
Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
June 18,2014 at 12.56 am
Bagi penganut umat Islam di negara kita ini,bulan Syaaban itu merupakan bulan yang paling istimewa sekali.Selain disunatkan oleh Allah swt kepada hamba-hambanya melakukan ibadat berpuasa (Sunat Syaaban) sebanyak 10 hari di dalam bulan tersebut dengan penuh tawaduk.
![]() |
Nylea Safiyya binti Mohd Safuan didokong oleh ibunya Puan Nurmazliyana binti Mazlan, di pagi di mana Majlis Kekah untuknya sedanag berlngsung. |
Banyak juga yang secara langsung telah mengadakan Majlis Kenduri doa selamat di bulan Syaaban bersempena menyambut ketibaan bulan Ramadan (bulan puasa) yang akan menjelang tiba hanya beberapa hari lagi.
Aanak-anak yatim dari Sek. Tahfiz Batu 8 Gombak Utara |
Di antaranya, penulis telah menerima jemputan dari sahabat penulis Saudara Mazlan Lemang yang bermastautin di Batu 10 Gombak Utara yang mana telah mengadakan Majlis Kekah cucu perempuannya yang baru berusia 11 bulan yang bernama Nylea Safiyya binti Mohd Safuan,pada hari Sabtu,tanggal 14 hb.Jun 2014 bersamaan pada 16 hb ,Syaaban 1435.
Menurut Lan Lermang, di samping beliau telah mengundang tokoh-tokoh politik di kawasan Parlimen Gombak.Ada yang telah hadir dan ada yang tidak hadir di majlis tersebut.
"Agakanya bukan musim Pilihan Raya Umum? Maka banyak yang telah diundang ke majlis itu,tapi nyap aje...tiada berita yang kunjung tiba..hatta SMS atau Whatapp....yang tak kena bayar pun tak kunjung tiba..."komen beliau dengan selamaba aje.
Anak-anak Yatim dari Sek.Al-Tahfiz Batu 8,Gombak Utara, sedang membaca doa selamat di majlis tersebut. |
Disebabkan hari BAPA jatuh pada tanggal 15 hb.Jube 2014.
Maka sekaligus DOA SELAMAT hari Bapa telah didoakan oleh kanak-kanak yang telah hadir di Majlis Kekah di pagi itu terhadap Lan Lemang khasnya dan kepada seluruh baba-bapa di mana sahaja mereka berada di santero Malaysia amnya dengan ucapan "Selamat Menyambut Hari Bapa.Semoga di Panjangkan Umur dan di Murahkan Rezeki anda oleh Allah SWT.
![]() |
Kiri penulis dan kanan Lan Lemang.Gambar ini diambil oleh menantu Lan Lemanag,En.Mohd Safuan. Lan minta di abadikan di ruangan ini sebagai kenangan indah buat beliau.. |
Penulis tiba dimajlis tersebut kira-kira jam 3.00 petang di sebabakan di sebelah paginya,di hari tersebut penulis terlalu sibuk ke sana ke mari mengedarkan Kad Jemputan Majlis Walimatul Urus anak perempuan penulis Siti Marsita binti Hj.Abu Bakar dengan Mohd Azizul Hafiz bin Mohd Sani.
Majlis Kenduri Kahwin itu akan berlangsung pada jam 12.00 pagi hingga 4.30 petang,hari Ahad,pada tanggal 22 hb.June 2014, bertemnpat di Dewan Beringin,di Jalan 1/1,Taman Sri Gombak,Batu Caves, Selangor D.E.
Gambar-gambar yang penulis paparkan di ruang ini,adalah sumbangan menantu Lan Lemanag En.Mohd Safuan yang telah merakamkan detik-detik gembira di Majlis Kekah anak perempuannya yang sulong.
Ketika penulis tiba di majlis tersebut dilihat masih banyak para tetamu yang masih berada di bawah kanopi yang dipasang oleh Lan Lemang di halama rumahnya.. Penulis berkesempatan bersembang-sembang kosong dengan para tetamu yang masih ada itu dengan penuh mesra.(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot. com.at 12.56 am on June 18,2014).
No comments:
Post a Comment