Thursday, June 19, 2014

Ikut proses perundangan-Sultan

Oleh LILIS SURIANI OMAR

SULTAN Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM 19 Jun - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya isu pemulangan atau pelupusan kitab Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, dilaksanakan mengikut prosedur perundangan sedia ada dan terpakai.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, Sultan Sharafuddin menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar segera merujuk perkara itu kepada pihak pendakwa raya untuk dibawa ke mahkamah selaras dengan arahan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara agar JAIS mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang.

Berikut adalah kenyataan penuh tersebut:

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa setelah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan agar isu pemulangan atau pelupusan Bible Al-Kitab dalam Bahasa Malaysia, yang menggunakan kalimah ‘Allah’ hendaklah dilaksanakan mengikut proses dan prosedur perundangan sedia ada dan yang terpakai.

Prosedur undang-undang menetapkan pelupusan barang kes yang dirampas semasa serbuan dan siasatan boleh dirujuk oleh pihak pendakwa raya kepada mahkamah bagi mendapatkan satu perintah sama ada perintah pelupusan atau perintah pemulangan.

Titah ini adalah selaras dengan arahan di dalam minit yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara yang menyatakan "berhubung Bible Al-Kitab yang dirampas, pihak JAIS diminta untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang."

Oleh itu, pihak JAIS perlu segera merujuk perkara ini kepada pihak pendakwa raya untuk tujuan rujukan dibuat ke mahkamah. Tindakan ini perlu dilakukan demi menjaga kedaulatan undang-undang dan sensitiviti kedua-dua belah pihak yang terlibat.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga berpendapat isu ini tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana ahli politik sehingga boleh mengelirukan dan meresahkan masyarakat dengan mengesyorkan jalan penyelesaian yang tidak berpandukan kepada undang-undang dan ada juga syor-syor yang tidak munasabah.

Di samping itu, baginda berharap ahli-ahli politik tidak menggunakan isu ini untuk kepentingan peribadi, kumpulan atau parti mereka.
Biarlah perkara ini diselesaikan di antara pihak-pihak yang terlibat dan juga pihak yang diberi kuasa untuk menyelesaikannya.

Isu agama adalah merupakan satu isu yang sensitif. Oleh itu baginda meminta supaya semua pihak berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Baginda juga menasihatkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan isu tersebut supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan dilarang untuk masuk campur dalam isu ini sehingga boleh mengelirukan lagi keadaan.

Baginda juga membuat penegasan bahawa setiap tindakan dan titah baginda dalam apa jua isu sama ada berkaitan dengan agama atau negeri, tidak pernah membelakangkan undang-undang dan tidak pernah cuba bertindak mengatasi undang-undang above the law.(Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 10 am on June 20,2014.

Monday, June 16, 2014

Kenduri kendara sana sini di bulan Syaaban

Bertempat di rumaha Lan  Lemanag kelihatan Kumpulan berzanji wanita-wanita Gombak Utara,berpakaian sedondong, sedang membaca kitab berzanji di Majlis Kekah cucunya, Nylea Safiyya  binti Mohd Safuan,yang baru berusia 11 bulan, pada pagi Sabtu tanggal 16 hb.Syaaban 1435 bersamaan 14 hb,Jun 2014.


Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
June 18,2014 at 12.56 am

Bagi penganut umat Islam di negara kita ini,bulan Syaaban itu merupakan bulan yang paling istimewa sekali.Selain disunatkan oleh Allah swt kepada hamba-hambanya melakukan ibadat berpuasa (Sunat Syaaban) sebanyak 10 hari di dalam bulan tersebut dengan penuh tawaduk.

Banyak juga aktiviti-aktiviti lain yang bersifat sunat boleh dilakukan di bulan Syaaban iaitu,seperti altiviti-aktiviti majlis kenduri kendara,aktiviti-aktivit Majlis Kekah untuk anak-anak kecil dan aktiviti-aktiviti membaca doa selamat untuk isu itu dan ini boleh dilakukan oleh umat Islam di negara kita ini di dalam bulan Syaaban yang istimewa itu.
Nylea Safiyya binti Mohd Safuan didokong oleh ibunya Puan Nurmazliyana binti Mazlan, di pagi di mana Majlis Kekah untuknya sedanag berlngsung.
Ada yang telah mengadakan Majlis Kekah dengan menyembelih beberapa ekor kambing untuk dijadikan majlis kenduri kendara utuk anak-anak dan cucu cicit mereka.

