Friday, January 26, 2018

POLISI EKONOMI MAHATHIR PINGGIRKAN KAUM MELAYAU

Polisi ekonomi yang diguna pakai pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai tidak mencapai hasrat sebenar dalam membantu masyarakat Melayu untuk meningkatkan taraf hidup mereka ketika itu.

Profesor Adjung Pengajian Eko­nomi dan Pembangunan Universiti Malaya (UM), Prof. Tan Sri Dr. Kamal Salih berkata, polisi ekonomi Dr. Mahathir yang hanya mementingkan tarikan pelabur menyebabkan golongan tersebut terpinggir, sekali gus agenda untuk memperkasakan ekonomi Melayu dilupakan.

“Sewaktu Dr. Mahathir melaksanakan Dasar Pembangunan Negara (DPN), beliau lebih menumpukan pada melahirkan jutawan serta globalisasi ekonomi dan bukannya memperkasakan golongan yang berpendapatan rendah dan bangsa Melayu.

Maka, isu ketidakseimbangan ekonomi ketika itu timbul kembali. “Kemiskinan bumiputera tidak seharusnya berlaku dalam konteks sebuah negara yang maju.

Disebabkan itu, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah, beliau terpaksa membetulkan krisis yang dicipta oleh Dr. Mahathir itu dengan mengembalikan pelaksa­naan dasar pengstrukturan semula ekonomi bumiputera dalam Model Ekonomi Baharu (MEB),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel dalam Siri Wacana Cendekiawan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menggantikan Polisi Memperkasakan Ekonomi Bumiputera (PMEB) dengan Model Ekonomi Islam (MEI) bagi mencapai status sebuah negara maju menjelang 2050.

Katanya, hal ini adalah berikutan dasar ekonomi yang berlandaskan prinsip Islam adalah bersifat menyeluruh dan mampu menyatupadukan bangsa serta kaum di negara ini.

“Dasar ekonomi masa kini yang lebih fokus kepada agenda sesuatu kaum atau etnik merupakan penghalang untuk rakyat Malaysia bersatu-padu. Melalui pelaksa­naan MEI, pemerkasaan ekonomi rakyat di negara ini akan berlaku secara seimbang dan adil.( UTUSAN ONLINE).POSTED BY ABNMULYA BLOGSPOT.COM. AT 2.53 AM ON JANURY 27,2018.


No comments: