting” untuk menaikkan semula aura beliau. Maka perletakan jawatan itu ditangguhkan sehingga perbincangan dengan pemimpin-pemimpin kanan parti.

13. Kosensus dicapai Mahathir akan bersara selepas Oktober 2003. Maka dilihat setahun itu, imej Mahathir kembali digilap dan bergemerlapan sehinggalah pada saat peralihan kuasa pentadbiran kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

14. Kemenangan besar Barisan Nasional dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi mencalar ego Mahathir. Ia membuktikan saranan pemimpin-pemimpin kanan UMNO pada 2001 dulu benar. Mahathir mula menyindir.

15. Apa yang Mahathir tidak jangka ialah Abdullah mulai meruntuhkan legasi dan ego beliau sedikit demi sedikit melalui pembatalan projek jambatan bengkok dan penangguhan landasan berkembar. Malah tindakan akhbar-akhbar arus perdana mengangkat dan menjulang pentadbiran Abdullah sedikit demi sedikit menimbulkan kemarahan Mahathir.

16. Dengan menjulang pentadbiran Abdullah yang berbeza dengan Mahathir, ia merupakan satu kritikan terhadap Mahathir. Mahathir adalah seorang yang tidak akan menerima kritikan dengan hati terbuka. Mahathir bertindak balas menyerang pentadbiran Abdullah.

17. Ketika itu Mahathir mendapat sokongan warga internet. Selebihnya pentadbiran Abdullah yang dijulang dan digilap mulai menampakkan keretakan melalui pembambitan keterlaluan keluarga Perdana Menteri Kelima Malaysia itu.

18. Beberapa keputusan pentadbiran Abdullah yang “flip flop” juga menguntungkan Mahathir. Mahathir juga tidak banyak mempertahankan diri kerana tidak diasak bertubi-tubi seperti sekarang. 

19. Hari ini sebahagian besar aktivis media ineternet yang menggerakkan sokongan dan dokongan terhadap gerakan Mahathir pasca PRU 2004 telah berubah menyokong Najib Razak. Ini kerana mereka percaya pentadbiran dan polisi Najib Razak mempunyai fundemental yang kuat dan baik untuk negara.

20. Ego Mahathir tidak dapat menerima keadaan ini. Beliau secara berterusan membuat dakwaan bahawa kumpulan yang tidak menyokong beliau ini sebagai “makan dedak” Najib Razak. Soalnya apakah mereka dibayar semasa menyokong beliau dulu?

Jika dulu beliau mendapat sokongan walaupun tidak dibayar, mengapa sekarang beliau menuduh mereka menyokong Najib Razak semata-mata kerana bayaran?

21. Hari ini kita lihat ego Mahathir tidak membenarkan beliau mengakui sebarang kesalahan atau kekurangan adalah atas kelemahan beliau sebagai manusia kerdil ciptaan Allah.

22. Dalam ucapan Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) beliau meminta maaf jika pentadbiran beliau dulu ada kesilapan dan kesalahan.

Namun tidak sampai sejam kemudian, dalam sidang akhbar, beliau memberi alasan meminta maaf sebab budaya Melayu, bukannya kerana beliau mengakui apa-apa kesilapan atau kelemahan. Demikianlah besarnya ego Mahathir Mohamad.

23. Apabila dibangkitkan isu-isu kontroversi dalam pentadbirannya, Mahathir bukan sahaja tidak mengakui sebarang kesalahan malah tidak langsung memohon maaf atas kapasiti Perdana Menteri ketika itu.

24. Apabila dibangkitkan hal pemecatan Ketua Hakim Negara, beliau menyalahkan almarhum Tuanku Sultan Johor yang kononnya “bergaduh” dengan Tun salleh Abbas. Namun semua orang tahu ketika itu berlaku konflik hebat antara Kehakiman dan Mahathir Mohamad.