Banyak juga yang secara langsung telah mengadakan Majlis Kenduri doa selamat di bulan Syaaban bersempena menyambut ketibaan bulan Ramadan (bulan puasa) yang akan menjelang tiba hanya beberapa hari lagi.
Aanak-anak yatim dari Sek. Tahfiz Batu 8 Gombak Utara
Dalam konteks ini.Penulis telah banyak menerima jemputan untuk hadir di majlis-majlis kenduri kendara itu dari sahabat-sahabaat akrab penulis.

Di antaranya, penulis telah menerima jemputan dari sahabat penulis Saudara Mazlan Lemang yang bermastautin di Batu 10 Gombak Utara yang mana telah mengadakan Majlis Kekah cucu perempuannya yang baru berusia 11 bulan yang bernama Nylea Safiyya binti Mohd Safuan,pada hari Sabtu,tanggal 14 hb.Jun 2014 bersamaan pada 16 hb ,Syaaban 1435.

Menurut Lan Lermang, di samping beliau telah mengundang tokoh-tokoh politik di kawasan Parlimen Gombak.Ada yang telah hadir dan ada yang tidak hadir di majlis tersebut.

"Agakanya bukan musim Pilihan Raya Umum? Maka banyak yang telah diundang ke majlis itu,tapi nyap aje...tiada berita yang kunjung tiba..hatta SMS atau Whatapp....yang tak kena bayar pun tak kunjung tiba..."komen beliau dengan selamaba aje.


Anak-anak Yatim dari Sek.Al-Tahfiz
Batu 8,Gombak Utara, sedang
 membaca doa selamat 

di majlis tersebut.
Beliau juga telah mengundang dan memberi jamun makan beramai-ramai kepada kumpulan anak-anak yatim dari kumpulan Sek. Al-Tahfiz Batu 8 Gombak Utara dan juga kanak-kanak dari Penduduk Penyanyang Raudah Gombak Utara.

Disebabkan hari BAPA jatuh pada tanggal 15 hb.Jube 2014.
Maka sekaligus DOA SELAMAT hari Bapa telah didoakan oleh kanak-kanak yang telah hadir di Majlis Kekah di pagi itu terhadap Lan Lemang khasnya dan kepada seluruh baba-bapa di mana sahaja mereka berada di santero Malaysia amnya dengan ucapan  "Selamat Menyambut Hari Bapa.Semoga di Panjangkan Umur dan di Murahkan Rezeki anda oleh Allah SWT.

Kiri penulis dan kanan Lan 
Lemang.Gambar ini
 diambil oleh menantu
Lan Lemanag,En.Mohd Safua
n.

Lan minta di abadikan 
di ruangan ini sebagai
 kenangan indah buat beliau..
Sebenmarnya majlis kekah itu bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.30 petang.

Penulis tiba dimajlis tersebut kira-kira jam 3.00 petang di sebabakan di sebelah paginya,di hari tersebut penulis terlalu sibuk ke sana ke mari mengedarkan Kad Jemputan Majlis Walimatul Urus anak perempuan penulis Siti Marsita binti Hj.Abu Bakar dengan Mohd Azizul Hafiz bin Mohd Sani.

Majlis Kenduri Kahwin itu akan berlangsung pada jam 12.00 pagi hingga 4.30 petang,hari Ahad,pada tanggal 22 hb.June 2014, bertemnpat di Dewan Beringin,di Jalan 1/1,Taman Sri Gombak,Batu Caves, Selangor D.E.

Gambar-gambar yang penulis paparkan di ruang ini,adalah sumbangan menantu Lan Lemanag En.Mohd Safuan yang telah merakamkan detik-detik gembira di Majlis Kekah anak perempuannya yang sulong.

Ketika penulis tiba di majlis tersebut dilihat masih banyak para tetamu yang masih berada di bawah kanopi yang dipasang oleh Lan Lemang di halama rumahnya.. Penulis berkesempatan bersembang-sembang kosong dengan para tetamu yang masih ada itu dengan penuh mesra.(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot. com.at 12.56 am on June 18,2014).


Tuesday, June 3, 2014

Jakim sahkan tiada DNA babi

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Jun - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dua sampel produk coklat keluaran syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. (Cadbury) yang diambil terus daripada kilang syarikat itu dikesan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Produk berkenaan adalah coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas keputusan ujian yang dijalankan terhadap dua sampel coklat berkenaan diterima pagi ini.

"Pada 26 Mei lalu, kita telah menghantar sampel dua coklat yang diambil daripada kilang Cadbury dan terus dihantar ke makmal di Ibu Pejabat Jabatan Kimia di Petaling Jaya. Makmal itu adalah yang telah akreditasikan Jakim untuk menguji DNA babi dan keputusannya adalah tiada DNA babi dikesan dalam dua produk berkenaan dan halal dimakan umat Islam.

"Kedua-dua sampel yang dihantar kepada makmal kimia itu telah diambil dalam kumpulan dan nombor kod sama seperti dianalisa oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini yang dikatakan terdapat DNA babi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penulisan Kelas KAFA (UPKK) dan Penyerahan Surat Tawaran Geran Tahunan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) - Jakim 2014 di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi hari ini.

Sebelum ini, umat Islam di negara ini dikejutkan dengan penemuan DNA babi dalam dua produk Cadbury tersebut apabila Kementerian Kesihatan memaklumkan perkara berkenaan selepas menjalankan ujian terhadap produk berkenaan bagi tujuan pemantauan.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa berlaku percanggahan dalam hasil ujian yang dilakukan kedua-dua pihak, Jamil Khir berkata, ada kemungkinan sampel yang diuji makmal Kementerian Kesihatan telah tercemar dari pelbagai sudut.

Beliau tidak menolak kemungkinan makmal kementerian itu juga boleh menemukan DNA babi, namun makmal tersebut tidak diakreditasikan untuk menguji DNA.

"Kita tidak menolak makmal kementerian ada ruang untuk menemukan DNA babi tetapi pengesahan yang sah hanya boleh dikeluarkan melalui makmal di bawah Jakim sahaja dan kita amat hargai usaha Kementerian Kesihatan itu namun sampel yang mereka ambil bukan terus daripada kilang dan mungkin telah berlaku pencemaran sama ada dalam keadaan tidak sengaja atau sebaliknya.

"DNA babi ini sangat mudah untuk tercemar misalnya jika seseorang itu makan daging babi dan bersin pada makanan yang tiada unsur berkenaan, maka makanan itu juga apabila diuji akan terdapat DNA haiwan berkenaan.

"Oleh itu, bagi mengelakkan kekeliruan pada masa depan, pihak lain tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan tentang halal atau tidak sesebuah produk melainkan Jakim yang merupakan jabatan yang ditugaskan berbuat demikian," jelasnya.

Dalam pada itu, Jamil Khir turut menegaskan kerajaan tidak berhasrat menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan isu berkenaan bagi melindungi syarikat Cadbury kerana ia berkaitan soal haram yang merupakan isu sensitif kepada umat Islam.

"Soal haram ini menjadi tanggungjawab dan kewajipan umat Islam untuk menolaknya kerana dosanya terlalu besar untuk kita tanggung dan sebab itu hari ini kita terus maklumkan kepada umum selepas kita menerima keputusan ini pagi tadi.

"Jakim juga telah mewujudkan satu talian bagi membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat dengan lebih jelas tentang isu itu memandangkan wujud pelbagai maklumat di media baharu tentang isu ini sehinggakan ada yang mendakwa kod yang bermula dengan 'E' terdapat DNA babi dan sebagainya namun itu adalah tidak benar," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat tentang perkara berkenaan boleh menghubungi di talian 03-8892 5048/8892 5078/8892 5032 dan 8892 5031.(Utusan online-Berita Utama).Posted by abnmulya at 2139 hrs on JUne 03,2014.





Kementerian siasat pegawai bocorkan ujian Cadbury

PETALING JAYA 3 Jun - Kementerian Kesihatan sedang menyiasat pegawainya yang membocorkan laporan awal ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi dalam coklat Cadbury, sebelum ujian makmal kedua sempat dijalankan untuk mengesahkan kandungan itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, sikap terburu-buru seorang pegawai kementerian membocorkan laporan awal ujian itu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

"Satu kesilapan telah dibuat oleh pegawai kita sendiri, kini kami sedang menjalankan siasatan dalaman. Kalau didapati bersalah, kita akan ambil tindakan terhadap pegawai berkenaan.

"Jakim dan Kementerian Kesihatan membuat ujian makmal mengikut prosedur yang sama dan kementerian mempunyai 15 makmal bagi tujuan itu tetapi ujian produk Cadbury dibuat di makmal di Sungai Buloh sebelum terbocor tanpa pengesahan dalam ujian awal Februari lepas," jelas beliau.

Dr. Hilmi ditemui pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa ke-22 2014 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini.

Bagaimanapun, beliau menolak unsur sabotaj dalam pembocoran laporan awal ujian itu di laman sosial.

Beliau berkata, sebarang keputusan mengenai status halal atau haram sesuatu produk kelak akan diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).- BERNAMA-Utusan online- Dalam Negeri.(Posted  by abnmulya.blogspot.com at 2126 hrs on June 03,2014.