Ini dirakam dalam beberapa tulisan pengarang kanan Utusan, Berita Harian dan NST ketika itu. Antara puncanya ialah apabila Tun Salleh Abas secara terbuka mengkritik pentadbiran Mahathir dalam satu Majlis Makan Malam.

25. Apabila Peguam Negara (ketika krisis tersebut) Abu Talib Othaman membuat kenyataan terbaru bahawa tribunal ditubuhkan kerana badan kehakiman mengkritik eksekutif, Mahathir menyalahkan Abu Talib pula sebagai punca krisis kehakiman yang memperlihatkan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

26. Kata Mahathir, Abu Talib mempergunakannya. Mahathir tidak mahu mengakui beliaulah yang berjumpa Yang Dipertuan Agong memohon diadakan satu tribunal khas membincangkan salah laku Ketua Hakim Negara dan Hakim Mahkamah Agung.

27. Jika Mahathir ketika muda, berkuasa dan berpengaruh boleh dipergunakan oleh Abu Talib, apa keyakinan kita bahawa Mahathir yang tua, semakin lemah ingatan dan tanpa kuasa tidak dipergunakan oleh orang lain?

28. Mahathir juga langsung tidak mahu mengambil tanggungjawab ke atas peristiwa Memali. Memang bukan Mahathir menembak Ibrahim Libya. Namun bukankah sebagai Perdana Menteri ia harus ambil sebahagian tanggungjawab tersebut? Sebaliknya, Mahathir menyalahkan Polis dan Musa Hitam sepenuhnya.

29. Besarnya ego, Mahathir mempergunakan semua media ketika untuk menggambarkan beliau telah berada di China ketika berlaku. Hakikatnya, Mahathir hanya pergi setelah peristiwa Memali berlaku. Beliau tidak peduli krisis yang sedang berlaku kerana tidak mahu ambil tanggungjawab.

30. Mahathir perlu sedar bahawa ego beliau sudah terlalu besar untuk ditanggung oleh rakyat.

31. Cukup-cukuplah dengan ego sebagai manusia “superhero”. Kita hanya insan kerdil yang akan berhadapan pencipta besar.( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninga;.blogspot.com.at 8.30 am on Januaray 05,2018.

Monday, January 1, 2018

MAHATHIR PUNCA MUFTI TIDAK BERSUARA --ABUDUL HADI AWANG

PRESIDEN PARTI  PAS TUAN GURU DATUK SERI HAJI  ABDUL HADI AWANG

Azman Ibrahim 

01 Januari 2018 3:00 AM.

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Para mufti di negara ini tidak bersuara bagi menghalang peristiwa Memali 1985 kerana berlaku campur tangan politik pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pada waktu itu, tiada pemisahan kuasa dan berlaku campur tangan politik dalam hal ehwal pentadbiran negara. Katanya, pada zaman ber­kenaan juga, bukan sekadar mufti tidak boleh bersuara, sebaliknya hakim dipecat dan ketua polis negara juga tidak boleh bertindak dengan tepat.

“Mufti pun dia nak paksa, nak bercakap pun terpaksa diam pada masa itu. Lebih selamat. Itulah suasana pada masa itu,” kata­nya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir pada perhimpunan agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam yang menyalahkan para mufti tidak menghalang peristiwa Memali daripada berlaku pada 1985.

Dr. Mahathir berkata, para mufti sepatutnya bersuara bagi menentang ucapan Abdul Hadi yang dikenali Amanat Haji Hadi yang didakwa bertanggungjawab kepada peristiwa Memali 1985 yang mengorbankan 18 nya­wa.

Amanat Haji Hadi merujuk ucapan Abdul Hadi yang tersebar di kalangan ahli Pas pada 1981 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Pada ketika itu Abdul Hadi ialah Ahli Parlimen Marang dan Ketua Pas Terengganu.

Tambah Abdul Hadi, Dr. Mahathir tidak wajar me­metik beberapa petikan di dalam amanat yang diberikan pada waktu itu sebaliknya melihat amanat itu secara sepenuhnya. “Mengambil petikan ucapan tanpa mengambil penjelasan adalah satu tindakan yang salah. Ini kerana semata-mata kepentingan politik,” katanya.

PPBM BERPAKSIKAN KEBENCIAN,TIDAK HIRAU NASIB MELAYAU

BEKAS KETUA SRIKANDI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM).ANINA SAADUDIN
JANUARY 01,2018 @ 3.00AM.

ALOR SETAR 31 Dis. – Rakyat khususnya orang Melayu perlu bijak menilai pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai asas perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang hanya berpaksi kepada kebencian demi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Ketua Serikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin berkata, soal masa depan orang Me­layu tidak lagi menjadi agenda utama kepada bekas Perdana Menteri itu sebaliknya beliau hanya menjadikan perhimpunan agung pertama parti itu sebagai pentas menghamburkan kemarahannya kepada Najib.

Kata beliau, perhimpunan PPBM yang pertama itu jelas hambar apabila tiada roh memperjuangkan nasib orang Melayu sebaliknya dikuasai perasaan kebencian dan dendam yang sepatutnya dinilai oleh rakyat tentang masa depan mereka.

“Dahulu ketika kecil sehingga berada di alam universiti, saya pasti akan tertunggu-tunggu di depan kaca televisyen untuk mendengar Tun Mahathir bercakap kerana banyak benda yang menarik tetapi sungguh berbeza semalam.

“Beliau tiada benda lain yang mahu diperkatakan lagi selain perasaan marah yang mahu dikeluarkan daripada hatinya... hanya berkenaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Tun tidak bercakap mengenai soal masa depan rakyat, orang Melayu... tiada inti pati mengenai masa depan orang Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Anina, agenda rak­yat khusus hal orang Melayu kini mungkin sudah tidak lagi selaras dengan keutamaan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga soal itu diketepikan begitu sahaja.

“Ketika mahu ditubuhkan, saya dimomokkan PPBM akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Harapan seperti UMNO dalam BN namun PPBM dalam pakatan tidak lagi melihat agenda ekonomi dan masa depan orang Melayu sebagai keutamaan.

“Yang timbul di permukaan mungkin untuk menjatuhkan kepemimpinan Perdana Menteri tetapi sebenarnya, kerajaan orang Melayu yang akan musnah. Ini harus dipertahankan kerana hanya Malaysia negara yang dipimpin rakyat dan kerajaannya diketui orang Melayu,” ujarnya.( Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2228 hrs on Januaray 01,2018.

KENAKAN EMBARGO MINYAK TERHADAPA AS.




DISEMBER 01,2018 @ 3.00 AM.

NEGARA-NEGARA pengeluar minyak utama dunia disaran duduk berbincang bagi mempertimbangkan cadangan mengenakan sekatan embargo minyak terhadap Amerika Syarikat (AS) serta mana-mana negara menyokongnya dalam isu berkaitan status bandar raya Baitulmuqaddis.

Ini adalah susulan tindakan Presiden AS, Donald Trump yang mengisytiharkan secara satu pihak terhadap status bandar raya Baitulmuqaddis awal Disember lalu sebagai ibu kota baharu Israel. Bukan itu sahaja, Trump juga telah menggunakan taktik buli dan mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap negara yang memberi undi menentang keputusannya terhadap isu berkenaan pada persidangan luar biasa Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini. 

Sekiranya cadangan itu diterima, hal itu menjadikannya sebagai sekatan embargo minyak kali kedua bakal dilaksanakan terhadap AS selepas berjaya dilaksanakan pada 1973. Pada masa itu, sekatan embargo minyak pertama telah dikenakan terhadap AS kerana menyokong Israel yang berperang dengan Mesir dan Syria.

Sekatan embargo minyak yang dilaksanakan telah menyebabkan AS menghadapi krisis minyak di dalam negara, menjejaskan ekonomi negaranya serta menggugat kedudukan negara AS di mata dunia bertahun-tahun lamanya.