Umno hantar surat tunjuk sebab kepada Ibu Dyana Sofya

KUALA LUMPUR 3 Jun - UMNO menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat hari ini kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Yammy perlu menjawab surat tunjuk sebab itu dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan UMNO.

“Jika tiada jawapan, terpulang kepada parti sebab tugas saya telah selesai dan saya hanya menjalankan tugas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Guru anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu tindakan diambil terhadap Yammy yang didakwa telah berkempen untuk Dyana Sofya.

Yammy sebelum ini dilaporkan berkata beliau berharap kekal bersama UMNO dan terpulang kepada parti itu untuk menentukan kedudukannya.

Pada PRK Teluk Intan Sabtu lalu, Dyana Sofya, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong 53 .BERNAMA \(Utusan online-politik).Posted by abnmulya.blogspot.com at 2108 hrs on June 03,201

Monday, June 2, 2014

Tiada jalan pintas-Khairy

Khairy Jamaluddin


KUALA LUMPUR - Bukan mudah untuk melihat progam yang 'segar' membuahkan hasil dalam sekelip mata, apatah lagi jika ia baharu menjangkau usia dua bulan.

Justeru, Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang bertujuan membangunkan semula bola sepak Malaysia memerlukan tempoh yang panjang bagi mencapai matlamatnya iaitu untuk memastikan sukan tersebut berada di kemuncak kegemilangan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, pelan itu dilaksanakan berlandaskan kajian yang menyeluruh dan pihaknya bersedia mengambil kira pandangan semua ‘pemegang taruh’ bola sepak tanah air demi kebaikan bersama.

"Hal membangunkan bola sepak negara dari akar umbi akan mengambil jangkamasa panjang untuk membuahkan hasil.

"Sudah pasti saya akan membincangkan perkara ini, kalau betul berlaku dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara (JPBN) yang seterusnya," katanya dalam satu kenya­taan akhabar di sini semalam.

Khairy mengulas berhubung ke­nyataan bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni yang mencadangkan kepadanya dan Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim untuk memperhalusi semula modul bola sepak yang telah diterapkan kepada pemain.

Pelan pemba­ngunan yang dilancarkan merupakan fasa pertama yang tempohnya bermula dari sekarang hingga 2020 di mana pada akhir fasa itu, landskap program pembangunan dijangka berubah dengan penambahbaikan seperti penerapan falsafah atau DNA permainan bola sepak negara secara menyeluruh.

Sementara itu, Ketua jurulatih remaja negeri Terengganu merangkap Ketua Jurulatih PPBN, Mohd. Nor Bidin berkata, perubahan ke­tara buat masa ini sukar dilihat, namun menerusi analisisnya mendapati terdapat perkembangan yang menarik dapat dilihat.

"Perubahan tersebut ketara di peringkat bawah umur dan ia mula berkembang serta membuahkan hasil dengan beberapa sistem permainan, rentak penguasaan padang termasuk taktikal semakin baik.

"Kita telah melakukan suatu transaksi yang baharu di mana fasa lama ke arah yang lebih bermanfaat.

"Jangkamasa untuk melihat mereka benar-benar berkembang mungkin dalam tempoh setahun. Buat masa ini PPBN baharu sahaja dimulakan, memang sukar untuk kita menilai tahap perkembangan ini," katanya.( Utusan online-Sukan).Posted by abnmulya.blogspot.com. at 11.58 am on June 03,12014

Perlawanan akhir Piala FA dipindahkan ke Stadium Shah Alam

Gambar hiasan

PETALING JAYA 2 Jun- Perlawanan akhir Piala FA 2014 antara Pahang dengan FELDA United FC yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini,telah dipindahkan ke Staduim Shah Alam.

Pengerusi Jawatankuas Penglola Perrlawanan Akhir Piala FA 2014,Datuk Seri Afandi Hamzah berkata,langkah itu dibuat selepas mendapati keadaan rumput di Stadium Bukit Jalil  belum mencapai tahap kematangan sempurna untuk sebarang aktiviti.

"Kita sudah adakan lawatan ke Stadium Bukit Jalil baru-baru ini dan setelah bermesyuarat hari ini.kita membuat keputusan berpindah bagi mengelak sebarang risiko kepada tumbesaran rumput dengan menganjurkan hanya satu perlawanan,"katanya kepada pemberita di sini hari ini-Bernama.(Utusan online-sukan.).Posted by abnmul;ya.blogspot.com at 1.23 am on Jun 03,2014.