Namun begitu, kita harus menerima hakikat sejak sekatan embargo pertama dilakukan, AS telah banyak mengambil langkah bagi mengurangkan kebergantungan mereka terhadap minyak import khususnya dari negara-negara Asia Barat.

AS juga telah meningkatkan industri minyaknya sendiri serta membangunkan teknologi yang tidak bergantung sepenuhnya terhadap penggunaan minyak. Walaupun begitu, AS secara hakikatnya masih perlu bergantung dengan hasil minyak dibawa dari luar untuk memenuhi permintaan dalamannya yang tidak pernah mencukupi.

Sekiranya sekatan embargo minyak kali kedua ingin dilakukan, ia perlu melibatkan bukan sahaja negara-negara dari Asia Barat malah perlu juga melibatkan negara pengeluar minyak dunia lain seperti Rusia dan Kanada yang sudah pasti tidak mempunyai banyak halangan untuk bersatu dengan negara-negara pengeluar minyak dari Barat dan lain-lain dalam menghadapi tindakan buli dan ugutan Trump di pentas antarabangsa.Nama Penulis Rencana" DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW, UNIVERSITY SAIN MALAYSIA.( Utusan on line0.Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal. blogspot.com .at 2213 hrs on Januru 01,2018.

DR.MAHATHIR HANYA GILA KUASA

Tiada langsung perancangan untuk rakyat, negara – Hamidah 

Khairul Abidin Nuar 
01 Januari 2018 3:00 AM 


BATU GAJAH 31 Dis. - Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman kesal kerana Perhimpunan Agung PPBM yang berlangsung semalam hanya membincangkan usul untuk menjadikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, sekali gus memperlihatkan matlamat gila kuasa mereka. 

“Namun, saya tengok akhir-akhir ini termasuk dalam ucapan dasar ketika Perhimpunan Agung PPBM, mereka hanya membincangkan satu usul iaitu memastikan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Adakah itu semata-mata matlamat? Namun pada saya, itu adalah gila kuasa,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini sebagai reaksi balas terhadap ucapan dasar Dr. Mahathir pada Perhimpunan Agung PPBM yang melabelkan individu-individu yang meninggalkan parti itu sebagai sampah serta penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas lanjut, Hamidah berkata, sikap tidak wajar negarawan terulung yang menggunakan pentas perhimpunan agung tersebut untuk menghentam mereka yang berbeza pendapat dalam parti itu juga memperlihatkan sikap sebenar Dr. Mahathir yang merupakan seorang diktator, terlalu ego dan mementingkan diri sendiri..

Sehubungan itu, Hamidah me­ngingatkan kepada semua ahli PPBM termasuk parti-parti komponen pembangkang supaya memikirkan sama ada perlu terus menyokong Mahathir yang kini dilihat sudah memiliki kelemahan mental dan fizikal serta tidak konsisten dengan apa yang diperkatakannya. 

“Kalaulah saya antara orang awal berkorban untuk beliau dan diperlakukan sebegini, apa jaminan beliau tidak melakukan perkara serupa kepada orang-orang di peringkat kepemimpinan PKR, DAP dan PAN,” katanya.

“Mengikut Perlembagaan PPBM Fasa 12 untuk Perhimpunan Agung, di bawah klausa 12.2.3, wakil yang dipilih oleh Persidangan Tahunan Bahagian adalah sebanyak seorang wakil bagi setiap 300 orang ahli dengan syarat bilangan wakil-wakil itu tidak melebihi tujuh orang dari satu Bahagian. 

“Sedangkan mereka tidak membuat mesyuarat di peringkat bahagian. Apa yang saya bimbangkan ialah mereka tergesa-gesa melakukan sesuatu dan melanggar perlembagaan mereka sendiri. Bagaimana mereka hendak mentadbir negara? Mereka belum bersedia,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ningal.blogspot.com. at 2145 hrs on January  01.201.